Wednesday, November 2, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4621

12 Messages

Digest #4621

Messages

Tue Nov 1, 2016 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PANAS: Mengapa Anak Najib Ada Dalam Jet Negara Ke China?
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Mengapa anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - ada dalam kapal terbang yang dibiayai oleh negara dalam lawatan ke China, soal Rafizi Ramli (PKR-Pandan)

"Sudahlah jetnya mahal, kami kena tanggung, kemudian dia (Najib) bawa anak tiri dia yang satu dunia tengah cari mengenai wang (yang disalahgunakan) 1MDB.

"Riza Aziz tidak boleh diberi layanan istimewa mengunakan harta rakyat. Beliau sepatutnya ditangkap dan disoal siasat," kata Rafizi di Dewan Rakyat.

Riza dikesan dalam rakaman media tempatan dengan gambar Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor yang turun dari jet rasmi kerajaan di China semalam.

Juga kelihatan adalah anak pasangan itu, Norashman Najib, yang turut berkongsi gambarnya ketika turun dari jet di Instagram

Riza menjadi subjek siasatan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Beliau antara yang dinamakan menerima dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. - malaysiakini

TAK MALUKAH? BAWA ANAK BERANAK KE CHINA GUNA JET DIBIAYAI RAKYAT
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Kadang kala kita terasa bahawa sudah sampai masanya untuk menjelaskan kepada PM Malaysia ini bahawa ketika melakukan lawatan rasmi ke luar negara, adakah patut dibawanya anak beranak kerana dalam lawatan ini sepatutnya yang berada ialah menteri dan ahli perniagaan untuk membantu meningkatkan kegawatan ekonomi negara, namun sebaliknya berlaku kerana Rezza Aziz terkenal dengan tuduhan mengsonglap duit 1 MBD.

Untung juga menjadi anak beranak PM masa kini kerana PM PM yang lepas lepas jarang bawa anak beranak dalam lawatan ke luar negara terutamanya apabila misi pelaburan. Oh ya mungkin terlupa juga , beliau bukan sahaja terkenal di new York, malahan DOJ juga kenal beliau sebagai penyamun dan menyimpan harta samun di negara Uncle Sam itu..Sebagaimana yang kita tahu, US tidak memebenarkan harta yang dicuri dibalun dari negara lain dan membeli harta di negaranya.Jelas kata US tidak mahu penyamun professional menyamun dan menetap dinegaranya.

Untung la...jadi anak PM walau pun bukan darah daging sendiri. Mungkin si Ibu yang pengasih ini prihatin dan mana tahu peluang perniagaan baru muncul dan tempat baru juga ada untuk tinggal dalam buangan sementara mak bapak masih berkuasa?
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/11/01/najib-family-china/

Najib padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.netGAMBAR Najib bersama penerbit filem lucah turun dari jet kerajaan menjadi bualan hangat di facebook dan twitter. Gambar tersebut diperolehi daripada twitter rasmi perdana menteri sendiri.

Riza Aziz, merupakan penerbit filem The Wolf of Wallstreet yang sarat dengan adengan lucah terlampau. Dia dilihat berada di belakang Najib ketika Najib sedang turun daripada jet kerajaan sebaik tiba di Beijing, China.

Dalam kiriman di twitter itu Najib menulis:

"Just arrived in Beijing for my third official visit looking fwd to a fruitful visit & further strenghening M'sia-China ties and friendship"

(Baru tiba di Beijing untuk lawatan rasmi saya yang ketiga tak sabar untuk lawatan yang berhasil dan mengukuhkan lagi hubungan dan persahabatan Malaysia-China)

Orang ramai di laman sosial mempersoalkan apakah tujuan kehadiran penerbit filem lucah yang diharamkan tayangannya di banyak negara termasuk Malaysia itu menaikki jet kerajaan bersama dengan perdana menteri.

Tidak lama selepas menerima kritikan dan serangan bertalu-talu, perdana menteri dilihat memadam gambar-gambar tersebut daripada akaun twitter miliknya.

Ini menimbulkan persoalan baru orang ramai yang curiga, adakah Najib cuba menyembunyikan lokasi anak tirinya Riza Azi daripada diketahui oleh Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI yang dikatakan sedang memburunya berhubung skandal 1MDB di Amerika Syarikat.

Riza Aziz yang juga merupakan anak tiri Najib turut disebut secara khusus dalam dokumen Department of Justice, DOJ berhubung skandal 1MDB yang sedang diambil tindakan di Amerika Syarikat.

Apa sebab Najib padam 'tweet' tersebut? Jika tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan beliau tidak perlu memadamnya. Persoalannya sekarang apa yang cuba disembunyikan?

Adakah benar tanggapan orang ramai bahawa Najib cuba menyelamatkan anak tirinya daripada dikesan oleh FBI?

Read more: http://www.milosuam.net/2016/11/najib-padam-tweet-gambar-beliau-bersama.html#ixzz4OlHSgcSC

Eh?.. Kenapa Pula Admin FB Najib 'Crop' Gambar Anak Tiri Najib Ni?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Selepas tersebar gambar anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz berada dalam satu satu pesawat melawat negara China semalam, pengendali akaun Facebook perdana menteri terpaksa crop (memotong) gambar asal yang dimuatnaik.

Tinjauan mendapati ada perbezaan dengan gambar asal yang dimuatnaik semalam dan dengan yang sudah dikemaskini.

Najib ketika ini dalam lawatan rasmi ke negara China selama seminggu ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri kabinet.

Wajah Riza tidak kelihatan dalam gambar terbaharu yang dimuatnaik dan pengguna Facebook juga memberikan komen dengan mempersoalkan mengapa gambar asal tersebut dipotong.

Riza antara individu yang disebut banyak kali dalam saman oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada Julai lalu.

Dalam keterangan Riza kepada DOJ, beliau mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun – yang dia memiliki akses untuknya – adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI.

"(Riza) Aziz mendakwa – termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 – wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu.

Menurut DOJ, Aabar BVI – sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama – menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1Malaysia Develoment Berhad untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah – dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.

Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.

"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Selain itu, laporan DOJ juga mendedahkan jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas untuk berjudi dengan beberapa individu, termasuk Riza, dan pelakon utama filem Hollywood 'The Wolf Of Wall Street'.

Dalam saman guaman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana 1MDB, jabatan itu menyenaraikan wang AS$1.15 juta daripada AS$ 41 juta yang didakwa dipesongkan oleh Riza untuk membayar perbelanjaan perjudian untuk dirinya , Low, dan sekutu mereka Eric Tan Kim Loong lapor The Malaysian Mirror

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Tercampak, Terduduk Atas Bumbung Teksi
siakapkeli.my

Kulim, 31 Okt: Seorang pemandu teksi kehairanan apabila terlihat seorang wanita terduduk di atas bumbung teksinya.

Pemandu teksi tersebut, Rajendaran terlibat dengan satu kemalangan yang membabitkan teksinya dan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita berusia 50-an.

Difahamkan, wanita tersebut tercampak sebelum terduduk diatas bumbung teksi tersebut.

Kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Butterworth-Kulim, Jalan Lunas petang itu menjadi viral setelah foto kejadian dimuat naik di Facebook.

"Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke atas saya terpandang seorang wanita terduduk dia atas bumbung teksi saya.

"Saya kemudian pergi ke arah wanita itu dan membantunya turun dari bumbung teksi selain melihat jika ada sebarang kecederaan dialami, namun wanita itu hanya memaklumkan sakit di bahagian tangan dan kaki serta masih trauma," kata pemandu teksi, L Rajendran,48 sebagaimana lapor Harian Metro.

Rajendran berkata, ia pengalaman kemalangan paling mengejutkan, namun lega tidak membabitkan kecederaan atau kematian.

"Selepas terdengar bunyi dentuman kuat saya terus memberhentikan teksi dan bergegas keluar untuk mencari mangsa kemalangan.

"Ketika itu saya ternampak sebuah motosikal terbalik di belakang teksi dan cuba mencari penunggangnya, sebelum terkejut apabila melihat seorang wanita dalam keadaan terduduk di atas bumbung teksi," katanya ditemui selepas membuat laporan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

Empat Mayat Yang Sudah Berulat Ditemukan Dalam Kawasan Semak
siakapkeli.my

BACHOK 30 Okt. - Empat mayat yang sudah berulat ditemukan dipercayai dibunuh dan dibuang dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Hlir, Bekelam dekat sini.

Penemuan itu berlaku pada jam 6 petang tadi difahamkan selepas penduduk curiga dengan bau busuk ketika melalui kawasan tersebut petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, phak polis sedang berusaha mengenalpasti identiti kesemua mangsa.

"Sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pasukan forensik bagi mengesahkan ke empat-empat mayat berkenaan.

"Kawasan itu dipercayai agak bersemak dan jauh dari perkampungan penduduk.

"Siasatan dilokasi agak mengambil sedikit waktu kerana terpaksa masuk ke dalam semak," katanya.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok turut membantu dari aspek pencahayaan dan lain-lain keperluan.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hikmah di sebalik kenaikan harga Petrol dan Minyak Masak yang ramai orang tak tahu
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Hikmah di sebalik kenaikan harga Petrol dan Minyak Masak yang ramai orang tak tahu :

1. Netizen akan sedar bahawa BUKAN kerajaan yang menentukan harga minyak, sebaliknya NETIZEN itu sendiri yang menentukan harga minyak melalui KERAJAAN pilihan mereka. Mereka yang undi untuk harga petrol itu.

2. Netizen akan semakin sedar, insaf dan bertaubat bahawa jika mereka ingin minyak naik lagi, mereka harus mengekalkan yang sedia ada.

3. Pemberian BRIM adalah bagus dan disokong. Namun selepas diikuti dengan petrol naik, ia seolah netizen dapat segelas air sejuk selepas ditampar 10 kali. BRIM setahun sekali@ 2 kali tapi petrol kena boh hari hari.

4. Netizen harus sedar bahawa pilihan mereka setiap 5 tahun sekali akan menentukan belanja mereka hari hari. Walau pun belum terbukti lagi, namun yang sedia ada la nie memang nak kena ganti. Dah 'busung' sana sini. Kalau yang baru pun tak terbukti, kita tukar lagi. Itulah namanya demokrasi.

Sayang Malaysia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1417092594986961&id=100000587030478

Netizens Kutuk Najib Kerana Naikkan Harga Petrol.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Laman sosial Facebook malam tadi dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.

Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.

Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Hal ini menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25.

Menulis di ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.

"Minyak naik Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik," keluhnya.

Sementara itu, Chew Huey menulis, "Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik. Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M" manakala Rizal Ahmad secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan yang cakna.

"Alhamdulillah, janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang prihatin," sindir Rizal.

'Rosmah dapat RM85 juta'

Terdapat juga netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.

"Rosmah dapat RM85 juta. Menyusahkan rakyat!" bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor menyoal, "Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik? Tidak masuk akal," tegasnya.

Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.

Beliau menyifatkan akibat undi penyokong BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan pada masa ini hanya tahu menaikkan harga barangan keperluan sebagai cara kononnya bagi menangani masalah.

"Hanya ucapan tahniah yang dapat diucapkan kepada penyokong buta kerajaan. Semua naik untuk menyelesaikan masalah negara. Rakyat yang undi rakyat juga yang tanggung," kata Rayner lagi.

Walau bagaimanapun, ruangan komentar status Facebook Najib itu juga dipenuhi catatan #RespectMyPM oleh penama yang dipercayai ramai netizen lain berdaftar atas akaun palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, tekanan peningkatan kos sara hidup rakyat sedia ada turut diakui oleh pemuda yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, 26 Oktober lalu.

Pemuda Melayu berusia 39 tahun itu dalam catatan terakhirnya di Facebook meluahkan dirinya tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman terhadapnya yang menjual rokok seludup sebagai tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berbanding kes jenayah berskala besar lain.

"Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi," dipetik daripada akaun Facebook ayah kepada dua cahaya mata berkenaan yang viral baru-baru ini

Sumber : Malaysiakini

Ini Bukti Kerajaan Tiada Duit !

bloglist-malaysia.blogspot

MUHAMMAD FAEEZ BIN AZAHAR

Kenaikan harga minyak yang diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing. Kenaikan bulan ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun ini iaitu RON 95 berharga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90).

Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan yang sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan berdasarkan keadaan dan pengalaman sebelum ini, ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Biarpun Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru sahaja membentangkan belanjawan 2016, tidak sampai sebulan kerajaan telah membuktikan belanjawan yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan. Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2016 tempang dan sukar untuk dilaksanakan.

Rakyat baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya. Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak.

Rakyat perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak!

MUHAMMAD FAEEZ BIN AZAHAR

Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH)

Negeri Perak

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PENGULAS SUKAN HARUS LEBIH BERHATI- HATI, JANGAN BERKELAKU SEPERTI FINAL PIALA MALAYSIA TEMPOHARI..!!
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana sepanjang siaran lansung final Piala Malaysia kualiti liputan amat baik.

NAMUN, sayang seribu kali sayang akibat keceluparan dan sikap kurang hati- hati pengulas dari TV3 menyebabkan ramai peminat sukan marah dan sedikit sebanyak TV3 menerima tempiasnya.

' GOL NASIB' itulah komen pengulas tersebut apabila Rizal Ghazali menjaringkan gol pertama Kedah semalam. Namun kenyataan beliau segera disanggah oleh Dollah Salleh, menurut Dollah gol tersebut tidak boleh dikira nasib kerana rembatan padu dari jarak begitu mungkin menerjah gawang jika tidak ada ' reflection'.

Kenyataan dari coach Dollah jelas menunjukkan tidak semua gol reflection boleh dianggap nasib. Cara tendangan, jarak dan kedudukan pemain diambil kira sebelum sesuatu gol dikatagorikan nasib. Larian yang baik, setpieces menarik antara midfield terlebih dahulu disusun oleh pasukan kedah sebelum lorongan kepada Rizal, dan rizal melepaskan tendangan yg padu sebelum terkena pertahanan selangor dan bola lob sejurus reflection menjadikan gol terdebut juga tampak menarik.

Diharap menjadi pengajaran kepada pengulas tersebut, jaga sensetiviti, jangan ikut sedap mulut, Dato Rahim Razali, Allahyarham Dato Hasbullah Awang dan ramai lagi lagenda pengulas sukan pun tak pernah sebarang katagorikan gol nasib dalam satu2 perlawanan penting dan amat berhati2 dalam ulasan, inikan pula kamu budak hingusan dan setahun jagung.

Saya amat berharap pengulas sukan tersebut segera memohon maaf atas keceluparan beliau.

- BEKAS PENGULAS JUGAK.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 7:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



AZMIN ALI BUAT KERJA GILA LAGI..
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Menteri Besar BN tak pernah pun buat kerja gila mcm ni...

Bajet 2017 Selangor vs Bajet 2017 Malaysia: Apa reaksi netizen?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
BARU sebentar tadi selesai Pembentangan Bajet 2017 Selangor, oleh Menteri Besar Dato' Azmin Ali. Aku sempat mengikuti pembentangan itu secara langsung di facebook rasmi beliau.

Menonton siaran langsung Bajet 2017 Selangor membolehkan kita melihat secara nyata (real time) reaksi netizen terhadap pembentangan bajet tersebut.

Aku mengambil kira reaksi netizen melalui 6 emoji yang disediakan oleh facebook.

Dari pemerhatian, reaksi netizen terhadap pembentangan Bajet Selangor dilihat sangat positif — Daripada 10 ribu reaksi diberikan, lebih 83 peratus netizen menunjukkan reaksi positif.Reaksi negatif agak kecil sekitar 1.37 peratus sahaja.

8,200 rasa suka,
1,900 rasa sangat suka,
204 rasa terkejut
154 rasa lucu,
94 rasa marah dan
43 rasa sedih.

Ini menyebabkan aku terfikir untuk menyelongkar kembali video siaran langsung bajet 2017 yang dibentang oleh Najib 21 Oktober lalu melalui facebook rasminya.

Tujuan aku untuk bandingkan apa pula reaksi rakyat terhadap pembentangan Bajet 2017 yang dibuat oleh Najib.

Daripada pemerhatian, Bajet 2017 jelas sekali menerima reaksi sangat negatif oleh netizen, nampaknya emoji marah mengatasi emoji suka dan sangat suka.

Berikut hasil pemerhatian aku — Daripada 60,000 reaksi yang diberikan, 46 peratus netizen menunjukkan reaksi negatif. Peratus reaksi benci lebih banyak berbanding reaksi suka dan sangat suka (42.8 peratus).

26,000 rasa marah,
21,000 rasa suka,
4,700 rasa sangat suka
3,200 berasa lucu,
1,900 rasa terkejut dan
1,800 rasa sedih

Kesimpulannya, Najib hanya syok sendiri kononnya Bajet 2017 adalah bajet mengikut denyut nadi rakyat, bajet yang mengutamakan rakyat. Padahal majoriti rakyat menunjukkan rasa benci terhadap bajet tersebut.

Ini petanda orang dah tak suka dengan pentadbiran Najib, cuma dia saja yang tak malu muka tebal, masih gilakan jawatan Perdana Menteri, bak kata pepatah "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong"

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/bajet-2017-selangor-vs-bajet-2017.html#ixzz4Oe9V8UWl

Bajet defisit Selangor terus catat peningkatan
bloglist-malaysia.blogspot
Oleh Azizul Osman

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini membentangkan bajet defisit bagi tahun 2017 yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu RM900 juta, dalam tempoh lapan tahun sejak PKR mengambil alih pada tahun 2008.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan bajet tersebut pada sidang DUN Selangor hari ini memberitahu, peningkatan defisit itu berpunca daripada peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan yang berkualiti untuk rakyat.

Untuk rekod, bajet defisit bagi tahun 2016 mencatat jumlah RM630 juta.

Bertemakan 'Membangun Bangsa, Memakmur Negeri', kerajaan negeri mengganggarkan perbelanjaan negeri berjumlah RM3.450 bilion untuk tahun 2017 bagi melaksanakan perancangan dan agenda kerajaan negeri.

"Kerajaan Negeri mencadangkan agar anggaran perbelanjaan Tahun 2017 berjumlah RM3.450 bilion bagi melaksanakan semua perancangan dan agenda Kerajaan Negeri.

"Daripada jumlah itu, RM1.65 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2 peratus bagi perbelanjaan pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2017 negeri itu di sini hari ini.

Beliau mendakwa ini adalah perbelanjaan pembangunan yang terbesar diperuntukkan di Selangor.

Sementara itu, menurut Azmin lagi, skim air percuma diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 183.2 juta untuk program berkenaan bagi tahun 2017.

Malah Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 35 peratus kepada 29 peratus pada 2019.

"Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM324 juta diperuntukkan untuk mengatasi masalah paip pecah dan program penggantian paip-paip lama di 84 kawasan hotspot yang meliputi 422.5 kilometer untuk tempoh tiga tahun mulai tahun 2016," katanya.

Kerajaan Negeri juga menurut Azmin akan meningkatkan peruntukan kawalan dan pencegahan denggi dan zika bagi tahun 2017 kepada RM5 juta berbanding hanya RM1.5 juta pada 2016.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 7:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Beribu Berkumpul Desak Presiden Korea Selatan Berundur Selepas Dakwaan Mengatakan Dia Terlibat Amalan Kronisme dan 'Dipengaruhi Bomoh'
siakapkeli.my

Beribu-ribu rakyat Korea Selatan berkumpul dalam protes jalanan besar-besaran pada Sabut, mendesak agar presiden negara itu, Park Geun-hye meletak jawatan selepas timbul dakwaan yang mengatakan dia berkongsi dokumen-dokumen rasmi kerajaan dengan seorang rakannya selain membenarkan rakannya itu campur tangan dalam urusan negara.

Pada Selasa, Park telah membuat permintaan maaf secara terbuka, dengan mengaku dia ada menunjukkan dokumen-dokumen rahsia itu termasuk draf ucapan presiden kepada rakannya itu, Choi Soon-sil untuk meminta nasihat biarpun Choi tidak memegang apa-apa jawatan awam negara itu.

"Saya terkejut dan hati saya sedih kerana (perkara itu) menyebabkan keresahan awam.

"Saya telah melakukan perkara itu (menunjukkan dokumen rasmi) tanpa sebarang niat jahat supaya saya boleh meneliti (dokumen terbabit), katanya sebagaimana lapor CNN.

Rangkaian televisyen tempatan, JTBC, mendedahkan skandal tersebut awal minggu ini, dengan menunjukkan bukti bahawa Choi menerima dokumen-dokumen rasmi dan mempengaruhi hal-hal kerajaan.

Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan Choi menggunakan hubungan rapatnya dengan Park untuk kepentingan peribadi seperti memanipulasi syarikat-syarikat tempatan untuk menderma sebanyak 50 billion won (RM184 juta) kepada dua yayasan yang kononnya ditubuhkan oleh Choi.

Pada Khamis, Pejabat Pendakwaraya telah menubuhkan satu unit penyiasat istimewa untuk menyiasat itu tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan.

Bercakap kepada Reuters, salah seorang pemprotes, Jeong Hong-woo, 22, berkata: "Kini sudah jelas bahawa orang ramai (warga Korea Selatan) telah membuat keputuan yang salah dalam memilih presiden.

Skandal itu menjadi lebih teruk dan pelik apabila ada dakwaan yang mengatakan Choi terlibat dengan satu ajaran sesat, dengan menuduh Choi sebagai seorang 'bomoh', dan telah memanipulasi Park menerusi kuasa ghaib. Malah ada juga yang menyamakan Choi dengan ahli sihir Rusia, Rasputin.

Lee Ji-Hu, 33, yang turut mahu Park meletak jawatan berkata kepada Channel News Asia: "Bagaimana seorang pemimpin boleh ada tok bomoh, atau seseorang yang mempunyai kaitan dengan acaran sesat untuk dijadikan penasihat seterusnya membenarkan dia mengendalikan hal ehwal negara dan mensia-siakan wang rakyat seperti itu?".

Difahamkan, tuduhan Choi adalah seorang bomoh timbul kerana dia adalah anak kepada seorang lelaki yang dianggap mentor oleh Park, Choi Tae-min.

Choi Tae-min berkata dirinya seorang paderi kristian namun satu surat diplomatik rahsia dari kedutaan U.S menjelaskan Choi Tae-min sebagai 'karakter seperti Rasputin' dan media Korea Selatan menyifatkan gerejanya sebagai 'tempat pemujaan ajaran sesat'.

The New York Times menjelaskan lebih lanjut:

"Choi Tae-min adalah pengasas kepada Church of Eternal Life. Dia berkawan dengan Park, juniornya 40 tahun, selepas ibunya dibunuh pada 1974. Menurut satu laporan pada 1970 dari agensi risikan korea yang dimuatkan oleh akhbar Korea Selatan pada 2007, Choi Tae-min telah menghampiri Park dengan memberitahu ibu Park telah bertemu dengannya dalam mimpi dan meminta pertolongannya.

"Choi Tae-min merupakan seorang bekas pegawai polis yang pernah menjadi sami Buddha dan memeluk agama Roman Katolik. Dia menjadi mentor kepada Park dengan membantunya melaksanakan satu kumpulan pro-kerajaan yang dipanggil 'Movement for a New Mind'.

Sumber: Asian Correspondant, NPR

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 7:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Memalukan Bila Gambar Najib Diturunkan Di Ekspo Milan 2015 kerana Ramai Yg Mencemuh

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Dalam ucapan Muhyiddin semalam dalam perjumpaan dengan sukarelawan Bersatu Kuala Lumpur, beliau ada menceritakan satu kisah yang menarik yang belum pernah saya dengar sebelum ini .... menarik sebab ia melibatkan Najib hehe

Menurut Muhyiddin, tahun lepas ketika masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau telah merasmikan Pavilion ( 'khemah' penyertaan ) Malaysia di Ekspo Dunia Milan 2015.

Katanya, di situ terpampang gambar YDP Agong dan juga gambar Najib .

Cerita yang saya terima sahih, daripada seorang kawan yang mana isterinya adalah seorang pegawai di Kementerian Perlancongan. Dia berkata bahawa gambar Najib itu diletakkan di hadapan.

Ketika pameran berlangsung, ramailah yang datang berkunjung ke Pavilion Malaysia yang sememangnya unik ( kena saksikan videonya, memang unik dan canggih ! ) Ramai juga pengunjung yang berhenti melihat gambar Najib sambil memberi komen ( yang didengar oleh pegawai itu ) -

I think i know this man. Dia kata dia kenal bukan kerana cerita baik tapi cerita soal rasuah yang telah dilakukan oleh Najib Razak !

KLiK untuk ke Youtube

Bila dah ramai yang beri komen sebegitu, dia terpaksa menurunkan gambar itu dan simpan di tempat yang lain.

Ini gambar Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik gambar saya takde kat situ .... Jadi, apa maknanya ini ? Ini cerita ringan tapi maknanya cukup mendalam.

Bahawa ' kehebatan ' Najib ni sudah menjadi seantero dunia ! Semua orang tahu. Dan ini suatu yang agak memalukan satu hal, tetapi ia mempunyai implikasi yang cukup besar kepada Malaysia.

Kesan daripada situasi dan keadaan yang negara sedang hadapi ini .... cukup buruk.

Jika benarlah seperti apa yang diceritakan oleh Muhyiddin di atas ..... tak tahulah di mana lagi nak letak muka kita sebagai rakyat Malaysia bila berdepan dengan orang luar !

DI MANA MARUAH KITA ? ?

Kalau dah SATU DUNIA duk menuduh PM kita terlibat dalam rasuah dan penggubahan wang haram yang nilainya merupakan satu rekod dunia peradaban manusia, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia masih mengekalkan beliau sebagai PM ?

Begitu juga tatkala satu dunia mentertawakan alasan Derma Pak Arab yang mengikut logik akal manusia, ia sesuatu yang tidak mungkin berlaku tapi kita di Malaysia pula boleh percaya kepada cerita dongeng sebegitu .... agak2 apa pandangan orang luar terhadap rakyat Malaysia ?

Ini bukan kes dakwaan biasa ..... di mana kita boleh kata selagi tidak didapati bersalah oleh mahkamah maka Najib tidak perlu letak jawatan. Tapi ini kes yang diperkatakan seluruh dunia ! Dan pihak2 penyiasat luar ( yang berstatus pihak berkuasa negara2 tertentu ) pula telah menemui bukti salah laku dalam skandal 1MDB dan sedang dalam proses menyaman pihak2 yang terlibat dalam lingkungan kuasa mereka.

PALING TIDAK PUN ..... Najib, jika beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab, seharusnya meletakkan kepentingan negara dan maruah rakyat Malaysia di depan, mendahului kepentingan peribadinya. Antara caranya adalah dengan BERDEPAN dengan segala dakwaan itu dan BUKTIKAN bahawa semua dakwaan itu tidak benar.

Kalau mereka ada bukti seperti contohnya DOJ dengan money trailnya, maka Najib juga seharusnya tunjukkan money trailnya sebagai bukti yang dana yang beliau terima itu adalah dari sumber sah sebagaimana yang didakwa beliau. Juga membuktikan bahawa penderma Arab yang satu dunia percaya sebagai satu cerita dongeng itu sememangnya wujud !

Adalah tidak logik juga kalau difikirkan, jika niat pak Arab itu murni, demi membantu saudara se Islam, seharusnya ketika Najib selaku orang yang dibantunya sedang berdepan dengan cemuhan dan hinaan dari seluruh dunia, beliau tampil bagi membuktikan cerita dongeng itu adalah betul.

Tapi kenapa pak Arab itu masih bersembunyi ? Kalau dah mati sekalipun, takkan saudara mara terdekatnya tidak tahu apa2 ? Yang paling penting - tunjukkan BUKTI yang wang itu memang datang dari beliau,

Semuanya ada bukti dalam bentuk dokumen transaksi dan penyata bank. Yang ini tak boleh lari. So ...... DI MANA BUKTINYA DARI PIHAK NAJIB ?

Begitu juga dengan pihak 1MDB. Kenapa tidak tampil dengan bukti2 bagi menafikan dakwaan DOJ dan beberapa pihak lain lagi ?

ADA ATAU TIDAK BUKTI2 ITU ?

Najib mungkin sudah tidak ada maruah yang mahu dipertahankan lagi tapi kita rakyat Malaysia masih punya maruah ! - Sumber: dinturtleoriginal

Najib kata Hutang 1MDB bukan hutang kerajaan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Hutang 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang kerajaan persekutuan, kata menteri kewangan.

"Oleh itu, hutang syarikat 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak menyumbang kepada jumlah hutang kerajaan persekutuan," kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen terhadap soalan lisan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Anggota parlimen pembangkang itu mahu tahu jumlah hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 30 September 2015 dan 30 September 2016.

Beliau juga mahu tahu jumlah hutang yang disumbangkan oleh syarikat dan projek berkaitan 1MDB.

Dalam jawapannya, Najib berkata jumlah hutang kerajaan persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 52 peratus daripada KDNK.

Daripada jumlah berkenaan, katanya lagi, sebanyak 95.9 peratus (RM628.98 bilion) adalah hutang domestik, sementara 4.1 peratus (RM26.9 bilion) lagi merupakan pinjaman luar pesisir.

"Jika dibandingkan pada Jun 2015, hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM627.5 bilion atau 54.2 peratus daripada KDNK.

"Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya.

Sementara itu, berkaitan data berkaitan hutang bagi September 2016 melalui laporan ekonomi suku ketiga tahun ini, Najib berkata ia akan diterbitkan pada November (bulan depan).

Bicara pertama kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Perbicaraan melibatkan bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei, yang didakwa membantu transaksi haram melibatkan 1MDB, bermula hari ini.

Perbicaraan itu berlangsung dalam keadaan mahkamah padat dan pendakwa berkata mahu memanggil sembilan orang saksi, lapor Straits Times.

"(Ini) kes pengubahan wang haram paling rumit, canggih dan terbesar yang dikendalikan oleh CAD (bahagian hal ehwal komersial polis Singapura)," kata timbalan pendakwa raya (DPP) Tan Kiat Phen.

Tan berkata Yeo diwawancara oleh CAD pada Oktober 2015 dan ditangkap pada 17 Mac 2016.
Dua lagi bekas rakan sekerja Yeo – Yak Yew Chee and Yvonne Seah – juga berdepan pendakwaan jenayah.

Mereka didakwa atas salah laku terlibat dalam pemindahan wang kepada pelanggan-pelanggannya, termasuk hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Teak Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Praperbicaraan untuk mereka berdua dijadual pada 24 November.

Seorang lagi pegawai bank Kelvin Ang, yang dilapor menjadi remisier untuk Maybank Kim Eng Securities, juga didakwa membayar penganalisis kajian untuk menghasilkan laporan penilaian yang memihak dalam sesetengah aset 1MDB.

Prosiding praperbicaraan untuk Ang ditetapkan pada 17 November

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 7:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Yang Diarahkan Ke Makkah
siakapkeli.my

RIYADH: Tentera gabungan Arab Saudi semalam telah berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dipercayai telah dilancarkan oleh pemberontak Houthi ke arah kota suci Makah.

Memetik laporan Saudi Press Agency, , peluru berpandu berkenaan telah berjaya dipintas kira-kira 65 kilometer dari Makkah dimana ia telah ditembak dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi.

Susulan dengan itu, pihak tentera Arab Saudi terus melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan.

"Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan."

"Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu," kata tentera gabungan dalam satu kenyataan.

Pemberontak Houthi mengaku telah melancarkan sebuah peluru berpandu dengan menyasarkan lapangan antarabangsa Jeddah. - Siakapkeli.my

Peluru berpandu dilancar ke arah Mekah
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
ANTARAPOS.COM

RIYADH: Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu balistik di Arab Saudi tetapi ia berjaya dipintas dekat kota suci Mekah, menurut tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi, Jumaat.

Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu.

Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak tersebut.

Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.

"Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan" kata kenyataan tersebut.

Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu.

Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen.
Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.

Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan, pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 1, 2016 9:45 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Tue Nov 1, 2016 9:45 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Tue Nov 1, 2016 9:45 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

Tue Nov 1, 2016 9:45 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: