Tuesday, April 21, 2009

Plus tutup R&R Ulu Bernam

KUALA LUMPUR: Plus Expressway Berhad (Plus) mengumumkan penutupan sementara kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam di Kilometer 398.8, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) hari ini (Selasa) mulai jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

Penutupan berkenaan bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dilakukan di kawasan rehat terbabit. Bagaimanapun, stesen minyak di R&R berkenaan tetap beroperasi seperti biasa.

Sehubungan itu, Plus menasihatkan orang ramai menggunakan hentian sebelah Tanjung Malim (arah Selatan), Rawang (arah Selatan) dan Sungai Buloh (arah Selatan) untuk berhenti rehat atau mendapatkan perkhidmatan lain.

No comments: