Wednesday, March 2, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4418

11 Messages

Digest #4418
1
Fw: Suami Isteri Ditahan Godam Touch n Go by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Mahu Lari Ke Mana Lagi?.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Bapa beri Anak Ganja 3 Kali Sehari by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
Fw: BOLEH MENANGIS PEMIMPIN UM-NO by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Mar 1, 2016 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suami Isteri Ditahan Godam Touch n Go
siakapkeli.my

Petaling Jaya, 29 Feb: Sepasang suami isteri ditahan setelah dikesan menggodam kad tambah nilai Touch n Go dengan menambah nilai tanpa kebenaran sehingga maksimum RM1,500 pada 9.30 mama pada Isnin lalu.

Pasangan yang berusia 40-an itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, komputer riba, kad tambah nilai, alat elektronik Smart Tag dan telefon bimbit dirampas setelah serbuan dibuat di rumah mereka.

"Mereka dikesan menggunakan perisian yang di muat turun menerusi rangkaian internet sebelum memindahkan aplikasi terbabit di dalam telefon bimbit untuk menggodam kad tambah nilai Touch n Go.

"Menerusi aplikasi berkenaan mereka melakukan tambah nilai tanpa kebenaran sehingga had maksimum RM1,500 tanpa kebenaran pihak Touch 'n Go.

"Siasatan mendapati mereka menggunakan kad terbabit untuk bayaran tol dan membeli barangan di pasar raya yang membenarkan pengunaan kad Touch 'n Go," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Zaini lagi, suspek direman selama empat hari sehingga 27 Februari lalu dan kini telah dibebaskan dengan jaminan polis bagi menunggu siasatan terhadap transaksi kad yang digunakan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selesa Tinggal Begini, Sudah Wakaf Tapak Rumah Jika Meninggal
siakapkeli.my

SUNGAI MANIK: Seorang warga emas yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini yang hidup susah berseorangan di dalam sebuah rumah buruk yang hampir roboh ternyata mendapat perhatian ramai termasuk media.

Warga emas berkenaan, Ismail Labin, 74, ketika ditemui media Sinar Harian menyatakan bahawa dia sudah biasa hidup begini.

"Pakcik sudah biasa hidup sendiri, macam inilah keadaan rumah asalkan selesa dan selamat sudah memadai bagi orang bujang macam pakcik, " katanya.

Dalam lawatan itu turut disertai oleh Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin serta Pembantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hilir Perak, Muhammad Azanie Ehsan, bagi melihat sendiri keadaan Ismail yang dikatakan tinggal bersendirian di Parit 18B Sungai Lampam.

Menurut cerita pak cik Ismail, sejak pemergian kedua-dua orang tuanya, dia hanya tinggal seorang diri kerana tidak berkahwin.

"Pakcik tidak berkahwin kerana semasa muda mengambil tugas menjaga orang tua yang tidak sihat, tapi pakcik tidak pernah merasa menyesal malah bersyukur dapat berbakti kepada mereka.

"Tetapi, pakcik ada anak saudara yang tinggal tidak jauh dari sini dan kadang-kadang dia ada melawat untuk bertanya khabar dan melihat keadaan pakcik," katanya.

Ditanya mengenai urusan makanan, minuman dan pakaiannya, Ismail berkata, semuanya diuruskan oleh dirinya sendiri.

"Kalau larat pakcik akan masak sendiri menggunakan dapur kayu, kalau tidak pakcik kayuh basikal ke kedai makan berdekatan untuk beli nasi bungkus," katanya yang merupakan penerima bantuan JKM sejak tahun 1990

Beliau menerima bantuan RM300 sebulan di bawah Bantuan Orang Tua (BOT) dan pernah menerima RM1,000 untuk membaiki rumah tetapi tidak mencukupi kerana rumah berkenaan terlalu uzur.

Menurut pegawai JKM, Muhammad Azanie, pihak JKM pernah memujuk Ismail supaya tinggal di rumah orang-orang tua memandangkannya hidup sebatang kara, tetapi dia menolak.

Ismail ketika ditanya mengapa menolak tawaran tinggal di rumah orang-orang tua, menjawab bahawa dia lebih selesa tinggal seorang kerana di sana dia tidak bebas.

"Saya ada rumah dan tanah sendiri, jadi lebih baik tinggal di sini daripada di rumah orang-orang tua kerana di sana saya akan dikongkong, tidak bebas bergerak ke mana-mana," katanya.

Sementara itu, Adun Sg Manek, Zainol Fadzi mengakui semua ini terjadi kerana kelemahannya sebagai Adun dan gagal membantu Ismail walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pernah membuat laporan mendapatkan bantuan rumah untuknya.

"Tetapi pada masa sama kami tidak pernah mengabaikannya kerana JKKK sering menamakan beliau sebagai penerima sekiranya ada majlis penyampaian sumbangan, selain JKM turut membantu sejak 1990 lagi," katanya.

Zainol Fadzi berkata, pusat khidmat Dun Sungai Manik sudah menghubungi pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) untuk membantu membina sebuah rumah kediaman baharu buat Ismail dengan segera.

"Saya berharap kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) supaya dapat menambah jumlah peruntukan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di setiap daerah.

"Ini kerana senarai menunggu untuk menerima bantuan berkenaan terlalu ramai dan misalnya di Hilir Perak setahun hanya lapan buah rumah sahaja diperuntukkan," katanya.

Menurut Zainol Fadzi, dia sempat bersembang dengan Ismail di mana warga emas berkenaan memberitahu yang rumah itu dibina atas tanahnya sendiri dan sudah berusia 57 tahun.

"Saya juga dimaklumkan bahawa tanah milik Ismail diwakafkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) sekiranya dia meninggal dunia.

"Ismail juga berkata dalam satu musim padi (empat bulan) dia memperoleh sekurang-kurangnya RM700 hingga RM800 dan itu digunakan sebagai tambahan perbelanjaannya selain bantuan daripada JKM," katanya. - Siakapkeli.my

Zack Aiman
on Saturday
Assalammualaikum smua shbt FB
Sy bg pihak pkcik ni ingn mminta jasa baik tuan2 yg kaya raya trutma YB2 DATO2 TANSRI2 DAN SEANGKTAN DENGAN NYE...
nama pakcik ni ISMAIL BIN KUBIN

beralamat: PARIT 18A
SUNGAI LAMPAM
36000 TELUK INTAN
PERAK.
Sy sllu pg ke rmh beliau kdng2 nk mnngis pn ade ble tnya yb kt sini x dtng mlwat ke kte nye x ade bersama mu x dtng ke x de pkcik x dpt bntuan rumh ke....x dpt kte nye...
Sy mita kpda rayat mlysia yg ade klpngn dtng mlwat beliau klau dpt di beri sumbngan bri la kpda beliau...mnx yb kwasan jngn nk dok diam sje...tv3 trun pdng bntu...
Plsy bantu dia...

+9
12,048 395 17,351

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Fahmi bawa karikatur 'Najib badut' ketika dipanggil polis

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Artis Fahmi Reza hari ini membawa karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dipanggil polis berhubung karya seni yang sama yang diedarkan dalam talian.

Beliau bergambar dengannya di hadapan media di luar ibu pejabat polis itu petang ini sebelum memberi keterangan kepada polis selama 90 minit.

Beliau kemudian muncul dari balai polis meluahkan rasa terkejut apabila tidak ditahan kerana aksi itu.

Fahmi berkata semasa soal siasat, anggota polis meminta beliau memberikan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun media sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagaimanapun, artis itu berkata beliau enggan menyerahkan butiran itu walaupun telah menjawab semua soalan lain dan mengakui menjadi orang yang melukis dan memuatnaik karikatur itu.

"(Saya kata) saya tak boleh bagi user-name dan password kepada akaun Facebook saya, Instagram saya, dan juga Twitter saya kerana itu akaun peribadi saya. Tetapi aku boleh bagi kerjasama kalau diaorang nak tengok apa-apa content.

"Aku tak ada apa nak disembunyikan, tak ada apa nak sorok. Semua ada kat situ.

"Masalahnya ialah kalau bagi password kita, dia (polis) boleh akses segalanya – dia boleh akses mesej Facebook saya, dia boleh akses benda-benda lain yang tiada kaitan dengan isu ini, dan saya tak mahu itu," katanya kepada wartawan dan penyokong di luar ibu pejabat polis itu.

Fahmi berkata beliau mengakui bahawa Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) menyatakan beliau mesti membekalkan agensi penguatkuasaan, terutamanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM), akses kepada akaun beliau untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun beliau mahu membuka akuan itu sendiri dan pegawai penyiasat boleh mendapat maklumat yang mereka perlukan.

Fahmi kini disiasat di bawah Seksyen 233 CMA kerana didakwa menyalahgunakan rangkaian telekomunikasi, dan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tindakan "sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan".

Beliau dijadual memberi keterangan kepada SKMM pagi esok.

Sementara itu peguam Fahmi, Syahredzan Johan berkata mereka diberitahu siasatan ini berkaitan karikatur lain yang dibuat Fahmi, tetapi mereka tidak diberitahu yang mana satu.

Semasa soal siasat hari ini, kira-kira 40 penyokong Fahmi menunggu di luar Ibu pejabat polis itu sejak pukul 4 petang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Fenomena gerhana matahari separa 9 Mac ini

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

Katanya, fenomena itu akan bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh negara.

"ANGKASA dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program gerhana matahari separa bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10 pagi di Planetarium Negara.

"Selain itu, Observatori Negara Langkawi (ONL) akan turut mengadakan program pencerapan gerhana itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Menghulu, Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. Agensi itu berkata, kaca mata gerhana juga akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal secara percuma.

"Objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan menanam minat mengenai astronomi dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena gerhana matahari separa.

"Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan VS 8x42WP Monocular sumbangan Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang bertuah," katanya. ANGKASA berkata, fenomena itu juga boleh ditonton secara langsung pada Rabu depan di laman web iaitu www.angkasa.gov.my.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Najib Mahu Lari Ke Mana Lagi?.. Saksikanlah Pendedahan Terbaru
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Akhbar The Wall Street Journal dalam laporan terbaru mendakwa deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih daripada AS$ 1 bilion.

Ini termasuk desposit AS$ 681 juta (RM2.6 bilion) yang menurut Najib dan pihak berkuasa Malaysia sebagai sumbangan politik.

Walau bagaimanapun, laporan WSJ itu tidak memperincikan bagaimana baki AS$ 1 bilion itu disalurkan ke dalam akaun bank Najib dan dari mana dana itu berasal.

Memetik sumber, laporan WSJ itu hanya berkata baki jumlah wang yang tidak didedahkan itu didepositkan ke dalam akaun Najib sebelum pemindahan RM2.6 bilion berkenaan.

"Sebahagian besar wang di luar daripada dana AS$681 juta yang dikenal pasti sebelum ini datang pada tahun 2011 dan 2012, kata dua orang yang biasa dengan aliran wang ke akaunnya dan seorang yang rapat dengan siasatan di luar negara," petik laporan WSJ.

Ia juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$ 1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.

"Bagi kesimpulan AG Malaysia bahawa AS$ 681 juta yang didepositkan ke akaun Najib adalah sumbangan keluarga diraja Arab, penyiasat antarabangsa mendapati tiada bukti yang menunjukan demikian, menurut mereka yang biasa dengan siasatan," petik laporan itu lagi.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas dari Pejabat Perdana Menteri dan 1MDB mengenai dakwaan terbaru WSJ ini.

Najib telah berulang kali menafikan dakwaan bahawa beliau menerima wang daripada 1MDB, dan mengecam laporan WSJ itu sebagai palsu dan berniat jahat.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah 'membersihkan' Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkenaan dengan sumbangan RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang juga disalurkan ke akaunnya.

Apandi juga mendakwa sebahagian besar wang RM2.6 bilion itu telah dipulangkan.

Menurut WSJ, siasatan di dua negara lain juga bersetuju bahawa sebahagian besar wang RM2.6 bilion itu telah dikembalikan, tetapi memetik mereka sebagai berkata mereka mempercayai bahawa wang itu datang daripada 1MDB.

"Para penyiasat percaya wang itu bergerak melalui transaksi web yang kompleks di beberapa negara dan dengan bantuan dua bekas pegawai Abu Dhabi dan kerajaan di Teluk Parsi yang mana 1MDB mempunyai hubungan mendalam," kata laporan WSJ.

Baca berita asal di SINI.

Sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Petronas tamatkan perkhidmatan 1000 pekerja

bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Dalam usaha untuk terus berdaya saing ketika harga minyak mentah terus menjunam, Kumpulan Petronas mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan hampir 1000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula.

"Usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.

"Petronas seterusnya akan memulakan proses pemisahan bagi pekerja-pekerja ini seperti yang diperlukan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut laporan tahunan 2014, Petronas menggaji sejumlah 50,949 pekerja.

Penyusunan semula itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Shell Malaysia mengumumkan langkah pengurangan pekerjanya.
Pada 30 September lalu, Shell mengumumkan bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan 1,300 perkerja daripada jumlah 6,500 yang berkhidmat dengan syarikat itu.

Kilang TV Samsung Seremban Bakal Ditutup, 620 Pekerja Bakal Terjejas
siakapkeli.my

Kilang pengeluar barangan elektrik terkenal, Samsung Samsung Electronics Display Malaysia (SDMA), dilaporkan bakal menutup kilang kemudahan televisyennya (TV) di Seremban, Negeri Sembilan bermula April ini, lapor Bernama.

Penutupan kilang berkenaan bagaimanapun tidak akan menjejaskan perniagaannya yang lain di Malaysia, yang mempunyai lebih 5,000 pekerja.

Pekerja yang terjejas hanyalah 620 kakitangan susulan pelaksanaan pelan strategiknya untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniaagaan.

"Seramai 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan," kata syarikat itu.

Pihak Samsung dalam pada itu memberitahu mereka akan menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan latihan vokasional selain akan cuba memindahkan mereka semua yang terjejas ke syarikat Samsung lain jika boleh.

Perniagaannya yang lain di Malaysia termasuk kemudahan pembuatan oven gelombang mikro Samsung Electronics dan kemudahan pembuatan bateri Samsung SDI.

Samsung berkata ia akan terus menjual TV di Malaysia, dan produk TV pelanggan sedia ada dan baharu akan terus disenggarakan oleh Samsung Customer Care Network yang terus kekal. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiada Lagi Subsidi Tepung Gandum Guni 25 Kilogram, Harga Roti Canai Bakal Naik?
siakapkeli.my

BANGI: Kerajaan hari ini dilaporkan telah menarik balik subsidi yang diberikan terhadap tepung gandum yang diisi dalam guni 25 kilogram, lapor portal berita The Star.

Menurut portal berkenaan, pengilang telah dimaklumkan mengenai penarikan balik subsidi itu dalam satu pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), minggu lalu.

Pemborong juga dilaporkan telah menerima pekeliling mengenai semakan semula harga tepung gandum dalam guni 25 kiligram berkenaan di Semenanjung Malaysia, termasuk jenama Blue Key, yang sekarang ini berharga RM42 tanpa subsidi.

Menurut laporan itu seorang pengusaha yang hanya dikenali sebagai Ng berkata, dia adalah antara wakil industri yang bertemu dengan pegawai kanan KPDNKK pada 24 Februari lalu.

"Harga tepung di dalam guni seberat 25 kilogram yang biasanya dibeli oleh peruncit seperti peniaga kedai kopi dan restoran mamak akan meningkat kepada RM33.75 hingga RM42," katanya.

Bagaimanapun, untuk tepung beg satu kilogram yang dijual secara runcit masih diberikan subsidi RM1.35, termasuk jenama Blue Key dan Bunga Cempaka.

Ng berkata, mereka biasanya mendapat RM600 hingga RM800 subsidi bagi satu tan metrik tepung yang dikeluarkan sebulan atau 60 sen hingga 80 sen sekilogram.

Penarikan subsidi berkenaan dijangka akan memberi kesan kepada pengusaha kedai roti canai, tose dan makanan yang menggunakan tepung gandum.

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, enggan mengulas mengenai perkara itu. - Siakapkeli.my

Turun minyak, hapus subsidi tepung... berapa lama lagikah kita nak hadap kelaku kerajaan BN sebegini..?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

BERAPA LAMA LAGI NAK HADAP?

Hari ni terbaca muka depa The Star tajuknya "Not the time for flour prices to rise". Isunya berkaitan cadangan Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Umno/BN diketuai oleh Najib Tun Razak hendak menarikbalik subsidi tepung 25kg. Sekarang harga jualan tepung yang dibeli oleh pekedai seperti kedai kopi dan kedai mamak ialah RM33.75 bagi sekampit 25kg. Penarikan subsidi ini akan menjadikan harga sekampit tepung 25kg meningkat kepada RM42. Walau bagaimana pun harga bagi sekampit tepung 1kg tidak dinaikkan dan kekal dengan harga subsidi.

Dengan tindakan menarikbalik subsidi tepung bagi kampit 25kg ini, pihak yang menerima kesannya ialah pengguna kerana apabila pekedai membeli sekampit 25kg dengan harga RM42 maka harga bagi barangan jualan berasaskan tepung seperti roti canai akan naik. Sekarang roti canai rata-rata dijual dengan harga RM1 sekeping. Selepas ini mungkin akan naik kepada RM1.20 sekeping atau lebih.

Harga minyak diturunkan tetapi barangan di pasaran tetap tidak turun malah meningkat dan semakin meningkat. Kos sara hidup tetap tidak berubah kepada lebih baik malah semakin menjerut.

Najib dan regimnya mesti diturunkan dari pentadbiran Malaysia. Ada yang tidak setuju Najib diturunkan kerana katanya tiada guna Najib turun tetapi Umno masih memerintah. Adalah lebih baik Najib terus memerintah kerana dalam PRU14 akan datang lebih senang Umno dikalahkan. Sifir matematik apa yang diguna kita pun tak tahu.

Adakah benar dengan membiarkan Najib sehingga PRU14, Umno boleh ditumbangkan? Tiada kepastian malah semakin samar apabila ada yang pertahan, ada yang bekerjasama dan ada yang menentang.

Mungkin benar jika Najib terus memerintah sehingga PRU14, maka Umno boleh ditumbangkan kerana Najib teruk dan gagal tetapi PRU14 bukan esok bukan lusa bukan minggu depan bukan bulan depan. Tiada siapa yang tahu bila Najib nak bubarkan Parlimen untuk memberikan laluan kepada PRU14.

Jadi selama itu kita perlu hadap segala macam tekanan hidup. Keadaan ekonomi negara semakin gila semakin menekan. Perlukah kita tunggu dan biar Najib mentadbir sehingga kita kurus kering mati kelaparan baru hendak lakukan perubahan?

Turunkan Najib sekarang dan dalam masa yang sama konsisten menurunkan Umno/BN. Turunkan Najib tidak bermakna kita harus biarkan penggantinya bersenang lenang. Jika yang menggantikan Najib itu Umno, selagi itu kita lawan dan kita tekad turunkan melalui PRU14 nanti.

Berapa lama lagi kita nak hadap?

BERANI BERUBAH
Zulhazmi Shariff
01032016

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bapa beri Anak Ganja 3 Kali Sehari
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

HASNINA Ibrahim.

Ampang: "Ganja sangat memberi manfaat terutama kepada remaja. Ia dapat membantu menyambungsel-sel otak dan membuatkan mereka lebih cerdik."

Demikian dakwaan seorang bapa yang cuba mempertahankan tindakannya ketika ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang dalam operasi bersepadu bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Lebih mengejutkan apabila tanpa rasa bersalah, lelaki berusia 54 tahun itu mengaku memberikan ganja kepada anaknya tiga kali sehari.

Difahamkan, lelaki itu turut menceraikan isterinya selepas mereka tidak sehaluan dalam pendapatnya mengenai kebaikan penggunaan ganja.

Menurut bapa kepada empat anak itu, dia tidak kisah mengambil ganja bersama-sama anaknya kerana ia memberi manfaat kepada mereka.

Dia yang mengaku pernah memiliki syarikat pakar perunding motivasi memberitahu sudah menghisap ganja sejak 30 tahun lalu.

"Anak saya sukar belajar dan mengalami kemurungan sekiranya tidak mengambil ganja.

"Ganja adalah satu tumbuhan yang baik kepada manusia, mengapa perlu dihalang?" katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, suspek ditahan bersama anaknya dalam serbuan di sebuah padang taman permainan di Taman Dagang, di sini.

Katanya, lelaki itu yang bekerja sebagai penjual sate mengaku memberikan dadah kepada anaknya sejak belajar di sekolah menengah.

"Dia mengaku mengambil ganja enam kali sehari dan sering menghisap dadah bersama anaknya yang kini mempunyai diploma.

"Dia mengaku rumah tangganya hancur kerana isterinya tidak bersetuju dengan tindakannya," katanya.

Katanya, mereka dihantar menjalani rawatan pemulihan di institusi pemulihan AADK.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119205#sthash.G2bDZmPa.dpuf

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/bapa-beri-anak-ganja-3-kali-sehari.html#ixzz41eag4hzx
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BOLEH MENANGIS PEMIMPIN UMNO BILA BACA LUAHAN AHLI UMNO NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comments:

Anonymous said...
HAHAHAHA.............lawak tahun ini.
Elok penyokong Najib berfikir dalam dalam.
Ini baru ahli yang kecik.
Pemimpin-pemimpin yang bagi nak rak menunjuk sokongan tu,
wajar diberi perhatian. Mungkin HARIMAU menyembunyikan
kuku. Bila-bila masa akanmenerkam.........HAHAHA.
Betulah kata bijak pandai, kawan danmusuh dalam
politik tidak kekal.
Tun M cakap - macam ketam.

Anonymous said...
Elok sangat sebab PAS ganti UMNO.

Anonymous said...
konform br!m belum masyuk

Anonymous said...
alo sis.. kita serupa.

yg penting jadi ahli bkn org umno.. tu baru gen Y..

haha

GAMBAR YANG TAK SANGGUP PEMIMPIN UMNO LIHAT...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Surat Terbuka buat Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

"

Assalamu'alaikum,

Sinar Harian Online 20 Februari 2016 melaporkan satu majlis pelancaran kempen 'Let's Read The Quran' dengan tajuk berita "Al-Quran bukan hanya boleh dibaca dalam satu bahasa."

Menurut penaja program kempen ini, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy, al-Quran bukan hanya boleh dibaca dalam bahasa Arab sahaja; tetapi al-Quran boleh dibaca dan dihayati dalam bahasa (selain Arab) yang mudah difahami.

Pada majlis pelancaran kempen yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad itu, enam orang individu dilaporkan telah membaca 12 ayat al-Quran masing-masing dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Arab dan Kadazan.

Terpinga-pinga saya setelah saya membaca keseluruhan laporan berita tersebut. Tertanya-tanya saya, "Adakah al-Quran boleh ditulis dalam bahasa selain bahasa Arab? Al-Qurankah namanya kitab itu jika isi kandungannya hanya terjemahan al-Quran yang ditulis dalam bahasa Melayu, misalnya? Adakah kita membaca al-Quran sekiranya kita sekadar membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, misalnya?

Tidak keterlaluan sekiranya saya berpendapat bahawa kempen program membaca al-Quran dalam bahasa selain Arab ini ialah satu kempen besar bagi mempromosikan satu ajaran sesat profesional yang berpusat di Malaysia.

Menurut Anas Zubedi, membaca al-Quran dalam bahasa yang mudah difahami (selain bahasa Arab), "lebih mudah bagi semua pihak untuk mengaplikasikan mesej-mesej kitab tersebut dalam kehiudupan mereka".

Tidakkah sesat fahaman Anas Zubedy itu? Jelas sekali dia seolah-olah menolak al-Quran dalam bahasa Arab itu sedangkan al-Quran ialah mukjizak Rasulullah yang teragung.

Bagi saya, fahaman Anas Zubedi itu amat menyeleweng daripada kebenaran. Bukankah al-Quran wajib dibaca dengan tartilnya dan diterjemahkannya sebelum ditafsirkannya?

Pendedahan ini saya tujukan kepada pihak berkuasa agama Islam Malaysia seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, para Mufti, Jabatan Agama Negeri, Majlis Ulama Malaysia, Majlis Ulama parti PAS dan para individu ulama dengan harapan semoga tunas ajaran sesat profesional ini dapat dicantas sebelum berkembang biak dan merebak ke seluruh pelosok negara dan dunia.

Keterlibatan manusia jahil seperti Tun Dr Mahathir dan Zaid Ibrahim dalam program sesat ini tidaklah menghairankan saya. Namun, saya berasa pelik juga apabila nama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asraf Wajdi Dusuki dikaitkan juga dalam program kempen ini sebagai seorang "penyumbang kempen".

Sekian. Wassalam. "

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: Yangretibase
Dilulus untuk paparan oleh memo

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 1, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 01 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: