8 Messages
Digest #4732
Messages
Sat May 13, 2017 4:08 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
PAS Sedia Lepas Jawatan Di Selangor
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
PETALING JAYA: PAS mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta tiga exconya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun belum mendapat maklumat lengkap, beliau maklum bahawa pelantikan exco terletak di bawah bidang kuasa Sultan.
"Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafudin Idris Shah).
"Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star pada Sabtu bahawa Azmin telah membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat dengan tiga exco PAS negeri yang berlangsung selama satu jam.
Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata beliau bagaimanapun tetap akan mendapatkan pengesahan daripada tiga exco berkenaan dan Azmin sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.
"Saya kena dapat pengesahan yang betul dulu, secepat mungkin.
"Saya pun sebenarnya belum dapat pengesahan daripada exco kita di Selangor, saya akan dapatkan pengesahan mereka dan pengesahan daripada Datuk Seri Azmin tentang isu ini," katanya yang berada di Perak ketika dihubungi.
Azmin dilaporkan memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
Dilaporkan, Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.
Wakil PAS juga dilaporkan akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung
Azmin Ali - Exco PAS, Sila Lepaskan Jawatan
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.
Tiga exco PAS di Selangor telah diminta oleh Datuk Seri Azmin Ali supaya melepaskan jawatan masing-masing sebagai ahli exco kerajaan negeri.
.
Menteri Besar Selangor membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat selama satu jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
.
Pesuruhjaya PAS negeri yang baru, Sallehen Mukhyi juga hadir dalam mesyuarat tersebut.
.
Memetik laporan The Star, Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.
.
Difahamkan, wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.
.
Azmin memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
.
Beliau menerima tekanan daripada rakan-rakan Pakatan Harapan untuk memutuskan hubungan dengan PAS kerana tidak masuk akal untuk mereka 'tinggal serumah' selepas parti itu mengumumkan 'perceraian'.
.
Difahamkan bahawa wakil-wakil PAS terkejut dengan permintaan menteri besar dan mereka mahu berbincang dengan parti sebelum tampil dengan satu keputusan.
.
Turut difahamkan, pemimpin-pemimpin PAS telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan mesyuarat pimpinan tertinggi parti akan dipanggil tidak lama lagi.
.
Langkah 'luar jangkaan' oleh Azmin itu telah mengejutkan pimpinan PAS kerana parti itu tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri walaupun Majlis Syura telah membuat keputusan mengenai hubungan mereka yang boleh diibaratkan sebagai 'cerai talak tiga'.
.
Dalam mesyuarat itu, Sallehen, yang baru-baru ini mengambil alih jawatan daripada Iskandar sebagai ketua pesuruhjaya PAS negeri, menjelaskan bahawa dasar tahaluf siyasi itu akan digantikan dengan konsep taawun, satu kerjasama untuk manfaat rakyat dan negara.
.
Sallehen berkata konsep taawun akan membolehkan PAS menjalankan tugasnya dalam kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, difahamkan Azmin tidak berminat dengan penjelasan itu yang difikirkan tidak akan diterima baik orang masyarakat umum di Selangor.
.
Sumber PAS berkata mesyuarat antara Azmin dan wakil-wakil PAS berlangsung dengan baik walaupun menteri besar melahirkan rasa kesal dengan keputusan Majlis Syura untuk menamatkan hubungan antara dua parti.
.
Alasan yang diberikan termasuklah kegagalan PKR untuk menyokong agenda Islam PAS, termasuk isu RUU355 dan serangan pemimpin PKR terhadap kepimpinan PAS.
.
Sebab-sebab lain adalah, PKR sedang merancang untuk bekerjasama dengan parti lain untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam pilihan raya kecil lalu.
Batal tahaluf siyasi: PKR mahu dapatkan kepastian dari PAS
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
PETALING JAYA: PKR mahu mendapatkan kepastian daripada PAS berhubung ketetapan Majlis Syura Ulama membatalkan "tahaluf siyasi" sebelum memberikan sebarang komen.
Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR tidak boleh memberi komen sehingga mendapat sesuatu yang rasmi dari PAS.
"Tak boleh bincang lagi (dengan FMT), sebab sekarang ini ia sedang dibincangkan di peringkat majlis tertinggi PKR," katanya ketika dihubungi.
"Biar kami dapatkan kepastikan dari PAS. Setelah itu kita bincang dalam kalangan PKR untuk kita putuskan tindakan selanjutnya."
Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat ketetapan "tahaluf siyasi" antara PAS-PKR terbatal serta-merta, "kerana begitu banyak pelanggaran syarat menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam".
Majlis menyenaraikan 3 pelanggaran, dipercayai sebab utama, yang menyebabkan keputusan itu.
"Antara perlanggaran tersebut ialah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU355.
"Melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS,"
"PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.
Ia sudah dijangka, kerana ia diangkat daripada usul yang diluluskan perwakilan PAS dengan sebulat suara di mesyuarat agung tahunan parti di Kedah baru-baru ini.
Dengan keputusan ini, pintu terbuka kepada pertembungan antara PAS dan PKR di semua kerusi PKR, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.
Mengenai kedudukan PAS di Selangor, Zawawi mengumumkan majlis mengambil keputusan untuk menyerahkan sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran di negeri itu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
"Ia juga dilakukan dengan merujuk kepada maslahat dan kepentingan Islam dan rakyat," katanya.
PAS, bersama-sama PKR dan DAP menawan negeri itu daripada Barisan Nasional pada pilihan raya 2008 dan membentuk kerajaan bersama sehingga ke hari ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan PAS Selangor sebelum ini menolak semua cadangan merombak pentadbiran kerajaan negeri.
PAS mempunyai 3 exco di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor juga daripada PAS.
Selepas perpecahan dan letak jawatan atau pemecatan, kedudukan sekarang menyaksikan PKR mempunyai 12 kerusi, DAP 14 kerusi, PAS 13 kerusi, BN 12 kerusi, Amanah 2 kerusi dan Bebas 2 kerusi.
Kerajaan Selongor milik PKR ker?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"
Assalamualaikum,,,
Azmin kata kerajaan Selangor terbentuk dengan mandat rakyat, dan diakui oleh Presiden PKR, DSWA tetapi Saifudin Nasution kata kalau putus hubungan PAS tak boleh bersama mesti kena tinggalkan kerajaan negeri, Aziz Bari pakar undang undang DAP pun kata benda yang sama.Persoalannya, apakah kerajaan Selangor milik PKR?
Kalau PAS perlu meninggalkan kerajaan Selangor mengikut sifir Saifudin dan Aziz Bari bermakna kerajaan Selangor itu milik PKR.Tetapi kalau kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat bermakna Saifudin dan Aziz Bari tiada hak menentukan hala tuju kerajaan Selangor.Mandat bermakna keputusan PRU 13 yang terpakai selama umumnya 5 tahun sehingga DUN dibubarkan, untuk PRU 14.Sifirnya mudah, Majoriti yang dimiliki oleh kerajaan sekarang ialah majoriti PR yang menang PRU 13 yang terdiri dari 3 parti.Walaupun PR sudah tiada tetapi ketiga tiga parti tersebut tetap ada dan mandat yang diperolehi masih terpakai untuk ketiga tiga parti, tiada siapa yang berhak untuk menyingkirkan PAS dari kerajaan negeri.
Kalau PAS mahu meninggalkan kerajaan, itu mesti dengan pilihan mereka sendiri bukan disuruh oleh orang orang yang tak berkenaan.Keputusan jawatankuasa Pusat PAS dalam perkara ini ditunggu, kalau jawatankuasa memutuskan PAS kekal dalam kerajaan sehingga DUN bubar, maka keputusan itu perlu dihormati, begitu sebaliknya kalau jawatankuasa memutuskan PAS keluar dari kerajaan sebelum mandat rakyat berakhir maka itulah natijahnya, tiada perlu ada bantahan dari mana mana suara sumbang mambang.
Cerita ini sekali gus membawa kita kembali ke Penang yang telah menukar kerajaan mereka kepada kerajaan PH yang tiada mandat dari rakyat.PAS disingkirkan dengan cara yang biadap oleh DAP seolah olah kerajaan Penang itu milik DAP sepenuhnya, sedangkan mandat yang diperolehi dalam PRU 13 adalah untuk PR yang terdiri dari 3 parti, ia itu PAS, PKR dan DAP tetapi tanpa segan dan silu PAN pula mengganggotai kerajaan, muka tidak malu!Sungguhpun mereka tiada kerusi di DUN Penang, tapi mereka tetap menjadi anggota kerajaan menerusi perlantikan politik sedangkan perlantikan ini tanpa mandat rakyat.
Perkara sama nak dibuat di Selangor apabila mereka mendesak MB menyingkirkan PAS dan melantik mereka tanpa mandat,Muka tak malu.....
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Keputusan majlis syura tak jejas kerajaan S'gor - Wan Azizah
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Keputusan Majlis Syura Ulama PAS membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi dengan PKR tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Perkembangan terbaru ini tidak sama sekali menjejaskan kerajaan negeri Selangor memandangkan kerajaan negeri hari ini mendapat mandat penuh rakyat negeri Selangor.
"Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berfungsi seperti biasa untuk fokus membangun negeri dan memakmur rakyat," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan.
Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengumumkan bahawa majlis itu menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini untuk membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
Nik Muhammad Zawawi berkata, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.
Sehubungan itu, Wan Azizah berkata, PKR mengambil maklum keputusan majlis syura itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengekalkan muafakat politik demi memenuhi aspirasi rakyat.
"PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik.
"PKR mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan mahkamah syariah seperti yang ditegaskan oleh kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017 yang juga merupakan pendirian rasmi PKR," tegasnya.
Sementara PKR berusaha secara muafakat dengan parti-parti politik untuk menawan Putrajaya, tegasnya, PKR juga komited dan tuntas mempertahankan kerajaan-kerajaan negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
"Matlamat dan tindakan PKR dalam semua pilihanraya termasuk pilihanrya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk menentang Umno dan BN," tegasnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula menyatakan kekesalan parti itu terhadap keputusan majlis syura itu tetapi menolak tohmahan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS itu.
"PKR menzahirkan kekesalan terhadap keputusan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulama namun menghormatinya atas kebebasan PAS membuat suatu pendirian politik.
"Pada masa yang sama PKR menolak tohmahan bahawa PKR menentang agenda Islam, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan.
Sebaliknya, Saifuddin menegaskan bahawa PKR sentiasa konsisten berdasarkan rekodnya.
"Rekod PKR kekal sebagai sebuah parti pelbagai kaum, komited memperjuangkan agenda rakyat, membanteras rasuah dan penyelewengan, mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang," katanya.
Berikutan itu, katanya, pimpinan PKR akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu.
Aktivis DAP Gesa Azmin Adakan Pilihan Raya Awal Di Selangor
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
AIDCNews– 09/05/17 –Aktivis DAP Dr Abdul Aziz Bari menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pilihan raya awal di Selangor untuk menggelakkan semua spekulasi terhadap kerajaan pimpinannya.
Menurutnya, jika Azmin mengadakan pilihan raya awal, semua spekulasi mengenai pemberontakan terhadap kerajaannya boleh dilenyapkan dan sekali gus menyelesaikan masalah perkongsian kuasa dengan PAS yang tidak mempunyai hubungan rasmi dengan PKR dan DAP.
Aziz berkata mandat baharu daripada pengundi di negeri terkaya di Malaysia itu akan menamatkan ketidaktentuan yang muncul selepas PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar parti itu yang baru berakhir.
Keputusan ini merumitkan lagi keadaan penyusunan kuasa di Selangor di mana wakil rakyat daripada PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan negeri tetapi PAS tidak mempunyai hubungan rasmi dengan DAP sejak 2015.
"Langkah terbaik adalah jika menteri besar meminta Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekarang, kita sudah mendapat mandat empat tahun.
"Kerajaan negeri perlukan mandat baru dengan pentadbiran kukuh yang akan memadamkan semua keraguan, terutama selepas PAS berkata ia mahu menamatkan hubungan dengan PKR," kata Aziz kepada The Malaysian Insight.
Portal itu turut melaporkan kenyataan Penganalisis politik pro-PAN Mohamad Hisomuddin Bakar daripada Pusat Ilham yang berkata PAS tidak akan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana bimbang kira-kira 5,000 aktivis PAS hilang jawatan dilantik di dalam peringkat majlis tempatan dan jawatankuasa kampung.
"Jika PAS menarik diri daripada kerajaan Selangor, mereka juga akan hilang kawalan ke atas rangkaian masjid dan surau di seluruh negeri yang mereka gunakan untuk menyebarkan agenda parti," kata Hisomuddin.
Hisomuddin juga berpendapat, PAS tidak akan menamatkan hubungan dengan PKR sebelum tamat tempoh mandat kerajaan Selangor pada Mei tahun depan.
Walaupun ahli PAS menginginkannya, keputusan muktamad terletak kepada Majlis Syura.
"Terdapat dua senario. Sama ada Majlis Syura memberi lampu hijau untuk menamatkan hubungan itu sekarang, atau berkata ia akan terus bekerjasama dengan PKR sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Saya percaya kemungkinan kepada pilihan kedua."
Hisomuddin bersetuju dengan Aziz situasi yang dalam pentadbiran Selangor kini bermasalah memandangkan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP.
"Kami berada dalam situasi di mana parti politik yang dipilih pengundi tidak boleh menterjemahkan janji mereka kepada dasar awam kerana tidak boleh bekerjasama."
Saifudin Guna Kata-kata TGNA Untuk Bidas PAS Akhirnya Terbidas Diri Sendiri
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudddin Nasution Ismail kononnya memetik kata-kata arwah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membidas beberapa exco PAS yang enggan meletak jawatan daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.
"Tindakan mereka (yang mengekalkan jawatan exco) adalah tidak bermoral dan tidak bermaruah kerana mereka telah memutuskan hubungan politik dengan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah," petik Saifuddin dalam catatan di Facebook.
Saifuddin merujuk reaksi Allahyarham Nik Abdul Aziz apabila ahli-ahli exco daripada parti Semangat 46 enggan meletak jawatan daripada kerajaan Kelantan walaupun terputus hubungan dengan PAS pada tahun 1996.
Kesian Saifuddin tidak memahami politik semasa. Tidak dapat membaca pergolakkan politik semasa dengan apa yang berlaku antara PAS-Semangat 46 dulu.
Rasanya kalau Azmin sebut tak faham aspirasi rakyat, sangat sesuai untuk Saifuddin Nasution. Beberapa perkara Saifudin Nasution patut 'study semula' ialah
Semangat 46 bubar, dan sebahagian pimpinannya masuk UMNO. Kerana mereka dibeli dan ini akan membuatkan kedudukan kerajaan PAS Kelantan akan menjadi tidak stabil kerana exco tersebut dah jadi UMNO. Saifuddin ingat TGNA bodoh ke nak biarkan!
PAS ni lawan UMNO dah lama Saifuddin?
Takkan engkau tak ingat, Saifuddin bagaimana engkau mengalami krisis kewangan bisnis engkau hampir lingkup. Engkau jumpa Anwar Ibrahim (masa tu Anwar Ibrahim UMNO). Anwar tolong engkau jadi penyarah U. Engkau dinaikkan jadi Pemuda UMNO.
SAIFUDDIN ENGKAU PUN DIBELI oleh UMNO.
Engkau ada 2 keahlian PAS
Jika menggunakan No. KP 6984735 (lama Saifuddin Nasution) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan.
Menggunakan KP baru 631207715005, Saifuddin Nasution adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.
Engkau Saudddin adalah manusia yang sebelum ini berada dalam Jamaah Islam PAS kemudian menjual diri untuk sedikit kepentingan politik dan kebedaan terus berada dalam UMNO.
Sedikit maklumat untuk pembaca, Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang.
Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan.
Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali. Ini pun menyalahi TAHALUF SIYASI yang Anwar tak faham kenapa PAS putus hubungan tahaluf.
Dulu Majlis Syura Ulama PAS tak benarkan Zulkifly Nordin jadi calon. PKR membelakangi tahaluf jadikan Zulkifly Nordin calon parti PKR. Apa jadi kepada Zul Nordin, bekas peguam Anwar?
Saufudin baik engkau diam.
Setiap kali engkau buka mulut menyerang PAS, makin orang nampak 'keburukan' dan 'hodoh'nya perangai engkau.
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Lupakan PAS, tumpu menang PRU14, kata Pemuda PKR
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin pemuda PKR menyeru semua parti pembangkang tumpu kepada pembentukan kerajaan persekutuan baharu walaupun PAS bertegas mahu memutuskan hubungan dengan PKR hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata walaupun PAS memberikan alasan yang "tidak sah" untuk memutuskan hubungan, usaha mereformasikan kerajaan perlu diteruskan.
"Kita tahu ada dalam kalangan pemimpin PAS yang mahu bekerjasama dengan kita.
"Di pihak kami, kita cuma perlu teruskan mandat sedia ada. Apa yang penting ialah dapatkan mandat baharu dari rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
"Terpulang kepada parti politik untuk membuat keputusan bagaimana mencipta suatu pakatan pilihan raya atau gabungan.
"Siapa kita untuk menghalang mereka apabila ia adalah hak PAS memilih jalannya sendiri?"
"Tetapi saya perlu katakan saya nampak alasan yang PAS berikan untuk memutuskan "tahaluf siyasi" sebagai 'tidak sah'. Ini adalah keputusan PAS," katanya kepada FMT.
Majlis Syura Ulama hari ini mengumumkan "tahaluf siyasi" dengan PKR terbatal, selepas ia membuat keputusan ke atas usul untuk mengakhiri 2 dekad kerjasama PAS dengan parti reformasi. Usul diluluskan sebulat suara oleh perwakilan di muktamar PAs baru-baru ini.
Majlis mengulangi tuduhan oleh perwakilan Pemuda dan Ulama PAS, mengatakan PKR sudah melanggar syarat kerjasama politik dengan PAS.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata para pengundi akan menjadi menghakimi perpecahan antara PAS-PKR.
"Bukan kami yang minta putus. Mereka yang mahu putus. Jadi, selamat tinggal."
"Akhirnya, orang akan menghakimi kerana orang sedang melihat isu punca pendapatan dan isu lain yang menjejaskan kehidupan harian mereka."
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 13, 2017 4:08 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pelajar UiTM Maut Dihempap Pokok Ketika Berkhemah
siakapkeli.my
Bentong, 13 Mei : Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Lata Charok, Janda Baik, pagi tadi.
Empat yang lain turut cedera dihempap pokok berkenaan.
Utusan Online berkata, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa bersama 68 pelajar lain sedang mengikuti program perkhemahan di situ.
"Semasa kejadian, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa penuntut.
"Pasukan bomba sedang melakukan operasi bagi membawa keluar mangsa yang dihantar ke Hospital Bentong,"katanya di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online
Detik Cemas Lelaki Cuba Diselamatkan Rakan-Rakan Sebelum Dihanyutkan Kepala Air Di Slim River
siakapkeli.my
Sejak semalam tersebar sebuah video yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang cuba diselamatkan oleh rakan-rakannya dan orang awam selepas dia dilihat terperangkap dalam kepala air di Sungai Kampung Bil dekat Slim River.
Rakaman berkenaan menunjukkan mangsa Aidil Akasah Mohd Yusof, 23, cuba diselamatkan dengan rakannya membaling pemegang seperti pelepah pokok kelapsa yang telah dibuang daun untuk dia berpaut dan diselamatkan.
Selepas berjaya memegang pelepah berkenaan, dia cuba terjun ke depan, namun kerana arus yang kuat akhirnya pautannya terlepas dan dibawa arus.
Video kami telah turunkan bagi menghormati permintaan keluarga Arwah
Memetik laporan Harian Metro, mangsa telah dijumpai kira-kira 200 meter daripada lokasi kejadian namun sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian mangsa telah pergi ke kawasan berkenaan untuk berkelah sebelum tiba-tiba arus sungai naik mendadak dan menghayutkan mangsa.
"Tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian itu bagaimanapun mangsa gagal ditemui sehingga operasi mencari dan menyelamt dijalankan.
"Mangsa ditemui pasukan keselamatan pada 8.55 malam kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan hanyut," katanya, hari ini.
Beliau berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh sepasukan petugas perubatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut.
Menurut jurucakap pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, merka terpaksa menggunakan tali untuk menaikkan mayat mangsa ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 13, 2017 4:08 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
KPDNKK Diarah Untuk Periksa Gajet 'Fidget Spinner'
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 11 Mei - Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah membuat pemeriksaan gajet 'fidget spinner' di pasaran sama ada permainan itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.
Gajet fidget spinner itu mula menjadi popular apabila menjadi viral di media sosial.
Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada SIRIM untuk diperiksa.
"Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara.
"Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih diperingkat persefahaman dan dijangka akan mula beroperasi secepat mungkin.
"Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK yang akan mengeluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar produk," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Sebelum ini, portal berita BH ada melaporkan beberapa badan NGO menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan saja berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan digunakan untuk tujuan jenayah.
Sumber: BH Online
Fidget Spinner, Mainan direka Untuk Lemahkan Intifadhah Anak-anak Palestin
bloglist-malaysia.
Dicatat oleh ustazcyber.com
Anda kenal mainan Fidget Spinner? Benda plastik mirip baling-baling dengan tiga sisi bundar dan tengah berisi bantalan peluru itu tengah naik daun. Banyak yang merasa memainkannya boleh menghilangkan stres. Lainnya menyatakan baik buat melatih konsentrasi. Sisanya menyatakan tidak berguna dan cuma membuat orang tidak fokus.
Meski begitu, ternyata benda ini tidak begitu saja dibuat. Niat awalnya ternyata supaya mainan ini bisa melemahkan semangat juang anak-anak Palestin.
Disiar dari surat khabar Haaretz, Selasa (9/5), otak di balik Fidget Spinner adalah seorang warga Amerika Syarikat, Catherine Hettinger. Dalam sebuah wawancara, dia mengenang kembali alasan membuat mainan itu.
Ternyata, pada 1980-an, Hettinger bertandang ke wilayah Palestin yang dijajah Zionis-Israel mengunjungi kakak perempuannya. Sial, ternyata saat itu sedang bergelora gerakan perlawanan terhadap Zionis oleh orang-orang Palestin, dikenal dengan istilah Intifada.
Hettinger menyaksikan bagaimana saban hari muda-mudi dan anak-anak Palestin bertempur dengan polis dan tentara Israel. Orang-orang Palestin itu melawan bermodalkan batu. Dia lantas mendapat idea membuat benda yang boleh meredam para pemuda Palestin melempar batu.
"Awalnya saya mendesain benda seperti batu yang lunak, sehingga anak-anak bolehmelemparnya. Memang mulanya itu untuk menyampaikan pesan perdamaian," kata Hettinger.
Lantas Hettinger kembali ke kampung halamannya di Orlando, Florida. Desain awal mainan itu dia ubah menjadi mirip baling-baling yang boleh berputar. Hettinger lantas mematenkan benda itu pada 1997. Namun sayang tak ada yang tertarik menjualnya, termasuk kilang mainan besar, Hasbro. Dia juga tidak punya wang buat memperbarui hak patennya sembilan tahun kemudian. Biaya ditetapkan sebesar USD 400.
Meski begitu, mainan karya Hettinger meledak sejak akhir tahun lalu. Semua orang gemar memainkannya. Mulai dari pekerja pejabat hingga anak-anak sekolah rendah.(EM)
Masalah ketagihan 'fidget spinner' bakal melanda kanak-kanak Malaysia
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi
Pernah dengar pasal permainan bernama 'fidget spinner' ?
Tak pernah !, tak apa sebab mungkin anda tak ada anak kat rumah. Mungkin anda tak kahwin lagi dan tak ada anak atau mungkin anda jenis yang tak ambil peduli pasal anak-anak.
Saya pun tak tahu menahu juga pasal gadget bernama fidget spinner ini. Bukan tak ambil tahu pasal anak-anak kat rumah. Ambil tahulah jugak sedikit sebanyak. Tapi yang ambil tahu 100% pasal hal ehwal anak-anak ada lah isteri kat rumah.
Bab membeli permainan dan seumpamanya juga, isteri yang ambil tahu dalam melaksanakan kesemua projek membeli tersebut. Itulah yang menjadi masalah sedikit. Masalah nak kawal apa yang anak-anak nak beli menjadi agak sukar sebab komplot antara anak-anak dengan ibu mereka.
Kedekut nak beli fidget spinner
Saya mungkin dianggap sebagai seorang ayah yang amat kedekut untuk izinkan anak-anak membeli sebagai barang mak nenek yang tak berapa ada manfaatnya. Semua anak-anak tahu hal tersebut. adi kalau nak minta beli yang bukan-bukan, tak ada seorangpun yang akan datang minta kat saya.
Tapi mereka ada satu lagi saluran. Mereka pandai kecek kat ibu mereka. Ibu mereka juga tahu yang saya jenis tangkai jering terhadap benda-benda sedemikian. Kalau minta kat saya nak beli menatang fidger spinner tu, insyallah mereka tak akan dapat. Jadi biasanya mereka pakat minta kat ibu mereka, dan biasanya akan dapat asalkan kesemua aktiviti membeli itu dirahsaikan dari pengetahuan saya.
Itulah masalahnya !, anak-anak dah beli fidget spinner tu dan baru dua tiga hari lepas saya terserempak masing-masing sedang ghairah membuka bungkusan fidget spinner mereka. Saya tanya apa menatang tu, mereka dengan tak berapa suka jawab benda memusing. Malam itu pecah satu rahsia baru yang anak-anak saya ada fidget spinner dalam simpanan mereka.
Sekadar nota sebagai makluman pasal sifat kedekut tangkai jering saya tadi. Saya hanya tak kedekut bila anak-anak minta nak ke kedai buku seperti MPH atau Kinokuniya dan lain-lain. Kat situ, kalau mereka nak beli buku sampai habis antara RM500 ke RM1,000 pun saya tak kisah. Itu pembelian bermanfaat yang baik untuk masa depan mereka. Bab macam itu saya tak jadi tangkai jering.
Kerajaan sedang kaji fidget spinner
Hari ini pula saya terbaca satu laporan pasal fidget spinner ini kat negara kita. Dalam Berita Harian, kerajaan di bawah KPDNKK diarahkan untuk membuat kajian terhadap fidget spinner. Mereka nak tengok samada permainan itu boleh mengundang bahaya atau tidak kepada pengguna.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa. Selanjutnya di sini
Dengan terbacanya laporan tersebut, pengetahuan saya tantang permainan fidget spinner ini bertambah lagi. Nampaknya ia dah mula jadi satu fenomena kat negara kita juga. Itu membuatkan saya semak statusnya di seluruh dunia.
Bukan payah nak semak status permainan itu kat seluruh dunia. Anda hanya perlu buka Google dan buat pencarian. Itulah yang saya buat dan bersepah maklumat berkenaannya. Saya buat pencarian yang lebih spesifik lagi terhadap status bahayanya. Dan memang ternyata kat Amerika, fdget spinner ini dah masuk dalam kategori yang merisaukan.
Fidger spinner dah mengacau ketenteraman
Asalnya permainan fidget spinner ini adalah alat khas untuk kanak-kanak yang susah dikawal. Samada jenis yang hiper aktif atau jenis yang tak boleh beri tumpuan. Juga untuk kanak-kanak yang ada masalah autism.
Dengan permainan ini diberikan pada mereka, ketenteraman boleh dicapai. Terutamanya untuk ibubapa atau penjaga mereka. Biar mereka leka tengok benda tu berpusing daripada abubapa pusaing kepala layan kerenah anak-anak yang tak boleh duk diam.
Sekarang bukan kanak-kanak yang bermasalah saja dah ketagih fidget spinner, hampir ksemua kanak-kanak dah mula minat terhadap permainan tersebut. Kalau ibu bapa mereka gila tukar smart phone dari satu ke satu model baru, mereka juga nak tukar benda atau gadget baru untuk mereka.
Nak marah kat anak-anakpun tak boleh juga, mak bapak mereka lebih kurang sama saja. Lagipun mak bapak mereka tukar benda atau gadget yang jauh lebih mahal.
Sekolah haramkan fidget spinner
Ada sekolah yang dah terus haramkan fidget spinner ini. Memang patut pun. Bayangkan kalau ada 30 pelajar kanak-kanak yang setiap seorang ada satu atau dua fidget spinner pada jari mereka. Boleh mengaum satu kelas bunyi pusingan benda itu.
Kalau kena resonannya, mahu boleh runtuh dinding kelas. Dan paling teruk, cikgu akan hilang tahap kesiuman mereka menahan jiwa dengan kerenah kesemua pelajar yang merenung fidget spinner masing-masing berbanding mengambil tahu apa yang cikgu suruh mereka buat.
Kanak-kanak kat sana dah jadi tukang buat koleksi fidget spinner. Mereka ada lebih daripada satu permainan tu. Mereka beli secara borong terutamanya secara online samada kat amazon atau portal ecommerce yang lain.
Ancaman negara Cina terhadap dunia
Kes fidget spinner ini bukan main teruk sekarang sampai ada teori konspirasi. Jika anda lihat kesemua barang fidget spinner ini, hampir ksemuanya dibuat dari negeri China. Mereka memang cekap buat barang macam itu dalam kuantiti yang amat banyak dalam kos yang amat rendah.
Jadi lambakan permainan fidget spinner itu sengaja dibuat oleh negara China untuk melekakan rakyat Amerika. Anak-anak akan leka main fidget spinner dan mak bapak leka mengawal anak-anak mereka membendung dari salah main sampai mencederakan.
Jadi hanya dengan permainan tersebut, satu Amerika akan leka. Ini memudahkan Negara China buat kerja lain yang lebih menguntungkan mereka. Itulah teori konspirasinya. Haha ! memang lucu. Mungkin juga perkara yang sama boleh kita andaikan berlaku pada negara Malaysia.
Negara China dah masuk dan jajah kita secara ekonomi kata sesetengah orang. Sekarang mereka akan jajah minda anak-anak kita pula supaya leka main fidget spinner. Ini melengkapkan lagi penguasaan negara China terhadap rakyat dan negara kita.
Siapa yang reka fidget spinner
Untuk pengetahuan anda, fidget spinner ini direka oleh seorang jurutera wanita berbangsa Amerika. Dia cipta benda ini pada tahun 1990 lagi. Tujuan asalnya untuk membuatkan anak-anaknya seronok dan terhibur bermain dengannya.
Dia cipta permainan itu dan mendapatkan hak cipta atau paten pada tahun 1997. Dia cuba dapatkan pengilang untuk buat permainan itu dalam skal untuk komersial tapi ditolak mentah-mentah. Sehinggalah hak patennya habis. Dan sekarang permainan itu dah meletup dan dia tak dapat satu senpn dari hasil kreativitinya.
Itu kata sesetengah berita pasal pencipta fidget spinner itu. Tapi ada juga yang kata wanita itu bukanlah pencipta asalnya.
Tak kisahlah, siapa penciptanya tapi permainan itu dah jadi havoc sekarang disebabkan promosi dari media sosial yang ada kat dunia ini.
Yang pastinya, kalau datang kat negara kita, kreativiti anak-anak kita boleh tahan. Mereka mungkin akan tukar dengan bahan metal yang tajam dan jadikan senjata dan sebagainya. Itulah yang merisaukan kalau ibubapa tak pantau.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 13, 2017 4:10 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Umno tipu pelajar hadiri sambutan ulang tahun?
bloglist-malaysia.blogspot
gigitankerengga.blogspot
Pemuda PKR menuduh Umno menggerakkan mahasiswa dari sebuah universiti awam untuk turun ke Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam ini, sempena ulang tahun ke-71 parti itu.
Naib Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin berkata, beliau menerima mesej WhatsApp daripada pelajar universiti, yang terletak di Shah Alam itu.
"Terdapat usaha bersepadu untuk memanipulasi dan menggerakkan pelajar untuk menghadiri acara di Bukit Jalil itu.
"Kami mengesyaki bahawa program itu membabitkan sambutan ulang tahun ke-71 Umno," kata exco Pulau Pinang itu pada sidang media di Seberang Jaya.
Afif juga mengemukakan salinan mesej WhatsApp semasa sidang akhbar itu.
Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan tersebut, dengan berkata sambutan malam ini adalah "terbuka" kepada sesiapa yang berminat untuk hadir.
"Acara malam ini adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh datang. Ia adalah satu karnival terbuka. Tiada arahan [daripada UiTM] dan tidak ada masalah.
"Jika UiTM mahu sertai, tidak ada masalah," katanya yang dipetik oleh sebuah portal.
Malaysiakini tidak mendedahkan nama universiti itu sementara menunggu maklum balas daripada pihak pentadbirannya .
Afif juga menuduh Umno "menipu" pelajar-pelajar bagi menghadiri majlis berkenaan, yang menurut mesej Whatsapp, digambarkan sebagai "Program Sukarelawan Patriotisme".
"Para pelajar sebenarnya digunakan untuk memenuhkan stadium," katanya.
Ketua Pemuda PKR itu juga mahu pihak pengurusan universiti untuk menjelaskan mengapa pelajar didakwa diberikan kelulusan untuk menghadiri program berkenaan dan bukannya menghadiri kuliah.
"Menghadiri kuliah adalah tugas utama seorang pelajar universiti," katanya, sambil menuntut untuk tahu jumlah peruntukan yang diperuntukan untuk "mengerakkan" pelajar tersebut.
Afif juga ingin tahu sama ada belanja membekalkan pelajar dengan pengangkutan, makanan, t-shirt dan sijil, seperti yang dijanjikan dalam mesej WhatsApp itu, adalah dibayar oleh Umno atau universiti yang terlibat.
Langgar intergriti
Turut menyatakan kekecewaan dengan universiti awam itu adalah Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Leong Yu Sheng.
Sambil menyatakan kekecewaan terhadap naib canselor universiti kerana melanggar integriti dan etika akademik, katanya, institusi pengajian tinggi adalah tempat yang memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk menuntut ilmu dan kebenaran.
"Tindakan ini yang mengadaikan masa pembelajaran mahasiswa dan menjadikan mahasiswa sebagai alat mainan di sambutan Umno amat memalukan.
"Demi menyembunyikan fakta bahawa Umno kehilangan sokongan anak muda, pihak universiti terdesak untuk melibatkan mahasiswanya sebagai peserta," katanya dalam satu kenyataan.
Yu berkata, memaksa mahasiswa terbabit dalam aktiviti politik oleh pihak universiti harus dipandang serius oleh masyarakat dan ahli akademik.
Pengunjung ke acara hari ini berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta, khas untuk mereka yang bertuah dan sudah pun mendaftarkan diri melalui aplikasi Malaysia 4 All.
Acara kemuncak bagi sambutan itu adalah amanat daripada presiden Umno, yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang hala tuju parti, terutamanya dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.
-malaysiakini
KEKUATAN PALSU DI SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO KE-71?
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom
Sebagaimana yang tersebar luas di media sosial, terdapat bukti yang menunjukkan wujud kerahan untuk memaksa pelajar-pelajar UiTM menghadiri sambutan ulangtahun UMNO yang ke-71 di Bukit Jalil, malam ini.
Berdasarkan apa yang tersebar di media sosial itu, sekurang-kurangnya 10,000 yang hadir di Bukit Jalil malam ini adalah mahasiswa UiTM yang seolah-olah dipaksa untuk hadir ke sana.
Bagaimana pula dengan universiti yang lain serta pusat-pusat pengajian seperti IKM, Giat Mara, IKBN, Politeknik, Vokasional, Institut Pendidikan Guru dan sebagainya, adakah mereka turut dikerah hadir ke Bukit Jalil malam ini?
Kenapa kerahan ke atas pelajar ini dilakukan, adakah kerana UMNO sudah sedia maklum mereka bakal menerima sambutan yang dingin di majlis sambutan ulangtahunnya kali ini?
Berapa jumlah pelajar yang hadir keseluruhannya?
Jika sudah dilakukan kerahan di sana-sini, berapa sebenarnya ahli UMNO yang benar-benar secara sukarela hadir ke Bukit Jalil atas nama mahu mempertahankan perjuangan parti?
Akhirnya, harap-harap tidak adalah pekerja Bangladesh dan Indonesia yang dipaksa balik awal petang ini dan kemudian diborong dengan bas untuk sama-sama memeriahkan Stadium Bukit Jalil dan kemudian turut berteriak "Hidup Melayu" walaupun tidak memahami maksudnya.
Blogger Umno dedah penipuan Cabutan Bertuah Umno di Stadium Bukit Jalil
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net
RUPA-RUPANYA berlaku penipuan di dalam penganjuran Cabutan Bertuah di Stadium Bukit Jalil semalam yang dianjurkan bagi 'mengumpan' ahli-ahli Umno supaya hadir beramai-ramai ke Perhimpunan 71 Tahun Umno itu.
Perkara itu didedahkan oleh salah seorang blogger veteran Umno, melalui laman facebook miliknya Azmi Ibrahim.
Difahamkan, antara syarat-syarat kelayakan untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan itu ialah WAJIB HADIR KE STADIUM BUKIT JALIL, kerana cabutan melalui undian akan DILAKUKAN DI DALAM STADIUM BUKIT JALIL.
Namun rupa-rupanya, nama-nama pemenang bagi hadiah-hadiah lumayan cabutan bertuah berupa kereta Proton Perdana Accord dan juga motorsikal Modenas, didakwa sudah berada dalam simpanan penganjur sejak dua hari awal.
Perkara ini sekaligus menjawab persoalan ramai ahli-ahli Umno yang hadir di Stadium Bukit Jalil semalam, tentang mengapa tiada cabutan bertuah dijalankan dalam stadium?
Azmi turut mendedahkan sekeping gambar senarai nama-nama pemenang cabutan bertuah lengkap dengan butiran diri termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon dan juga nombor ahli Umno.
Gambar ini seterusnya menjadi viral di media sosial sekaligus menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Antara yang menarik perhatian ialah status Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kiriman di facebook rasminya turut menyindir tentang penipuan itu.
"P/S: Cabutan bertuah jenis apa ni, dua hari awal sudah ada nama pemenang?" soalnya dalam nada menyindir.
Kalau kita lihat nampaknya hanya kroni-kroni pimpinan atasan Umno sahaja yang berjaya menerima hadiah lumayan cabutan bertuah tersebut.
Penyokong dan ahli Umno bawahan cukuplah setakat dapat dengar amanat Presiden Umno selain dibekalkan dengan RM50. Tidak termasuk ramai mahasiswa UiTM yang diperdaya dan dipaksa hadir ke himpunan tersebut bagi mendapatkan markah kehadiran kokurikulum.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/blogger-umno-dedah-penipuan-cabutan.html#ixzz4gvMkQBUt
Inilah punca Ahli-ahli Umno jerit 'boo' dan 'kita ditipu' di Stadium Bukit Jalil semalam
milosuam.net
PUNCA jeritan 'boo' dan 'kita ditipu' berulang kali yang bergema di Stadium Bukit Jalil semalam ketika berlangsungnya Perhimpunan 71 Tahun Umno didedahkan oleh salah seorang peserta yang hadir.
Dalam salah satu catatan di Facebook, Zaki Abdul Sani yang juga merupakan salah seorang penyokong tegar Umno yang hadir mendakwa, mereka merasa tertipu dengan cabutan bertuah yang dijalankan.
Dakwanya, tiada sebarang cabutan bertuah dijalankan semalam, sebaliknya nama pemenang utama sebuah kereta Perdana tiba-tiba diumumkan.
Selain itu pengerusi majlis hanya memberitahu bahawa pemenang-pemenang lain akan dihubungi kemudian.
Inilah punca yang menimbulkan kemarahan di kalangan ahli-ahli Umno yang hadir sehingga mereka menunjukkan protes dengan jeritan 'boo' dan 'kita ditipu' sebelum bertindak keluar dari stadium secara beramai-ramai.
"Tanpa mereka sedari, selepas majlis memotong kek oleh PM, semua nama pemenang telah dipaparkan di skrin Utama (Stadium) Bukit Jalil, tanpa dilakukan pengumuman MC majlis," tulisnya.
Zaki turut mempersoalkan adakah Umno tidak faham erti cabutan bertuah, ataupun cabutan bertuah tersebut hanyalah satu gimik sahaja.
Beliau turut menyebut seseorang yang bernama Dato Rauf yang didakwa telah mencemarkan nama baik perdana menteri.
"Apa-apa pun abe (abang) mewakili 100 ribu yang merasa telah ditipu mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada dato Rauf yang telah mencemarkan nama baik Presiden
Umno, Dato Seri Haji Najib Razak," sindirnya lagi dalam kiriman itu.
"Abe rasa isu ini akan 'back fire' kepada semangat ahli-ahli Umno yang telah hadir ke Bukit Jalil," tambahnya.
Program Cabutan bertuah dilaporkan sebagai salah satu tarikan kepada ahli-ahli Umno supaya hadir ke Perhimpunan 71 Tahun Umno yang diadakan di Stadium Bukit Jalil semalam.
Difahamkan jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan berjumlah melebihi RM1 juta dengan hadiah utama sebuah kereta Proton Perdana.
Sumber — Zaki Abdul Sani
Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/inilah-punca-ahli-ahli-umno-jerit-boo.html#ixzz4gvNGBjoE
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 13, 2017 4:11 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kes Wanita Jadi Tebusan: Polis Menyamar Jadi Anggota Perubatan Untuk Menyelamatkan Mangsa
siakapkeli.my
Kes seorang wanita yang dijadikan tebusan dalam kejadian di Kota Kinabalu hari ini mengejutkan negara ini seterusnya menjadi bualan rata-rata netizen. Pada jam 9.40 malam tadi, Harian Metro berkata tebusan telah berjaya diselamatkan manakala suspek pula berjaya ditahan.
Tapi, tentu ramai yang ingin tahu bagaimana proses penyelamatan dilakukan kan? Sama ada dengan cara keras, sniper atau lelain.
Dalam kes ini, sumber mendedahkan polis menyelamatkan mangsa dengan menggunakan teknik penyamaran.
Menurut Harian Metro, pada jam 9.35 malam, anggota polis berpura-pura menjadi pegawai perubatan sebelum berjaya mendekati lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai warga asing itu.
Sejurus itu, lelaki berkenaan berjaya ditahan seterusnya tebusan berjaya diselamatkan.
Selepas diselamatkan,
Sumber berkata, polis yang bergegas ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan kaedah itu bagi menyelamatkan wanita terbabit yang diheret sejauh 1.5 kilometer dari rumahnya dan diacu dengan pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter di leher.
"Anggota polis yang menyamar mendekati suspek kononnya untuk memberi rawatan kepada tebusan dan pada masa berbincang dengan suspek sebelum menangkapnya.
"Selepas diselamatkan, wanita itu dilihat menangis sebelum ditenteramkan oleh anggota paramedik.
"Dia kemudian dibawa ke HQE untuk memdapat rawatan lanjut," katanya kepada Harian Metro.
Sumber: Harian Metro
Tebusan Berjaya Diselamatkan, Penjenayah Sudah Ditahan
siakapkeli.my
Foto yang dikatakan penangkapan mangsa yang tersebar di media sosial.
Kota Kinabalu: Wanita yang dijadikan tebusan dalam kejadian di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu, berjaya diselamatkan dan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 9.40 malam tadi.
Wanita itu dijadikan tebusan oleh lelaki yang memecah masuk rumahnya.
Akibat kejadian itu, polis menutup sebahagian Jalan Damai-Luyang sejak 9 malam susulan kejadian pada 7.45 malam itu.
Terdahulu, sumber berkata, ketika kejadian suspek dikatakan memecah masuk rumah keluarga mangsa.
Sebelum ini, sumber berkata suspek dikatakan memecah masuk rumah mangsa.
"Ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran suspek kemudian menghubungi pihak polis.
"Tidak lama selepas itu sepasukan polis tiba menyebabkan suspek bertindak agresif dan menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya.
Sumber: Harian Metro
Wanita Dijadikan Tebusan Oleh Lelaki Dalam Kejadian di Sabah
siakapkeli.my
KOTA KINABALU - Sebuah keluarga di Jalan Kolam, Luyang disini mengalami detik cemas apabila salah seorang anak perempuan mereka dijadikan tebusan seorang penjenayah yang dipercayai melakukan jenayah pecah rumah.
Menurut Kosmo!, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 7.45 malam tadi ketika keluarga terbabit sedan berehat di rumah.
Sumber Kosmo! berkata, ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran suspek segera menghubungi pihak polis.
Menurutnya, sebaik sahaja pasukan polis tiba suspek yang panik bertindak mengambil mangsa sebagai tebusan.
"Mangsa telah diacukan senjata tajam dipercayai pisau pada bahagian leher," katanya di sini malam ini.
Sementara itu, di lokasi kejadian, laluan di sekitar perumahan itu ditutup dan pihak polis sedang melakukan rundingan bagi membebaskan mangsa tersebut.
Menurut The Star, pada 9.20 malam tadi, lelaki berkenaan boleh kelihatan terduduk di jalan, dengan pisau masih diletakkan di leher wanita berkenaan.
Tambah portal itu lagi, wanita berkenaan dilihat memegang objek seperti telefon bimbit ditangannya.
Sumber: Kosmo!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Sat May 13, 2017 4:11 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pakcik Ini Tawarkan Air, Gula-Gula & Khidmat Cas Telefon Percuma Kepada Sesiapa Yang Naik Grab Dengannya
siakapkeli.my
Kreatif dan menarik. Itu yang boleh disifatkan dengan apa yang dilakukan oleh seorang pemandu Grab yang bernama Abu Talib bin Mohd Ali ini untuk membuatkan pelanggan perkhidmatan Grab yang disediakan oleh beliau sentiasa selesa ketika berada di dalam kereta.
Kenapa kreatif? Selain menumpangkan pelanggan, Abu Talib juga turut memberi penumpangnya pelbagai kelebihan lain, iaitu gula-gula percuma, air percuma dan khidmat pengecasan telefon percuma.
Khidmat istimewa pemandu Grab itu mula viral di media sosial dan dikongsi oleh laman Facebook Siakap Keli Press sebentar tadi.
"Hi, saya Abu Talib. Jika anda perlukan sesuatu, sila beritahu saya," tulis satu poster pengenalan yang ditampal di bahagian belakang tempat duduk hadapan.
Selain itu, penumpang yang mengambil foto Abu Talib turut mengambil gambar-gambar keistimewaan yang boleh dinikmati apabila menaiki Grab Abu Talib.
Wow
Wowowow.
Menurut foto yang dikongsikan, dapat dilihat Abu Talib beroperasi di sekitar Jalan Pahang. Mungkin beliau berasal dari sekitar itu.
Jadi, siapa yang bernasib baik dapat menumpang Grab dengan Abu Talib, pastikan anda memberi lima bintang kepada pemandu ini! Tidak lupa juga, Abu Talib juga turut menawarkan 'servis
Sumber: Siakap Keli Press
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 13, 2017 4:11 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak PAS 'Tahaaluf Siyaasi PAS-PKR Terbatal'
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya'ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:
1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.
Antara perlanggaran tersebut ialah;
a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.
'SEJAHTERA BERSAMA ISLAM'
DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS
11 Mei 2017/14 Sya'ban 1438 Hijrah
Tahaluf siyasi PAS dengan PKR kini sah terbatal cuma di Selangor tak ada keputusan lagi.
bloglist-malaysia.
kedahlanie.info
Majlis Syura Ulama PAS hari ini menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR terbatal.
Perkara itu diumumkan setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah terbatal," katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.
Antaranya, kata beliau, tindakan PKR tidak menyokong - malah menentang - sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS.
Beliau memetik usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sebagai contoh tindakan PKR itu.
Katanya, PKR juga melanggar adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.
"Khianat dalam hubungan politik dengan PAS.
"Antaranya dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Antara anggota Majlis Syura Ulama PAS yang hadir hari ini ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Anggota Parlimen Pasir Mas yang juga ahli jawatankuasa pusat parti itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan ketua penerangan, Nasrudin Hassan.
Bagaimanapun, mengenai isu di Selangor, Majlis Syura Ulama PAS berkata, keputusan lanjut mengenainya diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.
Majlis Syura Ulama menjelaskan, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.
Sementara itu, ditanya sama ada pintu rundingan dengan PKR masih terbuka, Nik Muhammad Zawawi berkata, PAS sedia bertemu dengan parti itu.
"Ya, boleh berjumpa (untuk rundingan)," katanya.
Sebelum ini seorang daripada pemimpin tinggi PKR menyatakan kesanggupannya bertemu dengan PAS bagi membincangkan perancangan masa depan mereka.
Pada 9 Mei lalu Malaysiakinimelapor
"Kita mesti mempunyai kerendahan hati untuk duduk dan berbincang," kata timbalan presiden PKR itu.
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, May 10, 2017 10:48 PM
Subject: Fw: PAS muktamadkan hubungan dengan PKR esok
Putus hubungan: PAS Selangor tidak akan runding kerusi dengan PKR
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
SHAH ALAM: PAS Selangor memaklumkan parti itu tidak akan melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan PKR sekiranya Majlis Syura Ulama mengambil keputusan yang selari dengan ketetapan di muktamar baru-baru ini iaitu memutuskan hubungan dengan PKR.
Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, jika ketetapan itu diambil PAS negeri kekal dengan pendirian bertanding sehingga 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor berbanding hanya 20 kerusi ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
"Jika Majlis Syura Ulama putus bahawa hubungan dengan PKR putus, tiada keperluan untuk kita berunding dengan PKR, kita akan bertanding ditempat yang telah kita sasarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, Sallehen turut menolak tanggapan banyak pihak bahawa pentadbiran negeri kini berada dalam keadaan tidak menentu ekoran perkembangan terbaru parti itu dengan PKR.
Menurutnya, tanggungjawab bersama tetap dilaksanakan barisan Exco dan perkara itu katanya sudah terbukti apabila pentadbiran negeri tetap lancar walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.
"Pentadbiran negeri tetap berjalan seperti biasa dan tanggungjawab bersama itu wujud, sebelum ini pun PAS sudah tidak ada hubungan dengan DAP tetapi pentadbiran negeri tetap baik," katanya.
PAS muktamadkan hubungan dengan PKR esok
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Syura Ulama parti Islam itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan hubungan politik (tahaluf siyasi) dengan PKR.
Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, ia merupakan susulan atas ketetapan yang dibuat pada Muktamar Tahunan Pas ke-36 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Jelas Ahmad, beliau akan turut menghadiri mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur.
"Mesyuarat akan diadakan esok, kita akan bincang dahulu sebelum buat sebarang keputusan," katanya, memetik laporan Utusan Online.
Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah, Pondok Beta Hilir, hari ini.
Keputusan mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu dilihat penting kerana boleh memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang kini diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dari PKR bersama exco dari DAP dan parti Islam tersebut.
Selain Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang dilantik bagi menggantikan arwah Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada bulan September 2016, majlis syura tersebut dianggotai oleh 15 anggota yang lain.
Antaranya ialah Ahmad sendiri, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohamad Amar Abdullah, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat May 13, 2017 4:11 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Foto Menyayat Hati Anjing Laut Ini Bukti Betapa Bahayanya Perbuatan Membuang Plastik Merata-Rata
siakapkeli.my
Satu foto menyayat hati memaparkan bagaimana seekor anjing laut yang mati sebelum ahli medik berjaya menyelamatkannya minggu lepas.
Menurut Metro.co.uk, badan anjing laut itu dililit oleh satu pita pengikat plastik ketika ia masih kecil. Apabila anjing laut jantan itu semakain membesar dan masih gagal melepaskan dirinya dari plastik itu, pengikat terbabit memotong bahagian lemaknya seterusnya membelah bahagian otot sebelum membunuhnya.
Pita pengikat plastik
Sally Bennet, koordinator di St. Mary's Seal Watch di Whitley Bay, Newcastle, menjelaskan bagaimana orang awam menemui anjing laut itu pada 5 Mei lalu dalam keadaan masih hidup - tetapi dalam sengsara.
"Seorang medik dari British Divers Marine Life Rescue datang, tetapi ketika dalam perjalanan yang mengambil masa setengah jam - anjing laut itu sudah tidak," katanya.
"Jika ia ditemui beberapa hari sebelum itu, mungkin sesuatu dapat dilakukan (untuk menyelamatkannya)
Semua yang terlibat dalam kes itu berasa dukacita kerana tidak dapat membantu.
"Ini merupakan salah satu kes paling teruk yang kami pernah lihat," kata Sally.
"Ada dalam kalangan sukarelawan yang berpengalaman dalam kes kecederaan haiwan pun tidak sanggup melihat gambar kejadian."
Foto terbabit seterusnya menjadi perdebatan orang ramai.
"Saya selalu memotong pengikat plastik di rumah, tapi itu mungkin tidak mencukupi," komen Tracey Martin.
"Selepas melihat posting ini, saya akan membawa gunting di dalam beg anjing saya dan akan memotong mana-mana pengikat plastik yang saya jumpa di pantai. Tiada haiwan yang perlu sengsara seperti itu."
Pengguna Facebook, Shona Quayle menambah: "Haiwan ini mungkin sudah lama sengsara memandangkan bahagian dalamannya secara perlahan-lahan dicekik oleh sampah manusia. Kita langsung tidak berhak membuatnya seperti itu."
Sumber: Metro.co.uk
Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Akibat Diracun Penjenayah Selepas Gagalkan Cubaan Merompak
siakapkeli.my
Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Tetapi, dari segi kesetiaan, anjing dilihat sebagai haiwan peliharaan yang lebih setia jika dibandingkan dengan kucing. Bagaimanapun, masih ada lagi manusia yang sanggup bertindak kejam terhadap haiwan ini.
Seekor anjing di Indonesia menjadi mangsa kekejaman perompak apabila ia diracun oleh penjenayah itu dalam kejadian yang berlaku beberapa hari lalu.
Kisah menyedihkan itu dikongsi oleh pengguna Facebook, Achy Wijaya. Menurut Achy, halaman rumahnya dimasuki oleh orang yang tidak dikenali dipercayai untuk merompak namun niat tersebut gagal apabila anjing peliharaan Achy sempat menghalau mereka keluar.
"Beberapa hari yg lalu di tengah malam, halaman rumah kami dimasuki oleh orang tak di kenali, namun gagal karena digonggong oleh anjing peliharaan kami." tulis Achy.
Bagaimanapun, keesokan harinya, anjing terbabit telah diracuni oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya, anjing itu mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
"Pagi ini anjing kami mati diracuni oleh orang yang tak bertanggung jawab. Sudah dikasih pertolongan tapi tetap tidak selamat. Sudah di kasih susu 1 botol, minyak setengah liter, sama air kelapa tapi tidak selamat.
"Ingin di bawa ke doktor hewan tapi kami di Papua, doktor hewan hanya ada di dinas peternakan, dan kejadianya pada hari Minggu, dinas tersebut tutup." tulis Achy.
Bersama posting terbabit, Achy turut memuat naik beberapa video dan juga gambar saat-saat terakhir anjingnya itu.
Achy Wijaya menambah 7 foto dan 2 video — berasa sedih di Merauke, Papua.
· pada 6hb Mei jam 5.30 ptg ·
Hati2 sekarang modus pencurian makin marak.
Beberapa hari yg lalu di tengah malam, halaman rumah kami dimasuki oleh orang tak di kenal, namun gagal karena digonggong oleh anjing peliharaan kami.
Pagi ini anjing kami mati diracuni oleh orang yang tak bertanggung jawab.
Sudah dikasih pertolongan tapi tetap tidak selamat.
Sudah di kasih susu 1 kaleng, minyak setengah liter, sama air kelapa tapi tidak selamat.
Ingin di bawa ke dokter hewan tapi kami di Papua dokter hewan hanya ada di dinas peternakan, dan kejadianya pada hari Minggu, dinas tersebut tutup.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment