Thursday, July 27, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4819[7 Attachments]

9 Messages

Digest #4819

Messages

Thu Jul 27, 2017 7:40 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



AES/AwaS sejak ianya mula dikuatkuasakan sehingga terkini adalah sebanyak 142,135 notis saman dikeluarkan
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Semalam 25 Julai 2017 Ahli Dewan Rakyat Kawasan Pokok Sena Dato' Haji Mahfuz Omar bertanyakan kepada Menteri Pengangkutan :

(a) berapakah jumlah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang baru dipasang sehingga kini dan berapakah jumlah pembayaran telah dibuat untuk pemasangan kamera tersebut; dan

(b) berapakah jumlah saman dikeluarkan dan berapakah pengguna dikenakan pemotongan mata dimerit sejak penguatkuasaan AWAS (Automated Awereness Safety System) pada 15 April 2017 sehingga sekarang.

Hari ini jawapan bertulis dari Menteri diterima dan ini jawapannya.

a) Sehingga kini sebanyak 21 kamera Automated Awareness Safety System (AwaS) telah beroperasi melibatkan 8 lokasi di negeri Perak, 2 lokasi di negeri Selangor, 3 lokasi di Kuala Lumpur, 2 lokasi di Putrajaya, 2 lokasi di negeri Johor, 1 lokasi di Kelantan, 1 lokasi di Kedah dan 2 lokasi di Terengganu. Segala kos berkaitan pembangunan, penyelenggaraan dan operasi sistem serta infrastruktur AwaS adalah dibiayai oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

b) Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah saman yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan melalui sistem AwaS sejak ianya mula dikuatkuasakan pada 15 April 2017 sehingga terkini adalah sebanyak 142,135 notis saman. Daripada jumlah tersebut sebanyak 12,354 notis saman telah dikeluarkan berkaitan kesalahan gagal patuhi lampu isyarat merah dan 129,781 berkaitan kesalahan memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan. Manakala bagi pengguna yang dikenakan mata demerit adalah sebanyak 7,258 orang.

TAHNIAH kepada Menteri Pengangkutan kerana menjawap soalan dengan jelas dan tepat.

Jawapan Menteri Pengangkutan menimbulkan beberapa perssoalan antaranya ialah :

a) Bagaimana semua pembiayaan pembangunan, penyelenggaraan dan operasi sistem serta infrastruktur AwaS dibiayai sendiri oleh syarikat penyedia perkhidmatan iaitu LTAT sedangkan dalam jawapan Menteri di Dewan Rakyat pada sidang yang lalu, Menteri menjelaskan bahawa secara dasarnya, kaedah pembayaran akan terbahagi kepada dua iaitu fi tetap dan fi boleh ubah. Bagi bayaran fi tetap, MOT dan LTAT telah bersetuju supaya bayaran adalah mengikut jumlah pemasangan kamera sehingga April 2018, manakala fi boleh ubah adalah selaras dengan keputusan yang dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 November 2016 iaitu berdasarkan jumlah saman sah yang dikeluarkan oleh pihak JPJ.

Hari ini Menteri menyatakan bahawa semua kos pemasangan, penyelenggaraan dan operasi dibiayai sendiri oleh syarikat sedangkan sebelum ini telah dipersetujui MOT membayar berdasarkan fi tetap. Adakah benar Kerajaan melalui MOT tidak membayar sesen pun kos pemasangan kamera atau Menteri cuba mengelirukan Dewan dengan menyembunyikan pembayaran yang dibuat oleh MOT kepada syarikat?

b) Berdasarkan jawapan (b) jelas bahawa sebanyak 7,258 pengguna daripada 142, 135 telah membayar tawaran kompaun justeru dikenakan hukuman melalui sistem mata demerit. Persoalannya sehingga kini, pengguna tidak dimaklumkan status saman yang dikeluarkan adakah ianya akan dibawa ke Mahkamah atau bagaimana? Sejak Disember 2012 semua prosiding mahkamah bagi saman AES yang kini dijenamakan semula sebagai AwaS dibekukan oleh Jabatan Peguam Negara. Kenapa pengguna perlu membayar tawaran kompaun dan dipotong mata demerit sedangkan saman-saman tidak dibawa ke Mahkamah? Jika penerima saman tidak membayar kompaun, apa status mereka?

Tindakan MOT melalui JPJ meminta pengguna membayar kompaun tanpa menjelaskan bahawa saman tidak dibawa ke Mahkamah dan kemudian memotong mata demerit adalah tidak berhemah. Ianya jelas menzalimi pengguna yang tidak mengetahui hakikat sebenar proses undang-undang. MOT dan JPJ seolah-olah mengambil kesempatan di atas kurangnya pengetahuan pengguna tentang undang-undang.

Menteri Pengangkutan perlu jelaskan persoalan ini.

ZULHAZMI SHARIFF
Pengerusi
Sekretariat Protes AES (ProtAES)
26 Julai 2017

AWAS hidupkan semula Kejara dan AES
theskop.com

by Najib

Mulai 15 April 2017, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah mula menguatkuasakan Sistem Kesedaran Automatik (AWAS), yang memberikan mata demerit kepada pesalah lalu lintas. Pelaksanaan AWAS telah mengaktifkan semula Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang ditangguhkan sebelum ini.
Sebanyak 23 jenis kesalahan lalu lintas disenaraikan di dalam AWAS, tetapi terdapat dua kesalahan serius yang kerap dilakukan, dikuatkuasakan bermula 15 April lepas. Dua kesalahan tersebut adalah melanggar lampu merah dan memandu melebihi had laju.

Lain-lain kesalahan yang akan menyumbang ke mata demerit adalah seperti membawa lebih muatan, memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal dan mengabaikan arahan polis atau JPJ.

Mata demerit diberikan berbeza mengikut dua golongan, pemandu kenderaan selain barangan dan bas, serta pemandu kenderaan barangan dan bas. Kesalahan dan mata demerit yang diberikan adalah seperti berikut:

Untuk pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang dimiliki kebanyakan pemandu biasa, amaran pertama diberikan untuk 20 mata pertama, dan lesen digantung selama 6 ke 8 bulan untuk 20 mata kedua. Jika lesen digantung sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun, lesen CDL tersebut akan dibatalkan.

Bagi pemegang Lesen Memandu Percubaan, dengan 20 mata sahaja akan menyebabkan lesen mereka dibatalkan.

Jika terus memandu dengan lesen yang digantung atau dibatalkan, denda tidak kurang RM3,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun boleh dikenakan.

Mata demerit ini boleh dikurangkan sebanyak 50%, jika pemandu tidak mencapai 20 mata demerit dan tidak melakukan sebarang kesalahan dalam masa setahun.

Orang ramai boleh menyemak mata atau bertanyakan tentang sistem demerit ini dengan menghantar emel ke kejara@jpj.gov.my.

Mengumpul mata demerit ini bukanlah satu perkara yang seronok, kerana ia bakal membuatkan anda kehilangan lesen memandu, dan tidak lagi boleh memandu. Jadi, hentikan berbuat kesalahan semasa memandu, dan fokus kepada pemanduan. Ia juga menjadikan jalanraya lebih selamat untuk semua.

[SUMBER: JPJ]

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 27, 2017 7:41 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Berita Baik Untuk Peminat Apple, Machines Tawar Jualan Gudang Semua Produk Apple Bermula Serendah RM549
siakapkeli.my

Berita baik kepada peminat Apple diluar sana, ini kerana Machines cawangan Avenue K bakal mengadakan promosi semua device keluaran Apple termasuk iPhone, Ipad dan Macbook akan dijual dengan harga promosi 28 Julai 2017 sehingga 30 Julai bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Harga yang ditawarkan di Machines cawangan Avenue K begitu menarik di mana ada device yang dijual pada harga serendah RM549.

Berita baik untuk ahli Machines pula anda begitu bertuah kerana Machines bakal memberi anda peluang untuk shopping lebih awal iaitu bermula esok iaitu 27 Julai 2017.

Apa yang pasti, harga yang ditawarkan begitu murah berbanding harga retail yang sudah pasti 'menggugat iman' para peminatnya.

Jom kita lihat.

Bagi mereka yang tidak kisah untuk menggunakan device demo iaitu unit yang digunakan sebagai display test di outlet, ternyata harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan begitu rendah.

Untuk ex-demo iMacs harganya bermula serendah RM3,199 dan ex-demo MacBook Pros 13" with Retina display adalah serendah RM3,849.

Berikut adalah harga aksesori yang harus juga anda miliki.

Anda boleh berkunjung ke website machines untuk melihat senarai penuh promosi.

Jadi, jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk miliki barangan jenama Apple dengan harga yang begitu murah berbanding harga di pasaran kini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 27, 2017 7:41 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot
Jejak Dakwah:

Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

1) MAHKOTA ZIKIR

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir.

2) MAHKOTA TASBIH

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3) MAHKOTA DOA

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar

4) MAHKOTA ISTIGHFAR

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5) MAHKOTA PERLINDUNGAN

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6) MAHKOTA PELEPAS BENCANA

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7) MAHKOTA PENENANG HATI

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 27, 2017 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jadi Jutawan Hanya 3 Jam, 7 Lelaki Rompak Kedai Emas Berjaya Diberkas
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Sekumpulan tujuh lelaki diberkas jam 2 petang tadi, selepas merompak kedai emas di sebuah pusat beli belah di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, pagi tadi, sekali gus memusnahkan hasrat nikmati hasil rompakan.

Berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan, semua suspek berjaya diberkas hasil tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang dan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, lapor Berita Harian.

Empat lelaki bersenjata pistol dan penukul besi, memakai topi keledar penutup penuh serta bersarung tangan hitam memecah masuk sebuah kedai emas di tingkat bawah pusat beli belah itu, dalam kejadian yang berlaku jam 11 pagi.

Seorang suspek yang bersenjata pistol dipercayai melepaskan lima das tembakan ke arah pengawal keselamatan, manakala suspek lain kemudiannya memecah rak kaca dan memasukkan barang kemas dalam beg pakaian.

Mereka kemudian dilaporkan melarikan diri dengan sebuah kenderaan selain hasil rompakan berjumlah yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata polis menahan tujuh lelaki dipercayai suspek kes samun, di Kampung Lalang, Dengkil, Sepang.

Fadzil berkata, hasil maklumat orang awam membawa polis ke lokasi kejadian.

"Kita dapat menangkap tujuh lelaki, selain menemui sejumlah besar barangan emas, penukul dan senjata api," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 27, 2017 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Padah Jual Motosikal Kepada Rakan Secara Sambung Bayar, Wang Pencen Bapa Dipotong RM370 Setiap Bulan
siakapkeli.my

Menjual motorsikal tanpa menukar nama pemilik menjadi pengajaran buat seorang pensyarah di Kuala Lumpur.

Menurut Muhammad Hafizi Abdullah, 29, motosikalnya jenis Duke 200 telah dijual kepada kawannya, Januari tahun lalu.

Pada mulanya, Muhammad Hafizi mengatakan di tidak berdepan dengan sebarang masalah dan mempercayai rakannya akan membayar motorsikal tersebut secara bulanan.

Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila bapanya menyemak baki simpanan wang pencennya di dalam bank. Wang pencen bapanya akan berkurang sebanyak RM370 sebulan.

"Rupanya , motosikal tersebut tidak dibayar dalam tempoh tujuh bulan," ujarnya.

Disebabkan masalah itu, dia mendapatkan kepastian dari rakannya dan penjelasannya amat mendukacitakan.

"Rupanya , kawan saya jual motosikal itu kepada orang ketiga tanpa pengetahuan saya.

"Saya buat keputusan mengambil semula motosikal tersebut daripada pihak ketiga dan dia berjanji untuk menyelesaikan wang pencen bapa ," katanya.

"Apa yang berlaku menjadi pengajaran berguna buat saya. Tidak salah untuk sambung bayar tetapi pastikan kenderaan anda dijual pada individu yang rapat dan dikenali.

"Tujuannya, jika berlaku masalah di kemudian hari, mudah untuk kita menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Sumber - Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 27, 2017 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Yang Kuat Gaduh Tu Patut Hantar Pergi Palestin Bagus," Komen Dato Siti Nurhaliza Buat Exco Pemuda UMNO 'Berang'
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu telah tersebar beberapa rakaman video kekecohan yang berlaku di PWTC selepas berlaku perbungan antara Pemuda UMNO dengan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada).

Pertembungan itu berlaku selepas dikatakan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) mahu menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Berikut adalah rakaman video daripada kedua-dua belah pihak.

Kekecohan itu menarik perhatian penyanyi Yasin Sulaiman untuk memuatnaik berita mengenai kejadian itu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu telah menarik perhatian Dato Siti Nurhaliza apabila dia menurunkan komen berbunyi "yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestin baguih."

Kerana komen itu, Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah dilihat sedikit berang dengan kenyataan kenyataan Dato Siti itu apabila beliau telah membalas kenyataan itu dengan satu pertanyaan kepada penyanyi nombor satu negara berkenaan.

"Cuba tanya bila Datuk K nak ke GAZA Palestin," tanya Armand kepada Dato Siti.

Menurut beliau, pertanyaan itu ditujukan kepada Siti Nurhaliza yang mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergi ke Palestin.

"Untuk maklumat Siti Nurhaliza Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Palestin," tulis beliau lagi.

Armand dalam pada itu telah memuatnaik gambar-gambar dan video berdurasi 3 minit 54 saat bukti Pemuda UMNO sudah ke Gaza Palestin dalam misi menghulurkan bantuan.

Hasil carian, Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah pegi ke Palestin pada 16 Februari lalu.

Kunjungan Siti Nurhaliza ke sana merealisasikan hasrat dan keinginan yang sudah lama beliau pendam untuk melawat bumi Anbiya ini iaitu memenuhi keinginannya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
4 of 4 File(s)

Thu Jul 27, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rakyat Perlu Bersedia, Rebat Elektrik Tidak Akan Kekal Selamanya
siakapkeli.my

Pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan berkata pengguna harus menyedari yang rebat yang dinikmati sekarang tidak akan berterusan selamanya dan perlu bersedia dikenakan surcaj, lapor Bernama.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan Pembangunan Industri dan Kawal Selia Pasaran Elektrik suruhanjaya, Ir Azhar Omar berkata, perkara ini perlu diberi perhatian kerana pemberian rebat itu bukan bersifat kekal, rakyat perlu bersedia dengan kemungkinan itu dan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah.

"Walaupun kita sepatutnya mengenakan mengenakan surcaj, tetapi atas sikap keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat, kerajaan masih menggunakan wang yang ada untuk menampung kenaikan.

"Ini kerana duit yang ada mungkin tidak dapat menampungnya pada masa hadapan. Rakyat perlu bersedia," katanya dalam temu bual program "Santai Ekspresi" Bernama Radio, baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan, kerajaan bukannya tidak dapat menanggung kenaikan kos tersebut, sebaliknya wang itu adalah sewajarnya digunakan bagi tujuan pembangunan ekonomi dan negara memerlukan banyak sumber kewangan untuk pembinaan hospital, jalan raya dan sebagainya.

"Peranan suruhanjaya ini ialah memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap pada harga munasabah dan telah mengambil kira kos-kos membekal elektrik serta pulangan munasabah untuk pihak utiliti, kos-kos bekalan api dan sebagainya."

"ST juga tidak mahu syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih keuntungan secara berlebihan, malah ST sedang melakukan audit ke atas TNB serta semua akaunnya bagi memastikan kos-kos yang ditanggung pada tempoh regulatori pertama adalah munasabah serta efisyen, sebagaimana yang ditetapkan."

"Tempoh regulatori pertama untuk proses semakan tarif akan berakhir pada 31 Disember 2017. Mulai 1 Januari, 2018, kita akan mulakan semakan kedua untuk tempoh regulatori kedua," katanya.

Selain itu beliau turut mendedahkan bahawa dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) generasi pertama, kebanyakan pengeluar penjana bebas (IPP) mencatat sedikit keuntungan.

Atas dasar itu, kerajaan telah merundingkan kadar yang ditetapkan sebelum ini dan kebanyakan IPP bersetuju untuk mengurangkan harga.

"Kita telah kumpul sebanyak RM1.8 bilion. Selama ini, kita menggunakan dana ini untuk memberi rebat dan sebagainya.

"Sehingga Disember 2017, kita masih mempunyai baki (daripada RM1.8 bilion), tetapi untuk Januari dan seterusnya, saya kena tengok semakan sama ada (berlaku) peningkatan atau tidak," katanya.

Menurutnya, ST juga telah menggunakan RM1.3 bilion daripada jumlah dikumpul itu dan inisiatif lain yang diguna pakai sejajar dengan perubahan persekitaran global itu adalah rebat Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

"Dasar rebat ICPT itu ialah untuk mengimbangi kos-kos yang tidak boleh dikawal oleh pihak utiliti.

"Ia berkait rapat dengan kos-kos bahan api dunia. Jika ianya tidak dapat dilepaskan dari segi rebat atau surcaj, kos ini terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan."

"Bagi membolehkan TNB memberi perkhidmatan yang baik, ia juga memerlukan pendapatan yang boleh digunakan bagi menampung kos."

"Sekiranya kos asyik meningkat tetapi pendapatan masih tidak dapat diperolehi secara mencukupi, lama-lama ia (TNB) akan tutup, perkhidmatan akan merosot dan kerajaan terpaksa menyelamatkannya," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jul 27, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kualiti Pengadilan Kurang, Gol Ghaddar Memang Offside, Tapi Kalau Saya Beli Pengadil, Semua Game Saya Dah Menang - TMJ
siakapkeli.my

Semalan telah berlangsungnya perlawanan Liga Super yang menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus gah memimpin tahta liga diikuti pasukan Kedah ditangga kedua dan Pahang di tangga ketiga.

Perlawanan semalam menyaksikan Pasukan JDT berjaya mengalahkan Perak dengan jaringan tipis 2-1 selepas penyerang import batu mereka Mohammed Ghaddar berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit 59.

Disebalik jaringan itu terdapat sedikit kontroversi selepas jaringan Mohammed Ghaddar itu dikatakan offside sehingga menjadi bualan ramai, ada yang menyatakan pengadil itu telah dibeli oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Berikutkan perlbagai tuduhan yang dilemparkan, Baginda dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman JOHOR Southern Tigers telah menjawab segala tuduhan berkenaan dengan sebuah video sindiran yang agak menarik.

Memetik kata-kata TMJ dalam video, beliau mengakui mutu pengadilan dalam perlawanan itu teruk dan turut mengakui yang jaringan Ghaddar memang offside.

Nak tahu apa jawapan penuh baginda, jom lihat video ni.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan liga super semalam.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
3 of 3 File(s)

Thu Jul 27, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Friday, 28 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: