Sunday, July 9, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4798

9 Messages

Digest #4798

Messages

Sun Jul 9, 2017 6:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TMJ sindir pemimpin paksa kerajaan guna wang rakyat bayar jet peribadi
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

DALAM tulisan terbaru yang menjadi viral di laman sosial, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut menyentuh tentang pemimpin yang memaksa kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka.

"Pemimpin yang berpura-pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membayar jet pribadi mereka." Tulis TMJ, yang disiarkan di halaman facebook Johore Southern Tiger.

Dalam tulisan yang bertajuk "Saya akan sentiasa berdoa untuk kestabilan anda, Malaysia" itu, TMJ mempersoalkan apa yang sudah terjadi kepada Malaysia.

"Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya. Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayangan ku Malaysia? Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih semula," tulis TMJ.

Baginda turut meluahkan rasa kecewa, apabila rasuah sudah menjadi budaya di Malaysia manakala media pula melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. Selain itu orang-orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas.

"Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana rasuah telah menjadi sebuah budaya. Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin." tulisnya.

Ikuti tulisan lanjut TMJ — Johore Southern Tiger

Read more: http://www.milosuam.net/2017/07/tmj-sindir-pemimpin-paksa-kerajaan-guna.html#ixzz4mKz790kV

Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SHAH ALAM - Kelantangan dan keberanian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menyatakan apa yang berlaku kepada negara pada hari ini membawa harapan kepada rakyat Malaysia.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyifatkan, harapan itu tidak terkecuali kepada dirinya yang merupakan anak jati Johor.
Menurut Syed Saddiq, beliau turut berasa sedih dengan perbuatan golongan elit yang terus-terusan merosakkan negara disebabkan kuasa.

"Walaupun saya sudah kehilangan harapan dalam golongan kabinet kerajaan tapi saya masih menaruh harapan terhadap Tunku.
"Saya tetap optimistik kerana adanya pemimpin yang lantang bersuara menentang ketidakadilan dan memperjuangkan hak di luar sana, besar harapan saya untuk Malaysia dan Johor apabila mempunyai seorang pemimpin seperti Tunku yang tidak akan tunduk kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, TMJ menulis surat terbuka di mana beliau mempersoalkan apa yang telah berlaku kepada Malaysia kini.
Rasuah kata TMJ umpama sudah menjadi satu budaya di Malaysia di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.

Orang yang kurang berpendidikan pula sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas menjadikan orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.
Malaysia turut menjadi sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau memberikan sepenuh kepercayaannya kepada TMJ dalam perjuangan ini dan sentiasa menyokongnya tanpa berbelah bahagi.
"Saya melakukan ini bukan kerana saya terpaksa tapi ini di atas kemahuan saya sendiri, ini bukan kerana taat setia saya yang membuta-tuli tapi disebabkan saya percayakan Tunku dalam perjuangan ini.

"Tunku sentiasa konsisten dalam mengkritik kedua-dua kerajaan dan pembangkang dan oleh sebab itu saya mengagumi Tunku.
"Mungkin ada pihak yang akan mempersoalkan kelantangan dan akan tikam belakang namun pihak yang skeptikal terhadap motif Tunku tapi saya dengan sendirinya akan menentang mereka ini," katanya lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 6:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jururawat Berhadapan Detik Cemas Temui Bom Dilekat Pada Kereta Saga Miliknya
siakapkeli.my

Klang - Seorang jururawat berhadapan detik cemas apabila menemui sejenis bom buatan sendiri yang dilekatkan di keretanya dalam kejadian di sini malam tadi.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, jururawat berusia 27 tahun terbabit memandu kereta Proton Saga untuk pulang ke rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadil Ahmat berkata ketika memandu, jururawat itu terdengar bunyi pelik sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar bagi meminta bantuan.

Hasil pemeriksaan oleh bapa saudara jururawat itu mendapati ada sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan dilekap ada bumper kereta mangsa.

Menurutnya, polis dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED).

"Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa," katanya hari ini.

Objek terbabit juga didapati mempunyai dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam selain dilengkapi dengan papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.

IED itu telah dimusnahkan di padang bole bersebelahan Balai Polis Kapar dengan robot pemusnah bom.

Sumber: Harian Metro, NST Online, Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Abang Cepat Balik Tengok Anak, Perut Terburai Keluar Darah," Bapa Mohon Orang Ramai Doakan Anak-Anaknya Cepat Sembuh
siakapkeli.my

Dua orang kanak-kanak lelaki dilaporkan cedera parah selepas terjatuh dalam bilik air dan terkena serpihan sinki pecah ketika sedang mandi di rumah mereka di Kuarters Desa Setia Wira, Kementah, Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Darwisy Norhazliysham, 6, cedera di kedua-dua belah paha manakala adiknya, Muhammad Adam, 4, cedera parah di perut selepas dikatakan salah seorang daripada mereka telah memanjat sinki yang diperbuat daripada batu seramik sebelum terjatuh.

Kejadian disedari oleh ibu mereka selepas terdengar jeritan dan tangisan kuat daripada bilik air tersebut sebelum bertindak menghubungi pihak ambulan.

Bapa kepada kedua-dua kanak-kanak malang itu Nor Hazliysham yang merupakan seorang anggota Tentera telah menulis status meminta agar orang ramai dan rakan-rakan mendoakan kedua anak-anaknya itu cepat sembuh di mana status itu dimuatnaik oleh adiknya Ridhwan Wahid di laman Facebook.

Berikut adalah apa yang ditulis oleh beliau.

Saya Ridhwan mewakili abang saya Hazlisyam yang kini berada di Kuala Lumpur memohon supaya kawan-kawan yang berada di dalam group atau Facebook ini mendoakn anak dua orang anak beliau agar cepat sihat seperti sediakala.. Amin.

Assalamualaikum, pada jam 11:30 pagi saya telah mendapat satu penggilan daripada isteri dalam keadaan menangis dan terketar-ketar, dia cakap "Abang balik cepat, tengok anak, perut terburai, banyak darah keluar."

Saya Nor Hazliysham dari Skuad Maritime Para Rescue Team (MPRT) pagi ini(semalam) sedang melakukan persiapan fitik untuk majlis hari raya di pengkalan.

Selepas itu saya terus bergegas balik dan sempat memaklumkan kepada Koperal Suhaimi MPRT, pihak ambulan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah sampai dan kejarkan anak saya ke HKL dan dibantu oleh jiran-jiran di kuarters Desa Setia Wira sebelah dengan Transit KL.

Saya terus ke HKL dan tunggu permbedahan dilakukan, anak sulung saya ditempatkan di wad Pediatrik KK& katil 15, manakala yang adik pulak ditempatkan di wad kanak-kanak KK4.

Semua ini terjadi berpunca daripada singki di dalam bilik air telah jatuh di mana ketika itu mereka sedang mandi, Adam terbelah di perut manakala Awisy pula luka di peha dan sekarang berada di Zon Merah.

Saya baru lepas temuduga dan isi borang semua, tunggu untuk doktor lakukan pembedahan, Syafakallah semua dan semoga dipermudahkan segala kesulitan ini.. amin.

Hazlisyam dalam satu kemaskini di laman Facebooknya kira-kira jam 3:20 pagi tadi tadi memberitahu yang semua pembedahan telah berjalan dengan lancar, kedua-dua anaknya itu dilaporkan stabil dan dalam pemantauan pihak hospital.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai kira-kira jam 10 malam tadi, keadaan kedua-duanya telah stabil dan masing-masing kena jaga sorang satu."

"Baru sedar dan mula rasan nak makan sebab dah puasa dari awal sebelum pembedahan, terima kasih atas doa semua kawan-kawan," tulisnya di laman Facebook. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mengapa Kos Sesebuah Motosikal MotoGP Boleh Mencecah Sehingga RM8 Juta, Ini Sebabnya
siakapkeli.my

Bagi pusingan perlumbaan MotoGP di Malaysia, peminat pasti boleh sahaja tengok secara langsung di Litar Sepang, namun jika pusingan perlumbaan MotoGP di luar negara, anda tidak perlu risau kerana HyppTV menjanjikan siaran lintas langsung di FOX Sports.

Kepada mereka yang ingin merasai kehangatan MotoGP seperti berada di litar, jangan khuatir kerana perlumbaan akan dibawakan dengan sangat jelas dalam format HD di siaran FOX Sports HD di HyppTV. Penonton boleh menikmati perincian yang tinggi dan berkualiti setiap kali aksi-aksi hebat yang bakal ditampilkan oleh para pelumba.

Layari https://www.tm.com.my/hypptv untuk info lanjut.

Dalam pada itu, peminat juga boleh menguji pengetahuan mereka tentang MotoGP menerusi peraduan Tonton dan Menang yang dianjurkan menerusi kolaborasi HyppTV dan FOX Sports. Di hujung peraduan, finalis akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu tiket ke pusingan akhir MotoGP di Spain!

Untuk peluang menang, anda hanya perlu menonton perlumbaan MotoGP sambil meneka pemenang untuk pusingan tersebut, menjawab 2 soalan trivia dan reka slogan yang paling kreatif. Jom layari www.tm.com.my/themotochaser dan daftar untuk peraduan ini.

Dalam keasyikan menyaksikan kegagahan jentera-jentera MotoGP bersaing, tahukah anda kos jentera-jentera yang digunakan dalam perlumbaan itu boleh mencecah sehingga RM8 juta? Ingin tahu sebab apa? Butirannya seperti berikut:

Dihasilkan Menggunakan Tangan

Motosikal-motosikal dalam perlumbaan ini semuanya satu-satunya 'jenis prototaip' yang dicipta dengan menggunakan teknologi terkini yang ada dalam industri motosikal.

Seorang pakar dalam MotoGP berkata setiap motosikal adalah buatan tangan dan setiap enjin dicipta secara individu. Enjin motosikal MotoGP dicipta untuk memberi prestasi memuncak dan tahan lasak dalam sebanyak perlumbaan yang mungkin.

Bahagian yang rare

Barangan-barangan untuk membuat sebuah motosikal MotoGP tidak boleh didapati di kedai-kedai motosikal tepi jalan. Setiap bahagian yang dipasang sangat terhad dan kebanyakannya dibuat secara custom.

Sebagai contoh, apabila sebuah motosikal CBR1000RR dicipta, beribu-ribu bahagian seperti cip kawalan tujahan elektronik dan penyerap hentakan boleh laras akan dihasilkan, jadi harga setiap barangan itu sangat mahal. Malah, enjin yang memacu motosikal MotoGP pasukan Repsol Honda sahaja sudah memakan kos sebanyak $220,000 (~RM1 juta).

Material yang mahal

Bagi memastikan jentera yang dinaiki kekal ringan tapi kukuh, banyak material yang eksotik dan mahal seperti titanium, magnesium dan gentian karbon digunakan, dari pembikinan enjin, ke casis hinggalah ke bahagian-bahagian penutupnya.

Teknologi

Salah satu penyebab mengapa kos sesebuah motosikal MotoGP boleh mencecah RM8 juta adalah disebabkan oleh teknologi. Selain teknologi untuk prestasi, motosikal MotoGP turut dilengkapi dengan pelbagai sensor bagi tujuan analisis data. Menurut pakar, motosikal-motosikal itu mempunyai dari 30 ke 40 sensor untuk mengumpul data-data seperti data suspension, brek, haba ekzos, sudut kemudi dan lain-lain. Apabila motosikal itu selesai sesebuah perlumbaan atau ujian, kesemua data itu akan dimuat turun dan dianalisis.

Pakai dan Haus

Satu lagi penyebab kos motosikal ini mahal adalah kerana 'pakai dan haus'. Setiap komponen yang digunakan ketika perlumbaan hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja. Malah, bagi setiap jenis jalan juga mempunyai komponen tayar yang berlainan jenisnya.

RM8 juta itu pun tidak lagi termasuk kos penyelidikan dan pembangunan. Jika memasukkan sekali kos itu, harganya pasti akan menjadi lebih mahal.

Bagi yang terlepas untuk menonton perlumbaan-perlumbaan MotoGP pada musim 2017 ini, anda mungkin terlepas satu nama penting yang sedang meningkat naik pada ketika ini iaitu pelumba baru untuk pasukan Yamaha, Maverick Vinales.

Bekas juara Moto3 yang berasal dari Sepanyol itu membuat kejutan apabila memenangi beberapa perlumbaan MotoGP pada musim ini. Ya, musim 2017 adalah musim yang sangat mengujakan!

Jangan lepaskan detik-detik emas bagi MotoGP pada tahun ini. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, layari www.tm.com.my/themotochaser.

#HyppTV
#TheMotoChaser
#MotoGP
#FOXSports

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



GAJI TAK CUKUP, PENJAWAT AWAM ADA HUTANG RM880 JUTA

bloglist-malaysia.blogspot.

malaysiansmustknowthetruth

KUALA LUMPUR – Penjawat awam memiliki hutang RM880 juta, kata kongres kesatuan sekerja pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam Malaysia (Cuepacs).

Presidennya Datuk Azih Muda berkata mengikut satu kajian, 60,000 daripada mereka berdepan risiko muflis, lapor Harian Metro.

Beliau berkata keadaan itu berlaku kerana kenaikan gaji mereka dan harga barangan di negara ini tidak seiring.

Katanya kenaikan gaji cumak tiga peratus manakala harga barangan meningkat sembilan peratus dan harga rumah naik 30 peratus setahun.

"Selagi gaji penjawat awam kita tak mampu menangani kos sara hidup, bermakna gaji diterima masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan setanding seperti di negara maju.

"Jadi, sampai bila pun kita tidak akan mampu kejar kenaikan ini dengan gaji yang diterima," katanya pada wawancara dengan akhbar itu.

Azih berkata dapur penjawat awam "tidak berasap" kerana gaji tidak cukup dan mereka terpaksa melakukan kerja sambilan termasuk memandu Uber atau GrabCar

"Tetapi timbul pula masalah apabila mereka buat kerja sampingan ini akan letih dan menjejaskan produktiviti kerja hakiki," katanya.

Azih menyifatkan gaji mereka antara "relevan dan tidak relevan" dan mahu kerajaan membangunkan sistem baru, seiiring hasrat menjadi negara maju.

Beliau berkata realitinya, semakan gaji dibuat antara 20 hingga 13 tahun sekalipun kerajaan secara konsensus bersetuju menyemak gaji setiap lima tahun. – Malay mail

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Senarai 26 Nombor – PNB Tender Nombor Plat "PNB" Melebihi RM419 352.00

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Tender Nombor Plat. Permodalan Nasional Berhad (PNB) membelanjakan lebih RM419 352.00 untuk membida lebih 26 nombor istimewa plat 'PNB' negeri Pulau Pinang. Ini jelas seperti yang terdapat dalam galeri di bawah.
Menurut pemerhatian berkemungkinan PNB berbelanja lebih tinggi untuk mendapatkan lebih banyak nombor seperti yang terdapat dalam jarak yang bertanda bintang dalam senarai di bawah.

Adakah patut?? Ini memandang PNB adalah sebuah agensi amanah dan pegawainya adalah pemakan gaji dan bukannya pemilik PNB. Adakah mereka boleh bermewah-mewah dengan duit PNB.

PNB1 – RM173 800.00
PNB2 – RM48 200.00
PNB3 – RM52 800.00
PNB10 – RM19 802.00
PNB11 – RM28 800.00
PNB18 – RM11 633.00
PNB50 – RM2750.00
PNB60 – RM1240.00
PNB70 – RM1276.00
PNB80 – RM3103.00
PNB88 – RM52 800.00
PNB90 – RM1898.00
PNB100 – RM1777.00
PNB111 – RM8250.00
PNB118 – RM2076.00
**********************
PNB600 – RM320.00
PNB700 – RM352.00
PNB820 – RM3056.00
PNB830 – RM2737.00
PNB900 – RM310.00
**********************
PNB8200 – RM310.00
PNB8300 – RM575.00
PNB8400 – RM310.00
PNB8600 – RM320.00
PNB8500 – RM510.00
PNB8700 – RM352.00

**********************

Kata PNB seperti yang tercatat dalam tulisan A.Kadir Jasin (yang menyebut 7 nombor) kerana tujuan "branding". A.Kadir turut mendapat penjelasan Pengerusi PNB sendiri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

"Penempahan nombor pendaftaran kenderaan siri PNB adakah untuk kegunaan kenderaan-kenderaan PBN. Ini termasuk cawangan ASB bergerak, MPV Hotel PNB Perdana, dll dalam usaha mempertingkatkan penjenamaan PNB," jawab Wahid.

Adakah berbaloi berbelanja ratusan ribu tender nombor plat untuk tujuan diayah dan penjenamaan, jawab A.Kadir Jasin lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Lepas Solat Adik Selalu Minta Doa Semoga Adik Sembuh," Kata Syaza Umur 3 Tahun Hidap Empat Penyakit Kronik Dan Lumpuh
siakapkeli.my

Kepetahannya bercakap umpama murid tahun enam terutamanya bila berbual dengan orang yang lebih dewasa, tidak lokek memberikan senyuman dan ceria.

Disebalik riak wajah dan kepetahannya bertutur katanya itu, tiada siapa tahu selain keluarga dan kenalan yang anak kecil berumur 3 tahun ini sebenarnya menghidap empat penyakit kronik yang agak teruk.

"Adik selalu doa untuk adik sembuh" itulah ungkapan yang sering diluahkan oleh Nur Syaza Azzahra kepada ibunya setiap kali selepas selesai menunaikan solat.

Syaza sebenarnya menghidap empat penyakit kronik iaitu Hydrocephalus, Jantung berlubang, saraf tunjang terbuka dan tulang belakang yang tak bersambung menyebabkan dia kini lumpun kedua-dua belah kaki.

**Hydrocephalus adalah penyakit yang terjadi akibat gangguan aliran cairan di dalam otak (cairan serebro spinal) atau akumulasi cairan serebrospinal dalam ventrikel serebral, ruang subarachnoid, atau ruang subdural. Gangguan itu menyebabkan cairan tersebut bertambah banyak yang selanjutnya akan menekan jaringan otak di sekitarnya, khususnya pusat-pusat saraf yang vital.

Beliau sebelum ini telah menerima bantuan kerusi roda kira-kira setahun lalu oleh NGO Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS, ketika itu semasa kecil pernah jalani 2 pembedahan termasuk di kepala untuk rawatan Hydrocephalus.

Pagi tadi dia telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dari rumah di Rantau Panjang, Kelantan kerana mengalami tarik yang tak pernah di alami sebelum ini.

Pada esok, 9 Julai Syaza dijangkakan akan menjalani pembedahan di bahagian belakangnya yang cedera dan berkudis akibat pembesaran tulang belakang yang telah menusuk isi dan kulit belakangnya.

Bapanya yang merupakan seorang pekerja syarikat penghantar surat terpaksa berulang alik ke hospital sejauh 45km untuk rawatannya selain perlu menyediakan wang membeli keperluan asas untuk rawatannya.

Jika anda rasa ingin membantu meringankan kos anak kecil ini dan keluarganya boleh salurkan bantuan ke akaun ibunya Siti Fauziah Zakaria, 0302 7020 5454 27 (bank Islam) atau hubungi 013 950 4122 untuk bantuan lain.

Semoga adik Syaza selamat jalani pembedahan dan cepat sembuh, semoga doa adik Syaza dimakbulkan olehNya. - Siakapkeli.my

Sumber: KELSS

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 6:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Doktor Hamil Alami Keguguran Ketika Sambut Bayi Pesakit, Tetap Teruskan Kerjanya
siakapkeli.my

Seorang doktor wanita menerima pujian hebat dari orang ramai kerana sanggup membahayakan nyawanya selepas dia tiba-tiba mengalami keguguran - yang juga menyebabkan dia mengalami pendarahan - ketika sedang melakukan satu pembedahan ke atas seorang pesakit lain.

Ketika kejadian, Dr. Mervat Mohamed Talaat sedang melakukan pembedahan caesarean ke atas pesakit tersebut di hospital Luxor General di Cairo, Mesir.

Dia mengalami kesakitan dan mula berdarah, namun tetap berdegil untuk menyudahkan pembedahan itu.

Selepas berjaya menyambut bayi pesakit itu, dia menyerahkan tanggungjawab kepada doktor yang lain dan dibawa keluar dari dewan bedah.

Dr. Talaat, yang bekerja di bahagian Obstetrik dan ginekologi, kemudian dialihkan ke bilik lain di hospital itu untuk rawatan.

Doktor tersebut mengalami kehamilan ektopik, di mana janinnya tumbuh di luar rahim dan akhirnya menyebabkan keguguran, laporan Al Arabiya.

Pada hari tragedi itu, Dr. Talaat dijadualkan untuk menjalnkan tiga pembedahan, kata berita tempatan.

Tindakan Talaat itu dipuji oleh Pengerusi Luxor Doctors Syndicate, Ahmed Hamza yang berkata kumpulan itu akan memberi penghormatan kepada Talaat kerana tindakan yang tidak mementingkan diri itu.

Sumber: Al-Arabiya

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 9, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Monday, 10 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: