Tuesday, July 25, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4816[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4816
1
2
Fw: Lantang Kritik Mutu Pengadilan, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Tak Sampai Seminggu Dibuka, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10
11
Fw: Isu Cas 30sen Bila Bungkus Air, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
14
Fw: Buaya Bawa Mayat ke Tebing, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
15
Fw: Dirempuh Kereta Lawan Arus, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Tue Jul 25, 2017 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

Al- Aqsa Dijajah Sepenuhnya ?!
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Sebentar tadi Jabatan Waqaf Al-Quds mengumumkan bahawa ia telah hilang kawalan sepenuhnya ke atas Masjid Al-Aqsa.
.
Kini tiada kedengaran azan, tiada imam solat dan tiada makmum
.
اللهم بحق لا إله إلا الله، وثقلها في الميزان، وبكل أسمائك الحسنى وعظمتها، يا من يقول للشيء كن فيكون، أسألك أن تنزل على الأقصى من جنودك وملائكتك من يدافعون عنه، كما أرسلت من قبل الطير الأبابيل، التي قضت على أبرهة، برحمتك يا أرحم الراحمين...

"Ya Allah, dengan kebenaran Lailahaillallah, dan beratnya ia di timbangan Akhirat nanti, dengan semua namaMu yang baik dan agung. Wahai Tuhan yang jika Dia berkata untuk sesuatu "Jadilah" maka ia terus terjadi. Kami memohon agar Engkau menurunkan tentera² dan para malaikat Mu untuk mempertahankan Al-Aqsa, sepertimana Engkau pernah mengutuskan burung² Ababil yang memusnahkan Abrahah. Ya Allah dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Merahmati ..."
.
Kredit : Us. Abdul Halim Abdullah
24 Julai 2017
.
Untuk sampai kepada 1 juta orang di alam maya, mohon setiap orang yang membaca mesej ini untuk FORWARD perkara ini. Moga Allah rahmati kita semua
.
HasbunAllah Wani'mal Wakeel
.
*Ayuh Bangkit!*
.
Surah Saba: ayat 39
.
"Katakanlah; 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya, dan Allah menyempitkan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya. Dan apapun yang *kamu sedekahkan* atas rezeki yang diberikan Allah, maka *Allah akan menggantikan* nya semula dan Allah-lah sebaik-baik pemberi rezeki"

Sebarkan :

TRAGEDI AL-AQSA AKIBAT KELEMAHAN STRATEGI ARAB
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Buat pertama kali dalam sejarah sejak 1969, Israel telah berani menghalang umat Islam daripada beribadat di Masjid Al-Aqsa, Palestin. Lebih dahsyat, tentera Zionis bukan setakat menembak mati tiga warga Palestin yang menentang halangan Israel ini serta mencederakan 140 yang lain, mereka bahkan menembak Imam Masjid Al-Aqsa yang juga merupakan bekas Mufti Besar Palestin Sheikh Ikrima Sabri selepas solat. Tragedi terbaru Al-Aqsa ini sebenarnya hanya membuktikan satu perkara: Israel tidak teragak-agak untuk meluaskan penjajahan mereka ke atas Palestin dan Baitulmaqdis setiap kali negara Arab saling bertelingkah sesama sendiri.

Berulang kali dapat kita saksikan pola ini: Apabila tentera Syria berundur dari Lubnan, Israel tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan serangan ke atas Selatan Lubnan dan seterusnya Gaza. Apabila Hamas memenangi pilihan raya Palestin diboikot negara Arab, terus sahaja Israel menyerang Gaza. Apabila Presiden Morsi dari Ikhwan Muslimin dikudeta tentera Mesir, terus sahaja Israel meningkatkan serangan dan kepungan berkali ganda ke atas Gaza. Jelas sekali Israel tidak pernah berlengah menyerang Palestin apabila berlakunya krisis antara negara-negara Arab.

Terkini, negara-negara Arab yang sepatutnya dalam proses pembentukan pakatan tentera ala-NATO Arab telah berpecah sesama sendiri dalam kes pemulauan ke atas Qatar. Arab Saudi, UAE, Mesir, dan Bahrain telah memboikot Qatar dan mendesak Doha menghentikan bantuan kepada Hamas yang mempertahankan Palestin daripada dijajah pendudukan haram Yahudi. Malah, negara-negara Arab ini juga telah mendesak Qatar agar menutup pangkalan tentera Turki di negaranya. Langkah ini menunjukkan bahawa negara-negara Arab tidak mengambil iktibar akan apa yang Israel mampu lakukan ke atas Palestin setiap kali negara Arab sibuk bercakaran sesama sendiri.

Hal ini cukup mengecewakan kerana negara-negara Arab – termasuklah Qatar – sudah pun menjalani latihan ketenteraan bersama sewaktu latihan North Thunder 2016 dan mereka telah pun bekerjasama dalam krisis Syria dan Yaman. Tambahan pula, Arab Saudi baru sahaja memeterai pembelian persenjataan melebihi 100 bilion USD dengan Amerika Syarikat sewaktu kunjungan Trump ke Riyadh Summit. Kesemua persediaan ini sepatutnya dijuruskan ke arah mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan Palestin, bukannya dihalakan ke arah sesama sendiri, apatah lagi ke atas Qatar iaitu sebuah negara yang memiliki potensi ekonomi besar dengan bekalan simpanan gas terbesar dunia. Lebih mengecewakan, hubungan antara negara Arab dengan Turki turut terjejas akibat peristiwa ini manakala sebahagian negara Islam lain turut berdepan dilema apabila Arab Saudi mengenakan desakan agar mengikut serta tindakan mereka memulau Qatar.

Ternyata pertelingkahan demi pertelingkahan sesama negara Arab ini sangat tidak strategik buat kepentingan umat Islam, khususnya di Palestin yang sentiasa menjadi tumpuan peluasan penjajahan Israel. Kajian sarjana Patricia A. Weitsman dalam karya beliau 'Waging War: Alliances, Coalitions, and Institutions of Interstate Violence' terbitan Stanford University Press perlu didalami dalam memahami realiti ini. Beliau telah mengkaji lima siri peperangan iaitu Perang Teluk Pertama, Perang Kosovo, Perang Afghanistan, Perang Iraq, dan Perang Libya. Ternyata, banyaknya perjanjian pakatan ketenteraan, tingginya teknologi tentera yang dimiliki, hebatnya latihan ketenteraan yang dijalani, serta besarnya keupayaan ketenteraan yang dimiliki sesebuah pakatan tentera tidak menjamin kelancaran mahupun keberkesanan pakatan tersebut. Sebaliknya, struktur pembuatan keputusan, imbangan kepentingan negara-negara sekutu dan serantau juga perlu diambil kira. Demikianlah halnya dengan Arab Saudi yang dilihat kini mengetuai pakatan negara Arab. Dalam keadaan hari ini, hubungan Arab Saudi yang makin renggang dengan Qatar dan Turki telah melemahkan sama sekali potensi pakatan NATO Arab untuk mempertahankan Palestin dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Negara Arab tidak sepatutnya alpa bahawa Israel telah pun secara haram mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka. Negara Arab tidak sepatutnya lupa bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Negara Arab juga tidak sepatutnya leka dengan hakikat bahawa Israel berjaya merampas Baitulmaqdis Timur selepas menewaskan pakatan negara Arab pada tahun 1967 hanya dalam tempoh Enam hari. Ketahuilah, segala kekuatan persenjataan moden milik negara-negara Arab pada hari ini – termasuklah Arab Saudi yang baru menandatangani perjanjian perolehan aset dengan Amerika Syarikat – ditambah pula dengan kekuatan Turki yang mendapat manfaat daripada penyertaan dalam NATO, tidak bermakna sama sekali selagi darah warga Palestin ditumpahkan secara berterusan manakala bumi Palestin terus dijajah dengan lebih rakus oleh Zionis.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

GHARQAD ISRAEL - kita mula dikejutkan dengan berita Israel menutup Masjid al-Aqsa.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

GHARQAD ISRAEL.

Sedar atau tidak, sepanjang musim Arab Spring, Israel hanya berdiam diri membiarkan drama perang proksi berlangsung dengan jayanya.

Setelah berlangsung Arab Spring yang berperanan melakar peta baharu bagi Asia Barat, kita mula dikejutkan dengan berita Israel menutup Masjid al-Aqsa.

Kita perlu peka dengan perkembangan geopolitik semasa yang menjadikan Israel cukup selesa pada hari ini.

⚫ Kurdistan.

Negara yang sedang diprojekkan melalui lobi Israel membabitkan sebahagian kawasan Syria, Turki dan Iraq. Proses ke arah penubuhan negara sekutu Israel tersebut sedang berjalan lancar menjelang tahun 2018.

Kedudukannya yang amat strategik amat berpotensi menjadi benteng Israel bagi menempatkan pertahanannya dia bahagian Utara.

Seterusnya Israel bakal menguasai sumber air. Sungai Furat di sempadan antara Syria dan Turki. Manakala Sungai Tigris di sempadan antara Turki dan Iraq.

⚫ Somaliland.

Negara baharu dan kecil di Tanduk Afrika yang menerima pengiktirafan dari UAE dan Israel. Lokasinya amat strategik untuk mengawal laluan perairan Bab Mandab, sekaligus membolehkan Israel menguasai Laut Merah. Laluan yang membelah dunia.

Keakraban dan motif penubuhannya yang amat sinonim dengan agenda Israel hingga digelar 'Israel di Tanduk Afrika'.

⚫ Ikhwan & Hamas Cuba Dilumpuhkan.

Sementara itu penguasa-penguasa Arab kelihatan dirasuk hantu Islamphobia dengan menjadikan gerakan-gerakan Islam sebagai sasaran prima. Kononnya gerakan-gerakan Islam adalah pengganas. Manakala Israel pula tidak ganas bahkan dianggap jiran tetangga yang perlu disantuni.

Ikhwan Muslimin dan Hamas ternyata menjadi mangsa. Ikhwan Muslimin dianggap ancaman kepada penguasa-penguasa Arab. Manakala Hamas dianggap ancaman langsung kepada Israel.

Ikhwan Muslimin dibelasah teruk terutamanya selepas rampasan kuasa di Mesir. Hamas mula terjejas operasinya bermula dari krisis Syria kerana bantuan yang sepatutnya mereka perolehi sebahagian besar melalui jalan Syria.

Kedua-dua gerakan Islam yang cukup berpengaruh ini cuba dilumpuhkan oleh penguasa-penguasa Arab yang mengaku Islam. Mereka bekerja untuk siapa?

Pada masa yang sama umat Islam terlepas pandang akan nasib al-Quds kerana khayal menyaksikan perang proksi terutamanya di Syria yang telah diplotkan penuh dramatik. Sekaligus Hamas dilupakan.

⚫ Gharqad.

Fenomena penguasa-penguasa Arab memburu gerakan Islam untuk melindungi kepentingan Israel telah diulas oleh Syeikh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi.

Penulis pernah bertanya kepada beliau apakah maksud gharqad di dalam hadith;

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود

"Tidak berlaku kiamat sehingga umat Islam memerangi Yahudi. Maka umat Islam membunuh mereka hingga Yahudi menyorok di sebalik batu dan pokok. Maka batu dan pokok berkata "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku maka datang dan bunuhlah dia". Kecuali gharqad, sesungguhnya gharqad merupakan pokok Yahudi" - hadith Sahih Muslim.

Beliau menjelaskan secara literal merujuk kepada pokok gharqad yang sedang giat ditanam oleh Zionis.

Adapun maksud yang lain, gharqad juga merujuk kepada penguasa-penguasa yang sifatnya melindungi kepentingan Israel. Selari dengan sifat gharqad di dalam hadith yang peranannya melindungi Yahudi dari ancaman umat Islam.

⚫ Israel Raya.

Dengan mengumpulkan segala perkembangan-perkembangan yang telah dinyatakan di atas, apa lagi yang boleh disimpulkan melainkan Israel sedang cukup selesa meluaskan jajahannya. Kurdistan dan Somaliland mengepung dunia Arab.

Dari belahan sungai Furat dan Tigris hingga ke sungai Nil. Bukankah itu kawasan idaman Israel? Bahkan kini Israel sangat berpotensi ke arah itu.

Mungkin selepas ini akan tercetus lagi babak-babak provokasi yang seolah-olah mengejek upaya umat Islam.

⚫ Bilakah Kita Mahu Serius?

Zionis memperolehi peluang atas kelalaian kita, umat Islam. Negara-negara Arab keliling Israel yang menyimpan jiwa-jiwa muslimin yang sepatutnya dilaburkan untuk memerangi Israel, tetapi malangnya telah diplotkan untuk berbunuhan sesama sendiri.

Pada masa yang sama penguasa-penguasa Arab yang berjenama Islam lebih berminat membunuh gerakan Islam dan menjilat agenda Israel. Proksi.

Kita perlu serius mengambil tahu dan peka terhadap isu umat dengan mengambil tahu strategi musuh. Sekurang-kurangnya menyelamatkan kita dari terikut-ikut dengan rentak yang telah diplotkan oleh musuh. Kita ada banyak sejarah yang memalukan, umat Islam masuk perangkap musuh.

Menyedari kelemahan bermula dari lemahnya kita merasa bertanggungjawab untuk memahami realiti yang sedang berlaku. Tidak cukup dengan slogan maki Israel, mafla al-Quds dan alunan nasyid Palestin. Selagi tidak diiisi dengan ilmu dan info, maka itu semua hanyalah gimik dorongan emosi yang tidak akan kekal lama.

⚫ Islam Pasti Menang.

Zionis Israel pasti hancur. Itu pasti. Persoalannya, apakah kini kita layak beroleh kemenangan atau sememangnya kita berhak dihina kerana tidak serius dengan Islam? Wahai Allah, ampunkan kami.

#Abdul Mu'izz Muhammad
19 Julai 2017

GAMBAR..Aksi Solat di Luar Masjid Al-Aqsha

bloglist-malaysia.blogspot.

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TMJ "Minum Kopi" Bersama Dollah, Pertahan Keputusan Gantung
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan "minum kopi" bersama ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh. Gambar pertemuan itu disiarkan dalam laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, malam tadi jelas mencuri tumpuan.
"Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh," menurut kapsyen pada gambar yang dimuatnaik.

Menariknya, pertemuan antara kedua-duanya itu kurang 48 jam selepas Dollah dihukum gantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempertahankan keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu dengan menegaskan Dollah boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Lantang Kritik Mutu Pengadilan, FAM Gantung Dollah Salleh 18 Bulan Dan Denda
siakapkeli.my

Kerana kelantangan yang mengkritik mutu pengadilan, pengendali Pahang, Dollah Salleh, telah digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), lapor Berita Harian.

Hukuman berkenaan berkuatkuasa semalam selepas keputusan berkenaan telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin dan diumumkan menerusi kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, sebentar tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, Dollah telah disabitkan melakukan kesalahan selepas didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

"Tindakan Dollah membuat kenyataan di ruangan media berhubung isu membabitkan FAM tanpa kebenaran FAM secara terus boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi FAM sendiri," jelasnya.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (Liga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu di mana menyaksikan Pahang tewas 1-2.

"Jawatankuasa memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM yang mana defendan dikenakan penggantungan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) manakala baki sembilan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh.

"Ia tertakluk kepada kepada kelakuan baik defendan dan jika kesalahan sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, hukuman penggantungan sembilan bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta tetapi Dollah boleh mengemukakan rayuan" katanya - Siakapkeli.my

Era TMJ, Dollah Salleh Digantung 18 Bulan, Denda RM30 000
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Era TMJ sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang semua sedia maklum, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri lantang mengkritik persatuan bola sepak itu sebelum ini.
Akibat lantang mengkritik mutu pengadilan ketika Pahang Bertemu Felda United awal Julai lalu, pengendali Pahang, Dollah Salleh digantung 18 bulan dan didenda RM30,000.

Ia diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin. Dollah didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

Apa yang dikritik Dollah?

Selepas kekalahan 2-1 kepada Felda United, Dollah jelas berang dan menyifatkan pemberian sepakan penalti kepada pasukan 'The Fighters' pada minit ke-88 perlawanan adalah tidak adil.

"Saya kecewa dan sangat tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Mereka (pemain-pemain) sudah memberikan persembahan terbaik, tapi pengadil membunuh semangat kami."

"Banyak keputusan dibuatnya sepanjang perlawanan sangat menghampakan saya dan pemain. Saya sudah lama berdiam diri."

"Pahang seolah-olah menjadi mangsa dalam banyak perlawanan sebelum ini. Adakah semua sudah diatur?"

"Banyak kali kami dilayan seperti ini, "kata Dollah kepada wartawan pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Dollah juga berkata pengadil seolah-olah tidak faham keadaan "ball to hand" apabila bola terkena tangan pemain Pahang pada minit akhir perlawanan setelah situasi kelam kabut di hadapan gawang gol Pahang.

"Itulah yang saya katakan tadi. Dia ini faham atau tidak (undang-undang)? Kita boleh nampak dengan jelas ia adalah situasi 'ball to the hand' dan bukan pemain pertahanan kami sengaja memegang bola."

Dollah turut mempersoalkan kegagalan Mohammad Zamzaidi Katimin memberikan sepakan penalti kepada Pahang setelah Sumareh dikasari terlebih awal.

"Kenapa apabila pemain kami meminta sepakan penalti ketika Sumareh dikasari dengan jelas dalam kotak penalti FELDA United, pengadil buat tidak tahu? Semua orang nampak kekasaran itu," tambah Dollah lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Najib Beri 6 'Hadiah' Buat FELDA - Adakah Warga Peneroka Akan Berubah Hati?

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Jika sebelum ini kita sering membaca keluhan demi keluhan dari warga FELDA yang menanggung kerugian ataupun hutang beribu ringgit akibat;

- Kerugian saham FGV

- Penanaman semula

Tapi pada semalam semasa merasmikan Karnival Ekspresi FELDA Negaraku yang terakhir, yang berlangsung di Putrajaya Najib telah mengumumkan enam perkara yang disifatkan berita baik buat warga FELDA.

Berikut adalah insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu;

1) Insentif RM5,000 kepada 94,956 orang peneroka pada akhir Ogos 2017 dengan jumlah keseluruhan RM474.7 juta

2) Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka melibatkan peruntukan RM519 juta.

3) Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV libatkan lebih 77,000 peneroka. Bagi mereka yang habis pinjaman akan mendapat RM1,820

4) Kelulusan bagi pinjaman pembesaran rumah tanpa faedah berjumlah RM40,000 dan boleh membina lebih daripada satu unit rumah dalam satu tapak. Melibatkan 70,000 tapak rumah peneroka. Jumlah kos keseluruhan RM2.8 billion.

5) Geran khas tanam semula melibatkan RM7,500 bagi setiap hektar.

6) Dana khas RM300 juta diwujudkan untuk tempoh 2017-2021 bagi lupuskan lebihan hutang tanam semula melebihi jangkaan RM40,000.

Warga FELDA akan diberi 5,000 bagi tiap-tiap keluarga pada akhir bulan Ogos 2017. Selain itu, Najib juga mengumumkan yang sebanyak 77,000 peneroka akan dilupuskan baki hutang saham FGV dan bagi mereka yang telah habis membayar hutang pula akan diberikan wang sebanyak 1,820.

Bagaimanapun Najib tidak menyatakan lanjut bilakah pemberian insentif seperti pelupusan hutang saham FGV dan penanaman semula akan dilaksanakan. Apa yang menjadi tanda-tanya, apakah pemberian-pemberian oleh Najib ini bersempena dengan kedatangan pilihanraya umum yang akan datang? Parlimen dijangka akan terbubar sendiri pada pertengahan tahun hadapan.

Dan adakah insentif-insentif ini mampu membuatkan warga FELDA yang berfahaman pembangkang atau mereka yang marahkan FELDA dan Isa Samad akan kembali menyokong Najib dan UMNO?

Cash is king. Jika itu berlaku maka perumpamaan ini sememangnya tepat.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/07/najib-beri-6-hadiah-buat-felda-adakah.html#ixzz4nkwjVXMy

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 7:21 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Baru Beroperasi Dah Jadi Mangsa Vandalisme Dan Siap Gantung Buaian Anak Dalam MRT, Berikut Adalah Adab Menggunakan Pengangkutan Awam
siakapkeli.my

Minggu lalu Malaysia mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya melancarkan Mass Rapid Transit (MRT) dan sebagai rakyat negara ini, ia merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kemudahan itu boleh diklasifikasikan sebagai kemudahan dunia kelas pertama.

Namun, apa yang tidak sedap kita dengari adalah sikap segelintir masyarakat kita yang masih dengan pemikiran dunia kelas ketiga, mana tidaknya, tidak sampai seminggu dirasmikan, MRT sudah menjadi mangsa Vandalisme, kemudahan yang disediakan untuk memudahkan kita dirosakkan yang sudah pasti menyusahkan orang lain.

Semalam pula kita disajikan dengan kisah ada pengguna MRT yang menggantung buaian pula di senggayut (pemegang) pengangkutan awam itu, ianya sekali gus dilihat satu tindakan yang amat tidak sesuai kerana boleh mengundang bahaya kepada anak kecil yang berada di dalam buaian berkenaan kerana kenderaan ini sentiasa bergerak selain mengganggu pengguna yang lain.

Untuk menaiki kenderaan awam adalah mempunyai adabnya tersendiri, berikut kami kongsikan adab-adab ketika menggunakan pengangkutan awam, bukan sahaja di dalam MRT, bahkan semua penggankutan awam yang lain.

1) KIRI DAN KANAN

Ketika berada di atas eskalator, pastikan anda berdiri di sebelah kiri. Hormati laluan kanan kerana ia adalah laluan fast lane. Macam mana anda memandu di atas jalan raya, samalah 'undang-undang tak bertulis' itu tentang menggunakan eskalator.

2) 'GELABAH' DEPAN PINTU

Beratur di bahagian sisi pintu dan beri laluan pengguna dalam tren untuk keluar terlebih dahulu. Logiknya, jika anda yang berada di luar terlepas tren, anda masih boleh menaiki tren yang seterusnya. Tetapi lain ceritanya jika mereka yang berada di dalam tren terlepas stesen, mereka terpaksa turun di stesen lain dan mungkin terpaksa membayar tambang yang lebih untuk kembali ke stesen asal. Kasihan bukan?

Ingatlah, bukan anda saja yang mahu cepat. Bukan anda seorang yang ada urusan.

3) LAPAR YA? SABAR!

Makan dan minum di dalam tren adalah dilarang. Semua orang tahu. Kalau lapar sekalipun, tahanlah. Ini tren, bukan restoran makanan segera. Jangan pula ada yang bawa makanan yang berbau kuat dan makan penuh nafsu sewaktu berada di dalam gerabak. Kalau dibungkus, pastikan makanan itu dibungkus dengan kemas dan peganglah dengan berhati-hati.

Oh ya, MRT sekarang sudah melalui Kajang juga, kita tidak mahu nanti ada kes kuah sate Kajang terpercik atau tertumpah atas tempat duduk!

4) ADAB KEBERSIHAN DIRI

Tutup mulut anda apabila batuk, bersin atau menguap. Terutama sekali ketika waktu puncak kerana pengguna tren akan saling berasakan dan berdiri rapat. Orang lain memang tak mahu 'direnjis' dengan cecair dari mulut dan hidung anda. Ini adab yang sepatutnya tidak perlu diajar lagi.

5) KISAH SI PENGANGKANG

Jika tren penuh sesak, tetaplah beringat bahawa satu tempat duduk untuk satu punggung. Peringatan ini khususnya untuk mereka (khususnya lelaki) yang gemar duduk 'mengangkang'. Sedarlah, kerusi tren tak sebesar sofa di rumah anda. Takkan hilang kelelakian anda jika duduk sopan dan merapatkan kaki.

Oh, dan ingat, tempat duduk juga untuk manusia. Bukan untuk beg. Beg yang besar-besar tu letak sahaja di atas lantai atau pangku sahaja di atas riba.

6) BUKAN TAMAN PERMAINAN

Tolong kawal keghairahan dan kenakalan anak-anak anda. Walaupun banyak 'perkakasan' di dalam tren, ia bukanlah taman permainan. Jangan benarkan mereka memanjat, terutama kerusi yang diduduki orang ramai. Kasut anak anda yang entah ke mana sudah menapak, dibiarkan pula memijak kerusi yang menjadi tempat duduk orang lain. Beringatlah tentang konsep najis. Jijiklah!

7) JANGAN MENJERIT BOLEH TAK?

Nak berborak sesama rakan, atau hendak berbual di telefon? Silakan, tapi tak perlulah sampai bersuara 'halilintar' ataupun bertempik dengan menggunakan speaker telefon bimbit anda. Ironinya, apabila dipandang, tahu pula marah dan tuduh orang lain menyibuk. Eh, orang tak nak tahu pun topik perbualan anda.

8) BERHIMPIT DEPAN PINTU DAH KENAPA?

Ketika tren penuh sesak, bergerak masuk ke bahagian tengah tren. Tak perlulah 'cop' tempat di depan pintu. Ia tindakan yang menyusahkan orang lain dan sangat mementingkan diri.

Dalam tren akan ada pemberitahuan atau papan notis tentang stesen yang akan disinggahi, maka apabila menghampiri stesen yang hendak anda tuju, mulalah bergerak perlahan-lahan dari bahagian tengah gerabak ke pintu. Jangan pula dalam minit-minit terakhir baru terhegeh-hegeh mahu keluar... kerana anda akan menjejaskan aliran pergerakan orang lain.

9) WAKIL BELI TOKEN

Kalau travel berkumpulan, cukup hantar seorang wakil untuk beli token. Tak perlulah sampai 10 orang beratur.

10) JANGAN TAMAK TEMPAT DUDUK

Yang terakhir sekali, berilah tempat duduk kepada yang lebih memerlukan. Ada wanita hamil, ada warga tua, ada orang kelainan upaya, hormatilah mereka. Jangan hendak 'mencuri' hak orang lain dan kemudian berpura-pura tidur, atau buat-buat sibuk dengan telefon. Itu trick lama dan sangat lame.

11) TANGAN NAKAL

Hentikan dan lupakan saja perangai dan keinginan pelik anda untuk memusnah! Kemudahan yang sudah disediakan perlu dijaga demi keselesaan orang ramai dan untuk digunakan bagi tempoh yang lama. Jangan melakukan perbuatan vandalisme atau laku musnah seperti menconteng, mencalar, mengopek, mengikis, memecahkan sesuatu objek atau peralatan, atau mengotori kawasan.

- Siakapkeli.my

SUMBER: ASTRO AWANI

Pengguna MRT Terkejut Tindakan Wanita Gantung Buai Anak di Senggayut
siakapkeli.my

Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) terkejut dengan tindakan seorang ibu yang menggantung buai anaknya di dalam pengangkutan awam itu.

Difahamkan, buaian itu didakwa disangkut pada senggayut pemegang tempat berdiri di kemudahan terbabit.

Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menjadi tular di laman media sosial.

Pengguna Facebook, Nana Abd Rashid berkongsi kejadian itu di Facebook dengan menyifatkan ia sebagai sangat memalukan.

"Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

"Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa ,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT... alahai...," tulisnya di Facebook.

Seperti yang dijangka, tindakan wanita itu dikecam oleh netizen.

@azah Haziq Akashah berkata:"Tak fahamlah... nak service world class tapi mentaliti tak ada class. Kalau train tu emergency brake, anak tercampak pecah kepala, siapa nak tanggung?."

@nyonya Harun pula berkata: Inilah bangsa tak malu dan tak boleh nak diajar. Lingkup harta awam dengan perangai pelik-pelik dan tak bertamadun macam ni, vandalisme dan buta sosial namanya!

Dalam pada itu, MRT menyifatkan tindakan ibu terbabit sebagai amat merbahayakan.

Menerusi satu kenyataan, MRT turut menasihati agar semua penumpang supaya menjaga keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan itu dan tidak melakukan sebarang vandalisme.

Rujukan: mStar Online

Tak Sampai Seminggu Dibuka, MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme
siakapkeli.my

Beberapa hari lepas, Malaysia mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya melancarkan Mass Rapid Transit (MRT) dan sebagai rakyat negara ini, ia merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kemudahan itu boleh diklasifikasikan sebagai kemudahan dunia kelas pertama.

Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak reti untuk menjaga kemudahan baru itu.

Tidak sampai seminggu MRT dilancarkan, kemudahan tersebut sudah menjadi mangsa vandalisme.

Perkara itu didedahkan oleh pengguna Facebook Najmuddin Abdullah yang juga Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp dengan berkata beliau sangat kecewa apabila kemudahan itu menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Najmuddin, dia melihat banyak kesan calar di dinding dan juga tempat duduk MRT, selain tandas juga turut mengalami kerosakan.

Malah, dia turut melihat batang penyapu dan lampu 'spotlight' di atas bumbung berdekatan pintu keluar Bukit Bintang.

"Kita memberikan kemudahan kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak bersedia untuk menerimanya dengan mentaliti kelas pertama, kita akan kehabisan bayak wang dan masa untuk melakukan kerja penyelenggaraan." tulis Najmuddin.

Dalam pada itu, Astro Awani juga turut mendedahkan beberapa foto yang memaparkan kemudahan MRT menjadi mangsa.

"Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme." tulis portal terbabit di Twitter.

Astro AWANI‏Verified account @501Awani
#AWANInews #HariIni8 Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerusi-ditoreh-dinding-dicalar-tak-sampai-150-jam-beroperasi-stesen-mrt-diancam-vandalisme-150171 …

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 7:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Amaran Keras Al-Qassam Berikutan Serangan Israel Terhadap Masjid Aqsa

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"Ini Amaran Keras Al-Qassam Berikutan Serangan Israel Terhadap Masjid Aqsa- Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, telah memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Masjid Aqsa dan perangnya terhadap Jerusalem "akan membangkitkan bara di bawah abu dan menghidupkan kembali intifada Jerusalem", lapor Palestinian Information Center.

Amaran Keras Al-Qassam Berikutan Serangan Israel Terhadap Masjid Aqsa
"Gema yang disebabkan oleh serangan Zionis terhadap Masjid Aqsa dan Baitulmuqaddis akan menghantui pemimpin-pemimpin musuh dan memulakan tindakan kepahlawanan yang baru, Insya Allah," kata jurucakap Briged Abu Obeida di halaman Twitternya.

Sekatan baru-baru ini Israel mengenai kemasukan orang Islam ke Masjid Aqsa telah mencetuskan protes kemarahan di wilayah Palestin yang diduduki dan mendorong pemuda Palestin untuk bertempur dengan pasukan Israel dan bangkit membela tapak suci Islam mereka.

Reaksi terbaru adalah serangan tikaman yang dilakukan pada petang Jumaat oleh seorang pemuda Palestin di penempatan haram Halamish, utara Ramallah. Tiga penduduk Yahudi dari keluarga yang sama mati dalam serangan itu.

Serangan itu adalah tindak balas terhadap pengepungan Israel di Masjid Aqsa dan kematian tiga penduduk Palestin ketika pertempuran ganas pada hari yang sama di kawasan yang berbeza di Jerusalem.

Dua daripada mangsa dibunuh oleh anggota polis Israel dan seorang ditembak mati oleh penduduk Yahudi.

Ratusan warga Palestin juga mengalami kecederaan semalam apabila pasukan keselamatan dan tentera Israel menyerang mereka yang protes pro-Aqsa di kawasan-kawasan yang berbeza di Jerusalem, Tebing Barat dan Jalur Gaza. [ Artikel Selanjutnya..]

"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Askar Israel Sepak Warga Palestin Sedang Tunai Solat Cetus Kemarahan Ramai
siakapkeli.my

Satu rakaman yang merakamkan detik seorang lelaki yang sedang khusyuk di atas sejadah tiba-tiba disepak oleh seorang askar israel mencetuskan kemarahan orang ramai.

Video yang berdurasi 45 saat itu juga menyaksikan pertempuran yang berlaku antara warga Palestin dan israel susulan tindakan biadap israel tidak membenarkan orang Islam yang berumur dibawah 50 tahun menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan terbabit menyebabkan warga Palestin tidak berpuas hati dan melakukan demonstrasi bagi membantah sekatan terbabit.

Tonton singkatan video di Twitter:

Atau video penuh dari Al-Jazeera mengenai demonstrasi tersebut di Youtube (minit 2:10)

Dalam pada itu, video kejadian juga turut dimuat naik oleh pengguna Twitter negara ini.

Kemunculan video itu seterusnya mencetus kemarahan netizen negara ini dan mendapat lebih 12,000 retweet.

Rata-rata komen dari netizen mengutuk perbuatan biadap itu. Seorang pengguna Twitter, Syakir Ariffin‏, berkata: "Depa rasa lagi mulia tu sbb jdi laguni..".

Dalam pada itu, Al-Jazeera berkata tiga maut dalam pertempuran antara warga Palestin dan israel selepas demonstrasi itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Jul 25, 2017 7:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mr. Dash Berjaya Bawa Pulang Pingat Perak Untuk Negara
siakapkeli.my

Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi, yang turut dikenali sebagai Mr. Dash, sekali lagi membanggakan negara apabila meraih tempat kedua dalam acara T36 100 meter lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa 2017 di London.

Dengan kejayaan itu, Ridzuan Puzi membawa pulang pingat perak untuk negara. Untuk rekod, Ridzuan Puzi berjaya mencatat masa 12.15 saat dalam acara tersebut.

Pingat emas dimenangi oleh Yang Yifei dari China dengan masa 11.93 saat manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Brazil.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, July 17, 2017 10:09 PM
Subject: Fw: Ziyad & Abdul Latif Raih Emas di London,

Abdul Latif Romly raih emas, perbaharui rekod kejohanan lompat jauh lelaki T20 pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

Abdul Latif Romly raih emas, perbaharui rekod kejohanan lompat jauh lelaki T20 pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London #Negaraku https://t.co/zJDTja2fXL

Abdul Latif 'Terbang Tinggi' Raih Emas di London, Pingat Emas Kedua Negara
siakapkeli.my

Atlet paralimpik dalam sukan lompat jauh, Abdul Latif Romly terus cemerlang apabila meraih emas dalam Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di London sebentar tadi.

Kejayaan Abdul Latif ini sekaligus menjadikan dua pingat emas terkumpul buat negara selepas Ziyad menyumbang emas dalam acara lontar peluru sebelum ini.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Croatia, Zoran Talic dengan lompatan 7.32m manakala gangsa milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine 7.12m.

Sumber: Harian Metro

Ziyad Cipta Raih Emas di London, Cipta Rekod Baru Dunia
siakapkeli.my

Atlet paralimpik negara, Muhammad ZIyad Zolkefli mencipta rekod baru dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dalam kejohanan Olahraga Para Dunia sekaligus menghadiahkan emas pertama negara pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di London hari ini.

Lontaran sejauh 17.29 meter Ziyad menewaskan atlet dari Ecuador, Stalin Mosquera yang meraih perak dengan jarak 16.72 meter.

Gangsa pula diperoleh Todd Hodgetts dari Australia dengan lontaran sejauh 15.90 meter.

Dalam masa yang sama Ziyad memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan tahun lalu pada Paralimpik di Rio de Janeiro dengan lontaran 16.84 meter.

Kontinjen negara dijangka berpeluang meraih satu lagi pingat apabila juara bertahan dalam acara lompat jauh Abdul Latif Romly turun beraksi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 7:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Surat terbuka kepada Menteri Pertahanan Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Surat terbuka kepada Menteri Pertahanan Malaysia

Kami dimaklumkan bahawa sebuah kem tentera peninggalan tentera British yang menyimpan banyak sejarah dan kenangan pahit manis pada ribuan veteran ATM yang pernah berkhidmat dan menduduki kem tersebut, akan dijual (atau pun sudah dijual) dengan sewenang- wenangnya kepada pihak awam.

Ini bukan kali pertama sebuah kem tentera peninggalan British dijual, tanpa menghormati sejarah silam, iaitu sesuatau yang amat berharga kepada veteran ATM, terutama bagi mereka-mereka yang pernah bertugas dan menduduki kem tersebut. Kem-kem peninggalan tentera British yang telah dijual oleh kerajaan adalah seperti berikut:

1. Kem Majidee, Johor Baharu, Johor
2. Kem Transit, Ampang, Selangor
3. Kem Tebrau, Johor Baharu, Johor
4. Kem Lapangan Terbang Sg. Besi, Kuala Lumpur

Kami baru difahamkan bahawa Kem Batu Kantomen, iaitu sebuah kem induk lojistik bagi Tentera Darat Malaysia bertempat di Jalan. Ipoh, Kuala Lumpur akan/telah menjadi mangsa untuk dijual/telah dijual. Disini kami ingin tahu samada maklumat berikut benar atau tidak:

1. Keluasan kem tersebut adalah dalam jangkauan 200 ekar.
2. Benarkah kem tersebut dijual secara rundingan terus kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)?
3. Benarkah harga yang ditawarkan kepada LTAT ialah RM2.3 bilion, dan bukan mengikut nilai pasaran semasa?
4. Benarkah arahan sudah pun dikeluarkan bagi semua anggota dan unit yang sekarang masih bertempat di Kem tersebut berpindah keluar dengan secepat mungkin?
5. Benarkah peruntukan sebanyak RM700 juta disediaka untuk pemindahan ke kem-kem lain buat sementara waktu sehingga kem baru disediakan?
6. Benarkah RM1,6 bilion dari harga jualan tersebut akan digunakan bagi membayar veteran-veteran yang tidak berpencen, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Perhimpunan Raksaksa Veteran pada 31 Jułai ini di MIECC, Balakong, Selangor.

Persoalan nya sekarang......apa perlunya Kem yang besejarah ini dijual dengan begitu tergesa gesa dan melalui rundingan terus?

Sekiranya tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Menteri Pertahanan dalam tempoh 14 hari dimana mana media massa menafikan maklumat ini, maka kami anggap maklumat ini benar. Jika ianya benar, maka adakah ini satu petanda bahawa kerajaan sedang menghadapi kesulitan kewangan akibat skandal 1MDB, dan tujuan Kem Batu Kantomen dijual secara tergesa gesa adalah bagi menyelamat kan kerajaan dari masalah kesulitan kewangan serius yang dihadapi sekarang?

Brig Jen Dato Arshad Raji ( B)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 7:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tidak Seorang Mengetahui Hari Kematiannya & Ia Mungkin Membuat Diri Rasa Takut, Tapi, Ini Seharusnya Kita Lakukan Untuk 'Ubati' Rasa Takut Itu
siakapkeli.my

Foto: syamilquran

Segala yang berlaku telah ditentukan olehNya, kita sebagai hambaNya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal akan apa yang terjadi.

Begitu jugalah dengan hari kematian kita, yang mana tidak seorang pun yang mampu menduga, dan mengetahuinya.

Menerusi perkongsian dari Uztaz Emran Ahmad sememangnya kita tidak mengetahui akan hari kematiam, namun persediaan atau persiapan untuk menghadapinya masih boleh kita lakukan.

Ikuti perkongsian dari Ustaz Emran ini untuk mengetahui akan ubat buat kita yang takut akan kematian.

Foto: prayertime

Perasaan Takut Mati

Kenapa kita merasa takut mati dan merasa cemas atau bimbang apabila memikirkan tentang kematian?

~ Aljawab kerana kita terlalu mencintai dunia dan kehidupan ini serta merasa sayang untuk meninggalkannya.

Sebahagian orang pula merasa bimbang atau takut untuk mati kerana menyangka kehidupannya akan TAMAT dan tiada apa-apa lagi selepas mati iaitu tiada alam ruh, tiada akhirat dan tiada kesedaran kecuali sebuah pengakhiran yang sia-sia.

Allah berfirman dalam alQuran;

وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُ أَبَدًا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
"Mereka tidak menginginkan kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim." (Al-Jumuah:7)

Justeru memikirkan tentang kematian menyebabkan golongan ini menjadi tertekan, cemas dan bimbang serta merasa ketakutan.

Ubatnya;

1. Kematian ialah pasti, semua orang di seluruh dunia ini akan menghadapinya baik cepat atau pun lambat. Ianya merupakan proses kehidupan yang mesti dilalui oleh semua makhluk.

Justeru pasrah, redha dan terima HAKIKAT ini ialah ubat yang pertama.

2. Menyedari kita akan mati, buatlah persiapan awal-awal sebelum datang saat kematian yang tidak diketahui bila. Semakin cepat kita bertindak dan bersedia adalah lebih baik.

Persediaan untuk mati ada dua, iaitu;

--> Persediaan untuk meninggalkan dunia ini
--> Persediaan untuk menghadapi kehidupan selepas mati

Ada orang dia bersiap sedia untuk mati, tetapi sekadar untuk meninggalkan dunia ini sahaja. Dia membuat wasiat, dia menikmati hidup ini dengan sebaik-baiknya, dia mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi kematian dengan tenang dan pasrah menerima hakikat hidup.

Namun dia tidak bersedia dengan kehidupan selepas mati.

Masalah ini selalunya dihadapi oleh orang yang bergelar "Muslim secara baka" atau Islam secara warisan keturunan yang tidak melalui fasa pencarian kepercayaan atau keimanan sebaliknya hanya mewarisi agama daripada keturunan atau keluarga persekitaran.

3. Kehidupan selepas mati ialah melibatkan soal kepercayaan, keimanan seseorang terhadap agama, Al-Quran dan al-sunnah serta keyakinan kepada Tuhan. Bagi menyelesaikan masalah krisis keimanan dan keyakinan, perjalanan mencari kebenaran perlu dilakukan oleh individu tersebut.

Perjalanan mencari hidayah dan petunjuk!

Mengkaji, mendalami ilmu mengenai ketuhanan dan agama, bermusafir untuk melihat alam dan kebesarannya dan menghayati kebenaran melalui hujah, kajian dan menjawab persoalan yang membawa kepada keyakinan yang jitu.

Hanya dengan melakukan pencarian Iman dan hidayah barulah golongan 'Muslim baka' dapat menemui semula nilai agama dan keImanan yang selama ini diambil secara sambil lewa atau 'take for granted'.

Allah berfirman;

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami." (Yunus: 7)

4. Beramal soleh bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan bekal di hari akhirat. Dan hal ini akan lebih bermakna selepas seseorang itu memperolehi keyakinan dan keimanan yang teguh hasil daripada penat-lelah dan usaha payahnya mencari kebenaran dan hidayah.

Allah menyebut dalam alQuran;

وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia adalah mukmin, maka mereka itulah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik." (Al-Israa': 19)

# Kesimpulannya, perjalanan dan kewajipan kita masih lagi jauh daripada selesai dan sangat memerlukan fokus yang tidak berbelah bagi daripada kita. Justeru kita patut sedar bahawa kita tidak mempunyai masa untuk menyibukkan diri dengan hal yang remeh-temeh dan sia-sia.

Akhir kata, bagi sesiapa yang memahami penjelasan ringkas tentang perihal persediaan selepas mati ini, ayuh marilah kita memulakan perjalanan mencari hidayah jika belum bermula.

Jika sudah bermula, segera dapatkan jawapannya.

Jika sudah dapat, ayuh marilah pula bersiap-sedia dengan amalan dan perbuatan yang boleh menjadi bekal untuk menghadapi kehidupan yang kekal!

Lekas, sebelum ajal mendatangi kita!

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Baru Terselamat Kemalangan Kereta Terbalik Masuk Gaung, Tiba-Tiba Balik Rumah Pula Kena Pecah Dan Barang Hilang
siakapkeli.my

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya, hidup ini adalah satu kejadian yang telah ditetapkan terjadi kepada kita sejak dialam rahim ibu lagi.

Setiap hambaNya akan diuji, setiap ujian yang diberikan tanda tidak akan melebihi kemampuan hambaNya, dan ujian yang diberikan kepada kita dalah untuk melihat adakah kita ini sabar atau tidak.

Setiap orang tidak menginginkan kejadian buruk berlaku kepadanya, sebuah kejadian yang berlaku kepada seorang wanita bernama Mel Armiela dan suaminya agak menyentuh hati.

Mana tidaknya, dia telah memuatnaik kisah yang menimpa dia dan suami di mana mereka terlibat dalam kemalangan apabila kereta mereka terjatuh gaung, dia dan suami terselamat, namun selepas selesai semua urusan, apabila pulang ke rumah, satu lagi ujian yang besar menanti mereka.

Jom kita baca luahan beliau.

As salam...Doakn semoga saya dan suami tabah menghadapi dugaan demi dugaan yg diberikn olehNya pda hari ni....

Sesungguhnya...Allah SWT lebih mengetahui dengan apa yg telah direncanakn...

Alhamdulillah..saya selamat slps kereta jatuh terbalik ke bawah tebing tnggi ketika ke sekolah..

Baru balik dari hospital..rumah pula dipecah masuk..

Mohon kwn2 doakn semoga sgalanya dipermudahkan..kami dimurahkan rezeki..moga pencuri dpt ditangakp dan brg2 kami..terutama beg mekap ( sumber mata pencarian ) saya ditemui kembali..
Terima ksih atas keprihatinan semua..dan maafkn Mel andai mel lambat membalas msg2 kalian...mel masih trauma..dan prlu rehat.

Apapun semoga Puan Mel dan suami tabah menghadapi semua ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tiga Lelaki Buat 'Rumah' Di Bawah Pohon Durian Ditemui Maut Disambar Petir
siakapkeli.my

RAUB: Tiga orang lelaki warga asing maut dan ditemui dalam keadaan bertindih antara satu sama lain selepas dipercayai disambar petir dalam sebuah kebun durian di Sungai Pertang di sini, Khamis lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua mangsa disyaki warga Indonesia itu ditemui orang awam dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi.

"Kesemua mangsa Nor, 40; Amat, 40 dan seorang lagi yang masih belum dikenali dijumpai di kawasan seperti khemah kanvas yang dipercayai dijadikan tempat tinggal dan terdapat kesan melecur dipercayai kesan terbakar akibat panahan petir pada belakang badan mereka.

"Khemah kanvas itu didirikan di bawah pokok durian dan pokok itu mempunyai kesan seperti terbelah dari atas ke bawah dipercayai juga akibat panahan petir," katanya kepada Sinar Harian.

Kebun seluas kira-kira 2.8 hektar itu dimilik oleh seorang lelaki berbangsa Cina terletak hampir 200 meter dari jalan utama.

"Siasatan awal, ketiga-tiga mangsa tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka bekerja di tempat lain serta menggunakan lokasi kebun itu sebagai tempat tidur.

"Saksi-saksi terdiri daripada warga Indonesia lain yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian akan dikesan bagi mendapatkan keterangan mengenai butir diri ketiga-tiga mangsa termasuk keterangan pemilik kebun tempat kejadian," katanya.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat dan pihaknya juga akan menghubungi keduataan Indonesia bagi urusan pengurusan jenazah dan mendapatkan butir-butir lengkap maklumat mangsa. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Restoran Air Ikat Tepi 30sen Kena Denda Dan Diberi Amaran
siakapkeli.my

SHAH ALAM: Premis restoran yang menjadi tular di media sosial gara-gara mengenakan caj 30sen bagi minuman ikat tepi telah didenda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pihak KPDNKK dalam operasinya telah mendapati premis tersebut gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi (tambahan RM 0.30 jika bungkus) pada minuman limau asam boi dan minuman yang lain.

"Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011, amaran telah diberikan kepada peniaga supaya mempamerkan tanda harga termasuk tambahan harga," kata KPDNKK melalui laman FAcebook mereka.

Semalam, pihak KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar. - Siakapkeli.my

KPDNKK-Laman Rasmi
· 10 hrs ·
Tindakan Pemantauan dan Penguatkuasaan ke atas isu Air Ikat Tepi yang ditular melalui media sosial .

Hasil pemantauan didapati premis yang ditular tersebut gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi (tambahan RM 0.30 jika bungkus) pada minuman limau asam boi dan minuman yang lain. Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011.

Amaran telah diberikan kepada peniaga supaya mempamerkan tanda harga termasuk tambahan harga.

Nforceteam Kpdnkk

#CaringMinistry #AKHAP2011

Isu Cas 30sen Bila Bungkus Air, Pemilik Restoran Tampil Buat Demo Kenapa Dia Kenakan Cas 30sen Bila 'Ikat Tepi'
siakapkeli.my

Tindakan sebuah restora di Hentian Rehat & Rawat (R&R) yang mengenakan cas 30sen apabila membeli air bungkus nampaknya menjadi bualan hangat di media sosial.

Kisah ini tular apabila seorang lelaki telah memuatnaik gambar resit dia membeli Air Limau Asam Boi tertera cas tambahan 30sen untuk servis 'ikat tepi' air bungkus berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan minumannya menjadi RM3.80.

Kerana gambar tular itu, pemilik restoran berkenaan yang menggunakan akaun Facebook bernama Nita Saidi telah memuatnaik sebuah video penjelasan kenapa dia mengenakan 30sen cas tambahan bila membeli air bungkus 'ikat tepi' seperti yang viral.

Jom dengar penjelasan dan dmontrasi yang dilakukannya.

Bersama video demontrasi berkenaan dia meminta pelanggan agar memahami dan bertenang.

"Jangan nanti tertipu pulak dengan harga yang sama tapi rasa yang dah tak ada ya ... saya iklas meniaga kerana Allah .. Moga Allah memahami," tulisnya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



UMNO Ada Dua Kerosakan Utama Yang Mustahil Untuk Dibaiki - Ustaz Hazizi.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Mohd Hazizi Ab Rahman

PANDANGAN PERIBADI SAYA TENTANG UMNO
Terdapat dua kerosakan utama yang ada pada UMNO, yang sukar untuk diperbaiki atau hampir mustahil.
Pertamanya ialah lapisan bangsawan mereka. Maksud saya ialah kelompok yang memegang tampuk kuasa dalam UMNO, sejak dahulu, kini dan akan datang.

Mereka ini memang dipilih dan di'groom' sejak bangku sekolah dan universiti untuk mengambil alih tampuk kuasa dalam UMNO dan pemerintahan Malaysia. KJ pada saya termasuk dalam senarai ini.
Kita akan dapati pelbagai latar belakang pemimpin yang menyertai UMNO; nasionalis, liberalis, sosialis, sekularis, Islamis, 'opportunis' dan lain-lain.
Tetapi tampuk kuasa akan kekal di tangan sekularis versi nasionalis. Nasionalis, sama ada sememangnya dia benar-benar nasionalis, atau sekadar pendekatan pragmatis demi memenangi hati pengundi Melayu.
Kita tidak akan dapati Islamis berada di tampuk kuasa UMNO, kecuali sekadar orang kanan atau kiri yang membantu memberi imej Islamik.
Orang seperti Dr Asyraf Wajdi sebagai contoh, atau Islamis yang lebih hebat kepimpinan daripadanya, tiada laluan dan peluang untuk memasuki kelompok elit pemegang tampuk kuasa UMNO.
Kecuali jika Islamis bertukar jadi pragmatis dan sekularis. Itupun sekadar kemungkinan.
Oleh itu projek mendaulatkan Islam dan Melayu, dalam erti kata yang hakiki, bukan tempelan, tidak akan berlaku di tangan kelompok elit ini.
Kerosakan kedua ialah majoriti penjawat di bahagian dan cawangan yang telah di"didik" dengan duit dan projek kebendaan.
Tahap "pendidikan" itu sehingga menjadi seperti ayam daging yang tidak boleh hidup tanpa dedak walaupun bertenggek atas batang sagu yang tumbang.
Hidupnya UMNO bermakna berisi periuk nasi mereka. Matinya UMNO bermakna dapur mereka tidak berasap. Itu iktikad jazam mereka.
Selain itu, kebanyakan ahli di cawangan jahil tentang Islam yang syumul. Islam pada pendirian mereka sekadar budaya hidup orang Melayu. Urusan pemerintahan terserah kepada kebijaksanaan sipemegang tampuk kuasa dalam UMNO. Islam terserah pada keputusan mereka yang elit itu. Ahli mengikut saja.
Majoriti penjawat yang hidup dengan duit projek dicampur dengan majoriti ahli yang jahil tentang Islam, membentuk sebatian budaya kepengikutan buta tuli yang hampir mustahil dirungkai. Sebatian inilah yang bebas diuli oleh kelompok elit penguasa UMNO.
Oleh sebab itu, kita akan dapati sebahagian kecil orang-orang UMNO yang walaupun mereka begitu jinak di masjid dan kelihatan warak, tetapi hati mereka tetap utuh memberi wala' kepada pucuk pimpinan. Jinak merpati.
Manakala yang tidak jinak ke masjid pula, mereka ibarat telunjuk lurus kelingking berkait. Mereka merapati Islamis sekadar mahu kepentingan mereka sahaja.
Nota: Status ini sekadar pandangan peribadi tentang satu sudut UMNO (sudut kerosakan yang kronik) yang tidak memungkinkan UMNO diislah, apatah lagi diletak harapan untuk mendaulatkan Islam dengan kedaulatan yang hakiki.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/07/umno-ada-dua-kerosakan-utama-yang.html#ixzz4nYxsgq3H

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



MAQIS Sahkan Syarikat Sejuk Beku Langgar Syarat Permit Import Apabila Campur Daging Babi Dengan Daging Kambing
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu kita digemparkan dengan penemuan sebuah kontena dipenuhi daging kambing sejuk beku telah dicampur dengan daging babi.

Terbaru, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesahkan pengusaha produk sejuk beku tempatan berkenaan telah melanggar syarat permit yang diberikan kepada mereka di mana mereka hanya boleh mengimport daging dari Australia, lapor Berita Harian.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, dalam sebuan yang pemeriksaan yang dilakukan terhadap syarikat berkenaan oleh enam pegawai penguat kuasa MAQIS sehingga jam 7 pagi tadi, kontena terakhir dipercayai mengimport daging lembu dari negara lain iaitu Brazil.

Menurut beliau, syarikat itu akan dikenakan tindakan atas kesalahan pintu masuk mengimport tanpa permit bagi disabit mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011, selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah diminta bagi menyiasat status import pengusaha tempatan itu berkenaan perakuan logo halal.

"Dalam pemeriksaan awal, MAQIS menemui 160 kotak daging babi disusun secara bercampur dengan 1,142 kotak daging kambing pada kontena pertama, selain kira-kira 30 tan daging kambing, masing-masing pada kontena kedua dan ketiga, manakala kontena terakhir dipercayai mengandungi paru lembu yang diimport dari Brazil.

"Kontena ini bagaimanapun disahkan mempunyai permit untuk membawa hanya daging kambing dari negara Australia dan tiada permit untuk membawa daging dari negara lain.

"Hasil pemeriksaan MAQIS, hanya satu mengikut spesifikasi permit dan peruntukan akta iaitu kontena ketiga, manakala tiga lagi tanpa permit import sah yang dikeluarkan MAQIS," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Siti Nur dalam pada itu menyatakan mereka telah menghatar sampel ke makmal veterinar di Salak Tinggi, Selangor untuk membuat pengesahan bahan di mana proses itu bakal mengambil masa sehingga dua minggu, selain menjalankan siasatan bagi mendapatkan penjelasan pengusaha tempatan yang beroperasi di Serdang, Selangor itu.

"Sekiranya cukup keterangan selepas siasatan dijalankan, MAQIS boleh mendakwa pengimport dengan izin bertulis dari pendakwa raya mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011 kerana mengimport tanpa karkas dan permit yang sah.

"Bagi kesalahan mengikut Seksyen 13 kerana memberi permit/perakuan palsu dalam pengimportan, jika sabit kesalahan pengimport boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Pihak MAQIS sebelum ini telah menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), semalam.

Serbuan tersebut telah mendapat kerjasama daripada PTP selain maklumat awam sejak 31 Mei lalu di mana hasil serbuan mendapati bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan itu disusun secara bercampur yang diletakkan dalam empat kontena sejuk beku, menyebabkan pergerakan kontena terbabit disekat keluar daripada kawasan pelabuhan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 25, 2017 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Buaya Bawa Mayat ke Tebing, Ditemui Orang Ramai Yang Mencari
siakapkeli.my

Tanjung Redeb - Satu rakaman video yang dirakamkan oleh orang ramai menjadi viral di media sosial kerana memaparkan seekor buaya membawa mayat ke tebing sebatang sungai disini.

Difahamkan, video itu dirakam oleh orang ramai di Bitan Lempake, Kabupaten Berau.

Menurut Tribun News, mangsa yang bernama Syarifuddin itu adalah warga setempat.

Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa malam dan ditemui hari ini ketika operasi mencari dilakukan oleh polis dan juga warga setempat.

Ketika ditemui oleh pencari, mayat mangsa dilihat sedang diseret oleh buaya dan perkara itu disahkan oleh polis Talisayan, Iptu Faisal Hamid yang berkata: "Mangsa ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia."

Kata Faisal lagi, mangsa meninggal dunia akibat diterkam oleh buaya ketika mandi bersama rakannya yang bernama Abdullah.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan penemuan sejumlah luka gigitan dan cakaran di badan mangsa.

"Ya benar, akibat terkaman buaya," kata Faisal.

Dalam video tersebut, orang ramai kedengaran menjerit kepada buaya agar melepas mayat mangsa.

Turut juga kedengaran suara seorang lelaki yang menyuruh orang ramai membaling batu serta kayu supaya buaya terbabit melepaskan mayat mangsa yang dibawanya itu.

Sumber: Tribun News

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Jul 25, 2017 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Beberapa Orang Parah, Kenderaan Dinaiki Dirempuh Kereta Lawan Arus, Penunggang Motosikal Cuba Tolong Maut Jatuh Jambatan
siakapkeli.my

Sekurang-kurangnya dua orang pemandu kereta cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta Volkswagen yang melawan arus di Kilometer 124.3 di Kepala Batas, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.

Kejadian berlaku apabila Volkswagen dipandu lelaki terbabit dalam perjalanan dari arah Butterworth menghala Sungai Petani, pada 1.40 pagi tiba-tiba berpatah balik bertindak memandu melawan arus sebaik tiba di Kilometer 116.

Sebaik tiba di Kilometer 124.3, sebuah kereta lain telah cuba mengelak kereta Volkswagen yang melawan arus tersebut lalu merempuh kenderaan lain.

Kereta yang melawan arus itu kemudian berlanggar pula dengan dua kereta lain, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.

Memetik laporan sumber juga, seorang penunggang motosikal yang melihat kejadian itu dari laluan sebelah telah berhenti untuk menolong mangsa kemalangan.

Namun niat baiknya itu tidak kesampaian apabila dia tidak perasan pembahagi jalan atas jambatan yang dilangkahnya itu mempunyai ruang pemisah menyebabkan dia terjatuh ke bawah dan dilaporkan meninggal dunia. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: