Tuesday, July 18, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4808

15 Messages

Digest #4808
1
2
Fw: Tolong Doakan Suami Saya by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Tak Boleh Politik Di Bagan Dato, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
7
Fw: Pandu Di Lorong Kecemasan by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
8
Fw: Cara Rawat Penyakit Kencing Manis by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
9
13
Fw: Jangkitan Wabak Anjing Gila@Rebies by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Tue Jul 18, 2017 7:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Daging babi bercampur daging kambing

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman

 

Siti Nur Ahmad (kanan) bersama pegawainya menunjukkan daging sejuk beku dari Sepanyol percayai daging babi di Perlabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN

Nurul Amanina Suhaini am@hmetro.com.my

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan cubaan menipu kandungan daging import selepas menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, hari ini.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan pihaknya menyita bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan.

Katanya, semua daging itu disusun secara bercampur di dalam empat kontena sejuk beku, sebelum dirampas kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat sejak 31 Mei lalu dan terus menyekat pergerakan kontena daripada keluar kawasan pelabuhan, selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan.

"Hasil pemeriksaan kami mendapati pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku dan beroperasi di Selangor dan dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan.

"Mereka sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia, namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol.

"Pengusaha terbabit nyata melanggar syarat permit mengimport daging dan berdepan tindakan tegas,"katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Siti Nur berkata, setiap kontena dianggarkan mengandungi kira-kira 30 tan daging, selain pengimport itu sudah dipanggil untuk memberi penjelasan dan pihaknya akan membuat pendakwaan jika sabit kesalahan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tolong Doakan Suami Saya Sedang Bertarung Penyakit Kanser Kulit Tahap 4 Sembuh, Kami Baru Kahwin Dan Saya Mengandung 4 Bulan
siakapkeli.my

Berikut adalah perkongsian daripada Puan Filzah NurRaihan Bt Abd Razak, seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga dan kini sedang hamil 4 bulan. Suaminya Muhammad Amirul Bin Salmi Sofiah sedang menghidap Kanser Kulit tahap 4 dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Assalammualaikum.
Nama saya Filzah NurRaihan Bt Abd Razak, saya minta jika anda buka mesej ni dan baca, kemudian hantarlah ke semua kenalan anda.. saya minta Ihsan doakan suami saya Muhammad Amirul Bin Salmi Sofiah supaya Allah SWT beri syifa (kesembuhan ) kpd suami saya yg sdg mengidap Kanser Kulit tahap4. Kami baru saja mendirikan rumahtangga dan sekarang sedang mengandung 4 bulan. Saya dan bayi yg bakal lahir sangat² memerlukannya. Saya minta, jgn tutup mesej ni sebelum anda hantar ke semua kenalan.
Semoga Allah murahkan rezeki dan memberikan rahmat dlm kehidupan anda semua didunia hingga akhirat kelak. Hanya Yg maha esa mampu membalas budi baik tuan/puan Aamiin .

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Artinya :
Yaa Allaah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezqi, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati Aamiiin.

Netizen yang INGIN HULURKAN BANTUAN boleh menghubungi nombor yang tertera atau memberi sumbangan melalui nombor akaun yang berikut.
0143334444 - Lan
0148008000 - Lan (Whatsapp)
01112717452 - Filzah nurraihan (Isteri)
0176717304 - Fatimah (Ibu Mertua Pesakit)

Filzah Nur Raihan Bt Abd Razak
No acc bank :
164230445152 (Maybank)

HKL,
Tingkat 4,
Wad 19,
Katil 16.

Sumber- Roslan Bin Ismail

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peniaga Gerai Makan Dakwa Ramai Pelajar UTHM Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah, Kisah Dapat Perhatian Permaisuri Johor
siakapkeli.my

Akibat kos perbelanjaan yang semakin meningkat, nampaknya golongan pelajar begitu terkesan dengan perkembangan semasa ini.

Mungkin kita terdengar ada pelajar universiti yang mendapat bantuan PTPTN membeli barangan mewah, dan akhirnya kena berjimat, tapi sebenarnya ada antara mereka kita tahu akan meminta duit daripada ibu bapa.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang betul-betul datang dari keluarga yang susah, sudah pasti wang lebihan selepas membayar yuran yang tinggal ditangan mereka perlu dijimatkan sebaik mungkin kerana masih banyak perlu digunakan untuk tujuan pembelajaran sehingga habis semester nanti.

Sebuah video yang dimuatnaik oleh Encik Suhaizan Kayat, beliau telah pergi meninjau keadaan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), apa yang menyedihkan satu pendedahan yang dilakukan oleh seorang pemilik gerai makan di sekitar universiti.

Beliau Baharudin Omar, 55 meluahkan rasa simpatinya melihat nasib pelajar-pelajar di UTHM di mana dakwa beliau ada ramai pelajar yang datang makan ke kedainya terpaksa berjimat dengan hanya makan nasi putih berlaukkan kuah dan air kosong semata-mata.

"Bila dilihat kebanyak pelajar ini datang daripada keluarga yang kurang kemampuan, ada diantara pelajar yang datang hanya makan nasi sahaja bersama kuah yang berharga RM1 dan minum air kosong yang diberikan percuma."

"Dulu ada juga pelajar yang hidup macam ni, kalau dulu dari sepuluh orang kita akan tengok dua daripadanya saja yang makan macam ni tapi hari ni boleh dikatakan lapan hingga sembilan orang yang akan makan macam ni sepanjang waktu.

"Ekonomi kita teruk, saya akui pelanggan saya semakin susut dan peniagaan ini tidak rancak macam dulu. Bagi saya ini adalah disebabkan faktor ekonomi rakyat yang semakin teruk terbeban, cuba lihat gaji macam tu tapi barang belanja semakin mahal," katanya dipetik tulisan Malaysian Review.

Kisah ini telah mendapat perhatian Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah di mana baginda telah meminta bantuan kenalannya untuk mengaturkan satu program bagi membantu pelajar-pelajar ini.

"How we set up the "Because We Care" fund at UTM perhaps can be used by UTHM?" tulis Baginda Permaisuri di laman Facebooknya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom


Tak Boleh Politik Di Bagan Dato, Amaran Zahid Dipertikaikan.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Shahbudin Husin

Politik demokrasi adalah politik terbuka. Semua orang bebas pergi ke mana-mana, tidak ada sesiapa yang boleh mewujudkan halangan sama ada dia untuk pergi ke kawasan orang lain atau orang lain datang ke kawasannya.

Jika seseorang itu pemimpin yang bagus, berkhidmat dengan baik, tidak banyak pekung, tidak berperangai gangster dan sentiasa punya hubungan dua hala yang baik, tidak ada sebab mereka harus takut atau gentar dengan kedatangan musuh ke kawasannya.

Tun Mahathir Mohamad sepanjang berkuasa tidak pernah kata, "jangan kacau Kubang Pasu", Tun Abdullah Badawi juga tidak pernah memberi amaran, "jangan ganggu Kepala Batas" dan Najib Razak yang sedang terperosok diserang kini dan kanan pun belum pernah menjerit, "jangan kacau kawasan saya, Pekan."

Malah ramai pemimpin politik yang apabila berbalas cabaran, akhirnya dengan lantang akan mengungkapkan, "kalau betul anak jantan, marilah datang berlawan ke kawasan saya?"

Tetapi, agak pelik lagi menghairankan apabila Zahid Hamidi yang kini merupakan pemimpin Perak pertama merasa naik sehingga jadi Timbalan Perdana Menteri, cuba bersikap sebaliknya pula?

Kata Zahid Hamidi, orang luar jangan cuba-cuba mengganggu politik Bagan Datuk.

Beliau seterusnya menyalahkan gangguan orang luar sebagai antara sebab berlakunya tsunami politik dalam dua pilihanraya umum lalu di Bagan Datuk di mana beliau hanya menang dengan kira-kira 2,000 undi saja.

Apa masalahnya jika orang luar datang ke Bagan Datuk dan mahu mengalahkannya?

Bukankah politik demokrasi memang begitu - mengalahkan atau kita dikalahkan?

Kenapa Zahid Hamidi takut sangat dengan kedatangan orang luar ke Bagan Datuk?

Adakah beliau sudah terasa mungkin akan kalah dalam pilihanraya akan datang?

Bagaimana pula dengan beliau sendiri yang selalu pergi ke merata tempat dengan yang terbaru ke Gombak, Selangor minggu lalu sambil menggesa pemimpin UMNO kawasan itu datang bertemu dengannya dalam tempoh dua minggu bagi merencana strategi agar Pakatan Harapan dapat dikalahkan?

Tidaklah dengan tindakannya itu, Zahid Hamidi sendiri telah melakukan gangguan kepada kawasan Azmin Ali dan Pakatan Harapan?

Jika beliau boleh datang dan melakukan gangguan ke kawasan lain dengan tujuan mengalahkan lawan UMNO dan BN, apa masalahnya Pakatan Harapan datang ke Bagan Datuk untuk melakukan perkara yang sama?

Ini demoklasi maaa...
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/07/tak-boleh-politik-di-bagan-dato-amaran.html#ixzz4nB6TVuLT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kanak-Kanak 10 Bulan Tertelan Pin Tudung Selamat Jalani Pembedahan
siakapkeli.my

Sejak semalam menjadi tular di laman sosial gambar x-ray menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah tertelan pin tudung, berita berkenaan dilaporkan benar-benar terjadi dan bayi itu kini dilaporkan stabil, lapor Harian Metro.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur berkata, bayi itu telah berjaya menjadlau dibedah semalam dan pin yang tersangkut di paru-parunya sudah dikeluarkan.

"Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) dan kini dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor," katanya.

Sejak semalam tular di laman Facebook gambar x-ray kanak-kanak lelaki berkenaan di mana beradasarkan kepsyen yang ditulis menyatakan kanak-kanak itu telah didukung oleh ibunya yang memakai tudung dengan pin di bahu.

Kanak-kanak itu dikatakan telah menarik pin itu dan memasukkannya ke dalam mulut sebelum telan, kejadian menyebabkan dia mengalami luka dalaman yang agak serius berdasarkan maklumat di media sosial. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Berkempen Cara Islam Akan Mendapat Keredaan Allah SWT
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Islam adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam tidak dapat dipisahkan dengan amalan harian, bekerja, berinteraksi sesama manusia malahan perhubungan dengan haiwan dan alam sekitar juga ada adab-adab yang telah digariskan oleh Islam.
Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan beriman dengan rukun Iman yang lain dan rukun Islam, maka kita perlu berpegang teguh dengan ikatan Islam dan tidak boleh terpisah walaupun sedikit. Oleh itu semua perkataan, perbuatan, amalan, tulisan, arahan, gagasan, perancangan maka tidak boleh lari dengan ajaran Islam yang ditanzilkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.

BERKEMPEN adalah salah satu aktiviti kehidupan manusia hari ini iaitu ketika manusia sedang berusaha untuk menonjolkan atau menyokong pemimpin, mencari sokongan rakyat, menunjukkan ketokohan diri atau mempromosikan kebaikan parti atau organisasi maka ianya tidak boleh langsung terkeluar daripada adab-adab Islam .

Jika kita ketandas atau ketempat tidur ada doa dan adab-adabnya maka apakah ketika kita hendak berkempen dan memilih pemimpi, kita bebas daripada adab-adab dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam?

Adakah kita boleh menggunakan apa cara sekali pun, termasuk memfitnah, mengumpat , mengutuk, maki hamun, mengupah gengster membuat kacau dalam kita menjalankan kempen dan mengadakan rapat-rapat umum?

Jawabnya pasti tidak boleh kerana dalam Islam kita tidak boleh menggunakan kaedah "Matlamat menghalalkan cara". Jika cara itu haram dan berdosa Islam melarang kita menggunakan walaupun matlamatnya baik.

Seorang mukmin akan sentiasa menjaga akhlak dan adab sopan dan kehidupannya. Akhlak dan kesopanan adalah pakaian seorang mukmin sejati. Justeru, dalam kempen pilihan raya bukannya masa untuk kita menanggalkan akhlak dan adab sopan.

Antara anggota badan yang paling banyak digunakan dalam kempen pilihan raya adalah lidah untuk tutur bicara. Calon dan penyokong parti akan menggunakan lidah untuk berkempen dan menarik sokongan dan kepercayaan pengundi dengan manifesto dan janji-janji yang akan ditunaikan sekiranya diberi peluang untuk memenangi pilihanraya.

Majoriti ahli politik dunia termasuk di negara kita menggunakan idealogi dan falsafah politik Nicholo Machiavelli yang terang dan jelas bertentangan dengan roh Islam dan adab-adabnya.

Nicholo Machiavelli merupakan seorang ahli falsafah Itali. Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun dengan kerajaan Itali sebagai setiausaha kerajaan. Terkenal dengan bukunya yang masyhur The Prince. Sebuah buku yang membicarakan ideologi dan falsafah politik menurut sisi pandang Nicholo Machiavelli.

Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat saintifik dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman Renaissance. Dalam bukunya, beliau menggariskan beberapa panduan berpolitik untuk kerajaan.

Antara falsafah beliau, untuk sesebuah kerajaan mengekalkan kuasa, maka para menterinya haruslah mengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan dan kepintaran menipu. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggak pemerintahan. Machiavelli juga mengatakan kerajaan perlu bijak mengaburi mata rakyat dengan menyuap rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan bagi melalaikan mereka. Bagi Machiavelli, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, tidak kira caranya baik atau buruk.

Machiavelli menyatakan nilai–nilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifat kedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kutukan rakyat. Walaubagaimanapun sifat pemurah perlu ditunjukkan kepada rakyat seperti mengadakan 'rumah terbuka' dengan menggunakan duit rakyat, demi meraih sokongan dan pujian rakyat.

Machiavelli menambah, seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit dalam kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam dirinya terutama sifat pemurah, jujur, berperikemanusiaan, baik budi dan alim. Machiavelli berkata seorang pemimpin itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi 'seakan-akan memiliki sifat baik' kerana manusia akan hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat sahaja daripada apa yang mereka rasa.

Doktinnya The end justifies the mean. Ertinya , dalam mencapai dan mengukuhkan kuasa, seseorang pemimpin itu hendaklah mengukur antara manfaat tindakan yang baik dan tindakan yang buruk. Jika perlu memperolehi kuasa, maka tindakan buruk perlu DIUTAMAKAN. Demi kepentingan kuasa politik, kerajaan diharuskan menggunakan sebarang cara untuk merealisasikan matlamatnya.

Apakah cara-cara kempen yang beretika dan berakhlak yang dibenarkan oleh Islam? Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh orang mukmin ketika dia berceramah, berkempen dan mencari sokongan rakyat.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Jauhkan ucapan berbentuk maki hamun, mengutuk dan mendedahkan aib seseorang secara peribadi.

Ketika berkempen (berceramah atau rapat umum) lidah perlulah dikawal dengan sebaik-baiknya kerana peribadi seorang muslim tidak akan berkata perkara dusta, memfitnah, berbohong atau menokok-tambah keaiban seseorang yang tidak ada pada dirinya.

2. Jauhi memfitnah dengan menyebarkan gambar-gambar palsu (super impose), VCD seks palsu, menuduh berzina atau liwath (dalam Islam perlu bawa 4 orang saksi yang adil) dan edaran risalah-risalah berbentuk dakwaan semata-mata. (perlu diingat bahawa setiap satu tuduhan jika tak benar akan bertanggungjawab di hari akhirat).

Janganlah menuduh dalam sesuatu yang tak pasti. Hukumnya boleh jatuh dalam kategori dosa fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh.

3. Mendedahkan kesalahan seorang pemimpin yang rasuah dan ada bukti-bukti yang kukuh tidak dilarang kerana orang ramai perlu tahu akhlak seorang pemimpin yang hendak dipilih. Contohnya : ada bukti berbentuk dokumen, transasi kewangan, perjanjian jual beli dan sebagainya.

4. Sebaik-baiknya mereka yang dicaci atau difitnah perlu mendiamkan diri daripada membalas cacian. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Diam itu adalah suatu hukum dan amat sedikit orang yang melakukannya." (Hadis riwayat Abu Mansurad-Dailani daripada Ibn Umar)

5. Mendedahkan kelemahan pemerentahan lama dan mencadangkan cara pemerentahan baru yang lebih telus dan adil tidak salah dan berikan bukti-bukti kelemahan dan akibat yang ditanggung oleh rakyat kerana salah tadbir dan salah laku pemimpin. Bukti perlu dalam bentuk lapuran audit, lapuran pegawai kewangan dan lapuran pakar luar negara.

6. Tidak salah mewar-warkan kebaikan yang telah dibuat oleh pemimpin kepada rakyat untuk memberi kebajikan kepada rakyat, dengan syarat kebaikan itu telus dan bukan untuk berbangga-bangga.

7. Mengemukakan menipesto yang lebih baik dan berjanji untuk melaksanakan jika berkuasa tidak dilarang kerana setiap niat dan kebaikan yang dirancang adalah salah satu tuntutan Islam.

Dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain.

Jentera parti mesti memahami bahawa politik itu merupakan salah satu kaedah untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan, bukan untuk mendapatkan kuasa memerintah semata-mata.Kempen yang bersih dan tidak mengandungi caci-maki dan kutuk mengutuk kepada calun lawan adalah akhlak yang terpuji dan merupakan sifat orang mukmin yang bertanggungjawab dan mengajak rakyat untuk melakukan kebaikan.

Semua rakyat yang cintakan keadilan dan kehidupan perlulah sentiasa kekal dengan akhlak dan adab-adab Islam. Jadikanlah kempen dan pertandingan dalam pilihan raya umum ini merupakan peluang yang paling baik untuk kalian melakukan perubahan dalam masyarakat dan memilih pemimpin yang benar-benar bercirikan Islam dalam akhlak dan kehidupannya, bukannya pemimpin yang hanya mabuk kuasa dan tetap mahu berkuasa walaupun menggunakan cara Machiavelli iaitu matlamat menhalalkan cara.

Waullahualam.

Nota daripada Abu Basyer
https://www.facebook.com/abu.basyer

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pandu Di Lorong Kecemasan, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Didenda RM600
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan dan didenda RM600.

Bagaimanapun, pegawai kanan itu tidak hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi menjawab saman yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman, lapor Utusan Online.

Beliau diwakili oleh salah seorang pegawai khasnya, kemudian membayar denda berkenaan.

Memandu di lorong kecemasan? Bersedia untuk terus ke mahkamah
themalaymailonline.com

Sebanyak 429 aduan diterima daripada orang awam berhubung kesalahan menggunakan lorong kecemasan. ― Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 1 Jul ― Pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan tidak akan dikenakan kompaun sebaliknya terus dihadapan ke mahkamah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron.

Beliau berkata sebanyak 429 aduan diterima daripada orang awam berhubung kesalahan menggunakan lorong kecemasan sejak 22 Mei hingga 24 Jun lepas.

Katanya pemandu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

"Kita memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pemandu yang melakukan kesalahan ini," katanya dalam sidang media sempena pelancaran Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 di sini, malam tadi.

Ops itu dilancarkan semalam.

Beliau diminta mengulas cadangan enam jenis kesalahan jalan raya untuk terus dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu, beliau berkata lima kesalahan jalan raya lain pula masih dalam peringkat kajian.

Lima kesalahan lain iaitu melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit serta memotong dan tidak membenarkan memotong.

"Kita sedang mengkaji... kita akan berbincang dengan pihak mahkamah dan juga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros)," katanya.

Semalam, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata pihaknya bercadang untuk terus mendakwa pemandu yang melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 ke mahkamah.

Sementara itu, Nadzri berkata kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan jalan raya dua hari sebelum Hari Raya dan beberapa hari selepas itu.

Larangan terhadap kenderaan berat adalah pada 2 dan 3 Julai, dan pada hari-hari raya, dan pada 9 dan 10 Julai kerana ia berisiko tinggi berlaku kemalangan, katanya. ― Bernama

Memandu Di Lorong Kecemasan Kini Di Kategorikan Sebagai Kesalahan Serius
driving-school.com.my

Kesalahan menggunakan lorong kecemsan

Kesalahan memandu di lorong kecemasan kini di ketegorikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (J.P.J.) sebagai satu kesalahan yang serius di Malaysia.

Dulu, menggunakan lorong kecemasan membawa saman hanya RM300.

Kini, hukuman kesalahan ini di naikkan ke maksimum RM2000 atau penjara 1 tahun!

Mengikut laporan The Malay Mail Online 10 Jun 2016, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata:

Mereka yang masih berdegil menggunakan lorong itu akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

Kenapa pihak J.P.J. mengambil keputusan mengkategorikan kesalahan menggunakan lorong kecemasan sebagai satu perkara serius?

Saya rasa, ini adalah satu perkara yang kerap berlaku di Malaysia.

Banyak pemandu tidak mengambil peduli hakikat meggunakan lorong kecemasan.

Kebanyakan pemandu kurang bersabar.

Bila berada di dalam kesesekan lalu lintas to lebuhraya, banyak pemandu suka menggunakan lorong kecemasan untuk menjimat masa.

Insiden "Tipping Point"
Kesalahan menggunakan lorong kecemasan adalah satu perkara yang kian lamanya.

Pihak J.P.J. dan Polis sudah banyak kali memberi amaran.

Insiden ataupun Tipping Point yang memaksa J.P.J. mengkategorikan kesalahan ini sebagai perkara serius berlaku di bulan May 2016 di Melaka.

Segelintir pemandu kereta di Lebuhraya PLUS menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.

Insiden tersebut berlaku di KM228 Lebuhraya PLUS.

Sebanyak 91 pemilik kenderaan telah di kenal pasti melakukan kesalahan ini.

Kesemua pemandu yang di kenal pasti telah di minta datang ke cawangan J.P.J. untuk memberi keterang.

Pemandu yang berdegil atuapun tidak peduli, mereka akan di beri surat untuk hadir ke mahkamah.

Jika mereka tidak hadir ke mahkamah, apakah yang akan berlaku?

Pihak mahkamah akan mengeluarkan surat tahanan atau arrest warrrant kepada pesalah yang masih berdegil.

Kesimpulannya
Kesimpulan artikal ini mudah sahaja…jangan menggunakan lorong kecemasan jika anda tiada kecemasan.

Sekali dua anda mungkin terlepas.

Namum, suatu hari nanti, pasti anda akan di tangkap.

Pemandu yang lain banyak menggunakan smartphone yang berkamera.

Mereka cuma perlu tangkap gambar dengan nombor plet kereta and hantar ke J.P.J.

Satu hari nanti, anda akan menerima surat untuk hadir ke pejabat J.P.J. untuk beri keterangan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cara Rawat Penyakit Kencing Manis | Steevya Pengganti Gula
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com


Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Kita sedar atau tidak, penyakit 'silent killer' kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus

[1]. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas.

Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis. Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian. Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi.

Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesitI. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai

[2]. Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak

[3]. Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan. Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat).

Penyakit kencing manis ini digelar 'silent killer' kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok. Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup. Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa.

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?
Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis. Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita.

Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda. Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda.

Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!
Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan. Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi.

Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan. Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga). Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com

Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.

Selamat mencuba!

TESTIMONI STEEVYA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tip Untuk Pertahankan Diri Buat Wanita Ketika Bersendirian, Elak Jadi Mangsa Penjenayah
siakapkeli.my

Tiada siapa.yang dapat mengetahui akan apa yang bakal berlaku ke atas diri, sama ada perkara baik mahu pun buruk.

Apa yang boleh dilakukan adalah dengan bersikap lebih berhati-hati dan bertawakal setelah buat yang terbaik.

Seperti yang kita tahu, kaum wanita sering menjadi mangsa mudah buat penjenayah, lagi-lagi ketika bersendirian.

Mungkin ada ketikanya sewaktu berjalan, memandu, di dalam lif sekali pun, peluang untuk jenayah berlaku lebih cerah, bagi yang bersendirian.

Menerusi perkongsian dari saudara Azidy Abdul Hadi, perkongsiam mengenai situasi yang mungkin boleh berlaku kepada wanita ini, boleh dijadikan sebagai panduan, untuk menyelamatkan diri.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

SITUASI 1

Sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam. Dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.

SITUASI 2

Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau.

Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda!

Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3

Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! Ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran.

Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain.

Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang.

Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

SITUASI 4

Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?

Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang.

Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami.

Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar!

Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.

SITUASI 5

Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat?

Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.

p/s : sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi

*sebelum keluar rumah, baca ayat kursi. in sya Allah akan ada 70000 malaikat yg akan melindungi perjalanan kita.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rupa Dah Macam Kain Buruk Dan Koyak Rabak, Terlalu Sayang Seluar Zaman Sekolah, Wanita Masih Pakai Senyap-Senyap Walaupun Dah Kahwin
siakapkeli.my

Setiap orang pasti ada perangai peliknya tersendiri, ada perangai pelik yang kita tidak sangka seperti suka cabut rambut, suka gigit kuku dan sebagainya.

Namun itu adalah kebiasaan yang disembunyikan atau orang lain tidak tahu, terbaca admin sebuah perkongsian yang di mana seorang wanita menulis sebuah cerita tentang perangai peliknya.

Menurut beliau, perangai peliknya adalah amat sayang dengan sehelai seluar yang dimiliki pada zaman sekolah dahulu sehinggalah walaupun sudah berkahwin dia masih pakai lagi sembunyi-sembunyi walaupun sudah kelihatan seperti kain buruk dan koyak rabak.

Jom kita baca.

AKU DAN SELUARKU

Assalamualaikum,tak tahu macamana nak mula..admin mohon jangan gelak ya cerita saya ni,sebab admin orang pertama yang akan baca😂😂..saya nak tanya ada ke manusia macam saya?hahha..

saya ada benda yang saya sayang, benda ni dari zaman sekolah lagi,saya simpan then saya tetap bawa zaman universiti,masa zaman belajar dulu,saya akan pakai masa roomate takda atau balik kampung, saya sayang sangat seluar ni.

Sehinggalah 2013 saya berkahwin saya bawa seluar ni,saya tetap akan pakai bila suami pergi kerja,memamg saya sorok seluar ni dari suami sb saya malu,tapi nak dijadikan cerita suatu hari, saya lepas mandi saya keluar bilik air,saya nampk seluar saya kat pintu toilet, MASYAALLAH, siapa letak seluar kesayangan aku disini????????nak jatuh air mata saya, saya pergi tanya suami kenape seluar tu ada kat situ.

Suami selamba cakap dia jumpa seluar tu dalam timbunan kain kotor,masa nak basuh kain tadi jd dia buat la lap kaki,kenape campur baju kita ngn kain buruk??..apa kain buruk kau kata??(ni dalam hati la).saya diam je...saya terus ambik dan simpan balik, kali ni saya sorok tempat tinggi supaya dia tak jumpa.

Bila dia out station saya happy sgt sebab boleh pakai seluar ni dengan tenang hahha....
masa dekat raya haritu,biasa suami akan kemas2 rumah, sebab saya akan busy dengan biskut raya..sedang busy membaking saya tgk suami bawa tangga katanya nak bersih kipas..sy pun ok la memang tu kerja nya setiap tahun bila nak raya..

Tiba tiba saya terpandang kain yg kat tangannya.......Allahhhhhhhhh..seluar aku....macmana dia jmpa seluar aku????...saya terus menjerit sekuat hati..."ABANGGGGG SELUARRRRR SAYA!!!!!!!!!!!!", smpai bergoyang tangga yg suami naik utk bersih kipas...

Dia pun blur..tengok muka aku,tengok seluar kat tangannya,2,3kali...dia pun tanya "ni ke seluar awk???..dia pun gelak besar sampai merah mukanya gelak kan aku.....dan berkata apa punya seluar la,s eluar setan pun lawa lagi dari seluar ni??.siot punya suamiiii aku....dalam hati aku kata,wei...kat mana plak kau pernah tengok seluar setan??........,..hahahaah....

Akhirnya​ terbongkar la seluar kesayangan aku ni dkt suami...patut la dia hairan kenape la seluar ni misteri sangat katanya..dia selalu nampk seluar ni di tmpat tercorok..macam ada saka kat seluar tu katanya...jahat betul mulut laki aku hahah...

Sekarang ni aku bahgia sebab aku dah tak perlu sorok lagi, yang paling best suami aku pulak suka aku pakai seluar tu..seksi katanya...hahaha...

Seluar tu aku dah rendam and basuh bersih selepas suami buat lap kipas.sekrang suami aku pulak jaga seluar tu.siap hanger lagi haha..biarla apa orang nak kata,kami laki bini je tahu,hahahha.....janji aku dan seluar berpisah tiada...sekian cerita aku....hahhaha....

- Siakapkeli.my

Sumber: KRT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Manfaat Menakjubkan Tanaman Brotowali untuk Kesehatan
bloglist-malaysia.blogspot.
beritafresh.com

Hingga saat ini mungkin masih banyak yang belum mengetahui beragam manfaat menakjubkan tanaman brotowali untuk kesehatan tubuh manusia. Brotowali atau yang dikenal juga dengan nama bratawali ini sebenarnya merupakan jenis tanaman liar yang dapat tumbuh dimana saja, sepertidi halaman rumah, kebun, hingga di hutan-hutan.

Walaupun merupakan jenis tanaman liar, namun brotowali ini ternyata memiliki segudang manfaat bagi kesehatan tubuh kita. Bagi mereka yang masih gemar menggunakan metode pengobatan alami, mungkin sudah tidak asing lagi dengan sederetan manfaatnya. Karena tanaman liar ini memang kerap digunakan sebagai obat alternatif alami.

Manfaat Menakjubkan Tanaman Brotowali untuk Kesehatan
Dibalik rasanya yang pahit, tanaman brotowali ini diketahui memiliki kandungan pikrotein yang dapat membantu menstimulasi kinerja syaraf, sistem pernapasan dalam tubuh, hingga otot. Penasaran dengan beragam manfaat dari tanaman brotowali? Berikut ini adalah sederetan manfaat menakjubkan tanaman brotowali untuk kesehatan tubuh kita.

1. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Salah satu manfaat menakjubkan dari tanaman brotowali adalah mampu meningkatkan imunitas tubuh. Hal tersebut karena tanaman liar ini memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Sehingga dapat membantu mengeluarkan toksin atau racun yang terdapat di dalam ginjal serta hati hingga menangkal radikal bebas. Selain itu, kandungan yang terdapat di dalam brotowali juga diketahui dapat memerangi bakteri penyebab penyakit hati serta infeksi saluran kemih.

2. Membantu Menyembuhkan Penyakit Diabetes
Manfaat lain dari tanaman brotowali adalah dapat membantu menyembuhkan penyakit kencing manis atau diabetes melitus. Tanaman liar ini efektif mengobati penyakit diabetes karena dapat menjadi agen hipoglikemik yang dapat menurunkan kadar lipid dan tekanan darah. Sehingga kadar glukosa di dalam darah pun dapat menurun. Dan bahan alami ini sangat cocok untuk mengobati diabetes tipe 2.

3. Membantu Mengatasi Penyakit Reumatik
Tidak hanya dapat membantu mengatasi penyakit diabetes atau kencing manis, tanaman brotowali juga diketahui dapat membantu mengatasi penyakit reumatik. Brotowali ini diketahui memiliki kandungan anti flamatory hingga beragam sifat anti reumatik. Itulah sebabnya mengapa obat ini dapat membantu mengatasi penyakit reumatik. Tidak hanya itu, brotowali juga dapat membantu mengatasi gejala lain seperti nyeri sendi, dll.

4. Membantu Mengurangi Stres
Manfaat lain yang tidak kalah menakjubkan dari tanaman brotowali ini adalah dapat membantu mengurangi stres berlebih. Tanaman ini dapat menjadi bahan utama dari ramuan adaptogenik, yang diketahui dapat membantu mengurangi kegelisahan hingga stres mental. Bahkan ramuan yang terbuat dari tanaman brotowali ini mampu membantu meningkatkan memori hingga fokus saat sedang bekerja.

5. Baik Untuk Kesehatan dan Kecantikan Kulit
Tidak hanya baik untuk kesehatan, ternyata tanaman liar yang mudah ditemui dimana-mana ini juga dapat menjadi ramuan untuk perawatan kecantikan, khususnya kulit. Ya, tanaman brotowali dapat menjadi anti-aging atau dapat mencegah penuaan dini. Ramuan dari tanaman brotowali diyakini mampu mengurangi jerawat bintik hitam, keriput, hingga garis halus pada kulit. Itulah sebabnya mengapa brotowali ini sangat baik untuk kulit.

6. Membantu Mengatasi Gangguan Mata
Adapun manfaat lain dari tanaman brotowali bagi kesehatan tubuh kita yakni membantu mengatasi beberapa gejala gangguan pada organ penglihatan. Tanaman liar ini diketahui memiliki kandungan yang dapat membantu mengatasi beberapa gangguan mata. Tidak hanya itu, kandungan yang dimiliki oleh brotowali juga diyakini dapat membantu menjernihkan mata hingga membuat mata dapat melihat lebih baik walaupun tanpa menggunakan kacamata.

Itulah sederetan manfaat menakjubkan tanaman brotowali untuk kesehatan tubuh kita yang mungkin masih jarang disadari atau diketahui oleh banyak orang. Semoga informasi seputar kesehatan dan kecantikan di atas dapat menjadi sumber referensi yang membantu sekaligus bermanfaat bagi Anda semuanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Polis China Lukis Lintasan Zebra 3D Untuk Pastikan Pemandu Perlahankan Kenderaan
siakapkeli.my

Chengdu - Polis di China menggunakan cara kreatif bagi memastikan penunggang motosikal dan pemandu kereta memperlahankan kenderaan ketika orang ramai melintas iaitu dengan melukis lintasan zebra tiga dimensi (3D).

Lintasan zebra unik itu dilukis di dua simpang sibuk di Chengdu bagi memastikan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka supaya 'tidak melanggar' garisan itu dengan laju.

Selain itu, lintasan itu juga dilukis dalam warna biru, kuning, dan putih.

Polis berkata objektif mereka berbuat yang demikian adalah untuk mencipta ilusi kepada pemandu yang mereka akan terlompat terlanggar benjolan jika memandu secara laju.

"Selepas kita buat begini, lagi ramai pemandu belajar untuk memperlahankan kenderaan dan memberi laluan kepada pejalan kaki di laluan itu," kata pegawai Yuan.

Penduduk di Chengdu memuji tindakan polis itu dengan berkata ianya berkesan.

"Sebelum ini, kereta tidak mahu memberi jalan kepada pejalan kaki. Tapi sekarang, dengan lintasan berwarna-warni ini, mereka perlahankan kereta," kata seorang penduduk di sini.

Polis berkata mereka akan menganalisis hasil dari eksperimen itu dan akan mengembangkannya jika berjaya.

Sumber: Shanghaidaily.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rupanya Dah 30 Tahun Jual Dan Hidang Daging Anjing, Restoran Diserbu Dalam Operasi Cegah Penularan Wabak Rabies
siakapkeli.my

Ketulan daging anjing yang dijumpai
kredit gambar: Harian Metro

Pihak Polis Sibu petang semalam dilaporkan telah menyerbu sebuah gerai makanan selepas premis itu didapati menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual daging anjing di Lorong Rambutan di sini, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berumur 54 tahun itu yang juga pemilik premis terbabit telah ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan berkenaan di mana dua ketul daging anjing telah berjaya dirampas.

Gerai makanan itu dipercayai telah menghidangkan menu berkenaan sejak 30 tahun lalu dan hanya diketahui selepas serbuan dilakukan hasil kerjasama PDRM, Jabatan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Menurut beliau juga, suspek telah mengaku dia terlibat dalam kegiatan tersebut, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.

Serbuan itu dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies yang menular di negeri ini berikutan terdapat kes baru rabies telah dicatatkan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan terdapat satu lagi kes baru rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal dan menjadikan empat kes dicatatkan di negeri ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak. - Siakapkeli.my

Jangkitan Wabak Anjing Gila/Rebies: Kanak-Kanak Perempuan Mangsa Ketiga Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun yang merupakan mangsa ketiga wabak penyakit anjing gila atau rabies telah disahkan meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini, lapor Bernama.

Ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak perempuan tersebut yang berasal dari Kampung Lebor, Gedong, Bahagian Serian itu telah meninggal dunia pada 2.16 petang akibat rabies encephalomyelitis.

"Sehingga hari ini (13 Julai), terdapat empat kes disahkan rabies di Serian, Sarawak di mana tiga kes telah meninggal dunia dan satu kes iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU HUS dan dalam keadaan kritikal.

"Tiada kes baharu rabies dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Julai lepas, mangsa pertama dan kedua yang juga adik-beradik, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun telah meninggal dunia.

Mereka yang menetap di Kampung Paon, Sungai Rimu Bakung, Serian meninggal dunia di PICU HUS selepas dikesan dijangkiti virus itu hujung bulan lepas.

Mangsa terbaru yang merupakan mangsa keempat dijamgkiti wabak rabies yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian sedang dirawat di PICU HUS.

Dr Noor Hisham berkata Pengesanan Kes Aktif (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies di Serian oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

"Aktiviti ACD telah dilaksanakan di 96 penempatan yang melibatkan 5,663 rumah dan 21,978 penduduk ditemu duga bagi sejarah gigitan anjing.

"Sebanyak 225 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk kampung berkenaan," katanya. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, July 05, 2017 11:04 PM
Subject: Fw: Video Rabies Yang Sungguh Menyentuh Hati,

Video Rabies Yang Sungguh Menyentuh Hati, Simptom 'Takut Air' Buat Pesakit Tidak Boleh Minum, Lumpuh, Koma Dan Akhirnya Mati
siakapkeli.my

Sejak minggu lalu iaitu pada 29 Jun 2017, negara telah digemparkan dengan berlakunya tiga kes jangkitan penyakit Rabies atau anjing gila di Serian Sarawak di mana pesakit-pesakit mempunyai sejarah pernah digigit anjing.

Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berkaitan tiga (3) kes viral encephalitis yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Umum Sarawak (SGH) yang disyaki dijangkiti virus rabies.

Pada 30 Jun 2017, keputusan makmal bagi ketiga-tiga kes mendapari kesemua mereka positif bagi virus rabies.

Namun, dua daripada mereka yang merupakan adik beradik iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia 4 tahun disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.43 dan 1.46 petang semalam.

Apakah Penyakit Rabies?

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis) disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies di mana ia berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul.

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

Berikut adalah sebuah video lama yang menakutkan dan menyentuh hati, video itu menunjukkan kes Rabies yang direkodkan di Iran, jangkitan penyakit ini telah mengorbankan beribu nyawa di seluruh dunia.

Jom kita lihat.

Video yang dipaparkan ini telah digunakan untuk pembelajaran sehingga ke hari ini di kebanyakan Fakulti Perubatan di seluruh dunia. Ini disebabkan penyakit ini yang sangat "Rare" dan sangat sukar ditemui lebih-lebih lagi di negara maju yang mengamalkan kaedah pencegahan seperti vaksinasi haiwan peliharaan.

Prognosis untuk seseorang pesakit itu sembuh setelah simptom muncul adalah sangat tidak baik dan hampir kesemuanya akan mati.

Pesakit akan mengalami simptom seperti Hidrofobia (Takut air) adalah simptom tipikal untuk penyakit rabies, disebabkan penyakit ini mempunyai prognosis yang teruk dan hampir mati, pesakit kebiasaanya akan dirawat secara palliatif iaitu dengan bantuan dan sokongan yang boleh mengurangkan simptom dan kesakitan pesakit sehingga hujung nyawa..

Video Simtoms Hidrofobia (Takut air) dihadapi pesakit yang dijangkiti rabies.

Langkah-langkah pencegahan penularan wabak Rabies.

Lagi video mengenai rubies.

- Siakapkeli.my

Sumber: Public Health Malaysia, KpKesihatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



9 September Dipilih Tarikh Baru Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
siakapkeli.my

Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini bersetuju untuk memilih 9 September(Sabtu) sebagai tarikh baru untuk sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 selepas dipinda sebelum ini, lapor Harian Metro.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya menerusi satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini 29 Julai telah dipilih sebagai tarikh untuk sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

"Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai kepada Sabtu 9 September 2017," kata kenyataan itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 18, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menganga Terlalu Luas Boleh Sebabkan Rahang Mulut Teralih, Segera Dapatkan Rawatan Untuk Perbetulkannya Kembali
siakapkeli.my

Foto: wikihow

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi di mana, apabila mulut dibuka terlalu luas, tiba-tiba sukar untuk menutupnya kembali, terasa seperti rahang teralih.

Perkara sebegini kadang-kala berlaku mungkin sewaktu ingin menjamu selera, atau pun sewaktu menguap terlalu luas bukaan mulut, yang secara tidak langsung membuatkan rahang teralih.

Sekiranya perkara sebegini berlaku, sebaiknya dibawa ke hospital untuk mengalihkan keududkan rahang tersebut pada kedudukan asalnya.

Menerusi perkongsian dari laman The Dresser & Co. ini, terdapat penerangan akan rahang mulut teralih ini. Mari kita ikuti penjelasan dengan lebih lanjut.

Foto: healthtap

Tutup Mulut tu Bro!

Kau dah kenapa, tadi beriya sangat nak makan burger. Siap order Triple Special Daging ni ha! Seboleh-bolehnya kau nganga luas-luas nak telan sekali semua burger tu.

"Tohong haku weih, tahleh huhup muhup" (Tolong aku weih, takleh tutup mulut)

Apa ke peliknya kau cakap ni?

Ni mesti kena jaw dislocate ni, sekejap ye bagi aku berbuka dulu. Tulah gelojoh sangat macam kau seorang je yang puasa. Yum yum. Aku makan jap, nanti lepas ni kita pegi hospital. Hihihi

"Hampai hahi kau, hakit ni heii"
(Sampai hati kau, sakit ni weii)

Dan ku biarkan Mahmud menangis sementara aku menikmati juadah berbuka. Hihihi. Itulah, bagi dia merasa nikmat di tarik sementara. Tadi berlagak sangat. Nah kau rasa.

Apa itu jaw dislocate (Rahang mulut teralih)?

Jaw dislocate adalah keadaan dimana salah satu atau kedua-dua TMJ yang menghubungkan rahang mulut bawah dengan tengkorak mengalami kecederaan. TMJ ni temporomandibular joint, bukan Tuanku Mahkota Johor tu tau.

TMJ ni adalah joint yang membentuk dan menghubungkan antara tengkorak dan rahang mulut manusia. TMJ ni boleh koyak, retak atau teralih daripada kedudukannya di tengkorak. Keadaan dimana rahang mulut teralih ini yang dinamakan sebagai jaw dislocation / rahang mulut teralih.

Rahang mulut yang patah, retak dan teralih ini boleh menyebabkan masalah pernafasan dan pemakanan. Macam yang Mahmud hadapi sekarang. Jadi kalau pesakit seperti Mahmud datang ke jabatan kecemasan, boleh la triage beliau ke green zone - fast track/trauma lane atau pun ke Yellow Zone.

Sebab bukan apa, kesakitan dan keadaan yang di alami pesakit seperti Mahmud ini perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera bagi mengurangkn komplikasi dan mempercepatkan proses penyembuhan. Jaw dislocation boleh berulang, lagi-lagi Mahmud yang suka makan double, triple burger tu.

Masuk ke Yellow Zone, Mahmud dibawa oleh Ribut, PPP triage ketika itu, sambil mulut di tutup dengan tuala. Puhh nampak lak misi comel kat dalam tu, main mata sket, mana tahu jodoh! Huhuhu
(PPP : Penolong Pegawai Perubatan)

Hah, kes apa pulak ni, Ribut?
Tanya Dr Mok, incas YZ ketika itu.

Jaw dislocation secondary to triple special burger boss, specially for you!

What the? Hah kau letak kat katil Y7 tu nanti aku setelkan. Simple je ni!

Staff Nurse Bella, tolong check vital sign pastu bagi CRIB, set line dulu, in case kalau perlu sedation, thanks!

Apa yang boleh menyebabkan jadi dislocated jaw ini?

Dalam kes Mahmud, overbite atau terlebih menganga untuk makan. Kena pula Mahmud ni dulu pernah accident, trauma di kepala. Jadi itu mungkin salah satu faktor boleh berlakunya jaw dislocate ini. Trauma daripada kecederaan sukan, kemalangan jalanraya, di tempat kerja dan di rumah juga boleh menyebabkan jaw dislocation.

Senget. Itu yang senang di katakan tentang keadaan Mahmud ketika ini. Hilang handsome, macam muka orang kena stroke pun ada.

Jika dilihat lebih lanjut bagi kes dislocated jaw ini, kita boleh lihat susunan gigi pesakit adalah tidak selari. Selain dari tidak mampu menutup mulut, pesakit akan mengadu kesakitan dan kadangkala berlaku kebengkakan. Apabila mulut tidak dapat di tutup, air liur kadangkala meleleh dan juga akan mengalami kesukaran percakapan.

Tindakan

"Triple special burger ye? Sedap tak? Ni ubat tahan sakit saya beri dulu, sekejap lagi kamu pegi xray"
Kata Dr Mok, sambil menulis borang x-ray untuk Mahmud.

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan / doktor untuk mendiagnos dislocated jaw penting, juga memastikan tiada kecederaan kekal atau serius yang berlaku.

Pengambilan sejarah, pemeriksaan fizikal dan assessment dari segi airway, breathing dan circulation adalah wajib.

(Airway : salur pernafasan, breathing : kadar dan cara pernafasan, circulation : sirkulasi darah)

Dr Mok meminta persetujuan daripada Mahmud untuk tujuan perawatan. Mana lah tahu, perlukan sedation untuk membetulkan semula jaw dislocate itu.

Untuk pre-hospital care atau rawatan di luar hospital, tiada rawatan spesifik di perlukan. Lebih kepada rawatan simptomatik. Samada pemberian ubat tahan sakit, mengurangkan pergerakan rahang pesakit atau sokongan bahagian terlibat itu sudah cukup sementara menunggu sampai ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Konsultasi pakar maxilofacial untuk rawatan susulan atau pembedahan perlu jika ada kepatahan atau bagi kes kronik. Bergantung pada jenis dan gred kepatahan serta bahagian yang terlibat, kebanyakan pesakit chronic mungkin pembedahan di dewan bedah.

"Lap sikit air liur tu Mahmud, meleleh tu"

"Ok panggil Ribut kat depan jap, panggil sekali Dex, jangan asyik berkepit dengan student misi je"

Ada beberapa method atau cara di cadangkan dan terbukti berhasil untuk merawat jaw dislocate ini.
Beberapa kes juga dilaporkan, dengan menggalakkan atau merangsang gag reflex pesakit juga membantu dalam membetulkan jaw dislocate (anterior) secara spontan.

"Meh sini aku ajar beberapa teknik untuk jaw dislocate pada korang wahai PPP yang hensem hensem belaka"

1. Teknik Classic Reduction

Pesakit akan di dudukkan, dan kita menghadap depan pesakit. Pakai glove. Kita perlu meletakkan ibu jari di bahagian inferior molar di kedua-dua bahagian, kiri dan kanan. (inferior molar : gigi geraham paling belakang). Jari yang lain di letakkan di angle dan badan mandible (bahagian bawah rahang mulut).

Kemudian tekanan sekata di berikan secara ke bawah dan ke belakang (downwards and backward). Ini membantu mengembalikan rahang mulut yg teralih ke posisi asal bagi rahang mulut yang teralih ke hadapan.

Oh ya, gunakan gauze di gigi geraham pesakit, keadaan fizikal gigi yang tajam adakalanya boleh menyebabkan trauma / luka pada ibu jari, selain selepas itu mungkin pesakit akan tergigit jari anda, selepas rahang kembali ke posisi normal.

2. Recumbent Approach (Posisi Baring Sisi Kanan / Kiri)

Pesakit akan di baringkan pada sisi kanan atau kiri, dan kita boleh berdiri di belakang kepala pesakit. Teknik masih lebih kurang sama seperti classic method, iaitu tekan di gigi geraham hujung, dan tekanan ke bawah dan ke belakang diberikan sekata sehingga rahang kembali ke posisi asal.

3. Wrist Pivot Method

Pesakit di dudukkan dan kita duduk di hadapan pesakit. Cara ini lain sikit berbanding classic reduction. Ibu jari di letakkan di dagu pesakit, manakala jari telunjuk di letakkan di inferior molar (bahagian gigi geraham) dan tiga jari lain di letakkan di bahagian zygomatic bone pesakit (tulang pipi).

Tekanan akan di kenakan ke bahagian hadapan / tengkorak pesakit. Teknik ni payah sikit, kerana memerlukan tenaga jari yang kuat dan cengkaman ibu jari di bahagian dagu pesakit yang efektif.

4. Ipsilateral Approach

Teknik ini terdiri daripada tiga cara, external, intraoral dan gabungan external dan intraoral.

a. Extraoral route

Extraoral route di cuba dahulu dimana pesakit dalam keadaan duduk dan kita berada di hadapan pesakit. Kita akan menstabilkan kepala pesakit menggunakan tangan bukan dominan dan kemudian tangan dominan anda akan mengenakan tekanan pada condyle yang teralih.

Bahagian condyle ini boleh dirasai dengan palpasi pada bahagian hujung tulang zygomatic (hujung bahagian tulang pipi). Tekanan secara perlahan dan sekata, dan ini di laporkan telah berjaya dalam 55% kes acute anterior mandible dislocation.

b. Intraoral route

Intraoral route, tekanan di lakukan dari bahagian dalam mulut iaitu di bahagian inferior molar (gigi geraham). Teknik ini dibuat dengan memberikan tekanan sekata secara perlahan sehingga rahang kembalin ke posisi asal.

c. Extraoral & intraoral

Jika kedua-dua teknik ini tidak berjaya, boleh gunakan kombinasi kedua-dua teknik iaitu teknik extraoral dan intraoral, di mana kedua-dua teknik di lakukan secara serentak kepada pesakit.

Harus di ingat, pemberian ubat tahan sakit, ubat rehat otot atau pun sedation (ubat tidur) perlu diberikan kepada pesakit bagi memudahkan teknik dan proses ini dilakukan. Pemberian suntikan local anaestesia atau ubat bius setempat pada space TMJ memerlukan persetujuan dan hanya boleh dilakukan oleh pakar maxillofacial.

Mahmud kembali hensem, setelah teknik-teknik mengembalikan rahang mulut ke posisi asal berjaya.

Ujar Dr Mok, rahang mulut yang berjaya di kembalikan ke posisi asal, tidak memerlukan rawatan susulan yang spesifik, cuma perlu diberi nasihat supaya berhati-hati, tidak menganga terlalu luas sehingga menyebabkan kejadian berulang.

Mahmud tidur lagi ni, kesan ubatan tadi. Selesai di balut kepala dengan serban. Ubatan tahan sakit juga diberikan, lepas sedar boleh la Mahmud balik.

No more burgers for u Mahmud !
Lepas ni aku makan burger sorang-sorang

Pengkongsian ilmu bersama. Harap bermanfaat.

Nak usha student misi jap,
- Zerg -

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: