Tuesday, December 27, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4651[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4651
1
Fw: Menteri naik gaji 9%,cikgu 3%, GST 6% by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Bas Express Jatuh Gaung Di Muar by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
5
6
Fw: Terrorist University In Shah Alam, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Pelbagai Berita by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon Dec 26, 2016 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Menteri naik gaji 9 peratus,cikgu 3 peratus.GST 6 peratus
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Rafizi Ramli mahu tanya di mana kewajarannya memberi kenaikan gaji kepada golongan guru dan kakitangan awam yang lebih rendah dari kadar GST yang dikenakan mereka?

Ilmu pentadbiran ekonomi Najib Razak sangat mudah difahami: yang kaya dan berpangkat tinggi diberikan kenaikan gaji yang besar dalam bentuk %, yang kakitangan awam biasa di bawah ini dapat RM200 pun sudah kena bersyukur#terimakasihNajib

Sebarkan kenyataan media saya mendedahkan perbezaan ketara kenaikan gaji di antara penjawat awam biasa dengan yang berpangkat tinggi.

(Jadual gred gaji boleh dilihat dihttp://rafiziramli.com/2016/12/selaraskan-kadar-kenaikan-gaji-di-antara-penjawat-awam-berpangkat-tinggi-dan-remdah/ )

Selaraskan Kadar Kenaikan Gaji Di Antara Penjawat Awam Berpangkat Tinggi Dan Remdah
http://rafiziramli.com
December 21, 2016 rafiziramli
Setiap tahun semasa pembentangan Belanjawan, kerajaan wajib membentangkan senarai penuh perjawatan bagi semua kakitangan awam di bawah Kerajaan Persekutuan. Buku ini dinamakan "Senarai Perjawatan Di Kementerian-Kementerian Dan Jabatan-Jabatan Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan" seperti yang saya tunjukkan di bawah:

Walaupun laporan ini selalunya tidak diendahkan, saya mengambil kesempatan untuk "mempopularkan" laporan ini yang saya sertakan sepenuhnya di bawah ini untuk diteliti oleh orang ramai:

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid I
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoESGtidzBnYzVVU1E

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid II
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoEcWxGdUdmMEdwWDg

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid III
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoERWpxTHRkeklZckk

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid IV
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoET3ZBREZQOTRaaGc

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid V
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoET0tWNlhmWTV6ZWc

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid VI
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoEQk9FM0FqUDNSTVk

Senarai Perjawatan Perkhidmatan Awam: Jilid VII
https://drive.google.com/open?id=0B-KS2an8wNoERVlmYTg3cFBIaDA

Bermula dari hari ini, saya juga akan memberi tumpuan kepada isu-isu bersabit kebajikan dan masa perkhidmatan awam yang mungkin tidak diketengahkan. Sedang saya bersetuju bahawa ada banyak penambahbaikan yang perlu dibuat untuk menaiktaraf mutu dan keberkesanan perkhidmatan awam, saya bimbang jika masyarakat tidak berlaku adil kepada penjawat awam apabila fokus diberikan kepada persoalan prestasi perkhidmatan awam tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu kebajikan mereka.

Maka, perkara pertama yang ingin saya dedahkan kepada rakyat Malaysia ialah perbezaan ketara di antara kenaikan gaji penjawat awam pangkat tertinggi dengan jutaan kakitangan awam yang lain.

Saya rujuk mukasurat 1161 dalam Jilid 1 yang mengandungi Lampiran A iaitu jadual kod gaji minimum dan maksimum bagi jawatan-jawatan tertinggi kerajaan, seperti berikut:

Gred jawatan utama yang paling rendah ialah gred khas C berkod VK7 yang lebih dikenali sebagai Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C). Jadual di atas menunjukkan gred dari JUSA C ke atas sehingga ke gred tertinggi iaitu VU1 bagi Ketua Setiausaha Negara. Gred VU2 (Gred Utama Turus I) pula adalah untuk pimpinan tertinggi pegawai kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua-ketua Setiausaha (KSU) bagi kementerian besar dan begitulah seterusnya.

Senarai gaji yang ditunjukkan di atas adalah bagi gaji pokok semata-mata dan belum termasuk elaun. Antara elaun yang dibayar adalah (contohnya):

1. JUSA C – Elaun Keraian: RM2,500, Elaun Perumahan: RM1,300, Elaun Insentif Khas: RM500, Elaun Pembantu Rumah: RM500, Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166. Semua elaun berjumlah RM5,966 sebulan

2. Turus I – Elaun Keraian: RM5,200, Elaun Perumahan: RM2,500, Elaun Insentif Khas: RM2,000, Elaun Pembantu Rumah: RM1,000, Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250. Semua elaun berjumlah RM14,950 sebulan

3. Ketua Setiausaha Negara – Elaun Keraian: RM5,300, Elaun Perumahan: RM3,000, Elaun Insentif Khas: RM2500, Elaun Pembantu Rumah: RM2,000, Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500 dan Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333. Semua elaun berjumlah RM17,633 sebulan.

Jika secara purata, seorang penjawat utama kakitangan awam seperti yang berjawatan di atas telah mencapai skala gaji 4/5 dari tangga gaji mati, maka anggaran pendapatan sebulan (contohnya) bagi pangkat-pangkat yang ditunjukkan di atas adalah seperti berikut:

Gaji penuh di atas tidak termasuk sebarang elaun lain dari jawatan mereka di dalam agensi kerajaan seperti ahli Lembaga Pengarah dan lain-lain.

Oleh sebab itu, saya berpandangan kenaikan gaji tahunan sebanyak 9% itu adalah terlalu tinggi memandangkan gaji dan imbuhan setakat ini sudah memadai.

Saya juga membantah pendekatan yang berbeza untuk penjawat awam berpangkat tertinggi ini berbanding kakitangan awam biasa dari segi kenaikan gaji tahunan. Sedang mereka (penjawat awam pangkat tertinggi) diberi kenaikan gaji mengikut peratusan pada kadar yang tinggi (iaitu 9%), kakitangan awam yang lain hanya diberikan kenaikan gaji mutlak (bukan peratusan).

Contohnya bagi perkhidmatan pendidikan, jadual kenaikan gaji guru-guru adalah seperti berikut:

Dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu penjawat telah mencapai tangga gaji 4/5 dari gaji mati, peratusan kenaikan gaji bagi guru-guru setiap tahun adalah seperti berikut:

Di mana kewajaran memberi kenaikan gaji yang lebih rendah dari kadar GST kepada kakitangan biasa yang gaji pokoknya memang sudah rendah, sedangkan ketua-ketua jabatan dan kementerian yang gaji dan elaunnya besar diberikan kenaikan mengikut peratusan sehingga 9%?

Kakitangan awam yang mempunyai keluarga besar terbeban dengan gaji yang sedia rendah sedang pembaziran berlaku berleluasa. Tanggungjawab memastikan perbelanjaan kerajaan tidak diselewengkan oleh menteri dan ahli politik ialah tanggungjawab penjawat awam berpangkat tertinggi ini dan rakyat perlu menghantar isyarat bahawa imbuhan gaji yang tinggi tidak berpadanan dengan tindakan mereka tidak bersuara dalam keadaan pembaziran dan penyelewengan wang rakyat berleluasa.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Dec 26, 2016 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Anak Saya Mana? Kak, Anak Saya Mana?'
siakapkeli.my

Gambar isteri pemandu dan anaknya. Gambar kecil: Pemandu bas. Foto Sinar Online

Pagoh - Robiyah Tayeb, 48, yang bekerja di R&R Pagoh arah selatan merasa gusar dan tidak dapat melelapkan mata sebelum tragedi nahas bas ekspress yang meragut 14 nyawa baru-baru ini.

"Saya balik kerja jam 11 malam, lepas mandi, makan dan berehat sambil menonton televisyen, pusing kiri, pusing kanan, rasa serba tak kena, tidak boleh nak tidur.

"Tiba-tiba dengar bunyi dentuman sangat kuat sebelum anak menjerit meminta tolong," kata Robiyah sebagaimana lapor Sinar Harian.

"Saya menghubungi 999 sebelum menghubungi penduduk kampung bagi membantu mangsa.

"Keadaan di lokasi gelap dan kami penduduk kampung menggunakan lampu motosikal untuk membantu menerangi kawasan kejadian," katanya.

Robiyah yang tinggal cuma 100 meter dari lokasi kejadian berkata dia sempat menyelamatkan dua mangsa termasuk seorang wanita yang mendakwa isteri kepada pemandu bas tersebut.

"Mangsa wanita tu cedera di muka memaklumkan dirinya isteri kepada pemandu dan menyuruh kami mencari anaknya Zara (Nur Natasya Zahara Zakeer) berusia sekitar 2 tahun.

"Anak saya mana? Kak anak saya mana?," kata mangsa tersebut sebagaimana yang diceritakan Robiyah.

"Apabila ditemukan anaknya, kanak-kanak itu sudah meninggal dunia," tambah Robiyah lagi..

Menurutnya, lebuh raya berkenaan merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan.

Sumber: Sinar Harian

13 Maut Dan 17 Orang Cedera, Bas Express Bawa 29 Penumpang Jatuh Gaung Di Muar
siakapkeli.my

MUAR: Seorang pemandu dan 12 penumpang bas ekspres maut, manakala 17 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter di Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangar, Pagoh, di sini, awal pagi tadi, Lapor berita Harian.

Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata, mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi tadi di mana sebuah jentera dan sebuah kenderaan ERMS bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pada masa sama, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng turut dikejarkan ke lokasi sama. Selain itu, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah seorang pegawai dan lima anggota bersama sebuah jentera.

"Siasatan awal mendapati, bas ekspres berkenaan terbabas ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan 13 penumpang termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan.

"Seramai 17 penumpang lain di dalam bas ekspres sama mengalami kecederaan dan kita berusaha memberi bantuan kecemasan," katanya.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Dec 26, 2016 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



2017 ZAMAN GELAP EKONOMI MALAYSIA.....
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta

Ekonomi Malaysia memasuki babak suram apabila kilang-kilang kecil dan sederhana dilaporkan mula mengeluarkan notis membuang pekerja mulai 1 Januari 2016.
Tinjauan wartawan Suara pakatan daily mendapati beberapa syarikat kecil di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dalam masa yang terdekat.
Salah seorang ialah Jenny Tan yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah kilang kecil di Kepong. Menurut beliau kekurangan tempahan baharu menyebabkan pihak pengurusan syarikat tempatnya bekerja mengambil keputusan untuk menutup perniagaan.
Beliau menyalahkan polisi ekonomi kerajaan yang tidak praktikal menyebabkan pasaran dalam negara mengecut dan tidak mampu menampung produk industri.
"Ekonomi negara sekarang jatuh teruk. Pelaburan dari negara China pun tak banyak membantu. Saya dapat tahu penganalisis ekonomi yang berkecuali telah meramalkan ekonomi negara akan jatuh menjunam mulai bulan Mac tahun depan. Tapi sebelum itu kami orang biasa sudah merasai kesusahannya," keluh Jenny.
Beliau yang berusia 50 tahun memberitahu ramai pekerja kilang tersebut sedang berasa bimbang dan gelisah mengenai masa hadapan mereka.
Seorang lagi yang bakal menganggur pada awal tahun hadapan, James Lim berpendapat, sehingga kini kerajaan belum lagi menemui jalan penyelesaian untuk membantu kilang-kilang yang sedang menghadapi kos kenaikan operasi akibnat kejatuhan ringgit dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
"MCA pernah kata mereka akan beri idea kepada kerajaan bagaimana mahu membantu tetapi sampai sekarang tiada apa-apa pun, sehingga kilang tempat kerja saya membuat keputusan akan menghentikan operasi pada Februari tahun depan lepas Tahun Baru Cina.
"Sekarang saya tidak percaya sesiapa pun yang kata ekonomi negara berada dalam keadaan sihat kerana banyak kilang-kilang di kawasan perindustrian di Kepong sedang mengalami kesukaran akibat kos operasi yang tinggi dan permintaan untuk barangan yang dihasilkan pula kurang," kata James.
Seorang penyelia operasi yang diwawancara yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Malaysia adalah di antara beberapa negara di dunia yang sedang mengalami kesan teruk akibat kegawatan ekonomi.
Beliau berkata, semua negara sedang mengalami kelembapan ekonomi tetapi kesan di negara jiran seperti Singapura tidaklah seteruk di negara kita

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Dec 26, 2016 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"EXCO Bebal, Aku Sendiri Yang Rakam La!" - Video Limpahan Air Itu Benar - JKR, EXCO Kantoi, HM Padam Berita!
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Video Limpahan Air

Sebelum ini viral satu video tentang limpahan air dari bukit yang berpunca dari aktiviti pembalakan di media sosial. Video itu lantas menimbulkan kekecohan di laman sosial berikutan netizens mempersoalkan isu tahap keselamatan dan kerakusan pihak berkuasa membiarkan aktiviti pembalakan tanpa had kawalan.

Berikut video yang dimaksudkan.

Video ini sebenarnya dirakamkan oleh Nazrul Aznan Mohd Kadri. Dia bersama ahli keluarganya merakamkan kejadian tersebut ketika bercuti ke Cameron Highlands pada baru-baru ini.

Menurut Nazrul, video ini dia rakamkan dari Jalan Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands dan merupakan rakaman yang baru dirakam. Ketika kejadian, Nazrul terpaksa menunggu lebih kurang antara 10 hingga ke 15 minit sebelum bertindak melanggar arus dan meneruskan perjalanan ke arah Cameron Highlands.

Susulan dari penyebaran video tersebut, beberapa pihak tampil memberikan respon. Malahan ia turut dilaporkan secara berleluasa di portal berita.

Namun apa yang dilaporkan adalah berbeza dari apa yang dilalui oleh Nazrul dan pemandu-pemandu lain yang mengalami situasi cemas itu.

Menurut laporan Harian Metro, dengan memetik kenyataan EXCO negeri dan JKR, video yang dirakamkan oleh Nazrul dikatakan ialah video lama.

"Tidak wujud kejadian itu" - Exco Datuk Zainol Paharuddin.

Nazrul kemudiannya bersama beberapa pihak lain yang menyebarkan video berkenaan akhirnya dianggap menyebarkan penipuan dan fitnah bagi memburukkan imej kerajaan negeri dan Cameron Highlands.

Tidak hanya itu, Nazrul dan pihak-pihak yang menyebarkan juga dianggap sedang menyebarkan amaran palsu bagi menakut-nakutkan pengguna jalanraya agar tidak berkunjung ke Cameron Highlands terutamanya menggunakan Jalan Simpang Pulai.

"Exco bebal!, pemimpin Malaysia elok bom sahaja rakyat" - Nazrul

Namun akhirnya pihak JKR dan EXCO tersebut kantoi sendiri apabila lebih ramai saksi kejadian tampil menyatakan kebenaran. Mereka menulis di laman sosial dan ini memaksa Harian Metro terpaksa memadamkan berita tentang penafian EXCO dan JKR berkenaan video tersebut.

BERITA DIPADAMKAN!

Ya, berita dipadamkan.

Ketika ini tiada kenyataan baru dari Exco dan JKR yang mengulas mengenai penafian terburu-buru mereka tentang video limpahan air tersebut.

Untuk rekod, The Star pada semalam melaporkan 13 keluarga terpaksa dipindahkan dalam siri kejadian tanah runtuh terbaru yang berlaku di Cameron Highlands.

Cameron Highlands dan kawasan sekitarnya kerap berlakunya kejadian tanah runtuh dan sehingga kini belum ada penyelesaian konkrit yang dilakukan oleh kerajaan bagi membendung insiden tersebut meskipun telah berlaku beberapa kematian samada melibatkan warga tempatan mahupun warga asing.

Jurucakap SAR melaporkan kepada media bahawanya mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.11 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

Kejadian tersebut merosakkan sebuah banglo dan 13 keluarga yang berada di kawasan berdekatan diarahkan berpindah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini - Sozcyili.

Beberapa Kawasan di Tanah Rata Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat
siakapkeli.my

IPOH, 25 Dis – Beberapa kawasan di Tanah Rata, Cameron Highlands dilanda banjir kilat termasuk di kawasan perumahan polis di Jalan Masjid selepas kawasan itu dilanda hujan tanpa henti sejak pagi tadi.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Daerah Cameron Highlands berkata hujan itu menyebabkan air Sungai Bertam melimpahi tebing dan memasuki kawasan kuaters itu.

Katanya juga, air mula surut sepenuhnya kira-kra 5 petang tadi dan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh anggota perumahan terbabit.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah kuaters kakitangan kerajaan Jalan Masjid dan Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata hujan lebat yang melanda menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata dekat Bharat Tea Baru.

"Runtuhan itu menyebabkan lalu lintas terhalang…tiada mangsa yang terlibat.

"Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dengan melibatkan Tenaga Nasional Bhd untuk kerja-kerja elektrik. Kini hanya satu lorong boleh dilalui (di kawasan itu)," katanya. - Siakapkeli.my

Polis Daerah Cameron Highlands
15 jam yang lalu
Pada 25hb.Dec 2016 jam lebih kurang 1500 air sg bertam telah melimpahi tebing dan memasuki parking kereta perumahan Polis Tanah Rata, jln masjid. Ini adalah disebabkn hujan yg berterusan dari pagi dan kadang2 lebat.
Air mulai surut sepenuhnya pd jam 1700 dan kerja2 pembersihan telah dilakukn oleh anggota dan penghuni perumahan Tanah Rata.
Buat masa sekarang hanya lif yg tidak boleh digunakkn disbbkn dimasuki air. utk makluman

Sumber: Bernama

save cameron @maslul_b
Angkara tangan-tangan manusia yang rakus...banjir di Cameron Highlands 25 Dec 2016.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Dec 26, 2016 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kes Langgar Lari, Suami Maut Dan Isteri Sarat Mengandung Cedera, Pelaku Sedang Diburu Polis
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala isterinya cedera selepas mereka telah terbabit dalam satu kes langgar lari di Jalan Pudu berhampiran Bulatan Jalan Pudu di sini kelmarin, lapor Berita Harian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Allahyarham Meor Ridzuan M Amin, 25, dari Pandan Mewah, Ampang, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM) akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Bagaimanapun, isteri mangsa, yang merupakan seorang warga Indonesia, Sri Winda Astuti, 23, yang sedang mengandung enam bulan dilaporkan selamat dengan hanya cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, siasatan mendapati motosikal ditunggang pasangan suami isteri itu bergerak dari arah Cheras menghala ke arah Jalan Pudu.

"Saksi mendakwa sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih tiba-tiba mahu membuat pusingan U di laluan tidak dibenarkan menyebabkan motosikal terbabit tidak sempat mengelak dan melanggarnya.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak dan mengalami pendarahan yang banyak, manakala kereta terbabit dikatakan berhenti seketika sebelum melarikan diri ke arah Cheras."

"Sehingga kini pemandu kereta terbabit belum tampil membuat laporan polis, bagaimanapun nombor pendaftaran kereta terbabit sudah dikenal pasti dan usaha mengesan pemandu terbabit sedang dijalankan."

"Polis sudah merakam percakapan saksi kemalangan serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my

Pemandu Treler Dakwa Elak 'Lembaga Hitam' Sebelum Terbalik di LPT2
siakapkeli.my

Dungun: Seorang pemandu treler yang berusia 25 tahun berkata dia mengelak kelibat 'lembaga hitam' yang melintas di hadapan kenderaan yang dipandunya menyebabkan treler berkenaan terbabas sebelum terbalik di KM 342.7, LPT2 selepas susur keluar Kuala Dungun kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, pemandu berkenaan bersama kelindan yang juga adiknya mengalami cedera ringan.

Kata pemandu tersebut, dia dan dua treler lain yang sarat dengan muatan bijih besi berkonvoi dari Gua Musang untuk menghantar bahan itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan.

"Saya sedang bercakap menggunakan 'walkie-talkie' seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat telefon bimbit.

"Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan saya sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Dia dan adiknya kemudian dibantu keluar oleh Awi.

"Ketika itu hujan, saya dan adik menumpang dalam treler Awi. Tiba-tiba saya ternampak kelibat wanita berdiri di tepi pokok bersebelahan treler saya yang tersadai.

"Kelibat wanita itu melambai-lambai dan saya beberapa kali meminta Awi mengundurkan treler kerana saya mahu merakam gambar itu, namun Awi enggan," katanya.

Kemalangan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub.

Sumber: Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Dec 26, 2016 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Patut UITM Pun Kena Tutup Sama La...
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... lawak sungguh la analogi yang digunapakai oleh Veteran UMNO... Hanya kerana ada seorang dua pelajar yang dituduh terlibat dengan IS... habis satu IPTS disuruh tutup dan dibatalkan lesen operasi...

Kalu gitue apersal tak suruh tutup ja UITM pasai cukup ramai yang telah ditahan sebelum ni dibawah SOSMA atas alasan IS, ISIS dan DAESH .... hahaha... cukup ramai ooi...

Malah bukan setakat pelajar UITM pun ada yang dikatakan terlibat, tapi pensyarah dan kakitangan pun ada tersenarai...

Itulah bodohnya Veteran UMNO... bangang tak bertempat... otak letak kat lutut... main borong jer buat keputusan dan saranan...

Mengapa Veteran UMNO ni tak suruh ja Universiti Lim Kok Wing pun ditutup jer pasai ramai student warga asing dia terlibat dengan jenayah dan pelacuran... Hahahaha

Terbaek sekali kalu dapat tutup jer UMNO tu pasai ramai gak ahli dier terlibat dengan jenayah, kongsi gelap, gengsterisma dan maksiat.... Hahaha... apa lagi... cepat la buat... hahaha

Bodoh melantun-lantun... bertingkek-tingkek...

Ader paham ka???

Banzai...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/12/patut-uitm-pun-kena-tutup-sama-la.html#ixzz4Temoj1UM

Terrorist University In Shah Alam, Orang Melayu Tidoq Lagi !

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Syed Akbar Ali

There is something strange going on in Shah Alam.

First to digress a little, today I had lunch in Shah Alam at a beriyani restaurant run by some pakka Pakistanis. Pakka means original or 'ori'. The briyani was good. What is quite unbelievable is the price - less than RM6 for a basmati briyani with a piece of chicken and one beef kebab, plus raita and a syrup drink. It is unbelievably cheap. Plus the briyani is original briyani - none of the briyani gum, briyani bokhara etc that is often nothing but coloured rice with a piece of fried chicken sitting on top.

What was strange about the restaurant was the fellows owning and running it. They all looked liked some jihadi group. There were about six young Malay boys working there, the whole lot of whom wore white skull caps, taliban style "somewhere below knees, above ankles" pyjamas and beards of varying lengths. The boss guy, a Pakistani, had a huge jihadi beard (with no moustache).

Then back at the office someone sent me this from The Malay Mail:

This is about that Universiti Antarabangsa Al Madinah (or Mediu) in Shah Alam again.

An UMNO Veterans Association is saying that this is a terrorist university and an ISIS breeding ground. Here is the Malay Mail:

KL Dec 21 ― govt and authorities must shutter (Mediu) immediately Umno Veterans Association of Malaysia demanded tonight sec-gen Datuk Mustapha Yaakub claimed institution breeding militants Umno veterans claim Shah Alam varsity breeding terrorists, calls for closure

Wed Dec 21, 2016

Varsity's fate uncertain after students nabbed for suspected terrorism

Veterans do not want Mediu, breeding ground for ISIS and Wahabbism

shock that two students from university arrested for IS terror activity

IS also called Daesh, Wahabbism is ultra conservative strain spread by Saudi government globally Mustapha says Wahhabism against mainstream Sunni called for it to be curbed.

camouflage clandestine activities under similar name as Islamic University of al-Madinah al-Munawarah in Medina

"..arrests prove Mediu nest of dangerous IS agents," he said. Mustapha doubts Mediu's accreditation status urged (MOHE) to investigate its status Veterans urge MOHE, MAIS, Sultan to take stern action against Mediu including revoking licence, shutting operation in this country," he said.

insisted govt's counter-IS actions meaningless if Wahabbism allowed to spread Do not let what happened in Syria, Yemen and Iraq happen in this country. Act now before it's too late. Malaysia cannot afford destruction that happened in those countries.

"Remember not everyone is Muslim. If it happens, Malays will be destroyed,"

- See more at: Malay Mail

My comments : Nak kata apa lagi? This university has been functioning for some time in Shah Alam. It is most certainly, a 100% Salafist or Wahhabi institution. Ramai orang Melayu tak faham banyak perkara. Asal arab, jambang dan kepala tutup orang Melayu boleh teruja.

Well fortunately not all. Datuk Mustapha Yaakob and the UMNO Veterans Association seems to be waking up.

Mustapha wants the MOHE (Ministry of Higher Education) and the religious folks like MAIS to take action. The MOHE Minister is Idris Jusoh. Idris only concern is if the turtles will crawl up the beach this year in Terengganu and vote for him. The rest of Malaysia is like a foreign country for this very "local" type guy.

You cannot depend on the MAIS for anything much. Dua kali lima.

So now we find out that ISIS has at their disposal a whole university in Malaysia where they can send their terrorists to become students.

The university's name Al Madinah International University sounds very similar to the Islamic University of Al Madinah in Saudi Arabia - which is the defacto Vatican of the Wahhabi ideology.

Mustapha Yaakub says that this university is just a camouflage.

camouflage clandestine activities under similar name as Islamic University of al-Madinah al-Munawarah in Medina

Conclusion : It all depends on how stupid the people are willing to become. Ini kerja bodoh oleh orang yang kurang inteligen, kurang arif dan kurang peka. Ataupun bodoh. Terpulanglah. Siapa nak jadi bodoh, silakan.

Apa yang berlaku di sini tiada kena mengena dengan Islam, dengan Allah swt atau dengan Rasul.

Apa yang berlaku ini hanya melambangkan kebodohan orang, kebodohan satu kaum. Tahniah kepada kaum bodoh.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Dec 26, 2016 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Taman Tasik Titiwangsa Ditutup 2 Tahun

siakapkeli.my

Kuala lumpur, 23 Dis - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) akan menutup keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa kepada orang awam selama dua tahun.

Menurut satu kenyataan, penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada projek River of Life (RoL) yang akan bermula pada Januari depan sehingga Disember 2018.

tambah kenyataan itu, pelaksanaan itu melibatkan kerja-kerja naik taraf keseluruhan taman demi kemudahan dankeselesaan pengunjung pada masa hadapan.

Katanya lagi, kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja-kerja awal memasang papan penghadang bermula bulan hadapan.

"Orang awam dinasihatkan untuk tidak mengunjungi taman tersebut bagi tujuan keselamatan sepanjang tempoh penutupan," katanya.

Projek RoL atau dalam bahasa melayunya, Sungai Nadi Kehidupan, adalah bertujuan mengubah wajah Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah-tengah ibu kota sekaligus menjadikannya salah satu tarikan pelancongan.

Akaun 2 KWSP 'Terkunci Terus' Di Bawah Skim Baru PRIMA. - Pembeli Tidak Boleh Keluarkan Duit Sehingga Pinjaman Rumah Selesai.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
Skim pinjaman perumahan baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017 akan memberi kesan terhadap kapasiti pengeluaran jangka panjang pembeli daripada akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Shahril Ridza Ridzuan berkata skim itu dibuka untuk pembeli rumah kali pertama dan bagi pembelian rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berharga RM300,000 ke bawah, lapor TheSun hari ini.

"Kami sedang memuktamadkan skim itu yang akan bermula 1 Januari depan.
"Namun, yang mahu mengambil skim itu perlu memastikan mereka tahu yang dengan mengambil pinjaman jangka panjang itu untuk membeli rumah, mereka tidak boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 untuk kegunaan jangka pendek," katanya.
Shahril berkata ini kerana di bawah skim itu, 4 bank yang menyertainya – Maybank, CIMB, RHB dan AmBank akan meluluskan permohonan jumlah pinjaman berdasarkan kepada pendapatan masa depan yang akan masuk ke Akaun 2 KWSP peminjam.
Katanya, langkah untuk "ring-fence" akaun KWSP peminjam juga untuk memberi lebih jaminan kepada bank supaya mereka boleh memberikan had pinjaman lebih tinggi kepada pemohon.
Maka, mereka yang memilih kemudahan itu tidak akan dapat membuat pengeluaran pra persaraan lain di bawah Akaun 2, termasuk untuk perubatan, pendidikan, umur 50 dan bagi menunaikan haji, sehingga pinjaman PR1MA itu diselesaikan sepenuhnya.
Beliau berkata keadaan itu mungkin jadi rumit jika peminjam tidak membayar pinjaman rumah berkenaan.
"Bank termasuk menutup rumah itu terlebih dulu. Bagi Akaun 2, bila kita kata 'ring fence', ia bukan caj kepada Akaun 2 untuk memaksa ahli mengeluarkan wang mereka.
"Tetapi ahli akan pasti menggunakan wang itu untuk mengelak bankrap," katanya dipetk daripada TheSun.
Katanya, jika peminjam ada masalah tunggakan bayaran semula pinjaman itu, wang dalam Akaun 2 akan digunakan akhirnya meskipun ia tidak boleh digunakan sehingga pinjaman berkenaan dijelaskan.
Shahril juga menafikan ada rancangan untuk meluaskan skim pembiayaan hampir sama untuk skim perumahan mampu milik Selangor, iaitu Rumah Selangorku.
"PR1MA ialah skim perumahan di seluruh negara. Saya rasa cukup untuk kita penuhi pasaran itu saja," katanya kepada TheSun.

Bekalan air Selangor dan KL pulih lebih awal
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
MALAYSIA DATELINE

Bekalan air di kawasan terganggu di Lembah Klang pulih sepenuhnya hari ini.

Pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya dilaksanakan Air Selangor dalam tempoh tiga hari berbanding jangkaan awal enam hari.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,
berkata laporan yang diterima setakat jam 7 pagi tadi menunjukkan status pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat telah selesai 100% bagi Zon 1 dan 99.5% bagi Zon 2.

"Saya merakamkan penghargaan kepada kakitangan Air Selangor yang berusaha gigih sepanjang waktu menyegerakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terjejas dengan pantas.

"Keselesaan pengguna air adalah keutamaan Kerajaan Negeri Selangor khususnya sewaktu musim perayaan dan cuti sekolah.

"Saya juga mengucapkan Selamat Hari Natal dan selamat menyambut Perayaan Solstis Musim Sejuk pada mereka yang meraikan. Semoga sambutan kedua-dua perayaan ini merapatkan hubungan muhibbah sesama rakyat Negeri Selangor," ujar Azmin.

Kerajaan Negeri Selangor, tambah beliau akan terus memantau keadaan bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi bagi pengguna di Lembah Klang.

Zombi Akan Menyerang Shah Alam 31 Disember ini, Semua Dijemput Hadir
siakapkeli.my

Siap sediakan diri anda untuk acara paling rare, menguja dan mencemaskan di Malaysia pada tahun ini dengan menyertai Run For Your Lives di venue baharu iaitu Taman Botani Shah Alam pada 31 Disember ini.

Run For Your Lives (RFYL) merupakan satu permainan rekreasi yang mana peserta boleh memilih sama ada mahu menjadi zombi atau manusia biasa.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada malam ambang tahun baru itu akan memberi pelbagai pengalaman cemas dan mendebarkan kepada peserta seolah-olah seperti berada di dunia yang sudah terjebak dengan wabak zombi.

Selain babak larian di kawasan luar, terdapat tiga mod penceritaan dalam RFYL iaitu:

- Mod Ruang Tamu (Kawasan ruang tamu yang dipenuhi dengan zombi)
- Mod Kurungan Hamba (Kawasan dimana zombi diikat dan dikurung)
- Mod Rumah Sembelihan (Kawasan dimana manusia dan zombi akan bersua)

Run For Your Lives juga bakal menyediakan pelbagai aktiviti sampingan lain seperti Tug-of-War, Nerf Shooting, Most Wanted Zombie Hunt dan pelbagai aktiviti menarik lain berkaitan dengan zombi.

Selain itu, pelbagai booth dan acara menarik lain seperti Brain Eating and Blood Sucking, Fruit Roll Eating, pertandingan kostum terbaik, muzik DJ, Food Trucks dan banyak lagi akan turut menyerikan RFYL di Shah Alam hujung Disember ini.

Bagaimana untuk menyertai?

Bagi orang ramai yang hanya mahu melihat kemeriahan karnival ini, mereka hanya perlu membayar RM10.00 sahaja sebagai yuran kemasukan. Mereka boleh menikmati pelbagai permainan sampingan di RFYL dan mengikut serta dalam sambutan ambang tahun baru.

Bagi yang mahu menyertai larian RFYL pula, yuran permainan adalah sebanyak RM79 dan wrist tag, baju-t serta medal disediakan.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan: www.runforyourlives.co/kl dan hanya dibuka dalam masa serta kuantiti yang terhad sahaja. Siapa cepat dia dapat!

Sebagai persediaan pada malam apocalypse Wabak Zombi itu nanti, peserta-peserta diingatkan untuk membawa e-ticket, kad pengenalan dan lampu suluh/lampu.

Dapatkan kemaskini terkini RFYL dengan mengikuti Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/rfylmy/.

Sebagai teaser RFYL @ Taman Botani Shah Alam, tonton dahulu video prank lorong berhantu yang dicipta khas untuk kemeriahan RFYL 31 Disember ini.

Malaysia Wajib Ikut Langkah UK : BAN Iklan Makanan Ringan!
bloglistpolitik.blogspot
bankami.blogspot

Britain akan mengharamkan iklan makanan ringan untuk kanak-kanak di media cetak dan media sosial mulai tahun hadapan, kata pemerhati peraturan pengiklanan kelmarin. Ini dibuat sebagai satu langkah untuk mengelakkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Undang-undang baharu yang bakal dikuatkuasakan pada Julai tahun hadapan itu adalah lanjutan daripada pengharaman sedia ada untuk iklan televisyen bagi produk makanan dan minuman tinggi lemak, garam atau gula (HFSS).

"Sekatan baharu itu akan membawa kepada pengurangan besar dalam jumlah iklan untuk makanan dan minuman HFSS yang ditonton oleh kanak-kanak," kata Jawatankuasa Amalan Pengiklanan (CAP) dalam satu kenyataan.
Menurut badan tersebut, pengharaman itu mencerminkan perubahan kaedah pengiklanan dan tabiat media dalam kalangan kanak-kanak.

Ia memetik penyelidikan yang mendedahkan bahawa kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun di Britain kini menghabiskan lebih banyak masa di internet berbanding menonton televisyen.

Penyelaras Kempen Makanan Kanak-kanak, Malcolm Clark berkata:

"CAP akhirnya mendengar suara golongan ibu bapa dan profesional kesihatan selepas bertahun-tahun menentang langkah tersebut."
Bagaimanapun, Clark dan beberapa kempen lain menegaskan larangan itu hanya tertakluk untuk media yang mana kanak-kanak merupakan lebih 25 peratus penonton yang membuka ruang luas untuk pemasaran makanan ringan.

Angka rasmi terkini untuk England dari 2014 menunjukkan 31.2 peratus kanak-kanak berusia antara dua hingga 15 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes

Kes Denggi di Perak turun 60.9% ! Hebat ! macam mana mereka buat ?
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Apa agaknya yang telah dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab terhadap isu kesihatan negeri Perak sehingga berjaya turunkan kes demam denggi sebanyak 60.9% ?

Kes demam denggi di negeri Perak pada tahun lepas dicatatkan berjumlah sebanyak 9,069 kes. Kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 10 Dec 2016 setakat ini hanya berjumlah sebanyak 3,549 kes sahaja. Penurunan sebanyak 60.9% adalah satu kejeyaan yang boleh dibanggakan oleh pihak yang bertanggung jawab di Perak.

Peranan rakyat dalam kawalan kes denggi
Menurut Pengerusi jawatan kuasa kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, apa yang pihak kerajaan negeri lakukan adalah memberitahu pada semua rakyat untuk menjaga kebersihan dan keadaan persekitaran mereka, supaya tidak mesra nyamuk aedes.

Ya ! itu saja nampaknya yang mereka lakukan dan ternyata ianya memberikan kesan yang amat baik. Ertinya rakyat negeri Perak dengar saranan kerajaan negeri dan bukan saja setakat mendengar. Mereka juga melaksanakan segala saranan tersebut.

Biasanya, saranan yang semua orang tahu adalah untuk luangkan masa hanya 10 minit bagi memastikan tidak ada tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran rumah tempat tinggal. Kalau jumpa bekas air bertakung, tiarapkannya. Kalau jumpa air bertakung dan tak boleh kosongkan air tersebut, masukkan Abate pembunuh jentik-jentik.

Boleh dirumuskan di sini, rakyat negeri Perak punya daya kefahaman dan kesedaran yang tinggi untuk turut sama membantu membenteras masalah demam denggi. Memang itu sahaja yang dapat membantu kawalan masalah demam denggi, tak ada lagi cara lain yang lebih berkesan.

Bagaimana Kerajaan Negeri sampaikan mesej mereka
Jika dipihak rakyat kita perlu puji sebab dengar saranan kerajaan dan pihak bertanggung jawab, perlu dilihat pula satu lagi sudut penting. Bagaimana agaknya pihak kerajaan negeri sampaikan mesej mereka sehingga membuatkan ianya begitu berkesan sekali untuk membuatkan rakyat dengar dan taat.

Itu satu perkara yang perlu diketahui oleh semua pemimpin kerajaan negeri lain yang masih menghadapi masalah kes denggi yang tinggi di negeri masing-masing.

Jika anda perlukan khidmat Fogging bagi membenteras nyamuk aedes dewasa di persekitaran rumah, dapatkan khidmat dari Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah. Berpengalaman sejak tahun 1998. Call Siti 012 - 2067357 untuk maklumat lanjut.
Ceramah elak dari gigitan nyamuk pula
Selepas berjaya memberikan maklumat dan ilmu bagaimana mahu kawal nyamuk aedes dari terus membiak, mereka sekarang berusaha menambah lagi ilmu baru kepada rakyat negeri Perak.

Satu usaha untuk memanggil entomologis dari negeri Kedah sedang dilakukan untuk memberikan ilmu baru peringkat kedua yang sama penting. Ilmu tersebut adalah bagaimanakah cara untuk elakkan diri daripada kena gigitan nyamuk aedes jika rakyat berada di kawasan yang banyak nyamuk aedes.

Ya ! itu satu ilmu hebat yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri Perak terutamanya exco kesihatan negeri. Sudah tentu dengan ilmu menarik itu, orang Perak akan lebih selamat samada berada di kawasan yang banyak nyamuk atau tidak banyak.

Saya yakin ilmu pertama untuk elakkan diri dari kena gigitan nyamuk aedes adalah dengan elakkan diri dari pergi ke tempat begitu. Kalau tak pergi sudah tentu tak kena gigit. Itu ilmu asas dan logik. Kemudian kalau terpaksa pergi juga tentu perlu pakai baju dan seluar yang sesuai. Tentu ada banyak lagi ilmu menarik yang bakal dikongsikan oleh kerajaan negeri pada rakyatnya.

Walau apapun, syabas negeri Perak ! sumber berita

Gambar Resit Restoran Pak Din 'Cekik Darah' Tersebar

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


SEKEPING gambar resit yang dikeluarkan oleh Restoran Pak Din Sajian Melayu tersebar di media sosial berikutan dengan caj harga makanannya yang tidak masuk akal.

Menurut pemilik resit berkenaan, dia telah dikenakan caj sebanyak RM34.70 untuk dua jenis hidangan lauk nasi campur iaitu dua ekor udang bersaiz sebesar ibu jari dan seekor ikan bawal.

Apa yang memeranjatkan ialah harga yang dikenakan buat seekor udang yang tidak besar mana itu ialah RM12, membuatkan mangsa terkedu seketika melihatkan kembali jumlah dua ekor udang yang perlu dibayar.

Susulan dari pendedahan resit berkenaan, netizen tampil mendedahkan restoran berkenaan memang terkenal dengan harga yang agak tidak munasabah.

Menurut mereka, Restoran Pak Din Sajian Melayu yang terletak di sebuah pusat beli belah di ibu negara ini sememangnya mengenakan harga yang agak mahal kepada pengunjung.

"Restoran Pak Din ni gua dah terkena..kat Sogo.. Tak tau harga dia mahal dari restoran western (atleast berbaloi mahal), nasi dan ikan pari sepotong kecil RM18… sekali tu je aku datang stall dia, pastu aku pergi nasi campor kat belah depan, takde silap resit tu, memang harga pencekik," jelas Aziz NJ Pakdin.

"Gila harga dia, ikan bawal itu pun tak selera aku tengok, goreng macam tak tukar minyak, udang besar itu tak berbaloi langsung dengan harga. Seekor udang RM12…dua ekor udang RM24, dah boleh dapat sekilo kot harga udang tu kat pasar," tulis Irfan Idlan.

"Kat Tesco udang sekilo baru dalam RM23~RM24 dengan saiz yang boleh tahan besar. Gila betol ketuk harga, tuan kedai mana? Ini bukan takat dapat gi haji awal, gi Los Angelas dua bulan sekoli pun boleh," kata Ahrotul Farihah.

Justeru, ramai yang memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tampil mengambil tindakan terhadap restoran berkenaan, bukannya hanya berani mengambil tindakan terhadap pengusaha kedai makanan bumiputera sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Mana pergi rakyat kita ni!

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
"

Bila bus MRT lalu depan rumah,rasa bangga plak kerana negara kita ada sistem pengangkutan awam yang canggih. Bermula dengan komuter oleh KTM berhad, selepas itu LRT, kemudian monorel , ETS , KLIA express kini MRT pula. Berapa BILLION RM terpaksa dibelanjakan untuk merealisasikan projek rakyat ini. Maka kita sebagai rakyat Malaysia wajib berbangga dan wajib menggunakan sistem pengangkutan hebat ini. Tapi yang jadi masalahnya adalah, walaupun sistem ini berjalan dengan baik, jumlah kenderaan diatas jalan raya di KL tetap sama...

Majoriti pengguna kenderaan awam di KL ini adalah terdiri dari warga asing. Baik bas mahupun keretapi (LRT, Monorel dan kini MRT) keebanyakkannya di guna oleh warga asing terutama warga Bangla , mymmar, vietnam dan juga pelancong asing.

Mana warga negara kita? Adakah mereka tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini sehingga jalanraya sentiasa sesak nafas? Sepatutnya bila sistem 'public transport' ini tersedia dengan canggihnya, sekurang2nya separuh daripada kenderaan terutama kereta dapat ditarik keluar dari jalan raya utama diibu kota.

Tapi sebaliknya berlaku. Kenderaan tetap terlampau banyak dan jalan tetap juga sesak. Ini seolah menggambarkan semua yang kerajaan lakukan untuk rakyat tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari penduduk negara ini.

Pihak kerajaan harus memikirkan mekanisma dalam mengenakan tambang yang berpatutan khas untuk warga negara. Ini seperti mengenakan tambang tetap sehari untuk menggunakan kesemua sistem pengangkutan yang ada berbanding sekarang yang terpaksa membayar setiap kali ingin menggunakan perkhidmatan itu.

Untuk warga asing yang tiada IC Malaysia, mereka seharusnya membayar lebih dari rakyat kita untuk perkhidmatan ini. Ini baru adil kerana kebanyakkan warga asing terutama yang bekerja disiini mendapat banyak kelebihan seperti rumah sewa percuma yang disediakn oleh majikan berbanding dengan kita yang terpaksa membayar itu dan ini.

Kita perlu promosikan sistem pengangkutan hebat ini kepada rakyat kita sendiri dan bukan untuk rakyat orang lain. Kerajaan perlu memikirkan bagaimana satu sistem tambang untuk warga kita patut diberikan dan direalisasikan agar rakyat KL mengunci kereta mereka dirumah berbanding terpaksa mengharung kesesakkan lalulintas setiap hari.

Kita mahu semua perkhidmatan yang kita sediakan ini manfaatnya dapat dirasa oleh rakyat kita sendiri. Bayangkan jika tambang kepejabat dari putra height (contoh) ke KL sentral berharga rm5, tukar monorel ke HKL dengan tambang 5 juga , menjadikan perjalanan pergi balik sudah mencecah rm20. Adalah lebih selesa menggunakan kereta sendiri berbanding kenderaan awam. Jika dengan rm3 sehari pergi dan balik dari tempat kerja, saya pasti rakyat kL PASTI tidak mahu melepaskan peluang untuk berjimat dengan sistem pemgamgkutan sebegini.

Sedangkan GRAB dan UBEr pun majoriti pengguna adalah warga asing walaupun tambangnya mahal, inilkan pula pengangkutan awam yang murah buat mereka.

Kerajaan wajib fikirkan rasionalisasi harga tambang buat rakyat malaysia berbanding membiarkan kesemua sistem pengangkutan awam yang ada 'KOSONG' penumpang diluar waktu puncak. Biarlah rugi sedikit daripada rugi besar yang akhirnya poket rakyat terpaksa diseluk lagi dengan GST yang meningkat semata untuk melihat MRT,LRT ,MONOREL dan sebagainya berjalan mengikut acuannya walaupun tanpa penumpang.

Wallahuaklam

md daud yusri almelintangi

www.dadiydoo.com

Ini realiti didalam kenderaan GRAB yang perlu anda ketahui.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

HANYA JUTAWAN SAHAJA YANG MAMPU MAKAN IKAN BILIS INI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Dec 26, 2016 7:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dulu Ditamatkan Perkhidmatan Atas Alasan Kesihatan.. Tapi Sekarang?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Bagi yang dah lupa.. kat atas tu adalah laporan yang memberikan sebab kenapa Gani Patail ditamaykan perkhidmatannya secara tiba-tiba pada 27 Julai yang lalu..

Alasan beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara adalah atas faktor kesihatan yang menimbulkan keraguan dipihak awam..

Bagaimanapun pada 23 Disember lalu, Gani Patail yang muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kelihatan sihat walafiat..

KUALA LUMPUR, 23 Dis ― Selepas bersara sebagai peguam negara pada Oktober tahun lepas, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.

Abdul Gani, 61, antara lima orang pelajar yang diterima masuk pada majlis penerimaan masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara hari ini.

O'Hara berkata selepas membaca permohonan pempetisyen, Abdul Gani yang meminta diterima dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, mahkamah dengan ini menerima Abdul Gani sebagai peguambela dan peguamcara.

"Saya juga memerintahkan Abdul Gani dan penerimaannya sebagai peguam bela dan peguam cara didaftarkan oleh pendaftar," kata hakim itu.. laporan penuh sila baca di SINI

Kenapa agaknya orang yang tiba-tiba ditamatkan perkhidmatan atasalasan kesihatan suatu masa dulu, sekarang boleh pulak jadi Peguam bela dan Peguam cara di Mahkamah Tinggi?

Sekolah Tak Wujud Dijadikan Pusat Pengundi, Apa Sudah Jadi Ini SPR? Cuba Jawab Sikit.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Kenyataan Media

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
22/11/2016

SPR Mewartakan DUA Pusat Mengundi yang sudah tidak lagi wujud untuk Parlimen Kuantan P083.

Umum mengetahui bahawa Sekolah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah St Thomas tidak lagi wujud secara fizikal semenjak tiga tahun lepas. Pengoperasian kedua-dua sekolah ini sepanjang tiga tahun lepas menumpang di Sekolah Kebangsaan Teruntum dan di Sekolah Menengah SABS.

Malah bangunan Sekolah juga telah bertukar nama. Namun senarai Pusat Mengundi yang di wartakan oleh SPR pada 29 April 2016 dengan jelas meletakkan kedua sekolah ini sebagai Pusat Mengundi untuk Parlimen Kuantan.

Ini merupakan bukti kecuaian SPR yang mengakibatkan penghapusan keyakinan rakyat terhadap SPR. Surat saya kepada Pengarah SPR Pahang yang memohon penjelasan bertulis di sertakan bersama kenyataan ini bersekali dengan senarai Pusat Mengundi yang di wartakan.

Kerjasama pihak media amat-amat dihargai.

Terima Kasih.

Fuziah Salleh

Bagaimana Noh Omar miliki tanak seluas 30 ekar di Tanjong Karang
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di Tanjong Karang.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995.
"Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini," katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.
Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu.
Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas 30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut.
Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya sahaja.
Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang memerlukan.sumber

PEMIMPIN KAKI REMBAT AKAN MELAHIRKAN RAKYAT KAKI REMBAT
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Jamal mengaku Sekinchan Ikan Bakar bankrap akibat lawan Bersih
bloglistpolitik.blogspot
milosuam.net
DATUK Jamal Yunos (Jamal Jamban), Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, merangkap Ketua Samseng Baju Merah mengaku rangkaian perniagaan yang diusahakannya Sekinchan Ikan Bakar, 'bankrap' dalam masa 6 bulan akibat tindakannya menentang Bersih 2.

Difahamkan 23 'outlet' rangkaian perniagaan ikan bakar Jamal telah diboikot oleh orang ramai selepas tindakannya membuat demonstrasi depan rumah Datuk Ambiga yang pada masa itu merupakan pengerusi Bersih 2 bersama-sama dengan Saterawan Negara A Samad Said.

"Kita telah buat satu demonstrasi di hadapan rumah Ambiga. Ketika itu, saya tidak tahu menahu pasal politik, cuma kami ingin menyampaikan mesej kepada pihak Bersih bahawa kami tidak mahu Bersih dilakukan di Kuala Lumpur kerana mengganggu ketenteraman awam, mengganggu peniaga," katanya.

"Dan akibat daripada apa yang saya lakukan itu, mereka ini (Bersih) melalui satu gerakan telah pun, apa nama menggerakkan agar saya di 'attack' secara 'personal' dan akibat daripada itu, rangkaian perniagaan saya telah pun tutup dalam waktu 6 bulan." tambahnya lagi.

Jamal mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama Astro Awani 7:45, sehari selepas hidungnya berdarah tersenggol tangan anggota Polis dalam satu pergelutan di Ampang Point baru-baru ini.

Pengakuan Jamal ini membuat aku teringat — dulu aku memang selalu juga pergi Restoran Sekinchan Ikan Bakar, aku selalu bawa mak aku makan bersama dengan abang dan kakak ipar aku.

Makanan di Sekinchan Ikan Bakar memang mahal, tapi aku rasa agak berbaloi sebab masakannya boleh tahanlah walau tak sedap sangat, layanannya kadang baik kadang tidak. Sekali 'open table' kurang-kurang mesti habis dalam RM200 - RM300.

Tapi sejak aku dapat tahu pemilik besar Sekinchan Ikan Bakar ni tiba-tiba menentang gerakan rakyat yang mahu Pilihanraya Bersih dan Adil iaitu Bersih, aku terus tak pernah lagi pergi Sekinchan Ikan Bakar, keluarga aku boikot.

Aku percaya ramai lagi yang boikot Sekinchan Ikan Bakar, selepas dapat tahu 'taukey' besarnya menentang Himpunan Bersih — maka tak hairanlah hanya dalam masa 6 bulan kesemua 23 rangkaian perniagaannya boleh melingkup.

Dari sini kita boleh faham, rupanya ada dendam peribadi antara Jamal Jamban dengan Himpunan Bersih, patutlah bermati-matian dia lawan Bersih.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/jamal-mengaku-sekinchan-ikan-bakar.html#ixzz4QANW0uCI

Akhirnya BN Akui Projek RM22 Juta Dah Jadi Projek Gajah Putih
bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Selepas diasak akhirnya Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik mengakui projek Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Selangor merupakan projek gajah putih peninggalan Barisan Nasional (BN).

Projek yang menyebabkan pembaziran RM22 juta itu diklasfikasikan projek gajah putih apabila projek itu didapati tidak selamat dijadikan tempat pendaratan ikan oleh nelayan.

"Itu kerja pemimpin terdahulu, janganlah dibangkitkan lagi," kata Kamarol Zaki ketika membahaskan Belanjawan 2017 Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas diasak oleh ADN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Terdahulu beliau menyatakan kebimbangan terhadap satu skim yang dilancarkan pada 2017 daripada menjadi projek gajah putih.

Kenyataan Kamarol Zaki itu menarik minat Suee Lim untuk mencelah dan bertanya adakah projek gajah putih yang dimaksudkan sama seperti yang dialami projek jeti pendaratan ikan LKIM Kuala Selangor.

Kata Suee Lim, projek bernilai RM22 juta itu tidak berbaloi apabila hanya sebahagian kecilnya sahaja boleh dimanfaatkan dengan dijadikan 'Restoren Steamboat'.

Ia berbanding objektif sebenar tempat pendaratan bot nelayan kelas visel B dan A untuk menaikkan hasil tangkapan masing-masing.

Beliau yang pada mulanya cuba mengelak daripada menyentuh isu jeti yang pernah didedahkan SelangorKini pada 2012 lalu, akhirnya mengakui projek itu merupakan kesilapan dilakukan pemimpin BN terdahulu.

Pada 2012, SelangorKini mendedahkan projek itu gagal memperolehi kelulusan plan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) selepas MDKL mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan pelbagai agensi terlibat ekoran tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Antara agensi yang perlu menilai sebelum kelulusan boleh diberi adalah Jabatan Alam sekitar (JAS), Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Maritim dan lain-lain apabila kesemuanya lebih kurang 19 pihak perlu meneliti projek terbabit.

Walaupun gagal mendapatkan kelulusan agensi terlibat tetapi BN mengambil keputusan meneruskannya hinggalah projek itu akhirnya gagal memperolehi sijil menduduki (CF) kerana diklasfikasikan sebagai tidak selamat ~ themalaysianmirror

"Kita Ada Persamaan Dari Segi Warna Merah" - Red One Tawar Jadi Penaja Utama TRW
siakapkeli.my

Syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd hari ini tampil menyatakan hasrat untuk menjadi penaja utama The Red Warriors selepas tiada penaja besar yang berani menghulurkan bantuan kepada kelab bola sepak Kelantan itu.

Red One yang juga merupakan penaja Kelantan sejak 2015 membayangkan kesediaannya unutk terus menyumbang bagi memastikan pasukan itu terus dapat bersaing dalam liga domestik itu.

Menurut Ketua Pemasaran, Ben Teh, kali ini pihaknya berhasrat menjadi penaja utama selepas dua musim mengikat kontrak selaku penaja bersama pasukan terbabit. Bagaimanapun, beliau enggan memberi perincian tentang tajaan itu namun difahamkan ia bakal melibatkan nilai jutaan ringgit.

"Kita lihat Kafa dalam situasi sukar sekarang dan mereka ada bertanya sama ada red One hendak kekal jadi penaja atau tidak. Saya rasa hendak taja itu tidak jadi masalah, kita ada persamaan dari segi warna (merah) dan kita sudah dua tahun bersama Kafa.

"Setakat ini, belum ada perbincangan rasmi dengan Kafa tetapi kita bersedia berbincang lebih lanjut, bagaimana red One boleh bantu Kafa pada musim depan," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

"Saya rasa kalau red One betul-betul jadi penaja utama, saya percaya Kelantan akan menjadi sebuah pasukan yang kembali disegani. Di red One, kita mempunyai prinsip apabila berjanji, kita akan tunaikan.

"Sepanjang dua tahun penajaan, kita menjelaskan semua sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Kafa, tidak pernah berhutang dan kita akan meneruskan prinsip ini sebaik mungkin," katanya.

Tambahnya lagi, nilai tajaan bukanlah menjadi persoalan kerana apa yang penting kedua-dua pihak mendapat keuntungan bersama di sebalik penajaan tersebut.

"Bagi saya, penajaan untuk sukan, bukan kita yang kena tentukan sama ada pasukan itu perlu menang atau tidak, itu adalah urusan mereka. Tujuan kita menyokong adalah untuk mendapatkan publisiti, kalau taja untuk menang, lebih baik kita taja pasukan juara sahaja," katanya.

TRW digesa tidak tarik diri Liga M

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU: Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan menggesa Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) supaya tidak menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Penyelaras badan itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kafa tidak boleh membuat keputusan itu memandangkan bola sepak adalah sukan milik rakyat Kelantan.

Katanya, masalah yang wujud itu boleh diselesaikan terutama membabitkan sumber kewangan.

Jelasnya, pihaknya akan melancarkan tabung dana penyelamat bola sepak Kelantan.

Katanya yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu, tabung itu diharap dapat memulihkan kewangan Kafa.

Takiyuddin berkata, beliau berharap jika setiap orang rakyat menyumbang RM10 agar dapat mengurangkan bebanan ditanggung.

"Selain itu, kita juga akan berjumpa dengan tokoh korporat yang berasal dari Kelantan dan berada di luar negeri ini untuk membincangkan hal ini.

"Saya harap mereka dapat membantu pasukan The Red Warriors (TRW) untuk meneruskan saingan dalam Liga M musim depan," ujarnya.

Takiyuddin berkata demikian pada sidang medianya semalam.

Sebuah akhbar harian Jumaat lalu melaporkan Kafa menerusi Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, pihaknya berdepan dengan kekangan kewangan yang serius. – HARAKAHDAILY 20/12/2016

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, December 19, 2016 11:00 PM
Subject: Fw: Kelantan Tarik Diri Dari Liga M Musim 2017

Kelantan Tarik Diri Dari Liga M Musim 2017

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017.

Setiausaha KAFA , Datuk Ismail Md Noor, berkata mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan malam kelmarin sudah mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan.

Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember nanti sekiranya berlaku keajaiban hingga mengubah keputusan asal.

"Keputusan untuk menarik diri dibuat selepas mendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA kerana sehingga kini kita masih gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.

"Usaha berterusan sudah dilakukan oleh KAFA bagi mencari dana kewangan setakat ini masih gagal dan menemui jalan buntu. Kita hanya mampu meneruskan Liga M sekiranya ada penyelamat hadir pada saat-saat terakhir," katanya ketika dihubungi.

Datuk Ismail berkata, KAFA memerlukan minima RM3 juta untuk menubuhkan pasukan dan RM12 juta lagi bagi kos pembiayaan mengurus pasukan sepanjang tahun. "Ini ini akan dibahaskan dalam kongres luar biasa dalam menentukan penyertaan Kelantan pada Liga M," katanya.

Terdahulu, Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah mengumumkan pihaknya akan mengadakan Kongres Luar Biasa pada 29 Disember ini bagi membuat keputusan muktamad mengenai kedudukan pasukan itu dalam Liga M, musim depan.

Katanya, kemampuan KAFA menyertai liga M bergantung kepada setakat mana jumlah penajaan dan kewangan bagi kos pengurusan pasukan dan setakat ini pihaknya hanya memperoleh RM800,000. – Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: