Tuesday, July 11, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4800

9 Messages

Digest #4800

Messages

Tue Jul 11, 2017 7:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bayi Kritikal Dipercayai Didera Keluarga Angkat, Kini Bergantung Pada Alat Bantuan Pernafasan
siakapkeli.my

BATU PAHAT 10 Julai - Seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan bulan berada dalam keadaan kritikal dipercayai didera oleh keluarga angkatnya.

Bayi tersebut kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan bergantung kepada alat pernafasan sahaja.

Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital tersebut yang menyatakan terdapat seorang kanak-kanak lelaki disyaki didera dan kini menerima rawatan di ICU.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dibawa oleh keluarga angkatnya untuk menerima rawatan kerana mengalami penyakit sawan pada Rabu lalu.

"Bagaimanapun, semakan rekod mendapati mangsa telah dimasukkan ke hospital untuk kali ketiga dan disyaki ada unsur penderaan memandangkan terdapat beberapa kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa.

"Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja selain dikatakan mengalami sawan yang terlalu lama sehingga tidak sedarkan diri," kata beliau sebagaimana lapor Utusan Online.

Abdul Wahib menambah, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kulit melelcur di tapak tangan kanan dan kiri serta bahagian tapak kaki kanan mangsa.

Ibu dan bapa mangsa yang masing-masing berumur 30 dan 34 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Tunku, orang ini sudah tiada sekelumit pun malu'
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Oleh Muhyiddin Yassin

Saya membaca dengan tekun kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan Malaysia hari ini. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Walaupun hakikatnya amat perit untuk diakui, namun terasa sedikit terhibur hati saya apabila hal yang saya sering perkatakan dan perjuangkan turut disuarakan oleh seorang tokoh istana.

Saya secara peribadi menjunjung kasih dan merafakkan sembah tahniah di atas keberanian Tunku Mahkota Johor menyatakan kebenaran. Ini membayangkan keprihatinan beliau terhadap keadaan negara dan nasib bukan sahaja rakyat negeri Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.

Keluhan Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan negara pernah disuarakan oleh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini. Selepas itu, Tunku Mahkota Johor sendiri menjadi antara tokoh istana yang lantang menegur pimpinan negara dan menyeru mereka melakukan perubahan segera untuk kebaikan rakyat jelata.

Namun, teguran-teguran ini dipandang sepi oleh pimpinan negara. Titah Raja-Raja Melayu dan suara istana seolahnya tidak diendah oleh kerajaan.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, kerajaan sepatutnya menjalankan urusan negeri dan negara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sudah semestilah setiap pandangan dan teguran institusi raja-raja dipandang serius oleh kerajaan.

Apa yang diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor bukan sahaja suara hati beliau, tetapi juga suara hari rakyat terbanyak.

Ramai orang yang saya temui bertanyakan soalan yang sama iaitu apa sudah jadi dengan Malaysia? Mereka termasuklah sahabat handai, kenalan dan orang ramai yang saya temui di Malaysia dan juga orang asing di luar negara.

Mereka berasa cukup hairan bagaimana Malaysia yang amat dihormati oleh dunia suatu ketika dahulu boleh berubah dengan sekelip mata menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa.

Saya diberitahu ada rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara malu untuk mengaku mereka adalah rakyat negara ini kerana tidak sanggup dipandang sinis oleh orang luar.

Berlainan sekali keadaannya sebelum ini apabila kita biasanya dengan bangga mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan rakyat asing dengan pantas memuji Malaysia.

Malaysia tidak lagi dihormati

Pokoknya, Malaysia hari ini bukan seperti dahulu lagi. Malaysia tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Tidak lagi dihormati oleh dunia.

Puncanya tidak lain kerana pimpinan negara terpalit dengan skandal rasuah, penipuan dan penyelewengan yang berada di tahap yang paling memalukan. Lebih menyedihkan, institusi negara yang sepatutnya berfungsi untuk mengawal kuasa eksekutif, memelihara hak rakyat dan menjamin keadilan gagal berfungsi sama sekali (totally dysfunctional).

Kita tidak dapat bayangkan seorang Perdana Menteri mempunyai wang berbilion ringgit di dalam akaun peribadinya dan wang ini adalah wang yang dicuri daripada syarikat milik negara.

Namun, Peguam Negara tidak mendakwa Perdana Menteri atas alasan Perdana Menteri tidak mengetahui wang itu ada di dalam akaunnya. Sedangkan terdapat bukti yang jelas wang ini telah dibelanjakan untuk kegunaan peribadi.

Undang-undang apakah yang dirujuk oleh Peguam Negara? Di manakah kedaulatan undang-undang? Sudah hilangkah keluhuran perlembagaan?

Jadi bahan jenaka antarabangsa

Tidak hairanlah Malaysia telah berubah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa dan dicemuh oleh rakyat sendiri.

Lebih mendukacitakan kita, ketika rakyat berasa amat terbeban untuk membayar harga sekilo ikan kembung dan menanggung GST untuk barangan keperluan harian, isteri Malaysian Official 1 dihadiahkan kalung berlian merah jambu berharga RM117 juta menggunakan wang yang dicuri daripada syarikat milik negara. MasyaAllah!

Dalam sejarah 40 tahun penglibatan saya dalam politik, saya tidak pernah menyaksikan perkara seperti ini berlaku. Orang-orang ini sudah tidak ada sekelumit rasa malu dengan perbuatan curang mereka terhadap rakyat dan negara. Seolahnya mereka boleh terlepas daripada hukuman undang-undang negara dan balasan Allah s.w.t.

Itulah keadaan negara kita. Kedaulatan undang-undang tercalar. Institusi negara dirobek. Hak rakyat sedikit demi sedikit dirampas. Yang curang menjadi kaya-raya. Yang lemah menanggung derita.

Masanya sudah tiba untuk kita melakukan perubahan dan reformasi institusi secara besar-besaran untuk memulihkan negara. Kuasa di tangan rakyat. Apatah lagi jika rakyat dipayungi institusi raja. Bak kata pepatah, rakyat dan raja berpisah tiada. Bangkitlah bersama selamatkan Malaysia!

----------------------------------------------------------

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Presiden BERSATU dan bekas timbalan perdana menteri.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, July 09, 2017 9:53 PM
Subject: Fw: TMJ sindir pemimpin paksa kerajaan

TMJ sindir pemimpin paksa kerajaan guna wang rakyat bayar jet peribadi
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

DALAM tulisan terbaru yang menjadi viral di laman sosial, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut menyentuh tentang pemimpin yang memaksa kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka.

"Pemimpin yang berpura-pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membayar jet pribadi mereka." Tulis TMJ, yang disiarkan di halaman facebook Johore Southern Tiger.

Dalam tulisan yang bertajuk "Saya akan sentiasa berdoa untuk kestabilan anda, Malaysia" itu, TMJ mempersoalkan apa yang sudah terjadi kepada Malaysia.

"Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya. Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayangan ku Malaysia? Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih semula," tulis TMJ.

Baginda turut meluahkan rasa kecewa, apabila rasuah sudah menjadi budaya di Malaysia manakala media pula melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. Selain itu orang-orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas.

"Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana rasuah telah menjadi sebuah budaya. Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin." tulisnya.

Ikuti tulisan lanjut TMJ — Johore Southern Tiger

Read more: http://www.milosuam.net/2017/07/tmj-sindir-pemimpin-paksa-kerajaan-guna.html#ixzz4mKz790kV

Kelantangan TMJ bersuara, harapan buat rakyat
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SHAH ALAM - Kelantangan dan keberanian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menyatakan apa yang berlaku kepada negara pada hari ini membawa harapan kepada rakyat Malaysia.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyifatkan, harapan itu tidak terkecuali kepada dirinya yang merupakan anak jati Johor.
Menurut Syed Saddiq, beliau turut berasa sedih dengan perbuatan golongan elit yang terus-terusan merosakkan negara disebabkan kuasa.

"Walaupun saya sudah kehilangan harapan dalam golongan kabinet kerajaan tapi saya masih menaruh harapan terhadap Tunku.
"Saya tetap optimistik kerana adanya pemimpin yang lantang bersuara menentang ketidakadilan dan memperjuangkan hak di luar sana, besar harapan saya untuk Malaysia dan Johor apabila mempunyai seorang pemimpin seperti Tunku yang tidak akan tunduk kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, TMJ menulis surat terbuka di mana beliau mempersoalkan apa yang telah berlaku kepada Malaysia kini.
Rasuah kata TMJ umpama sudah menjadi satu budaya di Malaysia di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita.

Orang yang kurang berpendidikan pula sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas menjadikan orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.
Malaysia turut menjadi sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau memberikan sepenuh kepercayaannya kepada TMJ dalam perjuangan ini dan sentiasa menyokongnya tanpa berbelah bahagi.
"Saya melakukan ini bukan kerana saya terpaksa tapi ini di atas kemahuan saya sendiri, ini bukan kerana taat setia saya yang membuta-tuli tapi disebabkan saya percayakan Tunku dalam perjuangan ini.

"Tunku sentiasa konsisten dalam mengkritik kedua-dua kerajaan dan pembangkang dan oleh sebab itu saya mengagumi Tunku.
"Mungkin ada pihak yang akan mempersoalkan kelantangan dan akan tikam belakang namun pihak yang skeptikal terhadap motif Tunku tapi saya dengan sendirinya akan menentang mereka ini," katanya lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wakaf-Rumah Singgah RM1 Sehari Untuk Yang Memerlukan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Keluarga yang memerlukan penginapan semasa datang ke Lembah Kelang untuk bersama dengan anak/suami /bapa di Hospital bolih memohon bantuan dari satu wakaf yang dijalankan olih En Kuan dan penyokong penyokongnya di Taman Puchong Utama . En Kuan telah sediakan bilik bilik di 2 buah rumah teres serta dengan kemudahan memasak [hanya masakan halal sahaja] dengan harga RM 1 sehari.

En Kuan Chee Heng telah sediakan dua buah rumah teres dengan bantuan penderma yang murah hati untuk sesiapa yang memerlukan penginapan bila melawat keluarga yang berada di hospital hospital di Lembah Kelang dengan bayaran RM 1 sehari
untuk diami di dalm bilik bilik yang tersedia.

Kedua dua rumah penginapan yang disediakan itu [teres sebelah menyebelah] terletak di Taman Puchong Utama.

Beliau juga adakan khidmat pengangkutan bagi yang memerlukan dari rumah itu ke Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital Pantai dan juga ke Universiti Malaya [UMMC} dengan bayaran sangat murah [10 sen]

Wakaf ini telah disambut baik olih orang ramai yang telah menderma sebahagian besar kos pengubahsuaian dan kos operasi rumah penginapan ini.
Penghuni hendaklah membersihkan bilik yang mereka diami.

Yang berminat bolihlah hubungi En Kuan d 012 273 2148
atau melalui akaun facebook beliau

https://www.facebook.com/kuan.cheeheng

Nota kaki

Kerja wakaf yang dibikin dek En Kuan adalah Islamik dan seperti
hamba Allah yang dermakan wang deposit rumah flet kepada keluarga melayu yang rumah mereka terlelong saya berdoa agar Allah beri mereka hidayah agar dapat menjadi gulungan orang
orang yang mengikuti 'jalan yang lurus' Ameen.

Mat mat di yayasan wakaf ,JPM, YAPEIM -jangan syiok sendiri dengan
gaji lumayan , hanya tahu meminta minta derma tapi takde
projek macam En Kuan. Ambil ikhtibar dan ' turut macam saya'
ala aktiviti En Kuan dan hamba Allah yang saya ceritakan tadi.

[Nukilan ini disiarkan di Tok-Man.blogspot.my]

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokman
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jokowi guna wang sendiri bawa keluarga ke luar negara

bloglist-malaysia.blogspot.

Posted by Mohd Sulaiman

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi menggunakan wang sendiri untuk membawa keluarganya ke Turki dan Jerman dari 5 hingga 9 Julai lalu.

Ketua Biro Media dan Penerangan Sekretariat Presiden, Bey Machmuddin memberitahu wartawan di Jakarta demikian.

Menurutnya, selain pegawai, turut menyertai Jokowi ialah isteri, tiga anak, seorang menantu dan seorang cucu.

Menurut Bey, anggota keluarga presiden itu juga berada di bahagian kompartmen yang dikhaskan untuk Jokowi dan isterinya, Iriana dan kehadiran mereka tidak mengganggu perwakilan kepresidenan yang lain.

Presiden Jokowi melakukan kunjungan ke Turki sebagai membalas undangan kunjungan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sekaligus meningkatkan hubungan diplomatik dan kerja sama antara kedua-dua negara.

Dia kemudian ke Hamburg, Jerman untuk menghadiri sidang kemuncak G20.

Setiausaha Negara, Praktino berkata, Jokowi lebih selesa menggunakan Pesawat Kepresidenan Indonesia yang hanya boleh memuatkan 42 penumpang walaupun kerajaan mampu membayar sewa pesawat lebih besar. - Agensi

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Setelah Sebulan Lebih Koma, Pelajar Tahfiz Terlibat Kemalangan Van Mula Mampu Mengalirkan Air Mata Apabila Bila Disapa Ibunya
siakapkeli.my

KOTA BHARU: Selepas kemalangan yang membabitkan sebuah van pelajar Maahad Tahfiz Al – Hashimi sebulan lalu, kini hanya seorang daripada mereka yang terselamat sedang dirawat di hospital kerana koma, lapor Sinar Harian.

Namun dalam satu perkembangan terbaru dilaporkan Muhammad Faiz Hafizzudin Mohd Izahir, 17, kini mula menunjukkan perkembangan positif selepas sudah mula menitiskan air mata tatkala disapa ibu bapanya sejak Jumaat lalu.

Beliau kini dikatakan sudah berada dalam keadaan separuh sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dimana dia mengalirkan air mata apabila mendengar suara ahli keluarga dan juga insan dikenalinya.

Muhammad Faiz Hafizzudin yang lebih mesra dengan panggilan Angah kini kerap juga membuka mata dan dia juga dilihat menggerakkan mulut seakan mahu meluahkan sesuatu tetapi masih belum terdaya.

Bapanya, Mohd Izahir Kassim berkata, dalam keadaan Angah yang begini, dia dan keluarga selalu memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada anak keduanya itu untuk reda dengan ujian Ilahi dan kuatkan semangat.

"Saya selalu bisik, abah, ummi, abe long dan adik-adik sentiasa doakan untuk angah. Kami rindukan suara angah membaca al-Quran. Bila kata begitu air mata dia mengalir.

"Dia faham apa yang kami cakap. Mata dia berkelip-kelip laju, mulut dia bergerak-gerak mahu katakan sesuatu namun tiada suara yang kedengaran," katanya.semalam.

Beliau merupakan antara tujuh orang pelajar yang terselamat selepas tujuh orang rakannya yang lain meninggal dunia selepas van yang dinaiki dia bersama 13 rakan dan ustaznya terlibat dalam kemalangan yang merempuh sebuah rumah Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, di Telekung pada 2 Jun lalu.

Sementara itu, pelajar tahfiz berkenaan juga turut menerima kunjungan daripada Pengasas tahfiz berkenaan, Datuk Adnan Hashim bersama isterinya, Datin Azizah Ibrahim.

"Saya sebut di telinganya, Faiz, abi dan mama datang ni. Kami amat sayangkan Faiz. Kami yakin Faiz akan sembuh seperti biasa menjadi orang hebat dan bersama-sama abi berjuang membina generasi al-falah.

"Selesai kata-kata ini, sambil air mata mengalir laju, Faiz membuka mulut dan menggerakkan kedua-dua lengannya. Pilunya. Dan kami yakin ramai yang akan bersama kami meneruskan solat hajat dan doa agar Faiz segera sembuh," katanya.

Muhammad Faiz Hafizzudin telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dan sudah lima tahun menuntut ilmu di pusat tahfiz berkenaan. - Siakapkeli.my

Siakap Keli
Jenazah pelajar-pelajar tahfiz dikelilingi sahabat sepengajian adik-adik tahfiz Al-Hashimi, mereka semua membaca Al Quran dan berdoa buat rakan-rakan mereka yang syahid.

Rasa sayu memang terbayang dalam tiap raut wajah mereka yang baru kehilangan rakan-rakan baik mereka.

Yang pasti anak-anak ini meninggal di dalam bulan yang mulia, hari yang mulia, ketika berpuasa dan menuju majlis ilmu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cadangan Hapuskan Sekolah Agama Dan Sekolah Pondok Menghina Perlembagaan Persekutuan
bloglist-malaysia.blogspot.
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

1. Isu cadangan untuk menetapkan sistem sekolah satu aliran menjadi topik perbincangan kalangan warga akademik dan pendidik kebelakangan ini. Ia menimbulkan polemik dan perbincangannya menjurus kepada persoalan impak positif dan negatif terhadap perkara tersebut.

2. Sememangnya sekolah satu aliran memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara, sebagaimana matlamat utama penubuhannya, iaitu untuk mewujudkan perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni. Ia juga mampu membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Lantaran kerana dibimbangi akan wujud perbezaan serta masalah polarisasi kaum dan penguasaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kerana setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan.

3. Cadangan ini tidak pula menolak bahasa ibunda masing-masing kerana perbezaan budaya, adat, bahasa adalah dinamika yang diterima di negara ini. Ia tidak bertujuan menghapuskan bahasa-bahasa ibunda masing-masing, kerana ia boleh diterapkan dalam sistem persekolahan satu aliran yang akan dilaksanakan kelak.

4. Namun demikian, tidak wajar buat pihak yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini sehingga membabitkan cadangan untuk menghapuskan sekolah agama dan sekolah pondok. Pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang disiarkan dalam media beberapa lalu berkaitan isu ini adalah pandangan ekstrim, melampau dan luar dari konteks.

5. Beliau cuba menyamakan sekolah pondok, sekolah agama, MRSM, sekolah berasrama, sekolah antarabangsa, sekolah mubaligh Kristian dan sekolah vernakular. Ternyata Wan Saiful tidak memahami isu di sebalik polemik yang berbangkit. Beliau gagal memahami aspirasi dan matlamat di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran.

6. Dalam hal ini, sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz, dan sekolah Arab di negara ini selari dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sebaliknya sekolah-sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Beliau perlu memahami bahawa Perlembagaan menetapkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan yang merupakan sendi dan kerangka Asas Perlembagaan Negara iaitu Fasal 153.

7. Jika sekolah agama dan sekolah pondok dihapuskan, maka tidak lagi wujud usaha untuk menghormati Perlembagaan Negara. Sistem pendidikan agama sudah dinafikan untuk diterapkan dalam sistem persekolahan yang menjurus kepada permasalahan yang lebih besar, iaitu penghinaan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi negara malah menghina Raja-Raja Melayu sebagai penaung bagi hal ehwal agama Islam.

8. Cadangan sekolah satu aliran boleh dipersetujui kerana banyak keperluan dan faktor yang mendesak, dan boleh juga dibantah kerana beberapa faktor tertentu. Kita meraikan perbezaan pandangan, tetapi jangan menjadikan perbezaan ini sebagai platform untuk mewujudkan jurang yang lebih mendalam. Sepatutnya Wan Saiful fokus kepada isu yang dibangkitkan, dan tidak terbawa-bawa sehingga membantah suatu yang sudah dipersetujui bersama. Meraikan pandangan digalakkan, tetapi jangan mengheret sentimen yang lebih rumit untuk diselesaikan. 'Sarang tebuan usah dijolok, kerana jika disengat memberi bisa yang sukar disembuh'.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
(10 Julai 2017)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Kaum Wanita, Hati-Hati Basuh Pakaian Sulit di Dobi Segera" - Pesanan Wanita Ini Setelah Terlihat Gelagat Pelik Pakcik Baju Merah
siakapkeli.my

Kebiasaannya, setiap kali membasuh baju di dobi segera, kebanyakan dari kita akan meninggalkan pakaian itu selesai dibasuh dan dikeringkan di premis itu bagi menjimatkan masa.

Setakat baju tu, kalau hilang apa la sangat kan? Lagipun premis dobi segera biasanya berada di tempat terbuka, jadi risiko untuk menjadi tempat kegiatan jenayah tu kurang la sikit.

Namun, lain pula pengalaman yang dialami oleh seorang pengguna servis itu yang dikenali sebagai Izzati yang mengatakan dia menyaksikan sendiri bagaimana seorang pakcik melakukan perkara tidak senonoh di satu kedai dobi segera.

Menceritakan terperinci kejadian itu, Izati menasihati kepada orang ramai, lebih-lebih lagi kaum wanita supaya lebih berhati-hati.

Perempuan sila baca! Harini aku tergerak hari nak basuh baju kat dobi. Aku sampai je dobi pakcik baju merah tu dah ada duduk kat kerusi sambil baca surat khabar.

Masa tu aku tak syak apa apa sebabnya aku fikirkan dia basuh baju je 🙄 masa aku basuh baju ada jugaklah dua-tiga orang basuh baju sekali dengan aku. Tapi aku duduk je kat mesin aku basuh tu, yang lain isi baju terus blah. Selang sejam aku perasan pakcik tu buka satu per satu mesin pengering selongkar ape ntah.

Sekali aku perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan 😭. Srsly ah pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan. aku tunggu dekat sejam walaupun baju aku dah siap awal. Pakcik tu selongkar, cium bau pastu lipat simpan dalam satu beg.

Antara detik dalam rakaman video yang dimuat naik Izati

Banyak dia ambik nak dekat 10 helai pakaian dalam perempuan 😭. Aku tunggu sampai dia dah habis buat kerja lepastu aku blah. Nasib aku perasan satu keluarga ni punya baju kat dobi.

Aku cerita dari awal sampai akhir. Pastu aku tunjuk yang ada bukti rakaman video 😂 Ada abang tu pergi sebab pakaian dalam bini dia kene ambik.

Lepastu memang betul dia ambik sebab dah check beg tu ada pakaian dalam bini dia 😣. Gelabah beruk pakcik tu minta maaf. Katanya dia nak ganti rugi.

Jadi, untuk kaum perempuan mahupun keluarga yang basuh baju didobi. sila tunggu sehingga habis selesai basuh. Takut-takut ada lelaki yang gila seks sanggup geledah orang punya 😊 take a note guys. terima kasih.

Perkongsian dari Izati yang turut ditampilkan dengan rakaman video itu mendapat hampir 5,000 perkongsian sejak ia dimuat naik beberapa jam lepas.

Komen dari pengguna Facebook jelas terkejut dengan kejadian itu dan saling memperingatkan antara satu sama lain.

Azizah Ramli menulis: "Pakaian dalam tu sebaiknya di cuci berasingan dari pakaian yangg lain...n please la cuci sendiri....benda-benda dalam ni sangat privacy."

"Basuh seluar dlm dgn baju dlm kat dobi itu hak memasing tapi yg tinggal tu nape ada yg siap lelaki tolong keluarkan dr tempat pengering sebab tuan punya dah hilang pergi minum dulu. Sebab skrg kat dobi 24 jam ni ramai lelaki dr perempuan. Beringatlah memasing." tulis Emilia Adam pula.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Kemana Anak Ibu 'Pergi' 20 Minit?'', Bayinya Tiba-Tiba Senyap Tidak Bernafas Dan Muka Bertukar Jadi Biru
siakapkeli.my

Hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang disayangi tiba-tiba sakit atau lebih memilukan ia pergi untuk selamanya.

Saat indah dilalui seolah-olah hilang atau lenyap dalam sekelip mata, tapi semua itu berlaku adalah dengan kehendakNya, DIA ingin melihat betapa kuat hambaNya itu.

Namun bagi seorang ibu bernama Wiwie Darvienda Mazweena, sesuatu kejaiban berlaku kepadanya, dia tidak menyangka bayi tiba-tiba senyap tidak bernyawa, muka biru seolah-olah telah pergi untuk selamanya, namun satu keajaiban berlaku, anaknya yang tidak bernyawa 20 minit telah kembali bernafas, jom baca pengalaman beliau.

Kemana anak mamy pergi selama 20 minit tu?

Hari ni genap setahun Noah Khaleefa Bin Elya Amirul Naem anak hebat mamy dan dady dilahirkan.. tak banyak cerita luar biasa tentang kelahiran kamu. Tapi ada cerita di setiap gambar.

Macam biasalah mamy sakit beranak, layan contraction sambil bebel kat dady, duduk hospital dua mlm baru Noah lahir ceaser sbb tertelan najis dlm perut mamy.

Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat walaupun kamu ditahan NICU sehari, tp syukur bila mamy sedar sepenuhnya dari bius tu kamu dah boleh keluar tmn mamy kat ward biasa. 3hari jugak utk tggu keputusan darah kamu.

Beranak adalah pengalaman yg paling sakit dan menakutkan bagi mamy.. tapi pengalaman itu yg terindah. Barulah mamy dpt rasa dan turut mengkagumi kehebatan ibu2 lain..

masa tu la baru terfikir betapa hebatnya seseorang ibu melahirkan anak ramai dan mungkin ada yg mengalami masalah ketika melahirkan tapi mereka tabah dan cekal. Sungguh hebat.

Berpantang seperti ibu2 lain.. mamy jalani hari2 baru bersama kamu. Kamu sihat walafiat dihujung berpantang, kamu selsema dan batuk.

Tiga hari kamu tak sihat, ketiga-tiga hari tu jugak kami bawa kamu ke klinik. Tp doct cuma bg ubat titis kat hidung utk cairkan kahak.

Hari ke 30 kita berpantang... itulah hari paling menakutkan , perasaan yg lebih takut yg mamy pernah rasa.

Pagi itu mamy bangun mandi dan siapkan kamu. Kamu nampak lemah, pucat dan tak nak menyusu. Risau tapi fikirkan semula nasihat doktor suruh teruskan menyusu bdn, mamy cuma mampu turutkan.

Tengah hari.. ketika Noah masih tidur, dady salinkan lampin Noah. Najis kamu keluar sndiri, dady agak panic dan cuba dukung Noah.

Noah collapse..

dengan tiba2 nafas kamu terhenti, nafas terakhir yg begitu panjang dan berbunyi..muka kamu jadi biru. Tak dengar denyutan jantung, tiada pergerakan menunjukkan kamu bernafas. Tiada respond bila panggil nama kamu. Tiada......

Allahuakhbar Noahh... bdn mamy yg tgh pns terus bertukar sejuk. Sejuk ketakutan , jantung berderau. mamy bergegas ambil buku record kesihatan kamu dan ajak dady bawa kamu ke klinik berdekatan.

Masa berlalu bergitu pantas masa tu. Tapi terlalu lama saat itu bagi kami. Perjalanan rumah ke klinik dpn rumah terasa begitu jauh.

Dady bawa kerete mcm lipas kudung. mamy peluk Noah, Noah longlai rebah dibahu mamy. Mamy urut dada kamu, mamy panggil nama kamu. "Naoh anak kuat mamy, bangun sayangggg.. bangunnn. Mamy kat sini"
Tiada pergerakan...
tiada kata dari mulut kami suami isteri selain istighfar dan memanggil kamu.

Berhenti di klinik bersalin berdekatan, ditolak sbb tak berani amik emergency kes. Kami bergegas ke klinik lain, hanya satu klinik lagi je kami yg kami boleh harapkan utk dptkan bantuan.

Kira2 10 minit kejadian tu semanjak keluar rumah..Syukur berhenti di Klinik Dr Bahiah dan dr terima kes kami.. ditolaknya semua pesakit termasuk yg sedang dirawat semata2 nak bantu Noah.

Dr Bahiah dan suami (juga seorang doct) lalukan segala usaha. Sambil menunggu ambulance, semua kaki tangan memainkan peranan masing2.doct beri bantuan oxygen utk cairkan hingus, cpr dan defibrillator (pam jantung) .. masyallah keadaan itu masih lg terngiang dalam ingatan.

Lepas few minutes, doct pandang mamy bgthu masih tak dpt kesan apa2 denyutan dan nadi. Dady kamu mcm nak muntah hampir pengsan dgr berita itu terus keluar bilik rawatan...
Mamy yg tersandar pd dinding masih terkaku, diam membisu tak melepaskan pandang pd kamu. Tapi jerit hati mamy "bangun sayang!!! Bangun Noah Khaleefa ! " doct yg masih berusaha 'bangunkan' kamu pandang mamy skali lagi dan hanya geleng kepala.

Terdiam..Istighfar dan seru nama Allah yg Maha Berkuasa agar berikan kamu peluang...

SATU perkara mamy bagitahu, INSTINCT IBU itu betul !!! Kamu responded! Tiba2 bernafas! Satu nafas yg panjang seolah kamu rs yg amat lega! Masyallah masa tu lah baru mamy rasa nak pitam! Nak pitam sbb Tuhan dgr rintihan hati mamy! Kamu dah kembali!

Tapi penafasan kamu tak stabil. Ambulance sampai , kamu dikejarkan ke hospital.

Seminggu di ward dgn bantuan penafasan.

Kamu tak boleh tidur disisi mamy mcm selalu.. ya Allah rindu. Masih terasa rindu tu ke hari ni.

Sakitnya mamy tgok kamu mcm ni ..

Hb kamu turun naik.. kejap normal kejap lemah...😔

Kamu minum melalui tube..mamy rindu kamu.. rindu bonding antara ibu dan anak ketika kamu menyusu. 😔

cerita tentang kamu tersebar. Mamy lalui hari2 yg sukar, namun mamy kena tabah walau terkadang hampir berputus asa bila doct kata jgn mengharapkan apa2.

Tapi mamy dady sentiasa menunggu keajaiban.

Tapi mamy dady sentiasa menunggu keajaiban.

Berkat doa kalian.. kamu beri satu senyuman :')

Hari demi hari kamu semakin kuat. Tersenyum mamy adalah kerana kamu sayang.

Kita dah boleh tdo sama2 😚 mamy dah boleh teman kamu tdur. Mamy tidur kat katil noah walaupun kaki terkeluar dari katil 😅rindduu.

Bila dr dah benarkan kamu bernafas tanpa bantuan pernafasan barulah ada selera mamy nak mkn 😌

Kamu sihat sepenuhnya. Kamu hebat sayang! Kamu anak yg kuat ! Masa tu ramai happy bila mamy upload gambar ni 🤗 sbb doa mereka yg inginkan kamu sihat termakbul. ❤️Masyallah perihatin sungguh rakyat Malaysia ni syg. Semua syg kamu. Noah semakin kuat dan dapat keluar ward.

Berkat doa kalian juga, Noah hidup sihat sehingga kini.

Oleh kerana itu,kami doakan juga kesejahteraan kalian..di sini, dihadapan Kaabah.❤️

Terima kasih semua. Terima kasih doct Bahiah yg tak putus asa dptkan anak sy semula. Allahu tak terkata ... terima kasih nurse2 dan doct di Hospital Sg Buloh yg sentiasa beri tumpuan pd Noah.

Terima kasih semua.

Selamat Hari Lahir Noah Khaleefa syg.."Kemana kamu pergi 20 minit tu?" Alhamdulillah terima kasih Allah.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jul 11, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Wednesday, 12 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: