15 Messages
Digest #4794
Messages
Thu Jul 6, 2017 7:01 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Guru Dalam Pantang Meninggal Dunia Disebelah Anak Umur 19 Bulan Dan Sebulan, Hanya Disedari Suami Selepas Pulang Bekerja
siakapkeli.my
Seorang guru yang masih berada dalam pantang meninggal dunia disebelah anak-anak kecilnya yang belum mengenal apa-apa berumur 19 bulan dan sebulan dan hanya disedari oleh suaminya beberapa jam kemudian ketika baru pulang daripada bekerja di mana anak kecilnya sedang menangis, lapor Harian Metro.
Siti Rohana Redzuan, 36, yang merupakan guru Sekolah menengah di Kulai ditemui dalam keadaan kaku di atas katil di sisi anaknya oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja pada 8.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said yang mengesahkan kejadian itu, beliau menyatatakan ketika suaminya itu keluar bekerja, isterinya sedang nyenyak tidur.
"Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya.
"Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.
"Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga," katanya.
Hasil bedah siasat yang dilakukan, pihak hospital mengenalpasti kematian beliau disebabkan paru-paru berair dan masalah jantung, bukan kerana pendarahan akibat Ceaser seperti yang tular di laman sosial.
Menurut rakan rapat arwah yang dikenali dengan panggilan Chik Zaa, dia meminta supaya orang ramai berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih kerana bimbang melukai hati keluarga.
"Selepas dibedah siasat, dikatakan arwah meninggal akibat paru-paru berair dan jantungnya sedikit bengkak. Tolonglah hentikan andaian-andaian liar anda semua seolah-olah kononnya arwah diabaikan atau tidak dijaga dengan baik," tulisnya di laman Facebook. - Siakapkeli.my
Kulaijaya
· 19 hrs ·
Salam Takziah. Cikgu Siti Rohana Redzuan(Sesi petang) smk bandar putra telah meninggal dunia, semalam jam 8 malam. Bersendirian dgn 2 anak di rumah. Dijumpai pada jam 8 malam oleh suami selepas pulang kerja.
Dia baru lepas bersalin. Anak nya kedua baru 48 hari. Ceaser. Katanya pendarahan tempat dia ceaser
Masa jumpa, anaknya yang baby nangis dah tak keluar suara
Anaknya yang pertama menyusu jugak time makny dah takde tu. sbb dah lapar sgt. Nangis sampai muntah2.
Husbandnya balik rumah gelap. Baru tgk anak isteri semua atas katil
share kisah cikgu sek anak di smk banda putra semlm.. mungkin ada yg mengenali arwah.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 7:02 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin
Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan. Tindakan Sarawak mencari bahan rujukan berkaitan hak negeri itu mengikut Perjanjian Malaysia di London merupakan langkah tidak bijak.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu juga memperlihatkan Sarawak terdesak bagi mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dalam isu memperjuangkan hak tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.
Katanya, Ketua Menteri Sarawak pasti sedar hak Sarawak sama ada dari segi kedaulatan, ekonomi, imigresen, bidang kuasa undang-undang dan sebagainya termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan. "Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 antara Kerajaan Persekutuan Melayu dan United Kingdom bersama Sarawak.
"Hampir 55 tahun Sarawak bersama Malaysia, nampaknya Abang Jo (Abang Johari Tun Openg) masih jahil perjanjian ini," katanya dalam kenyataan media, semalam.
Katanya, Kerajaan Sarawak sepatutnya baca empat sudut Perjanjian Malaysia bagi ketahui dan menghadamkan hak yang ada pada Sarawak kerana menjadi prinsip undang-undang bahawa segala terma yang dipersetujui ini telah termaktub di dalamnya.
"Adalah sangat naif setelah 56 tahun terbentuknya Malaysia, Kerajaan Sarawak tiba-tiba beria-ia mahu mencari sumber rujukan baru sedangkan Perjanjian Malaysia sudah lama ditandatangani dan dilaksanakan.
Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan
"Kajian yang kononnya mahu dilakukan di London adalah sandiwara politik murahan Kerajaan BN Sarawak bagi yakinkan rakyat Sarawak kononnya Kerajaan Sarawak mahu buat tuntutan tambahan terhadap Kerajaan Persekutuan," katanya.
Tambahnya, ia sia-sia dan membazir wang rakyat. Melainkan ketua menterinya tidak percaya peguam negara lantikan Putrajaya dalam menasihati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sehingga terdesak merujuk ke London.
"Lebih baik ketua menteri menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat Sarawak seperti masalah tanah, kesenjangan hak-hak suku kaum, pembangunan luar bandar dan pendidikan anak Sarawak.
Tindakan Sarawak Yang Mengejutkan. "Usahlah mainkan semangat anti Malaysia dan perasaan rakyat Sarawak dengan mengheret ke kancah sandiwara politik, sedangkan masalah empirical rakyat Sarawak tidak diselesaikan," katanya. - sinar
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 7:02 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Selama 65 Tahun, Abdullah Al Asiri Yang Cacat Selalu Solat Berjemaah Di Masjid
bloglist-malaysia.
detikislam.blogspot
DI SEBUAH desa kecil terpencil di Arab Saudi, setiap hari seorang lelaki tua lumpuh merangkak ke masjid. Lelaki itu bernama Abdullah Al Asiri.
Sejak masih kecil, Abdullah Al Asiri tidak pernah melewatkan solat berjemaah dan berkeras melakukannya di masjid walaupun keadaannya seperti itu.
Asiri lahir cacat, termasuk orang tua, tiga saudara dan empat saudarinya.
Setiap hari Asiri merangkak ke dan dari masjid di kampungnya, di selatan Alaziza, lima kali sehari selama hampir 65 tahun. Ia menembusi panas gurun musim panas, dan cuaca sejuk di musim sejuk yang menusuk.
Anak saudaranya Abdul Aziz berkata ia sangat terinspirasi dari bapa saudaranya untuk "ketekunan, tekad dan kekuatan" -nya. Ia pun membuatkan filem tentang bapa saudaranya itu yang dimuat naik ke youtube.
Dia mengatakan filem yang dibuat dalam bahasa Arab Sabq, setakat ini telah dilihat oleh sekurang-kurangnya 600,000 orang.
sumber islampos.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 7:03 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Guru Ulang Alik 135KM Redah Jalan Lumpur Ajar Anak Orang Asli Bakal Terima "Scrambler" Hasil Sumbangan Orang Ramai
siakapkeli.my
Sebelum ini tular sekeping gambar seorang guru di Pahang yang terpaksa berulang alik sejauh 135 kilometer setiap hari meredah hutan dan jalan becak untuk mengajar anak-anak murid orang asli di sebuah sekolah di kawasan pedalaman.
Kerana kisahnya itu yang tular, sebanyak RM12,000 telah berjaya dikumpul dalam sebulan hasil bantuan orang ramai untuk diserahkan kepada Ahmad Saidin Mohd Idris agar dapat membeli motosikal baru yang lebih selesa dengan keadaan perjalanan sehariannya itu.
"Kami bertuah semuanya berjalan lancar," kata Hazim Nordin yang merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan tabung dana bantuan berkenaan.
Mendapat perhatian warga internet, orang ramai mula menderma supaya beliau dapat membeli motosikal "Scrambler" bagi memudahkan perjalanannya seharian ke sekolah.
Ahmad Saidin, 40, dilaporkan terpaksa berulang-alik dari Kuala Medang, Lipis di Pahang, melalui jalan berlumpur dan berbukit demi mendidik anak-anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Lenjang.
SK Lenjang di Lipis, Pahang mempunyai murid seramai 456 dari 17 penempatan Orang Asli, di mana untuk ke sekolah berkenaan dia perlu mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pembalakan yang berbukit.
Bapa kepada dua orang anak yang masih kecil itu memberitahu yang dia tidak tinggal di kuarters yang disediakan berhampiran sekolah kerana perlu menjaga keluarganya menyebabkan dia memilih berulang alik merentasi jalan balak di kawasan bukit bukau. - Siakapkeli.my
Sumber: Malay Mail Online.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 7:04 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pemandu 16 tahun Lamborghini Avantador Hentam Proton PERSONA
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Remaja 16 tahun tiada lesen memandu bawa Lamborghini hingga mengakibatkan kemalangan
Semalam tular di laman Facebook mengenai kemalangan sebuah Lamborghini Avantador yang merempuh sebuah Proton Persona di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam.
Menurut maklumat yang disampaikan oleh netizen, Lamborghini Avantador tersebut dikatakan dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh Proton Persona yang berada di lorong bertentangan.
Menambah lagi kehangatan cerita ini, dikatakan pemandu Lamborghini Avantador merupakan anak sorang VIP yang baru berusia 16 tahun dan tiada lesen memandu.
Jika dilihat pada foto-foto yang tersebar, Proton Persona itu boleh dikatakan 'total lost', dan difahamkan kedua-dua pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan, namun tidak pasti sama ada serius atau cedera ringan sahaja.
Siasatan mengenai kes ini telah pun dijalankan oleh pihak Polis.
Kami nak pesan ni, kelajuan bukan satu perkara yang boleh dibuat main.
Tak kiralah supercar ke kereta marhaen yang perasan supercar ke, kena la jaga sikit kaki tu, jangan tau nak menekal pedal minyak je, tengok tempat juga nak memecut. Kalau nak test power kereta sila lah ke litar lumba dan lenjan la sampai barai kereta awak tu.
Bila jadi macam ni, nyawa orang yang tak bersalah mungkin boleh melayang disebabkan "kebijaksanaan" anda. Fikir-fikirkanlah.
Sumber: funtasticko
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 7:04 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Krisis Di Zaman Umar Bin Khattab
bloglist-malaysia.
detikislam.blogspot
UMAT Islam ternyata sejak dari dulu memang sudah tidak asing dengan krisis ekonomi. Sekurang-kurangnya, sejak zaman Rasulullah, ada dua krisis ekonomi besar yang pernah dicatat oleh buku sejarah Islam.
Pertama, ketika umat Islam diboikot oleh kaum Yahudi dalam masa awal penyebaran Islam. Yang kedua, pada zaman kekhalifahan Umar bin Khattab. Apa penyebabnya dan bagaimana Khalifah Umar bin Khattab mengentaskannya?
Krisis itu berlaku tepatnya pada tahun 18 Hijriah. Peristiwa besar ini kemudian disebut "Krisis Tahun Ramadah"
Khalifah Umar yang berkulit putih, saat itu kelihatan hitam. Ia pun berdoa: "Ya Allah, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad pada tanganku dan di dalam kepemimpinanku.
Beliau juga berkata kepada rakyatnya: "Sesungguhnya bencana disebabkan banyaknya perzinaan, dan kemarau panjang disebabkan para hakim yang buruk dan para pemimpin yang zalim ... Carilah redha Tuhan kalian dan bertaubatlah kamu serta berbuatlah kebaikan."
Tidak lama kemudian berbagai krisis tersebut segera diatasi. Saking sejahteranya, tiap bayi yang lahir pada tahun kesatu, mendapat insentif 100 dirham (1 dirham perak kini sekitar Rp. 30 ribu, tahun ke-2 mednapatkan 200 dirham, dan seterusnya. Gaji guru pun per bulan mencapai 15 dinar (1 dinar emas kini sekitar Rp 1.5 juta).
Pada tahun 20 hijriah, khalifah Umar juga mencetak mata wang dirham perak dengan ornamen Islami. Ia mencantuman kalimah thayibah, setelah sblmnya umat Islam menggunakan dirham dari Parsi yang di dalamnya terdapat gambar raja-raja Parsi.
Adapun mencetak dinar emas berornamen Islami dikuatkuasakan pada masa kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan pada tahun 75 hijrah.
sumber islampos.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 7:04 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Universiti Singapura Nombor 1 di Asia Pasifik
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dinobatkan sebagai universiti terbaik di rantau Asia Pasifik, menurut ranking terkini dikeluarkan hari ini oleh majalah Times Higher Education (THE) yang menilai prestasi dan pencapaian universiti sedunia.
Tempat kedua diduduki Universiti Peking (China), diikuti Universiti Melbourne (Australia) dan Universiti Tsinghua (China).
Sebuah lagi universiti Singapura, Nanyang Technological University, mendapat tempat ke-5.
Kajian THE itu menilai universiti di 38 negara di Asia Timur, Asia Tenggara dan Oceania, dan menggunakan 13 penunjuk yang diubah suai bagi mencerminkan universiti di rantau itu.
Editor THE, Phil Baty berkata NUS mempunyai persekitaraan pengajaran dan penyelidikan yang mempunyai pandangan antarabangsa.
NUS ditubuhkan sebagai sekolah perubatan pada 1905, tetapi kini mempunyai 17 fakulti dan merupakan antara universiti terulung di Asia. Ia menjadi Universiti Kebangsaan Singapura hasil gabungan Universiti Singapura dan Universiti Nanyang pada 1980.
Sementara itu, ranking THE kali ini meletakkan Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia di tempat 121–130, Universiti Teknologi Petronas (131-140), Universiti Sains Malaysia (141-150), Universiti Kebangsaan Malaysia (151-160).
Manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia masing-masing di bawah tangga 200. – Free Malaysia Today
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 7:05 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ini Caranya Lawan Kes Saman Trafik Tanpa Peguam Part 1.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Zulhazmi Shariff
BAGAIMANA HENDAK LAWAN KES SAMAN TRAFIK TANPA PEGUAM
BAHAGIAN I
Apabila seseorang menerima saman (Pol 257) daripada polis atau JPJ atau mana-mana penguatkuasa lalulintas, orang tersebut dipanggil Orang Kena Saman (OKS). Saman ialah notis memerintahkan seseorang yang disyaki melakukan kesalahan supaya hadir di mahkamah yang mempunyai bidangkuasa membicarakan kes tersebut.
Di dalam saman akan ada ayat "Kamu dengan ini diperintahkan supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ............................ pada ................... jam ..................". Jika di dalam kertas yang diserahkan oleh mana-mana pegawai penguatkuasa tidak mempunyai ayat tersebut, ianya bukan saman sebaliknya hanya notis biasa. Berdasarkan ayat tersebut, kita dapati bahawa OKS boleh hadir sendiri atau melalui peguam. Ini bermaksud melantik peguam bukan suatu kemestian tetapi boleh menggunakan khidmat peguam.
Bagi kesalahan tertentu, saman menawarkan kompaun. Kompaun ialah tawaran penyelesaian awal bagi mengelakkan OKS hadir Mahkamah. Di dalam saman akan dinyatakan "Kesalahan ini ialah kesalahan boleh kompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM......... pada atau sebelum ..........................".
Mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) kompaun maksimum ialah RM300. Pihak Polis, JPJ atau mana-mana pihak berkuasa boleh menawarkan kompaun seminima mungkin tetapi tidak boleh melebihi RM300. Jika OKS membayar kompaun, maka OKS tidak perlu hadir Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan saman tersebut dianggap selesai. Jika OKS tidak membayar kompaun, OKS wajib hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan, kegagalan untuk hadir, waran tangkap boleh dikeluarkan untuk membawa OKS hadir ke Mahkamah. Waran tangkap bukan kerana OKS bersalah atas kesalahan yang dituduh tetapi kerana ingkar hadir Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
--------------
Saman Ekor Ditukar Menjadi Saman
Sebelum ni ramai yang mengeluh tentang tindakan polis menahan kenderaan di tepi jalan dan mengeluarkan saman-saman di atas rekod saman ekor yang ada dalam pengkalan data polis.
Ramai mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan duit atau mencari duit untuk membayar kompaun yang ditawarkan untuk mengelak dari hadir ke mahkamah.
Dah banyak kali aku tulis bahawa polis boleh keluarkan saman atas rekod lama tetapi kita sebagai yang disaman tak perlu risau dan bersusah payah untuk bayar atas kesalahan yang tidak dibuktikan.
Hari ini aku hadir di Mahkamah Majistret Sungai Petani untuk bicara kes saman ekor ditukar ke saman biasa. Pihak polis tidak membekalkan apa-apa dokumen untuk membuktikan kesalahan sebaliknya hanya membawa saksi pegawai trafik yang mengeluarkan saman.
Aku bersedia untuk bicara tapi pendakwa tidak muncul maka majistret membebaskan client aku. Selamat dari bayar kompaun atau denda.
Isunya ialah memang polis sengaja keluarkan balik atau tukar status dari rekod saman ekor ke saman biasa agar orang ramai bayar kompaun. Untung polis dan kerajaan dapat duit mudah sedangkan mereka tak ada bukti kesalahan dilakukan.
Masalah kita ialah merungut dengan tindakan polis tapi bila nak pertahan hak sendiri pun rasa susah dan berat. Dok fikir nak kena naik mahkamah dua tiga kali dan sebagainya. Akhirnya dalam duk merungut tu bayar juga kompaun.
Kena ingat lepas ni bayar kompaun bagi kesalahan tertentu akan dipotong mata dimerit. Dah la kita tak dibuktikan salah, kita kena bayar kompaun dan mata dimerit dipotong. Apa kita buat? Merungut.. merungut dan terus merungut.
Nasihat aku kepada yang disaman, jangan merungut saja. Pertahankan hak sendiri.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/07/ini-caranya-lawan-kes-saman-trafik.html#ixzz4lrDDcga1
Ini Caranya Lawan Saman Trafik Tanpa Peguam Part 2.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Zulhazmi Shariff
BAGAIMANA HENDAK LAWAN KES SAMAN TRAFIK TANPA PEGUAM
BAHAGIAN II
Apabila seseorang OKS memilih untuk hadir Mahkamah, maka pada tarikh yang ditetapkan OKS perlu hadir ke Mahkamah. Di Mahkamah, OKS akan dipanggil ke hadapan dan dibacakan pertuduhan.
Contoh pertuduhan bagi kesalahan memandu melebihi hadlaju ditetapkan.
"Bahawa kamu pada 25/4/2005 jam lebih kurang 9:30 malam di KM 46 Lebuhraya Utara Selatan sebagai pemandu kenderaan nombor ABC 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 120 kmj iaitu melebihi 10 kmj dari hadlaju yang telah ditetapkan bagi kawasan tersebut iaitu 110 kmj, dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama"
Apabila pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa Mahkamah, beliau akan bertanyakan samada OKS mengaku salah atau tidak. OKS boleh memilih samada hendak mengaku salah atau tidak. Jika OKS mengaku salah, Mahkamah akan mengarahkan OKS membuat rayuan hukuman sebelum hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah.
OKS boleh membuat rayuan dengan menyatakan kekesalan melakukan kesalahan, nyatakan pekerjaan OKS, pendapatan bulanan, tanggungan dan sebagainya dan akhirnya memohon agar hukuman diringankan atau dilepaskan dengan amaran.
Setelah rayuan dibuat, Mahkamah akan menjatuhkan hukuman. Kebiasaannya skrip yang dibacakan oleh Mahkamah ialah seperti berikut : "Encik .............. Mahkamah telah menerima pengakuan salah Encik, dan setelah mendengar rayuan yang dibuat, Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM..... jika gagal bayar ..... penjara". Bayaran denda hendaklah dibuat pada hari yang sama, kegagalan menyebabkan OKS dipenjara seperti yang diperintahkan.
Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan tetapkan tarikh sebutan yang baru yang kebiasaannya sebulan dari tarikh pertuduhan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen untuk perbicaraan.
Di tahap ini ada perbezaan antara Mahkamah atau pihak pendakwa. Jika di Mahkamah Kuala Lumpur, kebiasaannya bagi kes trafik, pihak pendakwaan tidak memohon wang jaminan tetapi di beberapa Mahkamah lain, pihak pendakwaan memohon OKS membayar wang jaminan. Semuanya bergantung kepada pihak pendakwaan dan Mahkamah. Wang jaminan adalah untuk memastikan OKS hadir Mahkamah pada sebutan akan datang dan seterusnya. Jika pihak pendakwaan memohon jaminan, OKS boleh membuat rayuan kepada Mahkamah agar tidak dikenakan jaminan wang atas alasan kewangan dan kes hanya melibatkan kesalahan trafik bukannya kes jenayah berat. Selain itu kehadiran OKS pada tarikh pertuduhan membuktikan OKS rela hadir dan tidak akan lari dari pertuduhan.
Mahkamah akan tetapkan tarikh sebutan baru untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah dan juga peluang kepada OKS melantik peguam. Dalam kes sekarang ini, sememangnya kita berbincang tentang OKS tidak menggunakan peguam, jadi kita terus ke tarikh akan datang.
-----------------------
BAGAIMANA HENDAK LAWAN KES SAMAN TRAFIK TANPA PEGUAM
BAHAGIAN III
Pada tarikh sebutan kedua, pihak pendakwaan (Polis, JPJ atau penguatkuasa) hendaklah menyerahkan apa saja dokumen yang mereka hendak gunakan semasa perbicaraan bagi membuktikan kesalahan. Penyerahan dokumen ini suatu kemestian mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.
Jika pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen, OKS boleh meminta supaya kes dibatalkan dengan alasan pihak pendakwaan tidak berminat meneruskan kes. Mahkamah boleh membuat perintah "melepaskan tanpa dibebaskan" terhadap OKS. Ini bermaksud OKS dilepaskan daripada tuduhan tetapi tidak dibebaskan yang mana pihak pendakwaan boleh membawa semula kes pada bila-bila masa kemudian nanti.
Jika pihak pendakwaan tidak menyerahkan dokumen tetapi Mahkamah tidak membatalkan kes, tarikh bicara boleh ditetapkan ditetapkan tetapi pihak pendakwaan tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen semasa perbicaraan berlangsung. Ada pendapat mengatakan pihak pendakwaan boleh mengemukakan dokumen semasa perbicaraan berlangsung tetapi OKS boleh memohon agar dokumen yang dikemukakan tersebut diteliti terlebih dahulu. Semua ini bergantung kepada budi bicara Mahkamah.
Apa dokumen yang perlu diserahkan oleh pihak pendakwa kepada OKS?
Ianya bergantung kepada pertuduhan. Bagi pertuduhan memandu memelbihi hadlaju, pihak pendakwaan perlu mengemukakan antaranya :
a) Gambar kenderaan;
b) Gambar lokasi kejadian;
c) Video kenderaan melebihi hadlaju;
d) Perincian kamera yang digunakan semasa operasi;
e) Dokumen hakmilik kenderaan
f) Lain-lain (takkan nak bagitau semua, pecah la rahsia...)
Apabila semua dokumen diserahkan, Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/07/ini-caranya-lawan-saman-trafik-tanpa.html#ixzz4lrCMGATH
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ubat stroke hanya dengan wuduk - Petua dari Pakar Motivasi Fadzilah Kamsah
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi
Banyak kali juga saya terima petua untuk ubati masalah stroke dengan hanya berwuduk ini. Kononnya petua ubat stroke ini datangnya dari Pakar Motivasi tersohor tanah air, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Disebabkan orang hantar banyak kali sangat dalam berbagai group whatsapp, maka terpaksalah periksa kebenarannya. Perkara yang anda dapat lebih dari sekali dalam group whatsapp atau media sosial lain yang berbeza bermaksud maklumat itu dah masuk kategori viral. Ertinya dah ramai orang yang menerimanya.
Prinsip utama saya setiap kali menerima apa saja maklumat melalui media sosial adalah untuk tidak percaya kepada maklumat tersebut. Sehinggalah dibuat kajian, pencarian dan ada pembuktian yang sahih baru boleh pertimbangkan untuk percaya. Kalau tak ada semua itu, mesej hanya perlu diabaikan dan sesekali tidak diperpanjangkan kepada orang lain pula.
Betulkah petua dari Fadzilah Kamsah
Persoalan pertama yang saya tanya bila dapat mesej berkenaan petua hentikan stroke itu adalah, betul ka petua hebat ini datangnya dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah?
Mudah sangat nak selesaikan masalah stroke walaupun stroke yang dah sampai tahap gaban, hanya dengan sedut air masuk dalam hidung. Kenapa petua mudah yang amat mujarab itu tidak disebarkan kepada semua manusia lain diutara barat selatan dan timur ?
Kenapa para pakar perubatan tidak mengambil teknik berubat itu dan siarkannya ke dalam journal perubatan mereka supaya ianya dijadikan prosedur berubat yang mujarab oleh semua hospital. Ia tidak makan apa-apa kos yang besar, hanya perlu ada air mutlak, atau air paip yang suci lagi menyucikan.
Semua itu muncul dalam kepala otak saya... takkan Dr. Fadzilah Kamsah tak tanya kesemua soalan logik sebegitu?
Maka sebab itulah saya sangsai samada benar-benar dia yang sebarkan ilmu hebat petua selesaikan maslaah stroke hanya dengan ambil wuduk.
Memang datang dari Fadzilah Kamsah
Bila saya google ayat petua stroke hanya dengan wuduk, keluarlah segala sumber yang menceritakan perkara yang sama kat atas skrin komputer. Paling awal sekali adalah paparan daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di page Facebook beliau.
Wah ! memang sah petua hebat itu bersumberkan dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah !
Jom kita baca apa yang beliau kongsikan kat paparan Fb tersebut:
*STOP STROKE* ( *Hanya dengan wudhu*)
STROKE hampir pasti tiada ubatnya..Seseorang yg hebat dan dihormati, bila stroke hilanglah wibawanya, lebih malang istri anak2 pon tak sanggup menjaganya.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
KISAH BENAR
Seorang jutawan SAUDI-keturunan Yaman terkena stroke, dimana Dokter Saudi pun angkat tangan. Akhirnya pergi berubat di Swiszerland Setelah diperiksa, dokter berkata sambil tertawa kecil:
"Anda kan orang Arab tentu beragama Islam, ubatnya ada didalam Kitab Suci Anda."
Terkejut pak arab tu diam , malu dan tercengang
Katanya lagi...... *"HIRUPLAH AIR DIHIDUNG SETIAP BERWUDHU' SAMPAI TERASA DI UBUN-UBUN"
Masyaa Allah !!!
Sunnat Wuddu' rupanyaaaaa.
Pak Arab tu pon amallah Pendek cerita, tanpa ubat dgn izinNya beliau sembuh spt seblomnya. Kemudian disebarkanlah kejadian yg telah dialaminya.
Dia berkata: "Jangan lupa hisap air dgn hidung3x ketika berwudlu'
Dimana masih ramai kita memperlecehkan sunnah Rosulullah saw yg *hebat penuh rahsia* ini cuma manusia tidak tahu atau tahu tp buat tak tahu...
*STOP ⛔⛔⛔ STROKE SEKARANG*
Sebarkan... moga anda beroleh pahala amal ibadah insyA. (Tambahan.. masukkan air ke hidung juga boleh mencegah resdung)
Sedut air masuk hidung ubat stroke
Begitulah cerita yang disampaikan dari page Fadzilah Kamsah. Seperti cerita seribu satu malam yang lain-lain juga dalam memberikan kisah-kisah ajaib yang dialami oleh para insan yang terpilih.
Siapakah agaknya Tok Arab Saudi keturunan Yaman yang dimaksudkan itu. Apa namanya dan kenapa nak dirahsiakan pulak. Jika diberikan namanya, lebih mudah untuk manusia lain buat semakan dan rujukan untuk pencerahan info.
Siapa pulak Doktor dari Switzerland yang tertawa kecil yang maklumkan pada Tok Arab itu bahawa ubatnya ada dalam kitab suci orang beragama Islam.
Kitab suci yang doktor tertawa kecil itu maksudkan sudah tentu adalah Hadith, sebab kitab suci sebenar orang Islam hanyalah Al-Quran dan dalam Al-Quran tak ada suruhan sedut air masuk ke dalam lubang hidung itu.
Dikatakan juga ramai yang perlecehkan sunnah Rasul. Atas dasar apa pulak dia kata begitu. Adakah atas alasan tak sedut air masuk lubang hidung maka seseorang itu telah perlecehkan sunnah rasul ?
Dan soalan paling akhir yang saya tertanya-tanya. Tak ada kah seorang doktorpun kat UKM, kat UM, kat USM atau lain-lain lagi yang tergerak nak buat kajian untuk kembangkan lagi teknik perubatan masalah stroke ini.
Kenapa tak ambil peluang ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia yang amat ramai kena stroke ni?. Kembangkanlah lagi cara dan tekniknya dan berikan penjelasan secara saintifik dan penjelasan akademik akan fungsi sedutan air ke lubang hidung untuk legakan masalah stroke.
Tak mahu dapat hadiah Nobel ke !
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Hakim Paling Adil
bloglist-malaysia.
detikislam.blogspot
Sahabat dunia islam, Secara keseluruhan dalam Al-Quran disebutkan bahawa Sang Khalik telah melantik Nabi SAW sebagai seorang hakim. Pelantikan itu disenaraikan dalam surah An-Nisa '[4] ayat 61, 65, dan 105; surah As-Syura '[42] ayat 15; dan surah An-Nur ayat [24] 51.
Surah An-Nur [24] ayat 51 menunjukkan bahawa kedudukannya sebagai hakim tidak dapat dipisahkan dari kedudukannya sebagai rasul. Beliau bertindak sebagai hakim sekaligus utusan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW diiktiraf sejarah sebagai pengasas undang-undang yang paling besar kerana beliau tidak saja menghakimi kes secara adil dan imparsial, tetapi juga menetapkan asas undang-undang yang universal dan seimbang bagi seluruh umat manusia.
Tentu saja meliputi seluruh aspek kehidupan: perlindungan hidup, harta benda, kehormatan, dan melindungi hak-hak peribadi, sosial, undang-undang, sivil dan beragama setiap individu. Apa pun peranan yang beliau jalankan dalam kapasitinya sebagai penggubal undang-undang merupakan teladan abadi yang menunjukkan kebesaran dan keadilannya bagi seluruh generasi akan datang.
Muhammad SAW menegaskan bahawa undang-undang Allah bersifat universal dalam maslahat dan lingkupnya, imparsial dan adil dalam penerapannya, serta abadi sifatnya. Oleh itu, beliau menekankan bahawa undang-undang tersebut perlu berada di atas seluruh undang-undang dan peraturan buatan manusia.
Rasulullah mengajarkan bahawa seluruh manusia harus memasrahkan, baik secara individu maupun bersama-sama, seluruh hak dan pembuatan undang-undang kepada-Nya. Sebab, manusia tidak diberi hak membuat undang-undang apa pun tanpa kuasa-Nya.
Sebagai manusia, Nabi Muhammad SAW pun tunduk pada kedaulatan Ilahi seperti manusia lain. Kerana itu, beliau tidak mempunyai hak untuk memerintah orang-orang menurut kemahuannya sendiri agar melakukan atau tidak melakukan sesuatu.
Afzalur Rahman dalam Ensiklopedi Muhammad Sebagai Hakim, menerangkan, dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, Nabi SAW selalu merujuk kepada sistem undang-undang bahawa Allah SWT merupakan sumber seluruh undang-undang. Seluruh asas undang-undang Islam adalah bahawa Tuhan sajalah pemegang kedaulatan dan kekuasaan yang sejati, sedangkan manusia bertindak sebagai wakil-Nya atau khalifah-Nya di muka bumi.
Nabi Muhammad dengan jelas telah menggambarkan aspek undang-undang Islam melalui banyak cara. Beliau menegaskan kewajipan umat Islam untuk mematuhi Al-Quran. Kemudian, mengenai kedudukan Sunah di hadapan Al-Quran, Nabi menyatakan, Perintahku tidak boleh membatalkan perintah Allah, namun perintah Allah boleh membatalkan perintahku. "(HR Daruquthni).
Penggubal undang-undang Islam pertama
Di dalam kitab suci Al-Quran terdapat beberapa ayat yang berkaitan dengan masalah hukum. Ayat-ayat tersebut meliputi masalah waris, perkahwinan, mahar, perceraian, gratifikasi (pemberian hadiah), wasiat, jual beli, perlindungan, jaminan dan jenayah.
Namun, di dunia yang sentiasa berubah dan berkembang, beberapa masalah undang-undang ini tidak boleh merangkumi seluruh situasi dan masalah-masalah baru. Oleh itu, Al-Quran telah memerintahkan kepada para penggubal undang-undang di masa depan untuk menyusun hukum-hukum sesuai dengan keperluan masa dan tempat di bawah arahan prinsip-prinsip asas Islam, memastikan semuanya sesuai dengan semangat undang-undang Islam, dan tidak melanggar prinsip-prinsip dasarnya.
Dalam hal ini, Nabi SAW adalah penggubal undang-undang Islam pertama. Beliau menafsirkan undang-undang Al-Quran dan memberikan komentar terhadapnya dan menjelaskan tata cara penerapan Al-Quran ke dalam masalah-masalah praktikal kehidupan. Beliau tidak boleh menukar atau mengubah undang-undang Ilahi mana pun yang terkandung dalam Al-Quran. Beliau bertindak hanya sebagai penafsir dan pengulas, kemudian menerapkannya dalam pelbagai situasi.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Lagi Kes Kecurian di Rumah Aliff Syukri, Lebih Kompleks & Turut Libatkan Bibik Baru
siakapkeli.my
Lagi kes kecurian yang melibatkan kediaman Dato' Aliff Syukri dimuat naik oleh usahawan itu di laman Facebook beliau hari ini.
Kali ini, kes kecurian terbabit juga melibatkan pembantu rumah yang baharu dan terdapat bukti kiriman wang yang banyak dilakukan yang ditemui oleh Aliff Syukri.
Namun, difahamkan kes itu agak kompleks kerana ia melibatkan beberapa individu yang lain.
"Ini, resit pengiriman wang. Baru kerja sebulan dah boleh kirim lima enam ribu."
Bagaimanapun Aliff Syukri memutuskan untuk menyerahkan sahaja kes itu kepada pihak polis kerana tidak mahu pening kepala.
Video soal siasat antara Aliff Syukri dan pembantu-pembantu rumahnya itu dimuat naik secara live di Facebook.
Selain video terbabit, Aliff Syukri juga turut memuat naik video terbaru yang menunjukkan orang gajinya memasuki balai polis.
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 18, 2017 12:34 PM
Subject: Fw: Dato Aliff Syukri Mengamuk Bibiknya Mencuri,
Ada Aduan Dibuat Kononnya Dodi Telah Didera, Pihak Perhilitan Dan Veterinar Lakukan Serbuan Ke Rumah Datuk Aliff Syukri
siakapkeli.my
SUNGAI BULOH: Berikutan ada dakwaan yang seekor kucing bernama Dodi telah didera, dua agensi penguat kuasa telah membuat satu serbuan di rumah ahli perniagaan terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di rumahnya, semalam, lapor Sinar Harian.
Serbuan tersebut telah disertai kira-kira 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhilitan) Selangor sekitar jam 10 pagi.
Menurut jurucakap penguat kuasa veterinar, selepas menjalankan siasatan kira-kira sejam, pihak mereka tidak menemui sebarang kesan penderaan pada fizikal Dodi.
"Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.
"Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut," katanya.
Namun pihak veterinar telah menasihatkan Datuk Aliff supaya melakukan beberapa penambahbaikan terhadap tempat peliharaan Dodi.
"Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.
"Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik," katanya.
Datuk Aliff dalam pada itu melahirkan rasa terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap Dodi, kucing baka Savannah.
Beliau melahirkan rasa kesal dengan laporan palsu yang dilakukan oleh pihak tertentu, namun beliau bersyukur kerana dengan operasi itu membuktikan beliau tidak melakukan penderaan terhadap haiwan kesayangannya itu.
"Anggota pihak berkuasa terkejut bila lihat saiz Dodi, yang agak besar daripada tumbesaran yang sepatutnya dan mereka menasihatkan saya supaya kurangkan kuantiti makanannya.
"Pihak berkuasa juga minta saya sediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi. Insya-ALLAH, saya akan bina habitat sesuai untuknya," katanya.
aliffsyukriterlajaklaris Verify
misi menjinakkan @kucing_ajaib .. inyallah lagi 3bulan rumah dodi di resort saya akan siap.. jangan dok pandai kecam saya jee.. hampir rm10k saya habis utk jinakkan dan gromming dodi tapi masih ganas..mungkin sbb saya busy tak ada masa nak belai dia..
Dengan operasi itu, Aliff berharap segala dakwaan mengatakan beliau mendera kucingnya, yang kini berusia dua tahun lebih dihentikan serta-merta. - Siakapkeli.my
kucing_ajaib
ada siapa berani??
Pencuri: Ada yang pukul ada yang cari publisiti
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
Dahulu kita pernah dengar seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah. Baru-baru ini ada seorang lelaki dipukul dan mati dihospital kerana disyaki mencabul wanita ditandas. Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mati kerana dibuli atas tuduhan mencuri laptop.
Itu hanya sebahagian kecil daripada apa yang berlaku dalam negara kita yang menunjukkan masyarakat membuat penilaian sendiri dalam membuat tuduhan dan menghukum persalah.Kegilaan apakah yang melanda sesetengah masyarakat di negara kita ini apabila membelasah persalah dengan begitu emosi sekali? Apabila kita mengambil tindakan sendiri sebenarnya kita menidakkan keadilan yang menjadi hak setiap manusia.
Ada kesalahan yang memang jelas salah seperti mencuri, tetapi ada juga kesalahan yang masih kabur seperti mencabul yang memerlukan penyiasatan yang lebih profesional dengan mengambil kira pelbagai aspek kemungkinan yang berlaku.
Yang paling buruk hanya untuk 'tumpang sekaki' nak ajar persalah.
Apa berbaloi tindakan tersebut? Kes pelajar UPNM kerana kehilangan laptop mungkin berharga sekitar RM2500 tetapi natijahnya berhadapan hukum mati atau penjara sepanjang hayat. Itu tak masuk keluarga dan diri sendiri aib pada pandangan masyarakat.
Bila manusia membelakangi agama itu jadinya.
Bukan semua orang memukul dan membelasah persalah. Ada juga manusia yang membuat RAKAMAN KHAS pencuri dengan 'duration' yang sangat panjang bagi video klip kejadian semasa dengan tujuan untuk menunjukkan kekayaan yang ada. Ini mungkin tohmahan lebai, tetapi berdasarkan amatan pada video berkenaan yang memapar jelas senarai barang yang dicuri dengan nilai harga berserta tempat dimana barang itu dibeli. Maklumat yang berulang-ulang juga menjadi kita tanya tanya kenapa perlu ini semua.
Kalau benar dia mencuri, tunjukkalh sikit sebagai pengajaran, kemudian kalau nak maaf, maaf ajelah boleh tunjukkan kebaikan kita. Kalau tak nak bawa ke balai. Kan mudah. Apa yang perlu tunjukkan rakaman pencuri SEMBAH KITA? Hebat kita sampai pencuri boleh sembah kita?
Mahaguruprimen dalam lamannya ada menulis, Allah berfirman dengan maksud:
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Surah Al- Maidah ayat 38)
Jelas mengikut hudud dari al Quran hukumnya adalah potong tangan. Tetapi apabila hudud tidak dapat dijalankan maka hukum ta'zir dijalankan dan ia wajib dipatuhi. Hukuman ta'zir merupakan hukuman yang telah ditetapkan oleh pemerintah melalui mahkamah. Maka haram kita mengenakan hukuman sendiri bahkan selalu kita berlebih-lebih dalam berhukum. Walaupun hanya menampar sekali wajah penjenayah itu jika ia bukan bahagian dari hukuman kepada jenayahnya maka sesungguhnya kamu telah berlaku zalim keatasnya. Apatahlagi jika sampai menyebabkan kecacatan kekal atau lebih melampau apabila menyebabkan kematian! Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala mereka berlaku zalim..."(maksud surah Yunus ayat 13)
"dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang yang zalim sebagai pemimpin bagi sebagian (orang-orang zalim) yang lain disebabkan apa yang mereka lakukan." (Al An'am: 129)
Berkata Ibnu As'ad: "Ini hanyalah sunnatullah yang berulang. Bagaimana rakyat, begitulah pemimpinnya. Parti dan pemimpin boleh berubah, tapi selagi rakyat tidak berubah dengan meninggalkan kezaliman terhadap diri sendiri, adakah mungkin Allah akan mengurniakan pemimpin yang adil terhadap kita (rakyat)?"
Oleh itu bersamalah dengan parti yang ingin menegakkan hukum Allah s.w.t. di Malaysia ini. Bersabarlah dengan fitnah parti musuh dan parti kawan pembangkang yang telah menjadi sunahtullah setiap perjuangan akan mendapat tentangan daripada musuh dan kawan. Sabar dalam perjuangan adalah sebaik-baik pilihan.
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Aliff Syukri Muat Naik Video Penjelasan Mengenai Isu Bibik Mencuri
siakapkeli.my
Usahawan tempatan, Dato' Aliff Syukri memuat naik video penjelasan mengenai isu salah seorang bibiknya yang dikatakan mencuri. Video penjelasan itu memaparkan Aliff Syukri bersama seorang 'kakak
Menurut Puan Era, dia datang berjumpa dengan Aliff Syukri atas faktor persahabatan selepas melihat usahawan itu buntu dengan masalah pembantu rumahnya itu.
"Akak pun tak tahu dia ambil (pembantu rumah yang terlibat) dari agensi mana, jadi bila bermasalah seorang tu, pembantu-pembantu lain pun turut terikut sama (terkesan)."
"Jadi benda biasalah, virus dalam pembantu rumah ni. Cuma nasihat akak, bila kita guna banyak pembantu rumah memang macam tu. Yang lain baik, datang seorang yang tak baik, habis semua." kata Puan Era.
Menurut Aliff Syukri pula, isu terbabit telah diselesaikan, namun beliau tidak memberitahu secara spesifik bagaimana ia diselesaikan.
"Kitorang dah baik. Dan yang tak baik tu sudah diselesaikan,
Menjelaskan mengenai perasaan marahnya mengenai kejadian itu, Aliff Syukri berkata: "Bagi saya, itu adalah emosi saya bila saya melihat seorang pembantu rumah yang mencuri, nak kabur, tidak mengaku dan nak memporak perandakan pembantu rumah saya yang dah lama."
Tonton video berkenaan di bawah:
Dato Aliff Syukri Mengamuk Selepas Bibiknya 'Kantoi
siakapkeli.my
Sebentar tadi, usahawan terkenal Dato Aliff Syukri telah memuatnaik dua buah video di laman Facebook dan Youtube miliknya di mana dia dilihat sedang mengamuk selepas mendakwa pembantu rumahnya mencuri wang dan barang-barang milik isterinya.
Di dalam video berkenaan menunjukkan barang-barang yang dicuri oleh bibiknya itu dan beliau dikatakan mahu membuat laporan polis mengenai pembantu rumahnya itu yang baru bekerja sebulan.
Bagaimanapun dilihat pambantu rumanhya itu merayu agar tidak melaporkan kepada pihak polis dan berjanji tidak akan mencuri lagi.
"Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya," tulisnya di laman Facebook.
Menurut beliau, pembantu rumahnya itu sudah siap sedia untuk melarikan diri di mana semua yang dicuri telah dimasukkan di dalam beg.
Jom lihat video berkenaan.
Sumber video: Facebook Aliff Syukri (kami terpaksa sensor untuk dimuatnaik ke blog) lagi video di Youtube tvterlajaklaris.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
2 of 2 File(s)
Thu Jul 6, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Petua Untuk 'Defrost' Daging Beku Dengan Cepat, Ambil Masa Kurang Dari 30 Minit, Mudahkan Kerja Memasak Di Dapur
siakapkeli.my
Bab nak menyediakan persiapan untuk memasak sudah pati dilakukan seawal mungkin, ada di antara wanita di luar sana yang membuat persiapan pada malam hari, untuk menyediakan masakan pada pagi keesokkan harinya, dalam memastikan tidak terlalu kelam-kabut.
Tapi mungkin kita pernah juga menerima panggilan di mana ada yang ingin ke rumah, dan tanpa sedar di rumah, tidak mempunyai apa-apa makanan untuk dihidangkan.
Apa yang ada adalah daging di dalam peti sejuk, itu pun sudah sejuk beku, dan ianya pasti mengambil masa yang lama untuk dilembutkan atau 'defrost'.
Namun begitu, sebenarnya ad acara yang boleh dilakukan, untuk mempercepatkan proses melembutkan kembali daging yang sejuk beku, cuma dalam masa beberapa minit sahaja.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
CARA CEPAT LEMBUTKAN DAGING YANG SEJUK BEKU
Sebenarnya ada cara mudah nak lembutkan daging dalam masa 5 minit je tau! Tapi sebelum tu anda perlu dua periuk jenis steel.
Caranya:
1. Letakkan sebuah periuk secara terbalik.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk). Isikan air ke dalam periuk tersebut.
4. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut.
Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging?
Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu.
Foto: Syamsul Amir Abdul Manaf
Nota kaki: Konsep luas permukaan daging yang bersentuhan dengan konduktor (periuk). Lebih banyak permukaan yang bersentuh dengan periuk, lebih cepat defrost
Periuk besi berfungsi sebagai conductor haba. Di sekeliling periuk besi tu ada udara. Haba suhu bilik akan dipindahkan dari udara kepada daging yang sejuk tu secara berterusan melalui proses "convection current" melalui periuk besi
Sumber: Petua Ibu, Syamsul Amir Abdul Manaf
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Awas Apps Al-Quran Dengan Ayat Tidak Tepat
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
RIYADH - Sesetengah aplikasi al-Quran mudah alih didapati tidak tepat dan umat Islam perlu berhati-hati apabila memuat turun dan menggunakan kandungannya menerusi gajet pintar.
Demikian diumumkan oleh para pegawai dari Liga Muslim Sedunia setelah menerima beberapa kiriman e-mel yang mengadu terdapat pelbagai kesilapan dalam sesetengah ayat suci kitab itu, lapor laman berita Saudi Gazette.
Aplikasi sedemikian malah dihasilkan oleh sumber yang tidak dikenal pasti sekali gus sukar memastikan sama ada seluruh is 'kitab' al-Quran tersebut sudah disemak sahih oleh jawatankuasa teks dan pakar bertauliah rasmi.
Justeru berikut disenaraikan aplikasi dan lelaman sesawang yang diluluskan oleh Pertubuhan Penghafalan al-Quran Antarabangsa, menurut portal Saudi Gazette sebagai rujukan umat Islam di seluruh dunia:
. Almadina Al-Munawwarah Quran
· Quran flash: www.quranflash.
· The Holy Quran app dibiayai Sheikh Saad Almousa dan Sheikh Abdulaziz Almousa
· Bayan Quran
· Electronic Quran by King Saud University: www.quran.ksu.
– Agensi/Mynewshub.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
CIMB Beri Cuti Sebulan Kepada Suami Yang Dapat Anak Sulung
siakapkeli.my
Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad mengumumkan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangan lelaki yang mendapat anak pertama, bermula hari ini.
BH Online melaporkan, dasar yang ditambah baik itu membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak pertama mereka disamping berkongsi tanggungjawab dengan isteri.
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut)
Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, berkata dasar berkenaan adalah pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan yang membenarkan kakitangan CIMB mengambil hingga enam bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi.
"Inisiatif ini selaras dengan usaha CIMB yang sentiasa meningkatkan kebajikan pekerja melalui dasar kesaksamaan gender.
"Ini adalah satu lagi inisiatif dalam menunjukkan bagaimana CIMB menghargai kakitangannya dengan memastikan ia mendapat sokongan dalam usaha mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian.
"Ia sekali gus mencerminkan usaha keseluruhan kami untuk melaksanakan amalan terbaik global dalam pengurusan sumber manusia," katanya.
Sumber: BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Jul 6, 2017 8:11 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Indonesia Tarik Balik 4 Produk Mi Segera Dari Korea Kerana Mengandungi DNA Babi
siakapkeli.my
Jakarta - Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia menarik sejumlah produk mi segera yang berasal dari Korea kerana didapati mengandungi babi.
Menurut CNN Indonesia, keempat-empat produk yang ditarik adalah dibawah nama Samyang (mi segera U-Dong), Samyang (mi segera perisa Kimchi), Nongshim (mi segera Shin Ramyun Black) dan Ottogi (mi segera Yeul Ramen).
Kesemua produk itu diimport melalui pengimport yang sama.
"Badan POM telah melakukan pengambilan sampel dan pengujian terhadap beberapa produk mi segera asal Korea. Dari beberapa produk yang telah dilakukan pengujian terhadap parameter DNA spesifik babi, beberapa produk menunjukkan positif terdeteksi mengandung DNA babi," kata BPOM menerusi satu kenyataan.
BPOM berkata bahawa produk-produk tersebut tidak mengikuti aturan Kepala Badan POM Nombor 12 tahun 2016 bahawa produk yang mengandung bahan tertentu yang berasal dari babi perlu diletakkan tanda khusus yang berupa tulisan 'Mengandungi Babi' dan gambar babi berwarna merah dalam kotak berwarna merah di atas dasar berwarna putih.
Pihak pengimport juga dikatakan tidak memberitahu kepada Badan POM ketika pendaftaran untuk mendapatkan izin mengedar bahawa produk yang didaftarkan tersebut mengandung babi.
Sumber: CNN Indonesia
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment