Friday, April 13, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4922

9 Messages

Digest #4922

Messages

Fri Apr 13, 2018 3:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cuti Umum 9mei 2018
bloglist-malaysia.blogspot
batuvskayu.blogspot

9 Mei Diisytihar Cuti Umum
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Hari mengundi 9 Mei diisytiharkan sebagai cuti umum tambahan seluruh negara..

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), keputusan tersebut dibuat setelah orang ramai menyuarakan kesukaran untuk menunaikan tanggungjawab memandangkan hari mengundi jatuh pada hari bekerja.

"Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," menurut kenyataan PMO.

NGO juga petisyen atas talian bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya memperkenankan permohonan itu.

Kenapa SPR Pilih Rabu, 9 Mei Tarikh Mengundi?
ekeleh.com

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 pada hari Sabtu, 28 April manakala tarikh mengundi pula adalah pada hari Rabu, 9 Mei.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Ia menjadikan tempoh berkempen hanya selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU13.

Persoalannya kenapa SPR memilih hari bekerja sebagai tarikh pengundian yang boleh menyusahkan pelbagai pihak.

Adakah SPR mengharapkan peratusan keluar mengundi rendah untuk memenangkan UMNO BN.

Terhad!!! Tebus 'hadiah' istimewa bila anda pulang mengundi 9 Mei. Hanya di sini!!
bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Orang ramai diminta bertenang berhadapan pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan hari Rabu 9 Mei sebagai hari mengundi.

"Kerana keputusan SPR menetapkan 9 Mei Rabu, hari bekerja, maka andainya PH menang, maka 'Kerajaan PH' akan mengisytirharkan 10 & 11 Mei 2018 sebagai Cuti
Umum bagi menggalakkan dan meyakinkan Rakyat/Pengundi untuk Pulang Mengundi dan seterusnya Menyambut Kemenangan Rakyat."

Demikian perkongsian Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad yang tampil ke laman sosial Twitter untuk memujuk kemarahan rakyat Malaysia.

Media sosial meletup tengah hari tadi berikutan pengumuman SPR yang menetapkan hari mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-14 pada pertengahan minggu, selepas
penamaan calon pada 28 April.

Keputusan tersebut dilihat bakal menyusahkan orang ramai yang perlu mengatur perjalanan untuk pulang mengundi, terutamanya pengundi Sabah dan Sarawak yang
bekerja di Semenanjung.

Mengulas keputusan tersebut, mantan pengarah badan pemikir IDEAS, Wan Saiful Wan Jan berkata adalah penting untuk HARAPAN memastikan peratusan keluar mengundi
adalah tinggi.

"Jangan biarkan Najib mencuri," ujarnya di laman sosial Twitter.

"Pemilihan tarikh 9 Mei sebagai hari mengundi adalah satu lagi helah Najib dan UMNO untuk mencuri #PRU14. Ia jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja.

"Sudah pasti ramai yang tidak dapat mengundi, terutama mereka yang menetap atau bekerja jauh daripada tempat mengundi.

"UMNO mahu peratusan keluar mengundi rendah kerana mereka tahu bilangan rakyat yang tidak menyokong mereka adalah ramai. Jika peratusan keluar mengundi
adalah tinggi, kemungkinan untuk Najib berpindah keluar dari Putrajaya juga adalah tinggi," tegasnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah bagaimanapun enggan memberi rasional kepada keputusan tersebut, yang mengehadkan tempoh kempen setakat 11 hari
sahaja.

Mohd Hashim dilaporkan tergesa-gesa melarikan diri dari sidang media SPR, mengelak soalan wartawan.

Saya Sudah Penat Dengan Pemimpin Bodoh – Wardina
ekeleh.com

Personaliti televisyen Wardina Safiyyah menyuarakan pendiriannya secara umum tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau dilihat lantang menerusi kenyataan di Facebook dengan berkata BN sudah terlalu lama memerintah negara.

"Tidak, saya tidak takut untuk menyatakan sokongan saya bukan kepada BN. Saya tidak perlu menjilat sesiapa untuk kerjaya atau berada di televisyen lagi.

"BN tidak memiliki negara ini dan mereka sudah berkuasa terlalu lama," katanya baru-baru ini.

Namun dalam masa yang sama Wardina turut menyatakan tidak yakin dengan parti pembangkang yang ada dalam negara iaitu Pakatan Harapan.

Tikam Belakang – Jawapan Shafie Untuk Najib
ekeleh.com
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak pernah 'menikam belakang' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menegur depan-depan.

Menurut Shafie, sepanjang karier politiknya sebelum ini termasuklah ketika menjawat jawatan penting di dalam UMNO dan Kabinet, beliau sesekali tidak pernah berbuat demikian selain menegaskan apa yang terjadi hanyalah disebabkan sikap keterbukaannya menegur mengenai isu 1MDB.

"Perkara ini berlaku bukan satu perkara yang dicipta atau direka, saya tidak pernah tikam belakang kerana saya tegur dia (Najib) di depan-depan bahkan jemaah menteri yang hadir mesyuarat Kabinet berapa kali saya suarakan tentang 1MDB… masih hidup menteri-menteri ini.

"Adakah saya tikam belakang bukan persoalan kawan dan sahabat, (ini) persoalan negara kita yang memerlukan pentadbiran yang cekap, amanah dan memastikan supaya melindungi hak-hak rakyat di negara ini.

"Maka saya berani menegur… saya berani mencadangkan mengambil tindakan terhadap 1MDB tetapi malangnya bila saya cadangkan, saya pula diambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI di kediamannya sebagai mengulas tindakan Najib dalam ucapannya menyelar Shafie yang juga bekas naib Presiden UMNO, kerana tidak mengenang jasa dan menikamnya dari belakang apabila membuat keputusan keluar daripada UMNO.

PRU14: Senarai calon MIC sudah 'beres'? siapakah mereka?
THE MALAYSIAN TIMES
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai senarai calon parti MIC yang selama ini dikatakan kelam-kabut untuk dipastikan dan disahkan dilaporkan sudah mendapat satu kata pemutus.

Sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Times ( TMT) bahawa Presidennya Datuk Seri Dr S. Subamaniam dikatakan sudah mendapat persetujuaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dalam sessi pertemuannya dengan beliau semalam.

Daripada laporan dan sumber yang diterima, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan akan mempertahankan kerusi Parlimen Segamat untuk penggal ketiga berturut-turut.

Manakala Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri M. Saravanan pula sekali lagi akan bertanding di Parlimen Tapah untuk penggal ketiga.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk. P. Kamalanathan dijangka sekali lagi akan diturunkan di Parlimen Hulu Selangor walaupun dilaporkan wujud pelbagai tentangan daripada beberapa kumpulan termasuk daripada sebuah parti politik komponen BN.

Di Parlimen Cameron Highlands, parti dikatakan telah mencadangkan nama Ketua Pemudanya Datuk C.Sivarraajh yang tewas di di DUN Bentong pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

Persoalannya apakah nasib kerusi tersebut? milik MIC atau MyPPP?

Manakala di Parlimen Sungai Siput pula, nama Timbalan Presiden parti Datuk Seri S.K . Devamany dikatakan 'mendahului' untuk membawa cabaran MIC dalam misi merampas kembali kawasan tersebut yang satu ketika dulu menjadi kubu kuat bekas Presiden Tun S. Samy Vellu.

Di Kapar pula, nama Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy menjadi pilihan di mana beliau dikatakan sudahpun mengerakkan jenterenya di kawasan tersebut.

Sumber parti berkata, Mohana seharusnya bertanding di Parlimen Kota Raja di PRU ke-13 lepas namun atas sebab-sebab tertentu namanya terkeluar di saat-saat terakhir.

Malah pada tahun lepas beliau diarahkan oleh kepimpinan parti untuk berkerja di Parlimen Cameron Highlands, namun selepas beliau menjalankan beberapa aktiviti secara agresif di sana, kepimpinan parti dikatakan 'menarik keluar' beliau dari sana.

Persoalannya berapa ramai calon wanita akan diturunkan di PRU ke- 14 nanti selain Mohana?

Pada PRU ke 13 lepas, hanya seorang sahaja calon wanita dicalonkan di DUN Port Dickson namun tewas.

Untuk Parlimen Teluk Kemang yang kini telah ditukar nama kepada Parlimen Port Dickson selepas proses persempadanan semula, MIC sekali dikatakan menaruh kepercayaan kepada Ketua Peneranganya Datuk V.S. Mogan yang tewas dengan majoriti nipis di PRU ke – 13 di Parlimen yang sama.

Untuk Parlimen Kota Raja , menurut sumber parti telah mencadangkan nama Ketua Pemuda MIC negeri Selangor, D. Kajendran.

Manakala di Subang yang kini telah ditukar nama kepada Parlimen Sungai Buloh difahamkan nama Ketua Putera parti itu Uvaraja Maniam menjadi pilihan. Uvaraja juga merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Kamalanathan.

Namun menurut sumber itu lagi, mungkin ada 'kejutan' terakhir di Parlimen yang dikategorikan kritikal khususnya di Sungai Siput, Hulu Selangor, Sungai Buloh dan Cameron Highlands.

AMARAN PRESIDEN

Semalam, Dr Subramaniam menggesa pemimpin dan anggota parti itu berhenti mengeluarkan kenyataan media meminta kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 ini.

Beliau berkata MIC hanya akan mencalonkan mereka yang berpeluang tinggi untuk menang pada pilihan raya itu dan penilaian boleh menang tersebut akan dibuat menggunakan beberapa kaedah termasuk maklum balas akar umbi, pusat penilaian, maklum balas pusat operasi Barisan Nasional (BN) dan lain-lain.

Calon yang peluang menangnya rendah mungkin akan digantikan dengan mereka yang mempunyai peluang lebih baik, katanya dalam kenyataan, di sini.

"Matlamat parti pada akhirnya ialah untuk menang sebanyak mungkin kerusi."

"Saya harap calon berpotensi dan pemimpin sedar akan perkara ini. Walaupun setiap individu itu penting, parti jauh lebih penting. Bagi memastikan perjuangan politik MIC berterusan, amat penting untuk ia mencatat keputusan baik pada pilihan raya ini," katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa mereka yang mencabar keputusan kepimpinan parti berhubung calon akan berdepan tindakan tegas.

"Sebarang cubaan untuk untuk mensabotaj kempen pilihan raya oleh anggota parti akan ditangani dengan tegas. Dewan Tertinggi BN telah memutuskan parti komponen harus memecat atau menggantung keanggotaan mereka yang berbuat demikian," katanya.

Dalam pada itu, Dr Subramanian mengakui bukan mudah untuk menguruskan pilihan raya dan ketika berdepan dengan 'peperangan', kesediaan untuk bekerjasama dan perpaduan dalam kalangan anggota parti amat penting.

"Jika kita bersatu dan menggembleng sumber kita, kita boleh mencapai kejayaan cemerlang. Bersedialah untuk satu 'pertempuran' yang hebat,"

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tinggalkan Pangkat Kat Pagar Bila Datang Ke Sekolah," Guru Ini Beri Pesanan Pedas Buat Ibu Bapa Ketika Berurusan Di Sekolah
siakapkeli.my

Gambar Hiasan


25 Jan - Segelintir ibu bapa yang hadir ke sekolah kadang-kala dengan bangga membawa pangkat bergelar Datuk atau Datin untuk berdepan dengan guru-guru..

Untuk sesetengah perkara, tidak perlu untuk ibu bapa membawa pangkat yang ada untuk menggerunkan guru-guru di sekolah.

Seorang guru menerusi Facebooknya iaitu Mohd Fadli Salleh telah menyentuh tentang perkara ini. Menurut Fadli, jika hadir ke sekolah tinggalkan segala pangkat itu di luar pagar sekolah dan ambilnya semula setelah selesai urusan.

Beliau menulis perkara tersebut kerana sudah kerap kali berlaku di depan matanya sehinggakan ada yang masuk tanpa melapor diri dahulu di pejabat sekolah.

Gambar Hiasan


"Bila anak dijentik, bila ada salah faham ada yang datang tanpa lapor diri pada jaga. Main redah sahaja konon dia besar sangat," tulis Fadli..

Beliau juga mengatakan, apabila ibu bapa datang ke sekolah dengan memperkenalkan pangkat, perkara yang pertama terlintas di fikiran mereka adalah "sombongnya dia ni."

Jom ikuti perkongsian Mohd Fadli Salleh tentang segelintir ibu bapa yang hadir ke sekolah membawa pangkat dan darjat. Semoga bermanfaat.

Aku nak ingatkan satu benda kepada mereka yang bergelar ibu bapa. "Sebaik kau melangkah masuk ke kawasan sekolah, sila tinggalkan pangkat dan darjat kau orang kat pagar tu. "

Nanti pulang, ambil balik la pangkat tu. Tak kira apa pangkat sekali pun. Masuk je pagar sekolah, cukup bawa pangkat sebagai seorang ibu atau seorang ayah kepada seorang murid yang diajar oleh guru-guru biasa yang penuh komited menjalankan tugas.

Aku menulis hal ini, kerana banyak berlaku di depan mata aku sendiri ibu bapa yang bawa pangkat masuk ke kawasan sekolah. Bila anak dijentik, bila ada apa jua salah faham, ada yang datang tanpa lapor diri kat jaga. Main redah sahaja. Konon sebab dia orang besar.

Terus terjah masuk bilik GB atau Penolong Kanan dan dengan bongkak berkata," Cikgu tahu siapa saya? Saya Datuk bla...bla...bla...", " Saya ini pengurus syarikat bla...bla...bla...", " Saya ini rapat dengan menteri bla...bla...bla...", " Abang saya kerja KPM. Orang besar bla...bla...bla..."

Gambar Hiasan


Tan Sri, Dato-dato, Datin-datin, orang-orang kenamaan sekalian, dengar sini Cikgu Korea nak cakap. Aku tahu kalian 'jual' nama dan pangkat itu nak bagi cikgu rasa gerun dan hormat pada kalian. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu itu tujuannya.

Tapi tahukah kalian, sebaik kalian menuturkan ayat tersebut, perkara pertama yang terlintas dihati para guru ialah, "Sombong betul dia ni."

Hanya jelek penuh jengkel menyerang hati dan minda para guru sebaik mendengar ayat itu. Tiada langsung rasa hormat pada pangkat dan nama melainkan yang tinggal hanya perasaan jelek dan menyampah yang membuak-buak.

Tindakan menjaja pangkat dan nama orang kenamaan tidak sedikit pun memberi keuntungan pada tuan puan. Tidak!

Bahkan anak tuan puan makin dijauhi kerana kesombongan tuan puan. "Itulah anak datuk yang sombong tu. Kau hati-hati kalau nak marah atau tegur anak dia. Nanti dia serang sekolah."

Ini ayat yang akan menjadi buah mulut cikgu-cikgu. Apa jadi pada anak-anak kalau salah mereka tidak lagi dimarah dan ditegur? Apa kesan pada akhlak mereka?

Kau mungkin berasa hebat. Kau mungkin rasa 'power' bila tiada lagi guru berani tegur atau marah anak kau. Tapi sejujurnya, anak itu dipulau. Anak itu tersisih dari didikan yang sepatutnya dia terima.

Dan sejujurnya, anak itu menjadi mangsa. Mangsa kesombongan pangkat dan nama yang kau jaja. Masih rasa sombong dan bongkak dengan pangkat dan gelaran? Fikirkan semula. - Siakapkeli.my

'Jangan Ingat Anak Baik Kat Rumah, Tapi Dia Tak Buat Hal Kat Sekolah'', Nasihat Cikgu Ini Buat Semua Ibu Bapa, Wajib Baca
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Cabaran sebagai guru sudah tentunya akan diuji dengan pelbagai kerenah anak murid yang bermacam ragam. Ada murid yang baik di rumah, tapi bila datang ke sekolah pelbagai masalah yang timbul. Lebih parah, jika diadukan pada ibu bapa, mereka tidak percaya, konon anak tidak akan melakukan perkara sebegitu. Sudahnya, cikgu yang disalahkan.

Apa yang dikongsikan oleh guru ini Mohd Fadli Salleh melalui laman facebook ada wajarnya. Masalah yang sering dilakukan oleh anda anda di sekolah, tapi ramai ibu bapa yang tidak sedar langsung akan hal ini !

Jadikan sebagai peringatan, didik anak anda untuk tidak melakukan perkara yang disebutkan ini. Pucuk pangkalnya, pendidikan yang terbaik adalah ketika di rumah. Semoga bermanfaat untuk semua.

Aku nak dedahkan pada ibu bapa masalah yang sering anak kalian buat di sekolah dan ramai ibu bapa tak tahu hal ini.

1. Minta duit kawan.

Masalah ini berlaku saban hari di sekolah melibatkan murid tahun 1-6. Banyak aduan diterima setiap hari, dan sebenarnya lebih banyak aduan disembunyi.

Ibu bapa tolonglah. Tolong didik anak-anak di rumah agar tidak minta duit kawan meskipun duit dia dah habis. Suruh jumpa guru kelas atau guru bertugas..

Masalah ini paling sukar aku hadapi. Dah pesan banyak kali pada murid, jangan beri pinjam duit. Lapor pada cikgu jika ada murid lain minta duit.

Laporan tak ada. Tup-tup mak ayah mesej mengadu duit anak dia selalu kena minta. Bila panggil anak dia tanya kenapa beri sedangkan cikgu dah pesan, jawab si anak selamba, "Jika tak beri dia tak nak kawan."

Letih main dengan isu budak minta duit ni. Ada yang terkumpul lebih RM30 pun ada. Sehari minta seringgit atau dua.

Akhirnya aku terpaksa hubungi ibu bapa maklumkan hal ini. Terkejut ibu bapa sikap anak sendiri suka minta duit kawan. Padahal mereka dah bagi belanja lebih dari cukup. Ada yang beri duit belanja RM5 sehari pun masih minta duit kawan.

Lebih seram, ibu bapa tak terima aduan guru. Kata kawan anaknya reka cerita dan anak dia baik sangat. Lepas tu twist cerita anak dia selalu kena ambil barang dengan orang lain. Kena tolak, kena pukul dan sebagainya. Aduh!

2. Selalu tinggal barang.

Cikgu-cikgu kelas terutama tahun satu sangat maklum hal ini. Setiap hari sebakul pensel dikutip. Setiap hari sebakul pemadam, pensel warna, pembaris di tinggalkan. Kat kantin berpuluh botol air tidak dituntut.

Masalah tinggal barang sahaja tahan lagi. Pulang rumah dia cerita kawan dia yang curi. Kawan dia yang ambil. Padahal dia tak nak kena marah dengan ayah ibu. Hat ni masalah besar. Maka ibu bapa hubungi guru bercerita barang anak dia selalu dicuri oleh Polan bin Polan.

Dah cikgu kena jadi penyiasat pula siasat dakwaan kes. Bila cikgu panggil murid yang dituduh itu, murid ini pulang cerita kat mak ayah dia cikgu tuduh dia mencuri.

Padahal baru siasat dan bertanya betul ke ada ambil barang kawan tu. Padahnya mak ayah serang cikgu pula. Aduh lagi.

3. Suka ambil barang orang.

Hat ni memang ada. Barang orang suka sangat padahal barang dia lagi mahal dan banyak. Pantang kawan pusing belakang, barang atas meja terus hilang.

Pernah terjadi, seorang murid bawa pulang buku teks kawan dia. Bukan sebiji.. 3 biji buku teks yang sama dia ambil. Nak buat apa entah. Bekas pensel dia semua penuh dengan 'harta rampasan perang'.

Jenis suka minum dan makan bekal kawan pun ada juga. Tanpa minta masalahnya.. Tengok kawan bawa air sedap, kawan tu ke tandas, separuh dia balun. Kawan tu ralit buat kerja, separuh lagi dia minum.

Last-last tinggal tujuh titik je air Ribena kawan tu. Tu pun bercampur air liur tinggalan 'pembalun' lima titik.

Jadi ibu bapa, dengarlah nasihat aku guru tahun satu ini.

Walau kalian bagi duit belanja kat anak-anak, walau anak kalian baik yang at kat rumah, kena pesan hari-hari, "Jangan minta duit kawan!"

Walau berkodi-kodi alat tulis kalian sediakan, kena selalu check beg anak-anak. Jumpa barang yang bukan milik dia, terus suruh dia pulangkan esok hari.. Walau dia kata kawan yang beri!

Kalau anak balik cerita barang dia kawan ambil, jangan terus percaya. Kemungkinan besar dia sendiri yang tinggal barang itu. Atau barang jatuh dia tak kutip.

Cukuplah tiga benda dulu aku kongsi malam ini. Kalau ikutkan banyak lagi ni.. Lain kali la pula aku cerita. Didikan pertama bermula di rumah.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hisham: Isu tanah ATM fitnah untuk tekan PM

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

Diterbitkan 11 Apr 2018, 4:12 petang

Dikemaskini 11 Apr 2018, 4:18 petang

 

Dakwaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya bertujuan untuk menyerang perdana menteri, kata Menteri Pertahanan sementara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau menegaskan ia kerana tuduhan penswastaan tanah ATM itu adalah tidak berasas malah tanpa fakta.

"Tuduhan yang dilemparkan tidak berasas dan kadang-kadang ia hanya fitnah bulat-bulat. Saya harap pihak-pihak tertentu akan menjawab dengan fakta dan bukannya hanya menekankan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan saya sahaja," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di SATRIA Residensi, Sungai Besi hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sabtu lalu, Rafidah menerusi 'Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak' yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, menyatakan perdana menteri selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.

Sementara itu, Hishammuddin berkata sebanyak 3,500 unit rumah di bawah program SASaR akan dibina di Sungai Besi bagi memastikan lebih ramai anggota dan veteran ATM memiliki rumah pada harga mampu milik.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 1,800 diperuntukkan kepada Tentera Darat, 600 unit masing-masing kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia manakala 500 unit lagi kepada warga awam Kementerian Pertahanan.

"Spesifikasi keluasan rumah yang bakal dibina ialah seluas 1,000 hingga 1,200 kaki persegi dengan harga antara RM150,000 hingga RM250,000 seunit yang mana harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran," katanya.

Katanya projek itu merupakan permulaan daripada inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Perumahan Kementerian Pertahanan yang dilancarkan pada 3 April lepas.

Beliau berkata pihak kementerian berhasrat untuk membina lebih 25,000 unit rumah lagi di 13 lokasi terpilih di seluruh negara sehingga lengkap sepenuhnya pada 2030.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin berkata sebanyak 1,888 unit rumah telah dijual kepada anggota tentera di Bukit Jalil di ibu negara, Johor Bahru dan Mutiara Damansara, Selangor di bawah Program Rumah Idaman dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Sebanyak 2,000 unit rumah di Taman Bukit Jalil dalam pembinaan dijangka siap pada Disember tahun ini dan 304 unit rumah teres satu tingkat di Segari, Perak dijangka siap pada April tahun depan.

-Bernama

Panas!! Patriot desak Najib jelaskan isu penswastaan tanah ATM
bloglist-malaysia.blogspot
agendsai.blogspot

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), BG Datuk Mohamed Arshad Raji (B) berkata, pendedahan yang dibuat oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah diswastakan amat mengejutkan.
Kata beliau, ekoran pendedahan dan tuduhan ini, boleh dikatakan 300,000 veteran, 150,000 anggota tentera yang sedang berkhidmat dan rakyat Malaysia pada umumnya terkejut tanpa kata.
"Banyak soalan yang berlegar di benak, terutamanya berkaitan dengan penutupan semasa Pangkalan Tentera Udara Sg Besi yang memalukan dan pemindahan kem-kem tentera lama yang mempunyai nilai komersial tinggi ke kawasan-kawasan terpencil di seluruh negara," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Jelas Mohamed Arshad, penswastaan dan monetisasi (monetisation) bidang-bidang tanah berharga dan strategik milik tentera adalah perkara serius.
"Ia tidak boleh dan tidak seharusnya diputuskan oleh seorang menteri kabinet dan tanpa perdebatan di parlimen dan tanpa pengetahuan rakyat jelata.
"Di atas segala-segalanya, pandangan setiap warga ATM adalah sangat penting tetapi tidak di diminta. Veteran yang pernah berkhidmat di kem-kem berkenaan juga melampirkan nilai sentimental yang tinggi, dan suara mereka juga seharusnya didengar," kata beliau.
Katanya lagi, memandangkan keseriusan isu ini, Patriot menuntut jawapan segera daripada Perdana Menteri Najib, kepada soalan-soalan berikut:
1. Apa yang berlaku terhadap cadangan tersebut dalam masa 10 tahun ini, mulai tahun 2008 sehingga sekarang, iaitu tahun 2018?
2. Adakah semua 40,000 ribu hektar tanah Kementah/Angkatan Tentera yang dinyatakan telah diswastakan?
3. Dan jika telah diswastakan, syarikat mana dan siapakah pemilik-pemilik syarikat?
Tambah beliau, semua tanah milik Kementah dan Angkatan Tentera terletak di lokasi strategik di seluruh negara.
"Selain nilai komersial, sebarang penempatan semula pangkalan tentera akan mempunyai implikasi strategik, keselamatan, dan pertahanan yang serius.
"Di samping itu, pemindahan ke kawasan terpencil akan menyebabkan banyak ketidakselesaan kepada warga pakaian seragam dan keluarga mereka.
"Patriot sedang menunggu jawapan kepada soalan-soalan kami," katanya.
mdl

NAJIB KENA BELASAH OLEH NENEK UMNO..!
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Written By canang
Posted by canang

NAJIB KENA BELASAH KAW2 OLEH NENEK UMNO..!
Rafidah dakwa Najib swastakan tanah tentera..
Antara projek yang disenaraikan dalam surat Rafidah itu ialah Bandar Malaysia yang merupakan bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi, perpindahan kem Majidee, Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), projek Keretapi Laju KL-Singapura, projek komersil pertanian dan penjualan pengkalan udara TUDM Butterwoth.

Surat terbuka Rafidah Aziz dapat dicapai pada pautan di sini
=>.https://www.facebook.com/Tansrirafidah/posts/2044816365775820

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Tuesday, April 10, 2018 11:14 PM
Subject: Fw: UNDILAH PAS, Cina tanya Tok Guru jawab, khianat perjuangan, Surat Terbuka Rafidah

Surat Terbuka : Rafidah Aziz bertanya, Najib sila jawab..!
kedahlaniie.blogspot

FAKE NEWS? PECAH TEMBELANG?? Pakat baca lah surat terbuka Tan Sri Rafidah Aziz otai niii...Tan Sri tanya jer kot??

8hb April 2018
SURAT TERBUKA KEPADA PM
Bismillahirrahmanirrahim

DATO' SRI PM,
Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato' Sri Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ' SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

1) UNTUK Dato' Sri SWASTAKAN SEMUA lebih dari 40,000 hektar TANAH MILIK MINDEF di seluruh Malaysia .(Tanah tersebut adalah ASET NEGARA yang berharga dan Strategik )
2) 'Pengswastaan' itu diberikan KAPADA sebuah SYARIKAT MILIK 3 INDIVIDU, iaitu 2 lelaki dan 1 orang Wanita.
3) PAJAKAN TANAH ialah untuk 40 TAHUN , iaitu 4 dekad.

TIDAK ADA dibuat TENDER TERBUKA, atau di minta apa2 sebutharga dari pihak2 lain.

Saya agak ragu dan telah BERTANYA kapada Dato' Sri, dalam Mesyuarat tersebut :
a) MENGAPA di swastakan kapada Syarikat yang tidak langsong di ketahui rekodnya
b) MENGAPA tidak di swastakan kepada LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT), yang bolih bergabung dengan Syarikat2 besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti?

JAWAPAN DATO' SRI kepada saya, dan di sambut olih PM Abdullah ialah,

'Kita akan bawa masuk LTAT kemudian...'

Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato' Sri.
Kertas Kabinet telah diluluskan.

DATO' SRI PM ,

Saya ingin bertanyakan, untuk diberi PENGESAHAN, bahawa :

(1) 'SYARIKAT 3 Individu ' SEKARANG INI adalah PEMILIK setiap inci Tanah BEKAS MILIK MINDEF / MILITARI ,(KECUALI yang telah mereka jual)

(2) MEREKA lah sekarang pihak yang MEMBUAT KEPUTUSAN2 atas perkara2 saperti :

⁃ APA yang akan di buat dengan Tanah di SELURUH Malaysia, yang BEKAS milik MINDEF / MILITARI, tetapi yang telah diswastakan kapada mereka.

⁃ KEPADA SYARIKAT2 mana yang mereka akan jual keping2 tertentu , Tanah yang sekarang MEREKA miliki itu . (KECUALI jika ada 'arahan2' tertentu dari pihak atasan)

⁃ UNTUK TENTUKAN apa2 Peraturan dan Perjanjian, SAPERTI 'TUKAR TANAH/ LAND SWAP'.

Ini seperti dalam keadaan, dimana, ada Syarikat2 yang SETUJU untuk mereka PINDAHKAN Kem2 LAMA Militari dalam dan sekitar bandar, dan mereka juga akan BANGUNKAN Kem2 BARU di lokasi lain ,yang jauh dari bandar.

Sebagai 'PERTUKARAN TANAH', Syarikat2 tersebut akan dapat TAPAK2 KEM lama itu, yang jauh lebih tinggi nilainya, untuk membangunkan PROJEK2 KOMERSIAL , yang sangat MENGUNTUNGKAN. Terutama selepas di NILAI SEMULA/ Revalue, Tanah BEKAS Milik MINDEF , kapada nilai semasa. (Contohnya ialah di SARAWAK, IAITU transaksi dengan Syarikat milik Tan Sri Bustari Yusof. Beliau akan membina Kem2 baru, di kawasan2 luar dari bandar, dan dapat Tapak2 Kem Lama sekitar Bandar untuk dibangunkan PROJEK2 KOMERSIAL )

Dapatkah Dato' Sri SAHKAN, bahawa Projek2 BERIKUT, adalah ANTARA yang MELIBATKAN tanah BEKAS milik MINDEF / MILITARI ,(yang sekarang MILIK 'Syarikat 3 Individu')?

Ini CONTOH2 yang di ketahui :
1) PENGKALAN TUDM di Sg Besi, telah di jual KEPADA 1 MDB pada harga yang TIDAK manasabah iaitu RM74.20pkp (nilai pada masa itu sehingga RM1,000pkp). Kontrak yang di tawarkan kapada IWH-CREC untuk membangunkan Perojek 'Bandar Malaysia', telah DITARIK BALIK.

KERAJAAN melalui MOF, telah 'ambil alih' PROJEK.
Wang DEPOSIT sebanyak RM741 juta sudahpun dibayar olih mereka. Akhirnya, BUKAN 1MDB yang BAYAR BALIK DEPOSIT itu, tetapi KERAJAAN ( iaitu RAKYAT yang PEMBAYAR Cukai)

2) KEM MAJIDEE, 4 km dari Johor Bharu, di TEMPATKAN SEMULA, ke lokasi2 yang jauh, saperti ke Kluang, Gemas dan lain2. Sebenarnya ISU ini telah di bangkitkan di PARLIMEN, dan juga olih Jawatankuasa Akaun Awam (Public Accounts Committee) ,yang ketika , itu di pengerusikan olih Tan Sri Azmi Khalid.

3) EAST COAST RAIL LINK (ECRL) sepanjang 620 km

4) HIGH SPEED RAIL ke Singapura (HSR)

5) SATU PROJEK berbentuk PERTANIAN KOMERSIAL BESAR2AN, yang telah diumumkan olih Menteri Pertahanan Hishamuddin, yang dikatakan 'akan dibangunkan atas Tapak2 Tanah MINDEF yang tidak digunakan' , atau" idle".
SEBENARNYA, TIDAK ada LAGI, TANAH MILIK MINDEF / MILITARI ,sama ada 'idle' atau tidak.

SEMUA TANAH MINDEF/ MILITARI, SEKARANG DIMILIKI olih 'Syarikat 3 Individu'.

6) PENJUALAN tanah Strategik , iaitu PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH kapada TSR Capital, untuk tapak itu di bangunkan projek KOMERSIAL.
PENGKALAN lama akan di pindahkan ke Ara Kuda.
BAGAIMANAPUN, SETELAH ada banyak TENTANGAN daripada pelbagai pihak, Dato' Sri telah TANGGUHKAN Pelan itu, supaya dibuat 'kajian lebih mendalam'.
WALHAL, WANG sudah di perolehi dari Jualan Tapak Tanah olih 'Syarikat 3 Individu'.

DATO' SRI ,

Baru2 ini Dato ' Sri telah umumkan semasa membuka PENGKALAN TUDM BARU SENDAYAN, bahawa 'tanah2 ASET Kerajaan yang TIDAK digunakan', akan "di monetise" 'untuk projek2 lain' '

Saya ingin mendapat PENGESAHAN :

a) ADAKAH INI satu lagi PERANCANGAN untuk di KOMERSIALKAN Tanah BEKAS Milik MINDEF/ MILITARI , yang SEKARANG MILIK PENUH ' SYARIKAT 3 INDIVIDU?

b) BAHAWA akan ada pendekatan2 di ambil, untuk membolihkan bantuan kewangan diberi terus kepada 1MDB , (seperti dalam case PEMBAYARAN DEPOSIT olih KERAJAAN , dan BUKAN olih 1MDB, dalam transaksi Penjualan Tanah PENGKALAN UDARA SG BESI , kapada IWH- CREC Consortium )?

RAKYAT PERLU TAHU SEMUA FAKTA2 .
SILALAH DEDAHKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM :
a) NAMA2 3 Individu itu
b) NAMA Syarikat mereka
c) BUTIR2 PENGSWASTAAN besar2an , secara 'SEKALI GUS' , ASET NEGARA , yang sangat STRATEGIK dan BERHARGA itu.
d) SENARAI Menteri2 yang hadhir dalam Meyuarat Kabinet, yang meluluskan KERTAS KABINET , yang Dato' Sri bentangkan itu. SAYA SENDIRI MEMANG HADHIR..

TIDAK ADA apa lagi yang 'Rahsia' tentang Kertas Kabinet itu, kerana PENGSWASTAAN SUDAH pun SELESAI.

Projek2 meggunakan tanah BEKAS Milik MINDEF / MILITARY, sudah pun , dan sedang ,dilaksanakan. Cara berterusan, Projek2 BARU akan di RUNDINGKAN ,dengan PENILAIAN SEMULA nilai tanah kapada nilai semasa, UNTUK 30 TAHUN yang akan datang.

KITA SEMUA mesti TAAT SERTA PATUH BERPEGANG kapada )SUMPAH PERLANTIKAN JAWATAN KITA. Menteri2 berugama ISLAM, MEMULAKAN SUMPAH mereka dengan Lafaz..

'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'

ALLAH SWT MENGHAKIMKAN SEGALA2NYA.

Terima kasih,
Salam Sejahtera,

- Rafidah Aziz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari - Petua Penjagaan Diri & Kediaman Dari Makhluk Halus
Famili Ceria
depalmasp.com

Mengapa Perlu Elakkan Jemur Baju Di Malam Hari? - Assalamualaikum, rupanya sidai baju di ampaian pada waktu malam tidak elok sebab jin akan buat macam-macam kat baju kita tu. Patutlah mak selalu basuh balik baju yang kalau lupa angkat waktu malam. Jadi, sama-sama kita elakkan memakai baju yang tersidai lebih pada waktu Maghrib.

SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 MEH BACA NI
(Drp Ustaz Syahidan KUIS)

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.
a.. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².
b.. Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.
c.. Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
d.. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.
e.. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
f.. Angkat baju di ampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.
g.. Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
h.. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).
i.. Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus
j.. Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
k.. Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
l.. Elakkan duduk di pintu.
m.. Selalu² baca surah Al~Baqarah
n.. Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.
o..
Nampak Bersih Tapi Amat Kotor Dan Jadi Perangkap Bakteria, Pakar Beri Tips Cara Betul Basuh Tuala Sampai Bakteria Mati
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Menurut pakar, tuala mandi anda yang kotor mampu membawa pelbagai jenis mikrob berbahaya yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Anda tidak mungkin dapat memastikan bahawa tuala anda 100 peratus bebas daripada mikrob berbahaya ini, tetapi menurut pakar anda mampu mengurangkan jumlahnya dengan hanya membasuh tuala tersebut, cuma ia lebih kerap berbanding apa yang anda fikir.

Tuala sebenarnya boleh dianggap sebagai perangkap bakteria yang baik kerana setiap kali anda menggunakanya, anda telah pun memindahkan bakteria semula jadi yang ada pada tubuh badan kepada permukaan tuala. Kebanyakkan bakteria ini tidak berbahaya kerana ia berasal daripada kulit anda sendiri.

''Tubuh badan manusia beradaptasi dengan baik dan mampu hidup di dalam persekitaran yang dipenuhi dengan pelbagai mikrob'', kata Emily Martin, seoran profesor daripada Universiti Michigan.

Namun begitu, tuala memberi ruang untuk bakteria dan organisma mikro yang lain untuk berkembang biak kerana seringkali disangkut atau dibiarkan di ruang yang gelap, panas dan lembap.

Malah, sebelum anda menyentuh tuala mandi, tangan anda mungkin terlebih dahulu menyentuh pelbagai permukaan lain terutamanya ketika di dalam bilik andi. Anda harus tahu bahawa tapak tangan anda adalah antara agen penyebar bakteria.

Jadi, barangkali anda secara tidak sedar sudah pun menyentuh organisma berbahaya seperti coliform bacteria, organisma yang berkait dengan pembawa penyakit berkait air seperti Escherichia cole (E.coli) ataupun Salmonella.

Menurut Charles Gerba, seorang ahli mikribilogi daripada Universiti Arizona berkata, kajian yang dilakukannya mendapati hampir 90 peratus tuala yang digunakan di bilik mandi telah dicemari dengan bakteria E. coli. Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa tuala kecil yang digunakan di dapur turut mengandungi bakteria ini, dan jumlah bakteria E. coli berkait secara langsung dengan kekerapan tuala-tuala tersebut dibasuh.

''Kebanyakkan orang tidak membasuh tangan mereka dengan bersih, jadi apabila mereka mengeringkan tangan dengan menggunakan tuala, mereka sedang memindahkan bakteria pada tempat dimana ia senang membiak.

''Selepas dua hari, jika anda menggunakan tuala yang sama untuk mengelap wajah anda, anda sebenarnya memindahkan bakteria E.coli pada wajah lebih banyak berbanding daripada anda meletakkan wajah anda di dalam mangkuk tandas dan mengepamnya'', kata Gerba.

Anda mungkin tidak merasa sakit kerana sesetengah bakteria berbahaya ini hidup pada diri anda. Tetapi kajian menunjukkan ia boleh menjangkiti orang lain yang berkongsi tuala. Malah bakteria ini boleh maksud ke dalam sistem badan sekiranya anda mengelap bahagian badan yang mempunyai luka terbuka.

Cara terbaik yang anda boleh lakukan bagi melindungi diri anda daripada bahaya bakteria pada tuala adalah dengan membasuh tuala anda sekurang-kurangnya setiap dua hari, terutamanya jika anda mempunyai bayi di dalam rumah kerana mereka lebih terdedah dengan penyakit-penyakit bawaan bakteria tersebut.

Tetapi anda tidak boleh membuat basuhan biasa, kerana bakteria masih mampu hidup walaupun sudah dibasuh. Gerba menyarankan anda untuk menggunakan air panas dan produk pencuci dengan peluntur yang mampu membunuh bakteria.

Jika anda dapat memastikan tuala yang anda guna benar-benar kering, anda mungkin dapat menyimpannya sedikit lama. Tetapi jika anda mula mengesan bau pada tuala, anda tahu bahawa anda sebenarnya sudah menyimpannya terlalu lama..

Sumber : TIMES
Siakapkeli.my

Tahukah Anda Butang 'Soak/Tube' Pada Mesin Basuh Adalah Untuk Mencuci Keladak Dalam Mesin? Bagaimana? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Mungkin ada diantara kita yang hanya tahu membasuh pakaian tapi tidak pasti bahawa sebenarnya mesin basuh juga perlu dibasuh untuk mengekalkan fungsinya secara optimum.

Tapi bagaimana pula nak basuh mesin basuh? Nak kena sental bahagian dalam mesin atau sapu habuk dibahagian luar? Itukah yang dimaksudkan dengan mencuci mesin basuh?

Cuba bayangkan selama bertahun-tahun membasuh baju dengan segala jenis kotoran, pasti sudah berkepuk-kepuk keladak daripada kotoran pakaian yang terkumpul didalam mesin tersebut. Jadi, apa yang harus kita lakukan untuk memastikan keadaan mesin basuh sentiasa dalam keadaan yang baik dan baju betul-betul bersih?

Perkongsian daripada Mommy Daily ini menjawab persoalan dengan langkah yang disertakan sekali sebagai panduan untuk membasuh mesin jenis automatik di rumah anda. Semoga perkongsian ini berfaedah buat semua!

via GIPHY

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe

Siakapkeli.my

''Awas, Bahaya Sambung Banyak Wayar 'Extension' Dalam Satu Soket'', Wanita Kongsi Pengalaman, Peringatan Buat Semua
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Tahukah anda sambungan pelbagai alat elektrik pada satu soket boleh mengundang bahaya seperti terkena renjatan elektrik dan berlaku kebakaran? Jangan ambil mudah akan hal ini, takut malang tidak berbau.

Bila tidak mempunyai plug yang cukup, kita akan menggunakan soket 'extension' untuk memastikan semua peralatan eletrik dapat berfungsi. Menyambungkan elektrik pada satu soket banyak berlaku di bahagian dapur melibatkan peralatan seperti ketuhar, mesin pengisar, pengadun, periuk nasi ataupun pelbagai peralatan eletrik lain. Kebiasaanya, ramai antara kita yang pernah buat kan?

Perkongsian pengalaman oleh Zulaikha Ali di Page Facebook MAMA Dan Anak diharap dapat dijadikan pengajaran oleh masyarakat di luar sana supaya berhati-hati dalam menggunakan extension yang disambungkan pada soket. Mujurlah tiada apa yang berlaku, kerana dia menyedari awal bau terbakar. Semoga bermanfaat !

Lewat malam kelmarin waktu anak-anak semua dah tidur, tiba-tiba suami tanya.. "Tahu tak apa hikmah dia kita pindah rumah?"

"Apa dia?" Isteri jawab dengan muka blur sebab tak expect apa-apa..

"Sebenarnya sehari dua tu abang bau hangit-hangit kat dalam rumah tu. Taktau pulak ni punca dia."

Semalam, waktu saya ke rumah lama sebab nak ambil barang (banyak lagi barang yang belum proses) sempat saya cek plug yang suami ceritakan tu. MashaAllah terkejut saya!

Kalau dibiarkan lebih lama, entah apa jadi. Silap haribulan mungkin boleh meletup atau kebakaran. Allahua'alam. Ngeri kalau difikirkan.

Extension ni kami sambung ke soket utama, silapnya yang kami tak sedar bila kami sambungkan pemanas air yang suisnya ON 24 jam ke extension.

Baru terfikir, kalau kita guna sekejap untuk cas handphone pun dah terasa panas. Tak sangka sampai boleh cair dan hangus begini.

Belum tambah lagi kat situ kami cas handphone, guna rice cooker, dan juga oven (jarang guna). Kalau dikira-kira, selama lebih 2 tahun kami disitu, lebih kurang tempoh itulah ianya sentiasa terpasang.

Kalau balik kampung dan travel jauh memang akan off kan dan cabut wayar. Tapi sejak Ramadhan lalu dah jarang travel jauh jadi kami tak perasan pun yang plug ni dah cair macam ni.

Apapun ini peringatan untuk kami. Lepas-lepasni jangan buat lagi. Malang memang tak berbau, syukurlah takde berlaku apa-apa. Semoga kita sentiasa beringat.

Saya izinkan share post ni sekiranya bermanfaat untuk peringatan bersama. Sebarkan supaya ramai yang boleh berjaga-jaga.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tegakkan Islam, Semuanya Selamat

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Firman Allah:

فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ (النجم: 32)

"Janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang Lebih Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa)." (Surah An-Najm: 32)

Allah juga berfirman:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ (11). الضحى

"Dan adapun dengan nikmat Tuhan mu, maka hendaklah kamu ucapkan (menandakan kesyukuran kepada-Nya)." (Surah Ad-Dhuha: 11)

PAS bersyukur kepada Allah dan mengucap terima kasih, apabila pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jawapan di Parlimen kepada soalan statistik pemimpin parti yang disoal siasat oleh SPRM. Jawapannya, BN paling besar jumlahnya dan diikuti oleh Pakatan Harapan (PH).

BN yang dipimpin oleh Umno sudah memerintah lebih daripada setengah abad, tidak dianggap luar biasa sifat kelemahan makhluknya. PH pula memerintah Pulau Pinang dan Selangor hanya dua penggal, namun sudah diadukan ada jangkitan wabak rasuah atau salah laku, disertakan pula oleh kalangan mereka pernah menjadi pemimpin BN dahulunya.

Walaupun baru di peringkat soal siasat yang tidak diketahui apakah keputusannya, Islam melarang kita menuding jari dan terus menjatuhkan hukuman sebelum dibuktikan dengan seadil-adilnya, kerana ada kalangan orang yang suka menuding jari dengan mudah.

Walaupun kita berpegang kepada kata-kata "pokok tidak bergoyang kalau tidak ada angin bertiup", namun PAS tidak boleh menjatuhkan hukumannya semudah itu. Kebiasaannya pula, semua hilang dilupakan begitu sahaja seperti surat khabar lama dan dighaibkan dalam lipatan fail di bawah undang-undang manusia yang berkuasa. Kalau dikuatkuasakannya pula, hanya sekadar laksana sarang labah-labah yang memerangkap makhluk perosak yang kecil dan lemah sahaja.

Rakyat yang tidak mudah lupa semestinya ingat senarai nama yang datang bertali arus dan dilenyapkan satu demi satu. Bukan semua Melayu mudah lupa. Sudah tentu masih terpahat dalam ingatan bagi mereka yang tidak lupa terhadap nama-nama seperti BMF, KWSP, PERWAJA, Skyhawk, PETRONAS, FOREX, PERWAJA, Tabung Haji, PKFZ, Maika Holding, Kapal Selam dan lain lain. Malangnya semuanya berlalu tanpa natijah.

Terkini BN terpalit dengan 1MDB dan PH pula Rumah Banglo dan lainnya. Semuanya masih perlu disiasat dengan adil dan telus bersama konsep iman dan budiman sama ada kes-kes dahulu, kini dan akan datang selepas ini sekiranya terus diberi peluang lagi tanpa perubahan.

PAS pula tidak bertujuan menjatuhkan individu pemimpin semata-mata, bahkan PAS mahu perubahan total sikap dan pendekatan salah laku semua pemimpin. Maka jangan disalahkan kalau PAS tidak terikut dengan hanya 1MDB yang disebut-sebutkan oleh semua parti yang lain, tetapi melupakan skandal-skandal terdahulu. PAS tidak lupa semuanya kerana Melayu PAS tidak mudah lupa.

Alhamdulillah PAS kosong dan tidak ada markah salah laku untuk disiasat. PAS hanya pernah menerima tindakan ISA tanpa bicara atau tanpa mahkamah, menjadi korban seperti Peristiwa Memali dan sebagainya, dirampas haknya dan rakyat yang menyokongnya, sama ada pegawai kerajaan atau rakyat biasa menjadi mangsa kezaliman sepanjang masa, kerana kesalahannya kalau bersama PAS. Parti yang masih muda dan mentah belum merasai apa yang dialami oleh PAS.

Sepatutnya sudah cukup diberi kepercayaan oleh rakyat kepada PAS bagi memimpin negara mengikut keputusan pertandingan rasuah dan salah laku itu.

Sepatutnya PAS diberi kuasa yang lebih kuat oleh rakyat dalam PRU 14 ini supaya terus melangsungkan jasa dan pengorbanannya yang lebih besar menyelamatkan negara dan rakyat bersama Islam.

PAS berkemampuan menyembuhkan penyakit yang menimpa negara dan membebankan rakyat sekiranya diberi kuasa memerintah negara. Bukan sahaja penyakit rasuah dan salah laku, begitu juga seperti cukai yang membebankan, harga barangan yang sentiasa melambung, kos sara hidup yang mengongkong, tiada peluang pekerjaan, menanggung hutang PTPTN, kadar jenayah dan kemalangan yang meningkat dan sebagainya.

Rahsia kejayaan PAS di peringkat negeri kerana PAS beristiqamah bersama Islam, di masa menang berkuasa atau kalah sehingga merempat dibelasah berbagai cara. Rahsianya juga PAS berserah kepada Allah dan terus berjuang menyelamatkan rakyat dengan hidayah Allah bernama Islam, aqidah, syariat dan akhlak, berwawasan dunia sehingga akhirat yang percayakan dosa dan pahala dalam kegiatan politiknya. Bukan sekadar kalah menang pilihan raya yang dihukum oleh rakyat atau mahkamah dunia dan undang-undang ciptaan manusia.

PAS mengajak rakyat bersama Islam yang sempurna untuk menyelamatkan semua. Selamatkan bangsa sahaja tanpa Islam, bangsanya tidak selamat juga. Inilah nasib laungan hidupkan Melayu sahaja tanpa Islam yang diimani dan diamal sepenuhnya. Hanya tegakkan Islam yang memerintah, nescaya Melayu selamat dan semua bangsa selamat.

Kepada penganut Islam, percayalah bahawa Islam menjadi penyelamat Melayu yang telah pun menganut Islam. Manakala bukan Islam pula jangan takut kepada Islam yang dibawa PAS ini. PAS bukan Taliban dan bukan ISIS.

Cubalah bersama PAS! Wajib akan disaksikan bahawa Islam adil untuk semua dan rahmat Allah kepada seluruh alam.

PAS telah menunjukkan betapa kerajaannya tanpa campuran di Kelantan sehingga kini dan di Terengganu. PAS pernah memimpin Kerajaan Campuran di Kedah, PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan dipimpin PKR di Selangor. Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS.

Dahulunya, PAS juga pernah bersama menubuhkan BN, namun PAS selamat apabila nakhoda bahteranya tidak menggunakan kompas yang betul. Bukan memuji diri sendiri, namun diakui oleh lawan dan musuh yang sentiasa mengintai kesalahannya, walaupun yang terlalu kecil nescaya diperbesarkannya. Kalau dikesan sedikit kesalahan PAS walaupun hanya noktah yang kecil, diperbesarkan laksana kubah yang paling besar diangkat tinggi.

Hanya budaya fitnah digunakan bagi melawan PAS. Inilah sebabnya PAS menyokong undang-undang melawan fitnah. PAS tidak takut kepada undang-undang ini kerana PAS mengharamkan ahlinya melakukan fitnah, bahkan PAS bersedia menerima kalau ada kalangannya yang melakukan fitnah supaya dikeluarkan daripada PAS. Hanya kalangan yang berkepentingan dengan berita bohong dan fitnah sahaja menentang sekeras-kerasnya. Kalau benar mestilah berani dan kalau takut memang bersalah.

Dihukumnya PAS mendapat habuan 90 juta untuk melawan orang yang bagi 90 juta itu pula. Hujah yang sangat fitnah dan berputar belit. Dihukumnya PAS tanpa mahkamah yang sebenarnya, dihukumnya PAS dengan Mahkamah Media Sosial dengan hujung jari tanpa otak dan akalnya yang tidak nampak rupa paras hakim dan saksinya.

PAS terlalu murah harganya kalau sekadar 90 juta, pada halnya untuk dapat lebih daripada itu boleh diusahakan bersama ahlinya yang mencecah 1 juta, tanpa pelahap kepada sumbangan pihak lawan yang tidak menunjukkan sikap yang ikhlas.

PAS tegas membawa ke mahkamah di UK di tempat dilemparkan batu sembunyi tangan, walaupun sudah ada orang tengah yang cuba memujuk supaya selesai di luar mahkamah setelah marasakan kalahnya kerana berita palsu.

Dijadikan modal kempen juga PAS pernah menyokong kerajaan apa sahaja yang berkait dengan kebaikan negara dan rakyat, PAS tetap membangkang segala kemungkaran. PAS bukannya pembangkang yang bertempik dan bersorak melulu tanpa akhlak. Sikap PAS berpandukan Al-Quran dan Sunnah supaya kita menerima yang baik dan benar walaupun daripada musuh. Inilah pendekatan hidayah Allah.

Firman Allah:

﴿ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ١٢٥ وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ١٢٦ وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ١٢٧ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ١٢٨﴾ [النحل: 125-128]

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad S.A.W.) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang terbaik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat Hidayah petunjuk. (125) Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan seksama Yang sama seperti Yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya Yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang Yang sabar. (126) Dan bersabarlah (Wahai Muhammad S.A.W.)terhadap perbuatan dan telatah golongan Yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah Engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah Engkau bersempit dada disebabkan tipu daya Yang mereka lakukan. (127) Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa, dan orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya). (128)" (Surah An-Nahl: 125-128)

Sabda Rasulullah S.A.W di antara tanda munafik itu ialah:

وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ صحيح البخاري (1/ 16(

"Apabila dia berdebat atau berkelahi, dia jahat"

Bermaksud menolak juga yang baik kerana mahu menang berdebat.

Maka PAS mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W apabila mencapai kemenangan (Fathu Makkah), mendahulukan kemaafan bukannya geram dan dendam menghukum apabila berkuasa.

PAS tidak berketuakan orang yang menolak Sunnah Rasulullah S.A.W dan menyalahgunakan akalnya yang bijak sehingga dirasakan seperti Tuhan atau memilih hukum Allah secara terpilih, berani mengkritik hukum Tuhan, atau membuat andaian kalau menjadi Tuhan.

PAS tidak boleh berketuakan orang jahil murakkab dalam agamanya, yang tidak sedar dirinya jahil. Kalangan seperti ini disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai muncul menjadi tanda dunia akhir zaman.

Sabda Rasulullah S.A.W.

الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ - حديث صحيح رواه مسلم

"Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang beriman yang lemah. Namun tiap-tiapnya diberi kebaikan. Bersungguhlah lakukan apa yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan Allah, jangan merasa lemah. Kalau engkau ditimpa sesuatu musibah (keburukan) jangan berkata: "Kalau aku buat begini tidak jadi begini". Katakanlah: "Takdir Allah". Apa Allah kehendaki pasti berlaku mengikut kehendaknya. Kerana perkataan 'kalau' adalah membuka kerja Syaitan" (Hadis Sahih Muslim)

Maka kalau bercakap berkenaan takdir pun besar padahnya, maka kalau diandai dia si makhluk menjadi Tuhan sangat besar padahnya.

Allah memerintah supaya bersama Al-Quran yang disertakan Sunnah Rasulullah S.A.W.

﴿وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا٣٦﴾ [الأحزاب: 36]

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata)." (Surah Al-Ahzab: 36)

Maka jangan memilih yang sesat atau yang salah lakunya, kerana menuju kepada sesat juga. Allah akan mengumpul semuanya pada Hari Kiamat nanti, bukan hanya sekadar habis pilihan raya. Firman Allah:

﴿إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ١٦٦ وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ١٦٧﴾ [البقرة: 166-167]

"(Ingatlah) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya Segala hubungan di antara mereka. (166) Dan (pada masa Yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang Yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau Kami (dengan itu dapat Kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada Kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka)." (Surah Al-Baqarah: 166-167)

Inilah janji Allah, bukan janji PAS kerana Syurga Neraka kepunyaan Allah, bukan PAS punya. Ikut PAS selagi PAS tidak melawan Allah dan Rasulullah S.A.W. Maka, PAS menyebut syarat ini dalam lafaz baiah kepada semua calon yang bertanding pilihan raya. Mereka yang tidak percaya kepada baiah, jangan masuk PAS. Kalau sudah masuk PAS, boleh keluar daripada PAS bila-bila masa. Maka PAS tetap menjadi bahtera yang selamat selagi beristiqamah bersama Islam..

Ukuran dan perhitungannya bukan sekadar ucapan dan kenyataan sebelum berkuasa di tengah-tengah kempen pilihan raya. Semuanya boleh berucap dengan lidah yang tidak bertulang dan membuat kenyataan dengan dakwat yang cair, tetapi lihat apa yang dibuat dan perangainya setelah berkuasa. Kalau berkuasa sekadar kawasan sekangkang kera dalam masa yang singkat sudah menunjukkan perilakunya, maka sepatutnya rakyat yang mengundi wajib berhati-hati.

Buah salak, buah kedondong,
Sila letak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi salah memangkah undi.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Rejab 1439 / 6 April 2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Abang, Kalau Nak Berdoa Apa-Apa 'Jual' Nama Mak'', Selit Nama Ibu Ayah Dalam Setiap Doa, InsyaAllah Dimakbulkan
siakapkeli.my

Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Doa dari kedua insan ayah dan ibu itulah yang akan membawa keberkatan dalam hidup.

Lantaran doa mereka yang tidak berhijab dengan Allah SWT, akan memberi kemuliaan kepada anak-anak mereka kelak. Jadi berterima kasihlah kepada ibu dan bapa kita yang tanpa jemu mendoakan kebaikan buat kita, janganlah lakukan sesuatu yang membuatkan mereka mendoakan keburukan, nescaya tidak bahagia hidup.

Perkongsian oleh Ikhfa Musa mungkin boleh dijadikan renungan buat semua insan. Doa ibu ayah sudah diketahui betapa besar kesannya, namun pernahkah anda sebagai anak ''menjual nama ibu ayah'' setiap kali berdoa?

Jangan ambil remeh, doa yang diselitkan nama ibu ayah itu akan diangkat serta merta tanpa hijab. Beruntungnya, jadi jom ubah cara kita berdoa. Moga kita semua mendapat kebahagiaan dunia akhirat berkat redha ibu dan ayah. Semoga bermanfaat.

JUAL NAMA MAK

Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil2 berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata,

"abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak"

Aku tak faham.

Mak sambung lagi..kalau abang doa nak bawak efa pergi umrah, doa macam ni. " Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah..Semoga aku dapat bawak mak sekali".

Kalau abang nak beli rumah..doa mcm ni.." Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku dtg melawat nanti dia selesa". Mak cakap insyaa Allah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap..badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat2 Nabi tanya pada dia mcm mana dia boleh dapat isteri yang cantik sgt mcm ni?.

Dia pun kata " Setiap hari aku berdoa pada Allah..Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya".

Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehla selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan.

Siakapkeli.my

Banyak-Banyaklah Minta Maaf Pada Suami Kerana Suami Itu Syurga Kepada Seorang Isteri
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan sebuah hubungan yang halal dan serius di masa depan kan. Kalau wanita, memang dari awal dah target nak jadi isteri yang taat, kalau yang laki pula memasang hajat nak jadi suami yang bertanggunjawab nanti. Tipu la kan kalau tak pernah borak macam tu dengan pasangan masing-masing.

Tapi, ia tidak lah semudah seperti yang di ungkapkan. Besar tanggungjawab bila sudah berumah tangga, tambah-tambah buat wanita yang bakal bergelar isteri kelak. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang bernama Nurul Hidayatul Akma Salihan mengenai tanggunjawab seorang isteri yang bagi kami amat bermanfaat untuk dibaca.

Kongsinya lagi, sebagai seorang isteri mereka perlu lebih kerap untuk memohon maaf daripada suami kerana kadang kala mereka boleh alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang sudah diamanahkan oleh suami.

Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah untuk ketahui lebih lanjut. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

SYURGA SEORANG ISTERI

Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan, saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,

Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

Sumber : Nurul Hidayatul Akma Salihan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wahai sahabat-sahabat seperjuanganku

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Kurangkan tidur,
Kurangkan masa berehat,
Kurangkan bersembang kosong,
Kurangkan posting yang tak berkaitan,
Kurangkan apa jua yang tak membantu perjuangan.

Lebihkan masa bekerja,
Lebihkan bermunajat,
Lebihkan curahan idea yang membangun,
Lebihkan sumbangan dana,
Lebihkan posting penerangan,
Lebihkan apa jua yang dapat membantu perjuangan.

Setiap saat sangat berharga pada ketika ini, jangan dibazirkan dan dipersiakan dengan begitu sahaja.

Letakkan pergantungan kita kepada Allah S.W.T. setelah segala usaha kita lakukan. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita kemenangan.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
6 April 2018

Pemimpin Yang Bersih Buat Saya Jatuh Cinta Kepada Pas

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Kelebihan PAS berbanding parti-parti lain adalah pemimpinnya tidak makan rasuah. Inilah yang menyebabkan saya jatuh cinta dengan PAS dan bersama dalan PAS.

Seluruh rakyat Malaysia sama ada melayu, orang india atau orang cina perlu sama-sama menyedari bahawa hanya PAS parti terbaik untuk membina Malaysia yang lebih baik.

Undi PAS. Sama-sama kita bina Malaysia Yang Sejahtera.

S Kumaresan
Penyelaras DUN
Pasir Bedamar

Pas Faktor Kestabilan Politik Malaysia 2013-2018

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang yang telah berjaya mengemudi parti dengan membuat keputusan-keputusan yang bijaksana untuk menjamin kestabilan politik Malaysia, sekaligus mengekalkan negara dalam kesejahteraan dan keharmonian. Sepanjang pemerhatian PPP dalam tempoh penggal parlimen 2013 hingga 2018, PAS telah lulus dengan cemerlang memainkan peranan sebagai pencatur utama politik Malaysia.

Selepas sahaja PRU ke-13, PAS telah didesak untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama BN yang diusahakan oleh Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, atas nama Konsensus Nasional. Presiden PAS telah dikepung oleh bekas-bekas pimpinan PAS (yang sekarang menyertai PH) untuk menyetujui cadangan Anwar tersebut. Bagaimanapun Presiden PAS telah mendengar cadangan itu dengan berhati-hati, dan lebih cenderung supaya PR kekal sebagai pembangkang sebagaimana dimandatkan oleh rakyat.

Ketika berlaku kemelut politik Selangor, kartel-kartel dalam PKR berusaha untuk menghumban Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan MB, meskipun beliaulah faktor kemenangan besar PR Selangor sebelum ini. Presiden PAS dalam menghadapi kemelut ini telah bertegas untuk mengekalkan Khalid, atas asas beliau telah berjaya mentadbir Selangor dengan cemerlang, cekap dan telus. Pendirian beliau juga tegas menyebutkan, dalam kemelut ini kepentingan rakyat Selangor perlu diutamakan bukan kehendak parti.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan perang dengan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Presiden PAS juga telah mengambil keputusan bijak dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kerakusan ahli politik. PAS telah diasak untuk bersetuju melakukan undi tidak percaya bagi menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah. Presiden PAS dilihat telah mengambil kira semua aspek terutama kebajikan rakyat yang sedang berhadapan dengan krisis ekonomi ketika itu, lalu menolak usul Mahathir tersebut.

Perkara yang sama dipertimbangkan PAS, apabila anak Dr Mahathir pula menghadapi undi tidak percaya yang digerakkan oleh ADUN-ADUN BN Negeri Kedah. PAS pada ketika itu telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju dengan cara menurunkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, atas asas seseorang Ketua Kerajaan yang telah diberi mandat untuk memerintah perlu menghabiskan amanahnya. PAS juga berpendirian seseorang Ketua Kerajaan yang diberi mandat secara pilihanraya perlu ditukar secara pilihanraya juga.

Kemelut yang sama juga berlaku di Terengganu, apabila bekas Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said menggerakkan usaha menjatuhkan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman,. melalui undi tidak percaya di DUN. Pada ketika itu, sekiranya PAS bersetuju kerajaan pimpinan Razif akan tumbang. Bagaimanapun, Presiden PAS telah mengarahkan ADUN-ADUN PAS tidak menyokong jika usaha melakukan undi tak percaya itu diteruskan. Pendirian PAS itu telah menyebabkan Razif terus memerintah walaupun dengan majoriti sangat tipis.

Setelah negara kita melalui kesemua kemelut politik ini, dan sekarang tiba masa untuk mereka memberi mandat semula kepada mana-mana gabungan parti, rakyat negara ini pasti boleh melihat kematangan PAS dalam berpolitik. Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS telah menyelamatkan negara dari kemelut politik yang berpanjangan yang akan menggugat kestabilan politik dan seterusnya akan menyusahkan rakyat. PPP sekali lagi mengucapkan setinggi tahniah kepada Dato Seri Abdul Hadi yang menjadi faktor penting kestabilan tersebut.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP

Pengundian PRU14 Diramal Pada 1 Mei?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Setelah teka-teki tarikh pembubaran Parlimen terjawab, para penganalisis politik kini meramalkan bahawa pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan diadakan antara 29 April dan 1 Mei.

Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata purata tempoh yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya, berdasarkan PRU yang lepas ialah 25 hari dari tarikh kuatkuasa pembubaran Parlimen.

"Saya jangka tempoh 25 hari itu adalah jangkaan terbaik untuk menjalankan hari pengundian… Ia tidak akan sampai kepada bulan Ramadan. Ini setelah mengambil kira tempoh minimum berkempen selama 11 hari," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Susulan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April maka mengikut tempoh purata 25 hari yang dicadangkan oleh Azmi, tarikh pengundian akan jatuh pada 1 Mei, iaitu Hari Pekerja yang juga merupakan cuti umum.

"Tidak menjadi masalah jika hari pengundian itu dijalankan pada hari cuti umum. Malah lebih baik kerana ia akan memberi lebih peluang kepada pengundi untuk keluar mengundi.

"Keadaan ini juga bersesuaian dengan sentimen masyarakat yang dilihat sedang berkobar-kobar untuk mengundi, terutama dikalangan 1.6 juta pengundi baharu. Saya menjangka peratusan rakyat keluar mengundi pada PRU14 akan melebihi 80 peratus," jelasnya.

Bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, penamaan calon kebiasaannya akan dijalankan dalam tempoh 10 hingga 14 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan, yang mana akan jatuh pada 20 April.

Katanya tempoh tersebut dirasakan bersesuaian untuk parti-parti politik memuktamadkan pemilihan calon dan memberi peluang kepada calon yang akan bertanding untuk membuat persiapan.

"Selesai penamaan calon, saya menjangka hari mengundi akan diadakan dalam tempoh 10 hingga 11 hari selepas penamaan calon dan tarikh itu akan jatuh pada 29 atau 30 April. Saya yakin SPR dapat selesaikan keseluruhan proses pilihan raya dalam masa sebulan," katanya.

Prof Dr Sivamurugan Pandian membuat ramalan yang sama sambil berkata beliau menjangka tempoh minimum berkempen ialah selama 11 hari kerana percaya semua parti politik telah berkempen sejak 2013, iaitu tahun PRU Ke-13 diadakan..

"Mereka tidak pernah berhenti berkempen. Semakin lama (hari berkempen), lebih banyak isu akan dibangkitkan. Mengenai hari penamaan calon, ia akan diadakan dengan mengambil masa 10 hingga 14 hari selepas pembubaran Parlimen," kata Ahli Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Ramalan para penganalisis politik tanah air mungkin melegakan banyak pihak apabila masing-masing menjangkakan PRU14 akan dijalankan sebelum Ramadan, yang dijangka bermula pada 17 Mei ini. – BERNAMA

Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Kempen PRU ke-14 akan datang bakal menyaksikan "pertembungan dua biru" antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata hanya parti yang bertanding dibenarkan menaikkan bendera ketika tempoh kempen.

Semalam, HARAPAN mengesahkan calon daripada semua empat parti komponennya akan menggunakan logo PKR pada PRU akan datang.

"Jika mereka (calon) bertanding atas nama PKR, maka (bendera) PKR (sahaja boleh digunakan)," kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media hari ini.

Namun beliau berkata bidang kuasa SPR berhubung salah laku pilihan raya - termasuk menurunkan bendera atau bahan kempen yang tidak sesuai - hanya bermula selepas hari penamaan calon.

"Sebaik saja kita tahu siapa calon dan parti mana yang bertanding (di suatu kawasan), barulah kita mengambil tindakan terhadap mana-mana parti yang tidak bertanding di kawasan itu," katanya lagi.

Sementara semua calon BN menggunakan logo dacing dalam setiap pilihan raya, percubaan HARAPAN untuk mendaftar sebagai gabungan rasmi telah ditolak.

Ditambah pula dengan pembubaran sementara terhadap BERSATU, Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan semua calon daripada gabungan itu akan menggunakan logo biru muda PKR pada PRU ke-14 nanti.

Selamat Tinggal Parti AMANAH (PAN) Selamat Tinggal Oren

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

"Saya arahkan semua bendera parti-parti lain diturunkan secara peringkat demi peringkat… gantikan dengan logo PKR," kata Husam dalam ceramahnya di Kutan, Kota Bharu malam tadi.

Husam juga mengarahkan semua jentera parti PH memberitahu semua penyokong agar mengundi calon PH yang berlogokan PKR dalam PRU 14 ini.

"Kita telah berjaya atasi taktik kotor Najib apabila kita setuju guna logo PKR," kata Husam merujuk kepada pembubaran parti Bersatu oleh Pendaftar Pertubuhan.

Bagi Husam, kejayaan penggunaan logo ini ini adalah satu bukti penyatuan dan disiplin PH.

"Ini bukti kita bersatu dan disiplin dan layak ambil alih Malaysia dan urus Malaysia sebaik-baiknya," kata Husam.

Itu kata dalam ceramah
Tapi kata-kata semasa makan sebelum ceramah
"Habislah kita, mana nak letk maruah diri berhadapan dengan PAS dan ahli sendiri"...

XOXO - Tak sampai 2 tahu rupanya PAN berkubur, betullah kata-kata seorang tokoh politik tanah air melalui pengalaman parti pengkhianat tak hidup lebih 2 tahun...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Pedih Pilu Bapak Altantuya
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Gambar di atas ialah Prof Shaariibuu Setev. Bangsa Mongol keturunan Genghiz Khan yg menjajah hingga ke Baghdad satu masa dulu.

Bangsa hebat tapi telah dibonsaikan pertumbuhan rohani mereka hinggakan bila disebut Mongolia, umum akan terbayang kuda jantan menunggang kuda betina, keluar anak kuda yg juga akan menunggang atau ditunggang kuda lain.

Juga bila disebut Mongolia, org Msia akan terkenang aiskrim jilat-jilat Magnolia dan juga rupawan Altantuya.

Kahkahkah!
Kahkahkah!

Dr Shaariibuu Setev ialah bapa kpd Altantuya.

Altantuya datang Malaysia mcm juga Mat Bangla datang Malaysia mencari kerja..

Altantuya cerdik, lawa & seksi melekit-lekit dapat kerja sebagai jurubahasa..

Tapi nasib Altantuya tak sebaik Mat Bangla yg bukan saja dapat beranak-pinak dgn awek Melayu, dapat pulak IC biru, tak cukup lagi dapat petak meniaga ikan di Pasar Borong Selayang.

Kahkahkah!

Juga Altantuya tak serupa macam Mat Dan si org putih di Terengganu yg juga dapat kawin dgn awek Melayu & dapat taraf PR hanya kerana dia boleh kecek Ganu & pandai candat sotong.

Kahkahkah!

Altantuya mati muda. Mati tengah ranum. Mati kena bom. Nampak gayanya sampai bila2 pun kita tak akan tahu kenapa Altantuya dibom dan sapa suruh bom.

Lagi pedih rasanya Prof Shaariibuu Setev.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, April 03, 2018 10:58 PM
Subject: Fw: masukkan semula sebagai defenden

Mahkamah Rayuan masukkan semula k'jaan sebagai defenden
bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

BERITA

Mahkamah Rayuan hari ini menamakan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman RM100 juta yang difailkan oleh Shaariibuu Setev dan cucunya atas kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh peguam Setev, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh, bahawa ada isu yang perlu dibicarakan.

Dua lagi hakim yang bersidang sama adalah Datuk Vernon Ong dan Datuk Ahmadi Asnawi.

Keputusan dibuat sebulat suara dan mahkamah juga membenarkan kos RM1,000 dibayar oleh kerajaan.

Dengan keputusan hari ini, defendan dalam saman itu kekal, iaitu bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Penganalisis Politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan.

Perbicaraan saman sivil itu dijangka bermula pada bulan Mei.

Pada bulan Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan permohonan kerajaan untuk mengketepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarga Altantuya atas alasan ia tidak mendedahkan punca tindakan yang munasabah. Saman itu difailkan pada 2007 oleh Setev dan dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di sebuah hutan terpencil di Puncak Alam, berhampiran Shah Alam. Azilah dan Sirul kemudiannya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Sirul berjaya melarikan diri ke Australia sebelum keputusan itu. Dia kemudian ditangkap oleh pihak berkuasa Australia dan masih berada di pusat tahanan Imigresen berdekatan Sydney.

Australia berkata mereka tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk mengekstradisi kecuali pihak berkuasa Malaysia menjamin bahawa bekas anggota polis itu tidak akan digantung hingga mati.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:18 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Kita Kahwin 3 Minggu, Kenapa Hari Nie You Pergi Tinggalkan I Untuk Selamanya'', Luahan Pilu Isteri, Suami Maut Kemalangan
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Apabila memilih untuk berkahwin, setiap orang pasti mengimpikan untuk hidup dengan pasangan yang dicintai hingga ke akhir hayat mereka. Namun siapa sangka, bagi wanita ini, takdir tuhan melebihi segalanya. Siapalah kita untuk melawan ketentuan takdir yang telah ditetapkan.

Perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama 3 minggu kerana suaminya Muhamad Husaini Jamil, pergi menghadap Ilahi selepas terlibat dalam kemalangan selepas menjadi mangsa langgar lari. Motor yang dinaikinya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat Subang.

Menerusi perkongsian Ninie Rozaini di halaman facebooknya yang kini tular, ramai netizen tersentuh hati dengan luahan perasaan wanita itu atas pemergian suami tercinta.

Hargailah insan tersayang selagi mereka masih bersama, mungkin itu saat terakhir kita dengan mereka atau kita yang dulu pergi menghadap Tuhan. Takziah kami ucapkan !

Assalamualaikum muhamad husaini bin jamil. Hye husband! I miss you! I love you! We just got married for 3 weeks n today 6/4/2018 u pergi tinggalkan i untuk selamanyaaa. Why you have to do this?

Tak sayang i dah eh, no la i know allah lebih sayangkan you la sayang. Even i jadi wife u for 3 weeks i bersyukur sayang. Ni apa yang allah dah tulis. Meninggal pada hari jumaat yg mulia, process you semuaa dipermudahkan sayang.

Memang Allah sayang kan you kan! Masjid td masyallah ramai solatkan you. See how special you are! kebumi tadi pun redup sejuk even tghari syg siap hujan lagi bie. I taw u dh happy kat sana! U jgn lupa i taw i xkan pernah lupaaaa you.

Kesian i sorang sorang2 dah sekarang. Dah takde partner nak share story before tido and im all alone now without you. U know i love you kan and only god knows how much i sayang and rindu u sekarang.

I tak kuat bie. I NEED YOU LOVE. Ampun kan segalaa dosa i sayang. I tido kat rumah you malam ni dalam bilik you bie!

Tersentuh hati kami yang membacanya.. Semoga wanita ini terus tabah !

Ninie Rozaini
on Saturday
السلام عليكم sayang!good morning! Love you! Miss you! I miss you bie❤️dah 3 hari you pg cepatnyaaaa🌸 bie album wedding dah nk siap yang u nk tgk tu diorang cepat kan untuk you bie! Nnti i tgk kan utk you okay sayang! Family kesayangan i dunia akhirat. They're just to happy with our wedding, and skrg diorang lebih happy tgk kemuliaaan hidup you bie! Mesti you tak taw semuaa sayang you kan! Semuaa orang mendoakan kesejahteraaan you kat dunia ni❤️terima kasih semua mendoakan utk...

See more

Ninie Rozaini
on Sunday

Assalamualikum sayang❤️ i miss you! Sape budak comel ni 😘 ramai datang ziarah u kat rumah bie .x putus2 orang dtg! Harini i nk pg amik report you , pegi jpn pulangkan ic you i settelkan semua kerja you harini okay! Izinkan i keluar okay! I xberapa sihat tp i boleh buat semuaaa tu ! Sekejap je dah 4 hari u pergi tinggalkan i. I dah okay i tido pun okay u xde i tido dengan mama i 😂kejap lagi i ziarah taman syurga u okay.ya allah ampunkam dosa suami ku, luaskanlah kuburnya dan jadikan lah kuburnya taman di antara taman taman syurga

Siakapkeli.my

"Hang Ceraikan Aku Talak 3 Masa Aku Sarat, Nafkah Tak Pernah Bagi, Main Betina Lain", Wanita Kongsi Derita Bersuamikan Lelaki 'Alim' Bertopengkan Syaitan
siakapkeli.my

Runtuh hati seorang wanita apabila suami yang dipuja selama bercinta melepaskan tanggungjawab setelah mendirikan rumahtangga. Kasih yang diharap, belaian yang diimpikan ternyata palsu belaka.

Hati wanita mana yang tidak hancur apabila perkahwinan yang dibina untuk sampai ke jannah musnah apabila suami menceraikan talak tiga dengan bangganya hanya selepas hampir 4 bulan bersama. Lagi menyakitkan apabila keputusan cerai tersebut dilafazkan ketika isteri sedang hamil mengandungkan zuriatnya.

Apatah lagi jika alasan yang diberikan sangat tidak masuk akal, padahal apa yang si isteri tahu, suaminya hanya mementingkan diri sendiri. Semuanya jadi lebih pedih apabila terungkap setelah beberapa bulan berkahwin ternyata, suami mempunyai perempuan lain.

Kisah Chacha Piecha yang dikongsi melalui laman Facebook miliknya ini mendapat lebih 11,000 shares kurang daripada 4 jam dengan respon positif daripada masyarakat yang rata-rata kecewa dengan sambil lewa suaminya serta bersimpati di atas nasib yang menimpa.

17.03.2017 hang lafaskan aq terima nikahnya dgn gembira..01.07.2017 hg lafaskan aq ceraikan hang talak 3 dgn bangganya..

Begitu mudah hg mmbuat kptusan..tanpa hg fikir masa depan..terima kasih fitri..hg tinggalkan aq dan zuriat hg amanah yg Allah turunkn buat kita hanya kerana pmpuan lain..

29.06.2017 -

khamis malam lepas balik dr rumah kluarga hg..aq tumpah darah sakit dia Allah ja yg tahu..hg buat x peduli kat aq..hg bolh baring dalam bilik main game..aq x ttahu darah apa yg kluaq..aq kol mak aq..mak aq cakp.."kakak jgn bnyak gerak.sbb kandungan masih baru (10mingu) rehat je kat uma..jgn turun naik tanga sngat..

30.06.2017 -
jumaat..hg p kerja..hg mesej aq ajak p umah maksu semata2 nak makan laksa..sedangkn hg tahu aq sakit dan x larat..dgn alahan yg teruk..tp ada hg pedulikan aq..hg na p jugak makn laksa..ok aq cakp p la..satg balik awai sbb aq dok sakit..hg p umah maksu hg sowg2 aq tgu hg kat uma..tau2 lbh kurg koi 8mlm hg antaq chat na buat bbq. Hg ajak aq p uma maksu hg (penanti) aq cakp aq x lart..selera makn aq pown dah hilang..aq ingat hg akn balik..tp aq silap..hg still enjoy bbq dan hg x balik rumah aq sowg2 kat umah mnahan sakit kluaq masok blik air munth..sampai lembek..pg tu hg balik lbh kurg pkul 10..hg x tanya kdaan aq..hg terus main game..aq trn sndri p cari makn..sbb na makn ubat. Pastu aq trus p uma mak aq..sbb x larat na balik (umah flat tingkt 3) dah ptg sikit aq balik uma..hg x da kat uma..hg balik uma mak hg (kpla bats) dekat magrib hg blik..dan masa ni aq sbgai isteri bsuara "kalau rasa na hdop mcm bujang knapa kawin" dan tjadilah salah paham dan dgn mudah hg lafaskn talak 3 tanpa sikit pown perasaan kasih dan sayg thadap kandungan yg aq tgah kandungkn..salh aq ka?? Isteri panas baran kah aq yg hg p jaja merata owg?? Salahkah aq suarakn hak aq??

3bulan 13hari..aq jadi isteri hg. Lpas hg lafaskan cerai..sikit pown hg x pnah tanya kdaan aq..kdaan kndungan aq..aq kehulu hilir ke hospital sorg2..saat doc na jmpa husb baru aq akn kol hg..tu pown skali 2 ja hg p klinik..sampai 1 tahap aq masok wad..masa kandungan 26mingu..sbb alah yg teruk bby x aktif..ada ka seowg pown ahli kluarga hg atau pown hg yg mai..jgn kata mai...tanya kabaq pown
dak..sdgkn aq saja post kat fb..

Sampai la 16.01.2018 -
aq selamat melahirkan ank..baru mak hg na mai mgaku ada cucu..layak kah?? Selama 42mgu aq mgandung..ada ka sowg pon kluarga hg yg amik tau..bila ank dah lahir..baru na mgaku cucu??salh mak aq ke mak aq x bg mak hg tgok atau sentuh ank aq??

Hang lupa pjalan hdop hg..masa hang susah..hg naik moto ex5 buruk hg..sapa yg terima hg..hg x kerja..sapa yg bantu hg..aq x mgharapkan balasan..cukuplah hg kenangkan jasa aq..tp x sangka..rupa x menampakkan penampilan hg yg sebenar..aq btoi2 tetipu dgn pnampilan hg yg ala2 alim ulamak..smyang x tingai..sedgkn hg manusia yg btopengkan saitan..lpas hg tingal aq dan kandungan (masih dlam proses)..hg bolh bfoya2 ngn pmpuan lain..siap bpelok2..bkn skali 2 nampak..tp bkali2.. dalam pangung wayg atas moto..dan hg lupa..hg sndri pnah buat pngkuan f2f yg hg ada pmpuan lain..dan pmpuan tu masih blajaq..hg tipu fmly hg. Cakp hg bg nafkah setiap bulan kat aq..hg beli barg2 ank..sedgkn barg ank seurat benang pown hg x pnh beli..nafkah jauh sama skali..dalam pkawinan pown..hg x pnah bg nafkah kat aq..hari ni hg bg..esok hg mintak balik..kpluan peribadi..barg dapoq smua aq yg tangung sndri..hg bolh p jaja yg aq x pandai jaga laki lg mcm ni .x pa fitri .Allah maha adil..maha mlihat..x tdoq..dia tahu apa yg hg lakukan kat aq kat ank hg..aq diam ja..bila fmly hg kata..aq x pandai jaga laki..sbb tu hg selalu balik uma mak hg..aq sabaq ja..bila hg buruk2 kan aq..sbb aq tahu apa yg aq buat..biaq semua x nampak pgorbanan aq..aq yg bnyak kluarkn duit masa kawin..tp aq diam je..aq yg bhutang unyk hg..hg janji akn bayar..tp..semua aq yg tangung bayaq sorg2.dgn kdaan alah sampai sarat mgandung .aq tpaksa kerja keras..biaq lah aq di anaya..

Dalam makamh hg cakp aq pans baran..aq ego..aq cmburu buta..aq x tahu bnda tu hg na tujukan kat sapa..aq atau diri hg .hg lupa ke..hg tu kaki pmpuan..kaki pkul..kaki hutang..alhamdulillah..allah jauhkn aq ngn ank aq dr manusia dan kluarga mcm hg..yg x knang jasa..kuat umpat..depan cakp lain blkg cakp lain..bnyk bnda aq dh thu pasai klurga hg..dn yg buat klurga hg dan hg x bhati perut ampa block aq wasap aq fb aq..sbb apa?? Apa slh aq kt kakak mak adik2 hg smua..ampa x pnah tanya kdaan aq..mak hg onah branak..kakak hg pnah branak..x rasa ka mcm mana prasaan owg mgandung branak..bila alami alahan teruk..ampa pcya puak2 yg dok mgata ampa blakg2..ampa ni jnih munafik.depan kata lain. Balakg kata lain..bkn x pnah ampa tikam 1 sama lain..aq dgaq ja bila ampa buruk2 kan ahli kluarga ampa sndri..manusia apa ampa ni..na tnjuk baik dgn smyg ckop..tdung labuh .p masjid p surau..tp hakikat..x pa la..aq pown bkn ahli syurga yg na mnilai diri ampa..smoga Allah balas segala pbuatan ampa..dan 1 masa aq harap ampa taubat la nah..dosa sesama manusia..hanya manusia yg maafkan..

Takat ni ja luahan hati sis
Smoga aq terus tabah dan kuat jalani khdupn harian aq demi raisha humaira..

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Apr 13, 2018 3:33 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Meninggal Dunia Ketika 'Junggle Trekking', Pasukan Penyelamat Bawa Jenazah Keluar Ikut Laluan Udara
Ditulis oleh seventeen century,
siakapkeli.my

9 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki seberat 120 kilogram yang meninggal dunia ketika menyertai aktiviti jungle trekking di Sungai Ketir, Royal Belum di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, jenazah Ahirazwin Abdul Ghani, 33, telah dibawa keluar dari hutan tebal tersebut dengan menggunakan pesawat Agusta AW139 yang diterbangkan khas dari Unit Udara Pengkalan Bertam, Pulau Pinang.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi dan jarak perjalanan mengambil masa selama lapan jam untuk ke lokasi mangsa berada.

"Perjalanan itu merangkumi dua jam dengan menaiki bot dan enam jam lagi merentas hutan untuk ke lokasi mangsa berada. Operasi mengeluarkan mangsa melalui jalan darat mengalami kesukaran dan bantuan unit udara diperlukan.

"Pasukan bomba dari unit udara yang diketuai Kapten Faisal Izani Azizan bersama tiga anak kapal telah berlepas kira-kira jam 1.21 petang dan sampai di Kem Sri Banding kira-kira jam 1.54 petang. Mereka memulakan operasi 'bodyvav' ke lokasi kejadian," katanya.

Azizul Aswad berkata, teknik 'winching' digunakan selepas mendapati tiada lokasi sesuai untuk membuat pendaratan selain keadaan fizikal hutan yang tebal.

"Mangsa berjaya dibawa keluar dan tiba di Lapangan Terbang Gerik kira-kira jam 3.33 petang sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sumber: Pangkalan Udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: