Tuesday, April 3, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4919

5 Messages

Digest #4919

Messages

Tue Apr 3, 2018 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kajian : 70% Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu
siakapkeli.my

Bila sudah bertemu dengan 'soulmate', semua orang pasti mengimpikan untuk melangkah ke fasa seterusnya, iaitu perkahwinan. Kalau masing-masing dah cinta, mesti boleh terima pasangan tu seadanya kan? Si lelaki gaji biasa saja, si perempuan cakap tak apa, nanti lepas kahwin kita harung sama-sama. Beruntunglah kan.

Tapi untuk lelaki yang tak ada calon isteri lagi, tengah mencari dan bermimpi untuk menamatkan zaman bujang, mungkin lepas baca kaji selidik ini nampaknya ramai lelaki Malaysia rasa takut untuk kahwin agaknya.

Kaji selidik yang dilakukan laman sesawang cari jodoh ''Sweet Ring'' baru-baru ini mendedahkan, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.

Memetik laporan China Press, laman sesawang itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.

Ada wanita yang sanggup tak nak kahwin jika gaji lelaki kurang dari RM5000.

Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.

Manakala 30 peratus responden wanita lagi menyatakan mereka sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Yang bawah dari tu kena membujang lah kot.

Bagi lelaki pula, gaji RM3000 itu dah boleh kahwin.

Berbeza pula dengan pandangan lelaki. 60 peratus lelaki menganggap gaji di antara RM3000 hingga RM5000 sudah mencukupi bagi mereka untuk berkahwin dan mereka tidak kisah dengan gaji isteri.

Maknanya lelaki Malaysia bergaji bawah RM3000 nie tiada siap yang nak ke? Agak-agak kalau dikira secara keseluruhan berapalah anggaran gaji lelaki yang wanita Malaysia inginkan sebenarnya?

Mungkin dalam hal ini wanita inginkan kestabilan hidup selepas kahwin. Ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan gaji bakal suami menjadi kayu ukur. Betul atau tidak, anda nilaikan sendiri.

Siakapkeli.my
Sumber : Vitdaily

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 3, 2018 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Anak Demam Panas?, Segera Bawa Ke Hospital Untuk Mendapatkan Rawatan Sekiranya Terdapat 11 Tanda-Tanda Ini
siakapkeli.my

Melihat keadaan anak yang diserang demam panas pastinya meruntunkan semua hati ibu bapa yang pernah melalui detik ini.

Meskipun demam dianggap penyakit biasa yang sering menyerang kanak-kanak dan orang dewasa, namun jika tidak dirawat dengan segera ianya boleh membawa kepada penyakit yang lebih parah.

Jikalau anak-anak diserang demam, pasti segelintir ibu bapa bingung dan keliru sama ada mereka perlu dibawa ke hospital atau klinik dengan segera.

Bagaimanapun, entri kali ini berkongsi hasil penulisan daripada Dr Ezairy M..Sallih yang memberi panduan tentang bila perlu bawa anak ke hospital sekiranya diserang demam panas.

Mari ikuti perkongsian bermanfaat ini.

ANAK DEMAM PANAS - BILA PERLU BAWA KE HOSPITAL? LIHAT 11 PERKARA INI.

Anak anda tiba-tiba saja demam. Apa sebabnya? Perlu pemeriksaan klinik dan hospital?

Dapatkan rawatan doktor jika anak anda menunjukkan 11 tanda-tanda berikut:

1.Menangis berterusan yang tidak berhenti. Maknanya ada sesuatu yang kita tak tahu dan diluar pengetahuan kita. Jangan biarkan sahaja di rumah.

2.Merengek tidak selesa yang melampau dan tidak berkurang walau telah dipujuk berulang-ulang. Apabila anak demam, ada kemungkinan akibat jangkitan pada mana-mana bahagian tubuh, tekak, telinga, hidung dan lain-lain. Jangan lewat dibawa berjumpa doktor.

3.Bintik ruam atau ungu yang kelihatan seperti lebam pada kulit (yang tidak ada sebelum anak anda sakit). Ada beberapa punca yang menyebabkan ia berlaku. Jangan dibuat sambil lewa.

4.Bibir, lidah atau kuku menjadi biru. Ini juga perlu berhati-hati. Perlu segera bawa jumpa doktor.

5.Demam disertai dengan pembengkakan dan benjolan pada kawasan leher dan mana-mana bahagian, serta ada tanda-tanda jangkitan seperti sakit, kemerahan dan sebagainya. Bawa jumpa doktor jika ragu-ragu. Jangkitan yang lewat dirawat boleh menyebabkan komplikasi lain seperti pengumpulan nanah yang memerlukan pembedahan

6.Leher yang menegang. Ini merupakan salah satu tanda 'meningitis'. Radang atau jangkitan pada selaput saraf tak boleh dibuat main, ibu bapa perlu ambil perhatian.

7.Sakit kepala yang teruk dan tidak berkurang dengan ubat yang telah diberi seperti paracetamol.

8.Masalah pernafasan yang teruk (sesak nafas). Jangkitan paru-paru boleh disertai sesak nafas bersama batuk dan demam.

9.Serangan sawan. Apabila anak mengalami demam beserta serangan sawan, jangan biar ia kerap berulang. Ini juga merupakan tanda dan perkara yang perlukan pemeriksaan doktor.

10.Sakit perut berterusan. Cirit-birit atau sakit berterusan bersama simptom seperti demam perlu diambil perhatian juga oleh ibu bapa. Keadaan anak boleh menjadi lebih buruk jika tidak dirawat awal. Kehilangan air berterusan melalui cirit-birit boleh menyebabkan anak mengalami dehydrasi dan masalah-masalah lain.

11.Tidak aktif dan tak mahu makan minum. Apabila anak mengalami demam hingga menyebabkan mereka terbaring dan tidak mahu makan atau minum, perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan sahaja di rumah.

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih

Ibu Tidak Sedap Hati, Rupanya Petanda Anak 2 Tahun Mati Tergantung Di Tali Pengikat Langsir
siakapkeli.my

Kes kematian bayi sudah banyak dilaporkan oleh media. Sebagai ibu bapa kita pasti bimbang dengan keselamatan anak-anak terutamanya di usia mereka yang masih bayi kerana terdapat bahaya di sekeliling tanpa kita sedar.

Terbaru yang berlaku, menurut laporan dari Astro Awani seorang bayi yang berusia 2 tahun 3 bulan meninggal dunia akibat terjerut tali pengikat langsir di ruang tamu. Kejadian itu berlaku di Meru Impian, Meru Raya pada petang Selasa lalu.

Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku sewaktu ibu mangsa sedang memasak di dapur dan membiarkan mangsa bermain seorang diri di bahagian ruang tamu. Mangsa segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut namun disahkan meninggal dunia.

Menurut sumber, ketika kejadian anak bongsu daripada dua beradik itu tinggal bersama ibu tiri, bapanya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pensyarah keluar atas urusan kerja sementara anak sulung berusia lima tahun berada di tadika.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak itu ada meminta makanan dan ibu tiri berusia 30 tahun memberikannya biskut sebelum meninggalkan mangsa untuk memasak.

"Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi.

Gambar Hiasan

"Mangsa ketika diturunkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Beliau berkata, wanita itu cuba menyelamatkan anaknya melalui bantuan pernafasan, namun denyutan nadi mangsa begitu lemah.

Mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh disahkan meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati, mangsa berkemungkinan berada di kawasan tangga yang terletak bersebelahan dengan pintu dapur sebelum bermain di tali pengikat langsir yang menutup ruang masuk ke dapur berkenaan," katanya.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 6.55 petang tadi mendapati, kematian mangsa akibat tergantung.

Siakapkeli.my
Sumber : Astro Awani

Akibat Terjerut Tali Langsir, Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Di Ipoh
siakapkeli.my

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal duni selepas terjerut tali langsir di rumah keluarganya dekat Jalan Meru Impian 10, Meru Raya di sini petang semalam.

Insiden tersebut berlaku pada jam 2.15 petang semalam dimana mangsa ditemui oleh ibu tirinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tergantung pada tali pengikat langsir di rumah mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, semasa kejadian, mangsa tinggal di rumah bersama ibu tirinya manakala ayahnya yang merupakan seorang pensyarah berusia 33 tahun berada di Bangi, Selangor atas urusan kerja.

"Sebelum kejadian, ibu tiri memberi makanan kepada mangsa sebelum bermain di ruang tamu manakala beliau (ibu tiri) memasak di dapur.

"Selepas tidak mendengar suara, ibu tiri mangsa memasuki ruang tamu dan mendapati leher kanak-kanak itu terjerut dan tubuh tergantung di tali langsir ruangan masuk ke dapur.

"Kanak-kanak itu diangkat dan diletakkan di atas lantai. Ketika itu dia tidak sedarkan diri," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian.

"Ibu tiri mangsa menghubungi talian kecemasan dan pihak hospital mengajar cara membuat bantuan pernafasan (CPR) menerusi telefon sementara menunggu ketibaan ambulans.

"Ketika itu, kanak-kanak berkenaan memberikan tanda positif apabila ibu tiri merasai denyutan nadi dan terdapat susu keluar dari mulutnya," katanya.

Jelas beliau, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 3 petang..

"Hasil bedah siasat pada jam 6.55 petang mendapati kanak-kanak itu maut akibat kesan tekanan pada leher yang konsisten akibat tergantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," akhirnya.

Sumber- Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 3, 2018 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ayana Jihye Moon, Bekas Anggota Kpop Idol 5Dolls Yang Kini Sudah Memeluk Islam Dan Berhijab

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Nama Ayana Jihye Moon kebelakangan ini tengah menjadi perbincangan hangat netizen.Wanita yang akrab disapa Ayana Moon itu adalah seorang mualaf berasal Korea Selatan.

Menariknya lagi, Ayana Moon kabarnya adalah bekas personaliti girlband K-Pop F-VE Dolls atau biasa disebut 5Dolls. Sayangnya, hingga saat ini Ayana belum pernah membahas lebih jauh soal keterlibatannya dengan girlband tersebut.

Ayana Moon sendiri mencuri perhatian karena kecantikannya yang kini semakin bertambah usai berhijab. Lewat sebuah video singkat yang diunggah ke akun YouTube pribadinya, perempuan kelahiran 28 Desember 1995 itu menceritakan perjalanannya menjadi seorang mualaf.

Sebelum menjadi seorang muslim, Ayana Moon mengaku ketika masih kecil, dirinya membenci agama Islam. Kala itu terjadi perang di Irak dan sejak saat itu Ayana baru mengetahui ada agama Islam.

Dulu Ayana lebih banyak mendengar orang memandang negatif agama Islam. Sehingga ia pun berpikir demikian soal Islam. Namun rasa tertarik Ayana pada agama Islam terus bertumbuh.

"Islam adalah teroris, Islam & Al Qaeda, Islam & Taliban. Semua itu berputar dalam benakku," ungkap Ayana.

Sayangnya, saat itu dirinya belum bisa bahasa asing. Alhasil, ia hanya mendapat informasi soal agama Islam dalam bahasa Korea dan jumlahnya sedikit.

Hingga suatu hari, Ayana Moon mendapat kesempatan untuk mengikuti perkumpulan pemuda Muslim di Korea Selatan iaitu Wamy Camp. Dari kumpulan itu, Ayana pun banyak belajar soal Islam.

"Ketika masuk ke ruang perkumpulan, aku melihat kakak yang sangat cantik. Tidak ada yang aneh di sini, tidak satu pun pakai baju hitam," katanya.

Sampai akhirnya, Ayana Moon melihat sisi lain dari Islam yang belum pernah ia ketahui sebelumnya. Sempat takut, Ayana pun mantap memeluk agama Islam.

"Setiap minggu aku ikut program Salam Nuri di Masjid dan bertemu dengan mentorku Paman Amin. Aku belajar banyak darinya sampai aku menjadi muslimah," paparnya.

Sumber – Sis Gempak

"Saya Nak Bayar RM100 Sehari Untuk Ayah Bersama Saya", Karier Dan Keluarga, Anda Pilih Mana?
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Mendidik dan menjaga anak adalah perkara yang paling besar kepada ramai ibu bapa diluar sana. Tidak ada seorang daripada ibu bapa ini yang mahukan anak-anak mereka hidup terabai tanpa kasih sayang secukupnya.

Sakit perit mengandung dan melahirkan merupakan momen yang paling tidak boleh dilupakan, takkanlah bila mereka sudah ada disisi, ibu bapa tidak mahu menjaga. Umum tahu mereka ini adalah amanah Allah swt, jadi sibuk mana atau susah mana membesarkan anak-anak, ibu bapa lah yang mencorakkannya.

Dengan keadaan ekonomi turun dan naik, ibu bapa perlu bekerja lebih masa semata-mata untuk membesarkan anak-anak, namun ada diantara ibu bapa yang lupa kerana duit tak boleh beri cinta dan kasih sayang terhadap mereka. Hanya masa yang mereka mahukan, bukan bersama orang gaji, tetapi ibu bapa sendiri.

Perkongsian daripada Priya Grosir ini sangat menyentuh hati kerana menyaksikan situasi seorang anak yang sanggup membayar masa ayahnya yang terlalu sibuk dengan karier dan mengabaikan tanggungjawabnya.

Seorang suami pulang tempat kerja dalam keadaan lelah dan penat, ia melihat anak perempuannya di depan pintu.

Anak : "Ayah boleh saya tanya sesuatu?"
Ayah : "Tentu Nak, ada apa?"
Anak : "Ayah kenapa pulang kerja malam , berapa gaji yang Ayah peroleh tiap hari?"
Ayah : "Itu bukan urusanmu nak, kenapa kamu tanya itu?" (jawab Ayah sedikit kesal)
Anak : "Saya cuma ingin tahu ayah, berapa yang Ayah dapat dalam sehari?" (dengan mata yang ingin tahu sgt2 )
Ayah : "Baiklah jika kamu ingin tahu, Ayah dapat rm50 dalam setiap harinya"
Anak "Ohh" (jawabnya sedikit menunduk)

Tak lama kemudian ia mendongakkan kepala, dan bertanya kepada Ayahnya :

Anak : "Ayah, boleh saya pinjam wang ayah rm30 ?"
Ayah : "untuk apa?! tak payah !! ni mesti buat beli jajan sembarangan, lebih baik kamu bilik tidur mu!!" (jawab ayah sedikit marah)
Si Kecilpun pergi ke biliknya dgn keadaan sedih dan menutup pintu. 1 Jam kemudian ketika ayah mulai tenang, ia berfikir mungkin dia terlalu kasar kepada si kecil, mungkin ada keinginan yang penting sehingga anaknya meminta duit yang lebih dari biasanya. Ayahpun pergi ke bilik si kecil. Dia melihat anaknya masih terjaga, kemudian ia bertanya :

Ayah : "Belum tidur nak?"
Anak : "Belum , saya belum ngantuk"
Ayah : "Maafkan Ayah ya Nak, tadi Ayah terlalu keras dgn kamu, hari ini ayah terlalu sibuk dan letih, jadi Ayah terbawa bawa emosi, Maafkan ayah ya, nih duit Rm50 yang kamu minta"
Anak : "Waa... Terima kasih Ayah"
Lalu ia pun mengeluarkan duit di bawah bantal dan menghitung. Ayah pun menatap dgn harran lalu bertanya :

Ayah : "Kamu dah ada duit, kenpa masih minta lagi dgn Ayah?"
Anak : "Saya menabung, tabung ni baru ada rm50 , jadi masih kurang Rm50 untuk membayar ayah"
Ayah semakin heran

Anak : "Ini Ayah, saya nak bayar Ayah rm100 untuk meminta waktu besok, satu hari sja untuk ada bersama saya "

Ayahpun menetesakan air mata, lalu memeluk si kecil.

Ayah : "Maafkan Ayah nak, Ayah terlalu sibuk dan tak pernah ada waktu untukmu, Ayah memang jahat nak"

si kecil mencium pipi dan berkata

Anak : "Saya sayang Ayah"
Sambil memeluk Si kecil, dalam hati ayah menangis sambil berkata :

"Lelahku untuk masa depanmu Nak"

Pesan ;
Sesibuk sibuk apapun pekerjaan, berilah waktu bersama keluarga kerana keluarga adalah harta tak terhingga

Siakapkeli.my

Dah Ada Anak Pun, Cakaplah ''Bahasa Rindu'' Dengan Pasangan Tu, Bertahun Kahwin Mesti Rasa Macam Tengah Bercinta
siakapkeli.my

Adat perkahwinan yang mengjangkau tahun sekiranya tidak dibaja dengan ''bahasa rindu'' boleh membuatkan hubungan menjadi hambar. Bayangkan apabila tiada lagi kata-kata manis antara satu sama lain seperti awal bercinta dahulu, pasti rasa bosan kan. Lepas tu hati mulalah beralih arah, katanya sudah hilang cinta, sedangkan anda sendiri yang meletakkan keadaan seperti itu.

Tanya diri anda dan pasangan, anak sudah tiga, namun bila kali terakhir suami puji isteri sendiri cantik? Bila kali terakhir isteri puji ''handsomenya suami saya''. Memberi pujian, bergurau dengan usikan manja atau nakal, percaya atau tidak, penting bagi menghidupkan momentum rumahtangga anda.

''Bahasa rindu'' tidak boleh diremehkan. Perkongsian oleh Azizul Asri Ahmad Tajuddin melalui laman facebook mungkin boleh dijadikan renungan untk semua pasangan suami isteri di luar sana.

Dah lama tak ucap? Mulakan sekarang ! Semoga bermanfaat.

Suami Isteri & Bahasa Rindu

Bila dah lama kahwin, sebahagian besar rumahtangga jadi hambar. Bebanan mencari duit, karenah anak2 & urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar. Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin. Jemu menghadap muka.

Keluar makan pun hilang romantik kerana perangai anak2. Pergi bercuti pun hal yang sama. Maka bermula episod gelap dalam rumahtangga. Ini dipanggil simptom " Bersama dalam sunyi". Sunyi dari kasih sayang.

Tiada lagi kata2 manis seperti dulu. Sedangkan bahasa rindu ini penting.

"Smart abg hari ni", ''Cantiknya awak hari ni", "Apa khabar awak hari nie?", ''Saya doakan awak dipermudahkan urusan kerja hari ni", "Awak bz ker? Saja call. Rindu", ''Terima kasih awak. Bawak saya keluar makan", "Tq sebab masakkan utk abg hari nie".

Ini sebahagian contoh bahasa rindu. Kadang2 ia wujud dalam usikan gurauan manja dan nakal suami isteri. Ada banyak lagi. Jangan sarkastik pada kepentingannya. Bila isteri atau suami ucap rasa seperti 'annoying' tapi jika ia keluar dari mulut couple terasa romantis pula.

Jangan abaikan bahasa rindu ini pada suami isteri. Ia adalah oksigen yang memugar kembali kasih sayang dalam rumahtangga. Jangan biar awek cendol menunjukkan romantis mereka. Masih banyak "isteri2 cendol' & "suami2 cendol" di luar sana. Tak perlu ucap dalam FB. Say it to my face bak kata Tun M.

Bimbanglah kita jika bahasa rindu ini datang dari rakan sepejabat. Dari rakan group whatsap apatah lagi ex dulu2. Ini amat merbahaya. Ia ibarat api dalam sekam.

Kenapa berlaku curang atau main kayu tiga? Sebahagiannya bermula dari bahasa rindu yang membuat diri ketagih kasih sayang yang tidak didapati di rumah..

Benar curang itu lebih mudah kerana ia tiada komitmen. Tak perlu bayar bil, tak serabut karenah anak, tak perlu tukar pampers, tak perlu lipat baju, tak perlu pergi kedai beli beras dan tak perlu komitmen. Hanya bermain laras bahasa yang akhirnya membawa pelaku terperosok dalam skandal yang tiada jalan pulang.

Maka, putarlah bahasa rindu ini dalam rumahtangga. Ia adalah cerminan kasih sayang. Sibuk kerja, pening dengan anak, jerih cari duit itu benda biasa. Ia bukan halangan. Ia hanya tembok2 kecil yang boleh direntas jika suami isteri mempunyai daya lompatan yang baik iaitu kasih sayang.

Kadang2 bahasa rindu boleh datang dari melakukan kerja rumah bersama, saling menghormati minat pasangan dan menjadikan hubungan suami isteri suatu persahabatan di mana banyak perkara boleh dilakukan bersama.

Ada orang tanya saya " Macam mana nak jadikan rumahtangga saya romantik macam dulu? Saya katakan " Buatlah apa yang anda buat ketika dulu2 tu. Jangan buat yang anda buat sekarang! Sebab itulah romantiknya dah hilang..

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 3, 2018 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Mohon Hembuskan Aku Ke Syurga Dengan Doamu," Menderita Sakit Jantung Dan Masalah Paru-Paru, Luahan Hati Bob Lokman Buat Netizen Sebak
siakapkeli.my

27 Mac - Siapa tak kenal dengan penulis lirik dan juga pelawak terkenal Bob Loman. Beliau ketika ini dikatakan sedang terlantar sakit di Hospital Universiti Institut Teknologi Malaysia (HUITM) di Sungai Buloh kerana menderita sakit jantung dan masalah paru-paru.

Menerusi akaun Twitter salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan Bob Lokman kembali sihat seperti sedia kala. Di akaun Facebook milik Bob Lokman sendiri, beliau meninggalkan pesanan pilu khas buat sahabat dan penyokongnya yang sangat menyentuh hati.

Assalamualaikum Sahabatsss. Aku jumpa doktor lagi hari ni, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah. Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu.

Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa utk mencari peluang terbaik seterusnya. Sahabatsss, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan, dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai disini, cuma mungkin aku yg akan mendahului dgn faktor yg aku miliki.

Sahabatsss, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dgn mohon hembuskan aku ke syurga dgn doa mu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz dan aku berpesan dalam kelemahan... pertahankanlah ISLAM kerana itulah benteng terakhir yg aku perjuangkan.
Bob Lokman.
16.02
UiTM Sg Buloh. - Siakapkeli.my

Derita Si Kecil Tiada Saluran Makanan Dari Perut Ke Usus, Bantulah Bayi Ini Untuk Kehidupan Lebih Baik
siakapkeli.my

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah pepatah yang boleh menggambarkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh si kecil ini.

Sejak lahir, hanya tangisan kesakitan sahaja yang didengari. Tanyalah hati ibu bapa mana pun, siapa yang tidak hancur melihat anak seusia enam bulan sudah menangung kesakitan sebegini. Kita yang melihat pun merasa sakit, apatah lagi yang melaluinya.

Muhammad Aqra Amsyar Mohd Amin, bayi comel yang disahkan menghidap penyakit pure oesophegal atresia atau tiadanya saluran makanan yang menghubungkan bahagian perut ke usus.

Menurut ibunya, Fatirah Mohd Noor, 33, doktor mengesahkan anak keduanya menghidap penyakit yang jarang-jarang berlaku itu selepas dua jam kelahiran apabila bayinya tidak normal selepas dilahirkan.

Sejak itu Muhammad Aqra memerlukan pemerhatian dan tidak boleh ditinggalkan sendirian kerana bimbang terutama ketika membuang najis.

Bayangkan, badan anak kecil itu juga ditebuk sejak dilahirkan untuk memasang salur khas ke bahagian badannya bagi membuang najis. Alat atau mesin khas itu juga sangat diperlukan kerana perlu diganti dengan baru.

Disebabkan memerlukan penjagaan rapi, si suami Mohd Amin Sirus, 45, terpaksa berkorban kerana tiada pilihan dengan berhenti kerja bagi menjaga Muhammad Aqra beberapa bulan lalu.

"Kami jaganya bergilir-gilir, yang suami menjaga di waktu siang apabila saya bekerja dan saya sendiri akan menjaganya pada waktu malam," kata Fatirah ketika ditemui sumber di kediamannya di Parit Bilal.

Menurutnya, mereka berasal dari Sri Medan dan menyewa di rumah berkenaan kerana tempat tinggal berhampiran dengan tempat kerjanya yang memudahkan dia berulang-alik serta berhampiran dengan hospital.

Dia juga perlu ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, setiap minggu untuk rawatan dan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru juga setiap minggu bagi pemeriksaan rutin untuk pembedahan.

Mengakui agak terbeban dengan keadaan ini terutamanya berulang-alik ke HSA dan dalam masa bulan ini sahaja beliau telah menghabiskan wang sekitar RM18,000. Anggaran perbelanjaan kos setiap hari sahaja mencecah RM100.

Dengan gaji RM1,000 setiap bulan menurutnya dia bimbang pada masa akan datang dia tidak lagi mampu untuk menampung perbelanjaan anak bongsu mereka termasuklah urusan pembedahan nanti.

"Buat masa ini pihak hospital masih belum menyatakan kos pembedahan berkenaan yang akan menyambungkan ususnya untuk menjadi salur makanan, dan sepatutnya ia perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi talian 012-747 1797 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun bank CIMB 7611983622.

Siakapkeli.my
Sumber : Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 3, 2018 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Andai Pas Tidak Bertanding Di Tempat Anda Parti Mana Harus Diundi?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Oleh Alang Ibn Shukrimun

JUMLAH KERUSI PAS BERTANDING

Mengikut kenyataan terkini, PAS bakal bertanding tidak kurang dari 130 kerusi. Mengikut maklumat yang diperoleh pula, kemungkinan besar PAS bertanding antara 160 hingga 170 kerusi seluruh Malaysia!

Jumlah ini adalah yang tertinggi sejak PAS diasaskan pada tahun 1957. Jauh lebih besar dari kuantiti PRU13 iaitu sekadar 73 kerusi sahaja. Ini adalah kali pertama PAS bertanding melebihi jumlah majoriti mudah di parlimen. Dengan melihat kepada jumlah pertandingan sahaja sudah boleh menjawab kritikan yang mengatakan PAS tidak berkeinginan untuk memerintah.

Mungkin ramai keliru dengan 40 kerusi yang disasarkan PAS. Ia hanya jumlah yang difikirkan perlu mengikut situasi semasa untuk berperanan sebagai kingmaker. Ia tidak bermakna PAS cuma mahu 40 itu sahaja. Kalau boleh, semua kerusi yang dipertandingkan oleh PAS mahu dibolot. Tetapi mengikut strategi PAS, dengan berperanan sebagai king-maker, segala janji yang ditawarkan di dalam manifesto dapat dilaksanakan tanpa perlu menanti majoriti mudah terlebih dahulu.

ADA KERUSI PAS TIDAK BERTANDING

Walaubagaimanapun, 170 kerusi yang bakal ditandingi tidak cukup untuk memenuhi semua tuntutan penyokong yang mahu mengundi. PAS memiliki 195 kawasan berdaftar dan hampir semua 222 parlimen mempunyai ahli dan penyokong PAS. Maka sudah tentu akan ada beberapa kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS atas faktor strategi dan sebagainya. Situasi sama juga berlaku di peringkat DUN.

Justeru itu timbul persoalan dari penyokong dan pengundi PAS; Sekiranya tidak ada calon PAS atau Gagasan Sejahtera yang bertanding di tempat mereka, maka parti manakah yang perlu mereka pilih? Adakah BN? Adakah PH? Adakah parti Bebas? Adakah melakukan #undirosak? Adakah tidak turun mengundi? Atau adakah menukar tempat mengundi?

Kesemua jawapan di atas adalah salah! Tiada jawapan yang objektif bagi persoalan ini. Jawapannya bersifat subjektif dan memerlukan pertimbangan dibuat dengan waras oleh pengundi.

Soalan mengenai perkara ini pernah ditanya di dalam satu program baru-baru ini. Maka Presiden PAS menjawab haruslah memilih yang paling kurang mudaratnya.

MENGUKUR MUDARAT

Definisi darurat haruslah difahami mengikut perspektif Islam. Perkara ini dibahaskan di bawah tajuk Maqasid Syariat. Sarjana Islam mengkelaskan darurat kepada lima bahagian yang dinamakan sebagai ضروريات الخمس (Lima Darurat). Ada yang menyenaraikan enam.

Lima darurat itu adalah:
1. agama,
2. nyawa,
3. akal,
4. keturunan/maruah, dan
5. harta.

Secara disiplin, darurat ini perlu disusun mengikut tertib di atas. Sekiranya bertembung antara darurat, maka yang atas perlu didahulukan mengatasi yang bawah. Agama perlu didahulukan mengatasi nyawa dan harta. Nyawa perlu didahului mengatasi akal dan begitulah seterusnya.

Maka dalam bab memilih parti dalam pilihanraya, perkara pertama yang harus dipertimbangkan adalah soal masadepan dan nasib agama. Parti mana yang paling mengikut, menjaga dan memperjuangkan agama wajib menjadi pilihan.

Parti yang memperjuangkan agama secara tepat lebih baik dari yang memperjuangkan secara kurang tepat. Parti yang memperjuangkan secara kurang tepat lebih baik dari yang hanya mempergunakan agama untuk tujuan politik. Parti yang mempergunakan agama lebih baik dari yang langsung tidak mempedulikan agama. Dan yang tidak mempedulikan agama lebih ringan berbanding yang memusuhi agama.

Sekiranya berlaku persamaan dari sudut agama antara parti yang bertanding, barulah melihat kepada darurat yang kedua pula iaitu nyawa. Tetapi jika perbezaan sudah dikesan dari sudut kepentingan agama, maka cukup dengan itu untuk menentukan pilihan kita. Tidak perlu lagi membandingkan dengan darurat yang lain.

APLIKASI DI KAWASAN YANG TIADA PAS

Saya berani katakan dan bertanggungjawab atas kenyataan ini, bahawa PAS merupakan parti yang paling baik dalam menjaga agama di negara ini. Walaupun masih banyak kekurangan bagi parti ini, tetapi inilah yang paling baik berbanding yang lain.

Tetapi bagaimana jika PAS tidak bertanding di tempat kalian? Parti manakah pula yang perlu dipilih?

Kaedah mengukur mudarat masih perlu dijalankan. Katakan berlaku pertembungan dua penjuru antara BN dan PH. Pertimbangan harus dibuat berdasarkan pihak mana yang yang paling memberi manfaat atau setidaknya, paling kurang mudaratnya terhadap agama.

Antara yang mempergunakan agama atau yang tidak serius beragama dengan yang memusuhi agama, lebih baik yang mempergunakan agama. Sekurang-kurangnya agama digunakan walaupun niat mereka tidak ikhlas. Jika memilih yang berniat jahat terhadap agama, lebih mengancam kedudukan agama di negara ini.

Ada yang mengatakan pihak mempergunakan agama itu adalah munafik manakala yang menentang agama pula kafir. Maka kafir lebih ringan dari munafik. Perkara ini pernah diajukan kepada Presiden PAS. Jawab beliau, Nabi SAW dulu memerangi kafir yang menentang Islam, tetapi membiarkan munafik bersama dengan Islam.

IBRAH PERANG ROM-PARSI

Al-Quran merekodkan kisah pertembungan antara Rom dan Parsi di zaman Nabi SAW menerusi surah Ar-Room. Bagaimana Nabi SAW dan orang beriman menyokong Rom dan bergembira dengan kemenangan Rom ke atas Parsi. Firman Allah SWT:
غُلِبَتِ الرُّومُ
فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ
فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ
Orang-orang Rom telah dikalahkan.

Di tanah yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya.

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -
[Ar-Rum:2-4]

Ayat ini boleh dijadikan iktibar dalam memilih pihak yang tidak memperjuangkan Islam. Walaupun kedua pihak ini tidak mewakili Islam, namun secara politiknya Nabi SAW menyokong Rom berbanding Parsi. Ini kerana Rom adalah lebih baik daripada Parsi dari beberapa segi. Yang paling utama kerana Rom adalah penganut Kristian yang merupakan agama samawi yang turut mempercayai Allah secara asas. Sedangkan Parsi adalah penganut Majusi yang menyembah selain Allah iaitu api.

Sikap kedua pihak ini terhadap Islam boleh dinilai jelas melalui utusan dakwah yang dihantarkan oleh Nabi SAW. Ketika surat dihantar kepada Maharaja Rom Heraclius, beliau hampir-hampir beriman tetapi dihalang oleh pembesarnya.. Lalu beliau menolak dengan baik. Tetapi ketika menghantar surat kepada Maharaja Parsi bernama Khosrow II, beliau telah mengoyak surat tersebut tanpa habis dibacakan. Menunjukkan kebencian Parsi terhadap Islam.

Islam lebih memilih Rom kerana mereka lebih rendah mudarat berbanding Parsi.. Namun bukan bererti mereka bersetuju dengan Rom, kerana pada akhirnya Islam turut berperang dengan Rom seperti yang berlaku dalam perang Mu'tah, Tabuk dan perang-perang selepas kewafatan Rasulullah SAW. Dengan menyokong satu pihak yang lebih ringan mudarat, Nabi SAW telah berjaya mengurangkan ancaman kepelbagaian musuh terhadap Islam.

Maka mengambil kira dari sudut ini, perlu untuk kita mengundi pihak yang lebih ringan mudarat terhadap Islam sekiranya tiada pilihan yang lebih baik. Dr Yusof al-Qrdhawi ketika ditanya apakah perlu untuk orang Islam di negara minoriti muslim mengundi, maka jawab beliau ya, bahkan wajib untuk memilih pemimpin yang paling kirang mudarat terhadap Islam.

TIDAK KELUAR MENGUNDI?

Atas asas ini juga, tidak wajar bagi umat Islam yang berada di kawasan yang tidak diwakili mana-mana calon PAS untuk tidak mengundi. Tindakan sebegitu hanya membesarkan risiko kerusi tersebut dimenangi oleh musuh Islam. Samalah juga sekiranya kesemua calon adalah non-muslim, tetap perlu mengundi atas tujuan mengurangkan mudarat terhadap kepentingan agama. Dalam situasi ini, fatwa Dr Qardawi di atas boleh diaplikasikan.

Tuan Guru Presiden PAS menulis secara panjang berkenaan risiko menolak pilihanraya di zaman ini. Maka tidak keluar mengundi dalam keadaan demikian bukanlah satu langkah yang bijak. Jangan diingat dengan tidak mengundi kerana kesemua calon non-muslim atau tidak layak, kalian boleh terlepas daripada disoal Allah. Sekiranya sikap kita tidak keluar mengundi menyebabkan calon yang memusuhi Islam menang begitu sahaja, kalian juga perlu menjawab di hadapan Allah nanti.

Sedangkan sekecil-kecil zarah perkara pun akan disoal oleh Allah, inikan pula perkara yang melibatkan kepentingan umum.

10 Rejab 1439
27 Mac 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

📱Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
📱Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
📱Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: