Tuesday, March 22, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4440

9 Messages

Digest #4440

Messages

Mon Mar 21, 2016 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bandingkan Lawatan Dato Vida Dengan TMJ Ke Sepanyol, Kaki Bola 'Serang' Facebook Peserta Maharaja Lawak Mega 2016
siakapkeli.my

Seperti kita ketahui dunia sukan bola sepak negara kita sekarang sudah mula menunjukkan perkembangan baik selepas kerabat diraja Johor dan beberapa jutawan kosmetik telah menaja pasukan pilihan masing-masing.

Dengan perkembangan ini membuatkan liga bola sepak Malaysia semakin meriah dan sedikit cuit mencuit antara mereka ini adalah perkara biasa.

Nama Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dan Datuk Seri Vida sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di mana kelibat kedua-dua individu ini telah menjadi sebuatan peminat bola sepak Malaysia.

Masing-masing dengan gaya masing-masing yang tersendiri yang membuatkan nama mereka beruda tidak pernah lekang dek sebutan peminat bola sepak seluruh Malaysia.

Terbaru, kedua-dua individu hebat ini dilaporkan telah melawat negara kuasa besar bola sepak dunia iaitu Sepanyol di mana dalam lawatan yang berbeza mereka telah berkunjung ke beberapa kelab bola sepak terkenal Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcalona.

Bagaimanapun semalam telah menjadi topik perbincangan hangat apabila secara tidak disangka-sangka seorang peserta Maharaja Lawak Mega 2016, Azrul dari kumpulan Cham yang baru tersingkir pada minggu ke-7 telah memuat satu status yang dilihat seperti memerli Datuk Sri Vida ke laman Facebooknya dimana dia telah membandingkan lawatan DSV dengan TMJ ke Sepanyol menyebabkan penyokong bola sepak terutamanya dari pasukan PQPTRW 'naik angin'.

Berikut adalah status yang dimuatnaik oleh beliau.

Dan berikut adalah reaksi daripada peminat bola sepak

Bagaimanapun status berkenaan telah pun dipadam oleh Azrul, tetapi sehingga kini dilihat peminat bola sepak terutamanya peminat pasukan PQPTRW masih menyerang timelime facebook beliau mungkin masih tidak berpuas hati dan ada juga antara mereka meminta Azrul memohon maaf.

Sebagai artis perlu diketahui apa tindak tanduk kita lakukan pasti diperhati, sepatutnya kenyataan berkenaan tidak keluar daripadanya kerana kedua-dua insan ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam memajukan industri bola sepak tanah air. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 8:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pilih Kuantiti Atau Kualiti Anak? Jawapan Yang Diberikan Seorang Dokor Buat Pesakitnya Sentap
siakapkeli.my

Tidak dinafikan anak merupakan anugerah terindah daripada Maha Pencipta kepada pasangan yang mendirkan rumah tangga, bahkan ramai orang diluar sana tidak memiliki anak dan ada sanggup berhabisan beribu ringgit demi mencuba mendapatkan anak atau mencari anak angkat.

Anak yang dianugerahkan pula satu amanah daripada Allah kepada kita, kita yang harus mencorakkan anak-anak ini, baik kita corak, baiklah jadinya.

Di zaman tenologi semakin maju dan dunia semakin tua ini, anak-anak kita terdedah kepada pelbagai anasir baik dan jahat, jadi haruslah kita memberi perhatian dalam hal ini, kita sering terdengar kisah sesebuah keluarga yang anaknya terlalu ramai sehingga perlu diserahkan kepada orang lain untuk dijaga dan ada juga anak terlalu ramai menyebabkan ibu bapa tidak dapat memberi perhatian kepada mereka sehingga terlibat dalam gejala tidak baik.

Terbaca admin satu artikel yang ditulis oleh seorang doktor perubatan di laman facebooknya bernama Nurul Aimi, dimana beliau memuatnaik perbualannya dengan seorang wanita yang berumur 48 tahun yang disahkan mengandung anak ke 8.

Wanita itu mempunyai penyakit dan pada umurnya merupakan umur yang agak tinggi risiko apabila melahirkan anak, tetapi dilihat wanita itu cuba melenting apabila dinasihatkan doktor dengan menjadikan agama sebagai alasan sedangkan agama itu sendiri melarang jika sesuatu perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri.

Jom kita baca kisah penh doktor berkenaan dengan pesakitnya.

A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance – kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis.)

So boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk pregnancy.

To make sure every information written on her book is correct, I'm asking the patient again.

"Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?

"Ya, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur."

"Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?"

"Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki."

Dah kenapa nak rasa offended?

"Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki," kata saya.

"Takde lah. Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang Melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?" katanya melenting.

Saya pun mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.

"Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah daripada Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan."

"Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat. Asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik."

"Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?"

"18 tahun. Baru habis SPM."

"Berapa keputusan SPM dia?"

"Teruk. Tak pandai mana."

"Anak puan yang sulung tu, perempuan ke lelaki?"

"Perempuan, kenapa doktor?"

"Pakai tudung menutup dada?"

"Tak… kadang pakai, kadang tak."

"Cukup solat 5 waktu dijaga?"

Si ibu termenung jauh.

"Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah."

"Kalau puan dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah."

"Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah."

"Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil."

"Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah."

"Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita."

Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata.

Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu.

Nasihat itu bukan semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga.

Moga menjadi iktibar untuk semua.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



N3 HUJUNG MINGGU: MENGAPA INI HARUS TERJADI?
bloglist-malaysia.blogspot.
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Benarkah?

Sudah beberapa hari 2 gambar ini berlegar di alam maya:

ORANG MELAYU JUAL NASI LEMAK DEPAN RUMAH

BANGLA BUAT APA DI PASAR?

Yong pasti pihak berkuasa tempatan sudah maklum tentang dua gambar di atas.

Orang Melayu itu berniaga tanpa lesen. Maka dia diambil tindakan oleh penguatkuasa tempatan.

Ok.

Kita terima alasan, berniaga mesti ada lesen.

Tetapi bagaimana dengan Bangla itu?

Rakyat diberitahu, pendatang ke Malaysia tidak boleh berniaga. Noktah.

Jadi apa yang sedang dilakukan oleh Bangla itu?

Oh...agaknya diorang sedang "menderma"; ikan-ikan di pasar. Maklumle, sekarang ini trend orang dari luar negara rajin "menderma"; kepada rakyat Malaysia.

comments:
1..
fakhruddin yusoff
Assalam Yong

Bangla ada bayar, melayu kedekut?

a..
Yong Intan Noor
Salam,
Hahaha...Malangnya rakyat Malaysia.

2..
Asli Mohamad
Gitu le susahnye mencari makan di tanah ayo seniri.oghang luo senang2 mencike hak kite!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kemalangan Babitkan Treler, Lori dan 12 Kereta
siakapkeli.my

SHAH ALAM, 21 Mac - Satu kemalangan yang membabitkan 14 buah kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari telah mengakibatkan kesesakan teruk tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 12.48 tenghhari sebelum mengerahkan sepasukan enam anggota dan seorang Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke lokasi kejadian.

Bomba tiba di tempat kejadian pada 1.12 petang.

"Laporan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan 12 buah kereta, sebuah lori kontena dan sebuah lori pasir.

"Ia berlaku di Persiaran Mokthar Dahari, dekat simpang empat menghala masuk ke Subang," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambah beliau lagi, kesemua mangsa telah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

"Ketika bomba sampai, mangsa yang cedera sudah tiada di lokasi.

"Bagaimanapun, kami difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya - Siakapkeli.my

Bas Persiaran Terbalik Dirempuh Jentera Bomba
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

SEBUAH bas Persiaran yang membawa 15 pelancong yang singgah berehat di hentian makan di Kilometer 6.9 Lebuhraya Changlun ke Bukit Kayu Hitam terbalik selepas dirempuh sebuah jentera Bomba. - Foto ihsan JBPM

BUKIT KAYU HITAM: Sebuah bas persiaran yang membawa 15 penumpang dirempuh hingga terbalik oleh jentera bomba di kawasan perhentian di Kilometer 6.9 Lebuhraya Changlun menghala Bukit Kayu Hitam di sini petang tadi.

Ketika kejadian jam 4.30 petang itu, bas persiaran berkenaan membawa tiga warga Singapura, 11 warga Thailand dan empat rakyat tempatan termasuk dua daripadanya pemandu bas.

Nahas berlaku apabila bas berkenaan gagal membuat pusingan U untuk ke Kuala Lumpur dan berundur semula menyebabkan ia dirempuh jentera bomba yang datang dari arah belakang.
Berikutan kejadian itu, pemandu dan pemandu kedua serta seorang daripada pelancong terbabit yang cedera dihantar ke hospital Jitra.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



INILAH AKIBATNYA JIKA ORANG PEREMPUAN PAKAI GINCU TEBAL2 KE KENDURI
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Kad Jimat Tenaga' Penipu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Putrajaya: Suruhanjaya Tenaga menafikan sokongan terhadap sebarang alat penjimatan tenaga termasuk dalam bentuk 'Kad Jimat Tenaga' didakwa menjimatkan bil elektrik sehingga 35 peratus.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyalah guna logo Suruhanjaya Tenaga untuk menarik perhatian pengguna membeli produk itu melalui laman sosial adalah amat dikesali.

Justeru, pihaknya menegaskan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo suruhanjaya berkenaan.

"Suruhanjaya Tenaga ingin mengingatkan cara yang paling berkesan untuk penjimatan tenaga elektrik adalah melalui penggunaan tenaga secara cekap.

"Sebagai panduan kepada pengguna domestik khususnya, kami memperkenalkan label cekap tenaga untuk beberapa kelengkapan elektrik domestik seperti peti sejuk, kipas, televisyen, pendingin hawa dan mentol lampu," katanya hari ini.HM

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/kad-jimat-tenaga-penipu.html#ixzz4344djzJ9
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

iPhone 6 Terbakar Dalam Pesawat ke Hawaii

siakapkeli.my

SEATTLE, 21 Mac - Seorang gadis tempatan di sini terkejut apabila iPhonenya secara tiba-tiba terbakar ketika di dalam pesawat ke Hawaii pada Khamis lalu.

Menurut Anna Crail, dia sedang menonton filem ketika api mula keluar dari iPhone 6 nya.

"Ketika api bermula, saya menyangka kami (pesawat) akan jatuh

"Tiba-tiba ada api 8 inchi keluar dari telefon saya

"Jadi saya jatuhkannya ke lantai dan ia menggelungsur ke tempat duduk orang lain, dan api semakin marak dan beberapa orang sudah terbangun", kata Crail.

Anna Crail.

Menurut Alaska Air, krewnya dilatih untuk berhadapan dengan situasi ini dan api dapat dikawal dengan cepat.

Pakar penerbangan, John Nance berkata kebanyakan syarikat penerbangan mengharamkan hoverboards kerana ancaman api, dan perkara yang sama boleh juga berlaku pada telefon pintar.

Tambah Nuance lagi, kejadian seperti ini menjadi sebab mengapa pengguna perlu meletakkan telefon mereka di dalam 'airplane mode' ketika menaiki pesawat. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Haram Ambil Barang dari Kenderaan Terlibat Kemalangan Tanpa Kebenaran - Mufti Selangor
siakapkeli.my

SHAH ALAM 12 Mac – Orang ramai khususnya umat Islam diingatkan supaya tidak mengambil apa-apa barangan termasuklah makanan dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kerana perbuatan itu tidak boleh dilakukan sama sekali dan hukumnya adalah haram sekiranya baranganitu diambil tanpa kebenaran dari pemiliknya.

Perkara itu ditegaskan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid.

"Haram tetap haram, kenderaan yang membawa muatan barangan atau makanan terlibat dalam kemalangan itu ada pemiliknya. Pemandu kenderaan yang membawa muatan tersebut itu adalah pemegang amanah.

"Maka, mana-mana pihak tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil apa-apa barangan atau makanan daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sama ada barangan itu kecil atau besar tanpa kebenaran pemiliknya," katanya menurut laporan Utusan Online.

Mohd Tamyes berkata sedemikian ketika mengulas tentang penyebaran gambar orang ramai mengutip vico dari lori yang terbalik di Jalan Klang-Teluk Intan pada pagi semalam.

Mohd Tamyes juga turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil tanggungjawab membantu mana-mana pemandu kenderaan yang terbabit kemalangan selain bersama-sama melindugi barangan yang dibawa oleh kenderaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi Siakapkeli hari ini menafikan laporan dari sebuah portal arus perdana yang menyatakan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan yang menyebut pihak pengurusan lori terbabit telah memberi kebenaran kepada orang ramai mengambil barangan tersebut.

"Saya cuma mengesahkan ada kemalangan. Itu sahaja.

"Ya, saya ada diberitahu tentang laporan (dari media arus perdana) itu. Saya minta pihak-pihak berkenaan betulkan lah", kata Ruslan Abdullah ringkas.

Pihak pengurusan lori pula ketika dihubungi oleh Siakap Keli berkata pihaknya terkejut apabila melihat gambar orang ramai mengutip vico yang viral.

Selain itu pihaknya juga berharap perkara seumpama tidak berlaku di masa hadapan dan berharap agar orang ramai lebih prihatin.

Semalam, beberapa keping gambar yang memaparkan orang ramai mengutip produk vico yang terjatuh dari sebuah lori terbalik. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 21, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Monday, 21 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: