Wednesday, May 10, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4731[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4731

Messages

Wed May 10, 2017 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Putus hubungan: PAS Selangor tidak akan runding kerusi dengan PKR

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM: PAS Selangor memaklumkan parti itu tidak akan melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan PKR sekiranya Majlis Syura Ulama mengambil keputusan yang selari dengan ketetapan di muktamar baru-baru ini iaitu memutuskan hubungan dengan PKR.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, jika ketetapan itu diambil PAS negeri kekal dengan pendirian bertanding sehingga 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor berbanding hanya 20 kerusi ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Jika Majlis Syura Ulama putus bahawa hubungan dengan PKR putus, tiada keperluan untuk kita berunding dengan PKR, kita akan bertanding ditempat yang telah kita sasarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sallehen turut menolak tanggapan banyak pihak bahawa pentadbiran negeri kini berada dalam keadaan tidak menentu ekoran perkembangan terbaru parti itu dengan PKR.

Menurutnya, tanggungjawab bersama tetap dilaksanakan barisan Exco dan perkara itu katanya sudah terbukti apabila pentadbiran negeri tetap lancar walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.

"Pentadbiran negeri tetap berjalan seperti biasa dan tanggungjawab bersama itu wujud, sebelum ini pun PAS sudah tidak ada hubungan dengan DAP tetapi pentadbiran negeri tetap baik," katanya.

PAS muktamadkan hubungan dengan PKR esok

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Syura Ulama parti Islam itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan hubungan politik (tahaluf siyasi) dengan PKR.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, ia merupakan susulan atas ketetapan yang dibuat pada Muktamar Tahunan Pas ke-36 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Jelas Ahmad, beliau akan turut menghadiri mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

"Mesyuarat akan diadakan esok, kita akan bincang dahulu sebelum buat sebarang keputusan," katanya, memetik laporan Utusan Online.

Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah, Pondok Beta Hilir, hari ini.

Keputusan mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu dilihat penting kerana boleh memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang kini diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dari PKR bersama exco dari DAP dan parti Islam tersebut.

Selain Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang dilantik bagi menggantikan arwah Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada bulan September 2016, majlis syura tersebut dianggotai oleh 15 anggota yang lain.

Antaranya ialah Ahmad sendiri, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 10, 2017 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Ini Tidak Dilayan Oleh Jurujual Kerana Berpakaian Lusuh, Tetapi Akhirnya Buat Kejutan Apabila Beli Motosikal Harley-Davidson Guna Tunai
siakapkeli.my

Masih ingat pepatah orang putih 'don't judge a book by its cover'?

Seorang lelaki di Thailand baru-baru ini 'menguatkuasakan' pepatah itu apabila dia mengunjungi beberapa kedai motosikal yang menjual Harley-Davidson dengan pakaian dan penampilan yang lusuh - lebih jelas, dia datang dengan baju t-shirt dan seluar yang kotor, selipar jepun dan juga penampilan yang tidak terurus.

Kerana gaya penampilannya itu, kebanyakan jurujual tidak melayannya. Mungkin jurujual-jurujual itu berpendapat lelaki itu tidak bernilai untuk dilayan kerana tiada wang.

Kerana tidak dilayan, lelaki itu bergerak dari satu kedai ke satu kedai yang lain, sehingga dia tiba di sebuah kedai yang melayannya dengan baik.

Menurut Sanook, setelah dilayan dengan elok, lelaki itu terus membuat keputusan untuk membeli Harley-Davidson di kedai itu dalam masa sepuluh minit dengan berkata: "Saya mahu yang tu!".

Bukan itu sahaja, dia juga mengeluarkan wang 600,000 baht (RM75,000) tunai dan membayar untuk motosikal itu tunai!

Lelaki yang dikenalpasti sebaagi Lung Decha itu dikatakan seorang yang sangat jujur dan bekerja sebagai mekanik yang sudah bersara. Dia tidak menghisap rokok, minum atau berjudi.

Selepas bekerja keras sepanjang hidupnya, dia mengambil keputusan untuk menggunakan wang simpanan membeli motosikal impiannya.

Sumber: www.asiaone.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 10, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



3 Pelajar Maut Ditempat Kejadian, Kereta Viva Yang Dinaiki Hilang Kawalan Dan Terbalik
siakapkeli.my

MELAKA: Sebuah kereta Produa Viva yang dinaiki tiga orang pelajar telah terbabas di di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Stesen Minyak Petron Jalan Malim, Taman Cheng Bestari, menyebabkan ketiga-tiga mereka maut pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 pagi itu, Mohd Aiman Hakim Badrul Hisham, 19; Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19; dan seorang lagi yang masih belum disahkan identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik laporan itu, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa datang dari arah pusat bandar menghala Alor Gajah telah terbabas di pembahagi jalan, sebelum terbalik dan merempuh bahagian hadapan sebuah kereta Proton Gen 2 di laluan bertentangan.

Pemandu Proton Gen 2 itu bagaimana pun dilaporkan hanya mengalami sedikit kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan II, K Kalaiselvam, berkata sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 11.13 pagi.

"Sejurus tiba, anggota bomba mendapati dua mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva berkenaan. "Mangsa kemalangan membabitkan empat orang, bagaimanapun tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed May 10, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS masih fokus lawan Umno....

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

"
Assalamualaikum, Baru baru ini dua pertemuan dibuat antara pengetua dan guru besar sekolah sekolah di seluruh Kemaman dengan MP Kemaman Sabery Cheek dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Pertemuan pada hari yang sama itu dibuat pada sebelah paginya antara Sabery Cheek dengan para pengetua dan sebelah petangnya antara Wan Hakim dengan para guru besar sekolah sekolah seluruh Kemaman.Saya tidak punya maklumat tentang pertemuan antara Sabery Cheek dengan para pengetua tetapi mendapat sedikit maklumat pada pertemuan antara Wan Hakim dan para guru besar dari seorang kawan yang merupakan salah seorang guru besar yang turut hadir pada pertemuan itu.Berikut maklumat menarik yang saya perolehi.
Menurut kawan saya, Wan Hakim menyatakan PRU akan diadakan pada september tahun ini dan menegaskan PRU kali ini akan jadi getir kepada Umno.Ini adalah kerana antara sebabnya, Umno sudah tidak ada isu untuk menyerang PAS.Kata Wan Hakim lagi kalau dia ditawarkan untuk bertanding di DUN Chukai, dia akan menolak kerana harapan untuk menang di DUN Chukai amat tipis sekali.

Maklumat ringkas yang saya perolehi ini bukan satu kajian ilmiah tetapi suatu yang menjadi kegusaran kepada Umno Terengganu untuk berdepan dengan PAS dalam PRU yang akan datang.Umno tidak takut kepada PAN atau Bersatu atau PKR atau PH tetapi ketakutan mereka tetap kepada PAS.

Dari sudut yang bertentangan, ingin juga saya kongsikan pemandangan yang saya lihat ketika memandu ke Dungun menerusi jalan pantai semalam.Di satu sudut ketika melalui jalan di sekitar Batu 48 Dungun saya melihat papan tanda yang besar yang terpampang gambar segak MP Dungun, Ustaz Wan Hassan Wan Ramli dengan sebelahnya tertulis perkataan PAS ganti Umno.Ini menunjukkan PAS yang selama hari ini berusaha untuk mengantikan Umno masih lagi istiqamah dan fokus untuk menjadi pengganti Umno.

Tiada yang berubah sekalipun melenting lenting puak puak yang mesra PH menuduh PAS sudah mahu bergabung dengan Umno dan berbagai bagai tuduhan dan tohmahan yang dibuat tanpa sebarang kajian ilmiah tetapi dengan prasangka dan fitnah yang akhirnya kantoi satu persatu.

Mereka mendakwa gugurnya Cikgu Pa, Ustaz Saiful dan Dr Iskandar dari saf kepimpinan PAS merupakan usaha presiden untuk mendekati Umno tetapi kemudiannya mereka kantoi kerana orang yang didakwa digugurkan ini sebenarnya diberi jawatan yang lebih penting dan sesuai dengan kemampuan mereka.Mereka mendakwa ada ADUN PAS akan keluar parti kerana membantah kerjasama dengan Umno tetapi awal awal lagi kantoi kerana kesemua ADUN yang disebut akan keluar parti itu tetap ADUN yang istiqamah dengan PAS, bukannya ADUN dan MP yang keluar dengan melanggar baiah yang dinuteralkan dengan beriani kambing.

Banyak lagi tuduhan yang dilemparkan semata mata mahu membuktikan PAS sudah bergabung dengan Umno sehingga berjela jela SD dibuat dan sehingga melalut lalut ucapan ucapan Husang Musa dan kesemuanya kantoi satu persatu.

Saya tidak bercakap pasal kemenangan PAS di sini tetapi ingin menegaskan mengenai komitment PAS untuk terus istiqamah dan fokus untuk menggantikan Umno sebagai wadah dan plantform kepada umat Islam.Dan fokusnya PAS menyebabkan Umno khususnya di Terengganu menyedari mereka sudah tidak punyai apa apa isu untuk menyerang PAS sehingga MB Terengganu sanggup menawarkan rasuah pilihanraya kepada rakyat untuk terus memilih Umno menerusi tawarannya kalau berjaya menawan semula Kuala Nerus dan berjanji memberi peruntukan kepada ADUN Umno sahaja.

Itulah rasuah pilihanraya yang terpaksa digunakan Umno untuk memenangi hati rakyat.

Cuma peliknya kalau Umno sudah ketiadaan Isu, PH pula memiliki berjuta juta isu yang diautakan mereka untuk menyerang PAS sehingga sekarang kerja menyerang PAS sudah diambil alih mereka.Kalau di zaman Mahathir menjadi presiden Umno, Umnolah yangg paling rancak menyerang PAS, tetapi sekarang sesudah Mahathir duduk dalam PH, peranan menyerang itu diambil alih oleh PH dan agen agennya.........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

PAS kuat punca PH serang berterusan

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

DATUK Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan berterusan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyerang PAS kerana mereka dianggap melihat PAS semakin kuat.Beliau berkata serangan itu dilakukan semata-mata bagi melemahkan sokongan pengundi terhadap PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

"Sengaja mereka mahu memberi keraguan terharap pengundi-pengundi PAS dengan melakukan pelbagai serangan terhadap PAS," katanya selepas mesyuarat di JKR 10 Kota Bharu hari ini.
Sejak 2015 sehingga sekarang PAS menjadi mangsa serangan dan fitnah pemimpin PH termasuk kononnya menjalin kerjasama dengan Umno.

Malah mereka juga mendakwa ada pemimpin yang rapat dengan PAS menerima dana 1MDB daripada Datuk Seri Najib Razak.

Tuan Ibrahim juga berkata Pakatan Rakyat belum mampu menguasai Putrajaya pada dua pilihan raya umum sebelum ini sedangkan sokongan pengundi Melayu dan Cina telah berada pada tahap maksimum.

Oleh itu katanya PAS cuba mengatur strategi bagi memecah tembok tersebut supaya berlaku perubahan lebih menyeluruh dalam kalangan orang Melayu.

"Biarpun begitu dasar PAS tetap sama apa yang berubah hanya pendekatan dan strategi sahaja bagi menghadapi situasi semasa," katanya.

Beliau juga menyangkal dakwaan kononnya bekas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali digugurkan kerana cenderung kepada PH.

Katanya dakwaan itu tidak masuk akal yang dilakukan pihak tertentu untuk mengelirukan ahli dan penyokong PAS.

Katanya, sebelum susunan jawatankuasa baru PAS bagi sesi 2017-2019 dibuat, Mustafa menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan untuk mengundur diri.

"Datuk Mustafa sebenarnya yang meminta untuk dikecualikan daripada jawatan berkenaan," ujarnya.-H/daily

Exco dari PAS jalan tugas seperti biasa

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

EXCO Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan rakyat menerusi mandat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberikan sokongan penuh kepada kerjasama kepimpinan sedia ada.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataan berkata, usaha membela rakyat menerusi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) akan diteruskan dengan jayanya selain mahu mengekalkan kestabilan di Selangor.
"Terdapat banyak khabar-khabar angin tentang kedudukan PAS di dalam Kerajaan Selangor, maka demi kestabilan kerajaan negeri ditegaskan di sini bahawa PAS masih bersama di dalam kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Oleh demikian, Exco-Exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa dan memastikan semua program-program kerajaan negeri seperti Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Dengan itu, kami memberi sokongan kepada kerjasama dan persefahaman serta kepimpinan yang sedia ada untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati kestabilan dan pembelaan berterusan," katanya dipetik SelangorKini, semalam.

Naib Presiden PAS itu menegaskan, Exco kerajaan negeri juga akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008.

Azmin tolak cadangan rombak kerajaan Selangor

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini menolak cadangan Pemuda Amanah yang mencadangkan barisan kepimpinan kerajaan negeri dirombak, susulan usul PAS memutuskan kerjasama dengan PKR.

Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata rombakan perlu bagi memperkukuh gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM di Selangor dan mengelakkan kerajaan negeri jatuh ke tangan BN.

Azmin ketika ditemui pemberita di suatu majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini menolak cadangan itu, dengan berkata pengundi juga memilih PAS pada pilihan raya lepas untuk membentuk kerajaan negeri bersama PKR dan DAP.

"Mereka yang memilih bukan saya," katanya sambil menambah rakyat memilih 15 wakil rakyat PAS, DAP (15) dan PKR (14). "Mandat ini untuk 1 penggal. Untuk penggal akan datang kita serahkan semula kepada rakyat."

Azmin juga mengingatkan kerajaannya terbentuk bukan berdasarkan kepartian, tetapi sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.

"'Persetankan' mereka yang mabuk mencari publisiti dan populariti murahan. Mana-mana pihak termasuk individu atau kumpulan yang cuba khianati amanah ini, akan kita perangi mereka habis-habisan di Selangor," katanya.

Perwakilan PAS pada mesyuarat agung tahunan parti itu baru-baru ini sebuat suara meluluskan usul memutuskan "tahaluf siyasi" dengan PKR. Usul itu kini diangkat ke Majlis Syura Ulama PAS untuk dimuktamadkan.

Menjawab perkembangan itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata sekiranya usul diterima, ia perlu disusuli dengan peletakan jawatan semua ahli PAS yang kini sebahagian daripada kerajaan Selangor.

Di peringkat eksekutif, PAS diwakili 3 exco – Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – sementara di peringkat legislatif PAS diwakili Timbalan Speaker Shafie Ngah. PAS juga mempunyai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan.

Di sebalik spekulasi Azmin berdepan kehilangan sokongan, majoriti Adun Selangor 5 Mei lepas menyambut kepulangannya dari luar negara sebagai tanda solidariti.

Iskandar semalam menyatakan PAS Selangor akan tetap bersama kerajaan negeri yang dipimpin Azmin.

Timbalan presiden PKR sedia jumpa Hadi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Di saat PAS secara umumnya sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata, masih ada ruang perbincangan antara kedua-dua parti.

Kata timbalan presiden PKR itu, setiap parti mempunyai daya tarikan dan kekuatan masing-masing dan ia perlu digarapkan dengan betul.

Namun kata Azmin, untuk memungkinkan keadaan itu berlaku, semua pihak perlu mempunyai kerendahan hati untuk duduk bersama dan berbincang.

Justeru, menteri besar Selangor itu menyatakan kesanggupannya bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita mesti mempunyai kerendahan hati untuk duduk dan berbincang.

"Ya, terdapat perbezaan (antara kedua-dua parti ketika ini) tetapi saya fikir ia boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus," tegas Azmin di Shah Alam hari ini.

Belilau ditemui pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Selepas satu demi satu PAS kawasan meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan PKR, cadangan berkenaan kemudian dibahas dan diterima sebulat suara oleh muktamar parti itu di Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah kira-kira seminggu lalu.

Keadaan itu dianggap menjadikan hubungan PKR - PAS berada pada tahap paling dingin setakat ini.

Kena menang dulu

Bagaimanapun, PAS Selangor menegaskan, exco mereka akan tetap bertugas seperti biasa dengan kerajaan negeri - yang turut dibentuk melalui parti yang dimusuhi mereka - demi komitmen kepada rakyat.

Kata Azmin, setakat ini beliau tidak ada bertemu dengan Abdul Hadi.

Semasa muktamar ke-63 PAS lalu, katanya, beliau berada di Taiwan dan Timur Tengah.

Walaupun PAS sudah bertegas memutuskan hubungan politik dengan PKR, Azmin menjelaskan beliau tetap bersikap terbuka dan sedia berbincang lanjut.

Sementara itu mengulas mengenai cadangan memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) Azmin berkata, isu itu tidak timbul.

Azmin berkata apa yang perlu diutamakan pemimpin HARAPAN ketika ini ialah memenangi pilihan raya umum terlebih dulu.

"Siapa jadi perdana menteri, kita tunggu menang dahululah. Menang pilihan raya umum terlebih dahulu," kata Azmin.

Sebelum ini, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan keengganan HARAPAN menamakan secara jelas orang yang akan dilantik menjadi perdana menteri sekiranya menang pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Zaid turut berkata HARAPAN perlu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri kerana pemimpin veteran mampu meraih sokongan kuat termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan HARAPAN.

Kata Zaid, sikap membisu HARAPAN mengenai calon PM menyerlahkan serangan Umno yang mendakwa pemimpin DAP, Lim Kit Siang bakal menjadi perdana menteri di bawah gabungan itu.

Menjawab kenyataan Zaid, Azmin meminta ahli DAP itu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dan jika menang, semua pihak layak menjadi perdana menteri.

"Zaid kena menang dulu di Kelantan, menang di Perak dan Pahang. Kita gabung semua ini untuk bentuk kerajaan baru di peringkat Persekutuan. Semua orang layak jadi perdana menteri," katanya.

Pemuda PAN cadang Azmin rombak S'gor, ketepikan PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Naib Ketua Pemuda Nasional PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya segera melakukan rombakan kabinet dengan mengetepikan PAS.

Kata Shazni, 'bola' kini berada di kaki Mohamed Azmin sama ada mahu terus bersangka baik dengan PAS atau merombak kabinet Selangor bagi mengukuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Muktamar terima untuk putus tahaluf siyasi dengan PKR, setelah berkerat rotan dengan PAN dan DAP sebelumnya, maka di mana relevannya untuk PAS kekal dalam kabinet negeri," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, jika persediaan ke arah peralihan kerajaan sedang dibuat, keempat-empat parti dalam HARAPAN iaitu PKR, PAN, DAP dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) boleh memikul tanggungjawab untuk tujuan tersebut.

"Kita percaya, usaha awal ke arah memperkukuhkan gabungan PKR, PAN, DAP dan BERSATU di Selangor, mampu menjadi faktor terbaik bagi mengelakkan Selangor jatuh ke tangan kleptokrasi BN," katanya.

Sementara itu, dalam laporan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, PAS Selangor bertegas pihaknya tidak akan keluar daripada kerajaan negeri itu meskipun Majlis Syura Ulama memutuskan tiada lagi hubungan politik dengan PKR.

Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, Sallehen Mukhyi berkata, mana-mana pihak yang mengimpikan untuk mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan parti Islam itu boleh berhenti daripada terus berangan.

Kenyataan itu dikeluarkan menjawab desakan Shazni yang mendesak supaya Mohamed Azmin Ali agar segera melakukan rombakan dengan mengetepikan PAS.

"Saya fikir tuntutan PAN itu menunjukkan mereka sebenarnya tidak sabar nak jawatan dalam kerajaan negeri," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sallehen turut berkata, PAS perlu kekal dalam pentadbiran negeri kerana ia adalah mandat diberikan rakyat pada PRU lalu dan bukannya diberikan oleh PKR, DAP mahupun PAN.

"Soal tahaluf siyasi itu adalah melibatkan kerjasama politik dengan PKR bukannya melibatkan soal pentadbiran Selangor. Maka pendirian kita ketika ini ialah kekal berada dalam kerajaan negeri, kita mahu memastikan kepentingan maslahat rakyat Selangor dilindungi," beliau dilaporkan sebagai berkata.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 10, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Maut Selepas Digilis Treler Ketika Sedang Tukar Tayar Kereta
siakapkeli.my

10 Mei - Seorang pekerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman maut selepas dirempuh sebelum digilis sebuah treler dalam kejadian di KM 365.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi dalam kejadian pagi tadi.

Menurut BH Online, difahamkan mangsa sedang menukar tayar depan kereta Perodua Myvi yang dipandunya ketika kejadian.

Mangsa, Mohd Zalaini Mohd Shafee, yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah akibat digilis.

Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya, Firdaus Asmadi, 23; Ahmad Ihsan Asyraf Yusof, 19; dan Mohamad Abdul Azhim Suhairi, 18; dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke Kemaman, memberhentikan kereta di bahu jalan akibat kerosakan tayar.

Bagaimanapun, sebuah treler tiba-tiba merempuh kereta mangsa dari arah belakang sebelum menggilis lelaki itu. Akibat rempuhan itu, Ahmad Ihsan turut parah, Firdaus mengalami patah jari manakala Abdul Azhim cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hopsital Dungun dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 10, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wanita Ini Baru Berusia 21 Tahun, Tetapi Dia Sudah Bergelar Kapten Keretapi LRT
siakapkeli.my

Biarpun baru berusia 21 tahun, gadis cantik bertudung hitam ini merupakan seorang kapten yang mengemudi keretapi LRT di negara ini. Ya, seorang kapten pada usia 21 tahun.

Gambar Cik Nur Aina itu dimuat naik oleh CEO Prasarana, Azmi Abdul Aziz, di laman sosial Twitter sebentar tadi.

"Perkenalkan Cik Nur Aina. Di usia 21, dia merupakan salah seorang kapten LRT termuda dalam pasukan kami." tulis Azmi.

Tapi itu bukan sahaja kisah disebalik gadis dari Sekinchan itu. Menceritakan lanjut tentang gadis tersebut, Azmi berkata Aina mempunyai minat kepada keretapi.

"Aina selalu mengambil LRT setiap hari untuk bekerja di sebuah restoran segera di Ampang. Dari situ, dia mula menjadi minat dengan keretapi." tulis Azmi.

Bagi seorang wanita, minat kepada keretapi boleh dikatakan satu minat yang sangat jarang didengari. Tetapi, sesuatu yang boleh dipuji tentang Aina adalah dia membawa minatnya kepada satu kerjaya yang mana sesuatu yang menyihatkan.

Syabas Nur Aina!

Sumber: Twitter CEO Prasarana

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 10, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



UG: Ingat Sayuti aje bodoh, Rupanya Shahbudin Husin bodoh juga!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Pertama sebelum lebai panjangkan artikel ini, lebai nak minta maaf tajuk agak kasar sikit. Tapi rasa sesuai dengan dua orang penulis ini yang selalu "memperbodohkan" orang lain seolah-olah dia ni sahaja cerdik.

Dalam Warkah Mimpi Yang Terganggu - buat Abdul Hadi Awang, tulisan MSO lebai dah ulas MSO tak boleh nak beza difinasi UG. Dia keliru bukan pada artikel yang berbeza tapi pada artikel warkah mimpi tersebut. Sekejap kata UG kerajaan tanpa pembangkang sekejab kata UG kerajaan gabungan PAS-UMNO. Itu akibat menulis atas dasar emosi tanpa fakta dah hujah. Anda boleh baca di sini.

Lebai terbaca juga artikel Sahbudin Husin bertajuk "Kata Politik Matang Dan Sejahtera...Kenapa Ditempelak Saranan Ku Nan Untuk Bersatu?"

Ini satu lagi bodoh dan tidak faham apa itu politik BPMS (Budaya Politik Matang Sejahtera). Shahbudin Husin ingat BPMS itu mesti bergabung dengan UMNO. Sangat catek pemikiran Shabudin Husin. Untuk jadi penulis sepatutnya Shahbudin tingkatkan pengetahuan dan banyak membaca agar otak tidak jumud dan penulisan tidak menjadi 'sampah' media massa.

BPMS mempunyai 7 elemen yang ada tercatat pada gambarajah di atas. 7 elemen tersebut tak ada pun menyebut nak bergabung dengan UMNO.

Kalau kita sakit hati kepada PAS pun kerana PAS amal politik lunak dengan UMNO janganlah kita menulis perkara-perkara yang bodoh.

Engkau dua orang penulis. Bila penulis menulislah dengan etika supaya orang boleh anggap engkau orang adalah manusia yang MATANG DAN SEJAHTERA. Penulis tidak semestinya menyokong mana-mana parti. Dia boleh mengkritik dan memberi pendapat. Itu normal

Tapi kalau penulis menulis dengan tulisan bodoh, maklumat tak betul, emosi dan membuat tuduhan semata-mata nak orang ikut pendapat engkau orang kerana engkau penulis yang lama zaman ceramah Bukit Apal lagi... itu bukan nama menulis tetapi "MEMBODOH" dan melembukan pembaca.

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Kesian Lutfi, buat analisis tentang PAS sedangkan dia kini "buta" berkenaan PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Banyak kali kawan-kawan minta lebai mengulas artikel Ahmad Lutfi, bekas pengarang Harakah yang kini menulis dalam akhbar AMANAH (PAN). Seperti lebai menulis sebelum ini, analisis Ahmad Lutfi sudah tidak relevan dengan politik semasa kerana Lutfi sudah tidak mempunyai maklumat dan sumber seperti dulu. Dia hampir putus dengan maklumat terkini.

Kita masih ingat bagaimana Syed Hussin seorang penulis politik yang akhirnya hilang begitu sahaja disebab dua faktor. Satu sumber maklumatnya 'melarikan diri' dan dulu bukunya selalu diedit oleh Dinsman tetapi apabila dia menerima wang kerana penulisan Dinsman sudah tidak lagi mengedit buku-buku politiknya sehingga bukunya menjadi "tawar".

Kita juga kenal Sayuti Omar, daripada penulis yang berkrisma kemudian menjadi penulis 'rubbish' apabila dia mengambil pendekatan untuk membuat analisis memuaskan nafsu sesetengah 'kawan' atas bayaran tertentu. Dia juga hilang sumber maklumat politik daripada PAS.

Orang Sakit Perlu Motivasi

Berbalik kepada Lutfi. Pertama dia sakit. Orang yang sakit perlu motivasi untuk menyakinkan diri bagi meneruskan apa yang telah mewarnai diri dan kehidupannya dalam dunia penulisan. Lebai akui jarang orang macam Lutfi yang boleh bergerak semula setelah 26 bulan Harakah memberikan 'keistimewaan' yang jarang diperolehi oleh pekerja Harakah lain.

Dulu Lutfi boleh menulis mengenai politik UMNO. Dia juga mampu menulis dengan baik analisis politik Pakatan Rakyat. Semua ini berlaku kerana ada orang UMNO mahu Lutfi mendedahkan sesesuatu bagi tujuan tertentu. Ini dipanggil sumber maklumat.

Tapi kini Lutfi hilang semuanya.

Apabila Harakah memberhentikannya atas banyak sebab dia makin hilang dan menjadi hampir putus asa. Sedikit cahaya apabila puak-puak Harakah yang berpaling tadah membina satu akhbar bagi menyiangi Harakah yang kini dikenali AMANAH (PAN). Mereka bukan menyaingi malah cuba menghancurkan Harakah dengan menyekat saluran pengedaran Harakah. Bilangan cetakkan AMANAH pun hampir sama banyak dengan Harakah bagi menutupi pengedaran Harakah terutamanya di bandar-bandar.

Akhbar PAN akan menjadi kuat jika Zul Solong, Taufik dan Lutfi bergabung sekali membina akhbar baru, Ini ditambah pula dengan penulis-penulis Harakah lama berpengalaman yang berfikrah PAN turut membantu.

Zul Solong menggunakan nama pena apa pun dalam akhbar AMANAH (PAN) dia tidak boleh menulis melainkan isu-isu berkaiatan dengan PAS. Itulah kemampuan dia. Dulu dia kekerja dengan MalaysianInsider analisis Zul Sulong tidak labih isu-isu berkaitan dengan PAS. Zul Sulong bukan penulis politik. Malah dia gagal dan kurang berfungsi di MalaysianInsider.

Kini dia menerajui akhbar AMANAH (PAN) dan jangan hairan kalau lebai kata akbar AMANAH (PAN) akan alami nasib yang sama dengan akhbar-akhbar baru lain. Kesian kepada Khalid Samad terpaksa memikul biawak dalam akhbar AMANAH (PAN) yang Harakah dah 'calar balar' kerana memelihara biawak ini dalam Harakah banyak tahun lalu disebabkan biawak ini sangat rapat dengan Cikgu Pa.

Kenapa Lutfi mengimbau kembali Pertemuan dengan LGE 2010?

Petikan analisis Lutfi "Saya teringat pertemuan pada bulan Ramadan 2010 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Waktu itu, saya masih uzur selepas beberapa bulan menjalani operasi pembedahan jantung. Setiausaha Agung DAP itu memberitahu saya, beliau yakin hubungan baik antara Pas-DAP mampu dipertahankan sekurang-kurangnya jika masih ada dua tokoh, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang.

Saya tak pasti Lutfi sedar atau dia lupa bahawa hubungan PAS-DAP tidak baik ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih hidup lagi dan Muktamar 2015 adalah kemuncak pertembungan 2 golongan dalam PAS.

Lutfi seolah-olah meninggal dan menepikan faktor bagaimana DAP dan sesetengah pimpinan PKR cuba mempengaruhi keputusan Muktamar PAS 2015.

Atas faktor Apa Lutfi Kata Wujud Nilai Tambah Kepada PAN?
Lutfi menulis "Secara umum, Amanah akan diberikan kepercayaan mewakili Pakatan Harapan, di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi Pas. Pada 2013, Pas menang 15 daripada 21 kerusi Dun. Dengan kehadiran satu lagi parti baru, Bersatu, dipercayai Amanah akan memberi laluan kepadanya, terutama di kerusi yang Pas kalah ataupun di kawasan majoriti pengundi Melayu, khususnya di sekitar Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Selangor."

Sekali lagi Lutfi tertinggal dengan maklumat yang sangat penting berkenaan keputusan Pilihan Raya kecil Sungai Besar. Lutfi sepatutnya membaca semula analisis Malaysiakini (tak payah rujuk analisis PAS) berkenaan keputusan PRK Sungai Besar.

Analisis Malaysiakini (sila rujuk di sini) menunjukkan apa yang ditulis dalam analisis Lutfi tidak menepati maklumat yang sebenar.

Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 undi.
Manakala bagi peti undi di kawasan Melayu, PAS masih boleh menyaingi BN. Beza undi kedua-duanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.

Contohnya, peti undi bagi saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).

Manakala peti undi bagi saluran Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).

Bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan kebanyakannyaberbeza tidak lebih 50 undi.

Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan AMANAH dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.

Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.

Contohnya, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan - AMANAH mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).

Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33).
Lutfi Tiada Sumber Sekadar Menjadikan kenyataan pimpinan PAN sebagai sandaran hujah analisisnya.

Seperti lebai kata sebelum ini, Lutfi tiada sumber. Dia bukan sahaja tiada sumber daripada PAS malah daripada sumber PAN pun Lutfi sudah terputus. Mat Sabu? Husam Musa? Khalid Samad?

Seperti Zul Sulonng, Lutfi sekarang ini hanya mampu menulis analisis berkenaan PAS sahaja. Untuk menulis berkenaan PAS, dia perlu sumber. Siapa sumber maklumat PAS untuk Lutfi? Ustaz Idris Ahmad? Rasanya tidak ada. Hanya ada teori-teori rakan PAN yang dulunya PAS membuat andaian itu dan ini bagi Lutfi menulis.

Bila Lutfi tiada sumber, dia menulis mengikut apa yang sekadar dia baca di media sosial. Jadi tidak hairan dia mengulas mengenai Iskandar Samad berdasar kepada kenyataan daripada Izham Hashim. itu bukan analisis. itu sekadar menyambung tohmahan sahaja.

Sepatutnya Lutfi mengambil analisis keputusan Muktamar PAS 2017 yang baru berlangsung bagaimana Iskandar Samad boleh kekal jawatan.

Pada Muktamar 2015 keputusan untuk Naib Presiden PAS adalah seperti berikut:-

Ustaz Idris Ahmad - 896
Mohd Amar Abdullah - 710
Iskandar Abdul Samad - 672
Salahudin Ayud - 435
Mahfuz Omar - 378
Husam Musa - 317

Manakala Keputusan Naib Presdien PAS pada Muktmar 2017,

Idris Ahmad - 1062
Mohd Amar Abdullah - 950
Iskandar Abdul Samad - 703
Nasruddin Hassan - 487

Lebai tak nampak penyingkiran kepada Iskandar Samad. Malang bagi Lutfi boleh membuat analisis dengan maklumat tohmahan jahat PAN kepada PAS. Lutfi mencemar dirinya cuba membuat fitnah (bahasa penulis persepsi buruk) kepada Iskadar Samad.

Lutfi cuba menghidupkan UG UMNO-PAS bagi menguatkan analisis yang kononnya akan ada ADUN PAS keluar PAS kerana ada gabungan UMNO-PAS. Lebai tak pasti Lutfi yakin dengan penulisannya sendiri atau sekadar memenuhi tuntutan kerana terpaksa menyedoalam artikel analisis setiap minggu?

Setakat ini lebai belum jumpa hujah kontrit Lutfi berkenaan ada atau wujudnya UG UMNO-PAS. Lebai rasa Lutfi kena ambil sedikit masa untuk membaca BPMS (budaya politik matang dan sejahtera) untuk memahami kenapa PAS memilih lunak dengan UMNO.

Lutfi Gagal Memahami Pengunduran Cikgu Pa

Pengunduran Cikgu Pa adalah lebih kepada permintaannya sendiri. Cikgu Pa mula tidak meminati politik semenjak berlaku krisis dalam PAS sebelum 2015 lagi. Perkara ini diluahkan kepada orang rapat dengan beliau. Hanya hubungan dia dengan TGHA membuatkan dia masih kekal dalam PAS dan muktakhir ini dia banyak bertembung pendapat dengan penasihat-penasihat Presiden.

Satu perkara Lutfi kena tahu, Cikgu Pa yang dikatakan bersikap terbuka sebenarnya SANGAT KERAS dengan PAN. Bagi dia PAN mesti dihapuskan dulu baru PAS boleh bergerak dengan jaya. Cikgu Pa tidak melihat PRU-14 tetapi lebih mendongak PRU-15 selepas PAN tidak wujud lagi.

Untuk akhirnya Lutfi juga kena tahu Cikgu Pa sekarang sudah pandai membalas SMS, berwhatsapp. Harap Lutfi tidak lagi "buta" berkenaan PAS.

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 10, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Ini Makna Sebenar Penyokong Bola Sepak' - Lelaki Ini Terus Beri Semangat Kepada Pasukan Kegemarannya Biarpun Hanya Dia Seorang di Tempat Duduk Penyokong
siakapkeli.my

5 Mei - Betul ke kata orang penyokong-penyokong Liverpool ni setia kepada kelabnya hingga ke akhir hayat?

Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi itu semua tidak boleh melawan semangat yang ditunjukkan oleh seorang penyokong setia UiTM FC petang tadi.

Bayangkanlah, Muhammad Afiq Imran, pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi, terus bersemangat menyokong pasukan UiTM FC biarpun cuma dia berseorangan sahaja di tempat duduk penyokong.

Kejadian mengharukan itu dikongsi oleh laman Facebook UiTM FC sebenar tadi.

"Disebalik kemenangan berharga UiTM FC ke atas PDRM FA petang tadi, muncul satu detik bermakna yang mencuri perhatian ramai.

"Seorang penyokong setia, Muhammad Afiq Imran , pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi, cekal berdiri dan menyokong berseorangan di Curva #TheLionsTroops memberikan sokongan sepenuh hati kepada pemain #TheLions.

Bagaimanapun, Afiq tidak bertepuk di sebelah tangan. Segala kerahan sokongannya disambut baik oleh pemain dan juga pengurusan UiTM FC.

"Ironinya, sokongan tersebut dibalas dengan penuh penghargaan dari para pemain dan pengurusan UiTM FC yang turut bersama sama menyanyikan lagu Wawasan Setia Warga UiTM sebaik wisel penamat dibunyikan." tulis kelab itu di Facebook.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: