Friday, December 9, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4642

8 Messages

Digest #4642

Messages

Thu Dec 8, 2016 6:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



China Bantu Malaysia Selesaikan Hutang #1MDB, Sebagai Gantinya GLC Diserah Kepada China - GLC Yang Mana Satu Soal Rafizi.

bloglistpolitik.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Saya merujuk kepada satu laporan terkini bertarikh hari ini oleh Financial Times bertajuk "China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute" yang menyentuh perkara-perkara berikut:

1. 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China.
2. Sumber yang dipetik oleh Financial Times juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset ("asset swap") yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam sesi Parlimen yang lepas, saya secara khusus telah menanyakan Menteri Kewangan II, Dato' Johari Abdul Ghani bagaimanakah pentadbiran Dato' Seri Najib bercadang membayar kembali hutang yang dituntut oleh IPIC itu (walaupun saya hanya menyebut jumlah yang didakwa diselewengkan ke akaun Jho Low berjumlah RM3.5 bilion atau RM15 bilion).
Sehingga ke akhir ucapan penggulungan beliau, Dato' Johari Abdul Ghani tidak menjawab langsung.
Saya merasakan seolah-olah ia ulangan kepada amaran saya lebih setahun lalu supaya 1MDB tidak menggunakan dana Tabung Haji dan amaran saya itu (dalam bulan Mac 2015) telah dicerca dengan jeritan tidak bersopan di dalam Dewan Rakyat oleh Dato' Seri Azeez Abdul Rahim. Sebulan kemudian, berita bahawa Tabung Haji telah membeli tanah dari 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi bocor kepada orang ramai.
Dalam sidang yang lepas, perkara yang hampir sama berlaku. Saya telah bertanya soalan mengenai perancangan Dato' Seri Najib untuk membayar hutang itu dan telah disambut dengan cerca dan jeritan dari Ahli Parlimen Baling itu yang diketahui sangat rapat dengan Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, sehingga soalan saya itu tidak dijawab langsung.
(Rakaman perbahasan itu boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=7P3VYrJjtcg )
Berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan saya kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah saya perolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017 bagi memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya.
Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran. Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia.
Soalan saya ialah GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion seperti yang dilaporkan Financial Times hari ini?
Pada pemahaman saya, hanya ada beberapa GLC yang mempunyai saiz aset sebesar itu iaitu PETRONAS (atau anak syarikat kumpulannya), Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia atau Sime Darby Berhad?
Saya mendesak Dato' Seri Najib memberi penjelasan sama ada bantuan kewangan dari Kerajaan China akan menyebabkan salah satu aset utama seperti GLC di atas dilibatkan di dalam urusniaga baru melibatkan Kerajaan China?
Jika beliau berdiam diri, desas desus ini tidak akan berhenti dan saya akan terus menyiasat sehingga butiran aset yang ingin diurusniagakan diketahui umum.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 8, 2016 6:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia Juara Kejohanan di India
siakapkeli.my

NEW DELHI: Skuad bola sepak cacat penglihatan Malaysia mengungguli Kejohanan Bolasepak Buta Antarabangsa di sini baru-baru ini selepas menjadi juara dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan tiga penjuru ini adalah anjuran Persekutuan Bola Sepak Cacat Penglihatan India (IBFF) dengan Jawatankuasa Paralimpik di India.

Kejohanan itu melibatkan Malaysia, India dan Laos.

Malaysia bermula dengan persaingan yang memihak kepada Laos apabila tewas 1-0 dan seterusnya bangkit menewaskan India dengan jaringan 3-1 sebelum pasukan Malaysia menebus kekalahan dengan menundukkan Laos 1-0 dan sekali gus melangkah ke final.

Perlawanan final sekali lagi menyaksikan Malaysia berdepan Laos dan berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada Malaysia.

Pemain Malaysia, Ahmad Fikri Omar diumumkan sebagai penjaring gol terbanyak dengan tiga gol.

Ketua Jurulatih skuad bola sepak cacat penglihatan, Sunny Shalesh berkata, pasukannya berlatih tiga bulan sebelum menyertai kejohanan itu.

"Walaupun saya tidak mengikuti pasukan ke India kerana cedera, saya percaya pembantu dan pengurus pasukan dapat mengendalikan setiap pemain dengan baik.

"Saya selalu berhubung dengan mereka dan pantau perlawanan menerusi rakaman video selain berbincang menenerusi panggilan video dengan pasukan," jelasnya.

Tambahnya, tahun depan, mereka akan berlatih lebih gigih dan belajar daripada kesilapan untuk mengekalkan kejuaran selain berusaha untuk merangkul pingat emas di Sukan Para Asean serta melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Bola Sepak Cacat Penglihatan (IBSA).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 8, 2016 6:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Main Telefon Ketika Dicas, Bayi Maut Terkena Renjatan Elektrik Dari Kabel Pengecas
siakapkeli.my

KAZAKHSTAN: Gara-gara dibiarkan bermain telefon yang sedang dicas oleh ibu bapanya berseorangan, seorang bayi perempuan dilaporkan maut terkena renjata elektirik, lapor DailyMail

Menurut laporan berkenaan, beberapa keping gambar mangsa dalam keadaan melecur teruk telah tersebar di laman sosial di mana katanya gambar itu telah dimuat naik oleh seorang jururawat sebagai amaran akan kepada ibu bapa tentang bahaya mengecas telefon bimbit berhampiran kanak-kanak.

"Jangan tinggalkan bayi anda berhampiran alat pengecas tanpa sebarang pengawasan," kata mereka.

Menurut ibu kanak-kanak malang itu, ketika kejadian itu berlaku dia tertidur berdekatan dengan mangsa yang ketika itu sedang asyik bermain telefon yang sedang dicas.

Beliau yang tidur tiba-tiba tersedar apabila anaknya tidak bunyi bising seperti kebiasaannya, akhirnya apabila diperiksa, beliau ternampak anaknya itu dalam keadaan melecur tidak bernafas.

Panik dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus membalut anaknya dalam selimut sebelum bergegas ke hospital.

Apabila tiba di hospital doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik, berdasarkan kesan terbakar yang boleh dilihat dengan jelas di tangan dan lengan mangsa.

"Kanak-kanak perempuan itu bermain dengan kabel pengecas," kata salah seorang ahli keluarga mangsa.

"Rupa-rupanya dia letak kabel pengecas dalam mulut dan mengunyahnya," katanya lagi.

Berdasarka laporan mengatakan mangsa bermain dan mengunyah kabel pengecas tersebut sehingga terkoyak balutan getah kabel berkenaan menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 8, 2016 6:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ikon Pakistan Yang Dalam Perjalanan Pulang Dari Berdakwah Turut Terlibat Dalam Nahas, Merupakan Bekas Selebriti Popular Pakistan Sebelum Mendalami Islam
siakapkeli.my

Pakistan - Junaid Jamshed, seorang bekas selebiriti di Pakistan - yang sudah berubah menjadi pendakwah agama - turut menaiki pesawat malang PK-661 yang terhempas dalam kejadian sebentar tadi.

Junaid Jamshed merupakan bekas artis rakaman, personaliti televisyen, pereka fesyen, pelakon dan penyanyi dan juga penulis lagu. Dia kemudian mengubah haluan untuk mendalami agama dan menjadi pendakwah bebas.

Menurut Samaa.tv, Junaid bersama isteri sepatutnya tiba di Islamabad dan difahamkan dia dalam perjalanan pulang selepas selesai dari berdakwah di Chitral.

"Syurga di atas bumi Chitral... Bersama rakan-rakan ke arah jalan kepada Allah. Bukit Tirchmir bersalji dibelakang kami", tulis Junaid di satu tweet pada 4 Disember lalu.

Junaid Jamshed Verified account ‏@JunaidJamshedPK
Heaven on Earth Chitral. With my friends in the Path of Allah . Snowpacked Tirchmir right behind us

1..
a.. Zahid Gishkori ‏@ZahidGishkori 24h24 hours ago
@JunaidJamshedPK was travelling through unlucky @Official_PIA's flight to Islamabad. Family confirmed.#PK661 Crashed.

Beberapa laporan berkata, Junaid sedang menjalani rutin berdakwah yang ditugaskan oleh Tableek Jamaat di Chitral.

Abang kepada Junaid mengesahkan adiknya itu menaiki penerbangan malang tersebut.

Junaid Jamshed merupakan pop star pertama dalam industri muzik Pakistan. Namun, ketika namanya sedang naik, dia berpatah balik dan meninggalkan dunia glamournya untuk mengabadikan diri kepada Islam.

"Apabila saya balik dari satu persembahan keagamaan pada 1997, saya sedar bahawa banyak lagi pengertian di dalam hidup ini selain dari menyanyi dan melompat"

"Bila saya membuat keputusan untuk berhenti menyanyi, ramai yang terkejut. Namun saya pasti itu adalah keputusan yang sebetulnya kerana Allah melarang jenis lagu yang dinyanyikan oleh saya, dan ianya adalah tugas saya untuk mengikut arahanNya", kata Junaid di dalam satu temuramah.

Junaid kemudian berubah mula membuat dan menyanyi lagu-lagu yang bersifat keagamaan. Selain itu, dia juga merupakan ikon usahawan Islam di Pakistan.

Sumber: Samaa.tv, Geo.tv, Qantara

Pesawat Pakistan Bawa Lebih 40 Penumpang Terhempas
siakapkeli.my

Foto hiasan.

Sebuah pesawat Pakistan yang membawa 37 penumpang telah dilaporkan
'hilang', kata jurucakap syarikat penerbangan.

Pesawat penumpang PK 116 milik Pakistan International Airlines (PIA) dalam perjalanan ke Islamabad dari utara bandar Chitral.

Media tempatan, ANI, melaporkan pesawat itu telah terhempas berdekatan Haveliyan di Abottabad.

Dalam perkembangan terbaru, portal BBC turut melaporkan media tempatan pesawat itu terhempas. Selain itu, polis tempatan turut mengesahkan pesawat itu telah terhempas.

Menurut media tempatan, bekas selebriti negara itu yang dikenali sebagai Junaid Jamshed, turut menaiki pesawat itu bersama isteri.

Junaid Jamshed merupakan bekas artis rakaman, personaliti televisyen, pereka fesyen, pelakon dan penyanyi dan juga penulis lagu. Dia kemudian mengubah haluan untuk mendalami agama dan menjadi pendakwah bebas.

Ali Salman Alvi Verified account ‏@alisalmanalvi
PK 661. Crash site. Havelian.

a.. Shazib Jarral ‏@Shazibjarral 23h23 hours ago
@alisalmanalvi @ZarahKazmi m shocked :(

Sumber: Independent, Reuters

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 8, 2016 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakyat Malaysia Sambut Gembira "Myanmar Larang Pekerja Datang Malaysia"
bloglistpolitik.blogspot
bankami.blogspot

Myanmar melarang pekerjanya daripada berkunjung ke Malaysia ketika hubungan kedua negara itu bertambah tegang susulan tindakan keras berdarah tentera ke atas etnik Rohingya di negara majoriti Buddha itu.

Tindakan diambil selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyelar pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana membenarkan 'penghapusan bangsa' dalam pentadbirannya ketika satu perhimpunan Ahad lalu di Kuala Lumpur yang menarik ribuan penyokong.

Penunjuk perasaan membantah tindakan keras tentera di negeri barat Myanmar di Rakhine yang menyebabkan lebih 20,000 penduduk Islam Rohingya ke Bangladesh. Seorang menteri kabinet dalam kerajaan Malaysia turut menggesa semakan semula keanggotaan Myanmar dalam blok serantau ASEAN.

Pihak berkuasa Myanmar menafikan dakwaan penderaan dan Suu Kyi memaklumkan masyarakat antarabangsa supaya berhenti "menyebarkan api kebencian."

Lewat kelmarin, Kementerian Imigresen Myanmar berkata, ia berhenti mengeluarkan lesen baharu buat warganya bekerja di Malaysia, yang selama bertahun menjadi destinasi utama buruh pendatang. "Myanmar secara seketika berhenti menghantar pekerja ke Malaysia bermula 6 Disember disebabkan situasi terkini di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Malaysia menempatkan puluhan ribu pekerja Myanmar, kebanyakannya menjadi buruh kilang atau industri makanan dan hospitaliti. Menurut Malaysia, kira-kira 56,000 etnik Rohingya tiba di pantainya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

BH

Komen Gembira Rakyat Malaysia : FB BH

Myanmar larang pekerja datang Malaysia, henti keluar lesen Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/221254
bloglistpolitik.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

20,000 orang hadir pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa hari ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Disember lalu. - Foto BERNAMA

NAYPYIDAW: Myanmar melarang pekerjanya daripada berkunjung ke Malaysia ketika hubungan kedua negara itu bertambah tegang susulan tindakan keras berdarah tentera ke atas etnik Rohingya di negara majoriti Buddha itu.

Tindakan diambil selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyelar pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana membenarkan 'penghapusan bangsa' dalam pentadbirannya ketika satu perhimpunan Ahad lalu di Kuala Lumpur yang menarik ribuan penyokong.

Penunjuk perasaan membantah tindakan keras tentera di negeri barat Myanmar di Rakhine yang menyebabkan lebih 20,000 penduduk Islam Rohingya ke Bangladesh.
Seorang menteri kabinet dalam kerajaan Malaysia turut menggesa semakan semula keanggotaan Myanmar dalam blok serantau ASEAN.

Pihak berkuasa Myanmar menafikan dakwaan penderaan dan Suu Kyi memaklumkan masyarakat antarabangsa supaya berhenti "menyebarkan api kebencian."

Lewat kelmarin, Kementerian Imigresen Myanmar berkata, ia berhenti mengeluarkan lesen baharu buat warganya bekerja di Malaysia, yang selama bertahun menjadi destinasi utama buruh pendatang.

"Myanmar secara seketika berhenti menghantar pekerja ke Malaysia bermula 6 Disember disebabkan situasi terkini di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Malaysia menempatkan puluhan ribu pekerja Myanmar, kebanyakannya menjadi buruh kilang atau industri makanan dan hospitaliti.

Menurut Malaysia, kira-kira 56,000 etnik Rohingya tiba di pantainya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -AFP

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 8, 2016 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi
siakapkeli.my

Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.

Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.

Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.

Jom kita baca penerangan daripada blog Vanilla Kismis tentang kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa ini dalam proses membancuh susu.

Seperti kezaliman bagaimana anda membacuh susu formula?

Selalunya cara di bawah ini bukan?

1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Memetik laporan portal berkenaan, ia menyatakan bahawa sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!

Kenapa?

Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.

Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.

Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-

1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.

2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.

3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.

4) Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.

Info tambahan

Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul, tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu.

Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas' (hot spots) di dalam susu.

Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 8, 2016 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ringgit jatuh, harga santan kelapa naik hingga RM11 sekilogram mulai esok
bloglistpolitik.blogspot
milosuam.netTERSEBAR di facebook, banner (kain rentang) makluman bahawa mulai 12 Disember 2016 (esok), santan kelapa di Daerah Rembau akan dijual pada harga RM11 sekilogram (RM11/kg). Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna.

Difahamkan pihak peniaga santan turut menerima maki hamun dan dituduh cekik darah oleh orang ramai berhubung mekluman kenaikan harga santan tersebut.

Salah seorang peniaga tampil menjelaskan punca kenaikan harga santan kelapa yang membebankan pengguna itu didakwa ada kaitan dengan kejatuhan matawang Ringgit Malaysia.

Menurut Nor Sya, bekalan kelapa tempatan tidak mencukupi untuk menampung perniagaannya yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 tan kelapa seminggu.

Justeru dia terpaksa 'import' buah kelapa dari Indonesia.

Kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia, RM memburukkan keadaan apabila dia terpaksa bersaing dan membeli kelapa dengan harga yang mahal berikutan peningkatan permintaan kelapa dari Thailand.

Dakwanya lagi, nilai matawang Thailand kini lebih tinggi berbanding dengan nilai RM.

Menurut Pakar ekonomi yang sangat dihormati, Prof Jomo Kwame Sundaram sebelum ini dilaporkan mendakwa hilangnya keyakinan terhadap kerajaan Malaysia, berhubung pendedahan skandal 1MDB menjadi punca utama kejatuhan nilai matawang RM.

Kwame mendakwa krisis keyakinan tersebut sangat serius dan mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap Malaysia. — Malaysiakini

Dari sini kita dapat lihat bagaimana skandal 1MDB yang heboh jadi tajuk berita utama seluruh dunia melibatkan dana berpuluh billion ringgit mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan rakyat.

Jangan sangka 1MDB tiada kaitan dengan anda, kalau harga santan yang naik melonjak pun ada kaitan dengan skandal 1MDB yang menyebabkan kejatuhan matawang, apalagi barang-barang yang lain.

Jadi kepada pakcik dan makcik, harga santan naik janganlah salahkan peniaga santan, tapi marahlah kepada pemimpin kleptokrat (pemimpin perompak) yang lakukan skandal 1MDB.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/ringgit-jatuh-harga-santan-kelapa-naik.html#ixzz4SFTZB47J

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 8, 2016 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



7 Senaman Ringkas Ini Mampu Melegakan Sakit Tulang Belakang Yang Dialami Anda
siakapkeli.my

Dalam melakukan kerja harian, anda sudah semestinya akan membuat dengan bersungguh-sungguh dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang dilakukan. Ianya termasuk jugalah dalam menyiapkan kertas kerja, yang memakan masa lama menghadap komputer, atau kerja rumah yang perlu dilakukan, seperti mengemas, juga menyapu.

Dengan aktiviti sebegitu, yang dilakukan berulang kali, anda akan mula merasakan sengal-sengal badan, atau sakit otot. Bukan itu sahaja, anda akan turut merasakan sakit pada bahagian tulang belakang akibat dari duduk terlalu lama, atau membuat kerja berat.

Untuk memastikan anda kembali seperti biasa, Bright Side kongsikan 7 senaman ringkas yang boleh dilakukan dalam melegakan sakit tulang belakang. Ia boleh sahaja dilakukan ketika anda berada di rumah, mahu pun ketika di pejabat. Jom kita lihat, apakah senaman yang perlu dilakukan.

Sakit tulang belakang bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Tidak kiralah seseorang itu mempunyai gaya hidup yang aktif, atau malas, setiap dari kita akan mempunyai risiko kerosakan tulang belakang ketika melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, anda boleh dikatakan sangat bernasib baik, kerana terdapat senaman mudah, tetapi dijamin berkesan untuk membantu menghilangkan sakit tulang belakang yang dialami anda.

Senaman 1

Dalam keadaan sedang berbaring, bengkokkan kaki kanan anda pada bahagian lutut. Regangkan kaki kiri di atas kepala, serta pegang kaki kiri anda di bahagain bawah lutut, dan perlahan-lahan tarik ke arah anda. Kekalkan posisi ini selama 30 saat. Ulangi senaman ini dua kali bagi setiap kaki.

Senaman 2

Dalam keadaan baring, bengkokkan kedua-dua belah kaki anda, pada bahagian lutut. Pegang kaki kiri anda di bahagian lutut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, dan tarik ke arah badan anda. Bertahan dengan posisi ini selama 20 saat. Ulangi senaman ini sebanyak dua kali, untuk kedua-dua kaki.

Senaman 3

Dalam posisi sedang baring, hulurkan tangan kanan anda ke arah luar sebelah kanan, regangkan juga kaki kiri anda supaya dalam keadaan lurus. Cuba untuk untuk angkat kaki kanan anda melepasi kaki kiri, sehingga ia menyentuh tangan kiri anda. Kekalkan posisi ini selama 20 saat, dan ulanginya sebanyak dua kali, untuk kedua-dua lutut.

Senaman 4

Dalam posisi sedang berbaring, bengkokkan kaki kiri anda pada bahagian lutut. Letakkan kaki kanan anda di atas peha kiri anda, dengan lutut pada posisi yang betul. Dengan berhati-hati, anda perlu menarik kaki kiri anda, secara perlahan-lahan ke arah kepala anda, dan kekalkan posisi ini selama 30 saat. Lakukan langkah yang sama pada kedua-dua kaki anda.

Senaman 5

Seperti dalam posisi gambar di atas, cuba bertahan pada lutut kaki kiri anda, dan keluarkan kaki kanan anda ke belakang. Kaki kiri anda perlu dibengkokkan pada bahagian lutut. Kekalkan pada posisi ini selama 30 saat, ulangi senaman ini dengan kaki yang lain pula.

Senaman 6

Baring secara mengiring mengahdap ke sebelah kanan. Bengkokkan kaki kiri anda, dan pegang pada bahagian buku lali dengan tangan kiri anda. Secara berhati-hati tarik buku lali anda. Senaman ini akan meregangkan otot paha kiri anda. Tulang belakang anda pula, tidak seharusnya bengkok, dan cuba untuk berada dalam keadaan lurus. Kekalkan posisi ini selama 30 saat. Kemudian, ulangi langkah yang sama untuk kaki kanan anda.

Senaman 7

Berdiri dengan menghadap meja, pada jarak satu tangan. Bengkokkan badan anda ke hadapan sehingga kedua-dua tangan anda menyentuh hujung meja. Tangan anda seharusnya berada dalam keadaan lurus, selari dengan ketinggian bahu anda. Bertahan dengan posisi ini selama 10 saat. Kemudian berdiri tegak, dan bengkokkan badan anda ke kiri dan kanan.

Moga-moga dengan melakukan ketujuh-tujuh senaman ini, anda akan kembali cergas semula. – Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: