Tuesday, March 15, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4432[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4432
1
Fw: PEMECATAN MAHA-THIR RUGIKAN NA-JIB by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Panas Terik Diramal Pada 20 Mac by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Makin Bertimpa-Timpa Nasib Malang by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
Fw: Gambar Perkahwinan Menjadi VIRAL by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11
Fw: 'Ugut' Penyimpan Duit Tabung Haji by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
14
Fw: RAMAI YANG KURANG CERDIK by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
15

Messages

Tue Mar 15, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PEMECATAN MAHATHIR RUGIKAN NAJIB
shahbudindotcom
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Tun Mahathir Mohamad akhirnya ditamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat Petronas berikutan perbezaan pendapatnya yang berterusan dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam tindakan yang diputuskan sebulat suara oleh kabinet, bekas Perdana Menteri itu dianggap tidak layak lagi memegang jawatan tersebut kerana sikapnya yang dilihat tidak mendukung kerajaan sedia ada.

Asas utama penamatan khidmat Tun Mahathir ialah kerana Deklarasi Rakyat yang dilancarkannya minggu lalu bersama tokoh-tokoh ternama negara, termasuk daripada parti-parti pembangkang yang disifatkan kabinet sebagai suatu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Walaupun tindakan terhadap Tun Mahathir ini dipercayai disebabkan desakan banyak pihak dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu, tetapi ini bukanlah tindakbalas pertama Najib terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Tun Mahathir juga sudah beberapa kali disiasat oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataan-kenyataan kerasnya untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri.

Sama ada Tun Mahathir akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya, ia akan banyak dipengaruhi oleh apa yang dilakukannya selepas ini.

Jika Deklarasi Rakyat telah menyebabkan Tun Mahathir dibuang sebagai penasihat Petronas, tidak mustahil deklarasi itu juga akan menyebabkan "kandang tertuduh" di mahkamah pula bakal menantinya selepas ini.

Bagi Tun Mahathir, penamatan khidmatnya di Petronas ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sendiri pernah menawarkan diri untuk berundur daripadanya pada Disember 2013 yang lalu.

Bagaimanapun, hasrat Tun Mahathr itu ditolak oleh Najib yang merasakan masih ada keperluan bagi bekas Perdana Menteri itu untuk terus kekal memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan di syarikat minyak utama negara itu.

Maka, penamatan ini dipercayai tidak akan memberi apa-apa kesan kesan psikologi dan emosi kepada Tun Mahathir.

Tetapi di mata rakyat, keputusan kabinet itu rata-ratanya tidak boleh diterima oleh mereka, terutama kerana menyanjung kebijaksanaan Tun Mahathir menjulang nama negara melalui Petronas dengan antaranya membina Menara Berkembar KLCC, Litar Lumba Sepang dan Putrajaya.

Dengan penamatan khidmat Tun Mahathir, rakyat lebih melihat ianya sebagai tindakan politik keterlaluan daripada Najib dalam mendepani serangan dan kritikan bekas Perdana Menteri itu.

Soalnya, apakah keputusan kabinet itu akan menyebabkan Tun Mahathir mengendur dan mengalah atau asakan-asakannya menjadi lebih keras lagi?

Tiadakah pilihan lain yang boleh diambil selain daripada menamatkan perkhidmatan di Petronas yang sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat pun dari segi pengaruh dan kewangan dalam konteks perbalahan Tun Mahathir itu dengan Najib?

Tetapi berdasarkan hakikat bahawa Tun Mahathir akan terus melakukan serangan-serangannya dan mengkritik Najib, perkembangan ini akan melimpahkan lagi simpati rakyat terhadapnya.

Dalam masa yang sama, Najib pula akan terus tersepit dalam usaha meraih sokongan dan dokongan rakyat kerana selain dianggap terlalu keras, jasa dan sumbangannya kepada negara tentu saja umpama langit dengan bumi berbanding Tun Mahathir.

Maka, keputusan kabinet ini, selain jauh daripada memberi keselesaan, ia akan menambahkankan lagi kesusahan kepada Najib dalam hari-hari yang bakal dilaluinya.

Bye Bye Mahathir
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Bye Bye Mahathir.. Sayonara... So tak pandai-pandai lagi ka? Hahaha... Inilah masanya.. Takkan mahu tunggu lagi.. Kena cepat nih...

comments:
1..
Anonymous
klau anda buakn pengikut lombuno walau anda ada ilmu dalam bidang tertentu untuk maju negara maka anda akan ditendang
ini macam bila mau maju
dasar politik tumpang ada kuasa bukan untuk agama bangsa
memang lahanat

2.. Anonymous
MOGA MOGA MAHATHIR AKAN KELUARKAN CERTA AL TANTUYA,KES ZIANA ZIN BERSAMA NAJIB DAN BANYAK YANG BERKAITAN DENGAN NAJIB

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/03/bye-bye-mahathir.html#ixzz42fVQcSu7

Pelantikan Tun Mahathir Sebagai Penasihat Petronas Ditamatkan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kabinet hari ini bersetuju secara bulat untuk menamatkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan mantan Perdana Menteri itu, khususnya dalam melancarkan "Deklarasi Rakyat" bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

"Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendukung Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia," lapor kenyataan itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kami Solat Sunatlah, Bukan Sembah Matahari!
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Tindakan sebuah laman sosial menyamakan solat gerhana matahari yang didirikan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Chabau di sini, Rabu lalu sebagai menyembah matahari dianggap amat keterlaluan.

Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata, sebagai warga Jasin, mereka kesal pengendali laman sosial mempertikaikan tatacara solat dilakukan bukan di dalam masjid atau surau, sekali gus menyamakan tindakan warga sekolah seperti amalan paganism dan agama majusi.

"Tujuan pihak sekolah berkenaan melakukan di kawasan lapang bagi memberi lebih ramai warga sekolah turut serta dan tidak harus dikritik.

"Situasi itu bukan sahaja mengguris hati warga SK Chabau dan alumni, malah rakyat Jasin dan negeri ini," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Huzailan Hamzah berkata, pihaknya baru dimaklumkan hal terbabit setelah ia disebarkan melalui WhatsApp dan akan meminta pegawainya ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat.

Menurutnya, beliau terkilan kerana niat baik sekolah itu disalah tafsir, sedangkan tiada masalah mendirikan solat berkenaan di kawasan lapang selain dalam masjid atau pun surau.

"Tak ada masalah warga sekolah bersolat di kawasan lapang bukan sahaja di masjid atau surau.
"Saya yakin dan percaya ada sebab pihak sekolah mengadakan solat sunat gerhana matahari di kawasan lapang, mungkin tiada kawasan yang luas dan sebagainya.

Rabu lalu, laman sosial terbabit memuat naik status dan gambar warga sekolah berkenaan mendirikan solat sebagai menyembah matahari.

Gambar itu dipercayai diambil selepas Sinar Harian memuat naik ke laman sosial.

Bagaimanapun, laman terbabit memadamkan status berkenaan selepas orang ramai mengutuk serta mengkritik tindakan pengendalinya. -SH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kantoi Lagi - Belanja 1.5b Utk PRU Tetapi Pulang 2.03b Ke Arab, Matematik Apa Ni Najib?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Ya. Itula yang dipersoalkan oleh Mukhriz Mahathir yang buat kira-kira tengah belanja derma yang Najib terima dari Arab Saudi bagi membiayai kempen pilihanraya ke 13 yang lepas.

Sebenarnya. Aku dah lost dalam siri penjelasan Najib dan BN dalam isu derma 2.6b.

Banyak jawapan yang bercanggah antara satu sama lain.

Pendapat aku ini boleh jadi juga salah satu strategi BN.

Sengaja bercanggah itu, bercanggah ini last-last orang pening terus malas nak follow-up.
Hihi.

Baru-baru ini blog Din Turtle melaporkan kenyataan Mukhriz Mahathir yang mendengar sendiri pengakuan Najib bahawa BN telah membelanjakan 1.5b dari jumlah derma 2.6b untuk tujuan PRU.

Sedikit petikan laporan dari FMT ;

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbohong apabila mengatakan sejumlah RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi telah dipulangkan.
Ini kerana, kata bekas Menteri Besar Kedah itu, Najib pernah mengatakan dalam mesyuarat UMNO bahawa beliau telah membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"RM2.6 bilion yang dia (Najib) terima katanya dari derma Arab. Kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik dekat Arab itu?
"Daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda itu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka-angka ini semua tak betul.
"Bohong punya bohong. Sudah jadi bertimbun-bertimbun, kita pun sudah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100 peratus tidak betul," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan ahli UMNO sekitar Kota Bharu pada Isnin (rujuk).

Untuk rekod, blog Din Turtle pro UMNO tu dah kena block dengan SKMM (rujuk). Atas alasan kandungan dalam blog tersebut melanggar undang-undang negara (Najib/BN).

Langgar peraturan la sangat.

KAH KAH KAH

Apa pun betul point Mukhriz tu. AG kata 2.03b dah pulang ke Arab Saudi. Laporan tersebut bukan setakat hearsay atau bertaraf cincai. Ia dikeluarkan oleh peguam negara sendiri dan memang ber-rekod. Senang cakap kat sini kalau AG tak tipu maka Najib la tipu. Atau kalau Najib tak tipu maka AG la tipu. Tak mungkin kedua-duanya benar dalam satu masa yang sama tetapi tak mustahil pula kalau kedua-duanya menipu kita semua dalam setiap masa.

KAH KAH KAH

Fikir. Guna otak korang tu sekejap.

Najib bagitau kat mesy MT 1.5b dari 2.6b dah digunakan untuk dana PRU ke 13. Cakap dalam MT. Ada saksi. Mungkin ada minit mesyuarat juga kot. Yang tu aku tak sure. Yang pasti kalau nak saksi tu Mukhriz dah dedahkan. P saman dia kalau sungguh dia fitnah.

AG pula bagitau dalam satu laporan rasmi bahawa PM dah pulangkan 2.03b ke Arab Saudi selepas tamat PRU ke 13.

Tapi kalau ikut penjelasan Mukhriz, 2.6b tolak 1.5b tinggal 1.1b.

Macam mana duit tinggal 1.1b tapi pulang 2.03b?

Kenapa tak dedahkan rekod bank statement sebagai bukti?
Betul ke Najib belanja 1.5b untuk dana PRU?
Betul ke Najib pulangkan semula 2.03b ke Arab?
Tu semua perlukan bukti.
Ini bukan bertaraf tuduhan lagi. Sebab ia dah diakui sendiri oleh menteri bahawa derma itu wujud, aliran wang keluar masuk itu benar. Bahkan masuk dalam account peribadi Najib sendiri. Mula2 aku rasa bodoh juga PIEM kalau sungguh wujud derma 2.6b tu. Aku macam duduk kat tengah2 nak percaya antara tidak dengan laporan SR pada awalnya. Tapi tak sangka. PIEM kau betul2 bodoh bhai. Betul2 derma tu masuk dalam account peribadi dia. Gila ar.

So, jawab la soalan dari Mukhriz tu Najib dan Apandi Ali.

Ya atau tidak Najib dah belanja sebanyak 1.5b dari 2.6b untuk dana PRU? Jika ya macam mana boleh pulang 2.03b ke Arab. Apandi tipu ka apa ka? Jika Apandi benar maka Najib tipu la ek? Kat MESY MT plak tu. Ahli2 MT tak rasa apa ke minum air kencing Najib tu? Rasa oren ke apa? Kiki.

Dalam pada itu pembangkang turut menjelaskan bahawa nilai 1.5b tu sebenarnya dah tersasar dari jumlah yang sepatutnya digunakan untuk belanja PRU. Ah sudah. SPR nak siasat tak benda neh? Kata agensi yang adil dan bebas. Siasat la apa lagi. Saksi dah ada dah tu. Ka, adil taik kucing?

KAH KAH KAH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Panas Terik Diramal Pada 20 Mac
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac berikutan fenomena ekuinoks.

Cuaca panas semasa boleh menyebabkan panas terik jika suhu melebihi 35°C selama lima hari berturut-turut, atau 37°C selama tiga hari berturut-turut, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, setakat ini, suhu tertinggi dicatatkan di Alor Setar dan Chuping (Perlis) pada Khamis, di mana ia memuncak pada 38.5°C.
Beliau berkata, jika tidak berlaku penurunan hujan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mungkin akan merekodkan suhu yang lebih tinggi.

"Bagi Lembah Klang, malam akan menjadi lebih panas daripada biasa," katanya.

Rakyat Malaysia, terutamanya warga emas dan kanak-kanak, perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti luar.

"Minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi," katanya.

Tangau berkata cuaca panas dan kering diramal berkurangan pada akhir bulan berikutan musim peralihan monsun di mana terdapat lebih banyak hujan dan ribut petir pada sebelah petang.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/panas-terik-diramal-pada-20-mac.html#ixzz42fQZGQJd
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Panas Luar Biasa, Permintaan Bekalan Elektrik Di Semenanjung Catat Paras Tertinggi
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Cuaca panas luar biasa sejak beberapa hari lepas, melonjakkan penggunaan elektrik ke paras tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan paras tertinggi waktu puncak pada 17,175 megawatt (MW) dicatakan pada Rabu, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat utiliti itu berkata gelombang haba yang disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino, menyaksikan permintaan pengguna untuk bekalan tenaga sejak Isnin, melepasi paras had puncak pada 17,000 MW.

"Ini memecah rekod permintaan tempoh masa puncak pada 16,901 MW yang direkodkan pada 6 Jun, 2014.

"Berikutan penjanaan elektrik yang mencukupi, permintaan tinggi yang diunjurkan ini tidak akan memberikan impak ke atas kebolehpercayaan bekalan tenaga," kata TNB dalam satu kenyataan Jumaat.

Kapasiti tenaga di Semenanjung kini berjumlah 22,220 MW, dengan 11,818 MW membabitkan kapasiti TNB sendiri dan selebihnya kapasiti daripada pengeluar tenaga bebas.

Pelanggan digalakkan untuk mengamalkan langkah kecekapan penggunaan bekalan tenaga semasa waktu puncak dari 2 petang hingga 5 petang.

Ini termasuk menetapkan penyaman udara pada 23-25 darjah Celcius, menggosak baju dan membasuh pakaian pada waktu malam, memanaskan air di luar waktu puncak dan mengurus operasi mesin atau kilang pada waktu malam.
-Mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/panas-luar-biasa-permintaan-bekalan.html#ixzz42fRq35Qw
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, March 08, 2016 11:47 PM
Subject: Fw: Cuaca Panas Dijangka Kembali Normal Bulan Jun

Cuaca Panas Landa Negara Dijangka Kembali Normal Bulan Jun - MET Malaysia
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Ketika ini cuaca panas dilaporkan melanda negara dan menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail, cuaca panas ini akan kembali normal pada bulan Jun ini.

Memetik laporan Berita Harian, cuaca panas ini berlaku berikutan fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca menjadi panas dijangka kembali normal mulai bulan itu.

Fenomena El Nino yang dikesan berlaku pada Disember tahun lalu hingga bulan Januari didapati mula menurun dan dijangka terus menjadi lemah, katanya.

Che Gayah turut memberitahu bahawa peralihan monsun pada bulan April ini juga dijangka akan mengurankan kesan cuaca panas ini kerana hujan dan ribut petir diramal kerap berlaku terutama pada waktu petang.

"Namun walaupun El Nino berada dalam keadaan neutral mulai bulan Jun, negara akan mengalami musim kering semasa monsun barat daya dari bulan Mei hingga September," katanya.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuan Ibrahim Pun Tak Percaya Cerita Zahid 'IS Cuba Culik Najib' Rupanya..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.

Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang "dengan elemen IS" telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein..

Oleh kerana Zahid yang buat pendedahan itu.. aku ni nak percaya dengan tak percaya sama banyak.. pasal dah banyak pendedahan yang dia buat tu tak berasas langsung..

Antaranya... ada bukti pemimpin pembangkang menjadi dalang pencerobohan pengganas Sulu, lepas tu ada bukti 'Gred A' kononnya Mat Sabu pengikut Syiah dan ada bukti pemimpin politik bersekongkol dengan gangster di Perak.. tak buktinya langsung tak terbukti hingga ke hari ini..

Terbaru pengumuman tentang penanguhan kemasukkan 1.5 Juta Bangla tu.. kata ditangguh tapi ramai yang upload gambar dalam Facebook tentang kemasukkan Bangla yang masih berterusan..

Jadi untuk melihat adakah yang mempercayai dakwaan Zahid itu.. aku download dan uploads semula video dari MalaysiaKini tu ke pages aku dengan pertanyaan 'Boleh percaya ke?'.. lihat di SINI

Terbukti.. bukan aku sorang saja yang tak berapa nak percaya cerita Zahid tu.. malah ramai lagi yang tak percaya, dari lebih 160 komen.. majoriti tak percaya pun..

Begitu juga dalam ruangan komen dalam MalaysiaKini mengenai pendedahan Zahid itu.. dari hampir 400 komen.. majoriti juga tak percaya.. malah ramai yang mentertawakan cerita Zahid itu..

Hari ini.. Tuan Ibrahim Tuan Man dari PAS juga mempamirkan reaksi yang sama.. "Jangan nak alih isu" katanya.. Ha.. ha.. ha..

Laporan berkaitan..

PAS menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.
Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting tersebut.
"Jangan biarkan berita-berita seperti cubaan penculikan setahun lepas mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.
Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang "dengan elemen IS" telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Berhubung calon gabenor baru, PAS juga mengingatkan bahawa pengganti Zeti mesti dipilih daripada pihak yang tidak pernah terlibat dalam kabinet Najib.
Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu penting untuk menjaga imej dan integriti BNM.
Ini kerana, katanya lagi, perdana menteri masih tidak menyaman media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) yang mula-mula melaporkan dakwaan skandalnya dalam isu 1MDB.
"Calon yang menggantikan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mestilah dari kalangan mereka yang bebas politik," katanya.
Sementara itu, PAS juga memohon Zeti diberikan lanjutan kontrak sekiranya laporan audit 1MDB memerlukan beliau mengambil tindakan tertentu.
"Biar Tan Sri Zeti memenuhi hasratnya untuk melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum bersara," katanya lapor MalaysiaKini

Yang aku paling hairan ialah.. IS nak culik Najib tu.. kalau dijadikan headline suratkhabar.. laris jugaklah surat khabar tu.. tapi kenapa tak adapun suratkhabar yang melaporkan berita tu tahun lepas?

Comments

mazmad ·

Menteri-menteri UMNO memang pandai mereka cipta cerita-cerita khayalan macam tu....seolah-olah mereka ini terlalu penting untuk di culik..
Penculik pun tak ingin ....!

john kayang ·

Satu2nya pelawak yang tidak pernah masuk pertandingan bakat... Beliau sendiri tidak bertanggungjawab apabila berkata2.. Zahid KOmedi nie lama dah berpolitik cara tak bertanggung jawab gaya begini. Sejak zaman Nuar jadi Timbalan Presiden Umno lagi.. Hairan parti Umno hanya dihuni oleh pemimpin haprak lagi rosak akhlak. Yang agak2 boleh harap habis kena pecat pula. Umno yang tidak berdosa dikuburkan oleh pemimpinnya sendiri. Apa nak buek.. Kami ahli biasa Umno ikut jee takdir menentukan.

JIHA-DISC ·

Cubaan......"Msk bakul angkat sendiri"

JIHA-DISC ·

Polis malaysia jauh lbh hebat dr polis amerika ,fbi,cia, mosad, kgb.......IS baru pasang NIAT je....dh kena tangkap.....bravo...bravo..

JIHA-DISC ·

Kebolehan polis mlysia ni serupa mcm cerita tom cruise Minority Report....pre -cog, boleh meramal apa yg akn berlaku di masa hadapan....bravo...bravo...

JIHA-DISC ·

Dalam hati za-haid....." bila la si tua kutuk ni nk terlungkup , dh x sabo nk naik jd PM ni...x sabo ni....x sabo dh ni !!!!!!

azm ·

semua komen2 kat sini ikut kepala otak..tak ada kualiti langsung..cuma suka2 terikut2 org lain..nak baca pun naik jijik..tapi apa nak buat ini mentaliti puak2 pembangkang..

azm bodos ·

Ikut kepala otak la bodos, x kn nk ikut kpala bana...bodos

Katakinsaf ·

Culik Najib wang tebusan masuk akaun Najib

big mama ·

zahid kata pihak keselamatn brjaya mematahkan rancangan penculikan tu,, sembang dasyat,,, lahad datu cmna??

cikkiah57 ·

Nak culik, culiklah. Ada aku kisah.
Lebih bagus, culik sekali dengan Kak Mah dan anak jantan
dia yang bakal jadi samseng juga, dinilai daripada cerita dia
menghabskan masa di zauk dari malam bawak ke pagi.

suara kubur ·

Sekali dengar amat menyeramkan.
2 kali dengar bikin hati tak tenteram.
3 kali dengar ..

Terasa seperti sebuah telenovela.. Mungkin duklunya Pak Zahid ini nak jadi pelakon atau pengarah pelakon. Tapi lakonannya kian tidak menjadi.. Dulu berlakon bersama Anwar Ibrahim. Nampak macam real aje. Sekali kali tak berapa real lagi.. Masuk berlakon bersama Dr Mahathir..fullamak memang real tapi ta berapa real lagi.. Sekarang dengan Najib.. nampak macam real tapi ada nasib ada altel altel...

emenes ·

aku heran dgn zahid.....kenyataan dia mesti mcm ni....ada itu ada ini, kami dpt maklumat ada itu ada ini...dh byk kali...nama x pernah disebut, bukti x pernah ditunjuk......jari telunjuk dia tu yang selalu naik bila dpt microfon

mbsa ·

isu penyumbang RM2.6 aritu kata ,sudah berjumpa dah kenal pasti penyumbangnya, bukan seorang tok Arab yang bagi RM2.6 bilin.tetapi beberapa tok orang Arab yang bagi....sekarang kes ni..seorang tok Arab kata untuk pelaburan...

konpius ·

Sejak bila DAESH ni BUANG MASA buat kerja2 culik?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Babi Hutan Panik 'Gila Babi' Di Hentian Bas
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Sebuah video yang menunjukkan seekor babi hutan seolah-olah 'gila babi' sehingga beberapa kali merempuh pagar di Bangkit Road, Bukit Panjang di sini menjadi viral menerusi laman media sosial tempatan.

Video yang dimuat naik ke Facebook pada 8 Mac oleh seorang pengguna media sosial republik itu dengan nama Gia Khaironi Inde itu dilaporkan sudah dikongsi sekitar 1,000 kali dan disaksikan hampir 50,000 kali.

Insiden di luar jangkaan tersebut dipercayai berlaku di salah satu perhentian bas berhampiran dengan sebuah kondominium di Bangkit Road, lapor stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia pada Khamis.

Dalam video netizen berkenaan, babi hutan tersebut kelihatan panik dan berlari ulang-alik sehingga berkali-kali merempuh pagar di perhentian bas tersebut, dipercayai mungkin cuba untuk melepaskan dirinya itu.
Beberapa saksi mendakwa, mamalia kategori najis mughallazah itu kelihatan seolah-olah mahu membebaskan dirinya daripada kawasan tersebut yang barang kali disangkakannya sebagai macam 'kurungan pagar'.

Tiga wanita yang secara kebetulan sedang duduk menantikan ketibaan bas mereka di perhentian bas itu kelihatan agak tenang sambil memerhatikan sahaja gelagat babi hutan yang mungkin cukup kebingungan tersebut.

Setelah ia berkali-kali terlanggar pagar, babi hutan itu akhirnya berjaya 'membebaskan dirinya' dan kemudian dilihat segera berlari meninggalkan perhentian bas berkenaan menuju ke sebuah kawasan hutan berhampiran.

Lokasi kejadian tidak jauh dari Central Water Catchment Nature Reserve, hutan simpan terbesar di republik itu dengan berkeluasan 2,880 hektar yang turut mengandungi empat tasik takungan bekalan air dan Zoo Singapura.

Dalam pada itu ketika dihubungiChannel NewsAsia, pihak Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura menyatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang maklum balas penduduk tentang insiden aneh tersebut.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Mar 15, 2016 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Memalukan.. Makin Bertimpa-Timpa Nasib Malang Najib
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Satu petisyen dalam talian menggesa untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK, telah mengumpul lebih 2,000 tandatangan, sejurus sebelum tarikh akhirnya.

Petisyen itu yang bermula pada 8 Mac, menyasarkan sekurang-kurangnya 100 tandatangan untuk menyokong usul untuk dikemukakan kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Nottingham.

"Kami sedar bahawa usul itu mungkin tidak diluluskan untuk dibahaskan, oleh itu petisyen ini memerlukan lebih 100 tandatangan untuk menunjukkan kepada persatuan itu bahawa isu ini layak dipertimbangkan di AGM," demikian menurut petisyen itu di Change.org.

Kurang daripada 30 minit sebelum tarikh akhirnya pada jam 11.59 malam, untuk usul itu dikemukakan semalam, petisyen tersebut yang dimulakan oleh Cassandra Hooi, telah mengumpulkan 2,252 tandatangan.

Usul itu menggesa Persatuan Pelajar Malaysia itu melobi untuk mengeluarkan potret Najib setinggi dua meter dari salah sebuah dinding kampus (King Meadow).

Usul itu sebagai tanda protes terhadap dakwaan keengganan Najib untuk menjelaskan dengan memuaskan tentang deposit sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.

Tindakan tersebut, menurut petisyen itu, mampu menghantar mesej yang kuat kepada perdana menteri bahawa sudah tiba masanya untuk beliau menjawab secara benar dan jelas terhadap dakwaan tersebut.

Jika usul itu, dengan disokong oleh petisyen tersebut, diluluskan, ia akan dibahaskan semasa AGP Persatuan Pelajar Malaysia pada 16 Mac.

Sumber

Jika anda ingin tandatangan petisyen tersebut, sila klik SINI.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lepas Spiderman, Deadpool Pula Buka Gerai?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

JIKA sebelum ini viral kisah abang Spiderman meniaga nasi lemak di Kelantan, kini muncul seorang lagi adiwira Deadpool yang buka gerai jual sarapan pagi dan kali ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, banyak pihak berlumba-lumba melakukan dua pekerjaan seperti mana yang disarankan oleh pak menteri.

Cumanya bagi menarik perhatian pelanggan, peniaga perlulah berfikir di luar kotak dan kreatif bagi melariskan sesebuah jualan mereka.

Macam yang dilakukan abang ni lah, memandangkan sekarang tengah demam Deadpool, dia pun cepat-cepat tempah kostum Deadpool bagi memeriahkan gerainya.

Buat yang berdekatan tu, apa lagi pergilah serbu gerai Deadpool ini, bukan hanya dapat beli sarapan yang dijual sebaliknya boleh juga bergambar untuk kenang-kenangan! – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MACAM2 HAL PEMIMPIN UMNO NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Ku Nan Kantoi!!.. Kajian Dapati Gelaran 'Tengku' Tidak Ada di Acheh
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Apa yang kita rakyat Malaysia perlu tahu bagi mengelakkkan terus diperbodohkan oleh SU Agung UMNO itu ialah tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana gelaran itu hanya digunakan di Malaysia.

Yang ada ialah gelaran 'Teungku' dan ia diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam.

Contohnya seorang ulamak yang telah menghafal surah-surah Al Quran, sebagai penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.

SU UMNO tu bijak membodek adalah..

Isu kesahihan gelaran Tengku yang diguna Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menjadi perbincangan dan pertikaian.
Terbaharu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang membuat kajian mendapati gelaran Tengku tidak digunapakai di Acheh.
Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Acheh menggunakan gelaran 'Teungku' yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam.
"Daripada dapatan kami, tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana istilah mengikut ejaaan 'Tengku' hanya terdapat di Malaysia.
Namun Adnan sendiri seakan mengakui bahawa beliau bukan seorang Tengku yang berasal dari Malaysia.
"Jika beliau mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah 'Teuku'.
"Kami mendapati bahawa gelaran Teungku di Acheh adalah atas beberapa sebab. Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Kamarul lagi, gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulama yang telah menghafal al- Quran dan gelaran ini merupakan penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.
"Tetapi Adnan bukanlah seorang ulama. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran 'Teungku'. Gelaran 'Teungku' tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan," kata beliau.
Mengulas lanjut, GKCM menyeru agar Tengku Adnan berbalik kepada tuhan bahawa semua pihak menumpang di bumi Allah.
"Kepada Adnan, GKCM ingin berpesan bahawa baik Tengku, Teungku atau Teuku, kita adalah sama iaitu kejadian Allah yang menumpang di bumi-Nya. Asalkan kita tidak menjadi tukang ampu sudahlah," ujar beliau ~ FMT

Umum tahu bahawa Tan Sri P Ramlee seniman agung Malaysia berasal dari Acheh dan nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh tapi beliau tak banggapun dengan gelaran 'Teuku' yang dia ada tu..

Tapi pemimpin UMNO sorang ni.. tak ada gelaranpun letak gelaran sebab mahu macai hormat dia.. kah.. kah.. kah..

Kecut 'Tengku palsu' bila Khairuddin cabar tunjuk surat beranak

Mohamad Fadli

bloglist-malaysia.blogspot. 

 

kunan-khairuddin

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menunjukkan surat beranak kepada umum bagi membuktikan gelaran `tengku' yang digunakan itu bukan palsu.Tindakan itu dibuat selepas Khairuddin sebelum ini mendakwa Tengku Adnan atau lebih mesra digelar Ku Nan menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu pada namanya itu.

"Tolong tunjuk surat beranak kamu untuk membuktikan bahawa nama asal kamu itu bergelar tengku.

"Saya cabar kamu untuk berbuat demikian secepat yang mungkin. Tapi janganlah tunjuk surat beranak salinan baru pulak," tulisnya di laman Facebook.

Pada masa sama, Khairuddin turut mencabar mahu berjumpa dengan rakan sekolah Ku Nan sebagai usahanya untuk memastikan gelaran tengku itu telah digunakan sejak zaman sekolah lagi.

"Apa nama kamu yang sebenarnya ketika belajar di sekolah dahulu Adnan Mansor. Bolehkah saya nak berjumpa dengan guru-guru serta guru besar ataupun kawan-kawan persekolahan kamu pada waktu itu. Bolehkah tengku palsu Adnan Mansor," katanya.

Semalam, Ku Nan berkata isu gelaran tengku itu bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara berkenaan semenjak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

"Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia," kata Ku Nan.

------------------

Saya Tengku dari Acheh, pejuang bangsa dan Islam- Ku Nan

Adam Abu Bakar  

 

ku-nan-acheh-2

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui darah yang mengalir di dalam tubuhnya tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak.

Ini kerana beliau dan keturunannya yang berasal dari Acheh merupakan pejuang negara dan juga agama Islam.

"Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air.

"Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itu saya kuat, darah itulah yang mengalir," katanya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu lagi, isu gelaran Tengku ini bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara ini sejak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

"Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia," ujar beliau lagi.

Tengku Adnan yang mesra digelar Ku Nan turut menyedari bahawa gelarannya itu menjadi perbualan sesetengah pihak.

"Saya tahu, bila saya cakap lepas ini saya kena, sehinggakan keturunan saya mereka bangkitkan," kata beliau lagi.

Sebelum ini, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan. -fmt-

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gambar Perkahwinan Menjadi VIRAL
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Sungai Petani: Wajah kebudak-budakan yang dimiliki membuatkan ramai menganggap Mahamad Fitra Mahamad Tahid, 20, berkahwin pada usia terlalu muda bersama pasangannya Nurul Syazwani Mustafa, 19, hingga gambar majlis perkahwinan mereka menjadi 'viral' di laman sosial Facebook (FB).

Bagaimanapun, masyarakat tidak menyedari keadaan itu berlaku disebabkan remaja berkenaan menghidap penyakit Talasemia Major sejak berusia 10 bulan.

Mahamad Fitra berkata, dia tidak menyangka tindakan kakak sulungnya Atikah Farisyaa, 24, memuat naik gambar perkahwinannya di laman sosial FB menyebabkannya menjadi viral.

Menurutnya, akibat penyakit dihidapinya, doktor memaklumkan dirinya akan mengalami masalah pertumbuhan dari segi fizikal.

"Saya percaya wajah seperti kanak-kanak ini adalah salah satu faktor daripada penyakit yang dihidapi, malah kakak sulung (Atikah Farisyaa) turut mempunyai masalah kesihatan sama, tetapi dia kelihatan normal seperti orang dewasa lain.

"Apa pun saya bersyukur dan menganggap ianya sebagai anugerah istimewa daripada Yang Maha Esa," kata anak ketiga daripada 10 beradik ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Astana, di sini.

Bercerita mengenai majlis perkahwinannya di rumah pengantin perempuan pada Ahad lalu yang mendapat perhatian, katanya, ramai tetamu yang bertanya usia sebenarnya.

"Ramai yang bertanya usia saya. Sampaikan sewaktu menjamu selera ramai yang memerhatikan kami sahaja," katanya.HM

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/gambar-perkahwinan-menjadi-viral.html#ixzz42yDGntd7
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Pengantin Berwajah "Baby Face" Jadi Viral
siakapkeli.my

Sungai Petani, 15 Mac: Kerana wajah 'baby face'nya, perkahwinan seorang lelaki, Mahamad Fitra Mahamad Tahid, 20, dan pasangan Nurul Syazwani Mustafa, 19, menjadi viral di media sosial sehingga ada yang menganggap Fitra berkahwin pada usia muda.

Bagaimanapun, masyarakat tidak menyedari perkara itu disebabkan Fitra menghidap penyakit Talasemia Major sejak berusia 10 bulan.

Fitra berkata dia tidak menyangka gambar perkahwinannya menjadi perhatian di media sosial apabila kakak sulungnya, Atikah Farisyaa, 24, memuat naik gambar itu.

Fitra juga berkata, akibat penyakit itu, doktor memaklumkan dirinya akan mengalami pertumbuhan dari segi fizikal.

"Saya percaya wajah seperti kanak-kanak ini adalah salah satu faktor daripada penyakit yang dihidapi, malah kakak sulung (Atikah Farisyaa) turut mempunyai masalah kesihatan sama, tetapi dia kelihatan normal seperti orang dewasa lain.

"Apa pun saya bersyukur dan menganggap ianya sebagai anugerah istimewa daripada Yang Maha Esa," kata Fitra sebagaimana lapor Harian Metro.

Menceritakan majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Ahad lalu, Fitra berkata ramai tetamu yang bertanya usianya yang sebenar.

"Ramai yang bertanya usia saya. Sampaikan sewaktu menjamu selera ramai yang memerhatikan kami sahaja," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Keluar Deposit Haji, Bakal Jemaah Akan Hilang Giliran Tunaikan Haji Selama 70 Tahun

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Bagi mana-mana pendeposit Tabung Haji(TH) yang mengeluarkan wang deposit daftar haji mereka bersama wang simpanan akan hilang giliran untuk menunaikan haji selama 70 tahun, lapor Berita Harian.

Kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dalam dewan rakyat semalam di mana menurut beliau pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini.

Mereka ini akan secara automatik terkeluar giliran menunaikan haji bila mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.

Deposit haji adalah sebanyak rm1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan bakal jemaah akan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

"Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji...bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun.

"Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

Jamil juga dalam pada itu turut membangkitkan kesha yang diterima oleh TH berikutkan surat yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu yang diputar-belit sesetengah pihak.

"Penyebaran surat dari BNM itu melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis 'separuh masak' dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa."

"Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini."

"TH masih mempunyai aset-aset tidak dinilaisamakan melalui aset dalam anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat kerjasama dan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan aset-aset TH yang dinilaisamakan adalah positif dan melebihi liabiliti TH pada Disember 2015," katanya.

Beliau turut mendedahkan nilai portfolio aset boleh direalisasi TH pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM60 bilion, melebihi liabiliti dan dana pendeposit iaitu sebanyak RM59.3 bilion.

Katanya, kedudukan kewangan TH bagi tahun 2015 adalah kukuh walaupun mendapat teguran BNM dan tertinggi sejak ditubuhkan dan pembayaran bonus bagi tahun 2015 lebih tinggi daripada tahun-tahun antara 1994 hingga 1999.

"Purata pembayaran bonus antara tahun 1994 hingga 1999 adalah di bawah RM550 juta, manakala pembayaran bonus untuk 2015 berjumlah RM3.2 bilion," katanya lagi. - Siakapkeli.my

Jamil Khir 'Ugut' Penyimpan Duit Tabung Haji
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Hilang giliran tunai haji jika keluarkan deposit – Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.

Pendeposit perlu meletakkan deposit RM1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

"Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji…bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).
"Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah," kata Ahmad.

Beliau membangkitkan kesan yang diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu, yang diputar-belit sesetengah pihak.

Jamil Khir berkata, penyebaran surat dari BNM melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis 'separuh masak' dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa.

"Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini," katanya.

-BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Sapu" Kereta Depan Stadium , Pemandu Treler Ditahan
siakapkeli.my

BANDAR HILIR, 15 Mac — Seorang lelaki telah ditahan oleh polis daerah Melaka Tengah berikutan insiden sebuah lori treler yang menggesel lebih 15 buah kereta di hadapan Stadium Hang Jebat pada Ahad.

Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdulla berkata, lelaki 50-an itu ditahan setelah membuat laporan di Balai Polis Salak Tinggi petang semalam pada jam 5.12 petang.

"Lelaki yang berasal dari utara tanah air itu ditahan oleh anggota dan pegawai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah petang semalam," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

"Treler juga ditahan dan kita akan rujuk kepada Puspakom bagi bantu siasatan di bawah Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

Semalam, polis Melaka berkata pihaknya telah pun mengenal pasti kenderaan berat yang menggesel lebih 15 kereta berdekatan stadium itu. - Siakapkeli.my

Dalam Stadium Orang Tengok Bola, Luar Stadium Treler 'Sapu' Kereta
siakapkeli.my

Melaka, 13 Mac - Ketika orang ramai sedang asyik perlawanan bola sepak yang berlangsung antara PDRM dan JDT, dikhabarkan ada perkara yang tidak enak berlaku di luar stadium Hang Jebat.

Menerusi maklumat orang ramai di laman Twitter, lebih kurang 20 buah kereta dilanggar oleh sebuah lori ataupun treler. Difahamkan juga, kereta-kereta yang dilanggar itu diparkir di bahu jalan.

Orang ramai mula memuat naik gambar-gambar kejadian di media sosial.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian. - Siakapkeli.my

TRELER MENGGANAS REMPUH 20 KERETA .... RATA-RATA WARGA MAYA MENYALAHKAN TUAN PUNYA KERETA DAN MENYOKONG TINDAKAN GANAS PEMANDU TRELER BERKENAAN
bloglist malaysia.blogspot. Posted by OMAK KAU!!!!
 

Lebih 20 kenderaan pelbagai jenis milik penonton perlawanan bola sepak Liga Super antara PDRM dan JDT yang diparkir di tepi jalan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), mengalami kerosakan teruk dipercayai akibat dirempuh kenderaan berat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, dentuman kuat akibat rempuhan itu kedengaran hingga ke dalam Stadium Hang Jebat.

Sehingga tengah malam tadi, polis bagaimanapun masih belum memberi maklum balas mengenai kejadian itu.

Difahamkan kenderaan terbabit dirempuh sebuah treler berikutan laluan menjadi sempit kerana kenderaan diletak di kiri dan kanan jalan.

Apa yang menariknya ialah rata-rata netizens seolah-olah menyokong tindakan pemandu treler berkenaan bagi tujuan pengajaran agar pemilik kenderaan dimasa hadapan agar lebih mengormati undang-undang dan peraturan dan tidak bertindak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan para pengguna jalanraya yang lain.

Berikut beberapa komen yang diluahkan di media sosial FB mengenai insiden berkenaan:

Cikgu Kakashi

Nk salahkan lori pon xbole jgak. Mmg jln die ulang alik keje kot? Kt ni yg park keta smpai 2-3 lapis kt hgway. Mane penah org park keta hgway.....hurrmm. semoga jd pengajaran walau di mane jua. Termasok kt larkin. Bayangkan lori bomba yg sama saiz yg tgah emergency nk lalu situ dgn keadaan keta parking smpai 3 lapis. Cmne tu...

Mohd Nor Hakimi

Jadikan pengajaran pada semua,kalau parking tu parking la betol2,jgn sampai menghalang lalu lintas,parking jauh sikit pun x pe jalan kaki,yg penting selamat...pada mangsa bersabarlah...

Daniel Akmal

Ni bkn double parking ... double parking boleh lepas lagi tapi ni triple parking ... ada yg dok parking belah kanan lagi ... tu yg kiri pun kena sapu ... dlm hal ni aku no komen .. harap yg terbabit tu bertabahlah .. benda dah jadi .. nak salahkan siapa..? Walhal kita pun asasnya dah salah ...

Hisham Mohd Den

Pada pendapat saya yg lebih salah ialah kereta yg parking di lorong sebelah kanan. Tetapi kereta dorang selamat. Simpati pada mangsa. Double parking adalah perkara biasa dlm sesuatu acara yg penuh di stadium. Tapi kalau dah parking di lorong kanan diantara divider mmg tak patut Nak salahlan sape samdol? korang tu yg samseng parkir keta sesuka ati mcm jalan tu bapak korang yg punya #padanmukakoSAMDOL!

Mohd Khairi ALwi

Sebagai pengajaran lps nie dtg tmpt org tanya dlu,bila ada org tegur kita buat bgs dan belagak dpt la habuan dia.

Korie Ibrahim

Moral of the story - korg nk bt apapn lantak korg la, hak korg..tp jgn sskli smpi mnyusahkan org lain..mmg akn mdpt..huhuhu

Emmeth Bintang Hatiku

Sebab tu terpampang nye moto " DON'T MESS WITH MELAKA "... Sebab org melake Malas Nak panjang2 cerite. Double park........,kasi layak aje.....

SIAPAKAH HARUS DIPERSALAHKAN????????

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



WANITA TELANJANG GAMATKAN KENDURI KAHWIN...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Berpakaian tapi telanjang...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PEMIMPIN MALAYSIA RAMAI YANG KURANG CERDIK - DARI HASSAN MALEK KE HASAN ARIFFIN
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Dulu kita ada Hassan Malek, apa saja yang dia cakap boleh kata kebanyakkannya menjadi bahan tawa dan kutukan warga internet sebab lebih banyak kenyataan 'kurang cerdik' keluar dari mulut dia dari kenyataan 'cerdik'.. Hassan Malek tenggelam timbul pulak Hasan Arifin..

Hassan Malek

Ulasan Nazri Aziz tentang kejatuhan ringgit walaupun tak disukai ramai ada kebenarannya sebab kejatuhan nilai ringgit memang baik untuk negara dari sudut pelancongan..

Nilai matawang negara yang rendah menjadi satu tarikan buat pelancong dari luar untuk melawat negara kita..

Tapi ulasan Ahli Parlimen yang baru jadi Ahli Parlimen dan dilantik pula oleh Najib menjadi Pengerusi PAC ni... hadoiiii..

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.

Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.

Harga komoditi meningkat.. jadi orang-orang Kampung sukalah yaa..

Apa dia ingat orang-orang Kampung tu semuanya memiliki ladang-ladang yang besar-besar ke?.. setahu aku ladang-ladang yang besar ni dimiliki oleh Syarikat-syarikat yang besar-besar..

Orang-orang Kampung ni kebanyakkannya ada ladang, tapi hasilnya cukuplah untuk menyara diri dan keluarga..

Ringgit jatuh, orang-orang Kampung nak beli barang makan dan pakai yang elok sikit pun terpaksa berfikir berpuluh kali sebab kebanyakkannya dah naik harga..

Ringgit jatuh.. kalau nak pergi Haji.. tak perlu bawa wang yang lebih ke untuk makan minum di sana?

Bagaimana pula kalau ada antara mereka yang punya anak belajar di luar negara.. ringgit jatuh tapi nilai matawang asing tak turut jatuh.. maka kena tambahlah lagi duit poket untuk anak-anak tu..

Nak bodekpun agak-agaklaaa..

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin ( gambar ) memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.
Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.
Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur.

CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.

Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa - Malaysiakini

Patutlah Najib lantik dia jadi Pengerusi PAC... sesuai sangat..
PERLANTIKAN KERANA KURANG CERDEK BUKAN TAK PANDAI.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, March 10, 2016 11:21 PM
Subject: Fw: SEORANG LAGI MENTERI "SAKIT" DALAM KABINET

SEORANG LAGI MENTERI "SAKIT" DALAM KABINET NAJIB
shahbudindotcom
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Apabila Hasan Malek digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai tahun lalu, antara harapan ramai tentunya ialah mahukan menteri yang menggantinya itu lebih baik atau sekurang-kurangnya tidaklah kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal yang menyakitkan hati rakyat.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah yang paling dekat dengan pengguna atau rakyat, khususnya berkaitan turun naik harga barangan keperluan harian mereka.

Untuk itu, kalau pun menterinya gagal memainkan peranan dalam memuaskan hati pengguna atau memastikan harga barangan terus stabil, setidak-tidaklah janganlah memberi jawapan tidak masuk akal untuk menutup kelemahan sendiri.

Tetapi, nampaknya Hamzah Zainuddin yang dilantik menggantikan Hasan Malek bagi menerajui kementerian itu hampir sama dan lebih kurang saja "sakitnya";.

Dalam kenyataan terbarunya, Hamzah berkata, hanya peniaga yang tidak percaya kepada Tuhan saja akan menaikkan harga barangan.

"Jika anda bertanya saya, Tuhan tidak pernah memberitahu sesiapa untuk menaikkan atau menurunkan harga barangan. Tetapi hanya mereka yang tidak percaya kepada Tuhan akan menaiklan harga jualan," ujarnya lagi.

Masya Allah...di mana menteri ini belajar agama. Kepada Hadi Awang pula, tolonglah beri nasihat, teguran dan panduan mengenai konsep Ketuhanan kepada menteri berkenaan ini.

Apa kaitannya kenaikan harga barang dengan percaya atau tidak percaya kepada Tuhan?

Apakah peniaga tidak boleh menaikkan harga barang jika bekalan yang diperolehi sudah meningkat harganya semata-mata kerana ingin mempertahankan konsep percaya kepada Tuhan?

Kalau rugi dalam perniagaan yang disebabkan "kebodohan" sendiri iaitu tidak mahu menaikkan harga walaupun bekalan yang diterima sudah pun naik, apakah Tuhan akan menampung kerugian itu?

Jika begitu, apakah peniaga di kota Mekah dan Madinah tidak pernah sama sekali menaikkan harga barangan mereka?

Kalau mereka menaikkan harga yang disebabkan bekalan juga sudah meningkat, adakah mereka itu dianggap tidak percaya kepada Tuhan?

Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan menaikkan cukai, memperkenalkan GST dan memotong subsidi subsidi yang secara langsung menyebabkan harga barang meningkat naik?

Apakah ini bermakna kerajaan dan menteri-menterinya terdiri daripada golongan yang tidak percaya kepada Tuhan?

Susah betul jika ada menteri "sakit" seperti ini. Lebih parah, yang dulu "sakit", yang mengganti juga "sakit".

Apakah kerajaan dan yang melantik menteri-menteri juga sebenarnya "sakit" sama?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 15, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PAS akan umum bentuk gabungan baharu pembangkang 16 Mac

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari mengumumkan parti Islam itu akan membentuk satu gabungan baharu pembangkang pada 16 Mac ini.

Takiyuddin berkata langkah tersebut sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti susulan keputusan mereka enggan menyertai Pakatan Harapan.
"Pada 16 Mac depan, kami akan umum satu muafakat dengan parti politik.

"Ia muafakat bagi menghadapi pilihan raya umum depan," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana politik selagi ia selari dengan perjuangan dan objektif mereka, tapi menolak sama sekali untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Dalam perlembagaan kami boleh bekerjasama dengan sesiapa asalkan objektif dan perjuangan serta tuntutan mereka sama dengan kami.

"Kami masih bersama Pakatan Rakyat tapi dengan PKR, semestinya bukan dengan Pakatan Harapan," katanya.

Takiyuddin menolak untuk bekerjasama dengan bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP.

Pakatan Rakyat secara rasminya sudah terkubur akibat pertikaian dan tidak sefahaman sesama ahli parti dalam gabungan pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, pada tahun lepas satu gabungan baharu pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara membentuk gabungan dikenali sebagai Pakatan Harapan bagi menggantikan gabungan terdahulu, tetapi tanpa penyertaan PAS.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: