Thursday, December 1, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4635[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4635
1
Fw: ECRL - PELABURAN ATAU HUTANG? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
7
Fw: Beberapa berita jenayah & kemalangan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Beberapa berita viral by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
Fw: Bantahan kepada CAF !! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Dec 1, 2016 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ECRL - PELABURAN ATAU HUTANG?
bloglistpolitik.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom
Dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di televisyen malam semalam, antara perkara yang disebut oleh Najib Razak ialah berkaitan pelaburan dari China.

Sambil merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Najib berkata, "kalau kita tak bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gagal, bila kita bawa masuk, mereka kata kita gadai."

"Selama ini tak timbul...apa beza dengan pelaburan dari Jepun, Eropah dan China?" soalnya.

Projek ECRL ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan antara Tumpat di Kelantan sehingga ke Pelabuhan Kelang dengan jarak sejauh 688 kilometer dan menelan kos sebanyak RM55 bilion.

Apakah projek ECRL itu suatu pelaburan atau hutang?

Jika dilihat berdasarkan fakta yang dibentangkan sebelum ini, projek ECRL itu diserahkan kepada syarikat China untuk melaksanakannya dengan pembiayaan penuh, juga oleh bank dari China yang diberikan kelulusan untuk membuka cawangannya di Malaysia.

Tempoh bayaran baliknya ialah selama 20 tahun.

Bagaimana Najib boleh mengatakan ECRL adalah suatu pelaburan, sedangkan kita kena membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat China untuk tempoh selama 20 tahun?

Sejak bila terma pelaburan perlu dibuat bayaran balik?

Bukankah ia sebenarnya suatu bentuk hutang dengan China?

Apakah tiada syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek ECRL itu?

Sudahlah begitu, diberikan pula lesen bank, pembelian kapal laut, keretapi laju ke Singapura dan pelbagai lagi, semuanya juga kepada syarikat dari China.

Dengan itu, salahkah jika ada yang mengatakan kita bukan saja gagal, malah juga sedang menggadai?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mak Cik Tu Pandang Saya, Mulut Terkumat Kamit, Dia Cakap "Bukalah Beg tu Bagi Aku Duit", Cerita Wanita Hampir Jadi Mangsa Pukau
siakapkeli.my

Terbaca sebuah kisah yang anak menakutkan di mana seorang wanita bernama Mizs Kayra Kyrana memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya mendakwa dia hampir menjadi mangsa pukau.

Menurut beliau, seroang wanita bersama seorang budak kecil telah datang kepadanya, pada awal-awalnya mereka hanya datang meminta sedekah wang tambang, dia memberikan sebanyak RM10, namun wanita berkenaan tidak puas hati kerena katanya terlalu sedikit.

Wanita berkenaan meminta lebih di mana melihat ada wang RM10 ditangan adiknya, namun dia berkeras tidak mahu bagi.

Akibat tindakannya itu, wanita berkenaan dikatakan telah membaca sesuatu kepadanya, jom kita baca kisah lebih lanjut.

Kepada mereka yang berada di mana sahaja, berhati-hatilah, kerana jenayah ada di mana-mana. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jambatan Dalam Pembinaan Hubungkan KL Eco City Dengan Mid Valley Runtuh, 3 Pekerja Kritikal
siakapkeli.my

BANGSAR: Sebuah jambatan dalam binaan yang menghubungkan KL Eco City dengan Mid Valley runtuh kira-kira jam 3.33 petang tadi.

Kejadian runtuhan menyebabkan 3 orang pekerja kritikal manakala seorang mengalami cedera ringan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.33 petang dan mengerahkan 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian.

"Difahamkan, binaan itu runtuh dan menghempap pekerja. Berdasarkan maklumat awal, terdapat 5 atau enam mangsa.

"Tapi setakat ini tiga disahkan kritikal dan seorang cedera," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Ketika ini pperasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dakwa Suu Kyi Kerana Halalkan Penghapusan Rohingya

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


RAKHINE: Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi patut diheret ke muka pengadilan atas kesalahan menghalalkan penghapusan bangsa etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine.

Pendakwaan terhadapnya perlu dibuat sebagaimana kekejaman oleh pemimpin Khmer Rouge sewaktu rejim Pol Pot antara tahun 1975 sehingga 1979 dan ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.

Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson yang dipetik oleh Arakan News Agency berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kalangan rakyat negara ini bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.

Katanya, asas ideologi rejim Myanmar yang bersifat perkauman dan memperlihatkan penduduk Buddha diletak pada pe­ringkat paling tinggi masyarakat, membenarkan etnik minoriti lain diperlakukan sesuka hati dengan apa cara sekalipun.

"Bagi pembunuhan beramai-ramai, pihak berkuasa telah menghasut serta menggalakkan etnik Rohingya dihapuskan dan membuka jalan kepada serangan ke atas komuniti itu," katanya.

Pada masa sama kata Watson, satu siasatan oleh pakar perundangan dari International State Crime Initiative di Universiti Queen Mary London merumuskan bahawa etnik Rohingya menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan Suu Kyi meningkatkan lagi penyeksaan me­reka.

Laporan siasatan itu menyatakan, Suu Kyi membisu tentang perkara itu sebaliknya menggunakan taktik penafian dan melarang sepenuhnya pemantauan antarabangsa, mengehadkan bantuan kemanusiaan selain menyenarai hitam dan mengusir aktivis hak asasi manusia dari Myanmar.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John McKissick pula berkata, tindakan Suu Kyi yang berdiam diri menguatkan cengkaman kuku besi tentera dan pengikutnya yang bersifat perkauman.

Ketika Myanmar mendapat desakan negara ASEAN untuk bertanggungjawab atas kekejaman Rohingya, Suu Kyi dilapor menangguhkan kunjungan ke Indonesia yang sepatutnya dibuat Rabu hingga Ahad ini.

Pegawainya, Aye Aye Soe tidak menyebut alasan keselamatan sebagai punca lawatan kerja itu dibatalkan, namun memetik tentang kekacauan di Rakhine dan negeri Shan sebagai faktor utama.

"Kunjungan ke Indonesia akan ditangguh ke satu masa yang akan diumumkan kelak," katanya.

– AGENSI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kepala Zainal 'Berlekuk', Kaki Pula Bengkok
siakapkeli.my

JEMPOL 17 Nov. - Seorang isteri mithali kini terpaksa mengerahkan segala masa dan tenaga yang bagi bagi suami yang hilang upaya selain memikul tanggunjawab untuk mencari rezeki bagi meyara keluarganya.

Wanita yang baru berusia 33 tahun itu menetap di Kampung Gajah Mati, Bahau memikul tanggungjawab itu selepas suami, Zainal Saleh, 40, terlibat dalam kemalangan hampir lima tahun lalu.

"Suami saya terlibat dalam kemalangan langgar lari apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta ketika pulang membeli barang di kedai tidak jauh dari rumah kami.

"Akibat kemalangan itu, dia menganggung derita apabila ka­kinya bengkok dan sebahagian tempurung kepalanya rosak," kata Hasnaini Sanihim, 33.

Menurutnya, sejak dari itu Zainal yang bekerja sebagai tukang paip tidak lagi mempunyai kudrat malah terpaksa menggunakan lampin pakai buang setiap hari.

Ujar Hasnaini, dia sekeluarga reda dengan ujian yang diberikan kerana percaya mungkin ada hikmah di sebaliknya kejadian yang menimpa.

"Suami juga bergantung kepada ubat sarat Musafen dan Epilim serta susu bagi mengganti makanan harian. Setiap hari, saya yang akan uruskannya sejak awal pagi," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Hasaini, yang dahulunya merupakan suri rumah sepenuh masa, kini bekerja di warung makan berhampiran bagi menampung kehidupan mereka bersama dua anak yang masih bersekolah.

Katanya, pendapatan sebanyak RM40 tidak cukup untuk menanggung kos perbelanjaan suami kerana perlu membeli lampin pakai buang, susu dan tisu basah.

"Mujur ibu mentua dan abang ipar membantu," katanya yang tinggal di rumah bersama ibu mertua, Lijah Ja'alan, 82.

Sambil menahan sebak, Hasnaini berkata, suaminya mempunyai peluang untuk pulih namun memerlukan sumber kewangan untuk menampung pembedahan pembetulan tempurung kepala yang mencecah ribuan ringgit.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita, kanak-kanak Rohingya dikurung, dibakar hidup-hidup

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


RAKHINE 16 Nov. - Dikurung dan dibakar hi­dup-hidup, demikian nasib sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya semalam yang men­jadi mangsa kekejaman baharu tentera Myanmar di negeri Rakhine.

Perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa yang se­patutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.
Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.

Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya.

"Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

"Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw," jelas kenyataan badan itu.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rak­hine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.

"Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh," menurut badan tersebut.

Selain itu, sebanyak 3,500 bu­ah rumah dibakar atau dimus­nahkan, mengakibatkan sekurang-kurang­nya 30,000 penduduk hilang tem­pat tinggal.

Mengukuhkan dakwaan itu, ka­kitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh meng­anggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.

Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar.

Bagaimanapun, pengawal sem­­padan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.

"Sebanyak 86 penduduk Ro­hingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir," kata pegawai peme­rintah tentera di Cox's Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. - REUTERS

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bayi Maut Jatuh Pada Ketinggian 30 Kaki Selepas Nenek Terlucut Apabila Gagal Stabilkan Diri di Eskalator
siakapkeli.my

Satu rakaman video yang merakamkan saat seorang bayi empat bulan terjatuh pada ketinggian 30 kaki dari eskalator tersebar di media sosial.

Rakaman itu memaparkan bagaimana seorang nenek, yang gagal menstabilkan diri ketika menuruni eskalator seterusnya terlucut bayi terbabit.

Biarpun dia cuba menghulur tangan, namun dia gagal untuk memegang kembali bayi tersebut.

Menurut laporan, bayi itu kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan maut di hospital selepas parah.

Insiden tragis itu berlaku di tingkat tiga Plaza Wu Yue di Qingpu, Shanghai.

Sumber: Dailymail

Lelaki Didakwa Dera Anak Kekasih Dengan Pembaris Kayu, Beri Makan Nasi Berlauk Lipas Goreng
siakapkeli.my

GEORGETOWN - Seorang jurutera kilang berusia 36 tahun ditahan polis selepas dia dipercayai mendera anak teman wanitanya di Bukit Gambar di sini hari ini.

Menurut Sinar Online, mereka difahamkan suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi untuk membantu siasatan.

Sumber berkata, lelaki itu didakwa mendera kanak-kanak lapan tahun itu dengan memberi makan nasi berlauk kicap dan lipas yang digoreng serta memukulnya mangsa dengan menggunakan pembaris kayu.

Sumber berkata, mangsa berusia lapan tahun itu mengalami lebam di kedua-dua belah tangan, dada dan belakang badan akibat dipukul suspek.

Sumber juga berkata, mangsa dipukul menggunakan pembaris kayu itu kira-kira 100 pukulan sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

Kejadian difahamkan hanya disedari pada Isnin lalu selepas mangsa dibawa ibunya menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber berkata, doktor yang merawat kanak-kanak itu membuat laporan polis berhubung kejadian selepas memeriksa kanak-kanak terbabit.

"Selain penahanan suspek, polis turut merampas pembaris kayu sepanjang satu meter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

"Mangsa dipukul sejak 1 November hingga 5 November lalu kerana didakwa terlalu nakal dan suka bercakap bohong," katanya.

Dikatakan ibu mangsa hanya melihat kejadian itu dan menganggap suspek hanya mahu memberi pengajaran kepada anak kandungnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan laporan tangkapan terbabit.

Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Online

lelaki Yang Dibunuh & dikerat dikenalpasti sebagai Omar Miskam, 49

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Tangkak: Mangsa pembunuhan kejam yang anggota badannya dikerat di sebuah rumah di Jalan Kesang Laut, di sini, Ahad lalu dikenali sebagai Omar Miskam berusia 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa berasal dari Panchor,Muar.

Menurutnya,mangsa yang sudah beristeri, bekerja sebagai seorang pemandu jengkaut di sekitar daerah ini dan mangsa dipercayai ditetak terlebih dahulu di kepala menggunakan parang sebelum mayatnya dikerat.

"Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain," katanya.

Mohad Idris berkata,berikutan itu juga dua lagi suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 56 tahun ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ahad lalu, mayat mangsa ditemui oleh salah seorang penghuni rumah terbabit yang menemui pergelangan kaki manusia berdekatan saluran pembetung di tempat meletak kereta kediaman terbabit.

Kepala mangsa pula ditemui beberapa meter dari lokasi penemuan bahagian anggota lain.

Kelmarin seorang suspek yang juga orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran ditahan tidak lama kemudian dan remaja berusia 19 tahun itu kini direman sehingga 13 November depan bagi membantu siasatan.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, November 08, 2016 10:57 PM
Subject: Fw: Remaja Dikerat 10

Mayat Remaja Lelaki Dikerat 10 Bahagian

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

TANGKAK - Mayat seorang remaja lelaki ditemui dikerat 10 bahagian sebelum dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki.

"Pemilik rumah yang sedang membersihkan rumahnya terhidu bau busuk sebelum menemui pergelangan kaki mangsa. Hasil siasatan awal menemui lima bungkusan plastik disumbat dalam saluran longkang di tepi rumah pengadu.

"Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badannya, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya.

Polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah tersebut.

Polis sedang berusaha memastikan motif kejadian termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita. Mangsa juga dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.

Susulan laporan kejadian itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua anggota badan mangsa itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga tampil bagi membantu siasatan. - The Reporter

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Ditemukan, Kepala Ditanam
siakapkeli.my/

Tangkak, 6 Nov: Mayat seorang remaja lelaki ditemukan dalam keadaan dikerat beberapa bahagian, dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut di sini hari ini.

Menurut Harian Metro, polis kini masih menyiasat motif pembunuhan dan mangsa dikatakan bukan penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Idris Samsuri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki.

Sepasukan polis kemudian dikejarkan ke lokasi.

"Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan," katanya.

Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.

"Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, BH Online melaporkan mangsa dipercayai seorang lelaki di bawah 20 tahun.

Sumber: Harian Metro, BH Online

Lelaki Parah Ditetak Di Butterworth

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


BUTTERWORTH – Seorang lelaki parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai permainan simulator di Jalan Kampung Paya, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu dilapor ditetak dengan parang oleh empat lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi ketika dia bersama rakannya keluar daripada kedai permainan simulator itu pada pukul 4.30 pagi.
Menurut sumber, lelaki yang cedera parah di tangan dan kaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan keadaannya dilapor stabil.

Polis telah mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di hadapan kedai simulator itu bagi membantu siasatan, katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP, Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Aktivis BERSATU diugut, kereta terbakar dilontar bom petrol malam tadi
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

SALAH seorang aktivis Parti Peribumi Bersatu Malaysia, PPBM (BERSATU) melalui akaun facebook, mendakwa diugut oleh seorang pemimpin Umno Cawangan Krubong Tengah, Melaka agar tidak menyertai program anjuran BERSATU yang mempromosikan Program Bicara Rakyat Bersatu Melaka pada 26 November 2016 ini.

Pemimpin Umno itu didakwa mengugut untuk bertindak balas sekiranya beliau tetap hadir ke program tersebut sekaligus melanggar larangannya.

Ketika beliau sedang berbicara di salah sebuah warung atas jemputan penduduk malam tadi, tiba-tiba seorang penunggang motorsikal melontar bom petrol kepada sebuah kereta Vios yang terletak berhampiran mengakibatkan kereta itu terbakar, dakwanya lagi.

Tindakan jenayah itu dakwanya dipercayai berikutan ugutan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadapnya sebelum itu.

Beberapa keping gambar serangan bom petrol sempat diambil dan disertakan dalam tulisan beliau melalui akaun facebook.

Di bawah ini tulisan beliau yang dikongsi di facebook. Sila klik untuk membesarkan imej.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/aktivis-bersatu-diugut-kereta-terbakar.html#ixzz4Psvhhw50

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Thu Dec 1, 2016 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Valentino Rossi Terkejut Terserempak Dengan Aksi 'Motosikal Tanpa Penunggang' Mat Rempit Ketika Berkunjung ke Malaysia
siakapkeli.my

SHAH ALAM, 24 Nov - Juara MotoGP, Valentino Rossi terkejut dengan aksi 'Mat Rempit' di negara ini ketika membuat satu kunjungan ke Malaysia.

Bintang lumba Malaysia, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, juara dunia sembilan kali itu terserempak dengan sekumpulan Mat Rempit dan terkejut melihat aksi-aksi yang 'dipersembahkan' oleh mereka di jalan raya.

"Biasanya, selepas perlumbaan di Sepang, Rossi akan keluar ke Kuala Lumpur di waktu malam", kata Shahrol yang sudah mengenali Rossi sejak awal latihannya di Barcelona dan di Kejuaraan Fédération Internationale de Motocyclisme European dan Spanish Road Racing pada 90-an.

Rossi terserempak dengan Mat Rempit ketika dia dalam perjalanan balik dari pusat bandar. Dia ternampak sekumpulan penunggang motosikal menuju secara melulu bersebelahan keretanya di lebuhraya Sungai Besi.

"Saya ternampak beberapa motosikal 'tanpa penunggang'", katanya berseloroh.

"Rossi kemudian memberitahu saya: hey Yuzy, saya ternampak seorang lelaki berbaring atas tempat duduk motosikal.

"Menakjubkan! Apa tu?"

Shahrol berkata dia cuma gelak dan membalas: "Itu satu trend di sini. Kami memanggilnya Mat Rempit. Boleh kamu lakukan (aksi) itu, Valentino?"

"Rossi kemudian membalas yang dia tidak berani melakukan aksi itu di atas jalan raya (awam) atau di trak perlumbaan kerana itu bukan budaya keselamatannya";, kata Shahrol kepada penonton di satu forum keselamatan jalan raya "Pusara di Jalanraya: Sampai bila"yang dianjurkan oleh Karangkraf pada hari Isnin.

Shahrol kemudian berkata penunggang motosikal di Eropah lebih berdisiplin dan mereka tidak mengamalkan tabiat menyelit di celah-celah kenderaan.

"Penunggang motosikal di Eropah sanggup menunggu di belakang kenderaan lain dan tidak mencilok," terang Shahrol.

Shahrol memgaku bahawa majoriti penunggang di Eropah membawa motosikal besar dan beliau berharap penunggang di Malaysia dapat menghentikan tabiat menyelit di antara kenderaan.

Sumber: Sun Daily

Foto Polis Suluh Jalan Untuk Pasangan Warga Emas Jadi Viral
siakapkeli.my

China - Pengguna internet di negara ini tersentuh dengan satu foto yang merakamkan sebuah kereta peronda polis mengikuti sebuah motosikal tiga tayar yang dinaiki oleh satu pasangan warga emas sambil menyuluh jalan menjadi viral.

Foto tersebut dirakam oleh seorang lelaki yang berjogging sekitar jam 7.30 malam pada 16 November di Quzhou di wilayah Zhejiang.

Foto itu kemudian dikongsi oleh People's Daily di Weibo dan berjaya mendapat lebih 120,000 likes.

Menurut laporan media tempatan, dua pegawai polis, Zheng Shiong dan Yang Jun ternampak pasangan itu ketika mereka sedang menuju ke arah balai polis.

Kondisi jalan yang dilalui itu sangat kasar serta berlubang tanpa sebarang lampu jalan seolah-olah seperti jalan yang sedang dibaiki.

Jepun Ambil Masa 2 Hari Baiki Lubang Sedalam 30 Meter, Jalan Dibuka Semula Selepas Seminggu
siakapkeli.my

Fukuoka, Jepun - Jalan yang tiba-tiba runtuh sehingga berlubang sedalam 30 meter di Fukuoka dibuka semula pada Selasa.

Menurut media tempatan, dengan mutu dan kecekapan kerja pekerja-pekerja di sini, kerosakan besar itu berjaya dibaiki semula dalam masa dua hari namun ianya dibuka beberapa kemudian selepas menjalani pemeriksaan keselamatan yang terperinci.

Media tempatan turut memuji hasil kerja cekap pekerja-pekerja yang terlibat dalam proses pembaikian lubang sebesar separuh kolam renang Olimpik itu.

Para pekerja membaiki jalan itu dengan memasukkan sejumlah simen dan pasir kedalam lubang tersebut dan juga menyelesaikan masalah elektrik, gas serta paip air yang rosak selepas kejadian.

Secara tepat, jalan itu dibuka pada 5 pagi Selasa, kata Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima dalam satu kenyataan satu minggu selepas kejadian runtuhan berlaku.

"Kami sangat meminta maaf atas kesusahan", kata Takashima.

Ramai memberi respon terkejut dengan proses pembaikian yang cekap itu.

"Saya sangat terkejut jalan itu dibuka semula dalam masa seminggu", kata seorang pengguna Twitter.

"Sangat mengagumkan. Ia sangat pantas", tulis seorang lagi.

Sumber: Guardian, Telegraph

Ini Cara Orang jepun Bekerja: Baiki jalan rosak hanya seminggu

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

*****UOKA: Pihak berkuasa hanya mengambil masa seminggu untuk membaiki semula jalan raya yang rosak akibat kemuculan sebuah lubang gergasi yang 'menelan' lima lorong jalan raya berhampiran stesen kereta api utama negara itu baru-baru ini.

Lubang besar itu mucul dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di bawah tanah.

Ekoran insiden itu, pihak bertanggungajawab terhadap pembinaan tersebut mengemukakan permohanan maaf kepada seluruh negara.

Pekerja pembinaan bersungguh sunguh bekerja secara berterusan selama seminggu, meletakkan simen basah, pasir ke dalam lumbang berkenaan, memperbetulkan sistem elektrik, gas, dan bekalan air yang terhenti ekoran insiden itu.

Jalan dibuka semula pada jam 5 pagi hari ini.
....
Di Jerantut, orang UMNO dapat tander buat jalan. Terbiar bertahun-tahun.

Lubang Gergasi 'Telan' Jalan Di Jepun

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

TOKYO: Satu kejadian lubang benam gergasi berlaku di tengah bandar Jepun pada Selasa, 'menelan' sebahagian daripada jalan besar dengan lima lorong.

Lubang besar itu berkeluasan kira-kira 20 meter kali 15 meter, mendedahkan tiang sokongan bangunan berhampiran persimpangan lampu isyarat di *****uoka.

Dikhuatiri lebih banyak runtuhan akan berlaku.

Rakaman televisyen menunjukkan dua lubang berasingan membesar berikutan mendapan tanah di hadapan stesen kereta api Hakata selepas pukul 5 pagi (waktu tempatan).

"Keadaan gelap di luar, dan sangkaan pertama saya, adakah jalan betul2 runtuh?" kata seorang pemuda yang menyaksikan kejadian lubang benam kepada penyiar NHK.
"Bila saya lihat, dua lubang sudah ada di sana, dan ia terus menjadi lebih besar.

"Yang paling saya takuti adalah sebatang tiang lampu isyarat jatuh di persimpangan jalan di tempat saya berdiri. Saya rasa, saya perlu keluar dari sini," katanya.

Lubang itu terus membesar dan menjelang pagi ia berada pada kedalaman dua tingkat, dan ditakungi air akibat saluran paip pecah.

Polis menutup kawasan berkenaan dan melakukan proses pemindahan di bangunan sekitar.

Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan.

Biro pengangkutan *****uoka berkata, projek pengembangan yang sedang berjalan di sebuah laluan kereta api bawah tanah berdekatan, mungkin dikaitkan dengan punca lubang benam berlaku.

*****uoka merupakan bandar terbesar di pulau Kyushu di Jepun. - AFP

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lagi duit Khairat Kematian kena potong untuk bayar Saham FGV
bloglistpolitik.blogspotmilosuam.net

SELEPAS pengakuan seorang anak peneroka FELDA sebelum ini yang mendedahkan bahawa duit Khairat Kematian ayahnya dipotong untuk bayar Saham FGV yang menjunam,

Lebih ramai anak peneroka FELDA yang keluarganya mengalami nasib sama muncul mengakui perkara tersebut.

Rupa-rupanya memang ramai peneroka Felda dipotong Wang Khairat Kematian untuk membayar Saham FGV yang kini nilainya telah menyusut hampir 70 peratus berbanding nilai asal semasa penyenaraiannya.

Di bawah ini antara senarai mereka yang terlibat dengan pemotongan tersebut.

Salah seorang anak peneroka Felda turut menghubungi MiLo SuaM berhubung perkara ini. Beliau merasakan tidak adil malah tidak masuk akal, apabila duit yang sepatutnya diterima oleh ibunya yang uzur dipotong bagi membayar Saham FGV yang menjunam.

Apabila ditanya kepada pegawai berkenaan, jawapan sama diberikan ini semua adalah arahan ibu pejabat pusat Felda.

Selepas perkara ini berlaku, aku mula teringat bagaimana satu masa dahulu saudara Mazlan Aliman dan pasukannya dihalau malah ada yang dipukul oleh warga Felda kerana dituduh cuba memburuk-buruk dan memfitnah Najib tentang isu Saham FGV ini.

Akhirnya masa yang menentukan kebenaran, namun kebenaran itu perlu dibayar dengan harga yang mahal.

Malah selepas ini difahamkan peneroka terpaksa seperti bermula dari kosong sehingga ada yang terpaksa membayar hutang lebih RM200,000 kerana percaya dengan pujukan perompak menyerahkan ladang mereka (siapakah perompak itu? Fikirlah sendiri).

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/lagi-duit-khairat-kematian-kena-potong.html#ixzz4Rad126oY

Wang khairat kematian ayah kena potong RM3,200 bayar saham FGV
milosuam.net

SEORANG anak Peneroka FELDA Palong, Negeri Sembilan mengamuk selepas mendapati wang khairat kematian ayahnya telah dipotong sebanyak RM3,200 oleh FELDA bagi membayar Saham Felda Global Venture, FGV.

Beliau mendakwa baki wang khairat kematian ayahnya yang meninggal dunia lebih setahun lalu sepatutnya berjumlah RM7,000 hanya RM3,800 diterima, manakala RM3,200 lagi telah dipotong untuk pembayaran Saham FGV.

Apabila ditanya mengapa FELDA membuat pemotongan terhadap wang khairat kematian itu walaupun pemotongan bayaran Saham FGV telah dibuat setiap bulan melalui pemotongan hasil ladang, pegawai yang berkaitan sekadar menjawab, ia adalah arahan dari ibu pejabat.

Lebih menyedihkan, ibunya baru bercita-cita mahu gunakan duit tersebut untuk perbelanjaan menunaikan Ibadah Umrah di Kota Suci Mekah, nampaknya niat itu terpaksa dibatalkan.

Nilai saham Felda (FGV) yang dibayar setiap bulan oleh peneroka sehingga kini semakin merudum, harganya semakin jatuh.

Harga terkini Saham FGV ketika artikel ini ditulis ialah RM1.50 seunit berbanding nilai asalnya ketika mula disenaraikan ialah RM4.45 seunit — Nilainya menyusut lebih 66 peratus.

Setiap peneroka diperuntukkan sebanyak 800 unit saham bernilai RM3,560 dan dijanjikan dengan keuntungan, namun kini nilainya hanya tinggal RM1,200.

Sudahlah utung tak dapat, kini peneroka pula yang terpaksa membayar setiap bulan bagi menanggung kerugian saham tersebut.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/wang-khairat-kematian-ayah-kena-potong.html#ixzz4Rb1auTUk

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, November 29, 2016 10:57 PM
Subject: Fw: lantik kepala hantu,felda terus rugi

lantik kepala hantu,felda terus rugi
bloglistpolitik.blogspot
udin53.blogspot.

Kalut ,kusut-masai dan tak keruan, pentadbiran Felda hingga menyebabkan kerugian adalah disebabkan kepala hantu yang tidak pernah menyumbang terhadap pembangunan tanah air dan negeri, dilantik felda sebagai Ketua Geng oleh rakan se hantu dengannya kerana kebudian.

Sebelum kepala hantu ini di sumbat ke dalam felda, warga kerjanya berbelanja dengan berhemah demi menjaga kesinambungan kehebatan gah nama felda 'bakti disemai bukti dituai'.Warga felda terus ceria menguruskan sumber dalaman tanpa bergantung atau sibuk dengan dunia luar. Awal kemunculan kepala hantu ini warga kerja felda telah dibayangi dia sebagai parasit politik dan parasit pentadbir.

Sejak terlantiknya orang yang menjadikan felda sebagai mencari wang tambahan lumayan melalui komisyen atau ganjaran yang dijanjikan atau lebih–lebih lagi bermatlamat menggunakan kesempatan mengembangkan dan mengekalkan sokongan politik, maka hari ini kita lihat felda ke arah 'satu sen tak berguna'

Oleh kerana lumrah dunia hendak kiamat maka manusia telah melantik seorang manusia yang tidak pernah melakukan kebaikan untuk memimpin yang dipertikaikan amanahnya. Lihatlah!! sudah pasti si kepala hantu ini telah terbukti berperanan perakus rasuah, dilantik juga sebagai ketua organisasi yang satu masa dulu kaya,teguh dan berbangga dengan keteguhannya. Apa hendak di kata ,mungkin susah hendak cipta kembalikan bubur sebagai nasi.

Tempoh 45 tahun Felda (1956-2001)merupakan satu tempoh pembenaan pengurusan pembangunan tanah terbaik, yang membolehkan warganya menikmati keselesaan hidup. Tidak pernah terfikir ketika dulu menerima durian runtuh RM5000 ke 15000 dan ada manusia berbudi mengumpan kesenangan jangka pendek dengan taburan wang percuma setiap menjelang hari raya dan bonus akhir tahun RM400-RM500 sepeneroka.

Berbelanja besar ini tidak cukup setakat memberi peneroka wang percuma ,tetapi kakitangan juga di tutup mulutnya dengan elaun sekurang-sekurangnya RM1400-RM2000 sebulan mengikut kategori. Kita tidak hairan laporan audit negara berkaitan kewangan felda mengejutkan semua pehak.

Tidak juga menyangka 112,635 peneroka bahawa sumbangaan percuma selama ini merupakan satu penipuan dan menyiksa peneroka untuk terus berhutang – sedangkan manusia yang mencetuskan idea felda ala jabatan kebajikan/ dermawan terus bergembira menikmati nilai fedah jawatannya.

Hari ini felda telah diubah oleh mereka yang biasa memunahkan satu-satu institusi dengan rasuah dan sentiasa berfikir bagaimana mengutip laba kewangan dari intitusi tersebut. Oleh itu Felda dari pengurusan pembangunan tanah ,ekonomi,sosial dan memiliki anak syarikat yang meraih keuntungan, telah diubah kepada pembelian hotel 4 bintang,kondominium, pembelian apartmen mewah di luar negara

Dana Felda RM538 juta dan RM330 juta telah melayang tanpa halangan .Wang sebanyak itu mampu membangunkan semula tanah peneroka tanpa melibatkan pinjaman luar. Kita tahu dan tidak perlu diberitahu atau nafikan bahawa mereka yang menguruskan tidak berbekalkan dan dibekalkan keikhlasan 'gigi dan lidah' sahaja.

Apa yang dipertikaikan mereka yang jutawan luar negara dan dalam negara ini tidak terliur untuk memilikinya atau melaburnya di Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza Kensington Hotel di London. Felda dengan kuasa perdana Menteri, dan ditepuk-tepuk bahunya oleh pengerusinya , terus lena dibuai mimpi nyanyian broker dengan lagu keuntungan komisyen. Individu yang biasa menagih laba daripada projek yang di laksanakan ibarat penagih memerlukan dadah.

Pelbagai perbelanjaan yang tidak menyokong keuntungan felda terus belaku.Entah pakar ekonomi mana yang mempengaruhi kepala hantu sebagai pengerusinya mewujudkan Felda Global Ventures .(FGV) dengan tergesa-tergesa dan menyenaraikan di Bursa Malaysia pada 31 December 2013. Yang untung kepala hantu sebagai pengerusinya di bekalkan saham percuma . Hari ini harga saham RM 1.56 yang peringkat awal disenaraikan RM 4.45/unit. Peneroka melopong membayar hutang miliki saham dengan potongan pendapatan bulanan

Menyediakan dana berjuta ringgit bagi membentuk satu pasukkan bolasepak profesional. Yang kesemua ini tidak ada bersangkut-paut dengan tujuan asal felda di tubuhkan dan harapkan jualan tiket perlawanan ,sampai kiamat tidak akan mendatangkan keuntungan.

Idea gila yang kononnya felda ke peringkat global, bertambah gila lagi dengan meranapkan bangunan kompleks felda ,tempat eksklusif dewan perdana yang baru berusia kurang 30 tahun untuk di ganti dengan pembinaan kediaman eksklusif..

Banyak usaha-usaha kepala hantu dalam felda telah berlaku seperti berlakunya kemusnahan yayasan negeri,Negeri Sembilan 30 tahun yang lalu. Kepala hantu ini sebagai pengerusinya yang ketika itu ladang yayasan di Felda Serting Hilir tergadai kepada taukeh cina bagi mencari sumber kewangan. Yayasan yang ketika itu tidak perlu dinyatakan keaibannya.

Yayasan Felda telah menjadi mangsa si kepala hantu ini dengan mengambil kesempatan matlamat yayasan di tubuhkan.Kewangan yayasan untuk melaksanakan kebaikan sosial dan pendidikan warga Felda seluruh Malaysia, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila menggunakan sumber kewangan yayasan bagi mengeluarkan bantuan atas nama kawasan parlimen diwakili dan kepentingan sokongan politiknya.

Kini kolej di bawah tadbir yayasan satu demi satu terpaksa ditutup kerana kekurangan sumber kewangan Bagitu juga Asrama Semai Bakti yang suatu ketika dulu berjaya melahirkan anak warga felda melangkah ke menara gading yang tinggal bertahan hanya Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur,Kuantan dan Johor Baharu.

Kemuncak kehebatan felda ketika Raja Alias sebagai pengerusinya telah menjadi nostalgia.Mungkin kakitangan dan peneroka tidak menyukainya kerana tidak 'peragih' .Tidak ada elaun atau bonus setiap bulanan dan tahunan.

Beliau telah berjaya mentadbir felda tanpa bantuan kewangan dari kerajaan. Sejak dilantik mereka dari kalangan ahli politik felda terus dilanda masalah berkaitan menguruskan kewangan, sosial dan displin peneroka. Ini disebabkan kepala hantu yang ada dalam felda bertindak mencampakkan eksekutif-eksekutif berpengalaman menggantikan kakitangan pengurusan yang baru,yang boleh ditindik hidungnya dan sentiasa mencium tangannya.

Kerajaan yang memerintah meletakkan ahli politiknya bagi mengekalkan sokongan sebanyak 53 kawasan parlimen di kawasan felda.Itulah satu sebab pengerusi nya sanggup berbelanja besar tanpa mengikut prosuder kewangan bagi menjaga hati peneroka sebagai pengundi. Tidak menghairankan perbelanjaan RM148.42 juta dalam laporan audit di tandatangani oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa,

Perbelanjaan tanpa kawalan berlaku kerana mengikut kehendak pehak atasan,seperti kepala hantu ini tidak selari dengan kepala hantu lebih besar di Putrajaya. Mereka terus membawa felda terus berlagak kaya sebagai dermawan,yang peringkat awal diluluskan RM350/sepeneroka,tiba-tiba dengan semangat meluap-luap kepala hantu tertinggi mengumumkan dalam perhimpunan supaya peneroka diberi RM500/sepeneroka. Peruntukan tambahan RM150.00/sepeneroka perlu di cari sedangkan sumber kewangan terhad.

Berbelanja diluluskan oleh mereka yang tidak mempunyai kuasa sebagai menyelamatkan kepala hantu cuci tangan apabila berlaku sesuatu perkara yang menyalahi prosedur kewangan. Kepala hantu hanya membuat arahan sambil berjalan lalu.

Dasar felda berbelanja untuk sosial peneroka tidak dijadikan masalah sebanyak mana pun .Jarang pertikaikan oleh sesiapa,asalkan ada bukti projek di belanjakan. Oleh sebab itu bajet untuk pembangunan masyarakat boleh diluluskan bila-bila masa.

Sebelum pilihanraya ke 13 berapa banyak wang felda terlambak di agih-agih seperti dermawan Kasim Baba, kepada peneroka RM 15000/seorang kepada lebih 112 ribu orang. Perdana Menteri, pengerusi felda berbangga dengan pemberian itu.Wang tersebut hanya sebagai pembasah tekak yang memberi faedah golongan peneroka dalam tempoh jangka pendek . Kita tahu tujuannya untuk meraih simpati undi di 53 kawasan parlimen.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Tayar Kereta Saya Kena Toreh Di RnR Seremban," Wanita Cerita Hampir Jadi Mangsa 'Longkai'
siakapkeli.my

Seorang wanita tidak menyangka dia hampir menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Beliau memuatnaik status di laman Facebooknya bernama Eja Amoi, dia mendakwa tayar keretanya ditoreh menyebabkan ianya pancit di atas lebuhraya.

Secara tiba-tiba tidak henti-henti ada kereta yang datang menghulurkan 'bantuan' tiba dengan siap bawak walkie talkie ditangan berbaju AAM.

Jom kita baca.

Kes di RNR Seremban.

Selalu baca je kisah orang lain di fb ni. Semalam saya alami sendiri. Saya ni memang jarang sangat berhenti di rnr kalau drive sendiri. Tapi sebab husband ada n kebetulan tak makan lagi, kami berhenti la juga kejap. Lepas siap semua, kami pun memulakan perjalanan semula. Tak sampai 5minit gerak, tiba2 tayar belakang kereta kami pecah. Saya cepat2 suruh husband berhenti di emergency lane.

Berdebar2 sebab tau memang bahaya kan. Nak keluar duduk di tepi tak boleh sebab takde ruang di sebelah luar divider. So, tawakal je duduk dalam kereta. Mula2 gabra juga. Tapi tangan laju je google no plus ronda.

Mula2 call tak dapat. Try 4-5 kali baru dapat. Lepas call tu kami tunggu je dalam kereta. Husband keluar kereta kejap utk letak signage.

Lebih kurang 5 minit kemudian, ada kereta dari seberang tunjuk isyarat seakan2 nak offer bantuan.

Tapi husband tunjuk simbol ok je. So, kereta tu tak berhenti. Tak lama lps tu, satu iswara lama berhenti. Seorang lelaki pakai kemeja berlogo AAM. Siap bawak walkie talkie. Datang offer diri nak tolong tukakan tayar. Tapi kami cakap terima kasih je.

Dia beriya-iya nak tolong. Kami cakap takpe. Kawan dah nak sampai. So, dia pun tak jadi tolong. Sebelum pergi, dia sempat minta rokok kat husband. Tapi husband tak layan pun. Tak lama lepas tu, datang lagi sebuah kereta dari seberang. Gigih lintas jalan nak tolong kami. Pakai baju AAM juga. Husband sehabis baik menolak pelawaan orang tu. So, dia pun balik ke kereta semula. Saya dah makin risau. Saya call semula plus ronda dan tanya berapa lama tempoh untuk pihak plus tiba.

Tak lama lepas tu, datang lagi sebuah kereta saga atau iswara lama. Org tu pakai jaket keselamatan menyapa husband yang tengah betulkan signage yang jatuh di blkg kereta kami. Kali ni dalam kereta ada seorang perempuan dan kanak2. Maybe nak nampak meyakinkan, sebab ada yang nampak saya pegang baby. Masa husband tengah bercakap2 tu, akhirnya hilux plus ronda pun sampai. Lelaki yang konon nak bantu tu terus masuk kereta dan jalan.

Bila orang plus cek tayar, katanya macam ada kesan kena garit atau toreh pada tayar. Orang plus cakap kes ni biasa berlaku. Cuma nasib kami baik, sebab plus ronda tiba agak cepat. Mungkin benda ni dilakukan time kami stop di rnr seremban.

Saya just nak nasihatkan kepada yang selalu travel, selain dari kurangkan berenti di rnr, sentiasa pastikan bateri hp ada, standby cable utk caj hp dalam kereta. At least kalau bateri hp nak habis, boleh caj guna powerbank atau caj pada kereta je. Dan Hp kena sentiasa boleh call out.

Kalau nak pegi toilet pun, better bergilir-gilir n ada yang tunggu dekat kereta. Hati2 semua. Zaman sekarang macam2 kes ada. Pada saya, ia bukan satu kebetulan apabila tayar pecah, 4 kenderaan yang lebih kurang sama dan orang yang juga sama bangsanya datang dalam masa 15-20minit.

Ps: maaf sebab takde gambar. Tangan dok pegang anak je lepas dapat call plus.

----------------------------------------------------------
Kami cuba mendapatkan reaksi peronda PLUS, menurut mereka aktiviti ini banyak terjadi di atas lebuhraya, aktiviti longkai ada yang betul tetapi kebanyakkan menipu.

Mereka akan menawarkan perkhidmatan membaikpulih kereta, dalam situasi ini menukar tayar dengan cas yang agak mahal, untuk meyakinkan mangsa, mereka akan datang menyamar memakai baju AAM palsu.

Prosuder untuk AAM datang ialah, mangsa perlu menghubungi PLUS terlebih dahulu, apabila pihak PLUS sampai, 'check' kereta, baru pihak peronda PLUS akan bertanya adakah mahu mereka PLUS hubungi AAM atau tunda kereta kita ke susur keluar tol terdekat. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Zahid, seruan Allah SWT ialah 'amal makruf nahi mungkar' bukannya 'amal mungkar nahi makruf'
bloglistpolitik.blogspot
aspanaliasnet.blogspot
Posted by Aspan Alias

Ramai yang meminta saya untuk memberikan komen tentang seruan Zahid Hamidi kepada semua orang Umno untuk setia kepada Najib kerana Najib memegang jawatan Perdana Menteri itu adalah ketentuan Allah SWT. Katanya kita semua mesti setia kepada Najib kerana yang meletakkan Najib sebagai Perdana Menteri itu adalah Allah SWT.

Saya tidak berapa berani untuk membuat komen ini bukan kerana takut kepada kritikan yang datang dari orang yang jujur dan berilmu kerana jika kita mendapat kritikan dari yang berilmu kita akan mendapat pelajaran dan pengajaran yang baik yang boleh kita gunapakai dan amalkan. Yang saya takut ialah kritikan dari mereka yang tidak memahami asal kejadian kita dan kenapa kita di hidupkan oleh Allah SWT di dunia ini.

Saya membaca tulisan A Kadir Jasin dan saya bersetuju dengan pandangan dan pemahaman beliau. Hanya saya ingin menokok tambah apa yang saya rasakan perlu untuk memberikan pencerahan kepada Zahid yang nampaknya menggunakan Allah sebagai modal politik beliau dalam PAU kali ini.

Sebenarnya kita di hidupkan didunia ini hanya kerana satu sebab sahaja, iaitu untuk mengESAkan Allah SWT. Tidak ada sebab yang lain. Tuhan hidupkan kita bukan untuk meletakkan Najib sebagai PM semata-mata atau menjadikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang memberikan ketaat setiaan 101 peratus terhadap Najib, ATAU pun dijadikan saya sebagai seorang pengkitik Najib bersama sama dengan yang lain terutamanya Dr Mahathir Mohamed.

Tuhan jadikan kita bukan semata-mata untuk menyokong mereka yang mencuri wang rakyat dan menipu orang ramai dengan berbagai-bagai muslihat. Tuhan tidak menjadikan Apandi Ali untuk melindungi kesalahan pimpinan yang melakukan kezaliman terhadap orang yang mereka pimpin.

Zahid sepatutnya tahu yang kita dijadikan oleh Tuhan untuk mengESAkanNya dengan melawan kezaliman dan tunduk kepada perintahNya dengan luhur dan jujur. Tuhan merupakan empunya segala-galanya dan apa-apa yang dijadikanNya itu untuk menduga sejauh mana kesetiaan kita terhadap keESAanNya. Kita di duga sama ada kita sanggup berkorban untukNya dari waktu kita lahir sampailah ke akhir kalam.

Kita di duga sama ada kita terpedaya dengan tindakan pimpinan dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan terhadap Allah dengan memberikan sokongan terhadap mereka yang melakukan kemungkaran dan kemurkaan Allah itu. Zahid perlu tahu yang menentang Najib ini pun adalah mereka yang dijadikan Tuhan untuk menentang kerana mereka mahu menolak memerangi kemungkaran yang dilakukan oleh mereka yang dijadikan Tuhan untuk menduga ketaat setiaan mereka terhadapNya. Bukan begitu Zahid?

Tetapi tidak menjadi perkara yang menghairankan di akhir zaman ini terlalu ramai pengikut Abdullah bin Ubai dikalangan pemimpin yang memberikan sokongan palsu kepada pemimpin yang mereka geruni. Siapa Abdullah bin Ubai ini, pandai-pandailah mengenali siapa dia itu.Saudara tahu siapa Abdullah bin ubai tetapi kenapa saudara masih bersikap seperti dia itu?

Pendeknya kita kena fikir dengan akal anugerah Tuhan yang kita ini digerakkan Tuhan untuk melakunkan plot yang menduga atau di duga. Kita boleh menjatuhkan hukum bagi mereka yang menjadi penduga itu kerana kita semua tahu apakah yang akan mereka perolehi dari lakunan sebagai pencuri-pencuri dan penjenayah kepada umat itu.

Yang lebih teruk dan hebat bencana yang mereka perolehi ialah mereka yang menyokong dan mempertahankan kemungkaran dalam hidup ini. Dosa-dosa ini melibatkan dosa-dosa yang berkaitan dengan hablumminannas.

Pandangan saya mungkin disalahkan oleh setengah pihak tetapi di yaumil mahsyar jugalah tempat penentuannya. Yang penting bagi kita jangan kita berdakwah yang kemungkaran dengan pencuri dan melakukan jenayah itu adalah kehendak Tuhan dan perlu di pertahankan dan memberikan ketaat setiaan kepada mereka. Sifat menggalakan kemungkaran itu adalah sifat mustahil bagi Allah SWT, pencipta alam semesta itu. Yang Allah SWT seru ialah perjuangan 'amal makruf nahi mungkar', bukannya 'amal mungkar nahi makruf'.

Agama kita menganggap mereka yang makan rasuah itu sama seperti mereka yang makan daging saudaranya sendiri, saudara Zahid!

Sekian saudara Zahid.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Saya Ada Baca Di Whatapp Pasal Alas Kaki Ada Ayat Quran, Balik Rumah 'Check' Rupanya Ada Juga"
siakapkeli.my

Sejak minggu lalu tersebar di media Facebook dan aplikasi Whatapp sekeping gambar yang mendakwa kertas ayat suci Al Quran dijadikan bahan untuk menghasilkan kain lap kaki.

Kejadian dikatakan berlaku di Indonesia sehingga menimbulkan kebimbangan umat Islam di malaysia.

Seorang pengguna Facebook bernama Kamariah Ali yang terbaca kisah itu di aplikasi Whatapps telah bertindak memeriksa alas kaki yang ada di rumahnya.

Beliau mengambil gunting dan cuba memeriksa alas kakinya, ternyata alas kaki yang digunakannya juga terdapat kertas yang tertulis ayat Suci Al Quran.

Berikut adalah perkongsian netiezen.

Sementara itu, pihak ECO Shop Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kejadian ini di mana mereka berjanji akan menyiasat mengenai alas kaki yang mengandungi keratan yang tertulis ayat suci Al Quran ini yang dijual di kedai mereka.

Korang diluar sana bolehlah cuba periksa tengok kain alas kaki kat rumah korang, kalau ada sila ambil tindakan yang sewajarnya. - Siakapkeli.my

Produk alas kaki ada ayat al-Quran disiasat

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab mengeluarkan produk alas kaki mengandungi ayat-ayat suci al-Quran seperti mana yang menjadi viral di laman media sosial sejak kelmarin.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada seorang pembeli alas kaki di sebuah pasar raya di Dungun yang mengadu terdapat ayat-ayat al-Quran di dalam alas kaki berharga RM2 itu.

"Semalam (kelmarin), pembeli itu datang ke Pejabat Agama Dungun untuk mendapatkan kesahihan berhubung penemuan ayat suci al-Quran di dalam alas kaki yang baru dibelinya disebuah pasar raya di Dungun.

"Pihak kami telah menjalankan siasatan dan mendapati kertas bercetak yang mengandungi ayat suci ini dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai salah satu cara menampakkan alas kaki itu lebih tebal berbanding alas kaki lain," katanya kepada pemberita, ketika ditemui di pejabatnya.

Wan Mohd berkata, operasi bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan bermula semalam, di pasar raya dan kedai yang dikenal pasti menjual alas kaki terbabit.

Jelasnya, JHEAT akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukkan undang-undang mengikut Seksyen 9 (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tazkir Terengganu 2001) kepada pengeluar produk berkenaan.

"Bagi kesalahan itu, individu didapati bersalah mempersendakan ayat al-Quran atau hadis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

"Bagaimanapun, sekiranya pengeluar produk itu berada di negeri lain, pihak kami akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama di negeri berkenaan," katanya.

Dalam masa sama, Wan Mohd turut menasihatkan kepada orang ramai yang telah membeli alas kaki yang mengandungi ayat al-Quran supaya menyerahkan dengan kadar segera kepada Bahagian Penyelidikan JHEAT untuk dilupuskan.

"Ini kerana alas kaki yang mengandungi ayat suci ini tidak boleh digunakan demi menjaga kehormatan dan kesucian al-Quran.

"Dalam kes ini, saya amat kesal dengan pihak pengeluar produk ini kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dan saya berharap mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya," katanya.

Cikgu Terkejut Alas Kaki Dibeli Mengandungi Ayat Al-Quran

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Kamariah turut meminta orang ramai yang mempunyai alas kaki yang mempunyai rekaan yang seakan-akan sama supaya melakukan pemeriksaan agar kejadian yang sama tidak berulang.

Posting yang dimuat naik Kamariah pada Selasa lalu, lantas mengejutkan ramai dan menjadi viral hingga mendapat lebih 8,426 shares.

Rata-rata menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila merasakan ada pihak tertentu berniat menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sementara itu, Eco Shop Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan susulan kes viral penemuan ayat al-Quran dalam alas kaki yang dijual mereka.

Dalam kenyataan itu, Eco Shop Malaysia memberitahu, pihaknya berjanji akan menyiasat hal ini dengan teliti dan akan merujuk dengan pihak pengeluar.

"Kami telah mengarahkan kesemua 82 cawangan kami untuk memberhentian segala penjualan alas kaki dan menurunkan semua stok daripada rak jualan kami dengan segera.

"Disini, kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan yang dihargai atas segala kesulitan yang disebabkan oleh kejadian ini," tulis kenyataan itu seperti yang tertera di laman rasmi Facebook Eco Shop Malaysia.

Pada Ahad lalu, media Indonesia melaporkan beberapa rakyatnya menemui ayat al-Quran dalam alas kakinya sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.

Melihat insiden yang berlaku di Indonesia, netizen Malaysia percaya pengeluar alas kaki itu dipercayai daripada syarikat yang sama.

- mynewshub.cc

Ayat Quran Disorok Dalam Alas Kaki, Penjual Kena Tindakan
bloglistpolitik.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Jabatan agama Terengganu mengesan sebuah kedai di Dungun yang menjual alas kaki mengandungi keratan ayat-ayat suci al-Quran.

Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan operasi termasuk merampas barangan itu, lapor Berita Harian.

Siasatan dibuat untuk mencari pihak yang meletakkan helaian ayat al-Quran pada alas kaki yang dijual dengan harga RM2 susulan aduan pengguna semalam, kata pesuruhjaya JHEAT.

Pengeluar dan penjual alas kaki tersebut boleh dikenakan hukuman menurut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu, kata Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim.

"Jika sabit kesalahan pihak terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya," katanya kepada akhbar itu.

Khamis lalu, seorang pengguna Facebook mendedahkan alas kaki yang dibelinya mengandungi ayat suci al-Quran selepas ia dikoyak dengan gunting.

"Petang tadi [Khamis] ada sampai [mesej] WhatsApp pasal alas kaki ada ayat al-Quran.

"Apabila balik di rumah, [saya] periksa, rupa-rupanya [alas kaki saya] ada juga," kata Kamariah Ali, seorang guru di Kuala Berang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bantahan kepada CAF !!
bloglistpolitik.blogspot
paneh.blogspot
Coretan: islah

Indeks Memberi Dunia Yayasan Bantuan Kebajikan (CAF) kata Myanmar negara paling pemurah di dunia. Apa barang CAF ni..betul ke tak dapatan kajian yang dibuatnya tu? Macamana Myanmar boleh jadi negara paling pemurah sedangkan Malaysia jauh lebih maju dari segala segi berbanding Myanmar sepatutnya yang dapat gelaran paling pemurah tu!!

Bukan ke sejak 2010 kerajaan BN dengan pemurahnya bagi BR1M pada rakyat Malaysia. Dan setiap tahun pemberian tu makin bertambah. Kalau tahun lepas kerajaan bagi BR1M RM5.9 bilion, tahun 2017 nak dekat2 PRU ni pulak kerajaan BN up lagi jadi RM6.8 billion yang bagi manfaat kepada 7 juta rakyatnya. Itu tak dikira pemurah lagi ke tu wahai CAF? Sebab tu la kita pertikaikan pilihan CAF ni. Sebab kita memang ada bukti yang Malaysia lebih pemurah.

Itu belum campur lagi rakyat Malaysia dengan sukarelanya tolong bayarkan hutang RM53 billion sebuah syarikat yang MO1 jadi penasihat veto Akta 117 tu. Entah duit tu didermakan pada siapa pun rakyat Malaysia tak tau! Entah buat beli apartment ka..entah buat beli lukisan ka..entah buat filem lucah ka..entah buat bayar hutang judi ka..entah buat belanja kenduri dengan Paris Hilton ka..entah buat shoping kat Hawaii dengan Jakel ka..tapi rakyat tetap istiqamah tolong bayarkan pakai GST. Fakta ni adalah bukti paling win menunjukkan betapa pemurahnya rakyat Malaysia di dunia ni!!

Dan yang sepatutnya dapat tempat kedua negara paling pemurah ialah Arab Saudi aka Dunia Lain. Ini bukan sebarang dakwa ok..ada bukti jelas termasuk pengakuan si pemilik akaun Ambank yang mengaku secara langsung di TV nombor 3 bahawa ada anak raja Arab pernah derma RM2.6 bilion ke dalam akaun MO1. Derma terbesar dalam sejarah dunia kleptokrasi tuuuu...jadi sepatutnyalah Arab Saudi jadi negara kedua paling pemurah selepas Malaysia. Walaupun buruk siku duit tu dipulang semula..tapi dedak..ops..derma tetap derma hokey!!

Cuma satu je kajian CAF yang kita setuju iaitu China ranking paling bawah dalam bab derma2 ni. Dorang kalau derma sesama sendiri je pemurah. Kalo bukan sekaum dengan mereka bukan main kudukut la..kat mana2 pun sama je perangai dorang ni. Jadi bab ni kita setuju la dengan CAF. Cuma mintak tolong CAF kaji balik la ranking nombor satu Myanmar tu sebab rasanya Malaysia dan Arab Saudi lebih layak duduk di dua tangga teratas. Sekian, I rest my case.

*********

MYANMAR dinamakan sebagai negara paling pemurah di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian menurut Indeks Memberi Dunia Yayasan Bantuan Kebajikan (CAF).

Indeks tahunan itu diperoleh daripada purata 1,000 responden setiap negara yang keseluruhannya melibatkan 140 negara. Ia mengambil kira tiga aspek penting iaitu membantu orang tidak dikenali, menderma wang dan kesukarelawan.

Bagaimanapun, kedudukan Singapura lebih baik tahun ini apabila berada di tempat ke 28 iaitu meningkat enam tangga berbanding tahun lalu. Ia kedudukan terbaik sejak indeks ini dilancarkan pada 2010.

Republik itu memperbaiki kedudukannya daripada segi membantu orang tidak dikenali dan menderma.

Separuh daripada responden di Singapura didapati membantu orang tidak dikenali, manakala enam daripada 10 atau 58 peratus menderma tahun lalu.

Bagaimanapun, aspek kesukarelawan menurun dari 27 kepada 23 peratus. Situasi berbeza di Myanmar apabila sembilan daripada 10 responden menderma wang untuk tujuan kebajikan.

Menurut indeks itu, penduduk Myanmar bermurah hati kerana mematuhi ajaran agama Buddha. Selain itu, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Sri Lanka tersenarai antara lima negara teratas yang mengamalkan sikap pemurah.

Bagaimanapun, China menduduki tangga paling bawah kerana mencatat mata dari segi kesukarelaan dan derma yang rendah. - Sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Giliran Shopee Pula Jual Barangan Terpilih Serendah Hanya RM1
siakapkeli.my

Nampaknya disebalik kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, nampaknya pelbagai individu dan syarikat korporat telah tampil membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Ada yang memberikan minyak petrol percuma, ada yang menawarkan harga barangan yang dijual tidak masuk harga iaitu terlalu murah demi memastikan rakyat Malaysia tidak tertekan dengan perkembangan semasa ini.

Jadi, kami tertarik untuk review jualan-jualan murah yang ada sempena hujung tahun ni, haritu SaSa, dan kini lebih menarik dan murah, tiba giliran Shopee Malaysia pula adakan jualan gila-gila 12 hari, siap tawarkan hadiah lagi iaitu termasuk sebuah iPhone 7 128GB.

Hari ini Shopee menyambut hari ulang tahun pertama mereka dan kini Shopee tampil untuk meringankan beban rakyat Malaysia. Mereka mempunyai promosi dengan menjual pelbagai barangan terpilih dengan harga serendah RM1 bermula hari ini hingga 12 Disember 2016.

Ia bukanlah satu gimik dan teknik pemasaran semata-mata kerana apa yang dilakukan adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan dan rakyat Malaysia yang selama ini menjadikan platform Shopee sebagai medium membeli belah walaupun baru berumur 1 tahun dalam industri.

Selain itu, ada lagi yang istimewa di mana dalam 12 hari tempoh jualan gila-gila ini, korang layak untuk memenangi pelbagai hadiah dari Shopee seperti iPhone 7 Plus 128 GB, pakej percutian dan pelabagai lagi seperti gambar di bawah.

Klik sini untuk peluang memenangi iPhone 7 Plus ini > Shopee iPhone 7

o iPhone 7 Plus (128GB)
o keahlian 1 tahun Flexiroam dan 2 GB perantauan data untuk setiap pemenang
o Sandisk & produk Oppo
o Tiket penerbangan dan penginapan di hotel dari Traveloka untuk 2 bernilai sehingga RM7000 untuk setiap pemenang
o Hotel kekal dari Traveloka bernilai sehingga RM800 untuk setiap pemenang
o Baucar Chatime
o Lawatan ke Australia
o Baucar Shopee

Berita baik untuk korang pembaca Siakap Keli, korang layak untuk mendapatkan sebiji bantal Emoji comel seperti dibawah hanya dengan harga hanya RM1 sahaja!.

Bagaimana caranya?

Anda hanya perlu ikut langkah ini dengan menggunakan kod "SIAKAPKELI" untuk menebus item.

1.Muat turut aplikasi Shopee My dari Google Play atau App Store.
2. Di dalam aplikasi, pergi ke ShopeeTreats
3. Cari perkataan Siakapkeli #ShopeeMYBirthday
4. Add to shopping cart
5. Masukkan kod ''SIAKAPKELI'' di semasa daftar keluar halaman, butiran pembayaran lengkap dan selesai!

*Terma & syarat:
Pembelian hanya sah untuk pengguna kali pertama sahaja di Shopee
Penebusan sah sehinggal 12 Dis 2016
Penebusan boleh dilakukan sementara stok masih ada

Ada lagi yang eksklusif untuk korang pembaca Siakapkeli, kalau korang shopping dekat Shopee mencecah RM30 dan ke atas korang layak untuk dapat lagi diskaun sebanyak RM7, cuma time koranfg checkout, masukkan kod SIAKAPKELISH1. Mana nak dapat lagi, dah dapat beli barang murah, ada diskaun lagi.

*Kod ini hanya untuk pengguna kali pertama Shopee.

· Muat turun aplikasi Shopee di SHOPEE atau layari destop di www.Shopee.com.my.

Pembaca Siakapkeli juga boleh membeli edisi terhad telefon OPPO F1s Ayda Jebat edisi terhad hanya di Shopee!

Jadi, tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ni, duduk dekat rumah, pejabat, dalam tandas atau dimana saja korang dapat shoping dengan mudah dan yang paling penting murah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 1, 2016 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Siapa yang Mudah Lupa... TUN M kaa.. KJ...!!!!
bloglistpolitik.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
SAMBUNGAN EPISOD MELAYU MUDAH LUPA, SUDAHKAH KJ MELIHAT CERMIN PAGI INI SEBELUM PERGI KE PAU2016?

Siapa Pengkhianat? KJ dan Pemuda UMNO, bukan Tun M.

1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?

3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.

6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?

7. Kamu biarkan seorang pemuda Cina Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita. Kamu jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat, apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?

Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya.

Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke Perhimpunan Agung UMNO? (SH 01/12/2016)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: