Monday, March 7, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4423[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4423

Messages

Sun Mar 6, 2016 7:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Where did KJ get RM1.4mil for Umno Youth leaders' umrah?

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

 

An Umno Youth grassroots leader wants the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) to investigate the source of funds used by Youth and Sports minister Khairy Jamaluddin to sponsor 191 of the wing's division heads and exco-members on a recent trip to perform the umrah in Mecca.

Umno Youth Pusat Bandar Taman Chempaka branch deputy secretary Syed Rosli Jamalullail told Malaysiakini that he may lodge a report on the matter at MACC's headquarters in Putrajaya tomorrow.

"I just read about the trip on Suara.tv yesterday.

"I can't simply accuse but when I read that an Umno Youth exco-member had confirmed the trip was sponsored by Khairy, I feel more confident to issue a statement," said Syed Rosli.

The Umno-linked portal had on Friday quoted Umno Youth exco-member Nazir Hussin Akhtar Hussin as confirming that Khairy had sponsored the trip for all division heads and exco-members.

In a separate article, Suara.tv had also previously quoted Umno Youth sources who claimed that the trip was planned to coincide with Prime Minister Najib Abdul Razak's visit to the Middle East.

In his earlier statement, Syed Rosli had pointed out that it could cost Khairy close to RM1.4 million to sponsor the entire delegation.

"Where did Khairy get that money?

"How much is the salary of an MP and a minister? This can raise a lot of doubts among the people, Umno members and the Opposition," he said.

"I am not accusing (Khairy) but the MACC should investigate where did he get such a large sum of money (to sponsor the trip)," said Syed Rosli who has previously courted controversy for supporting the call to decriminalise ganja.

Malaysiakini is attempting to contact Khairy, who is Rembau MP, for his response. -Mkini

Exco Pemuda Akui, KJ Taja Rombongan Pergi Umrah
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Kuala Lumpur – Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin mengakui Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin telah menaja rombongan ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian pergi mengerjakan umrah di tanah suci.

Nazir ketika dihubungi SuaraTV turut membidas kenyataan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin sambil menyifatkan tindakan Khairy itu sebagai satu pendekatan yang baik dan wajar dijadikan contoh.

"Siapa Chegubard nak pertikai tindakan KJ bawa Pemuda pergi umrah, tak malukah kerana dia sendiri tidak diterima di dalam PKR sehingga terpaksa bergelut dengan Azmin tapi bila ada pemimpin Umno buat suatu yang baik tindakan itu dipertikaikan.
"Adakah dia boleh menentukan sama ada ibadah umrah itu diterima Allah atau tidak kerana ibadah tersebut antara pelaku dengan Allah.

"KJ sebagai seorang pemimpin muda bawa anak buah pergi umrah adalah satu perkara yang baik dia (Chegubard) sepatutnya menjadikan ia (pendekatan itu) sebagai contoh kerana KJ mempunyai ciri-ciri kepimpinan sebab bawa orang pergi umrah dan tak bawa orang pergi buat benda yang bukan-bukan" katanya kepada SuaraTV.

Nazir yang juga merupakan Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan pergerakan itu turut menggesa agar Badrul Hisham tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh yang boleh memalukan dirinya sendiri.

"Bagaimana dia boleh kata tindakan KJ itu sebagai rasuah umrah? Dia tak faham sistem (pemilihan) Umno kerana ia bukan macam dulu tambahn pula Ketua Pemuda hanya mempunyai satu undi sahaja dan untuk melayakkan KJ menang sebagai Naib Presiden beliau memerlukan 160 ribu undi… apa yang dia cakap tu? Baik dia fikir dulu sebelum cakap jangan cakap bodoh, malu dekat orang.

"Baik dia fikir dulu masak-masak sebelum tuduh KJ guna duit rasuah untuk belanja orang pergi umrah sebab dia tahukah duit itu daripada mana kerana ia merupakan satu fitnah dan dosa tersebut lebih teruk daripada membunuh… Sekarang adalah masa untuk Pemuda Umno bersatu, rapatkan parti dan bekerja bagi menang pilihanraya dan kita (Pemuda) pergi Mekah kerana ingin berdoa untuk kejayaan parti dan kejayaan seluruh rakyat Malaysia jadi pada saya ia tidak salah.

"Saya nak cakap pada CheguBard, KJ adalah pemimpin contoh kerana bawa orang pergi Mekah, bukan bawa rombongan pergi karaoke atau tempat-tempat lain dan hentikan dari bercakap benda-benda bodoh kalau dia tak tahu apa" uajrnya lagi.

Terdahulu Badrul Hisyam melahirkan rasa kecewa dengan pendekatan Pemuda Umno kerana merasakan ibadah suci bagi umat Islam telah dijadikan alat dagangan demi menjaga kepentingan politik dan jawatan.

Menurutnya beliu kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai 'budaya baru' Umno untuk menjaga kepentingan politik. – SuaraTV

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 6, 2016 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jenazah Empat Sekeluarga Yang Ditemui Rentung Bawah Treler Selamat Dikebumikan
siakapkeli.my

Kuala Nerus: Jenazah empat sekeluarga yang ditemui rentung terbakar di bawah treler dalam sebuah kemalangan di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora, Perak semalam telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Hajar Kampung Gong Awang Lib, di sini, pada 8.30 pagi ini.

Jenazah Rosmani Abd Ghani, 65; anaknya, Azhar Abdul Rahim, 44; dan dua cucunya, Aizat Azhar, 18, dan Daniel Azhar, 13, yang tiba di perkarangan rumah mereka di Kampung Wakaf Tengah dari Ipoh kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Jenazah empat beranak ini kemudiannya telah disembahyangkan di Masjid Pantai Mengabang Telipot, pada 6.30 pagi di mana lebih 200 orang hadir.

Jenazah empat sekeluarga itu ditemui di bawah treler, di Kilometer 265.4 lebuh raya PLUS, dekat Jelapang, Ipoh, kira-kira 1 pagi semalam.

Dalam kejadian kemalangan itu, pihak pasukan penyelamat pada awalnya menyangka kemalangan berkenaan hanya melibatkan sebuah treler sahaja tetapi tidak disangka mereka telah menemui kereta dengan empat mayat di dalamnya di bawah treler selepas itu.

Turut hadir dalam pengebumian ini Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani yang merupakan adik kepada Rosmani. - Siakapkeli.my

Temui 4 Mayat Termasuk Kakak Ketua Polis Pahang Rentung Dalam Kereta Selepas Alih Treler
siakapkeli.my

Ipoh, 4 Mac : Kemalangan yang membabitkan treler pada 1 pagi semalam di Lebuhraya PLUS arah Jelapang di sini disangkakan tidak membabitkan kenderaan lain.

Namun sangkaan itu meleset apabila pada jam 11 pagi selepas treler itu dialihkan terdapat sebuah kereta dibawahnya dengan empat mayat rentung di dalam kereta terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, pegawai penyiasatnya tidak menemui sebarang kesan kenderaan lain dalam kemalangan yang membabitkan treler berkenaan sebelum menerima laporan penemuan tersebut.

"Siasatan awal mendapati kenderaan yang terlibat adalah jenis Honda Accord yang rentung keseluruhan. Nombor pendaftaran sedang dikenal pasti.

"Kesemua mayat berkenaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan ujian DNA akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti serta jantina," katanya.

Chang berkata lagi, semakan juga mendapati terdapat satu laporan mengenai kehilangan sebuah keluarga yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

"Kita sedang semak laporan di Terengganu mengenai satu keluarga yang dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur sebelum ke Terengganu tetapi tidak tiba ke destinasinya.

"Kita sedang buat siasatan dan keterangan lanjut akan diambil daripada pemandu treler berusia 35 tahun dan kelindannya berusia 29 tahun yang cedera dalam kemalangan itu," katanya.

Memetik laporan Berita Harian Online, empat sekeluarga rentung dilanggar treler di sini awal pagi semalam, membabitkan kakaknya, seorang anak saudara dan dua cucu ketua polis Pahang. Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani. — Siakapkeli.my

Polis Tahan Reman Pemandu Treler Kemalangan Di PLUS
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

IPOH: Polis menahan reman pemandu, sebuah treler yang menghempap sebuah kereta sehingga menyebabkan empat maut dalam kemalangan di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, selepas Terowong Menora Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata reman itu bermula pada Sabtu sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan terhadap kes itu.

Pemandu treler berkenaan juga mempunyai enam rekod kesalahan jalan raya, katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini. Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampilmembantu siasatan.

Mereka yang maut dalam kemalangan itu ialah Rosemani Abdul Ghani, 65; anaknya, Mohd Azhar Abdul Rahim, 43, dan dua orang anak Mohd Azhar yang dikenali sebagai Muhammad Aizat, 17, serta Muhammad Daniel, 13.

Sum berkata bedah siasat mendapati Rosemani, Azhar dan Aizat maut disebabkan kecederaan serius pada bahagian kepala, manakala Daniel pula meninggal dunia akibat lemas terhidu asap.

Keempat-empat mayat mangsa ditemui dalam sebuah kereta yang rentung pagi Jumaat, lebih 24 jam selepas kemalangan semasa kerja-kerja pengalihan treler berkenaan dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.-Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/polis-tahan-reman-pemandu-treler.html#ixzz4264aUyHz
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 6, 2016 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PBT Kelantan Akan Saman Bukan Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib
siakapkeli.my

KOTA BHARU, 4 Mac: Pihak Berkuata Tempatan (PBT) akan menyaman pasangan remaja dan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai di kawasan-kawasan tertentu di negeri ini.

Perkara tersebut akan berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja kajian mengenainya oleh semua PBT di negeri ini selesai mengikut Undang-undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986.

Menurut Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob, tindakan saman itu akan turut membabitkan remaja yang berkeliaran ketika waktu Maghrib di kawasan tertentu.

Kata beliau juga, ibu bapa diminta supaya memantau dan menasihati anak remaja mereka supaya tidak membonceng motosikal secara bebas dengan bukan mahram kerana ia salah dalam Islam.

"Tindakan itu (saman) sebahagian daripada langkah untuk membendung masalah sosial. Namun, sebelum tindakan saman dikuat kuasakan, semua pegawai penguat kuasa PBT diminta mula memberi nasihat kepada pasangan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai.

"Mereka perlu diberi nasihat secara berhemah untuk mengelakkan gejala sosial," katanya sebagaimana lapor BH Online.

"Hasrat kerajaan negeri supaya dengan undang-undang itu dapat mengawal anak-anak muda yang bebas berkeliaran khasnya di kawasan taman atau di tepi pantai.

"Membonceng motosikal bukan dengan mahram sering berlaku, ini yang kita nak kawal. Trend sekarang mereka suka membonceng, bebas ke sana ke mari dan ini amat tidak baik khususnya di sisi Islam," katanya lapor FMT pula- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 6, 2016 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SAHABAT SEJATI, SAHABAT SEPERJUANGAN
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot

SYRIA
SAHABAT SEJATI, SAHABAT SEPERJUANGAN

2013 ~ Apabila ketiga-tiga sahabat ini merakamkan kenangan tanda persahabatan mereka.

2014 ~ Di lokasi yang sama dan ketiga-tiganya masih hidup.

2015 ~ Salah seorang dari mereka telah syahid.
2016 ~ Dua dari mereka telah syahid.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 6, 2016 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Guru Bagi RM2 Selepas Belasah Pelajar
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KEPALA BATAS: Seorang murid sekolah rendah mendakwa dipukul oleh gurunya dan kemudian diberikan RM2 supaya menutup mulut.

Murid Tahun Enam, Khairul Najwan Jamsari, 12, berkata, dia dicekik, ditumbuk dan dipijak kerana lewat ke sekolah dan menggunakan basikal yang diubah suai.

Katanya dia terlewat beberapa minit ke sekolah di Tikam Batu dekat Sungai Petani pada pagi Rabu dan telah ditangkap oleh guru terbabit yang merupakan pembantu kanan hal ehwal murid.
"Guru itu memberitahu saya hendal basikal yang diubahsuai adalah melanggari peraturan sekolah. Beliau kemudian memegang leher, menumbuk saya dan memijak saya selepas saya jatuh," kata Khairul Najwan ketika sidang akhbar yang dianjurkan aktivis sosial, Nor Hasni Saad semalam.

"Beberapa guru yang melihat insiden itu memberikan saya makanan dan menasihatkan saya untuk memohon maaf kepada guru itu.

"Selepas saya meminta maaf, dia menghulurkan dua keping wang kertas RM1 dan memberitahu saya supaya berdiam diri mengenai kejadian itu," katanya, sambil menambah bahawa dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Jamsari Mohammad Hassan, juruelektrik berusia 46 tahun, berkata leher serta bahagian kaki anaknya lebam manakala mukanya bengkak akibat dipukul.

"Saya berada di Kuala Lumpur apabila isteri saya memberitahu saya tentang perkara ini. Saya menghubungi pejabat sekolah untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak boleh mendapatkan jawapan yang munasabah.

"Kemudian saya dihubungi penolong kanan dan beliau berkata anak saya dipukul kerana dia menunggang basikal dengan hendal yang diubahsuai ke sekolah," kata Jamsari.

Jamsari berkata dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani dan juga membawa Khairul Najwan untuk rawatan perubatan.

Dia berkata anaknya kini takut untuk pergi ke sekolah dan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyiasat perkara itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

-Mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/03/guru-bagi-rm2-selepas-belasah-pelajar.html#ixzz4264E4cyv
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 6, 2016 7:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

4 Macam Jilbab Yang Haram Untuk Dikenakan
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Beritafresh.com - Jilbab / hijab atau tudung sebenarnya merupakan perintah Allah SWT kepada setiap kaum muslimah. Jilbab merupakan perintah wajib untuk menutup aurat wanita. Meski demikian seiring dengan perkembangan jaman, berhijab sudah menjadi trend mode fashion masa kini. Banyak remaja putri, yang kini mengenakan hijab. Namun sayangnya jilbab yang dikenakan tak sedikit yang menyimpang dari syariat Islam. Ada banyak wanita yang memakai hijab / tudung sebagai gaya gayaan, atau mengikuti arus fesyen bukan kerana kesedaran untuk menutup aurat. Tak hairanlah jika banyak berkembang model tudung dan fesyen hijab yang justru bertentangan dengan ajaran agam. Jilbab jilbab tersebut justru dilarang atau tidak digalakkan oleh Islam. Berikut ini 4 macam tudung yang diharamkan Islam:

Jilbab Ketat

Model Jilbab yang seperti ini memang menutup aurat tapi tetap saja tidak baik digunakan kerana aurat akan tetap terlihat kerana tudung yang ketat akan membntuk lekuk tubuh.

Tudung dengan pakaian mirip lelaki

Menggunakan jilbab namun memakan atasan kaos lengan panjang dan seluar jeans juga tidak digalakkan. Sebab meski sudah memakai jilbab tetapi pakaian yang digunakan justru merupakan pakian laki laki, dan lagi lagi pakaian yang dikenakan menutup tapi masih menonjolkan aurat.

Jilbab dengan bahan tipis

Memakai tudung namun menggunkaan pakaian atau tudung tipis sama saja bohong. Sebab aurat atau rambut masih akan terlihat dan itu akan menggugurkan fungsi tudung dalam islam.

Jilbab yang menyerupai sanita selain muslim

Meski zaman sudah berkembang, dan trend mode fashion juga ikut berkembang, namun jangan berfikir hal itu berlaku untuk tudung. Jilbab yang menyerupai wanita bukan muslim justru diharamkan, seperti jilbab yang mempunyai bonggol buatan, tudung yang mempunyai konde, atau tudung yang hanya digunakan dengan cara mengalungkan selendang. hal itu tidak sesuai dengan ajaran Islam.

itulah macam macam tudung yang dilarang atau sebaiknya dielakkan. Kerana sebaik baiknya muslim adalah yang berpegang teguh pada Al Quran dan hadis.

Inilah Cara Memakai Tudung Yang Diharamkan Islam, Wajib Baca
bloglist-malaysia.blogspot.
beritafresh.com

Tiap-tiap muslim diharuskan menggunakan tudung untuk menutup auratnya. Namun dalam berjilbab ini nyatanya ada banyak yang salah, juga kadang-kadang tersasar dari syariat islam apabila tak tahu condong menjerumus ke hal yang dilarang.

Tersebut disini langkah berjilbab yang banyak berkembang dikalangan muslimah tetapi sesungguhnya kurang baik serta dilarang. Dalam berjilbab semestinya beberapa muslimah janganlah memberi keutamaan kepada fesyen daripada syariat. Fashion boleh, disyorkan jadi. Allah itu indah dan menyukai keindahan. Namun fashion mesti mengikut syariat, bukan syariat yang mengikut fashion.

Mari kita saksikan beberapa jenis tudung yang menyimpang dari syariat islam hingga DILARANG ..


1. Fesyen tudung mirip biarawati kristian
Ini iaitu bentuk tudung yang mirip beberapa biarawati .. beberapa biarawati memakai penutup seperti jilbab dengan memperlihatkan bentuk lehernya. Mungkin saja masihlah kerap kita temui beberapa muslimah yang memakai tudung dengan memperlihatkan bentuk lehernya, atau anda termasuk juga orang yang mirip golongan Kristian itu ??

2. Fesyenn tudung bersanggul
Larangan jilbab yang bersanggul ini datang sendiri dari nabi Muhammad SAW seperti yang tampak pada gambar diatas.

Rasullullah bersabda "ada dua kelompok dari masyarakat neraka yang belum pernah saya saksikan:
1. Satu golongan yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia serta,
2. Beberapa wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang.

Wanita yang seperti itu akan tidak masuk syurga serta akan tidak mencium baunya. Sedang baunya dapat tercium sepanjang perjalanan demikian dan sekian "(HR. Muslim)

Terang sekali diterangkan rasulullah kalau wanita yang seperti itu akan tidak masuk syurga dan mencium baunya juga tak. Jadi ini peringatan untuk beberapa muslimah untuk bermuhasabah diri.

3. Jilbab tak syar'i (tak tutup dada serta maksud untuk dihias sahaja)
Nah .. jika yang ini contoh tudung yg tidak tutup dada, loh mengapa pakai tudung seperti gitu ?? bukanlah kah maksud awal menggunakan tudung untuk tutup aurat? tidakkah dada itu termasuk juga aurat ?? Janganlah beberapa cubalah gunakan tudung seperti ini deh .. buruan kasih tau kawan-kawan kakak ibu tetangga bila langkah gunakan tudung seperti ini SALAH. atau anda jugak gunakan tudung seperti ini?

Langkah Menggunakan Hijab yang Benar, Tutup Leher serta Juga Dada, Jadi janganlah salah dalam menggunakan hijab, Memanglah kelihatan bagus saat kita lihat fashion hijab yang bagus serta unik, tetapi sia-sia saja bila di larang oleh agama.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 6, 2016 8:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lori Tak Perasan Terlanggar Motosikal Ketika Membelok
Famili Ceria
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot

Lori Tak Perasan Terlanggar Motosikal Ketika Membelok - Ketika di selekoh, motosikal berhentikan motonya sebelum keluar simpang. Akan tetapi, lori treler yang panjang terus membelok sehingga menyeret motosikal yang sedang berhenti. Penunggang motosikal dan pembonceng sangatlah bernasib baik sebab mereka tidak digilis lori berkenaan. Kejadian ini dipercayai berlaku di China.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Mar 6, 2016 8:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Dipenjara Sehari, Denda RM200 kerana Curi Milo
bloglist-malaysia.blogspot.
duniacacamarba2.blogspot

Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara 5 hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

"Maafkan saya puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.

Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi, di Kuala Lumpur, jam 11.19 malam, 29 Februari lepas.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar. – Bernama, 2 Mac, 2016.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Mar 6, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Sunday, 06 March 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: