Thursday, March 24, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4442

9 Messages

Digest #4442

Messages

Wed Mar 23, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MAJALAH TIME LAPOR MALAYSIA 'TOP 5' RASUAH DI DUNIA
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Majalah TIME lapor Malaysia 'Top 5' rasuah di dunia

Posted By: Pentadbiron: March 23, 2016 Print EmailMalaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan rasuah.
Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi 'online' itu, rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009.
Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk, "These 5 Facts Explain the State of Global Corruption" antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana berkenaan adalah "hadiah" daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira USD620,000,000 telah dikembalikan.
"Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion," lapor TIME.
Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai siasatan 1MDB.
Tinjauan di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat naik pada 17 Mac lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai "Most Popular Stories".

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak Maut Ketika Bermain Kasut Roda
siakapkeli.my

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita sungguh tidak menyangka yang objek yang dilanggarnya merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak jirannya.

Kejadian yang berlaku di Kampung Bukit Bayas, Pasir Panjang, kira-kira jam 6.35 petang kelmarin, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Siti Sakinah Zanudin, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Menurut cerita, ketikan kejadian kenderaan empat roda jenis Kia Sportage yang dipandu seorang wanita berumur 64 tahun tiba telah membelok ke kiri untuk masuk ke halaman rumahnya.

"Setibanya di simpang kiri kawasan rumahnya, wanita yang datang dari arah Kampung Pasir Panjang terus membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan rumahnya serta mendakwa langsung tidak nampak kelibat mangsa ketika itu.

"Bagaimanapun, ketika sedang membelok, pemandu merasakan kenderaan dipandunya seperti bertembung sesuatu objek lalu memberhentikan segera kenderaan tersebut dan turun membuat pemeriksaan.

"Ketika itulah, pemandu terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak dipercayai anak jirannya yang masih berkasut roda terbaring di bawah kenderaan itu dalam keadaan dipenuhi darah di kepala," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Menurut kata sumber itu, wanita berkenaan yang menyedari telanggar kanak-kanak berkenaan menjadi panik dan meminta bantuan orang kampung yang berada berhampiran sebelum masing-masing membantu mengeluarkan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. - Siakapkeli.my

Penunggang Motosikal Terjun Ke Dalam Laut Di Jambatan Pulau Pinang
siakapkeli.my

Prai: Seorang penunggan motosikal telah mengejutkan pengguna jambatan Pulau Pinang pagi tadi apabila dilaporkan telah memberhantikan motosikalnya dan melompat ke dalam laut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi itu terjadi di Kilometer 3.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown dimana lelaki dikenali Nurul Azhar Aziz,26, dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang menunggang motosikal berseorangan sebelum berhenti di laluan kecemasan jambatan itu.

Menurut saksi, mangsa yang memberhentikan motosikalnya itu telah menanggalkan selipar sebelum memanjat tembok dan terjun ke dalam laut.

Orang ramia tidak dapat berbuat apa kerana kejadian berkenaan berlaku dengan pantas.

Mangsa pada mulanya dilihat berenang sebelum terapung lama selepas itu dan berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Perkara Ni Dah Jadi Kebiasaan Buat Umno.. Saksikanlah
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Ketua Penerangan Umno Didakwa Pecah Amanah. Ketua Penerangan UMNO Cheras, Zamri Redzuan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah ke atas cek berjumlah RM4,350.

Berita Harian Online melaporkan, Zamri, 50, yang melakukan perkara itu dua tahun lalu, bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan fakta pertuduhan, Zamri yang merupakan Ketua Cawangan UMNO Jalan Pasar Pudu, Cheras didakwa melakukan pecah amanah terhadap akaun semasa UMNO cawangan itu.

Dia telah memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akuannya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit.

Ketua Penerangan Umno Didakwa Pecah Amanah

Zamri dituduh melakukan kesalahan itu di Cheras, pada 27 Januari 2014 dan didakwa memgikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.

Sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Strok Haba Boleh Mengundang Maut, Siapakah Golongan Berisiko, Tanda-Tanda Dan 6 Langkah Pencegahan
siakapkeli.my

Akibat cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini berikutan fenomena El Nino, suhu dikatakan mampu mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh matahari terletak secara tegak di atas garisan Khatulistiwa.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah menerima kira-kira 29 laporan melibatkan cuaca panas ini di mana 5 darinya strok haba yang telah menyebabkan satu kematian.

Bagaimana stroke haba boleh menyebabkan kematian?

Jika kita berada lama dibawah cuaca panas melampau ini, ia akan menyebabkan penyahhidratan.

Ia berlaku apabila badan kita telah mencapa paras suhu sehingga mencecah 40.5 darjah Celsius berbading suhu normal badan iaitu kira-kira 37 darjah Selsius.

Punca utama strok haba adalah terdedah terlalu lama dengan cuaca dan suhu panas, kurangnya minum air serta berlaku dehidrasi pada badan yang membawa komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian.

Antara tanda-tanda berlakunya strok haba adalah

1. Sakit kepala yang berdenyut.

2. Berasa mual.

3. Denyutan nadi yang pantas.

4. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.

5. Otot lemah dan kejang.

6. Mengalami muntah.

7. Kulit menjadi kering dan kemerahan.

8. Sawan serta pitam.

Kesan buruk ini lebih berisiko kepada golongan berikut:

a. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

b. Wargamas berusia 60 tahun ke atas.

c. Pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

d. Atlet, pekerja binaan dan pekerja di lapangan.

e. Anggota keselamatan yang berada dalam perbarisan dalam jangka masa yang lama.

Berikut adalah 6 garis panduan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan untuk menghadapi fenomena cuaca pana melampau yang mesti diamalkan oleh seisi keluarga

1. Elak keluar rumah semasa matahari sedang terik iaitu antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.

2. Kurangkan aktiviti di luar terutama melibatkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi.

3. Pakai pakaian yang menyerap peluh dan elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna hitam/gelap ketika cuaca panas. Pakaian gelap akan meningkatkan cepat berasa panas dan berpeluh.

4. Jika berada di luar rumah gunakan payung atau topi.

4. Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, terlalu keras, terlalu manis dan daging merah yang boleh meningkatkan lagi suhu badan.

6. Jika badan terlalu panas, mandi dengan air suam. Air yang sejuk akan menyebabkan otot mengecut kuat dan kita mengalami rasa sakit badan.

Bagi mereka yang mengalami batuk, selesema, asma, jangkitan paru-paru dan penyakit kronik lain, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital dengan segera. - Siakapkeli.my

SUMBER: majalahpama

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Saya Tidak Akan Lupa Krisis Perlembagaan yang Berlaku Pada 1992" - TMJ
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengimbau kembali layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewak krisis Perlembagaan pada 1992.

Menerusi Facebook Johor Southern Tiger, TMJ berharap agar sejarah hitam yang dilakukan kerajaan atas desakan tamak haloba dan gila kuasa itu tidak lagi berulang.

"Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya dilayan oleh pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.

"Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, .. Ahli EXCO Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR (Jabatan Kerja Raja) diberitahu untuk tidak membaik pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

"Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab" katanya di posting tersebut.

Krisis perlembagaan pada 1992 berlaku ketika pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyaksikan usul menyekat kuasa dan kekebalan Raja-Raja Melayu dikemukakan pada sesi khas Parlimen, Disember 1992.

TMJ yang menyifatkan insiden tersebut sebagai perkara lama berkata beliau yakin dengan kekuasaan Allah dan hukum karma selain menyifatkan hubungan kerajaan dan kerabat Diraja Johor apda hari ini dalam keadaan baik.

"Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.

"Saya berharap supaya sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa supaya kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat," katanya.

Tunku Mahkota Johor turut menjelaskan bahawa Sultan dan kerabat diraja Johor menyayangi rakyat negeri itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Kekuatan Kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim dan semoga ALLAH memberkati negara Malaysia," katanya lagi. - Siakapkeli.my

JOHOR Southern Tigers
KEKUATAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR ADALAH PERPADUAN

Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor. Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.

Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ianya bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat.

Kepada sekalian Bangsa Johor. Sultan anda dan Kerabat Diraja Johor menyayangi anda. Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya. Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Kekuatan Kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim dan semoga ALLAH memberkati negara Malaysia.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

THE STRENGTH OF JOHOR'S SOVEREIGNTY IS UNITY

I will never forget the 1992 constitutional crisis. I still remember how my family was treated by the federal government officers. I remember things such as trying to disband Johor Military Force, Johor Exco members were told not to receive my late grandfather at the airport, how JKR was told not to fix and maintain anything at any of the Johor Palaces. My mother was even stopped by the Malaysian customs upon entering Johor from Singapore. She was told to step out of the car because they wanted to inspect everything in the car. I still remember everything and I still remember the individuals responsible for it.

That's behind us now. God is Great and karma is a beautiful thing. Today the relationship between the government and the Johor Royal family is good. I appreciate that. I hope it's not just because you need us now. It's good that you realise that we need each other. But I think at this time the focus should be to correct the mistakes and progress as a nation. I hope such dark history you created for your thirst of greed and power will not happen again. Do not manipulate the people for the sake of self interest because you are elected to serve the people. I pray that we can focus on making this nation of ours a better place in the future, for the sake of the people.

To my fellow Johoreans. Your Sultan and the Johor Royal family loves you. I love you. I'm born to serve you till the day I die and that is my responsibility. My priority is to uphold your rights as Johoreans, and your welfare. Remember this always. The strength of Johor's Sovereignty is unity. Always remain United as Johoreans so no one can push us around. We decide what's good for us. This is our home, this is our state. It is our responsibility to protect Johor's rights and its Sovereignty. ALLAH Peliharakan Sultan and the State of Johor Darul Ta'zim and may ALLAH bless Malaysia.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sedih, Kisah Seorang Bapa 5 Anak Dengan Segelas Milo Dan 4 Gelas Air Suam Di Warung Roti Canai
siakapkeli.my

Dengan perkembangan dunia sekarang, ekonomi yang semakin mendesak, harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, pelbagai kisah orang yang memerlukan kita dengar.

Sebuah kisah yang dikongsikan seorang lelaki di mana seorang ayah membawa anaknya ke warung roti canai, kejadian yang berlaku di depan matanya itu yang begitu meninggalkan kesan kepadanya.

Jom kita baca kisah berkenaan.

Aku ditampar di warung kopi.

Pagi tadi sewaktu mengeteh di kedai Along, saya lihat ada seorang bapa datang bersama anaknya yang masih kecil, semuanya 5 orang. Sampai di pinggir warung, mata si bapa terkebil-kebil mencari sudut yang tidak panas. Dia mahu kawasan yang redup untuk anak-anak.

Sambil hirup perlahan teh o panas dan menyuap roti canai garing ke dalam mulut, saya perhatikan saja keluarga ini. Datanglah Jonos ke meja mereka. Si Jonos budak muda yang berkuli dengan Along setiap pagi.

" Pagi bang, mai saya ambil order minum dulu. Nak minum apa ?".

" Hmm, bagi milo satu dengan air suam empat", balas si bapa tadi.

" Makan apa bang ? " soal Jonos.

" Buat roti canai 3, potong halus, banjir ya", pesan si bapa.

Naluri kebapaan saya ini bagaikan dapat membaca apakah yang bakal berlaku sekejap lagi. Air teh saya mula terasa tawar, roti canai depan mata saya kuis-kuis dengan sudu sambil bermain perasaan. Allahu..

Sebaik minuman dan makanan yang dipesan tadi sampai ke meja mereka. Si bapa mencampurkan secawan milo tadi ke dalam empat cawan air suam anak anaknya. Si anak mengangkat tangan serentak sambil membaca doa makan. Kedengaran perlahan, " Bismillahirahmanirahim, Allahumma barik lana fi ma razak tana. Wa qina azabannar. Amin".

" Hah, minum slow-slow air milo tu ya" kata si bapa.

Roti canai banjir tadi juga dibahagikan seorang sedikit. Maka berkongsilah sesuap dua adik beradik ini. Roti canai Along memang sedap dan terkenal di sini, terpancar sinar ceria dan suka di wajah mereka semua.

Tidak ada seorang pun anak-anak yang mengeluh. Tidak ada seorang pun antara mereka yang nakal. Semuanya duduk tertib, makan dan minum dengan sopan sekali. Seolah mereka mengerti nilai sebuah kesyukuran di pagi ini.

Tidak sampai 20 minit, mereka habis makan dan berlalu pergi. Saya kembali merenung roti canai yang sudah kembang di dalam pinggan. Kepala terus berfikir, pengajaran apakah yang Tuhanku mahu ajarkan di pagi hari begini ?

Sahabat, terkadang kita merasakan hidup kita sudah cukup susah apabila diuji dengan sedikit masalah. Rupa-rupanya masih ada yang lebih susah berbanding kita. Bukan kesusahan itu yang mahu kita nikmati, tetapi nilai disebalik setiap situasi itulah yang patut kita syukuri.

Sungguh, aku seperti ditampar di warung kopi.

Boleh kongsi cerita ini dengan semua orang yang kita sayang.

Ikram Al-Banjari.

Saudagar Jalanan

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pemandu Malaysia macam arnab tak cukup akal, setuju?

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

FMT

Pendapat yang diutarakan seorang jurugambar profesional yang terkilan dengan sikap segelintir pemandu di negara ini.

Jurugambar berbangsa Cina yang menggunakan nama Eddie Putera menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook berkata, dia tertekan dengan sikap pemandu yang suka mengambil jalan mudah menggunakan lorong kecemasan ketika terperangkap dalam kesesakan terutaman di lebuh raya.

Dia turut kesal ada segelintir pemandu suka langgar lampu merah dan tidak mahu berhenti sekiranya melihat ada orang mahu melintas jalan.

"Saya dulu pernah bekerja di London. Sikap orang di sana tidak seperti di sini. Pemandu di sana berhemah meskipun ada antara wajah mereka yang kelihatan bengis.

"Mereka akan berhenti kalau nampak orang hendak melintas. Bukannya ada lampu isyarat pun tapi budaya mereka memang begitu.

"Tidak seperti di sini, orang kaya yang pakai tali leher lebih mahal dari tiga pasang kasut yang saya ada, lebih berlagak tak mahu berhenti kalau nampak ada orang nak melintas. Malah, dia akan tekan hon dan lajukan kenderaan kerana takut terlambat nak pergi mesyuarat," katanya dipetik Free Malaysia Today.

Menurut Eddie lagi dia pernah memuat naik video berkenaan aksi pemandu di Lebuh Raya NKVE yang menggunakan laluan kecemasan selepas terperangkap dalam kesesakan pada waktu puncak.

Sikap pemandu yang degil dan sangat memalukan itu tidak menunjukkan mentaliti masyarakat di negara ini yang kononnya sedang menuju sebuah negara maju, katanya.

"Diorang ni fikir nak cepat saja. Orang lain pun nak cepat juga, janganlah fikir diri sendiri saja," ujarnya.

Pada ruangan statusnya Eddie menulis;

"Perihal pemandu pemandu stupid idiot di Malaysia. Pakai baju ratus ratus harga, tapi perangai macam arnab tak cukup akal. Rated 18+ Foul Language. Tidak sesuai untuk tuntunan kanak kanak dan ibu mengandung. Puiii," tulisnya.

Video berkenaan yang menjadi viral turut mendapat pujian netizen.

Kita juga terpaksa bersetuju dengan pendapat berkenaan melibatkan sesetengah pemandu, bahkan lebih teruk dari arnab!!

Comments

Hj Ropi Hj Nor ·
HR Admin at Image Consultant
Setuju.


Belalang Tempur ·
UKM
perumpamaan arnab tu cukup beradab dan berlapik, sebenarnya amat tidak adil disamakan dengan haiwan kerana ia tidak berakal...


Burn Bp ·
High school bp

Masaalahnya ada undang2 tapi bagi yang memandu laju saja, adakah yg memandu dibawah had kelajuan dikenakan tindakkan? Sama juga dgn eskot PM, kenapa PM kena ada eskot? Jika ada perkara mustahak, bangun awal,bukan gunakan eskot polis!!! Itu jawapan yg menteri najib lantik bila kesesakkan jalanraya berlaku. Sama juga dilebuhraya plus, pengguna suka menggunakan lorong tengah untuk mandu...pelahan atau laju. Dah dinyatakan, lorong 1 untuk kenderaan perlahan, lorong 2 untuk kenderaan laju dan lorong 3 untuk memotong. Adakah pihak berwajib ambil tindakan pada pemandu dilorong 2 yg memandu perlahan walaupun lorong1 kosong?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



5 Tanda Kematian yang Boleh Diketahui Manusia Tapi Sering Diabaikan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Meskipun kematian yaitu satu hal yang di rahasiakan oleh Allah, namun terlebih dulu kematian itu datang akan ada tanda-tanda yang mungkin saja bisa kita ketahui.

Berikut tanda-tandanya seperti diambil dari Eberita. org :

40 hari sebelum kematian

Tanda-tanda kematian ini bisa terlihat sesudah masuk saat Ashar, sisi pusat dari tubuh kita akan berdenyut. Itu tandanya apabila daun yang terdaftar nama kita dari pohon yang ada di Arshy Allah SWT. Sudah gugur.

Kemudian malaikat maut mengambil daun itu dan selekasnya buat persiapan salah satunya mulai mengawasi kita setiap waktu.

Dan sesekali malaikat maut menunjukkan dirinya pada orang yang akan dicabut nyawanya berbentuk manusia, dan saat itu juga orang itu akan merasa terkejud dan bingung saksikan malaikat maut.

Walaupun malaikat maut wujudnya hanya satu namun atas izin Allah SWT, Dia dapat mencabut nyawa seseorang kurun saat yang bersamaan.

7 hari sebelum kematian

Tanda ini terlihat setelah masuk waktu asar, tanda-tanda kematian ini cuma diberikan Allah SWT Pada orang yang diuji Allah dengan Sakit, biasanya orang yang tengah sakit tidak berselera makan, mendadak ingin makan. Ini yaitu isyarat dari Allah apabila kematian memang benar-benar sudah dekat.

3 hari sebelum kematian

Disuatu saat akan terasa denyutan di dalam dahi kita, yaitu pada dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda-tanda kematian ini bisa di rasa jadi sebaiknya berpuasalah kita kemudian.
Agar perut kita tidak memiliki kandungan banyak najis, serta ini akan mempermudah orang lain utk memandikan jasad kita.

Lalu juga mata hitam kita tidak bersinar lagi, dan untuk orang yg sakit, hidungnya perlahan-lahan akan masuk dalam, ini bisa terlihat jelas jika dilihat dari segi tubuh kita.
Telinga akan layu dan berangsur-angsur masuk dalam. Tapak kaki tegak berangsur-angsur lurus ke depan serta sulit untuk ditegakkan lagi.

Sehari sebelum kematian

Tanda-tanda kematian ini dapat berjalan setelah saat ashar, kita akan rasakan denyutan dibagian ubun-ubun, ini menyaratkan kita telah tidak pernah lagi saksikan waktu ashar di keesokan harinya.

Tanda terakhir

Kita akan rasakan sejuk dibagian pusat, lalu turun ke pinggang serta selalu naik ke sisi halkum.

Pada saat ini sebaiknya kita sering beristighfar memohon ampun pada Allah, dan beberapa sering membaca syahadat. Mengatur hati, fokus fikiran kita hanya pada satu arah yaitu Allah SWT.

Dengan hal itu semoga dengan sedikit pengetahuan mendekati kematian, kita mempunyai kesiapan untuk menghadapinya.

http://8kabar.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 23, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Wednesday, 23 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: