Friday, March 4, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4420

10 Messages

Digest #4420

Messages

Thu Mar 3, 2016 6:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Masya Allah, Sabda Rasulullah 14 Abad Lalu Kini Telah Dibuktikan Oleh Kecanggihan Google Maps
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Para pengguna internet, tentunya mengenal betul dengan aplikasi Google Maps. Kecanggihan aplikasi ini dirancang khusus agar dapat digunakan untuk menemukan tempat atau lokasi dengan informasi peta yang telah ditawarkan.

Namun percayakah anda jika teknologi Google Maps ini ternyata mampu membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah pada 14 abad yang lalu.

Ucapan Rasulullah yang mengatakan tentang jarak antara dua pintu surga yakni perjalanan dari kota Makkah-Hajar.

Dan pernyataan dari Rasulullah ini telah dibuktikan dengan kecanggihan aplikasi Google Maps seperti dikutip dari palingseru.com.

Dalam kecanggihan teknologi di dunia modern ini, Google Maps memperlihatkan hasil jarak yang sama dengan apa yang diucapkan oleh Rasulullah.

Dalam hasil tersebut memperlihatkan jarak dari Makkah ke dua kota dengan menunjukan angka 1.272 km.

Sebelumnya Rasulullah pernah bersabda didepan para sahabatnya tentang jarak perjalanan dari kota Makkah-Hajar dalam hadits Abu Hurairah radhiallahu'anhU.

Bahwa Nabi shallallahu'alaihi wa sallam bersabda dalam HR. Muslim no. 287 yang berbunyi :

"Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu surga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra." (HR. Muslim no. 287).

Dan jika dilihat dari Google Maps menunjukan jika jarak dari Makkah ke dua kota yang berbeda itu sama-sama menunjukan angka 1.272 km itu berarti jarak yang diucapkan oleh Rasulullah sesuai dengan hasil GPS, Satelit, Pesawat, UAV ataupun roket luar angkasa.

Ini pastinya menjadi mukjizat yang luar biasa.

Kenapa luar biasa? sebab dulu saat Rasulullah lahir di abad ke-7, belum ada satelit dan bahkan tidak ada alat-alat canggih seperti sekarang ini.

Namun wallahu a'lam jika hasil jarak antara Makkah dengan Hajar tersebut sama dengan hasil Google Maps.

sumber http://www.sukasaya.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Muhyiddin Akan Lebih Lantang, Setuju Sertai Himpunan Tolak Najib
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir ke perhimpunan yang bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur pada 27 Mac ini.

Muhyiddin berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perhimpunan itu oleh penganjurnya, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

"Saya telah diberitahu oleh Datuk Zaid Ibrahim bahawa dia nak adakan perhimpunan ini bagi mengumpulkan pejuang-pejuang untuk menyuarakan bantahan dan tentangan terhadap kepimpinan negara ini.

"Saya fikir kita sehaluan, dan atas dasar itu saya kata insyaAllah saya akan hadir," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada sidang media itu, Muhyiddin mengumumkan akan terus kekal bersama Umno walaupun digantung jawatan timbalan presiden parti oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bermesyuarat Jumaat lalu.

Muhyiddin berkata, beliau akan menghadiri mana-mana jemputan atau majlis yang dianggap memberi kebaikan dan menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, walaupun digantung daripada jawatan kedua tertinggi parti, beliau akan terus bersuara bagi menegakkan kebenaran dan menentang sebarang salah laku yang berlaku dalam kepimpinan negara.

"Ini bukan perbuatan saya, bukan perbuatan 'bro-bro' (Datuk Seri Muhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal) saya di sini. Ini perbuatan hanya seorang manusia yang bernama presiden Umno.

"Kenapa saya hanya dibawa ke MT untuk dihukum, presiden parti yang telah melakukan banyak kesalahan dan tak dihadapkan ke muka pengadilan. Kenapa MT berdiam diri," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau juga tidak takut dipecat seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak lama dulu.

"Bila saya sebut mahu kekal sebagai ahli Umno saya akan terus bersuara, malahan lebih lantang daripada dahulu. Saya tak takut dengan mana-mana ugutan (pecat) seperti itu.

"Kita nak cari satu penjelasan supaya rakyat tahu kedudukan sebenar dan perkara ini ada kaitan dengan Umno," katanya.

Perhimpunan 27 Mac ini bagi mendesak perdana menteri berundur.

Kata Zaid, cara itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara 'tertutup' dan atas 'jemputan sahaja' kepada kira-kira 1,000 orang.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/muhyiddin-akan-lebih-lantang-setuju.html#ixzz41q4txRUV
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Himpunan 27 Mac Bukan Sekadar Undurkan Najib
bloglist-malaysia.blogspot
greenboc.blogspot.
Dicatat oleh Green Boc

Jangan hanya lawan Najib, laksanakan reformasi - Dr Mujahid

Amanah tidak mahu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menentang perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebaliknya menyokong usaha mereformasi sistem pentadbiran negara.

Naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, bukan sesuatu yang baharu apabila Dr Mahathir menentang Najib kerana Pakatan Harapan (PH) dan sebelum itu Pakatan Rakyat (PR) sudah lama berbuat demikian.

"Apakah ini hanya tentang Najib? Tiada yang baharu kerana PR dan PH selama ini telah pun menyebut demikian tapi tidak berlaku apa-apa malah kami mahu perubahan struktural, tuntutan Bersih contohnya dan lain-lain," kata Mujahid kepada Dr Mahathir seperti yang ditulisnya dalam catatan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Perdana Isnin lalu.

Dalam sidang media di Wisma Amanah semalam, Mujahid berkata tiada sebarang perbincangan serius antara Amanah dan Dr Mahathir sebaliknya hanya bersetuju dengan Dr Mahathir yang ingin bersama-sama membaiki sistem pemerintahan negara ini.

"Sebagai wakil rakyat, ahli Parlimen legislatif, kami merasakan ia suatu yang perlu diambil perhatian. Itu sahaja, tidak ada yang lebih daripada itu," jelasnya.

Menulis dalam catatannya, Mujahid berkata, Dr Mahathir menyatakan kekesalan terhadap Najib.

"Saya ingat dia oghang baik, tapi la ni dah jadi teghuk sangat dahhh... menyesai saya sokong dia dulu," kata Dr Mahathir dalam loghat Kedah.

Mujahid berkata, beliau berasa terpanggil untuk bertemu Dr Mahathir kerana seruan bekas perdana menteri ke-4 itu agar melupakan kepentingan parti demi menyelamatkan negara belum pernah disuarakan sebelum ini.

"Hari ini Tun M menjadi penentang tegar Najib kerana menganggap PM 1Malaysia telah menjadi terlalu berkuasa dan telah membahayakan masa depan negara.

"Saya terpanggil bertemu dengan Tun M apabila seruan beliau melupakan kepentingan parti dan bersatu selamatkan Malaysia belum pernah diucapkan sebelumnya ketika dia menentang Pak Lah. Isu Pak Lah adalah masalah dalaman Umno tapi nuansa penentangannya terhadap Najib adalah soal negara," katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Justeru kata Mujahid, beliau menunggu gelombang baharu Dr Mahathir yang dimulakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

"Pertemuan hampir dua jam itu takkan saya lupa kerana sejurus pertemuan dengan kami, Tun M mengisytihar dirinya dan Tun Asmah keluar meninggalkan Umno.

"Saya menanti-nanti gelombang baru yang Anwar Ibrahim telah mulakan, apakah Tun M menyambung usaha reformasi DS Anwar sebagai menebus 'dosanya' yang lampau? Kita menanti penuh debar perhimpunan 27 Mac nanti," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud selain naib presiden PKR, Tian Chua dan bekas ahli parlimen Batu Berendam Tamrin Ghafar. - Malaysia Dateline

ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Tuan Dr Mahathir. Inilah peluang sekali seumur hidup Tuan untuk buktikan Tuan orang baik. Kalau Tuan terlepas peluang ini pasti Tuan kena jawab banyak perkara dalam kubur jap saja lagi.

Aku bercakap sebagai mangsa kezaliman Tuan dan orang2 lantikan Tuan sampai aku jadi papa kedana sekarang ini. Selama 20 tahun, baru hari ini aku memanggil namamu Mahathir, pemberian ibumu semata2 aku ingin sekali melihat Tuan ikhlas bangun bersama rakyat jelata untuk berubah ke arah yang lebik baik dengan sesungguh2nya.

Selamat berjuang Tuan Dr Mahadhir...

omar daud berkata...
Salam

YAAHHH, Tindakkan yg cukup BIJAK,selamatkan Malaysia.REFORMASI semua struktur pengurusan negara.Menambah baik apa yg kurang,meninggikan mutu pelajaran,Separation of POWER tidak berpusat pada PM saorang sahaja.meningkatkan ekonomi,kurangkan rasuah/atau tiada langsung,tiada kronisma,nepotisma.Penerapan nilai-nilai islam melaui kepimpinan melalaui teladan.Jika kefahaman rakyat sudah baik,barulah rujuk pada majlis raja2 tentang pembentangan undang2 islam,jika setuju,dapatkan majority parlimen,jika tidak,teruskan apa yg termampu.walaupun hingga 1000 tahun lagi..lagi dan lagi..

Teruskan usaha..go amanah go.

Tanpa Nama berkata...
UMNO semakin bongkak dan terus tidak memperdulikan kesan tindakan pemimpin nya kerana terlalu yakin, di buat macamana sekali pun, segala helah dan muslihat menghadapi pilihanraya telah di susun.

Dengan dakwat nya, dengan rekod pengundinya, dengan perbelanjaan besar nya dan dengan penggunaan jentera kerajaannya memastikan mereka orang UMNO terus berkuasa.

Jangan berpura-pura tidak sedar kedatangan 1.5 juta warga Bangla ada kaitan dengan pilihanraya akan datang.

Itu lah sebabnya Ali Rustam begitu yakin UMNO tidak akan tenggelam. Sebab dia dah tahu bagaimana UMNO akan menang. Nazri dan Ismail Sabri senang-senang menghina Tun sebab yakin UMNO akan terus berkuas

Yang mana perlu di dulukan (prioriti). Untuk bersihkan SPR kena tolak Najib dulu. Nak tolak Najib dan UMNO, SPR kena bersih dulu.

Tetapi UMNO akan kalah jika semua rakyat tolak UMNO. Apa yang pengundi takutkan ialah seperti mana Tun Mahathir pernah mendakwa negara akan jadi huru-hara sekiranya UMNO kalah. Awal-awal, UMNO telah menguna cara samseng sebelum pilihanraya lagi.

Sebaik-baiknya demi untuk menyelamatkan Negara, orang Johor dan Kedah berikan sokongan penuh kepada PH. Menangkan PH. Dan rakyat di negeri Selangor dan Pulau Pinang terus menyokong kerajaan negeri sehingga UMNO tidak dapat berbuat apa-apa.

Apa juga helah SPR UMNO dapat di gagal oleh pengundi sendiri. Yang untung Bangsa Johor sebab Sultan nya mempunyai Tentera. So apa pengundi Johor nak bimbangkan sebab keselamatan mereka terjamin.

Jika pengundi Kelantan tolak PAS dengan kemengan di Johor dan Kedah, sudah cukup mengoyahkan UMNO.

Dan paling utama ialah orang Pekan. Pilih Najib atau pilih untuk selamatkan Malaysia...

Timnajib Jomfikir berkata...
Jom rakyat Malaysia semuanya....kita pakat-pakat turun!

27 March 2016 dan 2 April 2016!

Mari kita bersatu....selamatkan Malaysia, tanah tumpah darahku!

Tanpa Nama berkata...
Juga mungkin bakal termakbul doa almarhum TGFN spy tun melihat umno bungkus sblm dia pergi menghadap ilahi...kalau dia sempat bertaubat dan menebus dosanya, alhamdulillah..penguburan umno suatu yg baik baginya..sebab dia yg mula dan dia mengakhirinya dgn baik...najib mengakhiri teori RAHMAN dgn menguburkan umno..

Tanpa Nama berkata...
Alangkah indahnya jika Mahathir Muhamad bergabung semula bersama Anwar Ibrahim untuk menentang Jibby dan pengampu pengampunya...Allah Maha Kuasa...tiada yg mustahil di sisi-Nya...Aminnn...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BOLEH MENANGIS ORANG YANG CURI KASUT DAN DUIT DERMA KAT MASJID LEPAS BACA PAPAN TANDA NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comment:

Anonymous said...
sesuai sgt papan tanda itu utk DITAMPAL DI PUTRAJAYA

sebb byk sekali kasut2 rakyat dicuri oleh mereka disana

cuma ayat akhir itu optionla sebb mereka mencuri bukan
kerana susah tetapi kerana serakah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KALAU DAH SAMPAI TIGA KALI, MAKCIK FELDA PUN LARI

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

Sehingga ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street Journal atau WSJ mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.

Pertama, tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya,

kedua, mengatakan wang itu bukan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya datang daripada beberapa akuan berkaitan 1MDB

dan yang terbaru ini, mendedahkan pula bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah pun dimasukkan ke akaun Najib.

Woww...ini belanja guna duit atau makan nasi berlaukkan duit?

Malangnya, dengan dakwaan yang sebegitu mencemarkan namanya sendiri, keturunan Tun Razak, rakyat dan negara keseluruhannya, masih juga tiada keberanian di pihak Najib untuk mengambil sebarang tindakan saman terhadap WSJ.

Dalam dakwaan terbaru oleh WSJ, bukan saja perkataan saman tidak berani lagi disebut, malah Najib juga dilihat keberatan untuk memberi sebarang komen dan ulasan mengenainya.

Mengapa? Rakyat kini tertanya-tanya, kalau benar ianya fitnah, kenapa takut berhujah di mahkamah?

Atau, jangan-jangan apa yang ditanggapi oleh Tun Mahathir Mohamad ini memang ada benarnya.

Iyalah, kalau sudah sampai tiga kali dibaling batu, tetapi tidak juga berani melawan, makcik Felda pun tidak sukar memahami siapa salah, siapa benarnya. (SH).

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Arwah Wafiq, Remaja Lemas Semasa Ikut Rombongan Tabligh Di Terengganu Dapat 9A
siakapkeli.my

Kembar arwah, Muhamd Wafi menyiram air selepas pengebumian Wafiq(gambar kecil)

Penghujung tahun lalu, heboh di media dua orang remaja yang mengikuti rombongan jemaah tabligh(sebuah program kegamaan) iaitu Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, dan rakannya Mohd Naim Adnan, 17, lemas semasa mandi di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu.

Mayat wafiq ditemui 80 kilometer daripada lokasi kejadian iaitu di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang.

Jenazah Muhammad Wafiqtelah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor.

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang mengambil Sijil pelajaran Malaysia (SPM) di mana Wafiq turut merupakan calon SPM 2015.

Memetik tulisan di Facebook pelakon Mustapha Kamal, apa yang dibanggakan, Allahyarham Wafiq memperoleh 9A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dalam bidang sains tulen.

Apapun, tahniah kepada arwah Wafiq yang telah membuktikan kejayaannya kepada ibu bapa, damailah engkau di sana Wafiq, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sultan mahu akhbar lapor pemimpin rasuah tanpa gentar
MALAYSIAKINI
bloglist-malaysia.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah bertitah supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar, memihak atau berat sebelah dan tidak mengira siapa yang melakukannnya.

Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan di Kuala Lumpur, hari ini, titah baginda juga mahu rakyat negara ini diasuh dengan budaya supaya membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.

"Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya.

"Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik," titah baginda.

Menurut Sultan Nazrin, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International meletakkan negara di kedudukan ke-54 daripada 168 buah negara.

Baginda juga memberi peringatan sekiranya rasuah gagal diperangi, ia akan melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur.

"Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.

"Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

"Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius, secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara," titah baginda.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin meminta kumpulan Utusan melalui penerbitannya memainkan peranan aktif mendedahkan pemimpin negara yang terbabit dengan gejala rasuah.

"Kumpulan Utusan melalui bahan-bahan penerbitannya hendaklah berperanan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang sifar rasuah," titahnya.

Baginda juga mencadangkan supaya kumpulan Utusan mewujudkan ruangan yang meningkat kesedaran tentang rasuah dengan menulis tentang tokoh-tokoh yang bersih rasuah untuk dijadikan teladan.

"Sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan.

"Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad.

"Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan," titah baginda lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 6:10 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Bukan setakat pemimpin aje. yang mintak settle tepi time roadblock tu pun
sama..

2016-03-03 23:09 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *Sultan mahu akhbar lapor pemimpin rasuah tanpa gentar *
> *MALAYSIAKINI*
> *bloglist-malaysia.blogspot*
> Dicatat oleh ELBI RISALAH
>
>
> Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah bertitah
> supaya salah laku rasuah di negara ini dilaporkan tanpa gentar, memihak
> atau berat sebelah dan tidak mengira siapa yang melakukannnya.
>
> Pada ucaptama Majlis Anugerah Bisnes Utusan di Kuala Lumpur, hari ini,
> titah baginda juga mahu rakyat negara ini diasuh dengan budaya supaya
> membenci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah.
>
> "Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar –
> tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang
> melakukannya.
>
> "Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin
> yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan
> rasa amat jijik," titah baginda.
>
> Menurut Sultan Nazrin, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Indeks
> Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International meletakkan negara di
> kedudukan ke-54 daripada 168 buah negara.
>
> Baginda juga memberi peringatan sekiranya rasuah gagal diperangi, ia akan
> melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan
> penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan
> negara mundur.
>
> "Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh
> negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin
> mereputkan tonggak-tonggak utama negara.
>
> "Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.
>
> "Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius,
> secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi
> melumpuhkan negara," titah baginda.
>
> Sehubungan itu, Sultan Nazrin meminta kumpulan Utusan melalui
> penerbitannya memainkan peranan aktif mendedahkan pemimpin negara yang
> terbabit dengan gejala rasuah.
>
> "Kumpulan Utusan melalui bahan-bahan penerbitannya hendaklah berperanan
> aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang
> sifar rasuah," titahnya.
>
> Baginda juga mencadangkan supaya kumpulan Utusan mewujudkan ruangan yang
> meningkat kesedaran tentang rasuah dengan menulis tentang tokoh-tokoh yang
> bersih rasuah untuk dijadikan teladan.
>
> "Sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan
> sempadan.
>
> "Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad.
>
> "Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan
> untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus
> ke lembah kehinaan," titah baginda lagi.
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>

Thu Mar 3, 2016 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Mak Kenapa Adik Hantar Surat Mak Tak Balas Pun", Luahan Hati Adik Dalam Surat 'Misteri&#39;
siakapkeli.my

Tersiar di laman sosial hari ini sebuah pos viral yang dimuatnaik kelaman Facebook oleh Atien Farhana kisah surat 'misteri&#39; yang sering dihantar ke rumahnya atau dalam kata lain salah alamat.

Bersama gambar-gambar surat berkenaan disertakan kapsyen berbunyi " kepada sesiapa yang mengenali emak budak ini tolonglah, kesian budak ini rindu sangat kepada maknya, posmen dah berapa kali hantar surat budak ini ke alamat rumah saya, saya sudah tidak tahu hendak buat apa, tolonglah share,"

Berdasarkan tulisan surat ini, pengirim ini sedang berada di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka berdasarkan cop sekolah pada surat dan alamat yang ditulis oleh pengirimnya tidak tepat menyebabkan posmen gagal menyampaikan surat itu kepada ibu.

Jom kita baca,

Assalamualaikum,

kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya..Amin..

Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah.

Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin.

Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak?

Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini.

Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik.

Mak, abah macam mana? Adik rindu sangat pada abah. Abah rindu tak pada adik? Entah-entah abah tak ingat siapa dah adik ini kan?

Mak, adik minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik harap abah maafkan adik. Mak, Kak Ida macam mana? Adik rindu sangat pada dia. Kirim salam pada Kak Ida tau.

Adik Husna pula macam mana? Sihat tak? Bahagia tak? tentulah bahagia kan?

Mak, sampai sini saja yang adik dapat tulis untuk mak. Lain kali adik tulis surat lagi. Mak jangan lupa pos gambar dan hantar surat pada adik tau. Adik tunggu tau.

Mak, kirim salam pada semua **********adik tau. Terimalah peluk cium dari a****. I love you family

9 Bulan Lagi

- Siakapkeli.my

Jabatan Penjara Dedah Punca Surat Penghuni Sekolah Henry Gurney Tidak Sampai
siakapkeli.my

Punca beberapa keping surat yang dihantar oleh seorang penghuni sekolah Henry Gurney kepadanya menjadi viral di media sosial baru-baru ini adalah kerana ibu penghuni berkenaan gagal mengemaskini alamat baru mereka, lapor mStar Online.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, surat berkenaan telah diterima oleh pihak lain setelah keluarga penghuni berpindah alamat.

"Berdasarkan semakan mendapati surat tersebut dihantar oleh penghuni kepada ibunya pada Ogos 2015 menerusi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara untuk Sekolah Henry Gurney," katanya.

Bagaimanapun kata Supri, penerima di alamat lama sewajarnya menghubungi Jabatan Penjara bagi memaklumkan mengenai surat berkenaan.

"Berasaskan keperluan usaha menghubungi keluarga, sewajarnya penama (penerima di alamat lama) menghantar kembali surat berkenaan ke Jabatan Penjara atau menghubungi Jabatan untuk memaklumkan mengenai surat berkenaan.

"Penghebahan menerusi media sosial berkemungkinan boleh menyebabkan wujud pelbagai tanggapan terhadap keluarga dan penghuni," katanya.

Sebelum ini, tersebar dilaman sosial mengenai surat yang dikirimkan seorang penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang tidak sampai kepada ibunya dan tersebar di laman sosial.

Seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar yang memaparkan surat berkenaan dengan keterangan: "Kepada sesiapa yang mengenali emak budak ini tolonglah, kesian budak ini rindu sangat kepada maknya, posmen dah berapa kali hantar surat budak ini ke alamat rumah saya, saya sudah tidak tahu hendak buat apa, tolonglah share."

Antara kandungan surat itu: "Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini.

Berdasarkan rekodm pada 20 Oktober 2015, ibu penghuni itu telah hadir menemui anaknya di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.

Menurut beliau, penghuni berkenaan juga dibenarkan menghubungi ibunya melalui telefon.

"Rekod menunjukkan kali terakhir penghuni menghubungi ibunya ialah pada Januari 2016," jelas Supri.

Pihak penjara dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial di samping beharap surat berkenaan dapat dikembalikan kepada pengirim di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

"Jabatan Penjara juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua media serta orang ramai yang telah menghubungi Sekolah Henry Gurney serta Ibu Pejabat Jabatan Penjara dengan tujuan membantu mencari keluarga penghuni berkenaan," ujar Supri.

Menurut Supri, dalam melaksanakan program pemulihan dan pembangunan semula diri penghuni di institusi penahanan dan pemulihan termasuk Sekolah Henry Gurney, perhubungan antara penghuni serta keluarga mereka merupakan aspek penting dan diberi keutamaan.

"Oleh itu, Jabatan Penjara menggunakan pelbagai medium untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antaranya melalui perjumpaan, panggilan telefon, program-program khas penghuni bersama keluarga termasuk surat-menyurat," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kisah Benar, Anak Kecil Terlalu Kuat Menyusu Gara-Gara Ada 'Sesuatu&#39; Tumpang
siakapkeli.my

Dunia ini adalah ciptaanNya yang Maha Esa dan dalam Islam diakui bahawa wujud makhluk-makhluk lain selain manusia dan wajib beriman dengan kewujudannya.

Salah satunya Makhluk halus, makhluk ghaib atau dalam bahasa Melayunya Hantu, mereka ini tergolong dalam kumpulan jin dan syaitan yang dijelaskan tentang kewujudannya di dalam kitab suci Al Quran.

Jadi pelbagai kisah kita dengar di dalam perubatan Islam melibatkan gangguan makhluk halus ini sehinggakan ada kes pesakit sakit tapi bila dibawa ke hospital perubatan moden tidak dapat mengesan sakit yang dihidapi.

Berkongsi sebuah cerita di laman sosial kisah seorang ibu yang dikongsikan semula oleh SheiLa NaziLah, menceritakan pengalaman ibu berkenaan apabila tubuh anak kecilnya berumur 2 bulan ditumpang 'sesuatu&#39; menyebabkan anak kecilnya itu tidak dapat tidur dan terlalu kuat menyusu.

Jom kita baca.

Assalamualaiakum "mommy dan bakal "Mommy", saya ingin kongsikan sebuah kisah saya sebagai iktibar kepasa ibu-ibu semua.

Sebagai umat Islam kita sememangnya percaya kepada Allah S.W.T penyembuh segala penyakit.

Sejak hari Selasa lepas, baby saya kuat menyusu, bayi saya baru berumur 2 bulan hendak masuk 3 bulan dan menyusu badan sepenuhnya.

Sejak dia terlalu kuat menyusu ini, dia tidak pernah tidur lena, asyik hendak menyusu sahaja, tidur tidak sampai 10 minit dia akan mula menangis hendak susu, sampaikan puting saya luka dan saya demam kuat satu badan sakit-sakit.

Empat hari saya terlantar sehingga terpkasa berikan susu formula kerana dia sentiasa lapar. Semalam bapa mentua saya suruh saya bawa bayi jumpa adik sepupu dia yang pandai berubat menggunakan perubatan Islam.

Saya pun pergi, dan adik sepupu bapa mentua yang saya panggil pak cik terus bogelkan anak saya itu dan baca beberapa surah, bila dia pusingkan belakang anak saya saya, air mata dia terus menitik.

Dia terus marah tanya saya bawa anak saya ke mana, katanya ada 'sesuatu&#39; yang menumpang di belakang anak saya.

'Sesuatu&#39; itu tidak diberi makan oleh 'ibu bapa' nya dan yang menyusu selama ini adalah 'sesuatu&#39; itu, pak cik saya hanya pegang belakang anak saya tapi habis satu badannya merah-merah.

Selepas selesai baca beberapa surah, pak cik suruh saya susukan anak saya kerana katanya anak saya dah terlalu lapar, lepas sahaja saya menyusu sepuas-puasnya, Alhamdulillah, bayi saya tidur lena atau lapar macam selalu.

Jadi saya ingin berkongsikan pesanan pak cik saya kepada kaum ibu diluar sana, sebelum masuk rumah, ludah luar 3 kali, cakap "Cukup samapi sini kamu ikut aku" kemudian baca SubhanaAllahwalhamdulillahwalaillahhaillawahAllahuakbar.. InshaAllah, semoga semuanya baik-baik belaka, saya cuma kongsikan kisah saya, Allahualam, apapun hanya Allah S.W.T yang Maha Berkuasa.

- Siakapkeli.my

Ditulis semula untuk siaran Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 3, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 03 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: