Messages
Tue May 30, 2017 6:52 am (PDT) . Posted by:
PAS mahu bawa sistem Islam dan DAP pula mahukan sistem Kristian, mana nak pilih?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"
Assalamualaikum,, TITM, penolong TGHH menegaskan komitment PAS untuk membawa sistem Islam dalam pentadbiran negara sementara Hannah Yeoh memberitahu kita tentang cita citanya yang juga mewakili cita cita DAP, untuk melahirkan persekitran kristian dalam perkhidmatan atau dengan lebih tepat dalam pengurusan dan pentadbiran negara.Atau dengan kata kata lain Hannah Yeoh mewakili DAP untuk memberitahu kita bahawa DAP sebenarnya mahu membawa sistem kristian dalam petadbiran negara.mana nak pilih?
Orang Islam seharusnya memilih sistem Islam, itu yang sepatutnya tetapi kalau ada segelintir orang Islam masih mahu melhat DAP berpeluang melaksanakan sistem kristian, alamak punah ranahlah ugama, bukan sahaja kepada kita malah kepada generasi akan datang juga.
Persoalannya, kenapa masih ada yang sanggup menolong DAP membawa kristian kepada anak cucu kita? Kenapa masih ada yang sanggup jadi kuda kayu kepada DAP walaupun agendanya sudahpun dijelaskan oleh Hannah Yeoh? Buat apa masih jadi bodoh untuk memperkatakan buku becoming Hannah sedangkan yang mendedah agenda jahat DAP itu bukan calang calang melayu, malah sepatutnya mendapat pengiktirafatan sebagai salah seorang melayu yang cerdik sebab beliau jelas masih ingat akan mati.
Bukannya melayu seperti Mahathir yang hanya pandai bersajak tetapi banyak kali terlajak dan bukan juga seperti A.Samad Said yang juga pandai bersajak mengingatkan bangsanya tetapi dia sendiri terperangkap dengan agenda mahu memusnahkan melayu DAP.
Dr, Kamarul bukan orang pertama mengingatkan kita mengenai agenda DAP tetapi Dr.Redzuan Tee Abdullah telah lama memberitahu kita tentang sikap aultra kaisu DAP.Kenapa masih ada yang tak percaya? kenapa masih ada melayu(merujuk kepada melayu Islam) yang masih nak turut sama bersubahat dengan agenda kristian DAP ini?
Barangkali didikan makbapak merekalah yang menyebabkan mereka jadi begini, didikan yang pentingkan dedak maka jadilah mereka orang yang lebih pentingkan dedak walaupun ugama tergadai.
Sekaligus menjadi peringatan kepada kita kaum makbapak agar tidak mengiikuti makbapak mereka dalam mendidik anak anak.........
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Pas azam bawa sistem Islam dalam pentadbiran
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
SHAH ALAM – Pas berazam mahu mengembalikan sistem Islam dalam pentadbiran negara ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat hanya dapat mengecapi kehidupan yang lebih adil dan menikmati perubahan sistem yang lebih baik dengan sistem Islam.
"Meskipun sejarah menunjukkan bahawa keagungan tamadun manusia berlaku di zaman Islam, namun sikap anti-Islam atau Islamphobia yang dicanangkan oleh Barat yang kini berjaya meresap masuk ke akal fikiran manusia, telah menjadikan mereka bertindak dan berhujah secara tidak rasional apabila terdengar sahaja perkataan "Islam."
"Anehnya, mereka boleh menerima sistem komunisme, kapitalisme, sosialisme dan pelbagai lagi asalkan ia bukan bernama "Islam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, sekiranya umat tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, kita hanya akan melakukan perubahan yang separuh masak.
Menurutnya lagi, umat di negara ini hanya sekadar merubah dari satu kegagalan sistem ciptaan manusia kepada satu lagi sistem ciptaan manusia yang lain yang juga akan berhadapan dengan pelbagai kelemahan dan kepincangan.
"Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita mengambil peluang untuk meruntuhkan sistem jahiliah dan menegakkan sistem Islam di atas keruntuhan tersebut.
"Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan. Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, dan jauh lagi bersifat paksaan. Sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan," katanya lagi.
PRU 14, pertembungan antara PAS/GS dengan DAP/PH?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"
Assalamualaikum,,, Melihat perkembangan semasa, semakin jelas kemungkinan berlakunya pertembungan antara PAS/GS dan DAP/PH.Ini juga bermakna Umno/BN mungkin tidak releven lagi di PRU 14. Serangan serangan presepsi yang semakin rancak oleh DAP dan kuda tunggangannya PAN tentang Keinginan PAS UG dengan Umno akhirnya membawa pertembungan sebenarnya nanti ialah antara PAS/GS dengan DAP/PH.Siapa menang atau kalah belum tentu boleh membentuk kerajaan kerana walaupun Umno/BN mungkin tidak releven tidak bermakna Mereka tidak ada peluang untuk menang PRU malah dengan fixed deposit yang mereka ada di Sabah dan Serawak, Umno/BN masih menjadi pilihan untuk menguasai parlimen tetapi untuk DUN beberapa negeri Umno/BN mungkin boleh melupakannya.
Dalam situasi PRU 14 semakin hampir DAP/PH terutama oleh kuda tunggangan DAP, PAN bercakap mengenai memenangi PRU dan menguasai Putra Jaya, sementara PAS sedang memperkukuhkan ikatan Gagasan Sejahteranya dengan kemasukan beberapa parti kecil ke dalamnya.Kemasukan ini bakal menambah keupayaan PAS untuk melebarkan sayap perjuangannya nanti.Parti parti kecil ini akan menyertai PRU dengan bantuan PAS sepertimana PKR dan DAP pernah dibantu ketika dalam PR dulu, jadi parti parti kecil yang bersama PAS tidak perlu bimbang dengan jentera pilihanraya yang akan disediakan oleh PAS.
Serangan saikologi DAP/PH terhadap PAS semakin rancak, taktik serangannya diambil dari Umno/BN yang pernah menyerang PAS di masa lalu.Konsep cybertrooper yang pernah dipopularkan oleh Umno/BN kini digunakan oleh DAP/PH untuk membentuk presepsi yang tidak langsung bersandar kepada fakta dann hujah, malah dalam setengah kes, ada yang bertentangan dengan fakta dan dengan hujah yang longgar atau merapu.
Dengan serangan bentuk inilah DAP/PH berharap dapat melawan PAS pada PRU 14 nanti, DAP/PH sudah tidak berminat untuk menjatuhkan Umno/BN walaupun masih bermain dengan 1MDB dan beberapa kes penyelewengan yang didedah oleh mamat SD, Rapiji Ramli tanpa ada bukti bukti kukuh.Tetapi serangan ini masih dihalakan kepada PAS dengan percubaan mengaitkan PAS dengan dedak 1MDB.
Serangan serangan ini tidak hanya dibiarkan oleh PAS, sesekali PAS juga menembak balas tetapi sekadar memberi maklumat yang mencukupi bagi masyarakat menilai mana betul dan mana salah.Ada ketika pemimpin PAS muncul dengan kenyataan kenyataan membalas semula serangan presepsi sebegini dan ada masa blogger blogger PAS menyiarkan dan mendedahkan hujah dan fakta sebagai bukti serangan presepsi dari DAP/PH tidak berasas dan pada kebanyakan masa, penulis penulis percisan seperti saya menulis untuk menjelaskan kepada dunia betapa tidak bergunanya serangan presepsi mereka ini.
Semuanya menjurus kepada pertembungan antara PAS/GS dan DAP/PH walaupun yang menang mungkin Umno/BN.Bagi ahli dan penyokong PAS, kita akan sentiasa bersedia menghadapi DAP/PH walaupun ini bermakna kita terpaksa melupai Umno/PH seketika.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 6:52 am (PDT) . Posted by:
Hasrat Pulang Untuk Berjumpa Anak Tidak Kesampaian, Doktor Maut Terlibat Kemalangan Selepas Letih Kerja "On Call" 33 Jam
siakapkeli.my
Kerana terlalu letih dengan kerja selama 33 jam, seorang doktor dilaporkan telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika pulang dari tempat kerjanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ke Kuala Terengganu untuk berjumpa tiga cahaya mata dan suaminya, lapor Sinar Harian.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang 9 Mei lalu di mana mangsa yang dikenali sebagai Dr Nurul Huda Ahmad dikatakan baru selesai on call selama 33 jam bermula 8 Mei di mana beliau tidak cukup tidur dan rehat.
Dr Nurul Huda dikatakan telah cuba untuk memanfaatkan cutinya dengan pulang ke Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan anak-anak dan suami, namun nasib tidak menyebelahinya.
Syikin Yunus
· pada 9hb Mei jam 10.34 ptg ·
Our medical fraternity lost another beautiful soul - a paediatrician to be - Dr Nurul Huda Ahmad yesterday.
She was my junior in medical college.
She was involved in a Motor-Vehicle accident on the way home from work - and she had just finished her 3rd year Masters exam.
May Allah bless her soul and ease the sufferings of her beloved family.
Death is near to all of us.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pegawai perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan, kemalangan maut yang membabitkan doktor yang bertugas dalam tempoh waktu yang panjang bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.
Kemalangan ini antara siri kemalangan maut yang melibatkan pegawai perubatan yang memandu pulang sejurus tamatnya on call selama 33 jam.
"Sebelum ini kami telah kehilangan rakan sekerja, Dr Afifah Mohd Gazi, jadi sudah tiba masanya tindakan serius di ambil bagi mengelakkan kehilangan nyawa lain menjadi taruhan.
"Berhubung kemalangan kenderaan bermotor, kita menyedari bahawa banyak faktor penyumbang. Antaranya isu kenderaan, keadaan jalan yang teruk dan gangguan lain. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa keletihan atau kurang tidur juga adalah salah satu faktor yang dikenal pasti dan boleh dicegah," kata kenyataan itu.
Berikutan kes itu, pegawai perubatan dan NGO sepakat menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkepentingan agar meneliti dan mengubah polisi waktu bekerja doktor.
Gesaan ini dibuat agar dapat mengurangkan kadar kemalangan kenderaan di kalangan pegawai perubatan.
Pada tahun 2015, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) menerbitkan kajian di kalangan pegawai kesihatan profesional mengenai post-call MVAS.
Kaji selidik dijalankan terhadap 440 responden selama 18 jam mendedahkan bahawa lebih separuh daripada kemalangan (54.8 peratus) berlaku selepas bekerja selama 25 hingga 36 jam, di samping itu, 64.8 peratus daripada responden mengakui mengalami trauma psikologi berikutan kemalangan itu.
"Selepas bertugas wajib on call selama 24 jam. Kebanyakan pegawai perubatan perlu melanjutkan khidmat mereka antara empat hingga 10 jam. Tekanan kerja digabungkan dengan kekurangan tidur mengundang kepada keletihan.
"Faktor kekurangan tidur dikenal pasti sebagai faktor utama kepada MVA setanding dengan keadaan mabuk yang disebabkan oleh alkohol," ujarnya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 6:53 am (PDT) . Posted by:
300 Drone Warnai Langit Jeddah Untuk Sambut Kedatangan Ramadan
siakapkeli.my
Jeddah: Pihak Berkuasa Am untuk Hiburan (GEA) di sini menyambut kedatangan bulan suci Ramadan pada lewat Sabtu dengan menerbangkan 300 drone bagi mengadakan pertunjukan cahaya tinggi di atas langit Jeddah.
Pertunjukan cahaya itu dipamerkan sebagai tanda menyambut kedatangan Ramadan dengan cara yang inovatif.
Drone-drone terbabit diterbangkan ke langit dengan ucapan Ramadan yang ditulis dalam bahasa Arab diikuti dengan lambang pihak berkuasa yang didatangkan dengan variasi warna.
"Kami mempamerkan pertunjukan cahaya itu di langit Jeddah, yang berdurasi selama lebih empat minit pada hari pertama Ramadan dengan satu cara paling inovatif dan menarik," kata jurucakap.
Jika melihat kepada video pertunjukan itu, ia sememangnya sesuatu yang menakjubkan apabila objek-objek kecil itu dikumpulkan untuk bekerjasama dalam membentuk ucapan terbabit.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Tue May 30, 2017 6:53 am (PDT) . Posted by:
Politik persepsi yang jijik dibina bila PH gagal 'perkudakan39; PAS
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Politik persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian Umno Bn. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin pakatan harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk umno". inilah tag line yang paling popular.
Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU 14, semuanya berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan.
Cyber trooper mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal popular yang memang dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS. Isi keseluruhan tidak diambil. Etika kewartawanan sudah dibuang ke laut China Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak oleh cyber trooper mereka. Walau pun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat Islam.
Jika ada gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk umno. Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan umno. Jika ada pemimpin Dap, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah. Jika pemimpin kesayangan mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihemburkan. Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program kerajaan. InsyaAllah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melebelkan seorang kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.
Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada umno selepas kalah PRU 14. Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.
Generasi muda yang berumur 20-30 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walau pun tidak sempurna tetapi lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. Walau pun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb "Kebatilan walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak lemah ia akan menang". Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat.
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2 Ramadhan 1438/ 29 Mei 2017
PAN disisihkan, PAS yang salah, lawak gila!
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"
Assalamualaikum, Anuar Tahir kata PAN kena sisih oleh MB Azmin di Selangor.PAN cuma ada 2 kerusi DUN mungkin tak cukup untuk berada dalam kerajaan, itu kata Anuar tetapi apa yang terserlah ialah ketebalan mukanya sendiri kerana mengaku ada 2 kerusi DUN, sedangkan satu dunia tahu itu bukan kerusi PAN tetapi kerusi yang dicuri dan dengan kerusi yang dicuri ini PAN nak tuntut hak dalam kerajaan, lawak pertama......
Anuar tahir kemudian menyalahkan PAS kerana pemingkiran PAN dalam kerajaan.PAS didakwa masih mahu berkuasa walaupun sudah keluar PR dan putus Tahaluf( kali ini tak salah eja dah ,uncle melly) siyasi dengan PKR.Kononnya bahagian PAS dalam kerajaan itu patut diberi kepada PAN, lawak kedua......
Anuar Tahir ketika menyalahkaa PAS juga dengan muka tebal kerana tidak mahu mengambil faham bahawa kerajaan Selangor yang mahu PAN berada di dalamnya ialah kerajaan campuran dengan nama PR.PR ketika perjanjian pembentukan kerajaan tak ada PAN dan perjanjian antara 3 parti yang dikenali sebagai PR itu dimenterai untuk tempoh sebelum PRU 14, bermakna perjanjian itu perlu dihormati oleh semua parti sekalipun berlaku perpecahan politik antara mereka.
Tapi Anuar buat muka tebal dan mahu perpecahan politik yang berlaku turut melibatkan kerajaan Selangor.Bukan setakat Anuar saja, tapi ramai lagi yang berkokok tapi ekor bergelumbang taik mahukan PAS berundur atas alasan maruah dengan mengenepikan mandat rakyat yang dberi,masih mahukan PAS menjaga maruah konon dengan mengabaikan mandat yang rakyat beri, lawak ketiga........
Kenapa Anuar dan lain lain yang berkokok ini tidak mendesak DUN dibubarkan dan pilihananraya baru diadakan? Tak ada yang jantan ker? masing masing nak ambik jalan pintas atas nama maruah tetapi jalan itu sendiri tidak bermaruah.PAS disuruh bermaruah tetapi yang suruh itu tak bermaruah,lawak keempat ......
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bukan 70% tapi tidak sampai 10 orang Ahli Aktif PAS Selayang menyertai PAN
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Kenyataan Timbalan Ketua Parti Amanah Selayang, Wan Anwar Wan Ibrahim yang menyatakan bahawa 70% Ahli Aktif PAS Selayang telah menyertai parti itu adalah suatu yang mengarut dan tidak berasas.
Dia tidak pernah menjadi ahli PAS dan tidak tahu dari mana asal usulnya. Tiba-tiba sibuk cerita tentang parti yang dia pun tidak tahu menahu tentang hal ehwalnya.
Saya kira lebih baik sibuk tentang ahli partinya dari menyibuk dengan parti orang lain.
Bahkan hanya seorang dua ahli yang banyak bercakap & terkenal bermasalah sahaja yang telah meninggalkan PAS dan menyertai PAN.. Bagi saya, keluar lebih baik tanpa ada niat untuk menghalau mereka.
Ini dibuktikan sebaliknya dengan keaktifan ahli di seluruh peringkat dari kawasan hingga cawangan-cawangan yang sedang giat berkerja setiap hari mempertahankan kemenangan di Dun Taman Templer & Selayang umumnya..
Ditambah juga dengan penubuhan cawangan-cawangan baru & pemerkasaan cawangan-cawangan sediaada bagi persiapan untuk menghadapi PRU Ke14 nanti.
Rasanya rakyat di Selayang lebih mengetahui fakta dari auta yang diwar-warkan.
Saya rasa PAN ini terlalu 'kemaruk39; untuk mempengaruhi pengundi-pengundi dengan dakyah tanpa asas dan bukti..
Saya berharap PAN Selayang tumpu kepada kerja anda dari sibuk mencari publisiti murahan yang dusta dan jijik.
PAS Selayang juga sudah bersedia untuk mempertahankan kemenangan sediaada dan bersedia ke arah menawan Parlimen Selayang & Dun-dun lain jika ia mendesak kepada kami untuk melakukan sedemikian rupa.
Mohd Farhan Madzlan
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Selayang
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 6:53 am (PDT) . Posted by:
4 Hukum Yang Harus Diketahui Sekiranya Kita Melintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Bersolat
siakapkeli.my
Foto: islamindia
Kebiasaannya bila kita pergi ke masjid, atau surau, sudah pasti ramai yang sedang bersolat, sama ada solat sunat, atau pun solat fardhu.
Mungkin ada yang solat di bahagian belakang, atau berdekatan pintu masuk kerana saf penuh, atau pun bersama anak kecil, dan apabila kita ingin masuk, harus melalui di hadapan mereka yang sedang solat.
Ada yang mengatakan, jika kita bersolat, perlu letakkan sesuatu di hadapan, supaya orang boleh melalui di hadapan kita walaupun kita sedang bersolat.
Namun begitu, ada hokum-hukum yang menyatakan mengenai perkara ini, iaitu melalui di hadapan orang yang sedang bersolat, dan berdasarkan beberapa keadaan.
Mari kita ikuti perkongsian penuliasan dari Ustaz Abdul Rahman Iskandar di laman Majlis Ulama ISMA ini.
Foto: rantsa
Sumber dari Busr bin Said bahawa Zaid bin Khalid Al-Juhaniy pernah mengutus kepada Abu Juhaim Abdullah Al-Anshari mengenai sikap yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat. Maka Abu Juhaim berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Seandainya orang yang melintas di hadapan orang yang solat itu mengetahui padah yang akan menimpanya, tentulah lebih baik baginya dia berhenti 40.. (hari.. bulan.. tahun..) daripada dia melintasinya." (Muttafaq 'alaih)
Namun perlu dijelaskan isu ini dengan melihat beberapa keadaan:
1. Hukum melintas di hadapan orang solat yang meletakkan sutrah (tanda penghalang)
Para ulamak mengharamkan seseorang melintas di hadapan seseorang yang sedang solat yang MELETAKKAN SUTRAH, sekalipun solat orang itu tidak batal sebabnya.
Kata Imam An-Nawawi : Dalam Mazhab Syafie jarak seseorang dengan sutrah itu janganlah jauh melebihi tiga hasta; dan dalam jarak inilah seseorang dilarang melintas di hadapannya.
2. Hukum melintas di hadapan orang yang solat tanpa sutrah
Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim : Adalah MAKRUH melintas dalam keadaan demikian; demikian juga jika ada sutrah, tetapi letaknya jauh.
Berkata Ibnul Qayyim: "Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang solat itu menggunakan tabir/sutrah. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya.
3. Hukum melintas orang yang sedang solat kerana hendak memenuhkan sof
Kata Imam An-Nawawi : Seandainya ada kekosongan di sof pertama (yang kerap menjadi rebutan orang ramai), maka bolehlah seseorang melintas orang yang sedang solat di sof kedua (atau lainnya) dan masuk berdiri di tempat tersebut disebabkan kealpaan orang-orang di belakang tidak memenuhkan tempat yang perlu dipenuhkan.
Berdasarkan perbuatan Abdullah bin Abbas r.a., sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sohihain, Ibnu Abbas berkata;
"Aku datang dengan menunggang keldai betina. Ketika itu aku hampir menginjak masa baligh. Rasulullah sedang solat di Mina dengan tidak menghadap ke dinding. Maka aku lalu di depan sebagian sof. Kemudian aku melepaskan keldai betina itu supaya mencari makan sesukanya. Lalu aku masuk kembali di tengah sof dan tidak ada seorang pun yang mengingkari perbuatanku itu" (Muttafaq 'alaih).
4. Khusus di Masjidil Haram
Boleh lalu di depan orang yang sedang solat (tidak seperti di masjid-masjid lain). Hal ini berdasarkan beberapa atsar (perbuatan) para salafus solih yang membiarkan orang yang lalu di depan mereka yang sedang solat di Masjidil Haram, baik yang lalu itu orang-orang yang sedang tawaf atau bukan.
Di antara salafus solih itu adalah Abdullah bin Jubair.
Bahkan orang yang towaf itu adalah orang-orang yang lebih berhak berada di tempat towaf. Kerana tidak ada tempat lain selain ini. Sedangkan orang yang solat, dia boleh solat di tempat lain. Adapun orang yang towaf tidak memiliki tempat lain selain sekeliling Kaabah, sehingga ia lebih berhak.
Hal ini juga disebabkan kerana Masjidil Haram itu selalu penuh sesak, sehingga tidak memungkinkan melarang orang yang akan lalu di depan orang yang sedang solat.
Dalam hal ini, kita wajib memberikan kelonggaran dan kemudahan kepada sesama jamaah.
Namun jika boleh menghindari hal ini (seperti ada laluan) tanpa perlu melintasi orang yang sedang solat, maka itu lebih disukai. Kerana sebagaimana jika kita solat tentu kita tidak ingin mendapatkan gangguan sedikit pun, maka hendaknya kita pun berusaha tidak memberikan gangguan pada orang lain yang solat.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
"Tidak beriman seseorang di antara kamu hingga ia menyukai saudaranya sebagaimana ia menyukai sesuatu itu untuk dirinya" (Muttafaq 'alaih)
Moga boleh menjadi panduan.
Ust Abdul Rahman Iskandar
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:
"Ayah Tak Mampu Nak," Luahan Seorang Ayah Kepada Anaknya Yang Sedang Terbaring Sakit
siakapkeli.my
Kasih seorang ayah, kasihnya sampai ke syurga, itulah yang boleh digambarkan dengan apa yang berlaku kepada Amran Jabar, 53, yang hilang punca pendapatan sejak menjaga anak sulungnya berusia 27 tahun yang terlantar di rumah sejak empat tahun lalu, lapor Harian Metro.
Menurut beliau, beliau hanya mampu untuk membeli kemeja-T dan seluar bundle berharga RM10 untuk anaknya itu Nor Azlin bagi menyambut Aidilfitri yang akan menjelma.
Dalam tempoh anaknya itu sakit, Amran hanya mampu untuk mengumpul barangan untuk dikitar semula berhampiran rumah dengan pendapatan harian sekitar RM5.
"Sebagai bapa saya memang mahu memastikan Nor Azlin yang juga orang kurang upaya (OKU) Palsi Serebrum sentiasa selesa, malangnya saya tidak mampu berbuat demikian kerana tidak boleh meninggalkannya berseorangan di rumah dalam tempoh lama.
"Nor Azlin walaupun hanya terlantar dan tidak mampu berbual, namun dia masih faham perbualan kami dan akan rasa tersinggung apabila melihat ada tetamu datang ke rumah kami pada Aidilfitri lalu memakai pakaian baru, sebaliknya dia hanya memakai baju lama.
"Kebiasaannya apabila merajuk, dia enggan makan menyebabkan kami terpaksa memujuknya berulang kali," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Nibong 22, Taman Daya, di sini, semalam.
Menurut beliau lagi, setiap hari dia hanya mampu untuk menyediakan makan kepada anaknya dengan menu telur goreng dan kicap sebagai juadah berbuka puasa untuk seisi keluarganya termasuk Nor Azlin dan anak lelaki bongsu berusia 16 tahun.
Beliau mempunya empat orang anak dimana anak keduanya sudah berumah tangga dan melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) perubatan di Universtiti Tun Hussein Onn (UTHM) manakala anak ketiga kini mengikuti pengajian kejuteraan peringkat ijazah di sebuah universiti awam di Melaka serta tinggal di kawasan berhampiran.
Katanya, bantuan bulanan RM300 diperoleh Nor Azlin daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya mampu menampung sebahagian perbelanjaan dapur selain kos pembelian lampin pakai buang.
"Sebagai duda anak empat, saya bersyukur kerana Allah masih memberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa dengan sebaik mungkin serta menjaga kebajikan anak-anak terutama Nor Azlin. Justeru, saya amat berharap Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil membantu keluarga kami," katanya.
Isteri beliau Siti Noridah Jamal dilaporkan telah meninggal dunia empat tahun lalu akibat kanser.
Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Amran menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0114941000042932. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:
Yang Tampar NGO Yang Kena Tuduh PAS Yang BODOH Macai PAKATAN Yang tepuk tangan UMNO
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Isu Mejar Zaidi ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George telah dijadikan senjata untuk memburuk dan menyerang PAS.
Mejar Zaidi Ahmad adalah pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.
Akhbar Roketkini terus membuat tuduhan dengan tajuk kumpulan pro PAS-UMNO bagi membuat persepsi buruk kepada PAS dengan mengungkit Mohamed Hafiz Nordin adalah bekas pimpinan PAS cawangan sedangkan dia lama tidak bergiat dengan PAS. Malaysiakini seperti biasa juga membuat persepsi yang sama. PAS di lanyak atas isu ini.
Dua orang ini adalah mereka yang menjadi talibarut DAP untuk menyerang PAS dalam Roketkini dan facebook. Mereka ingat dengan bayaran yang mahal boleh menebus dosa-dosa mereka di akhirat nanti.
Yang Bodoh
Macai dan penyokong PAKATAN HARAPAN menjadi bodoh dalam isu ini terus menyerang PAS dalam media sosial. Mereka sebenarnya secara tidak langsung menjadi tongkat UMNO dan Barisan Nasional. Mereka kata ingin jatuhkan BN tapi bodoh MENJADI TONGKAT BN.
Ini antara macai bodoh PAKATAN HARAPAN yang membantu memberi tongkat kepada UMNO yang sempat lebai kenal.
1. Mukhlis Eddie
2. Ada Ada Aje
3. Roslan Bin Ahmad
4. Hussin
5. Adili Isme
6. شربان سربيني
7. Faizul Izani
8. Awang
9 . Ray Hunter (ini DAP bayar)
10. Awang Al Kenit
11.Halim Md Noh
12.Wan Mohd Aman
13. Muhammad Radzi Ismail
14. Ija Deeja
15. Osman Ahmad
16. Zailan Ismail
17.Dima Ahmy
18. Hadi Anakwang
19. Othman Don
20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
21. Amin Cilik
PAS sudah berpuluh tahun berlawan dengan UMNO dan UMNOlah satu-satunya lawan PAS yang sukar untuk ditumbangkan antara faktornya kerana ada orang bodoh menjadi tongkat kepada UMNO.
Dulu orang kampung bodoh kerana mengganggap lawan UMNO lawan kerajaan maka api, air, jalanraya akan hilang kalau UMNO tumbang. Kalau UMNO mati, matilah Melayu. Jangan hairan PAS tak boleh masuk kampung dan felda.
Semasa era reformasi zaman Anwar Ibrahim dizalim, UMNO terselamat kerana Mahathir buat persempanan semula kawasan pilihanraya untuk dapat bantuan masyarakat Cina. Kawasan Melayu dipecah dan negeri-negeri Melayu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah tiada pertambahan kerusi. Orang Cina jadi tongkat UMNO. BN terselamat dengan strategi Mahathir ini.
Zaman era Pakatan Rakyat rakyat, Cina ada kesedaran politik. Cina bangkit dalam siri-siri himpunan bersih 2 dan 3. Tapi UMNO terselamat lagi apabila NGO Melayu, pegawai kerajaan dan golongan muda menyokong UMNO atas beberapa faktor. Mereka ini menjadi tongkat UMNO. Tapi sokongan mereka tidaklah kuat kerana itu 5 negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR).
PRU-14, parti-parti kecil kini menyertai Gagasan Sejahtera (GS) blok ketiga tajaan PAS. NGO-NGO yang sebelum ini menyokong UMNO, terutama NGO Melayu dan Islam akan turut serta dalam GS. Malah individu yang 'boring' dengan UMNO termasuk pensyarah-pensyaraj universiti, kakitangan kerajaan akan menyertai GS.
UMNO hilang tongkatnya. PAS yang melalui pendekatan mesra (BPMS) mendekati ahli-ahli UMNO untuk tujuan mendapat sokongan serta mengurangkan tentangan bagi menangani hati pengundi UMNO mendapat reaksi yang positif daripada ahli-ahli umno yang tidak tahan dengan keadaan negara yang yang kucar kacir di bawah Najib.
PAS Tidak akan menyertai PAKATAN HARAPAN dan berharap PAKATAN HARAPAN tidak mengacau kerusi-kerusi PAS yang pernah ditandingi pada PRU-13 sebelum ini.
Jika PAKATAN HARAPAN menyerang UMNO dan PAS menyerang UMNO dengan bantuan parti-parti kecil, bersama 130 lebih NGO-NGO dan orang-orang perseorangan sudah pasti UMNO boleh tumbang pada PRU-14 nanti.
Malangnya macai, penyokong PAKATAN HARAPAN bodoh untuk berfikir perkara ini dan menjadikan PAS sasaran serangan mereka bukan UMNO. Malah ada pimpinan PH juga turut sama menyerang PAS. INI DIKATAKAN TINDAKAN BODOH MENJADI TONGKAT UMNO. Kerana kebodohan mereka ini pembangkang sampai hari ini masih celaru dalam menuju ke Putrajaya sehingga ada yang menjadi resah dan bosan dengan PAKATAN HARAPAN.
Akhirnya UMNO bertepuk tangan kerana kebodohan sesetengah penyokong PAKATAN HARAPAN. UMNO sebelum ini hampir tengelam,. tapi malangnya ada macai PAKATAN HARAPAN membantu menjadi juru selamat kepada UMNO untuk terus berkuasa.
Jika Ahli PAS dan PAS Bertindak Balas
Macai dan penyokong PAKATAN HARAPAN yang menyerang PAS, mereka fikir mereka sahaja boleh menyerang PAS. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa PAS dan ahli-ahli mampu menyerang balas dengan lebih dasyat lagi yang akan membuatkan PAKATAN HARAPAN akan terkubur.
Walaupun PAS parti yang miskin (hanya ada RM90 juta mengikut kiraan macai bodoh) tidak dinafikan PAS mempunyai kekuatan dalam banyak aspek strategi, maklumat dan IT. Jika kekuatan ini digunakan untuk menyerang balas PAKATAN HARAPAN.
Jika ahli-ahli PAS membongkar penyelewengan PAKATAN HARAPAN dan pimpinan mereka, agaknya, anda fikir mampu mereka bertahan??
Cuba anda lihat bagaimana Dr. Kamarul Azman membongkar penyelewengan DAP. Dia seorang habis satu lori pimpinan AMANAH (PAN) menjawab (pasal makan dedak DAP dia kena tunjuk taat) itu pun semuanya kena bodoh oleh Dr. Kamarul Azman. Anda boleh lihat berapa orang pimpinan DAP mengulas isu ini?
Bayangkan ada ramai lagi ahli PAS yang 'hidden" yang mampu membuatkan PAKATAN HARAPAN kencing dalam seluar apabila penyelewengan mereka didedahkan.
Oleh itu fokus kepada UMNO senjata anda!!
JADI JANGAN BODOH BERI TONGKAT KEPADA UMNO!!!
Sama-sama kita jatuhkan BN dan Najib!
Jangan kamu jadi badut yang ditepuk sorak oleh UMNO
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 28, 2017 11:44 PM
Subject: Fw: Identiti Pakcik Yang Tampar Mejar Zaidi
Identiti Pakcik Yang Tampar Mejar Zaidi Terdedah.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Tular satu penulisan yang menjelaskan kononnya Mejar Zaidi ditampar kerana melakukan provokasi dan ganguan fizikal. Tulisan itu juga mengkritik Hannah Yeoh dan DAP kerana mengaitkan kumpulan yang berdemo sebagai pro kepada PAS dan UMNO.
Babi, lembu yang ditujukan pada orang bukan kata-kata kesat rupanya.
Bagaimanapun, individu yang mengakui menampar Mejar Zaidi memberitahu perkara yang sebaliknya kepada pihak media.
Mejar Zaidi, menurut individu tersebut, bersikap kurang ajar dan membuat provokasi hingga menyebabkan beliau diserang.
Tiada ganguan fizikal dilaporkan berlaku namun Mejar Zaidi diserang kerana mengatakan sesuatu kepada Ustaz Hafiz Nordin.
Kenyataan individu tersebut dipetik dari portal berita Harian Metro.
"DIA (Zaidi) tidak perlu jadi kurang ajar dan membuat provokasi sebegitu... saya memang berang dan terus menampar mukanya," katanya.
Ramly Mad Ismail, 64, ketika ditemui turut berkata, kehadiran mereka untuk mengadakan perhimpunan secara aman selepas solat Jumaat bagi membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa.
Menurutnya lagi, beliau hadir bersama beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganggotai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM).
Katanya ketika kejadian, Pengerusi JMPP, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin sedang memberi ucapan dan secara tiba-tiba datang lelaki yang tidak dikenalinya dari arah belakang dan mengeluarkan satu kenyataan terhadap Mohamed Hafiz.
"Kami datang bukannya nak gaduh dengan sesiapa tetapi sikap dia sudah cukup melampau dan biadap. Kami akan mengadakan perbincangan sama ada akan membuat laporan polis atau sebaliknya," katanya lagi dalam petikan temubual itu.
Kumpulan mahu Guan Eng dilarang berbuka puasa kecuali masuk Islam
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah apa yang didakwanya campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP dalam urusan fatwa, sambil berkata ketua menteri Lim Guan Eng perlu dilarang hadir majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.
Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin berkata sekiranya Lim mahu turut serta dalam acara berbuka puasa, beliau perlu masuk Islam.
"Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.
"Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita," katanya disambut pelbagai sorakan mencemuh Guan Eng oleh kira-kira 50 orang di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister di sini.
"Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam," katanya.
Mereka yang hadir turut mengangkat sepanduk mengutuk Lim dan ahli tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man.
"Kamu bakar mercun, ada kami kacau. Pasal apa kacau agama kami?" soalnya.
Mereka turut menyeru Salleh berpindah kedudukan kerusinya dalam DUN Pulau Pinang ke bahagian pembangkang bersama Adun BN, memandangkan parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.
Tuduhan kerajaan negeri campur tangan urusan fatwa pertama kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa negeri perlu disetujui exco kerajaan negeri diketuai Lim.
Tuduhan itu dinafikan kerajaan negeri.
Afnan berkata fatwa hanya perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan kerajaan negeri tidak berhak memberi pandangannya.
Perhimpunan hari ini juga kecoh seketika apabila pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, dikepung beberapa lelaki ketika beliau memerhatikan protes itu.
Saksi berkata beliau ditampar.
Beberapa orang turut mengherdik Zaidi sambil memanggilnya "lembu dan barua DAP".
Zaidi, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat mejar yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana mendakwa penipuan pilihan raya, menyifatkan tuduhan yang dibuat Hafiz sebagai pembohongan.
Hafiz ketika ditemui menuduh Zaidi cuba membuat provokasi terhadap penyokongnya.
"Zaidi kata saya bohong. Dia membuat provokasi," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 6:56 am (PDT) . Posted by:
Pihak Go Shop Tampil Mohon Maaf, Alat Memasak Meletup Bukan Kerana Tidak Berkualiti
siakapkeli.my
Sejak beberapa hari lalu telah tersiar di laman sosial Facebook yang menunjukkan kejadian set masakan yang sedang diadakan demontrasi dalam rancangan iklan terkenal Go Shop telah meletup.
Kerana video berkenaan, pihak Go Shop telah dikritik teruk oleh netizen kononnya pihak mereka telah menjual barangan tidak berkualiti kepada orang ramai.
Namun, Go Shop dalam satu kenyataan di laman Facebooknya telah tampil membuat permohonan maaf dengan insiden yang berlaku berkenaan dan mereka menyatakan kejadian berlaku adalah kerana kesilapan pemasangan produk berkenaan punca ia meletup dan kejadian itu sama sekali tidak melibatkan kualiti alat memasak berkenaan.
Berikut adalah jawapan daripada pihak Go Shop.
- Siakapkeli.my
Sumber: Shop At Go Shop
Periuk Meletup Masa Bersiaran Live GoShop, Habis Program Ini 'Kantoi' Jual Barang Cap Ayam
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Pelbagai cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga untuk melariskan produk dan barangan jualan mereka.
Kadang-kadang ada segelintir dari golongan ini bukan sahaja sanggup menipu dengan mengatakan sesuatu barangan tersebut adalah sangat berkualiti, malah mereka juga langsung tidak menghiraukan aspek keselamatan atau risiko bahaya yang akan ditanggung oleh pengguna.
Dalam zaman yang segalanya mudah dan hanya di hujung jari ini, maka ramailah golongan wanita terutamanya terpengaruh dengan segala iklan dan promosi yang disiarkan dalam sebuah rancangan khas di sebuah stesen televisyen berbayar ini.
Untuk makluman, program tersebut memang dikhaskan untuk mempromosikan barang-barangan yang kebanyakannya adalah alat-alat keperluan di rumah.
Namun malangnya, baru-baru ini tular rakaman yang mendakwa barangan-barangan yang dijual di sini adalah tidak berkualiti dan semuanya 'cap ayam'.
https://www.facebook.com/CempedakCheeseOfficial/videos/1038645582933010/
Menerusi rakaman berdurasi 21 saat itu, seorang chef sedang membuat demo masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80%.
Segalanya 'kantoi39; apabila periuk yang dipromosikan itu meletup secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran secara langsung.
Apa lagi, ramai yang 'terkejut beruk' dengan insiden terbabit kerana selama ini telah ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji manis dari produk yang ditawarkan.
Disebabkan itu, netizen mula mendakwa barangan yang ditawarkan di sini sememangnya tidak berkualiti.
Ramai juga yang mengatakan ianya hanya gah pada nama dan ramai yang terpengaruh dengan cara pengacara yang cukup meyakinkan ketika bercakap mengenai produk-produk tersebut.
Siap ada yang berpesan, "Pesan pada mak-mak, isteri-isteri anda tolonglah jangan terpedaya dengan barangan yang dijual di sini. Padahal tak ada kualiti, jual pula dengan harga mahal."
Apa-apa pun dinasihatkan agar anda melakukan kaji selidik di internet ataupun dengan bertanya pada orang di sekeliling sebelum membeli sebarang produk atau barangan.
Jangan mudah terpedaya dan jadilah seorang pengguna yang bijak, okay?
Sumber: CARI
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Tue May 30, 2017 7:42 am (PDT) . Posted by:
Bila Sasterawan Negara Merangkap Hamba DAP, Datuk Samad Said, Dikerah Membela Hannah Yeoh
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Ramai yang mengetahui bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat oleh Hannah Yeoh terhadap saya pada 15 Mei dan laporan polis yang dibuat oleh saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei.
Asas laporan polis Hannah Yeoh adalah bahawa "isi kandungan kenyataan Facebook (saya pada 10 Mei bertajuk "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP") yang menyatakan bahawa DAP giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama, terutamanya agama Kristian, merupakan satu tuduhan yang tidak benar."
Asas laporan polis saya pula adalah bahawa buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk "Becoming Hannah" yang dijual di rak terbuka gedung buku merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian kerana buku ini mengandungi catatan mengenai kelebihan dan kehebatan ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Laporan polis saya juga memberikan bukti ke atas kenyataan Facebook saya bahawa "tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama". Antara bukti yang saya berikan ialah pengakuan Hannah Yeoh sendiri bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; seruan beliau agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta pengakuan beliau bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.
Di saat pihak polis sedang giat menjalankan siasatan ke atas laporan polis Hannah Yeoh dan laporan polis saya ini, di mana saya telah diambil keterangan oleh pihak polis pada 22 Mei, DAP sendiri nampaknya terus-terusan menyindir, mencabar dan membuat provokasi ke atas laporan polis saya dan siasatan pihak polis ke atasnya.
Menjelang saat umat Islam di Malaysia mahu berbuka puasa pada hari pertama mereka berpuasa, iaitu 27 Mei, DAP menganjurkan "Bicara Buku Becoming Hannah" oleh Sasterawan Negara, Datuk Samad Said, di Galeri Sejarah KKB, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan, didapati "Bicara Buku Becoming Hannah" ini dihadiri oleh sebahagian umat Islam yang turut membeli buku itu dari Hannah Yeoh yang kelihatan turut menurunkan tandatangan ke atas buku yang dibeli itu.
Seperti diketahui, penyertaan Datuk Samad Said ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di Gua Musang pada 13 Jun 2015. Mengikut Lim Kit Siang, Datuk Samad Said boleh dianggap sebagai wira yang akan membawa perubahan kepada negara sambil mengumumkan beliau sebagai Wira Ubah kepada DAP.
Sehari selepas penyertaan beliau ke dalam DAP, portal berita The Malaysian Insider terus sahaja mengeluarkan kenyataan Datuk Samad Said bahawa "saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin" dan "terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti". Bukan sekali, tetapi dua kali, Datuk Samad Said menyebut mengenai kesediaan beliau untuk menjadi hamba kepada DAP.
Walaupun sebelum ini kelibat Datuk Samad Said sering kelihatan di dalam aktiviti-aktiviti DAP, khususnya yang memerlukan DAP "membuat kontak dengan masyarakat Melayu", penglibatan beliau di dalam "Bicara Buku Becoming Hannah", bersama-sama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sendiri yang kemudiannya menemani Datuk Samad Said berbuka puasa di Kuala Kubu Bharu pada 27 Mei, paling memahamkan saya mengenai keseriusan hasrat beliau untuk menjadi hamba kepada DAP ini.
Bagaimanapun, tindakan DAP memperkudakan Datuk Samad Said untuk mempertahankan Hannah Yeoh ini sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan negatif ke atas dakwaan saya, malah memperkukuhkannya pula.
Jika dilihat kepada tiga kenyataan Datuk Samad Said yang termuat di dalam Facebook beliau dan yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insight, maka terbukti bahawa beliau sendiri tidak mampu untuk menafikan kebenaran dakwaan saya terhadap kandungan buku Hannah Yeoh ini. Apa yang sebaliknya beliau mampu buat hanyalah mempersoalkan tindakan saya menumpukan perhatian hanya kepada bahagian yang saya mahu sahaja.
Lebih jauh lagi, saya sendiri tidak pernah menggelarkan Hannah Yeoh sebagai "mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal", tetapi Datuk Samad Said mengesahkannya!
Lalu timbul pertanyaan, apakah sokongan Datuk Samad Said kepada Hannah Yeoh ini adalah sokongan yang akan membawa rebah kepada DAP dan Hannah Yeoh?
PETIKAN TULISAN DATUK SAMAD SAID
"Yang disorot hanya bahagian terkhusus kerana kebetulan Hannah seorang mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal dan kini dalam dunia siasah tanah air."
"Yang dinampak—atau diserang—tampaknya sengaja tertumpu kepada pergerakan agamanya untuk sesuai mendakwa DAP mempunyai hasrat, kononnya, berazam menafirkan Melayu."
"Pendeknya, yang dinampak atau sengaja ingin dinampakkan, ialah hajat siasah Hannah Yeoh, lebih-lebih lagi DAP, untuk mengembangkan agama Kristian."
FB
DR. KAMARUL AZMAN YUSOFF
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 7:43 am (PDT) . Posted by:
Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah
siakapkeli.my
Temerloh, 28 Mei: Seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan telah dibuang dalam tong sampah dalam kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah taman di Temerloh awal pagi tadi.
Pengguna Facebook, Abd. Malek Johan, melaporkan kejadian tersebut dengan berkata bayi kecil itu dibuang dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di taman terbabit.
"ORG SIBUK KE MASJID DIA SIBUK BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH," tulis Abd. Malek.
"Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui masih hidup di dalam tong sampah di depan rumah di sebuah taman di Temerloh Jaya ,awal subuh pagi tadi.
"Manusia tak berperikemanusiaan ini memang tak waras otak agaknya buang anak dalam tong sampah, kesian bayi yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan…" tulis beliau lagi.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, difahamkan bayi itu juga telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut.
Setakat ini masih belum ada laporan rasmi
Kes Bayi Maut Tercampak Dari Axia: Pemandu Kereta Proton Persona Ditahan Polis
siakapkeli.my
29 Mei - Pemandu kereta jenis Proton Persona yang terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Axia yang menyebabkan seorang bayi berusia tiga bulan maut telah ditahan polis, lapor Berita Harian.
Bayi berkenaan maut selepas tercampak dari kereta keluarganya di KM 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, pemandu itu telah ditahan hari ini untuk memabntu siasatan.
"Pemandu terbabit selesai menjalani ujian saringan air kencing dan kita dapati keputusannya negatif. "Selepas ujian air kencing, kita juga ambil spesimen darahnya untuk pemeriksaan ujian dadah dan alkohol di Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.
Tambah Supramaniam lagi, pemandu kereta Axia dan isteri masih berada di Hospital Sungai Buloh.
Video kejadian viral di media sosial hari ini.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 7:43 am (PDT) . Posted by:
Penderitaan Ditanggungnya Makin Kritikal, Puntung Bakal 'Ditidurkan39; Untuk Selama-Lamanya
siakapkeli.my
Seekor badak Sumatera bernama Puntung sebelum ini telah menarik perhatian dunia apabila berjaya dibedah oleh pasukan pakar berbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, lapor Berita Harian.
Namun dilaporkan keadaan Puntung kini adalah kritikal akibat kanser sel skuamus dan semakin membengkak menyebabkan badak Sumatera ini sedang menanggung derita dan ia kemungkinan terpaksa diberikan suntikan Euthanasia iaitu mencabut nyawa secara perlahan untuk menamatkan siksa kerana penyakit.
Pengarah Hidupan Liar Sabah (SWD), Augustine Tuuga berkata, bengkak di pipi kiri Puntung membawa kepada pengesanan sesuatu akar gigi yang dijangkiti kuman dan semakin buruk dan dua biopsi dijalankan selepas pembedahan mendedahkan penyakit berkenaan.
"Puntung disahkan menghidap kanser sel skuamus iaitu kanser kulit selepas pembedahan dan dua biopsi dilakukan. Kanser itu telah merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Pakar dari beberapa negara juga bersetuju bahawa ia akan membawa maut, dengan atau tanpa rawatan.
"Sehingga hari ini, Puntung tidak lagi boleh bernafas melalui lubang hidung kiri malah badak betina itu kini berada dalam kesakitan dan keadaan kesihatannya bertambah merosot. Selain menggunakan ubat penahan sakit, tiada apa lagi yang boleh dibuat.
"Oleh itu, kami tiada pilihan untuk mencari alternatif lain kecuali bersetuju dengan nasihat perubatan profesional dan kita telah diberi kuasa untuk membenarkan euthanasia.
"Ini adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat," katanya dalam kenyataannya.
Beliau dalam pada itu belum pasti sama ada euthanasia yang dirancang ke atas Puntung akan dilakukan pada 15 Jun ini.
Pada 2011 lalu, Puntung telah berjaya ditangkap dan cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.
Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun. - Siakapkeli.my
Kesihatan Salah Seekor Badak Sumbu Sumatera Terakhir Di Malaysia Bernama Puntung Kritikal
siakapkeli.my
Kesihatan salah seekor dari tiga ekor badak sumbu Sumatera bernama Puntung kini kritikal apabila bahagian dalam rahangnya bernanah akibat jangkitan, lapor Berita Harian.
Menurut Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, ketika ini luka dialami Puntung amat membimbangkan disebabkan ada tanda jangkitan dan mungkin sudah merebak ke kawasan lebih dalam.
"Kita juga bimbang kemungkinan berlaku jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis kerana ia boleh merebak dengan cepat ke seluruh tubuh dan menyebabkan kematian.
"Sabah adalah satu-satunya negeri mempunyai populasi badak Sumatera dan hingga kini hanya tinggal tiga sahaja yang masih hidup, manakala selebihnya berada di Indonesia," katanya.
Menurut beliau, Puntung yang ditangkap pada 2011 lalu itu sebenarnya masih mempunyai potensi untuk melahirkan anak bagi menambah populasi badak Sumatra.
Mamalia ini pernah cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.
Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance, Datuk John Payne, berkata badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun.
"Veterinar kami iaitu Dr Zainal Zahari Zainuddin telah menjaga Puntung sejak hari ia ditangkap dan beliau kini melakukan apa yang terdaya dengan sebaik mungkin untuk merawat Puntung," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 7:44 am (PDT) . Posted by:
KDN beri 7 hari kepada The Star jawab surat tunjuk sebab
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
BANGI, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada akhbar The Star untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung isu penyiaran muka depan bertajuk "Malaysian Terrorist Leader" yang disertai dengan gambar umat Islam sedang bersolat Tarawih pada 27 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, tempoh itu diberikan bagi mendapatkan penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, termasuk digantung permit penerbitan.
Dalam kesempatan itu juga, beliau mewakili pihak kementerian mengingatkan semua akhbar untuk bersama-sama memastikan kandungan penerbitan tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.
"Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara," tegasnya.
Pagi tadi, empat wakil akhbar berbahasa Inggeris The Star dilaporkan hadir di KDN dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung laporan muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas.
Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.
Mereka tiba pada 10.50 pagi dan keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.
Kerajaan mesti hukum The Star
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
Oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah
PAS Terengganu mengutuk sekeras-kerasnya akhbar The Star atas sikap biadab dan tidak tahu menghormati umat Islam, kumpulan terbesar di Malaysia ini kerana menyiarkan gambar sekumpulan orang Islam yang sedang bersolat jemaah dengan tajuk muka depan yang mengaitkan Islam dengan keganasan. Walaupun isi dan gambar berita yang berlainan, tapi jelas ia boleh mengelirukan pembaca.
Kegagalan The Star dalam menghormati sensitiviti umat Islam ini, bukanlah kali pertama berlaku. Pada tahun 2006, disiarkan gambar Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersebelahan dengan gambar iklan arak.
Pada tahun 2011 pula, The Star tanpa ada rasa hormat, telah menyiarkan iklan hidangan masakan berasaskan babi dan menawarkannya sebagai hidangan berbuka puasa oleh sebuah restoran yang tidak mempunyai sijil halal.
Tidak puas dengan itu, pada tahun 2015, The Star kembali menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan menyiarkan iklan minuman keras di muka depan akhbar mereka.
Kini setelah beberapa jam menyiarkan gambar dan tajuk berita yang boleh mengelirukan pembaca bahawa Islam adalah agama keganasan, mereka memohon maaf, sama seperti mana yang mereka lakukan setelah beberapa kali meniupkan api keagamaan.
PAS Terengganu mendesak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengenakan hukuman yang maksimum kepada The Star atas beberapa kesalahan yang hampir sama yang telah dilakukan.
Amat malang bagi rakyat Malaysia jika pengurusan The Star dibebaskan lagi kerana rakyat Malaysia memerlukan kerajaan yang tegas dan tidak mahu kepada penghasut agama seperti The Star. Seseorang mesti dipertanggungjawabkan atas kejahatan ini apatah lagi sudah beberapa kali The Star memilih Ramadhan sebagai waktu pilihan mereka menyebarkan onar ini.
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 28, 2017 10:58 PM
Subject: Fw: Akhbar The Star cetuskan kemarahan umat Islam
Rakyat Malaysia bakal jadi ketua Daesh Filipina?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
KOTA KINABALU - Bekas pensyarah rakyat Malaysia yang kini menjadi anggota militan, Dr Mahmud Ahmad tidak lama lagi bakal menjadi ketua Daesh bagi cabang di selatan Filipina, bandar Marawi.
Memetik laporan Mstar, dia dipercayai bersembunyi di bandar itu di mana tentera mengadakan pertempuran dengan kumpulan Maute, menyaksikan 44 orang termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh.
Mahmud dikenali pasti sebagai individu berikutnya yang akan mewujudkan kubu Daesh di Asia Tenggara, yang kini di bawah perintah pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.
Isnilon diisytiharkan sebagai ketua angkatan Daesh di Filipina pada awal tahun lepas tetapi dia dilaporkan cedera parah dalam satu serangan udara di Basilan kira-kira dua bulan lalu.
Menurut sumber, Mahmud mengetuai anggota militan yang lain bagi menyelamatkan Isnilon dalam serangan Marawi.
Tambah sumber, mereka percaya Mahmud juga cuba untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan tersebut sekiranya Isnilon disahkan meninggal dunia.
Mereka menjelaskan bahawa pemimpin Abu Bakr al-Baghdadi begitu terdesak mencari ketua baharu bagi kumpulan di Asia Tenggara yang pernah diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Bagaimanapun, Muhammad Wanndy terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria.
Menurut sumber, Mahmud yang juga dikenali sebagai Abu Handzalah, kini merupakan satu-satunya leftenan yang dipercayai dikaitkan dengan Baghdadi selain Isnilon di selatan Filipina.
Muka depan Akhbar The Star milik MCA cetuskan kemarahan umat Islam
bloglist-malaysia.blogspot.milosuam.net
AKHBAR harian berbahasa Inggeris milik Persatuan Cina Malaysia (MCA), The Star menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila menyiarkan muka depan yang sangat biadap di hari pertama bulan Ramadan tahun 2017.
Tindakan akhbar itu dilihat sengaja menaikkan kemarahan umat Islam apabila meletakkan gambar jemaah dalam masjid sedang bersujud menunaikan solat di bawah tajuk besar "Malaysian terorist leader (Orang Malaysia ketua pengganas)".
Punyalah banyak gambar-gambar lain boleh diletakkan di muka depan Akhbar The Star dengan tajuk tersebut, namun The Star sengaja memilih gambar umat Islam sedang bersolat untuk dikaitkan dengan laporan berita berkaitan keganasan.
Jika tidak diperhatikan dengan teliti, tentu sekali anda akan menyangka bahawa gambar jemaah masjid sedang sujud melakukan solat itulah yang dirujuk sebagai Orang Malaysia ketua pengganas.
Perkara yang sangat sensitif seperti ini pun berani dimainkan oleh akhbar milik parti komponen Barisan Nasional MCA dalam negara berbilang kaum yang majoritinya adalah orang-orang Melayu Islam.
The Star wajib memohon maaf kepada umat Islam atas laporan berita sangat biadap dan disifatkan sebagai tidak sensitif itu.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/muka-depan-akhbar-star-milik-mca.html#ixzz4iMr8nlMC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 7:44 am (PDT) . Posted by:
Saya Bayar Hantaran Mahal-Mahal, Mereka Tengok Free Saja
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Seorang lelaki mendakwa isterinya dipaksa bertelanjang ketika melahirkan anak di sebuah hospital di Sarawak.
Lelaki yang dikenali sebagai Bintu Martin itu memuat naik beberapa gambar paparan skrin mengenai pengalaman beberapa wanita yang bersalin di Sarawak sehingga menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.
Menurut lelaki berkenaan, dia pernah mendengar cerita makcik-makcik yang bersalin zaman 80an dan 90an, namun tidak menyangka bersalin dalam keadaan bertelanjang itu masih berlaku di Sarawak. Difahamkan, isterinya bekerja sebagai guru dan telah dua kali bersalin di Sarawak.
"Tak ada pilihan di sana, takkan tak nak beranak? Isteri saya minta kain untuk menutup payudaranya tetapi dimarahi oleh jururawat dengan alasan bukan isteri saya seorang saja yang tidak berpakaian. Suami pula tidak dibenarkan masuk ke dalam, hanya perlu menunggu di luar sahaja. Tetapi doktor lelaki dan doktor pelatih lelaki bebas keluar masuk.
"Ketika dalam Labour Room, ada 8-9 ibu-ibu yang menunggu masa untuk bersalin termasuklah isteri saya. Mereka semua tidak berpakaian dan diarahkan kangkang oleh jururawat. Payudara tidak boleh ditutup langsung. Saya bayar hantaran mahal, tetapi doktor tengok secara free saja. Hanya ada seorang doktor perempuan sahaja pada ketika itu.
"Bila isteri saya bersalin kali kedua lagi teruk, jururawat pelatih lelaki pun ada. Anak pertama dilahirkan 2010, anak kedua 2013. Selepas keluar dari Labour Room, baru dapat kain untuk menutup badan," katanya.
Menurut lelaki itu, dia mendapat tahu perkara itu yang dimaklumkan oleh ibu mertuanya yang masuk ke dalam Labour Room seketika bila isterinya melahirkan anak pertama.
Selain itu, dia pernah cuba meminta kebenaran jururawat untuk masuk menemani isterinya bersalin namun dihalang.
"Tak boleh sebab dalam itu semua perempuan tidak berpakaian," kata jururawat terbabit.
Dedah lelaki itu lagi, bila isterinya bersalin anak yang kedua, jururawat pelatih lelaki turut ada dalam Labour Room.
"Isteri saya malu dan terpaksa buat tayangan percuma. Saya rasa malu, geram dan dayus berbanding kali pertama sebab 3-4 jururawat lelaki yang keluar dari Labour Room itu ketawa kecil sesama mereka dan terdengar percakapan mereka, "Susu (payudara) Puan Syam itu besar betul,"
"Saya tahu mereka maksudkan isteri saya kerana payudaranya memang besar. Bayangkan betapa malunya isteri saya dua kali bersalin tanpa berpakaian, diseluk dan dilihat oleh doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki.
"Seperkara lagi, semasa isteri bersalin anak kedua, dia terpaksa berjalan ke tandas dalam Labour Room untuk buang air kecil. Masa jalan balik itulah jururawat pelatih lelaki masuk. Punggung dia pun terdedah habis, tangan satu memegang drip, satu lagi jururawat perempuan pegangkan. Bayangkan isteri saya kata yang jururawat lelak itu terkejut melihat dia berjalan tanpa seurat benang. Isteri saya bertudung bagai, dapat pada mereka habis free show!" luahnya dalam nada kesal.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempunyai pengalaman bersalin di Sarawak menafikan perkara itu berlaku.
"Saya bersalin di Hospital Umum Sarawak, siap dalam bilik berasingan atau bilik khas, pakaian khas untuk bersalin seperti hospital yang lain. Doktor perempuan dan suami dibenarkan masuk tanpa perlu diminta. Doktor yang panggil sendiri," kata Hizh Qatrunnada.
"Tak tahulah, mak saya melahirkan saya pada tahun 1986 di hospital di Kuching tetapi tak ada pula menghadapi insiden seperti itu. Cuma mak cakap ayah tak dibenarkan masuk. Tak ada bogel-bogel," kata Kate Catherine.
"Saya tawaquf dengan cerita ini sebab isteri saya beranak empat kali dah di Hospital Umum Kuching. Tetapi okay saja, malah banyak perkara yang boleh dipuji dari segi layanan dan cara doktor serta jururawat di Sarawak melayani pesakit. Malah masa melahirkan anak kedua, saya ada bersama isteri untuk beri semangat," kata Gnostic Son.
Sementara itu, Bintu menegaskan dia enggan mendedahkan nama hospital tersebut kerana tindakan itu akan mengaibkan hospital berkenaan.
Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan lelaki ini kerana dakwaan itu seperti ini boleh mencemarkan nama baik pihak hospital di negeri Sarawak.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 7:44 am (PDT) . Posted by:
Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli minta maaf kerana naik motor berserban
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memohon maaf kepada agensi penguatkuasa kerana membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar.
Zulkifli menerusi kenyataannya di Facebook menjelaskan, insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.
"Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi (petang semalam).
"Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini," katanya yang mengenakan serban di kepalanya.
Zulkifli turut memuat naik gambar dari arah belakang yang menunjukkan beliau membonceng motosikal, dipercayai dirakamkan oleh orang awam.
Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan itu memohon maaf kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan tidak memakai topi keledar.
"Diharapkan tidak timbul salah faham di atas tindakan yang telah dilakukan," kata Zulkifli.
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa hari ini.
Mufti Wilayah Persekutuan Buat Permohonan Maaf Terbuka Selepas Tak Pakai Helmet Ketika Bonceng Motosikal
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 26 Mei - Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, membuat permohonan maaf terbuka kepada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memakai helmet ketika membonceng motosikal.
Foto beliau berbuat sedemikian dimuat naik di Facebook hari ini.
Menjelaskan tentang kejadian itu, Dr. Zulkifli berkata sebenarnya beliau terlibat dalam program cerapa anak bulan Ramadan.
"Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi. Sebenarnya, kami terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur.
"Memandangkan jalanraya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalanraya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini.
"Justeru, kami ingin melafazkan permohonan maaf kepada pihak PDRM dan JPJ atas tindakan ini. Diharapkan tidak timbul salahfaham atas tindakan yang telah dilakukan.
"Selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakyat Malaysia. Ramadhan Kareem." tulis beliau.
Pengguna Facebook memberi pelbagai reaksi tentang perkara itu yang rata-rata memuji Dr. Zulkifli kerana hanya membonceng motosikal.
Ahmad Shakir Jamaludin berkata: "Aku menyanjung tinggi akhlak & ilmu beliau.. Pernah bnyk kali mengikuti kuliah agama beliau.. Seorang yg tawaduk.. semoga aku dpt mengikuti akhlak mu, wahai tuan mufti.."
"Sebenar jawatan dato mufti setaraf exco. Boleh minta polis untuk escort. Mungkin dato mufti tidak mahu menyusahkan pdrm. Aper pon akhlak mulia yg d tunjukkan dato mufti patut d ikuti. X segan memohon maaf walaupun undang2 dunia saja." tulis Arbainramli Ramli pula.
Sumber: FB Dr. Zulkifli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 30, 2017 7:45 am (PDT) . Posted by:
Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
KUALA TERENGGANU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai makan yang dikatakan mengenakan caj tidak munasabah kepada pengguna hingga menjadi tular di media sosial.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan Rabu lalu, PPDNKK mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan antipencatutan 2011 kerana mengenakan caj harga yang tidak munasabah.
Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, selain notis pihaknya turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati pedal kerana ia gagal pamerkan tanda harga.
"Bagaimanapun pemeriksaan bagi makanan yang dicaj tinggi tidak dapat dijalankan berikutan ia tidak dipamerkan pada hari tersebut," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Minggu lalu seorang pengguna Facebook memuat naik status makanan yang diambil di kedai makan berkenaan dan dikenakan harga yang tidak munasabah.
Dia dicaj sebanyak RM32 bagi sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung.
Dia yang terkejut dikenakan caj itu kemudiannya mengambil gambar hidangan berkenaan dan memuat naik di media sosial.
Tindakannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizan yang mana rata-ratanya mengecam tindakan pemilik kedai makan itu. – MYNEWSHUB.CC
Peniaga warung diarah beri penjelasan nasi campur RM32
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
PETALING JAYA: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Terengganu mengeluarkan surat amaran kepada seorang peniaga warung di Kemaman untuk menjelaskan isu nasi campur berharga RM32.
Pengarahnya, Azlan Abdul Samat yang dipetik China Press dan Sin Chew Daily berkata, mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga itu boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, jika didapati mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, penguat kuasa dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan cawangan Kemaman menjalankan pemeriksaan ke atas kedai terbabit pada Rabu lalu, susulan aduan seorang pengguna yang tersebar di media sosial.
Beliau berkata, selain diberikan surat amaran, 3 jenis lauk turut disita kerana tidak diletakkan tanda harga.
Minggu lalu, pengadu yang juga seorang bapa tunggal terkejut apabila sepinggan nasi yang berlauk seekor udang besar, 2 keping sotong dan sedikit kangkung dicaj RM32.
Beliau kemudiannya memuat naik gambar nasi campur itu ke Facebooknya dan ramai pengguna media sosial turut mengkritik peniaga terbabit mengenakan harga tidak masuk akal.
Pengadu kemudiannya dilaporkan mahu menyaman apabila peniaga terbabit mempertahankan diri dengan mendakwanya menyorokkan sekeping lagi sotong di dalam nasi dan saiz udang galah gred A kelihatan lebih kecil daripada saiz sebenar dalam gambar yang disebarkan.-FMT
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 28, 2017 11:45 PM
Subject: Fw: Nasi Campur RM32
Nasi Campur RM32: Lelaki Bakal Saman Pengusaha Warung Kerana Fitnah Sorok Sotong Dalam Makanan
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Sejak beberapa hari lepas, kisah nasi campur RM32 heboh diperkatakan oleh netizen. Lelaki tersebut, Syed Ikram berkongsi kisahnya kerana terkejut dengan caj yang terlampau mahal kerana ianya sekadar warung dan saiz lauk juga sangat kecil.
Selepas status Syed Ikram menjadi viral, pengusaha warung tersebut Liza Musid tampil memberi penjelasan dan mendakwa harga sotong dan udang galah sudah tertera di sepanduk kedai makannya.
Namun, Syed Ikram sekali lagi membidas kenyataan Liza Musid bahawa dia hanya mengambil dua potongan sotong seperti di dalam gambar. Beliau mendakwa harga yang ditulis di sepanduk kedainya adalah untuk seekor sotong.
Dalam laporan Harian Metro semalam, Liza mendakwa Syed Ikram menyembunyikan sepotong lagi sotong dalam pinggan nasi dan saiz udang galah gred A adalah lebih besar dari gambar yang dikongsikan oleh lelaki tu.
Oleh itu, Syed Ikram telah membuat laporan kepada KPDNKK dan mendakwa pengusaha makanan itu telah memfitnahnya. Dia memberitahu tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan wanita tersebut dan hanya mahu orang ramai supaya berwaspada dengan harga apabila ke kedai berkenaan.
Syed juga terkilan kerana dituduh 'mencuri39; sotong ketika makan di gerai tersebut.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.