Thursday, May 25, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4745[3 Attachments]

15 Messages

Digest #4745
4
Fw: Kenyataan Khas Sultan Selangor by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Kanak2 Lemas & Meninggal & JB by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: Naluri Ibu Kucing by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
8
Fw: 2 Hadiah Dari Dunia by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
9
Fw: Buka Paip Air Luar Rumah Mangsa by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10
Fw: Rubat Ikhwan Mubarak by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
11
15
Fw: 6 Ketakutan Seorang Mukmin by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Thu May 25, 2017 7:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Proton Lepaskan Lotus Dan Jual 49.9% Saham Proton Kepada Geely China
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hari ini telah mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton), lapor The Star.

Kedua-dua syarikat berkenaan telah menandatangani perjanjian pembelian saham Proton sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini..

Berdasarkan perjanji itu dilaporkan proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely dengan menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.

Dalam perjanjian itu juga, Proton akan melepaskan semua pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.

Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad dalam bulan Julai 2017.

Dengan penjualan saham itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Swedentelah menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.

Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.

Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.

"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.

"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 7:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Operasi #SAR Berjaya Temukan Bot Boarding Team KD Perdana Yang Hilang
siakapkeli.my

Pengesahan visual dari Beerchraft

22 Mei - Bot Boarding Team KD Perdana ditemui selamat oleh pesawat Beerchraft TUDM di 90 batu nautika dari perairan timur Kuantan sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin di Twitter sebentar tadi.

Difahamkan juga, bot itu berjaya dikesan susulan dari laporan dari kapal dagang sebelum ini.

"#SAR bot KD PERDANA. Ekoran laporan dari kapal dagang, pesawat Beechcraft #TUDM telah ditugaskan dan melaporkan bot dijumpai selamat," kata beliau.

Ketika ditanya sama ada anak kapal selamat, beliau berkata: "They look good from the air. Thank you all for assisting in the SAR. Great team effort!" (Mereka nampak baik dari atas udara. Terima kasih kerana membantu dalam operasi SAR ini. Kerjasama yang bagus!".

Selain itu, beliau juga turut memuat naik foto visual keadaan bot tersebut.

Chief of Navy - PTL‏ @mykamarul
Visual confirmation by @airforcenextgen Beechcraft. All looks good and safe. Thank you all

Difahamkan, bot tersebut gagal dihubungi sejak pukul 8.13 malam semalam dan kali terakhir dikesan di kedudukan 29 batu nautika dari darat di perairan Tanjung Sedili, Johor.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, May 22, 2017 10:26 PM
Subject: Fw: Bot Peronda TLDM Hilang & Murid Tahun 6 Retak Tulang Leher

Bot Peronda KD Perdana Bawa 9 Krew TLDM Hilang Diperairan Sedili
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana dilaporkan telah terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas, lapor Bernama.

Pihak TLDM dalam satu kenyataan hari ini telah mengesahkan bot berkenaan yang diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah telah terputus hubungan ketika mereka sedang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili.

"Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, bilik operasi Carilamat telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

"Dipercayai bot dan Tim Menggeledah berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa Ramadhan Lalu, Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar
siakapkeli.my

Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan.

Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba.

Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah.

Bagaimana handak kira jumlah Fidyah kita? jom kita baca.

Dalam tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 - 1439 Hijriah.

Secupak beras = 675 gram (RM1.80).
Satu gantang bagdad = 2.7kg.

MENJELANG bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa.

Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.

Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadhan.

Hukum fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur membayar Fidyah

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau pejabat zakat negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab dikenakan fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib.

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Contoh :

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00

2. Perempuan hamil.

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan.

Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

3. Ibu yang menyusukan Anak.

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

Contoh :

Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

15 hari X RM1.80 = RM27.00

Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

4. Orang yang telah meninggal dunia.

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM1.80 = RM23.40

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada').

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh :

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

Taksiran fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah.

Kadar bayaran fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun

*Perlu diingat, walaupun sudah membayar fidyah, puasa tetap kena ganti, wajib..

Caran kiraan Zakat klik SINI

- Siakapkeli.my

Sumber: PPZ dan Muhamad Haffiz Yaakop

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Thu May 25, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenyataan Khas Sultan Selangor

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Pembaca kena faham maksud Sultan Selangor yakin kepercayaan yang diperolehi oleh Azmin ketika dilantik menjadi MB September 2014 masih kekal. Ini bermakna PAS beri mandat kepada Azmin lagi menjadi MB.

Sultan Setuju PAS kekal exco sampai PRU

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Ini pernamat kepada isu, setelah PH menggunakan PKR caba singkirkan PAS secara halus tak berjaya.

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju mengekalkan 3 exco daripada PAS dalam pentadbiran Selangor sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, kedudukan exco itu dikekalkan demi kestabilan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.

"Saya mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian dan pembangunan rakyat Selangor," menurut kenyataan dikeluarkan istana Selangor.

Sebelum itu, Sultan Selangor mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkenaan kedudukan semasa barisan kepimpinan negeri, selepas PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

Tiga exco PAS di Selangor ialah Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi.

Kerajaan Selangor Kekal Seperti Sediakala

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

sumber : https://kelatedaily.blogspot.my/2017/05/kerajaan-selangor-kekal-seperti.html
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: kelate
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kanak-Kanak 2 Tahun Lemas Selepas Terjatuh Dalam Baldi di Pejabat Teman Lelaki Ibu
siakapkeli.my

Seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya dalam kejadian di Meru, Ipoh semalam.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia selpas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang mahu membuang air besar dibawa ke tandas oleh teman lelaki ibunya yang berusia 31 tahun manakala ibunya, 41, menunggu di dalam kereta.

Susulan itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan polis semalam bagi membantu siasatan dan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Ipoh.

Mereka dibawa ke mahkamah 10.30 pagi sebelum Penolong Pendaftar Wong Lok Hai membenarkan wanita berkenaan direman selama empat hari manakala teman lelakinya direman enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam baldi.

"Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk membuang air besar manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki berkenaan turun dalam keadaan cemas dan memberitahu kanak-kanak itu jatuh ke dalam baldi.

"Mereka kemudiannya membawa mangsa ke HRPB sebelum disahkan meninggal dunia dan laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat lemas," katanya.

Sum berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro

Sayu, Bayi 17 Bulan Ditemui Sedang Hisap Susu Ibu Yang Sudah Meninggal Dunia, Menangis Kerana Ibu 'Tak Hiraukannya'
siakapkeli.my

Satu saat yang sangat memilukan berlaku di India apabila seorang bayi yang baru berusia 17 bulan ditemui sedang menghisap susu ibunya yang sudah meninggal dunia.

Bayi berkenaan ditemui oleh seorang lelaki di Madhya Pradesh, India, yang kemudian menghubungi polis.

Setibanya pihak polis di tempat kejadian, mereka melihat orang ramai sedang menggerumumi mayat wanita itu dan seorang bayi sedang menangis.

"Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata," katanya.

Pekerja di landasan keretapi, Nand Ram berkata anak kecil itu menangis disebabkan ibunya itu tidak menghiraukannya.

"Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan ibunya.

"Kami terkejut melihatnya, ia sangat menyedihkan. Wanita itu mati terbaring manakala anaknya terlentok sambil menangis di sebelahnya.

Wanita berkenaan disyaki terlibat dalam satu kemalangan berdasarkan keadaan darah yang keluar.

Bayi berkenaan telah dibawa ke hospital dan usaha mencari ahli keluarga sudah dilakukan.

Seorang jurucakap hospital memberitahu: "Kanak-kanak itu dibawa ke sini sekitar jam 10 pagi.
"Kami telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atasnya dan dia mengalami selesema tetapi telah diberikan ubat.

Bekas Bintang Filem James Bond Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Pelakon, Sir Roger Moore, yang terkenal dengan watak James Bond, telah meninggal dunia pada usia 89 tahun, umum keluarga.

Roger memainkan watak pengintip popular itu di tujuh filem James Bond termasuk Live and Let Die dan Spy Who Loved Me.

Keluarga pelakon itu mengesahkan berita kematian itu di Twitter dengan berkata Roger meninggal selepas 'pertarungan pendek tapi berani menentang kanser'.

Kenyataan dari anaknya itu berkata: "Terima kasih ayah kerana menjadi diri kamu, dan menjadi sangat istimewa kepada ramai orang."

"Dengan hati yang berat, kita mesti menerima berita bahawa ayah kami, Sir Roger Moore, meninggal dunia hari ini. Kami semua bersedih," tulis tweet terbabit.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Naluri Ibu: Kucing Panjat Pokok Untuk Gonggong Selamatkan Anak 'Nakal'
siakapkeli.my

Disebabkan rasa sayang tak berbelah bahagi, seekor ibu kucing memanjat pokok untuk menyelamatkan anaknya yang terlekat di dahan sebatang pokok.

Tidak dapat dipastikan dimana video kejadian itu dirakam, tetapi ia dimuat naik oleh sebuah laman Facebook berbahasa Spanish yang menulis: "Naluri ibu".

Detik pertama video terbabit menunjukkan bagaimana seekor anak kucing cuba menyeimbangkan diri di atas pokok tersebut sebelum memfokuskan ibunya yang mengiau dibahagian bawah.

Mungkin disebabkan risau takut-takut-takut anaknya itu terjatuh dari pokok (biarpun kucing terkenal dengan perumpmaan 9 nyawa), si ibu menggunakan skill yang ada memanjat pokok terbabit sebelum cuba menggonggong anaknya itu.

Bagaimanapun, usaha si ibu itu gagal.

Selepas beberapa minit, si ibu kemudian turun dari pokok berkenaan seolah-olah seperti mengajar anaknya cara untuk turun pokok. Tonton video berkenaan di bawah:

Video tersebut telah ditonton sebanyak 3.9 juta kali dan menerima lebih dari 60 ribu perkongsian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Thu May 25, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



MB ketua kerajaan Negeri bukan ketua parti, isyarat jelas dari Azmin Ali

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Penulis mengucapkan syabash kepada azmin ali kerana tegas dengan prinsip dalam menangani persoalan exco pas di selangor, ekoran putusnya tahalluf siyasi antara pas dan pkr. Prinsip ketua kerajaan negeri tidak semesti mengikut kehendak parti.

Ketua kerajaan negari, mb, bertanggungjawab kepada negeri dan rakyat. Kepentingan rakyat adalah perkara utama. Walau kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti, rakyat didahulukan.
Adun pas, malah semua adun, dipilih oleh majority rakyat dalam satu2 kawasan. Kemudian salah seorang adun dilantik menjadi mb. Kemudian mb melantik pula exco. Jelas adun dilantik oleh rakyat, mb dipilih antara adun dengan perkenan sultan dan exco dilantik oleh mb. Secara mudah faham, nasib exco ditangan mb walaupun pengesahan lucut jawatan dikatakan atas kuasa sultan.

Azmin jelas tidak mahu dicucuk hidung. Azmin jelas mahu menunjukkan dia bukan macam kerbau boleh dicucuk hidung. Jangan ingat azmin budak mentah. Azmin tentu ingat bahawa pas yang mencadangkan nama beliau untuk menjadi mb selepas langkah kajang yang hina dilakukan. Semata2 hendakkan anwar jadi mb, khalid ibrahim yang cemerlang dicantas. Khalid dicantas kerana kabarnya khalid enggan menurut kehendak parti untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi kempen pilihanraya sarawak. Entah betul entah tidak, wallahualam. Dan selepas khalid jatuh, kerajaan selangor hampir tumbang, namun adun pas tegak kukuh mempertahankan kerajaan negeri.

Maka dari sejarah tersebut, amat wajar azmin mengekalkan tiga exco dari pas, walau sebelum ini empat. Dan wajar juga pas memutuskan jika tiga exco ini dipecat, pas akan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan selangor ibarat kayu reput bakal patah bila2.

Semua berbuku dengan tindakan azmin. Kak wan jah berbuku, nurul berbuku, lim kit siang terbelalak matanya, mat sabu kempunan, khalid samad telan liur, malah mahfuz lagilah berbukunya. Saifudin nasution yang mempunyai sejarah lompat parti lagilah, meletup2 dadanya dengan keputusan azmin.

Azmin telah memberi satu pelajaran kepada semua mb malah pm juga, bahawa jawatan mb dan pm adalah untuk rakyat, bukan untuk parti.

Wassalam.

"...............................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Yang tersirat dari keputusan Azmin....

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"

Assalamualaikum Akhirnya Azmin membuat keputusan dan seperti sebelumnya, PKR akur, kenapa? Kemana perginya suara yang mendesak Azmin memecat Exco PAS walaupun suara yang bernada provokasi mendesak Exco PAS meletakkan jawatan masih kedengaran sayup sayup macam ayam sedang berkokok.Namun ada beberapa perkara yang mungkin tersirat dari keputusan yang dibuat Azmin ini.

Pertamanya, sejarah berjayanya Azmin menduduki kerusi yang sepatutnya dipegang oleh TSKI ini berpunca dari PAS.Nama Azmin langsung tak ada ketika Kajang Move Rapiji Ramli yang membelakangkan keujudan PAS dalam PR walaupun PAS pada awalnya bersetuju memberi laluan PKR menerajui Selangor walaupun kerusi PAS lebih banyak dari PKR.

Azmin tidak mahu dilihat kacang lupakan kulit, sebab itu dia mengambil keputusan tidak mahu mengikuti cara biro politik PKR berdepan dengan keputusan PAS menamatkan tahalul siyasi.

Keduanyanya Azmin nampaknya lebih faham tentang perbezaan tahalul siyasi yang ditamatkan PAS dan perjanjian membentuk kerajaan.Perjanjian membentuk kerajaan dibuat sepelas PRU 13 dulu untuk tempoh sepenggal dan tempoh itu mahu dihormati oleh Azmin walaupun ada beberapa pemimpin PKR yang buat buat tak faham dan bertindak kebudak budakan.

Akhirnya Presiden PKR yang terkilan untuk jadi MB dulu kini sekali lagi terpaksa akur dengan keputusan Azmin.

Apa lagi nak kata?

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 7:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



2 Hadiah Dari Dunia
bloglist-malaysia.blogspot.
detikislam.blogspot

"DUNIA bertanya ketika akan meninggalkan dia, apa yang kamu ambil dariku? Dia langsung menjawab sendiri, tidak ada yang boleh kau ambil, tidak ada yang boleh kau bawa, kecuali dua hal, tanah untuk kuburanmu dan kain kafan! "

Dunia dikejar, harta dikejar, sehingga tidak ada selesainya. Keperluan, apalagi keinginan, jika terus dituruti tidak akan pernah ada habisnya; dipenuhi yang ini, muncul yang lain; terkejar keinginan yang satu, datang keinginan yang lain. Begitu seterusnya, hingga kita sendiri tidak dapat menikmati dunia yang kita kejar mati-matian.

Seperti kisah datuk tua ini yang mengumpulkan hartanya dengan niat ingin membahagiakan isteri dan keluarganya, namun yang didapat malah sebuah malapetaka yang menimbulkan masalah bagi dirinya di kehidupan mendatang.

Tersebutlah seorang tua yang kaya raya. Ia begitu bimbang dengan masa depan anaknya. Oleh kerana itu, ia membanting tulang dan memerah keringat untuk membahagiakan isteri dan anak-anaknya. Suatu hari, Allah SWT mentakdirkan ia meninggal dunia.

Pada masa itu, didapatilah olehnya sebuah kebenaran, yaitu kekecewaan bahawa keluarganya tidak mencintainya sebagaimana ia mencintai keluarganya. Dari dalam kubur sana, kepada ibu bapa ini ditunjukkan, bahawa kesedihan anak dan isterinya hanya sebatas tujuh hari kematiannya. Sepeninggalannya, anak keturunannya malah saling bermusuhan kerana berebut warisan kemudian sebahagian lagi bermaksiat dengan harta warisannya itu.

Menangislah orang tua tersebut. Kini, jelas sudah baginya, bahawa tidak ada bahagian dunia untuknya di akhirat kerana tidak ada yang dibawa, sedangkan amalnya hanya sedikit.

Dari kisah di atas, dapat diambil hikmah bahawa sebanyak apapun kekayaan di dunia, apabila manusia meninggal maka semua itu tidak akan dibawanya menemaninya ke liang kubur kecuali 3 perkara, iaitu amal jariah, anak yang soleh-sholeha, dan ilmu yang bermanfaat. waallahu'alam

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Buka Paip Air Luar Rumah Mangsa Dan Pura-Pura Bagi Salam Suruh Tuan Rumah Tutup Air
siakapkeli.my

Sejak semalam tular di laman sosial beberapa keping gambar dan cerita yang telah dikongsikan oleh seorang wanita bernama Sarah Sulaiman sebuah kejadian yang berlaku di rumahnya kemungkinan taktik penjenayah.

Menurut beliau, rumahnya telah didatangi oleh orang yang tidak dikenali memberi salam berkali-kali, beliau tidak dapat memastikan adakah orang yang sama namun, kali ini kejadiannya sesikir berbeza.

Selepas itu suspek telah memberitahu air paip rumahnya telah terbuka dan meminta beliau (tuan rumah) untuk menutup paip berkenaan.

Apa yang pelik air paip rumah beliau dan jiran terbuka laju, sebelum itu paip berkenaan tidak terbuka, jika orang dari luar membukanya adalah mustahil kerana jauh.

Jom baca perkongsian beliau.

Cerita 1:

Semoga Allah melindungi kita semua daripada niat jahat manusia...

Kejadian petang tadi di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang 23/5/17 anggaran selepas Asar.

Tengah urut baby, dengar orang lelaki bagi salam... dengar suara jauh macam luar pagar lah.
Masa ni memang tak kuasa nak hendap kat tingkap sebab bulan lepas dah pernah intai ada orang lelaki dok bagi salam macam minta derma..

Tengah sibuk siapkan baby, dengar lagi suara tadi bagi salam tapi kuat sangat macam dah ada depan pintu rumah kat dalam.

Rasa tak sedap hati memang tak berani nak jenguk ke luar, cuma jalan ke pintu nak ambik baju baby dalam bakul.

Sampai kat pintu dengar bunyi air kuat macam hujan.... buat taktau jugak lah..

Elok bak balik dia tanya siapa bukak air kat luar, paip rumah sebelah pun sama.

Padahal pintu pagar depan berkunci, rumah sebelah pun berkunci!

Paip air memang dia bukak penuh air paling kuat.

Macam taktik nak suruh orang keluar rumah untuk tutup air tu kan?

Persoalannya dia panjat pagar nak bukak paip tu? Sebab nak capai daripada luar memang tak boleh ada tembok.

Hmm taktaulah apa jadi kalau aku intai luar nampak air terbukak tu pastu keluar tutup air.
Mungkin dia dah standby kat sebelah pagar? Nak samun?

Allahu... semoga kita semua dilindungiNya... skang pun dok berdebar2 lagi pikir apa jadi kalau keluar tutup air tu 😔

sharelah peringatan kat kawan2 mak2 korang...

Nota: ygan kondem pasaipa saya duk "luah perasaan" kat sini tu ni nak habaq. Bukan saja2 story panjang2. Ni nak bg peringatan kat semua tak kisah la sapa. Tak suka takyah baca senang. Dah buat report polis pun... beringat la utk semua jangan satgi jadi lagi kes kat family kita sebab depa taktau taktik ni...

- Kalau rajin baca komen dah banyak lokasi dan negeri penyamun guna taktik macamni. Jadi kita beringatlah sama2 😢

Cerita 2

Ni nak bgtau bulan lepas dia ni datang bagi salam banyakkkk kali siap tekan bell banyak kali lama2 kat setiap rumah termasuk rumah saya.

Tengok dari belakang pakai tudung kan?

Bila dia patah arah sini semula rupanya lelaki tapi gaya dia pakai tudung tu mmg mcm perempuan.
Dengan keadaan semalam, bg salam banyak2 kali dan masuk (panjat?) ke dalam kawasan berpagar yang bersolex. Bukak paip air kuat2 dan bagi salam tak henti2 kuat2 dari jarak dalam.

Cuba bayangkan apa jadi kalau saya intai dan nampak paip tu terbukak? Mesti saya nak keluar tutup paip.

Apa jadi kat saya dan anak2? Dia mesti dah standby tepi pintu untuk teruskan niat dia?

Apa niat dia panjat pagar dan bukak paip macamtu ? Terdesak nak jual kerepek??

Saya bersyukur Allah padamkan niat saya untuk jenguk ke luar. Kalau saya buka pintu macam2 kemungkinan berlaku.

Kalau aku nak bagi derma tak perlu tunggu org terdesak panjat pagar bukak paip air. Kat pasar malam pun ramai org mintak derma lah!

Harap tak jadi kat keluarga yg komen ni ya.

Terima ksih!!

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Subject: Rubat Ikhwan Mubarak

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Thu May 25, 2017 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Umur Bukan Penghalang Untuk Berhijrah, Artis Popular 70an Ini Syukur Diberi Hidayah Walaupun Umurnya Sudah Senja
siakapkeli.my

Mungkin ramai antara pembaca yang pernah meminati penyanyi popular Singapura pada tahun 1970-an, Rina Rahman yang pernah popular dengan lagu Ku Ingin Bahagia dan Ada Kesedihan Di Wajahmu.

Rina atau nama sebenar Norhayati Abdul Rahman, 63, telah menerima Sijil Pengajian Al-Quran dan Tajwid selepas beliau dan rakan-rakan artis yang lain telah menamatkan pengajian al-Quran dan tajwid tahap empat selama empat tahun.

Beliau yang ditemui telah melahirkan rasa syukur kerana dipanjangkan usia dan diberikan hidayah oleh Allah untuk mengenali semula serta mencintai kalam suci al-Quran di usia senja.

"Mempelajari semula bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul pada usia lanjut adalah sesuatu yang sangat mencabar dan saya pernah beberapa kali mahu berputus asa."

"Sepanjang empat tahun pengajian, cabaran paling besar adalah ketika menghadapi ujian bagi setiap tahap. Ketika itu ramai yang hampir putus asa kerana sudah berusia, memori pun tidak kuat untuk ingat apa yang kami belajar.

"Alhamdulillah, demi memartabatkan ilmu al-Quran untuk diri dan keluarga, saya habiskan juga pengajian," katanya ketika ditemui pada Majlis Graduasi Sijil Pengajian Al-Quran dan Tajwid ke-7 di Hotel Royale Chulan, Damansara, di sini, semalam.

Beliau menyatakan yang dia kini tekad untuk tidak lekang dengan al-Quran sehingga memastikan dirinya khatam al-Quran setiap tiga minggu.

Rina dalam pada itu telah menjawab persoalan mengenai persepsi masyarakat terhadap penggiat seni hiburan terutama dia dahulu pernah menyanyi di kelab malam satu ketika dulu berkata, Allah tidak melihat kepada permulaan seseorang sebaliknya pengakhiran.

"Pada saya, tidak kira siapa pun orang itu, bukan hak kita menilai amalan baik buruknya tetapi Allah. Saya yakin walaupun seseorang itu bergelar artis, selagi dia melakukan suruhan Allah dia masih ada takwa dan reda Allah.

"Semua orang pun pernah buat dosa. Tapi percayalah hidayah itu milik Allah yang boleh mengubah seseorang itu ke arah lebih baik pada pengakhirannya," katanya pada majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Baitul Hassan itu.

Pada majlis itu, 259 pelajar daripada 10 kelas kendalian Pertubuhan Kebajikan Baitul Hassan dianugerahkan sijil pengajian al-Quran dan tajwid selepas tamat mengikuti pengajian.

Menurut seorang penerima sijil berkenaan, Hawa Abdul Latif, 63, berkata, kelas yang disertainya itu suasananya tidak ubah seperti kelas mengaji dalam filem Pendekar Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

"Perkara yang membuat kami kekal untuk meneruskan kelas pengajian ini kerana guru bijak mengambil perhatian dan bersabar dengan kerenah kami yang sudah berusia," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Baitul Hassan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, pertubuhan berkenaan bukan sahaja menumpukan kepada kelas pengajian al-Quran dan tajwid semata-mata, malahan mereka juga berperanan membantu asnaf, fakir miskin dan anak yatim.

"Baitul Hassan sudah memasuki tahun keempat dan cabaran yang paling besar adalah kami masih kekurangan dana serta sumbangan untuk menganjurkan program sumbangan dan kelas kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Pada majlis itu, program Bantuan Ihya Ramadan Anak Yatim, Asnaf dan Surau turut diadakan membabitkan 150 individu dan 22 surau serta madrasah yang menerima bantuan sumbangan oleh Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hannah Yeoh yang disucikan pembelanya, Dr Kamarul pula dihina.......

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Assalamualaikum.. Setelah membaca hujah Fatini Yaacob, pengarang Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, yang menyifatkan tindakan membangkitkan isu buku Hannah Yeoh oleh Dr.Kamrul Ariffin itu sebagai "kebangkitan ahli akademik yang membisu" dalam isu Islam , saya terpanggil untuk meyatakan kekesalan kerana masih ada orang Islam yang sanggup menyucikan Hannah Yeoh dan menghina Dr. kamarul Ariffin yang disifatkan sebagai kebangkitan ahli akademik yang sebelum ini membisu dalam membela Islam oleh Fatini Yaacob.Namun kebangkitan ini diikuti pula oleh keruntuhan kecintaan kepada Islam oleh sebahagian penganutnya semata mata kerana cintakan kuasa dan kemewahan dunia.Yang kejar kuasa disokong membabi buta sehingga menghina ugama sendiri dan orang orang yang mahu bangkit membela Islam.

Sedihnya kerana Dr.Kamarul dicop sebagai macai, low kelas dan berbagai bagai gelaran lagi dan yang melebelkan Dr. Kamarul ini orang Islam sendiri, mereka sanggup menjadi jurucakap dan juru sembur kepada Hannah Yeoh yang diam membisu.

Untungnya Hannah Yeoh dan partinya DAP kerana tak perlu buat apa apa, sudah ada batalion di depannya untuk berperang untuknya dan sedihnya Dr.Kamarul yang tampil untuk mengajak umat Islam bangkit mempertahankan ugamanya dibiarkan sendirian berdepan dengan segala penghinaan ini.

Satu dari hujah pembelaan Hannah Yeoh oleh askar upahannya ialah dengan menyamakan buku Becoming Hannah dengan Quran,Demikian tingginya nilai buku becoming Hannah bagi askar upahan Hannah ini.Hujahnya kalau Quran masih ditafsir ikut selera orang orang tertentu maka tidak hairanlah buku Becoming Hannah disalah tafsir atau disalah analisa oleh Dr. Kamarul.Tetapi loosenya hujah ini bukan sahaja pada nilai buku tersebut malah pada tidak ada hujahnya di mana Dr.Kamarul salah tafsirkan buku tersebut.

Pada nilai pula, Al Quran itu kalam ALLAH dan perlu kepada tafsiran yang betul untuk kita umat Islam mengambil pengajaran dan perintahnya.Quran ada ditafsirkan secara lurus dan secara komprehensive yang memerlukan beberapa kemahiran ilmu para menafsirnya, bukan boleh ditafsir dengan membabi buta dan ikut selera nafsu semata mata, maka siapa yang tafsir ikut nafsu akan dianggap salah tafsir.Hujah askar upahan Hannah juga tidak melampirkan contoh orang yang salah tafsir tetapi kita semua tahu, antara orang yang salah tafsir itu ialah Mahathir yang antara lain kata Hudud tiada dalam Quran, ianya ciptaan ulamak sahaja.Hari ini Mahathir sedang bersama gabungan yang juga mengandungi parti Hannah Yeoh yang turut disokong kuat oleh askar upahan Hannah.

Sementara buku Becoming Hannah ditulis dalam bahasa Inggeris yang tiada hukum Tajwid, tidak perlu kepada pembacaan secara tartil dan tidak perlu kepada ilmu ilmu tertentu untuk menafsirnya.Ianya boleh ditafsir terus menerusi baris baris ayatnya dan lebih penting Dr.Kamarul bukan menafsir dalam erti memberi faham kepada baris ayat ayatnya tetapi mendedahkan makna yang menuju kepada agenda sebenar Hannah untuk meruntuhkan kekukuhan Islam di Malaysia.

Jadi di mana samanya buku Hannah dengan Al Quran? Dan di mana Dr.Kamarul salah tafsir buku Hannah tersebut, kalau ada kenapa sampai hari ini tidak ada satupun artikal atau tulisan yang ada di mana mana yang menghuraikan kesalahan Dr.Kamarul baik dari Hannah atau mana mana penyokong yang mensucikan Hannah Yeoh?

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Fatini: Isu buku Hannah Yeoh tanda 'pensyarah bangkit'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

sumber : http://kelatedaily.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Usaha pensyarah mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meneliti perlembagaan DAP perlu diraikan, kata pengkaji sejarah rusuhan Natrah.
Fatini Yaacob, pengarang Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, menyifatkan tindakan itu sebagai "kebangkitan ahli akademik yang membisu" dalam isu Islam.

"Untuk ini, kita raikan sebagai satu tanda, insya Allah, kepada kebangkitan kumpulan ahli akademik ini, yang selama ini diam membisu," katanya kelmarin.
Bercakap dalam diskusi isu Natrah di Singapura pada 1950, yang membangkitkan kemarahan etnik itu, beliau suka jika pensyarah tidak mengikut kepentingan parti.
Kamarul Zaman Yusoff, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), mengambil tindakan itu selepas mendakwa aktiviti DAP bertentangan dengan Islam.
Beliau mengumpul lebih 100 tandatangan rakan sejawatan susulan aduan polis terhadap Speaker Selangor Hannah Yeoh berhubung isu Kristian.
Kamarul Zaman mendakwa buku Becoming Hannah: A Personal Journey cuba mempengaruhi pembaca termasuk Muslim agar cenderung kepada agama itu.
Yeoh menafikan dakwaan itu dan membuat aduan polis terhadap ahli akademik tersebut.
Mengulas lanjut, Fatini menyifatkan pendedahan Kamarul — yang meneliti butiran buku tersebut dengan terperinci — mengejutkan pemimpin DAP.
"[Pendedahan] itulah menjadi huru-hara di kalangan DAP. Segala sumpah seranah dan maki hamun [orang ramai] datang kepadanya," kata pengarang itu lagi.
Tambahnya, beliau membangkitkan semula isu rusuhan Natrah demi mengingatkan Melayu yang "hebat tetapi tidak sedar diri" supaya bangun daripada tidur.
"Sebenarnya orang Melayu, rakyat marhain dengan pengorbanan, [sanggup] berkorban nyawa, sanggup dipenjara kerana kasih kepada agama.
"Apabila merdeka, tanggungjawab ini dipindahkan kepada kerajaan. Manakah kita apabila Islam dan Melayu dihina?" katanya.
"Kenapa keazaman politik tidak boleh menjawab, [atau] mematikan isu?"
Beliau juga menyatakan rasa kesal apabila orang Islam didakwanya tidak sepakat menyokong rang undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 yang diusulkan oleh PAS.
Demonstrasi Natrah atau nama asalnya Maria Huberdina Hertogh, remaja Belanda yang dibesarkan sebagai Islam di Terengganu, meledak di Singapura apabila ibu bapanya ingin mengambilnya semula.
Kisah perebutan hak penjagaan itu, yang melibatkan proses mahkamah, mencetuskan kebangkitan orang Melayu terbesar sebelum kemerdekaan.

sumber : https://kelatedaily.blogspot.my/2017/05/fatini-isu-buku-hannah-yeoh-tanda.html

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: kelate
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Kamarul jawab tulisan Dr Muhaimin, pemimpin AMANAH bodoh

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Saya tertarik untuk mengulas tulisan Naib Pengerusi 1 Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Dr Muhaimin Sulam, bertajuk "Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza" yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada pukul 12:58 tengahari, 24 Mei 2017, sekaligus mengulas tulisan beberapa orang pemimpin AMANAH lain.

Di antara lainnya, Dr Muhaimin Sulam menulis begini:

"Kamarul Zaman adalah seorang penutur bahasa politik yang baik. Adalah tidak benar jika beliau dituduh sebagai sarjana bodoh. Lebih daripada itu, jangan diheret sama universiti yang menaunginya dalam perbahasan wacananya."

"Universiti itu tidak bersalah dan tidak perlu dihukum kerana bahasa Kamarul Zaman."

"Pihak yang menuduh beliau sebagai bodoh - pada mata saya - adalah pembaca suatu doktrin politik juga."

"Noam Chomsky membahagikan bahasa kepada dua; bahasa mengikut kamus dan bahasa mengikut doktrin. Mana mungkin graduan Indiana University dengan pointer tinggi, serta anak didik Prof Dr Redzuan Othman di Universiti Malaya (UM) boleh dihukum bodoh semudah itu?"

Sambung Dr Muhaimin Sulam lagi:

"Bagi saya Kamarul Zaman bijak menggunakan bahasa sebagai modal sosial yang berharga bagi Umno dan PAS. Gagasannya mudah difahami oleh sebahagian daripada masyarakat Melayu. Sikit atau banyak yang faham, itu persoalan lain."

"Hampir keseluruhan tulisan Kamarul Zaman cuba membina persepsi bahawa pembangkang - terutamanya Pakatan Harapan - sebagai bermasalah dan salah. Itu objektifnya. Itu motif akhirnya."

"Sepintas lalu, beberapa terma digunakan Kamarul Zaman seperti, bacul, bodoh, ekstrim, hipokrasi, rakus, dominan, tidak siuman dan lain-lain bolehlah saya kategorikan sebagai persoalan seputar isu Melayu dan Islam yang bersifat etniksiti dan agama. Inilah dogma yang hendak dikemukakan oleh beliau kepada khalayak."

"Khalayak yang memiliki tahap bahasa yang selari dengan bahasa yang digunakan oleh Kamarul Zaman akan mudah menerima hujah pensyarah universiti itu."

Terima kasih kepada Dr Muhaimin Sulam kerana masih berfikiran rasional, walaupun sebahagian besar pemimpin AMANAH lain sudah kelihatan dibawa oleh arus emosi, dengan menegur para pemimpin AMANAH, para pemimpin DAP dan para penyokong mereka yang menyifatkan saya sebagai bodoh, atau, di dalam bahasa Khalid Samad, bodoh tahap maksima, walaupun beliau sendiri adalah seorang pemimpin AMANAH.

Walaupun begitu, perlu dinyatakan bahawa saya adalah seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara terus-terang, iaitu "straight to the point", dan bukannya seorang individu yang suka bercakap atau menulis secara puitis dan bombastik sehingga kadangkala terlalu sukar sekali difahami apa isi sebenarnya seperti Dr Muhaimin Sulam.

Perlu diakui bahawa saya, tanpa sebarang provokasi, pernah menggunakan istilah keras seperti "kelentong" di dalam tulisan saya pada 8 April lalu bagi merujukkan kepada Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; "tohmahan" di dalam tulisan saya pada 25 April lalu bagi merujukkan kepada Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan; dan "hipokrasi" di dalam tulisan saya pada 10 Mei lalu bagi merujukkan kepada DAP.

Bagaimanapun, penggunaan istilah keras tersebut, pada hemat saya, ada justifikasinya.

Istilah-istilah keras lain seperti "bacul", "bodoh" dan "ekstrim" yang disebutkan oleh Dr Muhaimin Sulam pula sebenarnya hanyalah pemulangan kembali istilah-istilah keras tersebut yang dilemparkan kepada saya sebelumnya oleh para pengkritik saya.

Ini pun sebenarnya tidak bersalahan dengan ajaran Islam sendiri yang di antara lainnya menyebut bahawa "Dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang)" dan bahawa "Maka balaslah pencerobohan itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu".

Pemimpin AMANAH tidak mampu berhujah

Apa pun, isu-isu yang membabitkan saya dengan Hannah Yeoh dan DAP beberapa hari kebelakangan ini sekadar menjelaskan lagi kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa AMANAH adalah sebuah parti politik yang diisi oleh segerombolan manusia yang sebahagian besarnya tiada kemampuan untuk berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kasar untuk menyerang individu lain yang "menyentuh" DAP.

Seperti ramai yang mengikuti isu-isu ini sedia maklum, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Apabila saya membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei lalu, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan Hannah Yeoh.

Khalid Samad "membodoh tahap maksimakan" saya kerana kononnya menghujahkan bahawa "tak boleh ada apa-apa buku tulisan mengenai agama lain yang dijual di Malaysia".

Bila saya jelaskan bahawa tiada sepatah pun di dalam laporan polis ayat yang menggambarkan saya mahu buku Hannah Yeoh diharamkan dan betapa sejak 17 Mei lagi telah terpapar di dalam portal berita NST Online kenyataan saya bahawa buku Hannah Yeoh sepatutnya tidak dijual di rak terbuka tetapi dijual di rak Kristian, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.

Salahudin Ayub pula mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita.

Bila saya jelaskan bahawa kebebasan beragama ini adalah dibataskan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa "Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam" dan oleh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di peringkat negeri yang memperuntukkan bahawa "Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu", tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Zolkharnain Abidin pula mempersoalkan mengapa saya tidak terlebih dahulu mengajak Hannah Yeoh berwacana mengenai kandungan buku beliau.

Bila saya jelaskan bahawa lontaran begini patut ditujukan kepada Hannah Yeoh, bukan kepada saya, kerana beliaulah yang pertama sekali membuat laporan polis terhadap saya sebelum saya membuat laporan polis terhadap beliau, tiada siapa pun dari pemimpin AMANAH yang berani mengulasnya.

Tiga pengakuan Hannah Yeoh

Punca sebenar isu buku Hannah Yeoh timbul ialah kerana tiga pengakuan beliau sendiri, iaitu mengenai betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; mengenai betapa beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; dan mengenai betapa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

Bagaimanapun, sehingga kini Hannah Yeoh sendiri mahupun para pemimpin AMANAH dan para pemimpin DAP serta para penyokong mereka gagal membuat apa-apa penjelasan yang memuaskan mengenai pengakuan Hannah Yeoh ini, yang menjadi intipati kepada tulisan awal saya pada 10 Mei lalu bahawa Hannah Yeoh adalah contoh hipokrasi terbesar DAP.

Cabar buat laporan polis, saman fitnah

Begitu juga bila saya umumkan pada 22 Mei lalu bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan, dan bahawa setakat itu sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini, terus sahaja para pemimpin AMANAH keluar mempertahankan DAP.

Pengumuman tersebut saya buat pada pukul 7:06 pagi.

Pada pukul 3:06 petang, Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, terus keluar menyatakan saya tidak cerdik dan tindakan saya memang tidak cerdik, kononnya kerana bersusah-payah hendak membuat benda yang tidak perlu dibuat.

Pada pukul 6:39 petang, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, mengeluarkan satu kenyataan rasmi di atas nama KANUN mendakwa bahawa tindakan saya membuat memorandum terhadap DAP adalah salah satu tindakan bagi mendapatkan publisiti murahan semata-mata dan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam.

Tambah beliau lagi, KANUN juga melihat tindakan saya lebih berbentuk hasutan kepada orang ramai khasnya orang-orang Melayu untuk membenci DAP dan seterusnya menolak untuk mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14.

Pada pukul 7:38 petang pula, Ketua Pemuda AMANAH Perak yang juga seorang peguam, Mohd Fitri Asmuni, pula berpencak dengan menuduh saya sebagai cybertrooper bertaraf doktor, penulisan saya tidak lebih dari sampah yang tidak mempunyai nilai akademik sekalipun saya berjawatan doktor dan penulisan saya memenuhi ciri-ciri untuk tindakan saman fitnah difailkan terhadap saya.

Bandingkan kekerasan dan kekerapan tindakan para pemimpin AMANAH membela DAP dalam isu memorandum ini dengan hanya satu kenyataan rasmi dari DAP pada hari itu, yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada 23 Mei, iaitu oleh Ketua Pemuda Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh, yang berbunyi:

"One do not need a PhD, or a Bachelor of Arts with Double major from Indiana University at Bloomington (IUB), or to be a Senior Achievement Award winner, to understand the 51-years-struggle of DAP for a better Malaysia. Kamarul Zaman just need to get hold of a copy of the DAP Constitution and read it through if he is reluctant to dig into the historical profiles and struggles of DAP in the archives."

Kepada Wong Kah Woh, suka saya maklumkan bawa saya telah lama mengkaji Perlembagaan DAP dan telah kerap kali membuat komentar mengenainya, termasuk di dalam akhbar Berita Harian sejak 26 Jun 2015 lagi.

Kamulah yang sebenarnya tidak cerdik kerana tidak memahami Perlembagaan DAP walaupun kamu sendiri bergelar Ketua Pemuda Kebangsaan DAP.

Kepada Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, kamulah juga yang sebenarnya tidak cerdik dan tindakan kamulah yang sebenarnya memang tidak cerdik kerana sebab yang akan saya nyatakan selepas ini.

Kepada Wan Anwar, bagaimana seorang peguam seperti kamu boleh menyatakan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam sedangkan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan terang-terang memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan?

Suka juga saya mencabar Wan Anwar supaya membuat laporan polis kepada saya di bawah Akta Hasutan jika benar tulisan saya adalah berbentuk hasutan.

Suka juga saya mencabar Mohd Fitri Asmuni, supaya mengambil tindakan saman fitnah terhadap saya jika benar tulisan saya mengandungi fitnah.

Pemimpin AMANAH bodoh

Mengapa saya kata pemimpin AMANAH bodoh? Saya katakan pemimpin AMANAH bodoh kerana mereka sendiri sering menyatakan kebimbangan mengenai kurangnya sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, malah pernah secara terbuka berucap di hadapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, begini pada 7 Februari lalu:

"Isu yang kita bawa ini, iya, banyak. Tapi kalau jatuh BN, apa nak jadi pada orang Melayu? Ini tanggapan persepsi, bukan satu fakta. Tapi inilah yang dihadapi oleh kita menjelang pilihan raya yang akan datang. Memang pilihan raya yang ke 2013 kita janji nak hapuskan PTPTN, nak hapuskan tol, nak beri elaun kepada wanita yang tidak bekerja. Cukup menarik Buku Jingga kita.

"Tetapi orang Melayu bertanya, kalau jatuh BN, apa nasib pada orang Melayu? Inilah kita kena bina persepsi ini, terutama sekali rakan-rakan daripada DAP jugak kena membantu nak mengubah persepsi ini."

Persepsi DAP anti-Melayu anti-Islam ini sudah lama tertanam di kalangan orang-orang Melayu Islam. Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam.

Kalau persepsi ini dibuat-buat takkanlah sampai sekarang Lim Kit Siang, tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebut bahawa DAP anti-Islam walaupun menyebut mahu berbuat demikian sejak 28 Januari lagi.

Kita pergi kepada kandungan memorandum yang kami, lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, ingin kemukakan bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya selari dengan peruntukan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 (1) (c) Akta Pertubuhan.

Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai "Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia" seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(b) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai "Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi" (Fasal II (4)) tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas "Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia".

Hakikat betapa aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP adalah berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai "Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak" seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 2A (1)(d) Akta 335 terbukti kerana induk yang mendasari aktiviti-aktiviti dan hal-ehwal DAP, iaitu Perlembagaan DAP, hanya menyebut mengenai "Memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia" (Fasal II (2)), atau mengenai "Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tata ekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama" (Fasal II (10)), atau mengenai "Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu" (Fasal II (11)), tanpa mengandungi pengiktirafan ke atas "Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak".

Jika DAP mahu terus bernyawa setelah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan, maka sudah tentulah DAP di antara lainnya perlu meminda perlembagaannya bagi memasukkan pengiktirafan ke atas "Kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia" dan bagi memasukkan pengiktirafan ke atas "Kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak".

Jika ini berlaku maka sudah tentulah serangan bahawa DAP anti-Melayu anti-Islam akan berkurangan, jadi tidakkah ini akan membantu kamu, para pemimpin AMANAH, untuk membantu menarik sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan?

Kuda tunggangan DAP

Mengapa pula saya katakan pemimpin AMANAH kuda tunggangan DAP? Saya katakan pemimpin AMANAH kuda tunggangan DAP kerana tindak-tanduk mereka dan tindak-tanduk pemimpin DAP sendiri sering memperlihatkan bahawa pemimpin AMANAH diperkudakan oleh pemimpin DAP.

Seperti disebutkan di dalam tulisan ini sebelum ini, para pemimpin AMANAH sangat terkehadapan di dalam mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sehinggakan ada masanya belum pun para pemimpin DAP sempat menjawab apa-apa kritikan yang diberikan ke atas mereka, para hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP.

Seperti disebutkan di dalam tulisan lain sebelum ini, setelah pemimpin PAS yang kalah di dalam pemilihan PAS pada tahun 2015 keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH, rekod menunjukkan pemimpin DAP yang memberi nyawa kepada mereka melalui pelbagai cara, sama ada melalui saluran parti atau Kerajaan Pulau Pinang yang dimiliki DAP.

Belum pun AMANAH dilancarkan, Lim Kit Siang sudah mengumumkan di Gelang Patah pada 5 September 2015 bahawa keutamaan terbesar selepas 16 September (pelancaran AMANAH) adalah merangka rencana terperinci bagi merampas Johor.

Di saat ada pemimpin pembangkang, khususnya dari PKR, yang belum bersetuju Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 September 2015, pemimpin DAP-lah yang bekerja keras bagi meyakinkan mereka supaya menubuhkannya segera demi kelangsungan AMANAH.

Sehari selepas Pakatan Harapan diwujudkan, Setiausaha Agung DAP selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengumumkan keputusan mesyuarat bahawa kerajaan itu digelar sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, bersama jawatan untuk AMANAH.

Dari sudut ideologi pula, Liew Chin Tong sejak awal-awal lagi mewajibkan AMANAH supaya memenuhi mandat progresif/sederhana dan mengemukakan satu wacana menyeluruh post-Islamis mengenai maqasid syariah bagi memenangi sokongan lebih ramai rakyat Malaysia.

Untuk makluman para pemimpin AMANAH, taktik DAP memperkudakan parti lain untuk kepentingan DAP ini pernah diakui oleh Lim Kit Siang sendiri di dalam kenyataan yang diberikan oleh beliau kepada Andy Mickey Choong Tek Choy pada 20 Mac 2006.

Kenyataan Lim Kit Siang ini dimuatkan oleh Andy Mickey Choong Tek Choy di dalam tesis sarjana beliau bertajuk "Democratic Action Party of Malaysia and the Politics of Opposition Coalition Building" dengan National University of Singapore.

"DAP strategy within the opposition grouping was to buttress the young party and hoped that a prolonged opposition cooperation may be sustained and the PKR may come to maturity and lead the opposition forces not in the coming general election but the next. Hence, the DAP were willing to extend the level of cooperation from the various loose alliances with political parties and CSAs and took the next step of transforming the cooperation to a structured opposition coalition for electoral contestation. By doing so, the DAP viewed that it was able to fulfill their long term commitment to Malaysian society and at the same time checking on the expansion of PAS by supporting the development of PKR, which lacked the political machinery and resources as compared to the established political parties."

"Furthermore, the DAP in the acknowledgement of political realities, attempted to use PKR and Anwar as a counter balance to PAS growth in the Malay political cleavage... In supporting the growth and development of PKR and the cultivation of Anwar supporters, the DAP was able to check on the growth and influence of the PAS in the opposition camp from within a structured coalition."

Kenyataan Lim Kit Siang ini menggambarkan betapa liciknya strategi DAP, berkawan dengan PAS di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PAS tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan PKR bagi memastikan PKR boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PAS.

Kini apakah tidak mungkin strategi sama sedang digunakan oleh DAP, iaitu berkawan dengan PKR di dalam satu pakatan politik, tetapi di dalam masa yang sama berusaha keras untuk memastikan PKR tidak terlalu kuat dengan membantu perkembangan AMANAH bagi memastikan AMANAH boleh digunakan untuk menghalang perkembangan PKR?

Dr Kamarul Zaman Yusoff
pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Viral Konon Virus Corona Dalam Buah Kurma, "Virus Ini Tak Tahan Lama, Sudah Mati Semasa Proses Penghataran Ke Malaysia" - Dr Suhazeli
siakapkeli.my

Pasti kita pernah terdengar sebelum ini kisah buah kurma yang tercemar semasa dalam proses pengeringannya.

Banyak kisah dipaparkan sejak kebelakangan ini, ada juga viral kononnya amaran daripada seorang doktor dari timur tengah yang melarang memakan buah kurma kerana bimbang dijangkiti virus Corona seperti gambar di bawah.

Tahukah anda bahawa virus berkenaan sebenarnya tidak dapat tahan lama, dan buah yang sudah sampai di Malaysia adalah selamat di makan.

Jom baca penjelasan dari Dr Suhazeli Abdullah mengenai virus Corona dalam buah kurma ini.

Sekurang-kurangnya dua mesej di alam maya berkait dengan pencemaran buah tamar/kurma. Antaranya mesej amaran dari doktor Arab supaya tidak memakan buat tamar kerana tahi kelawar punca berlakunya jangkitan virus Corona. Satu lagi, disebarkan video buah tamar yang mengandungi anak lipas. Isu ni agak sensitif di saat umat Islam menyambut Ramadhan.

Sikap berhati-hati dalam memakan sesuatu makanan termasuk buah tamar ini amat bagus. Saya tidak nafikan kemungkinan buah tamar kotor dengan pelbagai jenis kotoran termasuk najis kelawar, lipas atau seumpamanya.

Ianya bergantung kepada kaedah penyediaan, pembungkusan dan penyimpanan buah tamar itu sendiri. Terdapat pekebun tamar yang memproses tamar mereka secara terus dari ladang tanpa pembersihan, pengredan dan lain-lain kawalan kualiti. Sudah tentu kaedah ini mengundang pencemaran yang tidak diingini.

Lipas akan masuk jika buah tamar di simpan ditempat terbuka dalam sela waktu yang agak lama. Sama konsep juga dengan padi di negara kita. Jika lama disimpan tempat terbuka, ia terdedah dengan tikus, najisnya dan serangga kecil bernama bubuk. Sebelum dimasak kita wajib membersihkan sebaik mungkin.

Bagaimana pula dengan virus Corona yang terdapat dalam najis kelawar?

Mari kita belajar serba sedikit berkaitan dengan virus Corona ini.

Kelawar sememangnya perumah utama virus Corona. Mungkin pernah anda dengar berita mengenai penyakit SARS tahun 2002 dan penyakit MERS-COV tahun 2015 yang lalu.

Kelawar sendiri tidak mati dijangkiti virus Corona. Tetapi perumah kedua terutama manusia apabila dijangkiti, boleh mendatangkan bahaya.

Serangan penyakit SARS 2002-2003 yang bermula dari Guandong China telah meragut seramai 774 (9.6%) orang dari 8098 kes positif seluruh dunia.

Manakala serangan MERS-COV pada tahun 2015 yang punca perebakannya dari Arab Saudi telah mencatat kematian seramai 502 (35%) orang dari 1413 kes positif. Kedua-dua penyakit ini menakutkan seluruh dunia pada ketika itu.

[1] Sekarang ini pun Pertubuhan Kesihatan Sedunia masih mengeluarkan amaran kemungkinan jangkitan terus berlaku. Ianya begitu senang merebak kerana pergerakan manusia terlalu pantas.

Perumah kedua Virus Corona ini adalah binatang seperti unta, musang, babi, dan kucing. Kaedah transmisi virus ini ke perumah kedua tidak diketahui secara jelas. Tetapi dipercayai Virus Corona menghinggapi perumah kedua melalui hubungan langsung kelawar dengan binatang-binatang tersebut atau manusia itu sendiri.

Manusia juga mudah dijangkiti dengan memakan daging, meminun susu, berpeluk cium atau terkena najis binatang-binatang berkenaan.

[2] Biasanya para jemaah haji umrah akan menunggang unta diladang unta yang mereka lawati. Berpeluk serta meminun susu unta mentah sudah menjadi perkara lumrah. Bangga pulak berselfie. Risiko tinggi dijangkiti jika unta-unta berkenaan positif virus Corona.

Adakah manusia boleh dijangkiti dengan memakan buah tamar yang mengandungi najis kelawar? Kemungkinan tetap ada jika najis yang tercemar (dibuah tamar) dengan virus Corona tersebut masih segar dipetik dari ladang. Ini kerana virus corona hanya dapat hidup ditempat terbuka maksima selama 91.29 jam (hampir 4 hari).[3] Lebih dari tempoh itu, virus Corona tidak dapat hidup ditempat terbuka.

Justeru, buah tamar yang sudah di eksport ke negara kita, saya yakin sudah mati kerana proses penghantaran mengambil masa berminggu-minggu. Cuma kekotoran najis tetap perlu dibasuh sebelum memakan buah tamar. Risiko jangkitan virus Corona sudah tiada.

Sekian maklumat yang boleh saya kongsikan. Jika ada salah silap tolong beritahu ye.

Suhazeli Abdullah

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Psoriasis tingkat risiko serangan jantung

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net


Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
Dianggarkan tiga peratus daripada penduduk dunia menghidap psoriasis. Di Malaysia, seramai 14,486 orang dilaporkan menghidap penyakit ini (data Registri Psoriasis Malaysia 2007-2015).

Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang berpanjangan dan berulang. Ia boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Ia terjadi disebabkan gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu tiga hingga tujuh hari berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa.

Proses ini menyebabkan sel-sel bergerak ke atas kulit dengan cepat seterusnya menjadikan kulit muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik yang tebal di permukaan kulit.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Tropicana Datuk Dr Noor Zalmy Azizan berkata, psoriasis turut meningkatkan risiko serangan jantung dan penyakit kardiovaskular lain.

"Ramai yang bertanya bagaimana penyakit di permukaan kulit boleh berkait dengan jantung. Sama seperti penyakit auto imun yang lain, psoriasis menyebabkan sistem imun tubuh memberikan reaksi berlebihan terhadap benda asing di dalam tubuh yang dianggap sebagai ancaman.

"Reaksi imun yang berlebihan menyebabkan terjadinya radang di sebahagian atau seluruh tubuh yang kemudian tumbuh sisik kemerahan pada kulit menyebabkan berlaku penyempitan pembuluh darah (aterosklerosis)," katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, kulit kepala, lutut serta siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan serta kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.

"Cuaca panas turut memberi kesan hingga kulit mereka berparut, selain mengalami masalah ketidakselesaan fizikal. Malah, penyakit itu mengundang keresahan, ketara, berulang dan menyakitkan hingga remaja ini mengalami trauma psikologi.

"Malu tampil di khalayak ramai. Fungsi asas diri mereka seperti berjalan atau tidur juga terjejas akibat masalah yang dihadapi," katanya.

Dr Noor Zalmy turut menjelaskan ramai yang salah faham terhadap penyakit ini kerana menyangka ia berjangkit. Psoriasis adalah penyakit tidak berjangkit dan masyarakat tidak perlu risau mengenainya.

"Psoriasis tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal penyakit ini. Sebab itu jangan ambil mudah jika ada simptom seperti kelemumur yang teruk, gatal apabila berpeluh, tompok pada kuku dan sebagainya. Selain siku, lutut, kaki dan kepala, ia juga boleh berlaku di kemaluan.

"Serangan untuk setiap individu adalah berbeza. Kira-kira 40 peratus daripada pesakit psoriasis mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit berkenaan," katanya.

Katanya lagi, psoriasis turut dikaitkan dengan penyakit lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes dan hiperlipidemia atau kadar kolesterol dalam darah terlalu tinggi.

"Faktor lain yang mencetuskan psoriasis adalah kecederaan pada kulit, pendedahan langsung kepada cahaya matahari, HIV, ubat-ubatan tertentu seperti beta-blocker dan jangkitan streptokokus. Selain itu, keadaan ini juga boleh berpunca daripada perubahan hormon, kesan alkohol, merokok dan tekanan.

"Paling penting amalkan gaya hidup sihat kerana penyakit berkait seumpama ini boleh meningkatkan risiko kematian bagi penghidap psoriasis. Kebanyakan penghidap psoriasis mendapat simptom pertama pada usia 20 hingga 40 tahun. Punca trend ini tidak dapat dijelaskan secara saintifik tetapi ada juga pesakit saya seawal usia empat tahun sudah menghidap psoriasis," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 25, 2017 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



6 Ketakutan Seorang Mukmin
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

MENURUT Uthman bin Affan, ada enam ketakutan dalam diri seorang Mukmin. "Bagi orang mukmin ada enam macam dalam hal takut yang membayang-bayangi dirinya," demikian ujarnya.

Kedua, takut kepada malaikat pencatat kalau-kalau mereka mencatat segala sesuatu kejelekan yang memalukannya pada hari kiamat.

Ketiga, takut syaitan yang akan membatalkan (merosakkan) amal-amalnya.

Keempat, takut kepada malaikat maut yang akan merenggut nyawanya secara mendadak dalam keadaan dirinya lalai.

Kelima, takut kepada dunia yang dapat memperdaya dan menyibukkan dirinya sehingga akhirnya melalaikan akhirat.

Keenam, takut kepada anak isteri dan keluarga yang menyebabkan dirinya sibuk mengurusi mereka dan melupakan dzikir kepada Allah swt. "

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: