Monday, July 17, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4806

15 Messages

Digest #4806
1a
Fw: BIODATA RASULULLAH SAW by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
1b
Re: Fw: BIODATA RASULULLAH SAW by "muhamad zuki bin abdul kadir" myv183
9
Fw: Lori Bawa 3,400kg Belut Terbalik, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10
Fw: Akibat Terlalu Percaya Suplemen by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
11
Fw: Bontot Anak Dah Jatuh Sebelah by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
12
Fw: Kelebihan belajar di waktu pagi by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
14

Messages

Mon Jul 17, 2017 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



BIODATA RASULULLAH SAW [JOM KENALI BAGINDA] | NABI MUHAMMAD SAW [RASUL YANG TERAKHIR]

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

a.. Khadijah Binti Khuwailid.
b.. Saudah Binti Zam'ah.
c.. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
d.. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
e.. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
f.. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
g.. Zainab Binti Jahsy.
h.. Maimunah Binti Harith.
i.. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
j.. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah

2. Hamzah

3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah

2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia Agung

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

a.. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW
b.. Aku melihat cahaya dari lidahnya.
c.. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
d.. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
e.. Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
f.. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
g.. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
h.. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
i.. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
j.. Wajahnya seperti bulan purnama.
k.. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
l.. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
m.. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
n.. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
o.. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
p.. Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
q.. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
r.. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
s.. Janggutnya penuh dan tebal menawan.
t.. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
u.. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
v.. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
w.. Rambutnya sedikit ikal.
x.. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
y.. Rambutnya terbelah di tengah.
z.. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
aa.. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
ab.. Seimbang antara kedua bahunya.
ac.. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
ad.. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
ae.. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
af.. Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
ag.. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
ah.. Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
ai.. Warna putihnya lebih banyak.
aj.. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
ak.. Warna kulitnya putih tapi sihat.


"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

Nabi meminang atau nabi dipinang?

On Jul 17, 2017 22:09, "'-:rIeNaCoM:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <
automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> 
>
>
> *BIODATA RASULULLAH SAW [JOM KENALI BAGINDA] | NABI MUHAMMAD SAW [RASUL
> YANG TERAKHIR] *
>
> bloglist-malaysia.blogspot
> queachmad.com
>
>
>
> KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
> Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
> muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
> apa yang disampaikan oleh Baginda.
>
>
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivadNGbjS-k5wSGJeOvpFHkk2aZ2e9698Nnz66yNUhcUztqfngDjCoWzEWRdnLKNXGASPmQ2y5VX8y8dJee27lX9exuJ-7hOl44IVvBdn3b_8EjpdtpnNdXvKoEo5rE9kXqloDRiMogA/s1600/muhd>
>
>
>
> *Nama: *Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
> *Tarikh lahir:* Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
> Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
> Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
>
> *Tempat lahir: *Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
> *Nama bapa:* Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
> *Nama ibu:* Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
> *Pengasuh pertama: *Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
> perempuan bapa Rasulullah SAW).
> *Ibu susu pertama:* Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
> *Ibu susu kedua:* Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
> Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
>
>
>
> *USIA 5 TAHUN*
>
> Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
> untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
>
>
>
> *USIA 6 TAHUN*
>
> Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
> (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda
> dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
> dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
>
>
>
> *USIA 8 TAHUN*
>
> Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula
> oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
>
>
>
> *USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).*
>
> Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
> perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
> Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
> tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
> pada masa itu.
>
>
>
> *USIA 20 TAHUN*
>
> Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
> jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
> 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
> berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian
> Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang
> dizalimi di Makkah.
>
>
>
> *USIA 25 TAHUN*
>
> Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
> binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah;
> lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa
> orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara
> Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas
> kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
>
>
>
> *USIA 35 TAHUN*
>
> Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan
> semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
> Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
> tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
> batu tersebut.
>
>
>
> *USIA 40 TAHUN*
>
> Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
> akhir zaman.
>
>
>
> *USIA 53 TAHUN*
>
> Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
> Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September
> 622M.
>
>
>
> *USIA 63 TAHUN*
>
> Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
> Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
>
>
>
> *ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*
>
> - Khadijah Binti Khuwailid.
> - Saudah Binti Zam'ah.
> - Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
> - Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
> - Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
> - Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
> - Zainab Binti Jahsy.
> - Maimunah Binti Harith.
> - Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
> - Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang
> Miskin).
>
>
>
> *ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*
>
> 1. Qasim
>
> 2. Abdullah
>
> 3. Ibrahim
>
> 4. Zainab
>
> 5. Ruqaiyah
>
> 6. Ummi Kalthum
>
> 7. Fatimah Al-Zahra '
>
>
>
> *ANAK TIRI RASULULLAH SAW*
>
> Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
> Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
> Khadijah adalah seorang janda).
>
>
>
> *SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*
>
>
>
> *IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN*
>
> 1. Thuwaibah
>
> 2. Hamzah
>
> 3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
>
>
>
> *SAUDARA SUSUAN*
>
> 1. Halimah Al-Saidiyyah
>
> 2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
>
> 3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
>
> 4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
>
> 5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
>
>
>
> *BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
>
> *(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)*
>
> 1. Al-Harith
>
> 2. Muqawwam
>
> 3. Zubair
>
> 4. Hamzah ***
>
> 5. Al-Abbas ***
>
> 6. Abu Talib
>
> 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
>
> 8. Abdul Ka ' bah
>
> 9. Hijl
>
> 10. Dhirar
>
> 11. Umaimah
>
> 12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
>
> 13. Atiqah ##
>
> 14. Arwa ##
>
> 15. Umaimah
>
> 16. Barrah
>
> 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
>
>
>
> *** Sempat masuk Islam.
>
> ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
>
>
>
> *Sabda Rasulullah SAW:*
>
> *"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah
> mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku
> di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )*
>
>
>
> *Nabi Muhammad SAW - Manusia Agung*
>
>
>
> Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
>
> - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW
> - Aku melihat cahaya dari lidahnya.
> - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
> terbit.
> - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
> - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
> - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
> - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan
> purnama.
> - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
> - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
> - Wajahnya seperti bulan purnama.
> - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
> - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas
> semasa marah.
> - Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
> - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan
> asli di bahagian sudut.
> - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas
> sekali pertama kali melihatnya.
> - Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
> - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian
> depan.
> - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
> - Janggutnya penuh dan tebal menawan.
> - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
> - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
> - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
> - Rambutnya sedikit ikal.
> - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg
> mencecah bahu tapi disisir rapi.
> - Rambutnya terbelah di tengah.
> - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut
> menganjur dari dada ke pusat.
> - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua
> bahunya lebih drpd biasa.
> - Seimbang antara kedua bahunya.
> - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga
> besar dan tersusun dgn cantik.
> - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
> - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
> - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat
> air.
> - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
> - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran
> coklat dan putih.
> - Warna putihnya lebih banyak.
> - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
> - Warna kulitnya putih tapi sihat.
>
>
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>

Mon Jul 17, 2017 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Abdul Latif Romly raih emas, perbaharui rekod kejohanan lompat jauh lelaki T20 pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

Abdul Latif Romly raih emas, perbaharui rekod kejohanan lompat jauh lelaki T20 pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London #Negaraku https://t.co/zJDTja2fXL

Abdul Latif 'Terbang Tinggi' Raih Emas di London, Pingat Emas Kedua Negara
siakapkeli.my

Atlet paralimpik dalam sukan lompat jauh, Abdul Latif Romly terus cemerlang apabila meraih emas dalam Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di London sebentar tadi.

Kejayaan Abdul Latif ini sekaligus menjadikan dua pingat emas terkumpul buat negara selepas Ziyad menyumbang emas dalam acara lontar peluru sebelum ini.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Croatia, Zoran Talic dengan lompatan 7.32m manakala gangsa milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine 7.12m.

Sumber: Harian Metro

Ziyad Cipta Raih Emas di London, Cipta Rekod Baru Dunia
siakapkeli.my

Atlet paralimpik negara, Muhammad ZIyad Zolkefli mencipta rekod baru dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 dalam kejohanan Olahraga Para Dunia sekaligus menghadiahkan emas pertama negara pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di London hari ini.

Lontaran sejauh 17.29 meter Ziyad menewaskan atlet dari Ecuador, Stalin Mosquera yang meraih perak dengan jarak 16.72 meter.

Gangsa pula diperoleh Todd Hodgetts dari Australia dengan lontaran sejauh 15.90 meter.

Dalam masa yang sama Ziyad memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan tahun lalu pada Paralimpik di Rio de Janeiro dengan lontaran 16.84 meter.

Kontinjen negara dijangka berpeluang meraih satu lagi pingat apabila juara bertahan dalam acara lompat jauh Abdul Latif Romly turun beraksi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 7:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Najib Umum Potongan 50% Untuk Tambang MRT, LRT & Monorel Bermula Esok Sehingga 31 Ogos
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 17 Julai - Orang ramai akan menikmati potongan sebanyak 50% ketika menggunakan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), BRT dan Monorel bermula dari esok sehingga 31 Ogos 2017.

Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

"Sukacita saya umumkan bahaw semua tambang MRT, LRT & Monorel diberikan diskaun sebanyak 50% bermula hari ini hingga 31 Ogos 2017 #JomNaikMRT." tulis beliau.

Mohd Najib Tun Razak
✔ @NajibRazak
Sukacita saya umumkan bhw semua tambang MRT, LRT & Monorel diberikan diskaun sebyk 50% bermula hari ini hingga 31 Ogos 2017 #JomNaikMRT

Dalam pada itu, Kosmo! pula melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan perkara itu bersempena majlis Pelancaran MRT Fasa 2 hari ini.

Menurut portal itu, potongan 50 peratus itu juga akan diberikan kepada pengguna Bas Rapid Transit (BRT).

"Potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada semua pengguna Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel bermula esok hingga 31 Ogos depan." tulis Kosmo!

Orang Ramai Boleh Mula Naik MRT Fasa 2 Isnin Ini
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 14 Julai - Orang ramai boleh mula menikmati kemudahan MRT Fasa 2 laluan Muzium Negara - Kajang pada Isnin ini mulai jam 4 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman berkata serentak dengan itu, perkhidmatan bas perantara untuk stesen-stesen yang baru dibuka juga akan turut dimulakan, sekali gus meluaskan liputan bas perantara yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd kepada 23 laluan tambahan merentasi 12 stesen MRT yang baru.

"Dengan jajaran keseluruhan sepanjang 51km merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah, Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang berintegrasi dengan Laluan LRT (Transit Aliran Ringan) di stesen-stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka, yang berintegrasi dengan stesen LRT Plaza Rakyat," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Tahun lepas, Fasa 1 antara Sungai Buloh dan Semantan yang mempunyai 12 stesen sudah mula beroperasi dengan purata 15,000 penumpang sehari.

Jumlah penumpang harian dijangka meningkat kepada 150,000 hasil kemudahan integrasi dan sambungan dengan kemudahan rangkaian-rangkaian sistem perhubungan rel bandar yang lain.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 7:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tentera Israel Tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
siakapkeli.my

Pasukan keselamatan Israel telah menahan mufti besar Baitulmaqdis, Muhammad Ahmad Hussein, ketika orang ramai berkumpul di Kota Lama susulan serangan ke atas kawasan suci itu yang mengorbankan dua anggota polis.

Anak kepada mufti terbabit, Jihad, berkata bapanya sebelum itu berkumpul di Kota Lama bersama yang lain dan membantah penutupan masjid Al-Aqsa sebagai tempat ibadat selepas serangan.

Polis israel enggan mengulas insiden itu.

Jihad memberitahu AFP, bapanya dibawa ke sebuah balai polis berhampiran Kota Lama.

"Sehingga kini, kami tidak tahu apa berlaku dengan bapa saya," katanya.

Salah seorang dari pegawal peribadi kepada Muhammad berkata, polis 'merempuh orang ramai dan mufti.'

Insiden itu berlaku selepas tiga penduduk Arab Israel melepaskan tembakan ke arah polis Zionis, mengorbankan dua anggota sebelum melarikan diri ke kawasan suci sensitif itu sebelum ditembak mati.

Sumber: BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 7:11 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Akhirnya Kelantan Lulus Rang Undang-undang Sebat Di Khalayak Ramai

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
"
Akhirnya Kelantan Lulus Rang Undang-undang Sebat Di Khalayak Ramai - KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Akhirnya Kelantan Lulus Rang Undang-undang Sebat Di Khalayak Ramai
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Pindaan dicadangkan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaa'kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh ahli Dewan Undangan Negeri.

Nassuruddin ketika membentangkan usul itu berkata terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira bagi melakukan pindaan enakmen itu antaranya ia sudah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia ketika ini yang berkembang terlalu pesat.

"Pindaan itu perlu dilakukan bagi membantu hakim syariah, pendakwa syarie, peguam syariah, penguat kuasa agama dalam menjalankan prosedur kes jenayah syariah dengan lebih teratur dan seragam.
"Antara pindaan yang akan diguna pakai adalah bagi membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan," katanya.

Sementara itu ketika ditemukan di luar dewan, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak.

"Terdapat 33 fasal dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini dan semuanya dipinda bagi memperkemaskan hukuman seperti sebat, denda dan beberapa proses teknikal yang lain.

"Contohnya seperti hukum sebat yang kini boleh dilaksanakan di dalam ataupun di luar penjara bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia menepati kehendak agama (berkaitan hukuman sebat) sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di depan khalayak," katanya.

Persidangan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - Mydebat.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 7:11 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ramai Pertikai Kenapa Kaki Adik Thaqif Kena Potong? Ada Persoal Kenapa Keputusan Dapat Lambat? Jom Baca Penjelasan Ini
siakapkeli.my

Sebelum ini negara dikejutkan dengan satu kes melibatkan seorang pelajar tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, Kota Tinggi yang meninggal dunia selepas kakinya terkena jangkitan dipercayai dipukul pembantu warden.

Namun dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan punca kematian adik Thariq adalah kerana jangkitan leptrospirosis atau kencing tikus.

Dilihat ramai diluar sana mempertikaikan tindakan yang diambil pihak berkuasa, ada yang mempertikaikan kenapa perlu hingga memotong kaki beliau dan ada juga yang menyoal kenapa keputusan begitu lambat didedahkan.

Jom kita baca penjelasan dari pihak Root Of Science ini.

Setelah beberapa bulan berlalu, keputusan berkenaan punca kematian adik Thaqif telah pun keluar. Ia disebabkan jangkitan kuman leptrospirosis yang juga dikenali sebagai kencing tikus. Ia dirumitkan lagi dengan keadaan yang dipanggil sebagai nekrosis kulit iaitu dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Purpura Fulminans dan juga pembentukan darah beku mikro(Microthrombi) yang berlaku di seluruh saluran darah.

Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan oleh Netizen sebelum ini. Ada yang mengatakan kematian adik Thaqif disebabkan pukulan yang diterima pada kaki adik Thaqif. Disamping itu ada juga yang mengatakan ia disebabkan kuman kusta yang aktif setelah pukulan pada kaki adik thaqif.

Setelah keputusan forensik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dikeluarkan, pelbagai spekulasi lagi dinyatakan oleh Netizen. Sebagai contoh mempersoalkan kenapa kaki Adik Thaqif perlu dipotong sedangkan dia hanya mempunyai jangkitan kuman kencing tikus, kenapa keputusan dapat lambat, kenapa itu dan kenapa ini.

Mari kita kupaskan satu persatu berkenaan apa yang dihadapi oleh adik Thaqif

Adik Thaqif menghidapi penyakit apa sebenarnya?

Kami telah membuat post sebelum ini berkenaan dengan apa yang mungkin di alami oleh adik Thaqif. Iaitu dia mungkin mengalami Disseminated Intravascular Coagulopathy. Ini disebabkan jangkitan kuman yang sangat teruk dan dalam hal ini penyebab kepada perkara tersebut adalah kuman leptospirosis.

Ini bertepatan dengan simptom dan tanda-tanda yang telah dialami oleh adik Thaqif yang diceritakan sendiri oleh Ibunya.

Simptom dan tanda yang dialami oleh adik Thaqif.

Bengkak pada kaki adik thaqif sangat pelik. Ini kerana ia melibatkan dua belah kaki dan ianya merebak pada bahagian bawah lutut. Seolah-olah berlakunya pendarahan dibawah kulit. Jarang untuk orang pukul pada tapak kaki tapi bengkak sampai naik ke atas. Kemungkinan dia mengalami pendarahan yang teruk disebabkan darah tidak dapat membeku.

Gambar sebelah kiri menunjukkan bengkak yang dialami oleh Adik thaqif yang merebak sehingga ke kawasan bawah lutut. Sumber Gambar: Sinar Harian online

Didalam jangkitan kuman yang teruk (severe sepsis) keadaan darah yang tidak dapat membeku boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai Disseminated Intravascular coagulopathy. Ketika ini, terdapat
kecelaruan di dalam sistem pembekuan darah.

Ia menyebabkan penggunaan protein pembekuan darah berlaku di seluruh badan sehingga mana menghasilkan darah beku yang dipanggil sebagai Microthrombi. Setelah mana protein pembekuan habis digunakan, jika adanya pendarahan berlaku di dalam bahagian badan, ianya tidak akan dapat membeku.

Hasilnya pesakit akan mempunyai risiko untuk berdarah di seluruh bahagian badan termasuk pada bahagian kaki

Apakah itu Purpura Fulminans?

Ia merupakan keadaan dimana berlakunya pembekuan darah yang teruk di saluran darah bahagian kulit sehingga menyebabkan kematian saluran darah tersebut. Saluran darah yang mati akan pecah menyebabkan darah daripada dalam saluran darah keluar ke dalam kulit.

Perkara tersebut akan menyebabkan kulit kelihatan lebam disebabkan darah yang terkumpul dibawah lapisan kulit. Bahkan ia juga akan menyebabkan kulit di bahagian tersebut mati juga. Keadaan inilah yang dilihat pada kaki adik Thaqif.

Kenapa kena kencing tikus sampai kena potong kaki?

Sangat jarang mereka yang kena jangkitan kuman leptospirosis boleh menyebabkan gangrene pada bahagian kaki. Tetapi ia boleh berlaku dalam DIVC kerana keadaan DIVC boleh menyebabkan sumbatan yang teruk pada saluran darah hingga menyebabkan tiada darah yang disalurkan pada bahagian kaki.

Ini menyebabkan sel pada bahagian kaki mati dan menjadi gangrene. Sel yang telah mati sangat sesuai untuk pembiakan bakteria. Mungkin disebabkan perkara itu doktor yang merawat membuat keputusan untuk membuang kaki yang sudah gangrene dan dijangkiti kuman untuk menyelamatkan nyawa pesakit

Kenapa lambat sangat dapat keputusan?

Ketika membuat penyiasatan forensik, pelbagai sampel akan diambil dan dihantar pada jabatan kimia mahupun jabatan lain. Perlu diketahui bahawa jabatan tersebut bukan melakukan penyiasatan pada sampel adik Thaqif sahaja tetapi terdapat beratus sampel daripada kes forensik mahupun kes perubatan yang lain.

Malah untuk melihat keadaan samada ia melibatkan trauma ataupun tidak, sampel kulit perlu diambil dan dilihat bawah mikroskop. Jabatan histopatologi iaitu jabatan yang terlibat dalam melihat sampel dibawah mikroskop memang selalunya mengambil masa 2-3 bulan untuk mendapatkan keputusan.

Pada ketika ini, ia bukanlah sampel yang 'urgent' seperti sampel untuk pengesahan kanser. Maka, untuk sampel tersebut di analisa selama 2- 3 bulan adalah sesuatu yang normal kerana banyak sampel lain yang sedang menunggu gilirannya untuk diperiksa.

Di dalam sampel adik Thaqif mungkin kelihatan microthrombi di dalam saluran darah. Sebab itu, laporan daripada KKM ia menyatakan spesifik tentang kehadiran 'Microthrombi'.
Kesimpulan:

Kesimpulan yang kami dapat berikan adalah kes tersebut bukanlah disebabkan penderaan yang diterima oleh adik Thaqif tetapi jangkitan kuman leptospirosis yang menyebabkan semua simptom di atas.

Walaubagaimanapun, tidak sepatutnya seseorang kanak-kanak itu didera sedemikian rupa jika benar perkara tersebut berlaku.

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan keputusan berkenaan kes adik Thaqif, netizen masih mengeluarkan pelbagai spekulasi yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Seperti biasa spekulasi hanyalah spekulasi. Kebanyakkan mereka tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan.

Kepada keluarga adik Thaqif, kami mengucapkan takziah lagi sekali terhadap pemergian adik Thaqif. Semoga dia menjadi pemberi Syafaat kepada kedua ibubapanya di padang mahsyar kelak. - Root Of Science

- Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, July 10, 2017 9:53 PM
Subject: Fw: Punca Kematian Adik Thaqif Akhirnya Terjawab,

Punca Kematian Adik Thaqif Akhirnya Terjawab, Pasukan Perubatan Sahkan Kematiannya Bukan Kerana Dirotan Atau Didera
siakapkeli.my

Segala persoalan tentang punca kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, seorang murid dari madrasah tahfiz Al-Jauhar yang meninggal pada 26 April lalu akhirnya terjawab, lapor Harian Metro.

Hasil siasatan yang dilakukan pegawai perubatan dan kimia sahkan punca kematiannya beliau adalah berpunca daripada penyakit kencing tikus dan bukannya akibat cedera dirotan pembantu warden seperti yang tular sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa penyebab utama kematian kanak-kanak itu adalah kencing tikus (Leptospirosis).

" Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya membabitkan kegagalan organ untuk berfungsi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu di mana satu proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan pada 6 petang hari yang sama kanak-kanak itu meninggal dunia.

"Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

"Susulan daripada kejadian itu juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes ini," katanya.

Menurut beliau lagi, jawatankuasa yang menyiasat punca kematian adik Thaqif itu membabitkan Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata berdasarkan laporan perubatan itu, pihaknya akan mengemaskini kertas siasatan.

"Polis juga akan mendapat arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Sebelum ini menjadi perbualan ramai apabila adik Thaqif didakwa telah didera oleh seorang pembantu warden di asramanya, bagaimanapun pembantu warden itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Pembantu warden tersebut ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera Mohamad Thaqif mengikut Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hikmah di Balik Larangan Makan dan Minum Sambil Berdiri

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Dalam sebuah riwayat sahabat Anas bin Malik menyebutkan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang minum sambil berdiri. Qatadah menjelaskan, "Lalu kami bertanya, 'Kalau makan?' Beliau bersabda, 'Kalau makan (sambil berdiri) maka itu lebih buruk dan keji'." (HR. Muslim) Sementara itu Abu Hurairah menuliskan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا فَمَنْ نَسِىَ فَلْيَسْتَقِئْ

"Janganlah seorang di antara kalian minum sambil berdiri. Barang siapa yang lupa hal itu, hendaklah ia memuntahkannya." (HR. Muslim no. 2026)

Dr. Abdurrazzaq Al-Kailani menjelaskan bahawa minum dan makan sambil duduk lebih menyehatkan, aman, enak, dan menjaga kehormatan. Sebab, apa yang dimakan dan diminum sambil duduk akan melewati dinding perut dengan perlahann dan lembut. Sedangkan, minum sambil berdiri menyebabkan jatuhnya air ke dasar perut dengan keras dan menghantamnya. Jika hal ini terjadi secara berulang-ulang dan dalam waktu yang lama boleh menyebabkan perut menjadi longgar dan lemah. Selanjutnya, perut akan sulit mencerna.

Dahulu, Nabi pernah minum sambil berdiri kerana keadaan darurat yang menghalanginya untuk minum sambil duduk, seperti keadaan sesak di tempat-tempat yang suci. Beliau tidak menjadikan hal itu sebagai kebiasaan dan terus-menerus. Di samping itu, makan sambil berjalan juga tidak sehat, sebagaimana yang telah diketahui masyarakat muslim.

Dr. Ibrahim Ar-Rawi menyatakan bahawa manusia ketika berdiri dalam keadaan tertekan dan alat penyeimbang dalam sarafnya dalam keadaan sangat aktif. Sehingga, ia melakukan kontrol penuh terhadap seluruh otot tubuh untuk melakukan keseimbangan dan berdiri tegak. Hal itu membuat manusia tidak mampu mendapat ketenangan dari organ tubuh yang berfungsi untuk aktiviti makan dan minum. Ketenangan ini hanya diraih manusia saat dalam kondisi duduk. Sebab, sejumlah otot dan saraf dalam keadaan tenang dan santai, pancaindra normal, serta respons sistem pencernaan terhadap makanan dan minuman juga semakin baik.

Fakta lainnya, makan dan minum yang dilakukan dengan berdiri secara terus-menerus akan membahayakan dinding usus dan berisiko menyebabkan luka pada lambung. Menurut para doktor, 95% luka pada lambung terjadi di tempat-tempat jalan masuknya makanan atau minuman. Saat berdiri, akan terjadi pengerutan otot pada tenggorokan yang menghalangi jalannya makanan ke usus secara mudah. Ini terkadang menyebabkan rasa sakit dan mengganggu fungsi pencernaan. Akibatnya, seseorang boleh kehilangan rasa nyaman saat makan dan minum.

Sumber( Tibbun Nabawi, Karya Subhi Sulaiman)kiblat.net

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Maut Tercekik Kuih Koci
siakapkeli.my

Johor Bharu, 14 Julai - Seorang lelaki meninggal dunia apabila dia tercekik kuih koci dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik.

Mangsa yang juga seorang pengurus sebuah syarikat itu meninggal dunia ketika menikmati juadah terbabit kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakannya sedang makan di kedai tersebut.

"Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini.

"Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan pada mangsa mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan," kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Utusan Online

Remaja 14 Tahun Maut Ketika Jawab Telefon Dalam Bilik Air
siakapkeli.my

Sebuah keluarga dikejutkan dengan satu berita sedih apabila didapati anak remaja perempuan mereka berumur 14 tahun meninggal dunia selepas disyaki akibat kejutan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit di bilik mandi.

Memetik laporan NBC News, Madison Coe dari New Mexico dikatakan sedang mandi ketika itu dimana dia dipercayai menjawab panggilan telefon.

Namun pihak berkuasa tidak dapat memastikan sama ada di menjawab panggilan telefon ketika telefon dicas, atau sewaktu Coe sedang memasang alat pengecas telefon.

Nenek Coe, Donna O'Guinn memberitahu ketika dia menemui cucunya ia mendapati terdapat kesan terbakar di bahagian tangannya.

"Kami mendapati ada kesan terbakar di tangannya, jadi kami berpendapat dia mengalami kejutan elektrik ketika memegang telefon," kata O'Guinn.

Pihak polis mengesahkan telah menerima panggilan keluarga berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam Isnin lalu mengesahkan menjumpai sebuah telefon bimbit dan alat pengecas di dalam bilik mandi berkenaan.

Coe dibawa ke hospital oleh paramedik namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Kes juga telah dimaklumkan kepada Pertubuhan Keselamatan Pengguna AS untuk disiasat. - Siakapkeli.my

Rebah Ketika Beraksi Atas Padang, Pemain Tengah Muda Ajax Disahkan Alami Kerosakan Otak Kekal
siakapkeli.my

Pada Sabtu lalu telah berlaku detik cemas di Stadium Lendendi, Hippach, Austria apabila seorang pemain muda dari kelab Ajax yang sedang mengharungi perlawanan persahabatan pra musim menentang pasukan wakil Jerman, Werder Bremen telah rebah di padang.

Permain tengah Ajax itu, Abdelhak Nouri, 20 tahun dilihat rebah dan terbaring di atas padang ketika perlawanan memasuki minit 72, menyebabkan pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan untuk memanggil pihak medik.

Ketika terbaring dia dilihat sukar bernafas memaksa pasukan perubatan dipanggil masuk untuk memberikan rawatan lanjut termasuk memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) untuk menyelamatkan nyawanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lori Bawa 3,400kg Belut Terbalik, Lebuhraya Terhalang Selepas Dipenuhi Lendir Licin Berwarna Putih
siakapkeli.my

Lebuh raya Oregon semalam 'lumpuh&#39; selepas sebuah trak yang membawa 3,400kg belut terbalik menyebabkan ikan berkenaan memenuhi ruang jalan di kilometer 131 lebuh raya berkenaan.

Apabila tertumpah ke atas jalan raya, belut itu telah cuba 'melarikan&#39; diri menyebabkan ianya berada di merata-rata tempat di atas jalan kilometer 131 tersebut.

Apa yang lebih menyulitkan, jalan itu terpaksa ditutup sementara selepas belut-belut itu telah melepaskan lendir-lendir berwarna putih licin memenuhi jalan.

Kemalangan berkenaan telah berlaku pada petang Khamis semalam di mana tiada kecederaan dilaporkan.

Untuk mengelakkan kesesakan, pihak berkuasa telah bertindak melakukan kerja pembersihan menggunakan jentolak terlebih dahulu untuk membolehkan satu lorong jalan digunakan terlebih dahulu sebelum bertindak membersihkan lendir-lendir belut itu menggunakan semburan air bertekanan tinggi.

Menurut pihak polis, belut-belut berkenaan telah ditangkap dari Barat Amerika termasuk Oregon untuk dieksport ke Korea Selatan. - Siakapkeli.my

Sumber: theguardian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Akibat Terlalu Percaya Suplemen Untuk Ubati Sakit Lutut, Tak Pasal-Pasal Leher Pula Yang Kena Tebuk
siakapkeli.my

Memang diakui terdapat pelbagai jenis ubat diluar sana, ada yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dan ada yang dijual secara haram.

Ada yang tidak mendapat kelulusan KKM, merbahaya sehingga boleh menyebabkan nyawa melayang, namun masih ramai yang membelinya dari pasaran.

Ada pula antara kita tidak mempercayai doktor, katanya ubatan moden adalah hasil komlot pihak tertentu untuk menguasai dunia.

Jika benar sekali pun, elakkanlah mengambil sesuatu produk yang sembarangan terutamanya suplemen yang tidak mempunyai kelulusan daripada pihak KKM, jangan terlalu mendengar atau percaya bulat cakap jurujual yang tidak bertauliah.

Jom baca perkongsian Dr Rafidah Abdullah mengenai seorang mak cik yang terlalu percaya dengan suplemen, namun dari niat asal mahu merawat sakit lutut, akhirnya penyakit lain yang datang sehingga lehernya terpaksa ditebuk.

Jom kita baca,

Percaya sangat suplemen untuk sakit lutut, tak pasal-pasal leher di tebuk

Kisah seorang Makcik berumur 65 tahun. Ada penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi beberapa tahun tapi stabil

Beliau sakit lulut 3 bulan. Akan tetapi tidak pernah buat XRay atau berjumpa Doktor apatah lagi Pakar Ortopedik.

Beliau mengambil keputusan untuk mengambil suplemen sahaja. Lantas suami membelikan p*****. Iklan kata jus delima dan entah campur apa lagi; elok untuk 1001 penyakit. Katanya serasi, beliau boleh berjalan selepas itu. Akan tetapi, boleh berjalan itu tidak lama. Dalaman beliau rosak. Perlahan-lahan beliau merasa penat, akhir nya tak tahan, sesak nafas.

Masuk hospital, bacaan urea 38 (normal bawah ~ 7), dan creatinine > 700 umol/L (normal < 100). Rosak buah pinggang! Ditebuk lah leher beliau untuk diletakkan tiub (gambar hiasan) untuk tujuan Dialisis! Prosedur ini semua berisiko tinggi ya.

Makcik menyesal tak sudah. Baru-baru ini, berjumpa kembali beliau di klinik dengan anaknya. Nasib Makcik baik; sebahagian daripada fungsi buah pinggangnya pulih semula dan tidak lagi memerlukan dialisis. Alangkah leganya beliau bila saya memberitahu beliau yang tiub dileher boleh dibuang.

Bacaan creatinine turun ke 238 umol/L. Ianya bukan normal; tetapi jika diri beliau di jaga dengan baik, nescaya akan dapat melambatkan proses Dialisis seumur hidup.

Nasihat saya:

1. Jika ada sakit lutut, mohon berjumpa dengan Doktor. Buat ujian XRay dan mungkin perlu rujukan ke Pakar Ortopedik. Jangan ambil apa-apa ubat suka-suka. Ubat tahan sakit kalau ambil secara berpanjangan itu mungkin boleh merosakkan organ dalaman juga terutamanya buah pinggang. Suplemen lagi lah cepat🙏

2. Jangan ambil apa-apa suplemen tanpa perbincangan dengan Doktor anda. Soal diri sendiri dahulu: i. perlukah suplemen? ii. apa risikonya? JANGAN tanya jurujual atau percaya testimoni air liur sahaja. Jumpa Doktor yang merawat anda.

3. Jika ada gejala kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba terjadi) kebiasaannya fungsi boleh pulih sedikit. Bincang elok-elok dengan Doktor merawat sebab bukan semua orang sama dan boleh pukul rata. Jika Doktor syorkan buat ujian lanjut, cepat buat. Jangan tangguh-tangguh.

4. Jika ada penyakit kronik buah pinggang, dengar baik-baik saranan Doktor. JANGAN sentuh suplemen, pil, serbuk, herba, teh kopi campuran, sembur-sembur langsung jika anda nak melambatkan sampai tahap Dialisis. Kalau anda ambil benda-benda ini, lagi cepat lah anda ke sana. Bukan mengelakkan, malah mempercepatkan lagi.

5. Nak ambil pati ke, jus delima ke, pergi lah beli buah delima di supermarket. Sangat berkhasiat yang itu. Bancuh lah sendiri, nak buat apa dengan buah delima segar itu, buat lah.

Jimat duit, kesihatan pun terjaga Insyaallah.

#JanganKacauPesakitKronik

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bontot Anak Dah Jatuh Sebelah Sambil Bergayut Pada Baju Ibu, Apa Yang Dilakukan Rider Ini Dapat Perhatian Netizen
siakapkeli.my

Setiap antara kita pasti ada susah, ada yang senang, mungkin selalu lihat di laman sosial viral ibu atau bapa membawa anaknya pulang ke kampung menaiki motosikal kerana tidak mampu atau tiada kereta.

Namun bagaimanapun keselamatan anak perlulah diberikan keutamaan kerana nyawa mereka begitu beharga dan tiada galang gantinya.

Dikongsikan di laman Facebook oleh saudara Hakim Aha, kisah dia terjumpa seorang wanita membawa dua orang anak kecil, seorang di depan berumur lingkungan dua tahun dan seorang di belakang berumur lingkungan empat tahun.

Menurut beliau, anak yang dibelakang dilihat hampir-hampir jatuh dengan punggungnya sudah jatuh sebelah, apa yang dilakukan oleh beliau dan rakan-ramai rider yang lain mendapat pujian netizen.

Jom baca.

BONTOT DAH JATUH SEBELAH

Pagi tadi otw ke Pulau, terserempak dgn akak ni perderaih laju membelah highway PLUS, bontot anak dia kat belakang tu (sekitar 4-5 tahun) dah jatuh dari seat senget sebelah sambil bergayut pada baju mak dia, gila b*b* seriau tengok.

Boleh bayang tak tiba2 anak jatuh atas jalan tengah laju takde helmet? Budak2 naik motor pun boleh tido tau..sapa pernah bawa budak naik motor fahamlah..

Aku pun hon sebelah dia dan bagitau. Di cermin sisi nampak dia slow mungkin perbetul keadaan anak. Hati tak sedap aku slow balik tunggu dia.

Sampai depan dah di escort oleh 2 orang bikers ni yang sama-sama concern dengan safety anak ni.

Setelah pelbagai option nak adjust pun tak boleh (dalam bakul ada sorang lagi anak umur dalam 2tahun), bawa beg lagi di bahu, pinggang plak XXXXXL nak peluk pun tak boleh, akhirnya brader ni decide bawak anak ni sampai ke tempat dituju.

Hargailah nyawa..bagai telur di hujung tanduk..

#SafetyMoment #RiderJalanan

- Rider Kapcai -

Kerana perkongsian ini ramai netizen yang memuji tindakan beliau dan rakan-rakannya, ada juga netizen yang melahirkan rasa simpati kepada ibu berkenaan.

Mungkin kita tidak tahu apa yang dihadapi ibu berkenaan, tapi apa pun yang pasti, jika kita membawa anak-anak menaiki motosikal, pastikanlah keselamatan mereka, jangan nanti kita yang akan menyesal di kemudian hari. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kelebihan belajar di waktu pagi

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

PAGI adalah waktu paling utama sebelum memulai hari. Kerananya, pagi adalah waktu yang sangat produktif untuk belajar dan mencari ilmu, terutama bagi para pelajar. Selain memang kondisinya yang lebih segar, waktu pagi juga memberikan semangat tersendiri ketika belajar.

Bahkan belajar di waktu pagi ini telah dilakukan oleh para salafush shalih. Yazid Ar-Raqasyi meriwayatkan dari Anas, ia berkata, "Para salaf dahulu setelah Shubuh membuat halaqah-halaqah. Mereka membaca Al-Qur'an. Mereka saling mengajarkan perkara wajib dan sunnah. Juga mereka berzikir pada Allah," (Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam, 2: 301).

'Athiyah meriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Tidaklah suatu kaum melaksanakan shalat Shubuh, lalu ia duduk di tempat shalatnya. Mereka saling mempelajari Kitabullah. Keadaan mereka kala itu, menjadikan Allah mengutus malaikat-Nya untuk memintakan ampun untuk mereka sampai mereka berpaling pada pembicaraan yang lain." Hadis ini menunjukkan akan dianjurkannya bermajelis setelah shalat Shubuh untuk saling mempelajari Al-Qur'an. Namun 'Athiyah adalah perawi dha'if (lemah). (Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam, 2: 301). ip pub inarticle1

Harb Al-Karmani meriwayatkan dengan sanad dari Al-Auza'i bahwa ia ditanya tentang belajar setelah Subuh. Ia berkata, telah menceritakan kepadanya Hassan bin 'Athiyyah, bahwa yang pertama kali mempelopori majlis Qur'an setelah subuh di Masjid Damaskus adalah Hisyam bin Isma'il Al-Makhzumi pada saat khilafah 'Abdul Malik bin Marwan. Praktik yang ada seperti itu, yaitu belajar di pagi hari setelah Subuh. (Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam, 2: 301)

Ada juga sanad dari Sa'id bin 'Abdul 'Aziz dan Ibrahim bin Sulaiman, mereka berdua biasa mengkaji Al-Qur'an setelah shalat Subuh di Beirut. Al-Auza'i yang di masjid tidak mengingkari mereka.

Intinya, hadis yang disebutkan di atas menyebutkan tentang anjuran berkumpul untuk mempelajari Al-Qur'an secara umum, tidak khusus setelah Subuh saja. Boleh pula dalil yang digunakan adalah dalil tentang keutaman zikir karena Al-Qur'an adalah sebaik-baik zikir. Demikian ungkapan dari Ibnu Rajab Al-Hambali dalam Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam, 2: 302-303.

Nafi' pernah bertanya kepada Ibnu 'Umar tentang sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya," (HR. Abu Daud, no. 2606, Tirmidzi, no. 1212, Ibnu Majah, no. 2236. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadits ini hasan).

Ibnu Umar menjawab, "Dalam menuntut ilmu dan shaf pertama," (Atsar ini diriwayatkan oleh Ibnu 'Abdil Barr dalam Al-Jami' li Akhlaq Ar-Rawi wa Aadab As-Sami', 1: 150 dan As-Sam'aany dalam Adab Al-Imla' wa Al-Istimla', 1: 129). [rumaysho]

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Elaun sara hidup dan perjalanan bagi guru pelatih pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dihentikan bermula Jun tahun depan, lapor Berita Harian.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan perkara ini, namun walaupun elaun dihentikan, yuran pengajian bagi program itu berjumlah RM27,831 tetap akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

"Pelajar IPG sedia ada iaitu bagi ambilan sebelum Jun 2017 akan terus menerima elaun seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari 2017, iaitu pada kadar RM430 sebulan, selain belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian.

"Bagi pelajar ambilan Jun 2017, tiada elaun akan diberikan mulai Jun 2018," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan baharu Jun 2017 pula, bayaran elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun akan terus dibayar sepanjang tempoh program iaitu selama satu tahun.

Menurut pihak kementerian, IPG sudah berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara untuk membolehkan pelajar mereka menerima pinjaman PTPTN bagi membolehkan pelajar IPG yang akan menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai Jun tahun depan menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup.

Sementara itu, Ahli Parlimen Belia Malaysia merangkap Yang Dipertua GPMS Kepong, Encik Mohd Nazrin Faiz berkata, dengan keputusan yang dibuat ini, sudah tiada lagi keistimewaan untuk masuk IPG menjadi guru.

"Belum pun reda ramai isu pelajar IPG lambat mendapat 'posting&#39;, kini mereka mendapat berita ini pula."

"Mengikut pengalaman saya, apabila masuk ke sekolah untuk praktikum, guru pelatih terlibat akan menghadapi implikasi kewangan yang snagat besar, jadi mungkin penyelesaiannya yang terbaik adalah kurangkan, bukan hapuskan," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jul 17, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Siapa Jejaka Pilihan Tunku Tun Aminah? Sedikit Sebanyak Tentang Dennis Muhammad Abdullah
siakapkeli.my

Hari ini, rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor menerima perkhabaran gembira apabila anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkn perkahwinan pada 14 Ogos nanti.

Tapi siapakah jejaka yang menjadi pilihan Tunku Tun Aminah itu?

Memetik laporan Bernama, Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas merupakan jejaka dari Belanda.

Dennis Muhammad dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik.

Dennis, yang juga anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas, menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Bagaimanapun, Dennis bukannya seorang yang asing buat Tunku Tun Aminah.

Dennis, yang juga gemarkan bola sepak, pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

"Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan.

Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal," kata Abdul Rahim.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang foto Dennis yang ditemui.

Sumber: Kosmo

Tunku Tun Aminah Langsung Perkahwinan 14 Ogos Ini
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Puteri Tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim akan melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, istiadat bagi meletak kerja akan diadakan pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja.

Istiadat pertunangan akan diadakam jam 10 pagi pada 14 Ogos diikuti dengan istiadat nikah manakala persandingan pula akan diadakan pada 8 malam di Bilik Singgahsana Istana Besar.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah melangsungkan perkahwinannya.

"Istiadat perkahwinan pasangan pengantin Diraja akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor." katanya sebagaimana lapor BH Online.

Dalam pada itu, Sultan Johor berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsuddin sebagai wali.

Difahamkan, majlis perkahwinan akan dilangsungkan secara tertutup.

Sumber: BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: