Monday, July 10, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4799

9 Messages

Digest #4799

Messages

Mon Jul 10, 2017 6:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Punca Kematian Adik Thaqif Akhirnya Terjawab, Pasukan Perubatan Sahkan Kematiannya Bukan Kerana Dirotan Atau Didera
siakapkeli.my

Segala persoalan tentang punca kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, seorang murid dari madrasah tahfiz Al-Jauhar yang meninggal pada 26 April lalu akhirnya terjawab, lapor Harian Metro.

Hasil siasatan yang dilakukan pegawai perubatan dan kimia sahkan punca kematiannya beliau adalah berpunca daripada penyakit kencing tikus dan bukannya akibat cedera dirotan pembantu warden seperti yang tular sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa penyebab utama kematian kanak-kanak itu adalah kencing tikus (Leptospirosis).

" Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu di mana satu proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan pada 6 petang hari yang sama kanak-kanak itu meninggal dunia.

"Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

"Susulan daripada kejadian itu juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes ini," katanya.

Menurut beliau lagi, jawatankuasa yang menyiasat punca kematian adik Thaqif itu membabitkan Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata berdasarkan laporan perubatan itu, pihaknya akan mengemaskini kertas siasatan.

"Polis juga akan mendapat arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Sebelum ini menjadi perbualan ramai apabila adik Thaqif didakwa telah didera oleh seorang pembantu warden di asramanya, bagaimanapun pembantu warden itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Pembantu warden tersebut ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera Mohamad Thaqif mengikut Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 6:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Makin banyak francais dunia 'gulung tikar' di Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

SEMAKIN banyak jenama dan syarikat dari luar negara yang melabur di negara ini sejak beberapa tahun lalu dilaporkan terpaksa gulung tikar.

Portal The Malay Mail Online melaporkan, tahun lalu sahaja, sebanyak 68 cawangan bank daripada 63 institusi bank di seluruh negara telah ditutup, manakala 1,425 pekerja mereka diberhentikan dalam masa 6 bulan.

Faktor kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin telah membuatkan orang ramai lebih berjimat lapor portal itu lagi.

Berikut antara senarai francais yang telah ditutup di negara ini.

1. Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong

Restoran ini terpaksa gulung tikar akibat kemerosotan untungnya pada tahun lalu di Malaysia. Namun ia masih meneruskan operasinya di Singapura, Thailand dan Filipina.

Restoran popular menjual dim sum dan memiliki dua cawangan di Malaysia iaitu di pusat beli belah Mid Valley dan 1Utama ini meskipun digelar sebagai "restoran berbintang Michelin termurah di dunia", keuntungannya merosot sebanyak RM895,642 pada tahun lalu.

2. True Fitness dari Singapura

Pusat senaman True Fitness dari Singapura ini masih meneruskan perniagaannya di Taiwan dan China. Laman webnya mendakwa mempunyai keahlian lebih 200 ribu orang.

Bekas pekerjanya mengadu majikan telah gagal membayar komisyen berjumlah RM66,000. Namun isu itu dilaporkan telah selesai pada hujung bulan lalu.

Pada 9 Jun, pusat kecergasan ini telah mengumumkan penutupan operasi di seluruh negara, sehari selepas menghentikan perniagaannya di Thailand.

Dianggarkan 10 ribu ahli terjejas ekoran penutupan cawangannya di pusat beli belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza.

3. Tous Les Jours dari Korea Selatan

Pemiliknya CJ Foodvillie mempunyai lebih 1,300 kedai di seluruh dunia termasuk Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.

Di Malaysia, kedai roti yang berilhamkan konsep Perancis ini memiliki empat cawangan sekitar Lembah Klang, Bangsar, Empire Damansara, WOLO Bukit Bintang dan Empire Subang.

Ia secara tiba-tiba mengumumkan penutupan premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam melalui laman Facebook, sehingga didakwa mengelirukan pekerja.

Ada yang menyangka ia hanya ditutup sementara selama sebulan, namun sehingga kini ia tidak lagi dibuka.

4. Pumpkin Patch dari New Zealand

Jenama pakaian kanak-kanak ini telah menutup premisnya di Malaysia dalam tahun ini bermula di Mid Valley pada bulan emas dan terakhir di 1Utama dalam bulan Mei.

Syarikat ini didakwa menanggung hutang sebanyak RM250 juta.

5. Delifrance dari Perancis

Syarikat ini dimiliki oleh Grands Moulins de Paris yang memiliki beratus-ratus francais di lebih 20 negara.

Syarikat yang telah mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1990 dengan lebih 20 cawangan kedai roti dan Cafe di seluruh negara ini pada tahun 2013 telah menjenamakan semula syarikatnya sebagai Delifrance Bistro.

Namun ia telah menutup semua operasinya yang menggunakan jenama itu di Malaysia pada tahun lalu.

6. Beg tangan dan aksesori Paris Hilton dari Amerika Syarikat

Jenama milik pewaris Hotel Hilton ini mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 tiga premis di Lembah Klang termasuk Pavilliom Kuala Lumpur.

Selepas bintangnya mula malap jenamanya sudah tidak lagi dianggap sebagai barangan mewah dan mula dijual di Parkson dan Sogo.

Laman Facebook rasminya berhenti memuatnaik promosi barangan terkini pada 2014. Namun barangan itu masih boleh didapati di gedung dalam talian Lazada.

7. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan

Restoran barbeque ini Kelmarin baru sahaja mengumum kan penutupan operasi nya di premis terakhirnya di pusat beli-belah Paradigm, Petaling Jaya.

Perniagaan yang sudah bertapak di Malaysia sejak 2012 itu tidak menyatakan sebarang sebab penutupannya. Namun restoran syarikat itu masih boleh didapati di Seol, Filipina dan Kanada.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/07/makin-banyak-francais-dunia-gulung.html#ixzz4mF4BI3D2

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kaum Yang Mencari Makan Dengan Lidah Mereka
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

PEMBOHONGAN akhir-akhir ini bila kita renungi adalah sesuatu yang tidak boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Tanpa kita sedari, kadang-kadang tak satu hari pun kita lewati tanpa kebohongan kecil kepada suami, isteri, anak dan orang tua kita di dalamnya.

Mungkin tidak semua dari kita yang berlaku demikian-hal ini patut kita syukuri bersama, namun apabila kita terlanjur terbiasa berbohong, hendaknya kita segera bertaubat dan berusaha dengan keras untuk menghilangkan tabiat buruk ini. Caranya adalah dengan senantiasa berdzikir dan beristighfar di sela-sela waktu kosong kita. Kerana tabiat berbohong ini apabila dibiarkan, dikhuatiri akan memudahkan kita untuk dapat berbohong dengan skala yang lebih besar. Apalagi jika profesi kita bergantung kepada kemampuan berbicara.

Mencari rezeki atau memperoleh dunia dengan cara yang sesuai dengan syariat bukanlah perbuatan aib. Contohnya, mencari kehidupan dengan mengajar, memberi penjelasan kepada orang lain, atau berhujjah, seperti profesi seorang peguam, guru, dan yang lainnya yang memang bergantung kepada kemampuan berbicara.

Walau bagaimanapun, apabila seseorang mencari makan dengan lisannya, baik dengan cara menjilat orang lain, bersumpah palsu dalam jual-beli atau pun berbohong, maka perbuatannya itu sungguh tercela.

Suatu ketika, Umar ibn Sa'ad ibn Abi Waqqash punya keperluan dengan ayahnya, Sa'ad ibn Abi Waqqash. Ia lalu menyampaikannya kepada sang ayah melalui syair-syair berisi pujian dan sanjungan yang biasa disampaikan orang untuk meraih apa yang mereka inginkan. Sa'ad ibn Abi Waqqash belum pernah mendengar syair-syair seperti itu. Oleh itu, apabila anakanya itu selesai bicara, Saad bertanya, "Anakku, apa bicaramu sudah selesai?" Umar menjawab, "Ya, sudah."

Sa'ad pun berkata, "Engkau tidak terlalu jauh dengan apa yang engkau perlukan. Aku sendiri tidak lebih zuhud darimu sejak aku mendengar apa yang engkau ucapkan tadi. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Kelak akan ada satu kaum yang mencari makan dengan lidah mereka, sebagaimana lembu makan dari tanah', "(HR Ahmad. Syaikh al-Arna 'uth menilai riwayat ini hasan.)

Abdullah ibn Amr meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah diangkatnya orang-orang jahat, disingkirkannya orang baik, kata-kata kotor mulai banyak diucapkan, amal dibagus-baguskan, dan kejelekan tersebar luas."
Abdullah ibn Amr lalu bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apa yang dimaksud dengan kejelekan?" Beliau menjawab, "Semua yang ditulis kecuali Al-Quran." (HR. Ath-Thabrani. Menurut al-Haitsamani dalam Majma 'az-Zawa'id, bahawa para penyampai riwayat ini adalah perawi hadith sahih.) []

Sumber: Kimat Sudah Dekat? / Dr. Muhammad al-'Areifi / Penerbit: Qisthi Press / 2011

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Apa Perlunya PNB Beli PNB1 Dengan Harga RM173,800

PNB Beli PNB1 Dengan Harga RM173,800

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

A Kadir Jasin

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

MOHON maaf kerana lama tidak membuat tampalan baru. Suasana mental dan fizikal kurang mengizinkan. Terlalu banyak bala bencana melanda tanah air kita sehingga, tidak dapat tidak, kita yang peduli akan terganggu kerananya.

 

ANTARA punca beban minda: Dokumen PJP yang tular di media sosial

Dalam menulis tampalan ini pun saya berasa bebanan mental yang berat kerana ia menyentuh orang dan pihak yang sentiasa dekat di hati saya – yang secara langsung dan tidak langsung menyentuh hati sanubari serta jasad saya.

[Komen "Anonymous" tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Oleh kerana itu, saya memerlukan para pelawat dan pembahas menolong saya untuk meringankan beban tersebut. Saya mohon anda sekalian menjawab soalan berikut:

Adakah patut Permodalan Nasional Berhad (PNB) membelanjakan RM173,800 bagi membeli nombor plat kenderaan "PNB1" kononnya untuk tujuan "branding";?

Kepada yang belum tahu cerita ini, kisahnya secara ringkas adalah seperti berikut:

Media sosial menularkan satu dokumen bocor daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai hasil pembidaan nombor plat istimewa dalam siri "PNB" iaitu nombor plat negeri Pulau Pinang.

Dalam senarai yang ditularkan itu, nama Permodalan Nasional Berhad muncul tujuh kali kerana berjaya dalam proses pembidaan.

Saya membuat congak jumlah yang dibayar oleh PNB untuk tujuh nombor yang terbit dalam senarai tular itu. Jumlah yang saya peroleh ialah RM387,835. Saya tidak pasti kalau ada nombor lain yang dilanggan oleh PNB.

 

Ini kira-kira saya: tolong semak takut tak betul

Apa Perlunya Nombor Istimewa?

Saya ulangi, adakah patut duit PNB digunakan untuk membeli nombor-nombor tersebut memandangkan PNB adalah agensi amanah dan pegawainya adalah pemakan gaji? Mereka bukan pemilik PNB yang boleh bermewah-mewah dengan duit PNB.

Senarai bocor dan tular JPJ itu adalah sah. Pengerusi PNB sendiri, (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar mengesahkan kepada saya dalam bertukaran WhatsApp. (WhatsApp bukan whatsup).

Saya pergi terus kepada Abdul Wahid (yang pernah saya kagumi dan menaruh harapan tinggi) setelah dua hari gagal mendapat sebarang respons daripada bahagian perhubungan awam PNB.

Saya menghantar pesanan WhatsApp berikut kepada Abdul Wahid: "Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Saya cuba beberapa kali hubungi Jabatan Perhubungan Awam PNB (Encik Khamis Omar) tetapi tidak ada respons. Boleh bercakap dengan kerani saja. Saya hendak pengesahan mengenai dokumen yang tular di media sosial, termasuk hasil posting (mengenai) Rumah Terbuka PNB beberapa hari lalu, iaitu kononnya PNB membelanjakan wang yang banyak membida nombor plat khas Pulau Pinang PNB. Pengesahan ini untuk tulisan saya. Terima kasih.".

Dalam responsnya Abdul Wahid berkata: "Penempahan nombor pendaftaran kenderaan siri PNB adakah untuk kegunaan kenderaan-kenderaan PNB. Ini termasuk cawangan ASB bergerak, MPV Hotel PNB Perdana, dll dalam usaha mempertingkatkan penjenamaan PNB."

Saya membalas: "Terima kasih. I'll duly reflect your argument in my writing. But you may want to search your conscience whether spending RM173,800 for PNB1 is worth the publicty drive and the penjenamaan."

(Terima kasih. Saya akan paparkan hujah saudara dalam tulisan saya. Tetapi saudara mungkin ingin bertanya hati kecil saudara sama ada membelanjakan RM173,800 untuk PNB1 itu berbaloi untuk tujuan diayah dan penjenamaan.)

Jadi selepas kita dedahkan pemborosan ini, kita tengok siapa akan guna nombor PNB1 atau PNB11 itu – sang dewa atau dewi penghuni kamar eksekutif atau cawangan ASB bergerak?

Para pembahas dan pengunjung juga boleh tentukan yang mana lebih penting -- kenderaan rasmi bernombor plat istimewa untuk eksekutif PNB atau pulangan pelaburan yang baik untuk pemegang unit?

Saya segarkan ingatan para pembahas dan pengunjung bahawa dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun ini adalah antara yang terendah dalam sejarah. Begitu juga dengan pulangan kebanyakan saham unit lain yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.

Masih segar di ingatan saya bagaimana ketika pelancaran ASN pada tahun 1981 saya membuat liputan peristiwa bersejarah itu di Batu Pahat dan Pontian, Johor. Saya menolong beberapa orang kampung mengisi borang langganan dan ada yang menawarkan bayaran kerana menyangka saya penulis petisyen.

Dalam dialog WhatsApp yang lebih awal dengan saya, Abdul Wahid berhujah: "....I have been entrusted to lead PNB, this very important national institution. Brought in Rahman as CEO in October 2016. Unveiled our PNB Strategic Plan 2017-2022. Now focussed on execution. Alhamdulillah initial outcome has been encouraging with market capitalisation of our strategic companies increasing by RM25 billion in the first 5 months of 2017. Indeed RM226b of our RM266b funds under management come from 13 million unitholders. Will do my best for PNB & the country."

(....Saya diamanahkan bagi memimpin PNB, institusi negara yang sangat penting. (Saya) membawa masuk Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam bulan Oktober 2016. Memperkenalkan Pelan Strategik PNB 2017-2022. Tumpuan sekarang kepada pelaksanaan. Alhamdulillah hasil awal menggalakkan dengan modal pasaran syarikat-syarikat strategik kita naik RM25 bilion dalam masa 5 bulan pertama tahun 2017. Sebanyak RM226 bilion daripada RM266 bilion tabungan di bawah pengurusan kita datangnya daripada 13 juta pemegang unit. Akan lakukan yang terbaik untuk PNB dan negara.)

Jawapan saya: "Thank you. Your reputation has been tainted by your membership of the cabinet. So it's hard for me to accept at face value that you'll go back to become a fine manager thay you once were. I hope and pray that you can. Wallahuaklam."

(Terima kasih. Nama baik saudara telah tercemar apabila menjadi anggota kabinet. Jadi adalah sukar bagi saya menerima secara lahiriah hakikat bahawa saudara akan kembali menjadi seorang pengurus yang baik seperti dahulu. Namun saya berharap dan berdoa saudara mampu. Wallahuaklam.)

Abdul Wahid membalas: "Aamin. As a beneficiary of the DEB, I accepted (the) invite to do true national service. I believe I have done my utmost for the country within the one senatorship term with full integrity and to the best of my ability. I believe I am more optimal in the corporate sector. Will do my best as the third Chairman of PNB."

(Aamin. Sebagai seorang yang mendapat faedah daripada DEB, saya menerima jemputan (menyertai kabinet) bagi menunaikan perkhidmatan negara tulen. Saya percaya saya telah melakukan yang terbaik untuk negara dalam tempoh satu penggal sebagai Senator dengan penuh kewibawaan dan sebaik yang terdaya. Saya yakin saya lebih cemerlang di dalam sektor swasta. Saya akan lakukan yang terbaik sebagai Pengerusi ketiga PNB.)

Pengaruh Ketua

Boleh jadi ada orang tidak setuju atau curiga kalau saya kata, saya melihat Abdul Wahid sebagai seorang pengurus perniagaan yang pintar, tekun dan boleh dipercayai.

Tetapi itu adalah sebelum dia digoda oleh kuasa dan kedudukan dengan menerima jemputan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, untuk menjadi anggota kabinet pada tahun 2013.

Abdul Wahid (kiri) tergoda dengan pujukan Najib Bagi saya, seorang pengurus atasan seperti Abdul Wahid mungkin baik di bawah kepemimpinan yang berwibawa dan cekap tetapi tidak optimum, malah mungkin menyeleweng, di bawah kepemimpinan kleptokratik.

Abdul Wahid adalah antara "budak cerdik" yang dibawa masuk dan diberikan tugas berat ketika zaman Tun Dr Mahathir iaitu berikutan Krisis Kewangan Asia 1997/98.

Pada dasarnya mereka ini diberikan tanggungjawab untuk menyusun semula dan memajukan syarikat-syarikat Bumiputera yang diambil alih (diambil balik) oleh kerajaan berikutan krisis itu.

Saya juga mengenali Rahman (Datuk Abdul Rahman Ahmad), Presiden dan Pegawai Eksekutif PNB. Dia pun seorang eksekutif yang bagus. Saya akui dan yakini kebolehan mereka cuma saya bimbang mereka akan tergoda oleh kefoya-foyaan dan terbawa-bawa oleh sikap tidak bertanggungjawab seperti yang melanda 1MDB.

Untuk itu, saya memberi kata dua berikut kepada Abdul Wahid dalam perbualan WhatsApp 19 Jun: "I am really worried about PNB. Sorry to say this. You shall have me as your worse nightmare if things start to go wrong with PNB. So many lives depend on PNB doing well."

(Saya amat bimbang mengenai PNB. Maaf saya terpaksa katakan. Saya akan menjadi igauan saudara yang paling menakutkan sekiranya perkara buruk mula berlaku kepada PNB. Banyak nyawa bergantung kepada kecemerlangan PNB.)

Dengan itu saya serahkan Abdul Wahid, PNB dan nombor plat istimewa yang berharga ratusan ribu ringgit kepada pembahas dan pembaca sekalian untuk menilainya pula.

Wallahuaklam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lori Tangki Minyak Meletup, Sekurang-Kurangnya 4 Buah Kenderaan Lain Musnah, Seorang Terkorban
siakapkeli.my

BINTULU: Sebuah lori tangki yang sarat membawa bahan api meletup dan terbakar di mana menyebabkan sekurang-kurangnya empat buah kenderaan lain musnah dalam satu kejadian pagi tadi, lapor Berita Harian.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Hata Gobel, berkata insiden jam 11.54 pagi itu berlaku berhadapan sebuah pusat perubatan di Jalan Kidurong.

"Usaha memadam kebakaran masih giat dilakukan manakala punca kejadian belum diketahui," katanya.

Menurut saksi, kejadian berkenaan telah mengorbankan seorang mangsa yang belum diketahui identitinya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



4 Macam Jilbab Yang Haram Untuk Dikenakan
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Beritafresh.com - Jilbab / hijab atau tudung sebenarnya merupakan perintah Allah SWT kepada setiap kaum muslimah. Jilbab merupakan perintah wajib untuk menutup aurat wanita. Meski demikian seiring dengan perkembangan jaman, berhijab sudah menjadi trend mode fashion masa kini. Banyak remaja putri, yang kini mengenakan hijab. Namun sayangnya jilbab yang dikenakan tak sedikit yang menyimpang dari syariat Islam. Ada banyak wanita yang memakai hijab / tudung sebagai gaya gayaan, atau mengikuti arus fesyen bukan kerana kesedaran untuk menutup aurat. Tak hairanlah jika banyak berkembang model tudung dan fesyen hijab yang justru bertentangan dengan ajaran agam. Jilbab jilbab tersebut justru dilarang atau tidak digalakkan oleh Islam. Berikut ini 4 macam tudung yang diharamkan Islam:

Jilbab Ketat

Model Jilbab yang seperti ini memang menutup aurat tapi tetap saja tidak baik digunakan kerana aurat akan tetap terlihat kerana tudung yang ketat akan membntuk lekuk tubuh.

Tudung dengan pakaian mirip lelaki

Menggunakan jilbab namun memakan atasan kaos lengan panjang dan seluar jeans juga tidak digalakkan. Sebab meski sudah memakai jilbab tetapi pakaian yang digunakan justru merupakan pakian laki laki, dan lagi lagi pakaian yang dikenakan menutup tapi masih menonjolkan aurat.

Jilbab dengan bahan tipis

Memakai tudung namun menggunkaan pakaian atau tudung tipis sama saja bohong. Sebab aurat atau rambut masih akan terlihat dan itu akan menggugurkan fungsi tudung dalam islam.

Jilbab yang menyerupai sanita selain muslim

Meski zaman sudah berkembang, dan trend mode fashion juga ikut berkembang, namun jangan berfikir hal itu berlaku untuk tudung. Jilbab yang menyerupai wanita bukan muslim justru diharamkan, seperti jilbab yang mempunyai bonggol buatan, tudung yang mempunyai konde, atau tudung yang hanya digunakan dengan cara mengalungkan selendang. hal itu tidak sesuai dengan ajaran Islam.

itulah macam macam tudung yang dilarang atau sebaiknya dielakkan. Kerana sebaik baiknya muslim adalah yang berpegang teguh pada Al Quran dan hadis.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 6:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Saya Tak Mampu, Kami Kena Halau Sejak Raya Keempat Lagi, Saya Isteri Dan Anak-Anak Kini Tinggal Dalam Kereta," Kisah Sedih Di Petronas Kempas
siakapkeli.my

Terbaca pada pagi ini sebuah kisah yang cukup menyentuh hati di mana sebuah keluarga yang tidak berkemampuan untuk membayar sewa rumah telah memilih untuk menjadikan kereta lama mereka sebagai 'rumah' baru mereka.

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Maya Hafizluv di mana katanya kejadian itu berlaku ketika dia singgah di sebuah stesen minyak Petronas di Kempas, Johor untuk jelum kepala anaknya yang demam.

Kemudian ada sebuah kereta datang dan parkir disebelahnya, jom baca perkongsian beliau.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nak share cerita hari ni..pegi beraya kt area Kempas, Johor. Anak pulak badan suam-suam..so, singgah la di Petronas Kempas.

Parking tepi surau, solat maghrib skali.. tak lama ada sebuah kereta parking sebelah kereta kami. Ada sorang pemuda dengan anaknya dalam 3 orang.. bermain-bermain sambil keluar masuk kereta.. sorang tu berlenggeng dengan pampers je.

Saya pulak berulang alik lalu depan kereta tu sebab basahkan tuala untuk jelum badan anak yang demam (paip air berdekatan dengan kereta pemuda tu)..kejap-kejap pemuda tu melayan anak-anak dia..lepas tu berkejar pulak buat susu anak..

Ada lebih kurang dalam setengah jam saya perhati gelagat family ni..tengok anak-anl dia kecik lagi...seronok bermain--main. saya pun panggil la sorang daripada mereka. Saya hulur 3 keping sampul duit..

"Nah..amik ni duit raya.bahagi2 tau"

budak tu pun jawab, " terima kasih mak cik"..

saya pun beredar ke kereta...

Tiba-tiba tak lama rasa dicuit dari belakang...rupanye ketiga-tiga anak-anak itu beratur hulur tangan kat saya..

"selamat hari raya makcik"..kata mereka..

Allah..sweetnye budak2 ni...

Pemuda tu pun melambai dari dalam kereta sambil tersenyum..

"Terima kasih puan" katanya..

Tak lama..saya pun pergi semula ke paip air..sambil-sambil tu saya saja-saja amik peluang berbual dengan pemuda tu...

Saya tanya.. "dari mana??" dari Johor katanya..

"Nak kemana??" tanya saya lagi

Dia seakan-akan blurr nk jawab, dia sambung lagi..

"Sebenarnya puan, saya tinggal dalam kereta"..

Sekarang turn saya pulak blurr... Saya pun sambung borak dengan dia...menurut cerita, dia dihalau dari rumah sejak hari raya ke 4.. lepas daripada tu dia sekeluarga tinggalah dalam kereta...katanya dia keje tukang kebun kat T*.. isterinya keje kt C**, siang dia keje isteri jaga anak..malam pulak, isteri kerja dia amik turn jaga anak..

Nak cari rumah sewa, tak mampu.. maklumlah..JB rumah sewa mahal-mahal.. nak tunggu gaji pun lambat lagi, jadi terpaksa la tinggal dalam kereta..

"Anak 3 org je ke??," Saya tanya.

"Eh..ada 4 puan... "sambil dia tunjuk sorang lagi tgh tido kat kerusi sebelah...

Allah...lena dia tido sambil peluk bear yg lusuh..baru umur setahun....

"Anak yg sulung umur 5 tahun.." katanya lagi.

Sebak rasa hati tengok muka anak-anak dia.. Saya pun ambil nombor fon dia..saya cakap, saya akan cuba panjang-panjangkan kalau ada sesiapa yang boleh bagi bantuan....

Sebelum beredar pergi, sempat minta suami topup lagi sikit duit kat diorang..mana tau nak beli makan n susu anak kan

Haihh..masa nk pergi tu rase sebak sangat..di saat kita berhari raya bergembira dgn makanan sedap2, baju lawa2..gelak ketawa..ada lagi insan yg sedang berjuang untuk hidup dan membesarkan anak2..

Sesungguhnya hidup di bandaraya ni bukan mudah..semuanya mahal..usah ditanya kenapa dia dihalau dari rumah..mungkin ada silap di mana2..tapi yang lebih penting sebuah keluarga yang tertekan dan anak2 kecil yang memerlukan tempat untuk berteduh.. semoga Allah memberi rezeki dan kemudahan kepada anda sekeluarga..

Kepada mana-mana pihak yg ingin membantu boleh pm sy..sy ada ambil no fon dia.. semoga kita sama2 berkongsi rezeki dgn org yg sama2 memerlukan di hari raya ini...
Terima kasih..

- Gambar ni pun saya ambil senyap-senyap.

Kepada sesiapa yang ingin membantu atau ingin tahu perkembangan semasa keluarga ini, bolehlah menghubungi Puan Maya sendiri atau pihak We Love Charity.

UPDATE TERKINI

Dikhabarkan beberapa sukarelawan dari team We Love Charity JB telah pergi mencari keluarga ini untuk tujuan bantuan, mereka telah berjaya dijejak pada jam 2 pagi tadi.

Maklumat terbaru, lelaki berkenaan adalah seorang pemegang kad OKU, selepas berjumpa, rupanya kesemua anaknya seramai 7 orang di mana yang sulung berumur 10 tahun dan yang bongsu berumur setahun.

Sumber: We Love Charity

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 6:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cara Bagaimana Untuk 'Claim' Kembali Baki Wang Di Dalam Kad Touch N Go Sekiranya Ia Hilang, Ikuti Langkah Yang Dikongsikan Ini
siakapkeli.my

"Tadi beru jer top-up kad Touch N Go, bila nak guna dah hilang, mana perginya?".

Pernah alami situasi seperti di atas, yang mana dalam kekalutan, singgah di stesen minyak, untuk tambah nilai kad Touch N Go, tapi bila nak digunakan, tak tahu ada di mana.

Cari punya cari tak jumpa juga. Nak dijadikan cerita, dah la tambah nilai banyak, takkan nak biarkan macam itu saja, nak beli kad baru memang lah boleh, tapi nilai dalam kad lama tu, nak biar macam tu sahaja?

Mestilah rugi kan?

Sebenarnya, boleh sahaja kita tuntut atau 'claim' kembali duit yang ada dalam kad Touch N Go yang hilang itu, ada beberapa langkah yang harus dilakukan terlebih dahulu, dan syarat yang perlu dilakukan.

HILANG Kad Touch N Go [ Petua 'Claim' Duit Yang Baru Di Top-Up ]

Pagi ini baru top up touch n go sebanyak RM200 di kedai minyak BHP. Selepas top up lupa pula mana diletak kad tersebut apabila ingin melepasi tol lebuhraya Kesas.

Pertama:

Saya hubungi pejabat Touch N Go di 03 2714 8888. Dinasihati oleh pegawai untuk BLOCK kad daripada di salah guna orang lain.

Kad boleh di block di atas talian. Sama seperti kes hilang kad kredit.

Kedua:

Pegawai Touch n Go memberi arahan untuk tulis sekeping surat kepada pejabat Touch n Go dan surat itu boleh di fax ataupun di email.

Kandungan surat perlu ditulis nombor kad, nama, nombor telefon dan nombor akaun untuk dimasukkan wang pulangan. Juga diperlukan fotostat gambar ic.

Wang akan dikembalikan dalam masa 30 hari.

PETUA: Sila catitkan nombor kad Touch n Go anda di dalam buku rekod supaya senang buat laporan kad hilang kelak.

Nasib saya resit top up masih ada pada saya.

Seperti yang telah dikongsikan oleh Eddie Soh, wang tersebut akan dikembalikan semula dalam tempoh 30 hari, dan dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberikan kepada pihak Touch n Go sewaktu membuat aduan/laporan. - Siakap Keli

Sumber: Eddie Soh

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 10, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Tuesday, 11 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: