Wednesday, May 3, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4727[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4727
2
Fw: Rasuah, Kes Samun & Minum Racun by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: DAP bakal hilang kuasa di Selangor by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
7
Fw: Empat Anggota Bomba Nyaris Maut, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
8
9
Fw: AKIBAT MENGHINA ULAMAK by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10
11
15

Messages

Wed May 3, 2017 7:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Kritik Kerajaan Di Laman Sosial Kata Pengarah Pendidikan Kepada Guru.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Bernama

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul minta agar semua golongan pendidik, khususnya guru baharu di negeri ini menanam perasaan kasih dan taat setia kepada kerajaan yang memerintah pada masa kini.

Datuk Maimunah Suhaibul

Beliau berkata sebagai penjawat awam, guru memainkan peranan penting untuk melaksanakan dasar kerajaan selain menyampaikan ilmu untuk memdidik pelajar.
"Kita sebagai guru tidak bebas seperti orang yang tidak terikat dengan kerajaan. Oleh itu, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata atau menulis kenyataan di Facebook atau WhatsApp tentang perkara yang tidak menyebelahi kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Penempatan Guru Baharu Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.
Seramai 547 guru baharu anak tempatan Sabah menerima surat pelantikan pada majlis itu untuk penempatan di sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah.
Maimunah berkata 356 daripada guru berkenaan akan ditempatkan di sekolah rendah, manakala 191 lagi di sekolah menengah.
Penempatan kesemua guru baharu yang berasal dari Sabah itu, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015 yang menetapkan 90 peratus guru di Sabah dan Sarawak diisi oleh anak tempatan.
"Setakat ini, peratusan guru tempatan di sekolah kebangsaan di Sabah adalah 84 peratus, manakala sekolah menengah kebangsaan sebanyak 76 peratus," katanya.
Mengulas lanjut, Maimunah berkata pihaknya berharap kesemua guru baharu itu dapat menerima penempatan sekolah masing-masing dengan perasaan syukur, selain bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.
"Saya juga mengingatkan agar mereka sentiasa mengamalkan Etika Profesion Perguruan dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan serta Perintah Am walau di mana mereka bertugas," tambahnya.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/05/jangan-kritik-kerajaan-di-laman-sosial.html#ixzz4g06RhOdU

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



SPRM Tahan Bekas Pengerusi & Setiausaha Masjid Selepas Disyaki Terima Rasuah RM116,000
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 2 Mei: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) Melaka telah menahan dua lelaki selepas disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik sebuah masjid di Melaka.

Kedua-dua yang ditahan adalah bekas pengerusi dan setiausaha masjid terbabit.

Menurut mStar Online, kedua-dua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes itu kira-kira jam 7 petang tadi.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berusia 61 tahun dan 46 tahun telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2012.

Kata mStar lagi, tanah wakaf milik masjid itu disyakit dijual kepada seorang lelaki bukan Islam tanpa melalui proses yang sah.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah dengan menjual tanah yang diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya direman pada Rabu untuk membantu siasatan kes tersebut.

mStar Online

3 Suspek Kes Samun Ditahan Selepas Dikejar Polis 14 KM
siakapkeli.my

BUKIT MERTAJAM, 2 Mei: Tiga lelaki yang disyaki suspek dalam kes samun di Butterworth ditahan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit kemalangan ketika dikejar oleh polis tengah hari tadi.

Ketiga-tiga suspek diberkas selepas kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di pinggir jalan di Taman Pauh Jaya, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Sumber Berita Harian berkata suspek dikejar oleh polis sejauh 14km dari Butterworth hingga Taman Pauh Jaya selepas gerak geri mencurigakan mereka dikesan.

"Ketika memecut untuk meloloskan diri, kereta yang dinaiki suspek terbabas dan melanggar bahu jalan.

"Polis kemudian terus menahan ketiga-tiga suspek terbabit untuk siasatan lanjut," katanya.

Difahamkan, polis akan mengadakan sidang media mengenai kejadian berkenaan, esok.

Sumber: BH Online

Pelajar Tingkatan 3 Mangsa Buli Dan Dipaksa Minum Racun Serangga Disahkan Meninggal Dunia
siakapkeli.my

SEREMBAN: Pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai telah dipaksa minum racun serangga minggu lalu dilaporkan telah meninggal dunia 8.30 malam tadi di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), lapor Berita Harian.

Mangsa, S Pravin, 15, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTJ selepas dia telah dipaksa oleh sekumpulan pelajar lain meminum racun berkenaan kerana menegur mereka yang sedang menghidu gam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Petang Rabu lalu, kira-kira jam 5.30 petang, mangsa dikatakan dipaksa minum racun oleh sekumpulan remaja selepas Pravin menegur perbuatan mereka yang masih berseragam sekolah menghidu gam.

Suspek yang tidak berpuas hati telah bertindak memegang tangan serta kakinya di Nilai Lama sebelum memasukkan cecair hijau ke dalam mulut remaja itu sehingga mangsa pengsan.

Setengah jam kemudian, setelah tersedar, remaja itu telah memaklumkan kejadian yang menimpanya itu kepada ibunya yang bekerja di sebuah kedai pakaian.

Mangsa telah mengadu yang dia mengalami sakit tekak serta perut pada keesokan hari sebelum dibawa oleh ibunya ke Klinik Kesihatan Nilai sebelum dirujuk ke HTJ untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gara-Gara Cuba 'Suluh' Tangki Minyak Guna Pemetik Api
siakapkeli.my

JAMBYL - KAZAKHSTAN: Seorang lelaki telah memberi 'pengajaran' kepada orang awam kenapa pemetik api sangat dilarang digunakan di stesen minyak atau berhampiran dengan bahan mudah terbakar, lapor Metro UK.

Mana tidaknya, lelaki dewasa berkenaan telah melakukan tindakan yang tidak masuk akal apabila telah menggunakan pemetik api untuk melihat minyak yang diisinya samada ianya sudah penuh atau tidak.

Dalam sebuah video CCTV yang berlegar di media sosial, dia telah menyalakan pemetik api dan cuba 'menyuluh' tangki minyak yang sedang diisinya menyebabkan api telah menyambar minyak di dalam tangki tersebut.

Kerana 'kebijaksanaannya' itu, dua buah kereta orang lain yang berada bersebelahannya turut disambar api dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di bandar Taraz di Jambyl, Kazakhstan.

Bagaimanapun tindakan pantas pekerja stesen minyak tersebut telah berjaya memadam kebakaran berkenaan menggunakan pemadam api. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed May 3, 2017 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pelajar Tahfiz Antara Dua Pelajar Dari Malaysia Muncul Juara Genius Matematik Dunia
siakapkeli.my

KUCHING: Seorang pelajar dari pusat pengajian tahfiz dari Malaysia dan seorang murid sekolah rendah harian dari Sarawak mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia (WMC2017) yang berlangsung di Manila, Filipina baru-baru ini.

Mereka ialah Jad Haris Sabaruddin dan Najmi Asyraf Abdul Halim di mana masing-masing merupakan pelajar tahun enam dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub dan pelajar tahun empat dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan.

Jad Haris telah menjadi juara dengan memenangi pingat emas dalam Level 4 manakala Najmi Asyraf Abdul Halim pula telah memenangi kategori untuk Level 2.

Pertandingan ini terbuka kepada negara-negara yang menggunapakai kaedah pembelajaran Kaedah Matematik Sakamoto dari Jepun di mana satu-satunya Pusat Pembelajaran Sakamoto yang ada di negara ini terletak di bandar raya Kuching.

Dalam pertandingan berkenaan, seramai 25 kanak-kanak dan remaja dari negeri ini telah dipilih mewakili negara dalam pertandingan ini di mana ramai antara mereka turut memperoleh pingat perak dan gangsa.

Mereka yang memenangi perak ialah Airiz Danish (Level 2), Dhania Aniesa Fazzrudin (Level 3), Mia Adriana Muhammad Abu Zaid (Level 3) dan Nasrul Haq Zairon (Level 4).

Manakala pemenang gangsa ialah Aqil Shahiran Mohamad Romi (Level 1), Myra Nisrene Mohd Norazman (Level 1), Muhammad Haris Amzah (Level 1), Faeez Zindanie Mohamad Zakie (Level 1), dan Muhammad Amirul Asyraf Abdullah (Level 1)Akmal Fitri Ahmad (Level 1), Nuha Nashrah Abdul Aziz (Level 1), Irsyad Mahdi Radzali(Level 1), Marcus Jimok Delwish (Level 2), Dhania Farisya Ithnen (Level 2), Ammar Azizi Roslan (Level 2), Ahmad Latifi Sabeli (Level 3)
Muhd Bazil Fudail Sanchez (Level 3), Nur Umairah Shahheerah Abdul Razak (Level 4), dan Zahirul Haq Zairon (Level 5).

Pemenang gangsa lain Nadine Jannah Nawawi (Level 5, Muhd Adam Muhammad Abu Zaid (Level 5) dan Dayang Farah Farzana Abang Idham (Level 5). - Siakapkeli.my

Sumber: sarawakvoice

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



INI BUKTI PAS TIDAK AKAN PERNAH SAMA DENGAN PARTI POLITIK DALAM PAKATAN HARAPAN.
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

DAP bakal hilang kuasa di Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Berita Daily Staff

Jika Lim Guan Eng menyifatkan PAS tersesat jalan, DAP akan turut kehilangan kuasa sebagai sebahagian dari pentadbir kerajaan negeri selangor seandainya berlaku perubahan mengejut terhadap kepimpinan kerajaan negeri

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmat Ishak berkata keputusan yang diambil oleh PAS untuk memutuskan kerjasama dengan PKR bakal mengakibatkan DAP kehilangan kuasanya di Selangor.

Katanya, DAP juga akan terkesan kerana berada di dalam pentadbiran negeri Selangor sekiranya berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Jika Majlis Syura PAS meluluskan keputusan Muktamar yang secara sebulat suara tanpa perbahasan untuk memutuskan perhubungan tahaluf siyasi dengan PKR ini bermakna parti DAP bakal berdepan dengan jalan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor seandainya berlaku pembubaran DUN mahupun perubahan kerajaan negeri.

"Justeru itu kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan Lim Guan Eng bahawa PAS telah "tersesat jalan" dalam tindakan parti berkenaan bakal memakan diri sehingga akibat tindakan sesat jalan berkenaanlah berkemungkinan DAP akan turut kehilangan kuasa sebagai sebahagian dari pentadbir kerajaan negeri selangor seandainya berlaku perubahan mengejut terhadap kepimpinan kerajaan negeri mahupun terpaksa mendapatkan mandat baharu dari rakyat selangor melalui pilihan raya negeri (PRN)," katanya menerusi kenyataan media.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa tindakan mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membuktikan parti itu 'sesat dalam berpolitik' selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Jelas Rahmat lagi, tidak dapat dinafikan bahawa Selangor yang kini dipimpin oleh PKR dan DAP bergantung dengan PAS yang menyumbangkan 13 kerusi DUN.

"Talian hayat" pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR pada ketika ini adalah bergantung kepada parti PAS yang pada prinsip rasionalnya sudah tidak mempunyai sebarang hubungan politik malah dari sudut teori kerajaan Pakatan Harapan Selongor secara tidak rasminya sedang dan bakal menghadapi defisit kehilangan 13 kerusi DUN," ujarnnya.

Rahmat dalam pada itu yakin PAS tidak akan mengubah keputusan yang telah di ambil pada muktamar baru-baru ini yang pada akhirnya akan turut menjejaskan DAP.

"Pihak kami percaya bahawa kepimpinan parti PAS akan berpegang kepada agenda islam serta maruah parti sebagai keutamaan dan bukannya mempertahankan soal kuasa politik yang dibina bersama "rakan kongsi lama" termasuk DAP apabila tahaluf siyasi tidak lagi berperanan serta berkesan," tambahnya.

4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru di Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

SHAH ALAM, 30 April: Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu depan bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, hasil perbincangan akan diumumkan kelak memandangkan secara teknikal, jika Pas betul-betul keluar daripada Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat bakal hilang kuasa kerana kerajaan Selangor tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk rekod Nizar Jamaluddin Bekas Menteri Besar Perak dan kerajaan pakatan Perak hanya bertahan hampir 13 bulan selepas itu tumbang.

Menurut sumber yang rapat dengan Menteri Besar itu, Azmin kini semakin resah berhadapan krisis kepimpinan Selangor sekarang bagi mengelakkannya sebagai ketua kerajaan negeri paling singkat memegang kuasa berbanding Nizar Jamaluddin di Perak. 'Perang' antara Pas, PAN, PKR, dan DAP kerana jika gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang
Azmin turut berhadapan dengan tekanan dalam PKR antara Kem Presiden dan Timbalan Presiden. Isu rasuah dikalangan Kem Timbalan Presiden PKR seperti Zuraida, Adam Rosly, Hilman Pegawai Azmin yang terus diganyang oleh Rafizi Ramli Naib Presiden PKR selain berkonflik dengan 'lebai' PAS.

Sumber juga mendedahkan terdapat 4 orang ADUN PKR telah mengadap Tuanku Sultan Selangor berhubung hasrat mereka beralih arah untuk menyokong kerajaan majoriti yang baru. Dijangka beberapa orang lagi akan berbuat demikian. Walaupun ada desas-desus berkata Azmin dan PKR cuba membeli beberapa orang pemimpin PAS Selangor untuk melompat ke Parti Amanah Negara (PAN).

Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor. Azmin goyang.
Azmin tiada pilihan selain perlu bertindak segera sebelum kehilangan jawatan Menteri Besar. Berunding atau membubarkan DUN Selangor lebih awal.

Idea pembubaran DUN Selangor lebih awal bukan baru malah sebelum PRU13 Kerajaan Selangor kerajaan dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pernah ada cadangan untuk pilihanraya awal negeri.

Menurut sumber jika kemelut berlarutan Azmin hampir pasti mengambil langkah bubar DUN dalam tempoh terdekat atau bakal hilang segalanya. Kebimbangan Azmin ialah jika Tuanku Sultan Selangor tidak mahu membubarkan sidang Dun Selangor sebagaimana yang berlaku di negeri Perak.

Menurut sumber 4 ADUN PKR yang lompat parti amat yakin kerajaan campuran baru akan terbentuk selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

Krisis MB Selangor Berulang?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Krisis MB Selangor Berulang? Hasrat Pas untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dipercayai akan menyebabkan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor dua tahun lalu bakal berulang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sekiranya berlaku krisis dalam Kerajaan Selangor, ia sememangnya dijangka kerana antara parti komponen dalam Pakatan Harapan masih membawa hala tuju masing-masing.

Krisis MB Selangor Berulang? "Pakatan Harapan mampu terajui kepimpinan Kerajaan Selangor tetapi tidak mampu berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 23 September 2014.

Abdul Khalid dikritik oleh pemimpin daripada Pakatan Rakyat sendiri, berhubung kerjasama dengan BN. Selaku Menteri Besar, beliau dikritik kerana masalah bekalan air mentah, masalah sampah, Kidex dan sebagainya.

Krisis MB Selangor Berulang?
Menurut Presiden MCA itu lagi, partinya tidak menghadapi masalah calon kerana dari dulu lagi calon-calon yang berpotensi sudah dikenal pasti dengan kerap turun padang bersama rakyat di kawasan masing-masing.

"MCA sudah ada senarai calon yang lengkap untuk hadapi pilihan raya di Selangor sebaik sahaja ia dibubarkan pada bila-bila masa," kata Tiong Lai seperti dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau.

Krisis MB Selangor Berulang? Muktamar Pas ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan. - sinar

Istana Selangor menunggu ketibaan adun lompat, hingga semalam percubaan Azmin mengadap Sultan Selangor gagal

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Mohd Sulaiman

 

DYMM SULTAN SELANGOR

Sejumlah 4 campur 2 ADUN PKR dan DAP dijangka menuggu masa yang sesuai untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi menyatakan pendirian sebenar mereka.

MB Azmin Ali telah membatalkan Lawatannya ke negara-negara Eropah seperti Jerman, Perancis, Switzerland, Turki dan London dalam kerangka lawatan sambil bercuti.

Semasa 2 ADUN PKR di Perak melompat dahulu, mereka datang ke Istana Perak bertemu DYMM Sultan Perak untuk menandatangani ikrar menubuhkan Kerajaan baru. Perkara yang sama sedang berlaku di Selangor.

Seluruh rakyat Selangor menanti penuh debar episod ini. Dr. Tan Seng Giaw yang kini mesra BN sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan termasuk dipecat oleh Lim Kit Siang. Mantan MB TS Khalid Ibrahim yang mesra PAS dijangka menjadi MB semula atas tiket PAS.

Sehingga semalam percubaan Azmin Ali untuk mengadap DYMM Sultan Selangor masih tidak kesampaian. Episod MB Azmin Ali dimurkai Sultan Selangor semasa insiden merampas jawatan MB Selangor daripada TS Khalid masih segar. Begitu juga insiden belanja membazir di Yayasan Selangor. Kemurkaan Sultan Selangor masih tidak dapat diubati oleh MB Azmin. Mereka pernah berbulan tidak bertegur sapa.

Sehingga semalam Azmin Ali memujuk ADUN PKR dan DAP yang hendak melompat dengan menawarkan jawatan dan wang ringgit. Azmin Ali ada satu sahaja opsyen, membubarkan DUN Selangor atau Kerajaan Selangor bertukar tangan. Sehingga semalam Azmin masih gagal mengadap Sultan Selangor.

Bersambung berita selanjutnya dari Istana Selangor... Artikel sebelum:

http://mymassa.blogspot.my/2017/04/rakyat-selangor-minta-tangguh-pru14.html  

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tak sampai 300 meter saya jatuh lagi dalam lubang yang berlainan"
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net

KASIHAN, itu sahajalah yang mampu diucapkan kepada sahabat kita yang menggunakan nama Helmi Belang di halaman facebook miliknya.

Difahamkan tidak sampai 300 meter beliau jatuh akibat motorsikal yang ditunggangnya terlanggar lubang, beliau sekali lagi jatuh akibat terlanggar satu lagi lubang yang berlainan.

Akibatnya, anda lihatlah sendiri Helmi mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kepalanya, jelas daripada gambar yang dikongsikan, wajahnya berlumuran darah dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu.

Helmi menggesa pihak berkuasa agar memandang sekaligus mengambil tindakan serius terhadap masaalah jalan berlubang di Jalan Persisir Pantai antara Taman Rinting menuju ke Pasir Gudang Johor.

"Harap diambil tindakan serius terhadap jalan yang berlubang di jalan pesisir pantai antara taman rinting ke pasir gudang. Ini gambar saya sekarang.

Ps: Tak sampai 300m jatuh lagi sebab lubang yang berlainan," tulis Helmi di laman Facebook miliknya.

Masaalah jalan berlubang seperti ini bukan perkara baru di Johor Baharu, ia seringkali disuarakan sampaikan ada kumpulan tertentu ditubuhkan untuk menyuarakan masaalah ini.

Namun sampai ke hari ini masaalah jalan berlubang tak juga selesai. Pihak berkuasa terutama kerajaan negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Khaled Nordin nampaknya seperti tidak memandang serius masaalah ini.

Akibatnya anda lihatlah sendiri sampaikan sudah ada rakyat Johor penunggang motorsikal yang cedera akibat terlanggar jalan-jalan berlubang yang tidak dibaiki.

"Takkan nak tunggu ada yang mati baru nak bertindak?"

Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/tak-sampai-300-meter-saya-jatuh-lagi.html#ixzz4g046TYul

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Empat Anggota Bomba Nyaris Maut, Teksi Terbakar Yang Sedang Dipadam Tiba-Tiba Meletup
siakapkeli.my

Empat orang anggota bomba daripada pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengalami kecederaan selepas sebuah teksi terbakar yang sedang cuba dipadam mereka tiba-tiba meletup berhampiran stesen MRT Buona Vista, semalam, lapor Straits Times.

Pihak polis dalam satu kenyataan berkata, mereka dimaklum tentang kejadian kemalangan antara teksi dan sebuah kereta sekitar jam 2.15 petang di Commonwealth Avenue, di mana teksi berkenaan jenis Trans-Cab itu kemudiannya terbakar sehingga menyebabkan satu letupan besar tercetus.

Sebuah rakamn kejadian kebakaran itu telah disiarkan oleh pihak media tempatan di mana memaparkan dua anggota terbabit pada mulanya dilihat memadam kebakaran dengan air menggunakan gegelung hos.

Bagaimanapun tiba-tiba teksi berkenaan meletup agak kuat menyebabkan orang ramai dan penduduk setempat yang berada berhampiran lokasi kejadian terperanjat besar.

Menurut penduduk tempatan letupaan itu telah menggegarkan kawasan berkenaan dan kata mereka banyak serpihan besar dan kecil berterbangan di sekitar tempat itu seumpama letupan bom.

Dalam pada itu, siasatan awal polis dan pihak SCDF, punca letupan itu mungkin disebabkan gas asli (CNG) yang terbebas ekoran teksi tersebut tidak menggunakan isian petrol, sebaliknya menggunakan gas asli berkenaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 7:09 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mufti Setuju Cukai GST Yang Dilaksanakan Ketika Ini Adalah Haram
siakapkeli.my

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kini telah menimbulkan pelbagai masalah dan menambah beban kepada rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, lapor Sinar Harian.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan telah menyokong yang perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan ini adalah Haram.

Ini kerana menurut beliau sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.

"Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

"Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil," katanya.

Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor," katanya.

Beliau juga mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil di mana cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga menegaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.

"Kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.

"Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena," katanya.

Beliau turut menyokong yang perlaksanakan GST ini hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.

"Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.

"Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini," katanya.

Semalam, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



AKIBAT MENGHINA ULAMAK
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Akhir-akhir ini ada sebagian orang yang suka mendiskreditkan 1 atau sekelompok ulama. Kemudian mereka meninggalkan dan tidak mengambil pendapat atau fatwa mereka, serta berlepas diri dari bimbingan mereka… Lalu apa dampak dan resikonya? Padahal di sebutkan di dalam satu hadits, para Ulama ini adalah "Delegasi" Allah di muka bumi atas makhluknya. Merekalah yang mewarisi ilmu dari para Nabi.

Jika benar manusia sekarang sudah lari dan menjauhi ulama' maka ada 3 adzab yang menimpa umat ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits

سَيَأْتِيْ زَمَانٌ عَلَى اُمَّتِيْ يَفِرُّوْنَ مِنَ الْعُلَمَاءِ وَالْفُقَهَاءِ فَيَبْتَلِيْهِم اللهُتَعَالَى بِثَلاَثِ بَلِيَّاتٍ:

Akan datang kepada umatku suatu masa dimana mereka lari menjauhi ulama' dan fuqoha' (ahli fiqih), maka Allah menurunkan tiga bala' untuk mereka.

Pertama

اُوْلاَهَا يَرْفَعُ بَرَكَةَ مِنْ كَسْبِهِمْ

Allah menghilangkan barokah dari usaha mereka

Benarkah saat ini mencari harta yang barokah sulit? Kalau tidak benar kenapa para konglomerat nakal, para pejabat korup yang sudah berharta trilyunan masih gila harta, masih memakan harta rakyat? Jawabnya Karena hartanya sudah tidak barokah. Hasil usaha yang tidak barokah pasti membawa dampak negatif, bila dimakan tidak menambah kenyang tapi malah kurang dan semakin rakus.

Makanan yang masuk menyebabkan tubuh malas beribadah, dan kebanyakan berakhir menjadi suatu penyakit. Harta yang tidak barokah bila digunakan untuk biaya pendidikan anak bukannya menjadikan anak semakin baik melainkan malah menjadi semakin buruk, digunakan berfoya-foya, zina, narkoba, setidaknya menyebabkan anak berani terhadap orang tua. Lantas jika ingin selamat dari harta yang tidak barokah jalan satu-satunya adalah mendekat pada para ulama'.

Kedua

وَالثَّانِيَةُ يُسَلِّطُ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا ظَالِمًا

Allah mengangkat penguasa untuk mereka, penguasa yang dlolim.

Akibat jauh dari para ulama', banyak diantara kita memilih pemimpin, pejabat, anggota dewan bukan lagi atas dasar kemampuannya berbuat adil tetapi karena ketenarannya, atau karena obral janjinya, atau karena obral hartanya. Sehingga ketika menjabat mereka bukannya menjadi pengayom rakyat, pembawa suara rakyat, malah memakan harta rakyat.

Ketiga

وَالثَّالِثَةُ يَخْرُج. ُ مِنَ الدُّنْيَا بِغَيْرِ اِيْمَان ٍ

Mereka keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tanpa iman. Dengan kata lain Su'ul Khatimah. Dan inilah Azab yang paling ditakutkan, naudzu billahi min dzalik.

Jika hal ini terjadi maka kesengsaraan yang dialami bukan tahunan melainkan kekal selama-lamanya disiksa di api neraka.

Oleh karena itu, Bila menghormati para ulama diperintahkan, maka sebaliknya menghina dan merendahkan mereka dilarang, sungguh betapa mengerikan jika ada seorang muslim berani menghina Ulama Shalafus Shalih, ingin tahu bahayanya lainnya??

1. Menghina ulama akan menyebabkan rusaknya agama

Berkata Al-Imam Ath-Thahawi –rahimahullah- :

"Ulama salaf dari kalangan ulama terdahulu, demikian pula para tabi'in, harus disebut dengan kebaikan. Maka siapa yang menyebut mereka dengan selain kebaikan maka dia berada di atas kesesatan"

Berkata Al-Imam Ibnul Mubarak –rahimahullah- :

"Siapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya. Siapa yang melecehkan umara' (pemerintah), akan hilang dunianya. Siapa yang melecehkan teman-temannya, akan hilang kehormatannya"

Dan mencela ulama termasuk diantara dosa-dosa besar.

2. Orang yang menghina ulama sama artinya dia mengumumkan perang kepada Allah. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam hadits tentang wali Alloh yang diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari -rahimahullah- dari Abu Hurairah –radhiyallohu 'anhu- :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْآذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ – …رواه البخاري

Dari Abu Hurairah"Sesungguhnya Allah ta'ala telah berfirman :

'Barang siapa memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku menyatakan perang terhadapnya…[HR. Al Bukhari]

Dan para ulama, mereka adalah termasuk wali-wali Allah.

3. Orang yang menghina ulama sengaja mencampakkan dirinya untuk terkena do'a dari seorang alim yang terzhalimi. Hal ini sebagaimana kisah salah seorang Shahabat yang bernama Sa'ad bin Abi Waqqash –radhiyallohu 'anhu- dan beliau termasuk salah seorang dari 10 Shahabat yang dijamin dengan Surga.

4. Orang yang mencibir para ulama maka ia akan dijerumuskan kepada apa yang ia tuduhkan kepada ulama itu.

Berkata Ibrahim An-Nakha-i –rahimahullah- :

"Aku mendapati dalam jiwaku keinginan untuk membicarakan aib seseorang; akan tetapi yang mencegahku dari membicarakannya adalah aku khawatir jika aib orang itu ternyata menimpa diriku"

5. Orang yang merasa lezat dengan meng-ghibah para ulama maka ia akan diberikan su-ul khatimah (akhir kehidupan yang jelek)

Al-Qadhi Az-Zubaidi, ketika dia meninggal dunia lisannya berubah menjadi hitam, hal ini dikarenakan dia suka mencibir Al-Imam An-Nawawi.

6. Daging para ulama itu beracun Berkata Imam Ahmad bin Hanbal –rahimahullah- :

"Daging para ulama itu beracun. Siapa yang menciumnya maka ia akan sakit. Siapa yang memakannya maka ia akan mati."

7. Mencela ulama merupakan sebab terbesar bagi seseorang untuk terhalangi dari dapat mengambil faidah dari ilmu para ulama.

Berkata Al-Imam Hasan Al-Bashri –rahimahullah- : "Dunia itu seluruhnya gelap, kecuali majelis-majelisnya para ulama."

Demikianlah dampak bahayanya menjauh, terlebih membenci dan meninggalkan diri dari bimbingan para ulama.

Semoga kita Allah persatukan di bawah bimbingan para Ulama Billah wa Fillah. Dan tidak di kelompokkan menjadi para pembenci kekasih-kekasih kekasih Allah.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kesan Buruk Minuman Bersoda Bagi Otak

bloglist-malaysia.blogspot.

Dicatat oleh ustazcyber.com

Segar dan terasanya minuman bersoda, ada kalanya membuat kita ketagih. Apalagi bila disajikan dalam kondisi dingin, makin terasa segar dan enak di lidah. Sayangnya, minuman bersoda ternyata tidak bersahabat dengan kondisi kesihatan otak kita. Penelitian terbaru yang dimuat oleh sciencedaily menemukan efek negatif minuman bersoda bagi otak.

Kandungan gula dalam minuman bersoda berpotensi merosak kondisi otak, khususnya fruktosa pada minuman manis ini. Peneliti di Boston University menyatakan bahawa orang yang sering minum minuman bersoda cenderung lebih pelupa, volume otaknya mengecil, dan hippocampus pun mengecil. Hippocampus ini adalah area otak tempat mempelajari sesuatu dan mengingatnya.

Ah, kalau begitu mari ganti minuman kita dengan minuman soda yang ada kandungan dietnya. Tunggu dulu! Ternyata penelitian terbaru menemukan fakta bahawa minuman bersoda dengan kandungan diet dan diminum setiap hari itu malah lebih berbahaya tiga kali ganda daripada yang tidak. Bahaya ini dalam bentuk serangan stroke dan kerosakan otak.

Penelitian ini telah dimuat di jurnal Alzheimer's & Dementia and Stroke. Minuman bersoda baik dengan kandungan diet atau tidak memunyai korelasi dengan dengan kerosakan otak berupa alzheimer dan stroke meskipun sifatnya bukanlah sebab dan akibat. ...

Ternyata penelitian terbaru menemukan fakta bahawa minuman bersoda dengan kandungan diet dan diminum setiap hari itu malah lebih berbahaya tiga kali ganda daripada yang tidak...

Penelitian yang telah dilakukan hanya sebatas meneliti dan menemukan efek negatif minuman bersoda baik dengan kandungan diet atau tidak. Sayangnya, belum dilakukan penelitian bagaimana cara minuman bersoda ini bekerja sehingga boleh merusak otak hingga menyebabkan alzheimer dan stroke.

Pemanis buatan sebagai pengganti gula juga tidak menyelesaikan masalah ini. Sudha Seshadri, profesor di Fakulti Kedoktoran Boston University menegaskan akan hal ini.

Menurutnya tidak ada yang lebih sihat daripada kembali ke gaya hidup orang zaman dulu yaitu minum air jernih atau biasa kita sebut air putih. Yuk, mulai berbenah dan berubah untuk hidup yang lebih baik.

Mulai sekarang kurangi atau bahkan hindari mengambil minuman bersoda agar kualiti otak kita menjadi lebih baik.

https://www.sciencedaily.com/VOI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kerana Kanta Lekap, 48 Jam 'Bergelap', Kena Pejam Mata, Gadis Luah Rasa Syukur Mata Masih Boleh Digunakan Walau Ada Rosak & Luka
siakapkeli.my

Foto Besar Hiasan: reference

Sebelum ini sudah beberapa kali terjadi akan isu yang berkaitan dengan kanta lekap, atau pun 'contact lens'. Seperti yang terjadi sebelum ini, di negara jiran kita,seorang gadis terpaksa menhan sakit akibat dari pemakaian 'contact lens'.

Begitu juga yang terjadi kepada gadis ini, iaitu saudari Iqa Arze, yang mana bunkanlah seorang pemakai tegar 'contact lens', hanya di waktu-waktu tertentu sahaja. Tapi, insiden yang berlaku kepadanya ini, telah cukup membuka mata.

Mari kita ikuti perkongsian darinya, akan apa yang berlaku ke atas dirinya, oleh sebab pemakaian 'contact lens'.

Foto: opsm
Assalamualaikum wbt.
Okay dah seminggu tak bersua dgn facebook, last week hari Ahad bertarikh 23 April 2017 memang tarikh keramat yang memang tak akan iqa lupa sampai bila-bila

Lumrah perempuan tak pernah rasa puas, padahal Allah dah bagi semua elok-elok, nak menyegak nak melawa nak nampak cantik, ubah ciptaan Allah, touch up sana sini, lukis sana sini, tapi bila Allah kata KUN FA YA KUN, maka terjadilah dia, dan kita kena terima sebab salah dan sifat degil sendiri jugak.

Selama ni baca dalam fb ja pasal BAHAYA contact lens ni.. tapi bila kena kat batang hidung sendiri.. Allahu.. baru nak ingat Allah.. baru nak sedar semua ni bahaya semua ni buat kita merana.. BENDA KALAU TAK KENA KITA TAK TAU... bila dah kena mmg serik yg sangat2 ..

I am not contact lens lover and pakai pun just bila ada event/ majlis/ hari2 tertentu sahaja. Saya memang pakai spect and mata saya silau yang tinggi.. tapi hati ni teringin kelainan so saya start berkenalan dengan lens tahun lepas ..

At first beli yang mahal dekat kedai spect but then bila pakai macam tak selesa .. then beli online .. Alhamdulillah SANGAT SELESA .. (nampak tak? Benda yang bahaya jugak yang selesa)

Then recently bila pakai mata selalu jadi kabur. Macam ada asap kat sekeliling.. Mulalah nak tanya kawan KL ni tengah haze teruk ke apa, ke asap vape budak-budak kampus, tapi diorang cakap takdak apa pun.. bila jadi mcm tu saya akan buang lens then pakai spect balik..

Gambar masa kenduri

So, last ahad ada kenduri my cousin kawen, so sebab nak melaram sakan saya pun pakai lens + with the fake eyelashes, sebab bukan selalu pakai pun plus lens tu baru pakai sekali je.. not to mention bukan expired pun lagi baru sebulan 7 hari..

And masa hari kenduri tu PANAS yang AMAT (orang perlis dah paham panaih kat sini macam mana) saya start pakai pukul 11 pagi and around pukul 430 petang macam tu mata start kabur and kelabu macam nampak asap git .. i ask my parents ajak balik then around pkl 630 petang kitorang gerak balik .

So once sampai rumah saya terus CUCI TANGAN BERSIH-BERSIH and cepat-cepat keluarkan lens .. selalunya bila keluarkan lens mata yang kelabu tu akan okay but NOT THIS TIME..

Then saya terus mandi and cuci make up semua but then tetiba mata macam ada sampah or bulu mata dalam mata .. (My fault.. saya pegi tenyehkan mata tu sebab ingat ada habuk or bulu mata )

Mata pedih but still boleh bukak, still boleh layan AME17 siap tengok Fattah Amin lagi.. but then air mata keluar non-stop.. start pedih.. so saya naik tidur dengan harapan esok pagi akan okay ..

I woke up on 24th April morning tu and guess what .. kelabu. Langsung tak nampak apa. And dah start bengkak. Kelam kabut cari klinik but sadly hari Isnin tu Public Holiday so satu klinik kat Perlis ni tak bukak .. Kecemasan hospital pun ramai .. dalam hati berdoa sangat-sangat jangan ada apa-apa jadi kat mata
Then my mom decide nak refers pharmacist je, so dia cakap allergic to contact lens and bg ubat titik. Balik rumah titik and rehat jap and guess what memang lega sikit.. but after 2 hours macam tu mata start pedih yang amat and langsung tak boleh nak gerakkan mata ..

So saya terpaksa pejamkan mata and terus my parents bawak g Alor Setar and Alhamdulillah we went to PMC and kebetulan pakar otw balik AOR.. dia checked and cakap i should be thankful sebab takdak infection ..

BUT !!! Selaput mata hitam saya dah 90% ROSAK DAN LUKA.. masa tu memang redha je la apa yang akan jadi .. Dr Bashkaran advised me yang sebenarnya lens ni yang mahal ke murah ke SAMA SAHAJA ..

Selaput mata kita ni is very very fragile.. setiap kali kita nak keluarkan lens our selaput mata ni akan effected juga.. so kena extra careful .. KEBERSIHAN satu hal, then faktor-faktor lain macam cuaca, keadaan mata sendiri boleh leads to injury. Lagi satu kalau boleh jangan ambik ubat pharmacy sebab kadang ada yang consist drugs yang boleh terukkan lagi luka mata..

Saya memang betul-betul serik.. bayangkan.. 48 hours. GELAP. KOSONG. Kena pejam mata even boleh bukak .. Then bila dah pejam mata akan melekat and bengkak sebab lama tertutup.. dalam hati hanya mampu berdoa .. nak sembuh kena letak titik ubat and krim .. pedih dia pulak Allah ja yang tau

Lagi satu yang paling terkesan is bila my parents bertungkus lumus jaga and take a good care of me.. rasa hiba sangat bila mama suapkan makan tolong pakaikan kasut ironkan tudung tolong pimpin ke toilet then sapu ubat semua .. papa pulak sampai ke hulur ke hilir try cari klinik cari doctor semua .. atok pun sampai menitis air mata tgk cucu dia jadi buta kejap

So GIRLS AND BOYS , please be extra careful .. BELUM KENA BELUM TAHU guys .. one word. SENGSARA

*Gambar injury 1st day tak ada sebab mata langsung tak boleh bukak

- Siakap Keli

"Ya Allah, Adakah Saya Akan Jadi Buta," Wanita Ini Kongsi Saat Getir Dilaluinya Kesan Dari Memakai 'Contact Lens' ,Hampir Buta Seumur Hidup
siakapkeli.my

Setiap wanita sudah pasti inginkan diri mereka cantik, ianya adalah satu kebanggaan apatah lagi menerima sedikit pujian daripada orang sekeliling.

Untuk mencantikkan diri, mereka pasti akan menggunakan pelbagai alatan tambahan seperti Contact Lens untuk mencantikkan mata tanpa memerlukan mereka memakai cermin mata lagi.

Namun kita sering terdengar pelbagai kisah mengenai 'contact lens' ini, pelbagai kisah dikongsikan pengalaman 'gelap' segelintir penggunakannya.

Seorang wanita bernama Puan Intan XiuZhee dari negara tertangga Indoensia, beliau telah berkongsikan pengalaman ngeri hidupnya apabila beliau hampir hilang pengelihatannya seumur hidup gara-gara memakai 'contact lens', jom kita baca.

Dear SahabatKu,

Sabtu, 22 April 2017, Pukul 22.00 WIB, saya mengalami kejadian yang benar-benar diluar dugaan saya, akibat kecerobohan saya, saya harus menjalani kehidupan tidak seperti biasanya.. Mata saya tidak dapat terbuka, setiap saya mencoba membuka mata, hanya terlihat bayang putih seperti kabut, dan tak lama mata saya pun berair.. Saya hanya mencoba meneteskan Obat Tetes Mata dan berharap besok pagi mata saya kembali normal..

Minggu, 23 April 2017, Pukul 03.00 WIB, saya terbangun karena tangisan "pangeran kecil" yang haus dan minta nyusu.. Namun, saya kaget, ternyata mata saya masih tidak bisa dibuka.. Saya menyusui anak saya dalam keadaan mata tertutup dan menangis.. Saya mencoba minta untuk direbuskan air sirih oleh Kakak saya, berharap setelah direndam dgn air sirih, mata saya menjadi lebih baik..

Minggu, 23 April 2017, Pukul 06.00 WIB, saya kembali terbangun, tapi mata saya tetap tidak bisa terbuka.. Keluarga mencoba cara tradisional dengan rendaman air sirih kembali, tapi hanya perih yang saya rasakan. Suami dengan sigap(segera) langsung membawa saya ke Rumah Sakit Khusus Mata di daerah Medan.. Dengan kondisi mata berair dan tertutup, saya dituntun menuju mobil.. Mama menyuruh saya untuk tetap beristighfar, tapi Sepanjang jalan saya berfikir "Ya Allah, apakah saya akan menjadi Buta..??? Saya belum sanggup terima hal terburuknya.."

Pukul 10.00 WIB Sampai di Rumah Sakit, saya lekas dibawa ke Emergency.. Dokter memeriksa mata saya dan menyatakan bahwa "Kornea mata saya luka dan mata saya harus ditutup dengan perban(balutan) hingga kontrol selanjutnya pada hari Kamis, 27 April 2017".. Ketika ditanya, apakah saya akan menjadi Buta? Dokter bilang "Insya Allah tidak, krn kamu cepat dibawa dan mendapat penanganan(rawatan) yang tepat, seandainya kamu tetap merendam mata dgn air sirih, mungkin mata kamu malah jadi bernanah dan itu bisa menyebabkan kebutaan.." Masya Allah.. Dokter pun memvonis saya untuk "TIDAK MENGGUNAKAN SOFTLENS SEUMUR HIDUP"..

Kamis, 27 April 2017, Pukul 10.00 WIB, perban(balutan) mata saya dibuka, dan perlahan-lahan saya dapat melihat dunia ini kembali.. Alhamdulillah.. Allah masih memberikan kesempatan pada saya..
Ya sahabat, saya adalah salah 1 pengguna Softlens atau Kontak Lensa..

Sehari-hari saya memang menggunakan Kacamata, namun karena hari itu adalah Resepsi Pernikahan Adik saya, sehingga saya menggunakan Softlens, Softlens ini baru, tapi entahlah knp bisa hal ini terjadi.. Saya mengambil hal positif dari kejadian ini, bahwa saya harus lebih banyak bersyukur atas nikmat yang diberikanNYa..

5 hari menjalani kehidupan tanpa melihat sungguh tak bisa saya ungkapkan lagi bagaimana rasanya.. Saya harus bergantung pada orang lain, bahkan untuk mandi saja saya harus dibantu..

Ini hanya sekadar cerita kisah nyata yang saya alami untuk menjadi penringatan sahabat-sahabatku..

Boleh dishare ke kerabat atau keluarga yang kalian sayangi..

Syukuri apa yang ada, Sahabat.. Tuhan telah memberikan kita Nikmat

Penglihatan, dan itu sungguh luar biasa.. Percayalah, tanpa Soflens, kalian juga sudah cantik Kok..
With Love,

- Intan -

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nampak Tak Ular Tersembunyi Dalam Gambar Ini?
bloglist-malaysia.blogspot.
depalmasp.com

Nampak Tak Ular Tersembunyi Dalam Gambar Ini? - Kebanyakan orang berjalan di dalam hutan tujuannya untuk mencari untuk hidupan liar. Gambar di bawah diambil oleh seorang yang pakar tentang ular telah membuktikan bahawa kita perlu menjadi seorang yang sangat peka bila berjalan di kawasan yang mempunyai ular berbisa.

Di suatu tempat, menerusi gambar ini menunjukkan gambar seekor ular yang bersedia untuk menyerang.

Dah jumpa ke belum?

Kalau belum jumpa dan menyerah kalah, jawapannya ada di SINI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pembantu warden dibebaskan dengan jaminan bon
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas pelajar sebuah madrasah tahfiz di Kota Tinggi membuat sujud syukur sebaik dibebaskan dengan jaminan bon di Mahkamah Kota Tinggi, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA TINGGI 3 April - Suspek lelaki berusia 29 tahun yang berbaju lokap berwarna jingga dibawa ke Mahkamah Majistret pada pukul 12.15 tengah hari.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan pembantu warden itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah sebanyak RM20,000.

Sebaik dibebaskan pukul 1 petang, suspek yang kelihatan sebak sempat menadah tangan selain membuat sujud syukur.

Suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi mambantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Walau bagaimanapun, selepas siasatan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, May 01, 2017 10:47 PM
Subject: Fw: Akhirnya Madrasah Buka Mulut

Isu Thaqif: Akhirnya Madrasah Buka Mulut

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KOTA TINGGI: Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pertama kalinya tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku.

Menerusi kenyataan dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan.

Menurutnya, pembantu warden tersebut telah mengaku sendiri tentang sejarah lamanya setelah diterima berkerja di madrasah sekali gus membuatkan pihak madrasah memahaminya yang cuba bersikap jujur untuk membaiki kehidupan.

"Kerana kami maklum, dia telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.

"Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya.
"Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?

"Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan beliau bukan seorang ustaz.

"Kami berani menyatakan komitmen beliau melebihi para ustaz di madrasah kearah berubah menjadi insan yang lebih baik. Kekurangan seorang manusia tidak sepatutnya memberhentikan dia terus menjadi manusia," kenyataan itu dipetik.

Katanya, kenyataan itu bagaimanapun tidak sama sekali membela pembantu warden tersebut ketika dia memilih untuk mengambil tindakan terhadap pelajar dengan menggunakan getah paip.

Jelasnya, kejadian yang berlaku (sebat) ia bukan seperti yang orang ramai gambarkan dan pihaknya mempunyai bukti kejadian dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang telah diserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam tulisan tersebut turut memaklumkan, kenyataan dikeluarkan itu sama sekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara-perkara yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa.

Sebaliknya, tulisan itu dibuat kerana setelah hampir dua minggu madrasah menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan.

Ekoran itu, atas rasa kebimbangan sekiranya tiada sebarang jawapan dari madrasah, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa.

Kenyataan itu turut memaklumkan tulisan berkenaan tidak dapat memberi fokus yang banyak tentang sikap Allahyarham Thaqif, dakwaan penderaan, dan hal-hal yang mungkin mengganggu emosi keluarga Allahyarham.

Ia berikutan kerana sedari awal pihak madrasah telah menjaga adab untuk sama sekali tidak mahu mengguris perasaan keluarga Allahyarham.

Selain itu, tulisan berkenaan turut mengakui madrasah tersebut tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan namun madrasah sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di madrasah tersebut.

"Seperti yang ditularkan dan ada didalam dada akhbar tentang luahan arwah menggambarkan beliau sedang merasa perit semasa proses pembelajaran di MTAJ, ia agak sukar dijelaskan buat masa ini.

"Bagaimanapun, terdapat enam keping lagi surat dari arwah yang mungkin boleh menjelaskan watak sebenar arwah yang telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Istilah yang digunakan mungkin tidak boleh menggambarkan hakikat sebenar kejadian. Sebagai contoh, bila sesorang pelajar menggambarkan dia dibuli, kita harus mendalami hakikatnya. Apakah buli yang kita faham?

"Untuk hal ini, kita beri ruang untuk polis jalankan siasatan," katanya yang turut mengalu-alukan lawatan masyarakat ke madrasah tersebut.

Jelasnya, MTAJ tidak mahu mendabik dada mengatakan tiada pelajar yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pelajar lain, kerana ia berpotensi untuk berlaku dimana-mana sahaja pusat pengajian, namun, dalam konteks MTAJ, ia adalah terkawal.

Tegasnya, MTAJ juga adalah sebuah madrasah tahfiz yang didirikan dengan bantuan ramai umat islam dan sama sekali tidak berteraskan keuntungan.

Oleh yang demikian, apa jua bentuk sumbangan kewangan digunakan untuk melengkapkan fasiliti agar anak-anak MTAJ dapat belajar dengan serba serbi dan cukup.

Sebelum ini kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 19 April menjadi tular di media sosial selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadualkan dipotong dari jari hingga bawah siku, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, selepas lapan hari bertarung nyawa, akhirnya Allahyarham Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang pada 26 April lalu ketika sedang dalam rawatan di HSI.- Sinar Harian

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, April 26, 2017 9:48 PM
Subject: Fw: Pelajar Tahfiz, Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia

Pelajar Tahfiz, Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia

siakapkeli.my

JOHOR BAHRU 26 April - Pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang mana kedua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman, meninggal dunia sebentar tadi, lapor Utusan Online.

Menurut Utusan Online, bapa pelajar berkenaan, Mohd Ghaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan perkara itu dan memberitahu anaknya meninggal dunia pada pukul 2.05 petang tadi.

Sumber: Utusan Online, The Star

Pembedahan Tangan Adik Thaqif Yang Dijadual Pagi Ini Terpaksa Ditangguh Kerana Jantung Tak Stabil - Keluarga
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU, 26 April - Tangan adik Mohd Thaqif Amin, 11, dijadualkan menjalani pembedahan bagi memotong tangan kanannya di Hospital Sultan Ismail di sini pagi ini.

Bernama melaporkan, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata langkah itu dibuat setelah didapati keadaan tangannya itu yang dijangkiti kuman dari jari hingga bawah paras siku semakin membimbangkan.

"Mohamad Thaqif Amin dijadualkan menjalani pembedahan 8 pagi ini. Doktor ada maklumkan yang penting ialah nyawanya. Jadi kita ikut pada kata doktor walaupun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan tangannya untuk tidak dipotong," katanya.

[Dikemaskini]

Dalam perkembangan terkini, Dzuraidah berkata pembedahan tangan adik Thaqif yang dijadualkan pagi ini telah ditangguhkan, lapor Kosmo!

Dzuraidah berkata, penangguhan itu disebabkan keadaan jantung pelajar tahfiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

"Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.

"Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil," katanya.

Sumber: Bernama, Kosmo!

Tangan Pelajar Tahfiz Pula Kena Potong

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya.

Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong," katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuang darah beku, beberapa hari kemudian.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, April 25, 2017 10:52 PM
Subject: Fw: Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

CCTV rakam Thaqif dipukul di tapak kaki, dakwa gabungan sekolah tahfiz

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PUTRAJAYA: Sebuah pertubuhan bertanggungjawab hal ehwal sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia mempertahankan tindakan seorang pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor yang didakwa memukul seorang pelajar sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood mendakwa berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terbabit, pelajar tahfiz itu hanya dipukul di tapak kakinya sahaja.

Zahid berkata pihaknya sedang menimbang untuk mengambil peguam untuk membela sekolah dan guru terbabit.

"Kita lihat CCTV di sekolah itu, didapati memukul di satu kaki sahaja di tapak kaki dan berkemungkinan ada isu lain.

"Maklumat ini kita dapat setelah turun ke sekolah tahfiz itu dan berjumpa dengan pihak sekolah iaitu pengetua dan guru sekolah tahfiz itu," katanya selepas hadir dalam satu majlis penyampaian peruntukan kepada sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz berdaftar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.

Kisah pelajar sekolah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin, 11, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, minggu lalu menjadi tular di media sosial.

Thaqif dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Seorang pembantu warden direman 4 hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam, dilaporkan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya.

Ibu saudaranya, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata Thaqif yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.

Nabila berkata keluarga mereka turut dimaklumkan doktor, pembedahan yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.

Zahid meminta masyarakat di luar termasuk media untuk memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan siastan terhadap kes itu sebelum membuat tuduhan.

Tekanan

Katanya, sikap menunding jari kepada sebelah pihak hanya menunjukkan sekolah tahfiz itu dilihat sebagai tempat pengganas.

"Sebab tak ada keputusan lagi dan saya harap kita masyarakat beri ruang sepenuh-penuhnya kepada pihak berwajib seperti polis buat siastan, doktor buat siasatan perubatan, supaya mendapat satu jawapan yang telus.

"Apa kita lihat hari ini, rakyat menunding jari terus kepada sekolah, ustaz, sedangkan benda itu berlaku lepas 2 minggu.

"Janganlah kerana nyamuk seekor kita bakar kelambu dan seluruh tahfiz dilabelkan mendera, pengganas," katanya.

Sementara itu, seorang pengetua sekolah tahfiz dari Baling, Kedah, Abdul Rahman Yahya Tohar berkata gangguan emosi guru tahfiz mungkin antara puncanya.

Katanya, jika dilihat peraturan yang ditetapkan. sekolah tahfiz tidak membenarkan pelajar tahfiz dipukul.

"Kalau apa-apa kesalahan, dia akan rekod dan bawa kepada pengetua."

Menurutnya, hukuman disiplin termasuk denda, gantung atau buang sekolah.

"Jika rotan pun hanya tempat yang tidak menyakitkan dan memudaratkan seperti di tapak kaki. Itu pun jika pelajar tahfiz itu betul-betul degil," katanya kepada FMT.

Menurut Abdul Rahman, pelajar tahfiz biasanya akan diberikan nasihat jika membuat sesuatu kesalahan.

"Tetapi ada juga mungkin guru yang tak tahan sangat akan rotan tetapi tidak sampai memudaratkan. Melainkan ketika itu guru tahfiz tersebut ada masalah tekanan di rumah atau masalah kerja yang menyebabkan pelajar tahfiz yang dipukul cedera.

"Itu pun kalau berlaku hanya kes terpencil," katanya.

Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang kehilangan kedua kakinya kini mula menunjukkan darah beku di bahu kiri.

Menurut ibu saudara mangsa, Nurul Nabila Ahmad, 30, bahu kiri Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi menunjukkan tanda-tanda darah beku pada pukul 6 petang Ahad.

Bercakap ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail di sini Isnin, Nurul berkata, doktor memberikan ubat penipisan darah kepada anak saudaranya.

Dilaporkan tangan kanan Mohamad Thaqif kembali kepada warna asal secara perlahan-perlahan selepas ia berwarna kehitaman akibat jangkitan kuman.

Nurul turut memberitahu bahawa ujian telah dijalankan ke atas tangan kanan anak saudaranya yang terkena jangkitan kuman dari paras siku sehingga jari.
Bagaimanapun, ubat bagi merawat tangan Mohamad Thaqif memerlukan masa 48 jam untuk menampakkan kesan sepenuhnya dan hanya boleh diketahui pada pagi Selasa.

Dilaporkan murid berkenaan didakwa dipukul oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Lukut, Kota Tinggi di sini.

Mangsa yang merupakan tiga daripada lima beradik mengalami demam selepas lembam dan bengkak mula kelihatan pada kedua kakinya akibat jangkitan kuman.

Doktor terpaksa memotong kedua kakinya bagi mengelakkan kuman itu daripada merebak.

"Ya Allah..." - Pelajar Madrasah Yang Dipukul Luah Perasaan Di Dalam Diari - Ibu Saudara
siakapkeli.my

Johor Bharu - Pelajar sebuah madrasah yang mana kakinya dipotong selepas didakwa didera bulan lepas menulis pengalaman itu di dalam diarinya.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata anak saudaranya itu sebelum ini mengadu dipukul.

"Anak saudara saya berkata kadang-kadang, dia dan rakan akan sukarela untuk dipukul terlebih dahulu kerana mereka mahu tidur awal memandangkan mereka perlu bagun pada jam 3pagi untuk sembahya," dakwanya.

Katanya lagi, keluarga telah menemukan diari pelajar itu yang mencertikan tentang azab yang terpaksa ditempuhinya.

"Anak saudara saya menulis dia ditumbuk tanpa sebarang sebab dan tidak lagi mampu bertahan dari penderaan, dan mahu bertukar ke sekolah lain," kata Dzuraidah Said kepada The Star Online.

Dalam satu entri, budak lelaki itu menulis beliau dipukul di bahagian punggung selepas diberitahu oleh pembantu warden untuk mencuci beberapa cawan.

"Wahai Allah, tolong bukakan hati ibu bapaku untuk membenarkanku bertukar ke sekolah lain kerana aku tidak tahan lagi. Tolong, Allah, buatkan hasratku menjadi kenyataan," tulis pelajar itu sebagaimana yang diberitahu.

Pelajar itu kini berada dalam keadaan koma dan doktor sedang merawat untuk memberhentikan darah bekunya dari menjadi lebih teruk.

Sumber: The Star

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Punca sebenar kaki lenguh dari pinggang sampai ke bawah
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Mungkin ada ramai yang sedang alami masalah yang sama. Kaki samada sebelah kanan atau kiri terasa lenguh sentiasa dari atas sampai ke bawah. Ada kalanya kaki terasa sakit setiap kali bergerak dalam kedudukan tertentu.

Kebiasaannya mereka yang terasa kaki lenguh atau sakit dari atas sampai ke bawah sebegitu, sudah tentu dah agak berumur. Paling kurang dalam lingkungan 40-an umurnya. Kalau masih muda mungkin tak terasa lenguh tu. Kalau sakit disebabkan terseliuh atau patah mungkin ada bagi yang masih muda.

Orang muda jarang sangat nak hadapi masalah kaki rasa lenguh tak tentu punca. Ia datang tiba-tiba sahaja dalam dok elok-elok, tiba-tiba terasa amat lenguh sepanjang masa. Nak kata pinggang sakit tak juga. Jatuh atau terseliuh pun tidak. Tapi lenguh datang entah dari mana.

Mula rasa lenguh sekali sekala
Saya alami masalah ini dah agak lama. Rasa lenguh itu datang ikut suka masa dia. Tapi biasanya dia datang tak lama. Dalam hari-hari tertentu, rasa lenguh tiba-tiba muncul dari pagi sampai petang. Lenguh lembut yang masih boleh ditahan.

Bila jadi macam itu, biasanya saya buat tak endah saja sebab boleh tahan. Lagipun bila layan kesibukan, rasa lenguh itu dapat dilupakan begitu saja dan akhirnya ia hilang tanpa disedari.

Begitulah keadaannya, datang dan pergi dalam keadaan yang masih boleh ditahan.

Bila jadi macam itu, saya akan buat amalan senaman pinggang yang pernah dikongsikan kat blog ini sebelum ini. Biasanya dengan hanya senaman tersebut, kaki akan terasa lega semula dan pinggang juga akan rasa nyaman dan lega.

Bagi yang belum tahu macam mana nak lakukan senaman tersebut, boleh pergi ke pautan kat sini dan boleh cuba amalkannya.

Mula rasa lenguh kuat tak selesa
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tiba-tiba rasa lenguh yang ringan macam sebelum ini dah bertukat menjadi lebih ganas. Lenguh dah bertukat menjadi sakit sebenarnya tapi tak boleh nak diperbetulkan dengan sekadar mengurut.

Kenapa saya kata tak boleh nak buat urutan adalah disebabkan sakit dan lenguhnya bukan pada bahagian luar kaki. Terasa berdenyut-denyut pada bahagian dalam dan di bawah otor kaki terutamanya pada bahagian dalam otot punggung dan bahagian dalam otot belakang kaki.

Rasa sakit dan tegang bertambah teruk setiap kali bagun dari tidur sebelah pagi untuk slat subuh. Rasa macam urat dalam kaki tu kena tarik dari atas. Boleh juga dirasakan macam ada urat yang tersepit pada bahagian sendi antara peha dengan tulang punggung.

Tapi setelah tahan, buat senaman serangan serba sedikit dan kemudiannya turun berjalan kaki kat taman dalam 10 pusingan, sakit akan berkurangan.

Begitulah saya layan sakit dan lenguh yang semakan ganas itu saban hari, seminggu dan dah nak masuk sebulan.Tapi nampaknya kesakitan semakin bertambah meningkat dari seminggu ke seminggu. Dah rasa tak boleh tahan sebab kesakitan sentiasa ada tak habis berpanjangan. Apa yang saya perlu buat ?

Buat urutan badan di Sabah
Dalam keadaan sakit itu saya ke Sabah tiga minggu lepas. Kebetulan kawan ajak pergi mengurut seluruh badan dari pusat urutan yang dia serng berkunjung. Saya pernah ke sana sekali sebelum ini. Urutan dari tukang urut orang Indonesia memang agak melegakan.

Saya fikirkan bagus juga dengan keadaan sakit kaki sebelh kanan itu. Mungkin dengan urutan penuh itu akan melegakan. Maka saya pergi mengurut sampai dua jam seluruh badan dari kepala sampai ke hujung jari kaki.

Hasilnya !

Tak ada sedikitpun rasa sakit dan lenguh itu hilang. Malah saya rasa macam sakit dan lenguh itu semakin teruk berbanding sebelum pergi mengurut seluruh badan.

Buat rawatan fisioterapi di Kelantan
Kebetulan saya pergi ke Kelantan baru-baru ini. Kawan kenal pula dengan seorang kawannya yang mengusahakan pusat rawatan fisioterapi di Kota Bharu.

Saya tak fikir panjuang terus ajak dia ke sana. Sakit dan lenguh dah tidak boleh ditahan lagi. Perlu buat sesuatu dan mungkin kali ini pusat rawatan fisioterapi ada jawapannya.

Nak diringkaskan cerita memang betul. Dalam keadaan sakit dan lenguh sebegitu, pusat rawatan fisiotarapi adalah yang terbaik. Mereka akan buat pemeriksaan, tekan pada bahagian tertentu sehinggalah puncanya dapat dikesan.

Setelah bertemuramah sejarah dan aktiviti saya selama ini, dia sahkan saya alamai masalah urat pada tulang belakang tersepit. Puncanya adalah kesan dari tulang belakang yang terseliuh lama sebelum ini.

Dia rasa dan tekan seluruh tulang belakang memang ada beza kedudukan tulang belakang bahagian bawah di punggung. Lari sebelah dan saya selama ini mungkin banyak menggunakan otot kaki kanan disebabkan kedudukan tulang yang tak sekata itu.

Dah lama dibiarkan begitu dan sekarang saya mula rasa kesan dan akibatnya. Sakit berdenyut berpanjangan akan kekal selagi tidak dibuat sesuatu yang sesuai. Rawatan fisioterapi ambil masa dan tak cukup hanya sekali sahaja.

Rawatan fisioterapi yang baik dan murah
Apa yang bagus tentang pusat rawatan fisioterapi tersebut adalah aktiviti pembetulan yang diberikan secara penuh walaupun baru sekali ke sana. Dibetulkan kedudukan tulang. Dilagakan kekejangan otot dan urat. Diberikan juga cara senaman yang perlu dilaksanakan setiap hari.

Semua itu hanya dengan kos RM60 sahaja !

Bagi orang Kelantan yang nak cuba dapatkan rawatan fisioterapi kat tempat yang saya pergi itu boleh cari di alamat seperti berikut:

Airist Health Centre Sdn Bhd, No 8021, Bandar Baru Setelit, Pasit Tumbuh, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel 010-3037006 atau 09-7657006.

Memang sakit masih tak lega 100%, nak kena buat ulangan rawatan susulan. Tapi apa yang saya dapat dan maklumat yang diberikan dengan kos hanya RM60 adalah sesuatu yang amat tidak disangka.

Berbanding dengan kos rawatan yang sama yang saya cuba di KL, harganya amat tidak berbaloi. Mereka hanya berikan rawatan legakan otot dan urat, tenyeh sana dan sini dan terus charga RM74. Senaman tak diberi, punca tak dikesan dan kalau nak semua itu, perlu datang lain kali dengan kos yang sudah tentu lebih tinggi daripada kos pengenalan pertama.

Saya akan cuba satu lagi pusat rawatan fisioterapi kat Bangsar Pulak selepas ini. Kita tengok nanti mereka buat macam mana pulak dan berapa kos yang perlu saya bayar. Nanti saya update lagi...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed May 3, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tolong Jangan Guna Produk Kosmetik Yang Telah Disenaraikan Ini Kerana Isu Campur Palsu Termasuk Racun Berjadual - NPRA
siakapkeli.my

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah tampil menasihati orang ramai supaya mengelakkan membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang ada di pasaran tempatan.

Nasihat berkenaan dikeluarkan kerena produk-produk berkenaan telah terbukti mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Berikut adalah produk-produk yang telah dibatalkan Nombor Notifikasi adalah

1. Moleek Day Cream - merkuri
2. Adel Miracle Flawless Serum - Merkuri
3. Ah Beauty Night Cream - Merkuri
4. NDZ UV Whitening - Hydroquinone
5. Snow Cream Normal - Hydroquinone dan Tretinoin
6. Snow Cream Sensitif - Hydroquinone dan Tretinoin
7. Dnars Nar Cream, Sensitif - Hydroquinone dan Tretinoin
8. Ellfie Night Cream - Hydroquinone dan Tretinoin
9. Tati Skincare Night Cream - Merkuri
10. Tati SkincareTreatment Cream - Hydroquinone dan Tretinoin
11. Moleek Anti Pigment Cream - Hydroquinone dan Tretinoin

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. - Siakapkeli.my

SUMBER: NPRA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: