Tuesday, July 4, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4791

Aksesori, Alat Ganti, Kereta & Motor

15 Messages

Digest #4791
2
Fw: Siapa Guna Pampers? by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
3
4
Fw: DBKL kurang profesional, atau apa? by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
12
13
Fw: Dirompak Ikan Paus & Dituduh Bunuh by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
14
Fw: Bagaimana Rupa 2nd Degree Burns by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
15

Messages

Tue Jul 4, 2017 6:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Syed Hamid Pun Terkejut Isa Samad Dilantik Pengerusi SPAD..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

TAN Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengejutkannya.

Beliau yang telah bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD bermula 3 Jun lalu, percaya keputusan dibuat kerajaan itu akan mencetuskan satu lagi isu kontroversi terbaru.

"Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat," kata Syed Hamid kepada Sin Chew Daily.

Bagaimana pun, kata Syed Hamid, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau percaya perdana menteri telah memikir sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan pelantikan tersebut.

"Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai," jelas Syed Hamid.

Beliau tidak ingin mengulas lanjut sama ada pelantikan Mohd Isa itu tepat atau tidak namun mendoakan beliau agar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Ditanya mengenai harapan terhadap Isa, Syed Hamid berkata, beliau sukar memberikan jawapan tepat kerana Mohd Isa masih belum memulakan tugasnya.

"Bagaimana pun SPAD telah mengeluarkan kenyataan dengan menyambut baik pelantikan beliau. Saya harap Mohd Isa dapat memimpin SPAD dengan lebih baik kerana SPAD telah mempunyai nama yang baik di peringkat antarabangsa," kata Syed Hamid lagi. lapor Sinar

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, June 20, 2017 11:50 PM
Subject: Fw: Bagaimana Isa Samad boleh dilantik?

Bagaimana Isa Samad boleh dilantik sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
ISA SAMAD PEMANGKU PENGERUSI SPAD?

Semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Tan Sri Isa Samad sah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding (FGVH) dan atas jasanya itu, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengumuman perlantikan Isa sebagai pemangku SPAD mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat dan parti politik.

Ramai mempertikaikan kewajaran ISA dibawa ke SPAD setelah terdapat percakaran dan krisis pengurusan dalam FGVH sehingga menimbulkan kemelut.

Najib mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sepertimana perletakkan jawatan serta merta Isa sebagai Pengerusi FGVH. Bagaimana Isa boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD dengan berkuatkuasa serta merta?

Adakah Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sudah ditadbir secara membuta tuli tanpa mengikut undang-undang dan peraturan?

Mengikut Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Pengangkutan Awam Darat hendaklah melantik seorang Pengerusi, seorang Ketua Pegawai Eksekutif, tidak lebih 5 orang wakil Kerajaan dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak lebih daripada 5 orang anggota lain yang pada pendapat Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat untuk menganggotai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pengerusi dan seluruh anggota Suruhanjaya kecuali Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tidak lebih 3 tahun.

Selain itu Akta 714 juga telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi dalam keadaan jawatan Pengerusi kosong; Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau Pengerusi tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Difahamkan sekarang jawatan Pengerusi SPAD telah kosong dengan persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar justeru Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi.

Persoalannya sekarang bagaimana Isa Samad boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714? Bagaimana Perdana Menteri boleh umumkan perlantikan jawatan Isa berkuatkuasa serta merta tanpa mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada? Sejak bila ada jawatan Pemangku Pengerusi di dalam Akta 714?

Adakah Kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak peduli sebarang undang-undang dan peraturan demi kelangsungan kepentingan politik tertentu?

Jika Kerajaan sendiri tidak mempedulikan undang-undang dan peraturan, bagaimana Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati?

Negara punah kerana Umno/BN.

Malaysia bukan harta pusaka Umno/BN. Malaysia hak kita bersama.

ZULHAZMI SHARIFF
20062017
25 Ramadhan 1438

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 6:28 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Siapa Guna Pampers Untuk Anak? Ini Perkara Penting Yang Anda Rugi
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Assalamualaikum..

Rajin nak sharing skit pagi ni,
Bagi yg dah tau xpe cuma nak share benda baik nih. Mungkin ada yg x tau kan๐Ÿ˜

Bagi mak ayah yg pakaikan anak2 pampers brand Drypers, pastikan plastik bag tu jgn di buang!

Sebab korang boleh collect point n redeem banyak hadiah Free.

Bayangkan klu anak korang dr baby smpi umur 2 3 tahun pakai pampers brape bnyk point boleh dpt? Tu kalau seorang, kalau ada 3 4 orang anak? ๐Ÿ˜Š

Kira berbaloi jugak la dr korang buang gitu je kan.. Hehe

Okay korang boleh la view gambar cara nak redeem.
Selamat mengumpul..๐Ÿ˜‰

Sharing is penting๐Ÿ‘

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211115510717088&id=1636241765

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 6:28 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nombor Plat AKU 8055 Dibuka Hari Ini, Dijangka Dapat Bidaan Tinggi
siakapkeli.my

IPOH 3 Julai - Nombor plat kenderaan AKU 8055 atau dengan sebutan 'AKU BOSS' dijangkakn mendapat permintaan tertinggi apabila bidaan dibuka secara rasmi hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pengakutan Jalan Perak, Mohd Zawawi Zakaria, beberapa individu termasuk selebriti terkemuka tanah air, bintang sukan serta selebriti kosmetik sudah pun membuat bidaan untuk nombor plat terbabit.

Katanya juga, pemilik nombor plat itu akan diketahui selepas bidaan ditutup pada 18 Julai.

"Pertanyaan untuk nombor plat AKU 8055 ini sudah kita terima sejak tahun lepas lagi. Nombor ini popular kerana ia mempunyai sebutan iaitu AKU BOSS.


"Kita jangkakan nombor pendaftaran ini akan mendapat bidaan tertinggi," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 6:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PEGUAM : Penyamun jenis apa yang sedang berada di DBKL sekarang ini?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
PENYAMUN BERTAULIAH DI DEPAN MATA

Baru sampai pejabat... Tadi menghadiri taklimat berkaitan pembangunan Padang Bola Jalan Jujur Bandar Tun Razak oleh Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL di Institut Latihan DBKL Bandar Tun Razak.

Taklimat oleh Pengarah JBEP DBKL jelas bahawa projek pembangunan tersebut diserahkan kepada pemaju Tetuan Sinerjuta Sdn Bhd dan projek tersebut tetap akan terus dijalankan walau pun terdapat bantahan daripada penduduk berhampiran.

Semasa sesi soaljawab, aku mengambil peluang bertanyakan Pengarah daripada maklumat yang beliau sendiri tunjukkan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menawarkan penjualan tanah tersebut kepada pemaju melalui surat bertarikh 26/04/2016. Surat tersebut dipaparkan pada skrin di dalam Dewan. Amat jelas Datuk Bandar menawarkan pemaju untuk membeli tanah tersebut pada 26/04/2016.

Aku menyoal, bagaimana Datuk Bandar boleh tawarkan tanah yang bukan milik Datuk Bandar untuk dijual? Perlu diambil perhatian bahawa tanah padang bola tersebut adalah tanah rizab melalui Warta Kerajaan yang diletakhak kepada Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan. Rizab tanah tersebut hanya dibatalkan pada 22/12/2016 dan disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 09/01/2017. Ini bermaksud semasa Datuk Bandar menawarkan penjualan tanah kepada pemaju pada 26/04/2016, tanah tersebut masih tanah rizab. Bagaimana Datuk Bandar boleh tawarkan penjualan tanah rizab yang bukan milik Datuk Bandar?

Soalan aku dijawab bahawa Pejabat Tanah & Galian Wilayah telah memberi milik tanah kepada DBKL pada Mei 2015. Sekali lagi Pengarah JPEP menipu. Pada 13/02/2017 Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan memaklumkan melalui surat kepada aku bahawa status tanah sehingga 10/06/2016 masih lagi dalam proses membatalkan rizab. Jika 10.06/2016 masih dalam proses membatalkan rizab, bagaimana Pejabat Tanah boleh memberi hakmilik kepada Datuk Bandar seperti yang didakwa oleh Pengarah JPEP? Tipu sangat!!

Kemudian pada 01/06/2017 kami membuat carian hakmilik tanah, dan amat jelas bahawa sehingga 01/06/2017 hakmilik tanah masih di atas nama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan hakmilik tersebut hanya didaftarkan pada 06/04/2017.

Penyamun jenis apa yang sedangt berada di DBKL sekarang ini?

Zulhazmi Shariff
08/06/2017
13 Ramadhan 1438.

DBKL kurang profesional, atau apa?
bloglist-malaysia.blogspot
msomelayu.blogspot
Posted by mohd sayuti Omar

CERITA DI LAMAN

Bukan roboh tetapi disengetkan sahaja.
Pembinaan gerai berkerangka besi dan berlantai simen berbentuk kekal di simpang Jalan Wangsa Mewalti 4, di Wangsa Siaga di sepanjang bulan Ramadhan lalu menjadi perhatian umum, khasnya bagi penghuni atau pemunya tetap rumah-rumah di sini. Saya sendiri juga turut merunggut setiap kali melihat di depan gerai yang sedang dibina itu.

Pembinaan gerai jualan berbentuk kekal itu sebagai mengganti gerai sebelum ini, yang dikira sudah lumaya berbanding dengan gerai-gerai lain yang bentuk dan materialnya sedarhana sahaja, dengan sekaki payung atau sebuah bangku. Kalau pun agak menjolok mata ada gerai yang pelantaian, lantainya disimen untuk menjamin kebersihan. Tiada masalah.

Pun begitu gerai-gerai itu masih boleh dimaafkan walaupun semua gerai terletak di sepanjang Jalan AU ke Lembah Keramat dari Wangsa Maju bertentangan dengan Wangsa Siaga itu adalah di atas rezab jalan, di mana kalau mengikut undang-undang kecil DBKL ia haram dibangunkan atau pun menjalankan aktiviti menjaja.

Di simpang jalan ini sering berlaku kesesakan.
Mengenai gerai di simpang Jalan Wangsa Melawati 4 itu, semua orang kurang senang dengan cara ia dibangunkan. Keluasannya menjangkau tiga atau empat lot kedai lain. Tampak sangat "kemetaannya". Kedudukannya benar-benar di pinggir jalan untuk masuk ke taman permainan dan sebuah Tadika berhampiran. Ia tidak menyelesakan sekali. Di bucur kedai gerai inilah sering berlaku kesesakan jalan raya.

Jentolak siap untuk merobohkan gerai.
Kedai atau gerai itu memang mendapat sambutan ramai, jualan kueh mueh dan goreng pisang adalah asasnya. Saya juga beberapa kali singgah untuk membeli air kelapa tetapi jarang bertumas di situ. Menjadi prinsip saya tidak akan "menyokong" mana-mana kedai yang dibina secara bukan halal.

Sambutan dan kemajuan gerai itu memungkinkan empunya berfikir untuk memperindah dan menyelesakan lagi gerai berkenaan. Sepanjang Ramadhan lalu gerai itu tidak berjualan, dan ruang itu diambil untuk membina gerai baharu, dengan kerangka besi dan siap dengan bangku bahagian dapur berkonkrit. Kewujudannya semacam bukan sementara lagi atas rezab jalan sebaliknya kekal?

Dari dahulu sampai sekarang saya tidak faham kenapa kelonggaran diberikan oleh DBKL untuk berniaga di sepanjang jalan itu. 20 tahun lalu seingat saya hanya dua buah gerai sahaja yang wujud, kemudian ia tumbuh hingga kini sudah memenuhi sepanjang kiri jalan berkenaan. Hampir 90% yang datang berniaga dan mencari rezeki di situ adalah orang di luar kawasan taman Wangsa Melawati. Ada setengah datang menyewa di taman ini dan menjalankan perniagaan.

Tidak mengapa, kalau diberikan kesempatan untuk mereka berniaga. Hanya itu sahajalah daya orang Melayu untuk berdagang bersabung nyawa di ibu Kota Kuala Lumpur ini. Untuk memiliki gedung tinggi membukan restoran bertaraf lima bintang atau cafe mereka tidak mampu. Kalau ada yang mampu pun adalah dari kalangan pensiun penjawat tinggi kerajaan atau korporat Melayu dan ahli politik sahaja yang ketidakhabisan duit.

Dua jentolak dibawa hanya untuk sengetkan gerai.
Berkenaan dengan gerai tadi, ramai yang merunggut akan kewujudannya. Suara tidak senang itu ada disebut dalam grup whatsaap penduduk. Ia dikira sudah melampau dan melewati batas-bvatas tolerasi manusia dan juga menganggu privacy penduduk. Ancaman yang sering disebut ekoran kewujudan gerai-gerai tepi jalan berkenaan ialah menjadi sarang atau tempat pembiakan tikus, mukus, lipas dan segala macam serangga. Penyediaan prasarana yang tidak teratur memungkin semua itu.

Tidak sampai dua minit gerai pun senget.

Pembuangan air di gerai-gerai yang menjalankan perniagaan makan minum tidak teratur juga menghadirkan bau busuk dan keadaan tidak kondusif. Sisa makanan yang tidak disaring menyebabkan berlaku "kesebakan" dalam longkang. Ruapan bau itu sedikit sebanyak menganggu keselesaan pendudukan di taman ini. Itu tidak lagi dikira apabila berlaku kesesakan terutaman pada bulan Ramadhan kerana sepanjang jalan itu dijadikan bazar Ramadhan yang kurang teratur.

Ada benar juga kalau penduduk merunggut dengan keadaan tidak kondusif itu. Mereka membayar cukai rumah yang tinggi, membeli rumah di taman itu bukan kawasan setinggan untuk mendapat fasalitis yang selesa. Tiba-tiba apa diharapkan itu tidak wujud kerana hadirnya fenomena tersebut tentulah ia amat mengecewakan.

Jadi kalau mereka membantah dan membuat laporan kepada pihak berkuasa DBKL, bukan sesuatu yang kejam atau zalim kerana mereka menuntut untuk memperolehi hak mereka. Ia mungkin tidak jadi masalah sekiranya perjalanan perniagaan di gerai itu dijalan dengan teratur, sistemetik dan mengikut piawai atau standard sepatutnya seperti mana digariskan pihak Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional, Jabatan Parit dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.

Di sini apa nak dinukilan baladda gerai di simpang Jalan Wangsa Melawati 4, akhirnya ia juga sampai ke pengetahuan DBKL dan tindakannya. Dan pagi tadi, (03/07/17) segerombolan skuad DBKL bergeliwatan di situ dengan kekuatan lebih 50 anggota. Kehadirannya tentulah untuk melakukan operasi merobohkan gerai berkenaan.

Itulah yang diharapkan. Sebagai seorang manusia yang memahami nasib pedagang Melayu di kota Kosmospolitan dan mereka ngunsi ke Kuala Lumpur, saya simpati dengan apa yang akan berlaku. Apabila gerai itu dirobohkan tentulah ia menyebabkan boroh atau pekerja di gerai tu akan kehilangan pekerajaan. Mata pencaraian mereka akan lenyap dapur mereka mungkin hanya berasap tetapi tidak lagi berbara.

Tetapi, di antara simpati dan tanggungjawab untuk melaksanakan tugas, saya lebih berpihak kepada DBKL. Makanya kalau DBK bertindak meroboh gerai itu ia sesuatu yang wajar kerana yang jelasnya empunya gerai berkenaan sudah melakukan kesalahan yang fatal. Apa sahaja tindakan DBKL ialah untuk membetulkan keadaan dan menjadi kelestarian bandaraya.

Saya memerhati kehadiran aparat DBKL dan tindakan bakal diambilnya. Memang cara DBKL datang dengan nawaitu untuk meroboh gerai berkenaan. Dalam kepala saya pun mengira selepas ini, ruang dibangunkan gerai itu akan "licin gerlin", dan tiada lagi gerai di situ. Perobohan itu juga nanti akan memberi pengajaran kepada gerai-gerai lain daripada mengembangkan (ubahsuai) gerai mereka.

Saya lihat ramai anggota berpakaian seragam DBKL. Junlah hampir atau lebih 50 orang. Terdapat dua buah jentolak, dua buah lori besar dan beberapa buah van yang mengangkut anggota penguatkuasa. Cara DBKL itu seperti bersiapa sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan tentangan daripada pihak pemunya bila tindakan dilakukan.

Lama saya memerhati lebih satu jam. Dua buah jentolak sudah agak lama bersiap sedia dan menunggu arahan untuk melakukan kerja meroboh. Dalam gerai itu kelihatan beberapa orang berstatus pegawai sedang bercakap dengan seseorang. Saya percaya dia adalah pemunyanya. Lagaknya boleh tahan juga, sesuai dengan keberaniannya membina gerai itu.

Selepas beberapa jurus kemudian, seorang pegawai memberi isyarat kepada jentolak untuk mendekati bangunan gerai itu. Satu di sebelah kanan satu di sebelah kiri. Perundingan masih berjalan. Saya nampak lelaki yang persis tuan gerai menyerahkan telefon kepada seorang berstatus pegawai? Saya berdiri tidak jauh memerhati penuh minat dengan berbagai pesepsi. Entah bagai mana di sudut hati saya, terbetik kata, hari ini gerai ini tidak jadi roboh? Mesti ada perundingan?

Ternyata apa yang saya duga menjadi kenyataan dan benar. Jentolak itu menyentuh hanya sebatang tiang gerai itu sahaja menyebabkan ia menjadi senget. Tidak sampai suku bahagian gerai itu jatuh tunduk ke bumi sementara bahagian lain masih tegak berdiri. Sekejap kemudian para anggota DBKL beredar dan yang bertaraf pegawai menaiki van penguatkuasa berlalu.

Belum sepenuhnya sepenuhnya kenderaan DBKL, beberapa orang dipercayai kuli peniaga gerai itu menolak masuk peralatan perniagaan yang tadi diarah dibawah keluar. Almarin bercermin tempat pamiran makanan kueh mueh diletakkan ditempat asalnya. Saya percaya dan yakin dua tiang besi gerai itu yang ditolak menjadikan gerai itu senget akan pulih balik selepas ini.

Keadaanya ibarat dua batang kaki kambing yang dipukul perlahan menyebabkan tubuhnya terhujung sedikit ke bumi. Si tuan pasti akan mencari ubat untuk menyebuhkan kedua belah kaki sang kambing itu, selepas ini kambing itu akan berlari semula dengan ngebekkan yang meta.

Persoalan saya, kenapa DBKL menampakkan tindakan kurang profesionalnya. Kalau datang dengan segala peralatan perang tetapi cuma nak sengetkan kaki gerai itu, tidak guna. Atau pun kalau tindakan itu sebagai hendak bagi pengajaran juga tidak guna. Ia boleh hantar seorang despatch untuk tampal notif ditiang gerai itu sahaja. Bukankah dengan datang begitu ramai tetapi tindakannya boleh dilakukan oleh seorang manusai sahaja ia suatu tindakan kurang pintar. Walahu'alam. [mw.kl.1:31 t/hari 03/017/17]

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 6:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita Selepas Insiden Tidak Senonoh
siakapkeli.my

Petaling Jaya, 3 Julai - Shell memutuskan untuk menarik balik semua papan poster wanita yang mempromosikan bahan api itu di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diambil oleh syarikat minyak terbabit selepas beberapa foto viral memaparkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap poster berkenaan baru-baru ini.

Shell dalam satu kenyataan berkata ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

"Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Sebelum ini, lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang berkelakuan tidak senonoh terhadap model wanita itu memuat naik permintaan maaf di Facebook.

"Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

"Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini," katanya.

Sementara itu, model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Bagaimanapun, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang 'mencabul' poster gambarnya, sebaliknya memaafkan mereka.

Sumber: mStar Online

Ambil Gambar Dengan Aksi Melampau: "Siapa Saya Untuk menghukum, Dia Dah Minta Maaf Dan Saya Dah Maafkan," - Akak Shell
siakapkeli.my

Nampaknya gambar seorang wanita di stesen minyak Shell yang dikenali sebagai akak Shell telah tular dan terkenal seluruh negara sejak setahun lalu.

Dari seorang pekerja stesen minyak Shell di Tronoh, kini nama Nor Shafila Khairusalleh, 25, mula dikenali ramai, gambar-gambar ramai peminat bergurau dengan gambarnya menjadi tular di laman sosial.

Namun, ada yang tidak sedap dilihat apabila ada segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil gambar dengan aksi melampau dan memalukan iaitu bergambar seolah-olah memegang bahagian yang tidak sepatutnya.

Beberapa keping gambar terlampau itu telah tular dan menimbulkan kemarahan netizen di mana mereka menganggap itu sebagai satu bentuk pencabulan walaupun dengan hanya dilakukan kepada gambar.

Menurut beliau dipetik tulisan mStar Online, beliau sebenarnya tidak menyangka niat bergambar yang bertujuaan untuk menceriakan pelanggan telah bertukar kepada kejadian seperti itu.

Selama dia tidak terlalu ambil kisah apabila pelanggan lelaki melakukan aksi 'nakal' seperti mencium, mencuit hidung atau bergambar dengan poster, tetapi apabila ada bergambar dengan gambar posternya seolah-olah 'dicabul' oleh beberapa lelaki menjadi tular, beliau berasa malu dan sedikit marah kerana menganggap ia keterlaluan.

"Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster...tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

"Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar," katanya, Ahad.

Beliau yang mesra dengan panggila Ila berkata, beliau tidak mempu menghalang orang ramai bergambar dengan posternya yang berada di semua stesen minyak Shell, namun katanya suaminya agak sedikit kurang selesa apabila gambarnya 'dicabul', tapi dia bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar.

"Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya harap janganlah ada yang bergambar macam tu lagi lepas ni.

"Boleh bergurau, tapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Sebelum ni pun viral sebab ramai terkejut dengan poster saya, ada juga yang patahkan tangan dan air mineral pada poster, saya OK saja," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap individu yang 'mencabul' poster gambarnya, Nor Shafila berkata, beliau belum terfikir sehingga ke tahap itu.

"Memang ramai yang suruh lapor polis atau saman, tapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka.

"Tapi kalau lepas ni ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu," katanya.

Sementara itu di laman Facebook miliknya, beliau menyatakan mereka yang terlibat telah tampil meminta maaf, baginya gambar-gambar negatif seperti itu dia tidak mahu layan dan besar-besarkan.

"Mamat itu telah memohon maaf, saya dah pun maafkan dia, saya bukan sesiapa nak hukum orang, seperti yang saya kata, yang negatif saya tidak akan layan atau besar-besarkan," tulisnya di laman Facebook.

Nor Shafila
on Sunday
Kemaafan tetap di ampun kan .. sy bukan sapa2 nak hukum orng kan .. cm sy ckp ..yg negative sy xmao layan, xmao besar2 kan .. tu sbb orng tag sy utk bnde yg negative sy x respon .. so utk MAMAT tu dia dah minta maaf .. sy dah pun maaf kan dia ..sorry sy xmao Tag nama beliau, takut ada yg masih nak kecam dia .. Ni kan raya .. selamat Hari Raya

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 6:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kakak Dia Cakap Dia Hisap-Hisap Jari Ketika Tidur, Lepas Tu Dia Batuk-Batuk Seperti Tercekik
siakapkeli.my

Sudah menjadi kebiasaan ramai ibu bapa diluar sana memakaikan anak-anak kecil aksesori untuk mencantikkan mereka terutamanya di hari perayaan.

Tetapi tahukah kita anak-anak kecil ini tidak tahu apa-apa lagi, macam-macam sebenarnya telah terjadi, pernah dilaporkan anak kecil meninggal kerana sesak nafas akibat tercekik 'headbands' ketika tidur, ada kanak-kanak terkena renjatan elektrik kerana loket rantai tangan terlalu panjang dan pelbagai lagi.

Terbaru, seorang ibu bernama Siti Shuada telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya berkongsikan kisah di mana anak kecilnya tertelan cincin emas yang dipakaikan dijarinya.

Menurut beliau, anaknya itu telah menghisap jari ketika tidur, apa yang tidak disangka, rupanya dia telah tertelan cincin yang ada pada jarinya itu, jom baca perkongsian beliau.

Cincin dah berjaya dikeluarkan

Jadi, kisah ini jadikanlah pengajaran kepada semua ibu bapa diluar sana, anak-anak kita ni tak tahu apa-apa lagi, janganlah kerana hanya nak anak kecil cantik, pakaikan aksesori kecil kepada mereka, beringatlah sebelum terkena. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 6:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Berapa Dalam Ni? Kalau Sikit Seringgit Dua Ringgit, Kita Tak Naklah", Walau Tersentap Dengan Kata-Kata Anak Ini, Kita Jangan Terus Salahkan Ibu Bapa
siakapkeli.my

Tingkah laku dan cara anak membawa diri sering kali menjadi topik perbincangan khususnya dalam media sosial, ada ketikanya sehingga menjadi perbincangan hangta yang mana secara tidak langsung mula menyalahkan satu-satu pihak.

Sememangnya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka, kita sebagai orang luar, yang tidak berada dalam situasi ibu bapa, tidaks eharusnya terus-menerus memberi kesalahan kepada ibu bapa tersebut.

Mungkin pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh ibu bapa ini, dalam membina tingkah laku juga perwatakan yang baik buat anak mereka, namun hanya masa yang boleh menentukan kejayaan usaha mereka itu.

Menerusi perkongsian dari Dr Syahr Musafir mengenai perkara yang sering menjadi bualan masyarakat di luar sana, akan peribadi dan tingkah laku anak-anak. Ia sedikit sebanyak membuka mata kita, supaya lebih bersikap empati dan bertawakal jika mempunyai anak-anak sebegini.

Saya bawa isteri dan anak-anak beraya di rumah seorang kenalan baru-baru ini. Macam biasa, kita bersembang, makan dan sebagainya. Selesai semuanya, saya dan isteri bingkas bangun, nak minta diri untuk pulang.

Saya mencapai beberapa keping sampul duit raya dari dalam beg untuk diberikan kepada kanak-kanak di rumah itu. Datang seorang kanak-kanak perempuan, saya tak kenal siapa dia, tetapi yang pasti bukan anak tuan rumah, meminta duit raya mungkin setelah dia nampak sampul-sampul itu ada pada tangan saya. Saya berikannya satu sampul. Selesai.

Saya terus agihkan duit raya. Seorang dapat satu sampul, yang sudah berumur belasan tahun pun saya berikan juga walaupun ada yang menolak. Tak apalah, kira sedekah juga, kira adab dan adatnya juga.

Ada dua kanak-kanak lelaki sedang kejar-mengejar dekat seorang wanita, berkemungkinan itu ibunya, saya memanggil mereka. Mereka pun tetamu di rumah ini, bukan anak tuan rumah.

Salah seorang daripada dua kanak-kanak tersebut datang mendekati saya, saya hulurkan satu sampul duit raya kepadanya. Dia ambil, dia mengucapkan terima kasih, dia tersenyum. Saya turut senyum.

Datang pula, saya mengagak, si abangnya. Saya hulurkan satu sampul duit raya kepadanya. Dia mengangkat kening, dan berkata,

"Berapa dalam ni? Kalau sikit seringgit dua ringgit, kita tak naklah!"

Saya terkedu.

Seriously, I was speechless.

"Ambillah," saya tetap hulurkan sampul duit raya kepadanya, tanpa memberi jawapan kepada soalannya. Wanita tadi, saya mengagak itu ibunya, diam seribu bahasa tetapi mukanya merah padam dan riak bahasa wajahnya, dia seakan malu dan kecewa dengan apa yang dituturkan oleh anaknya.

Matanya semacam berair. Dia seakan nak berkata sesuatu, saya cepat-cepat angkat tangan ke dada, senyum, buat gaya "It is OK," supaya dia tak perlu minta maaf kalau si ibu mahu minta maaf.

Saya terus minta diri daripada tuan rumah, kami pun pulang.

Foto: theborneopost

Hari ini saya terbaca kisah viral teguran Chef Wan kepada anak-anak saudara maranya, buat saya terus teringat kisah ini semula.

Biasalah kalau kanak-kanak nakal yang datang ke rumah kita menyebabkan rumah kita kucar-kacir, sepahkan ruang tamu, pecahkan barang perhiasan. Ada pula kanak-kanak lain menumpahkan air, makanan, menangis menjerit tantrum, dan pelbagai lagi.

Pada hari raya pula, ada sesetengah kanak-kanak datang kepada kita meminta duit raya. Bak kata ramai orang, ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak supaya tidak meminta-minta duit raya. Tak elok.

Ada pula kanak-kanak yang membuka sampul duit raya sebaik sahaja dia menerimanya daripada mana-mana orang. Tak cukup dengan buka depan-depan pemberi, siap jerit lagi menyebut berapa duit yang dia dapat. Aduiii.

But, that boy just now, he was really something. Tak meminta-minta duit raya, tetapi 'warning' dia tak mahu terima duit raya jika sikit, atau murah. Saya terkedu, for real.

Saya tak salahkan sesiapa.

Good parents can do so much to teach their kids. Ajar itu ini, ajar agama, ajar adab, ajar segala-galanya. Kalau si anak pertama boleh patuh dan mengikut, tak siapa tahu adik-adiknya juga akan patuh juga atau membesar dengan a totally opposite behaviour.

Begitu juga jika si kakak atau si abang yang jahat, tak semestinya si adik akan jahat juga. Dua kanak-kanak tadi pun sama, si adik (saya agak, berdasarkan tinggi dan saiz badan yang lebih kecil) datang senyum dan berterima kasih, si abangnya pula tak elok bahasanya.

Saya tak mahu menyalahkan ibunya, sebab saya rasa ibunya tahu di mana silapnya si anak, menyebut perkara yang tak sepatutnya.

Saya yakin sebagai ibu bapa yang baik dan sedar, kita akan DIDIK anak kita apabila kita tahu apa yang telah terjadi seperti situasi saya ini, kita akan ajar anak-anak supaya behave, ucap terima kasih, tak buka sampul duit raya depan pemberi, bla bla bla dan kita pesan jangan sesekali mempersoalkan duit raya itu banyak atau sikit. Not good.

Kids will be kids. They are still growing, they are still learning. And what they have to learn is A LOT.

Foto: thestaronline

Sebagai ibu bapa, sebagai cikgu-cikgu, sebagai bapa dan ibu saudara, sebagai pak cik mak cik, sebagai orang dewasa, sebagai jiran tetangga, kita harus SABAR dengan kerenah mereka dan sedaya upaya memperbetulkan apa yang salah, improve apa yang kurang. Dengan BAIK.

JANGAN jadi penghukum kepada kekurangan-kekurangan yang mereka ada, jangan mengherdik anak-anak yang tersilap buat sesuatu, jangan menghina anak-anak yang kurang elok perangainya, jangan menyumpah mereka dengan perkataan-perkataan kotor, jangan pula 'membinatangkan' anak-anak apabila mereka kurang adab. Marahlah, dengan BAIK.

Kita pun budak juga dulu, remember?

Kids will be kids, we can do so much to teach them. But at the end of the day, they will still be kids, they play a lot, they make mistakes, they cause troubles, and they behave like kids. Be it we say it is ridiculous, misbehaviour, rude, hyperactive or else, kids are being kids.

As long as we do our 'job' as parents, we fulfill our responsibilities to teach and nurture them with good deeds and behaviour, we leave it to Allah SWT to guide them. TAWAKKAL.

Janganlah kerana si anak itu nakal, kita menyalahkan si ibu bapa seratus-peratus. Jangan kerana si anak itu tak mampu dikawal, kita menuding jari kepada ibu bapa semata-mata. Ada ibu bapa yang saya kenal sudah berbuat segala apa sahaja yang boleh, untuk 'meluruskan jalan' si anak, tetapi anak-anak tetap 'salah jalan', terlalu ganas, aktif, dan sebagainya.

Dan kita mengumpat di belakang, "Minah dan Mamat (bukan nama sebenar) tu buat anak je pandai, tapi tak pandai jaga anak. Anak perangai macam setan!" Kenapalah pula kita yang menjadi penghukum...

Ada anak, depan ibu bapanya, behave elok, pijak semut pun tak mati. Ada anak, depan ibu bapanya, pun nakal terlebih-lebih. UJIAN masing-masing buat ibu bapanya.

Teringat pasangan pak cik mak cik yang saya kenal, dua insan mulia yang banyak sumbangan kepada masyarakat, murah dengan senyuman, selalu beri sedekah, dan pelbagai lagi. Setahu saya, mereka ibu bapa yang baik, mereka juga pernah menjaga saya dan saya dapat rasa mereka adalah ibu bapa yang hebat.

Namun, mereka diuji Allah SWT apabila dua anak lelaki mereka terlibat dengan najis dadah, seorang dipenjara kerana kesalahan mengedar dadah (kalau tak silap) dan seorang lagi sudah meninggal dunia gara-gara dadah, pada usia baru belasan tahun. Anak-anak perempuan mereka elok, menjaga aurat, berjaya dalam bidang akademik dan bekerjaya.

Dan saya bermuhasabah, ibu bapa boleh buat segala-galanya yang baik untuk pastikan anak-anak membesar dengan baik, tetapi bukan tubuh badan kita sebagai ibu bapa dan bukan juga didikan kita yang menjadikan anak-anak kita baik, tetapi ALLAH SWT jualah yang memegang hati-hati seluruh anak kita, sama ada mereka dengar kata, atau tidak.

Inilah konsep TAWAKKAL, bergantung penuh kepada Allah untuk jadikan anak-anak kita anak-anak bakal penghuni syurga, sepanjang kita membesarkan anak-anak.

Tawakkal sepanjang masa, berharap, berdoa, bergantung kepada Allah SWT. BUKAN mendabik dada anak-anak aku behave sebab aku adalah seorang ayah yang baik!

Saya bermuhasabah hari ini, saya harus buat yang TERBAIK tetapi jangan lupa TAWAKKAL penuh kepada Allah SWT. Jangan sesekali lupa tempat bergantung yang paling utama adalah Allah SWT dan jangan sesekali kata "Anak aku berjaya kerana aku, kerana didikan aku, kerana usaha aku," tetapi katakan "Anak-anak aku berjaya sebab Allah SWT yang berjayakan anak-anakku!"

Dan yang tidak berjaya, jangan terlalu menyalahkan diri sampai kita lupa bukan tangan kita sahaja yang menentukan masa depan anak-anak, tetapi ada 'campurtangan' Allah juga dalam menentukan baik buruk seseorang manusia.

Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa.....

Tawakkal juga adalah usaha dan tanggungjawab.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 6:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



INI YANG BERLAKU BILA ORANG CAKAP ELOK2 TAPI KORANG TAK MAU DENGAR...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



10 Model Kereta Yang Paling Banyak Dicuri Di Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan tersebut dicuri?

Negara Malaysia, sebuah negara yang aman dan harmoni namun kes kecurian kenderaan tetap menjadi satu gejala yang tidak dapat dinafikan amat kerap berlaku.

Sebanyak 19,304 kes kecurian kenderaan dilaporkan pada tahun 2016 berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Walaupun jumlah kes turun 20% berbanding tahun 2015 ianya tetap menakutkan kerana ini bermakna setiap hari ada 52~53 kes kecurian kenderaan berlaku! Setiap jam pula 2 buah kenderaan dicuri! Setengah jam lagi setelah anda baca fakta ini, akan ada sebuah kenderaan akan dicuri… Mungkinkah kereta anda?

Berikut adalah senarai 10 buah model kereta yang paling digemari atau paling banyak dicuri oleh pencuri. Senarai ini adalah untuk tahun 2016 yang dikeluarkan oleh PIAM.

1. Proton Wira

2. Toyota Hilux

3. Perodua Kancil

4. Proton Iswara

5. Proton Waja

6. Perodua Myvi

7. Proton Saga

8. Nissan Vanette

9. Proton Satria

10. Toyota Vios
..x0x..

EDITOR
http://penjualcendol.blospot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Jadi Model Boleh, Jual Ais Krim Pun Boleh," Kisah Gadis Tunggang Motosikal Jual Ais Krim Tular Di Media Sosial
siakapkeli.my

LANGKAWI: Sejak semalam menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar dan video yang memaparkan kelibat seorang gadis menunggang motosikal meredah kawasan kampung menjual ais krim.

Video dan gambarnya menjual ais krim sambil dikerumuni kanak-kanak menjadi tular di mana ratusan ribu orang telah menonton video berkenaan.

Rata-rata netizen memuji semangat gadis berkenaan yang dilihat tidak memilih kerja dan tidak kekok dengan pekerjaan tersebut dan amat jarang dipelopori oleh wanita apatah lagi gadis muda.

Difahamkan gadis yang dikenali dengan nama Syamimi Azhari ini merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), dia menyatakan menjual ais krim merupakan kerja masa lapangnya ketika musim cuti semester termasuklah mengambil tempahan di majlis-majlis kenduri kahwin.

Dia yang juga merupakan seorang model sambilan menyatakan itu adalah perniagaan keluarganya di mana dia kini hanya akan membantu jika berkelapangan.

"Ini adalah kerja sampingan isi masa lapang semasa full time belajar, kalau cuti inilah kerja saya, tak kira banyak mana untung pun tapi seronok bila jumpa dengan ramai orang dan berkata semua positif," tulisnya dilaman Facebook. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Awas, Jangan Campur Susu Dengan Teh & Kopi!

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


NIKMATNYA rasa bila dapat 'pekena' teh tarik, teh ais, kopi ais dan sebut sahajalah minuman lain yang bercampur susu.

Memang minuman yang disebutkan tadi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari yang kecil hingga dewasa.

Namun awas! Ada yang mengatakan susu sebenarnya tidak boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti teh dan kopi kerana ia akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh seseorang.

Ya, memang benar kerana menurut pakar kesihatan, Dr. Marudut seperti yang dinyatakan di portal Doktorsehat.com, kandungan gizi dalam susu akan berkurang sekiranya dicampurkan dengan bahan lain.

Ini disebabkan bahan dalam teh atau kopi yang dinamakan tannin akan menghilangkan kandungan zat besi dalam susu. Maka kita tidak akan dapat apa-apa nutrisi dari minuman tersebut.

Hal ini jangan pernah dipandang enteng kerana ia akan mempengaruhi perkembangan tumbesaran kanak-kanak yang suka minum minuman seperti yang dinyatakan.

Bahkan kadar kalsium akan menurun sebanyak 10 peratus jika mencampurkan susu dengan bahan lain.

Jadi sebaiknya jika mahu mimum susu untuk mendapatkan nutrisi, lebih baik jangan campurkannya dengan teh, kopi atau sirap.

Namun tiada siapa pun yang menghalang anda untuk meminumnya jika sekadar sebagai minuman yang enak dan menyegarkan! – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Iklan Raya Maxis Menceritakan Tentang 'Wayang-Wayang' Yang Kita 'Lakonkan' Hari-Hari
siakapkeli.my

Semakin raya menjengah tiba, semakin banyak iklan-iklan raya yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar dalam negara ini.

Antara yang terlekat dalam ingatan termasuklah iklan raya Astro Awani, TNB dan KFC yang mempunyai cara yang tersendiri menyentuh talian kekeluargaan terutama perhubungan istimewa antara anak dan ayah.

Bagaimanapun, Maxis tahun ini membawa keunikan dalam iklan hari raya mereka apabila menyentuh tentang penyakit yang wujud dalam diri kita sehari-hari - sifat berwayang-wayang. Mengapa ia dikatakan unik? Kerana iklan ini menyentuh perkara yang tersembunyi di dalam setiap diri sekaligus melahirkan rasa keinsafan dalam diri kita.

Video pendek gandingan pelakon Beto Khusyairi dan Ayu Ruhaizah itu menceritakan tentang kisah Kamil dan isterinya, Nora, yang mana kebahagiaan rumah tangga mereka penuh dengan kepalsuan supaya tampak sempurna dimata orang lain.

Namun, disudut hati masing-masing tahu mereka akan berpisah tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila bapa kepada Kamil meninggal dunia. Pada hari pembacaan wasiat, bapa Kamil menyampaikan satu surat permintaan terakhir yang meminta Kamal mencari semula kamera lamanya.

Pengakhirkan video terbabit menyaksikan Kamil dan isteri sedar bahawa mereka sudah jauh tersasar dan terlupa perkara yang paling penting dalam kehidupan.

Tonton iklan tersebut dibawah:

Sekurang-kurangnya, Kamil dan Nora sempat menamatkan wayang mereka sebelum terlambat.

Sempena hari raya ini, sudah tiba masanya kita melabuhkan tirai dan menghentikan lakonan-lakonan yang kita mainkan.

Kejar kebahagian di hati kita, bukan di mata orang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nelayan Lapor Bot-Bot Mereka Sering Dirompak Sekumpulan Ikan Paus Orca di Alaska

siakapkeli.my

Di zaman serba moden ini, bukan manusia sahaja yang mencari jalan pintas untuk cepat selesaikan masalah, malah haiwan pun sama.

Menurut satu laporan oleh Anchorage Daily News (akhbar di Alaska), sekumpulan ikan paus Orca bertindakan menggangu bot-bot nelayan tempatan, bagi mencuri ikan yang berjaya ditangkap oleh nelayan-nelayan itu.

"Mula-mula kamu hanya nampak dua ekor, dan itu tanda berakhirnya trip (mencari ikan). Tidak lama lepas tu, kesemua 40 ekor dari mereka akan mula mengelilingi kamu," kata John McHenry, pemilik kepada F/V Seymour.

Tambah McHenry, kumpulan Orca itu boleh disamakan dengan 'geng motosikal'.

Kata National Post, ikan-ikan itu telah 'belajar' masa yang tepat bila bot nelayan akan dipenuhi dengan tangkapan ikan.

Ikan Orca itu akan menunggu seharian suntuk sementara nelayan memenuhkan hasil tangkapan, dan apabila sudah banyak, paus itu akan merompak hasil tangkapan itu secara buta-buta. Malah paus itu juga dikatakan pandai memerhatikan bot-bot tertentu.

Kata pemilik bersama F/V Augustine, Paul Clampitt, ikan itu turut datang biarpun mereka menggunakan mesin pembingit elektronik haiwan - sepertinya paus Orca itu sudah terbiasa.

"Ia (mesin pembingit) sudah menjadi seperti loceng makan malam (buat paus Orca)," kata Calmpitt.

Pada Mei, kapten Robert Hanson menulis menerusi satu surat kepada North Pacific Fisheries Management Council bahawa krunya telah di diganggu tanpa henti oleh ikan paus itu.

Menurut Hanson, dia telah hilang lebih kurang 5,000kg ikan disebabkan paus terbabit dan habis 15,000 liter minyak untuk melarikan diri dari mereka.

Sumber: National Post

Empat Remaja Dituduh Bunuh T.Nhaveen

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

GEORGE TOWN, 19 Jun -- Empat remaja termasuk pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh mangsa buli T.Nhaveen pada 9 Jun lepas.

J.Ragesuthen, 18, dan S.Gokulan, 18, serta dua lagi remaja lelaki berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu secara bersama di antara 11 malam hingga 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan semua tertuduh mengangguk tanda faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan 28 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin manakala tertuduh belum melantik peguam.

Di Mahkamah Sesyen di sini, pula semua remaja berkenaan mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan secara bersama menyebabkan kecederaan parah terhadap T.Preevin, 19, pada 9 Jun lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Semua tertuduh didakwa menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan dan lantikan peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sin.

Nhaveen, 18, cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur. Beliau meninggal dunia pada Khamis lepas setelah lima hari koma di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang.

Rakannya, Previin dilapor turut dipukul oleh kumpulan berkenaan menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.

-- BERNAMA

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, June 16, 2017 11:49 PM
Subject: Fw: kena pukul dengan samseng Umno & Mangsa Buli

Remaja mangsa buli meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

GEORGETOWN: Selepas enam hari bertarung nyawa dan mengalami keadaan otak mati, mangsa kes buli, T Nhaveen, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, petang tadi.

Nhaveen, 19, yang koma sejak dimasukkan ke HPP Sabtu lalu, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6 petang akibat kecederaan parah termasuk mengalami kesan koyakan pada di dubur akibat ditusuk objek tumpul.

Dalam kejadian di Taman Tun Sardon, Gelugor, pada jam 2 pagi itu, Nhaveen dan seorang rakannya, T Perviin, 19, dipukul lima lelaki yang juga bekas rakan sekolahnya berusia antara 16 hingga 18 tahun selepas berlaku perang mulut antara mereka.

Bagaimanapun, Perviin sempat melarikan diri sebelum Narvheen diseret ke kawasan padang dan dipukul menggunakan topi keledar, dibakar pada bahagian bahu dan duburnya ditusuk objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Osman, mengesahkan mangsa meninggal dunia di HPP dan kes berkenaan dijangka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Remaja Lelaki Mangsa Buli Meninggal Dunia di Hospital Pulau Pinang
siakapkeli.my

Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan menjadi mangsa buli sekumpulan remaja meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini.

Bernama melaporkan, polis berkata remaja berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 6 petang tadi.

Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, remaja itu meninggal dunia selepas berada dalam keadaan koma.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, remaja itu dan seorang lagi rakan dilaporkan telah dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Tun Sargon, Gelugor.

Mendiang dikatakan dipukul dengan topi keledar sehingga disahkan mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Mendiang ditemui dengan kesan melecur di bahagian belakang badan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rupa 2nd Degree Burns
siakapkeli.my

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita kes kematian seorang pelajar UPNM yang melecur teruk hampir seluruh badannya selepas dikatakan didera.

Menurut NST Online, pelajar berkenaan dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan parah, termasuk 2nd degree burns dan 3rd degree burns. Dalam bahasa melayu: melecur tahap ke-2 dan melecur tahap ke-3.

Sejak kes terbabit menjadi perhatian warga Malaysia, ramai doktor yang tampil menjelaskan apa itu melecur tahap ke-2 dan tahap ke-3 berserta gambar illustrasi dan Google. Tapi bagaimana rupa sebenar melecur-melecur itu secara 'live'?

Seorang pengguna Twitter @grgbinnie berkongsi bagaimana rupa melecur tahap ke-2 yang dialaminya selepas seharian bekerja di luar.

"Biarpun pakai krim matahari, masih dapat melecur tahap ke-2 selepas melakukan kerja seharian di luar. Sekarang sedang sakit gila." tulis mat salleh itu.

Ya, kalau kita tengok pun dah rasa ngilu, apatah lagi yang sedang merasa. Itu baru melecur tahap ke-2, belum masuk tahap 3 lagi.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 18, 2017 8:46 PM
Subject: Fw: Doktor Jelaskan Punca Kematian Arwah Zulfarhan

"Kebodohan Pembunuh-Pembunuh Ini Disebabkan.." Doktor Jelaskan Punca Kematian Arwah Zulfarhan
siakapkeli.my

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang penuntut UPNM yang mana menurut laporan, mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Berikut satu penjelasan dibuat oleh seorang doktor, Mohd Nor Hafiz Suratman berkenaan punca kematian arwah.

Berikut adalah penjelasan dari beliau:

Bersama beberapa kepilan gambar menerangkan tahap lecuran.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 4, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ekonomi Membimbangkan, Rakyat Cemas

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
"

Ada dua perkara yang tersirat daripada tulisan terbaru Nur Jazlan di dalam blog peribadnya. Pertama, kewujudan silent protest ahli UMNO terhadap Najib dan UMNO dalam PRU14. Kedua,kedudukan ekonomi negara yang masih belum pulih; kontradik dengan dakwaan kerajaan. Kalau benar seperti apa yang dibayangkan oleh Ahli Parlimen Pulai itu, apakah sikap rakyat dalam menentukan kepimpinan negara?

Pastinya, sebahagian akan kekal bersama BN kerana dedak segera setiap kali piliharaya. Manakala sebahagian lagi akan beralih kepada PAS/GS dan Pakatan Harapan (PH). Situasi ini akan menyukarkan setiap blok mendapat simple majority. Fokus tulisan ini bukan kepada bagaimana nanti kerajaan terbentuk. Penulis hanya ingin membuka minda rakyat untuk melihat siapa sewajarnya dipercayai untuk mengatasi kemelut ekonomi yang melanda rakyat dan negara.

Bagi penulis, kemelut ekonomi ini hanya dapat dipulihkan dengan berakhirnya hegemoni BN. Negara memerlukan watak dan kepimpinan baru. Seperti kata Nur Jazlan, kemelut 1MDB masih belum selesai, kerajaan BN terpalit pula dengan isu saham FGV yang melibatkan orang Melayu, khususnya para peneroka. Apakah ketirisan ini terpaksa akan ditampung oleh Najib melalui kenaikan GST? Atau apakah tergamak kerajaan Najib melakukan sesuatu yang lebih nekad sebaik sahaja diberi kuasa selepas PRU14 nanti?

Persoalannya, apakah benar PH alternatif terbaiknya? Maklumlah, ada orang yang berfikiran sekular berpandangan tokoh-tokoh ekonomi yang lincah dalam PH mampu mengubah nasib mereka. Mereka mudah terpesona dengan manusia yang mampu beretorik dengan teori-teori ekonomi. Kalau nak ikut pandai bercakap, BN sendiri dipenuhi oleh pakar-pakar ekonomi. Tetapi apa yang berlaku ialah rasuah, penyelewengan, kronisme, nepotisme dan tembolok sendiri. Justeru, janganlah mudah terperangkap dengan manusia petah bercakap seolah-olah menjuarai isu rakyat.

Alternatif sebenarnya ialah PAS. Hujahnya ialah rekod pentadbiran kerajaan PAS baik di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Lebai-lebai PAS-lah menyelamatkan ekonomi tanpa termonologi dan teori ekonomi yang tinggi-tinggi. Siang berjubah malam berkain pelekat. Namun, ekonomi negeri diurus dengan cemerlang.

Buktinya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin Kelantan tanpa rasuah dan penyeleweng dalam tempoh yang yang cukup panjang. Tuan Guru Haji Hadi masih mampu mengekalkan penghapusan cukai pintu, tol dan sebagainya meskipun pendapatan dominan, royalti minyak dikhianati. Ustaz Azizan Abdul Razak dapat menguruskan ekonomi Kedah dengan baik walaupun kewangan kerajaan negeri sebelum beliau, dikatakan nazak; hanya dapat bertahan dengan bantuan kerajaan Pusat. Ketiga-tiga kerajaan ini bersih. Semua ini adalah bukti; bukan persepsi.

Jelas kecemerlang ekonomi bukan kerana tali leher dan teori dari buku kapitalis. Hanya manusia yang berfikiran sekular tertipu dengan kepalsuan diri. Nasib rakyat mampu digalas oleh pemimpin-pemimpin yang tahu kepimpinan adalah suatu amanah dari Allah. Mereka ini bukan semata-mata bertanggungjawab terhadap manusia yang mengundinya, tetapi yang lebih besar dari itu ialah mereka ada keinsafan tanggungjawab terhadap amanah Allah.

Justeru, himpitan hidup rakyat dan kejatuhan ekonomi negara hanya dapat diselamatkan oleh PAS, insya Allah. Ini bukan isu isi bakul angkat sendiri. Ini adalah satu pandangan yang ikhlas berdasarkan track recocd dan senario parti-parti politik dalam negara masa kini. Rakyat perlu berfikir secara jujur untuk menemukan jawapannya.

"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: