8 Messages
Digest #4648
Messages
Mon Dec 19, 2016 6:58 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Selepas Kutuk PAS Dalam Ceramah, Kini Rayu PAS Berkorban Beri Kerusi
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
Sebelum ini, Tun Mahathir mengutuk PAS kononnya PAS makan dedak sehingga tidak mahu bersama Pakatan Pembangkang. Selepas itu kecaman dibuat pula oleh anaknya di beberapa ceramah oleh Bersatu.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir meminta PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.
Mukhriz menyatakan demikian di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (Kalau tak sokong PAS baik jadi pengkhianat macam PAN, ambil kata-kata dia ni) dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.
Mukhriz turut menyindir PAS, "Alang-alang ingin menjadi "parti kerusi", lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja!"
Kalau tiga penjuru maknanya Pas diperkuda Umno, kata Mukhriz
Beberapa hari lalu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam akhbar berbahasa Inggeris mengatakan PPBM perlu memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya kali ini.
Ujar Tian, target undi PPBM adalah dikalangan pengundi Melayu justeru parti itu harus meyakinkan PAS agar memberi laluan mereka untuk bertanding memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisi PAS.
Mengulas mengenai kenyataan Tian Chua dan saranan supya Bersatu berundingan bersama PAS, Mukhriz berkata sememangnya soal pembahagian kerusi adalah perkara yang perlu diperhalusi, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang.
"Itu sebabnya kami di PPBM ini, (berpendapat) pendirian PAS itu tidak kurang pentingnya berbanding kesepakatan yang kita ada antara PPBM dengan Pakatan Harapan.
"Salah satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam rundingan PAS itu soal kerusi. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu, kita kena bincang mengenai dasar atau asas kesepakatan dengan PAS," katanya lagi.
Mukhriz juga merayu agar PAS boleh bersedia untuk berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Komen Saya,
PAS dah ada pengalaman memberikan kerusi tradisi kepada PKR dan DAP dan akhirnya selepas dapat kerusi itu mereka pula berlagak seolah-olah mereka memang tanpa bantuan PAS.
Adalah lebih baik PAS tumpu aje 70 kerusi yang menjadi tradisinya, tanpa mengambil kira cerca maki rakan pakatan. Jatuhkan UMNO pada PRU-14 nanti. Biar mereka dengan dunia ego masing-masing kita nak lihat sejauh mana HARAPAN, PAN dan BERSATU boleh berkongsi kerusi untuk menjatuhkan BN.
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
PKR Tidak Benarkan Parti PAN Bertanding Di Selangor Pada PRU-14 Nanti
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
Mengamuk sakan pengarah komunikasi PAN, Khalid Samad apabila PKR tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di Selangor untuk PRU-14 nanti.
Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.
Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).
PKR tidak ada hak menghalang PAN bertanding di Selangor kerana negeri tersebut bukan milik PKR semata-mata dimana boleh membolot dan menentukan sesuka hati untuk bertanding di mana-mana kawasan kata Khalid Samad.
"Bukan hak mana-mana parti untuk menghalang parti lain. Selangor bukan milik PKR. itu sebab kena bincang. Kenyataan-kenyataan pramatang seperti ini tidak membantu," katanya lagi
Tulisan saya sebelum ini menunjukkan kebenaran. (baca di sini). Kalau nak selamatkan pembangkang PAN perlu dibubar.
Cuba anda bayangkan tidak sampai seminggu pakatan HARAPAN menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melibatkan DAP, PKR, PAN dan PPBM, sudah wujud masalah pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Agaknya kalau memang nanti parti mana akan kena SEMBELIH?
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Kalau Serius Nak Jatuhkan BN, Bubar Aje Parti PAN, Ahlinya masuk PKR atau DAP
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Beberapa hari lalu Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan parti PAN bubar dan masuk PKR kerana kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana dan kedua-duanya bersifat pelbagai bangsa dan budaya.
Ramai penganalisis politik memberi pandangan bahawa parti PAN berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebelum ini.
Oleh itu strategik paling baik untuk mendapatkan kemenangan bagi pembangkang adalah parti PAN perlu diserapkan sahaja ke dalam parti-parti pembangkang sedia ada seperti DAP atau PKR.
Dengan kemasukkan ahli PAN ke dalam DAP mereka tak perlu lagi bersifat 'khadam
Saya telah menulis sebelum ini (sila baca di sini) cara PAN cuba mengikuti langkah-langkah seperti PKR iaitu 'multi-cultural party' bagi membina masa depan mereka yang lebih cerah telah mengundang keadaan celaru. Mereka akan bertembung dengan perjuangan PKR dan akhirnya mereka menjadi musuh secara senyap dalam selimut yang sama. Pasal itu kita sudah lihat idea dan pandangan PAN selalu di'bantai
Rata-rata pemimpin PAN berucap lebih kepada mainan isu-isu politik dengan polemik rasuah dan salahlaku tak ubah seperti 'whistleblower' yang sepatutnya di mainkan oleh penggerak-penggerak NGO. Lihat bagaimana mereka mengerakkan isu Orang Asli yang dilihat tiada perjuangan asas untuk orang Asli tetapi semata-mata untuk menjatuhkan PAS. Daripada mereka menyerang PAS lebih baik menyerang UMNO. Adalah lebih baik PAN masuk PKR supaya gerak kerjanya lebih terfokus.
PAN tidak boleh menarik ahli UMNO, ini satu kenyataan yang sudah pasti jelas dan dibahaskan oleh pemikir strategik parti PAN, Dr Dzulkefly Ahmad bersama dengan Khalid Abdul Samad dalam mesyuarat mereka. BERSATU berjaya dalam isu menarik ahli UMNO. Jadi sudah pasti PAN tidak menghancurkan UMNO tetapi menyuburkan UMNO. Daripada PAN jadi tongkat UMNO adalah lebih baik bubar dan masuk dalam DAP atau PKR.
Malah Exco PAN Nasional Hu Pang Chaw dalam pertemuan bersama Antarapos baru-baru ini berkata pembubaran Pakatan Rakyat sekaligus mengenepikan PAS dalam gabungan baru mengundang masalah kepada PKR untuk terus mentadbir Selangor. Sejarah telah membuktikan bila ada pertandingan tiga penjuru atau lebih pemenang terakhir adalah BN katanya.
Kalau parti PAN tak wujud maka pembangkang tidak menghadapi masalah seserius seperti sekarang dimana kewujudan gabungan atau kesepakatan pembangkang boleh dirungkai dengan lebih baik.
Sifir mudah untuk JATUHKAN BN ialah PAN perlu BUBAR. Ahlinya boleh masuk DAP atau PKR. Kita pun tak habis masa bergaduh sesama sendiri kerana fitnah parti PAN ini.
Azmin mahu idea gabung PKR, AMANAH dibincang
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
Ketika cadangan penggabungan parti ditolak mentah-mentah dua peminpin PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Azmin Ali pula sebaliknya berkata, ia wajar dipertimbangkan.
Kata timbalan presiden PKR itu ia perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.
"Bagi saya kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung).
"Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.
Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, setiap pihak diharap tidak mewarisi "cara pemikiran lama" kerana ia bukanlah "reformasi&quo
Sebelum ini Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin menyatakan cadangan supaya PKR dan AMANAH bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.
Kata Afif, penggabungan itu dicadangkan kerana ada pimpinan PKR berpendapat kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.
Bagaimanapun idea berkenaan segera ditolak Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, serta Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 19, 2016 6:58 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pembayaran Kad Tanpa PIN akan Dihentikan
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Pembayaran kad tanpa PIN akan dihentikan operasinya di Malaysia tidak lama lagi, kata Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).
Sehubungan itu, kedua-dua persatuan tersebut mengingatkan semua peruncit dan pemegang kad suapya segera beralih ke sistem PIN serta menggunakan terminal yang dilengkapi dengan sistem tersebut bagi setiap transaksi pembayaran.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, persatuan itu menyatakan pihaknya dimaklumkan ramai peruncit sengaja tidak menggunakan sistem PIN bagi mengelak menyerahkan terminal pad PIN kepada pengguna bagi memasukkan nombor keselamatan mereka.
Menurutnya lagi, penggunaan PIN patut digalakkan kerana lebih selamat dan pantas, justeru peruncit yang memiliki terminal sistem PIN sepatutnya menawarkan pengguna untuk memasukkan nombor PIN enam digit bagi satu-satu transaksi.
"Peruncit yang memiliki terminal sistem PIN juga perlu untuk memaparkan logo PIN & Pay di kaunter dan kedai supaya pengguna menyedari hak mereka, kerana banyak pengguna sudah memiliki kad PIN baharu mereka.
"Bagi pengguna pula, mereka perlu mengetahui hak mereka dengan memasukkan PIN keselamatan bagi setiap transaksi dilakukan peruncit yang memiliki logo PIN & Pay logo, atau sekiranya mereka menyedari peruncit terbabit memiliki terminal sistem PIN," katanya.
Menurut ABM dan AIBIM, pelaksanaan PIN & Pay di Malaysia sudah memasuki tahap besar-besaran dengan lonjakan agihan kad PIN baharu kepada pengguna serta jumlah terminal sistem PIN yang digunakan peruncit.
INFO: Kempen "PIN and Pay" * Pengguna perlu mengesahkan pembayaran kad dengan memasukkan enam digit PIN keselamatan dalam terminal POS peruncit berbanding menurunkan tanda tangan sebelum ini.
Sumber: BH Online
Tiada Sebarang Tempoh Akhir Untuk Tukar Kad ATM - Bank Negara Malaysia
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan telah menafikan dakwaan yang pihak bank akan mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapka, lapor Kosmo!.
Melalui kenyataan yang dibuat di laman Facebook mereka, pihak BNM menegaskan orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu.
"Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.
"Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu," kata kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan itu juga menyatakaa, pihak bank dikehendaki mengeluarkan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah jika mahu meminta pengguna melakukan penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada untuk transaksi pembelian.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.bnm.gov.
Sejak minggu lalu orang ramai dilihat berpusu-pusu ke bank untuk menukarkan kat ATM berikutan tersebarnya berita yang menyatakan kad mereka akan disekat penggunaan jika tidak digantikan dengan kad baru iaitu yang mempunyai fungsi MyDebit, selain itu ia juga menyebut mereka juga akan dikenakan caj jika handak menukar kad berkenaan jika melebihi tempoh yang ditetapkan. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 19, 2016 6:58 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dah Pecah Tembelang PH
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
"
Patutlah PH merayu-rayu nak ajak PAS join ke dalam bloknya. Hari ini tembelangnya dah pecah. Busuk kohongnya tak dapat dielak lagi. PAS sekali lagi nak dijadikan mangsa pakatan. Kalau dulu PAS diperlukan untuk meraih sokongan Melayu. PAS diperlukan untuk diambil manfaat tenaga kerja akar umbi PAS. Kini lain pula ceritanya.
PH mahu PAS bersama mereka kerana suatu maksud. Apabila BERSATU join PH, parti berpresidenkan Mahyuddin Yassin itu pasti nanti terlibat dalam tuntutan kerusi untuk ditandingi pada PRU14. BERSATU pasti mahu sejumlah kerusi yang besar dan boleh menang. Masalahnya kerusi siapa yang patut dikorbankan untuk BERSATU? PKR-lah yang jadi mangsa. DAP tiada kerusi majoriti Melayu. PAN tiada langsung kerusi.
Selagi PAS berada di luar PH, sudah pasti PAS berkeras agar jangan sesiapa mengganggu 70 kerusi tradisinya. Jadi PAS mesti dipujuk sambil diugut agar join PH. Tujuannya ialah nanti mudahlah sikit agihan kerusi untuk dirundingkan.
Kini apabila mereka jelas PAS tak akan join PH dan BERSATU awal-awal dah mula bercakap tentang kerusi, maka hendak tak hendak urat geli mejadi sensitif. Maka terkeluarlah daripada mulut mereka agar BERSATU minta kerusi daripada PAS. Mereka beralasan bahawa BERSATU adalah parti teras Melayu macam UMNO dan PAS juga. Sebagai parti teras Melayu, tempat yang selayaknya ditandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Di pihak pembangkang, siapa lagi yang memiliki banyak kerusi untuk ditandingi di kawasan majoriti Melayu kalau tidak PAS.
Nah, bagaimana BERSATU sekarang? Tersepit bukan? Join PH, awal-awal nak bergaduh tentang kerusi. Nak join PAS, masalah juga berlaku kerana PAS sudah serik berkorban kepada kawan yang kemudiannya bersikap kawan tikam kawan.
Sekarang dah jadi cacamarba. Aku pernah lontarkan satu pendapat taraf kampungan. Yang terbaik untuk PAS ialah lawan saja 3 atau 4 penjuru. Itulah satu strategi yang paling sesuai dalam kecacamarbaan kini. Sekurang-kurang PAS mudah dan lebih selesa merangka strategi tanpa ambil pusing apa kemelut orang lain.
Lantaklah PKR , DAP, PAN dan BERSATU berbalah sesama sendiri. Mereka semuanya pakar professional yang petah berbalah di Dewan. Pandai-pandailah mereka menguruskannya.
Kini aku makin optimis PRU14 adalah pertembungan banyak penjuru. PAS wajar mengatur strategi paling ampuh untuk menghadapinya. Please, jangan terlewat.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
PAS Keluarkan Kenyataan Rasmi, Tidak Akan Ada Kerjasama Politik Dengan PAN, DAP - Bersedialah Pembangkang Tanding 3 Penjuru.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Kenyataan Media Presiden PAS
"PANDANGAN POLITIK PAS"
1) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
2) PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.
3) Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.
4) Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu. PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.
5) PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam Kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.
6) PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita. Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.
7) PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihanraya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.
8) PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.
"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Isnin 19 Rabiul Awwal 1438H / 19 Disember 2016M
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 19, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Video-Kanak-
bloglist-malaysia.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
AFP Sejumlah warga mengungsi dari kawasan yang dikuasai pemberontak di Aleppo timur menuju tempat yang sudah direbut kembali oleh pasukan pemerintah Syria, Selasa (13/12/2016)
ANKARA - Bencana kemanusiaan yang terjadi di Aleppo, Syria memang sangat mengerikan dan menyedihkan, terutama ketika anak-anak yang menjadi korban.
Hal inilah yang membuat seorang jurnalis dan pembaca berita Turki, Turgay Guler tak mampu menahan tangis ketika melaporkan kisah sedih dari Syria itu.
Seperti biasa Guler menjalankan tugasnya sebagai pembawa berita di stesyen televisyen Ulke TV.
Awalnya Guler menjalankan tugasnya dengan lancar hingga masuk ke berita konflik bersenjata Syria khususnya di kota Aleppo.
Dalam video yang ditayangkan sebagai ilustrasi berita, terlihat seorang anak kecil yang terpaksa menjalani pembedahan tanpa anestesi atau dibius.
Kondisi mengharukan itu membuat Guler tak kuasa menahan air matanya. Guler hanya boleh memegang kepala dengan kedua tangannya sambil berusaha untuk terus membacakan berita.
Kondisi buruk yang menimpa anak-anak Aleppo itu memang bukan hal aneh di kota yang hancur akibat perang saudara tersebut.
Pada November lalu, harian The Independent mengungkap bahwa bayi-bayi prematur dipindahkan dari inkubator setelah serangan udara menghancurkan sejumlah rumah sakit.
Sementara itu, organisasi Doktor Tanpa Batas (MSF) mengatakan, lebih dari 30 rumah sakit di wilayah timur Aleppo diserang sejak Julai lalu.
Selain itu, akibat pengepungan, persediaan ubat-ubatan menipis dan tanpa kemungkinan mendapatkan bantuan baru dari luar kota.
PBB mengecam keras aksi pasukan pemerintah Syria dan Rusia yang melarang bantuan ubat-ubatan masuk ke wilayah timur Aleppo.
Beruntung, setelah kesepakatan gencatan senjata disepakati, sebanyak 8,000 orang, termasuk 2,700 anak-anak, diizinkan meninggalkan sisi kota yang terkepung itu.
Sayangnya, evakuasi penduduk awam ini terhambat setelah pada Jumaat (16/12/2016)
Situasi ini langsung memicu kekerasan di lapangan dengan laporan milisi pro-pemerintah menembak siapa saja yang mencuba meninggalkan kota.
Beruntung, kesepakatan baru dicapai, sehingga ribuan penduduk dapat dipindah ke wilayah sekitar Aleppo yang lebih selamat.
Operasi evakuasi ini juga memungkinkan mereka yang terluka dipindakan dari kota-kota yang diduduki pemberontak seperti Foua dan Kefraya di provinsi Idlib serta dua kota dekat perbatasan Lebanon, Madaya dan Zabadani.
Sumber: Youtube/ KOMPAS.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Dec 19, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal. Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga kawalan daging kambing pada harga tidak munasabah sempena Krismas membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.
Mereka mendakwa harga ditetapkan tidak masuk akal dan tidak memberi keuntungan kepada peniaga kecil memandangkan ia terlalu rendah.
Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal. Peniaga daging kambing sejak beku di Pasar Sentul, Alauddin Abdul Rahim berkata KPDNKK menetapkan harga RM21/kg sedangkan sedangkan mereka mendapat harga RM20/kg daripada pembekal.
"Macam mana kami peniaga kecil nak hidup kalau KPDNKK tetapkan harga tanpa membuat pemeriksaan atau bertanya kepada peniaga? Harga ditetapkan itu harga lama.
"Mereka membuta-tuli meletakkan harga. Langsung tidak turun padang untuk memastikan harga semasa," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan Skim Kawalan Harga Muslim Perayaan (SKHMP) Krismas 2016 bagi 18 barangan harga terkawal akan berkuat kuasa pada 19 hingga Disember ini
Katanya, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.
Alauddin turut menolak dakwaan KPDNKK yang peniaga memperoleh harga RM17/kg daripada pembekal daging.
"Mereka kata harga (daripada pemborong) RM17/kg dan suruh kami jual RM21 untuk musim Krismas. Harga ini gila.
"Kami kena buang lemak, kena masuk dalam peti sejuk kerana sebelum dijual keesokkan harinya. Selepas ditimbang, ia akan berkurangan sekilo setengah (selepas dikeluarkan dari peti sejuk) dan akan dibuang lemak dalam 3kg," katanya.
Seorang lagi peniaga daging kambing, Shahjahan Abdul Ghani turut sependapat dengan Alauddin.
Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal
Menurutnya, peniaga daging kambing sejuk beku akan rugi sekiranya mereka menjual pada harga RM21/kg kepada pelanggan.
"RM1 memang tak ada untung. Biasanya kami akan ambil RM7, RM8 keuntungan, bagi membolehkan kami menolak kos lemak yang dibuang daripada daging."
"Mereka (KPDNKK) langsung tak buat kerja. Mereka mesti periksa terlebih dahulu dengan syarikat pembekal daging kambing dan kemudian barulah tetapkan harga kepada peniaga," katanya.
Antara barangan disenaraikan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak sahaja), ayam Belanda import, kepak ayam (Sabah, Sarawak dan Labuan sahaja), daging kambing tempatan bertulang (Semenanjung sahaja), daging kambing/biri-
Tindakan KPDNKK Tidak Masuk Akal. Selain itu, daging paha kambing/biri-
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 19, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kelantan Tarik Diri Dari Liga M Musim 2017
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017.
Setiausaha KAFA , Datuk Ismail Md Noor, berkata mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan malam kelmarin sudah mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan.
Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember nanti sekiranya berlaku keajaiban hingga mengubah keputusan asal.
"Keputusan untuk menarik diri dibuat selepas mendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA kerana sehingga kini kita masih gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.
"Usaha berterusan sudah dilakukan oleh KAFA bagi mencari dana kewangan setakat ini masih gagal dan menemui jalan buntu. Kita hanya mampu meneruskan Liga M sekiranya ada penyelamat hadir pada saat-saat terakhir," katanya ketika dihubungi.
Datuk Ismail berkata, KAFA memerlukan minima RM3 juta untuk menubuhkan pasukan dan RM12 juta lagi bagi kos pembiayaan mengurus pasukan sepanjang tahun. "Ini ini akan dibahaskan dalam kongres luar biasa dalam menentukan penyertaan Kelantan pada Liga M," katanya.
Terdahulu, Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah mengumumkan pihaknya akan mengadakan Kongres Luar Biasa pada 29 Disember ini bagi membuat keputusan muktamad mengenai kedudukan pasukan itu dalam Liga M, musim depan.
Katanya, kemampuan KAFA menyertai liga M bergantung kepada setakat mana jumlah penajaan dan kewangan bagi kos pengurusan pasukan dan setakat ini pihaknya hanya memperoleh RM800,000. – Berita Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 19, 2016 7:02 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hutang lagi atau naikkan GST, tanya Dr M
bloglist-malaysia.
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sumber untuk membiayai hutang-hutang negara tatkala kerajaan yang ada pada hari ini tidak ada duit.
"Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan)
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejatuhan nilai matawang tempatan pada masa ini, hutang RM55 bilion dengan syarikat dari China bagi membangunkan landasan keretapi elektrik di Pantai Timur, pinjaman RM42 bilion untuk 1MDB, hutang RM50 bilion pembinaan keretapi berkelajuan tinggi antara Malaysia dan Singapura yang menjadikan kesemuanya sebanyak RM160 bilion.
Semalam, menteri kewangan era Mahathir, Tun Daim Zainuddin turut menzahirkan pendapat beliau krisis ekonomi negara dan penyelesaiannya dengan menyebut cara kerajaan mengawal ekonomi negara yang amat cetek malah ekonomi negara dijana oleh hutang.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, berhutang untuk menyediakan harta benda yang boleh menjana kepantasan perkembangan ekonomi tidak jadi masalah.
"Isu dia ialah, kalau kita nak berhutang perkara ini kena tanya, hutang ini untuk apa? Sebab bila kita buat hutang, kita mesti berkebolehan membayar, kalau kita tak boleh membayar, itu ada masalah.
"Jadi, sebab itu saya ingat dari segi hutang ini tidak ada masalah, cuma kita nak tengok setakat mana kita boleh berhutang dan boleh bayar," katanya dalam menjawab luahan Daim itu.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, beliau turut merasa dengan dengan aliran keluar dana menerusi projek-projek pembangunan yang dijalankan.
"Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.
"Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.
"Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga," ujar beliau lagi.
Mahathir turut menyentuh mengenai kemampuan rakyat tempatan untuk menggunakan keretapi Pantai Timur itu jika dibandingkan dengan mod pengangkutan lain.
"Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat."
"Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund," jelasnya.
Walaupun mengakui rancangan keretapi Pantai Timur sebagai projek yang gilang dan gemilang, namun beban hutang bakal ditanggung oleh rakyat negara ini untuk tempoh berpuluh tahun lamanya, tambah Mahathir.
MANA SATU BOLEH PAKAI, CAKAP MENTERI AGAMA ATAU MENTERI EKONOMI?
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, Jamil Khir Baharom berkata, tidak timbul soal kerajaan tidak telus dalam perbelanjaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL apabila terdapat perbezaan jumlah kos sebanyak RM9 bilion berkaitan dengannya.
Ini kerana, katanya, jumlah kos RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) yang dinyatakan oleh syarikat China itu tidak termasuk kos tanah yang diambil bagi pembinaan projek tersebut.
"Memang RM55 bilion yang ditandatangani, China pula beritahu RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) untuk menyediakan ECRL.
"Dalam hal ini ramai yang persoalkan ke mana perginya RM9 bilion lagi. RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) sebab nak siapkan keretapi dengan jalan, soal pengambilan tanah yang hendak dibuat, China tak bayar.
"Sebab itu jumlahnya berbeza," kata Jamil Khir lagi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kelab Alumni UMNO Luar Negara kali ke 15 di Kuala Lumpur.
Dalam beberapa kenyataan oleh Najib mengenai ECRL sebelum ini, beliau juga menyebut kosnya ialah RM55 bilion.
Pertikaian mengenai kos sebenar projek itu hanya muncul apabila laman web CCCC, syarikat China yang dianugerahkan projek itu menyebut jumlah kos yang ditandatangani oleh mereka dengan kerajaan Malaysia ialah RM46 bilion.
Menjelaskan kekeliruan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi atau EPU, Abdul Rahman Dahlan pada 9 November lalu mengatakan peningkatan kos sebanyak RM9 bilion itu kerana pertambahan jarak sejauh 88 kilometer daripada perancangan asal.
Menurut beliau, kerajaan pada mulanya hanya merancang laluan dari Tumpat ke Gombak sejauh 600 kilometer dengan kos lebih kurang RM46 bilion.
Kemudian, tambahnya, kerajaan memutuskan untuk meneruskan laluan sehingga ke Pelabuan Kelang supaya barangan boleh dihantar terus ke Pantai Timur.
"Pertambahan kos RM9 bilion itu adalah adalah kerana pembinaan landasan tambahan sejauh 88 kilometer lagi yang termasuk juga jambatan dan terowong sepanjang 50 kilometer," jelas Abdul Rahman yang pernah menggelar dirinya sebagai Menteri Ekonomi.
Namun hari ini, Jamil Khir selaku Menteri Agama nampaknya berbeza hujah mengenai kos RM9 bilion bagi pembinaan ECRL itu.
Beliau mengatakan ia disebabkan kos pengambilan tanah, manakala Abdul Rahman Dahlan pula mengatakan ia disebabkan pertambahan jarak dan pembinaan landasan baru.
Mana satu yang betul dan boleh dipakai?
Apa yang dikata oleh Menteri Agama atau apa yang dijelaskan oleh Menteri Ekonomi?
Bagaimana sesama menteri boleh berbeza fakta dalam satu projek yang sama?
Atau kedua-dua cakap menteri ini tak boleh pakai sama sekali?
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 19, 2016 7:02 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Selepas Nasi Lemak Anak Dara, 'Cendol Abang Kacak' Pula Curi Perhatian Ramai
siakapkeli.my
Selepas Nasi Lemak Anak Dara, kini perniagaan menjual cendol di Ipoh pula mencuri perhatian netizen di negara ini seterusnya menjadi viral di media sosial.
Beberapa keping foto yang memaparkan lelaki terbabit - dalam keadaan sedang membungkus cendol - mencuri perhatian ramai di laman Twitter.
Menurut pemuat naik gambar terbabit yang dikenali sebagai Farah Liyana, sesiapa yang datang ke Ipoh patut mencuba cendol lelaki berkenaan.
"Bukan senang nak cari cendol yang sedap and tukang buat dia handsome! Only in ipoh!! So sesiapa yang pergi ipoh you should try this cendol😍", tulis Liyana.
Bersama kapsyen itu, Liyana memuat naik empat foto lelaki berkenaan:
Setakat ia dimuat naik pada jam 10 pagi hari ini, tweet itu mendapat lebih 4,000 retweet dan lebih 2.4 likes dan ia dijangka akan terus naik.
Memandangkan Liyana tidak menyatakan nama perniagaan cendol lelaki itu, jadi kami membuat keputusan untuk memanggilnya 'Cendol Abang Kacak' sahaja.
Sumber: Twitter Farah Liyana
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment