Friday, December 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4653

3 Messages

Digest #4653

Messages

Thu Dec 29, 2016 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Imam Mahdi Telah Datang, Ini Tanda-tandanya
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

TIBA di akhir zaman, kita akan kedatangan salah seorang yang paling berperanan penting bagi umat Islam. Dialah Imam Mahdi. Dia yang akan memimpin umat Islam pada jalan kebenaran dan keselamatan. Dia akan berjuang bersama Nabi Isa yang turun kembali ke bumi untuk membunuh Dajjal.

Hanya saja, pada bila-bila itu terjadi, kita belum mengetahuinya. Meski begitu, kita akan mengetahui dari tanda-tandanya. Ya, akan ada tanda-tanda khusus yang menunjukkan bahawa Imam Mahdi telah hadir di tengah-tengah kita. Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi?

Dalam sebuah hadis Nabi ﷺ memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua-dua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.

"Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman, "(HR. Ahmad 10898).

Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.

Pertama, perselisihan berkepanjangan sesudah kematian seorang pemimpin.

Kedua, dibai'atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah.

Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai'at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

"Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai'at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai'at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah, "(HR. Abu Dawud 3737).

sumber eramuslim.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Aku Tak Pernah Bersedih, Bagi Aku Rambut Aku Gugur Ini Seperti Gugurnya Dosa-Dosa Silamku," - Pesakit Kanser
siakapkeli.my

Ramai orang tersalah anggap, ada yang berfikiran jika terkena kanser, peluang mereka untuk hidup sudah tamat, namun persepsi berkenaan adalah salah.

Ada pesakit kanser yang sembuh, penyakit ini boleh dirawat, namun mereka memerlukan sokongan yang kuat dan berterusan daripada orang sekeliling mereka.

Dikongsikan oleh seorang pesakit kanser, saudara Zaki Bijak, beliau yang menghidapi kanser Hodgkin Lymphoma tahap 3 ini sering memberi semangat kepada rakan-rakannya bahawa ''Kanser Bukanlah Tiket Untuk Mati''.

Jom kita baca luahan beliau dan rakan-rakan dalam 'group' CANCER FIGHTER MALAYSIA.

Majoriti orang berfikir setiap pesakit cancer akan gugur rambutnya sebab die pesakit cancer sebaliknya rambut itu gugur sebab pesakit itu melalui proses rawatan chemotrapy dan ramai juga pesakit rasa down n orang yang melihatnya rasa sangat simpati dengan apa yang menimpa pesakit...

Bagi aku pada satu ketika dulu rambut yang gugur seperti gugurnya dosa silamku... rialitinya aku tak pernah bersedih selepas aku tau aku sakit cancer n sejak dari itu banyak pekara baru aku lalui..

Ianya lebih hebat dari sebelum aku sakit dan hanya pesakit cancer ja yang dapat memahami perasaan orang yang sama sakit dengannya.. ianya ibarat dunia kami dan kamu telah terasing...

Tapi kami tak pernah mengasingkan dua dunia ini dunia orang sehat dan dunia orang sakit.. cuma kami akan rasa lebih selesa berkonsi cerita secara telus bersama dunia kami bila kami bersama teman seangkatan yang senasib dengan kami...

Kamu tidak pernah berada d tempat kami dan kamu tak mampu untuk memahami sejauh mana perjalanan sebenar kami maka kamu hanya bicara melalui teori yang sebenarnya ia tak sehebat manapon...

Ini semua merangkul dalam semua aspek emosi kehidupan dan juga perubatan... jangan berkata melebihi pengalaman dan pengetahuan kamu sedangkan kamu tak melalui apa yang kami lalui..

Adakalanya kamu semua membuat orang seperti kami lebih meluat untuk berbicara dengan kamu atas sebab silaturahim maka lebih ramai yang berdiam diri dari bertikam lidah...

Saat aku kehilangan teman seangkatan buat selamanya sebaik munkin aku akan menutupnya dengan meneruskan kehidupan seperti biasa..

Setiap insan yang mempunyai perasaan pasti akan merasa kesedihan itu namun ade kesedihan yang di zahirkn dan ada kesedihan yang disembunyikan..

Mereka baru kehilangan seorang mahupon 10 orang teman seangkatan tapi aku dah kehilangan beratus-ratus teman seangkatan dari sekecil usia sehingga selanjut usia, perbagai lapisan masyarakat dan profile..

Apakan daya semua ini sudah ketentuan Ilahi dan dari awal lagi aku dah bersedia untuk semua ini kerana semakin ramai aku berkawan mahupon bersahabat semakin banyak berita dan kabar duka aku terima namun bagi aku kehidupan ini tetap kena di teruskn kerana perjalanan ini belum barakhir..

Ade kalanya aku juga rasa terkilan kerna niat hati hendak menziarah belum sempat ziarah dia sudah mendahului aku.. itu sudah ketentuan Ilahi perangcangannyq tiada apa yang perlu d sangkal lagi.. kehidupan misti d teruskan...

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi mendahului kita....

Kita sebagai masyarakat sekeliling perlulah memberi mereka ini semangat untuk terus melawan penyakit ini, ingat, #KanserBukanTiketUntukMati. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kegembiraan Sambut Anak Pertama Direntap, Mata Isteri Tiba-Tiba Buta, Ada Sesuatu Di Belakang Otak
siakapkeli.my

Bayangkan betapa sedihnya, kelahiran anak pertama yang pasti mengembirakan kita tiba-tiba dapat perkhabaran sedih lain berlaku terhadapa insan tersayang.

Begitulah yang terjadi kepada lelaki Muslim Rohingya ini apabila dia yang sepatutnya gembira menyambut kelahiran anak pertama direntap apabila isterinya pula tiba-tiba buta.

Cerita sedih ini dikongsikan oleh saudara Mohd Faiz di mana menurut beliau doktor menyatakan berdasarkan ct scan ada sesuatu dibelakang otak isterinya dan ujian MRI perlu dilakukan segera, namun kerana mereka adalah warga asing, ujian berkenaan memerlukan kos yang tinggi tetapi mereka tidak mampu.

Ujian MRI hanya akan dijalakan jika lelaki berkenaan mampu untuk memberi jaminan bayaran

Jom kita baca,

[ DIA ADALAH KITA ]

Harini datang Hospital Besar Sg Petani.Mahu ziarah isteri Fuzi Wani dan anak kami yang masih ditahan di ward.

Isteri saya masih belum dibenarkan keluar kerana berlaku pendarahan yang banyak ketika berhempas pulas melahirkan anak semalam.

Tapi bukan itu carita yang mahu saya khabarkan.
..

Tepat, di hadapan katil si isteri , ada pesakit lain.Berkulit lebih gelap, saya sangkakan india, tapi dari segi bahasa yang dibualkan, nyata itu bukan bahasa tamil.

1.50pm, doktor pakar datang ke katil mereka.Saya mencuri dengar perbualan.Si suami cuba menerangkan dalam bahasa melayu yang tidak fasih.Tergagap gagap.

Rupanya, mereka ini warga asing. Telah 10tahun bekerja di Malaysia.

Warga Myammar. Muslim rohingya. Agama kita.

Selesai urusan dengan doktor, terasa hati untuk saya menghampiri.

Bersalam dan bertanya khabar.

Namanya Muhammad Abrar.Abrar menceritakan isterinya telah bersalin pada 6hb 12.Dikurniakan zuriat lelaki, sihat dan sangat comel kemerahan.2.29kg.
..

Dalam kegembiraan menyambut putera pertama di dunia, Tuhan datangkan sekali ujian bersama.
Tiada siapa pinta tiada siapa menduga, usai melahirkan, isterinya menjadi kabur mata pada 7hb dan hari ini 8hb disember, isterinya tidak dapat melihat apa apa.

Ini bukan persoalan siapa dia tapi lebih besar, bagaimana kita mahu membantu mereka.
..

Nak dikatakan buta takut takut keterlaluan pula.Tapi itulah kondisinya sekarang.

Mata terbuka tapi hanya kegelapan yang ada.Doktor juga tidak tahu mengapa dan apa punca.

Cuma, pemeriksaan telah dibuat semalam (7hb), CT SCAN menelan belanja RM 916.Kos bersalin Rm2200.Abrar merayu agar bayaran dibuat secara ansuran.

Maklum sahaja mereka hanya bekerja sebagai pemotong rumput.Gaji kurang 1000 sebulan katanya.
Harini, doktor memaklumkan mereka mahu menjalankan ujian MRI, tapi perlukan kos perubatan sebanyak rm4000+-.

Abrar jujur mengatakan, dia tiada wang sebanyak itu.

Jadi, saya berjumpa dengan doktor bertugas dan bertanya.Ya, doktor mengesahkan hal itu.Pihak hospital hanya akan jalankan ujian MRI jika abrar mampu untuk memberi jaminan bayaran.

Doktor ada mengatakan, berdasarkan ujian ct scan, kelihatan ada sesuatu di bahagian belakang otak Toyuba Katu Bt Dil Muhammad (isteri abrar).Tetapi mereka tidak tahu apa. Sebab itu ujian MRI perlu dilakukan segela.

Saya menarik hela nafas yang panjang.Tanpa disangka air mata mula membasahi.Nekad untuk membantu.

...

Buat rakan rakan yang mengenali saya didunia nyata mahupun dunia maya, saya menyeru.Marilah kita membantu abrar dan isterinya.

Saya bersumpah saya tidak akan menyeleweng sumbangan anda.

Kos yang terlibat :
Bersalin : 2200
Ct scan : 916
MRI : 4000 +-
Kos ubatan lain : belum tahu.

Jika kita sumbangkan seorang sedikit rm30 , 200 orang rm6000.Ini belum termasuk kos kos belian barang anak kecil.

Mungkin 30 sedikit buat kita, tapi saya percaya ia besar buat abrar dan isteri.

Inilah masanya rakan rakan sekalian, kita bantu abrar.Dia muslim rohigya, dia saudara kita.Ini tanggungjawab kita bersama.Dia adalah kita, dan kita adalah dia.

Marilah sama sama kita tanam benih benih saham untuk kita ske syurga kelak.

Kepada yang mahu membantu, terus gunakan maklumat berikut.

MAYBANK
FAIZ SUKSES ENTERPRISE
564799121663

Jika anda tak percayakan saya, boleh terus hubungi saya :
Faiz : 013 2057397

Kpd yang menyumbang, tolong WHATSAPP nama dan jumlah sumbangan, saya akan serahkan sendiri kepada abrar.

1 lagi bantuan, mohon LIKE , KOMEN DAN SHARE status ini agar lebih ramai yang dapat membantu dan menyemai benih benih saham ke syurga.

Jika bukan kita siapa lagi?

Jika bukan hari ini bila lagi?

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: