Thursday, December 22, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4649

8 Messages

Digest #4649

Messages

Wed Dec 21, 2016 6:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jamal bertuala, gagal tumpang mandi di pejabat Azmin

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hari ini hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Jamal yang juga ada ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu pada jam 9.40 pagi bersama kira-kira 15 penyokongnya dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

"Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

"Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh, benarkan saya mandi di tandas bawah saja.

"Jika mahu saya bayar, saya akan bayar. Saya pergi surau, masjid tapi semua tiada air," katanya.

Menurutnya, beliau amat kecewa dengan kerajaan negeri Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali berlaku tetapi masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Jamal kemudiannya terus mencaci Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang tidak membenarkannya menumpang mandi di pejabatnya.

Beliau kemudian cuba menghubungi telefon bimbit Azmin dan meninggalkan mesej suara, "Saya Jamal dari Sungai Besar... Saya datang untuk mandi. Rakyat susah. Sila angkat telefon kamu..."

Jamal yang kecewa seterusnya menggegarkan pagar dan mencabar pengawal untuk memeriksanya yang tidak membawa sebarang senjata.

"Saya hanya mahu untuk mandi! Saya tidak bawa bom atau senjata ...," katanya, sambil menuduh Azmin dan kerajaan negeri hanya mampu menuding jari dan mempolitikkan isu air.

"Mereka ini hanya tahu bercakap dan hanya menuding jari menyalahkan orang lain sahaja, cubalah belajar dari kesilapan dan mengakui salah mereka?" katanya.

Beliau juga mendakwa dirinya meninjau sekitar kawasan kejiranannya di Ampang dan mendapati bukan sahaja rumah tetapi masjid-masjid dan restoran juga tidak mempunyai air.

Sebanyak 814 kawasan di Lembah Klang yang membabitkan 3.89 juta pengguna menghadapi gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di stesen di Bukit Badong, Hulu Selangor, bermula semalam hingga 24 Disember.

Dengan Hanya Memakai Tuala, Jamal Datang Ke Pejabat Menteri Besar Selangor Nak Tumpang Mandi
siakapkeli.my

Nampaknya nama Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menjadi sebutan kembali apabila Ketua UMNO Sungai Besar itu telah datang ke pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya memakai tuala, lapor Sinar Harian.

Beliau dikatakan berada di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pagi ini untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor kerana rumahnya tiada air.

Dia juga telah membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

"Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

"Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah," katanya ketika ditemui di hadapan pagar pejabat SUK Selangor.

Jamal dikatakan telah tiba di perkarangan pejabat SUK kira-kira jam 9.40 berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.

Beliau juga menyatakan amat kecewa dengan kerajaan Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali terjadi dan masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

"Sepatutnya, kerajaan Selangor bertanggungjawab dan ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kerana ia sangat menyusahkan rakyat.

"Mereka ini hanya tahu bercakap dan hanya menuding jari menyalahkan orang lain sahaja, cubalah belajar dari kesilapan dan mengakui salah mereka?" katanya lagi.

Beliau juga meminta agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mempolitikkan isu ini.

"Apabila dimaklumkan mengenai isu ini, mulalah kerajaan negeri mainkan isu politik dan tuduh pihak lain yang bersalah.

"Berhentilah menjadi pemimpin hipokrit yang hanya pandai mainkan isu politik sahaja 24 jam, akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa," tambahnya lagi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 21, 2016 6:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suami Isteri Maut, 6 Parah Dalam Kemalangan Babitkan 4 Lori dan 4 Kereta
siakapkeli.my

SUNGKAI – Pasangan suami isteri maut manakala 10 lagi cedera termasuk enam parah dalam satu kemalangan di Kilometer 371.89 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Menurut Harian Metro, kemalangan itu membabitkan 8 buah kenderaan.

Mangsa yang maut, Ridzuan Abdul Rajak, 33, dan Intan Maizura Aidul Badri, 33, yang menaiki Proton Exora maut di lokasi kejadian manakala seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai anak mangsa parah.

Lima lagi mangsa yang parah termasuk pemandu lori tangki dan empat mangsa yang cedera masih belum dikenal pasti.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, hasil siasatan mendapati lori tangki yang terlibat dalam kejadian itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar tiga lori dan empat kereta dari arah bertentangan.

"Kemalangan itu mengakibatkan dua maut, enam parah dan empat lagi cedera ringan. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini.

Ekoran itu, trafik menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan berikutan lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Kesesakan dilaporkan lebih 10 kilometer.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata, mereka menerima maklumat tentang kejadian pda jam 5.15 petang dan enam anggota dikerahkan menaiki jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati lori tangki merintangi lebuh raya manakala pemandu dari empat kereta yang terbabit dalam kemalangan itu tersepit dan bomba mengeluarkan mangsa sebelum dua disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.", katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

BERNAMA Verified account ‏@bernamadotcom
Dua maut, enam parah dalam kemalangan lapan kenderaan di KM371.9 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran susur keluar ke Slim River

Sementara itu, seorang pengguna media sosial memuat naik video keadaan lokasi yang dipercayai selepas kejadian.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 21, 2016 6:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Siapa Disebalik Krisis Syria, Iraq Dan Lain-Lain - Abdul Hadi

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Kita berada dalam bencana politik gelap gelita dan mengelirukan. Berita tersebar melalui media sosial dalam ruang lingkup langit terbuka, tetapi ramai yang memperkecilkan petunjuk Al-Quran supaya bertabayyun.

Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan "pencuri" di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.

Beberapa tahun lalu, ketika berputiknya krisis yang membakar bumi Syria kini, beberapa media negara Arab termasuk Al Jazeera paling menyerlah melaporkan penglibatan pihak perisikan Negara Arab (di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan Ketua Perisikannya) terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.

Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang menjadi mangsa. Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiahnya, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah. Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan Parti Baath yang berkrisis dengan Parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan Negara Arab khususnya negara Teluk.

Almarhum Necmettin Erbakan mantan Perdana Menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin. Almarhum juga menasihatkan Iran memajukan sains dan teknologinya di mana selepas itu berlaku gerakan membunuh saintisnya, termasuk menawan saintis yang menunaikan haji di Mekah. Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya .

Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manafaat dan kemudahan di Syria. Iran menjadi penyumbang paling besar kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah kumpulan Syiah di Lubnan juga mendapat kemudahan, sehingga menggagalkan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. Semua Negara Arab yang menyokong perjanjian damai dengan Israel secara terbuka atau rahsia tidak mendukung perjuangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Banyak media Timur dan Barat mendedahkan betapa krisis Syria membesar dengan bantuan senjata Barat melalui Nato di Turki di sebelah Utara dan di Selatannya Israel. Selepas itu disokong oleh kenyataan Bush, selepasnya Obama dan mereka yang berada dibawahnya. Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu.

Kumpulan pelampau itu akhirnya dapat menawan sebahagian kawasan minyak di Iraq dan Syria, serta laluan pasaran gelap di Utara dan Selatan. Tentera Bersekutu Barat yang sudah diberi tapak pangkalan di seluruh negara Teluk yang berserban itu lebih bertarik tali untuk mengekalkan keadaan yang menguntungkan mereka dan menjamin keselamatan Israel sebagai paksi utama Gerakan Zionis dengan mempengaruhi politik, ekonomi, media dan lain-lain.

Allah tidak mengizinkan keadaan terus menjadi ancaman kepada Islam walaupun secara senyap. Kadang-kadang perubahan dilakukan oleh keadaan pertembungan di kalangan bukan Islam dan pihak zalim, apabila Islam yang lemah tidak mampu melakukan perubahan. Sepertimana sejarah Parsi Majusi menghancurkan Yahudi di Palestin yang zalim membunuh para Nabi dan ulama soleh.

Keadaan kini berubah apabila Kristian Ortodok yang dibelasah komunis Yahudi. Karl Marx bertembung dengan Kristian Katholik dan Protestan di Amerika dan Eropah bergabung dengan Zionis Yahudi yang mempertahankan Israel. Apabila krisis Ukraine menjadi titik pertembungan sehingga pesawat MAS menjadi mangsa. Peristiwa pesawat kita tenggelam laksana pelanduk yang mati di tengah gajah yang bertarung. Keadaan bertukar kepada ketegangan yang memberi tempat kepada Rusia bertapak di Tarsus Syria menjadi pangkalan tentera Rusia, satu-satunya ruang ke laut lepas. Keadaan ini mengubah neraca politik dan ketenteraan yang melemahkan Barat yang melindungi ISIS dan kumpulannya. Soalannya, di mana Negara Arab yang berlindung di belakang kuasa Barat dan Zionis?

Tekanan melalui serangan Negara Teluk ke atas Yaman di laluan ke laut Merah, diisytiharkan di Washington dengan lesen PBB tidak mencapai tujuan sehinga kini. Lawatan Pengarah Kajian Strategik Arab Saudi (Anwar Asyqi) ke Israel menunjukkan "kegelabahan" Negara Arab. Lebih gelabah lagi baru dua minggu Perdana Menteri British menjadi peserta Sidang Kemuncak Negara Teluk di Bahrain dengan resolusi menghadapi ancaman Iran, sehingga Israel dianggap tidak menjadi ancaman.

Semua perkara ini sepatutnya boleh menjadi jawapan disebalik Aleppo yang terbakar itu.

Seterusnya kenangilah sejarah kejatuhan Islam di Andalusia yang ditangguhkan beberapa abad apabila salah seorang Raja Islam di Andalusia mengejutkan semua Raja yang tidak mahu menjemput Raja Ibnu Abbad dari Morocco kerana takutkan raja itu akan merampas takhta mereka. Apabila seorang raja yang beriman itu bertitah: "Beta lebih rela menjadi gembala kambing dan unta Ibnu Abbad daripada menjadi gembala babi Raja Kristian yang datang menakluk."

Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.

Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelusuk dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.

PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.

Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
20 Rabiul Awwal 1438 | 20 Disember 2016

Selamatkan Umat Syria Dan Aleppo

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


1) Ustaz Salman Ali, Ustaz Rozaimie Ramli dan Dr MAZA menyindir kehadiran TG Haji Hadi ke konferens perpaduan ummah. Tidak pelik, kerana mereka berpegang dengan idea perang di Syria adalah perang sektarian, yakni perang akibat mazhab (Sunni vs Syiah).

2) Bukan mereka sahaja, tetapi kumpulan yang dituduh sebagai Wahabi (yang mereka nafikan), memang mempercayai ia adalah perang sektarian. Meyakini secara jelas yang Syiah sedang berpakat dengan Russia membaham saudara kita di Syria/Aleppo.

3) Saya rasa TG Haji Hadi ke sana bukanlah untuk memihak kepada USA atau Russia, Sunni atau Syiah. Beliau ke sana untuk menjai orang tengah mendamaikan pihak yang bertelagah dalam usaha menyelamatkan puluhan ribu rakyat Aleppo dan Syria daripada terus menjadi mangsa.

4)Yang awak sindir dia sebagai "Bermesra dengan perogol saudara kamu, pembunuh saudara kamu adalah sikap penghinaan kepada saudara sendiri!" itu kefala vana apa? You hanya nampak perang antara Sunni dan Syiah. You tak pandang penderitaan umat di sana yang tidak terlibat pun dengan perang.

5) Saudi ada kepentingan. USA ada kepentingan. Russia juga ada kepentingan. Anda beriman dengan media-media sebelah pihak tanpa tabayyun sebagai agamawan yang 'pakar' hadis. Saya tidak nafikan kezaliman Basyar Assad. Namun berita yang kita dapat daripada media-media antarabangsa belum tentu tepat. Ia adalah bercampur dengan ulasan dan emosi penulis berita, yang mungkin juga telah dibrainwash cara berfikirnya.

6) Saya percaya punca utama pergolakan yang berlaku adalah akibat daripada kezaliman pemerintahan ke atas rakyatnya. Bukan pertembungan Sunni vs Syiah. Kemudian faktor luar datang menyemarakkan semangat kumpulan-kumpulan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah.

7) Faktor luar itu datang dengan agenda hegemoni untuk menguasai rantau dari segi politik dan ekonomi. Penguasaan hegemoni blok US dan Barat mahu dilebarkan ke Syria sebagaimana mereka berjaya menakluki Iraq dan Libya yang suatu masa dahulu berstatus musuh kepada penguasaan mereka di rantau itu.

8) Untuk menyembunyikan agenda tersebut, mereka mencanang perang sektarian Sunni vs Syiah, supaya dunia melihat perang itu bukan disebabkan mereka. Ia adalah seranpang tiga mata, atau satu batu membunuh tiga ekor burung.

9) Satu perang yang bakal membolehkan mereka menguasai rantau, mencemarkan imej Islam dan memberitahu dunia bahawa mereka adalah penyelamat. Tindakan mereka ini pula membuka mata satu lagi blok kuasa besar, yakni Russia dan sekutunya, untuk datang menyelamat rantau daripada pengaruh hegemoni USA dan Barat. Mangsanya adalah umat Syria dan Aleppo, bukan sahaja umat Islam, bahkan umat Kristian juga di dalamnya menjadi mangsa.

10) Bukankah dalam youtube dan facebook banyak menunjukkan kekejaman tentera basyar dan kejahatan Syiah membunuh saudara kita di sana? Anda perlu faham. Perang ini sudah berlanjutan sekian lama, sehingga punca awalnya tenggelam dek propaganda. Video itu boleh jadi benar, boleh jadi manipulasi. Tidak pelik jika ada video itu benar sekalipun kerana fasa sekarang boleh dianggap fasa kejayaan propaganda sehingga kumpulan-kumpulan yang bertelagah juga terperdaya dengan Sunni vs Syiah, lalu berperang atas nama Sunni vs Syiah.

10) Luaskan pembacaan anda. Jika anda rasa ia sektarian, saya khuatir anda hanyalah terperdaya dengan mainan media hegemoni musuh yang sebenar. Kita kata Syiah jahat atas alasan video dan berita. Begitu juga di pihak sana, orang Syiah disajikan dengan video yang sama dikatakan keganasan Sunni terhadap mereka. Akhir sekali perang semakin kuat menyala, dendam semakin bernanah membarah. Siapa yang menang akhirya?

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

Bagaimana komen yang ini drp 3 orang di atas

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 21, 2016 6:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Juruterbang Maut, 3 Kru Cedera Selepas Pesawat B200T TUDM terhempas
siakapkeli.my

BUTTERWORTH: Sebuah pesawat Beechcraft King Air 200T milik TUDM terhempas di Pengkalan Udara TUDM dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi.

TUDM menerusi satu kenyataan berkata, seorang maut dan tiga lagi parah dalam kejadian terbabit.

"Seorang anak kapal dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lagi anak kapal cedera dan telah dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menurut TUDM juga, ahli keluarga mangsa terlibat telah dimaklumkan berkenaan kejadian dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian.

Penumpang Cemas, Tayar Pesawat Milik AirAsia Pecah Ketika Mendarat Di KLIA2
siakapkeli.my

Penumpang pesawat AirAsia jenias AK12 yang baru tiba dari Chennai, India awal pagi tadi mengalami detik cemas selepas dua tayar pesawat yang dinaiki mereka pecah sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), lapor Harian Metro.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak AirAsia, kejadian pesawat berkenaan sedang mendarat di landasan 33.

"Semua penumpang dan anak kapal selamat, serta sudah dikeluarkan dari pesawat berkenaan.

"Kami memohon maaf di atas kejadian itu, dan ketidakselesaan yang dialami oleh semua tetamu kami,"katanya.

Akibat kejadian itu, landasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 21, 2016 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.

Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelusuk dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.

PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.

Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit. "

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Misi Pendamaian dan Penyelesaian di Iran

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Gambar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Tehran. Walaupun pelbagai panah meluru kpd beliau... Beliau tetap tenang. Penglibatn beliau dgn Gerakan Islam sejak 1964 hingga kini diteruskan. Memikul tanggugjawab ummah sedang yang mengkritik mereka belumlahir lagi. Setiap langkah beliau di perhati. Musuh dan kawan mencari kelemahan. Yang hasad akan mencaci. Insya Allah nantikan penjelasan beliau ttg Tehran dan Syria.

Dulu

Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 21, 2016 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sedekahkan Wang Deposit Beli Rumah Lelong RM44,500 Kerana Tuan Rumah Susah, Pemilik Ingin Sangat Berjumpa Dengan Mr. Lee Hui Sen
siakapkeli.my

Semalam kami ada menviralkan dua keping gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook, kisah seorang lelaki yang baik hati bernama Mr. Lee Hui Sen.

Mr. Lee Hui Sen dikatakan telah membayar deposit rumah sebanyak RM44,500 untuk membali rumah yang dilelong oleh bank, dia dikatakan telah pergi melawat rumah berkenaan, namun selepas melihat baju-baju budak diluar rumah pemilik asal dan tahu akan kesusahannya, beliau telah membatalkan niat untuk membeli rumah berkenaan.

Apa yang menarik, beliau sanggup kehilangan RM44,500 wang deposit pembelian rumah lelong itu di mana dia tidak mahu menuntut semula kerana duit berkenaan akan terus masok ke akaun pemilik rumah yang susah itu, ia menganggapkan sebagai satu pertolongan kecil kepada pemilik rumah berkenaan.

Hari ini, memetik laporan harian Metro, isteri kepada pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai Nor, 42, berkata, dia menemui surat berkenaan yang diletakkan dalam peti surat rumahnya pada 21 Julai lalu.

"Saya tak percaya sebab takut kena 'scam' atau orang buat main-main, tetapi bila saya buat semakan menerusi peguam memang benar pembeli berkenaan tulis surat itu.

"Saya tak kenal dan tidak tahu pembeli itu tetapi rasa bersyukur sangat kerana bila dapat surat untuk kosongkan rumah itu saya dah putus harapan,"

Nor dalam temubual menyatakan dia amat berhasrat bertemu dengan Mr. Lee sendiri untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada lelaki itu dan keluarganya.

"Memang ada rasa nak jumpa, nak tahu orangnya macam mana, tetapi saya perlu selesaikan masalah rumah ini dahulu," katanya.

Menurut beliau, rumah tersebut sudah diduduki sejak 18 tahun lalu itu pernah dilelong empat kali sejak dua tahun lalu sebelum bayaran RM40,000 dibuat bagi penjadualan semula bayaran.

"Hasrat nak selesaikan masalah pinjaman bank masih membelenggu saya sehingga sekarang walaupun sudah membayar RM40,000," katanya yang juga peniaga sambilan.

Terdahulu beliau sudah pun membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya di mana beliau mendakwa telah ditekan sebuah bank sehingga diisytiharkan musflis walaupun bukti hutang tidak pernah difailkan bank tersebut kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

"Bank menjanjikan kepada saya untuk menjadualkan semula pinjaman selepas saya buat bayaran itu dan tidak akan memufliskan saya.

"Malangnya, bank berkenaan tidak menunaikan janji dan melelong rumah saya tanpa sebarang notis selepas memufliskan saya," katanya.

Nor turut membuat semakan di Jabatan Insolvensi Malaysia dan mendapati bank berkenaan tidak pernah memfailkan bukti hutang kepada jabatan itu.

Berikut adalah surat yang menjadi viral semalam.

- Siakapkeli.my

Pemenang Lelongan Serah Rumah Kepada Pemilik Asal

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Apabila Lee Hui Sen menghadiri sesi lelongan rumah yang ditarik oleh bank, beliau menyukai sebuah rumah teres dua tingkat dan membida sebanyak RM445,000 untuk rumah tersebut.

Beliau kemudiannya membayar deposit sebanyak 10% kepada mahkamah tinggi untuk rumah tersebut.

Hui Sen kemudiannya pergi memeriksa keadaan rumah berkenaan.

Sebaik sahaja beliau melihat keluarga pemilik rumah itu masih tinggal di kediaman tersebut, beliau tidak sampai hati untuk mengambilnya daripada mereka.

Lelaki berhati mulia itu kemudiannya memutuskan untuk melepaskan wang deposit itu dan menyerahkan semula rumah tersebut kepada pemilik asalnya.
Peguam Lee sudah menghantar notis pengosongan dan surat meminta pemilik asalnya yang hanya dikenali sebagai S, 47, dan isterinya Nor, 42, untuk keluar dari rumah tersebut.

S diisytiharkan muflis pada 2014 selepas gagal membayar pinjaman gadai janji.

Dalam sepucuk surat tulisan tangan kepada S, Lee memaklumkan beliau tidak akan meneruskan pembelian rumah itu walaupun sudah membayar deposit sebanyak 10%.

Surat yang ditulis Hui Sen kepada S.
"Saya Lee Hui Sen, pembeli rumah lelong yang sedang anda duduk sekarang. Saya minta maaf sebab sudah beli rumah ini dan mungkin anda dan keluarga risau dan bimbang.

"Hari itu, keluarga saya ada pergi ke rumah anda dan kami ada nampak baju-baju budak di luar rumah. Keluarga saya tidak sampai hati nak halau anda.

"Keluarga saya sudah buat keputusan, untuk tidak beli rumah encik lagi. Walaupun kita sudah payah (bayar) 'high court' 10% (RM44,500).

"Kita akan kehilangan wang itu, tapi itu wang akan pergi ke akaun bank rumah encik. Harap itu adalah pertolongan kecil untuk anda," katanya menerusi surat dua muka surat.

Beliau turut menasihati S supaya pergi ke bank untuk menyusun semula pinjamannya bagi mengelakkan rumah tersebut dilelong semula.

Nor berkata dia tidak mempercayai surat yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya pada 21 Julai lalu.

Dia menunjukkan surat tersebut kepada Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan untuk mengenal pasti ketulenan surat tersebut dengan peguam bank.

"Ia sukar dipercayai dan satu keajaiban hadir memberi peluang kepada kami untuk membina semula kehidupan sekeluarga," katanya.

Nor berkata S telah membuat bayaran balik pinjaman selama hampir 20 tahun tetapi tidak tepat waktunya.

Pihak bank didakwa mengisytiharkan S sebagai muflis pada Jun 2014 tanpa pengetahuannya dan pada masa sama menawarkan penyusunan semula bayaran sebanyak RM350,000 bagi tempoh 25 tahun.

S dan Nor merupakan bekas pegawai bank sebelum mereka meletak jawatan masing-masing pada 2010 dan 2011 bagi memberi tumpuan kepada perniagaan mereka dalam sektor perkhidmatan.

Namun mereka berdepan masalah kewangan selepas perniagaan mereka jatuh.

"Saya benar-benar rasa tertipu kerana mereka tidak pernah memberitahu kami mengenai kebankrapan dan masih menawarkan kami penyusunan semula pembayaran.

"Pada 2014, kami menerima notis lelongan pertama. Selepas mesyuarat dengan pegawai bank, kami diberitahu untuk membayar RM40,000 sebelum tarikh lelongan. Kami membayar jumlah tersebut dan berbincang dengan bank mengenai proses penyusunan semula bayaran.

"Dari situ, perkara itu berlanjutan sehingga lelongan keempat," kata Nor.

Nadzim yang menemani pasangan tersebut untuk membantu mereka berkata beliau cuba mengatur mesyuarat dengan pihak bank sejak tiga bulan lalu tetapi tidak berjaya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 21, 2016 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan Meninggal Dunia

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SEREMBAN: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia petang Selasa dipercayai akibat serangan angin ahmar ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah agama di sini.

Ketua Penerangan PAS Negeri Abdul Karim Shahimi Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata arwah meninggal dunia pada pukul 4.29 petang di sebuah klinik di Nilai.

"Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika sedang membuat tinjauan. Ini merupakan kali kedua arwah diserang angin ahmar dan terus menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said disini, 9 pagi Rabu, kata Abdul Karim Shahimi.

Mohd Khairi berasal dari Jempol dan merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum di Ampangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan," kataTuan Ibrahim.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 21, 2016 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saya Menangis.. RM10 Sebulan.. Boleh Kah Kamu Derma..

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Syabas ya Kuan Chee Heng. Syabas diucapkan kerana usaha berterusan sentiasa dilakukan untuk membantu mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan..

Kuan Chee Heng menulis..

Saya menangis. RM 10 sebulan.

Saya lihat bagaiman keadaan orang miskin yang ingin pergi hospital untuk mendapat rawatan. Yang cuci buah pinggang, yang cuci kaki, potong, yang sakit macam macam. Mereka tak berduit ke hospital. Temu janji di abaikan, di tinggalkan kerana tak ada duit ke hospital.

Nak naik bas, tak ada direct bus. Nak naik LRT tak ada direct LRT. Teksi fare mahal. Semalam saya beritahu En Amin. Saya gajikan kamu RM1,400.

Kamu bawa semua orang sakit ini ke hospital. Ikut keperluan. Minyak dan maintenance kereta kita beri. Ini membolehkan ramai yang miskin dapat pergi menerima rawatan. Terima kasih kepada anda semua.

Ini boleh tercetus kerana kamu semua support page ini. Kerana kamu semua giler. Saya sekarang minta 200 orang dalam page ini untuk derma.

RM 10 sebulan, Untuk kita bayar gaji dan duit maintenance kereta. Jom, siapa yang nak bersedekah, sila call saya di 012 2732148. Bagi nama.

Kita kongsi ramai ramai dan jayakan program ini. MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MISKIN. JOM GILER. Only 200 person yang di perlukan.

-----------------------

Belum habis lagi.

Malahan ;

Projek Uber Kentang. Bayar 10 sen sahaja. Khusus untuk orang miskin yang perlu menerima rawatan di hospital tetapi tiada pengangkutan.

Point aku ialah, jom kita sokong projek ini. Dan hebahkan supaya mana2 orang miskin di sekeliling kita tahu tentang kewujudan Uber Kentang 10 sen dan boleh mula menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan rawatan di hospital. Alternatif dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat. Jom, sokong.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: