Sunday, October 6, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3732

4 New Messages

Digest #3732

Messages

Sat Oct 5, 2013 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



APA KES NI?
telokbakong.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

sumber: fb myvi club

Sat Oct 5, 2013 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[Langkah Terpuji] Pasar Malam Bergelap Waktu Maghrib
greenboc.blogspot
Posted by greenboc

Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan.

Sehubungan itu, program 'Jom Tutup Lampu' diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha.

"Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk," katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.

Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang.

"Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim," katanya.

Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato' Harun.

"Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, " katanya. -selangorku

Bunyi wisel waktu Maghrib

Jangan terkejut jika terdengar bunyi wisel dan lampu dipadamkan pada waktu Maghrib ketika berkunjung ke pasar malam Taman Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan. Sehubungan itu, program 'Jom Tutup Lampu' diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha. "Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk," katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya. Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang. "Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim," katanya. Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato' Harun. "Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, " katanya.Medan.

Inilah satu kelainan yang dibawa pihak pengurusan pasar malam di sini dalam usaha mendidik peniaga dan pengunjung supaya mengerjakan solat Maghrib apabila tiba waktunya menerusi program Jom Rehat Azan Maghrib yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu.

Lebih menarik lagi, bacaan ayat suci al-Quran dipasang 10 minit sebelum masuk waktu sebagai isyarat menandakan waktu Maghrib hampir tiba.

Pengerusi Persatuan Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Ahmad Abdullah berkata, selepas program itu dilaksanakan, setiap gerai akan menutup lampu dan menghentikan perniagaan 10 minit bagi memberi laluan kepada waktu Maghrib.

Jelas Kamal, program Jom Rehat Azan Maghrib itu dilihat mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan peniaga di sini, dan masing-masing mengerjakan solat di surau sementara yang disediakan berhampiran tapak pasar berkenaan.

"Golongan peniaga menyokong usaha pihak persatuan dan semua gerai akan menutup lampu selepas wisel dibunyikan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Jelasnya, ini merupakan langkah yang dilihat wajar iaitu di samping dapat meniaga, peniaga juga dapat beribadat dan menyahut seruan agama.

"Kita mahukan kesemua 250 orang peniaga di sini dapat mengerjakan tuntutan agama di samping bekerja bagi mendapatkan keuntungan," katanya.

Dalam pada itu, peniaga di tapak pasar malam berkenaan turut berharap agar surau sementara yang disediakan pada Julai lalu itu dapat dikekalkan bagi membantu peniaga dan orang awam dapat mengerjakan ibadah tanpa masalah.

Menurut Kamal, tapak surau sementara itu adalah bekas tapak pembuangan sampah haram dan pernah menimbulkan permasalahan kepada peniaga ekoran bau busuk.

"Setelah mengadakan perbincangan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), beliau bersetuju meletakkan surau sementara di kawasan ini," katanya.

Menurut Kamal, walaupun terdapat surau sedia ada di kawasan itu namun ia jauh dari lokasi tempat berniaga dan menyukarkan peniaga beribadah.

Sementara itu, Adun Taman Medan, Haniza Talha yang hadir merasmikan Jom Rehat Azan Maghrib, menyokong penuh inisiatif peniaga di kawasan berkenaan menghentikan perniagaan buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk azan Maghrib.

Jelas beliau, usaha berkenaan sewajarnya diikuti oleh setiap peniaga pasar malam bagi membolehkan mereka menunaikan tuntutan agama di samping berniaga bagi mendapatkan keuntungan.

"Kawasan-kawasan lain juga wajar mencontohi inisiatif ini memandangkan ia merupakan satu langkah yang wajar dan berkesan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengusulkan kepada MBPJ agar surau sementara di kawasan itu dikekalkan demi kemudahan orang awam.

Katanya, perbincangan susulan akan diadakan bagi membolehkan surau di kawasan berkenaan dikekalkan demi kemudahan setiap pihak. -SH

Sat Oct 5, 2013 8:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Trajedi nak kena "SEMBELIH"; di kedai tayar kereta
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!!
Maaf, tu je bahasa paling sesuai utk post kali ni.

Hujung Julai 2013 sblm raya puasa aku tukar tayar baru depan belakang jenama **LKEN di kedai ni. Kedai yang agak popular berhampiran kg padang balang KL. Nasibku kurang baik, 21 Sept 2013 aku kesan ada menggelembung bahagian tepi pada tayar depan. Tak terlintaspun nak claim ganti rugi sbb biasa la mgkn 'terluka' masa naik bucu jalan yang tinggi mana tahu. Klu kembung bahagian tengah tu mgkn aku beriya la juga nak cuba try test claim ganti rugi.

22/09/2013 Ahad aku p kedai yang sama utk tukar satu tayar baru. Sengaja aku cuba nego mana tahu dapat ganti rugi. Pekerja2 kedai kelihatan simpati dan cuba yakinkan org kanan bos bahawa aku mcm teraniaya. Aku lihat org kanan bos fikir skjp..seolah2 nak cari salah dan alasan kukuh utk tidak bertoleransi. Agakan aku jika masa tu klu kelihatan sport rim ada crack, barangkali dia akan cakap ha! itu lah puncanya. Jika ada kesan calar tergesel pada sport rim..ha! itu la puncanya tp dia tak jumpa cela pada sport rim. Last2 dia cakap maaf..kami tak cover klu bengkak bahagian tepi. Aku dah agak tp tak pa tak pa tak pa..memang stanby skit duit utk tukar satu tayar baru. Aku cuba tepuk bahu dia "bos, less skit blh? Sy baru tukar 4 4 tayar baru tak sampai 2 bulan maa..". Dia cakap tak boleh, ni bukan salah dia. Aku pujuk lagi last2 dapat la less RM5..Jadi laa.., lepas pampers anak sulung utk 1 hari. Ok lah ok lah tukar baru k.

Aku bg tahu dia tayar lama aku nak bawa balik..buat bakar sampah. Ayah aku selalu pesan, bila tayar rosak bawala balik jangan tinggal kat kedai, takut bg peluang pada yang nak amik kesempatan, takut aniaya pembeli yang kurang tahu pasal tayar. Klu nak trade in yang bunga masih elok tu lain cerita la.

Dari dulu aku bukan jenis duduk sila panggung bila tunggu pomen repair kereta..aku akan menyibuk seolah2 aku juga pomen, tp tak la sampai merimaskan pekerja..tak la menghalang kerja depa..sekadar suka amik tahu. Aku nampak pekerja keluarkan dari stor tayar, agakan aku tu tayar untuk kereta aku…Alhamdulillah, ada stok.

Bila diamati..Aik! kenapa dia bg tayar keluaran Disember 2011? Dah hampir 2 tahun! Aku diam dulu, sempat aku amik gambar utk stanby apa2 hal kelak tp org kanan bos mcm perasan..aku nak tggu betul ke tak dia pasang tayar tu pada sport rim aku. Sah! Pekerja memang diarah utk pasang tayar tu kat sport rim aku. Aku minta pekerja tu p amik tukar tayar yang 2013, pekerja dah takut2..pekerja dah serba salah nak pergi jumpa org kanan bos. Agakan aku mgkn pekerja tahu niat bos nak kelentong. Aku cuba bertenang jap, nak tgk telatah depa. Dalam masa pekerja dok serba salah nak p maklumkan kepada org kanan bos, aku terlebih dulu meluru ke org kanan bos..mcm biasa la kedai ni dah 50% siap dia akan hulur resit suruh bayar dulu. Aku capai resit tp tak bayar lagi dan aku tanya dia "you bg sy tayar tahun bila tu? 2013 ke 2012?". Dia kata 2012, stok 2013 belum smpai, kita habiskan stok 2012 dulu. Aku cakap "you pergi tgk you suruh pasang tayar tahun berapa?". Dia seolah2 berat hati pergi tgk…memang 2011. Tak pasal2 dia cakap "kita memang nak habiskan stok 2011 dan 2012 skrg ni". Pulak!

Aku cakap klu stok 2013 belum smpai, mcm mana 3 biji tayar di kereta aku skrg tu keluaran Jun 2013? Klu nak habiskan stok 2011 2012, kenapa masa aku datang Julai 2013 tak offer masa tu? Aku siap tunjuk resit lagi memang aku beli 4 biji tayar baru dari kedai tu Julai hari tu dan masa tu memang tayar keluaran Jun 2013. Dia terdiam dan mengelak2..terus dia cakap habis stok, dia minta balik resit yang aku pegang, terus dia beredar ke kauter pembayaran. Aku malas bising2, aku angkat sport rim masuk bonet blkg, pekerja dia angkat tayar bengkak aku masuk bonet seolah2 faham. Masa nak gerak keluar kedai, aku cuba nak amik gambar kedai dan muka dia pulak, tp org kanan bos dan seorang lagi rakan dia bangun mcm nak menuju pantau aku seolah rimas dan tak merestui aku nak amik gambar. Isteri halang aku, isteri memang kenal aku…diam2 aku blh hangin bila ada org nak tipu aku. Banyak kali dah dia tgk aku bertekak di bengkel..aku tak mahir sangat tp tahu juga. Bila org nak pijak kepala kita dan kita sedar, takkan kita nak hulur kepala minta dia pijak lagi? Lain la klu kita sengaja tak nak berusaha tarik kepala dari dipijak org yang sentiasa berusaha cari peluang pijak kepala kita. Bila terfikirkan aku bukan bujang lagi, aku bawa isteri dan 2 anak kecil..aku malas nak cari pasal. Aku balik mcm tu je.

Dalam perjalanan balik, aku terfikir dan berborak dgn isteri..smpai mcm tu sekali dia nak tipu aku. Dahla tiada penghargaan sbg cust dia, tak dapat ganti rugi tu satu hal la blh terima akal, aku minta beli yang baru bukan 2nd tp mcm tu pulak dia buat kat aku. Dia jual tayar yang berisiko libatkan nyawa jika kemalangan, suka hati dia nak gadaikan nyawa kami asalkan dia untung..SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!!!. Tayar yang dia bulatkan dengan kapurtu sengaja aku bawa balik..sebab, aku takut dia amik kesempatan jual 2nd hand kepada cust yang kudus yang tak tahu apa2 pasal tayar. Klu dia nak amik kesempatan, blh je bahagian kembung diletakkan bahagian dalam..si cust kudus ni tahu? Last2 bahayakan nyawa.

Skdr peringatan ikhlas utk semua.

1. Jika nak tukar tayar baru..tolong la peka skit tentang minggu dan tahun tayar tu dikeluarkan..blh tgk kat tayar ada kilang catat minggu dan tahun dikeluarkan. Kalau tayar dikeluarkan tempoh 2 3 bulan sebelum tarikh anda nak beli, tu benda biasa la. Tp klu tayar dah setahun apatah lagi 2 tahun masih dia nak jual sbgi baru, fikir 4 kali yer…klu la pengeluar nak tipu juga tu lain cerita.

2. Klu nak beli yang 2nd hand..peniaga biasanya akan tarik minat anda dengan tunjuk bunga tayar yang tebal. Jarang sekali dia cakap ni baru 2 tahun maa, baru 1 tahun maa..hati2. Getah ikat lauk pasar malampun klu simpan 2 tahun klu tarik ia mereput, apatah lagi tayar yang sejuk panas sejuk panas bertahun2. Nampak ok tp bila2 blh berkecai tgh jalan.

3. Bila pergi kedai tayar atau repair apa2 saja, seboleh2nya tak perlu la duduk setempat, atau duduk sila panggung seolah2 mcm bos yang banyak duit "hah tukar tukar..berapa?". jika begitu..anda mungkin seolah2 sedang menghulurkan kepala minta dipijak. Tahu la banyak duit tp jika boleh gadaikan nyawa, kaya tak bermakna apa2. Seboleh2nya amik la tahu basic pun jadi la pasal kereta agar kita tak dilabel peniaga sbg org kaya yang bodoh dan lebih malang lagi jika dilabel peniaga sbg orang miskin yang bodoh. Nauzubillah..

Tolong maklumkan kepada adik kakak agar sikit peka yer

Maaf kalau terkasar bahasa..klu tak kasar lambat sedarkan? Tp masih menjaga adab insyaAllah.

Cara Tengok Tarikh Tayar Kereta Dibuat?
ceritekiter.blogspot
aslamber.com

Bila bangun pagi tengok tayar kereta dah pancit rasa macam...hmmm.. Nak buat macam mana,benda dah berlaku. Nasib baik kat rumah berlaku,kalau tidak susah juga. Dulu masa awal-awal beli kereta pernah langgar lubang besar waktu bawa. Sampai rumah check tayar, memang ok. Selepas beberapa jam tengok semula dah pancit. Memang rasa bertuah juga sebab angin tayar keluar waktu tuannya ada dirumah,tak la kalut sangat.

Kebetulan tayar dah botak semua,alang-alang tukar sekaligus 4biji. Survey punya survey,pilih la yang harga sedang-sedang. Punya la power ayat tokei kedai nak kita beli tayar paling mahal. Memang ayat manis mereka berniaga. Boleh ikut stail mereka bisnes,kena yakinkan orang betul-betul selain harga boleh minta dikurangkan.

Dulu pernah dengar pasal tarikh tayar dibuat ada cop di tayar, tapi tak amik peduli sangat. Sekarang tiba-tiba rasa macam nak tau pula. Sibuk la nak amik gambar kat tempat orang tengah sibuk buat kerja.

3512,bukan nombor untuk ditikam ye.

Bila korang belek sikit tayar kereta,akan nampak la nombor empat angka dicop di tayar tersebut. Inilah yang dikatakan tarikh lahir tayar kereta tersebut, 3512. Angka 35 ialah minggu ke 35. Angka 12 pula menunjukkan tahun tayar ini dibuat, 2012.
So tayar ni dibuat pada minggu ke-35 tahun 2012. Kira baru je lagi. Kalau rasa-rasa nak tukar tayar kereta tu,tengok la dulu. Tadi boleh tokei kedai ni kasi yang tahun 2010. Walaupun tayar baru,tapi sebagai pembeli aku nak juga yang tahun 2012

a.. bukankosong
thnks info beb

a.. boni kacak
owh..macam tu rupanya cara dia ye bro..thanks sebab share

a.. UpProfits
Bagus info nih..mmg kdg2 ada penjual yg menjual tayar lama tp dgn harga baru..lbh baik beringat sblm kena..

a.. KiD
ooohhh… aku pun tak check tahun berapa.. adooi… tq for info bro..

a.. sierra nizam
Thank Q very big bro…good info

Read more: http://ceritekiter.blogspot.com/2012/11/cara-tengok-tarikh-tayar-kereta-dibuat.html#ixzz2gqLdBM4x

Sat Oct 5, 2013 5:50 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

tayar mahal oo...aku tukar 2 biji jer pun budget dah senget.
Bro bawah ni pakai Falken - ada tokei kedai kat dia tak jual Falken pasal problem camnilah - cust komplein.
setakat ini brand 'biasa' yg aku puas hati overall : Dunlop.D1

sekarang tengah test Conti CC5 - ok senyap tapi aku nak tengok tahan lama tak?

________________________________
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, October 5, 2013 11:53 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Trajedi nak kena "SEMBELIH"; di kedai tayar kereta


 

 

Trajedi nak kena "SEMBELIH";
di kedai tayar kereta
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
 
SUBHANALLAH..KURANG AJAR!!
SELFISH!! 
Maaf, tu je bahasa paling sesuai utk post kali
ni.

Hujung Julai 2013 sblm raya puasa aku tukar
tayar baru depan belakang jenama **LKEN di kedai ni. Kedai yang agak popular
berhampiran kg padang balang KL. Nasibku kurang baik, 21 Sept 2013 aku kesan ada
menggelembung bahagian tepi pada tayar depan. Tak terlintaspun nak claim ganti
rugi sbb biasa la mgkn 'terluka' masa naik bucu jalan yang tinggi mana tahu. Klu
kembung bahagian tengah tu mgkn aku beriya la juga nak cuba try test claim ganti
rugi.

22/09/2013 Ahad aku p kedai yang sama utk tukar
satu tayar baru. Sengaja aku cuba nego mana tahu dapat ganti rugi. Pekerja2
kedai kelihatan simpati dan cuba yakinkan org kanan bos bahawa aku mcm
teraniaya. Aku lihat org kanan bos fikir skjp..seolah2 nak cari salah dan alasan
kukuh utk tidak bertoleransi. Agakan aku jika masa tu klu kelihatan sport rim
ada crack, barangkali dia akan cakap ha! itu lah puncanya. Jika ada kesan calar
tergesel pada sport rim..ha! itu la puncanya tp dia tak jumpa cela pada sport
rim. Last2 dia cakap maaf..kami tak cover klu bengkak bahagian tepi. Aku dah
agak tp tak pa tak pa tak pa..memang stanby skit duit utk tukar satu tayar baru.
Aku cuba tepuk bahu dia "bos, less skit blh? Sy baru tukar 4 4 tayar baru tak
sampai 2 bulan maa..". Dia cakap tak boleh, ni bukan salah dia. Aku pujuk lagi
last2 dapat la less RM5..Jadi laa.., lepas pampers anak sulung utk 1 hari. Ok
lah ok lah tukar baru k.

Aku bg tahu dia tayar lama aku nak bawa
balik..buat bakar sampah. Ayah aku selalu pesan, bila tayar rosak bawala balik
jangan tinggal kat kedai, takut bg peluang pada yang nak amik kesempatan, takut
aniaya pembeli yang kurang tahu pasal tayar. Klu nak trade in yang bunga masih
elok tu lain cerita la.

Dari dulu aku bukan jenis duduk sila panggung
bila tunggu pomen repair kereta..aku akan menyibuk seolah2 aku juga pomen, tp
tak la sampai merimaskan pekerja..tak la menghalang kerja depa..sekadar suka
amik tahu. Aku nampak pekerja keluarkan dari stor tayar, agakan aku tu tayar
untuk kereta aku…Alhamdulillah, ada stok.

Bila diamati..Aik! kenapa dia bg tayar keluaran
Disember 2011? Dah hampir 2 tahun! Aku diam dulu, sempat aku amik gambar utk
stanby apa2 hal kelak tp org kanan bos mcm perasan..aku nak tggu betul ke tak
dia pasang tayar tu pada sport rim aku. Sah! Pekerja memang diarah utk pasang
tayar tu kat sport rim aku. Aku minta pekerja tu p amik tukar tayar yang 2013,
pekerja dah takut2..pekerja dah serba salah nak pergi jumpa org kanan bos.
Agakan aku mgkn pekerja tahu niat bos nak kelentong. Aku cuba bertenang jap, nak
tgk telatah depa. Dalam masa pekerja dok serba salah nak p maklumkan kepada org
kanan bos, aku terlebih dulu meluru ke org kanan bos..mcm biasa la kedai ni dah
50% siap dia akan hulur resit suruh bayar dulu. Aku capai resit tp tak bayar
lagi dan aku tanya dia "you bg sy tayar tahun bila tu? 2013 ke 2012?". Dia kata
2012, stok 2013 belum smpai, kita habiskan stok 2012 dulu. Aku cakap "you pergi
tgk you suruh pasang tayar tahun berapa?". Dia seolah2 berat hati pergi
tgk…memang 2011. Tak pasal2 dia cakap "kita memang nak habiskan stok 2011 dan
2012 skrg ni". Pulak!

Aku cakap klu stok 2013 belum smpai, mcm mana 3
biji tayar di kereta aku skrg tu keluaran Jun 2013? Klu nak habiskan stok 2011
2012, kenapa masa aku datang Julai 2013 tak offer masa tu? Aku siap tunjuk resit
lagi memang aku beli 4 biji tayar baru dari kedai tu Julai hari tu dan masa tu
memang tayar keluaran Jun 2013. Dia terdiam dan mengelak2..terus dia cakap habis
stok, dia minta balik resit yang aku pegang, terus dia beredar ke kauter
pembayaran. Aku malas bising2, aku angkat sport rim masuk bonet blkg, pekerja
dia angkat tayar bengkak aku masuk bonet seolah2 faham. Masa nak gerak keluar
kedai, aku cuba nak amik gambar kedai dan muka dia pulak, tp org kanan bos dan
seorang lagi rakan dia bangun mcm nak menuju pantau aku seolah rimas dan tak
merestui aku nak amik gambar. Isteri halang aku, isteri memang kenal aku…diam2
aku blh hangin bila ada org nak tipu aku. Banyak kali dah dia tgk aku bertekak
di bengkel..aku tak mahir sangat tp tahu juga. Bila org nak pijak kepala kita
dan kita sedar, takkan kita nak hulur kepala minta dia pijak lagi? Lain la klu
kita sengaja tak nak berusaha tarik kepala dari dipijak org yang sentiasa
berusaha cari peluang pijak kepala kita. Bila terfikirkan aku bukan bujang lagi,
aku bawa isteri dan 2 anak kecil..aku malas nak cari pasal. Aku balik mcm tu
je.

Dalam perjalanan balik, aku terfikir dan
berborak dgn isteri..smpai mcm tu sekali dia nak tipu aku. Dahla tiada
penghargaan sbg cust dia, tak dapat ganti rugi tu satu hal la blh terima akal,
aku minta beli yang baru bukan 2nd tp mcm tu pulak dia buat kat aku. Dia jual
tayar yang berisiko libatkan nyawa jika kemalangan, suka hati dia nak gadaikan
nyawa kami asalkan dia untung..SUBHANALLAH..KURANG AJAR!! SELFISH!!!. Tayar yang
dia bulatkan dengan kapurtu sengaja aku bawa balik..sebab, aku takut dia amik
kesempatan jual 2nd hand kepada cust yang kudus yang tak tahu apa2 pasal tayar.
Klu dia nak amik kesempatan, blh je bahagian kembung diletakkan bahagian
dalam..si cust kudus ni tahu? Last2 bahayakan nyawa.

Skdr peringatan ikhlas utk semua.

1. Jika nak tukar tayar baru..tolong la peka
skit tentang minggu dan tahun tayar tu dikeluarkan..blh tgk kat tayar ada kilang
catat minggu dan tahun dikeluarkan. Kalau tayar dikeluarkan tempoh 2 3 bulan
sebelum tarikh anda nak beli, tu benda biasa la. Tp klu tayar dah setahun apatah
lagi 2 tahun masih dia nak jual sbgi baru, fikir 4 kali yer…klu la pengeluar nak
tipu juga tu lain cerita.

2. Klu nak beli yang 2nd hand..peniaga biasanya
akan tarik minat anda dengan tunjuk bunga tayar yang tebal. Jarang sekali dia
cakap ni baru 2 tahun maa, baru 1 tahun maa..hati2. Getah ikat lauk pasar
malampun klu simpan 2 tahun klu tarik ia mereput, apatah lagi tayar yang sejuk
panas sejuk panas bertahun2. Nampak ok tp bila2 blh berkecai tgh jalan.

3. Bila pergi kedai tayar atau repair apa2
saja, seboleh2nya tak perlu la duduk setempat, atau duduk sila panggung seolah2
mcm bos yang banyak duit "hah tukar tukar..berapa?". jika begitu..anda mungkin
seolah2 sedang menghulurkan kepala minta dipijak. Tahu la banyak duit tp jika
boleh gadaikan nyawa, kaya tak bermakna apa2. Seboleh2nya amik la tahu basic pun
jadi la pasal kereta agar kita tak dilabel peniaga sbg org kaya yang bodoh dan
lebih malang lagi jika dilabel peniaga sbg orang miskin yang bodoh.
Nauzubillah..

Tolong maklumkan kepada adik kakak agar sikit
peka yer

Maaf kalau terkasar bahasa..klu tak kasar
lambat sedarkan? Tp masih menjaga adab insyaAllah.
 
 
Cara Tengok Tarikh Tayar Kereta Dibuat?
ceritekiter.blogspot
aslamber.com
 
Bila bangun pagi tengok
tayar kereta dah pancit rasa macam...hmmm.. Nak buat macam mana,benda dah
berlaku. Nasib baik kat rumah berlaku,kalau tidak susah juga. Dulu masa
awal-awal beli kereta pernah langgar lubang besar waktu bawa. Sampai rumah check
tayar, memang ok. Selepas beberapa jam tengok semula dah pancit. Memang rasa
bertuah juga sebab angin tayar keluar waktu tuannya ada dirumah,tak la kalut
sangat.
 
Kebetulan tayar dah botak
semua,alang-alang tukar sekaligus 4biji. Survey punya survey,pilih la yang harga
sedang-sedang. Punya la power ayat tokei kedai nak kita beli tayar paling mahal.
Memang ayat manis mereka berniaga. Boleh ikut stail mereka bisnes,kena yakinkan
orang betul-betul selain harga boleh minta dikurangkan.

Dulu pernah dengar pasal
tarikh tayar dibuat ada cop di tayar, tapi tak amik peduli sangat. Sekarang
tiba-tiba rasa macam nak tau pula. Sibuk la nak amik gambar kat tempat orang
tengah sibuk buat kerja.

3512,bukan nombor untuk ditikam ye.

Bila korang belek sikit
tayar kereta,akan nampak la nombor empat angka dicop di tayar tersebut. Inilah
yang dikatakan tarikh lahir tayar kereta tersebut, 3512. Angka 35 ialah minggu
ke 35. Angka 12 pula menunjukkan tahun tayar ini dibuat, 2012.So tayar ni dibuat pada minggu ke-35 tahun 2012. Kira baru je
lagi. Kalau rasa-rasa nak tukar tayar kereta tu,tengok la dulu. Tadi boleh tokei
kedai ni kasi yang tahun 2010. Walaupun tayar baru,tapi sebagai pembeli aku nak
juga yang tahun 2012
 
* bukankosong 
thnks info beb
* boni kacak 
owh..macam tu rupanya cara dia ye bro..thanks sebab
share
* UpProfits 
Bagus info nih..mmg kdg2 ada penjual yg menjual tayar
lama tp dgn harga baru..lbh baik beringat sblm kena..
* KiD 
ooohhh… aku pun tak check tahun berapa.. adooi… tq for
info bro..
* sierra nizam 
Thank Q very big bro…good
info

Read more: http://ceritekiter.blogspot.com/2012/11/cara-tengok-tarikh-tayar-kereta-dibuat.html#ixzz2gqLdBM4x

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: