Thursday, December 8, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4641

8 Messages

Digest #4641

Messages

Wed Dec 7, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Buat aduan palsu kepada polis pun boleh jadi senator...
bloglistpolitik.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi ini, beberapa bulan lalu, telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwanya, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Tuduhan terhadap tiga penama di dalam laporan polis Azwan amat serius, iaitu kesalahan terhadap negara yang mana ia adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma. Ini amat serius, bukan perkara main-main yang boleh diandaikan.

Polis yang menyiasat, akhirnya membuat kesimpulan atau keputusan laporan Khairul Azwan adalah tidak berasas malah tidak dibuktikan dengan apa-apa dokumen atau bukti walau pun Khairul menyatakan ia "bukan dakwaan semata-mata tanpa asas".

Sewajarnya Azwan dikenakan tindakan dan didakwa di bawah peruntukkan Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang penjawat awam dengan mulut atau bertulis yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu.

Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan memfitnah untuk merosakkan nama baik seseorang yang menyebabkan seseorang itu dipandang menjijikkan dan keji.

Rupa-rupanya Azwan ini bukan sahaja dilepaskan begitu sahaja, tetapi anugerah istimewa telah menunggunya. Dan hari ini dia dilantik sebagai seorang senator!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Hati-Hati Ketika Berhenti di Lampu Isyarat' - Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Polis Percaya Penyamun Sasar Pemandu Wanita
siakapkeli.my

MELAKA TENGAH - Seorang pengarah syarikat wanita hanya mampu beristighfar apabila cermin kereta yang dipandunya tiba-tiba dipecahkan sebelum beg tangannya dilarikan oleh sekumpulan enam lelaki dalam kejadian samun di Jalan Bukit Katil di sini.

Ibu kepada lima anak itu disamun oleh kumpulan berkenaan yang bertindak mengepung di bahagian kiri, kanan dan belakang kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandunya dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, lapor Sinar Online.

Kejadian samun yang menimpa mangsa, Farah Syazila, itu turut dikongsi oleh seorang lelaki yang juga saksi kejadian di Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, wanita tersebut antara enam mangsa kejadian samun yang dilaporkan kepada polis dalam tempoh lapan jam membabitkan enam lokasi berbeza di Bukit Serindit, Ayer Keroh dan Lagenda.

"Kita menerima enam laporan membabitkan kejadian samun yang berlaku antara jam 11 pagi hingga 11 petang yang mengatakan didatangi tiga hingga enam lelaki menaiki dua hingga tiga motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Kita tidak tolak kemungkinan keenam-enam kes dilaporkan ini dilakukan suspek sama berikutan modus operandi sama digunakan ketika menyerang mangsa dan mereka dipercayai menyasarkan pemandu berseorangan terutama wanita serta kenderaan mewah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, keenam-enam mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dengan nilai paling tinggi berjumlah RM10,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



97 mangsa korban gempa bumi Aceh setakat ini

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

ACEH - INDONESIA. Seramai 97 orang disahkan terbunuh dan ratusan cedera dalam satu gempa bumi berukuran 6.4 skala ritcher di Aceh pagi tadi lapor BBC news.

Ketua tentera Aceh, Tatang Sulaiman mengesahkan perkara tersebut serta mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa masih ramai yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah dan bangunan.

"Setakat ini, 97 orang terbunuh dan jumlah terus meningkat," katanya dalam satu temu bual langsung.

Pada 2004, gempa bumi yang melanda dasar laut di luar pantai Aceh menyebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia sahaja dan juga beberapa negara lain termasuklah Malaysia.

Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa terbabit.

Kawasan yang paling teruk dilanda gempa adalah Pidie Jaya yang terletak sepanjang pantai di Utara Aceh, kira-kira 110 kilometer dari ibu kota Banda Aceh dan mempunyai penduduk kira-kira 150,000 orang.

Dianggarkan lebih daripada 200 kedai-kedai dan rumah-rumah telah musnah berserta dengan 14 buah masjid, sebuah sekolah dan hospital.

Wakil Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho mengatakan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

"Masih ramai lagi penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan dan operasi mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat masih dijalankan.

"Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan proses memindahkan kesan-kesan runtuhan ini sebelum matahari terbenam," katanya lagi.

Gempa Bumi Kuat Berukuran 6.5 Gegarkan Banda Aceh Subuh Tadi, Puluhan Bagunan Musnah
siakapkeli.my

Sekurang-kurangnya seorang meninggal dan puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas Banda Aceh, Indonesia telah dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.5 Skala Ritcher subuh tadi.

Memetik laporan Straits Times, Gempa bumi berkenaan melanda kira-kira jam 5:03 pagi tadi waktu tempatan atau 6:03 pagi waktu Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku pada waktu subuh di beberapa wilayah yang majoriti penduduknya Muslim bersedia untuk solat subuh, kata pegawai tempatan.

Sutopo Purwo Nugroho ‏@Sutopo_BNPB
Beberapa warga luka tertimpa bangunan akibat gempa 6,5 SR di Ulee Glee Pidie Jaya Aceh 7/12/2016.

Pembesar Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua telah meninggal dunia, mungkin akibat serangan jantung, dan ada kebimbangan untuk berpuluh-puluh dipercayai terperangkap di dalam rumah rosak.

"Beberapa rumah kedai dan rumah telah runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemilik masih terperangkap di sana," Achmad, ketua pejabat pengurusan bencana tempatan, kepada AFP.

"Kami telah menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan orang-orang yang terperangkap," katanya.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) berkata, beberapa bangunan telah musnah akibat gempa bumi dan usaha untuk merawat mangsa yang cedera sedang dijalankan.

"Beberapa rumah dan rumah kedai di Pidie Jaya telah runtuh, terdapat penduduk yang cedera, usaha sedang dijalankan untuk menangani kesan gempa bumi," kata Dr Sutopo Purwo Nugroho, yang mengetuai Bahagian Maklumat Data dan pada BNPB.

BOM Australia Verified account ‏@BOM_au
No #tsunami threat to Australia from mag 6.6 #earthquake to the north of Sumatra, Indonesia. Latest info at http://www.bom.gov.au/tsunami

Gempa bumi ini dikatakan tidak berpotensi terjadinya tsunami. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Myanmar panggil Duta Malaysia, kesal dengan PM

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Menteri hal ehwal luar Myanmar U Kyaw Tin memanggil Duta Besar Malaysia Mohd Haniff Abd Rahman semalam bagi melahirkan rasa kesal ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengetuai perhimpunan solidariti Rohingya baru-baru ini.

U Kyaw Tin juga kecewa dengan kenyataan keras Najib yang menurutnya memetik dakwaan tidak disahkan dan tidak berasas terhadap kerajaan Myanmar, yang merupakan rakan negara anggota Asean.

"Menteri negeri ini juga menolak mentah-mentah tuduhan 'pembersihan etnik' dan 'pembunuhan beramai-ramai' yang jauh daripada realiti di sini.

"Kata-kata yang tidak bertanggungjawab seperti itu boleh memburukkan polarisasi yang sudah semakin mendalam antara dua masyarakat tersebut dan menghasut keganasan," kata Kementerian Luar Negeri Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.

Najib mengetuai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 4 Disember untuk membantah penindasan Myanmar terhadap Rohingya, di mana beliau turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Isu Rohingya: Najib, panglima ATM tak sehaluan, kata PAS

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


PETALING JAYA: PAS hari ini berkata kunjungan panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara bertentangan dengan sikap tegas Datuk Seri Najib Razak terhadap Muslim Rohingya pada Himpunan Solidariti Ummah.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perdana menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hadir untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Myanmar.

"Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara itu untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

"Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah menganggap masalah Muslim Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan.

Malah, perdana menteri juga tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya akan menjejaskan hubungan dengan Myanmar.

Bagaimanapun, Iskandar berkata sikap ditunjukkan panglima ATM yang ingin memperbaiki hubungan kedua-dua negara itu tidak akan memberi tekanan pada Myanmar, malah dilihat tidak serius memperjuangkan nasib Rohingya.

"Kecuali jika panglima ATM ke sana adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar," katanya.

Pada himpunan sama yang turut disertai kira-kira 10,000 orang itu, Najib mengecam tindakan pemenang Anugerah Nobel Keamanan Aung Sang Suu Kyi yang enggan berjumpa wakil Malaysia bagi membincangkan isu hak asasi manusia itu.

Piagam Asean menyatakan negara anggota tidak boleh mencampuri hal ehwal dalaman negara anggota lain, namun, piagam serantau itu juga mengingatkan anggotanya untuk mempertahankan hak asasi manusia.

Myanmar Times melaporkan, Zulkifeli bertemu Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Aung Hlaing memberitahu Zulkifeli tiada pelanggaran hak asasi manusia berlaku terhadap masyarakat Muslim Rohingya.

Najib Main Wayang Kulit Di Himpunan Solidariti Ummah?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


BANGI, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Himpunan Solidariti Rohingya Ahad lalu menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia bilamana media melaporkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berada di Myanmar untuk membaiki hubungan Yangon-Kuala Lumpur berikutan perbalahan diplomatik kedua-dua negara.

Menurut Myanmar Times, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar mengesahkan pertemuan itu.

Presiden Myanmar, U Htin Kyaw juga dilaporkan bertemu dengan Zulkifeli untuk membincangkan operasi ketenteraan yang sedang berlangsung di Maungdaw dan Buthidaung negeri.

"Jeneral Kanan Min Aung Hlaing memberitahu rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa tiada pelanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat etnik Rohingya yang beragama Islam itu.

Susulan itu, timbul tanda tanya dari sesetengah pihak berhubung tujuan sebenar Perdana Menteri hadir ke himpunan tersebut.

Sebelum ini, pemerintah Myanmar mengecam keras kehadiran Najib dalam Himpunan Solidariti Rohingya di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ribuan orang itu.

Myanmar mengatakan kehadiran beliau melanggar prinsip ASEAN untuk tidak mencampuri urusan dalam negara anggota.

"Saya tidak peduli. Apakah saya, pemimpin lebih dari 30 juta rakyat, diharapkan untuk menutup mata? Berdiam diri? Saya tidak akan melakukan itu," tegas Najib.

Malah, beliau berkata, Malaysia akan terus memberi tekanan kepada negara-negara ASEAN untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan.

Pakar mengenai hal ehwal ASEAN yang berpangkalan di Bangkok, Kavi Chongkittavorn berkata, tindakan Najib itu hanya merupakan usaha untuk mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di Malaysia dan beliau menganggap keprihatinan beliau mampu memberi kesan melalui diplomasi bijaksana.

Malah, Penasihat kepada bekas Presiden, U Thein Sein, U Ko Ko Hlaing, menuduh Najib mengeksploitasi isu ini untuk mengalihkan perhatian awam dari dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadapnya.

Najib Razak Disindir Media Myanmar
bloglistpolitik.blogspot
bankami.blogspot

Laman web berita bebas Myanmar The Irrawaddy menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh sebagai "pengajar seni muslihat" dalam kartun yang diterbitkannya.

Kartun oleh Kyaw Thu Yein menggambarkan Najib bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan "Hentikan Pembunuhan Etnik" sambil membawa beg yang dilabel "rasuah".

Kartun itu dimuat naik dalam akaun edisi Inggeris Facebook Irrawady, malam semalam dengan tajuk tajuk "Najib Razak Stunt".

Ini susulan selepas Najib dan beberapa pemimpin Umno menyertai PAS pada perhimpunan di Kuala Lumpur untuk membantah pembunuhan beramai-dakwaan kaum minoriti Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar.

Tentera negara itu didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai, tetapi kerajaan Myanmar menafikannya dan menyalahkan militan tempatan.

Yangon berkata, mereka juga akan menghantar aduan rasmi kepada Putrajaya berhubung perhimpunan Ahad lalu itu.

Perhimpunan berkenaan juga mendorong bantahan terhadap Najib di Yangon.

Bekas perdana menteri dan pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Ahad ini hanya bersandiwara kerana sebagai perdana menteri, Najib berada pada kedudukan untuk bertindak dan bukannya menyertai bantahan.

Najib bergelut dengan tuduhan rasuah selepas RM2.6 bilion dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi miliknya.

Walau bagaimanapun, Peguam Negara pada Januari lalu berkata dana itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi dan membersihkannya daripada sebarang salah lalku.

Pengkritik mendakwa dana itu berasal dari firma pelaburan negara, 1MDB, tetapi Najib telah secara konsisten menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadinya.

MK

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, December 06, 2016 11:26 PM
Subject: Fw: PAN dan PKR tak bijak berpolitik

PAN dan PKR tak bijak berpolitik

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,, DAP bijak! bila tiba kepada kepentingan kaum Cina tergugat, mereka boleh melupakan perbezaan politik untuk bersama sama MCA mempertahankan kepentingan kaum Cina, tetapi sekutunya dalam PH hampeh.Terkini isu yang menghambat umat Islam yang besar ialah Rohinya, isu yang memerlukan keprihatinan umat Islam global melampaui sempadan poltiik.Di mana saja kalau ada perhimpunan atau acara untuk menyatukan umat Islam yang terdekat mesti dihadiri oleh umat Islam tanpa alasan waima alasan zalim sekalipun, tak patut.Kesimpulan mudah kepada ketidakprhatian PAN dan PKR kepada perhimpunan solidariti untuk Rohinya yang baru berlangsung di negara kita.
Alasan yang diberi adalah alasan politik, alasan yang membahagikan umat Islam negara dalam menunjukkan keprihatinan kepada derita Rohinya.Ada yang mendakwa apa perhimpunan itu boleh buat. boleh menakutkan Junta Myanmar? Sedangkan usul yang mereka cadangkan di parlimen untuk mengutuk Myanmar ditolak Speaker? Di parlimen mereka nak jadi hero tapi diperhimpunan soladiriti? Sengaja mereka membutakan mata bagaimana perhimpunan ini mampu memberi harapan kepada etnik Rohinya yang menumpang di negara kita.Rasa kasih dan sayang kepada saudara segama semakin menebal susudah perhimpunan ini.Apakah ini bukan hasil terbaik demi agama dari perhimpunan ini.

Cuma kerana kehadiran Najib dan TGHH sepentas mereka menolak untuk mengiktiraf perhimpunan untuk Rohinya.Malah yang bebal lagi ada yang mengatakan anjuran ini dianjur oleh kerajaan atau Umno untuk merapatkan lagi hubungan politiknya dengan PAS.Dakwaan melulu dan bebal kerana penganjur sebenar adalah NGO Islam yang mahu menghimpunkan semua umat Islam negara bersama sama ethnik Rohinya yang tinggal di negara kita.Dana pula adalah dana infad dari umat Islam yang prihatin walaupun mungkin ada dana sumbangan kerajaan yang diberi demi Rohinya bukan demi politik.Tak ada dana dari soros atau siapa siapa yang tidak berkenaan.

Pendeknya PAN dan PKR tidak mahu bersama Rohinya kerana ada Najib dan TGHH di mana mereka terus menerus mendakwa Najib zalim dan tidak boleh duduk sepentas seperti mana mereka tidak boleh duduk sedewan ketika bajet dulu.Di sinilah bebalnya pemimpin mereka untuk menyedari bagaimana DAP boleh melupakan rasuah Ling Lleong Sik satu ketika dulu untuk mempertahankan hak orang cina bersama MCA.

Sedihnya kita umat Islam kerana ada segelitir umat yang tidak mahu merasai kesusahan Rohinya kerana politik kuasa, malah mereka sanggup bersama DAP dalam menyuarakan penentangan mereka kepada kahadiran Najib dan TGHH sepentas dan sedondong.

Inilah tipikal orang bebal yang tak pandai berpolitik.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Bongok penyokong PAN, ada ker perhimpunan solidariti Rohinya dianggap politik!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"

Assalamualaikum, Mereka penyokong dan pencacai PAN tak mahu dengar bila kita mengingatkan mereka bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan MCA dalam hal hal kepentingan dengan cina tapi tetap bebal dan bongok mendakwa perhimpunan solidariti Rohinya bermotif politik.Apa kejadahnya mereka letakkan politik lebih tinggi dari ugama?DAP boleh gelak sakan dengan perangai sekutu mereka yang menjadikan semua perkara yang melibatkan PAS Umno sebagai politik.

Penolakan speaker terhadap usul yang mereka bawa di Parlimen sejurus sebelum bermulanya perhimpunan dianggap wayang politik PAS Umno dan kerana itu mereka enggan hadir memberi sokongan kepada Rohinya sebab sokongan yang mereka tawar menerusi undi Parlimen ditolak.Pada mereka mencapai resolusi mengutuk kerajaan Myanmar lebih besar dari berhimpun bersama ethnik Rohinya.Punya bongok mereka ini sambil pencacai pencacainya pula meneruskan perangai pencacai Umno, kata nak lawan Umno tapi peninggalan pencacai Umno juga diambil sebagai peluru kapor untuk serang PAS.Apa ker hal?

Lebih bongok bila ada penyokong mereka yang mendakwa non partisan menyamakan perhimpunan solidariti ini dengan bersih 4 & 5 kononnya perhimpuna bersih untuk rakyat tapi enggan dihadiri PAS tapi perhimpunan solidariti Rohinya yang juga perhimpunan untuk rakyat hadir pulak bersama sedondong dengan Umno pulak tu? Bongok sampai tahap gaban.Soalan pertama nak tanya Bersih itu untuk bela rakyat Malaysia yang ditembak, disembelih, dirogol oleh Umno ker? Soalan kedua nak tanya apakah rakyat Malaysia semuanya menyokong Bersih? Kalau semua rakyat sokong bersih sudah tentu PH akan menang pilihanraya dan Umno akan kiok.

Macam mana minda penyokong PAN ni? Segala perkara adalah politik buat mereka dan kalau perkara itu tidak memenuhi selera politik mereka, macam macam alasan yang diberi untuk mengelak dan mengutuk.kenapa mereka tak belajar dari DAP yang dengan mudah mengenepi sentimen politik apabila kepentingan kaum cina digugat.

Bodoh pian penyokong dan pencacai PAN............Ugama letak belakang, utamakan politik merebut kuasa dulu..........Jadilah mokpek DAP selamanya........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Seksa Binatang, Netizen Kecam Tindakan Lelaki Langgar Biawak Berkali-Kali Sampai Mati
siakapkeli.my

Tindakan seorang lelaki yang memuatnaik sebuah video ke laman Facebooknya nampaknya memakan diri apabila dia telah dikecam hebat oleh netizen.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki merakam tindakan seorang lelaki lain yang sedang melanggar seekor biawak berulan-ulang kali dengan sebuah motosikal sehingga reptilia berkenaan mati.

Berdasarkan percakapan yang didengar daripada video berdurasi 1 minit 33 saat itu, lelaki yang merakam video berkenaan berkata sambil ketawa biawak itu telah memakan ikan mungkin milik mereka sehingga membuatkan mereka bertindak kejam sedimikian.

Selepas melanggar lelaki berkenaan dikatakan memukul reptilia berkenaan dengan sebatang kayu dipercayai cangkul.

Rata-rata netizen menempelak tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak berkeperimanusiaan.

Apapun semoga sipelaku insaf dengan apa yang beliau lakukan itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Harith Iskander Layak Ke Peringkat Akhir Funniest Person In The World Di Finland
siakapkeli.my

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander dilaporkan telah layak ke final pertandingan 'standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir, Harith diberitakan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

"Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna internet.

"Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional," katanya.

Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada final nanti di mana dia mengaharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.

"Saya belum dapat link laman web yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.

"Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bersatu perlu Pas atau Pakatan Harapan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


SHAH ALAM - Bersatu tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada Bersatu dalam pertemuan sebelum ini.

"Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.

"Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.

Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.

Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.

"Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.

"Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini," katanya.

Tun Mahathir Tak Perlu Tunggu PAS, Kata Zuhdi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Jika semata-mata untuk memastikan PAS kembali ke pangkuan Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu lagi, kata Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, tindakan menunggu itu adalah kerja sia-sia kerana pendirian PAS masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersama dengan DAP dan PAN.

"Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan PAN.

"Jadi untuk duduk sekali dengan DAP dan PAN, memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu," katanya.

Zuhdi berkata terpulang kepada Dr Mahathir untuk membuat apa-apa tuduhan termasuk mendakwa partinya mempunyai agenda tersembunyi bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Cuma tuduhan dia (Dr Mahathir) kita ada hubungan dengan UMNO tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan UMNO dan Pakatan Harapan.

"Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang," tegasnya.

Semalam, Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di Persidangan Kebangsaan DAP berkata jika sesetengah pihak tidak mahu bersama Pakatan Harapan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka pakatan pembangkang bersedia untuk pertandingan lebih daripada satu lawan satu pada PRU14.

"Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk bersama, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

"Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita bersedia untuk tiga atau empat penjuru," ujarnya.

Tiba-tiba Mahathir Beri Tempoh Kepada PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.

"Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

"Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.

"Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya," katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP.

Mahathir berkata PAS akan diberikan tempoh masa akhir bila ditanya wartawan.

Yang peliknya, banyak kali PAS menegaskan bahawa PAS tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti PAN, pengkhianat.

Tun Mahathir, walaupun dikatakan licik dalam politik tetapi beremosi dengan PAS dan banyak kali menuduh PAS dalam ucapannya di hadapan rakan pakatan.

Mulut mencaci maki PAS dengan pelbagai tuduhan tapi tangan melambai PAS kononnya menyahut seruan bergabung dalam satu pakatan pembangkang yang kuat. Nak percaya orang macam ini. Sudahlah mempunyai rekod kejahatan 22 tahun yang sukar dimaafkan. PERNAHkah dia ni minta MAAF atas kesalahannya?

Dia yang fitnah dan penjara Anwar tapi sekarang dia ke Mahkamah untuk sokong Anwar. Dia ni juga yang tahan ramai pimpinan politik dalam ISA, sekarang dia KONONnya menentang SOSMA.

Orang bodoh aje boleh percaya ORANG TUA ini.

Mahathir sepatutnya sedar, jika PAS tak berikan laluan kepada parti BERSATU. Di mana BERSATU nak bertanding di KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH & PAHANG. Saya beri 4 negeri sudah cukup.

Jika BERSATU bertanding atas Pakatan Harapan di 4 Negeri itu sudah tentu akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Siapa yang untung?

Sudah tentu PAS, kerana UMNO berpecah kepada UMNO dan BERSATU.

Tak payah nak ugut PAS, seperi kata Mohd Amar, Naib Presiden PAS kalau nak bekerjasama dengan PAS jagalah mulut tu. Jangan sedap lepas aje. Jangan rasa diri masih ketua segala-galanya. Belajar hormat orang lain.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lori Bawa Muatan Kertas Gulungan Kertas Terbakar, Tayar Meletup Atas Jambatan
siakapkeli.my

KLANG - Sebuah lori kontena yang membawa muatan gulungan kertas terbakar di Jalan Pelabuhan Utara di sini malam tadi seterusnya mencetus cemas.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, pihaknya menerima panggilan susulan kejadian kira-kira jam 7.43 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

"Seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kebakaran.

"Kejadian itu menyebabkan 90 peratus lori kontena terbabit terbakar dan pemandu sempat menyelamatkan diri," katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas menghala ke Pelabuhan Barat, lapor Kosmo.

Menurut video yang dimuat naik di media sosial, boleh kedengaran bunyi letupan yang terhasil akibat kejadian.

Menurut Harian Metro, bunyi itu terhasil dari letupan tayar yang berlaku akibat kebakaran.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: