Tuesday, March 8, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4424

9 Messages

Digest #4424

Messages

Mon Mar 7, 2016 6:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anak Najib Dilapor Buat Kecoh Di Zouk Singapura.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

The night took a disappointing turn for patrons of Zouk Singapore when Fadi of Egyptian trance duo Aly & Fila was reportedly forced to end his set early to make way for the son of Malaysian Prime Minister Najib Razak.

The incident, which happened on Saturday night, started when Norashman Najib allegedly requested for Fadi's set to be cut short so that he could play instead, despite not being in the performers' bill that night.

Fadi, who is a respected figure among the trance community and a regular fixture at Zouk Singapore, announced that he "won't play for Zouk anymore" before playing his last track and stepping off the deck.

Lapor Says.com

Insiden dilaporkan berlaku pada malam sabtu yang lepas. Dj jemputan yang sedang membuat persembahan terpaksa hentikan persembahan lebih awal disebabkan desakan oleh anak Najib supaya dia pula boleh membuat persembahan seterusnya walaupun anak Najib tidak dijadualkan untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Itulah intipati laporan Says.

Kumpulan DJ tersebut dikenali dengan nama Fadi The Egyptian (Aly & Fila) dan memetik sumber Says.com, peminat2 kelab malam tersebut dikatakan tidak berpuas ahti dengan apa yang terjadi ke atas kumpulan Fadi yang terpaksa hentikan 'permainan setnya (dj-ing)' lebih awal untuk memberikan laluan kepada anak Najib. Tindakan itu turut menjejaskan imej Zouk Singapore di kalangan peminat-peminatnya apabila peminat2 Zouk mengecohkan insiden pada malam tersebut di laman sosial.

Satu video yang memetik statement Fadi tentang insiden tersebut turut viral di laman facebook di kalangan netizen Singaporeans menerusi ID Derrick Low.

Lihat sini (pengguna fb tidak publickan video berkenaan untuk perkongsian di laman blog)

"It seems that Zouk here wants someone else to play. Not only because of that, because apparently he's the son of a prime minister.

Thank you so much, enjoy my last track. I'll see you somewhere in the future. Not in Zouk anymore, because I won't play in Zouk any f***ing more. They've insulted me, but I love you guys."

Dialihbahasa ;

"Nampaknya Zouk mahukan orang lain buat persembahan. Mentang-mentangla dia anak perdana menteri. Terima kasih sesungguhnya kepada anda semua dan saya benar-benar terhibur dengan track terakhir ini. Kita jumpa lagi di lain masa di tempat lain. Tidak di Zouk lagi sebab saya tidak akan bermain di Zouk f*** ini lagi. Mereka memperlekehkan saya tetapi saya sayang anda semua".

Zouk Singapore turut membuat kenyataan bagi mengulas insiden berkenaan dengan mengatakan apa yang berlaku hanyalah satu salah faham.

Baca ;

Walaubagaimanapun penafian berkenaan enggan diterima oleh peminat2 kelab malam Zouk Singapore.

Memetik sumber screenshot dari Says.com ;


** Klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih jelas.

Tidak hanya Zouk Singapore menerima tempias negatif kerana dikritik peminat2 apabila menghentikan persembahan Fadi lebih awal bahkan Najib, perdana menteri Malaysia turut menjadi sasaran kritikan netizen Singapore atas insiden di Zouk tersebut hanya semata-semata anaknya berbuat hal di kelab malam di luar negara..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 7, 2016 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Watson Nyambek Diisytihar Muflis, Berhutang Demi Bayar Kos Rawatan Bapa
siakapkeli.my

KUCHING: Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek yang merupakan pemegang rekod pecut 100 meter negara selama 17 tahun telah diisytiharkan muflis.

Pengisytiharan muflis berkenaan adalah susulan pinjaman bank oleh Watson untuk membayar kos perubatan bapanya.

Semalam, Borneo Post telah menyiarkan notis muflis berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mengumumkan statusnya akibat tidak melunaskan pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad.

Memetik laporan Malay Mail Online, Watson berkata: "Beberapa tahun lalu, saya meminjam RM80,000 daripada bank untuk membayar bil perubatan mendiang bapa saya yang menderita barah telinga."

"Barah telinga itu kemudian merebak ke mata. Dia meninggal dunia dua tahun lalu," katanya, yang pernah mencipta rekod 100 meter dengan 10.3 saat pada 1998.

Menurut Watson, pinjaman bersama faedah itu gagal dilunaskannya kerana bergaji kecil yang diterima daripada majlis sukan negeri sebagai jurulatih atlet di Miri.

"Saya juga perlu membayar bil-bil lain," katanya, yang sudah membawa perkara itu untuk perhatian seorang menteri kanan Sarawak dua tahun lalu.

"Saya belum menerima sebarang jawapan daripada beliau," katanya.

Beliau berkata pinjaman berserta faedah itu sudah menjangkau lebih RM100,000.

Watson dan isterinya Phyliss kini aktif melatih atlet muda di Miri terutamanya di kalangan pelajar. — Siakapkeli.my

Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal Bersamanya Di Asrama
siakapkeli.my

HENAN, CHINA: Demi memastikan keadaan bapanya yang lumpuh terjaga, seorang pelajar sanggup membawa bapanya ke asrama universiti tempat dia belajar untuk tinggal bersama.

Pelajar berkenaan, Zhao Delong membawa bapanya itu tinggal bersama di universiti bagi membolehkan dia menjaga bapanya itu sepenuh masa.

Menurutnya, apa yang dilakukannya ini tidaklah sebesar pengorbanan bapanya menjaganya daripada kecil di mana menurut Zhao, ketika kecil dahulu dia pernah mengalami penyakit polio dan bapanyalah yang banyak berkorban menjaganya sehingga dia mampu untuk berjalan semula sehingga berjaya meneruskan pengajian ke peringkat universiti

"Bapa bersusah payah menjaga saya sebelum ini. Kini dia sedang sakit dan saya tidak akan tinggalkannya berseorangan,'' jelas Zhao dipetik portal shanghaiist.

Pada setiap hari, Zhao akan membersihkan tubuh bapanya, memberus gigi dan turut memasak selain membantu bapanya itu melakukan senaman.

Dalam pada itu, pihak universiti yang mengetahui kisah dua beranak ini telah menyediakan bilik khas kepada mereka demi memudahkan urusan harian.

Zhao turut melakukan kerja separuh masa untuk membantu menampung perbelanjaan harian mereka. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 7, 2016 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Dan Bayi 10 Bulan Maut Selepas Tercampak Jatuh Dari Bukit
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang lelaki apabila melihat kelibat isteri dan anak kecilnya yang berumur enam bulan yang maut selepas tercampak dari ketinggian 50 meter setelah motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan pagi tadi, lapor ntv7 7Edition.

Mangsa yang cedera parah pada awalnya telah ditemui oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran motosikalnya sebelum sedar beberapa ketika kemudian.

Kemalangan yang belaku kira-kira jam 9.50 pagi tadi itu berlaku di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras.

Hasil siasatan pihak polis, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal membawa isteri sambil memangku anak kecilnya, namun apabila sampai ke satu selekoh tajam, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tebing jalan menyebabkan isteri dan anaknya tercampak jatuh ke bawah bukit berhampiran kawasan perumahan.

Mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 7, 2016 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Oxford grad pun bangang ka?!

bloglist-malaysia.blogspot

dollahyankee.blogspot 

Posted by dollahyankee

Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Khairy Jamaludiddin bahawa penukaran perdana menteri perlu dibuat mengikut saluran pilihan raya sebagai melucukan.

Menyifatkan kenyataan ketua pemuda Umno itu sebagai 'bangang', Mahfuz berkata untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menunggu pilihan raya.

"Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar perdana menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya.

"Cukup kalau sama ada perdana menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota parlimen atau pun perdana menteri mati.

"Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat Umno kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai perdana menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota parlimen Umno pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai perdana menteri,"

dollah yankee - Ini lah masalah dengan umno, mereka anggap semua orang bangang macam mereka...

Mon Mar 7, 2016 6:53 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba
siakapkeli.my

Putrajaya: Pada 1993, pegawai bomba ini menjadi perhatian apabila dia menyelamatkan seorang bayi berusia 18 bulan yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower dan kini dia sangat berharap dapat bertemu dengan insan yang diselamatkannya itu.

"Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya ingin bertemu dengannya," kata Norizan Saad.

Harian Metro melaporkan Norizan, 46, antara watak penting dalam usaha menyelamatkan bayi berkenaan, Nur Hamidah Najib selepas dia ditemui terperangkap dalam runtuhan di Blok A Kondominium tersebut, 23 tahun lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 mangsa dilaporkan maut apabila kondominium mewah itu tumbang menyembah bumi.

Mengimbau kembali tragedi itu, Norizan yang kini merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata ketika kejadian itu dia baru sahaja tiga tahun bertugas sebagai anggota bomba dan dipertugaskan untuk membawa turun adik Nur Hamidah.

"Dia (Nur Hamidah) terperangkap dalam runtuhan. Rakan setugas mengesannya selepas mendengar tangisan. Kita (anggota bomba) mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya kerana bimbang sebarang kesilapan akan menyebabkan runtuhan lain berlaku.

"Sebaik berjaya dikeluarkan, Nur Hamidah diberikan kepada saya untuk dibawa keluar dari kawasan runtuhan," katanya.

Tambah beliau, ketika itu adik Nur Hamidah hanya memakai lampin.

"Tangisannya memenuhi ruang...kuat dia menangis, bayi biasalah. Saya terus peluk dia sebelum bergegas membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

"Saya serahkan Nur Hamidah kepada pasukan perubatan yang sudah menunggu di kawasan berkenaan sebelum kembali meneruskan tugas menyelamat," katanya.

Nur Hamidah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

"Dia individu yang terselamat dalam insiden itu. Ia boleh dikatakan satu keajaiban," katanya beliau - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 7, 2016 6:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Makan Mee Semangkuk Tak Puas? Jom Cuba Makan Mee Besen Pula
siakapkeli.my

Pernah makan mee dalam 'besen'? Jika tidak, rasanya minggu ini anda perlu ke Melaka dan singgah makan di Restoran Mee Besen ORI Melaka. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan kuantiti makanan yang disediakan untuk anda. Satu 'besen' beb!

Antara menu yang popular di restoran ini adalah Talam Western yang berharga RM35. Nak tahu ape isi dalamnya? Jom tengok gambar-gambar ni.

Huh, macam-macam ada dalam tu, kalau tak kenyang makan satu besen tu ada 'something wrong' la kan dengan perut anda.

Selain dari Talam Western, menu lain yang turut digemari oleh orang ramai adalah menu Mee Besen sendiri.

Nak tahu bagaimana rupa mee besen? Lihat gambar-gambar ni.

Dari segi minuman pula, Restoran Mee Besen turut menawarkan menu menarik. Antaranya minuman dalam kategori 'float'nya. Yang paling best, harga cuma RM3.50.

Selain dari minuman float, restoran tersebut juga turut menawarkan beberapa jenis minuman unik lain. Antaranya Chocolate Milkshake Buih.

Restoran Mee Besen ORI Melaka dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 3 petang hingga 10 malam. Untuk info lanjut boleh layari facebook page mereka.

Restoran Mee Besen beralamat di : GF 11, Pangsapuri Laksamana 1,Jalan Thamby Abdullah ,Bandar Hilir,75000 Melaka. - Siakapkeli.my

Raihana Rosnan

Jalan-jalan cari makan - Mee Besen

MEE BESEN ORI Melaka

Alhamdulillah feedbacks cust..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 7, 2016 6:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Menteri Guna Gelaran 'Tengku' Palsu Rupanya..
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Gelaran 'tengku' yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.
"Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran 'tengku palsu' tu?
"Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari mana awak dapat gelaran 'tengku' palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak udang.
"Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib ketua UMNO bahagian?," soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu sebagai "tidak boleh pakai".
"Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan seperti 'gergaji dua mata'.
"Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti politik. Tolong cakap kat 'tengku palsu' ni jangan cakap banyak," tambah Khairuddin.

Laporan oleh FMT. (rujuk).

Gelaran palsu?

Macam mana dia boleh dapat gelaran TENGKU?

Bukan keturunan raja?

Dah tue apa nama sebenar dia?

Itu baru gelaran palsu. Belum lagi perkara-perkara lain. Tak mustahil dia dah melakukan banyak kejahatan. Kalau la negara neh mengkebalkan pemimpin2 negara dah lama dah dia kena. Silap2 nak naik menjadi menteri pun tak layak. Siapa la pengundi2 Ku Nan. Spesis bebal bodoh bangang penyangak juga kot..

KAH KAH KAH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 7, 2016 6:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tempah iPhone 6s, Tapi 'Padlock' Yang Sampai
siakapkeli.my

Seorang pengguna Facebook, Alans Ng, telah memuat naik beberapa keping gambar pada Sabtu lalu yang menunjukkan dia menerima kotak iPhone 6s yang ditempah olehnya secara online namun terkejut apabila kotak itu hanya berisi mangga.

Alans Ng berkata dia membuat tempahan pada minggu lepas dan telah pun membuat bayaran penuh kepada laman e-commerce yang berkaitan.

Bagaimanapun, Ng tidak menyalahkan kurier, penjual atas talian mahupun laman e-commerce yang menjual produk tersebut. Menurutnya satu-satunya pihak yang bertanggungjawab atas perkara ini adalah pihak pembekal.

"Maknanya perkhidmatan kurier tidak buat apa-apa. Satu-satunya pihak yang bertanggungjawab mengubah produk ini ialah pembekal, kerana pelekat pembekal berada di atas kotak namun terlindung di bawah pembalut," jelasnya di dalam status itu.

Tambah Ng, tidak logik bagi peniaga atas talian melakukan penipuan sebegini rupa kerana wang yang dibayar olehnya masih lagi akan dipegang oleh laman e-commerce tersebut.

Ng turut mengemaskini status terbabit dengan berkata pihak peniaga online tersebut telah pun menghubungi beliau bagi mendapatkan telefon yang telah ditempah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 7, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Monday, 07 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: