Sunday, December 18, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4646

8 Messages

Digest #4646

Messages

Sat Dec 17, 2016 2:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apabila Sultan Selangor Bertitah.. Pedas!!

bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Apabila Sultan Selangor Bertitah.. Pedas!! Sultan Selangor menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran semasa zaman pentadbiran menteri besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib terlalu mudah dan sesedap hati seperti hidangan "buffet".

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata Muhammad banyak menukar adat negeri, misalnya memberi darjah kebesaran dengan hanya kelulusan exco, tanpa melalui Dewan Diraja.

"Sebab itu kadang-kadang istana kata darjah kebesaran semasa zaman Muhammad seperti buffet sahaja, letak atas meja terus ambil," titahnya, sebelum tradisi itu dikembalikan seperti asal.

Baginda menambah, susulan prestasi pegawai kerajaan sekarang yang tidak bagus, istana tahun ini memutuskan memberi 17 pingat darjah kebesaran sahaja yang membawa gelaran Datuk.

"Saya pun tengok pegawai-pegawai kerajaan tidak menunjukkan prestasi bagus, jadi saya tidak bagi banyak. Kita beri 17 gelaran Dato', satu Dato' Seri dan tiga Dato' Setia," katanya, apabila ditanya sebab jumlah darjah kebesaran tahun ini, sempena keputeraan baginda ke-70, berkurang.

Baginda, dalam wawancara akhbar Mingguan Malaysia, juga terus-terang mengakui tidak menghormati Muhammad, menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997, yang didakwa mengaut kekayaan ketika aktif berpolitik dan sikapnya yang sering melompat parti.

"Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS.

"Kemudian apabila PAS kelam-kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat," kata baginda.

Baginda mendedahkan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah berselisih dengan Muhammad kerana beliau berbohong.

Baginda juga menyifatkan kewujudan jawatan timbalan menteri besar semasa itu sebagai kesilapan terbesar Selangor dan selepas mengambil alih takhta, baginda memansuhkan jawatan itu.

"Saya tidak pernah argue (berbalah) dengan menteri besar. Hanya sekali sahaja ayahanda saya berbalah dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, itu pun kerana beliau berbohong.

"Sebab beliaulah, kita wujudkan jawatan timbalan menteri besar dan itu adalah kesilapan terbesar negeri Selangor," kata Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Semasa ambil alih (takhta) ayahanda, saya cakap dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya tidak mahu timbalan menteri besar. Beliau tanya kenapa?

"Timbalan menteri besar ini tidak lain kerjanya hendak menjatuhkan menteri besar. Jadi menteri besar takut apa akan datang dari belakang. Dia bukan menolong tapi menjatuhkan.

"Bukan bermakna timbalan menteri besar secara automatik akan jadi menteri besar. Jadi, ada cita-cita lain. Jadi, lebih baik tidak ada. Pak Lah setuju dan sejak itu tidak ada lagi timbalan menteri besar." lapor MMO.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Dec 17, 2016 2:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bomba Berjaya Pujuk Budak 'Hyperactive' Berusia 9 Tahun Daripada Terjun Dari tingkat 3 Rumahnya
siakapkeli.my

AMPANG: Pihak bomba dan penyelamat Malaysia telah memujuk seorang budak lelaki berumur sembilan tahun dipercayai 'hyperactive' yang cuba keluar daripada rumahnya di tingkat 3 di Flat Pandan Mewah, Pandan Mewah jam 10.34 pagi tadi.

Semasa kejadian kanak-kanak berkenaan dikatakan telah keluar daripada bahagian berada di awning belakang rumah dan terperangkap disitu di mana tiada orang lain dirumah ketika itu.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah mencampakkan beg pakaiannya di tingkat bawah flat berkenaan dan cuba untuk terjun ke bawah.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat terpaksa memecahkan pintu hadapan rumah mangsa bagi memujuk kanak-kanak tersebut sebelum berjaya membawanya turun.

Kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. - Siakapkeli.my

SUMBER: BOMBA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Dec 17, 2016 2:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gangguan Bekalan Air Melibatkan Hampir 4 Juta Pengguna Pada Isnin Ini (19 Dis 2016)
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Seramai 3,892,641 pengguna di Lembah Klang bakal mengalami masalah bekalan air pada Isnin hadapan.

Menurut Utusan Online, masalah air itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd. Ridhuan Ismail, bekalan dihentikan sementara bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik TNB di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong di Hulu Selangor

Tambah beliau operasi penyelenggaraan itu akan mengambil masa 16 jam.

"Kerja-kerja henti tugas TNB bermula pukul 8 pagi hingga 12 malam dan mengambil masa selama 16 jam serta menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang," katanya.

Tambah beliau lagi, bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja itu selesai dan loji-loji rawatan air beroperasi semula.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Dec 17, 2016 2:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Allahuakbar! Terbaik Tuanku ambo - Komen Netizen

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KECEKAPAN Yang di-Pertuan Agong ke -15, Sultan Muhammad V menggunakan senjata api berjaya menarik perhatian netizen yang rata-rata terpana dengan kebolehan yang ditonjolkan baginda.

Video yang dikongsikan oleh Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu memaparkan kehebatan Sultan Muhammad sedang menembak.

"Yang di-Pertuan Agong ke 15 seorang yang cekap dalam bermain senjata, video ini dirakam semasa Pertandingan Menembak Mahabbah (Acara Side Arm ) bertempat di Lapang Sasar Gunung, Bachok sebulan yang lepas," jelas kapsyen di video berkenaan.

Video yang berdurasi selama 1.00 minit itu menerima pelbagai komen positif daripada rakyat jelata antaranya Asyikin Muhamad Nor.

"Wah...0.37s -0. 42s tepat pada sasaran... hebatnya Tuanku," tulisnya.

Sementara Koko Nut pula menulis, "Terbaik Tuanku".

"Allahuakbar!, terbaik Tuanku ambo, hebat," tulis pengguna Facebook menggunakan nama Amran pula.

Sultan Muhammad V memang terkenal dengan minatnya dalam sukan lasak.

Selain menembak baginda juga sukakan ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Baginda juga meminati sukan memanah, bowling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain berperanan aktif dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Agong solat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Agong solat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras. Dikatakan memandu sendiri kereta tanpa protokol dengan hamparan sejadah khas.

Kredit:
Lensa Chempaka

YDP Agong XV Sultan Muhammad V Tunai Solat di PGA Cheras
siakapkeli.my

YDP Agong XV Sultan Muhammad V hari ini menunaikan solat di Masjid Briged Tengah PGA, Cheras malam tadi, lapor Sinar Online.

Menerusi foto yang dimuat naik, Baginda yang dilihat berpakaian baju putih itu turut mengenakan kopiah putih.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook berkata, sebelum itu Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli beriadah dengan menyertai latihan menembak bersama PDRM di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut Sinar Online, mereka difahamkan baginda Sultan memandu sendiri ke masjid tersebut tanpa kenderaan pengiring rasmi. Menerusi satu video yang dikongsi oleh likers Siakapkeli pula, boleh dilihat Baginda masuk ke bahagian pemandu dan memandu sendiri kereta setelah selesai solat.

Menunaikan Ibadah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menunaikan solat Maghrib di Masjid Briged Tengah PGA, Cheras selepas mencemar duli beriadah dengan menyertai latihan menembak bersama polis di Lapang Sasar Briged Tengah PGA, petang tadi. Sinar Harian difahamkan, baginda memandu sendiri ke masjid tersebut tanpa kenderaan pengiring rasmi. - Foto Pembaca Sinar Harian

Sultan Muhammad V sememangnya terkenal dengan sifat merendah diri terutamanya dalam kalangan rakyat Kelantan.

Sumber: FB PDRM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Dec 17, 2016 2:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengobanan Seorang Bapa, Terpaksa Bercuti Tanpa Gaji Sudah 6 Bulan Demi Jaga Anak Hidap Kanser Tahap 4
siakapkeli.my

Seawal usia tiga tahun, Annur Qisya Umaira binti Luqman sudah menanggung derita yang tak terkata sakitnya, mula menghuni wad C3 Hospital Pulau Pinang pada tanggal 12 Jun 2016.

Qisya sebelum itu mengalami simptom demam yang tidak menentu di man ada ketika suhu badannya melonjak tinggi dan kembali normal di keesokan hari.

Beliau juga sering muntah-muntah dan tubuh kecilnya juga kian menyusut di mana simptom ini berlarutan hingga menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di bahagian perutnya yang membesar seperti ibu yang sedang hamil.

Anak kecil ini pernah dibawa ke sebuah hospital pakar swasta namun jawapan yang diterima amat mengecewakan di mana pihak hospital berkenaan tidak mahu menerimanya kerana keadaan Qisya yang sudah kritikal.

Dari hospital swasta Qisya dirujuk ke hospital Pulau Pinang dan apabila ujian demi ujian dijalankan, Qisya disahkan menghidap Kanser Neuroblastoma stage 4.

Pertama kali krew KELSS bertemu dia di wad C3 keaddaannya sungguh meruntun hati, tubuh yang kecil kurus melidi di mana nampak tulang temulangnya, seolah-olah hanya kulit membaluti tulang yang tidak berisi.

Disisinya pula,berdirinya seorang wanita yang sarat mengandung yang penuh kesabaran melayani kerenah si anak yang memprotes.Hebat sungguh ujian buat mereka.

Qisya sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi, selain itu anak kecil ini pernah beberapa kali menjadi penghuni PICU di mana ketika ini beliau sedang menunggu keputusan ujian scan untuk melihat samaada ketumbuhan di perutnya boleh dibedah buang atau sebaliknya.

Pada 23 Jan 2017 akan datang,Qisya perlu menghadiri temujanji di hospital Kuala Lumpur bagi menjalani ujian MIBG Scan.

Ayah Qisya pula yang merupakan seorang pengawal keselamatan terpaksa bercuti tanpa gaji sudah enam bulan demi menggalas tanggungjawab menjaga Qisya di mana ibunya pula seorang surirumah baru sahaja habis berpantang dan perlu menguruskan 3 orang anak-anak di rumah.

Mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ni , boleh merujuk maklumat berikut ,

TEL: 0125658572 / 01112568186

AKAUN:

Maybank 157091391639 (Siti Solehah - Ibu)
Maybank 157091087605 (Luqman bin Ishak - Ayah)

Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS

- Siakapkeli.my

Terpaksa Jual Motosikal Kesayangan Kepada Orang Lain Demi Tanggung Kos Rawatan Anak
siakapkeli.my

Seorang bapa Mohd Yuzwan Bin Yatni terpaksa menjual motosikal kesayangannya iaitu jenis Suzuki txr150 Gamma demi mencari wang untuk menanggung kos rawatan anak ketika yang dikatakan menghidapi penyakit degupan jantung terlalu laju.

Pada 14 Disember yang lalu beliau telah memuatnaik sebuah pos di laman Facebook miliknya di mana menyatakan hasrat untuk menjual motosikal kesayangannya itu.

Semalam dalam kemaskini terbaru di laman Facebook beliau, beliau telah menyatakan motosikalnya itu telah berjaya dijual dengan harga RM3000.

Berikutan pos itu, ramai sahabat handai dan netizen rasa tersentuh dan ada antara mereka telah melancarkan kutipan dan jualan amal untuk membantu beliau.

Kami doakan agar anak kepada Encik Yuzwan, MUHAMMAD EIIJAZ FAKHRI BIN MOHD YUZWAN cepat sembuh seperti sediakala. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Dec 17, 2016 2:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang: Tambang Percuma Selama Sebulan Sebagai Hadiah Tahun Baru - Najib
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 15 Dis. - Rakyat Malaysia yang akan menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) dapat menikmati tambang secara percuma selama sebulan sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.

Perdana Menteri, Najib Razak berkata perkhidmatan yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd. itu akan dapat dinikmati pengguna bermula mulai esok sehingga 16 Januari depan.

"Sebagai hadiah kepada rakyat bagi Tahun Baru serta memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien, saya mengumumkan bahawa Rapid Rail akan memberi perkhidmatan MRT percuma selama sebulan mulai esok sehingga 16 Januari ini.

"Ia termasuklah perkhidmatan bas pengantara. Tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari ini," katanya.

Pengumuman itu dibuat oleh Najib dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini, lapor Utusan Online.

Sumber: Utusan Online, BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Dec 17, 2016 2:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Staff Maybank Seremban 2 Terbaik, Layan Pelanggan OKU Tukar Kad Baru Tanpa Perlu Turun Kereta
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari ini hampir di semua cawangan bank dilihat meriah di mana orang ramai beratur panjang menukar kad ATM lama kepada kad ATM baru yang mempunyai transaksi debit.

Orang ramai dilihat berpusu-pusu beratur di luar bank di mana ada menyatakan di sebuah bank nombor giliran sudah habis seawal jam 10 pagi.

Namun, bukan itu yang admin ingin sampaikan, tetapi kisah kakitangan sebuah bank di Seremban yang cukup profesional di mana mereka sanggup melayan pelanggan kurang upaya mereka sehingga di dalam kereta.

Seorang wanita bernama Suzy Haron berkongsikan pengalamannya di mana beliau telah membawa ibunya yang berumur 80 tahun yang juga merupakan seorang OKU. Apa yang menarik selepas dimaklumkan kepada kakitangan bank,

Cerita pagi tadi...saya nak viralkan pengalaman saya pagi tadi...a very2 good experience dan saya nak semua org tahu hal ini.

Benda2 yg baik juga perlu disebarkan...yang patut diberi pujian...kita pujilah...macamni ceritanya...my mum is 80 years old, warga emas yang bertaraf OKU.

Kami nak renew kad ATM Maybanknya. Tapi sampai jer di bank tadi, queuenya panjang nyer sehingga ke luar bank. Sy maklum kpd pihak bank dan dengan ikhlas hati mereka menawarkan a personalised service for my mum!

Kakitangan Maybank cawangan Seremban 2 walaupun tengah kalut dgn orang punyalah ramai, masih sanggup ke luar bank menuju ke mak saya yg sedang tunggu di dalam kereta. Semua urusan pertukaran kad baru di buat di kereta tanpa perlu mak berganjak walaupun seinci!

Saya disini ingin merakamkan jutaan terima kasih kpd staf2 Maybank khususnya cawangan Seremban 2 kerana mereka go.out of their way nak bantu mak saya yg keuzuran....tq so much semoga Allah merahmati anda semua!!! Bos2 Maybank...kudos to your staff!! Well trained and very professional indeed! - Suzy Haron

- Siakapkeli.my

Kena Cas RM12.70 Jika Tidak Tukar Kad ATM Lama Kepada MyDebit Adalah Tidak Benar - Maybank
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial bahawa bagi pemegang kad Debit bank Maybank, Cimb, RHB, dan BSN, jika mereka tidak menukar dengan kad baru sebelum tarikh yang dinyatakan, mereka akan dicas sebanyak RM12.70 oleh pihak bank.

Pihak Maybank dalam satu kenyataan mereka menafikan yang mereka akan mengenakan penalti sebanyak RM12.70 jika tidak menukar Kad Debit baru.

"Jika anda menerima mesej sedemikian, sila abaikannya, Maybank ingin menjelaskan bahawa kita menggalakkan semua pemegang Kad ATM / Debit untuk menukar kad mereka sebelum 18 Disember untuk mengelakkan kesulitan, terutama pada musim perayaan."

"Tiada sebarang cas terlibat untuk penggantian kali pertama," kata mereka.

Maybank
7 jam yang lalu
Dear Maybank Customers, please be informed that FB postings and messages that are circulating with regards to a penalty of RM12.70 being charged for Debit Card replacement are NOT TRUE and NOT AUTHORISED by Maybank. If you receive such a messages, please ignore it.

Maybank would like to clarify that we are encouraging all ATM/Debit Card holders to change their cards by 18 December to avoid inconvenience, especially the festive rush. There are NO CHARGES involved for first time replacement. If you have not already done so, please change your card immediately via #Maybank2u, Debit Card Replacement Kiosk or visit any Maybank branch nationwide.

We request all customers to refer to our website at www.maybank2u.com.my for the latest information on all our products and services, including card replacements. Thank you. #mbbalert

Menjawab pertanyaan orang ramai mengenai tarikh akhir penukaran kad ATM, tarikh akhir penukaran kad lama kepada kad MyDebit adalah sehingga 31 Disember 2016 ini di mana selepas tarikh itu ia akan menjejaskan urusniaga pengeluaran di mesin ATM atau pembelian runcit di terminal Pin & Pay mulai 01.01.17.

Jika anda belum lagi berbuat demikian, sila tukar kad anda dengan segera melalui Maybank2u, Debit Card Kiosk Penggantian atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

"Kami meminta semua pelanggan untuk merujuk kepada laman web kami di www.maybank2u.com.my untuk maklumat terkini mengenai semua produk dan perkhidmatan kami, termasuk penggantian kad," jelas mereka.

Berikut adalah lokasi Kiosk penukaran Debit kad yang disediakan oleh Maybank.

Maybank
pada 4hb Disember jam 6.10 ptg ·
Skip the queue! Replace your Debit/ATM Card in less than 1 minute at our new Express #DebitCard Replacement Kiosk. It's fast, easy and convenient! Visit http://mybk.co/yhch for more details! #MaybankCards #MyDebitCard

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Dec 17, 2016 2:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Solat Jumaat Mereka Vs Solat Jumaat Kita, "Kami Ambil Cuti 2 Jam Pigi Solat Jumaat, Potong Gaji 1 Jam RM5"
siakapkeli.my

Mungkin kita berasa agak sesak dengan kedatangan warga asing ke negara kita, boleh dikatakan di merata ceruk Malaysia kini termasuk kampung ada warga asing.

Ada yang memandang sinis, ada orang kita yang mahu berkawan dengan mereka, ada yang suka mereka kerana ada sebahagian mereka sering datang ke Masjid untuk solat, walaupun ada segelintir dari kalangan mereka yang mempunyai masalah.

Mereka di dalam gambar ini memang patut dipuji, namun perkongsian ini bukanlah untuk memuji mereka semata-mata, tetapi tujuan utamanya sebagai contoh kepada kita umat Islam negara ini yang sering menjadikan alasan kesibukan kerja untuk tidak beribadat.

Dikongsikan oleh Ustaz Omar Umar kisah beliau berbual dengan beberapa warga asing yang sedang dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di mana mereka berjalan kaki sejauh 2 kilometer.

Jawapan yang diberikan oleh mereka agak memeranjatkan, mereka sanggup dipotong gaji demi untuk menunaikan solat Jumaat.

Solat Jumaat MEREKA

vs

Solat Jumaat KITA..

Mereka datang jauh dari Bangladesh mengutip rezeki sekitar RM800++ sebulan di Kilang Papan di Labu N9..

Dalam hujan lebat ramai berjalan kaki di bahu jalan sejauh 2KM dari penginapan kilang ke Masjid..
Sempat aku tanya mereka;

"tauke bagus ye bagi keluar solat Jumaat.."

Mereka kata;

" tada la bos.. Kita semua ambil cuti 2 jam untuk pigi solat Jumaat.. potong gaji.. 1 jam RM 5...2 jam potong RM10.."

Ya Salam!!!

kat ceruk Labu tu, kalau tak pergi solat, sape pun tak kisah nak tanya.. tapi mereka merasa tanggungjawab dengan Tuhan pemberi rezeki pada mereka.. sanggup hilang RM 10 berjalan kaki untuk sama berjemaah..

Kita macam mana?

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: