Thursday, March 10, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4426[3 Attachments]

10 Messages

Digest #4426

Messages

Wed Mar 9, 2016 5:47 am (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

nak kerja jpj dulu kut,,,jadi cikgu kena banyak sabar....

On Wednesday, March 9, 2016 4:22 PM, "MetalWorks Calibra muazck@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  cikgu pun nak jadi hakim jpj

2016-03-06 23:58 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

   

Guru Bagi RM2 Selepas Belasah Pelajar
kitabantai.infoPosted by Kita Bantai  

KEPALA BATAS: Seorang murid sekolah rendah mendakwa dipukul oleh gurunya dan kemudian diberikan RM2 supaya menutup mulut.

Murid Tahun Enam, Khairul Najwan Jamsari, 12, berkata, dia dicekik, ditumbuk dan dipijak kerana lewat ke sekolah dan menggunakan basikal yang diubah suai.

Katanya dia terlewat beberapa minit ke sekolah di Tikam Batu dekat Sungai Petani pada pagi Rabu dan telah ditangkap oleh guru terbabit yang merupakan pembantu kanan hal ehwal murid.
"Guru itu memberitahu saya hendal basikal yang diubahsuai adalah melanggari peraturan sekolah. Beliau kemudian memegang leher, menumbuk saya dan memijak saya selepas saya jatuh," kata Khairul Najwan ketika sidang akhbar yang dianjurkan aktivis sosial, Nor Hasni Saad semalam.

"Beberapa guru yang melihat insiden itu memberikan saya makanan dan menasihatkan saya untuk memohon maaf kepada guru itu.

"Selepas saya meminta maaf, dia menghulurkan dua keping wang kertas RM1 dan memberitahu saya supaya berdiam diri mengenai kejadian itu," katanya, sambil menambah bahawa dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Jamsari Mohammad Hassan, juruelektrik berusia 46 tahun, berkata leher serta bahagian kaki anaknya lebam manakala mukanya bengkak akibat dipukul.

"Saya berada di Kuala Lumpur apabila isteri saya memberitahu saya tentang perkara ini. Saya menghubungi pejabat sekolah untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak boleh mendapatkan jawapan yang munasabah.

"Kemudian saya dihubungi penolong kanan dan beliau berkata anak saya dipukul kerana dia menunggang basikal dengan hendal yang diubahsuai ke sekolah," kata Jamsari.

Jamsari berkata dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani dan juga membawa Khairul Najwan untuk rawatan perubatan.

Dia berkata anaknya kini takut untuk pergi ke sekolah dan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyiasat perkara itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

-Mstar
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/guru-bagi-rm2-selepas-belasah-pelajar.html#ixzz4264E4cyv
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.


#yiv5009767451 #yiv5009767451 -- #yiv5009767451ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mkp #yiv5009767451hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mkp #yiv5009767451ads {margin-bottom:10px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mkp .yiv5009767451ad {padding:0 0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mkp .yiv5009767451ad p {margin:0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mkp .yiv5009767451ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-sponsor #yiv5009767451ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-sponsor #yiv5009767451ygrp-lc #yiv5009767451hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-sponsor #yiv5009767451ygrp-lc .yiv5009767451ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451activity span {font-weight:700;}#yiv5009767451 #yiv5009767451activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv5009767451 #yiv5009767451activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv5009767451 #yiv5009767451activity span span {color:#ff7900;}#yiv5009767451 #yiv5009767451activity span .yiv5009767451underline {text-decoration:underline;}#yiv5009767451 .yiv5009767451attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv5009767451 .yiv5009767451attach div a {text-decoration:none;}#yiv5009767451 .yiv5009767451attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv5009767451 .yiv5009767451attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv5009767451 .yiv5009767451attach label a {text-decoration:none;}#yiv5009767451 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv5009767451 .yiv5009767451bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv5009767451 .yiv5009767451bold a {text-decoration:none;}#yiv5009767451 dd.yiv5009767451last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5009767451 dd.yiv5009767451last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5009767451 dd.yiv5009767451last p span.yiv5009767451yshortcuts {margin-right:0;}#yiv5009767451 div.yiv5009767451attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv5009767451 div.yiv5009767451attach-table {width:400px;}#yiv5009767451 div.yiv5009767451file-title a, #yiv5009767451 div.yiv5009767451file-title a:active, #yiv5009767451 div.yiv5009767451file-title a:hover, #yiv5009767451 div.yiv5009767451file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5009767451 div.yiv5009767451photo-title a, #yiv5009767451 div.yiv5009767451photo-title a:active, #yiv5009767451 div.yiv5009767451photo-title a:hover, #yiv5009767451 div.yiv5009767451photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5009767451 div#yiv5009767451ygrp-mlmsg #yiv5009767451ygrp-msg p a span.yiv5009767451yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv5009767451 .yiv5009767451green {color:#628c2a;}#yiv5009767451 .yiv5009767451MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv5009767451 o {font-size:0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451photos div {float:left;width:72px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451reco-category {font-size:77%;}#yiv5009767451 #yiv5009767451reco-desc {font-size:77%;}#yiv5009767451 .yiv5009767451replbq {margin:4px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mlmsg select, #yiv5009767451 input, #yiv5009767451 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mlmsg pre, #yiv5009767451 code {font:115% monospace;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-mlmsg #yiv5009767451logo {padding-bottom:10px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-msg p#yiv5009767451attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-reco #yiv5009767451reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-sponsor #yiv5009767451ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-sponsor #yiv5009767451ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-sponsor #yiv5009767451ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv5009767451 #yiv5009767451ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv5009767451

Attachment(s) from bashah
2 of 2 Photo(s)

Wed Mar 9, 2016 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gerhana Matahari Mungkin Bawa Petanda Musibah
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Gerhana matahari yang berlaku pada pagi tadi merupakan ulangan 21 tahun lalu yang menyaksikan Johor pada ketika itu diuji dengan kemarau sehingga menyebabkan wabak penyakit menyerang tanaman dan tumbuhan.

Menurut Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razka, pada 24 Oktober 1995, gerhana matahari berlaku pada kadar 70 peratus manakala bulan yang menghalang cahaya matahari berada pada kedudukan titik 'simpul atas'.

Menurut beliau, gerhana matahari itu sekali lagi berulang pada hari ini jam 8.23 pagi iaitu pada waktu Dhuha dengan kdar gerhana 90 peratus manakala kedudukan bulan yang menghalang cahaya pada kedudukan titik 'simpul bawah'.

"Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).

"Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.

"Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor," sebagaimana lapor BH Online.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan perkara itu dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor.

"Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2 darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.

"Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak seperti hari biasa.

"Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah seperti kemarau pada tahun lalu," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 9, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Jawapan PM mengenai skandal SRC mengejutkan Parlimen'
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart&#39; yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesasihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut. - sharian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 9, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bayi yang Diselamatkan Semasa Runtuhan Highland Tower Berjaya Ditemui Semula dan Dihubungi Pegawai Bomba
siakapkeli.my

Sebelum ini pihak Siakap Keli ada menyiarkan seorang pegawai bomba meluahkan rasa berharap dapat bertemu dengan bayi berusia 18 bulan, Nur Hamidah yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower suatu ketika dahulu.

Baca: Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba

Selepas itu daripada likers, memberi maklumat bahawa seorang pengguna Facebook dari Indonesia mungkin gadis tersebut berdasarkan segala maklumat yang terdapat pada Facebook beliau sangat tepat dengan butiran-butiran siasatan yang dibuat terhadap bayi tersebut semasa kejadian.

Baca: Tragedi Highland Tower 1993 : Adakah Ini Adik Nur Hamidah Yang Dicari Oleh Pegawai Bomba Selama ini?

Perkara ini juga telah diterima oleh pihak bomba setelah orang ramai menghantar maklumat tersebut. Bagaimanapun dengan segala butiran yang tepat itu masih menjadi tanda tanya kerana Nur Hamidah yang kini berada di Indonesia tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.

Terkini, di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia telah mengesahkan bahawa Nur Hamidah telah berjaya dihubungi dan sememangnya beliau adalah insan yang dicari oleh pegawai bomba, Norizan, 46 yang mana telah menyelamatkannya ketika kejadian tersebut. Pihak Siakap Keli tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Haizal yang mana beliau adalah penyumbang maklumat awal berkenaan Nur Hamidah. — Siakapkeli.my

Berikut adalah petikan dari Facebook Jabatan Bomba:

Alhamdulillah..... Nur Hamidah seperti didalam gambar yg Tn Norizan Saad selamatkan semasa runtuhan Highland Tower tu sekarang ni tinggal di Indonesia, beliau bekerja sebagai Jururawat/Bidan di Puskesmas, sekarang telah berumur 23tahun (sama usia dgn masa tragedi).
Salah seorang dari Pegawai Kanan Bomba (Tn Taufiq) telah berjaya menghubungi Ayah Nur Hamidah. Semoga dapat diketemukan nanti Penyelamat dan Insan yang diselamatkan.
Berkongsi bersama info (screen capture) dari Fb Nur Hamidah.

Tragedi Highland Tower 1993 : Adakah Ini Adik Nur Hamidah Yang Dicari Oleh Pegawai Bomba Selama ini?
siakapkeli.my

TERBARU: Bayi yang Diselamatkan Semasa Runtuhan Highland Tower Berjaya Ditemui Semula dan Dihubungi Pegawai Bomba

Baru-baru ini, pihak Siakap Keli ada menyiarkan satu luahan hati seorang pegawai bomba yang ingin berjumpa semula dengan kanak-kanak yang diselamatkan olehnya, Nur Hamidah Najib, ketika tragedi Highland Tower pada 1993.

Baca : Saya Nak Sangat Jumpa Nur Hamidah - Pegawai Bomba

Difahamkan, ketika kejadian kanak-kanak berkenaan berumur 18 bulan dan sudah pasti berdasarkan tarikh kejadian itu kanak-kanak ini sudah berumur 24 tahun.

Disebabkan viral luahan hati tersebut, rakyat-rakyat Malaysia yang prihatin membantu secara tidak langsung menjejak dimanakah kedudukan Nur Hamidah.

Menerusi inbox Siakap Keli, seorang likers, Mohd Haizal berkata dia percaya salah satu akaun Facebook yang bernama Nur Hamidah merupakan milik adik Nur Hamidah yang diselamatkan oleh pegawai bomba tersebut.

Sebaik mendapat info tersebut, kami terus sahaja menyelusuri timeline Nur Hamidah dan mendapati ada satu status dan komen yang menjadi petanda bahawa Hamidah ini adalah Hamidah yang diselamatkan oleh pegawai bomba tersebut.

Nur Hamidah memuat naik beberapa keping gambar dokumentari tragedi Highland Tower 1993 dan diletakkan pada tarikh 11 Disember 1993. Berdasarkan tarikh komen-komen pada gambar-gambar tersebut, ia dimuat naik oleh Hamidah pada 12 Ogos 2012.

Bersama status itu Hamidah meletakkan kapsyen "tragedi bersejarah".

Di ruangan komen pula, terdapat satu komen dari pengguna Facebook yang bertanyakan Hamidah tragedi apakah ini.

Hamidah menjawab : "em, tragedi ku waktu kecil dulu di malaysia.. hehe".

Melihat profil dan kata-kata dair Nur Hamidah, dia kini sedang berada di Indonesia sangat bertepatan dengan berita dari News Straights Times ketika itu yang mana Nur Hamidah merupakan anak kepada pembantu dari Indonesia, Umi Rosyidah. Selain itu menurut akhbar lama itu, ibunya berharap untuk pulang ke Indonesia.

Selain itu komen dari pengguna di laman Facebook Bomba juga mengatakan perkara yang sama.

Berikut adalah perbandingan gambar yang diambil di Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan gambar di Facebook Hamidah.

Ternyata, gadis ini sebenarnya tidak dapat melupakan tragedi berkenaan, berdasarkan dua gambar berkenaan ternyata gambar kanak-kanak berkenaan hampir sama.

Berdasarkan info yang kami terima, Nur Hamidah merupakan anak kepada seorang pembantu rumah dan bekerja di Highland Tower ketika kejadian runtuhan pada tahun 1993.

Pihak kami telah menghubungi Nur Hamidah melalui Facebook namun sehingga kini masih belum mendapat apa-apa respon darinya.

Adakah ini Nur Hamidah yang dicari oleh pihak bomba sebelum ini? sama-sama kita nantikan jawapannya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 9, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pulau Pinang lokasi no 2 terbaik dunia untuk pencen
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com

Pulau Pinang, negeri kelahiran saya, terpilih sebagai lokasi nombor 2 terbaik di dunia untuk dijadikan tempat pencen.

Bukan itu saja !, yang lebih menarik adalah Pulau Pinang merupakan satu-satunya lokasi di Asia yang mendapat pengiktirafan tersebut.

Pulau Pinang berada di tangga kedua selepas Coronado, Panama. Berikut antara lokasi lain yang berada dalam senarai 10 lokasi paling baik untuk orang pencen:

1.. Cascais, Portugal
2.. San Miguel de Allende, Mexico
3.. Killarney, Ireland
4.. Corozal, Belize
5.. Concord, California
6.. Grand Haven, Michigan
7.. Santa Fe, New Mexico
8.. Louisville, Kentucky.
Senarai lokasi paling baik dunia untuk warga pencen itu dikeluarkan oleh Condé Nast Traveller, sebuah majalah kembara dari Amerika.

Antara sebab Pulau Pinang mendapat kedudukan nombor 2 sebagai destinasi untuk orang tua pencen jadikan sebagai tempat penginapan adalah:

1.. Galakan dari kerajaan Malaysia dalam program "Malaysia My Second Home" (MM2H). Orang luar bukan rakyat Malaysia sekarang dengan mudah boleh memohon Visa selama 10 tahun untuk tinggal di Malaysia.
2.. Berbagai perkara menarik yang ada di Pulau Pinang seperti, masakan makanannya, bangunan bersejarah yang cantik dan terpelihara, aktiviti kesenian yang menonjol, sistem penjagaan kesihatan yang bertaraf dunia, komuniti penduduk yang berbahasa Inggeris terutamanya Expats.
3.. Kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah pulau yang kaya dengan kawasan pantai yang cantik.
4.. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO terhadap Georgetown, Pulau Pinang sebagai bandar bersejarah. (UNESCO World Heritage Site)
5.. Kemudahan pengangkutan untuk keluar dan masuk ke Pulau Pinang samada dari Kuala Lumpur atau Singapura.
6.. Juga berdekatan dengan destinasi pelancongan lain seperti Langkawi dan sebagainya.
Pulau Pinang memang lokasi pencen
Bagi saya memang Pulau Pinang merupakan sebuah lokasi yang paling baik untuk orang yang nak pencen menginap. Tak kisah sama dia orang luar ataupun orang Malaysia sendiri.

Di sana tempat berkumpulnya berbagai bangsa Malaysia dari etnik Cina, India atau Melayu dan lain-lainnya hidup secara aman sejak dahulu lagi.

Yang paling best adalah keenakkan masakan yang ditawarkan oleh banyak restoran di Pulau Pinang. Dari masakan tengahari, makanan pagi sampailah makanan malam semuanya best-best belaka.

Beruntunglah orang yang memiliki tanah di Pulau Pinang dan rugilah mereka yang ada tanah di sana tetapi menjulanya pada orang lain.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 9, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LHDN: Baucar Ganti Cek
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Baucar akan diberikan kepada pembayar cukai individu yang enggan mendedahkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pembayaran balik cukai terlebih bayar.

Pengarah Jabatan Korporat LHDN, Marina A. Aziz berkata, pembayaran balik cukai menggunakan baucar akan diperkenalkan mulai 1 April, menggantikan cek.

Beliau berkata terdapat kos untuk mengeluarkan setiap cek selain wujudnya cubaan penipuan tuntutan.

Lima kes penipuan dikesan tahun lepas melibatkan pembayaran balik berjumlah kira-kira RM200,000.

"Ada yang memberikan alamat palsu sementara yang lain memberikan alamat yang tidak lengkap dan menyebabkan cek itu ditolak," kata Marina.

Sistem baucar akan menjimatkan LHDN sebanyak kira-kira RM250,000 bagi kos mengeluarkan cek setiap tahun.

"Kami menggalakkan pembayar cukai untuk memberikan nombor akaun bank mereka kerana ia memudahkan urusan transaksi elektronik. Namun bagi mereka yang enggan mendedahkan nombor akuan, kita akan mengeluarkan baucar," katanya.

Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan pembayar cukai individu, tidak termasuk anggota tentera dan polis.

Baucar hanya boleh ditunaikan atau dikreditkan ke akaun bank pembayar cukai di CIMB Bank atau CIMB Islamic.

Marina berkata kira-kira 350,000 pembayar cukai enggan mendedahkan nombor akaun bank mereka kepada LHDN kerana ia adalah maklumat peribadi yang sensitif dan sulit.

Walau bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa maklumat yang disimpan oleh LHDN adalah sulit dan rahsia serta hanya akan digunakan bagi tujuan pembayaran balik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hasil.gov.my.

-MSTAR

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/lhdn-baucar-ganti-cek.html#ixzz42OztQx1Q
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 9, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pimpinan Cuepacs Memang Bangang
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Bagi sesiapa yang kerja dalam Perkhidmatan Awam... memang senang nak tengok benda macam ni... Pegawai yang patutnya dah lama pencen... tapi pasai sistem sedia ada tak bagi pencen pada umur 55 tahun... maka ramai pegawai yang uzur dan tak berapa "fit to work" akibat dari penyakit tiga serangkai.. Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi....

Itu belum lagi kalu ader pegawai yang kena Sakit Buah Pinggang.,.... Pergh... alamat selalu kosong la meja opis sebab asyik dok berulang alik ke hospital atau klinik...

Cadangan Cuepacs nak naikkan umur pencen dari 60 kepada 62 memang paling bodoh.... Apa la yang ader dalam pikiran pimpinan Cuepacs... Kalau dah bangang tu jangan duduk kerusi pimpinan la... Aper daaa...

Daripada naikkan kepada 62 tahun... baik ejast terus naik sampai umur pencen 85 tahun.... baru la ader akai.... Aper kelas umur 62 jer... 75 tahun takmo ker?

Jadah aper bangangnyer Cuepacs ni.... Bangang tak abis-abis... Patut-patut umur 55 tue berenti la... pi buat amal ibadat... pi melancong... pi main dengan cucu... pi riadah..... Kalo naikkan kepada 62 tu... makanyer ramai la yang mampus dulu tapi tak dapat kuarkan duit KWSP...

Gua tau ini cara depa nak ejast supaya dilewatkan lagi nak boleh kuarkan duit KWSP.... ini cara ngelat.... ini cara jilaker... Tau la sebab KWSP pun bukan ader duit tunai pun ... banyaknyer ader atas kertas utang Kerajaan Malaysia.... Idiot betul lar...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/03/pimpinan-cuepacs-memang-bangang.html#ixzz42PNL0ltv

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 9, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Produk "Tengah Malam" Ini Jadi Bualan Ramai, 18,000 Botol Terjual Dalam 3 Minggu Tanpa Iklan
siakapkeli.my

Pada minggu lepas, Siakap Keli terbaca satu status seorang wanita di laman sosial berbunyi "Syukur, terjual 18,000 unit dalam 3 minggu tanpa sebarang kos pengiklanan, satu permulaan yang baik bagi produk baru saya".

Mendengar akan hal itu pihak Siakap Keli merasa sangat pelik dan ingin tahu apakah produk yang wanita ini jual sehingga 18,000 unit terjual dalam masa 3 minggu dipasarkan tanpa sebarang iklan dan publisiti. Memandangkan ia adalah satu produk baru, pihak kami terus menghubungi beliau dengan harapan dapat mengetahui apa yang berlaku.

Produk kesihatan dan kecantikan yang lain kebiasaannya mampu membuat jualan yang tinggi dengan bantuan iklan berkos tinggi selain itu sengaja mencetuskan kontroversi-kontroversi semata-mata meraih publisiti secara percuma.

Namun, produk ini pula secara semulajadi telah mencetuskan satu fenomena baru di Malaysia dan kini mula mendapat permintaan yang tinggi di pasaran selain kelihatan mula viral di laman sosial oleh penguna-pengguna menceritakan keberkesanan dan kebaikannya kepada rakan-rakan.

Produk Apa yang Dimaksudkan ini?

Produk tersebut diberi nama "Permata Sunti" yang mana merupakan satu produk untuk penjagaan bahagian sulit wanita bagi mengetatkannya dengan ramuan traditional.

Menurut testimoni yang kami lihat, pengguna sangat berterima kasih dan menganggap produk ini satu keajaiban. Maka, tidak hairanlah ia mampu mencetuskan satu fenomena dan jadi bualan ramai.

Menurut pengusaha ketika ditemuramah oleh pihak Siakap Keli, "Ramuan asas bagi produk ini sebenarnya telah digunakan sejak turun temurun oleh nenek moyang kita iaitu pati buah Pinang. Pati buah Pinang yang digunakan untuk mengetatkan vagina wanita secara tradisional mampu mengembalikan detik-detik indah seperti ketika baru berkahwin.

Dia juga mengatakan sangat teruja dengan hasil produknya itu kerana dapat membantu orang ramai dalam menyelesaikan sesetengah masalah rumah tangga. Seperti yang kita tahu, banyak juga masalah-masalah rumah tangga yang berpunca dari hubungan intim suami isteri.

Apa yang Membantu Jualannya?

Menurut pengusaha, tiada sebarang rahsia dalam pemasarannya tetapi keberkesanannya sehingga dianggap satu keajaiban itu sendiri yang membuatkan orang ramai kagum dan tersebar dari mulut ke mulut dengan sendiri sekaligus mencetuskan satu fenomena disebut sebagai produk ajaib rumah tangga.

Dia sendiri tidak menyangka permintaan mendadak secara tiba-tiba pada minggu ke-2 setelah berjaya menjual produknya itu sekitar 2,000 unit pada minggu petama.

Tambahnya lagi, menurut testimoni dari pengguna-pengguna produknya setakat ini sangat positif dan mengatakan kehidupan rumah tangga mereka semakin indah dan impaknya sangat ketara.

Bagaimana Beliau Boleh Menghasilkan Produk Ini?

"Idea mengeluarkan produk untuk merawat masalah kewanitaan ini adalah apabila saya sering mendengar keluhan dari beberapa rakan yang tercari-cari produk terbaik untuk mereka. Dan saya diberitahu seorang rakan baik dari Indonesia yang ibunya sudah pun berumur 72 tahun tetapi masih kelihatan muda dan sihat.

Ayat pertama yang benar-benar buat saya terkesan adalah "Bila rahim kita sihat, aura wanita akan terpancar diwajah. Penawar kecantikan sebenar seorang wanita adalah dari dalam. Rahim sehat, wajah kita akan turut nampak sihat, rahim bermasalah, badan juga akan bermasalah.".

Setelah itu saya menemui seorang "Chemist" di salah satu kilang bertaraf GMP dan IMP pembuatan kosmetik untuk membuat RnD lalu saya mendapati Pinang Muda, Sireh, Manjakani, Kacip Fatimah dan akar Serapat adalah solusi yang paling bagus untuk merawat masalah kewanitaan.

Saya menunggu lagi setahun untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan akhirnya setelah melalui tempoh yang lama, Permata Sunti berjaya dihasilkan (kod rujukan KKM NOT151104337K)."

Membantu Orang Ramai Mendapatkan Pendapatan Sampingan.

"Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan dengan keuntungan sehingga 50%.

Kami juga akan turut membantu Stokis dan Agen kami dengan mengiklankan produk dimasa hadapan untuk meningkatkan jualan."

Kepada sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk mendapatkan produk ini bagi kegunaan sendiri atau ingin menambahkah pendapatan sampingan boleh menghubungi:

Talian Hotline: 014-6600013.
Facebook Page: Gel Penambat Suami

Mendengar segala penjelasan beliau, kami (Siakap Keli) berasa kagum dengan usaha gigihnya selain ikhlas membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah para wanita selain itu turut memberi peluang orang ramai dalam meningkatkan pendapatan dengan keuntungan yang tinggi.

Apa yang kami lihat, produk ini sangat berpotensi dengan keberkesannya, kebaikannya kepada orang ramai sehingga menjadi bualan pengguna-pengguna dari mulut ke mulut sehingga mampu terjual secara di luar talian tanpa sebarang bantuan pengiklanannya.

Pihak Siakap Keli mengucapkan selamat maju jaya kepada anak tempatan ini. Semoga produk beliau mampu memberi impak yang besar dalam rumah tangga dan juga membantu ekonomi rakyat Malaysia. — Siakapkeli.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 9, 2016 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



DiSAAT PEMIMPIN NEGARA SIBUK TUKAR JET BARU INI PULA NASIB RAKYAT MARHAEN...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Ahli Parlimen Wanita Ke Parlimen Tunggang Motosikal Berkuasa Besar Jadi Viral
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang ahli Parlimen iaitu YB Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang hadir ke parlimen dengan menunggang motor kuasa besar telah menarik perhatian pihak media.

Memetik laporan SuaraTV, beliau dengan gaya bersahaja dilihat menunggang motor milik rakannya itu kerana dikatakan ingin melepaskan 'gian' setelah sekian lama meninggalkan hobi tersebut.

"Ia berlaku secara tak sengaja sebab itu motor kawan saya, saya sangat suka dengan aktiviti menunggang motorsikal dan pernah menyertai beberapa konvoi motosikal kuasa besar suatu ketika dahulu."

"Saya dah lama memiliki lesen B dan dulu masa mewakili Puteri (Umno) saya pernah ikut konvoi Datuk Seri Zahid Hamidi sebab dulu saya ada motor sendiri tapi sekarang tinggal helmet sahaja.

"Sebab (sebagai) orang kampung memang (kami) selalu bawa motor, cuma saya kecil-kecil dahulu hanya mampu naik Vespa dan sejak usia 16 tahun (saya) sudah dapat lesen pertama," katanya lagi.

Bagaimanapun menurutnya, sudah hampir setahun dia tidak menunggang motor yang menjadi rutin dan hobinya sebelum ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Wed Mar 9, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Wednesday, 09 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: