Friday, March 25, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4443

9 Messages

Digest #4443

Messages

Thu Mar 24, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Azalina 'Dimalukan' Cuba Ambilalih Tugas Speaker Dan Tak Tahu Peraturan Dewan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menukar keputusan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang tidak membenarkan isu derma politik RM2.6 billion dibahas di Parlimen.

Pandikar Amin membuat keputusan itu selepas ahli Parlimen pembangkang membantah arahan yang dikeluarkan Azalina yang menimbulkan pertikaian hampir sejam di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang mahu soalan mengenai dana RM2.6 billion perlu didengar terlebih dahulu bukan langsung tidak dijawab.
Pandikar Amin bersetuju dan mengakui Azalina telah melangkaui tugasnya dengan membuat keputusan awal sebelum berbincang dengannya.

"Kesilapan yang dilakukan Menteri (Azalina) adalah dia bertindak lebih awal mengambil alih tugas Speaker. Jadi, tidak sesekali kesilapan ini akan berulang.

"Jika tidak, rakyat akan berkata Speaker sewenang-wenangnya mengikut arahan pihak tertinggi," katanya.

Azalina mengeluarkan arahan itu pada 16 Mac lalu mengikut Peraturan 23 (1) yang menyebut sebarang isu yang sedang berjalan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.

Beliau membuat arahan itu susulan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh Majlis Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Mac 2016. - FMT

-----------------------------------

Pandikar selar Azalina pikul kuasa speaker

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman kerana didakwa mendahului kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion tidak boleh dibangkitkan di Dewan Rakyat kerana dianggap subjudis.

Menurut Pandikar, tindakan yang dilakukan Azalina itu dilihat cuba melangkaui atau 'pre-empt' kuasanya sebagai seorang speaker.

"Di sini, menteri telah pre-empt isu ini. Anda memikul kuasa speaker yang mana ia salah. Jadi, jangan ada mana-mana menteri yang mengulanginya. Itu adalah kuasa speaker.

"Kalau tidak, menteri-menteri ini orang anggap telunjuk speaker," katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Minggu lalu, Azalina berkata, soalan berhubung 'derma politik' RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razaktidak lagi boleh dibangkitkan di Parlimen.

Beliau berkata ini kerana perbincangan itu adalah subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Badan Peguam mengheret Apandi ke mahkamah kerana keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib dan 'membersihkan' perdana menteri daripada sebarang salah laku berhubung sumbangan RM2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International. - mkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Johan Cruyff Meninggal Dunia
siakapkeli.my

AMSTERDAM: Lagenda bola sepak Belanda dan Barcelona, Johan Cruyff telah meninggal dunia pada usia 68 tahun menurut laporan di laman web peribadinya sebentar tadi.

Laman web tersebut melaporkan Cruyff meninggal dunia di sisi keluarga dan rakannya di Barcelona selepas bertarung dengan kanser.

Pada Februari lepas, Cruyff membuat satu kenyataan dengan mengatakan rawatannya kini berjalan lancar dan dia akan pulih sepenuhnya.

"Selepas beberapa kali rawatan, saya boleh kata yang keputusannya sangat positif. Terima kasih kepada kerja yang hebat dari doktor, sokongan dari orang ramai dan juga metaliti positif saya", katanya pada Februari. - Siakapkeli.my

Sumber : Laman web rasmi Johan Cruyff

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Main Permainan "Tekan Dada & Pengsan"
siakapkeli.my

LYMAN: Seorang budak lelaki berumur 11 tahun maut ketika mengambil bahagian dalam cabaran media sosial online, kata ibunya.

Budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Da'Vorius Christopher 'Chi-Chi' Gray dari Carolina Selatan, ditemui maut di rumahnya selepas bermain permainan cabaran "pass out challenge".

Ibunya menyalahkan pengaruh online ke atas kematian itu dan menggesa penyeliaan lebih tegas ke atas penggunaan media sosial.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi padera keluarga itu, Mark Pangel, ibu itu berkata: "Jika saya dapat putarkan masa, saya akan memantau lebih tegas penggunaan media sosial, YouTube dan internet.

"Dia mengambil bahagian dalam cabaran digelar 'kick' dan bermain permainan digelar 'hangman' dan 'pass-out challenge' di mana kanak-kanak bermain sehingga pengsan dan jelasnya ia adalah permainan amat popular.

"Anak saya juga tidak menunjukkan tanda-tanda kemurungan atau kelakuan merosakkan, namun Da'Vorius seorang yang gemar membuat helah."

Laporan dari nydailynews, Gray mengetahui tentang permainan "pass-out challenge" itu dari media sosial.

Laporan itu turut menjelaskan bahawa permainan "Pass-out-challenge" adalah permainan dimana pemainnya mencekik leher atau menekan dada dengan tujuan untuk menjadi khayal kerana kekurangan oksigen.

Sementara itu, hasil carian Youtube terhadap kata kunci "pass-out-challenge" mendapati lebih dari 270,000 video yang terhasil.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kes Aminulrasyid - PDRM Kalah, Diarah Bayar Denda Kepada Keluarga - Kebenaran Akhirnya Terbukti.

bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Aminulrashid akan berusia 21 tahun jika dia masih hidup hari ini. Bayangkan jika anak kita buat satu kesilapan yang boleh diperbaiki dihukum dengan kematian.. boleh terima ke?

Bukan duit yang dicari keluarga Aminulrashid sebaliknya kebenaran disebalik insiden kerana insiden berkenaan telah menyebabkan kematian anak kesayangan mereka yang turut dihukum secara kejam oleh mereka-mereka yang membela PDRM...

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan defendan, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu lapor Malaysiakini.

"Hakim memutuskan bahawa plaintif (ibu dan kakak Aminulrasyid) berjaya membuktikan bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid.

"Dalam erti kata lain, plaintif berjaya memenangi kes terhadap kerajaan berhubung tembakan polis yang membunuh Aminulrasyid enam tahun lalu," kata peguam N Surendran kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ganti rugi RM414,800 termasuk RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.

Saman berkenaan difailkan pada 17 April 2013 oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 46, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 67, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua untuk menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian Koperal Jenain Subi, 54, dan tiga yang lain.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ADUH FESYEN APA PULAK NI, ATAS TERTUTUP BAWAH TERBUKA...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Akhir zaman ni byk fesyen yng pelik dan mengundang murka Allah SWT...

TOLONG BAGITAU AKU APA MOTIF PASANGAN PENGANTIN NI TANGKAP GAMBAR MACAM NI?
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Hina Sangatkah Orang Muda Kahwin Dengan Orang Tua Sehingga Jadi Bahan Jenaka," Antara Luahan Pengantin Perempuan
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersebar tiga keping gambar seorang remaja wanita berumur 18 tahun telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 62 tahun.

Gambar-gambar berkenaan tersebar luas di media sosial dah dikongsikan oleh netizen dengan pelbagai kepsyen yang kebanyakannya menjadikan sebuah perkahwinan ini sebagai lawak jenaka.

Ada yang mengatakan bagai anak dan ayah, ada mengatakan tidak patut berkahwin di mana sesuai untuknya dan tidak kurang melahirkan rasa cemburu dengan pasangan berkenaan.

Hati mana tidak terasa, sudah pasti pengantin yang juga merupakan manusia biasa ini berkecil hati melihat gambar-gambar berkenaan menjadi bahan lawak orang ramai di media sosial.

Menyedari gambarnya itu disebarkan, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri telah tampil meninggalkan komennya di sebuah page Facebook yang turut menyiarkan gambar berkenaan.

"Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua?, perkahwinan saya adalah perkahwinan yang sah, bukannya buncit(hamil) dahulu baru berkahwin," soal Nasirah kepada netizen.

Menurut beliau lagi, sebelum ini dia hanya mendiamkan diri, gambar-gambar ini turut disebarkan di dalam Instagram, tetapi tidak mahu cepat melatah.

"Tapi ramai yang 'up'kan pasal saya sehingga hilang rasa sabar, kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sanagt dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih," tulis Nasirah lagi.

Disebalik itu, terdapat juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.

"Jangan rasa macamtu adik, saya gembir, Wallahi,,Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab 'rare' jer, Dalam Jannah, takde beza umur dah, semua sebaya," kata Faten Nasyrah Zulkifli.

"Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan, bagus adik akwin awal, akak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya? tengok je lah nanti," kata Aliah Amanee.

Apapun, kami dari Siakapkeli mendoakan pasangan En Ismail Lambak dan Nur Nasirah Nazri ini berbahgia sehingga ke akhir hayat. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Terkejut ayat al-Quran 'ghaib'
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Mohamad Khori menunjukkan perbandingan dua muka surat ayat al-Quran hilang di satu naskhah dengan naskhah al-Quran lain di Masjid Hijau Kampung Kedah, pagi tadi.

PARIT BUNTAR - Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.

Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi'ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.

Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi'ah yang ingin dibaca 'hilang' ketika membukanya.

"Saya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.

"Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk)," katanya kepada media di sini hari ini.

Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi'ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.

"Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam," katanya.

Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi'ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.

"Dewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.

"Saya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya," katanya.

Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.

-sinar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/terkejut-ayat-al-quran-ghaib.html#ixzz42Jsgc5R5
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Ayat al-Quran hilang bertambah enam muka surat

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PARIT BUNTAR - Misteri kehilangan dua muka surat ayat suci daripada sebuah al-Quran di Masjid Hijau, Kampung Kedah pada Ahad lalu yang menjadi viral di seluruh negara tidak terhenti setakat itu.

Lebih mengejutkan, pengerusi masjid itu, Ahmad Abdul Hamid dan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar (PAPB), Khairul Nizam Mat Nor mengesahkan tambahan enam muka surat mengandungi ayat suci al-Quran daripada naskhah sama turut dikenal pasti 'ghaib' sejak petang semalam.

Ahmad berkata, apabila pendedahan dua muka surat ayat al-Quran hilang dibuat Naib Kadi PAPB, Mohamad Khori Junus di Sinar Harian kelmarin, Masjid Hijau terus menjadi tumpuan ramai penduduk setempat yang hadir untuk menyaksikan sendiri naskhah Al-Quran itu.

Bagaimanapun, satu penemuan susulan mengejutkan berlaku pada petang semalam apabila beberapa jemaah wanita yang hadir mengikuti kuliah Asar di masjid itu mendakwa mengesan tambahan ayat al-Quran turut hilang daripada naskhah sama.

"Perkara itu dimaklumkan kepada Khairul Nizam yang kebetulan hadir memberi ceramah Kuliah Asar di situ ketika itu.

"Setelah semakan teliti dibuat, beliau mengesahkan jumlah keseluruhan ayat Al-Quran hilang daripada naskhah itu sebanyak lapan muka surat," katanya kepada media di sini hari ini.

Sementara itu, Khairul Nizam ketika ditemui menegaskan potongan ayat al-Quran daripada lapan muka surat 'ghaib' merupakan ayat 32 hingga 49 Surah At-Thur, ayat 1 hingga 26 Surah An-Najmi, Surah Az-Zariyat (ayat 7 hingga 51, Surah Al-Qamar (ayat 7-49) dan dua surah asal didakwa hilang iaitu Surah Ar-Rahman (ayat 41-78) dan Surah Al-Waqiah (ayat 1-16).

Menurutnya, dia segera meminta Mohamad Khori mengenal pasti jumlah sebenar muka surat mengandungi ayat Al-Quran hilang bagi mengelakkan dirinya tersilap tafsir.

"Namun, Mohamad Khori mengesahkan hanya dua muka surat sahaja hilang sewaktu dia menyemak al-Quran itu beberapa kali pada Ahad lalu.

"Demi kepastian, saya berulang kali menyemak naskhah al-Quran terbabit dan jumlah ayat al-Quran hilang memang bertambah," katanya.

Khairul Nizam berkata, kejadian aneh ini sememangnya dipandang berat Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan naskhah al-Quran itu turut diambil untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).

Menurutnya, perkara itu turut dimaklumkan kepada Timbalan Pengarah JAIPK, Haris Fadzillah Abdul Halim sejurus 'kehilangan' ayat al-Quran itu disahkan dirinya.

"Bagi saya, kejadian ini sebenarnya satu petanda penting peringatan Allah SWT bahawa umat Islam di seluruh negara perlu kembali mengimarahkan al-Quran di dalam jiwa mereka.

"Salah satu potongan ayat al-Quran hilang menceritakan kejadian besar pada hari kiamat dan kita perlu mengambil iktibar kejadian ini untuk kembali bertaubat dan mengikuti ajaran Islam sebenar," katanya.

Khairul Nizam berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan berlaku masalah kesilapan pencetakan sewaktu naskhah itu diterbitkan, namun kemungkinan kejadian itu satu petanda peringatan daripada Allah SWT tidak boleh diketepikan.

Dalam pada itu, Mohamad Khori mengakui terkejut dimaklumkan berlaku penambahan 'kehilangan' enam muka surat ayat al-Quran dari naskhah al-Quran sama disemaknya.

"Pada Ahad lalu, saya mengakui beberapa kali menyemak semula setiap helaian muka surat pada naskhah al-Quran itu dan mendapati hanya dua muka surat hilang.

"Kini, helaian muka surat 'ghaib' semakin bertambah dan saya benar-benar takut serta insaf dengan kejadian tersebut," katanya. - Sinar Harian

Al-Quran dalam keadaan baik walau maahad tahfiz rentung
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Sebahagian al-Quran yang ditemui dalam keadaan masih elok walaupun terdapat kesan kebakaran.

SABAK BERNAM - Guru dan pelajar di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Batu 40, di sini, terkejut menemui kira-kira 15 al-Quran dan kitab hadis dalam keadaan baik meskipun bangunan maahad itu rentung terbakar pagi, semalam.

Pengetuanya, Mohd Sharif Musa berkata, kitab suci itu ditemui ketika pelajar dan guru mencari barang kelengkapan lain yang boleh diselamatkan, malangnya semuanya hangus dijilat api kecuali al-Quran dan hadis.

Menurutnya, sebahagian al-Quran dan kitab hadis yang ditemui itu masih dalam keadaan elok, bagaimanapun terdapat kesan kebakaran pada kulit depan dan belakang al-Quran tanpa menjejaskan isi kandungannya.

"Kebesaran yang ditunjuk ALLAH pada hari ini (semalam) apabila kami menemui kitab al-Quran dan hadis yang masih sempurna kandungannya walaupun kebanyakan barangan rentung terbakar," .

Mohd Sharif berkata, al-Quran dan hadis itu ditemui di pejabat dan bilik koperasi selain beberapa helai jubah dan barangan kelengkapan solat juga turut ditemui masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih lagi dalam proses mencari dan mengesan sisa-sisa bahan kebakaran berbentuk tulisan termasuk al-Quran dan hadis yang terbakar untuk dikumpul bagi proses pelupusan.

"Bahan berbentuk tulisan ini akan kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sharif berkata, pihaknya memerlukan jutaan ringgit bagi menampung kos pembinaan semula bangunan itu selepas pejabat, bili guru dan tiga bilik asrama terbakar dalam kejadian berkenaan.

"Bangunan yang dibina sejak tahun 80-an ini tak boleh digunakan dan terpaksa dirobohkan semula atas faktor keselamatan. Kita memerlukan dana besar bagi kos bina semula dan baikpulih beberapa prasarana lain," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, pelajar akan ditempatkan sementara di dewan serbaguna dan surau maahad itu, manakala selebihnya akan dipindahkan ke bilik asrama yang masih selamat dalam kejadian itu.

"Keadaan ini mungkin kurang selesa kepada pelajar tetapi kita harap mereka sabar dengan ujian ini. Kita harap dengan adanya sumbangan orang ramai dapat bantu mempercepatkan pembinaan bangunan baru maahad ini," katanya.

Jelas beliau, maahad yang mempunyai seramai 103 pelajar dan lapan tenaga pengajar itu memerlukan sumbangan daripada mana-mana pihak bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung pihak pengurusan sekolah terbabit.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang ingin menghulur bantuan boleh menyalurkan sumbangan mereka ke nombor akaun Maybank Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi Batu 40 (562094050271).

-Sinar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/al-quran-dalam-keadaan-baik-walau.html#ixzz42J21mVyl
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cuaca Panas: Buka Tingkap Sedikit Untuk Elak Kereta Meletup? Ini Jawapan Daripada Pakar
siakapkeli.my

Sejak negara kita dilanda fenomena EL Nino yang menyebabkan cuaca panas luar biasa sehingga mencapai 40 darjah Celsius, pelbagai berita dan spekulasi disebarkan di media-media sosial Facebook, Twitter dan Whatapps.

Terbaru tersebar sebuah pesanan yang kononnya telah dikeluarkan oleh pihak TNB dan SMART di mana berdasarkan pesanan itu mengingatkan kepada semua pengguna kenderaan bertingkap yang berjemur lebih daripada 2 jam di bawah bacaan suhu melebihi 39.7 darjah Celsius supaya tidak menutup rapat cermin kereta mereka kerana akan menyebabkan tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar.

Antara mesej palsu yang disebarkan

Bagi menjawab mengenai perkara ini, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, yang dihubungi Berita Harian telah menjelaskan mengenai perkara ini.

"Jika benar dakwaan itu maka sudah tentu banyak kereta di negara Asia Barat yang cuacanya lebih panas berbanding Malaysia meletup," katanya.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, kejadian itu tidak berlku dan apa yan disebarkan di media sosial adalah mengarut dan tidak perlu dipercayai.

"Sewaktu saya belajar di Texas, Amerika Syarikat, ketika musim panas suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius tetapi tiada kejadian kereta meletup atau terbakar sepanjang berada di sana.

"Mengenai perlu menurunkan tingkap sehingga 30 peratus itu adalah helah bagi aktiviti jenayah oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Penyebar berita palsu berkenaan telah meletakkan nama syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menunjukkan berita tersebut adalah daripada TNB dan sahih di mana bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

TNB ketika dihubungi oleh Berita Harian menafikan mesej tersebut dikeluarkan oleh mereka dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.

Menurut Pakharuddin lagi, TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Metereologi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



INI BUKTI PUNCA BANGSA MELAYU MUNDUR ADALAH DISEBABKAN AGENDA YAHUDI DAN CINA.
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 24, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 24 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: