Monday, December 19, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4647

10 Messages

Digest #4647

Messages

Sun Dec 18, 2016 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Posting Hina Agong: Pemilik Akaun Facebook Tetap Akan Disiasat Biarpun Sudah Membuat Permohonan Maaf Terbuka, Kertas Siasatan Sudah Dibuka - Jailani Johari
siakapkeli.my

KUALA BERANG: Individu yang menghina Yang di-Pertuan Agon ke-15, Sultan Muhamad V pada Rabu lalu tetap akan disiasat oleh kerajaan biarpun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johori berkata, kertas siasatan tentang perkara itu sudah dibuka sebaik sahaja Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima laporan rasmi pada hari yang sama.

Katanya lagi, biarpun pemuda itu sudah membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu, siasatan tetap akan dijalankan.

"Pemuda itu tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk didakwa mengikut Akta Komunikasi atau Kanun Acara Jenayah oleh Polis Diraja Malaysia," katanya

Sumber: BH Online

Akui Ketelanjuran Kata, Mohd Faiz Tampil Memohan Maaf Kepada Yang Di Pertuan Agung Dan Rakyat Malaysia
siakapkeli.my

Sejak pagi tadi menjadi viral di laman sosial keratan penulisan di facebook mendakwa seorang lelaki telah menghina Yang Dipertuan Agung, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Penulisan beliau itu membuatkan ramai rakyat Malaysia berang dan mengecam tindakan beliau.

Mengakui akan ketelanjuran katanya dalam media sosial, lelaki berkenaan, Mohd Faiz telah tampil memohon maaf kepada YDPA dan seluruh rakyat Malaysia.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ingin diakui keterlanjuran kata dan bahasa diri ini dalam menyampaikan buah fikiran saya didalam media sosial ini, dengan merujuk kepada posting fb yg sebelum ini tentang kuasa YDPA dan Institusi Majlis Raja-raja.

Saya merafak sembah dan memohon maaf kepada YDPA dan sekalian rakyat Malaysia atas kenyataan yang dilihat menyinggung. Posting itu dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan melayu di Malaysia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial).

Negara unggul yang kita impikan tentunya Negara yang membahagiakan dan sekaligus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-Raja serta institusi islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.

Dalam menyemangati hubungan Raja-Rakyat, haruslah kita meneladani janji antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Seri Teri Buana(raja) , berkenaan kesetiaan Melayu yang bersyarat dan bersyariat. Kata Demang Lebar Daun ,

"Seperkara lagi. perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu itu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan janganlah ia difadihatkan. dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh,tuanku; jangan tuanku aibi".

Demang lebar Daun memberikan taat setia kepada Seri Teri Buana, yang dibalasnya dengan ;

"Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga."

Inilah waad (perjanjian) taat-setia rakyat kepada Rajanya , bersendikan syariat. Pantang anak Melayu itu dinista dan dikeji tanpa sebab. Adapun pantang juga anak melayu itu dipuja melambung-lambung tanpa sebab. Kita tidak mahu nama Agong itu fungsinya dilihat secara literal pada namanya, Contohnya jika dia seorang guru, dia bukan hanya digurukan, malah bibapakan, dimurabbikan, dimentorkan. Kita tidak mahu nama Agong itu hanya tinggal di Agung agungkan, tanpa sebarang peranan yang besar.

Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur semakmurnya dan sebahagianya.

Wallahualam
Mohd Faiz
17 Disember 2016

- Siakapkeli.my

Kritik Agong: Amanah Tidak Dapat Kenalpasti Individu Bernama Faiz
siakapkeli.my

Shah Alam - Amanah hari ini memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat mengenalpasti individu bernama 'Faiz' yang mengeluarkan kenyataan di Facebook mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menurut Naib Ketua Pemudanya, Shazni Munir Mohd Ithin, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu dengan individu itu dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenalpasti lelaki terbabit.

"Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan," katanya.

Keratan status yang mengkritik Agong itu tersebar sejak kelmarin seterusnya mendatangkan kritikan dari ramai pihak.

Faiz, yang dipercayai anggota Amanah, bagaimanapun telah membuat permohonan maaf menerusi satu posting di FB.

"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi raja-raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-Raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia. Itu dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini," katanya.

Sumber: Sinar Online

Dia Rajin Solat, Rakyat Dapat Apa? – Lelaki Hina Agong

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

BUKAN sahaja biadap, malah bodoh tak bertempat!
Tindakan seorang lelaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, mengundang padah, apabila dirinya teruk menerima kecaman netizen.

Menerusi status laman Facebooknya itu, Mohd Faiz mempersoalkan apakah manfaat yang diterima rakyat sekiranya Agong merupakan insan yang rajin bersolat.

Lelaki itu juga turut menyifatkan apa yang ditonjolkan baginda belum cukup membahagiakan rakyat dengan hanya mempamerkan soleh spritual semata-mata.

"Model Sultan Kelantan menunjukkan soleh spritual sahaja tidak cukup membahagiakan rakyat.

"Apa manfaat yang rakyat dapat dari keabidan Sultan Kelantan? Dia rajin solat, so what? Rakyat dapat apa?

"Tidak ada yang salahnya dengan menjadi Agong yang rajin beribadah. Cuma nak cakap, kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak sahaja jawatan Agong…. Jawatan Agong ada tanggungjawab horizontal," tulisnya.

Kelancangan mulutnya itu lantas menimbulkan marah dan ketidak puasaan ramai yang membacanya.

Mohd Faiz bukan sahaja menghina ketaatan baginda kepada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama turut mencabar institusi Raja-Raja Melayu.

Tambahan pula, baginda adalah ketua agama di Malaysia.

Susulan itu, orang ramai memohon agar pihak berkuasa khususnya pihak polis segera bertindak terhadap lelaki ini. – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pasangan Berikan Sebungkus Makanan Kepada Budak Jalanan, Apa Yang Budak Jalanan Ini Lakukan Selepas Itu Buat Netizen Tersentuh
siakapkeli.my

Kadang-kadang kita makan di gerai, pasti ada penggemis datang meminta wang, ada yang menjual tisu, dengan pelbagai kes dibuktikan kebanyakkan mereka sebenarnya ambil kesempatan yang membuatkan ramai antara kita takut untuk memberi wang kepada mereka.

Ada antara mereka betul-betul memerlukan, ada yang memang miskin sehingga anak-anak terpaksa tidak bersekolah kerana tidak mampu, walaupun kita rasa adakah ianya wujud, tapi berdasarkan pengalaman admin sendiri orang minta bantuan, memang ada walaupun agak jarang kita dengari.

Cerita yang admin tulis kali ini, bukan berlaku di negara kita, tetapi sebagai contoh dan iktibar yang tolong menolong itu sebenarnya besar pahala dan mengembirakan mereka yang betul-betul memerlukan.

Kejadian berlaku di negara Filipina, diceritakan oleh Geo Tolentino Ringor di mana dia dan suaminya, John, berjalan keluar dari sebuah restoran di Jollibee, Quezon City, namun tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki jalanan meminta makanan.

Melihat kanak-kanak itu, mereka pun memberikan sebungkus makanan yang dibungkus untuk anak mereka di rumah.

Selepas diberikan makanan kepada kanak-kanak itu, dia dilihat terus beredar ke satu tempat di mana ada seorang kanak-kanak perempuan kecil sedang menunggu.

Pasangan itu ternyata terkejut apabila kanak-kanak lelaki itu terus menyuap makanan yang diberikan mereka itu ke mulut adiknya, sehingga habis di mana hanya semulut disuapkan ke mulutnya sendiri, namun mereka berdua dilihat tetap gembira.

Geo Tolentino Ringor
Ahad lepas
We had brunch at Jollibee (Retiro cor Mayon St.) today and my husband told me to buy another set of meal for a kid who asked him for alms.. and this is what we saw on our way out.

Alangkah indahnya saling bantu membantu, bagi mereka yang betul-betul memerlukan, sebungkus nasi pun dapat membuatkan mereka gembira, jadi sama-samalah kita bantu mereka yang betul-betul memerlukan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 6:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Peneroka akan tanggung hutang jika saham FGV jatuh
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

JIKA anda masih ingat sekitar tahun 2012 yang lalu, para peneroka Felda telah diberi amaran dan ingatan berkali-kali bahawa peneroka akan tanggung hutang jika saham Felda Global Venture, FGV jatuh.

Antaranya, di bawah ini keratan laporan Akhbar Suara Keadilan, bertarikh 22 Mei 2012 yang memetik kenyataan Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, saudara Suhaimi Said tentang isu berkenaan.

Suhaimi melahirkan kebimbangannya di mana peneroka mungkin menanggung hutang pinjaman jika Saham FGV merosot.

Suhaimi ketika itu turut mengingatkan tentang kisah Amanah Saham Johor, ASJ sekitar tahun 90 an dahulu, yang pada awalnya digembar-gemburkan konon nilainya dari RM1 akan naik sehingga RM5.

Namun apa yang terjadi kemudian ialah harga saham itu jatuh sehingga RM0.15 seunit mengakibatkan ramai pemegang saham gulung tikar dan diistiharkan bangkrap kerana membeli saham tersebut melalui pinjaman bank.

Ternyata hari ini segala kebimbangan ini telah menjadi kenyataan. Harga saham FGV yang pada awalnya berharga RM4.45, jatuh merudum, harganya kini hanya tinggal RM1.45.

Ramai peneroka yang merungut kerana terpaksa menanggung hutang ribuan ringgit akibat saham FGV yang jatuh merudum teruk melebihi 66 peratus.

Malah ramai yang mengadu wang Khairat Kematian peneroka yang meninggal dunia dipotong sebanyak RM3,200 untuk melangsaikan hutang saham FGV yang rugi teruk akibat penyusutan nilainya.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/peneroka-akan-tanggung-hutang-jika.html#ixzz4TBsKmCTQ

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, December 01, 2016 11:13 PM
Subject: Fw: duit Khairat Kematian dipotong utk bayar Saham FGV

Lagi duit Khairat Kematian kena potong untuk bayar Saham FGV
bloglistpolitik.blogspotmilosuam.net

SELEPAS pengakuan seorang anak peneroka FELDA sebelum ini yang mendedahkan bahawa duit Khairat Kematian ayahnya dipotong untuk bayar Saham FGV yang menjunam,

Lebih ramai anak peneroka FELDA yang keluarganya mengalami nasib sama muncul mengakui perkara tersebut.

Rupa-rupanya memang ramai peneroka Felda dipotong Wang Khairat Kematian untuk membayar Saham FGV yang kini nilainya telah menyusut hampir 70 peratus berbanding nilai asal semasa penyenaraiannya.

Di bawah ini antara senarai mereka yang terlibat dengan pemotongan tersebut.

Salah seorang anak peneroka Felda turut menghubungi MiLo SuaM berhubung perkara ini. Beliau merasakan tidak adil malah tidak masuk akal, apabila duit yang sepatutnya diterima oleh ibunya yang uzur dipotong bagi membayar Saham FGV yang menjunam.

Apabila ditanya kepada pegawai berkenaan, jawapan sama diberikan ini semua adalah arahan ibu pejabat pusat Felda.

Selepas perkara ini berlaku, aku mula teringat bagaimana satu masa dahulu saudara Mazlan Aliman dan pasukannya dihalau malah ada yang dipukul oleh warga Felda kerana dituduh cuba memburuk-buruk dan memfitnah Najib tentang isu Saham FGV ini.

Akhirnya masa yang menentukan kebenaran, namun kebenaran itu perlu dibayar dengan harga yang mahal.

Malah selepas ini difahamkan peneroka terpaksa seperti bermula dari kosong sehingga ada yang terpaksa membayar hutang lebih RM200,000 kerana percaya dengan pujukan perompak menyerahkan ladang mereka (siapakah perompak itu? Fikirlah sendiri).

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/lagi-duit-khairat-kematian-kena-potong.html#ixzz4Rad126oY

Wang khairat kematian ayah kena potong RM3,200 bayar saham FGV
milosuam.net

SEORANG anak Peneroka FELDA Palong, Negeri Sembilan mengamuk selepas mendapati wang khairat kematian ayahnya telah dipotong sebanyak RM3,200 oleh FELDA bagi membayar Saham Felda Global Venture, FGV.

Beliau mendakwa baki wang khairat kematian ayahnya yang meninggal dunia lebih setahun lalu sepatutnya berjumlah RM7,000 hanya RM3,800 diterima, manakala RM3,200 lagi telah dipotong untuk pembayaran Saham FGV.

Apabila ditanya mengapa FELDA membuat pemotongan terhadap wang khairat kematian itu walaupun pemotongan bayaran Saham FGV telah dibuat setiap bulan melalui pemotongan hasil ladang, pegawai yang berkaitan sekadar menjawab, ia adalah arahan dari ibu pejabat.

Lebih menyedihkan, ibunya baru bercita-cita mahu gunakan duit tersebut untuk perbelanjaan menunaikan Ibadah Umrah di Kota Suci Mekah, nampaknya niat itu terpaksa dibatalkan.

Nilai saham Felda (FGV) yang dibayar setiap bulan oleh peneroka sehingga kini semakin merudum, harganya semakin jatuh.

Harga terkini Saham FGV ketika artikel ini ditulis ialah RM1.50 seunit berbanding nilai asalnya ketika mula disenaraikan ialah RM4.45 seunit — Nilainya menyusut lebih 66 peratus.

Setiap peneroka diperuntukkan sebanyak 800 unit saham bernilai RM3,560 dan dijanjikan dengan keuntungan, namun kini nilainya hanya tinggal RM1,200.

Sudahlah utung tak dapat, kini peneroka pula yang terpaksa membayar setiap bulan bagi menanggung kerugian saham tersebut.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/wang-khairat-kematian-ayah-kena-potong.html#ixzz4Rb1auTUk

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, November 29, 2016 10:57 PM
Subject: Fw: lantik kepala hantu,felda terus rugi

lantik kepala hantu,felda terus rugi
bloglistpolitik.blogspot
udin53.blogspot.

Kalut ,kusut-masai dan tak keruan, pentadbiran Felda hingga menyebabkan kerugian adalah disebabkan kepala hantu yang tidak pernah menyumbang terhadap pembangunan tanah air dan negeri, dilantik felda sebagai Ketua Geng oleh rakan se hantu dengannya kerana kebudian.

Sebelum kepala hantu ini di sumbat ke dalam felda, warga kerjanya berbelanja dengan berhemah demi menjaga kesinambungan kehebatan gah nama felda 'bakti disemai bukti dituai'.Warga felda terus ceria menguruskan sumber dalaman tanpa bergantung atau sibuk dengan dunia luar. Awal kemunculan kepala hantu ini warga kerja felda telah dibayangi dia sebagai parasit politik dan parasit pentadbir.

Sejak terlantiknya orang yang menjadikan felda sebagai mencari wang tambahan lumayan melalui komisyen atau ganjaran yang dijanjikan atau lebih–lebih lagi bermatlamat menggunakan kesempatan mengembangkan dan mengekalkan sokongan politik, maka hari ini kita lihat felda ke arah 'satu sen tak berguna'

Oleh kerana lumrah dunia hendak kiamat maka manusia telah melantik seorang manusia yang tidak pernah melakukan kebaikan untuk memimpin yang dipertikaikan amanahnya. Lihatlah!! sudah pasti si kepala hantu ini telah terbukti berperanan perakus rasuah, dilantik juga sebagai ketua organisasi yang satu masa dulu kaya,teguh dan berbangga dengan keteguhannya. Apa hendak di kata ,mungkin susah hendak cipta kembalikan bubur sebagai nasi.

Tempoh 45 tahun Felda (1956-2001)merupakan satu tempoh pembenaan pengurusan pembangunan tanah terbaik, yang membolehkan warganya menikmati keselesaan hidup. Tidak pernah terfikir ketika dulu menerima durian runtuh RM5000 ke 15000 dan ada manusia berbudi mengumpan kesenangan jangka pendek dengan taburan wang percuma setiap menjelang hari raya dan bonus akhir tahun RM400-RM500 sepeneroka.

Berbelanja besar ini tidak cukup setakat memberi peneroka wang percuma ,tetapi kakitangan juga di tutup mulutnya dengan elaun sekurang-sekurangnya RM1400-RM2000 sebulan mengikut kategori. Kita tidak hairan laporan audit negara berkaitan kewangan felda mengejutkan semua pehak.

Tidak juga menyangka 112,635 peneroka bahawa sumbangaan percuma selama ini merupakan satu penipuan dan menyiksa peneroka untuk terus berhutang – sedangkan manusia yang mencetuskan idea felda ala jabatan kebajikan/ dermawan terus bergembira menikmati nilai fedah jawatannya.

Hari ini felda telah diubah oleh mereka yang biasa memunahkan satu-satu institusi dengan rasuah dan sentiasa berfikir bagaimana mengutip laba kewangan dari intitusi tersebut. Oleh itu Felda dari pengurusan pembangunan tanah ,ekonomi,sosial dan memiliki anak syarikat yang meraih keuntungan, telah diubah kepada pembelian hotel 4 bintang,kondominium, pembelian apartmen mewah di luar negara

Dana Felda RM538 juta dan RM330 juta telah melayang tanpa halangan .Wang sebanyak itu mampu membangunkan semula tanah peneroka tanpa melibatkan pinjaman luar. Kita tahu dan tidak perlu diberitahu atau nafikan bahawa mereka yang menguruskan tidak berbekalkan dan dibekalkan keikhlasan 'gigi dan lidah' sahaja.

Apa yang dipertikaikan mereka yang jutawan luar negara dan dalam negara ini tidak terliur untuk memilikinya atau melaburnya di Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza Kensington Hotel di London. Felda dengan kuasa perdana Menteri, dan ditepuk-tepuk bahunya oleh pengerusinya , terus lena dibuai mimpi nyanyian broker dengan lagu keuntungan komisyen. Individu yang biasa menagih laba daripada projek yang di laksanakan ibarat penagih memerlukan dadah.

Pelbagai perbelanjaan yang tidak menyokong keuntungan felda terus belaku.Entah pakar ekonomi mana yang mempengaruhi kepala hantu sebagai pengerusinya mewujudkan Felda Global Ventures .(FGV) dengan tergesa-tergesa dan menyenaraikan di Bursa Malaysia pada 31 December 2013. Yang untung kepala hantu sebagai pengerusinya di bekalkan saham percuma . Hari ini harga saham RM 1.56 yang peringkat awal disenaraikan RM 4.45/unit. Peneroka melopong membayar hutang miliki saham dengan potongan pendapatan bulanan

Menyediakan dana berjuta ringgit bagi membentuk satu pasukkan bolasepak profesional. Yang kesemua ini tidak ada bersangkut-paut dengan tujuan asal felda di tubuhkan dan harapkan jualan tiket perlawanan ,sampai kiamat tidak akan mendatangkan keuntungan.

Idea gila yang kononnya felda ke peringkat global, bertambah gila lagi dengan meranapkan bangunan kompleks felda ,tempat eksklusif dewan perdana yang baru berusia kurang 30 tahun untuk di ganti dengan pembinaan kediaman eksklusif..

Banyak usaha-usaha kepala hantu dalam felda telah berlaku seperti berlakunya kemusnahan yayasan negeri,Negeri Sembilan 30 tahun yang lalu. Kepala hantu ini sebagai pengerusinya yang ketika itu ladang yayasan di Felda Serting Hilir tergadai kepada taukeh cina bagi mencari sumber kewangan. Yayasan yang ketika itu tidak perlu dinyatakan keaibannya.

Yayasan Felda telah menjadi mangsa si kepala hantu ini dengan mengambil kesempatan matlamat yayasan di tubuhkan.Kewangan yayasan untuk melaksanakan kebaikan sosial dan pendidikan warga Felda seluruh Malaysia, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila menggunakan sumber kewangan yayasan bagi mengeluarkan bantuan atas nama kawasan parlimen diwakili dan kepentingan sokongan politiknya.

Kini kolej di bawah tadbir yayasan satu demi satu terpaksa ditutup kerana kekurangan sumber kewangan Bagitu juga Asrama Semai Bakti yang suatu ketika dulu berjaya melahirkan anak warga felda melangkah ke menara gading yang tinggal bertahan hanya Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur,Kuantan dan Johor Baharu.

Kemuncak kehebatan felda ketika Raja Alias sebagai pengerusinya telah menjadi nostalgia.Mungkin kakitangan dan peneroka tidak menyukainya kerana tidak 'peragih' .Tidak ada elaun atau bonus setiap bulanan dan tahunan.

Beliau telah berjaya mentadbir felda tanpa bantuan kewangan dari kerajaan. Sejak dilantik mereka dari kalangan ahli politik felda terus dilanda masalah berkaitan menguruskan kewangan, sosial dan displin peneroka. Ini disebabkan kepala hantu yang ada dalam felda bertindak mencampakkan eksekutif-eksekutif berpengalaman menggantikan kakitangan pengurusan yang baru,yang boleh ditindik hidungnya dan sentiasa mencium tangannya.

Kerajaan yang memerintah meletakkan ahli politiknya bagi mengekalkan sokongan sebanyak 53 kawasan parlimen di kawasan felda.Itulah satu sebab pengerusi nya sanggup berbelanja besar tanpa mengikut prosuder kewangan bagi menjaga hati peneroka sebagai pengundi. Tidak menghairankan perbelanjaan RM148.42 juta dalam laporan audit di tandatangani oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa,

Perbelanjaan tanpa kawalan berlaku kerana mengikut kehendak pehak atasan,seperti kepala hantu ini tidak selari dengan kepala hantu lebih besar di Putrajaya. Mereka terus membawa felda terus berlagak kaya sebagai dermawan,yang peringkat awal diluluskan RM350/sepeneroka,tiba-tiba dengan semangat meluap-luap kepala hantu tertinggi mengumumkan dalam perhimpunan supaya peneroka diberi RM500/sepeneroka. Peruntukan tambahan RM150.00/sepeneroka perlu di cari sedangkan sumber kewangan terhad.

Berbelanja diluluskan oleh mereka yang tidak mempunyai kuasa sebagai menyelamatkan kepala hantu cuci tangan apabila berlaku sesuatu perkara yang menyalahi prosedur kewangan. Kepala hantu hanya membuat arahan sambil berjalan lalu.

Dasar felda berbelanja untuk sosial peneroka tidak dijadikan masalah sebanyak mana pun .Jarang pertikaikan oleh sesiapa,asalkan ada bukti projek di belanjakan. Oleh sebab itu bajet untuk pembangunan masyarakat boleh diluluskan bila-bila masa.

Sebelum pilihanraya ke 13 berapa banyak wang felda terlambak di agih-agih seperti dermawan Kasim Baba, kepada peneroka RM 15000/seorang kepada lebih 112 ribu orang. Perdana Menteri, pengerusi felda berbangga dengan pemberian itu.Wang tersebut hanya sebagai pembasah tekak yang memberi faedah golongan peneroka dalam tempoh jangka pendek . Kita tahu tujuannya untuk meraih simpati undi di 53 kawasan parlimen.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 6:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suami Isteri Terkorban Nahas MPV Bertembung Treler, 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata
siakapkeli.my

ALOR SETAR - Lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kereta MPV yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler mengorbankan kedua ibu bapa mereka.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam di Jalan Alor Punti, Pendang itu, kelima-lima beradik terbabit parah.

Menurut BH Online, kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghalan ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang ketika kejadian.

Dua mangsa yang terkorban adalah bapa, Mohd Padzil Rashid, 50, dan ibu kepada lima beradik berkenaan, Masmiwaza Mohd. Noor, 42.

Mohd. Padzil dan Masmiwaza merupakan guru masing-masing bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar.

Kelima-lima beradik yang parah adalah Masyitah, 12, pasangan kembar Muhammad Asyraf, 11 dan Muhammad Akmal; Munirah, 7 dan Maisarah.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV tersebut terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

"Pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber: Kosmo!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 6:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



UMNO, BN Lahirkan Empat Lagi Pemimpin Muda Menentangnya...

bloglist-malaysia.blogspot

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Jangan kata kerajaan pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak mempengaruhi penggantungan pengajian aktivis siswa, Anis Syafiqah Md Yusof dan rakan-rakannya.

Beliau digantung pengajian satu (1) semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana pembabitannya dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, Ogos lepas.

Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak berkuasa mengesan, menangkap dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebutkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengakui MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Selain Anis, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli turut dikenakan hukuman yang sama, manakala Suhail Wan Azahar diberi amaran dan dikenakan denda RM400.

Tindakan menghukum ini secara tidak langsung melahirkan pemimpin muda yang akan menentang kerajaan berterusan, iaitu UMNO dan BN. Mungkin keluarga mereka turut bersimpati dan 'akan mengajar UMNO dan BN" dalam pilihan raya nanti.

Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) mendapati beliau bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan; merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan keselamatan awam kerana menyertai himpunan tersebut.

Anis berkata, universiti yang telah dikawal oleh pihak berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah negara.

Yang nyata Anis dan rakan-rakannya itu tidak akan berhenti setakat ini. "Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu diteruskan," katanya.

Anis akan merayu universiti agar membatalkan pertuduhan dan jika tiada sambutan, beliau dan rakan-rakannya tidak akan teragak-agak untuk bawa ke mahkamah.

Kalaupun tidak dapat melihat dengan nyata kesan tindakan ke atas mereka pada pilihan raya terdekat, pastinya gerakan mereka akan berpanjangan hingga ke pilihan raya umum akan datang dan memandangkan mereka masih muda, kesan jangka panjang akan dapat dilihat dengan jelas.

Berkaitan ini bekas Perdana Menteri yang berpengalaman sebagai Menteri Pelajaran, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis surat kepada Anis serta memuji keberanian beliau.

Dalam surat yang disiarkan di laman Facebook Anis, Dr Mahathir berkata beliau terganggu dengan tindakan tatatertib Universiti Malaya ke atas Anis kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (MO1). "Seharusnya, pihak universiti tersohor di Malaysia menyokong keberanian dan keprihatinan saudari memperjuangkan masa depan negara dan anak bangsa.

Saya dapati saudari amat jelas di dalam tindakan yang saudari ambil iaitu saudari bimbang akan masa depan negara dan generasi akan datang akibat daripada salah laku MO1," kata Dr Mahathir.

"Saudari tidak bersendirian di dalam kebimbangan ini. Saya yang di penghujung usia mungkin akan terlepas menghadapi penderitaan angkara MO1."

Beliau menyuarakan harapan agar Anis tabah menghadapi tindakan tatatertib yang dihadapi, sambil menambah perjuangan tanpa pengorbanan bukanlah perjuangan sebenar.

Dr Mahathir berkata beliau berharap belia lain mencontohi Anis dan UM akan menyedari penglibatan beliau dalam perhimpunan itu adalah demi tanggungjawab beliau terhadap masa depan negara, dan bukannya isu disiplin.

Pada 23 Ogos lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan menyuarakan sokongan penuh kepada program #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa yang akan berlangsung pada Sabtu 27 Ogos. Dalam satu kenyataan media pada hari berkenaan, badan tertinggi Pakatan Harapan itu menggesa seluruh rakyat Malaysia yang memegang teguh keadilan dan kebenaran untuk turut bersama-sama menyertai program berkenaan.

Menurut kenyataan Majlis tersebut, isu laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan dakwaan kecurian berbilion ringgit wang rakyat oleh beberapa individu termasuk 'Malaysian Official 1' serta kemasukan AS$731 juta ke dalam akaun peribadi beliau mesti dipandang serius

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 6:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anda Sudah Membuat Penukaran Kad Debit Paywave Yang Baharu, Perkara Penting Ini Juga Perlu Segera Dilakukan
siakapkeli.my

Semua sudah maklum bahawa penukaran kad ATM yang baharu perlu dilakukan, untuk menggantikan kad ATM yang sedia ada, dan ianya termaktub kepada semua pemegang kad debit yang ada.

Dengan penukaran kepada kad baharu ini, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Melalui perkhidmatan ini, ia membolehkan pengguna untuk hanya menyentuh kad, tanpa perlu memasukkan nombor pin.

Namun begitu, anda juga tahu kemungkinan kad anda boleh digunakan begitu sahaja tanpa pengetahuan anda amat tinggi, lebih-lebih lagi jika dompet anda dicuri, dan kad anda boleh diakses oleh pencuri begitu sahaja. Bagi mengelakkan berlakunya perkara sebegini, saudara Anwar Badroldin kongsikan tip yang boleh dilakukan dalam mengelakkan kehilangan wang dari kad debit baru anda. Jom kita baca perkongsian darinya.

TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU

Bermula 1.1.2017 semua kad debit dan kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN menggantikan tandatangan.

Bagi yang dah tukar ke Debit Kad yang baru, anda perasan tak dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah.

Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered)

Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Perkara pertama setelah dapat kad debit yang baru

1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka
2. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.
3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.
4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.
5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.

Bagi aku biar leceh sikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada tau tau duit susut dalam akaun tanpa kita sedar. RM250 kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi aku.

Benda ni penting bagi aku dan aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku share benda ni pada orang lain.

Please share kalau rasa bermanfaat untuk kawan-kawan lain.

Assalamualaikum

Anwar Badroldin

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 6:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa pilih Wan Azizah, bukannya Azmin sebagai PM?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Permainan politik ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hangat, terutamanya di pihak pembangkang.

Namun seperti biasa, sasaran permainan politik pembangkang bukanlah ke arah menyerang Umno-BN, sebaliknya ke arah menonjolkan diri dan mematikan langkah rakan sendiri.

Yang menariknya, cadangan dilontar pembangkang ke media kelihatan tidak dibincang terlebih dahulu semasa mereka sendiri. Mereka mengharapkan rakyat dan media akan menyambut cadangan tersebut lalu dibahas dan dihangatkan sebelum idea itu digunakan sebagai senjata untuk menekan sesama sendiri.

Minggu ini terdapat 2 idea menarik. Idea pertama ialah lontaran daripada Pemuda PKR agar Amanah diserapkan ke dalam PKR. Idea kedua ialah pendedahan awal DAP yang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai calon perdana menteri sementara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri sementara.

Bubar Amanah

Idea agar Amanah dibubar disambut hangat oleh media pro-pembangkang seperti Malaysiakini – yang terus-menerus membicarakan isu tersebut walaupun idea ini ditolak mentah-mentah oleh Amanah dan setiausaha agung PKR tanpa kajian mendalam.

Entah-entah idea itu ditolak bukan kerana ideanya, tetapi kerana siapa di belakang idea tersebut memandangkan pencadangnya, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dilihat adalah watak yang pro-Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dari perspektif PKR, boleh difahami mengapa idea sebegitu terkeluar daripada sebahagian pemimpin mereka. Masih ingatkah insiden di mana DAP mendesak PKR agar Selangor dan Pulau Pinang membubarkan DUN untuk diadakan pilihan raya negeri? Amanah bertindak menyokong cadangan DAP tanpa mempedulikan kesulitan yang terpaksa dihadapi PKR.

Barangkali inilah yang menyebabkan ada sebahagian PKR yang merasakan Amanah tidak membawa sebarang nilai tambah kepada PKR, selain menjadi undi DAP kedua di dalam Pakatan Harapan untuk memaksa PKR akur kepada idea kontroversi. Bukan itu sahaja, Amanah sebenarnya juga menjadi masalah besar dalam rundingan mencapai persetujuan satu-lawan-satu antara parti pembangkang dengan Umno-BN.

Calon PM

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendedahkan Pakatan Harapan akan mengumumkan calon perdana menteri mereka tidak lama lagi.

Peliknya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang terlebih dahulu mendedahkan calon perdana menteri sementara ialah Dr Wan Azizah, manakala calon timbalan perdana menteri sementara pula ialah Muhyiddin di dalam satu ceramah.

Apakah tujuan Kit Siang membuat pengumuman ini tanpa menunggu pengumuman rasmi seperti disebut Nurul Izzah tidak diketahui. Ada yang berbisik sesiapa pun calon PM Pakatan Harapan, DAP adalah de facto leadernya, dan apa yang dilakukan Kit Siang menguatkan bisikan ini.

Yang hairannya, mengapa Azmin tidak dipilih sebagai calon PM? Dengan memilih Azmin, sebenarnya tiada keperluan untuk mengangkat seorang calon PM sementara. Dr Wan Azizah ialah orang PKR, Azmin juga orang PKR, malah Azmin berpengalaman sebagai menteri besar Selangor.

Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan selepas Pakatan Harapan menang di PRU14, beliau boleh dilantik sebagai penasihat perdana menteri, dan de facto leader kepada kerajaan Pakatan Harapan seperti struktur organisasi PKR yang jauh lebih berkuasa daripada mereka yang memegang jawatan.

Dalam keadaan itu, Azmin boleh terus berperanan sebagai PM tanpa perlu ditukar dan Anwar pula adalah de facto ketua kerajaan.

Kalau betul negara memerlukan seorang calon PM sementara, bukankah lebih wajar untuk mencadangkan seorang yang betul-betul dapat memimpin, tetapi waktunya terhad seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang popularitinya hampir setara Anwar, jika kajian Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) dijadikan rujukan, walaupun agak janggal bagi IDE untuk tidak menyertakan nama Azmin dalam kajian populariti pemimpin yang dibuatnya.

Apakah penulis tersilap baca atau sememangnya ada perang sulit antara DAP dan Amanah dengan team Azmin di PKR?

Bukti Kit Siang Ketua De Facto Pakatan Harapan

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14 oleh Lim Kit Siang membuktikan DAP merupakan ketua de facto Pakatan Harapan (PH).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengumuman yang dibuat oleh Kit Siang itu membuktikan DAP merupakan mastermind dalam penentuan sesuatu jawatan penting negara.

"Sekarang Lim Kit Siang berkata Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yassin, masing-masing akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara.

"Ini bermakna Wan Azizah akan menjadi perdana menteri hanya untuk beberapa bulan sehingga Anwar mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, dibebaskan dari penjara, anggota Parlimen PKR akan mengosongkan kerusi, pilihan raya kecil diadakan, dan Anwar memenangi pilihan raya itu dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri, keseluruhan proses mengambil masa beberapa bulan," kata Salleh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sebaik sahaja Anwar mengambil alih sebagai PM, beliau kemudiannya akan memilih Timbalannya untuk menggantikan TPM sementara, Muhyiddin.

"Siapa bakal timbalan perdana menteri Anwar tidak diketahui di peringkat ini," katanya

Salleh juga menegaskan bahawa Kit Siang tidak memaklumkan sama ada cadangan perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara itu berdasarkan kata sepakat daripada semua parti dalam Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi PPBM.

"Adakah ini juga terpakai sekiranya DAP menang paling banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum dan beberapa orang-orang yang menang adalah calon Melayu DAP?

"Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar kerana Anwar tidak pernah memohonnya? Adakah Anwar bersetuju untuk memohon pengampunan atau beliau masih berkeras tidak akan memohon perkara itu kerana ini sama seperti mengaku bersalah?

"Adakah PM dan TPM sementara kemudiannya akan terus memegang jawatan itu selama-lamanya jika Anwar gagal untuk diampunkan dan dibebaskan?,"soalnya.

Sumber AIDCNews

Rupanya Cadangan PM Sementara Konvensyen PAN "Arahan" DAP

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Sebelum ini heboh kononnya parti PAN mahu PM SEMENTARA. Parti Amanah Negara (PAN) Johor mencadangkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri 'sementara' sekiranya Pakatan Harapan mampu menawan Putrajaya PRU14.

Ramai yang tertanya kenapa tiba-tiba keluar PM SEMENTARA oleh pihak PAN?

Hari ini DAP berkata Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara, kata penasihat DAP.

Lim Kit Siang yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Selasa lalu kami (DAP) capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai," katanya ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam.

Lim Kit Siang dikatakan mendahului PAKATAN HARAPAN membuat kenyataan mengenai kedudukan PM dan PMS sedangkan akhbar Malaysiakini hari ini baru menyiarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bahawa Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan masa depan gabungan itu, termasuk memilih calon yang berpotensi untuk jawatan perdana menteri.

MEMANG JELAS PENCATURAN PAKATAN HARAPAN ADALAH DI TANGAN DAP!!

Lim Kit Siang dikatakan juga mengesahkan satu rancangan semacam LANGKAH KAJANG sebelum akan dilakukan. Kenyataan Lim ini bersamaan dengan apa yang disebut oleh Rafizi Ramli selasa lalu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai "Langkah Kajang" dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.

"Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri," kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.

Oleh itu, Anwar dijangka kekal dipenjara sehingga pertengahan 2018.Anwar pula akan dibebaskan dengan mencari cara lain termasuk pengampunan Agung.

Jika mengikut kaedah kedua ini Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi calon perdana menteri sementara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula adalah calon bagi jawatan timbalan perdana menteri sementara.

Lim Kit Siang mengesahkan percaturan ini bagi pihak DAP ketika berucap pada majlis makan malam yang diadakan di Bukit Gelugor malam tadi.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Parti serpihan DAP bertanding di Selangor pada PRU14

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SEPANG: Parti Alternatif Rakyat (PAP) mengesahkan akan bertanding di sekurang-kurangnya 8 kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor berkata parti berbilang kaum itu sudah mengenal pasti pemimpin berkaliber termasuk dalam kalangan generasi muda dan wanita untuk diletakkan sebagai calon.

"PAP mahu menampilkan kepimpinan yang sederhana dan cara berkempen yang bersih dengan kedudukan kewangan yang seimbang dan kita juga tidak mahu terlalu yakin.

"Isu yang akan difokuskan pada PRU14 nanti termasuk isu di peringkat nasional dan tempatan antaranya isu perumahan dan pendidikan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

PAP yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 30 Okt 2015, ditubuhkan bekas anggota DAP susulan krisis dalaman dan kepimpinan parti itu.

Sebelum ini, PAP turut mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Pulau Pinang pada PRU14 nanti.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga bekas naib pengerusi DAP berkata partinya menjangkakan Pakatan Harapan akan berkubur sebelum PRU14 kerana isu pembahagian kerusi.

"Kerjasama DAP dengan Amanah hanyalah sebahagian usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kerana DAP tidak lagi mendapat sokongan apabila menganaktirikan anggota kaum Melayu.

"Kerusi mana yang DAP nak beri kepada Amanah? Saya sebagai naib pengerusi dulu pun tak dapat jadi calon sebaliknya diberikan kepada calon kaum Cina yang tidak berpengalaman," katanya.

Selain itu, katanya jika DAP bertanding pada PRU14, ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP masih belum diiktiraf RoS.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 6:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isu Teka Berat Lembu Sado Di MAHA 2016: Mufti Wilayah Pula Tampil Perjelaskan Tentang Hukum Pertandingan Tersebut
siakapkeli.my

Sebelum ini isu teka berat lebu Sado di MAHA 2016 telah menjadi bualan hangat selepas Pencetus Ummah Syed dan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman menyatakan pertandingan berkenaan adalah berunsur perjudian.

Namun dilihat pihak penganjur masih mempertahankan apa yang mereka lakukan bebas dari unsur perjudian.

Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan,Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah tampil menjawab persoalan ini, adalah pertandingan berkenaan judi atau tidak? jom kita baca.

Soalan:

Baru-baru ini, saya telah mengunjungi pameran lembu sado di ekspo MAHA. Di sana saya telah ditawarkan untuk menyertai pertandingan meneka lembu sado dengan bayaran penyertaan sebanyak RM10.00. Mohon pandangan Datuk Mufti berkenaan pertandingan seumpama ini.

Jawapan:

Sebelum dijelaskan hukum bagi permasalahan di atas, dibentangkan terlebih dahulu beberapa definisi judi, dalil pengharaman dan ciri-cirinya:

Definisi Judi

Dari segi bahasa judi atau juga dikenali dalam bahasa Arab sebagai al-maisir atau al-qimar bererti permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah. Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan dengan anak batu, atau dengan dadu atau segala jenis pertaruhan.
Dari segi istilah, terdapat beberapa takrifan yang dikemukakan oleh para ulama antaranya:

Ibn Hajar al-Makki berpendapat judi merujuk kepada sebarang jenis pertaruhan .

Al-Mahalli mengatakan judi ialah sebuah bentuk pertaruhan yang diharamkan yang terdedah untuk menang atau kalah.

Al-Mawardi mengatakan judi ialah suatu pertandingan yang menjadikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada menjadi pemenang (mengambil) atau tewas (menyerahkan) hadiah yang dipertaruhkan.

Ibn Qudamah pula mengatakan judi ialah pertandingan yang tidak sunyi salah satu daripada keduanya untuk menang atau kalah.

Bagi Ibn Taimiyyah, judi merupakan pengambilan sebahagian daripada harta seseorang, kemudian dipertaruhkan sama ada seorang itu mendapat hasil atau tidak mendapat apa-apa.

Ibn Qayyim pula berpandangan judi adalah suatu situasi di mana salah seorang daripada keduanya untuk menang ataupun kalah.

Imam Malik pula berpandangan judi terdiri daripada 2 jenis:

Judi yang bersifat sia-sia (lagha) seperti permainan yang menggunakan buah dadu, catur dan sebarang elemen hiburan yang tidak bermanfaat.

Judi yang bersifat pertaruhan ialah apa-apa yang membahaya atau mengadaikan diri orang lain.
Seteleh membentangkan takrifan judi yang dikemukakan oleh para ulama, maka dapat kita fahami bahawa judi ialah satu permainan yang mengandungi pertaruhan daripada pihak bertanding di mana ia mengakibatkan kemenangan pada sebelah pihak manakala pihak yang lain mengalami kerugian.
Pengharaman Judi

Permainan judi merupakan perbuatan yang jelas diharamkan dalam al-Quran, hadis dan juga ijmak. Firman Allah SWT:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya'. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ' Yang lebih dari keperluan.' Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
(Surah Al-Baqarah: 219)

Dalam surah yang lain, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah Al-Maidah: 90)

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللّهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu.
(Surah Al-Maidah: 91)

Pengharaman judi juga disebut dalam hadis Rasulullah SAW antaranya:

من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق

Maksudnya: "Barangsiapa yang berkata pada temannya: Marilah kita bermain judi! Maka hendaklah dia bersedekah.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Selain itu, pengharaman judi ini juga telah diijmakkan oleh para ulama tanpa terdapat seorang pun ahli ilmu yang menafikannya. Perkara telah dinyatakan oleh Ibn Hazim al-Zahiri, al-Jassas, Abu Hayyan al-Andalusi, Ibn Taimiyyah dan juga al-Qurtubi.

Setelah dibentangkan nas-nas syarak berkenaan judi, maka diadapati Allah SWT telah mengharamkan sebarang bentuk perjudian kerana ia merupakan salah satu daripada cara memakan harta orang lain secara batil dan seterusnya mengundang kepada konflik permusuhan dan kebencian.
Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut:

Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.

Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia pertaruhkan.

Berdasarkan ini para ulama berpendapat bahawa mana-mana permainan yang mana pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan oleh pihak ketiga, bukan dari pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu. Permainan seperti ini dinamakan sebagai pertandingan dan manfaat yang diperolehi dianggap sebagai hadiah.

Satu permainan juga tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang diperolehi berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada temannya "Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan tetapi jika kamu kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya." Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mana Rasulullah s.a.w diajak oleh seorang kafir Quraisy bernama Rukanah untuk bergusti dengan hadiah beberapa kambing, jika Rasulullah s.a.w menang. Rasulullah s.a.w menerima cabaran itu dan beliau menang dalam pertandingan.

Selain itu, sebarang permainan apabila seorang di antara yang bertaruh menang lalu mendapatkan taruhan itu sedang bila kalah maka dia berhutang kepada temannya dianggap sebagai judi yang diharamkan.

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menulis bahawa sejenis permainan yang dikenali sebagai 'loteri' adalah sebahagian daripada jenis perjudian di mana tidak seharusnya dipandang remeh sehinggakan digunakan atas nama badan bantuan sosial dan kemanusiaan. Sebenarnya orang-orang yang membolehkan bermain loteri kerana tujuan-tujuan yang tersebut seperti orang-orang yang mengumpul dana sumbangan kerana tujuan-tujuan khairat dengan mengadakan majlis-majlis joget dan pertunjukan seni yang haram. Sebaik-baiknya kita katakan kepada orang ini sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW :

إن الله طيب لا يقبل إلا طيبا

"Sesungguhnya Allah itu Baik, Dia tidak akan menerima kecuali yang baik-baik sahaja"
(Riwayat Muslim)

Dalam membahaskan hukum bagi permasalahan diatas, terdapat 2 isu permasalahan utama:

Pihak penganjur mengenakan "yuran penyertaan" sebagaimana berikut:

• 1 tekaan : RM 10
• 3 tekaan : RM 20

Wujudnya pihak ketiga yang membiayai hadiah iaitu seekor lembu sado atau wang tunai bersamaan RM20,000.

Kedua-dua elemen tadi telah mencetuskan keraguan dan polemik sehinggakan ramai yang bertanggapan ia diharuskan disebabkan wujudnya pihak ketiga yang menyumbang hadiah tersebut.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah dibentangkan definisi judi, pengharaman serta ciri-cirinya, maka kami berpandangan pertandingan meneka lembu sado ini dilihat mempunyai unsur-unsur perjudian sebagaimana yang berikut:

Elemen yuran penyertaan yang wujud dalam pertandingan ini akan mengundang kepada bayaran untuk menang secara nasib (luck).

Elemen pemenang mengambil habuan daripada pihak yang kalah (zero sum game) juga kelihatan dalam pertandingan seumpama ini.

Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kewujudan pihak ketiga lazimnya akan menjadikan sesuatu pertandingan itu menjadi hukum harus. Namun, dalam kes ini, elemen bayaran penyertaan itu telah mengubah lansdkap hukum tersebut kepada haram kerana masih lagi wujud elemen nasib (luck) dan juga pengambilan hadiah daripada pihak yang kalah (zero sum game).

Justeru, kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihati umat Islam agar berhati-hati dalam muamalah seharian, khususnya dalam konteks menyertai pertandingan moden pada masa kini agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat kepada Allah SWT. Bagi mereka yang telah memenangi pertandingan ini, maka hendaklah baginya menyerahkan harta itu kepada Baitulmal untuk diuruskan atau memberikannya kepada fakir-miskin kerana mereka adalah golongan yang berhak kepada harta tersebut. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita di dunia dan juga di akhirat.

SUMBER

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, December 11, 2016 10:36 PM
Subject: Fw: Teka Berat Lembu Sado Adalah Perjudian

Teka Berat Lembu Sado Di MAHA 2016, "Ianya Adalah Jelas Sebuah Perjudian" - Dr. Zaharuddin Abd Rahman
siakapkeli.my

Jika sebelum ini Pencetus Ummah Syed pernah menyuarakan pandangan ini yang menyatakan teka lembu sado di MAHA 2016 adalah berunsur perjudian, namun dilihat beliau dihentam sesetengah netizen katanya sepatutnya PU Syed kena tabayyun dulu sebelum membuat kenyataan.

Terbaru, penceramah bebas, Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman telah tampil menjawab segala persoalan ini pula.

Beliau dalam satu penjelasannya beliau menegaskan bahawa pertandingan teka berat lembu sado di dalam MAHA 2016 adalah berunsur perjudian.

JUDI LEMBU SADO DI EKSPO MAHA 2016?

Saya ditanya berkenaan satu pertandingan meneka berat seekor lembu Sado yang diadakan di Ekspo MAHA yang berlansgung di MAEPS ketika ini. Semua peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar :-

1 tekaan : RM 10
3 tekaan : RM 20

Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 20,000 atau seekor lembu bernilai RM 20,000.
Jawapan saya

Ia adalah jelas sebuah perjudian. Ia mempunyai ciri judi yang didefinisi oleh Ulama seperti Al-Baijuri adalah :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertin: Suatu pertandigan yang mana peserta teredah untuk sama ada kerugian atau meraih untung. (Hashiah Al-Baijuri, jil2, hlm521)

Selain itu, ia juga terbina di atas bayaran untuk menang secara nasib (game of luck or pure chance), walaupuan tekaan itu mempunyai sedikit elemen usaha, namun ia tetap punyai elemen 'nasib' yang besar.

Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu 'Zero sum game' iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah.

Ia masih pada hukum judi walaupun jika penganjur berkata bahawa duit yuran yang dibayar peserta itu akan disalurkan kepada kegunaan lain hatta ke Palestin sekalipun, setiap bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan secara rela paksa & berpeluang menang lebih besar secara nasib, pertandingan itu akan tetap menjadi judi.

Ia masih menjadi judi, hatta hadiah disumbang dari pihak ketiga yang tidak menyertainya. Ia tetap menjadi judi bagi semua peserta yang menyertainya dengan bayaran yuran tertentu dan berpeluang pula menang lebih banyak untung jika tekaan tepat atau kalah wang penyertaan jika tekaan mereka salah.

ADA PIHAK YANG HARUSKAN ?

Saya juga difahamkan terdapat pihak yang mengharuskan atas hujjah hadiah sponsor dari pihak ketiga. Namun kelihatan pihak yang memberi hukum harus telah terkeliru. Perlu faham bahawa terdapat dua jenis judi, setiap satu punyai syarat yang sedikit berbeza dari yang lain, dua jenis itu adalah :-

1. Suatu pertandingan yang ada yuran dan hadiah pemenang diambil dari wang terkumpul peserta. Namun syarat pertandingan jenis ini adalah pertandingan berdasarkan usaha yang jelas seperti sukan futsal, badminton etc. yang mana kepakaran dan latihan sebagai penentu pemenang. Justeru, pertandingan dari jenis ini, jika terdapat hadiah dari pihak ketiga yang tidak menyertai, ia akan mengubah hukum pertandingan kepada harus. Kategori ini, tidak terpakai kepada teka berat lembu sado yang mana pemenang berasaskan nasib hasil tekaan bukan usaha fizikal.

2. Suatu pertandingan yang ada yuran dan pemenang ditentukan dengan nasib. Judi dari jenis yang ni, hadiah sponsor pihak ketiga tidak mengubah status judi. Menggunakan hasil kutipan yuran kepada maslahat pihak tertentu yang lain juga tidak mampu menjadikan pertandingan itu sebagai harus.

Masalah teka lembu sado masih tersangkut pada jenis kedua. Namun kelihatan mereka keliru sehingga tercampur-campur jenis lalu tersalah menghukum harus.

JIKA DAH MENANG ?

Justeru itu, sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin. Faqir miskin HALAL mengambilnya disebabkan ia telah menjadi neutral kembali ke atas diri mereka kerana mereka punyai sebab diiktiraf syara' untuk menerima wang sebegitu. Pembersihan cara ini juga datang dari sabdaan Nabi saw

من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق

Erti : sesiapa yang berkata saudaranya, "mari aku bertaruh denganmu" maka (jika menang) wajiblah dia menyedeqahkan (wang kemenangan itu). (Al-Bukhari dan Muslim)

Bagi penganjur, ketahuilah judi itu HARAM hukumnya dan jangalah mana-mana syarikat menganjurkan pertandingan yang serupa dengannya.

Ia hanya TIDAK JUDI jika peserta masuk meneka secara percuma tanpa bayaran.

Atau, peserta tidak diwajibkan membayar, terpulang sesiapa ingin membayar sebagai sedeqah atau tidak bayar, namun semua masih boleh sertai, barulah ia TIDAK JUDI juga.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 18, 2016 9:21 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Dec 18, 2016 9:21 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: