Thursday, May 18, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4737[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4737
1
4
Fw: Hadiah Guru & Guru Meninggal by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: 'Nak Kecik ke Nak Besaq Kak' by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10
Fw: Mengapa marah by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
12
Fw: Jururawat Diangkat Sebagai Heroin by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
13
Fw: PAS lebih gentleman dari PKR by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Thu May 18, 2017 7:40 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenapa lelaki lebih ramai kena denggi berbanding wanita di Selangor
bloglist-malaysia.blogspot.
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Mungkin anda tak perasan (atau tak nak berikan perhatian) bahawa kes demam denggi masih tetap menjadi satu masalah besar di negara kita. Terutamanya di Negeri Selangor, kes demam denggi seperti tidak ada kesudahannya.

Kalau anda tak ambil tahu yang kes demam denggi masih menjadi satu ancaman besar, sudah pasti tak terfikir pulak antara lelaki dan wanita, jantina mana yang lebih tinggi kena denggi.

Bagi yang ambil tahu perihal masalah kes denggi, terutamanya di negeri Selangor, tentu maklumat ini lebih menarik untuk diketahui. Siapa lebih ramai kena denggi antara lelaki dengan wanita ?

Lelaki lebih ramai kena denggi berbanding wanita
Menurut perangkaan daripada jabatan kesihatan Negeri Selangor, jumlah kes denggi kena banyak kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita. Perbezaannya tidaklah banyak sangat sebenarnya. Hanya dalam lingkungan 56% sahaja.

Dalam 100 orang mangsa ked denggi, 56 orang terdiri daripada kaum lelaki dan 44 orang adalah wanita. Itulah gambaran kes denggi jika dibuat perbandingan antara lelaki dan wanita.

Punca tepatnya memang tidak dapat dikenal pasti. Tapi menurut jabatan kesihatan negeri, ianya ada kaitan dengan keadaan kaum lelaki yang mungkin berada diluar rumah atau bangunan lebih banyak masa dari kaum wanita.

Golongan wanita kalau kerjapun, tentu lebih banyak berada dalam bangunan. Kerja yang melibatkan urusan berada di luar bangunan lebih banyak didominasi oleh kaum lelaki. Jika dalam industri pembinaan pulak, yang memang terkenal sebagai antara punca pembiakan nyamuk aedes, para pekerjanya dikuasai oleh kaum lelaki.

Kes denggi di Selangor masih tahap bahaya
Untuk maklumat semua, kes denggi masih berada dalam situasi yang tidak menggembirakan di Selangor. Untuk tahun 2017 setakat ini, sudah 29 penduduk negeri Selangor yang meninggal dunia. Itu merupakan angka sehingga 13 May 2017.

Jumlah keseluruhan kes denggi setakat 13 May 2017 pula telah mencatatkan sebanyak 18,534 kes. Daerah Petaling menjuarai carta paling ramai kena kes denggi dengan jumlah kes sebanyak 5,858 kes.

Daerah Hulu Langat pula jadi juara nombor 2 mencatatkan kes denggi sebanyak 4,927. Sejak dua bulan kebelakangan ini, kes denggi meningkat dengan banyak di sekitar daerah Hulu Langat. Bukan itu saja, Daerah Hulu Langat mencatatkan jumlah kematian paling ramai disebabkan kes demam denggi. Iaitu seramai 14 orang setakat ini.

Cuba lihat gambarajah yang memberikan ringkasan kes denggi di negeri Selangor kat atas tu. Agak menarik untuk perhatikan kaitan kawasan yang dipenuhi oleh pusat bandar dengan kawasan yang agak kekampungan.

Kawasan yang banyak pusat bandar lebih banyak kena denggi berbanding kawasan kekampungan. Apa yang boleh kita belajar dari keadaan itu ?

Kurang kerjasama benteras masalah denggi
Kes denggi ini memerlukan usaha dari semua pihak. Tidak boleh nak lepaskan masalah tersebut hanya kepada pihak yang berwajib sahaja. Malah pihak yang berwajib dah buat yang terbaik untuk mengatasi maslaah kes demam denggi ini.

Dengan aktiviti pemeriksaan premis, aktiviti memberikan kesedaran, aktiviti menghapuskan jentik-jentik dan bunuh nyamuk Aedes dewasa melalui fogging dan sebagainya, boleh dikatakan usaha yang amat baik dari pihak berwajib.

Malangnya kerjasama dari penduduk amat mengecewakan. Antara yang paling ketara yang dilaporkan oleh pihak majlis dan pihak jabatan kesihatan, adalah tak benarkan aktiviti fogging di premis dan di rumah mereka.

Satu lagi masalah ada sikap tak jaga kebersihan. Lihat kat taman awam, masih ada ramai yang walaupun hanya segelintir, yang suka campak sampah dan bekas sesuka hati. Bila musim hujan, air boleh bertakung dan jentik-jentik mudah membiak kat dalam air jernih dan berada di tempat teduh.

Cukup hanya segelintir sahaja yang tak reti bahasa dan tak faham etika kebersihan untuk mendatangkan bala bencana kepada semua penduduk. Dan ia berbalik pula kepada betapa kuatnya jalinan dan kerjasama sesuatu komuniti.

Jika kuat, jalinan kerjasama antara penduduk, golongan bermasalah yang segelintir itu boleh dihapuskan dengan mudah. Jika kurang kerjasama dan ikatan ukhwah tak ada, masing-masing hanya akan selesa dengan dunia mereka sendiri. Tidak ada usaha nasihat menasihati dan sebagainya untuk pastikan keselesaan semua pihak.

Mungkin itu semua adalah kos yang manusia moden di kawasan lembap dan bsah seperti di negara kita perlu bayar demi mengejar kemodenan. Semua orang hanya fokus pada ekonomi dan kerja cari makan siang dan malam. Aktiviti kemasyarakatan tidak mendapat kerjasama dari majoriti penduduk. Maka terimalah akibatnya.

Nyamuk yang kecil sahaja dihantar memberikan malapetaka untuk masyarakat yang tidak mengamalkan budaya yang sepatutnya buat manusia di muka bumi ini.

Jika anda perlukan khidmat fogging dan kawalan jentik-jentik untuk taman anda, boleh dapatkan khidmat tersebut daripada syarikat pest control yang berlesen. Hubungi Easelife Services Sdn Bhd untuk maklumat lanjut. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk dapatkan penerangan.
Sumber maklumat dari TheStar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 7:40 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gempar!!! Dalam Majlis PM Najib Ada Selebriti Terkenal Ditampar, Memalukan..
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

PUTRAJAYA: Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) pada Rabu kecoh selepas pelawak Mat Over menampar produser filem David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.
Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah pelawak Mat Over atau Sulaiman Yassin muncul lalu menampar muka David.

Dalam video yang menjadi tular di laman sosial itu, kedengaran suara Mat Over yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopan di hadapan Najib sebelum menamparnya.

Situasi itu mengejutkan hadirin yang hadir sebelum ia ditenteramkan oleh orang ramai.

Majlis dialog kemudian diteruskan seperti biasa.

Sesi berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Perdana Ummah dan diadakan di kediaman Najib di Putrajaya.

Dianggarkan kira-kira 300 penggiat seni daripada pelbagai latar belakang termasuk pemimpin persatuan menghadirinya.

Bagaimanapun pada akhir sesi, Rosyam memanggil Mat Over dan David di pentas untuk meminta maaf dan mereka bersalaman.

Kedua-duanya turut berbuat demikian kepada Najib.

- sumber

Drama tampar, tendang dalam sesi TN50 depan Najib

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pengarah filem David Teo dikasari di depan Datuk Seri Najib Razak semasa sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya malam ini.

Semasa sesi khusus untuk industri seni itu, Teo pada mulanya menyatakan tidak puas hati terhadap cara pengendalian pengarah dan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara majlis itu.
"Ini (pentas) Datuk Seri bulat. Datuk Rosyam Noor kena adil saksama.

"Semua dia kena bagi tengok mata dia, jangan tengok depan sahaja," katanya.

Rosyam Nor yang bertindak sebagai pengerusi majlis kemudian meminta Teo menjaga tingkah laku dan menggunakan peluang bercakap untuk mengemukakan pandangan.

Mereka kemudian saling jawab menjawab antara satu sama lain.

Rosyam: You jangan komen bagaimana I ini.... I bagi you satu minit untuk bagi idea.

Teo: Biar kita cakap terus terang.

Rosyam: You di depan perdana menteri. Kamu kena behave (jaga kelakuan). Faham?

Teo: Tadi cakap tak payah serius.

Rosyam: Tadi Datuk Seri cakap tak payah serius kan?

Najib: Tak apa, tak apa.

Teo: OK saya mulakan Datuk Seri. Orang kata sekali itu ombak sampai ke pantai, selalu pantai itu...

Belum habis beliau bercakap, seseorang mirip pelakon komedi popular Mat Over berjalan sambil menuding jari ke arah Teo dan memarahinya.

Pelakon komedi itu kemudian kelihatan menampar Teo tetapi tidak kena kerana ditahan oleh Teo.

Teo juga kelihatan menendang kembali ke arah Mat Over tetapi turut tersasar.

Najib selepas itu memainkan peranan mendamaikan mereka dengan meminta kedua-dua pihak bersalaman.

Insiden itu disiarkan secara langsung di Facebook Najib tetapi tidak diulang siar.

Selepas ketegangan itu, Rosyam kedengaran berkata "dia itu memang kurang ajar daripada dulu" kepada Najib.

Rosyam juga meminta maaf atas apa yang berlaku.

"Relaks, ini masalahnya. Saya sebagai moderator rasa malulah. Yang amat berhormat perdana menteri jemput datang ke rumah nak dengar persoalan.

"Dan kalau saya nak layan satu dewan ini mungkin jadi masalah Datuk Seri.

"Jadi saya bagi pihak penggiat industri seni memohon maaf sangat-sangat, mungkin Datuk Seri kita boleh carry on," katanya.

Najib yang kelihatan tenang kemudian menjawab: OK, carry on.

Mat Over tak kesal tampar kerana mahu ajar Teo hormat PM

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


PETALING JAYA: Walaupun meminta maaf di akhir sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 menampilkan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya semalam, pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over tidak kesal dengan tindakannya menampar penerbit filem dan drama, Datuk David Teo.

"Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini," katanya dipetik Harian Metro, selepas insiden malam tadi yang mengganggu sesi bagi mendapatkan luahan "penggiat seni" di Malaysia.

"Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," katanya.

Sesi tersebut dipengerusikan pelakon Datuk Rosyam Nor.

Bahang mula terasa selepas Teo mempersoalkan Rosyam yang tidak memberikan peluang kepada barisan belakang mengajukan soalan kepada Najib.

Selepas dibenarkan untuk meneruskan soalan, Mat Over tiba-tiba meluru dan menampar Teo. Pergelutan berlaku sehingga pasukan keselamatan meleraikan keadaan.

Insiden itu dirakam secara langsung menerusi Facebook. Najib kemudian dilihat menenangkan keadaan dengan berkata "Relaks, relaks."

Teo, penerbit lebih 100 filem tempatan di bawah syarikat Metrowealth Pictures, dipetik Harian Metro sebagai berkata beliau tidak mengenali Mat Over dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

"Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada perdana menteri.

"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya."

Ali Tinju dakwa David Teo mungkin dihantar pembangkang

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh Anne Muhammad

Bekas tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendakwa pembangkang mungkin di sebalik kehadiran pengarah filem David Teo malam tadi bagi membuat kacau pada sesi dialog Transformasi Negara (TN50) yang diadakan di Seri Perdana.

"Saya lihat isu malam tadi, saya nak pertikaikan kehadiran David Teo seolah-olah pemimpin tak bertanggungjawab, DAP yang cuba bayar David Teo buat kacau dalam program yang amat baik.

"Kalau orang berakal tak buat cara malam tadi tapi dia nak jadi hero, kalau dia profesional dia angkat tangan (untuk tanya soalan).

"Saya minta supaya polis segera siasat David Teo yang mungkin upahan pembangkang mungkin upahan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, mungkin Tun (Dr) Mahathir (Mohamad)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju hari ini.

Ali tinju turut mendakwa bahawa Teo adalah tali barut DAP dan beliau bertanggungjawab dengan kenyataan itu.

"Jika David tidak berpuas hati dengan kenyataan Ali Tinju, saya minta dia bawa ke mahkamah untuk kita teruskan pengadilan di mahkamah dan saya sedia untuk dibawa ke mahkamah," katanya.

Pada kejadian malam semalam, pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau nama popularnya, Mat Over menampar Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sulaiman yang tidak kesal dengan tindakannya melempang Teo berkata ia adalah cara untuk mengajar pengarah itu 'cara beradab'.

Dia turut mendakwa bahawa sikap Teo itu tidak menghormati perdana menteri dan pelakon Datuk Rosyam Nor selaku moderator di sesi dialog Transformasi Negara (TN50).

Ali Tinju yang hadir bersama peguamnya Mohammad Yahya Zakaria turut membuat laporan polis terhadap Teo serta meminta siasatan segera dibuat ke atasnya.

Dia turut menggesa pihak berkuasa untuk mengharamkan filem arahan dan terbitan Teo daripada disiarkan di televisyen sebagai memberi pengajaran kepadannya.

"Saya minta pihak berkuasa untuk mengharamkan filem yang dibuat David untuk ditayang di TV.

"Kita minta rakyat supaya bersetuju David dikenakan tindakan supaya beliau berubah dan bertaubat dan tidak membuat satu perkara yang meyinggung perasaan orang lain,"

katanya yang turut menyokong tindakan Sulaiman.

Malah kata Ali, beliau akan bertemu dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi menghantar memorandum supaya gelaran 'mejar kerhormat' yang disandang oleh Teo ditarik serta merta.

"Saya minta Datuk Hisham untuk adakan mesyuarat tergempar supaya menarik serta merta gelaran mejar kerhormat yang disandang oleh David," katanya.-Mkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Thu May 18, 2017 7:40 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Omak kau menjadil titik dan simbolik Penghijrah ahli dan pimpinan PKR kepada PAS

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Ambe hanya dengar khabar ni jauh-jauh. Sejauh mana kebenarannya tak tahu lah. Tapi ada isyarat parah sedang melanda PKR. Ke kanan salah ke kiri lagi salah. Serba serbi tidak kena. Nak marah kan PAS diarahnya semua ahlinya yang pegang jawatan dalam kerajaan kelantan letak jawatan. Bodoh pian apa...

Omak kau orang kuat Tan Sri Khalid Ibrahim semasa dalam PKR sehingga sekarang. Ambe tidak mengenali sangat dia kerana Omak ni seorang perempuan. Tapi dia hebat dan setia kepada bossnya.

Bosnya hilang jawatan, dia turut hilang jawatan, bosnya diserang dia tidak lari lintang pukang, bahkan dia membela dengan seluruh kekuatan yang dia ada.

Ruginya PKR buat musuh dengan TSKI dan OK. Mereka pejuang sejati yang berintergriti. TSKI dianiaya kerana tidak mahu ikut telunjuk pemimpin PKR yang ingin merompak harta kekayaan rakyat Selangor.

TSKI hilang jawatan Menteri Besar kerana tidak mahu melihat duit rakyat Selangor digunakan untuk Piliharaya Negeri Sarawak bagi memenangkan DAP dan PKR. Ini hakikatnya.

Bila TSKI khabarnya nak bersama PAS selepas dipecat, PAS menolaknya, sedangkan PAS boleh menambah satu Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri. Kenapa?

Ini kerana PAS mengekalkan prinsipnya tidak kianat dan memcuri Wakil Rakyat parti kawan atau lawan. Sebab mereka menang diatas tiket sesuatu parti semasa bertanding dahulu.

Sebaliknya PKR dan DAP selamba mengambil wakil Rakyat dan pemimpin parti kawan. Tengok Datuk Kamarudin Jaafar, Pro. Aziz Bari , Tan Sri Muhd dan ramai lagi. Sampai sekarang TSKI tanpa parti dan hanya mesra dengan PAS.

Berbalik pula kepada Omak Kau atau Hanisya.. bila dia sudah lama meninggalkan PKR bersekali dengan Bos dia yang dipecat, mungkin situasi Omak Kau berbeza dengan TSKI, mungkin dia diterima oleh PAS.

Perkembangan ini satu perkara yang sangat menarik. Mungkinkah Omak Kau menjadi simbolik penghijrahan ahli-ahli PKR ke dalam PAS?....Hanya masa menentukan.

Catatan Noja
Pekan Ajil
18 Mei 2017

Sidang Media PAS Hari ini - 3 Perkara

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Mesyuarat PAS Pusat hari ini dipengerusikan oleh Pemangku Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim. Beliau mengumumkan 3 perkara:

1) Exco PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor selagimana diperkenan oleh Sultan Selangor. Ini adalah selaras dengan Fasal 53 (7) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor
2) PAS akan bertemu SPR atas isu pemberhentian edaran daftar pemilih kepada parti politik dan berlakunya perpindahan pengundi secara besar-besaran.

3) Gagasan Sejahtera akan mengadakan majlis rasmi bagi mengumumkan kemasukan parti baru dalam gabungan ini.

13 wakil rakyat PAS akan letak jawatan jika 3 exco PAS dipaksa berhenti

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Kepemimpinan PAS Selangor membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan campuran diketuai PKR, jika Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali terus memaksa tiga Exco daripada parti itu meletak jawatan.

Kepimpinan parti negeri itu memutuskan bahawa semua 13 wakil rakyat akan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri jika Azmin terus menerima tekanan daripada sekutu pakatan harapan untuk mengasingkan PAS.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang diadakan lewat malam kelmarin, dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Mesyuarat pada Selasa dihadiri oleh semua pemimpin kawasan dan sayap PAS Selangor di mana mereka diberimaklumat terkini oleh Sallehen mengenai krisis politik yang melanda kerajaan negeri, berikutan keputusan Majlis Syura Ulama menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Memetik laporan The Star Online, Sallehen ditugaskan untuk menyampai keputusan itu kepada jawatankuasa pusat parti yang dijangka mengadakan pertemuan hari ini.

Sekiranya keputusan itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dijangka akan menggugat kerajaan negeri itu dengan 29 wakil rakyat pakatan harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN), daripada 56 kerusi keseluruhannya.

Ia bermakna, kerajaan negeri Pakatan Harapan hanya mempunyai 29 wakil rakyat iaitu 14 daripada DAP, 13 (PKR) dan PAN (dua).

Malah, pakatan harapan juga akan mempunyai pembangkang baharu di negeri itu yang terdiri daripada 13 dari PAS, 11 (UMNO) dan dua (Bebas).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 7:40 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Saya Tak Ada Duit Banyak, Saya Tak Tau Nak Beli Hadiah Apa Pada Ustazah," Kisah Hadiah Hari Guru Ini Buat Hati Tersentuh
siakapkeli.my

Seperti kebiasaan pada 16 Mei kita akan menyambut hari guru, dilihat ramai pelajar-pelajar akan memabwa hadiah ke sekolah pada hari berkenaan.

Ada yang memberikan pen, ada set cawan, ada bunga dan pelbagai lagi, tetapi itu bagi pelajar yang keluarganya dari latar belakang yang agak senang.

Bagi yang susah mungkin ada hadiah yang diberikan dan mungkin tidak, tapi itu sudah pasti bukan satu harapan dari seorang guru melainkan anak muridnya nanti besar menjadi insan yang berjaya.

Diceritakan oleh seroang guru bernama Ustazah Jamaliah Amirul, hari guru kali ini merupakan hari guru yang tidak akan dapat di lupakan, kenapa? jom kita baca.

HADIAH HARI GURU YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.

Sekadar berkongsi suka duka hari guru hari ini 16 mei 2017. Al kisah hari ini.

Waktu rehat Kak Lia ke kantin sekolah. Tiba di kantin sekolah Kak Lia di tegur oleh seorg makcik kantin.

Makcik Kantin: ustazah ni yang nama Jamaliah kan.

Kak Lia: ye saya makcik.( dalam hati macam pelik tiba2 di tnya macam tu. Terfikir aganya Kak Lia guru baru di situ mungkin sebab itu dia bertanya).

Macik Kantin: Tadi ada budak tertinggal kertas yang bunkuskan duit syiling. Tapi atas tu di tulis UNTUK USTAZAH JAMALIAH SEDAP NAMA. (mula kak lia ingat makcik ni yg puji nama kak lia sedap. sebab tak faham lagi situasi dan ceritanya). Tapi makcik dah bagi pada sorang ustazah yg lain tadi.

Kak Lia pun cakap ok makcik terima kasih. Kak lia terus pegi ke meja untuk duduk makan bersama guru2 yg lain.

Bila sampai di meja seorang ustazah bagi Kak Lia kertas yg berisi syiling yg di maksudkan oleh makcik kantin tadi. Bila dah tengok baru la Kak Lia faham apa yg makcik kantin sampaikan.

Di atas kertas ada ditulis HUDA BUAT. Bila masuk ke kelas..kak lia terus tanya. Siapa yg buat ni ada tulis nama ustazah tapi dia tercicir di kantin. Huda murid yang pendiam tak cakap apa2. Kak lia tanya....

"Ini huda punya ke?" Huda anggukkan kepala.

"Huda nak bagi pada ustazah ke?" Sekali lagi dia anggukkan kepala.

"Duit syiling ni duit hudakan...huda nak bagi pada ustazah ke macam mana?" Tanya kak lia.

"Itu duit tabung saya. Saya kumpul nak bagi pada ustazah."

Tetiba mata masuk habuk...ya Allah...ustazah tak minta hadiah pun Huda...sini ustazah peluk awak.

"Kenapa awak bagi duit tabung awak?"

"Saya tak ada duit banyak. Saya tak tau nak beli hadiah apa pada ustazah."

Ya Allah dah 10 tahun mengajar ini pertama kali amat tersentuh dengan hadiah hari guru sebegini. Semoga murid ini membesar menjadi anak yg patuh dan taat pada perintah allah. Anak yg sangat solehah kpd ibu bapanya. Aamiin.

- Siakapkeli.my

Guru Meninggal Dunia Selepas Selesai Persembahan Sempena Hari Guru di Sekolah
siakapkeli.my

Foto: NST

Pasir Mas - Suasana sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib Satu di sini bertukar pilu apabila seorang guru, Nai Zura Mahamad, 43, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.

Sinar Online melaporkan, guru Bahasa Melayu itu difahamkan mengalami sesak nafas selepas mengadakan persembahan dikir barat sempena sambutan terbabit.

Menurut salah seorang guru, Othman Mat Zain,52, berkata, arwah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sangat ceria sepanjang sambutan itu.

"Sebaik sahaja selesai mengadakan persembahan, arwah turun dari pentas dan duduk di kerusi kerana mengalami sesak nafas.

"Tiba-tiba arwah rebah dan sempat dipangku oleh guru-guru lain yang ada berdekatan.

"Kami bawa arwah ke bilik rawatan sekolah dan sempat mendapat rawatan daripada penolong pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Tendong," katanya.

Menurutnya, Nai Zura menghembuskan nafasnya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Sumber: Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 7:41 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Letak jawatan exco, letak jawatan adun, mana lebih aula?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Setiap hari pkr melagukan lagu bertajuk "Exco pas wajib letak jawatan". Lagu ini mungkin menang jika dicalunkan dalam anugerah juara lagu, ajl. Mungkin datuk m nasir boleh mencipta lirik dan habsah hasan memberikan senikata.

Tapi bagi penulis, tajuk lagu itu tidaklah lebih aula dari tajuk "adun pencuri kerusi wajib letak jawatan"

Ya, "adun" pan wajib meletak jawatan adun. Kalau ada yang tidak suka kalimah wajib, penulis ubah kepada kalimah wajar.

Exco pas di selangor tidak wajib atau tidak ahrus meletak jawatan hanya kerana desakan lim guan eng atau saifudin nasution. Sebab mereka dilantik mb. Maka mblah yang wajar memecat mereka. Tidak timbul mereka dipaksa meletak jawatan. Kalau azmin akur dengan lim guan eng, azmin boleh melupakan jasa pas mencadangkan beliau menjadi mb, pecat ajalah exco pas itu. Sebab mereka dilantik oleh azmin atas kapasiti mb, bukan timbalan president pkr. Mana ada pemimpin parti boleh melantik anggota "kabinet" negeri. Ini yang tidak cuba dipegang dan tidak cuba diamat-amati, sampai ada yang kelihatan tak cerdik.

"Adun" pan siapa yang lantik? Mb atau siapa? Adun pan di selangor macam khalid samad, hanifa maidin dll itu siapa yang lantik? Azminkah? Tidak! Yang lantik mereka menjadi "adun" ialah penyokong pembangkang. Mereka bertanding di pru13 atas tiket pas, sbg calun pas. Sekarang mereka bukan ahli pas lagi tetapi ahli pan.

Atas dasar maruah, "adun" pan seharusnya lebih aula meletak jawatan, letak jawatan adun. Sebab mereka sendiri memutuskan untuk keluar dari pas. Mereka sendiri memutuskan tidak lagi menjadi ahli pas dengan menubuhkan pan.

Exo pas selangor dilantik oleh mb, maka mereka harus redha jika azmin memecat mereka dari jawatan adun. Jangan kecewa. Jika mereka dipecat azmin dan mereka membuat protes, mereka layak digelar kebuloq jawatan seperti akta mahfuz. Tetapi jika mereka tunggu dan lihat apa tindakan mb azmin, mereka belum boleh mahfuz gelar kebuloq jawatan. Itu harus faham.

Jadi secara maruahnya, yang aula meletak jawatan ialah "adun" pan. Merekalah yang layak mahfuz gelarkan kebuloq jawatan. Bertanding atas tiket pas, dibantu mati-matian oleh jentera pas, kemudian keluar pas dan tanpa malu membawa kerusi pas dan digelar pula adun pan.

Macam pencuri keretalah. Curi kereta orang mengaku kereta sendiri.

Lebai shahil.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Azmin bukan MB lantikan PKR!

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,
Ini satu lagi fakta yang saya nak utarakan ia itu berkaitan Azmin yang dilantik sebagai MB Selangor di mana perlantikannya bukan dicadangkan oleh PKR tetapi oleh PAS.Ada pancai yang cuba memutar belit fakta dengan mengatakan TGHH mencadangkan DSWA bukannya Azmin sebagai MB tetapi apa yang sebenarnya tejadi bukan seperti didakwa pancai tersebut.PKR mahu DSWA menggantikan TSKI bukannya Azmin.

Pergelutan untuk melantik DSWA telah membawa 2 orang ADUN PAS keluar parti dan menyertai PAN dan usaha melantik DSWA gagal sebaliknya Azmin yang namanya dicadangkan oleh PAS dilantik.Perlantikan mudah bagi Azmin yang sepatutnya berterima kasih kepada PAS kerana telah membawa dia menerima rezeki sebagai MB Selangor walaupun pada awalnya dia langsung tidak naik namanya.

PAS pada ketika itu boleh saja menuntut jawatan MB untuk partinya, kerana kedudukan kerusi ketika itu ialah 13-13 tetapi tetap memilih calon dari PKR seperti perlantikan MB pada awalnya.Rekod menunjukan ketika perlantikan MB selepas PRU 13, kedudukan kerusi ialah 14-15, 14 untuk PKR dan 15 untuk PAS, maka kalau ikut logiknya PAS lebih berhak untuk mendapat kerusi MB dari PKR.

Bermakna kalau dulu PAS yang memiliki kerusi MB itu maka sekarang MB Selangor ialah dari PAS bukan Azmin atau PKR.

Pendek cerita, Azmin harus menerima hakikat bahawa di bukan MB dari PKR dan tidak perlu mengikut keputusan PKR dalam menentukan kedudukan exco PAS dalam kerajaan.Bayangkan kalau MB sekarang ialah MB PAS apa akan dilakukanya? Oleh kerana PAS masih belum memutuskan apa yang patut mereka lakukan di Selangor saya juga tak ingat memutuskan apa yang akan PAS lakukan di Selangor, cuma sekadar pertimbangan sebagaimana ditunjukkan oleh kerajaan Kelantan, mandat rakyat untuk penggal ini masih berbaki beberapa ketika lagi maka apa yang ada harus dikekalkan dulu sehingga tempoh kerajaan yang ada tamat yakni apabila dewan dibubarkan untuk PRU 14.

Secara automatiknya, kerajaan akan terbubar dan kerajaan baru selepas PRU 14 akan ditentukan oleh keputusan PRU tersebut dan belum tentu PKR jadi kerajaan lagi serta belum tentu Azmin boleh kekal sebagai MB.

Jadi kenapa mengelabah sampai tak rak sedangkan tempoh kerajaan hanya tinggal sedikit masa lagi.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Hah betul! minta Exco PAS letak jawatan tapi geng dengan MP/ADUN lompat!

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,
LGE kata kalau PAS ada maruah Exco mereka mesti letak jawatan, begitu juga Saifuddin Nasution.Kedua duanya mewakili DAP dan PKR yang bergabung dengan PAN yang pula terdiri dari beberapa orang MP dan ADUN yang lompat macam si katak Berahim Ali.Mereka begitu hebat bercakap pasal maruah dan pasal kebiasaan kepada orang orang yang memutuskan hubungan.Mat Sabu presiden parti lompat pun bercakap dengan nada yang sama.Tapi kenapa mereka semua membisu bila tiba kepada hubungan yang mereka jalin dalam PH menerusi hubungan yang diputuskan oleh MP/ADUN pelompat pelompat parti? Apa pelompat parti sebegini tak perlu letak jawatan untuk menjaga maruah mereka?

Sifirnya mudah kalau PAS kena letak jawatan sebagai exco maka MP/ADUN PAN yang lompat dari PAS juga perlu letak jawatan.Itu baru bermaruah dan baru amalan biasa kepada sesiapa yang memutuskan hubungan.

Dari sudut yang lain, keputusan PRU 13 adalah mandat yang dibeikan rakyat kepada parti yang bertanding di PRU itu.PAN tidak bertanding dan tidak pernah mendapat mandat untuk memerintah serta yang bertanding ketika itu ialah PR dan kemenangan yang dicapai di Kelantan ,Penang dan Selangor adalah kemenangan PR dan mandat yang diperolehi ialah mandat PR.

Miskipun PR sudah tiada, tetapi untuk 3 negari ini, mandat yang diperolehi masih lagi berjalan dan sekiranya mana mana pihak tidak mahu menerima mandat ini, maka DUN perlu dibubarkan dan mandat baru mesti diperolehi menerusi pilihanraya baru.Tetapi hal ini tidak berlaku di Penang, DAP bertindak seolah olah mandat itu milik mereka sepenuhnya, mereka menyingkirkan PAS dan menggantikannya dengan parti lompat tikam PAN tanpa mandat yang sah.Inikah yang dikatakan kerajaan bermaruah oleh LGE?

Begitu jugalah di Selangor kalau nak PAS tinggalkan kerajaan, PKR dan DAP tiada pilihan selain bubarkan DUN dan pilihanraya baru perlu diadakan dan mandat baru perlu diperolehi.Itu baru bermaruah!

Tapi ini tak,melaung laung minta PAS letak jawatan Exco tapi dengan selamba bergabung dengan parti lompat tikam, mana maruahnya?

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Wakil rakyat melompat wajar letak jawatan

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"

Mencuri adalah perbuatan yang mendatangkan dosa. Mencuri adalah perbuatan yang tidak bermaruah. Itulah yang ditetapkan islam. Mencuri ialah mengambil harta orang tanpa kebenaran.

Seingat penulis, dua adun pas telah melompat ke pkr. Mereka ialah saifudin nasution dan kamarudin jaafar. Yang lain penulis tak ingatlah. Bukan kerja penulis nak mengingat mereka, banyak kerj a lain lagi.

Kalau "adun" pan keluar pas kemudian menubuhkan parti sendiri, pan, saifudin dan kamarudin, keluar pas masuk pkr. Saifudin dan kamarudin sekarang mendakwa mereka mp pkr. Dalam apa juga hal wakil rakyat, mereka akan disebut wakil rakyat pkr.

Kalau exco pas selangor, mereka tetap ahli pas dan adun pas. Mereka tidak melompat parti atau keluar parti. Jawatan exco mereka dilantik mb maka mb yang wajar memecat mereka, bukan ahli atau pemimpin pkr, apa lagi yang sering menyuruh mereka letak jawatan, saifudin dan lim guan eng.

Kalau keluar parti kemudian menubuhkan parti baru secara maruahnya wajar letak jawatan adun atau mp, yang melompat parti juga demikian. Mereka wajar meletak jawatan juga. Mereka tidak boleh lagi menjawat jawatan adun atau mp sebab mereka khianat kepada mandat rakyat. Saifudin dan kamarudin menang atas tiket pas. Mereka dipilih atas tiket pas. Maka mereka menang. Sekarang pas dan pkr putus tahalluf dengan pkr, maka jika saifudin bertanding di macang, harus dia "makan tanah".

Oh ya, mungkin saifudin dan kamarudin akan berkata, mereka dipilih oleh rakyat maka mereka tidak wajar letak jawatan. Tapi jangan lupa, seperti telah penulis tulis di atas, rakyat majority memilih kamu berdua atas tiket pas, bukan tiket pkr. Dan kamu berdua boleh mempertahankan jawatan kamu dalam pru14 akan datang di sana atas tiket pkr pula.

Jadi wajarlah saifudin dan kamarudin dan yang lain, yang melompat parti, juga asal dari amno, untuk meletak jawatan. Lebih aula dari exco pas selangor.

Kalau tak letak, mahfuz boleh gelar mereka "kebuloq sayang jawatan"

Wassalam

Lebai shahil.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

PKR keluarkan 2 'kenyataan media' semalam semasa mesyuarat Biro Politik

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Kenyataan Media yg pertama dikeluarkan untuk test market penerimaan masyarakat tentang hasil mesyuarat Biropol. Kemudian disebarkan melalui whatsapp, mesegger, telegram dan media sosial yg lain oleh team cybertrooper PKR sendiri. Lebih dikenali dgn maksud ( SERANGAN SARAF ). Tujuanya untuk dptkan input dan momentum serta melakukan damage pada PAS. Kaedah ini memang biasa diguna pakai oleh PKR sejak dulu lagi.

Kenyataan Media yg kedua pula dikeluarkan untuk 'cover' balik kenyataan media yg pertama dengan gaya bahasa yang lebih harmoni, lebih lembut, lebih nampak polos dan disenangi tetapi dalam maksud yang TERSIRAT.

Hakikatnya kedua- dua "kenyataan media" tersebut mempunyai maksud yg sama cuma dizahirkan dalam bentuk tersurat dan tersirat.

Dibawah ni BUKTI.
Mereka yg buat. Mereka yg sebarkan. Mereka juga nafikan. Kemudian mereka keluar kenyataan baru. Korang yg kena tipu.😂

Ceh wah! PKR nak jadi penentu pulak!

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

"

Assalamualaikum. Mula mula PKR berlagak bijak, mengarahkan semua lantikan politik di Kelantan meletakkan jawatan dan kemudian menegaskan akan menentukan nasib PAS di Selangor dengan MB Azmin, licik sungguh permainan PKR tanpa perlu mengambil kira kedudukan mandat rakyat dan tempoh pemerentahan yang perlu dihabiskan.Mana maruah dan mana Islamiknya tindakan licik sebegini?

PKR juga sudah lupa prestasi mereka ketika PRU 13 yang membawa kerusi MB dimiliki mereka.Dengan hanya 14 kerusi yang dimenangi berbanding 15 kerusi yang dimenangi PAS, PKR diberi laluan untuk menerajui Selangor dengan kedudukan TSKI dikekalkan sebagai MB.Itu awalnya yang membolehkan PKR mendapat kerusi MB.Apakah PKR minta kita semua lupa sejarah ini?

PKR yang cuba melupakan sejarah ini dan bertindak seperti kaduk naik junjung apabila memulakan Kajang Move seolah olah kerajaan Selangor milik mereka, mereka mahu menjatuhkan TSKI sehingga sanggup memecat TSKI dari PKR dan menyebabkan TSKI hilang majoriti dan meletakkan jawatan.PKR lalu mencadangkan DSWA sebagai MB tetapi tidak mendapat perkenan Sultan serta PAS lalu Sultan meminta cadangan nama nama lain yang membawa nama Azmin dicadangkan oleh PAS dan diterima Sultan.PKR juga mahu melupakan sejarah ini.

Sebaliknya PKR mahu Azmin bertindak seperti diarahkan mereka, sekali lagi dengan anggapan Selangor itu milik mereka.PKR mahu melupakan sejarah bahawa kerajaan yang dimenangi itu dengan mandat PR dan tempoh pemerentahannya belum tamat.Oleh kerana kerajaan Kelantan tidak mahu menyingkirkan mana mana ahli PKR yang dilantik ke dalam sistem pentadbiran negari kerana menghormati mandat yang diterima sebagai mandat PR yang belum tamat tempohnya, maka PKR mengambil keputusan untuk mengarahkan ahli ahli yang dilantik meletakkan jawatan.

Langkah ini akan dianggap sejajar dengan tindakan untuk menyingkirkan PAS di Selangor nanti.Dan sejajar dengan tindakan DAP di Penang yang telah menyingkirkan PAS dari kerajaan negeri.

Bermaruahkah tindakan ini?

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 7:42 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Nak Kecik ke Nak Besaq Kak' - Video Tengku Puan Pahang Bersembang Dengan Tauke Durian Viral
siakapkeli.my

Pahang - Reaksi bersahaja Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berborak dengan seorang peniaga durian yang dipercayai tidak mengenali Tengku Puan Pahang itu menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu sempat menikmati raja buah dari gerai durian tepi jalan itu.

Gaya bersahaja Tengku Puan Pahang itu mendapat pujian dari netizen.

"Alhamdulillah..... rakyat pahang terlalu beruntung kerana memiliki kerabat diraja yang berjiwa rakyat.... Tengku Puan Pahang seorang yg prihatin. Sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Syukur Alhamdulillah" tulis Emmanuel Noah.

Malah, pengguna Facebook Encik Rusydi sempat berkongsi betapa merendah dirinya Tengku Puan Pahang dengan berkata: "Pernah bertugas sbg petugas bantuan banjir 2014 di kuantan dlu Tengku Puan Pahang dtg pki slua track,tshirt je..tudung belit2 mcm g psr mlm rmi org x prasan..tetibe die dtg terus ke tmpt memasak dan tlg msk mkanan utk mgsa banjir..last2 de sorg akak tegur br sume mengelupur pegi salam..sgt2 humble org nye ramah,mskan die pn org kate sedap...semoga Tengku Puan Pahang sekeluarga Kerabat di beri kn kesihatan yg baik."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Thu May 18, 2017 7:43 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pekerja Mahu Ganti Mesin ATM Rosak Dicekup Selepas Disangka Perompak
siakapkeli.my

SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang dilihat menolak keluar mesin juruwang automatik (ATM) disangka perompak telah ditahan di Jalan Kampung Baru, di sini, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Orang ramai yang melihat 'kegiatan' lelaki itu menolak dua mesin ATM membuatkan mereka curiga ianya aktiviti rompakan dan terus menghubungi pihak polis.

Namun telahan mereka meleset, rupanya kedua-dua lelaki berkenaan adalah pekerja yang sedang menukar mesin ATM lama kepada mesin ATM baru di bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisoner Md Zukir Md Isa menafikan maklumat yang tersebar mengenai rompakan atau samun di premis berkenaan.

Menurut beliau, selepas menerima laporan dua buah kereta peronda polis telah dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah lori dilihat diletakkan di hadapan pintu bank dengan dua lelaki berada di dalam premis bersama dua mesin ATM.

"Hasil pemeriksaan kedua-dua lelaki itu mendakwa membuat kerja menukar mesin ATM di bank terbabit dan mereka turut menunjukkan dokumen dari bank sebagai bukti.

"Disebabkan kejadian awal pagi, polis tidak dapat membuat semakan dengan pihak bank dan kedua-dua lelaki itu ditahan untuk semakan lanjut," katanya.

Md Zukir menyesahkan kedua lelaki ini memang sedang melakukan kerja menukar mesin ATM di premis itu selepas berjaya menghubungi pihak bank terlibat kira-kira jam 9 pagi dan jadual sebenar untuk menukar mesin berkenaan juga adalah jam 9 pagi.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian dibebaskan susulan pengesahan itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 7:43 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kritikan Anda Tidak Melemahkan Semangat Saya - Dr Kamarul Azman Yusoff

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Bertalu-talu nampaknya serangan yang dibuat terhadap diri saya ekoran laporan polis yang saya buat terhadap Hannah Yeoh. Bermacam-macam kata nesta yang keluar khususnya daripada mulut pemimpin dan penyokong DAP dan AMANAH, termasuk juga PKR, terhadap saya.

Apa yang tidak keluar dari mulut mereka hari ini? Bodoh, bongok, bangang, dungu, kangkung, paranoid, pathetic, hampir semua kata-kata buruk yang biasa digunakan dihamburkan kepada saya. Sungguh pelik saya begitu bersungguhnya mereka, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, hingga sanggup menghina saudara sendiri semata-mata kerana mahu membela Hannah Yeoh.

Banyak daripada komen negatif yang diberikan, termasuk oleh beberapa orang peguam yang agak terkenal, antaranya daripada AMANAH, berkisar di sebalik dakwaan bahawa tidak munasabah untuk dibayangkan bahawa buku Hannah Yeoh boleh mendorong pembacanya menganut agama Kristian atau cenderung kepada agama Kristian, yang disertakan dengan hinaan mengenai lemahnya tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia.

Hujjah ini jugalah yang digunakan oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, yang menyebut secara spesifik kononnya dakwaan saya bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia pelbagai agama, tetapi juga menunjukkan tahap kualiti ahli akademik di negara ini. Kata beliau, seperti kata yang lain, "Umat Islam, Hindu, Buddha dan bukan Kristian lain di negara ini tidak akan memeluk agama Kristian dengan hanya membaca buku Hannah".

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula dilaporkan membela Hannah Yeoh dengan bertanya, "Sejak bila bukan Islam tidak dibenarkan bercakap tentang agamanya sendiri?" Begitu juga Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub, yang mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita.

Bagi saya, semua hujah yang diberikan ini melambangkan kebodohan penuturnya, baik Lim Lip Eng, Lim Guan Eng, Salahudin Ayub atau siapa saja yang berpandangan sama.

Selaku ahli politik atau selaku peguam, takkanlah mereka tidak tahu bahawa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa "Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam"?

Sebab itulah maka Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam diwujudkan di peringkat negeri di mana salah satu daripada seksyen kecilnya memperuntukkan bahawa "Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu".

Jelas diperuntukkan di dalam satu seksyen kecil lain (4) bahawa "Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya".

Maksudnya adalah, sama ada orang beragama Islam yang dipujuk, dipengaruhi atau dihasut "supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu" benar-benar menjadi penganut atau anggota agama itu atau benar-benar cenderung kepada agama itu adalah tidak berbangkit.

Bila anda atau rakan anda didapati memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu, maka ia adalah tetap satu kesalahan walaupun usaha anda atau rakan anda itu menemui kegagalan.

Jika anda benar-benar mengakui kedaulatan undang-undang, anda cabar sajalah enakmen ini di mahkamah jika anda tidak berpuas hati dengannya. Usahlah jadi bangang dengan mengaitkannya dengan kelemahan tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia pula.

Dr Kamarul Yusoff

Selepas Buku 'Becoming Hannah', Pas Dedahkan Pula Buku Tulisan Ian Buchanan Yang Nama Hannah Yeoh Dan Lim Guan Eng Diperkatakan Di Dalamnya Untuk Kristiankan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Fellow Institut Kajian Strategi Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, tentang hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di negara ini. Pendedahan yang bertujuan mendedahkan hipokrasi DAP dalam mengamalkan politik sekular, telah diheret oleh media massa untuk melihat hubungan DAP dengan gerakan Kristianisasi.

Secara umumnya, maklumbalas yang diberikan oleh pimpinan DAP khususnya Hannah Yeoh terhadap isu yang digembar-gemburkan oleh media, ialah dengan cuba menafikan keterlibatan DAP dengan gerakan Kristianisasi di Malaysia.
Berkaitan dengan isu ini, PPP melihat DAP tiada kesungguhan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut. Dengan sikap berlepas tangan pimpinan-pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu ini hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup. Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP, bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar. Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dari kalangan pengundi-pengundi Islam, malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua.

DAP sepatutnya membersihkan nama mereka lebih awal lagi terutamanya selepas penerbitan sebuah buku bertajuk "Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia" pada awal tahun 2015. Buku ini ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand, Iain Buchanan, yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World. Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk "The Armies of God: A Study in Militant Christianity". Di dalam kedua-dua buah buku ini, penulis cuba menggambarkan kewujudan gerakan Kristianisasi global yang melampau, digunakan oleh kuasa Imperialisme untuk mendominasikan politik dunia termasuk di negara-negara umat Islam seperti Malaysia.

Penulis telah memuatkan dalam kedua-dua buku ini bukti-bukti yang sarat tentang teori yang cuba beliau ketengahkan, iaitu wujud gerakan Kristianisasi melampau yang dipelopori oleh Imperialis, bukan sekadar penyebaran agama Kristian yang biasa seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang lain. Berdasarkan pengamatan PPP, gerakan Kristianisasi melampau ini seperti yang difahami daripada tulisan Buchanan telah disekat di beberapa negara umat Kristian sendiri seperti Russia yang kuat berpegang kepada Ortodoks. Terdapat juga beberapa negara yang telah menghalang penyebaran gerakan seumpama ini, demi untuk menghalang campurtangan kuasa Imperialisme di negara-negara tersebut.

Sehubungan dengan itu, PPP mendesak supaya DAP menjawab buku Buchanan yang bertajuk "Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia" kerana di dalam buku tersebut secara jelas menyebut keterlibatan pimpinan-pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dan lain-lain. Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil "Dominionism: Lesson from Penang", penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.

Buku yang ditulis oleh Buchanan ini, sekiranya apa yang didakwanya benar, ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara. Penulis menyebut pada mukasurat 7 bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism. PPP juga mengambil perhatian bahawa penulis pernah membentang kajiannya berkaitan dengan gerakan Kristianisasi melampau ini dalam satu persidangan di Malaysia, yang dirasmikan ketika itu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Melihat kepada kesan besar gerakan Kristianisasi melampau yang didedahkan oleh penulis ini, PPP sekali lagi mendesak supaya DAP memberi jawapan terhadap pendedahan buku tersebut yang telah berlegar di dunia maya sejak 2015 lagi.

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
Pegarah Pusat Penyelidikan PAS

16 Mei 2017
20 Sha`ban 1438

Kini Dr Kamarul Zaman Yusuff pula buat laporan polis keatas Hannah Yeoh

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pada 17 Mei 2017, jam 6 pagi, saya berada di rumah, sambil membaca buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk "Becoming Hannah".
Buku ini dicetak oleh Vinlin Press dan diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre .

Saya membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku dan kerana saya tahu penulisnya ialah seorang ahli politik yang menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang politik, iaitu bidang kajian saya.

Bagaimanapun, saya terkejut bila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible, kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian.

Saya berpendapat bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian.

Apa yang ditonjolkan di dalam buku ini adalah penganut agama Kristian adalah insan yang beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil.

Diceritakan betapa Hannah Yeoh sering menerima "prophecy" (pengetahuan mengenai masa depan) tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah ("I would someday work among statesmen and rulers", muka surat 109).

Anak Tuhan

Diceritakan juga betapa Tuhan Hannah Yeoh sering mendatangkan keajaiban dengan memberi bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat memerlukan.

Ini antara lainnya terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat 50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau ("the desires of my heart") dan di dalam memenuhi hasrat material beliau ("the material desires I had"), termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109).

Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh.

Sedangkan pada masa lain beliau selitkan pula catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan ("His beloved Child" dan "Child of God", muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan ("the Son of God" dan "God", muka surat 102).

Hannah Yeoh memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi "Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini" ("If you are not a Christian and are reading this book", muka surat 14).

Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut ("as "ambassador of God" and to make disciples of others", muka surat 7).

Hakikat bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam.

Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini "boleh dibeli secara atas talian di www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times".

Berdiayah di gereja-gereja

Oleh itu, Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut "Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu".

Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Ini kerana terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah Yeoh ini mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Apatah lagi bila Hannah Yeoh sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau ("my political office") untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda ("to preach at churches, to world leaders and to young people", muka surat 108).

Begitu juga seruan Hannah Yeoh agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia ("God wants to reclaim politics and public service in Malaysia", muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam ("aims to bring Christian faith and service to the public sphere").

Di dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.

Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.

Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau di bawah Enakmen dan Kanun ini dan/atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

----------------------------------------------------------

Dr Kamarul Zaman Yusuff adalah pensyarah di Universiti Utara Malaysia.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, May 16, 2017 11:01 PM
Subject: Fw: Laporan Polis Oleh Hannah Yeoh Terhadap Saya

Laporan Polis Oleh Hannah Yeoh Terhadap Saya

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Saya baru saja dihubungi oleh seorang wartawan Malaysiakini yang memaklumkan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, sedang membuat laporan polis terhadap saya di atas komentar saya bertajuk "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP" pada 10 Mei lalu.

Wartawan Malaysiakini ini meminta pengesahan bahawa saya adalah penulis asal komentar yang mengulas kandungan buku Hannah Yeoh bertajuk "Becoming Hannah" ("Menjadi Hannah") yang diterbitkan semula oleh beberapa pihak lain dan meminta reaksi saya ke atas laporan polis ini.

Di bawah ini adalah reaksi awal saya ke atas laporan polis Hannah Yeoh seperti yang dimaklumkan kepada wartawan Malaysiakini ini:

"Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu."

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan."

"Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik."

FB
Kamarul Yusoff

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 14, 2017 11:50 PM
Subject: Fw: Hasrat DAP Mahu Malaysia Diperintah Ikut Kristian

Buku Speaker DUN Selangor Ceritakan Hasrat DAP Mahu Malaysia Diperintah Ikut Kristian

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dari parti DAP menerusi bukunya 'Becoming Hannah' mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP adalah sebuah parti hipokrit kerana berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian tetapi pada masa sama mendesak agar PAS dan UMNO tidak mencampuri isu politik dengan agama Islam.

"Sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama?

"Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk "Becoming Hannah" ("Menjadi Hannah") adalah salah satu bukti nyata mengenainya," katanya dipetik satu kenyataan.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, DAP mendakwa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan perlu kekal dengan pentadbiran sekular.

Justeru DAP kata Dr Kamarul Zaman, mahu semua pihak yang mencampuri urusan agama dengan politik ditentang secara habis-habisan.

"Didalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

"Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian," katanya.

Dr Kamarul Zaman dalam pada itu turut melampirkan beberapa petikan didalam buku pemimpin DAP itu bahawa parti terajuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu sebenarnya bukanlah pejuang sekular, tetapi penentang agama Islam.

Muka Surat 23

Muka Surat 89

Muka Surat 108

Muka Surat 110

Kenyataan oleh Hannah ini kata Dr Kamarul Zaman, bukti bahawa prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrasi semata-mata.

"Sebaliknya, gambaran yang diberikan melalui buku ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan politik daripada urusan agama ini hanya perlu dibuat jika urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian tidak mengapa," ujarnya.

Tambahnya, buku berkenaan bukan sahaja disokong oleh felo paderi Kristian dalam dan luar negara, tetapi juga ahli parlimen pembangkang dari parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

"Buku bukan sahaja ini diendorse (disokong) oleh Senior Pastor, DUMC, Petaling Jaya, Dr Daniel Ho; Senior Pastor, Skyline SIB, Kota Kinabalu, Dr Philip Lyn, dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, tetapi yang turut diendorse juga oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib," katanya lagi. – MalaysiaDigest

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pokok kontroversi RM180,000 mati, cuaca tidak sesuai

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

KUALA TERENGGANU, 18 Mei — Dulu pokok benang sutera ini mencetus kontroversi apabila harganya didakwa mencecah RM180,000 tetapi kini "ikon" itu sudah mati.Pokok itu, nama sainsnya Ceiba chodatii, ditanam di Kuala Nerus oleh kontraktor pada Januari lalu tetapi tidak dapat menahan masalah cuaca.

Seorang exco Terengganu berkata tanah dan baja semula jadi juga menjejaskan kesuburan pokok itu, lapor Harian Metro.
"Apa boleh dibuat jika pokok itu mati. Kami (kerajaan negeri) tidak akan ganti kerana kerajaan negeri tidak mengeluarkan belanja membeli pokok itu.

"Sebaliknya ia disumbangkan oleh pemaju Bandar Baharu Kuala Nerus," kata exco infrastruktur, kemudahan awam, tenaga dan teknologi hijau Ir Rosli Othman.

"Memang sayang apabila pokok unik itu mati, tetapi ia tidak dapat dielakkan atas faktor terbabit. Walaupun cuaca di Brazil dan Malaysia panas, perbezaan tetap ada sehingga menyebabkan pokok itu tidak sesuai untuk hidup subur."

Beliau mahu orang ramai, termasuk pembangkang, supaya tidak mensensasikan perkara itu kerana pemaju tidak menyangka pokok import itu tidak tahan di situ.

Januari lalu, pokok tersebut menjadi buah mulut ramai di media sosial apabila ia didakwa terlalu mahal dan menggunakan wang kerajaan.

Harga yang disebut-sebut dalam media RM180,000 sebatang tetapi tiada pihak mengesahkan angka ini. Desas-desus menyatakan dua pokok tersebut ditanam.

Namun, Mac lalu, Rosli menjelaskan hanya sebatang ditanam oleh syarikat swasta dan ia bukan ikon bandar baru itu tetapi sekadar hiasan lanskap.

"Saya juga nafikan terdapat dua pokok gergasi itu di Kuala Nerus, sebaliknya yang ada hanya sepokok sahaja," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Rosli berkata penyelenggaraan pokok itu juga tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya diuruskan oleh kontraktor secara percuma.

- themalaymailonline.com

Pokok Hiasan Bernilai RM180,000 Di Kuala Terengganu Dilaporkan Sudah Mati
siakapkeli.my

Sebatang pokok benang sutera bernilai RM180,00 yang dibeli daripada Brazil baru-baru ini untuk ditempatkan di Bandar Baru Kuala Nerus di Terengganu dilaporkan telah mati, lapor Berita Harian.

Memetik laporan berita dari akhbar tersebut, pokok yang nama saintifiknya Ceiba Chodatii mati kerana faktor cuaca, tanah dan baja.

"Amat sayang sekali kerana pokok berkenaan sudah mati, ianya tidak dapat dielakkan kerana faktor cuaca."

"Walaupun cuaca di Brazil dan Malaysia adalah panas, namun ada beberapa perbezaan ketara untuk pokok berkenaan ditanam di sini," jelas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur; Kemudahan Awam;. Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Hijau Rosli Othman kepada akhbar itu.

Beliau juga memberitahu terdapat rancangan untuk menggantikan pokok berkenaan.

Beberapa bulan lalu, pembelian pokok berkenaan menjadi kontroversi selepas pembangkang telah mempersoalkan perbelanjaan untuk mendapatkan pokok berkenaan daripada Brazil.

Bagaimanapun pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah tampil menjelaskan bahawa pokok berkenaan dibeli adalah tidak datang daripada peruntukan awam.

Pengarah JKR Terengganu Ab Hamid Md Daud berkata pembelian pokok-pokok telah ditanggung oleh kontraktor utama projek ini dan tidak termasuk dalam skop projek. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mengapa marah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Rasulullah SAW pesan umatnya jangan marah. jangan marah. jangan marah.Akan tetapi hari ini presiden Pas,Datuk Seri Haji Hadi Awang yang buat baik dengan umno dimarahi.dicaci dan dihina.

>Bukan setakat dimarahi dan diserang dengan pelbagai tentuk serangan, malah ada yang sumpah seranah dan maki hamun dan ada yang kata itu dan ini dengan pelbagai gelaran huduh dan buruk. Nak sebut malu.

Walaupun Rasulullah saw berpesan sebanyak tiga kali agar jangan marah, bukan bermakna tidak boleh marah langsung.Boleh marah, tapi kena pada tempatnya, Wajib marah dengan orang buat jahat.

Marah dalam hati dengan orang orang yang buat jahat, tanda aras bahawa kita masih ada iman setebal selaput bawang. Maka marah kadang kadang kala jatuh wajib, haram dan harus.

Tidak marah langsung dengan orang orang yang jahat, bermakna kita redha dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Ada pula yang kata, kita tidak marah dengan mereka yang melakukan kejahatan. Macam macam pandapar yang telah sedang dan boleh kita dengar menerusi media maya.

Oleh itu, wajib marah agar mereka sedar dengan kelakuan buruk yang boleh menjejaskan sebuah parti dan kerajaan yang di terajui mereka.

Maka, marah ahli akar umbi terhadap presiden pas memang ada asas iaitu tidak boleh berbaik dengan pemimpin yang mungkar dan zalim.

Sesetengah ahli akar umbi mengatakan apa yang dilakukan prisedien Pas itu jelas bercanggah dengan pesan Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika menjawat jawatan musyidul Am pas.

Mengapa tidak? Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan jangan sekali kali percaya dengan umno. memang pun para pemimpin umno tidak boleh dipercayai kerana mereka bercakap tak serupa bikin.mereka kadang kadang berdusta, sedangkan berdusta itu amat dibenci oleh Rasulullah SAW.

Lihat Hadis diriwayat dari sayidatina Aishah yang bermaksud: tidak ada peribadi yang paling dibenci oleh Rasulullah SAW selain dari berdusta.

Bukan setakat berdusta, malah, mereka gembira dengan murka dan kebencian Allah. Ingat, jangan sekali kali kita gembira dengan murka dan kebencian Allah.

Akan tetapi jangan lupa dengan kata kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jadi isu di perbincangkan diperingkat pusat dan negari oleh Lujnah penerangan dan lujnah politik, implikasinya.

Apakah kata kata itu? Kata kata itu berbunyi: kalau umno mahu Islam kita bubar Pas.

Rasa rasa , inilah kata kata yang dijadikan pegangan presiden Pas yang sedang melayari bahtera parti Islam se Malaysia itu.Sebab itu adakan silaturrahim dengan Perdana menteri Datuk Seri Mohd najib Razak

Beliau percaya umno parti orang melayu yang beragama Islam mahu kepada Islam. Buktinya, umno menyokong RUU355 yang di bentang oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awng di Parlimen Khamis (5 April 2017).

Atas sebab itulah Haji Hadi dan Mohd Najib ada hubungan jinak menjinak dan berkata,Kuasa politik orang melayu ada pada parti Pas dan umno. Jika mana mana parti nak tadbir Malaysia pilih pas atau umno. Kita terbuka kepada mana mana parti nak bersama dengan pas, syaratnya mahukan Islam.

Dahulu pucuk kepimpinan pas boleh percaya dengan parti DAP butir tahi PAS yang penuh dengan tipu muslihat dan bertahaluf siyasi dan sanggup apa sahaja hatta demi politik untuk tumbangkan Umno/BN tak kan berbaik dengan umno yang mahukan islam tidak boleh.

Waktu bersama sama pakatan rakyat presiden pas boleh berkata, boleh kawan dengan yahudi dan yang tidaknya zionis. Manakala timbalan presiden Mat Sabu tergamak berkata, demi poitik agama boleh berkompromikan (politik menghalalkan cara. Bermakna halal/haram belakang kira.

Sehubungan dengan itu bagaimana pula dengan amanat Haji Hadi yang mengatakan umno kafir. Ramai yang kata kena tarik balik perkataan pas kata umno kafir baru boleh berbaik baik dengan umno.

Pada penulis isu itu tidak timbul, kerana pas tak kata umno kafir. Yang kata umno kafir orang umno sendiri yang rekacipta bahawa pas kata umno kafir sedangkan erti sebenarnya orang umno kata umno kafir bukan pas yang kata umno kafir.

Sila rujuk semula ucapan Haji Abdul Hadi Awang dalam suatu ceramah di kampung Banggol Peradung, Kuala Nerus Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sepatutnya Riza Disiasat Polis Tetapi Dibawa Ke China Pula - Adakah Riza Kebal?

bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Pada 21 Julai 2016, portal Free Malaysia Today melaporkan bahawanya Ketua Polis Negara beri jaminan akan berusaha menjejaki Riza bagi tujuan penyiasatan yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

Status siasatan tentang 1MDB sebenarnya masih mengelirukan rakyat meskipun Najib dilepaskan dari sebarang pendakwaan. Oleh kerana tiada kata muktamad, maka kebanyakkannya beranggapan ia masih dalam siasatan pihak polis.

Oleh kerana itu, adalah menjadi kemusykilan rakyat apabila Riza diperlihatkan mengikuti Najib ke China yang menunjukkan Riza ada membuat 'direct contact' dengan Najib namun PDRM masih lagi belum mampu untuk memanggil Riza bagi membantu siasatan. Sedangkan dalam waktu yang sama menunjukkan Najib dan Riza ada membuat perhubungan.

Selain itu, membawa Riza ke China untuk kali kedua juga menimbulkan persoalan orang ramai. Kenapa Riza, apa peranannya dalam kerajaan, siapa tanggung kos perjalanan Riza dan kenapa dia mesti berada dalam lawatan ke China?

Riza juga dipersoalkan mengikuti rombongan itu dari mana? Adakah bermula dari Malaysia, jika dia berada di Malaysia selama ini apakah sudah dipanggil oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan? Atau sekurang-kurangnya memanggil untuk beri keterangan berkaitan siasatan DOJ ke atas aset-aset yang dimiliki oleh beliau dan kaitannya dengan Jho Low. Rakyat mahu tahu tentang hal ini.

Selain Riza, Ashman juga dibawa oleh Najib dalam rombongan kali kedua ke China.

Sumber - Ashman

Ianya jelas tertera di Instagram Ashman apabila berkongsikan satu gambar ketika beliau memakai tali tag yang tertera 'Belt & Road Forum', yang dianjurkan di Beijing, China pada Mei 2017.

Timbul persoalan tentang peranan Ashman dan Riza di dalam kerajaan Malaysia kerana selain dibawa ke Beijing, kedua-dua mereka juga dilihat hadir dalam program rasmi kerajaan Malaysia di China.

Perkara ini didedahkan oleh Khairuddin Abu Hassan, bekas pemimpin UMNO Batu Kawan yang juga orang kuat Mahathir.

Menurut Khairuddin, Ashman dan Riza tidak sepatutnya berada di dalam taklimat kerajaan dengan kerajaan kerana mereka bukanlah pegawai kerajaan ataupun mewakili kerajaan.

"Anak-anak perdana menteri tidak seharusnya berada dalam mesyuarat atau taklimat di antara kerajaan dengan kerajaan kerana mereka bukan pegawai kerajaan," katanya.

Khairuddin turut mempersoalkan siapakah yang menanggung kos lawatan untuk membawa Riza dan Ashman menyertai rombongan Najib ke China.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/05/sepatutnya-riza-disiasat-polis-tetapi.html#ixzz4hL2dyQuL

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jururawat Diangkat Sebagai Heroin Selepas Berhenti Untuk Selamatkan Mangsa Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan ke Tempat Kerja
siakapkeli.my

Seorang jururawat diangkat sebagai hero apabila dia membawa profesisonnya itu di luar waktu dan kawasannya bekerja.

Jururawat dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis itu dipuji oleh orang ramai kerana melaksanakan tanggungjawabnya merawat seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan.

Kejadian itu dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook, Azizan Ishak, beberapa hari lepas.

Di dalam posting bertajuk "Tabik Kakak Jururawat" itu, Azizan berkata kemalangan tersebut berlaku di jalan Kangar-Alor Setar pada jam 7 pgi.

"Mangsa penunggang motosikal tak sedarkan diri, darah meleleh keluar dari telinga.

"Kami tak tahu nak buat apa, ambulan dan polis 30 minit dihubungi tapi belum muncul," cerita Azizan.

Kata Azizan lagi, jururawat terbabit yang dalam perjalanan ke tempat kerja berhenti di kawasan kejadian dan terus memberi bantuan.

"Sangat professional kerjanya, sambil telefon semula ambulan." kata Azizan.

Menurut Azizan juga, JPAM tiba di tempat kejadian dan mangsa dibawa ke hospital menggunakan kenderaan jabatan itu.

Pengguna Facebook mengucapkan tahniah kepada jururawat terbabit kerana tindakan pantasnya.

Helmi Azhar menulis: "Salute umi nurse Izzaty Razali".

"Tahniah sis.. jutaan terima kasih kepada akak nurse ni. Anda super hero rakyat malaysia. Kami sgt berbangga penjawat awam yg sgt dedikari dan perihatin seperti anda.." tulis Zuffry Daniel pula.

Sumber: FB Azizan Ishak, Siakap Keli Press

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bekas Pengasas PKR Kata PAS lebih gentleman dari PKR

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: PAS disifatkan lebih budiman berbanding PKR kerana tiada desakan agar Penyelia Parlimen dan DUN di Kelantan perlu melepaskan jawatan ekoran hubungan kerjasama politik di antara kedua-dua parti itu kini sudah tamat.

Tambah bekas Pengasas PKR Ng Lum Yong, terbukti PAS lebih berprinsip daripada PKR kerana menganggap bahawa situasi terkini tidak menjejaskan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kesemua Adun yang terlibat.

"Sekarang kenapa perlu desak PAS letak jawatan? Kerana saya nampak sekiranya hubungan ini terputus ini terpulang kepada kerjasama antara YB DUN masing-masing, tidak menjadi masalah.

"Ini yang berlaku di Kelantan. Oleh itu saya nampak PAS lebih 'gentleman' (budiman) daripada PKR. Kerana PAS langsung tidak sebut tentang apa situasi jawatan yang dipegang PKR di sana (Kelantan)," katanya kepada Berita Daily.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution sebelum ini mempersilakan tiga exco PAS yang berada di dalam kerajaan negeri Selangor untuk melepaskan jawatan selepass Muktamar parti itu meluluskan usul 'cerai' dengan PKR.

Selepas Majlis Ulama sebulat suarat memutuskan perkara yang sama, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga dilihat senada dengan Saifuddin.

Kata Rafizi pengekalan Iskandar Abdul Samad, Dr Yunus Khairi dan Zaidi Talib hanya membuktikan PAS bimbang bimbang mengenai kedudukan dan ganjaran semata-mata.

Mengulas lanjut, menurut Ng logiknya selepas perubahan dalam kerjasama polit dalam parti yang mentadbir sesebuah negeri, perlu disusulkan dengan pembubaran Dewan Undangan negeri (DUN).

Namun sebaliknya yang berlaku di Selangor dan isu peletakan jawatan dihangatkan hanya kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir.

"Yang penting kita mesti tengok dari sudut pentadiran negeri Selangor, apa rancangan yang hendak dilaksanakan bukan untuk mainan politik.

"Ikut logik DUN mesti dibubarkan kerana terputusna hubungan bukan lagi satu pakatan mesti adakah pemilihan semula. Sekiranya tidak kenapa mahu bawa isu peletakan jawatan? Kerana pilihan raya sudah dekat," tambah Ng.

Penyelia DUN PKR yang dilantik sebelum ini ialah di DUN Paloh, ADUN Nenggiri dan DUN Kuala Balah.

Manakala bagi parlimen, mereka dilantik di Machang, Ketereh dan Tanah Merah.

PAS tak halang untuk PKR letak jawatan, tapi lebih baik kekal

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PAS tidak menjangkakan Biro Politik PKR membuat keputusan drastik dengan mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan untuk kekal adalah lebih baik, meskipun parti itu tidak menghalang jika mereka mahu melepaskan jawatan masing-masing.

"Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat... itu lagi penting.

"Bagaimanapun, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal (jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik.

"Apa pun, ia terserah kepada mereka dan kita mengalu-alukan apa saja keputusan yang dibuat," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online selepas mesyuarat exco negeri, di Kota Bharu, hari ini.

Menurut Mohd Amar, keputusan itu adalah tindakan drastik pucuk kepemimpinan PKR, memandangkan pihaknya menjangkakan ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.

Beliau yang juga timbalan menteri besar, turut dipetik berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang surat daripada ahli PKR di negeri ini berhubung keputusan berkenaan.

"Bagi kerajaan, apa saja keputusan tidak menjejaskan pentadbiran negeri, cuma mereka akan rugi kerana tidak boleh berkhidmat kepada rakyat.

"Kami harap supaya mereka kekal sekurang-kurangnya hingga hujung tahun atau sehingga pilihan raya umum nanti," katanya.

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini telah membincangkan beberapa perkara berkait keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah dicapai:

1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti.

2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato' Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

16 Mei 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tips Pagar rumah gaya Syeikh Ahmad Sudais

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

IMAM Masjidil Haram, Syeikh Ahmad Sudais memberikan beberapa tips agar rumah yang menjadi tempat Kita bernaung sihat dan terhindar dari Syaitan.

Pertama tiga hari sekali buka pintu dan jendela lalu bacakan surah Al-Baqarah dan surah-surah Ruqyah, insya Allah Anda akan merasakan perbezaan secara pribadi atau keluarga di rumah dari godaan syatan.

Kedua nyalakan dupa dari jintan hitam (habah sauda') di dalam rumah dengan tetap membuka pintu dan jendela (untuk mengusir syaitan dan kuman-kuman) sebagaimana wasiat Nabi Muhammad saw.

Ketiga Jangan menyalakan dupa dari jintan hitam (habah sauda') sedangkan keadaan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup.

Keempat jangan menyimpan barang-barang di bawah katil / di atas almari tapi simpanlah di dalam laci yang tertutup.

Kelima jangan perbanyak cermin dalam rumah tapi jika ada, sebaik-baik tempat menyimpan cermin adalah di pintu masuk.

Keenam tarik nafas panjang-panjang saat bangun tidur dan ucapkan Basmalah saat bangkit dari tidur.

Ketujuh miliki jadual tetap untuk tidur malam.

Kelapan senantiasa rutin membaca surat Al-Mulk sebelum tidur dapat menyelamatkan dari siksa kubur.

[Sumber]

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu May 18, 2017 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ini punca pelajar UiTM dikerah ke Himpunan 71 Tahun Umno
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

SEBELUM ini tersebar segala bukti dan dakwaan bahawa para pelajar UiTM dari pelbagai cawangan di seluruh negara dikerah untuk menyertai Himpunan 71 Tahun Umno yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Punca Umno terpaksa menggunakan budak-budak UiTM bagi meramaikan himpunan mereka adalah kerana program tersebut tidak mendapat sambutan dari kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Walaupun ahli-ahli Umno diumpan dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah bernilai RM1 juta supaya hadir ke perhimpunan tersebut, nampaknya hanya segelintir yang termakan umpan sekaligus berjaya diperbodohkan.

Malah walaupun puluhan ribu pelajar UiTM sudah dikerah ke perhimpunan tersebut, jumlah hadirin yang datang memenuhkan stadium masih sangat-sangat mengecewakan.

Walaupun TV3 melaporkan ratusan ribu hadirin membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, namun itu hanyalah propaganda politik murahan media pengampu.

Hakikat sebenar, menurut Wikipedia, Stadium Nasional Bukit Jalil hanya mampu menempatkan penonton seramai 87,411 orang dalam satu-satu masa.

Namun Himpunan 71 Tahun Umno hanya mengisi tidak sampai separuh kerusi penonton, malah hanya sebahagian kecil kawasan tengah stadium diisi.

Lihat Rakaman video ini yang diambil ketika Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin-pemimpin sedang menyanyikan lagu Umno.

Cuba bayangkan, kalau tiada budak-budak UiTM berapa kerat sangatlah ahli-ahli Umno yang hadir ke stadium Bukit Jalil pada waktu itu?

"Nama himpunan patut ditukar kepada Himpunan pelajar UiTM"

Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/ini-punca-pelajar-uitm-dikerah-ke.html#ixzz4hL28pRxC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: