Wednesday, March 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4448

9 Messages

Digest #4448

Messages

Tue Mar 29, 2016 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Khir Toyo Kini Di Luar Penjara.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Inila undang-undang versi Malaysia. Keadilan yang tersangatlah adil sampai aku nak ketawa terbahak-bahak!

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH!
KAH KAH KAH KAH KAH!

Kalau la yang ditahan itu Anwar Ibrahim, ko rasa pengkritik2 dia boleh terima tak andai kata Anwar dilepaskan dengan parol? Itupun ditahan atas isu merepek. Ini terang2 berlakunya salahlaku. Paling2 koman berhak dipertikaikan dari mana dia mempunyai wang jutaan ringgit untuk renovate..

So, renung-renungkanlah..

KAH KAH KAH

Laporan dari FMT ;

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol, hari ini selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Menurut rakan baik Mohamad Khir, Roslan Dian yang memberitahu FMT, Mohamad Khir yang diberikan parol, akan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan tinggal bersama keluarganya di rumah, di bawah pengawasan pegawai parol.

"Mohamad Khir telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan, tetapi baki enam bulan tidak semestinya enam bulan. Kini dia (Mohamad Khir) akan menjalani baki tahanan di dalam rumah," ujarnya.
Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Khir Toyo Keluar Penjara Hari ini
siakapkeli.my

SHAH ALAM, 29 Mac - Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, yang sebelum ini disabitkan pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam menjani hukuman parol bermula hari ini.

Ahli Lembaga Parol yang bermesyuarat pagi tadi bersetuju untuk meluluskan permohonan peguam Khir Toyo itu selepas beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama enam bulan.

Sistem parol bermaksud banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawa pengawasan pegawai Parol untuk tingal bersama keluarga.

Khir Toyo sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa untuk memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Pada 29 September tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Khir Toyo. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ENTITI MENAKUTKAN DIRAKAM PENGGUNA JALANRAYA DI MALAYSIA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Pengguna jalanraya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi had laju yang ditetapkan... Sekian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiga Beranak Termasuk Bayi 6 Bulan Maut Kereta Dinaiki Bertembung Lori Balak
siakapkeli.my

GUA MUSANG: Seorang bayi berumur enam bulan baesama ibu dan bapanya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka telah bertembung dengan lori balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Paloh 1, Gua Musang, Kelantan petang semalam.

Bayi malan berkenaan, Mohd Firas Ziyad dan ibunya Faizah Mohd Nor, 28, telah maut di tempat kejadian manakala, Mohd Zahiruddin Hadi, 24, yang memandu kereta disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Mereka bertiga dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menghadiri kenduri perkahwinan adik lelaki Faizah di Pulau Condong, Kota Bharu.

Menurut saksi, kemalangan terjadi apabila kereta yang dipandu oleh Mohd Zahiruddin hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori muatan balak dari arah bertentangan menyebabkan balak kayu balak begelimpangan di atas jalan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas selama beberapa jam.

Ketua polis Gua Musang Superintendan Saiful Bahri kertika dihubungi memberitahu siasatan nahas masih lagi dijalankan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



1MDB Kantoi Lagi - Baca Pendedahan Ini.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
1MDB GUNA RM288 JUTA WANG (YANG SEPATUTNYA DIBAYAR KEPADA ANAK SYARIKAT LTAT) UNTUK MEMBAYAR FAEDAH PINJAMAN 1MDB
Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, 1MDB dan LTAT masih tidak memberi sebarang maklumbalas kepada kenyataan saya semalam bahawa sejumlah RM396.41 juta bayaran yang sepatutnya dilunaskan kepada PPHM (anak syarikat LTAT yang menjadi "turnkey" kontraktor kepada 1MDB bagi kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara) masih lagi tertunggak setakat September 2015. Selalunya 1MDB dan LTAT akan mengeluarkan kenyataan balas sepintas kilat selain dari mengugut untuk mengambil tindakan saman.
Saya percaya 1MDB dan LTAT masih tidak memberikan sebarang kenyataan balas kepada pendedahan saya kerana kedua-dua syarikat dan tabung milik kerajaan ini tahu saya mempunyai dokumen sebagai bukti kepada dakwaan saya itu.
Salah satu sebab utama kepada berlakunya tunggakan sehingga mencecah RM396.41 juta jumlah yang 1MDB berhutang kepada PPHM (setakat September 2015) ialah kerana dana yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB untuk membayar PPHM digunakan bagi tujuan yang lain.
Untuk memahami bagaimana tempangnya kedudukan kewangan 1MDB dalam perkara ini, saya nyatakan fakta-fakta berikut yang dipetik dari kenyataan-kenyataan 1MDB sendiri:
1. Projek pemindahan dan naiktaraf 8 pengkalan udara telah dianugerahkan kepada 1MDB oleh Kerajaan Persekutuan pada harga RM2.7 bilion. Keseluruhan projek ini kemudiannya diserahkan oleh 1MDB kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) iaitu anak syarikat LTAT
2. Dana yang digunakan oleh 1MDB untuk membayar PPHM jumlah RM2.7 bilion ini datang dari 2 sumber: sebanyak RM1.0865 bilion adalah geran yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB (lihat petikan Laporan Ketua Audit Negara di bawah) dan RM1.5 bilion dari terbitan sukuk. Maknanya, dana yang diambil adalah mencukupi untuk membiayai projek ini.

3. Setakat September 2015, ada tunggakan bayaran kepada PPHM sebanyak RM396.41 juta yang bermakna sebahagian dari dana yang diberikan kerajaan iaitu RM1.0865 juta telah digunakan bagi tujuan-tujuan lain
Berdasarkan dokumen rahsia Kerajaan Persekutuan yang saya ada, saya boleh mengesahkan pengurusan 1MDB mengakui bahawa sejumlah RM288 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bayaran penempatan semula telah digunakan oleh 1MDB untuk membayar faedah pinjaman 1MDB sendiri (bukannya untuk membayar PPHM seperti yang sepatutnya).
Apabila geran Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk membayar anak syarikat milik LTAT telah dibelanjakan bagi tujuan menutup kepincangan kewangan 1MDB (dengan membayar faedah pinjaman), sudah tentu itu akan mengheret LTAT ke dalam masalah 1MDB. Akhirnya untuk memastikan kerja-kerja terus berjalan, LTAT berkemungkinan besar telah mendahulukan dananya terlebih dahulu.
Tindakan yang kurang pintar oleh pengurusan LTAT inilah yang saya khuatiri telah memberi kesan kepada kelancaran pembayaran caruman oleh LTAT kepada pesara tentera yang baru tamat perkhidmatan.
Saya menunggu jawapan dari 1MDB dan LTAT kepada pendedahan ini. Saya juga masih menunggu LTAT mengemukakan senarai jumlah pesara tentera yang bayaran caruman persaraan mereka masih tertunggak.
-------------------
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KE ATAS 1MDB MENGESAHKAN KESAN MASALAH KEWANGAN 1MDB KE ATAS LTAT
Saya telah menimbulkan isu kelewatan pembayaran caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pesara-pesara tentera yang baru tamat tempoh perkhidmatan sejak seminggu lalu. Ada pesara yang terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya.
Semasa saya mula-mula menimbulkan perkara ini, 1MDB dan LTAT dalam kenyataan pertama mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada perkaitan di antara masalah kewangan 1MDB dengan kelewatan pembayaran caruman LTAT kepada pesara tentera. Malah, Pengerusi LTAT dengan terburu-buru mengugut untuk menyaman saya. 1MDB dan LTAT juga menafikan bahawa ada sebarang kelewatan pembayaran oleh 1MDB kepada LTAT dan semua bayaran adalah mengikut jadual.
Saya sertakan satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang kini masih beum dibentangkan kepada rakyat. Mukasurat ini secara khusus menunjukkan bahawa pengurusan 1MDB dan LTAT telah cuba menyembunyikan maklumat sebenar apabila saya mula-mula menimbulkan perkara ini.

Secara khusus, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB dan keterlibatan LTAT di dalam 1MDB mengesahkan perkara-perkara berikut:
1. 1MDB RE (anak syarikat 1MDB yang membangunkan Bandar Malaysia) mempunyai masalah untuk membayar kontraktor penempatan semula (iaitu anak syarikat LTAT)
2. 1MDB RE telah menggunakan sejumlah RM288 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibayar kepada anak syarikat LTAT bagi tujuannya sendiri iaitu membayar faedah pinjaman
3. Keputusan pengurusan 1MDB menggunakan peruntukan kerajaan sebanyak RM288 juta untuk membayar faedah pinjamannya tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB
4. Pembayaran tuntutan oleh PPHM kepada 1MDB bagi kos pembangunan lima lokasi penempatan semula iaitu Pengkalan Udara Subang, Pengkalan Udara Sendayan, Pengkalan Udara Polis Subang, Rejimen Artileri Diraja Kem Kajang dan Pengkalan Udara Kuantan telah tertunggak sejak bulan Disember 2014 hingga September 2015. Nilai bayaran tertunggak dari 1MDB kepada PPHM sehingga September 2015 adalah berjumlah RM396.41 juta
Laporan Ketua Audit Negara yang saya tunjukkan pada hari ini jelas membuktikan bahawa keterlibatan LTAT di dalam projek 1MDB dan masalah kewangan 1MDB telah membawa kesan kepada kedudukan LTAT.
Saya mengulangi desakan saya sebelum ini supaya LTAT menyelesaikan tunggakan bayaran caruman kepada pesara-pesara tentera secepat mungkin.
Saya juga mendesak supaya tindakan diambil ke atas Arulkanda Kandasamy, CEO 1MDB yang mengeluarkan kenyataan yang cuba menyembunyikan perkara sebenarnya dari pesara-pesara tentera dan rakyat apabila saya menimbulkan isu ini minggu lalu.
----------------------
Kedua-dua kenyataan dikeluarkan oleh ;
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pengantin Kena Tumbuk Duit Hantaran Tak Cukup

siakapkeli.my

Pengantin perempuan menarik tudung seorang wanita dipercayai ahli keluarga pengantin lelaki dalam pergaduhan di Masjid.

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinannya bersama dengan seorang pasangan hancur pabila dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita tersebut dalam satu kejadian di sebuah masjid kelmarin.

Menurut laporan Kosmo!, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid berkenaan kerana tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Sumber Kosmo! berkata, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

"Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

"Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis," katanya.

Difahamkan, pengantin lelaki tersebut yang berusia 27 tahun hanya bekerja sebagai pegawal keselamatan dan gajinya hanya RM1,500 sebulan.

Selain itu, turut difahamkan lelaki berkenaan sudah bercinta dengan kekasihnya, seorang gadis berusia 21 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Sumber turut berkata, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung namun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi lelaki berkenaan tidak membayar baki RM5,000.

"Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan," ujarnya.

Sumber juga berkata kekecohan berlaku di perkarangan masjid apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

Pengantin perempuan menarik tudung seorang wanita dipercayai ahli keluarga pengantin lelaki dalam pergaduhan di Masjid: Kosmo!.

Kosmo! juga turut membuat laporan lanjut kes ini di akhbar Kosmo! hari ini - Siakapkeli.my

Pengantin Ditumbuk, Wanita Mengaku Keluarga Pengantin Perempuan Tampil Beri Penjelasan Punca Kejadian
siakapkeli.my

Sejak semalam menjadi viral di laman sosial, menurut Kosmo pengantin lelaki telah ditumbuk duit hantara tidak cukup.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas keluarga pengantin lelaki dikatakan mahu beredar dari masjid kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran yang diminta iaitu RM15,000.

Video pergaduhan berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.

Melihat kisah ini menjadi lebih luas, seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku sebagai saudara pengantin perempuan telah tampil memberi penjelasan menggunakan Facebooknya.

Beliau bersama kenyataan itu menyertakan tulisan yang didakwanya adalah kenyataan yang ditulis oleh Imam masjid Khadijah yang sepatutnya menikahkan kedua-dua pasangan ini.

Apapun, harap kes ini diselesaikan dengan cara elok, tidak perlulah bergaduh di dalam rumah Allah yang suci itu. Lagi satu kita diluar ini tidak tahu punca sebenar, elakkan dari buat kesimpulan sendiri. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dakwaan perbelanjaan Najib - kereta, percutian, barang kemas...
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik perdana menteri.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.

Perbelanjaan termasuk:
1.. Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
2.. Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
3.. Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
4.. Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
5.. Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
6.. Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
7.. Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
8.. Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
9.. Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
10.. Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan reaksi mereka.

Dokumentari Australia Dedah Aliran Dana Luar Biasa Ke Akaun Najib Razak
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
BAN Politik

Dokumentari Australia - Four Corners memamparkan laporan apa yang didakwanya sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menurut program terbitan, Australian Broadcasting Corporatin (ABC) itu, kru penerbitannya telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh 'sumber pada peringkat tertinggi' yang tidak dinamakan.

"Dokumen-dokumen perbankan mendedahkan aliran luar biasa dan berterusan wang antara tahun 2011 dan 2014," kata suara latar program ini.
Antara lain, menurut Four Corners, AS$75 juta (RM301 juta berdasarkan kadar pertukaran hari ini) yang kononnya datang daripada seorang putera Saudi, manakala AS$80 juta (RM321 juta) lagi berasal daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Sebanyak AS$120 juta (RM482 juta) pula yang kononnya datang daripada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang tidak dinamakan.

Ketiga-tiga urusniaga kononnya berlaku pada 26 Jun 2012.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membebaskannya daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

(MKini)

Skandal Kewangan Najib Kini Dlm Bentuk Dokumentari - 1 Dunia Saksikan, Apa Kata Najib?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Aiyooo.

Ini kalau Najib tak mengambil apa-apa tindakan juga maka jangan la heran kalau rakyat percaya bulat-bulat dengan laporan tersebut.

Skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Najib kini dilaporkan dalam bentuk dokumentari 45 minit yang mana boleh dilihat oleh semua golongan masyarakat di seluruh dunia walau di mana jua mereka berada.

Ia adalah terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan dilaporkan dalam program Four Corners. Tajuk bagi laporan tu pun gempak --> State of Fear : Murder and Money in Malaysia - ABC News.

Fuhh tak fuhh la juga. Paling koman berpeluh la juga Najib kau nak menepis serangan nanti. Bersilat la juga penasihat-penasihat kat sekeliling dia tu kejap lagi. Silap-silap Pak Lah berjaga terus nak fikir alasan untuk membantu Najib dari serangan terbaru lagi terbuka dari station berita antarabangsa ABC News. Almaklumla. Jawatan penasihat buka free-free dapat. Kena la juga menyumbang bagi nampak bermakna di mata Najib. Tak gitew ke?

KAH KAH KAH

Untuk menonton video boleh lihat kat bawah neh. Kalau tak dapat akses, boleh klik sini.

Kat dalam laporan tersebut ada macam-macam isi. Kematian Kevin Morais pun ada. Bagaimana insiden pembunuhan Kevin dikaitkan dengan skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Najib, semua dorang kupas, ulas. Pemilik website Sarawak Report yang kena block dengan SKMM pun ada. Bagi ulasan dan laporan berkaitan skandal 1MDB dan dana 2.6b. Muka tak handsome Jho Low pun ada. Siap buat shot dekat pula tu. Keh Keh.

So ini secara tak langsung telah mewujudkan sesuatu persepsi dan mendatangkan sesuatu gambaran di pemikiran yang menonton laporan dokumentari berkenaan.

Jadi Najib, oleh kerana ko dah cop nak saman WSJ pada hari selasa, maka aku cadangkan hari khamis untuk ko saman ABC News pula kerana menyiarkan laporan berkenaan. Hari isnin dah guna, hari rabu pula hak milik Hishammudin, maka hari khamis yang paling terbaik sekali. Hari jumaat ko kan busy nak tawaf masjid untuk tunjuk perangai wasatiyyah. Mana dann' nak saman orang pada hari tu pun kan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Ini Tinggalkan Nota kecil Yang Menyentuh Hati Sebelum Maut Kemalangan
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

KISAH NYATA KISAH BENAR | Wanita Ini Tinggalkan Nota kecil Yang Menyentuh Hati Sebelum Maut Kemalangan | SEREMBAN : Ayat tulisan tangan di atas sekeping nota kecil ditemui di tepi tangan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang maut dalam kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah cukup menyentuh hati.

'Tuhanku ampunkan aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berikan aku rezeki, berikan aku petunjuk.'

Kejadian yang berlaku kira-kira 6.50 pagi, mangsa, Dina Shuhadah Ahmad Fariz berusia 17 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 untuk ke sekolah hilang kawalan dan terjatuh, sebelum digilis sebuah treler.
Kejadian tersebut berlaku tidak sampai 2 kilometer dari sekolahnya, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar.
Menurut datuk mangsa, Osman Senara, 72, penemuan nota tersebut sangat menyentuh hatinya, lebih-lebih lagi ia dijumpai di tepi tangan kiri cucunya itu selepas kemalangan.
"Nota itu ada dengan saya. Bila saya membacanya, saya juga sangat sayu. Arwah anak kedua dari lima beradik dan seorang yang periang.
"Dia pelajar yang cemerlang dan bercita-cita nak jadi jurutera. Dia ada cakap nak belajar rajin-rajin supaya dapat semua A dalam SPM nanti macam kakak dia. Tapi tak sempat," katanya.
Apa yang lebih menyedihkan, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ialah Sabtu lalu ketika mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah seorang bapa saudaranya di Taman Golf Height.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, siasatan awal mendapati, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun di lorong kanan.
"Akibatnya, mangsa terjatuh menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan batu konkrit di sebelah kanan tidak sempat memberhentikan kenderaan dan melanggar mangsa," katanya.
Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jenazah Allahyarham Dina Shuhadah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang.
sumber: Sinar Harian

11 Pemancing Dikhuatiri Hilang Sejak Ahad
siakapkeli.my

BACHOK, 29 Mac: Sebelas orang pemancing termasuk seorang awak-awak bot dikhuatiri hilang dalam perjalanan pulang dari memancing berhampiran pelantar minyak Lawit.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata bot berkenaan dipercayai mengalami kemalangan.

Kesebelas mereka sepatutnya pulang ke jeti Pantai Kemasin, Bachok pada petang Ahad namun selepas dua hari mereka masih gagal dihubungi.

Pihak APMM telah menghantar dua kapalnya untuk mencari dan mengesan bot berkenaan. Sehingga kini masih belum ada maklumat berkenaan bot tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.

Kereta BMW Terbakar di Celah Pondok Tol, Lelaki Rentung
siakapkeli.my

Petaling Jaya, 29 Mac: Seorang lelaki dipercayai mabuk yang tidur di dalam kereta jenis BMW rentung selepas kereta itu tiba-tiba terbakar di lorong Touch n Go di Plaza Tol Lebuhraya Sprint Damansara berdekatan Hotel Eastin kira-kira jam 5 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din pihaknya menerima panggilan awam yang memaklumkan kereta tersebut terbakar dan anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian.

"Menurut maklumat daripada pekerja tol itu, kereta terbabit dilihat berhenti di lorong tol Touch and Go pada 4 pagi. Pemandunya adalah seorang lelaki dipercayai mabuk dan terus tidur di kerusi penumpang depan selepas berhenti di situ.

"Pekerja terbabit cuba mengejutkan lelaki berkenaan tetapi pintu kereta berkunci dan cermin tertutup rapat serta keadaan enjin masih hidup.

"Kira-kira sejam kemudian kenderaan berkenaan tiba-tiba terbakar bermula dari bahagian enjin dan lelaki terbabit ditemui rentung," katanya.

Zani juga berkata, kenderaan terbabit didaftarkan diatas nama Ng Leong dan Soon Man beralamat di Taman Canning Perak.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

Dalam pada itu, BMW berkata pihaknya bersedia membantu dalam penyiasatan berikutan kejadian itu - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Guru Tampil Dedah Cerita Sebenar Kes Murid Gunting Lidah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik.

Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik lebih kurang dalam jam 6 petang. Ustazah itu masuk dan selepas budak-budak bagi salam, baca doa pula. Macam biasa.

Selepas baca doa, ustazah itu ada tegur 2, 3 orang budak baca doa tak betul. Ustazah itu pergi dekat dengan budak yang baca doa tak betul itu untuk talaqqi'lah kononnya.

Tak semena-mena budak itu menangis dan ustazah itu pun berasa pelik, kenapa budak lain yang kena tegur, dia pula yang menangis. Masa itu, barulah nampak mulut budak itu berdarah sambil pegang gunting.

Dipendekkan cerita, memang tidak wujud pun pembuli itu dan tidak berlaku sama sekali kes buli itu. Masalahnya, pihak atasan tidak membenarkan kita membuat laporan polis. Selepas itu, polis pula seakan percaya dan masuk on their side.

Masalahnya, budak itu uztazah yang ajar dia dari bulan Januari pun dia tak boleh cam. Sekarang ini, pihak Forensik siap datang ke sekolah untuk periksa tandas.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tak benarkan kita buat laporan polis. Itu yang membuatkan kita rasa geram.

Tetapi tadi PK petang, ustazah yang terlibat dalam kejadian dan guru kelas murid terbabit pergi juga buat laporan polis bagi pihak diri sendiri.

KPM kata nak tunggu pihak polis selesaikan siasatan dulu, baru akan ambil tindakan seterusnya. Sekarang ini, pihak Forensik pergi periksa sampai ke tandas konon-kononnya budak itu dibuli di tandas untuk cari bukti. Kasihan, menyusahkan orang betul. Disebabkan cerita yang direka-reka, banyak pihak yang terlibat. En Hud, pening kepala.

Yang ini, mak dia saja yang pandai reka cerita, dia dok provok anak dia. Budak ini kelas hujung, jadi faham-faham sajalah macam mana budaknya.

Sekarang ini, OCPD Klang sudah 'panas bontot'. Selepas cikgu-cikgu itu buat lapor polis tadi, baru mereka macam okay sikit dengan pihak sekolah.

Kami, cikgu-cikgu sesi petang memang bersatu hati. Tadi pun setengah hari di sekolah sebab nak bincang apa yang patut dibuat. Kalau perlu gunakan khidmat peguam, kami sanggup 'tong²' duit. - PIXEL MEDIA

Nota Kaki: Ini adalah penjelasan dari guru yang terlibat, yang tersebar di aplikasi WhatsApp. Sumber ini boleh dipercayai. Bukan rekaan semata-mata.

Sumber: pixelperfext

Potong Lidah: Ibu Mahu Anak Tukar Sekolah
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Gambar Hiasan

KLANG: Ibu kepada murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di sini, Khamis lepas, mahu anaknya itu ditukarkan ke sekolah lain dengan segera.

Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata dia serik dan mahu kejadian hitam yang menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8, tidak berulang.
"Saya mahu menukarkan dia (Muhammad Alif Shukran) ke sekolah lain kerana tidak mahu dia dibuli lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini Ahad.
Siti Nurhuda berkata polis juga telah mengambil semula keterangannya pada Ahad, berhubung siasatan kes berkenaan.

Beliau berharap polis dapat menyelesaikan segera kes tersebut supaya ia tidak berlaku ke atas murid lain.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan memberi khidmat kaunseling kepada Muhammad Alif Shukran.
Pengarahnya Zainureen Mohd Noor berkata ia bagi memulihkan semangat murid tahun dua itu untuk terus bersekolah dan belajar.
"Di samping itu, pihak jabatan pendidikan juga sedang giat melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.
Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. - BERNAMA

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/potong-lidah-ibu-mahu-anak-tukar-sekolah.html#ixzz44DBLIXUe
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Buli : Pelajar Darjah 2 Disuruh Potong Lidah Sendiri
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Klang, 26 Mac: Seorang ibu terkejut apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam satu kejadian yang berlaku di sekolah rendah di sini kelmarin.

Wanita tersebut menerima panggilan dari pihak sekolah yang memaklumkan bahawa anak lelakinya itu cedera pada lidah.

Wanita tersebut kemudian segera ke sekolah sebelum anaknya itu dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk rawatan.

Sumber Harian Metro berkata, setelah di desak, pelajar berusia lapan tahun itu menceritakan perkara sebenar.

"Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

"Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera," katanya.

Ibu mangsa berkata kini anaknya berada dalam keadaan baik.

"Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Sebelum ini, gambar pelajar tersebut yang dalam keadaan kesakitan menjadi viral di media sosial sehinggakan menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Menerusi gambar yang viral, sebahagian kecil bahagian hadapan lidah mangsa dilihat terpotong.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/buli-pelajar-darjah-2-disuruh-potong.html#ixzz44DBSeZMD
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 29, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 29 March 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: