Wednesday, July 5, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4793[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4793

Messages

Wed Jul 5, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Memegang anjing tidak dijadikan budaya baru, kata KP Jakim

bloglist-malaysia.blogspot.

gigitankerengga

BERNAMA

Umat Islam di nagara ini diminta tidak menjadikan budaya baharu dengan memegang anjing dan mereka perlu bertaubat dengan perbuatan mereka itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata perbuatan seumpama itu akan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab Syafie serta adat masyarakat Islam tempatan.

"Menurut mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri mereka tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

"Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baharu yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Othman Mustapha

Beliau mengulas tindakan seorang wanita Islam yang dikenali sebagai Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik gambar videonya di Facebook pada Sabtu lepas dengan menceritakan berkaitan anjing peliharaannya yang dinamakan Bubu.

Othman berkata pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang termasuk anjing sebagai satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun katanya dalam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan.

Malah, Islam mewajibkan semua umatnya memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian mereka.

Katanya, walaupun Islam meletakkan kaedah sertu atau samak apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah atu najis berat, namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.

"Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," katanya.

Othman berkata bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar merujuk kepada Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Jul 5, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mengkarung Ekor Bercabang Empat Jadi Rebutan Ramai, Pernah Ditawar Belasan Ribu Ringgi
siakapkeli.my

Tumpat, 5 Julai - Kalau dah unik, memang banyaklah orang mencari.

Itu yang berlaku kepada seekor mengkarung unik yang mempunyai ekor bercabang empat apabila ada pihak yang sanggup menawarkan wang belasan ribu ringgi untuk memiliki haiwan tersebut.

Pemilik kepada haiwan berkenaan, Ku Chik Ghazali, 27, berkata dia menemui mengkarung itu di tempat kerjanya di sebuah kolej swasta di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Januari lalu sebelum berjaya menangkap haiwan tersebut dua bulan kemudian.

"Saya dan rakan-rakan di tempat kerja terkejut apabila mendapati haiwan ini mempunyai ekor yang bercabang empat, namun agak sukar menangkapnya.

"Saya hanya berjaya menangkapnya pada Mac lalu. Ketika itu panjangnya baru 10 sentimeter. Sejak berita saya memiliki mengkarung berekor empat, saya pernah ditawarkan belasan ribu ringgit oleh beberapa individu," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Setakat ini, reptilia berwarna perang muda itu membesar sehingga mencecah 20 sentimeter panjang.
Ku Chik memberi mengkarung berkenaan makan cengkerik sebanyak tiga kali sehari.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 5, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Inilah Manfaatnya Pelihara Janggut
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Janggut adalah sejenis rambut yang berada di bawah dagu, yang memang untuk sebahagian orang dianggap sebagai tanda lanjut usia, Namun tahukah anda sangat banyak sekali manfaat dari mempelihara janggut yang merupakan salah satu Sunnah Nabi.

Berikut ini adalah salah satu hadis mengenai keutamaan memelihara janggut bagi kaum muslim seperti dikutip dari Majalah Ummi:

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

"Potong pendeklah kumis dan biarkanlah (peliharalah) jenggot." (HR. Muslim no. 623)

Ppakah manfaat di sebalik memelihara janggut bagi kaum lelaki? Berikut ini 6 hikmah memelihara janggut:

1. Mengurangkan ruam akibat mencukur

Masalah yang biasa dialami seorang lelaki adalah ruam yang diakibatkan dari mencukur atau disebut folikulitis barbae. Keadaan ini akan membuat kulit sering gatal kerana ada bakteria staphylococcus aureus yang menjangkiti kulit. Ruam terjadi akibat bulu janggut yang baru tumbuh dicukur sehingga membentuk benjolan yang tumbuh ke dalam dan meradang. Dengan memelihara janggut, masalah ruam ini dapat dielakkan.

2. Kurangkan risiko kanser kulit anda

Seperti kita ketahui, kesan jika terkena sinar UV secara berlebihan boleh mengakibatkan kanser khususnya kanser kulit. Sebuah kajian terbaru yang dilakukan di Universiti Australia of Southern Queensland mengungkap manfaat janggut pada lelaki. Laporan yang diterbitkan dalam Journal of Radiation Protection dosimetri ini mencatat, janggut boleh mencegah kanser kulit kerana dapat melindungi kulit daripada pendedahan kepada matahari antara 90 hingga 95 peratus.

3. Melambatkan kedutan

Pendedahan langsung kepada cahaya matahari adalah punca utama penuaan dan kerosakan kulit sehingga masuk akal bahawa jika wajah yang ditutupi oleh janggut boleh melambatkan penuaan dan timbulnya keriput. Ini bermakna lebih sedikit kedutan dan pengurangan bintik-bintik penuaan (liver spots) yang biasa ditemui pada wajah.

4. Mencegah jerawat

Mencukur boleh memburukkan lagi keadaan kulit orang yang berjerawat. Terutama jika sudah mempunyai jerawat teruk yang meninggalkan bekas luka. Jerawat terjadi apabila folikel kecil di dekat permukaan kulit tersumbat. Inilah yang membuat kemunculan bintik hitam. Dan keadaan umum ini boleh diburukkan lagi dengan mencukur.

5. Membantu mengurangkan gejala alergi dan asma

Janggut boleh membantu menapis zarah - zarah kecil ketika kita menghirup nafas. Janggut juga mampu menghalagi hawa dingin yang akan masuk ke hidung. Selain itu, dapat juga menghangatkan bahagian dagu dan leher.

6. Memberikan kesan maskulin

Beberapa fakta mendedahkan bahawa ternyata kewujudan janggut mampu memberikan kesan lebih maskulin, mandiri, dan matang atau dewasa berbanding dengan wajah laki-laki yang dicukur bersih. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Doktor Freedman dalam bidang psikologi sosial menunjukkan bahawa kehadiran janggut di wajah lelaki itu membuatnya lebih menarik secara seksual bagi perempuan.

Para pembaca Islampos yang dirahmati Allah, mudah-mudahan para ikhwan sekalian dapat mengikuti salah satu Sunnah Nabi yakni memelihara janggut yang cukup banyak manfaat memelihara janggut bagi kaum ikhwan, Semoga semakin memantapkan kaum muslim untuk mengikuti anjuran memelihara janggut. Aamiin Allahumma aamiin.

sumber islampos.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 5, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Air Mata Kegembiraan, Perjalanan Dari KL Ke Perak Berbaloi, Kucing Kesayangan Yang Hilang Ketika Kemalangan Berjaya Ditemui Semula
siakapkeli.my

Sejak seminggu lalu iaitu pada 30 Jun, telah tular di laman sosial kisah seorang wanita bernama Hafizah Rodzi II telah memuatnaik status meminta orang ramai yang terjumpa kucing kesayangannya yang hilang agar memaklumkan kepadanya.

Kucing yang diberi nama Tam itu hilang selepas melompat keluar daripada kereta yang dipandu abangnya yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Teluk Rebiah, Sungai Durian, Perak.

Menurut beliau, Tam telah melompat keluar dan menghilangkan diri dalam semak selepas pintu kereta dibuka oleh seorang pekerja dari syarikat kereta tunda yang mahu menunda kereta milik abangnya itu selepas dilanggar oleh sebuah kereta lain ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas kejadian mereka telah cuba mencari Tam tetapi tidak berjaya dijumpai menyebabkan mereka terpaksa meneruskan perjalanan pulang ke ibu kota.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, hatinya tidak tenang memikirkan bagaimana keadaan Tam yang tinggal di dalam semak itu menyebabkan dia dan keluarga telah membuat keputusan untuk kembali pulang ke Perak pada malam itu juga.

Selepas keluar mencari pada keesokan harinya di dalam semak berhampiran lokasi kemalangan, Tam akhirnya telah berjaya ditemui.

"Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan, kucing kami Tam dah dijumpai semula dalam keadaan baik dan selamat di dalam kawasan semak."

"Berbaloi perjalanan jauh dari Ampang ke Perak untuk mencari dia, syukur ke hadrat Allah permudahkan urusan pada harini dan Allah lindungi kami sekeluarga," tulisnya yang ternyata bersyukur di laman Facebook.

Dilihat ibu Hafizah tidak dapat menahan air mata kegembiraannya selepas kucing kesayangan mereka itu berjaya ditemui semula.

Mungkin keadaan ini nampak biasa di mata sesetengah mereka yang tidak minat kucing, yang pasti perasaan betapa risau, sedih dan syukur yang dirasai oleh ibu Hafizah ini dapat dirasai oleh mereka yang menyayangi haiwan comel berkenaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 5, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Remaja 16 Tahun Kahwini Wanita Berusia 71 Tahun
siakapkeli.my

Indonesia - Kisah cinta seorang lelaki dan wanita berusia 71 tahun heboh diceritakan di Indonesia apabila beberapa portal melaporkan hubungan yang pada mulanya terhalang itu akhirnya diteruskan juga apabila kedua-dua mempelai mengugut mahu mengambil nyawa sendiri jika tidak direstui.

Selamat Riyadi, 16, menikahi nenek Rohaya binti Kiagus Muhammad Jakfar yang sudah berusia 71 tahun.

Pernikahan itu berlangsung di Dusun 1 Desa Karangendah, Kecamatan Lengkiti, Kabupaten OKU.

Difahamkan juga, majlis perkahwinan tersebut dilakukan secara sederhana sahaja namun semuanya berjalan dengan lancar. Malah nenek yang sudah memiliki beberapa cucu itu juga tampak malu-malu di majlis berkenaan.

Setelah prosesi ijab kabul, mempelai wanita terlihat malu duduk merapat dengan pengantin lelaki.

"Dekat lagi, senyum tu jangan ditutup mulutnya," kata ahli keluarga mempelai.

Ketua Polis Lengkiti Ipda Ahsum pada Isnin mengesahkan bahawa perkahwinan itu berlaku di wilayah Polsek Lengkiti.

"Pernikahan ini terjadi atas sokongan masyarakat setempat, sebab pasangan ini mengancam akan bunuh diri bersama-sama jika pernikahan mereka dilarang," terang Ipda Ahsum.

Sumber: Kompas

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 5, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Banjir kilat di Pasir Gudang kenderaan terpaksa naik atas pembahagi jalan
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
ORANG ramai sedang hangat mengirimkan gambar dan video melalui facebook tentang kejadian banjir kilat yang didakwa berlaku di beberapa kawasan sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Baharu.

Banyak kenderaan dikatakan terjejas, ada yang terpaksa berpatah balik melawan arus, manakala sebahagiannya terpaksa naik ke atas pembahagi jalan bagi mengelakkan kenderaan mereka tenggelam di dalam air banjir.

Ini sekaligus telah menyebabkan kesesakan jalan yang sangat teruk (kenderaan tidak dapat bergerak).

Kejadian banjir kilat di Lebuhraya Pasir Gudang bukanlah perkara baru, pembangunan pesat di kawasan berkenaan tanpa mempedulikan aspek keselamatan, memperluaskan sistem saluran air dikatakan menjadi punca banjir yang kerap berlaku.

Akibatnya, setiap kali berlaku hujan lebat maka setiap kali Itulah kejadian banjir kilat akan melanda Lebuhraya Pasir Gudang sejak bertahun-tahun lamanya.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/07/banjir-kilat-di-pasir-gudang-kenderaan.html#ixzz4lxvXFTj3

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 5, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



5 Tahun Sakit Belakang, Kaki Berasa Kebas Tiap Awal Pagi, Bila Naik Tangga Rasa Sakit Di Pelipat Kaki, Wanita Kongsi Kisah Sebelum Dikhabarkan Mengalami 'Slip Disc'
siakapkeli.my

Sudah banyak yang tular di media sosial terutamanya, bila mana sakit, akan cuba berubat dengan cara lain, yang mana belum tahu akan keberkesanannya, dan lebih teruk, akan menjadi makin parah.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang jarang jatuh sakit, pasti ada ketikanya akan buat acuh tak acuh sekiranya mengalami sakit-sakit badan, dan mengenggapnya adalah perkara biasa, tiada yang serius.

Tapi, lain pula yang dihadapi oleh Cik Noor Farhana ini, yang mana telah mengalami sakit belakang sejak 5 tahun yang lalu, dan sering mengalami kebas pada kaki kanannya, di awal pagi, dalam pukul 3 dan 4 pagi.

Tanpa diduga, Cik Farhana, mengalami 'slip disc' yang mana perlu mendapatkan rawatan, dan dia memilih untuk diberi 12 suntikan pada bahagian belakang badannya.

Mari kita ikuti akan kisah ini.

Assalam , Selamat Hari Raya semua.

Since Nana masuk hospital kena slip disc. Ramai sangat-sangat yang call msg whatsapp tanya punca Nana kena slip disc. Penyakit ni kadang kita tak tahu punca. Nak kata jatuh tak jatuh. Tapi menda Allah da tetapkan. Jadi redha & ikhtiar. Meh Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc. Moga boleh jadi pengajaran pada semua .

Pada permulaan dia bertahun Nana dapat sakit belakang yang nak kata teruk tu tak. Tapi sekali kena memang sakit. Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja. 3 bulan jugak merana kebas ni. Asal kul 3,4 pagi terjaga. Jirus kaki dengan air la. Amik ais tuam kat kaki la. Mandi la.

Bila pergi office asyik tanya kawan. Nana ni kenapa asyik kebas je. Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa. Duduk biasa pun kebas baring pun kebas. Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu. Memang langsung tak selesa.

Kemudian merebak sakit belakang & tongking (bahagian atas punggung). Nak gelak pun terasa kadang-kadang. Sampai tahap nak bangun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri . Pergi klinik tu takyah cakap la. Asyik cakap kita ANGIN. Ayat yang sama.

Sampai la 1 masa, seminggu sebelum raya. Keadaan makin teruk. Tengah jalan kaki nak pergi kerja. Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan. Okay seram dah masa tu. Then naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki. Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar .

Sampai pakar doc minta buat MRI. Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang. Dan resultnya yea Nana kena slip disc.

Ada beberapa disc da terkena pada urat saraf belah kanan. Sebab itu kaki kanan je yang kebas. Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan ?

Nana pun balik bincang dengan keluarga. Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor . DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU. Nana yang pilih. Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat.

Ramai yang sarankan untuk urut. Bukan tak percaya. Tapi buat la tulang tu makin lari. Yang tanggung sakit kita. Orang yang tak rasa sakit. Lain orang lain cara. Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri.

Orang tak kena memang tak akan tahu rasa n derita dia macam mana. Nak duduk tk boleh nak berdiri lenguh nak baring kebas .

Punca slip disc ni sebenarny bukan pada jatuh sahaja

1- Cara duduk kita atas kerusi ( rapatkan kerusi pada meja supaya keadaan tak membongkok)
2- Cara drive / bawa motor
3- Angkat benda berat tapi cara angkat tu tk betul ( bengkokkan kaki bukan bongkokkan badan)
4- Duduk atas kerusi wallet letak dekat punggung ( tak stabil kan ) boleh menyebabkan jugak
5- Keadaan kita bila membongkok
6- Bangun dari tido mengiring dahulu jangan terus bangun sahaja
7- Pelbagai simptom lain

Banyak juga la sebab dia. Jangan anggap kita buat sesuatu tu da betul keadaan badan. Sebenarnya tak. Jaga la diri. Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor.

Sakit sekarang tak kira umur. Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni. Jangan sampai kritikal baru pergi check .

MAJORITI MASA NANA BUAT PHYSIO RAMAI ANAK MUDA. ALLAHU MEMANG TERKEJUT. SEBAB INGATKAN KITA SEORANG. YANG DAH TUA HANYA BEBERAPA KERAT SAHAJA .

Alhamdulillah Nana da keluar wad. Tapi masih kena berehat & physio lagi. Luka injection tu masih terasa. Untuk 2 tahun ni bersukan boleh tapi nak angkat benda berat kena simpan dalam hati.

Terima kasih mak abah, adik, saudara mara yang datang, keluarga yang bagi sokongan, DR YONG YUAN SHYH Hospital Colombia Asia Setapak-sangat ramah & baik , nurse dekat hospital yang super duper baik , dan kawan kawan semua . Doakan Nana cepat sihat & boleh bekerja semula .

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 5, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Video Rabies Yang Sungguh Menyentuh Hati, Simptom 'Takut Air' Buat Pesakit Tidak Boleh Minum, Lumpuh, Koma Dan Akhirnya Mati
siakapkeli.my

Sejak minggu lalu iaitu pada 29 Jun 2017, negara telah digemparkan dengan berlakunya tiga kes jangkitan penyakit Rabies atau anjing gila di Serian Sarawak di mana pesakit-pesakit mempunyai sejarah pernah digigit anjing.

Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berkaitan tiga (3) kes viral encephalitis yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Umum Sarawak (SGH) yang disyaki dijangkiti virus rabies.

Pada 30 Jun 2017, keputusan makmal bagi ketiga-tiga kes mendapari kesemua mereka positif bagi virus rabies.

Namun, dua daripada mereka yang merupakan adik beradik iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia 4 tahun disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.43 dan 1.46 petang semalam.

Apakah Penyakit Rabies?

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis) disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies di mana ia berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul.

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

Berikut adalah sebuah video lama yang menakutkan dan menyentuh hati, video itu menunjukkan kes Rabies yang direkodkan di Iran, jangkitan penyakit ini telah mengorbankan beribu nyawa di seluruh dunia.

Jom kita lihat.

Video yang dipaparkan ini telah digunakan untuk pembelajaran sehingga ke hari ini di kebanyakan Fakulti Perubatan di seluruh dunia. Ini disebabkan penyakit ini yang sangat "Rare" dan sangat sukar ditemui lebih-lebih lagi di negara maju yang mengamalkan kaedah pencegahan seperti vaksinasi haiwan peliharaan.

Prognosis untuk seseorang pesakit itu sembuh setelah simptom muncul adalah sangat tidak baik dan hampir kesemuanya akan mati.

Pesakit akan mengalami simptom seperti Hidrofobia (Takut air) adalah simptom tipikal untuk penyakit rabies, disebabkan penyakit ini mempunyai prognosis yang teruk dan hampir mati, pesakit kebiasaanya akan dirawat secara palliatif iaitu dengan bantuan dan sokongan yang boleh mengurangkan simptom dan kesakitan pesakit sehingga hujung nyawa..

Video Simtoms Hidrofobia (Takut air) dihadapi pesakit yang dijangkiti rabies.

Langkah-langkah pencegahan penularan wabak Rabies.

Lagi video mengenai rubies.

- Siakapkeli.my

Sumber: Public Health Malaysia, KpKesihatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Jul 5, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Thursday, 06 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: