Sunday, March 20, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4438[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4438
2
3
Fw: AMENO KIAN RAPUH..... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
5
Fw: Pesanan GPMS untuk Azalina by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
12
13

Messages

Sun Mar 20, 2016 6:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Aku nak gelak kuat-kuat, KAHKAHKAHKAHKAH!!!! Piirah!!
bloglist-malaysia.blogspot
garamlada.blogspot
Dihantar oleh accudo

Dia kata, " Saya bukan pencuri harta rakyat".

Ini berita tentang dia yang dipetik di sini: http://www.malaysiakini.com/news/334422:

"....... berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," katanya ..........."

Rupanya Najib Pakai Pendinding.. Ini Buktinya
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Ini kata-kata yang dilafazkan Najib Razak hari ini - "kalau saya nak rompak, dah lama saya rompak hutan (balak) di sini (Pahang).

Saya tak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tak ambil, saya tak ambil lombong bauksit, saya tak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi Perdana Menteri, saya tak ubah pendirian saya, saya tidak ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya Perdana Menteri untuk rakyat."

Ewah..ewah...

Ini pula ucapan Muhyiddin Yassin dua hari lalu - "saya bukan jahat.

Saya hanya mahu menyelamatkan UMNO dan satu-satunya cara untuk berbuat demikian ialah dengan menuntut Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan kemudian Presiden UMNO.

"Bila kita kata mahu deklarasi, mereka (pembangkang) juga nak buat, takkan itu pun salah saya?"

Haah...takkan tandatangan deklarasi boleh dicop sebagai jahat?

Antara ungkapan Najib dan Muhyiddin itu, siapa agaknya yang mahu kita percayai?

Kita mahu percaya kata-kata Najib, "jangan ingat saya penyangak" atau lafaz kata Muhyiddin, "saya bukan jahat"?

Tapi, sebelum itu jangan lupa...bab duit masuk dalam akaun peribadi yang mulanya mati-mati dinafikan, kenapa jadi betul akhirnya?

Kebal betul muka Najib.. pakai pendinding muka kot..

comment:
1..
Anonymous
Kalau bukan penyangak..sbb apa tukar AG ? sebab apa laporan PAC ada dokumen yg tak mahu didedah? Adakah disebabkan dokumen itu membuktikan fakta dilapor Sarawak report ? Sebab apa 1MDB tak boleh disiasat oleh badan bebas yg tidak dilantik oleh Najib? sebabnya tidak lain, kalau disiasat secara telus oleh badan bebas, semua tembelang akan pecah. itu saja. Penafian 'saya bukan penyagak' tak ada merit utk bukti kan apa apa..cuma cakap kosong saja.,sebab badan bebas yg tidak dilantik oleh kerajaan atau Najib mmg tiada..sbb perkara kebenaran dan telus digeruni oleh Najib sendiri

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakus Cedok Makanan Bufet Dengan Pinggan, Pelancong China Dikritik
siakapkeli.my

Thailand, 19 Mac - Kelakuan kurang sopan sekumpulan pelancong dari China telah dikritik ramai apabila satu video viral memaparkan kumpulan itu menggunakan pinggan untuk mencedok udang ketika makan secara bufet di sebuah hotel di Chiang Mai.

Selain kelakuan rakus itu, beberapa foto yang memaparkan banyak makanan yang diambil tidak dimakan secara habis juga menjadi viral menambahkan lagi 'perisa' di dalam kritikan orang ramai.

Di dalam video tersebut, yang viral di laman sosial China, pelancong yang 'lapar' itu kelihatan menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan sebelum mencedok dan pergi bersama beberapa pinggan udang.

Namun, kebanyakan udang yang diambil terbiar begitu sahaja tanpa dimakan, menyebabkan kemarahan netizen.

What a waste: Chinese tourists in #Bangkok spotted snatching tons of food in a buffet but left much untouched
zx11xz1974 menulis, "Apakah ini? Kamu semua tak pernah makan udang sebelum ini? Tak malu ke (berperangai) begini di luar negara?".

Seorang netizen dari Fujian menulis : "Kami orang tanah besar beraksi seperti belalang di luar negara, tak kira ke mana kami pergi, tak akan ada sehelai rumput yang tumbuh".

Selain dari netizen, kelakuan rakus ini juga turut mendapat perhatian media tempatan China.

Dan jika anda mahu menyaksikan sendiri kelakuan itu, tonton video yang dimuat naik oleh shanghaiist ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



UMNO KIAN RAPUH.....
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Kini UMNO memang terasa bahang " buruk laku " presiden, isu 2.6B telah mengheret rakyat bukan setakat membenci malahan sudah meluat melihat sendiri telatah Najib. Berakhirnya PAU 2015 ianya terus hangat dan sudah sampai ke tahap " mendidih " ( istilah orang Perak ), Selain pembangkang kalangan UMNO sendiri sudah mula mendampingi pembangkang untuk memastikan Najib berundur. Apakah bualan buruk laku " boss " UMNO ini akan berakhir sebelum PRU14 nanti. Kita tunggu dan lihat.

Mereka mengakui bahawa walaupun Najib dilihat dapat mengukuhkan kedudukannya dalam parti, sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 akan datang, hakikatnya UMNO menjadi semakin lemah dan dicemuh di mana-mana kerana wang derma itu.

Dalam keadaan ini, pihak yang paling terbeban ialah pemimpin UMNO di peringkat akar umbi kerana mereka sendiri kadangkala tidak dapat menjelaskan atau berhujah mengenai tafsiran wang derma tersebut dalam ertikata yang sebenarnya, lebih-lebih lagi bila wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Lebih sukar mereka berhujah kerana Najib sendiri menafikan pada peringkat awalnya dan mengancam untuk menyaman akhbar perniagaan The Wall Street Journal yang mendedahkannya, kemudian tiba-tiba diikuti dengan penyingkiran Peguam Negara dan tekanan kepada SPRM yang sedang menjalankan siasatan.

Maknanya, berakhirnya perhimpunan UMNO baru-baru ini hanya memberi kegembiraan kepada Najib kerana dapat mengukuhkan lagi kedudukannya, tetapi tidak kepada pemimpin parti di peringkat bawahan dan pertengahan yang akan terus bergelut kesukaran dalam mempertahankan parti.

Semua pemimpin UMNO kini tiada pilihan selain terus memberi sokongan dan mempertahankan Najib kerana itulah kehendak perhimpunan baru-baru ini, walaupun beliau ternyata seorang pemimpin yang makin merudum dan dipertikaikan secara peribadi oleh majoriti rakyat.

Tidak seperti Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebelum-sebelum ini yang hanya dipersoal kerana kepimpinannya, Najib sebaliknya dipertikai kerana kedua-duanya sekali - kepimpinan dan perbuatan peribadi yang sukar diterima dan kemudian parti diminta menanggung bebannya.

Dengan berlabuhnya perhimpunan tahun ini menambahkan banyak lagi persoalan mengenai harapan kemenangan dalam pilihanraya akan datang dan bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Semunya tergantung dengan tidak ada sesiapa yang dapat memberi jawapan yang tepat dan pasti.

Lebih ramai yang yakin dengan kekalnya Najib dan keputusan perhimpunan terus memberi sokongan, bermakna semakin tipis harapan UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya.

Keyakinan mereka ialah kalau bukan Najib ditampuk kuasa, separuh beban UMNO dan BN dalam berhadapan dengan rakyat sudah dapat dikurangkan.

Perdamaian Najib dengan Muhyiddin juga dilihat tidak mampu menyumbang apa-apa dari segi menambahkan sokongan rakyat. Ia hanya memberi lebih keuntungan kepada Najib saja, bahkan jika berdamai lebih merosakkan reputasi Muhyiddin di mata rakyat.

Jika majoriti rakyat sekarang ini lebih merasakan Najib adalah "malapetaka" kepada negara, pemimpin akar umbi UMNO secara diam-diam pula merasakan beliau adalah "beban" yang semakin berat untuk digalas.

Makin Najib disokong dan dipertahankan oleh pemimpin atasan yang berjawatan dan berkepentingan atau melalui perhimpunan agung yang hanya diwakili oleh 12 perwakilan daripada setiap bahagian, pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan ini semakin merasakan rapuhnya kedudukan UMNO di kalangan rakyat. (SH 15/12/2015).

Gambar adalah kaitan dengan isi cerita yang tulis.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak Cacat Dikurung Dan Dizalimi Di Pusat Penjagaan Di Kuantan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUANTAN: Kanak-kanak di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, di sini, didakwa dizalimi dan diabaikan.

Satu sumber yang menyokong dakwaannya dengan beberapa keping gambar, termasuk sekeping gambar yang menunjukkan penderitaan seorang kanak-kanak cerebral palsy berusia empat tahun yang dikurung dalam tempat tidur bayi yang diterbalikkan menjadi seperti sangkar.

Katanya kakitangan di situ akan mengurung kanak-kanak itu setiap hari dan hanya akan mengubahnya kepada kedudukan betul apabila terdapat orang lain masuk ke dalam bilik tersebut.

"Kanak-kanak itu cacat tetapi tidak ada sebab untuk dia dikurung," kata sumber itu.

Katanya, kemudahan di rumah itu juga tidak mencukupi, dengan mendakwa dewan makannya telah ditutup sejak beberapa bulan.

"Kanak-kanak perlu makan dalam bengkel jahitan yang tidak mempunyai tempat duduk yang betul.

"Selain itu, sudu juga tidak cukup menyebabkan mereka perlu makan bubur menggunakan tangan."
Sumber itu berkata beliau telah melaporkan perkara itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang masih belum memberi tindak balas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang Nor Tipah Majin menafikan dakwaan tersebut.

"Mungkin kanak-kanak itu agak nakal. Tetapi apa yang digambarkan pengadu adalah tidak benar," katanya.

"Mungkin gambar itu diambil ketika kanak-kanak itu secara kebetulan sedang makan di atas lantai.

"Menjaga kanak-kanak bukan perkara mudah kerana mereka datang dari latar belakang yang berbeza," katanya.

Nor Tipah berkata jabatan itu telah ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak ini dan pasti tidak membenarkan mereka dianiaya.

Walau bagaimanapun, jika kakitangan didapati cuai, mereka akan dikenakan tindakan disiplin, kata beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin telah mengarahkan siasatan.

"Saya telah melawat rumah kira-kira dua bulan lalu dan semuanya teratur. Tetapi aduan ini mesti disiasat," katanya. - mstar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pesanan GPMS untuk Azalina Othman Said

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

FMT

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merasa sangat dukacita dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Azalina Othman Said di Parlimen semalam bahawa kerajaan akan dapat menjimatkan sehingga RM240juta setahun apabila membatalkan dan mengurangkan bilangan sejumlah 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

GPMS berpegang kepada prinsip yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mengurangkan bajet bagi sektor pendidikan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan pada Januari lalu, selain berikrar untuk menambahbaik peruntukan bagi sektor pendidikan dan pengajian tinggi, termasuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

GPMS berpendapat pembatalan biasiswa berkenaan adalah tidak releven memandangkan terdapat ramai pelajar terutama pelajar Bumiputera yang telah berusaha keras bagi melayakkan mereka memperoleh biasiswa JPA untuk belajar ke luar negara. Pembatalan biasiswa ini merugikan pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk menyambung pengajian diluar negara, apatah lagi majoriti mereka tidak mampu untuk menanggung sendiri kos pengajian dan perbelanjaan ke luar negara.

GPMS memahami keperluan kerajaan untuk menstrukturkan semula perbelanjaan negara, namun pembatalan biasiswa tidak kena pada masanya kerana ianya merupakan satu keperluan memandangkan tempat di Universiti Awam yang agak terhad. Selain itu, kerajaan juga perlu untuk melabur dalam sektor pembangunan modal insan dan perlu menghantar lebih ramai pelajar ke luar negara terutama negara maju sebagai persediaan akhir menuju negara maju menjelang 2020.

Justeru, GPMS berharap agar Dato' Seri Azalina dan kerajaan Malaysia menimbang semula keputusan untuk TIDAK mengurangkan bilangan biasiswa JPA ke luar negara serta tidak sama sekali mengurangkan jumlah peruntukan sedia ada kerana ia memberi impak besar dan merugikan pelajar Bumiputera, apatah lagi perkara ini termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak Bumiputera termasuk dalam biasiswa pelajaran. – Zambri Mohd Isa

Zambri Mohd Isa adalah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) – Free Malaysia Today

Comment

QH2
Duit dah habis,nak byr pecacai menteri lg penting.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Friday, March 18, 2016 11:23 PM
Subject: Fw: Kerajaan Jimat RM240j Setahun Kerana Pembatalan Biasiswa

Kerajaan Jimat RM240j Setahun Kerana Pembatalan Biasiswa

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM240juta apabila membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara, lapor Sinar Harian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melalui dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang.

"Purata kos perbelanjaan kerajaan untuk seorang pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk setiap tahun adalah berbeza mengikut negara dan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar," katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Teresa sebelum ini telah bertanya anggaran jumlah kos yang dijimatkan apabila kerajaan membatalkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan jumlah pelajar serta kos terlibat.

Azalina turut menerangkan bahawa kos penajaan bagi seorang pelajar dalam negara adalah antara RM10,350 hingga RM12,690 setahun manakala bagi tajaan pelajar ke luar negara pula antara RM38,115 hingga RM277,515. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 6:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Bertudung Selamat Anjing Dipuji Netizens
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bertudung menyelamatkan seekor anjing yang tercedera telah menjadi viral di media sosial dan kini wanita tersebut mendapat pujian atas tindakannya itu.

Menerusi video yang berdurasi selama 33 saat itu, wanita terbabit dilihat mengangkat anjing yang terbaring di atas pembahagi jalan itu.

Video berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue pada pagi Isnin dan ia dirakam oleh sesoerang dari dalam sebuah kereta yang lalu di jalan tersebut.

Video terbabit mnerima lebihd ari 4,500 likes dan dikongsi lebih dari 4,500 kali oleh pengguna Facebook sejak ia dimuat naik. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Mar 20, 2016 6:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BN Tidak Pernah Janji Kurangkan Jumlah Tol - Menteri.

http://sozcyili.blogspot.my

Mengurangkan bilangan plaza tol di Lembah Klang bukan salah satu janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU14), kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, janji BN menerusi manifesto tersebut ialah tidak menaikkan kadar tol melibatkan lebuhraya antara bandar selama lima tahun bermula 2013 hingga 2018.

"Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 lalu ialah membabitkan aku janji untuk tidak menaikkan kadar tol lebuhraya antara bandar untuk tempoh lima tahun bermula 2013-2018.
"Ia merujuk kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sahaja.Oleh itu, cadangan mengurangkan bilangan plaza tol di Lembah Klang bukan termasuk dalam manifesto BN dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.

Fadillah berkata demikian menerusi jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mengenai usaha kerajaan mengurangkan bilangan plaza tol di Lembah Klang seperti yang dijanjikan pada manifesto BN serta langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar tol supaya tidak membebankan rakyat.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, pihaknya telah mula melakukan rundingan dengan syarikat konsesi lebuhraya bagi membincangkan usaha untuk mengurangkan harga tol sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

"Rundingan tersebut bertujuan mencari makanisme terbaik bagi meringankan beban tol dengan mengambil kira pendekatan 'menang menang' kepada semua pihak terbabit, iaitu kerajaan, syarikat konsesi, pelabur dan juga pengguna," katanya. - FMT.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 6:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Sunday, March 20, 2016 4:38 PM
Subject: Fw: Penduduk Gempar Ada Buaya Tembaga Tepi Parit

Penduduk Gempar Ada Buaya Tembaga Tepi Parit

siakapkeli.my

KUANTAN, 19 Mac – Penduduk di Kampung Tanah Putih Feri gempar dengan kelibat seekor buaya tembaga yang berukuran hampir dua meter.

Buaya berkenaan dikatakan muncul di tebing parit kelmarin.

Seorang penduduk, Zabedah Md Derus, 63, berkata di bergegas ke lokasi setelah diberitahu anaknya tentang buaya itu.

"Memandangkan keadaan rumah kami yang terletak di kawasan parit yang alirannya sampai ke Sungai Kuantan, tidak hairanlah jika ada buaya tersesat masuk.

"Sejak saya kecil lagi buaya memang selalu sesat ke kampung kami tapi kali ini pertama kali saya lihat buaya bersaiz besar," katanya lapor Sinar Online.

Sementara itu, pengarah Perhilitan Kahiriah Mohd Sharif berkata pegawainya sudah dihantar ke lokasi bagi memantau keadaan sekeliling.

"Biasanya kawasan seperti parit sememangnya habitat reptilia ini. Kami nasihatkan penduduk agar tidak mengganggu buaya itu kerana mungkin ia akan bertindak agresif sekiranya ada ancaman,"katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PEMBINA sokong cadangan Kelantan laksana sebat kesalahan zina di tempat awam

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

BANGI, Jumaat – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Eqwan Roslan menyokong penuh usaha kerajaan Kelantan dalam mengusulkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam sebagai pengajaran kepada pesalah.

Katanya, usaha sebegini perlu diteruskan supaya perlaksanaan penuh syariah berhasil dan ia juga selari dengan titah Ketua Agama Islam negara.

"Cadangan itu selari dengan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk perkasakan syariah.

"Juga, untuk memastikan pelaksanaan penuh, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya penggubal undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, Eqwan berkata, selain daripada usaha memenuhi tuntutan melaksanakan syariah, cadangan tersebut turut dapat membantu dalam membentuk generasi belia dengan akhlak yang lebih baik.

Ditanya mengenai kewujudan pihak-pihak yang menentang perlaksanaan syariah, beliau berkata, mereka sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati prinsip perlembagaan negara.

"Orang bukan Islam perlu menghormati identiti negara berteraskan Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan untuk Malaysia terus membangun dengan aman dan sejahtera.

"Sebarang usaha yang membelakangi sejarah tanah ini dan menyekat aspirasi orang Islam untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh akan membawa ketegangan yang tidak diperlukan," katanya. - ismaweb

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, March 10, 2016 11:21 PM
Subject: Fw: Saranan Sebat Pesalah Zina Depan Masjid

Saranan Sebat Pesalah Zina Depan Masjid, Bagi Keinsafan - Hassan Mahmood
siakapkeli.my

KOTA BHARU - Kerajaan negeri disaran agar menimbangkan cadangan supaya mengenakan hukuman sebat di khayalak ramai terhadap pesalah yang melakukan zina sebagai satu langkah pencegahan dan menginsafkan rakyat.

Saranan itu disuarakan oleh Datuk Hassan Mahmood ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam sidang Dun Kelantan semalam.

Beliau mengumumkan cadangan itu ketika menyentuh mengenai hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu diteruskan, bukan sahaja dalam aspek pembangunan tetapi hukuman hudud.

"Saya mencadangkan kepada kerajaan, sebelum berjaya menjalankan Kanun Jenayah Syariah kita laksana setakat mampu

"Hukuman sebat, sekarang ini walaupun bidang kuasa mahkamah syariah hanya enam sebatan sahaja yang diizinkan oleh undang-undang, maka kita buat yang enam dahulu," katanya semalam.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat, dan sekiranya boleh dilaksanakan di hadapan masjid.

"Kalau boleh kerajaan negeri cuba buat persiapan di masjid utama di setiap jajahan, sediakan tempat untuk melaksanakan sebatan kepada pesalah," katanya.

Beliau memberikan contoh kes yang berlaku di Sabah dimana seorang lelaki dihukum sebat di pekarangan Mahkamah Tinggi Tawau akibat kesalahan berzina.

"Satu kes melalui seorang peguam, kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80 (1) AKJS Sabah 1995, pesalah itu dikenakan enam kali sebatan di dewan mahkamah pada 29 September 2015, disaksikan 40 jemputan khas," katanya.

"Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah supaya memikirkan, sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang

"Walaupun enam sebatan kita laksanakan di khalayak ramai, ia adalah untuk memberikan keinsafan kepada orang yang menyaksikan supaya tidak melakukan perkara sama," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pilu, Ibu Tak Sanggup Terima Baju Yang Dibeli Secara 'Online', Sebab Anak Dah Takde
siakapkeli.my

Sungguh pilu hati bila membaca satu posting yang dimuatnaik oleh seorang perniagan online bernama Aizzaty Rohshaidah, apabila memberi tahu seorang pelanggannya dikatakan tidak mahu menerima baju bayi yang dibeli daripadanya.

Menurut beliau, pelanggannya itu memberitahu yang dia tidak sanggup menerima baju berkenaan kerana anaknya sudah tiada (meninggal).

Berikut adalah kepsyen yang ditulis beliau bersama screenshot perbualan Whatapps dengan pelanggan tersebut.

Allahuakbar... Baru pos barang customer ni semalam, hari ni dia whatsapp inform anak dia dah meninggal.

A note to myself & all of us. Mungkin kadang-kadang anak kita nakal, baru tidur 3 minit dah bangun, pukul 2 pagi still taknak tidur lagi, asyik nak kena dukung bila letak bawah menangis but always remember, anak adalah pinjaman dari Allah. Bila-bila masa DIA boleh ambil dari kita. Just enjoy the moment together sebab kita tak pasti bila kali terakhir kita dapat melihat mereka.

Semoga keluarga anak syurga ini tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.
Always take a good care of your loved ones!

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 8:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Setiausaha Bahagian Kementerian Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah RM20 Juta
siakapkeli.my

PUTRAJAYA, 19 Mac: Seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian penting ditahan semalam berkaitan dengan rasuah yang menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 juta.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, pegawai itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Sehingga kini, seramai sembilan anggota sindiket ditangkap yang mana terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.

"Salah seorang yang ditangkap merupakan pegawai kanan di kementerian berkenaan berjawatan Setiausaha Bahagian dan merupakan 'master mind' dalam sindiket ini dan lapan lagi itu merupakan kontraktor yang terlibat.

"Tangkapan ini dibuat selepas SPRM menjalankan Ops Tiris pada 17 Mac lalu," katanya sebagaimana lapor FMT.

Tambah Azam lagi, mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 56 tahun dan ditahan di sekitar Lembah Klang.

Azam juga berkata, SPRM telah menjalan siasatan kegiatan sindiket ini sejak 2010 lagi dan dianggarkan pegawai kanan itu menerima suapan mencecah RM20 juta.

"Pegawai kanan ini telah menerima habuan-habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta-kereta mewah, pembayaran insuran, unit amanah bernilai jutaan ringgit, penggunaan kemudahan kad kredit dan pengubahsuaian rumah.

"Pegawai kanan ini hidup mewah sehingga mampu membeli jam-jam tangan berjenama, yang satunya daripada mencecah harga tidak kurang daripada RM400,000, barang-barang kemas bernilai RM600,000, 'Beddings' bernilai RM300,000, lukisan bernilai lebih RM60,000, berpuluh-puluh beg tangan berjenama berharga RM400,000 dan pakaian-pakaian berjenama.

"Selain itu dia sering ke luar negara bersama keluarga hingga mampu menggunakan penerbangan 'First Class' setiap seorang," katanya.

Antara barangan yang disita

Azam berkata pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan juga kesalah penggubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

"Siasatan juga tertumpu kepada bagaimana beliau hidup terlalu mewah. Siasatan akan memanggil saksi-saksi terutamanya daripada kementerian terbabit.

"SPRM akan melihat sistem dan prosedur kementerian yang menyebabkan berlakunya ketirisan dana sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 8:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Aku Dah Malu, Maruah Aku Nak Letak Mana," Luah Seorang Lelaki Gambarnya Disebar Sebagai Perompak

siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersebar gambar seorang lelaki di laman Facebook kononnya lelaki berkenaan merupakan salah seorang dari kumpulan pecah rumah sedang meninjau salah sebuah rumah untuk dirompak dan bergiat aktif beberapa kawasan perumahan di Sungai Petani.

Gambar berkenaan dikatakan diambil oleh tuan rumah dan disebarkan di laman sosial di mana ia mendapat perhatian ramai di mana dihujung tulisan yang disertakan diletakkan pesanan agak semua pemilik rumah beringat.

Gambar yang disebarkan

Namun, semua ini diketahui tidak benar apabila lelaki berkenaan yang menyedari gambarnya diviralkan telah tampil menafikan perkara ini.

Menurutnya semua ini adalah fitnah di mana gambar berkenaan telah disebarkan tanpa usul periksa.

Berikut adalah penerangan beliau kenapa beliau berhenti didepan rumah tersebut.

Berdasarkan carian kami, gambar dan status itu sudah tidak dijumpai, mungkin sudah diturunkan atau telah dipadam oleh admin group Facebook berkenaan.

Kalau betul pun dia berniat jahat, buat laporan polis terlebih dahulu untuk disiasat dari sebarkan sebegini ke laman sosial, sebab kita tidak ada bukti dalam menuduh orang, takut tidak semena-mena kita menganiaya orang dan menjadi menyebar fitnah.

- Siakapkeli.my

"Berhenti Sebarkan Gambar Dan Fitnah Pekerja Suami Saya"
siakapkeli.my

Sejak semalam tersebar di laman sosial kelibat dua orang lelaki yang kononnya membawa parang untuk merompak berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan mewah Aman Perdana, Meru, Selangor.

Gambar berkenaan ternyata mendapat perkonsian ramai dan rata-rata mereka menyebarkan gambar tersebut sehingga menjadi viral.

Namun, selepas gambar berkenaan tersebar, seorang wanita bernama Lela Balqis melalui laman Facebooknya telah tampil menafikan dakwaan penyebar berita berkenaan.

Beliau meminta agar semua pengguna media sosial supaya menghentikan tindakan memviralkan gambar tersebut kerana mereka bukannya perompak seperti didakwa.

"Mereka ini adalah pekerja suami saya di mana mereka bekerja dengan kontraktor pembersihan di kawasan Aman perdana."

"Kerja mereka adalah potong dan cantas pomok bunga, mereka membawa alatan(parang) itu untuk melakukan kerja bukan melakukan jenayah seperti didakwa."

"Mereka memang bekerja setiap hari di kawasan itu dan sekrang mereka sudah jadi takut untuk keluar bekerja, kesian sangat kepada merekam saya harap semua dapat berhenti atau padam gambar berkenaan yang telah dikongsi, Terima Kasih," tulis puan Lela Balqis di laman Facebooknya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selepas Spiderman, Kini Iron Man pula 'Ikut Jejak' Meniaga
siakapkeli.my

Kota Bharu: Jika dulu orang ramai dikejutkan dengan spiderman menjual nasi lemak, kini penduduk di daerah ini dikejutkan pula dengan kemunculan adiwira Iron Man yang menjual air coconut shake di Jalan Pintu Geng di sini sejak tiga hari lalu.

Disebalik kostum iron man itu adalah Mohd Khairi Abdul Aziz, 34, yang berkata idea itu diinspirasikan daripada Nasi Lemak Spiderman yang menjadi viral sejak dua bulan lalu.

Keunikan itu menyebabkan orang ramai bergambar dengan adiwira itu sekaligus melariskan jualannya sehingga menjadi viral di media sosial.

Kata Khairy, dia menjual coconut shake pada harga RM2 hingga RM3.50 sejak setahun lalu dan kini dia mahu mencipta kelainan dengan menggunakan kostum iron mana kerana mahu menarik orang ramai terutamanya kanak-kanak yang meminati adiwira itu.

"Ilham muncul selepas saya tertarik dengan gelagat Spiderman menjual nasi lemak dan di situ saya fikir apa salahnya kami mencubanya untuk menghiburkan pelanggan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur selepas tiga hari, perniagaan saya semakin laris apabila ramai yang berhenti untuk bergambar sambil membeli coconut shake," katanya.

Tambah Khairi, kostum itu dibeli dengan harga lebih RM1,000 dari kenalannya dari Thailand dan siap dalam tempoh dua bulan.

"Kostum itu dipakai sepupu, Muhammad Hans Hazid Mohd Hanif, 17, serta rakannya, Mohd Amirul Asif Hairul, 17, secara bergilir.

"Sempena cuti sekolah ini juga, kami menambah lagi beberapa adiwira seperti watar Star Wars, Batman, Kamen Rider serta karakter daripada permainan video, Halo," katanya.

Sementara itu Muhammad Hans berkata dia tidak menyangka teknik itu kini viral di media sosial.

"Kami seronok kerana dapat meluangkan masa cuti sekolah dengan menghiburkan orang ramai selain membantu perniagaan bapa saudara," katanya.

"Tugas menjadi adiwira sama sekali tidak mengganggu pembelajaran kerana ia tidak mengambil tempoh masa yang lama berikutan kami memakainya secara bergilir," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Saturday, March 12, 2016 11:26 PM
Subject: Lepas Spiderman, Deadpool Pula Buka Gerai?

Lepas Spiderman, Deadpool Pula Buka Gerai?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

JIKA sebelum ini viral kisah abang Spiderman meniaga nasi lemak di Kelantan, kini muncul seorang lagi adiwira Deadpool yang buka gerai jual sarapan pagi dan kali ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, banyak pihak berlumba-lumba melakukan dua pekerjaan seperti mana yang disarankan oleh pak menteri.

Cumanya bagi menarik perhatian pelanggan, peniaga perlulah berfikir di luar kotak dan kreatif bagi melariskan sesebuah jualan mereka.

Macam yang dilakukan abang ni lah, memandangkan sekarang tengah demam Deadpool, dia pun cepat-cepat tempah kostum Deadpool bagi memeriahkan gerainya.

Buat yang berdekatan tu, apa lagi pergilah serbu gerai Deadpool ini, bukan hanya dapat beli sarapan yang dijual sebaliknya boleh juga bergambar untuk kenang-kenangan! – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Model Rambut Yang Sedang Populer Seperti Ini Dilarang Islam
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Islam agama yang syamil mutakamila tidak cuma mengatur ber ibadah ritual tetapi juga memberi tuntunan pada umatnya dalam semua sisi kehidupan, termasuk juga permasalahan model rambut. Qoza 'yang saat ini banyak didapati nyatanya model potong rambut yang dilarang dalam Islam. Qoza 'iaitu memotong rambut dengan cara tak rata hingga sebagian dicukur habis (dibotaki), sebagian yang lain tak dipotong atau dilewatkan panjang sampai membuat motif tertentu. Umpamanya ukiran, satu simbol, atau garis-garis.

Qoza 'sesungguhnya sudah ada mulai sejak jaman jahiliyah. Rasulullah lalu memberi tuntunan pada umatnya kalau qoza 'adalah perbuatan yang dilarang.

عن 'نافع مو'لى عب'د الله أنه سمع اب'ن عمر - رضى الله عنهما - يقول سمع'ت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ين'هى عن ال'قزع

Artinya : Dari Nafi 'Maula Abdullah bahwa ia pernah mendengar Ibnu Umar radhiyallahu anhuma mengatakan : Saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melarang qoza' (HR. Bukhari)

Hadits lain melalui jalur Anas bin Malik juga menyatakan larangan yang sama

عن اب'ن عمر أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - نهى عن ال'قزع

Artinya : Dari Ibnu Umar sebenarnya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melarang qoza '(HR. Bukhari)

Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu menjelaskan bahwa yang disebut dengan qoza' ialah :

يح'لق بع'ض رأ'س الصبى ويت'رك بع'ض

Mencukur sebagian rambut serta membiarkan sebagian yang lain (HR. Muslim)

Rasulullah sempat juga lihat qoza ' lantas beliau melarangnya.

رأى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - صبيا قد 'حلق بع'ض شع'ر رأسه وترك بع'ضه, فنهاهم' عن 'ذلك, وقال: اح'لقوه كله, أو ات'ركوه كله

Rasulullah saw pernah lihat kanak-kanak yang dicukur beberapa rambutnya serta dilewatkan sebagian yang lainnya, jadi beliau melarang hal semacam itu lalu bersabda: "Cukurlah semuanya atau biarkan (tidak dicukur) seluruhnya" (HR. Abu Daud dan An Nasa'i)

Imam Nawawi menerangkan kalau beberapa ulama sudah setuju kalau hukum potong rambut model qoza 'ini makruh. Kecuali untuk kepentingan tertentu seperti bekam atau penyembuhan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 20, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hadi mahu mahkamah syariah diberi kuasa lebih tinggi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap akan ada usaha penambahbaikan daripada kerajaan untuk menaik taraf bidang kuasa mahkamah syariah.

Katanya, beliau sedih melihat bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini lebih rendah berbanding mahkamah majistret daerah sedangkan Islam adalah agama Persekutuan.

"Kalau ada cadangan atau usaha memperkasakan mahkamah syariah, kita akan sokong. Bagaimana mahkamah syariah yang menjalankan urusan agama lebih rendah dari mahkamah majistret. Bahkan dendanya juga lebih rendah daripada hukuman dikeluarkan mahkamah majistret atas kesalahan buang sampah atau menghisap rokok," katanya di Parlimen hari ini.

Abdul Hadi berkata, memberi kuasa lebih tinggi kepada mahkamah syariah sangat penting agar dapat melaksanakan hukuman mengikut tuntutan Islam.

Mengenai cadangan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II, Abdul Hadi menjelaskan, ada sesetengah pihak sengaja menakutkan orang ramai dengan hukum hudud.

Ujar beliau, pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja menjadikan hukum berkenaan sebagai senjata untuk menggagalkan usaha murni Pas melaksanakannya.

"Mereka jadikan hudud sebagai senjata untuk menyerang Islam. Mereka menakut-nakutkan orang ramai dengan kesan potong tangan. Mereka fikir hudud ini potong tangan. Ini yang dijadikan hujah untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam. Padahal banyak undang-undang lain lagi yang hukumannya lebih berat tetapi hudud sahaja dijadikan senjata mereka," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hukum hudud, menurut Ahli Parlimen Marang itu, hudud konsepnya mendidik bukan menghukum.

Beliau memberi contoh, ketika menjatuhkan hukuman perlu ada beberapa syarat seperti hakim, saksi, penjenayah dengan mangsanya dan keadaan pencuri berkenaan pada masa itu.

"Dalam Islam, hakim yang hendak menjatuhkan hukum mengikut hudud mestilah mencari jalan untuk membebaskan yang tertuduh terlebih dahulu kerana Islam menggalakkan pengampunan, taubat dan pengakuan daripada penjenayah.

"Apa yang penting undang-undang ini lebih kepada mendidik supaya penjenayah itu gerun atau takut. Apabila sebut potong tangan, semua akan takut (melakukan jenayah). Kalau tidak mencuri, nak takut apa," ujar beliau.-- MalaysiaGazette

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: