15 Messages
Digest #4638
Messages
Mon Dec 5, 2016 1:44 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITU MELAYU DIBODOH-BODOHKAN.
bloglistpolitik.
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
PRU 14 adalah peluang untuk orang-orang Melayu menjadi cerdik dan membuktikan mereka tidak bodoh. Caranya ialah dengan menolak UMNO dan BN serta memastikan parti itu tidak lagi berkuasa di negara ini.
Selagi UMNO dan BN berkuasa, khususnya selagi Najib Razak yang sudah dikenali dunia sebagai pemimpin kleptokrat menjadi Perdana Menteri buat negara ini, maka selagi itulah orang-orang Melayu terus diperbodohkan atau cuba dibodoh-bodohkan.
Seperti pengundi bukan Melayu dan mereka di bandar yang sudah menunjukkan perubahan, pengundi Melayu juga harus bergerak ke arah yang sama. Jika tidak, acara dan pesta membodoh-bodohkan Melayu itu akan berterusan dan diulang berkali-kali untuk menutup kelemahan dan rompakan terhadap khazanah Melayu itu sendiri.
Ucapan perasmian Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mengatakan PRU 14 akan datang adalah pilihan antara kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Melayu dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, adalah jelas suatu tindakan cuba membodoh-bodohkan orang Melayu.
Lebih dahsyat lagi apabila Najib turut menakut-nakutkan orang Melayu bahawa sekiranya UMNO kalah dan hilang kuasa, semua institusi kerajaan seperti MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lainnya akan lenyap serta pupus, seterusnya menjadikan masa depan mereka tiada lagi pembelaan.
Bagi mereka yang waras, boleh berfikir dengan baik atau tidak mengalami strok otak, tentu saja dengan mudah tidak percaya menolak kata-kata Najib itu. Ini kerana mana mungkin DAP yang hanya bertanding 54 kerusi, mampu menjadi begitu berkuasa dalam negara ini, waima sekiranya mereka menang semua kerusi yang ditandingi sekali pun.
Dengan Pakatan Harapan yang di dalamnya turut ada PKR, Amanah dan tidak lama lagi, PPBM juga akan turut serta, di mana logiknya kata-kata Najib bahawa DAP akan menerajui gabungan itu?
Lagi pula, tidak seperti BN yang hanya UMNO dianggotai oleh Melayu, sebaliknya PKR, DAP, Amanah dan PPBM, semuanya ada Melayu di dalamnya?
Tidakkah ia dengan sendirinya menjadikan kedudukan Melayu dalam Pakatan Harapan lebih meluas dan merata?
Lihat saja di Selangor, apakah DAP yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu?
Juga tidak masuk akal dan jelas mahu membodoh-bodohkan Melayu apabila Najib mengatakan MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lain institusi akan turut lenyap serta pupus jika UMNO hilang kuasanya.
Di Selangor dan Pulau Pinang, sudah berapa banyak pejabat agensi kerajaan yang berkaitan Melayu dan Islam telah ditutup atau diarahkan berpindah ke negeri lain?
Selama ini, siapa yang menjahanamkan MARA, Felda dan Felcra dengan pelbagai ciri-ciri rompakan dan amalan rasuah sehingga agensi-agensi itu lebih merupakan tempat pemimpin Melayu memperkayakan diri sendiri berbanding membantu rakyat yang dalam kesempitan?
Adakah MARA, Felda dan Felda benar-benar menjadikan Melayu kaya dan berharta atau hanya isteri, isteri muda dan anak-anak pemimpin Melayu yang bermaharalela menjadikan agensi-agensi itu sebagai lubuk mengaut kekayaan mereka?
Menjelang PRU 14 akan datang, orang-orang Melayu mesti fokus kepada isu yang sedang berlaku dalam negara dan jangan biarkan mereka terus diperbodohkan lagi oleh pemimpin sendiri. Isu di depan mata kita ialah rasuah yang berleluasa dan penyonglapan wang negara yang berlaku tanpa hadnya.
Menakut-nakutkan kononnya Melayu terancam dan DAP menguasai kerajaan hanyalah pelindung untuk menutup kedurjanaan dan bagi mengelakkan kesalahan mereka diadili oleh kerajaan yang baru nanti.
Bukan DAP atau bimbangnya institusi Melayu dan Islam yang menjadi ketakutan mereka. Mereka hanya ingin berkuasa dan terus merompak lagi, sambil mengharapkan kesalahan mereka tidak akan diadili sampai bila-bila.
Jika pemimpin yang sama terus berkuasa, mereka pasti akan merompak dan menyamun lagi. Menolong dan membantu rakyat hanyalah merupakan agenda yang ke 69 dalam hati dan perjuangan mereka.
Lima tahun lagi apabila tiba hampir pilihanraya dan kegiatan penyonglapan mereka diperkatakan di merata-rata, mereka akan kembali menakut-nakutkan lagi dengan perkara yang sama - Melayu terancam dan DAP akan menguasai negara ini sambil sudah mula pandai berdoa dan berjubah kononnya agar Tuhan menyelamatkan negara ini.
Akhirnya Melayu terus mundur dan ketinggalan dan hanya kelompok pemimpin yang kaya raya mengaut segala milik negara. Tiada apa-apa perubahan dan kemajuan untuk rakyat, malah di sebalik negara kita merupakan pengeluar utama kelapa sawit dunia, pemimpin yang ada hanya menutup mata daripada memastikan minyak masak pada kadar yang munasabah harganya.
Sebab itu, PRU 14 adalah peluang untuk Melayu menjadi cerdik dan tidak lagi membiarkan mereka terus diperbodoh-bodohkan
Jika orang Melayu mula menjadi cerdik dengan tidak takut mengalahkan UMNO dan BN, pemimpin seterusnya tidak mungkin berani lagi membawa retorik-retorik bodoh untuk mendapatkan undi. Kita harus mulakannya dengan menunjukkan kecerdikan itu tanpa ragu-ragu lagi. (SH 02/12/2016)
VETERAN UMNO KUTUK UMNO
bloglistpolitik.
yongsukakuning.
Posted by Yong Intan Noor
Saksikan sendiri:
Mamat ni tak takut dituduh melarikan anak dara orang atau meliwat drebanya. Dia macam selamba ajer tak takut kehilangan kelayakan untuk mendapat dedak.
UMNO semput sampai macam itukah?
Takpe. Ada yang tolong bagi oksigen.
Komen molek-molek.
Perwakilan Umno Naik Angin Halau TV3
bloglistpolitik.
Dicatat Oleh Jeebond BLM
Para delegasi Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang naik angin memaksa TV3 membatalkan siaran secara langsung yang sepatutnya diadakan di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Mereka yang menonton ucapan penggulungan para pemimpin utama Umno pada skrin di lobi mula berasa gelisah setelah audio diperlahankan semasa Ketua Wanita Shahrizat Abdul Jalil sedang memberikan ucapannya.
Mereka mula menjerit 'boo' kepada hos TV3 dan tetamu yang berada dipentas dengan ketegangan hampir sampai ke kemuncaknya apabila dua botol air dibaling ke atas pentas tatkala Shahrizat mengakhiri ucapan beliau.
Krew TV3 kemudiannya mengosongkan pentas yang mendapat sorakan daripada perwakilan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Dec 5, 2016 1:44 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dulu Puak UMNO Guna Orang Asli Nak Jatuh Tok Guru Nik Aziz, Sekarang PAN Tiru
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Pada 28 Januari 2012, lebih kurang 400 orang asli telah membuat blockcade di Kg. Parit, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan kerana bantahan dikatakan pencerobohan tanah adat mereka.
Mereka dikatakan mendapat sokongan daripada kumpulan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berpusat di Pahang.
Orang Asli membuat pelbagai tuntutan dan ada yang dapat dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan ada yang memerlukan masa seperti jalanraya, kemudahan elekrtik dan air.
Tindakan orang Asli makin menjadi-jadi kerana mereka dipengaruhi oleh UMNO yang cuba menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan yang ketika itu dipimpinan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Apa reaksi Tok Guru Nik Aziz dalam isu demo dan blockcade ini?
Tok Guru kata Kerajaan Kelantan tidak layan kerana mereka didalangi oleh UMNO dalam usaha memberikan tekanan kepada kerajaan PAS Kelantan.
Rupanya setelah dimainkan isu balak, isu hakisan tanah semuanya dijawab dengan baik oleh MB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob akhirnya "ketua orang asli" tak puas hati lalu dicari jalan baru iaitu dengan meniru cara UMNO merosakkan imej Tok Guru.
"Ketua Orang Asli" belajar dengan UMNO bagaimana UMNO cuba jatuhkan tok gurunya dulu. Dia dapat bantuan daripada "Ketua Ulama Orang Asli" (Yang ini saya akan menulis khusus bagaimana ulama ini sekolahkan Ketua Pemuda PAN Kelantan pada artikel akan datang)
Untuk bujuk orang asli biasanya digunakan rokok/tembakau dan arak selain daripada makanan dan wang. Siapa yang banyak duit boleh tanggung orang asli untuk berkhemah tanpa buat kerja?
Cuba lihat pada gambar di atas, ada tiang. Itu bukan tiang balak. Itu tiang elektrik. Ini bermakna perkampungan orang asli telah ada kerajaan bekalkan elektrik. Mereka boleh main whatsapp sambil tunggu di blackcade. Ini juga menunjukkan kerajaan telah pun melaksakana banyak tuntutan mereka semenjak 2012 lagi.
Baru-baru ini MB Kelantan ada membuat perjumpaan dengan orang asli dan telah menyediakan lebih daripada 600 ekar tanah kerajaan untuk perkampungan baru orang asli.
Malah banyak aktiviti-aktiviti untuk kepentingan bersama orang asli dilakukan. 24-26 September 2016 baru-baru ini UKM telah membuat aktiviti kemasyarakatan di perkampungan orang asli Gua Musang.
Malangnya demi politik sempit, dengki dan dendam, ada orang sanggup mempergunakan orang asli untuk kepentingan diri. Sedangkan orang asli memerlukan bantuan bimbingan dan dakwah Islamiyyah menunjukkan keadilan Islam tapi suasana ini dirosakkan agar wujud ketegangan antara kerajaan PAS dan orang asli.
Apa PAN dan IKRAM dapat daripada kerja-kerja jahat ini?
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Hanya memusuhi Kelantan, bukan cinta alam sekitar pun
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PEMBALAKAN bukan kerja salah lagi hina. Ada undang-undang, prosedur dan paraturan perhutanan dalam industri pembalakan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung dan Jabatan Perhutanan Sabah & Sarawak. Kegiatan yang melanggar undang-undang dan peraturan ini barulah termasuk satu kesalahan, boleh juga menjadi satu kehinaan.
Persepsi negatif kepada sektor ini sering terkait dengan aktiviri rasuah, umpamanya mengenakan kadar premium (hasil kerajaan negeri) yang rendah, tetapi pembalak dikenakan 'wang politik' yang dibayar kepada parti atau pemimpin.
Contohnya kadar premium di Kedah sebelum PAS membentuk kerajaan (2008) hanyalah RM500 bagi kawasan sudah kerja (KSK) dan RM1,000 bagi hutan dara. Pembalak mengaut untung yang banyak dan pemimpin politik ada ruang yang luas 'berkongsi untung' daripada pembalak.
Apabila kerajaan bertukar tangan, berasaskan kajian dipasaran dan sebagai usaha menutup ruang terjadinya rasuah, kadar premium dinaikkan kepada RM11-13 ribu bagi KSK dan RM16-19 ribu bagi hutan dara. 100% hasil daripada pembalakan masuk kepada perbendaharaan kerajaan negeri, diguna untuk faedah rakyat.
Tidak ada lagi ruang bagi orang yang berkuasa berkongsi untung dengan pembalak. Taukey balak hilang prestij dan janama 'kaya'
Selain memelihara kepentingan industri sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri dan negara, peraturan dikuatkuasakan bagi mengawal selia kelestarian hutan dan alam sekitar selari dengan kepentingan negara dan beberapa MoU dan protokol alam sekitar antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia.
Kawasan yang dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan berpandukan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan itu untuk diusahahasil oleh pengusaha adalah pembalakan sah/ halal.
Kawasan yang tidak dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan tetapi diusahasilkan oleh sesiapapun adalah aktiviti pembalakan haram.
Jika ada keprihatinan awam untuk menghalang pembalakan bagi menjaga kelesterian hutan dan kehidupan orang ramai termasuk orang asal, mereka patut melobi pindaan undang-undang supaya mengharamkan pembalakan sama sekali. Jangan ada mana-mana negeri dan pengusaha yang diizinkan mengusahakan pembalakan.
Jika keprihatinan itu hanya ditujukan kepada satu negeri sahaja iaitu Kelantan, tetapi tidak prihatin pula kepada negeri lain yang turut meluluskan pembalakan, seperti Sarawak, Sabah atau Pahang, yang jauh lebih besar dan banyak pengeluarannya, keprihatinan itu tentu mempunyai muslihat. Muslihat yang boleh disyaki dalam kategori jahat!
Jika kerajaan negeri dihalang daripada mengusahakan hutan sebagai sumber hasil, bolehkah dicadangkan sumber hasil lain kepada kerajaan negeri dan 127,757 orang pekerja yang terbabit dalam industri itu?
Setakat hari ini, ada dua cadangan daripada pencinta alam sekitar (dan orang asal) yang menentang aktiviti pembalakan iaitu:
1. Tukar kerajaan lain.
2. Pandai-pandai lah cari duit, dah nak jadi kerajaan sangat, takkan tak reti cari sumber lain.
Musuh sebenar dalam industri ini ialah pelaku rasuah, penyelewengan dan pelanggar undang-undang, tidak kira siapapun orangnya.
Bagi orang awam, selain daripada musuh kategori itu, di depan kita ialah persepsi buruk yang salah lagi mengelirukan - bersimpang siur dibina oleh pihak-pihak yang memiliki matlamat peribadi dan kumpulan mereka yang tertentu yang bersifat politik-kuasa bukan bercirikan cinta - alam sekitar atau orang asli. Inipun musuh yang merbahaya juga.
Tahukah anda bahawa seorang pemimpin PAN dari Kelantan, yang mendalangi isu di Kelantan sekarang ini, dulu pernah ke Kedah berjumpa MB untuk meminta kawasan balak, berpakat dengan taikon kilang Plywood. Selepas menerangkan tujuan kedatangannya dan orang yang dibawa bersamanya, dia dihalau balik dengan hormat untuk menjaga maruahnya dan memelihara integriti PAS sebagai pemimpin kerajaan negeri.
Hal di Kelantan itu digerakkan oleh parti politik, berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam seperti Siti Kassim yang memusuhi kerajaan negeri Kelantan, bukan pencinta alam sekitar, jauh sekali pencinta orang asal. Pokoknya asasnya ialah PERSEPSI, MEMUSUHI BUKAN MENCINTAI.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
HARAKAHDAILY 1/12/2016
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 1:45 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Datuk Yang Ditembak Mati Bodyguard Adalah Ketua Geng 24
bloglistpolitik.
Dicatat Oleh Jeebond BLM
GEORGETOWN - Ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong, 32, merupakan salah seorang ketua dalam Geng 24, lapor The Star.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata, pihaknya mempunyai maklumat bahawa kumpulan berkenaan terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang haram, meminta wang perlindungan, namun tiada sesiapa yang tampil membuat laporan polis.
"Ia adalah salah satu daripada 14 kongsi gelap yang sedang dipantau oleh kami. Kami mempunyai senarai ahli kumpulan itu dan mengetahui pergerakan mereka," katanya dipetik dari laman Straitstimes.
Ong adalah antara beberapa suspek yang dipercayai berkaitan dengan kes pembunuhan pada tahun 2011, di mana seorang penjual VCD dibunuh oleh beberapa lelaki bersenjatakan parang.
Dalam kejadian Khamis, 1 Disember 2016, Ong dan dua yang lain terkorban, manakala lima lagi cedera apabila pengawal keselamatannya melepaskan tembakan ke arah mereka di jalan Tun Dr Lim Chong Eu.
Ong yang juga dikenali sebagai Datuk M (Datuk Muda) menerima gelaran Datuk, rakan-rakan dan beberapa syarikat mengambil 50 halaman penuh di suratkhabar cina bernilai RM150,000 untuk mengucapkan tahniah.
Menurut sumber, Geng 24 menjadi 'Super Geng selepas bergabung dengan kongsi gelap Sio Sam Ong (3 Maharaja Kecil) yang terlibat dalam kes pembunuhan enam orang di Taman Bersatu, Sungai Petani, ketika majlis makan malam sebelum perkahwinan pada September 1992.
"Selepas bergabung, mereka dikenali sebagai Geng 234, tetapi pada orang luar, mereka masih Geng 24 dan Sio Sam Ong.
"Polis tidak menolak kemungkinan bahawa Geng 234 telah terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah," kata sumber.
Pada 21 Julai 2015, polis telah merampas dadah bernilai lebih dari RM1.5 juta daripada RM1 juta bentuk wang tunai dengan penahanan lima orang, termasuk tiga ahli Sio Sam Ong dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang.
Sio Sam Ong dilaporkan telah terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes pembunuhan di Pulau Pinang sejak lewat 80'an dan 90'an. - The Reporter
Polis dedah rahsia mendiang Datuk Ong Teik Kwong
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
GEORGE TOWN: "Datuk" yang mati ditembak di Pulau Pinang pada Khamis lepas merupakan ketua kumpulan penjenayah yang terbabit dalam pembunuhan, pemerasan dan pengedaran dadah, kata polis.
Datuk Ong Teik Kwong, 32, merupakan ketua Geng 24 dan di bawah pengawasan polis, kata Ketua Polis George Town Asst Comm Mior Faridalathrash Wahid dalam laporan eksklusif The Star hari ini.
Menurut beliau, polis mempunyai maklumat anggota kumpulan itu terbabit dalam wang perlindungan dan terbabit dalam pinjaman wang haram.
"Kumpulan itu salah satu daripada 14 kongsi gelap dalam pantauan polis. Kami mempunyai senarai ahli dan tahu pergerakan mereka," kata beliau.
The Star melaporkan Geng 24 menjadi lebih terkenal selepas bergabung dengan kumpulan Sio Sam Ong, yang dikaitkan kepada pembunuhan 6 orang di Taman Bersatu, Sungai Petani, di makan malan pra-perkahwinan pada September 1992.
Sio Sam Ong dikaitkan kepada 10 pembunuhan di negeri itu, sejak penghujung 80-an dan awal 90-an.
Lima rangka dipercayai ahli kumpulan ditemui dengan tangan terikat di belakang badan, ditemui dalam kubur tak bertanda di Mount Erskine pada 1992. Mereka dikatakan dibunuh kerana mengkhianati kumpulan itu.
Teik Kwong antara beberapa orang yang dikaitkan kepada pembunuhan seorang penjual vcd oleh beberapa orang bersenjatakan parang pada 2011.
Pada Julai tahun lalu, polis merampas dadah bernilai RM1.5 juta dan wang tunai sebanyak RM1 juta dengan tertangkapnya 5 orang, termasuk 3 anggota Sio Sam Ong, dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang.
Pada Khamis malam, Teik Kwong dan 2 lagi terbunuh manakala 5 lagi cedera apabila pengawal peribadinya menembak mereka di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
The Star melaporkan Teik Kwong juga dikenali sebagai "Datuk M" untuk "Datuk Muda", selepas dia menjadi salah seorang penerima anugerah yang termuda. Turut dilaporkan kawan-kawannya dan beberapa syarikat mengiklankan ucapan tahniah di 50 halamah penuh sebuah akhbar berbahasa Cina, bernilai RM150,000.
Pengawal Peribadi Datuk Ditahan Susulan Kejadian Tembakan di Penang
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
George Town: Suspek dalam kejadian tembakan di Chong Eu Expressway yang meragut nyawa seorang Datuk dan dua yang lain telah ditahan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, suspek merupakan pengawal peribadi Datuk tersebut dan menaiki kereta bersama mangsa ketika kejadian.
"Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, tetapi suspek terus melepaskan tembakan kearahnya"
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid, mengesahkan Datuk yang menjadi mangsa dikenali sebagai Ong Teik Kwong, 32.
Zainol berkata polis masih lagi menyiasat motif kejadian.
Empat individu turut cedera dalam kejadian.
Sumber: The Star
............
Georgetown: Pengawal peribadi yang menembak mati tiga mangsa termasuk majikannya yang bergelar Datuk di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam, baru sehari bekerja dengan mangsa.
Menurut sumber, pengawal peribadi berusia 37 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu berada di tempat duduk belakang manakala seorang lagi iaitu pemandu Datuk itu duduk di penumpang hadapan.
Katanya, Datuk terbabit memandu kereta kerana pemandunya itu mabuk.
"Siasatan awal mendapati suspek baru sehari bekerja dengan majikannya itu yang juga seorang ahli perniagaan dan ketika itu pemandu Datuk terbabit tidak dibenarkan memandu kerana dia dalam keadaan mabuk.
"Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara pengawal peribadi dan juga pemandu sehingga membuatkan suspek mengamuk dan melepaskan tembakan," katanya.
Menururnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown jam 9 pagi ini untuk direman.
Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Datuk Ong Teik Kwang, 32, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32.
Mangsa yang cedera pula Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32. - Metro
Pengawal peribadi tembak 'Datuk
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Seramai tiga individu, termasuk seorang 'Datuk
Kejadian itu disahkan oleh OCPD George Town Mior Faridalathrash Wahid, memetik laporan The Star Online.
Polis kemudian memberi nama 'Datuk
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Zainol Samah berkata, penembak tersebut merupakan pengawal peribadi Ong sendiri, menurut laporan berasingan oleh portal berita.
Pengawal peribadi yang sedang dalam perjalanan di dalam kereta yang sama dengan 'Datuk
Beliau kemudiannya cuba melarikan diri dengan berjalan kaki.
Pengawal peribadi itu turut mencederakan empat individu lain termasuk jurukamera RTM.
Jurukamera RTM itu bersama-sama dengan rakan sekerja sedang dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang.
Muhamad Amirul Amin Amir, 27 telah terkena peluru sesat di bahu kiri selepas beliau berhenti untuk melihat kekecohan yang berlaku.
Seorang lagi wanita di dalam kereta yang berasingan turut cedera parah.
Lelaki Disebat 47 Kali Kerana Hina Mendiang 'Datuk
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
GEORGE TOWN: Seorang lelaki dengan badannya bertatu dilihat disebat berulang kali menerusi satu video yang menjadi viral di media sosial.
Mangsa bagaimanapun diselamatkan pihak polis, manakala individu yang memukulnya ditahan.
Dipercayai lokasi kejadian berlaku di rumah pengurusan mayat pada Jumaat malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah berkata, siasatan awal mendedahkan mangsa disebat kerana menghina mendiang bergelar 'Datuk
"Mangsa dibawa oleh pengikut 'Datuk
"Polis kemudiannya menahan lelaki yang memukulnya," kata Zainol ketika dihubungi pada Sabtu.
Menerusi klip video berdurasi 1.40 minit itu, lelaki itu dilihat disebat sebanyak 47 kali menggunakan hos paip.
Mangsa turut ditendang sekali di bahagian dada.
Di dalam video berkenaan, lelaki tersebut dipukul berulang kali selepas menjawab "ya" ketika ditanya dalam bahasa Hokkien sama ada dia mengenali 'Datuk
Dia diarahkan untuk tidak berdiri semasa disebat. Bagaimanapun kedengaran mangsa merayu agar tidak disebat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis sedang menyiasat kes berkenaan.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Thursday, December 01, 2016 11:16 PM
Subject: Fw: Cedera Akibat Ditembak
3 Maut, 3 Cedera Termasuk Seorang Jurukamera RTM Akibat Ditembak
siakapkeli.my
George Town, 1 Dis - Tiga, termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk, ditembak mati di Tun Dr Lim Chong Eu Expressway di sini.
Menurut laporan The Star, ketiga-tiga mereka berada di dalam kereta ketika ditembak dalam kejadian kira-kira 7.30 malam hari ini.
Tiga lagi mangsa tembakan cedera dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan kejadian menambah mereka masih lagi melakukan siasatan di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa keempat yang juga seorang wanita cedera parah akibat ditembak dan dibawa ke Hospital Penang untuk rawatan.
Seorang lagi mangsa yang juga seorang jurukamera RTM, Muhamad Amirul Amin Amir juga terkena tembakan di dada ketika melalui kawasan tersebut.
Amirul dikatakan sedang menuju ke Pesta Pulau Pinang bersama rakannya, Mohamad Iskandar Osman ketika kejadian berlaku.
Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.
[Kemaskini]
The Star dalam satu kemaskini melaporkan seorang lagi cedera dalam kejadian tersebut. Namun identiti mangsa masih belum diketahui.
Utusan Online dalam satu laporan memberitahu mereka difahamkan seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang cedera dalam kejadian.
Sumber: Sinar Online, The Star, Utusan Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Dec 5, 2016 1:45 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Apa Beza antara UMNO dengan DAP?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Ada seorang kawan daripada PAN/IKRAM hantar whatsapp gambar Sheikh Ali Omar Yacoub Al-Abbas, Imam Masjid al-Aqsa membuat lawatan ke pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. Dia buat caption "Tak pergi melawat Naib Ketua Persatuan Ulama?"
Saya jawab "Beliau ada di Qatar, mesyuarat Persatuan Ulama Dunia dengan Sheikh Qardawi"
Kawan PAN/IKRAM saya membalas. "DAP hentam Islam ke? Kenapa Imam boleh datang?"
Satu kelemahan puak-puam PAN @ IKRAM ini adalah memahami politik dan tidak banyak belajar bagaimana politik dalam Islam. Kelemahan ilmu politik menyebab Abu Musa Al-Asya'ari yang mewakili Saidina Ali ditipu oleh Amr al-Aas bagi pihak Muawiyah dalam perjanjian selepas perang Siffin.
Abu Musa Al-Asya'ari orang yang wara' tetapi tidak mahir ilmu politik. Dia bukanlah pilihan pertama Saidina Ali yang mahu melantik Abdullah bin Abbas atau Al-Ashtar sebagai wakil, tetapi ada sesetengah pihak tak setuju sebab waris Ali.
Kalau kita lihat perangai orang-orang dalam kumpulan Saidina Ali lebih kurang macam puak-puak PAN dan IKRAM sekarang, membantah tidak tentu pasal atas hujah sempit.
Kalau ikut hujah puak-puak PAN @ IKRAM, UMNO lagi hebat Islamnya. Bukan sekali Imam Masjid al-Aqsa datang jumpa Najib.
Sebenarnya DAP dan UMNO bukan nak Islam. Mereka hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Janganlah buat kerja membazir dengan menunjukkan tentang gambar tersebut. Kalau saya posting imam, ulama yang jumpa Tok Guru Haji Abdul Hadi nanti berjela-jela muka surat artikel ini.
Saya nasihatkan puak PAN @ IKRAM tak payah main hujah-hujah bodoh dalam menyerang PAS.
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 1:45 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Gol Faiz Subri Tersenarai 3 Calon Utama Anugerah Puskas 2016
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Gol magis Mohd Faiz Subri berjaya tersenarai dalam tiga calon utama untuk merebut Anugerah Puskas 2016.
Perkara itu diumumkan oleh FIFA sebentar tadi.
FIFA menyiarkan senarai rasmi tiga calon terakhir dari 10 calon yang diletakkan sebelum ini untuk diundi oleh peminat seluruh dunia.
Selain Mohd Faiz, turut tersenarai ialah Marlone dari Brazil dan satu-satunya wakil wanita, Daniuska RodrÃguez dari Venezuela.
Orang ramai boleh membuat undian di https://goo.gl/LvWoYC.
Menurut laman web Fifa, pengundian akan ditutup pada 9 Januari ini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 1:46 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Israel Terbakar Ketika Saudi Bersalji
bloglistpolitik.
Dicatat oleh ustazcyber.com
Kiblat.net
Bagi negara Teluk seperti Arab Saudi, butir-butir salji di gurun pasir adalah peristiwa yang jarang terjadi. Namun itulah apa yang terjadi beberapa hari terakhir ini di sebagian wilayah negara itu ketika suhu turun di bawah titik beku.
Melihat cuaca yang unik itu, warga Saudi mengekspresikan kegembiraan dengan humor sehat, dan bahkan beberapa membuat orang salji.
Di media sosial, mereka mengungkapkan kejutan musim dingin itu, di antaranya seorang warga bermain "ski" di jalan licin.
Lainnya mencatat bahawa cuaca Arab Saudi "begitu Eropa," bercanda bahwa dia sering bertanya kepada mahasiswa Saudi di Eropa yang selalu mengatakan cuaca di sana lebih dingin. Tetapi kali ini, Saudi juga dingin. Beberapa lainnya tampaknya tidak terlalu percaya diri di jalanan licin, dengan satu gambar menunjukkan tumpukan kenderaan menepi di sisi jalan.
Sementara itu, seorang netizen mengungkapkan dinginnya salji itu dengan bandingan bagi kebakaran di Israel, "Israel terbakar ketika Saudi berhujan salji… alangkah indahnya."
Suhu dingin dan selimut salji adalah peristiwa tak terduga untuk Arab Saudi wilayah tengah dan barat laut. Pada umumnya, suhu udara harian di sini cenderung tinggi sekitar 20°C (68 ° F), bahkan di musim dingin November.
Reporter: Salem
Seperlima Israel terbakar
bloglistpolitik.
SUBKY LATIF
SEORANG jamaah di surau memberitahu saya, sebuah bandar besar di Israel terbakar dan api merebak ke beberapa lokaliti. Saya balik melihat stesyen TV CNN. Sepanjang siaran adalah tentang kematian Fidel Castro, pemimpin lbeih setengah abad Cuba. Buka BBC juga tentang kematian Fidel Castro. Al-Jazeera juga tiada berita tentang Israel. Harian yang saya langgan juga tiada mengenainya.
Beberapa hari kemudian saya ke kuliah Magrib di masjid. Tok Guru memanfaatkan komputer riba memberi kuliah tentang masjid. Dia menyentuh tentang Masjid al-Aqsa yang baru diharamkan azan oleh Parlimen Israel. Bedebah Israel.
Ditunjuknya satu slot sidang Parlimen Israel. Seorang MP Palestin berucap. Muazin dicegah azan di masjid. MP Palestin itu mengambil kesempatan azan dalam perbahasannya. Kecoh. Beberapa MP Israel membantahnya. Dia azan hingga selesai.
Kemudian ditayangnya beberapa slot kebakaran di Israel itu. Api menjulang di sana sini. Asap hitam tebal berkepul-kepul di lokasi-lokasi terbakar. Gerunnya api yang menjilat-jilat bagai menyaksikan suasana dalam neraka.
Jika jerebu teruk berhari-hari gara-gara kebakaran di Sumatera sudah menyesakkan nafas kita. Tidak tahu betapa deritanya manusia di tengah selubung asap pekat di setiap lokasi kebakaran Israel itu.
Perbandaran yang nahas itu adalah yang ketiga besar di Israel. Api mudah merebak ke lebih 120 lokaliti disebabkan kawasan sekitar penuh pertanian. Tiada berita kematian tetapi mangsa yang dikejarkan ke hospital ramai. Mungkin tidak ramai terkena api tapi lemas asap saja sudah cukup menjadi hospital sesak.
Berita amaran itu sudah cukup besar justeru melibatkan seperlima dari negara haram itu.
Ia bencana. Bencana ada sebabnya. Gara-gara kezaliman pemerintah dan masyarkat, menentang Allah dan rasul-rasul dan lain-lain. Kekejaman rejim dan rakyat zionis tiada taranya di dunia. Semua bentuk perikemanusiaan dilanggarnya. Selain dari penindasannya kepada rakya Palestin sepanjang kewujudan negara itu ia adalah ancaman besar kepada penganut agama Allah dan manusia seluruhnya khususnya berjiran dengannya.
Kezaliman umat terdahulu habis Allah binasakan seperti kaum Nuh, kaum Aad, kaum Samud dan kaum Luth. Kekejaman kaum zionis ini tidak dibinasakan sedemikian kerana rahmat mereka sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Allah berjanji kepada Nabi, umatnya tidak dibinasakan demikian, tetapi tiada jaminan bala atas onar mana-mana masyarakat.
Bala di Israel itu besar, tapi mugkin kecil dibandingkan maksiat umat terdahulu. Dipercayai kebakaran iu adalah jawapan segera dari Allah atas derhaka mengharamkan azan. Israel bunuh warga Palestin dan umat Islam. Bakar rumah, ladang dan harta Arab. Rampas tanah dan usir tuan tanah, jenayah itu adalah terhadap manusia.
Tetapi sekatan azan adalah perang terhadap Allah. Kebakaran atas seperlima buminya adalah kecil dan amaran awal. Jika amaran ini tidak diinsafi, Israel akan terbakar seluruhnya, tinggal Yahudi di luar Israel saja dan kembali merempat di serta dunia.
Ia bala bagi kaum zionis. Tapi jangan umat Islam gembira atas bala menimpa mereka. Kita bersedih sama seperti bersedihnya Nabi-Nai Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim dan Luth atas bala yang ditimpakan kepada umat masing-masing.
Semua bala dan laknat itu bukan untuk dipestakan, tetapi ada untuk diinsafi.
Manusia termasuk nabi-nabi tidak dapa mengajar musuh-musuh Allah itu. Hanya Allah dapat mengajarnya. Maka ia mengajar semua untuk membesarkan Allah dan membenci kezaliman.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, November 29, 2016 10:59 PM
Subject: Fw: PM Israel Ucap Terima Kasih Kepada Palestin
Perdana Menteri Israel Ucap Terima Kasih Kepada Palestin Kerana Bantu Padam Kebakaran
siakapkeli.my
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengucapkan terima kasih kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas kerana membantu memadam kebakaran besar yang berlaku di kawasan Israel.
Ucapan terima kasih itu disampaikan menerusi panggilan telefon.
Menerusi panggilan itu, Netanyahu mengucapkan rasa syukurnya kerana Palestin menyediakan lapan jentera bomba dan 40 anggota bagi membantu memadamkan kebakaran.
Selain itu, Netanyahu turut mengucapkan terima kasih kepada warga Palestin dan Arab kerana menyediakan rumah untuk dijadikan tempat perlindungan kepada mereka yang terjejas.
Sumber: Time of Israel
Kebakaran api membesar membakar kereta dan rumah penempatan haram Yahudi "Israel"
bloglistpolitik.
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang
Gudang Senjata Israel Meletup
bloglistpolitik.
bestoneoffour.
By bestoneoffour
Kebakaran hebat di negara Israel nampaknya kian meluas. Laporan terakhir yang mengejutkan adalah letupan salah satu gudang senjata disana.
Letupan gudang senjata Israel itu dilaporkan terjadi pada Jumaat 25/11/2016 malam waktu setempat.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Dec 5, 2016 1:46 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Wanita Pelik Kerana Rasa Gatal Apabila Guna, Rupanya Panty Liners Yang Baru Dibeli Penuh 'Bendasing
siakapkeli.my
Seorang wanita yang memuatnaik sebuah video ke laman sosial 7 jam lalu nampaknya mendapat perhatian ramai di mana sehingga kini videonya telah ditonton 1.1 juta kali.
Video berkenaan memaparkan sesuatu yang mengejutkan apabila panty liner yang dibeli dan dipakainya dipenuhi bendasing yang tidak dinyatakan seolah-olah pepijat.
Beliau memuatnaik video itu dengan kepsyen berbunyi "Baru saya beli di kedai tadi... Patut la saya rasa gatal...sekali tingo dalam dia.. Adadahh."
Beliau bagaimanapun tidak memberitahu jenama panty liner berkenaan yang ternyata merungsing ramai wanita diluar sana.
Video berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen, ada yang mengandaikan panty liner berkenaan adalah panty liner lama dan sudah tamat tempoh, ada juga yang menyatakan ianya panty liner murah, dan ada yang menyatakan habuk-habuk hitam berkenaan adalah herba yang diletak khas untuk merawat bahagian sulit wanita. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Dec 5, 2016 1:46 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ambil Ubat Guna SMS, Hantar Ubat Guna Pos Laju Akan Diperkenalkan Sebagai Langkah Untuk Elak Kesesakan
siakapkeli.my
PUTRAJAYA, 30 Nov - Pengambilan ubat dengan menggunakan khidmat SMS sebelum datang ke klinik dan penghantaran ubat ke rumah pesakit menggunakan Pos Laju akan diperkenalkan sebagai langkah mengatasi kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, kaedah itu hanya boleh diguna oleh pesakit yang perlu mengambil ubat susulan di klinik kesihatan tanpa perlu berjumpa doktor sahaja.
"Satu lagi langkah untuk mengatasi masalah kesesakan di klinik kesihatan di bandar-bandar besar ialah menetapkan temu janji untuk para pesakit berjumpa doktor iaitu sama ada waktu di waktu pagi, tengahari dan petang.
"Ini bertujuan memendekkan waktu menunggu pesakit," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Kata Subramaniam, selain langkah-langkah berkenaan beberapa klinik desa akan dinaik taraf bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.
Sumber: Kosmo!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 5:00 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
BUKAN AKU YANG CAKAP TAPI LINA SOO YANG CAKAP
bloglistpolitik.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
DAP bodoh kerana bermusuhan dengan PAS - Lina Soo
SUMBER
DAP stupid to make an enemy of PAS, says Lina Soo
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
KUCHING: The DAP is "stupid" to have made an enemy of PAS since it will likely result in Pakatan Harapan, the coalition to which they belong, losing seats that the Islamist party helped them win in previous general elections.
In an interview with FMT, state Reform party president Lina Soo said, "By going at loggerheads with PAS, Pakatan (Harapan) will lose seats where DAP had been dependent upon the goodwill of PAS members to win."
She also said Umno was courting PAS because the ruling party knew it was the latter that could provide the "numerical support the Pakatan political machinery needed" to win
"This is why the opposition all along needed PAS to win Putrajaya. DAP is stupid to have made an enemy out of PAS.
"In the past they (DAP) were able to co-operate with PAS, saying Islamic laws were only meant for Muslims. Once DAP got a bit of the taste of power, they turned around and buang (threw) PAS out, saying they're against hudud (Islamic law)," Soo said.
"They are now slapping themselves. The reality is, without PAS and the seats they bring to the table, the opposition cannot take over Putrajaya. With the latest political developments with Umno, the opposition now can eat their hearts out," she said, of Umno's friendly ties with PAS.
Soo also told FMT the opposition was in disarray and would not be able to mount a serious challenge to Umno rule.
"The opposition has lost the golden opportunity of a lifetime. When Umno was at its weakest, they decided to go against one another."
Soo added that voters in Sabah and Sarawak were also less enamoured with national parties, claiming local parties were favoured instead.
In the 2013 election, there were 125 rural seats and 54 semi-urban ones, of a total of 222.
PAS won 21 seats, but seven MPs have since left, mostly to form Parti Amanah Negara. Out of the 133 seats won by BN, Umno controls 88.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 5:01 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Merancang Untuk Ke MAHA 2016, Tip Ini Boleh Membantu Anda Dalam Memudahkan Kunjungan Anda Ke Sana.
siakapkeli.my
Bila mana ada sahaja pameran yang berlangsung, sudah semestinya ia akan menarik ramai orang untuk ke sana, lebih-lebih lagi jika ianya berlangsung pada hujung minggu, atau pun pada cuti yang panjang. Di kesempatan inilah, ramai orang akan mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga, di samping mengunjungi pameran yang ada.
Di negara kita sendiri juga mempunyai pelbagai pameran atau hari untuk meraikan sesuatu majlis dalam pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengenali lebih dekat dengan satu-satu produk atau pameran.
Seperti yang sedang berlangsung pada masa kini, iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia, atau lebih dikenali sebagai Malaysia Agriculture, Horticulture, and Agrotourism, MAHA, yang menghimpunkan pameran pertanian dalam satu tempat. Bagi mereka yang merancang untuk melawat ke MAHA, admin kongsikan beberapa tip yang boleh membantu kelancaran perjalanan anda ketika berada di sana, hasil perkongsian dari saudari Ummul Amira Omar. Jom kita baca perkongsiannya.
Tips ke MAHA 2016
1. Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik-adik yang pakai kasut tinggi day 1.
2. Bawa payung
3. Kalau bawa anak kecik bawa carrier@stroller
4. Kena ready mental dan fizikal untuk berjalan sikit.
5. Macam tak sesuai nak bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi kalau ada kerusi roda ok.
6. Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.
7. Bawa baby wipes kot2 emergency anak-anak buang air dan ada toilet air perlahan
8. Bagi muslimah, Bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai.
9. Make sure hari yang plan untuk ke MAHA tiada plan lain-lain lepas itu. Biar sehari suntuk di sana so tak la rushing-rushing. Boleh jalan dan rehat dekat mana-mana. Jalan lagi dan makan pula, solat dan baru balik..
10. Kalau rasa nak shopping banyak, nak beli pokok ke..etc..bawa troli siap-siap. Troli or bakul pasar pun ok
11. Jangan segan makan tester. Alang-alang dekat MAHA, rasa je tester yg usahawan bagi.
12. Parking for visitor RM5. Bayar di pintu nak keluar nanti
13. Kalau nak beli makanan dulu, boleh park dengan masuk dari pintu yang dekat Hospital Serdang. Tapi kalau nak beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke taman-taman rumah Mokcun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke Bangi tu.
14. Mana-mana anak-anak kecil yang jenis kencing tak boleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nak ke toilet nanti jauh sikit nak jalan.
15. Bawa beg besar sikit. So barang-barang dibeli boleh sumbat dalam 1 beg. Tapi ada trolley lagi bagus
16. Make sure anak dalam pengawasan kita. Dok dengar ada anak hilang masa di surau tadi.
Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan, park yang hujung-hujung parking lot. So di trem nanti kita nak naik ada la tempat duduk. Kalau park depan-depan trem penuh, depa bye-bye je kita nanti. Along mmg jalan kaki parking jauh atau dekat, tidak apa-apa, exercise. Mak buyong memang da lama tak jalan-jalan jauh ni. Datang awal pagi pun tak apa, 9 pagi dah siap parking. Nanti pergi pun dengan hati yang tenang.
Ok.selamat mencuci mata di MAHA 2016
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 5:01 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Warga Emas Dakwa Wang KWSP Miliknya Lesap Walaupun Tidak Pernah Keluarkan
siakapkeli.my
JERTIH: Seorang warga emas mendakwa wang carumannya dalam wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM8,000 telah lesap walaupun tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran, lapor Sinar Harian.
Warga emas berkenaan yang merupakan seorang pesara, Zakaria Sadina, 78, berkata, kehilangan wangnya itu disedari selepas melakukan pemeriksaan potongan caruman di Pejabat KWSP Cawangan Jertih di sini pada jam 10 pagi Khamis lepas.
Beliau yang merupakan bekas kakitangan Pejabat Ukur dan Pemetaan Kelantan itu menyatakan berdasarkan pemeriksaannya wang KWSPnya itu telah dikeluarkan sebanyak dua kali pada tahun 1990 dan 1993 menyebabakan baki di dalam akaun KWSP kosong.
"Pada 1990 sebanyak RM2,500 dikeluarkan. Tiga tahun kemudian RM5,500 pula dikeluarkan oleh pihak tertentu.
"Sejak berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 20 tahun sehingga pencen pada tahun 1985, saya tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran wang KWSP.
"Memandangkan saya menerima pencen bulanan menyebabkan sebelum ini saya tidak mempedulikan sangat tentang caruman itu kerana saya menyangka mungkin tidak ada caruman sehinggalah diberitahu oleh seorang waris saya bahawa saya mempunyai caruman," katanya.
Menurut beliau lagi, jika wang berkenaan masih ada dan dicampur dividen untuk tempoh 26 tahun sudah tentu caruman sudah mencecah puluhan ribu.
Berhubung dengan perkara itu beliau meminta supaya pihak KWSP menyemak dan menyiasat perkara tersebut dan dia menuntut pihak terbabit bertanggungjawab di atas kehilangan wangnya.
"Semua pengeluaran tersebut bukan dilakukan oleh saya dan kini saya meminta pihak berkenaan menyemak semula bagaimana pengeluaran wang KWSP boleh dikeluarkan orang lain dan tidak dikenali," katanya.
Beliau yang ditemani menantunya, Mohd Khairul Mustafa Amin, 43, membuat laporan tentang kejadian tersebut di Balai Polis Pasir Akar semalam.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 5:01 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
4 Modus Operandi Penjenayah Ketika Berada Di Lapangan Terbang, Yang Anda Perlu Tahu Dan Waspada
siakapkeli.my
Situasi di lapangan terbang yang dipenuhi dengan lautan manusia kadang-kala akan wujudnya individu dengan niat yang tidak baik. Mungkin dilihat tenang, dan miliki wajah, serta penampilan seperti orang kebiasaan, namun siapa tahu, mereka sebenarnya sedang menjalankan aktiviti haram di lapangan terbang.
Tidak dapat dinafikan, apabila didampingi oleh orang yang tidak dikenali di lapangan terbang, kita mudah untuk terus beramah mesra, dengan niat untuk berkenalan atau membantu mereka jika dalam kesusahan. Tetapi, harus diingat, tindakan sebegini, boleh mengancam keselamatan anda, di kala anda lalai, atau tidak sedar.
Perkara sebegini sudah banyak berlaku di lapangan terbang, di mana seseorang menjadi mangsa keadaan atas kesalahan orang lain. Jika hanya kesalahan kecil, ia tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika anda tertangkap membawa barang terlarang, dan dijadikan sebagai 'keldai dadah', sudah pasti anda akan ditimpa masalah besar. Bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada anda, saudara Zaid Traveller kongsikan, beberapa agenda atau taktik yang digunakan penjenayah, dalam memerangkap mangsa mereka, mari kita lihat taktik apa yang sering mereka gunakan di lapangan terbang.
Ini beberapa contoh perangkap jenayah yang perlu anda lebih berhati-hati ketika berada di lapangan terbang :
1- Taktik minta jaga bagasi
Jika ada orang yang tidak dikenali meminta anda tengokkan bagasi, sila tolak dengan cara baik.
Pernah berlaku satu kes di dalam tandas, seorang lelaki meminta tolong tengokkan bagasi sementara dia masuk ke dalam tandas, tak sampai 5 minit, orang yang tolong tengokkan bagasi tadi diberkas polis kerana memiliki 5kg dadah. Si penjenayah yang berada di dalam tandas terselamat.
2- Taktik beri air minuman percuma
Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tak kenal dia, mungkin di dalam botol minuman telah disorokkan bahan terlarang. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.
Zaman sekarang berbagai cara jenayah, tin air minuman juga boleh diubah suai menjadi tempat simpan dadah. Hati-hati.
3- Taktik bertanya soalan
Ramai yang sudah terkena terutamanya ketika beratur di kaunter imigresen. Taktiknya dalam keadaan tergesa-gesa, si penjenayah berlakon bertanyakan soalan, sedang kita leka melayan, rakan penjenayah akan memasukkan bahan terlarang ke dalam bagasi kita.
Tujuannya, jika berlaku penahanan ketika pemeriksaan kastam, mereka akan terlepas, sebaliknya kita yang tak tahu apa-apa yang akan ditahan.
4- Periksa dahulu barang yang dikirim
Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa dahulu barang yang nak dikirim sebelum masukkan ke dalam bagasi.
Bukan tidak percayakan kawan sendiri, tetapi wajib untuk kita lebih berhati-hati. Siapa tahu di dalamnya tersembunyi bahan terlarang, mungkin kawan kita sendiri tidak tahu akan kewujudan barang tersebut.
Pendek kata, Biarlah orang kata kita sombong. Asal diri kita selamat. Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini kita yang akan merana sendirian.
Walaupun lapangan terbang merupakan tempat tumpuan pelancong, ia juga tempat transit untuk aktiviti jenayah terutamanya jenayah dadah. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Semoga bermanfaat. - Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 5:02 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KALAU UMNO KALAH, TIADA APA2 YANG BERUBAH, KECUALI NAJIB YANG GELABAH
bloglistpolitik.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Momokan Najib Razak tentang DAP akan menguasai kerajaan semakin disedari bahawa ia semata-mata untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar terus mengekalkan kuasa UMNO yang selanjutnya memastikan beliau kekal lagi sebagai Perdana Menteri.
Hakikatnya, Najib sedar penolakan rakyat semakin membuak-buak dan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya di peti-peti undi.
Untuk itu, beliau terpaksa bermain dengan sentimen perkauman yang melampau dengan harapan pengundi Melayu akan takut tentang ancaman kepada masa depan mereka.
Bagi yang celik hati dan akalnya, mereka dengan mudah menolak momokan Najib itu kerana DAP hanya bertanding 51 kerusi Parlimen saja dan lawan mereka dalam pilihanraya pula adalah MCA, MIC atau Gerakan yang juga merupakan parti bukan Melayu.
Selain di mana logiknya 51 kerusi mampu menguasai 222 kerusi, tentulah lebih tidak masuk akal jika orang Melayu harus berasa bimbang tentang siapa kalah atau menang di kerusi-kerusi tersebut.
DAP tidak bertanding di kawasan Melayu seperti Pekan, Bagan Datoh, Pagoh dan sebagainya. Di kerusi-kerusi Melayu di mana UMNO bertanding, lawannya tetap Melayu juga sama ada daripada PPBM, PKR, Amanah atau Pas.
Jadi, tiada jalan untuk DAP mengambil hak orang-orang Melayu. Di mana calon Melayu UMNO yang kalah, pemenangnya tetap Melayu juga.
Maka, sesuai dengan kedudukan Melayu sebagai bangsa majoriti, bukan saja Melayu akan terus menguasai kerajaan jika UMNO dan BN dapat dikalahkan, malah calon Perdana Menteri juga tetap Melayu.
Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin telah mendapatkan perakuan hasil pertemuannya dengan DAP bahawa parti itu bersetuju calon Perdana Menteri Pakatan Harapan kiranya memenangi pilihnaraya adalah Melayu dan bukan daripada DAP.
Justeru, tambah Muhyiddin, tiada sebab untuk orang Melayu berasa bimbang atau terancam jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang.
Lim Guan Eng turut mengesahkan bahawa DAP tidak pernah meminta seorang Cina untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak juga berhasrat untuk menguasai kerajaan.
Kami tidak akan menguasai kerajaan jika BN dapat dikalahkan, tetapi akan menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab, jelas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pendirian DAP itu tentunya atas kesedaran sebenar tentang negara ini dan komposisi kaum yang meletakkan Melayu sebagai majoriti.
Yang tersingkir jika UMNO kalah hanyalah Najib dan barisan kabinetnya saja. Yang lain-lain semuanya akan kekal seperti biasa.
Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang-orang Melayu akan kekal sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
Kedudukan Raja-Raja Melayu juga kekal di takhta yang sama dengan penggiliran Yang Dipertuan Agong setiap lima tahun tidak berubah seperti sedia ada.
Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan seluruh masjid di negeri-negeri akan turut kekal dengan laungan azan sebagaimana biasa.
Jawatan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dan lain-lain jawatan utama, semuanya akan kekal sama.
Malah, jika mahu dihitung satu persatu, semua yang ada sekarang bukan saja akan terus ada, ia mungkin juga ditambah baik lagi oleh kerajaan baru nanti.
Sekali lagi, yang ingin ditukar dan dibuang setelah UMNO dikalahkan hanyalah Najib sebagai Perdana Menteri yang sebab-sebabnya sudah pun difahami oleh kita semua serta barisan kabinet yang majoritinya jelas tidak berguna, jauh sekali untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
Yang mahu diganti ialah Perdana Menteri yang tidak baik kepada Perdana Menteri Melayu lain yang lebih baik. Tidak mungkin penggantinya nanti begitu mudah mahu melakukan sesuatu yang tidak baik dan melampau kerana sedar kuasa rakyat lebih mudah menurunkannya selepas itu.
Maka, orang Melayu jangan takut apa-apa dengan kalahnya UMNO dalam pilihanraya, bahkan seharusnya menjadi lebih gembira.
Biarkan saja Najib dengan gelabahnya, lagi pun dalam akaun banknya sudah ada wang ribu-ribu juta banyaknya. (SH 05/12/2016).
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Monday, December 05, 2016 5:43 PM
Subject: Fw: SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITU DIBODOH2KAN.
SELAGI UMNO BERKUASA, SELAGI ITU MELAYU DIBODOH-BODOHKAN.
bloglistpolitik.
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
PRU 14 adalah peluang untuk orang-orang Melayu menjadi cerdik dan membuktikan mereka tidak bodoh. Caranya ialah dengan menolak UMNO dan BN serta memastikan parti itu tidak lagi berkuasa di negara ini.
Selagi UMNO dan BN berkuasa, khususnya selagi Najib Razak yang sudah dikenali dunia sebagai pemimpin kleptokrat menjadi Perdana Menteri buat negara ini, maka selagi itulah orang-orang Melayu terus diperbodohkan atau cuba dibodoh-bodohkan.
Seperti pengundi bukan Melayu dan mereka di bandar yang sudah menunjukkan perubahan, pengundi Melayu juga harus bergerak ke arah yang sama. Jika tidak, acara dan pesta membodoh-bodohkan Melayu itu akan berterusan dan diulang berkali-kali untuk menutup kelemahan dan rompakan terhadap khazanah Melayu itu sendiri.
Ucapan perasmian Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mengatakan PRU 14 akan datang adalah pilihan antara kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan Melayu dengan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP, adalah jelas suatu tindakan cuba membodoh-bodohkan orang Melayu.
Lebih dahsyat lagi apabila Najib turut menakut-nakutkan orang Melayu bahawa sekiranya UMNO kalah dan hilang kuasa, semua institusi kerajaan seperti MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lainnya akan lenyap serta pupus, seterusnya menjadikan masa depan mereka tiada lagi pembelaan.
Bagi mereka yang waras, boleh berfikir dengan baik atau tidak mengalami strok otak, tentu saja dengan mudah tidak percaya menolak kata-kata Najib itu. Ini kerana mana mungkin DAP yang hanya bertanding 54 kerusi, mampu menjadi begitu berkuasa dalam negara ini, waima sekiranya mereka menang semua kerusi yang ditandingi sekali pun.
Dengan Pakatan Harapan yang di dalamnya turut ada PKR, Amanah dan tidak lama lagi, PPBM juga akan turut serta, di mana logiknya kata-kata Najib bahawa DAP akan menerajui gabungan itu?
Lagi pula, tidak seperti BN yang hanya UMNO dianggotai oleh Melayu, sebaliknya PKR, DAP, Amanah dan PPBM, semuanya ada Melayu di dalamnya?
Tidakkah ia dengan sendirinya menjadikan kedudukan Melayu dalam Pakatan Harapan lebih meluas dan merata?
Lihat saja di Selangor, apakah DAP yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu?
Juga tidak masuk akal dan jelas mahu membodoh-bodohkan Melayu apabila Najib mengatakan MARA, Felda, Felcra, Teraju dan lain-lain institusi akan turut lenyap serta pupus jika UMNO hilang kuasanya.
Di Selangor dan Pulau Pinang, sudah berapa banyak pejabat agensi kerajaan yang berkaitan Melayu dan Islam telah ditutup atau diarahkan berpindah ke negeri lain?
Selama ini, siapa yang menjahanamkan MARA, Felda dan Felcra dengan pelbagai ciri-ciri rompakan dan amalan rasuah sehingga agensi-agensi itu lebih merupakan tempat pemimpin Melayu memperkayakan diri sendiri berbanding membantu rakyat yang dalam kesempitan?
Adakah MARA, Felda dan Felda benar-benar menjadikan Melayu kaya dan berharta atau hanya isteri, isteri muda dan anak-anak pemimpin Melayu yang bermaharalela menjadikan agensi-agensi itu sebagai lubuk mengaut kekayaan mereka?
Menjelang PRU 14 akan datang, orang-orang Melayu mesti fokus kepada isu yang sedang berlaku dalam negara dan jangan biarkan mereka terus diperbodohkan lagi oleh pemimpin sendiri. Isu di depan mata kita ialah rasuah yang berleluasa dan penyonglapan wang negara yang berlaku tanpa hadnya.
Menakut-nakutkan kononnya Melayu terancam dan DAP menguasai kerajaan hanyalah pelindung untuk menutup kedurjanaan dan bagi mengelakkan kesalahan mereka diadili oleh kerajaan yang baru nanti.
Bukan DAP atau bimbangnya institusi Melayu dan Islam yang menjadi ketakutan mereka. Mereka hanya ingin berkuasa dan terus merompak lagi, sambil mengharapkan kesalahan mereka tidak akan diadili sampai bila-bila.
Jika pemimpin yang sama terus berkuasa, mereka pasti akan merompak dan menyamun lagi. Menolong dan membantu rakyat hanyalah merupakan agenda yang ke 69 dalam hati dan perjuangan mereka.
Lima tahun lagi apabila tiba hampir pilihanraya dan kegiatan penyonglapan mereka diperkatakan di merata-rata, mereka akan kembali menakut-nakutkan lagi dengan perkara yang sama - Melayu terancam dan DAP akan menguasai negara ini sambil sudah mula pandai berdoa dan berjubah kononnya agar Tuhan menyelamatkan negara ini.
Akhirnya Melayu terus mundur dan ketinggalan dan hanya kelompok pemimpin yang kaya raya mengaut segala milik negara. Tiada apa-apa perubahan dan kemajuan untuk rakyat, malah di sebalik negara kita merupakan pengeluar utama kelapa sawit dunia, pemimpin yang ada hanya menutup mata daripada memastikan minyak masak pada kadar yang munasabah harganya.
Sebab itu, PRU 14 adalah peluang untuk Melayu menjadi cerdik dan tidak lagi membiarkan mereka terus diperbodoh-bodohkan
Jika orang Melayu mula menjadi cerdik dengan tidak takut mengalahkan UMNO dan BN, pemimpin seterusnya tidak mungkin berani lagi membawa retorik-retorik bodoh untuk mendapatkan undi. Kita harus mulakannya dengan menunjukkan kecerdikan itu tanpa ragu-ragu lagi. (SH 02/12/2016)
VETERAN UMNO KUTUK UMNO
bloglistpolitik.
yongsukakuning.
Posted by Yong Intan Noor
Saksikan sendiri:
Mamat ni tak takut dituduh melarikan anak dara orang atau meliwat drebanya. Dia macam selamba ajer tak takut kehilangan kelayakan untuk mendapat dedak.
UMNO semput sampai macam itukah?
Takpe. Ada yang tolong bagi oksigen.
Komen molek-molek.
Perwakilan Umno Naik Angin Halau TV3
bloglistpolitik.
Dicatat Oleh Jeebond BLM
Para delegasi Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang naik angin memaksa TV3 membatalkan siaran secara langsung yang sepatutnya diadakan di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Mereka yang menonton ucapan penggulungan para pemimpin utama Umno pada skrin di lobi mula berasa gelisah setelah audio diperlahankan semasa Ketua Wanita Shahrizat Abdul Jalil sedang memberikan ucapannya.
Mereka mula menjerit 'boo' kepada hos TV3 dan tetamu yang berada dipentas dengan ketegangan hampir sampai ke kemuncaknya apabila dua botol air dibaling ke atas pentas tatkala Shahrizat mengakhiri ucapan beliau.
Krew TV3 kemudiannya mengosongkan pentas yang mendapat sorakan daripada perwakilan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 5:02 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Siapa Kata Resit Dalam Poket Anda Tiada Nilai? Tukarkannya Menjadi Ganjaran Menggunakan Aplikasi Manis
siakapkeli.my
Setiap kali berbelanja; tidak kira jika keluar makan, membeli-belah, atau berhibur; pembeli akan diberikan resit sebagai bukti pembelian. Sepatutnya resit-resit ini perlu disimpan supaya dapat dijadikan rujukan pada masa depan atau apabila memerlukan.
Tapi disebabkan ianya kertas pelbagai bentuk dan sukar untuk diurus, resit-resit ini biasanya akan berakhir dalam tong sampah.
Tapi tahukah anda di Malaysia ada aplikasi telefon pintar yang akan menghadiahkan penggunanya mata ganjaran apabila pengguna mengambil dan menyimpan gambar resit-resit pembelian hariannya?
Memperkenalkan aplikasi Manis, satu aplikasi yang boleh menukarkan resit-resit kertas dalam poket anda menjadi ganjaran. Setiap kali anda mengambil gambar resit menggunakan aplikasi ini, anda akan mendapat mata ganjaran yang mana boleh ditebus menjadi voucher kupon dan pelbagai lagi ganjaran hebat lain.
Apa itu Manis?
Manis adalah satu aplikasi telefon pintar percuma yang boleh didapati di platform Android dan juga iOS.
Aplikasi ini membolehkan pengguna menukar resit-resit kertas yang diperoleh setiap kali berbelanja menjadi mata ganjaran yang kemudian boleh ditebus kepada voucher, tiket wayang dan macam-macam lagi.
Aplikasi ini menerima apa sahaja resit yang diperoleh dalam Malaysia tidak kira sama ada berbelanja untuk makan, beli belah atau bermain, asalkan resit itu dicetak dan bukan ditulis tangan.
Sebagai ciri tambahan, aplikasi Manis juga membolehkan pengguna mengurus perbelanjaan harian di aplikasi tersebut.
Bagaimana Cara Nak Guna Manis?
Ikuti tiga langkah mudah ini untuk menyimpan resit menggunakan Manis:
1 – Lakukan carian kedai/tempat anda berbelanja dan pilih tempat tersebut.
2 – Isi tarikh, nombor resit dan jumlah.
3 – Ambil gambar resit dan tekan upload.
Seterusnya, dapatkan ganjaran. Tapi pastikan anda memuat naik resit dalam masa 24 jam untuk pengesahannya.
Gunakan mata ganjaran Manis itu untuk menebus pelbagai voucher yang disediakan oleh Manis antaranya voucher topup, tiket wayang, makanan dan juga beli-belah.
Khas Untuk Pembaca Siakapkeli
Ini satu lagi berita baik dari Manis untuk pembaca Siakapkeli. Manis kini menawarkan voucher KFC percuma untuk pembaca Siakapkeli yang memuat turun aplikasi Manis menerusi pautan ini: http://bit.ly/siakapkelimanis. Hanya voucher terhad yang disediakan, siapa cepat dia dapat!
Urus Resit-Resit Anda Guna Manis, ianya percuma
Aplikasi manis boleh didapati secara percuma di Playstore dan juga App Store. Untuk mengetahui lebih lanjut caranya, layari laman rasmi Manis di https://www.getmanis.com atau Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/getmanis.
Jadi, sebelum buang resit-resit pembelian anda, pastikan snap dulu guna Manis.
Ingin tahu lebih lanjut bagaimana rasanya Manis berfungsi? Tonton video dibawah.
Muat turun hari ini dan nikmatinya sekarang di http://bit.ly/siakapkelimanis
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Dec 5, 2016 5:03 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pengasuh Kata Telinga Anak Cedera Sebab Kena Gigit Semut, Selepas Pergi Hospital Rupanya..
siakapkeli.my
Seorang ibu tidak menyangka telinga anaknya yang melecet teruk kononnya digigit semut seperti yang diberitahu pengasuh rupanya adalah kesan dera.
Menurut ibu berkenaan, Puan Farah Hanim, semasa mengambil anaknya itu Habib dan Haziq(abang) pengasuhnya memberitahu anaknya telah digigit semut menyebabkan telinga anaknya melecet.
Beliau yang tidak berpuas hati kerana kesan ditelinga anaknya itu bukan seperti gigitan semut telah membawa anaknya untuk membuat rawatan di Hospital.
Selepas selesai rawatan, doktor mengesahkan cedera di telinga anaknya itu adalah kesan didera.
Jom kita baca coretan ibu berkenaan.
Kita patut marah..tapi dia yang marah kita
Haziq(abang) bagi hint macam-macam kat ibu dia..tapi kite ni macam caya tak caya..siap lakonkan balik ape pengasuh buat kat dia
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment