Thursday, November 3, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4622

9 Messages

Digest #4622
4
Fw: Timbalan & Naib presiden BERSATU by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Kejadian Misteri Kereta Jadi Berat, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Pas setuju strategi satu lawan satu by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Ni Alasan Nak Naikkan Harga by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8

Messages

Wed Nov 2, 2016 5:35 am (PDT) . Posted by:

"Dollah mamat" dollahmamat

Pada pandangan saya...Pengulas tu....... masih mentah dan tak cukup ilmu bola utk mengulas perlawanan bola sepak . ...MANUSIA mcm ni perlu byk belajar n kena buat byk analisis tentang hal bola sepak....  

Sent from Yahoo Mail on Android

On Tue, 1 Nov, 2016 at 10:32 p.m., '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]<automobil@yahoogroups.com> wrote:  

 

PENGULAS SUKAN HARUS LEBIH BERHATI- HATI, JANGAN BERKELAKU SEPERTI FINAL PIALA MALAYSIA TEMPOHARI..!!
bloglist-malaysia.blogspotkedahlanie.infoPosted by Kedah Lanie
Seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana sepanjang siaran lansung final Piala Malaysia kualiti liputan amat baik.

NAMUN, sayang seribu kali sayang akibat keceluparan dan sikap kurang hati- hati pengulas dari TV3 menyebabkan ramai peminat sukan marah dan sedikit sebanyak TV3 menerima tempiasnya.

' GOL NASIB' itulah komen pengulas tersebut apabila Rizal Ghazali menjaringkan gol pertama Kedah semalam. Namun kenyataan beliau segera disanggah oleh Dollah Salleh, menurut Dollah gol tersebut tidak boleh dikira nasib kerana rembatan padu dari jarak begitu mungkin menerjah gawang jika tidak ada ' reflection&#39;.

Kenyataan dari coach Dollah jelas menunjukkan tidak semua gol reflection boleh dianggap nasib. Cara tendangan, jarak dan kedudukan pemain diambil kira sebelum sesuatu gol dikatagorikan nasib. Larian yang baik, setpieces menarik antara midfield terlebih dahulu disusun oleh pasukan kedah sebelum lorongan kepada Rizal, dan rizal melepaskan tendangan yg padu sebelum terkena pertahanan selangor dan bola lob sejurus reflection menjadikan gol terdebut juga tampak menarik.

Diharap menjadi pengajaran kepada pengulas tersebut, jaga sensetiviti, jangan ikut sedap mulut, Dato Rahim Razali, Allahyarham Dato Hasbullah Awang dan ramai lagi lagenda pengulas sukan pun tak pernah sebarang katagorikan gol nasib dalam satu2 perlawanan penting dan amat berhati2 dalam ulasan, inikan pula kamu budak hingusan dan setahun jagung.

Saya amat berharap pengulas sukan tersebut segera memohon maaf atas keceluparan beliau.

- BEKAS PENGULAS JUGAK.
   
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rupa2nya Projek ECRL Tidak Mengikuti Proses Kelulusan Yang Sepatutnya.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot.

Beberapa anggota Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang tidak mengikut beberapa proses kelulusan.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, ECRL tidak mengikut kajian pra-keboleh upayaan atau pre-feasibility study (PFS), kajian keboleh upayaan atau feasibility study (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau final investment decision (FID).
Kata beliau yang juga setiausaha agung PKR itu, kajian berkenaan melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat.
"Kami, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan di atas perkembangan terkini berkaitan projek ECRL yang dilaporkan akan menelan belanja RM55 bilion.
"Soalan-soalan seperti berapa harga tiket yang dicadangkan serta berapa kenaikan harga tiket dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah soalan-soalan yang perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan kerajaan China," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen. hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Dalam pada itu, mereka mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan mengenai perkara itu terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komitmen kepada kerajaan China.
"Oleh yang demikian, kami mendesak supaya Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan di Parlimen (berkenaan) 3 kajian ini iaitu PFS, FS dan FID sebelum sebarang komitmen diberikan kepada Kerajaan China.
"Ia kerana jumlah RM55 bilion adalah jumlah yang besar dan perlu diluluskan Parlimen,"tegasnya.

Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin yang lalu dengan syarikat Malaysia dan China akan memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.
ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.
Sumber : Malaysiakini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Setiap Kali Keluar Rumah Saya Baca Ayat Qursi Untuk Lindung Diri": Wanita Terduduk Atas Bumbung Teksi Cerita Bagaimana Dia Boleh 'Terterbang&#39; Dalam Kemalangan
siakapkeli.my

KULIM, 1 Nov - Baru-baru ini, kes seorang wanita yang terlibat kemalangan lalu terduduk di atas bumbung teksi menjadi bualan orang ramai kerana terpegun macam mana dia boleh 'terterbang&#39; di atas bumbung teksi tersebut.

Wanita terbabit, Muriati Koromoh, 60, seorang tukang urut kini sedang dirawat kerana cedera di tangan kanannya.

Lebih mesra dengan panggilan 'Mama', wanita terbabit menceritakan bagaimana kejadian ajaib itu berlaku.

Menurut Mama, dalam perjalanan ke rumah adiknya di Bukit Mertajam untuk makan tengahhari bersama ketika kejadian berlaku.

"Hari itu adik ada telefon mengajak saya makan nasi di rumahnya, selepas solat Zohor saya bergegas ke sana menaiki motosikal.

"Setibanya di simpang empat Jalan Lunas-BKE saya meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat masih berwarna hijau,"katanya ketika ditemui oleh Sinar Harian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah teksi melintas laluannya dan disebabkan terlalu hampir, dia tidak sempat menekan brek.

"Memang masa itu tengah lampu hijau saya bawa motor seperti biasa lah tapi secara tiba-tiba teksi tersebut melintas jalan itu, memang tak sempat nak brek.

"Motosikal terus berlanggar dengan teksi tersebut dan saya terlambung di atas bonet bahagian depan dan sempat melaungkan kalimah ALLAHUAKHBAR.

"Kali kedua saya terlambung jatuh di atas bumbung teksi dalam keadaan mengiring sebelum saya bangun duduk di situ dan membuka topi keledar yang dipakai," katanya lagi.

Tambah Muriati lagi, dia rasa sakit di bahagian tangan dan kaki mula dirasai beberapa minit selepas kemalangan.

"Pada mulanya saya tak rasa apa-apa selepas itu baru sakit. Pemandu teksi tersebut juga keluar melihat dan meminta saya turun.

"Ada beberapa pengguna jalan raya cuba membantu saya turun dari bumbung dan meminta pemandu tersebut segera menghubungi ambulans,"katanya.

Tambahnya, kejadian itu satu tragedi mengejutkan dan mungkin kerana amalan membaca ayat al-Quran telah menyelamatkan nyawanya.

"Memang setiap kali keluar saja dari rumah saya baca ayat Qursi untuk melindung diri. Mungkin berkat amalan ayat suci al-Quran ALLAH menyelamatkan saya walaupun terlibat kemalangan.

"Walaupun selepas ini aktiviti mengurut tak dapat dijalankan seperti biasa namun saya percaya ALLAH akan beri rezeki cara lain. Saya reda,"katanya.

Sumber: Sinar Online

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, November 01, 2016 10:31 PM
Subject: Fw: Wanita Tercampak, Terduduk Atas Bumbung Teksi

Wanita Tercampak, Terduduk Atas Bumbung Teksi
siakapkeli.my

Kulim, 31 Okt: Seorang pemandu teksi kehairanan apabila terlihat seorang wanita terduduk di atas bumbung teksinya.

Pemandu teksi tersebut, Rajendaran terlibat dengan satu kemalangan yang membabitkan teksinya dan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita berusia 50-an.

Difahamkan, wanita tersebut tercampak sebelum terduduk diatas bumbung teksi tersebut.

Kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Butterworth-Kulim, Jalan Lunas petang itu menjadi viral setelah foto kejadian dimuat naik di Facebook.

"Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke atas saya terpandang seorang wanita terduduk dia atas bumbung teksi saya.

"Saya kemudian pergi ke arah wanita itu dan membantunya turun dari bumbung teksi selain melihat jika ada sebarang kecederaan dialami, namun wanita itu hanya memaklumkan sakit di bahagian tangan dan kaki serta masih trauma," kata pemandu teksi, L Rajendran,48 sebagaimana lapor Harian Metro.

Rajendran berkata, ia pengalaman kemalangan paling mengejutkan, namun lega tidak membabitkan kecederaan atau kematian.

"Selepas terdengar bunyi dentuman kuat saya terus memberhentikan teksi dan bergegas keluar untuk mencari mangsa kemalangan.

"Ketika itu saya ternampak sebuah motosikal terbalik di belakang teksi dan cuba mencari penunggangnya, sebelum terkejut apabila melihat seorang wanita dalam keadaan terduduk di atas bumbung teksi," katanya ditemui selepas membuat laporan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bekas pengerusi SPR dilantik naib presiden BERSATU

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.

Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) turut dilantik menganggotai majlis sama.

Mukhriz dilantik Timbalan Presiden Bersatu

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, hari ini.

Manakala, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin dipilih sebagai Naib Presiden.

Jawatan Ketua Srikandi dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki ini Kongsi Kejadian Misteri Kereta Jadi Berat, Pintu Seperti Dirobek Ketika Lalu Jalan Kuala Krai-Gua Musang
siakapkeli.my

Gua Musang - Kejadian-kejadian aneh dan misteri di Jalan Kuala Krai-Gua Musang banyak menjadi buah mulut pengguna-pengguna jalan yang pernah melalui jalan tersebut.

Terbaru, salah seorang pengguna jalan itu, Amin Hussin menceritakan di Facebook tentang kejadian misteri yang menimpanya sekitar jam 10.30 malam di antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di Kesedar Paloh.

Menurut Amin, ketika melalui jalan itu, kereta yang dipandunya tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang sehingga langsung tidak nampak bahagian belakang.

"Saya jadi bingung, berulang kali saya tekan brek untuk lihat bias cahaya tapi gagal. Cepat-cepat saya kejar kereta jenis Proton Exora di hadapan saya, tiba-tiba kereta saya terasa amat berat.

"Walaupun saya tekan minyak sekuat hati, kelajuan tetap perlahan. Allahuakbar, saya dan isteri rasa panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang bonet kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.

Menurut Amin lagi, turut kedengaran sesuatu sedang merobek pintu belakang seperti ingin membukanya.

"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh sesuatu. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.

Amin berkata lagi, gangguan itu berakhir apabila dia tiba di Paloh dan keadaan menjadi seperti biasa semula.

Namun terdapat tinggalan kesan dipercayai dari kejadian misteri itu.

"Syukur Ya ALLAH, kerana selamatkan kami sekeluarga dari gangguan yang tidak diingini berlaku.

"Sampai di rumah, memang jelas ada kesan calar pada bumbung dan bonet belakang kereta.

"Nasib baik saya tidak lalai dan dapat meneruskan hingga selamat tiba ke destinasi.

"Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat. Untuk pengguna jalan ini, hati-hati memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.

Kesan calar pada kereta Amin

Kesan calar pada kereta Amin

Kesan calar pada kereta Amin

Sumber: Amin Hussin

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mursyidul AM PAS Setuju Pembangkang Satu Lawan Satu Lawan BN
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

"Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama ALLAH. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).
"Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu," katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Mursyidul Am di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, kelmarin.
Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.

"Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama ALLAH.
"Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama ALLAH. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya," katanya.
Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.

"Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.
"Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami," katanya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.

"Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.
"Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas)," katanya.
Sementara itu, beliau berkata apa dilakukan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin negeri itu contoh terbaik melaksanakan apa yang disarankan oleh al-Quran.

Saya bagi contoh, Allahyarham membuat arahan supaya semua duit kerajaan negeri yang berada dalam simpanan bank-bank riba dipindahkan kepada bank Islam. Apabila arahan itu dibuat, marah habis pengurus-pengurus bank dengan alasan mereka tak boleh berniaga dengan dasar kerajaan negeri.

"Allahyarham kata itu bukan tugas saya nak berniaga atau tidak, kerja saya apa yang tuhan suruh semampu boleh saya buat. Sekarang saya ada kuasa, wang kerajaan negeri dimasukkan ke dalam bank Islam," katanya.
Menurutnya, tidak lama kemudian banyak kaunter bank berteraskan Islam dibuka di Kelantan.

"Kenapa Tok Guru ini keras kepala ka? Sebenarnya ada 10 perkara besar lagi yang dibuat di Kelantan. Kita sedia dimarahi manusia, tapi tak bersedia dimarahi ALLAH," katanya
SH


Satu lawan satu: Pas alu-alukan perbincangan Dengan Syarat Jangan Kacau Rumah Kami

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan parti itu mengalu-alukan perbincangan antara parti- parti pembangkang bagi mewujudkan pertembungan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui di lobi parlimen berkata, pihaknya sudah lama membuka 'pintu&#39; parti itu.

"Kita sudah lama buka pintu.

"Cuma apabila masuk, jangan buat kacau dalam rumah kami," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Pas berbincang dengan DAP.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan parti bersetuju dengan strategi satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang lain untuk pilihan raya depan.

Katanya, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan parti pembangkang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ni Alasan Nak Naikkan Harga Gas Masak Pulaklah Ni..
bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sehingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata ia berdasarkan nilai rampasan kes-kes melibatkan penyelewengan LPG di seluruh negara.

Katanya KPDNKK dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan pelbagai agensi kerajaan lain telah melaksanakan 'Ops Gasak' bagi membanteras penyelewengan LPG bersubsidi itu.

"Sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 198 percubaan menyeleweng LPG bersubsidi berjaya dipatahkan dengan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM5.763 juta," katanya menjawab soalan Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat.

Izani ingin tahu mengenai jumlah kerugian yang dialami kerajaan akibat kes penyelewengan LPG bersubsidi dan hasil kerjasama operasi KPNDKK dengan NRRET.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai penguatkuasaan mengawal kenaikan harga minyak masak,

Henry berkata KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan Friends Of KPDNKK dalam menyalurkan maklumat berhubung kenaikan produk itu.

"Orang awam antaranya ketua kampung dan penghulu perlu menyalurkan maklumat sekiranya mereka mengesan ada peniaga yang melanggar undang-undang dengan menaikkan harga barang khususnya minyak masak," katanya lapor Malaysiakini

Kemungkinan Kenaikan Kadar Tol Empat Lebuh Raya?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Kenaikan kadar tol membabitkan empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan itu pada tahun depan masih belum diputuskan, kata Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Raya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi.

Beliau berkata, perbincangan berhubung perkara itu masih berjalan melibatkan empat syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.

"Setakat ini, masih belum ada keputusan sebenarnya... sama ada dari segi kenaikan, bila dan kadar itu.

"Kita akan terus berbincang dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan satu situasi menang-menang di antara syarikat konsesi, kerajaan dan para pengguna lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas sidang media PSKLM di Ibu Pejabat Kompleks Operasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa mengenai hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang masih berkuat kuasa.
Sazally yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak berkata, pihaknya perlu merujuk dengan empat syarikat konsesi mengenai perbincangan kenaikan tol.

"Perbincangan itu lebih menjurus kepada mereka yang terlibat dan pihak kerajaan. Perbincangan kita (PSKLM) bergantung kepada apa yang diputuskan, baru kita dapat buat perancangan.

"Di pihak persatuan, kita cuma akan mengkoordinasi, implementasi dan hebahan," katanya.

Pada Selasa, Fadillah berkata, empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

"Anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Guan Eng ingin tahu hasil perbincangan dengan syarikat konsesi lebuh raya yang akan menaikkan tol tahun depan dan jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan sekiranya tol tidak dinaikkan.

Terdahulu pada sidang media, Rabu, Sazally mengumumkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) mulai 9 November ini.

Pengguna Mula Rasa Beban Dan Tertekan, Ada Sesetangah Minyak Masak Dalam Botol Naik Begitu Mendadak
siakapkeli.my

Nampaknya pembatalan subsidi minyak masak oleh kerajaan telah mula dirasai oleh rakyat di mana berdasarkan tinjauan dan luahan rakyat sendir ada sesetangah minyak masak naik sehingga 60 peratus, lapor Malaysiakini.

Harga minyak masa Red Eagle untuk botol 5kg naik dari RM14.70 kepada RM23.70 – peningkatan RM9 atau 61.2 peratus, lapor Sin Chew Daily.

Harga botol 1kg jenama sama baik sebanyak RM2.05 (57 peratus) sementara botol 2kg pula naik RM3.35 (46 peratus).

Pengerusi eksekutif syarikat pengeluar minyak sawit Yee Lee Corporation Bhd, Lim Kok Cheong memberitahu Sin Chew Daily bahawa harga ditentukan berdasar harga minyak sawit.

"Ia nampak macam inflasi, tetapi hakikatnya, ia mencerminkan harga pasaran minyak sawit," kata .

Kerajaan tidak lagi memberi subsidi pada semua jenis minyak masak, kecuali paket 1kg yang dijual pada harga RM2.50.

Memetik laporan Sinar Harian pula, hasil tinjauan mereka di beberapa kawasan, rak yang biasanya dipenuhi botol-botol minyak pelbagai saiz kini kosong, menyebabkan pengguna bingung kehabisan minyak masak untuk kegunaan harian.

Untuk minyak masak paket plastik satu kilogram amat sukar untuk diperoleh dan hanya boleh di dapati kedai-kedai runcit namun dalam jumlahnya terhad.

Mereka difahamkan bahawa bekalan minyak masak kini dalam proses penghantaran dan hanya dibekalkan ke kawasan yang benar-benar memerlukan.

Sesetengah peniaga pula mendakwa, pengeluar minyak bertindak menyimpan bekalan minyak sedia ada untuk beberapa hari ini sehingga harga minyak naik, bermula semalam.

Hasil tinjauan mereka juga ternyata membukti bahawa minyak masak dalam botol 500gram hingga lima kilogram naik antara 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini.

Seorang pengguna dari Klang, Nor Asyikin Mohd Azali, 31, berkata, sejak beberapa minggu lalu, bekalan minyak masak memang susah didapati di pasar raya.

"Ada yang mengatakan stok tak ada. Segelintir peruncit pula hanya membenarkan setiap pelanggan beli satu pek minyak masak sahaja. Ia memang menyusahkan dan membuatkan pengguna tertekan," katanya.

Noreen Azleen Mahmodah, 31, pula berkata, minyak masak dijual dengan harga jauh lebih tinggi berbanding biasa.

"Ada minyak masak botol seberat dua kilogram berharga RM13.35 sekilogram sebelum ini, kini dijual RM20," katanya.

Beliau menambah dengan kenaikan harga minyak masak ini sudah apsti akan memberikan kesan kepada pengguna ditambah lagi dengan kenaikannya serentak dengan harga petrol.

"Kerajaan khususnya KPDNKK perlu mempertingkatkan pemantauan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang lain agar pengguna tidak terus teraniaya," katanya.

Beliau memmohon agar kerajaan menimbang semua subsidi ke atas minyak masak dalam botol kerana kualitinya dikatakan tidak sama berbanding minyak masak dalam paket plastik.

Sementara itu, Nursabrina Mohd Desa berkata, nasib pengguna bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

"Sudahlah minyak masak naik harga, petrol juga naik harga. Kami rasa terbeban," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Idris Ahmad: PAS Tak Kisah Walaupun Sudah 13 Kali Ditipu UMNO
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.

Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.

Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.

Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.

Pas kini memberikan sepenuh tumpuannya untuk mempastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.

Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti.

ISH AJAIBLAH BENDA NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Persoalannya mengapa sekarang kalian menentang?

RUU Hudud: Hadi Kena Kencing Dengan Umno..
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen.

Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.

"Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai," katanya lapor Sin Chew Daily.

Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.

"Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen," katanya.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.

RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati lapor FMT

RUU 355: AZALINA SENGAJA ALIH MASA PEMBENTANGAN USUL PAS?
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

RUU 355: Azalina sengaja alih masa pembentangan usul Pas? Print EmailRata-rata pengguna media sosial menyifatkan Pas sudah ditipu atau 'dikencing' apabila Menteri Hal Ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut WFauzdin NS, kenyataan Azalina itu dilihat sebagai sengaja berbohong memandangkan Ahli Parlimen Pengerang berkenaan sebelum ini menganjakkan nombor giliran usul tersebut kepada nombor satu dalam aturan mesyuarat
"Bukankah dia (Azalina) menteri yang cadangkan usul itu dibaca serta-merta dan diangkat dari nombor 15 kepada nombor 1 dalam sesi Parlimen sebelum ini dek kerana pentingnya RUU Akta 355 itu?
"Selaku Menteri dalam kerajaan, takkan dia tak boleh desak Speaker agar RUU Akta 355 itu dibahaskan kali ini? Kalau kamu tak yakin, mengapa kamu cadangkan itu hari? Sengaja mahu kencing?
"Kamu harus ingat wahai Azalina, orang yg mengencing itu berdosa, manakala yg kena kencing tu tak berdosa. Faham?" sindirnya dipetik dari Facebook.
Berbeza dengan netizen Man Toba yang menganggap Umno tidak 'kencing' Abdul Hadi memandangkan Ahli Parlimen Marang itu disifatkan berada di pihak Umno.
"Aku tak kata Umno kencing Hadi. Sebab Hadi bersama umno, mana mungkin Hadi tak diberitahu akan Azalina akan percepatkan bacaan RUU beliau dari tempat 15 terus langkau ke nombor 1?
"Dah diberi kesempatan, boleh pula pura-pura tangguh? Kau (Hadi) mohon, lepas itu kau tangguh? Pendapat aku, ini semua komplot Umno dan Hadi bagi memecahkan Pakatan Rakyat.
"Sejak dulu lagi aku meragui geng-geng Hadi, Takiyudin, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa, Mustafa bekas Setiausaha Pas, Razman Zakaria, Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Dr Zuhdi, Nik Abduh, Tantawi, Din ayam, dan ramai lagi.
"Mereka semua geng yang memainkan peranan undurkan Pas kebelakang. Pengikut Pas tidak akan nampak misi mereka kerana taksub telah membutakan mata mereka.
"Kini BN ada satu tambahan kekuatan untuk kekal iaitu pembangkang yang lemah. Masihkah kalian tak nampak permainan mereka?" soal Man Toba.
Untuk rekod, usul pindaan Akta 355 yang berada pada giliran nombor 15 iaitu yang terakhir dalam kertas perintah Parlimen telah dipercepatkan oleh Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya dapat dibahas pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Walau bagaimanapun, selepas lebih suara Ahli-Ahli Parlimen bersetuju supaya usul tersebut dibahaskan, Abdul Hadi memohon supaya ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut Peraturan Mesyuarat 15 (5).
Artikel berkaitan: Pas tidak rugi apa-apa jika jika dikencing lagi, kata naib presiden. Malaysia dateline
Akhirnya Azalina Kata Tak Cukup Masa Untuk RUU Hadi..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Mudah saja UMNO permainkan Hadi dan PAS.. dari nombor empat ditolak ke nombor tujuh.. akhirnya ditolak terus...

Kah.. Kah.. Kah..

Kan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dah pesan.."UMNO sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.

Tapi bila Tok Guru dah tak ada.. pesan Almarhum pun dilupakan, UMNO yang sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan PAS dipercayai pulak untuk menyokong RUU memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah..

Najib pun bukannya bodoh sangatlah..

Matlamat dia nak pecahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu Hudud dah tercapai.. kenapa dia nak jaga hati PAS pulak?

Laporan berkaitan..

Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen.

Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.

"Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai," katanya lapor Sin Chew Daily.

Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.

"Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen," katanya.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.

RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati lapor FMT
Ada yang bangga kononnya merekalah yang paling berpengalaman dalam menentang UMNO.. tapi bagi akulah.. pengalaman kalah memanjang itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Nov 2, 2016 7:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Keluarkannya Sekarang, 12 Makanan Ini Tidak Sepatutnya Berada Di Dalam Peti Sejuk Anda
siakapkeli.my

Selepas membeli barang dapur, iaitu bahan masakan, anda sudah semestinya akan mula menyusun barang untuk disimpan pada tempatnya, dan kebanyakan bahan yang dibeli, sudah pasti akan di simpan di dalam peti sejuk, kerana risau ianya akan cepat rosak jika dibiarkan di luar.

Namun begitu, tidak semua bahan masakan sesuai untuk diletakkan di dalam peti sejuk, ada di antaranya akan mudah rosak atau mengurangkan rasa bahan tersebut.

Jadi, admin ingin kongsikan, 12 bahan yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk, walaupun anda rasakan perlu. Jom kita tengok perkongsian dari laman Tip Hero, mana tahu barang tersebut sudah pun berada dalam peti sejuk di rumah anda.

12 Bahan Yang Tidak Perlu Ada Di Dalam Peti Sejuk

Mari kita cuba buat eksprimen sekarang, cuba anda buka peti sejuk, dan lihat di dalamnya, adakah anda mempunyai banyak ruang lagi untuk menyimpan makanan? Sudah pasti tidak bukan. Ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya banyak bahan makanan yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, dan ya, senarai di bawah adalah barang yang dilarang sama sekali untuk berada di dalam peti sejuk.

Bawang

Cuba anda periksa di dalam peti sejuk rumah anda, mesti terdapat bawang kan? Jika ya, keluarkan bawang tersebut dari peti sejuk dengan segera. Ianya bukan sahaja akan cepat rosak, tetapi juga menyebabkan peti sejuk anda berbau tidak enak.

Bawang Putih

Biarkan sahaja bawang putih berada di luar, di simpanan pantri anda. Peti sejuk akan menyebabkan rasa bawang putih menghilang, melalui ulas bawang putih tersebut.

Roti Dan Makanan Yang Dibakar

Menyimpan bahan masakan yang telah dibakar di dalam peti sejuk lebih cenderung untuk mempercepatkan proses makanan menjadi basi, berbanding tinggalkannya di luar. Tetapi jika anda ingin menyimpan makan tersebut lebih lama, lagi baik jika disimpan di dalam freezer.

Kekacang Kering

Menyimpan kacang kering dalam peti sejuk bukan sahaja menghilangkan rasa, ia juga boleh menyebabkan mereka mula bercambah. Kacang kering baik disimpan di atas rak!

Serbuk Kopi

Satu lagi kejutan! Serbuk kopi sebenarnya akan kekal lebih baik dan bertahan lama, apabila disimpan di dalam bekas kedap udara yang tertutup. Jika diletakkan di dalam peti sejuk, kopi akan kehilangan rasa dengan lebih cepat.

Madu

Apabila ditinggalkan di dalam persekitaran yang sejuk, madu akan membeku, menjadikannya hampir mustahil untuk dikeluarkan dari botol. Namun berita baiknya adalah, madu yang disimpan dengan balang terbuka mampu bertahan selama 2 tahun (namun awas dengan semut ya)

Avokado

Sudah pasti anda sukar untuk menjumpai avokado yang dijual setelah mereka masak dengan ranum kan, dan jika anda mahukan avokado anda masak dengan lebih cepat, jangan masukkanya di dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan atau menghentikan proses untuknya masak.

Minyak Masak

Kecuali minyak kacang, semua minyak masak yang lain tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Malah, apabila berada di suhu yang dingin, minyak menjadi 'gloomy&#39; dan mula mengeras.

Jeruk

Ini makanan yang sering disimpan di dalam peti sejuk, mana tidaknya, enak dimakan diwaktu sejuk kan. Tapi, percaya atau tidak, ini adalah makanan yang dibungkus dengan begitu banyak natrium dan air garam, dan ianya sama sekali tidak memerlukan proses penyejukan!

Sos Soya

Sama seperti jeruk, sos ini mengandungi banyak natrium yang bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi.

Tomato

Satu lagi kejutan! Melainkan dapur anda terasa sangat panas, atau berhaba, tidak perlu untuk anda menyimpan tomato di dalam peti sejuk. Ini bukan sahaja menyebabkan tomato mengering, tetapi akan menjadi lembik juga.

Beri

Pernah melihat buah beri yang disimpan di dalam peti sejuk, mula untuk mereput, walaupun baru dibeli? Ini kerana suhu yang sejuk mempercepatkan proses beri untuk rosak, berbanding dengan suhu bilik. Jadi, biarkan sahaja buah beri anda diletakkan di dapur dengan suhu bilik.

* Tambahan - Alat Solek

Kami tahu! Ini bukan makanan, tetapi ia adalah barang yang boleh dilihat berada dalam peti sejuk. Walaupun sesetengah bahan kosmetik seperti topeng muka perlu berada di persekitaran yang sejuk, tetapi kebanyakan alat solek memerlukan suhu bilik untuk disimpan.

Selepas ini bolehlah mula membelek-belek kembali peti sejuk di rumah anda, tengok kalau-kalau ada di antara 13 barang ini terdapat dalam peti sejuk anda. Nanti, bolehlah sediakan tempat khas pula, untuk menyimpan bahan ini. Jom menyimpan dengan cara yang betul. - Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: