Sunday, April 15, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4923

10 Messages

Digest #4923
4

Messages

Sun Apr 15, 2018 7:11 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Apr 15, 2018 7:11 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Apr 15, 2018 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bekas Naib Presiden Kelab Umno sertai PAS

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net


BALING: Misi PAS untuk kembali menerajui Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini tambah bersemangat dengan penyertaan bekas Naib Presiden Kelab Umno di Kaherah.

Sollehuddin Lebai Yaacob bersama Umno selama 38 tahun mengambil keputusan meninggalkan parti itu sempena program ceramah di tapak Pondok Ittifaqiah Kampung Charuk Puteh.

Beliau bersama 30 ahli Umno menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Turut hadir pada program bersejarah itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Najmi Ahmad dan ahli jawatankuasa PAS Baling.

Sollehuddin berkata, beliau menyertai PAS setelah melihat Umno tidak mampu lagi untuk menjaga hak Islam dan orang Melayu. – HARAKAHDAILY 11/4/2018

PAS umum tanding 9 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PAS Wilayah Persekutuan akan meletakkan calon di sembilan kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, pada pilihan raya umum kali ini.

Di Kuala Lumpur, PAS akan meletakkan calon di Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segambut dan Batu, kata Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad seperti dipetik Harakahdaily.

Putrajaya dan Labuan masing-masing hanya memiliki satu kerusi Parlimen.

Mohamad Noor berkata senarai akhir kesemua sembilan calon akan diumumkan pada 19 April 2018 ini.

"Sembilan calon ini ada muka lama dan ada muka baru serta seimbang dari segi latar belakang yakni profesional dan agamawan," katanya (gambar) pada pelancaran manifesto PAS Wilayah Persekutuan semalam.

Katanya, manifesto PAS Wilayah Persekutuan mempunyai 25 tawaran yang dibahagikan kepada tujuh bahagian - infrastruktur perumahan, wanita, ekonomi, sosial dan pengangkutan.

Kali ini, calon-calon daripada PAS Wilayah Persekutuan dijangka bertarung dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Empat kerusi Parlimen di Kuala Lumpur yang tidak disebut dalam pengumuman semalam adalah Kepong, Cheras, Bukit Bintang dan Seputeh - kesemuanya dipegang DAP.

Antara lain, kerusi Parlimen Titiwangsa yang kini dipegang oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah ditandakan sebagai kerusi yang bakal berdepan pertandingan sengit kepada semua pesaing.

Apa sudah jadi, IKATAN tidak berminat untuk bertanding PRU14
kedahlaniie.blogspot

IKATAN TIDAK BERMINAT BERTANDING UNTUK GAGASAN SEJAHTERA

Presiden IKATAN, Tan Sri Sheikh Abdul Kadir mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRU14.

Menurutnya beliau terserahlah jika ada pimpinan lain jika ada yang mahu bertanding tetapi setakat ini tiada yang berminat.

Parti IKATAN adalah rakan kongsi PAS di dalam Gagasan Sejahtera tetapi dilihat hanya menumpang nama sahaja tanpa memainkan apa-apa peranan di dalam blok politik tersebut.

Malah kelibat pimpinan IKATAN juga tidak kelihatan ketika PAS melancarkan manifesto Gagasan Sejahtera walaupun PAS telah menggugurkan perlaksanaan Hudud dari diletakkan secara jelas di dalam Manifesto tersebut. Manifesto Gagasan Sejahtera hanya menyebut secara umum iaitu menegakkan Islam sebagai ad deen yang syumul sahaja. Tiada komitmen khusus perlaksanaan Hudud di dalam manifesto yang dilancarkan oleh parti itu.

Sebelum ini, IKATAN pernah menyatakan mereka akan keluar dari Gagasan Sejahtera sekiranya Pas mahu melaksanakan Hudud. Parti itu berkata Hudud tidak sesuai untuk realiti masyarakat Malaysia. Kenyataan itu kemudiannya dipersetujui oleh pimpinan PAS untuk menjaga hati rakan kongsi politiknya.

NewGen mohon sertai Gagasan Sejahtera

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Bekas Setiausaha Agung MIC / Presiden Parti Generasi Baru (NewGen Party) Datuk G Kumar Aaman, bergabung dan menyertai Gagasan Sejahtera / PAS DHPP. Majlis penyerahan surat rasmi kepada Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang Presiden PAS berlansung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 19hb Mac 2018.

Turut bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS, Datuk Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS, Tuan N. Balasubramaniam Ketua DHPP Pusat, Dr. Balachandran Ketua Penerangan DHPP Pusat, Sdr S. Barathidasan Pengarah Pilihanraya DHPP Pusat, Sdr Jazman@Jeevakumar Timbalan Presiden Parti NewGen dan Sdr Mohamad Zaini Jaafar Setiausaha Agung Parti NewGen.

Betul ke tinggal 35% sahaja ahli PAS yang setia kini berada dalam PAS?

Dilulus untuk paparan oleh Editor
http://tranungkite.net


Lebai berjanji akan sambung lagi artikel "Azmin Ali betul, AMANAH (Pan) & BERSATU Tak ada kemampuan untuk menang di Selangor"

Sebelum ini lebai mengemukan hujah kenapa Azmin Ali membakul sampahkan kajian Dr. Mazlan Ali dan mengelarkan Amanah (Pan) adalah parti 2%. Antaranya kajian itu tidak releven dan tidak mempunyai kesahan. Malah integriti Dr Mazlan Ali sendiri dipertikaikan.

Malangnya untuk "psywar" Akbar Amanah (PAN) telah menjadikan kajian ini sebagai tajuk utama untuk edisi 87nya. Ini semua adalah untuk kerja menipu. Ahli-ahli PAN yang ada kini adalah mereka yang tertipu kononnnya PAS nak UG dengan UMNO. Itulah diratitbnya setiap kali mereka berjumpa sehingga ahli-ahli mereka hilang daya berfikir secara matang.

Lebai setuju dengan apa yang di tulis oleh xoxo, UG menjadi umpan terbaik mereka untuk mengekalkan ahli Amanah (PAN) terus membenci golongan ulama, ustaz dalam PAS sehingga mereka anggap mereka ini menyeleweng dan ingin bersama UMNO.

UG adalah timbul pada 2008 semasa PAS mengasa 23 kerusi parlimen walaupun DAP tak bersama Barisan Alternatif (PAS -PKR) untuk menghadapi BN pada PRU-12. Kedudukan di Selangor dan Perak membuat PAS boleh bersama UMNO atau bersama PKR dan DAP (Dinamakan kemudian sebagai PAKATAN RAKYAT).

UG asalnya satu cadangan yang baik oleh Presiden PAS tetapi telah diguna untuk menyerang ulama dalam PAS bagi merebut pemilihan dalam PAS.

UG telah menjadi kajian ilmiah diluar negara. Misalnya di Perancis pada Jun lepas, memuatkan empat esei. Satunya ialah "Moral Politics: Unity Government, September 16 and the Contestation of Ideas in the Malaysian Islamic Party"

Bagaimana mereka yang luar negara tak kenal parti PAS boleh membuat kajian ilmiah tentang UG tapi malangnya ahli-ahli PAS keliru dengan UG dan menyalahkan ulama kononnya nak bergabung dengan UMNO.

Serangan jahat untuk MEMBUNUH ULAMA dalam PAS oleh golongan IRC (IKRAM) bagi menguasai PAS sebagaimana mereka menguasai AMANAH (PAN) sekarang adalah sebab kenapa UG menjadi satu tohmahan jahat kepada ulama dan Presiden PAS.

UG tak ada beza dengan "Konsensus Nasional" yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Tapi oleh kerana Anwar bawa perkara ini ada beberapa orang kepimpinan daripada Pakatan Rakyat telah berjumpa dengan TGNA untuk melobi TGNA bagi memberikan persetujuan mengenai satu idea yang dinamakan sebagai "Konsensus Nasional".

Lebai juga diberi maklumat bahawa ada beberapa pimpinan PAS telah berusaha lebih awal dalam 'projek' ini. Adakah mereka telah mendapat keizinan kepimpinan tertinggi? Mereka serang UG tapi buat perkara yang sama untuk "Konsensus Nasional". Itulah perangai buruk sesetengah pimpinan PAS dulu yang kini semuanya berada dalam parti AMANAH (PAN)

Gambaran idea perjumpaan yang saya sebut itu sudah di'sebar secara tak langsung' oleh anak TGNA dalam kenyataannya.

Anwar Perlu Jelaskan Konsensus Nasional

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihanraya Kecil DUN Kajang berlangsung.. Ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalahertikan.

Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit. Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghuraikannya dengan lebih jelas.

Daripada siri-siri kenyataan media yang telah dibuat, Konsensus Nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Malah, media antarabangsa turut melaporkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pelbagai aspek.

Feb 2014
NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas
AJK PAS Pusat
Mac 2015 lalu pada jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi, Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan lagi. Oleh itu Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia" yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang Negara ini.
Katanya kedua-dua Barisan Nasional dan PR sedang menghadapi masalah, manakala perubahan senario politik Malaysia menjadi sebagai "no man's land"

Lim Kit SIang berkata lagi fenomena ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru.. Kerajaan Baru mestilah di wujudkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparliemn oleh PAS.

Pelik selepas "Konsensus Nasional" ada pula gabungan "Selamatkan Malaysia semuanya tak ada beza dengan Unity Gorvement cadangan Presiden PAS. Kenapa hanya UG sahaja nak bergabung dengan UMNO?

Dr Mazlan Ali (Penganasilis Parti AMANAH) telah membuat rumusan satu kajiannya.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ramai orang mengiyakan kajian ini, nanti PAS tersempit apabila PRU-14 nanti..

Tahukah tuan-puan hari ini parlimen telah dibubar. Hanya beberapa orang yang sudah dijangka akan keluar PAS iaitu Syed Azman, Khairuddin dan 2 -3 pimpinan tak ternama. Jadi kajian Dr Mazlan Ali sudah luput ditelan masa.

Orang dah berubah, masa sudah berlalu, pemikiran politik PAS telah berubah. Dulu orang percaya UG, tapi kita orang tapi UG adalah cerita DUSTA semata-mata yang telah menjadi seperti kita percaya wujud binatang NAGA.

Orang PAS yang menjadi ahli AMANAH kini kembali semula kepada PAS. Baba Zul, pakar rujuk agama P{AN sudah sedar semuanya mainan dan angan-angan sahaja.. Jadi apa yang dikaji oleh PKR dan PAN sebenarnya adalah pembohongan yang akan makan diri mereka sendiri.

PAS tetap utuh dan kini bukan ahli PAS kembali kepada PAS, ahli UMNO ada yang masuk PAS. Bukan itu sahaja sokongan Cina yang dulunya semasa Pilihanraya kecil hampir kosong sokong PAS mula ingin bersama PAS.

Itu tanda kelam untuk HARAPAN...

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Menteri besar sementara Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyerahkan wang tunai, komputer riba dan iPad kepada pengundi di Bukit Antarabangsa dan Gombak hari ini.

Azmin menghadiri empat acara penyerahan bantuan yang dijadualkan pagi ini dan Malaysiakini menghadiri dua daripadanya.

Dalam dua majlis di Ukay Perdana dan Kampung Kerdas, jumlah bantuan yang diedarkan berjumlah lebih RM2.24 juta.

Bagi golongan muda, Azmin memberikan lebih RM44,000 sebagai bantuan kepada pelajar, serta 14 komputer riba.

Menteri besar sementara itu juga memberikan enam komputer riba kepada ketua kampung sebagai sebahagian daripada inisiatif Peduli Rakyat oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sebahagian besar bantuan adalah untuk program masyarakat dan kemudahan awam, dengan dana tunai bernilai antara RM5,000 hingga RM75,000 disumbangkan.

RM75,000 diminta oleh persatuan penduduk Spring Ville 2 bagi kemudahan awam..

Selain itu, Azmin turut memberikan bantuan tunai antara RM500 hingga RM1,000 bagi menampung kos sara hidup golongan miskin serta bantuan tunai untuk menampung perbelanjaan perubatan.

Dalam ucapannya di Ukay Perdana, Azmin menafikan pemberian itu dilakukan kerana pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei.

Sebaliknya, beliau berkata bantuan yang disampaikan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan sementara sebagai pentadbiran yang peduli rakyat.

"Kita bukan bagi (bantuan) hari ini (sahaja) kerana 9 hari bulan tiap-tiap minggu kita bagi. Sebab itu pengerusi (persatuan penduduk) tahu tiap-tiap minggu saya ada di sini pun minta lagi.

"Tak apalah, bukan masuk poket dia, duit untuk rakyat. Hari ini kita nak bagi pada masjid, kita nak bagi pada surau, kita nak bagi pada NGO, kita nak bagi pada belia, kita nak bagi pada pelajar-pelajar, kita nak bagi orang sakit, kita nak bagi warga emas, inilah compassionate state," katanya.

Orang ramai yang hadir menjawab dengan sorakan "amin" dan bertepuk tangan.

"Amin amin amin, undi jangan lupa," balas Azmin sambil ketawa.

Beliau menambah semakin banyak bantuan diberikan, semakin banyak rezeki yang akan diberikan Allah.

Sebelum ini pembangkang sering mengkritik kerajaan kerana menyampaikan bantuan kepada pengundi sebelum pilihan raya, dengan sesetengahnya menyamakannya sebagai rasuah.

PKR belum putuskan kedudukan Adun Paya Jaras

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: PKR Selangor masih belum memutuskan sama ada Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman, yang melompat dari PAS ke parti itu baru-baru ini, akan dicadangkan untuk sekali lagi bertanding kerusi itu.

"Ya, dia ahli PKR tapi itu belum diputuskan," kata Pengerusi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Semalam, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim berkata Paya Jaras akan diberikan kepada calon Amanah, namun PKR boleh mencadangkan calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan partinya.

"Tidak bermakna kamu keluar PAS dan masuk PKR pada saat akhir melayakkan kamu bertanding mana-mana kerusi. Bukan begitu syaratnya. Syarat ialah calon terbaik dan kita akan lihat semua sudut," kata Izham.

Beberapa minggu lagi menuju pilihan raya umum ke-14, Khairuddin menyertai PKR Ahad lalu, langkah yang menurut PAS Selangor boleh mencetuskan konflik antara PKR, yang mahukan kelebihan kerusi yang lebih besar, dan Amanah, yang mahukan kerusi-kerusi PAS di Selangor.

Khairuddin sendiri berkata beliau meninggalkan PAS dan menyertai PKR kerana berpuas hati dengan kepimpinan Azmin, yang juga menteri besar Selangor dalam penggal ini.

Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai setiausaha PAS Selangor dan tidak dsenaraikan sebagai calon PAS pada PRU14, dipercayai kerana kemesraannya dengan Pakatan Harapan.

Beliau memenangi Paya Jaras mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dengan majoriti selesa 5,522 undi.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, April 10, 2018 10:32 PM
Subject: Fw: CUBAAN UMNO MENGUASAI POLITIK ISLAM, sertai PAS, 70 peratus muka baharu

Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman akan meninggalkan Pas dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Star Online.

"Saya akan menyertai PKR bersama ahli Kelab Penyokong Pas berbangsa Cina dan India," katanya kepada Star Online.

Khairuddin akan mengumumkan penyertaannya pada Ahad malam di satu majlis yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohd Khairuddin digugur dari jawatan Setiausaha Pas Selangor ekoran beberapa salah faham antaranya dan pimpinan parti itu. (Dia juga antara digugurkan calon PAS untuk PRU-14 oleh Majlis Syura Ulama PAS)

Mohd Khairuddin memenangi kerusi Dun Paya Jaras pada Pilihan Raya Umum ke-13 selepas mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang juga penyandang kerusi tersebut dengan majoriti 5,522.

Masuk PKR, maka dia mungkin dianggap suci sebagaimana Tun Mahathir. Maka sebelum ini cybertroopper HARAPAN yang menyerang dia akan aggap dia hero pula..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 15, 2018 8:12 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



19 Barang Dalam Rumah Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Ada Tarikh Luput
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Perkongsian daripada Impiana kali ini memberitahu anda 20 barangan yang perlu anda tahu akan tarikh luputnya. Mungkin ramai diantara kita yang selama ini tak ambil kisah, tapi artikel ini WAJIB baca sebagai rujukan untuk masa akan datang. Penting tau ni! Antaranya adalah:

1. Bantal - Luput Antara 2-3 Tahun

Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

2. Selipar - Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja

Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak. Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.

via GIPHY

3. Span Mandi - Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja

Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

4. Tuala - Luput Antara 1-3 Tahun

Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru.

via GIPHY

5. Berus Gigi - Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja

via GIPHY

Ini mesti ramai yang buat kan? Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali atau setelah anda baik daripada batuk atau selesema. Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi menguasai berus gigi anda.

6. Hydrogen Peroxide - Luput Dalam Masa 2 Bulan Sahaja

Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif. Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh 1 tahun.

7. Sikat Rambut - Luput Dalam Masa 1 Tahun Sahaja

Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi - Luput Antara 3-4 Tahun

EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

via GIPHY

9. Puting Bayi - Luput Dalam Masa 2-5 Minggu Sahaja

Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

via GIPHY

10. Child Car Seat - Luput Antara 6-10 Tahun

Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.
11. Bra - Luput Antara 1-2 Tahun

Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

via GIPHY

12. Kasut Sukan - Luput Sebaik Struktur Berubah

via GIPHY

13. Rempah-ratus - Luput Antara 1-3 Tahun

Rempah-ratus seperti kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung - Luput Dalam Masa 6-12 Bulan

Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu).

15. Pemadam Kebakaran - Luput Dalam Masa 15 Bulan

Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

via GIPHY

16. Penyambung Elektrik - Luput Antara 1-2 Tahun
17. Penyembur Pembasmi Kuman - Luput Dalam Masa 3 Bulan

18. Pencegah Nyamuk - Luput Dalam Masa 2 Tahun

19. Power Soket - Luput Dalam Masa 4-5 Tahun

Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 15, 2018 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Biar Gambar Berbicara: Bendera Gergasi PAS Berkibar Megah di Laman Sendiri
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

TAHNIAH KEPADA PARA PEJUANG ANSORULLAH

INSYA ALLAH KEMENANGAN MILIK KITA..

Anak Nik Aziz nafi sertai Amanah, tanding DUN Chempaka

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari menjadi tumpuan selepas beliau dikatakan bakal menyertai Amanah dan bertanding DUN Chempaka, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil menafikan "khabar angin" itu.

Nik Omar berkata beliau masih lagi ahli PAS dan tiada rancangan untuk bertanding di kerusi ayahnya atas tiket PKR.
"Setakat ini tidak akan menyertai Amanah dan bertanding," katanya.

Nama Nik Omar disebut-sebut apabila Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya sedang berunding dengan anak kedua Nik Aziz itu membawanya masuk parti.

Wan Rahim berkata Nik Omar mungkin akan dicalonkan di DUN Chempaka jika rundingan berhasil.

Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata Nik Omar belum disahkan secara rasmi akan bertanding sebagai wakil Amanah.

Adiknya, Nik Abduh yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS menafikan Nik Omar akan menyertai parti serpihan PAS itu.

"Tiada rundingan, keluarga kami menafikannya. Ini propaganda untuk pecah-belahkan rakyat Kelantan," katanya.

Note: AMANAH kuat pembohong. Selepas apa pula di dibohongi oleh puak PAN?? Yang kena kencing pengikut HARAPAN. Dosa lagi boleh. Akhirat lagi nak jawab macam mana?

PAS umum Radhi Mat Din calon Pokok Sena

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din diumum sebagai calon muka baharu PAS bagi kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan nama bekas pemain bola sepak kebangsaan berusia 53 tahun itu pada ceramah Gelombang Hijau PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, di Alor Setar malam tadi.

Radhi dijangka menentang Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mahfuz Omar, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz, bekas Naib Presiden PAS, meninggalkan parti itu pada 31 Disember 2017 lepas setelah 34 tahun bersama PAS.

Abdul Hadi turut mengumumkan seorang lagi muka baharu, seorang ahli farmasi Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Kedah yang disandang Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurrazi, 47, diumum sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundur yang disandang Datuk Phahrolrazi Zawawi dari AMANAH.

-Bernama

Penyokong Pas bimbang?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
"

Wajar bimbang dengan perkembangan pertandingan tiga penjuru yang dikatakan pasti berlaku pada PRU 14 ini.

Ini tanda aras politik mantang yang diharap harapkan Presiden Pas datuk Seri Abdul Hadi Awang. selama ini

Sepertimana para sahabat nabi SAW bimbang dengan amalan yang dilakukan tidak akan masuk syurga.

Demikian juga penyokong Pas yang bimbang dengan perkembangan politik sekarang ini, Pas kalah teruk dan buruk.

Lebih lebih lagi pengundi pasti pecah tiga dek pertandingan tiga penjuru antara Pas Umno dan pakatan harapan.

Bagus juga mereka bimbang dan akan berusaha melaksanakan apa sahaja agar pengundi Pas solid pada PRU 14 ini.

Dalam pada itu, tidak dinafikan masih ada pimpin pas yang duduk rasa sedap dan berkata pas boleh menang dan memerintah lima negeri pada PRU 14 yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018 ini.

Negeri Selangor juga dikatakan pas boleh menang dan memerintah berdasar culaan terbaharu.

Kiraan penulis, Selangor cukup payah untuk pas menang dan memerintah. hendak kekal 15 kerusi sedia ada pun sukar, fakta, china sah tak akan beri undi kepada Pas.

Perkara ini juga disebut sebut oleh penyokong Pas Terengganu bahawa Negara kaya rakyat miskin, pas sukar untuk menang atas sebab 32 DUN berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam hal ini, penulis ada menyatakan walapun berlaku pertandingan tiga penjuru pas boleh menang sejumlah 18 kerusi DUN dan kekal empat parlimen.

DUN yang ada potensi boleh menang selain sedia ada, iaitu DUN Jertih, parlimen Besut. Dun Jabi, parlimen Setiu dan DUN Kuala Berang parlimen Hulu Terengganu dan DUN Kemasik parlimen kemaman."
.................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

Warga Klang terkejut didaftarkan sebagai pengundi Kamunting

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

KLANG: Sekumpulan pengundi di Klang, Selangor terkejut apabila mendapati nama mereka tersenarai sebagai pengundi Kamunting, Perak, yang terletak kira-kira 300km daripada tempat tinggal mereka.

Cheong Chee Woh dan isteri, Loo Sook Whai, masing-masing berusia 68, berasa sangat kecewa kerana tidak dapat membuang undi pada 9 Mei nanti.

"Kami tak dapat pergi ke Kamunting. Kami sangat kecewa tidak dapat mengundi," kata Loo, yang tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam 5 pilihan raya umum lepas.

Pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen DAP Charles Santiago turut mengetengahkan nasib 8 warga Klang lain, termasuk seorang pemuda yang tidak pernah berdaftar sebagai pengundi.

Kerusi DUN Kamunting terletak bawah Parlimen Taiping. Kerusi itu disandang wakil rakyat BN, Mohammad Zahir Abdul Khalid yang menewaskan calon PAS, Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz pada pilihan raya lepas.

Pegawai bank T Sargunan berkata dia mendaftarkan dirinya sebagai pengundi pada tahun lepas menggunakan kad pengenalan beralamat Klang.

Pada satu ketika kad pengenalannya hilang dan Sargunan sudah menggantikannya.

"Walaupun alamat di MyKad terterea Klang, saya dapati menurut mikrocip saya menetap di kawasan bernama Medan Saujana di Kamunting. Saya tidak pernah ke Kamunting. Tiba-tiba saya seorang pengundi di sana."

Eugene Oliver, 25, terkejut apabila mendapati dia seorang pengundi Kamunting walaupun tidak pernah berdaftar sebelum ini.

"Ada sesuatu yang tak kena. Macam mana seseorang yang tak pernah berdaftar sebagai pengundi tiba-tiba jadi pengundi?" kata Santiago.

Beliau berkata aduan sama diterima daripada seorang pelajar Malaysia di Rusia, yang berkata dia tak pernah berdaftar sebagai pengundi.

Santiago berkata mengikut Akta Pilihan Raya, daftar pemilih yang sudah diwartakan tidak boleh dipinda sehingga daftar baharu dikeluarkan.

"Saya bukan meminta SPR melakukan pembetulan. Saya minta suruhanjaya tunjukkan bukti mereka yang terkesan ini ada memohon untuk berpindah kawasan atau mendaftarkan diri sebagai pengundi di Kamunting," katanya.

Santiago akan mengheret SPR ke mahkamah jika suruhanjaya itu gagal menunjukkan bukti permohonan pindah kawasan atau pendaftaran.

FMT belum dapat menghubungi Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 15, 2018 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Hormon' Bagi Pokok Berbuah Hingga Patah Dahan, Wajib Cuba Petua Ini
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Bagi yang meminati aktiviti berkebun seperti menanam pokok, pasti menjadi satu kepuasan apabila dapat menuai hasil buah-buahan dari pokok yang ditanam.. Namun, yang sering menjadi masalah apabila pokok yang sudah matang tidak langsung menghasilkan buah walaupun sudah diberikan penjagaan sempurna.

Tips yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah seperti yang tular di laman facebook mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda bagi memastikan pokok yang ditanam mampu berbuah lebat. Mesti rasa seronok kan melihat pokok ditanam berbuah hingga 'patah dahan'.

Jom ikuti tips seperti di bawah ini. Hanya gunakan dua bahan, melibatkan kos yang murah dan mudah dilakukan. Kalau tak percaya, jom lakukan sendiri. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba semua !

Hormon Bagi Pokok Berbuah (Hingga patah dahan)

Bahan-bahan :

2 biji telor
1 botol yakult

Masukkan dan campur kedua2nya ke dlm botol air mineral 500 ml dan goncang. Peram 3 hari.

Untuk semua jenis pokok.
Untuk semburan/spray keseluruhan pokok :
Ambil 2-3 sudu makan campur 20 litre air.

Untuk siraman ke tanah :
Ambil 5 sudu makan campur 20 litre air.

Spray/siram setiap 7 hari.

Untuk lebih jelas, jom kita ikuti video di bawah ini.

Siakapkeli.my

Kepada sesiapa nak travel dengan Air Asia, fikir 6 kali dulu sebab hancur beg saya' - Dato' Ac Mizal

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Selebriti Dato Ac Mizal meluahkan rasa kecewanya dengan perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang didakwa telah merosakkan bagasinya.

Ac Mizal yang terkenal sebagai pengacara program Maharaja Lawak itu telah memuat naik sebuah video ketidakpuasan hatinya di mana bagasi miliknya itu telah rosak (kemek) berpunca dari kecuaian kakitangan Air Asia, ketika dia menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah itu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, Ac Mizal telah membuat aduan mengenai kerosakan bagasinya itu kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Air Asia, malangnya pihak berkenaan tidak membantu dan menyebabkan Ac Mizal terpaksa membeli beg baru.
Dalam kekecewaan itu, turut menimbulkan persoalan ialah, bagaimana bagasinya boleh rosak sedangkan ia telah dibalut dengan plastik lutsinar bagi memastikan bagasinya itu berada dalam keadaan selamat. Namun sebaik saja tiba di destinasi, dia mendapati bagasinya itu sudah kemek.

Meskipun telah membeli beg baru, namun Ac Mizal bimbang adakah begnya itu akan selamat di bawah seliaan syarikat penerbangan itu kelak? Malah, Ac Mizal mewujudkan hashtagnya sendiri untuk Air Asia.
"Hashtag saya untuk Air Asia adalah, 'Murah dan Punah'. Hancur beg. Kepada sesiapa lain kali nak travel dengan Air Asia, fikir enam kali dulu sebab hancur beg saya. Tiada sesiapa yang nak tanggung, kita terpaksa tanggung sendiri.

Ac Mizal juga mempersoalkan video viral di mana kakitangan Air Asia mencium bagasi pelanggan mereka, namun tidak menyangka kejadian yang tidak diingini itu masih berlaku. Ac Mizal turut mempersoalkan bagaimana Air Asia masih mampu merangkul gelaran syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik, sedangkan masalah itu masih lagi berlaku.

"Come on la Air Asia, jangan buat orang macam ni. Hari itu dah pecahkan basikal orang, kemudian cium-cium beg orang. Awak cium beg saya sampai rosak begini? Hancur beg saya.

"Pleaselah Air Asia, saya tak tahu macam mana anda boleh menang the best low cost airlines, saya tak faham. Dulu kena kat orang, saya tak terasa sangat. Tetapi bila terjadi pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana rasa sakitnya. So upset with Air Asia," katanya dalam video tersebut.

Selain itu, seorang lagi penggiat seni, Sammy Ariffin, pernah tular di media luahan ketidakpuasan hatinya terhadap syarikat penerbangan yang sama di mana salah sebuah bagasinya yang berisi kasut yang akan digunakan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang, didapati rosak.

Sedangkan sebelum ini, Sammy telah memeriksa dan memastikan bagasinya berada dalam keadaan baik dan diletak dengan pelekat 'Mudah Pecah'.

Justeru, orang ramai menggesa Tony Fernandes mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu agar tidak berulang kembali kerana ia mampu menjejaskan imej Air Asia.

Tony Fernandes Umum Harga Tiket Murah Ke Semenanjung, Sabah & Sarawak Sempena PRU 14
Ditulis oleh Roti Tisu,
siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tony Fernandes, mengumumkan tiket murah bersempena pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tony membuat pengumuman itu di laman Twitter miliknya sebentar tadi.

"Tiket ke Sarawak pada 8 dan 9 Mei akan menjadi RM120 manakala bagi Sabah RM 199. Ke semenanjug RM 99." tulis beliau.

Tony Fernandes
✔ @tonyfernandes
Fares to sarawak on the 8th and 9th wil be RM 120 to sabah 199. To west malaysia RM 99.

Dalam pada itu, tiket ke Johor Bharu pula akan mengikut paras harga yang sama dari KL.

Difahamkan, harga itu akan mula berkuatkuasa pada Isnin.

Tony Fernandes
✔ @tonyfernandes
Flights from Johor Bahru will follow the same pricing as from KL.

Tony Fernandes
✔ @tonyfernandes
While @AirAsia should not be the only airline doing this we wil help. We will freeze whatever seats we have not sold for day before and say after and put those seats on low fares. And put extra flights . Should be out by Monday.

Tony Fernandes
✔ @tonyfernandes
We are going to delpoy airasia X 330 at times it's not flying. Revenue team working overtime to get this done. Say thanks to them.

Di laman sosial, rakyat Malaysia dilihat bersungguh-sungguh untuk pulang ke kampung halaman sempena PRU 14 ini sehinggakan hashtag #pulangmengundi menjadi popular.

Antara keluhan yang dikeluarkan oleh netizen termasuklah tiada pengangkutan serta harga tiket yang mahal.

Kanak-Kanak Nyaris Maut Ditimpa Almari Hiasan Ketika Sedang Bermain Di Ruang Tamu Rumah
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Dalam satu kejadian yang berlaku di Australia, satu klip video rakaman kamaera litar tertutup (CCTV) telah tersebar yang menunjukkan seorang kanak-kanak nyaris-nyaris dihempap oleh almari, sekali gus mencetuskan amaran kepada ibu bapa mengenai keselamatan kanak-kanak semasa di rumah.

Dalam rakaman tersebut, sebuah almari besar secara tiba-tiba menjadi tidak stabil ketika kanak-kanak tersebut menarik pintu laci almari tersebut, dan nyaris menghempap kanak-kanak tersebut namun dia sempat berundur beberapa langkah.

Dalam klip video yang sama, terdapat seorang kanak-kanak lain yang turut leka bermain tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan, namun keadaan mungkin berbeza sekiranya kanak-kanak tersebut tidak sempat berundur daripada almarai yang sedang terbalik itu.

Sejak 2001, Australia mencatatkan sebanyak 22 kes kanak-kanak di bawah usia 9 tahun meninggal dunia akibat ditimpa perabot dan televisyen. Manakala kanak-kanak di bawah usia 3 tahun dilihat yang paling berisiko untuk mendapat kemalangan di dalam rumah.

Selain mendatangkan kecederaan, almari besar juga jika menimpa kanak-kanak yang secara logiknya masih lemah boleh menyebabkan mereka terperangkap di bawahnya dan mengalami sesak nafas, jika tiada yang menyedari perkara tersebut berlaku.

Homesafe Kids dalam satu kenyataan menggesa ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati dan memeriksa perabot di rumah terutamanya perabot yang tidak stabil dan mudah terbalik walaupun lacinya ditarik oleh seorang kanak-kanak.

Pertubuhan tersebut turut menambah bahawa kanak-kanak di peringkat awal umur memang gemar untuk memanjat yang menjerumus diri mereka ke dalam bahaya yang tidak diingini.

Jika sesuatu perabot tersebut tidak stabil, adalah dinasihatkan agar ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga seperti menambat almari tersebut pada dinding, selain memastikan tiada barangan yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk memanjat seperti permainan diletakkan di ruang terbuka atas almarai.

Sumber : Dailymail

Polis siasat kes pertama bawah Akta Antiberita Tidak Benar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Mesej viral mengatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan memberi bantuan di beberapa pasar raya, semalam, menjadi kes pertama disiasat polis mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan kelmarin.

Mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan sehingga RM200 di Pontian dan beberapa daerah lain viral di media sosial, menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut di beberapa pasar raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pada jam 10 pagi kelmarin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menerima maklumat kehadiran orang ramai di pasar raya Econsave Pontian selepas mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan menjadi viral.

"Hasil siasatan mendapati mesej itu adalah palsu dan penyebaran maklumat seumpama itu turut dikesan di beberapa lokasi lain di negeri ini.

"Berikutan itu, kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

"Seseorang itu juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan bersalah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Orang ramai menyerbu pasaraya Econsave di Pontian setelah tularnya berita bahawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikatakan akan membelanjakan sejumlah wang kepada rakyat yang berada di Econsave semalam. - Foto Ihsan Enconsave

Mohd Khalil berkata, selain itu, polis Johor menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun.

Beliau berkata, jika kesalahan itu masih diteruskan selepas disabitkan bersalah, seseorang itu boleh didenda sehingga RM3,000 selama kesalahan masih berlaku.

Berikutan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai menyemak kesahihan berita dan jangan mudah percaya apa yang diterima di media sosial.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, pengendali media sosial atau portal berita yang menulis dan menyebarkan laporan palsu, menyakitkan hati, jelik atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 15, 2018 8:14 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lima Jenis Calon PRU Perlu Ditolak Umat Islam!

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Khairul Azmi Ismail menyampaikan lima pesanan kepada seluruh umat Islam yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Menurut beliau, pesanan itu amat penting untuk dipegang oleh umat Islam dalam membuat penilaian terhadap parti dan calon yang bakal bertanding di kawasan masing-masing pada 9 Mei 2018.

Beliau memberi pesanan kepada umat Islam supaya berwaspada dengan calon PRU14 seperti berikut:

– Calon-calon liberal dan pro liberal.

– Calon-calon sekular dan pro sekular.

– Calon-calon anti hadith dan pro anti hadith.

– Calon-calon anti syariah dan mahkamah syariah.

– Calon-calon yang terlibat dengan rasuah.

"Pilihlah calon-calon dan parti yang bersih dari semua penyakit-penyakit di atas," pesan beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun tidak menyebut secara langsung calon atau parti dimaksudkan, umum mengetahui dengan jelas ia ditujukan keatas Pakatan Harapan.

Ie berikutan Pakatan Harapan turut dibarisi oleh parti DAP yang sering membantah syariat Islam dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gemar memperlekehkan hadis.

Beberapa tokoh Islam pernah menyenaraikan fakta mengapa DAP boleh dianggapi sebagai parti anti-Islam.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia pula pernah mengeluarkan hujah agama yang memperlekehkan sunnah nabi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula terpalit dengan skandal rasuah banglo mewah dan terowong dasar laut. – Mynewshub.cc

HANYA SATU RENONGAN UNTUK DI FIKIR-FIKIR......
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Masih Relevenkah PAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama sudah tidak menjengah ke ruangan ini. Tiada apa yang istimewa tentang politik Malaysia. Isunya masih seperti dahulu. Ramai yang keliru dan semakin keliru. Tidak pasti apa yang mereka perjuangkan.

Kepada penyokong dan pendokong PAS masih istiqamahkah anda? Masih setia? Mengapa anda masih setia dengan PAS? Kerana dasarnyakah atau kerana pemimpinyakah?

Bagi saya, saya hanya yakin dan percaya dengan sepenuhnya bahawa dalam dunia ini hanya ada dua sistem politik iaitu Islam dan bukan Islam.

Sejak sekian lama PAS diasaskan dan ditubuhkan berlandaskan Islam.Justeru mengapa kita mahu kepada pertubuhan politik Islam lain yang muncul selepas PAS? JIka pertubuhan bukan politik ((NGO) saya mungkin bersetuju dengan kehadiran mereka namun jika pertubuhan politik islam lain yang muncul selepas parti Islam PAS ditubuhkan saya kira yang menyokongnya amat terkeliru.

Untuk apa pula kita mahu kepada parti-parti politik berlandaskan sekularisme yang lain selepas UMNO? Untuk keadilan? Untuk ketelusan?Siapa boleh bagi jaminan pemimpin-pemimpin yang menang melalui parti-parti terpilih itu tidak reti menyeleweng dan khianat selepas berkuasa.

Secara logiknya, kebangkalian pemimpin atau wakil yang berpegang atas prinsip agama untuk khianat dan menyeleweng adalah lebih kecil. Atas perinsip tersebut saya kira saya lebih sukakan PAS.

Pemimpin datang dan pergi. Tiada apa yang perlu digusarkan. Jika hari ini kita rasa tidak selesa dengan corak pimpinan sekarang itu tandanya pemimpin itu bekerja. Biar apa corak sekalipun selagi tidak bercanggah dengan dasar dan aspirasi parti kita perlu setia sehingga ada asas yang jelas bahawa dasar parti yang berlandaskan syariat itu sudah berubah seperti perinsip parti-parti lain.

Adat pertandingan dalam jamaah sejajar dengan demokrasi yang kita persetujui sememangnya akan ada yang menang dan kalah. Buangkanlah ego. Kalah ertinya kita tidak terbeban dengan tugas-tugas yang berat untuk dipikul sebaliknya jadikanlah kekalahan itu sebagai satu peluang untuk kita berdamping dengan akar umbi. Selami hati budi mereka dan sampaikan mesej yang benar mengapa politik Islam perlu ditegakkan.

Kepada penyokong dan pendokong PAS termasuk pejuang maya, jadikan diri anda Daie yang tujuan berpolitik adalah untuk mencari keredhaan. Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat. Teruskan perjuangan biarpun hanya kelompok kecil yang berpihak kepada anda. Jaga lidah, hindari kata-kata kesat caci maki. Bezakan diri anda dari mereka. Jaga akhlak Islam.Kalah menang bukan alasannya..Jangan sesekali mengambill tugas Allah, kerana yang memberi hidayah hanyalah Allah SWT. Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Ini Ke Calon-Calon Parti Berbilang Kaum?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


SATU senarai calon-calon DAP kerusi negeri Selangor yang tersebar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini menunjukkan hanya dua nama Melayu yang tersenarai.

Dua calon tersebut tersenarai di Kampung Tunku (Jamaliah Jamaluddin) dan Dusun Tua (Edry Faizal), selebihnya majoriti Cina dan dua lagi berbangsa India.

Senarai ini menunjukkan realiti DAP yang dikuasai Cina dan orang Melayu hanya dijadikan tempelan.

DAP sendiri mengakuinya apabila mengatakan menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik orang Melayu mengundi Pakatan Harapan.

Walaupun terus mendakwa parti mereka parti berbilang kaum, DAP tidak boleh lari dari realiti sebenar yang membuktikan parti itu ialah parti Cina sepenuhnya.

Pemimpin Melayu sendiri tidak dapat bertahan lama dan akhirnya tersingkir apabila tiba masanya.

Ini terjadi semasa pemilihan jawatankuasa tertinggi kepimpinan DAP pada 2017, yang mana tidak ada seorang pun pemimpin Melayu terpilih, kecuali Zairil Khir Johari yang kemelayuannya dipersoalkan.

Tidak dipersoalkan langsung pada masa itu kenapa tidak ada pemimpin Melayu dalam barisan kepimpinan DAP, sedangkan sebagai parti yang mengaku berbilang kaum, komposisi pemimpin parti mesti mencerminkan realiti rakyat Malaysia..

Berikut senarai beberapa calon DAP Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14

1. DUN Subang Jaya : Michelle Ng
2. Kinrara : Ng Sze Han
3. Bandar Utama : Lim Yi Wei (Baru)
4. Subang Jaya : Michelle Ng (Baru)
5. Kg Tunku : Jamaliah Jamaluddin (Baru)
6. Teratai : Lai Wai Chong (Baru)
7. Dusun Tua : Edry Faizal (Baru)
8. Pandamaran : Tony Leong (Baru)
9. Bandar Baru Klang : Teng Chang Khim
10. Kota Kemuning : Ganabahty Rao
11. KKB : Lee Kee Heong
12. Balakong : Ng Tian Chee
13. Seri Kembangan : Ean Yong Hian Wah
14. Bukit Gasing : Rajiv
15. Sekinchan : Ng Suee Lim

Calon Melayu digunakan untuk merampas kerusi yang diwakili parti Melayu, untuk menjadikannya kerusi milik parti Cina.

Di Dun Dusun Tua, calon Melayu DAP boleh menyebabkan kerusi itu jatuh kepada DAP dan terikat pada dasar DAP.

Di negeri tertentu seperti Perak, DAP dijangka meletakkan calon Melayu untuk dicalon sebagai menteri besar, bagi membolehkan DAP menggunakan "remote control" terhadap menteri besar.

Penggunaan logo PKR dan bukan roket DAP lebih memudahkan untuk mengaburi mata orang Melayu. -Kedahnews.com

Kerajaan lebih menindas jika Najib menang, kata badan pemikir AS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Badan pemikir AS Majlis Hubungan Luar (CFR) menjangkakan Malaysia akan menjadi negara yang lebih "menindas" sekiranya Datuk Seri Najib Razak dan BN menang lagi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Jika Najib dan pakatannya menang dalam pilihan raya ini - terutama jika menang dengan majoriti besar - mereka akan memerintah Malaysia dalam era yang lebih menindas.

"Najib menggunakan kuasanya secara menindas pada penggal sebelumnya, jika diberi satu lagi penggal dia boleh mengubah Malaysia ke arah negara seperti Turki atau negara lain yang lebih autoritarian," kata Joshua Kurlantzick, pegawai CFR untuk Asia Tenggara dalam tulisan di blog.

Kurlantzick juga percaya kemenangan besar BN tidak menjamin pengukuhan golongan konservatif dan Islamis di Malaysia.

"Jika Najib tidak menang besar, PAS tidak begitu berupaya membuat tuntutan daripada kerajaan baru.

"Namun jika Najib tidak menang besar, dan perpecahan PAS daripembangkang menjadikan faktor kemenangan Najib, PAS dan sekutu Islamisnya akan boleh membuat tuntutan daripada kerajaan baru," katanya.

Menurut Kurlantzick lagi, sekiranya pakatan pembangkang yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad menang dalam PRU kali ini, ia akan menjadi kejutan besar, terutamanya apabila pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara.

Tambahnya, meskipun pembangkang mendapat sokongan pada 2013, ketidakpuasan hari rakyat dengan skandal 1MDB, selain dakwaan rasuah dalam kerajaan, serta kos hidup yang tinggi, Najib dan BN masih dijangka akan menang.

"Mahathir masih tidak begitu dipercayai oleh segelintir pihak dalam pembangkang, dan dia tidak mampu memotivasikan pakatan pembangkang sebagaimana Anwar pernah lakukan.

"Kerajaan Najib pula telah menggunakan bajet pra-pilihan raya yang besar untuk menarik pengundi, yang dianggap perkara biasa di Malaysia.

"Di bawah peraturan pilihan raya baru, lebih banyak kawasan yang terlibat berbanding pilihan raya lalu, yang mencairkan lagi sokongan pengundi bandar yang cenderung menyokong pembangkang," katanya.

Perundangan Syariah Tiada Tempat Dalam Manifesto Pakatan Harapan
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot
Perundangan Syariah Tiada Tempat Dalam Manifesto Pakatan Harapan

Seperti yang dijangka, barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang diketuai DAP secara terang-terangan menolak sebarang usaha memperkasakan perundangan syariah yang menjadi kebanggaan masyarakat melayu Islam di Malaysia.

Malaysia jelas satu-satunya negara yang mempunyai dua sistem undang-undang yang unik iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah.

Namun, usaha untuk memartabatkan dan memperbaiki kelompongan undang-undang syariah ini dipandang sepi oleh Pakatan Harapan.

Ia dapat di lihat menerusi manifesto Pakatan Harapan yang TIADA satu pun perkataan "perundangan Syariah" tercatat dalam manifesto mereka.

Yang ada hanyalah janji mahu menyemak elaun dan gaji hakim2 termasuklah di mahkamah syariah.

Ianya dilihat hanya sekadar gula2 yang diharapkan dapat membisukan hakim2 syarie dan kakitangan mahkamah syariah.

Apa yang dikehendaki adalah meningkatkan bidangkuasa mahkamah syariah yang tidak di semak sejak 30 tahun lepas.

Perkara tersebut tidaklah menghairankan kerana Pakatan Harapan ditunjangi oleh puak-puak liberal dan sekular yang sememangnya mahu semua perkara yang bersangkutan dengan agama Islam dihapuskan.

Klimaks penentangan ini dapat dilihat dengan jelas apabila Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta 355 melalui usul persendirian.

Ketika itu, kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan khususnya yang bukan beragama Islam menentang cadangan pindaan tersebut yang kononnya adalah pintu belakang bagi pelaksanaan hukuman hudud oleh PAS.

Tidak cukup dengan itu, Ahli Parlimen Bukan Islam mereka secara jelas memperlekehkan amalan penganut Islam yang selama ini bebas di amalkan di Malaysia.

Antara usaha mereka yang dapat dilihat dengan jelas adalah menghapuskan tulisan jawi di papan tanda jalan, menghalang laungan azan melalui pembesar suara, melarang penggunaan pembesar suara ketika ceramah agama, mahu kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, mempromosikan pesta arak dan banyak lagi.

Barisan kepimpinan mereka seperti Rafizi Ramli, Charles Santiago dan Khalid Samad turut konsisten menyerang institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

Setiap isu yang bersangkutan dengan agensi Islam akan diberikan liputan media secara besar-besaran oleh media online milik mereka seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan The Malay Mail Online.

Liputan ini jelas bertujuan mahu memburukkan imej institusi Islam dan akhirnya dapat mempengaruhi masyarakat Malaysia termasuk orang Islam.

Justeru, masyarakat Islam Malaysia seharusnya bijak memilih pemimpin yang mampu mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa serta menolak barisan kepimpinan yang bencikan sebarang usaha memartabat agama Islam di negara ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=356897501476377&id=283966468769481

Koleksi Kenyataan/Ucapan Yang Menghina Islam, Mengelirukan Rakyat Mengenai Islam Dan Menghalang Perkembangan Islam Di Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Melihat politik semata-mata berorientasikan isu. Bukan kepada dasar ideologi yang menjadi latar penentu kepada sesebuah parti politik. Contohnya, ramai yang suka bicara berkenaan masalah ekonomi, lantas menekankan soal rasuah sebagai punca kemalangan ekonomi. Kita tidak nafikan itu antara puncanya. Namun kita perlu sedar bahawa faktor utama jahanamnya ekonomi negara kerana dasar kapitalisme yang diamalkan selama ini. Dasar percukaian dan penswastaan amat memberi laluan kepada politikus dan kapitalis mengamalkan kronisme sesama mereka. Dari ruang itulah munculnya rasuah yang disebut-sebut oleh ramai orang.

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -
(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.
Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -
(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa

kini."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

..(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.."
"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata:"Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. "Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali," katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

a.. Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
Allah swt." (al-An'am:57)

b.. Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

c.. Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

d.. Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

e.. Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi
orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

a.. Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

b.. Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat….mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

a.. Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)

b.. Rasullullah bersabda:

c.. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"

d.. "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi

e.. "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

a.. JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.

MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM

Dr Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?

UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

Note: Artikel Flash back ini menjawab tulisan terbaru Mahathir "Saya Islam" dia tulis bagus tapi dia lawan apa dia tulis. Ini kira putar belit hebat untuk membodohkan pembaca.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 15, 2018 8:14 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Selalu Guna 'Aircond' Untuk Bagi Anak Tidur Selesa, Akhirnya Jadi Salah Satu Penyebab Pheumonia'' Ibu Cerita Apa Terjadi Kepada Anaknya
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Untuk mengelak dari cuaca panas, kebanyakan rumah memasang pendingin hawa atau 'aircond' terutamanya di kamar tidur. Tambahan pula, jika mempunyai anak kecil pasti ibu bapa menginginkan bayi mereka tidur dengan selesa tanpa rasa panas. Namun tanpa sedar, tahukah anda sedang membahayakan kesihatan anak-anak?

Apa yang dikongsikan oleh Zia Saad melalui laman facebooknya ini diharap dapat dijadikan peringatan untuk ibu bapa di luar sana. Bayi kecil ini terpaksa menjalani pembedahan kerana disebabkan satu penyakit yang dibawa oleh udara yang tidak bersih. Hampir setiap malam tidur dalam aircond, habuk yang terkumpul di dalamnya disedut ke dalam paru-paru anak yang masih bayi. Kasihan.

Untuk lebih jelas, mari kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Jangan ambil mudah untuk servis aircond anda selepas ini. Semoga dapat dijadikan pengajaran buat semua.

Hari nie kan, Zia rase nak sharelah about salah 1 jenis penyakit kanak2 yang puncanya memang kita sebagai parents ambil mudah sangat.. Ambil mudah bukan sebab kita tak peduli, tapi sebab kita tak tahu..Ye lah sape2 pon kalau dah tahu mesti cegahkan, sape nak anak sakit..

Puncanye dari yang kita tak perasan, AIRCOND...Yes, aircond kat rumah kita tu.. yang kita pasang everyday untuk anak2 kita tidur dengan selesa and aman.. Tp kita tak sedar kita tengah bahayakan anak2 kita... Penyakit nie dipanggil PNEUMONIA.. Penyakit ni tak lah seratus peratus berpunca dari aircond, tapi salah 1 diantaranya..

Kalau dah everyday kita hadap aircond pada anak2 kita tengah tidur, bukan utama pon boleh jadi punca yang sangat besarkan?? Pneumonia adalah penyakit berkaitan hati / paru2.. Zia terpanggil untuk share sebab terbaca kisah kanak2 nie yang kena penyakit nie dan disahkan doc sendiri..

Adik Am nie sejak kecil dah didedahkan dengan aircond,ye lah cuaca kat negara kita panas,mesti parents nak yang terbaikkan..Tapi pada usia 10 bulan adik Am mula demam-demam, sesak nafas + batuk.. Ingatkan demam & batuk biasa-biasa,tapi sudah berulang alik ke klinik masih tidak sembuh.. Akhirnya di masukkan ke wad Paedeatric KPJ.

Dr. Pakar Paedeatric mula sahkan adik Am menghidap penyakit PNEUMONIA & BRONCHOLITIES. Lebih teruk dari itu, penyakit Adik Am menjadi semakin kompleks iaitu LYMPH NODES MEMBENGKAK sehinggakan terpaksa dilakukan pembedahan 3 tempat di lehernya..

Parents memang tak terkata apa2.. Penderitaan kita sebagai parents bila lihat anak2 kita jadi macam nie takde siapa boleh suscribe.. Dr. cuba siasat punca. Soalan demi soalan Dr. bertanya latar belakang keluarga, persekitaran dan gaya hidup.

Akhirnya apa yang Dr. boleh analisis ialah, salah satu puncanya adik Am terdedah kepada cuaca yang tidak bersih yang mengandungi bakteria.

Dr. Paed bertanya : Tidur dalam air-cond ke? Adakah dia terdedah dengan cuaca luar seperti shopping complex?

Ibu/Abah Adik : Ye Dr. setiap malam mesti dalam air-cond. Tak boleh ke Dr. Bahaya ke guna air-cond?

Dr. Paed : Begini, menggunakan air-cond sebenarnya lebih baik dari kipas, kerana air-cond mengeluarkan udara yang sudah di tapis melalui filter. Cuma masalahnya ialah kita tidak menyelenggara (service) air-cond rumah kita, menyebabkan air-cond menjadi tempat accumulate bakteria.

Maka angin yang keluar itu dipenuhi dengan bakteria dan kita sedut. Tambah pula bayi bawah usia 2 tahun yang mempunyai daya ketahanan antibodi yang ditahap paling minimum lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit yang dibawa oleh bakteria dalam udara.

Kalau dah jadi macam nie sesal pon tak gunakan.. Anak dah terpaksa dibedah pun.. Masalah yang sangat simple, tapi kita ambil remeh.. Anak2 kita yang tanggung..

Air-cond WAJIB DISERVICE paling kurang sekali setahun WALAUPON IANYA MASIH SEJUK..
Kerana Coil Evaporator yang ada dalam unit indoor aircond dipenuhi dengan habuk yang mengumpul segala debu & bakteria. Dan udara itulah yang kita sedut dan masuk dalam paru-paru kita & lebih bahaya anak-anak.

Servis aircond kita bukan setakat cuci filter luar tu je, kita kene panggil pakar service untuk service dengan betul, bukak 1-1 part aircond tu and basuh menggunakan bahan chemical yang khas..

So dear parents, plz take note ok... Panggillah pakar service aircond anda if aircond korang dah lama gila tak service, tah2 tak ingat pon bila last tarikh servicekan..

Siakapkeli.my

''Stress Punca Ramai Wanita Malaysia Derita Kanser Di Usia Muda'', Lelaki Ringankanlah Beban Isteri, Nasihat Wanita Ini Buat Semua
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Apabila diperhatian pada zaman sekarang, wanita memikul beban sama malah lebih lagi daripada lelaki. Walaupun kadangkala tidak terlihat secara fizikal, tapi dari segi emosi mereka menangung tekanan atau stress dari keadaan sekeliling. Sebagai contoh, di tempat kerja mahupun menguruskan keluarga. Selalunya wanita kelihatan kuat kerana mereka lebih memilih untuk memendam. Begitulah.

Namun, tahukah anda, stress dalam kalangan wanita adalah salah satu punca utama mereka menghidap kanser? Sel kanser akan mudah menyerang apabila wanita itu berada dalam keadaan murung dan murung berpunca dari rasa stress yang menekan. Mungkin anda tidak sedar, ramai dalam kalangan wanita Malaysia yang menderita kanser di usia muda.

Apa yang dikongsikan oleh Sri Diah Shaharuddin melalui laman facebooknya seperti di bawah ini wajar dijadikan renungan oleh semua di luar sana. Adakah anda tergolong dalam kalangan wanita yang selalu menghidapi stress hingga kadang rasa seperti tak tertanggung?

Wanita, belajarlah untuk menangani stress. Lelaki sayangilah wanita anda, bantulah mereka meringankan beban emosi yang ditanggung, usah ditambah. Semoga bermanfaat.

Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati.

Perhatikan angka-angka ini:

S - 33 tahun - kanser payudara
M - 32 tahun - kanser payudara
M - 35 tahun - kanser servik
E - 33 tahun - kanser kelenjar
Z - 44 tahun - kanser hati & servik
M - 40 tahun - kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus.

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.

Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Dr Zubaidi Hj Ahmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 15, 2018 8:15 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Azmin Ali betul, AMANAH (Pan) & BERSATU Tak ada kemampuan untuk menang di Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Pertelingkahan antara Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim bukan lagi menjadi rahsia Pakatan Harapan.

Azmin mendakwa AMANAH berbohong (AMANAH tidak Amanah) apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.

Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor. Selepas itu bertubi-tubi pimpinan PKR menyerang Amanah (PAN).

Mahathir, Wan Azizah dan Lim Kit Siang diam melainkan menjawab pertanyaan wartawan. Hanya Mat Sabu mengeluar kenyataan meminta jangan berbalah diluar.... balahlah dalam "kelabu".

Maszlee Malik perancang IKRAM dalam AMANAH (PAN) antara lain berkata ramai yang kecewa dengan pertelingkahan terbuka di kalangan pemimpin HARAPAN berkaitan rundingan kerusi, malah ada yang hilang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk mentadbir negara.

Ppergeseran dalam Pakatan Harapan (PH) di Selangor berlaku disebabkan PKR yang dipimpin menteri besar Mohamed Azmin Ali (bukan Wan Azizah dan geng Rafizi) tidak yakin pada Amanah dan Bersatu dalam membantu mengekalkan kerajaan negeri pada PRU-14 nanti.

Jika Amanah (PAN) dan Bersatu bertanding di 20 kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU13 lalu, PKR mempercayai mereka semua akan kalah dan ini membuatkan kedudukan kerajaan Selangor akan tergugat. Anda boleh baca di sini, lebai dah menulis sebelum ini.

Boss Ilham Centre (pengerusi eksekutif), Mohamad Hisomuddin Bakar (ini bukan macai, tapi penyokong kuat Amanah. Dia tak menjadi ahli Amanah demi menjaga kredibiliti kajiannya tidak macam Dr Mazlan Ali) berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin kepada Amanah (pan) dan bersatu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.

"Apabila kajian visibility (ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi. [Note: Ini bukan kajian PAS]

"Jadi mereka membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi," kata Boss Ilham Centre.

Mengikut "roadmap" itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang. Jadi tinggal 10 kerusi sahaja yang akan diagihkan kepada AMANAH (PAN) dan BERSATU.

Agaknya berapa AMANAH (pan) akan dapat?
Parti 'hamba abadi' DAP dalam HARAPAN, rasanya 2 - 3 kerusi di Selangor sudah cukup.
Itu sebab Izham Hashim kata Azmin BADUT (JOKER) tak layak jadi MB!

Kata Hisomuddin lagi, kelemahan utama Amanah (PAN) sekarang adalah gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum. "Bagi saya ini antara kelemahan Amanah. Padahal mereka tidak kurang hebatnya tetapi tidak kelihatan di bawah apabila kajian dibuat kerana masalah dalaman mereka sendiri".

Masalah Dalam Amanah (PAN) jika tidak diselesaikan akan menyebab Amanah akan berkubur?
Ini lebai akan menulis khusus dengan terperinci melalui maklumat dalaman serta kajian mereka yang lebai dapat. Tak perlu percayai kepada lebai sehingga lebai menulis. Harap bersabar!

Baru-baru ini Amanah buat poster forum dengan Hisomuddin dengan kata-kata "2 kajian PRK sebelum ini 100% tepat". Kalaulah mereka mengimani kajian Ilham Centre, maka kenyataan Hisomuddin berkenaan kajian visibility yang AMANAH (PAN) dan BERSATU gagal harus juga diimani.

Paling lucu, apabila Zul Sulong menggunakan data kajian Dr Mazlan Ali sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding dalam PRU-14 nanti sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.

Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Tapi Azmin dan PKR tak percaya dengan kajian ini. Lebai bersetuju dengan Azmin bahawa kajian Dr Mazlan Ali boleh dibakulkan kerana Dr. Mazlan Ali sendiri adalah ahli Amanah bernombor 010000185, sudah pasti dia sendiri tiada integrinti dalam membuat kajian. Sepatutnya Dr. Mazlan belajar dengan Hisomuddin, walaupun dia pro AMANAH tapi dia tak mendaftar menjadi ahli. Ini baru boleh dimana sebagai 'harumanis'.

Kenapa Kajian Dr. Mazlan Ali boleh dibakulkan.

Lebai bagi satu perbandingan mudah sahaja. Walaupun tak tepat tapi sudah cukup untuk membuka minda kita supaya kita tak mudah diperbodohkan oleh orang yang ada sijil cerdik.

Ahli parti Amanah Selangor terkini ialah 7,866 orang manakala ahli PAS Selangor terkini adalah 80, 345 orang.

Satu, betul atau tidak 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti PAS? Kalau kita anggap semua 7,866 orang ahli Amanah itu semuanya berasal daripada PAS, baru 9.7%. Mana Dr. Mazlan Ali dapat angka 35%? Mungkin dia ambil ruang sample yang kecil, kubu kuat Amanah dia buat kajian. Macam orang ambil lubuk ikan kemudian buat kesimpulan bahawa sungai ini semuanya dipenuhi dengan 35% ikan. Sangat lucu.

Dua, 10% ahli PAS adalah Pro-Amanah. Ini pun lucu juga. Sepatutnya Dr. Mazlan kena buat "action research". Lebai beri contoh, Dr Mazlan ini dia juga mengajar sebagai ustaz di masjid. Semasa dia mengajar ramai yang tertidur. Kita mungkin buat anggap pendengar kurang tidur. Jadi diminta pendengar basuh muka dengan air. Tapi selepas basuh muka pendengar masih tidur juga. Mungkin ada faktor lain menyebabkan mereka tidur. Jadi kena buat "action" lagi.

Dalam PAS ada ramai ahli yang ber'fikrah' politik seperti Amanah. Adalah dengan berfikrah seperti Amanah sehingga ada 100% itu dianggap "harumanis" dan akan mengundi Amanah pada PRU-14 nanti. Satu kesimpulan yang sangat dangkal. Lebai bagi satu contoh yang berfikrah Amanah 100% ialah YB Dr. Abd Rani Osman Adun Meru. Adakah Dr Rani akan mengundi Amanah PRU-14 nanti?

PAS kena hormat mereka yang berfikrah seperti Amanah (pemikiran politiknya) dan itu memberikan kebaikan dalam PAS apabila menentukan sesuatu keputusan.. Jika kita label yang berfikrah Amanah itu PAN maka suka benarlah PAN kerana boleh dapat ahli lagi kerana PAS pulau ahlinya sendiri. PAS tak bodoh dalam hal ini.

Lebai sendiri pun banyak juga pandangan politik bersamaan dengan pandangan politik pimpinan Amanah. Adakah dengan itu lebai akan mengundi PAN pada PRU-14 nanti... Tergolek lebai gelak jika itu justifikasinya.

Oleh kerana panjang sangat ulasan ini, lebai berhenti dulu setakat ini. Nanti lebai akan sambung lagi pasal kononnya sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, Ilham Centre ada beberapa kajian dan kajiannya bercanggah antara satu sama lain kenapa dan mengapa. Sifat individu dan keakuan dalam HARAPAN menyebabkan mereka tidak bersatu dalam menentang BN. Malah faktor ini membuatkan mereka bercakaran satu sama lain dan beberapa faktor lagi. Berikan kekuatan untuk lebai menulis. Insya-Allah lebai kan mengulas dan pembaca boleh berfikir dan mencari kebenaran.

Jangan mudah kita kena tipu oleh mereka yang ada sijil cerdik.

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Kecoh di Tumpat bantah gugur calon, penyokong serah memo, tutup markas Pas
kedahlaniie.blogspot

Keputusan Pas tidak memberi ruang kepada Mohd Zaki Ibrahim bertanding semula pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyebabkan 200 penyokongnya menyampaikan memorandum bersolidariti dengan beliau kepada Menteri Besar.

Ada juga penyokong yang lari meninggalkan parti itu sambil membuang papan tanda pada markas mereka.

Pengerusi Pergerakan Prihatin Rakyat Kelaboran, Mohd Syafie Abdullah berkata, memorandum itu sebagai tanda sokongan padu kepada Mohd Zaki yang layak diletakkan sebagai calon Dun Kelaboran pada PRU14 ini.

"Saya telah menyerahkan memorandum itu kepada Menteri Besar pada jam 4.05 petang semalam bersama kira-kira 200 orang penyokong Mohd Zaki," kata Syafie seperti dilaporkan Sinar Harian.

Keratan dari satu video yang disebarkan… petugas Pas membuang papan tanda markas.

Di Unit Peti Undi Tanjung Kuala, Kelaboran, sekumpulan petugas Pas telah membuang penanda markas itu sambil menjerit "Allahu Akbar".

Video mengenainya kini tersebar merata-rata dalam laman sosial.

Menurut sumber di sana, ramai petugas parti mula meletakkan jawatan ekoran apa yang berlaku.

Sebelum itu Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh Pas Pusat nama beliau antara yang direhatkan.

"Mohd Zaki antara senarai nama yang direhatkan dalam PRU14 ini, beliau bukan digugurkan tetapi direhatkan…dan apa yang dilakukan untuk kebaikan beliau.

Zaki dikatakan orang Husam dan digugurkan dari menjadi calon.

"Keputusan dibuat oleh jemaah dan saya perlu akur dengan keputusan itu," katanya.

Tindakan 'merehatkan' Zaki itu menimbulkan kemaran kerana beliau masih muda dan penuh tenaga berbanding pimpinan parti sendiri.

Mohd Zaki Ibrahim, sejak muncul parti AMANAH dikaitkan dengan kumpulan pimpinan Pas yang cenderung kepada parti baharu itu dan digelar harumanis.

Nama beliau juga dikaitkan dengan kumpulan 10 Adun yang dikatakan akan bersama Husam Musa semasa bekas tokoh Pas itu menyertai AMANAH lebih setahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan khabar angin seperti itu dan menyatakan tetap istiqamah dengan Pas.

Peguam gesa SPRM siasat Najib kerana rasuah pilihan raya
kedahlaniie.blogspot.

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mendakwa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak melakukan rasuah apabila memberi kad bantuan teksi 1Malaysia kepada pemandu teksi dan menjanjikan kenaikan gaji kepada penjawat awam sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-14.

Peguam itu merujuk beberapa laporan yang memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa sebagai berkata bahawa kerajaan sementara hanya boleh meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini sehingga hari mengundi.

Oleh itu, peguam itu berkata, melainkan jika ia diluluskan oleh kabinet atau diumumkan dalam belanjawan negara dan diluluskan parlimen, kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa membuat janji atau memberi hadiah kepada sesiapa pun, sama ada orang awam atau sektor swasta.

Haniff, yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes berprofil tinggi, menjelaskan bahawa Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Peguam itu menjelaskan bahawa pemberian hadiah untuk mendapatkan undi bagi tempoh antara hari penamaan, 28 April hingga hari mengundi, 9 Mei merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Namun katanya jika perbuatan itu dilakukan sebelum hari penamaan, tindakan sedemikian mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mengikut Seksyen 17 (b) akta itu, Haniff berkata adalah suatu kesalahan bagi seseorang memberi hadiah untuk tujuan mendapatkan sesuatu.

"Oleh itu, Najib tidak boleh berbuat sesuatu yang sama seperti rasuah dan SPRM harus memantau dan mencegah amalan sedemikian dengan segera," katanya dalam tulisan di blog.

Beliau berkata sejak parlimen dibubarkan, Najib terlibat dalam dua kesalahan rasuah apabila membuat dua pengumuman.

"Pada 4 April, dua hari sebelum pembubaran, beliau mengumumkan bonus dan kenaikan gaji untuk 1.6 juta penjawat awam.

"Semalam, seminggu selepas pengumuman pembubarkan Parlimen, 67,000 pemandu teksi menerima kad bantuan teksi 1Malaysia di bawah inisiatif Teksi 1Malaysia," katanya yang mendesak SPRM menyiasat perdana menteri sementara itu kerana kesalahan rasuah.

Rafidah minta LHDN jelaskan kedudukan derma lebih RM2 bilion diterima Najib
kedahlaniie.blogspot
MALAYSIA DATELINE

Dalam surat terbukanya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Tan Sri Rafidah Aziz meminta ajensi tersebut menjelaskan mengenai kedudukan derma melebihi RM2 bilion yang diterima Perdana Menteri (PM) Najib Razak yang didakwa daripada Putera Saudi.

Beliau berkata, LHDN perlu menjelaskan perkara tersebut kepada beberapa pihak yang sangat ingin tahu dan juga kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Kata beliau, antara perkara yang perlu dijelaskan ialah:

1. Adakah derma yang diberikan kepada Perdana Menteri, dan dipindahkan ke akaun peribadinya dikenakan cukai?

2. Adakah beliau (PM) didaftarkan sebagai pihak dikecualikan cukai ata entiti amal jariah atau sebaliknya?

3. Bukahkan derma dianggap sebagai pendapatan dan perlu dikenakan cukai ke atas penerimanya?

4. Jika derma yang diterima PM 'dikcualikan cukai', bagaimanakah hal ini dibenarkan oleh LHDN?

"Sila jelaskan, kerana saya bukan seorang akauntan, begitu juga dengan kawan-kawan saya, bagaimanakah 'derma' seperti itu diperlakukan," kata beliau.

Rafidah juga bertanya adakah PM telah menubuhkan entiti amal jariah yang dikecualikan cukai, dan adakah beliau juga mewujudkan akaun pemegang amanah dengan penandatangan terpilih?

"Jika ya, siapakah penandatangan tersebut," soal beliau dalam warkah yang disiarkan dalam Facebooknya.

Beliau juga ingin tahu sama ada PM mempunyai kuasa penuh untuk mengawal dan menentukan kepada siapa, dan bagaimana, wang tersebut digunakan.

"Adakah ia untuk tujuan politik, atau untuk organisasi tanpa keuntungan, amal jariah, atau aktiviti Islam (memandangkan terdapat kenyataan alasan derma tersebut diberikan kepada PM adalah atas "khidmat baiknya kepada Islam", kata Rafidah lagi.

Beliau meminta LHDN menjelaskan bagaimana pula dengan "sebahagian derma yang dipulangkan" itu diperlakukan dari sudut percukaian.

"Tolong, jika ia benar-benar dipulangkan, maka bukti mesti ditunjukkan.

"Adakah LHDN, secara rasmi mendapatkan penjelasan tentang maklumat terperinci mengenai "derma" tersebut?" kata beliau lagi.

Menurut Rafidah lagi, perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia melibatkan PM yang juga Menteri Kewangan, seorang yang bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas LHDN, yang seharusnya menunjukkan standard kebertanggungjawaban, ketelusan dan pentadbiran yang baik pada tahap tertinggi.

"Sila sahkan bahawa derma tersebut benar-benar diterima PM dan dipindahkan ke akaun peribadi beliau," katanya.

Surat terbuka kepada LHDN

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Saya membaca - sejak awal - kisah berkaitan dana "lebih RM2.0 bilion" yang diterima sebagai dana oleh perdana menteri daripada seorang putera bangsawan Saudi.

Saya ditanya, apakah yang terjadi kepada derma berkenaan. Adakah perdana menteri dikenakan cukai atas jumlah yang diterimanya?

Entahlah, saya tak tahu.

Bagaimanapun apabila disemak, didapati peguam negara Apandi Ali dalam kenyataan rasminya mengesahkan bahawa AS$681 juta (RM2.08 billion pada waktu itu) memang dipindahkan ke akaun perdana menteri antara 22 Mac 2013 dan 4 April 2013.

Kenyataan peguam negara dibuat pada 26 Jan 2016 iaitu hampir tiga tahun kemudian.

Tidak lama selepas itu secara rasmi diumumkan "sebahagian daripada derma berkenaan dipulangkan kepada penderma".

Jumlah dana yang dipulangkan itu ialah AS$620 juta daripada jumlah keseluruhan AS$681 juta.

Maksudnya ialah AS$61 juta (kira-kira RM236 .65 juta pada kadar tukaran mata wang asing pada waktu itu) disimpan dalam akaun perdana menteri.

Saya dan rakan-rakan menjadi curiga. Justeru kami mahu bertanya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - tolong jelaskan kepada rakyat:

a.. Adakah derma yang diberi kepada perdana menteri - dan dipindahkan ke akaun persediriannya itu - layak dicukai?
b.. Adakah dia entiti amal yang layak dikecualikan cukai atau tidak?
c.. Adakah derma tidak dianggap sebagai pendapatan dan justeru penerimanya dikenakan cukai?
d.. Jika derma diterima perdana menteri itu dikecualikan cukai, bagaimana ia boleh diizinkan oleh LHDN?
Tolong jelaskan - saya dan rakan-rakan bukan akauntan - kerana kami tidak tahu bagaimana "derma" yang disalurkan kepada individu ditangani.

Adakah perdana menteri menubuhkan entiti amal yang dikecualikan cukai?

Adakah dia menubuhkan akaun amanah yang dikawal selia orang tertentu? Jika ya, siapakah mereka?

Atau adakah dia mengendalikan akaun itu sendiri?

Jika begitu maka kami nak bertanya - adakah perdana menteri mempunyai kawalan penuh bagi menentukan kepada siapa, - dan bagaimana - wang berkenaan dibelanjakan.

Adakah ia untuk:

a.. Kegunaan politik?
b.. Pertubuhan bukan bermatlamatkan keuntungan?
c.. Kebajikan?
d.. Aktiviti-aktiviti bercorak keislaman (disebabkan pernah ada kenyataan mendakwa salah satu tujuan dana untuk perdana menteri itu ialah kerana kerja-kerja beliau yang baik untuk agama)?
Bolehkah LHDN menjelaskan bagaimana pemulangan sebahagian daripada dana itu dikendalikan dari sudut percukaian?

Adakah sebarang bukti bahawa wang itu memang benar-benar dipulangkan?

Tolonglah... kalau ia benar-benar dipulangkan bukti mengenainya mesti ditunjukkan.

Sudahkan LHDN secara rasmi mendapatkan penjelasan mengenai butiran "derma" berkenaan?

Rakyat masih tertanya-tanya banyak soalan sehingga kini.

(Saya dimaklumkan, LHDN begitu bersemangat menyerbu pejabat-pejabat serta premis sektor swasta tertentu untuk mendapatkan semula cukai mereka. Dalam banyak keadaan ia dibuat secara "bayar dulu, penjelasan dibuat kemudian". Malah ada aduan mendakwa selama beberapa tahun LHDN memulangkan lebihan cukai kepada pembayar cukai. Kemudian pada 2017 pembayar cukai sama tiba-tiba dituduh tidak membuat pengisytiharan dan diarah membayar cukai, termasuk tunggakan, serta denda yang berat.)

Mengenai isu derma kepada perdana menteri, sudah tentu ia tidak disebut secara rasmi di mana-mana sebagai sumbangan politik?

Timbalan Perdana Menteri Zahid (Hamidi) berkata dalam kenyataannya: "Derma itu dibuat sebagai tanda keyakinan kepada dia (perdana menteri) serta kepimpinannya dalam isu-isu penting."

Apandi berkata: "Tiada alasan diberikan mengapa derma itu diberi kepada perdana menteri Najib Razak. Itu adalah antara dia dan keluarga Saudi itu.."

Adakah mungkin - bagi seorang rakyat biasa Malaysia - memiliki sekian juta dolar AS daripada seseorang dari entah mana, kemudian mengisytiharkannya sebagai "derma" tanpa perlu menyatakan sebab ia diberi sebaliknya sekadar menganggap ia "urusan peribadi" antara pemberi dan penerima?

Mahukah LHDN mempercayai cakap mana-mana individu begitu saja dan tidak akan membuat siasatan bagi mengesahkannya?

Adakah dana yang didakwa derma itu akan dicukai?

Bolehkah LHDN memberikan jawapan? Atau ada piawaian berbeza terpakai untuk orang yang berbeza? Tolong buat penjelasan dan sahkan.

Saya dan kawan-kawan - saya juga pasti, rakyat semua - masih tertanya-tanya dan bingung.

Bolehkah LHDN menyiasat kes ini seperti mereka lakukan ke atas semua kes cukai tidak berbayar dan cukai tertunggak rakyat biasa serta sektor swasta?

Lagu pun dalam kes derma ini secara khusus LHDN tentu bersetuju bahawa jumlah AS$61 juta itu bukanlah kecil. (Itu belum lagi AS$681 juta.)

Lebih daripada itu kes ini melibatkan perdana menteri yang juga menteri kewangan, iaitu seseorang yang bertanggungjawab secara menyeluruh ke atas LHDN..

Oleh kerana itu LHDN perlu menunjukkan piawaian tertinggi dalam amalan pertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Boleh tak ada sesiapa yang memberi pencerahan kepada kami?

Tolong sahkan bahawa derma itu benar-benar diterima perdana menteri dan dipindahkan ke akaun persendiriannya.

Bagaimanapun klip video penjelasannya mengenai hal itu adalah bukti.

Terima kasih,

Rafidah Aziz

Salinan kepada:

a.. Semua akauntan
b.. Semua perunding cukai

----------------------------------------------------------
TAN SRI RAFIDAH AZIZ bekas menteri kanan dan pernah menjadi ketua Wanita Umno Malaysia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 15, 2018 9:16 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Smart Quran, Lelaki Ini Kongsi Aplikasi Al-Quran Digital Pertama Diiktiraf Kementerian Dalam Negeri Yang Anda Tidak Perlu Risau Untuk Guna
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Al Quran dan orang Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan, malah kita sememangnya di tuntut untuk membaca Al-Quran setiap hari sebagai panduan hidup.. Tetapi dengan tuntutan harian hari ini, tidak ramai yang dapat meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walau cuma satu halaman.

Namun, pada era dunia digital ini, boleh dikatakan hampir semua benda boleh ditemui di atas talian dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda sahaja, dan itu termasuk jugalah kitab Al-Quran. Tapi yang menjadi persoalan di fikiran adalah menjgenai kesahihan dan ketetapan penulisan ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya. Siapa kah yang menulis dan siapa pula yang mengesahkan penulisan semuala dalam bentuk digital tersebut.

Yelah, ia adalah satu ibadah untuk umat Islam, jadi kita tak nak kalau terbaca ayat-ayat yang disalah cetak atau diselewengkan, jadi bagaimana untuk mendapatkan aplikasi ayat Al-Quran yang sahih jika kita tidak tahu bagaimana nak menentukan kesahihan tersebut kan.

Kini anda tidak perlu risau lagi, menurut perkongsian yang dibuat oleh saudara Najmi Farisham, satu aplikasi Al-Quran digital telah dibangungkan hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Aplikasi tersebut yang dikenali sebagai Smart Quran boleh dimuat turun melalui atas talian untuk pengguna iOS dan Android secara percuma.

Jom kita ikuti perkongsiannya untuk ketahui lebih lanjut.

Zaman maju ini, sudah terlalu banyak aplikasi al-Quran yang dapat ditemui dan dimuat turun masuk ke telefon pintar masing-masing melalui App Store dan Google Play.

Namun begitu, kadang-kadang timbul juga rasa risau dalam hati, adakah ayat al-Quran yang dimasukkan tidak diseleweng? Ataupun mungkin juga terjemahan ayatnya jauh terpesong dari makna asal?

Disebabkan itulah, kali ini aku nak kenalkan kalian semua dengan satu aplikasi al-Quran hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lebih dari itu, aplikasi ini telah mendapat kelulusan besar dari pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menjadikan ia satu-satunya (setakat ini) aplikasi al-Quran mudah alih yang diperakui kesahihan maklumatnya oleh pihak berkuasa tempatan.

Bukan senang-senang nak cetak al-Quran ini woih! Lesen itu perlu terutamanya nak banteras golongan yang cuba nak ubah ayat suci al-Quran walaupun hanya satu ayat.

Berikut merupakan keistimewaan dan fungsi aplikasi ini:

1. Susunan ayat mengikut Mushaf Madinah.

2. Interface dan grafik setiap muka surat yang menyelesakan pandangan mata ketika membaca.

3. Pengenalan ringkas bagi setiap surah. Diturunkan di mana dan apakah intipati yang dapat diperolehi daripada surah berkenaan.

4. Menyediakan terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi setiap ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. Suara audio merdu bacaan al-Quran dari imam-imam besar seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar (Imam Masjid Jami' di Jeddah), Syeikh Ali Al-Huzaifi (Imam Masjid Nabawi), Syeikh Ibrahim Al Akhdar (Bekas Imam Masjid Nabawi) dan Almarhum Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf (Bekas Imam Masjid Nabawi).

6. Audio boleh dimuat turun dari muka surat ke muka surat yang lain mengikut suara imam pilihan masing-masing.

7. Pembaca boleh buat carian terus ke halaman yang diingini mengikut ayat, juzuk dan surah.

8. Disediakan mod malam bagi mengelakkan pembaca merasa silau ketika bacaan di tempat gelap.

Aplikasi dengan nama Smart Quran ini boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna peranti Android mahupun iOS.

Jemput beramai-ramai muat turun aplikasi ini sebagai salah satu tanda sokongan terhadap usaha yang ditunjukkan institusi agama di negara kita ini. Saiznya tak besar mana pun, dalam 200 MB sahaja. Sesuai untuk pelbagai jenis telefon pintar.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mencipta aplikasi yang baik ini. Moga ada manfaatnya buat kita rakyat Malaysia.

Sumber : Najmi Farisham

Demi Mencari Keberkatan Dalam Berniaga, Wanita Ini Kongsi 3 Langkah Mudah Simpan Zakat Perniagaan Secara Harian
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Menurut laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP, zakat perniagaan bererti zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi mengira kadar zakat yang perlu dibayar, Ayuni Sarah Baharuddin melalui laman Facebook miliknya telah berkongsi cara mengira zakat perniagaan harian secara mudah dengan hanya 3 langkah!

ZAKAT PERNIAGAAN HARIAN
3 langkah mudah :

1. Untung Harian (sales - kos)
x 0.025 (2.5% zakat)

2. kumpul dalam tabung khas.
(ayu buat online so duit dalam akaun bank. Just tulis nota dalam buku)

3. Hujung bulan hantar ke pusat zakat.
(kalau malas ke kauter... E-zakat kan ada)

Ayu baru belajar mendisiplinkan diri.
ilmu yang baru diperoleh.
Sebelum ini ayu hanya infaq sahaja hasil dari keuntungan.
Syarat Wajib Zakat Perniagaan

a.. Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
a.. Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
a.. Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
a.. Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
a.. Niat Berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
a.. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.
Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: