8 Messages
Digest #4643
Messages
Sun Dec 11, 2016 6:36 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pembangkang tak buat 'surat terbang' sebodoh ini,..
bloglistpolitik.
Dicatat Oleh Jeebond BLM
Bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa, beliau mempunyai prasangka surat yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diada-adakan oleh pihak jabatan perang sarap Umno atau BN sendiri.
Semenjak semalam, surat yang kononnya ditanda tangani oleh Ahmad Zahid menjadi viral di media sosial dengan kandungannya yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera berundur daripada kerajaan serta melepaskan jawatan.
"Pembangkang tidak mungkin membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah ini untuk melagakan Najib dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).
"Bila membaca sahaja surat terbang (Ahmad) Zahid kepada Najib yang berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek, tidak munasabah dan tidak serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatah lagi orang yang berakal.
"Surat itu menampakkan Zahid membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas, bagaimanapun, tidaklah dapat dinafikan ramai juga yang orang simple minded akan terus percayainya terutama di kampung-kampung,
Semalam, Najib ketika mengulas surat yang sama berkata, helah kotor pembangkang yang cuba melagakan beliau dengan Ahmad Zahid menerusi penyebaran surat palsu bukan sahaja gagal, malah tidak akan sesekali berjaya menggugat perpaduan dalam Umno.
Taktik murahan dengan menyebarkan dakyah palsu kononnya Ahmad Zahid cuba menunjukkan tentangan jelas menunjukkan betapa pembangkang kini berada dalam keadaan amat terdesak.
Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, surat itu diada-adakan jabatan berkenaan untuk membolehkan tuduhan dilemparkan kepada pembangkang dalam keadaan momentum pemulihan imej Najib dirasakan tinggi setelah berakhirnya persidangan agung Umno baru baru ini.
"Memang benar anggapan saya, belum pun surat layang itu tersebar dengan luas, presiden UMNO yang juga perdana menteri telah membuat penafian dan menuduh pembangkang yang menyebarkan kabar angin itu," tambah bekas ketua pengarang akhbar Utusan Malaysia itu lagi.
Di samping itu, ini juga adalah satu lagi backfirekepada Umno dan kerajaan selepas penarikan balik undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke upacara pengangkatan sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, ujarnya.
Kabinet Zahid Hamidi untuk menjatuhkan Najib? Cuba tengok senarai menteri
bloglistpolitik.
Kini teredar Kabinet Bayangan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan Datik Seri Najib Razak. Benarkah?
Surat Zahid Desak Najib Berhenti - Pembangkang Pula Dipersalahkan Tak Pasal-Pasal - Reportlah Polis, Jangan Main Tuduh2!
bloglistpolitik.
amenoworld.net
Posted by Ameno World
Mungkin sebab taktik nak mengalihkan isu. Walaupun pemikiran sesetengah rakyat akan terkalih satu dua hari pun jadila. Janji dapat kalihkan isu. Lebih-lebih lagi dalam isu 1MDB dan DOJ.
Atau mungkin juga sebagai taktik nak minta bonus akhir tahun.
Buat satu isu.
Lepas tu viralkan.
Jumpa boss minta tambah peruntukan.
Alasan perlu lebih banyak kelengkapan dan staff untuk counter isu.
Juga sebagai alasan berjaga-jaga jika ada serangan dari pihak-pihak BN yang kononnya cuba sabotaj pemimpin. Padahal dorang yang sabotaj, dorang yang fitnah, dorang yang nak paw pemimpin, pembangkang pula yang dipersalahkan.
Kot-kot je la.
Sebelum ini viral surat kononnya dari Zahid untuk mendesak Najib letak jawatan
Sekali pandang surat neh nampak macam original. Tanda-tangan Zahid tu kalau dapat dibanding dengan dokumen-dokumen yang Zahid pernah sain sebelum neh pun bagus juga.
Walaupun memang betul juga orang boleh tiru tandatangan tetapi nak tiru sign Zahid ia bukanlah kerja senang. Ia memerlukan orang di sekeliling Zahid atau orang yang pernah terdedah kepada sign Zahid. Kalau orang biasa-biasa mana mungkin mampu tiru sign Zahid kan. Kenal pun tidak, jumpa pun tak pernah, takan boleh tiru sign macam tu pula. Mestilah dia ada info orang dalaman untuk seludup tanda-tangan Zahid ke luar. Sebab nak belajar tiru sign bukan mudah. Kena tengok yang original punya. Bukan tengok versi henpon ataupun versi gambar.
Ramai juga yang fikir. Surat tu ori. Aku pula tak pasti. Boleh jadi ori. Boleh jadi sebaliknya. Jika ori, pun tak pelik. Zahid dan BN sebenarnya nak selamatkan BN. Baik BN mahupun pembangkang masing-masing berasa gusar dengan culaan yang masing-masing terima. Pembangkang tak yakin boleh menang bergaya. BN juga tak yakin boleh menang besar. Kedua-dua parti buat satu benda yang mendorong pengundi mahu duduk di rumah dan enggan keluar mengundi.
Baru-baru neh ketika keluarnya keputusan pilihanraya presiden di US, stastistik menyatakan peratusan pengundi ialah 55.4%. Maksudnya lebih separuh sikit populasi American keluar mengundi dan hampir separuhnya tidak keluar mengundi. Iaitu 44.6% = TIDAK KELUAR MENGUNDI.
Ia sebenarnya satu perkara yang tak bagus dalam sistem pilihanraya. Rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan dengan kuasa mengundi. Ia akan mendorong rakyat ke bentuk pemikiran yang lain. (rujuk). Ramai rakyat kita yang kongsi news tentang voters turnout tentang presidental election tu.
Dengan mengambil peduli kepada sentimen seperti ini, aku percaya juga boleh jadi surat tersebut ori.
Tapi boleh juga jadi fake. Atas pelbagai sebab la. Untuk surat sepenting ini tersebar selepas ianya disiapkan agak pelik. Sudah tentu Zahid akan rahsiakan serahsia yang mungkin bagi menjaga aib Najib. Takan Najib nak bagitau yang saya berhenti sebab diarahkan Zahid? Malu la dia. Sah-sah dia membayangkan dia mengaku bersalah atas skandal-skandal yang dikaitkan ke atasnya.
Jika Najib berhenti pun dia akan buat atas nama meletak jawatan = bersara. Bukannya sebab diarahkan berhenti.
Tambahan pula, sebelum ini tersebarkan kabinet bayangan pembangkang. Kononnya LKS = pm dan Mahathir = tpm. Dari pemerhatian aku, ia lebih kepada troll sebenarnya. Sebab Mahathir menghadiri konvesyen DAP baru-baru ini dan menarik balik pertuduhan ke atas DAP dan LKS.
Lepas tu sebar pula surat Zahid desak Najib letak jawatan. Nak melaga-lagakan Najib - Zahid ke? Nak beri bayangan palsu kepada pembangkang kononnya Najib - Zahid berlaga-laga dan nak tengok apa taktik pembangkang dalam mengambil kesempatan atas isu ini?
Atau nak cari duit tepi? Sendiri buat isu, sendiri viral, sendiri sebar fitnah, sendiri pertahankan diri lepas tu yang dipersalahkan pembangkang?
Nanti boleh jumpa boss markup lagi harga untuk kerja-kerja kempen pertahankan boss di media sosial?
Yang peliknya, puak-puak neh belum siasat dah laju-laju salahkan pembangkang. Apahal kan?
Sumber.
Siasat la. Report la polis. Cari lah dalang. Jangan sembang kencang salahkan pembangkang sebagai dalang disebalik penyebaran surat tersebut. Itupun tanpa bukti pula tu.
Terlalu bangang nak kata pembangkang dalang disebalik sebaran surat tersebut. Samada ia betul-betul ori ataupun fake, pihak yang sangat berkemungkinan menjadi dalang disebaliknya adalah dari BN sendiri. Berhentilah nak menunding ke pembangkang. Pembangkang pun tengah sibuk fikir samada surat tu tulen ke palsu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Dec 11, 2016 6:36 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kemalangan Libatkan 5 Buah Kereta Di Sedenak, Lebuhraya Sesak Lebih 10 Kilometer
siakapkeli.my
Sebuah kemalangan yang melibatkan lima buah kereta di laluan Sedenak menghala ke Kulai, Johor di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) telah menyebabkan lebuhraya laluan berkenaan mengalami kesesakan teruk, lapor mStar Online.
Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 12:45 petang itu yang berlaku di Kilometer (KM) 36.5 menyebabkan kesesakan sejauh 10 kilometer menghala ke arah selatan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.46 tengah hari dan telah mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.
plusline1800880000 @plustrafik
1302hrs Kemalangan Km 36.5 dari Sedenak - Kulai. Lorong kanan & kiri terhalang. Trafik perlahan di kedua arah
1:09 PM - 10 Dec 2016
plusline1800880000 @plustrafik
1515hrs Kemalangan Km 36.5. dari Sedenak - Kulai. Kend. terlibat telah dialihkan ke tepi & trafik masih sesak . Gunakan laluan alternatif
3:15 PM - 10 Dec 2016
Pihak Plus dalam satu kenyataan meminta pengguna supaya mengelak menggunakan laluan berkenaan sehingga kerja pengalihan selesai. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Dec 11, 2016 6:37 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Teka Berat Lembu Sado Di MAHA 2016, "Ianya Adalah Jelas Sebuah Perjudian" - Dr. Zaharuddin Abd Rahman
siakapkeli.my
Jika sebelum ini Pencetus Ummah Syed pernah menyuarakan pandangan ini yang menyatakan teka lembu sado di MAHA 2016 adalah berunsur perjudian, namun dilihat beliau dihentam sesetengah netizen katanya sepatutnya PU Syed kena tabayyun dulu sebelum membuat kenyataan.
Terbaru, penceramah bebas, Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman telah tampil menjawab segala persoalan ini pula.
Beliau dalam satu penjelasannya beliau menegaskan bahawa pertandingan teka berat lembu sado di dalam MAHA 2016 adalah berunsur perjudian.
JUDI LEMBU SADO DI EKSPO MAHA 2016?
Saya ditanya berkenaan satu pertandingan meneka berat seekor lembu Sado yang diadakan di Ekspo MAHA yang berlansgung di MAEPS ketika ini. Semua peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar :-
1 tekaan : RM 10
3 tekaan : RM 20
Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 20,000 atau seekor lembu bernilai RM 20,000.
Jawapan saya
Ia adalah jelas sebuah perjudian. Ia mempunyai ciri judi yang didefinisi oleh Ulama seperti Al-Baijuri adalah :-
هو كل لعب تردد بين غرم وغنم
Ertin: Suatu pertandigan yang mana peserta teredah untuk sama ada kerugian atau meraih untung. (Hashiah Al-Baijuri, jil2, hlm521)
Selain itu, ia juga terbina di atas bayaran untuk menang secara nasib (game of luck or pure chance), walaupuan tekaan itu mempunyai sedikit elemen usaha, namun ia tetap punyai elemen 'nasib
Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu 'Zero sum game' iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah.
Ia masih pada hukum judi walaupun jika penganjur berkata bahawa duit yuran yang dibayar peserta itu akan disalurkan kepada kegunaan lain hatta ke Palestin sekalipun, setiap bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan secara rela paksa & berpeluang menang lebih besar secara nasib, pertandingan itu akan tetap menjadi judi.
Ia masih menjadi judi, hatta hadiah disumbang dari pihak ketiga yang tidak menyertainya. Ia tetap menjadi judi bagi semua peserta yang menyertainya dengan bayaran yuran tertentu dan berpeluang pula menang lebih banyak untung jika tekaan tepat atau kalah wang penyertaan jika tekaan mereka salah.
ADA PIHAK YANG HARUSKAN ?
Saya juga difahamkan terdapat pihak yang mengharuskan atas hujjah hadiah sponsor dari pihak ketiga. Namun kelihatan pihak yang memberi hukum harus telah terkeliru. Perlu faham bahawa terdapat dua jenis judi, setiap satu punyai syarat yang sedikit berbeza dari yang lain, dua jenis itu adalah :-
1. Suatu pertandingan yang ada yuran dan hadiah pemenang diambil dari wang terkumpul peserta. Namun syarat pertandingan jenis ini adalah pertandingan berdasarkan usaha yang jelas seperti sukan futsal, badminton etc. yang mana kepakaran dan latihan sebagai penentu pemenang. Justeru, pertandingan dari jenis ini, jika terdapat hadiah dari pihak ketiga yang tidak menyertai, ia akan mengubah hukum pertandingan kepada harus. Kategori ini, tidak terpakai kepada teka berat lembu sado yang mana pemenang berasaskan nasib hasil tekaan bukan usaha fizikal.
2. Suatu pertandingan yang ada yuran dan pemenang ditentukan dengan nasib. Judi dari jenis yang ni, hadiah sponsor pihak ketiga tidak mengubah status judi. Menggunakan hasil kutipan yuran kepada maslahat pihak tertentu yang lain juga tidak mampu menjadikan pertandingan itu sebagai harus.
Masalah teka lembu sado masih tersangkut pada jenis kedua. Namun kelihatan mereka keliru sehingga tercampur-campur jenis lalu tersalah menghukum harus.
JIKA DAH MENANG ?
Justeru itu, sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin. Faqir miskin HALAL mengambilnya disebabkan ia telah menjadi neutral kembali ke atas diri mereka kerana mereka punyai sebab diiktiraf syara' untuk menerima wang sebegitu. Pembersihan cara ini juga datang dari sabdaan Nabi saw
من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق
Erti : sesiapa yang berkata saudaranya, "mari aku bertaruh denganmu" maka (jika menang) wajiblah dia menyedeqahkan (wang kemenangan itu). (Al-Bukhari dan Muslim)
Bagi penganjur, ketahuilah judi itu HARAM hukumnya dan jangalah mana-mana syarikat menganjurkan pertandingan yang serupa dengannya.
Ia hanya TIDAK JUDI jika peserta masuk meneka secara percuma tanpa bayaran.
Atau, peserta tidak diwajibkan membayar, terpulang sesiapa ingin membayar sebagai sedeqah atau tidak bayar, namun semua masih boleh sertai, barulah ia TIDAK JUDI juga.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Dec 11, 2016 6:37 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kanak-Kanak 4 Tahun Mati Lemas Dalam "Kolam Renang Dewasa" Sebuah Resort Di Cherating
bloglistpolitik.
pahangdaily.
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dipercayai mati lemas dalam kolam renang dewasa sebuah resort di Cherating dekat sini petang semalam.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.50 petang, ketika mangsa bersama keluarganya dari Terengganu sedang bercuti di resort terbabit.
Mangsa, Wan Muhammad Arfan bin Wan Mohd Faizul dilaporkan keluar dari bilik secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibubapanya. Jarak antara pintu bilik dengan kolam terbabit sekitar 2 hingga 3 meter sahaja.
Menurut bapa mangsa, Wan Mohd Faizul Wan Saberi, 34, berkata beliau menyedari anaknya tiada dalam bilik dan bergegas mencarinya di merata tempat.
"Saya menjumpai anak saya di dalam kolan renang dewasa dan telah membawanya ke klinik sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor" katanya.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Beserah, jam 9.06 malam tadi. Jenazah mangsa telah dibawa balik ke Ajil, Terengganu sekitar jam 2.00 pagi dan telah dikebumikan pagi ini.
Tinjaun PDO mendapati, lokasi kolam dengan pintu bilik memang terlalu hampir dan ia amat membahayakan orang ramai. Ciri-ciri keselamatan harus diperketatkan demi keselamatan pelanggan yang berkunjung ke resort terbabit selepas ini. #PDONEWS
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Dec 11, 2016 6:38 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
BajetSelangor2017: Rakyat Selangor Diberi Pembiayaan Rawatan Kesihatan Asas RM500 Setahun
siakapkeli.my
Walaupun dibiayai subsidi, namun kos perubatan di hospital kerajaan masih dikenakan, jadi untuk memastikan rakyat kurang berkemampuan mendapatkan rawatan dengan lebih baik, Skim Peduli Sihat telah diumumkan oleh Menteri besar Selangor, Azmin Ali kepada semua rakyat Selangor.
APA ITU 'SKIM PEDULI SIHAT'?
Skim Peduli Sihat adalah pembiayaan rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.
Penerima skim itu boleh mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.
KAD PEDULI SIHAT SELANGOR
Warga Selangor dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.
KATEGORI A:
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)
KATEGORI B:
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)
Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.
Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi: 03-20893911.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Dec 11, 2016 6:38 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Harith Iskander menang anugerah individu paling lucu di dunia
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskander mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya memenangi anugerah individu paling lucu di dunia, menewaskan 4 pelawak lain dalam pertandingan yang diadakan di Levi, Finland.
The Star Online melaporkan 4 finalis lain ialah Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel.
"Tahniah @HarithIskander – #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016," kata penganjur pertandingan, Laugh Factory, yang menulis di akaun Twitter rasmi mereka.
Selain berpeluang melakukan jelajah komedia di Amerika Syarikat, Harith juga menerima hadiah utama sebanyak ASD$ 100,000 (RM444,845).
Peringkat akhir pertandingan diadakan di Hullu Polo Arena pada Khamis.
Pemenang dipilih melalui undian global oleh peminat secara dalam talian, yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan, The Star Online melaporkan.
Pada peringkat awal pertandingan, Harith perlu mengalahkan 88 pelawak lain di seluruh dunia, termasuk seorang lagi wakil Malaysia, Dr Jason Leong.
Harith Iskander Dinobat Sebagai Juara Funniest Person In The World 2016
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 10 Dis - Pelawak terkemuka Malaysia, Harith Iskander dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Funniest Person in The World (Manusia paling lawak dalam dunia) sebentar tadi sekaligus membawa pulang hadiah berjumlah AS$100,000.
Kemenangan Harith itu diumumkan oleh pengajur acara tersebut, Laugh Factory menerusi Facebook rasmi mereka.
Laugh Factory juga mengucapkan tahniah kepada Harith Iskander di dalam pengumuman tersebut.
Congratulations Harith Iskander- Laugh Factory'
Di dalam final pertandingan tersebut, Harith berentap dengan pelawak dari India, Filipina, Greece dan Israel.
Pertandingan Funniest Person in The World 2016 menyaksikan penyertaan dari pelawak-pelawak dari 20 buah negara bagi merebut gelaran manusia paling lawak bagi 2016.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Wednesday, December 07, 2016 11:03 PM
Subject: Fw: Layak Ke Akhir Funniest Person In The World Di Finland
Harith Iskander Layak Ke Peringkat Akhir Funniest Person In The World Di Finland
siakapkeli.my
Pelawak terkenal negara, Harith Iskander dilaporkan telah layak ke final pertandingan 'standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam, lapor Sinar Harian.
Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir, Harith diberitakan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.
"Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna internet.
"Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional,
Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada final nanti di mana dia mengaharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.
"Saya belum dapat link laman web yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.
"Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Dec 11, 2016 6:38 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
BEZA JEPUN DENGAN MALAYSIA MACAM LANGIT DENGAN BUMI
bloglistpolitik.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Dec 11, 2016 6:39 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Siapakah Yang Bakal Bergelar Juara Dalam Cabaran Dew 2016? Johor Bharu, Penang, Kuantan, Kuala Lumpur atau Selangor?
siakapkeli.my
Selepas lima pusingan sengit di lima lokasi cabaran di seluruh Malaysia berlalu, Dew Challenge 2016 akhirnya sampai di peringkat finale.
Bermula dengan Penang pada dua bulan lepas, acara Cabaran Dew Drone Hunting akhirnya sampai ke penghujung dan 10 peserta terunggul dari setiap lima kawasan yang bertanding; iaitu Johor Bharu, Penang, Kuantan, Kuala Lumpur dan Selangor; sudah dipilih dan akan beradu tenaga di peringkat final nanti.
Cabaran Dew Dota 2 pula menerima penyertaan menggalakkan dari 1,120 pemain dari 224 pasukan seluruh negara yang menyaksikan pasukan-pasukan ini beradu tenaga dalam acara berprestij itu. Malah, Cabaran Dew Dota 2 kali ini merupakan yang terbesar selepas menerima penyertaan paling banyak sejak ia diperkenalkan.
Final bagi acara Cabaran Aplikasi Dew akan diadakan pada 11 Disember ini yang mana akan menyaksikan 50 finalis bertanding untuk merebut hadiah berjumlah RM50,000. Untuk final kejohanan Dota 2 pula, pasukan-pasukan finalis akan berentap selama dua hari berturut-turut pada 10 dan 11 Disember ini bagi gelaran juara seterusnya merebut hadiah utama dari hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000.
50 Peserta Merebut RM 50,000 Dalam Cabaran Aplikasi Dew
Bagi acara yang baru diperkenalkan iaitu Cabaran Aplikasi Dew, 10 peserta terunggul dari setiap kawasan yang bertanding sudah dipilih dan akan beradu tenaga untuk merebut hadiah berjumlah RM50,000 di peringkat final nanti.
Finalis Cabaran Aplikasi Dew memerlukan daya ketahanan tinggi dimana mereka akan terlibat dalam pertarungan memburu dron selama tujuh jam yang melibatkan mental dan juga fizikal. Selain beraksi secara maya di telefon pintar, peserta juga perlu beraksi serentak di kawasan-kawasan khas sekitar Berjaya Times Square pada 11 Disember ini.
Juara bagi cabaran ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan pulang dengan wang tunai RM 10,000 dan RM 5,000.
Bagi yang mahu menjadi saksi pertarungan yang mengujakan ini atau mahu memberi sokongan kepada finalis, boleh layari lanjut akan caranya di https://www.mountaindewmalaysia.com atau Facebook Mountain Dew Malaysia.
Cabaran Aplikasi Dew Istimewa Buat Pengunjung Untuk Menangi Hadiah Wang Tunai On The Spot
Orang ramai yang hadir di Final Cabaran Dew juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang misteri dengan menyertai Cabaran Aplikasi Dew istimewa yang juga akan berlangsung pada 11 Disember (Ahad) ini.
Para pemenang dalam cabaran terbuka Aplikasi Dew ini akan menerima hadiah wang tunai on the spot.
Oleh itu, pastikan anda hadir di Final Cabaran Dew dan membawa telefon pintar anda. Tetapi sebelum itu, lengkapkan diri dahulu dengan mempelajari bagaimana cabaran itu dimainkan.
Muat turun aplikasi Cabaran Dew di pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=com.MD.Dewtopia bagi pengguna Android dan https://itunes.apple.com/my/app/mountain-dews-dew-challenge/id1159228392?mt=8 bagi pengguna iOS.
Sebagai panduan, tonton video tutorial cabaran ini menerusi video dibawah.
Saksikan Finalis Pertandingan Amatur Dota 2 Terbesar di Malaysia Berentap
Setelah menjadi juara di peringkat kawasan, pasukan-pasukan finalis dalam acara Pertandingan Amatur Dota 2 akan meneruskan perjuangan mereka bagi merebut gelaran juara Cabaran Dew Dota 2 sekaligus membawa pulang hadiah utama dari hadiah keseluruhan RM150,000 yang ditawarkan.
Kesemua finalis ini akan mewakili kawasan masing-masing iaitu Johor Bharu, Penang, Kuantan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Peminat permainan Dota 2 di Malaysia dijemput hadir untuk menyaksikan pasukan finalis terpilih Cabaran Dew Dota 2 mempamerkan aksi dan skil-skil luar biasa di pertarungan terakhir yang akan berlangsung di Berjaya Times Square pada hujung minggu ini.
Layari https://www.mountaindewmalaysia.com or Facebook Mountain Dew Malaysia untuk mengetahui cara untuk memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda pada 10 & 11 Disember nanti.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment