11 Messages
Digest #4446
Messages
Sun Mar 27, 2016 8:44 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Lelaki Tegur Sikap VVIP Sampai Bawa Eskot Polis Hanya Untuk Makan Di Restoran Bersama Keluarga
siakapkeli.my
Seorang lelaki semalam melalui laman Facebooknya Ameer Azhar Fadzilan telah berkongsikan sebuah kisah yang berlaku di depan matanya melibatkan seorang pegawai atasan kerajaan.
Menurut berliau, kejadian berlaku disebuah restoran makanan barat terkenaan, Me'nate Steak Hub cawangan Bandar Baru Bangi.
Apa yang mengecewakannya, kedatangan VVIP berkenaan hanya untuk makan bersama keluarga tetapi sehingga membawa polis eskot yang menutup jalan demi memudahkan VVIP berkenaan pergi ke restoran itu.
Jom baca kisah yang ditulis oleh beliau.
Ketika sedang makan malam di Me'nate, Bandar Baru Bangi, datang seorang ahli politik bersama keluarganya untuk makan malam di kedai yang sama.
Amat menyedihkan bila melihat kedatangannya diiringi oleh 5 anggota polis menggunakan motosikal berkuasa tinggi, sebuah kereta polis Volvo XC90 dan sebuah lagi kereta Proton Inspira.
Kehadiran mereka di kedai itu sangat kecoh dan jalan-jalan di situ terus disekat untuk memberikan laluan kepada ahli politik itu.
Saya tertanya-tanya, apakah keperluan menggunakan khidmat/sumber kerajaan untuk perkara peribadi atau keluarga sendiri? Lebih-lebih lagi di malam Ahad? Biar betul?
Ada seorang menteri berkata bahawa, tindakan memotong dana biasiswa pendidikan adalah idea yang baik kerana ia boleh mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan sebanyak RM240 juta.
Namun, melihat apa yang berlaku di depan mata saya ini menunjukkan bahawa golongan ini masih membelanjakan wang rakyat secara tidak berpatutan untuk kepentingan peribadi mereka. Ini membuatkan saya marah betapa tidak sensitifnya golongan ini.
Sewajarnya dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini, segala perbelanjaan yang tidak berpatutan sepatutnya dipotong. Tiada bahayanya memandu dari rumah ke restoran tanpa pengiring.
Tambahan pula, ketika dia masuk ke dalam kedai sambil melambai-lambai pada semua orang, saya hanya memandangnya tetapi tiada rasa hormat sama sekali.
Jelas sekali Malaysia sedang mengundur ke belakang. Lupakan saja Wawasan 2020. Berdoalah untuk diri kita dan negara yang baik.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 27, 2016 8:45 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KESIAN MANUSIA NI PAKAI KERETA MEWAH TAPI PARKING KERETA MACAM ORANG TAK SEKOLAH
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Kenapa orang kaya ni selalu ingat jalanraya ni diorg yng punya?
comments:
Qucincau said...
Jenis Specis totok UMNGOK. Pakai hentam dulu dan pikir kemudian.
Anonymous said...
Orang kampung aku kata 'Ada arta takda arti'
zamani said...
parking tu bapak dia punyalah.
Anonymous said...
Mak Bapak dia tak ajor Sivic Thinking.satu keluarga memang Bangang
Akibat Parking Merata Sesuka Hati
siakapkeli.my
China - Sebuah kereta yang diletakkan di luar sebuah pusat pelupusan sampah di China telah diliputi dengan sampah akibat diletakkan di merata tempat.
Gambar kereta sedan bewarna putih yang diambil pada 17 Mac berdekatan dengan pusat pelupusan sampah di bandar Zhengzhou itu memaparkan kenderaan terbabit diliputi dengan sampah yang sangat banyak, lapor People's Daily Online.
Menurut laporan terbabit, staf di stesen berkenaan dikatakan sudah cuba menghubungi tuan kenderaan tersebut namun gagal.
Kerana menghalang laluan trak sampah memasuki ke pusat pelupusan sampah, kenderaan itu 'disembur
Difahamkan, pekerja-pekerja pusat pelupusan sampah itu mula bengang apabila tuan kereta berkenaan tidak muncul untuk mengambil keretanya.
Disebabkan mereka tidak boleh meneruskan kerja, mereka dengan marah membuang kesemua sampah ke kereta tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 27, 2016 8:45 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pengawal Peribadi Ditembak Dilapor Stabil
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Kereta dinaiki pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang cedera parah selepas ditembak dua lelaki dalam serangan 'ala mafia' di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA, Jumaat malam. Foto Bernama
PUTRAJAYA: Pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk yang parah ditembak dua lelaki di Chaterfield, Downtown KLIA, Sepang pada Jumaat malam kini berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan mangsa menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya tengah hari Sabtu bagi mengeluarkan peluru di belakang bahu kanannya.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Mangsa masih dalam keadaan terkejut dan tidak dapat memberi gambaran sebenar suspek yang melepaskan tembakan kepadanya. Apa yang penting ketika ini ialah memastikan keadaan mangsa benar-benar stabil dan selamat baru kita akan mengambil keterangan lanjut daripadanya," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, pengawal peribadi tersebut yang dikenali sebagai Hazrat dilapor sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz apabila kenderaannya dihalang dan dua lelaki melepaskan beberapa das tembakan pada kereta tersebut.
Mangsa didapati parah pada belakang bahu kanan akibat terkena tembakan yang dilepaskan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah tempat duduk penumpang hadapan. - Bernama
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/pengawal-peribadi-ditembak-dilapor.html#ixzz446qfcFuQ
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Pengawal Peribadi Disangka 'Datuk39; Parah Dibedil
siakapkeli.my
Sepang, 25 Mac - Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan berpangkat Datuk cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta pikap di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA.
Menurut laporan dari portal BH Online, pengawal peribadi yang dikenali sebagai Hazrat itu sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz sebelum dihalang oleh dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.
Bagaimanapun, ahli perniagaan yang disasarkan oleh suspek menaiki kereta lain yang mengekori kereta Mercedes Benz dipandu oleh Hazrat.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan menuju ke terminal KLIA2.
Suspek dipercayai mensasarkan ahli perniagaan tersebut.
Hazrat yang cedera parah di bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.
Siasatan polis membawa kepada lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek. - Siakapkeli.my
Kes Tembakan di Restoran di Sepang
siakapkeli.my
Sepang, 25 Mac - Satu kejadian tembakan telah dilaporkan berlaku di Sepang dalam kejadian yang berlaku sebentar tadi.
Gambar-gambar dan video kejadian dimuat naik oleh akaun Facebook, Info Maya.
Menerusi gambar dan video yang dimuat naik, kelihatan beberapa das tembakan dilepaskan kearah cermin hadapan dan juga cermin sisi kereta mangsa.
Selain itu, salah satu dari gambar juga turut memaparkan seorang lelaki yang dipercayai mangsa dalam keadaan penuh dengan darah.
Kejadian yang sama turut dilaporkan oleh pengerusi Malaysian Crime Watch, Sri Sanjeevan R melalui Twitternya.
Baru sebentar tadi berlaku satu kes tembak di hadapan sebuah kedai mamak berdekatan KLIA. Lebih 10 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.
— Sri Sanjeevan R (@SanjeevanSSS) March 25, 2016
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Pengawal Peribadi Disangka 'Datuk

Sun Mar 27, 2016 8:46 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ramai Belum Tahu Air Terjun Puteri | Tersembunyi Di Puchong
bloglist-malaysia.
queachmad.com
Ramai Belum Tahu Air Terjun Puteri | Tersembunyi Di Puchong | Dikenali sebagai Apip Embi di Facebook, pemuda ini aktif dengan aktiviti luar dan merupakan Bekas Presiden Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL).
Apip Embi juga gemar berkongsi pengalaman beliau di fb dan blog peribadi beliau. Kami kongsikan semula perkongsian beliau dengan izin daripada penulis.
Jom ikuti perkongsian menarik air terjun indah yang tersembunyi di Puchong, Selangor.
Kita biasanya mencari kedamaian di air terjun. Penduduk Lembah Klang khususnya penggiat aktiviti rekreasi mempunyai senarai air terjun sekitar Lembah Klang. Dari Air Terjun Sofea Jane (Kemensah), air terjun sekitar Hulu Langat, air terjun sekitar Ulu Yam dan tak terkecuali Air Terjun Sungai Putih di Bukit Apek (Bukit Saga). Jangan terkejut di Puchong juga ada air terjun.
Hutan Simpan Ayer Hitam, di tengah-tengah kawasan pembangunan Lembah Klang. Bersempadan dengan Bandar Puteri Puchong,Taman Saujana Puchong, Taman Wawasan Puchong, Taman Lestari Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil. Tahun 2015 diviralkan dengan keindahan#BlueLagoo
Masih ada air terjun yang tersembunyi dari umum di hutan simpan ini yang juga dinamakan Hutan Kayu Kayan Negara. Pergilah ke hulu.
Hutan Simpan Ayer Hitam ini diurus secara bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan UPM. Hutan ini dikira kawasan persendirian tapi trek di sini agak biasa digunakan oleh masyarakat setempat untuk tujuan rekreasi terutama masyarakat Tionghua. Permit masuk boleh dipohon melalui Pejabat Renjer UPM di Taman Saujana Puchong (Jalan S/P 10/13).
Memandangkan hutan simpan ini digunakan sebagai kawasan rekreasi, terlalu banyak rintis/trek. Ada lebih 30 simpang. Ada simpang empat, ada simpang tiga. Ada yang ke sini hanya untuk bersenam pada waktu pagi/petang. Cukup sekadar ada satu pusingan trek di dalam hutan ini. Ada pula pusingan trek yang lebih besar bagi yang lebih advance. Pintu rimba juga ada beberapa yang jelas antaranya di Taman Saujana Puchong dan Taman Wawasan Puchong.
Ada pelbagai tanda, takikan tiga di pokok, reben merah, hash tag, pathfinder mark, cat merah, cat kuning dan cat biru. Semua tanda ada tujuan dan melalui sebahagian hutan ini. Laluan ke air terjun ini juga banyak. Ikut dari mana anda berada di hutan ini. AWAS anda mungkin berpusing-pusing di kawasan hutan ini sekiranya tidak mahir atau tidak menggunakan jurupandu hutan (malim hutan).
Berpunca daripada beberapa alur air atau anak sungai dari bahagian Utara hutan ini membentuk sungai kecil yang kemudian yang jadi Air Terjun Puteri Sulong seterusnya Air Terjun Puteri Puchong (ada yang panggil Air Terjun Bukit Puchong/Puchong Hill Waterfall). Menghilir lagi terhasil pula Kolam Biru (Blue Lagoon). Mengalir keluar sungai ini di Puchong hingga ke Bandar Baru Bangi (Taman Tasik Sentosa) dengan air yang agak hitam.
Air Terjun Puteri ada 2 tingkat kolam. Kolam atas (di tengah) sedalam kira-kira 1.8 meter. Air yang biru dan dingin walaupun pada tengah hari yang panas. Kolam bawah hanya separas pingganG orang dewasa bagi yang paling dalam dan secetek paras betis bahagian cangkat.
Perjalanan paling ke air terjun ini 45 minit bagi yang dah biasa mendaki. Bukit setinggi 200 meter perlu didaki sebelum turun semula pada ketinggian yang hampir sama. Jarak 4 KM merintis hutan andai menggunakan pintu masuk Bandar Puteri Puchong. Bagi yang biasa masuk ke Blue Lagoonatau dari Taman Saujana Puchong hanya 2 KM dari Blue Lagoon.
PERINGATAN:
1.. INGAT anda perlu mendaki bukit untuk tiba pergi dan pulang dari air terjun ini. Jangan ambil mudah.
2.. JAGA KEBERSIHAN – kawasan ini turut dijaga dengan bersih oleh komuniti kaum Tionghua setempat.
sumber: vitdaily.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 27, 2016 8:46 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
FBI Meminta Pertolongan Kepakaran Israel Menggodam iPhone Milik Syed Rizwan
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.
Apple bertegas tidak akan membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menggodam iPhone 5C milik salah seorang pengganas San Bernardino.
Keengganan mereka menyebabkan pihak FBI mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksa Apple memberikan bantuan sepenuhnya untuk mengakses kandungan peranti ini.
Kes ini menjadi semakin menarik kerana pihak Jabatan Keadilan secara tiba-tiba menghentikan proses mengheret Apple ke mahkamah kerana keengganan bekerjasama dengan mereka.
Laporan terkini menunjukkan ini mungkin adalah kerana mereka kini mendapat bantuan dari Cellebrite, sebuah syarikat yang menawarkan perisian forensik peranti mudah alih yang berpangkalan di Israel.
Mereka mempunyai kepakaran di dalam mencari kerentanan pada peranti mudah alih dan mungkin mampu menggodam peranti milik Syed Rizwan ini.
Tidak diketahui sama ada mereka sudah berjaya melepasi sistem penyulitan Apple ini. Apa yang pasti di dalam sekiranya mereka berjaya, pihak berkuasa Amerika Syarikat akan mempunyai jalan belakang yang membolehkan mereka mengakses peranti sesiapa sahaja yang menggunakan sistem operasi iOS di masa hadapan.
(Amanz)

Kereta Rasmi Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Semua kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, lapor Malaysiakini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana kebanyakkan kereta yang dinaiki oleh menteri adalah atas urusan rasmi kerajaan.
"Ia adalah sesuatu yang berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi."
"Kereta kerajaan, jika kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis."
"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu."
"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.
"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan saman terhadap kenderaan rasmi menteri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat dan soalan tambahan daripada Teo Kok Seong (DAP-Rasah).
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 27, 2016 8:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tahukah Anda Bahawa Ais Krim Koktail Bercampur Sumi 'Berbahaya'?
siakapkeli.my
Sejak kebelakangan ini nampaknya 'trend' ais krim Malaysia yang merupakan makanan kanak-kanak pada zaman dahulu sudah kembali diperkatakan apabila pelbagai resepi yang lebih sedap mula dikongsikan.
Bermula daripada seorang wanita yang berkongsikan resepi berkenaan di dalam sebuah group masakan di facebook dan kini menjadi ikutan dan kegilaan ramai orang dimana ternyata ramai yang mencuba dan berkongsikan kenakannya dimakan terutama pada waktu tengahhari yang panas.
Tetapi tahukah anda bahawa ais krim koktail campuran susu dan sumi ini mendatangkan keburukan kepada admin dan orang lain?
Jom kita tengok apa keburukannya.
1.. Santan di kedai semua habis termasuk santan serbuk dan buah kelapa tua (untuk resepi yang guna santan)
2.. Plastik aiskrim di pasar raya habis licin dibeli termasuklah saya
3.. Susu pekat pun habis dibeli termasuklah saya
4.. Lembu nak keluar susu pun menangis sebab tak sempat nak rehat
5.. Sumi habis, budak-budak nak makan sumi pun yellek di kedai
6.. Aiskrim sudah dibuat, tak sempat nak mengeras dah kena bedal dengan anak-anak sebab terlalu sedap
7.. Diet saya pun kelaut gara-gara aiskrim sumi
8.. Kilang-kilang aiskrim terpaksa tutup kedai sebab orang dah tak beli produk mereka lagi kerana tidak dapat menandingi kesedapan aiskrim sumi ini.
Betul atau tidak ia merupakan keburukan kepada kita? jangan marah yer...saja nak gurau-gurau dengan sahabat-sahabat SK.
Kalau ada yang terasa SK mintak maaf, kalau ada yang nak maki, istighfar banyak :)
Nah resepi ais krim ni. - Siakapkeli.my
Larangan Import Produk Manuka Honey Berkuat Kuasa Hari Ini
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import produk Manuka Honey berkuat kuasa hari ini (Ahad), susulan penarikan balik pengeluarannya di New Zealand kerana kemungkinan mengandungi bahan terlarang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penarikan balik produk madu itu dibuat Syarikat Evergreen Life Limited di New Zealand kerana terdapat maklumat kemungkinan ada bahan tidak dibenarkan iaitu dihydroxyacetone danmethylglyoxal yang digunakan dalam pemprosesannya.
Larangan itu berkuat kuasa hari ini dan pengguna yang telah membeli produkitu dinasihatkan supaya tidak memakan produk tersebut dan memulangkannya kepada penjual, katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
"Walaupun tidak ada bahaya keselamatan makanan, pengguna yang telah memakanproduk ini dan mempunyai keraguan terhadap kesihatan mereka boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pihaknya membuat tindakan susulan selepas penarikan balik produk itu dilaporkan dalam laman web Kementerian Perusahaan Utama New Zealand.
Katanya semakan data import dari 2015 hingga kini yang diperoleh melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan produk terbabit ada dibawa masuk ke negara ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan pihaknya juga dimaklumkan oleh pihak pengimport produk tersebut bahawa mereka sedang menarik balik Manuka Honey daripada pasaran secara sukarela.
Beliau berkata ini kerana dua bahan tidak dibenarkan, ditambah pada makanan tersebut di bawah Akta Makanan 1983.
"Pengguna tidak perlu khuatir kerana kementerian sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin.
"Sekiranya pengguna rasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman webhttp://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq," katanya.-Bernama
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/02/larangan-import-produk-manuka-honey.html#ixzz41Z7oN7Qa
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Mar 27, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penduduk Alami Petanda Menyeramkan Sebelum Berlaku Nahas
siakapkeli.my
PASIR GUDANG - Penduduk di Rumah Pangsa Rosmerah di pinggir Lebuhraya Pasir Gudang berkata mereka sudah biasa dengan petanda-petanda yang menyeramkan setiap kali akan berlaku kemalangan maut di lebuh raya terbabit.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Mohd Fauzi Mokhtar, penduduk di sini bukan sahaja akan mendengar bunyi pelik, malah turut menyaksikan sesuatu yang menyeramkan kurang tiga hari sebelum berlaku kemalangan maut sejak lebih kurang 15 tahun menghuni rumah pangsa tersebut.
Malah, kini penduduk sudah lali setiap kali berlaku kemalangan di lebuh raya itu yang hanya terpisah kurang 20 meter dari rumah pangsa tersebut.
"Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada tiga hingga empat kes kemalangan yang berlaku di lebuh raya berhampiran dengan kediaman kami ni, setiap bulan pula pasti ada yang maut.
"Malah kami diberi tanda yang pelik dan menyeramkan seperti terdengar suara mengilai serta ada 'benda' tergantung di dahan pokok besar sepanjang lebuh raya berhampiran dengan kediaman kami.
"Jika menyaksikan sesuatu yang aneh tu, kami dah tahu pasti ada kemalangan maut yang akan berlaku dalam masa terdekat dan biasanya kurang tiga hari kemudian akan ada yang menjadi korban," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Lembaga Putih
Menurut Samsidah Moharam, 53, anaknya yang berusia 19 tahun pernah menyaksikan ada lembaga putih yang kelihatan seolah-olah seekor burung besar sedang merangkak turun dari pokok di tepi lebuh raya dua tahun lalu.
"Dua hari anak saya demam tak kebah kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu dan beberapa hari kemudian memang benar seperti jangkaan kami ada yang terkorban dalam kemalangan.
"Walaupun kami dah biasa dengar bunyi tayar selepas dibrek kecemasan tak kira waktu siang atau malam, perasaan seram itu tetap ada," katanya.
Tambah Samsidah lagi, sebelum itu dia hanya mendengar dari jiran yang menceritakan bahawa pernah terserempak dengan lembaga orang tua memimpin anak yang tiba-tiba hilang di tepi lebuh raya terbabit.
Lihat kereta melayang
Abd. Kadir Yusuf, 65, pula menceritakan dia pernah melihat kejadian aneh apabila kereta melayang sehingga tersangkut di cela pokok besar yang bercabang di tepi lebuh raya.
"Sebelum lebuh raya ini siap dinaik taraf, memang ada banyak pokok besar di pinggir lebuh raya ini, apabila waktu malam memang kelihatan agak menyeramkan.
"Penduduk memang akan berlari cuba menghulurkan bantuan setiap kali terdengar kemalangan, tapi apabila menyaksikan keadaan mangsa yang terputus kepala kadang-kala badi mayat terkena pada kita," katanya
Bagi Abu Hashim Abd Manaf pula, pusingan U di lebuh raya tersebut berisiko mengancam keselamatan penduduk kerana menjadi punca beberapa kejadian enderaan terjunam ke bawah.
Tambah beliau, penduduk rumah pangsa itu kerap mengadakan majlis agama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku
"Kita minta pihak bertanggungjawab memasang tembok di pinggir lebuh raya berhampiran kediaman penduduk kerana beberapa kejadian membabitkan kereta terjunam ke bawah kediaman kami sangat membimbangkan.
"Kita kerap mengadakan majlis agama mohon perlindungan daripada ALLAH SWT terutama mengelak gangguan makhluk halus dan keselamatan kepada pengguna lebuh raya Pasir Gudang," katanya. - Siakapkeli.my
Cat Pisang Warna Hitam Elak Dicuri
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
ALOR GAJAH: Pekebun pisang mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi masalah kecurian pisang di kebun mereka dengan menyembur cat hitam.
Abdullah berkata Mahad, 46, dia menggunakan teknik mudah itu ketika menguruskan pisang tanduk diusahakan di kebun seluas 1.4 hektar di Kampung Ayer Hitam Darat, Masjid Tanah.
Menurutnya, selepas menyembur cat hitam pada pisang, sedikit sebanyak berjaya mengelakkan pisang helang bernilai RM4 sekilogram (kg) dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya mengeluarkan kos agak tinggi untuk menanam dan membaja selain terpaksa tunggu lapan bulan untuk menikmati hasil tetapi pencuri hanya mengambil 10 minit untuk mengaut hasil.
"Sejak mengusahakan kebun pisang 10 tahun lalu, banyak kali tanaman saya menjadi mangsa pencuri. Sejak beberapa bulan lalu, saya menyembur cat hitam pada pisang yang dua minggu lagi akan ditebang bagi mengelak ia dicuri dan kalau hilang pun, saya boleh mengecamnya," katanya.
Selepas menggunakan teknik itu, dia turut menjalin kerjasama dengan pembeli pisang di sekitar Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi.
"Saya meminta mereka supaya tidak membeli pisang helang yang ada cat hitam daripada orang lain selain saya.
"Saya pernah terjumpa pisang saya digoreng seorang peniaga di satu tempat di Kuala Linggi. Apabila saya tanya, dia kata ada orang jual kepadanya.
"Saya minta dia jangan beli pisang itu daripada orang lain selain saya pada masa depan kerana ia pisang saya yang dicuri," katanya.
- Harian Metro
TAK PATUT BETUL AUNTIE CINA NI BUAT MACAM NI
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Inilah Malaysia tak kisah apa warna kulit kami adalah bangsa Malaysia...Bangga jadi anak Malaysia... Buanglah perkauman sempit...
comments:
Anonymous said...
alahamdulillah...syabas aunti yang berhati mulia...belum tentu melayu yang beragama islam berhati mulia seperti aunti ini.
Anonymous said...
Good job bloger.bykkan cerita mcm ni.jgn kita byk gambarkan cerita rasis.mmg cerita tu ada tp kalau cerita yg baik kita sebarkan.insya Allah baiklah kesannya yg kita rakyat dapat.benci zalim kasih keadilan
Lelaki Rantai Isteri Kerana Terlalu Asyik Dengan WhatsApp
siakapkeli.my
KANGAR:Seorang lelaki yang merupakan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan merantai leher isterinya kerana dikatakan interinya itu terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp, lapor Sinar Harian.
Mohd Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun dalm pertuhan itu mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim.
Menurut bacaan kes, tertuduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu.
Mengikut pertuduhan, Mohd Hamdan merantai leher isteinya, Junifawin Dasari dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.
Selepas kejadian, isterinya itu telah melarikan diri ke balai polis dengan rantai masih dileher untuk membuat laporan.
Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga empat tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak.
Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan.
Mohd Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.
Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela. - Siakapkeli.my
Berhenti sementara guna produk Johnson & Johnson – FOMCA
bloglist-malaysia.blogspot.
ekeleh.com
Imej – FMT
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan pengguna berhenti buat sementara waktu menggunakan produk Johnson & Johnson sehingga ia benar-benar disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan.
"Pengguna pula dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk ini buat sementara waktu sehingga Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia benar-benar selamat digunakan," kata Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman kepada Free Malaysia Today.
Ia susulan kematian seorang wanita di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan penggunaan produk keluaran syarikat tersebut.
Laporan media antarabangsa menyebut, Johnson & Johnson telah diperintahkan membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser yang dikaitkan dengan produk keluarannya.
Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad, lapor Metro.co.uk dipetik FMT.
Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas melalui perbicaraan selama tiga minggu.
Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.
Johnson & Johnson Diarah Bayar RM294juta Selepas Produk Talkumnya Didapati Terkait Dengan Kematian Wanita Akibat Kanser
siakapkeli.my
Missouri , 24 Feb - Syarikat Johnson & Johnson telah diperintahkan untuk membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser didapati terkait dengan produk keluarannya.
Laporan dari Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad.
Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas perbicaraan tiga minggu.
Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.
Johnson & Johnson menghadapi tuduhan bahawa syarikat tersebut, dalam usaha untuk meningkatkan jualan, gagal selama beberapa dekad untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa produknya yang berasaskan talkum boleh menyebabkan kanser.
Fox yang tinggal di Birmingham, Alabama, mendakwa dia menggunakan produk Baby Powder dan Shower to Shower untuk tujuan kebersihan feminin selama lebih dari 35 tahun sebelum dia didiagnosis dengan kanser ovari tiga tahun lalu.
Fox meninggal dunia pada Oktober pada umur 62 tahun. - Siakapkeli.my
Sumber : http://nypost.com, http://metro.co.uk/
Raymond Tomlinson, Pencipta E-Mel Meninggal Dunia
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
WALAUPUN nama Raymond Tomlinson tidak sepopular Bill Gates, Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan Tim Bernes-Lee tetapi impak ciptaan beliau pada tahun 1971 telah membawa perubahan kepada cara kerja di dunia.
Tomlinson adalah individu yang mencipta e-mel bagi mempercepatkan proses berhubungan yang pada dahulunya mengambil masa panjang.
Pada usia 74 tahun, Tomlinson telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam, akibat serangan jantung.
Tomlinson berada di tangga keempat dalam senarai alumni paling penting dalam sejarah 150 tahun Massachusetts Institute of Technology. Tomlinson juga tersenarai dalam Internet Hall of Fame pada tahun 2012 bagi menghargai hasil usahanya. – MYNEWSHUB.CC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Sunday, 27 March 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
Notes: Halo sahabat...
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?
- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?
TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?
- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?
Mampukah kamu ?
Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME
Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!
Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME
Sukses Selalu!
Darman
http://goo.gl/1foLME
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com
Kataloh
http://kataloh.com
Cari Mudah
http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org
Enplegu.com
http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info
Blog Soccers
http://blogsoccers.com
Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment
http://azamientertainment.com
Din Apartment
http://dinapartment.com
University College Online
http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga
http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com
Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Salam Sejahtera semua.
Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.
Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.
Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.
Sekian,
Terima Kasih.
Iwan
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment