15 Messages
Digest #4749
Messages
Sun May 28, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Daftar pemilih: PAS akan fail injuksi halang diwartakan?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PUTRAJAYA: PAS mungkin memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun 1/2017 yang dipamerkan baru-baru ini daripada diwartakan, jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memenuhi 2 tuntutan mereka, kata naib ketua Pemuda parti itu.
Ahmad Fadhli Shaari berkata, SPR diberi 48 jam untuk memenuhi 2 tuntutan itu, iaitu menghentikan semua pemindahan pengundi sehingga siasatan terperinci dilakukan dan mengedarkan RDPT kepada parti politik.
"Kembalikan semula pembekalan cakera padat RDPT kepada parti politik seperti sebelum ini untuk memudahkan proses menyemak pergerakan pengundi bagi mengelakkan sebarang manipulasi oleh mana-mana pihak.
"Kita tidak melihat sebarang sebab kenapa RDPT ini tidak boleh dibekalkan kepada parti politik. Tidak ada sebab. SPR tidak sepatutnya menyembunyikan maklumat ini daripada parti politik yang akan bertanding sebagai menghormati lunas demokrasi diamalkan di negara ini," katanya selepas menyerahkan memorandum mengenai RDPT Suku Tahun 1/2017 kepada wakil SPR Mohd Sabri Abdullah di sini hari ini.
Pada 29 April lalu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pengarah pilihan raya negeri sudah diarah menghentikan pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti politik semasa Pameran RDPT.
Mengulas lanjut, Fadhli berkata, Pemuda PAS dan negeri Kelantan memandang serius beberapa masalah yang dikesan dalam RDPT Suku Tahun 1/2017, termasuk pemindahan pengundi dari kawasan Barisan Nasional (BN) kalah dengan majoriti besar ke kawasan PAS menang dengan majoriti di bawah 1,500 undi.
"Pemerhatian kami mendapati tumpuan pemindahan pengundi ini melibatkan beberapa DUN (Dewan Undangan Negeri) yang diwakili exco kerajaan negeri seperti Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (Adun Temangan) dan Datuk Abdul Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau).
"Kami juga mengesan sejumlah pengundi yang dimasukkan ke daerah mengundi di dalam DUN Bukit Panau yang menyatakan lot rumah tidak wujud.
"Bila kita ambil gambar dan buat pembuktian dengan cabutan daripada Pejabat Tanah menunjukkan lot ini tidak didiami sesiapa," katanya.
Pada 19 Mei lalu, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata, proses pemindahan pengundi ialah perkara biasa dan sebahagian daripada proses kemas kini yang dilakukan SPR mengikut peraturan ditetapkan.
Beliau menasihatkan parti politik yang tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan SPR itu membuat bantahan supaya ia boleh disiasat mereka.
PAS akan hadapi PRU14 dengan kemampuan sendiri
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
HULU TERENGGANU: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan masa terbaik untuk PAS membuktikan kemampuan sendiri sebagai sebuah parti politik Islam di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kata beliau PAS tiada hubungan dengan parti dalam Pakatan Harapan dan telahpun memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk telah menggantung sebarang dialog dan kerjasama dengan parti Pri bumi Rakyat Bersatu Malaysia (Bersatu).
"PAS kini bersama blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera.
Ini bermakna, kita mesti bina kekuatan kita sendiri dan inilah peluang terbaik kemenangan untuk kita capai dengan kekuatan kita bagi menentukan halatuju perjuangan parti dan negara.
"Marilah sama-sama kita bertekad meningkatkan segala upaya dan kerja yang kita buat," kata beliau.
Menurut Tuan Ibrahim PAS kini menerima beberapa permohonan parti yang hendak turut serta bersama dalam Gagasan Sejahtera selain berjaya mengumpul 300 NGO yang mahu bersama- sama PAS.
"Kita juga mempunyai ramai tokoh-tokoh masya rakat yang akan mengisyti harkan sokongan me reka kepada apa yang PAS perjuangkan, insya- Allah," tambah beliau ketika me rasmikan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Kuala Berang 20 Mei lalu.
Hadir sama pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang kepimpinan PAS negeri Terengganu.
Dalam ucapannya, Timbalan Presiden se kali lagi menekankan PAS mesti me nerajui perubahan ke rana keberadaan PAS dalam arena politik bukan sekadar menjadi penumpang sebaliknya mahu menukar sistem jahiliyah yang bercanggah dengan syarak serta menegakkan Islam.
Sebelum itu, Dato' Tuan Ibrahim menyempurnakan acara pelepasan pe serta Langkah Harap 10,000 lang kah yang disertai oleh ribuan rakyat berjalan kaki sejauh empat kilometer
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Buaya 1 Tan Terperangkap Berjaya Diangkat Keluar Oleh Bomba Selepas 3 Jam
siakapkeli.my
Klang, 28 Mei - Seekor buaya seberat 1 tan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba Selangor dalam kejadian yang berlaku semalam.
Sebelum itu, buaya terbabit ditemui terperangkap di sebuah pintu air kolam takungan oleh sekumpulan pekerja stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Venture (KEV) di Kampung Tok Muda di sini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan, sepasukan 14 anggota bersama jentera digegaskan ke lokasi selepas menerima laporan.
Katanya, sejurus tiba dilokasi kejadian, anggota kita dengan bantuan pekerja KEV telah memulakan operasi menangkap buaya terbabit sebelum menemui reptilia kira-kira pukul 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa terbabit.
"Kami telah menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.
"Kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya terbabit kerana kedudukannya di kawasan sempit dan kedalamannya melebihi 9 meter selain berat buaya yang mencecah hampir satu tan ,"katanya sebagaimana laporan Kosmo!
Zaidi berkata, sejurus buaya tersebut berjaya dinaikkan dari pintu kunci air terbabit, reptilia itu kemudiannya menyerahkan reptilia terbabit kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Operasi keseluruhan tamat kira-kira pukul 10 pagi tadi . Tiada sebarang kejadian tidak diingini semasa operasi dan ia berjalan dengan lancar,"
Sumber: Kosmo!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Go on Dr.. kami bersamamu...
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
"
Assalamualaikum,
Dr.Kamarul tidak memulakan semuanya, tetapi Hannnah Yeoh apabila buku yang ditulisnya dan dijual di rak terbuka menjadi tontonan awan dan dari situ Dr.Kamarul mendapatkan buku tersebut yang pada mulanya beliau percaya isinya akan berkisar kepada pengalaman dan harapan politik Hannah Yeoh yang pada pandangan Dr.Kamarul sesuai dengan bidangnya.
Tetapi apa yang Hannah tulis berbeza dengan apa yang difikirkan oleh Dr.Kamarul di mana kemudiannya mendorong Dr.Kamarul untuk mengutip point point penting yang menjadi tujuan dan agenda Hannah Yeoh serta agenda ini menyentuh sensitifivi umat Islam serta bertentangan dengan perlembagaan Malaysia yang dengan jelas melarang ugama selain Islam disebarkan dalam negara. Itu intipati sebenarnya kepada pendedahan Dr. Kamarul yang kemudiannya dicanggah dengan cara yang tidak gentleman oleh Hannah, boss partiya dan askar upahannya.
Sehubungan dengan itu Dr.Kamarul tidak berdiam diri, beliau megorak langkah untuk menghantar satu memorandum kepada ROC untuk mendesak DAP memberi surat tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka.Memorandum yang turut disokong oleh para akademik merupakan usaha Dr.Kamarul untuk membuktikan niat sebenar DAP terbabit dalam politik Malaysia.Ianya bukan main main lagi.Dr. Kamarul perlukan sokongan kita umat Islam, maka menjadi kewajiban semua umat Islam atau yang mengaku Islam menyokong beliau.
Dr.Kamarul berdepan dengan lapuran polis Hannah Yeoh dan beliau sudahpun ke balai polis Bukit Kayu Hitam untuk memberi keterangan.Dr.
Satupun tidak disertakan dengan hujah, sekadar tuduhan. Dr Kamarul go on.. kami bersamamu...
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Apa dosa Dr Kamarul Zaman terhadap DAP?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Sebelum kontroversi Becoming Hannah meletup baru-baru ini, DAP sebenarnya sudah pun banyak berdendam dengan Dr Kamarul Zaman Yusoff (gambar).
Dr Kamarul, seorang pengkaji politik yang bertapak di Universiti Utara Malaysia, menulis di Harakah Daily 15 April 2017 yang lalu mempersoalkan "reaksi terlalu keras" Lim Guan Eng terhadap presiden PAS.
Beliau hairan kenapa setiausaha-agung DAP itu seolah-olah gelabah tatkala Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba mengaitkan kononnya DAP berpakat dan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam politik Malaysia.
Kenyataan TG Hadi timbul ekoran lawatan mesra ke kedutaan Amerika Syarikat oleh Ronnie Liu, bekas exco kanan Selangor pada awal bulan April (Ronnie juga adalah bekas Adun DAP di Pandamaran).
Pada hemat Dr Kamarul, DAP patut rasa berani kerana benar. Apatah lagi Ronnie sendiri mengakui ada jumpa kaunselor politik AS itu, ujar beliau.
Beberapa minggu yang lalu (18 April), Harakah Daily turut melaporkan sekerat kata-kata yang kononnya diluahkan Guan Eng dalam satu dialog tertutup di Singapura pada 10 Dec 2014. LGE telah dijemput untuk menyampaikan sudut pandangan beliau di Rajaratnam School of International Studies.
Setakat ini tidak dengar LGE berniat hendak menyaman Harakah Daily mahupun Dr Kamarul berkaitan pendedahan berkenaan. Kalau maklumat yang didedahkan itu tidak benar, samanlah segera!
Kuasa asing berkepentingan di negara-negara Islam
Apa yang terlintas di benak ramai mereka yang mengikuti rentak politik semasa ialah jangkaan bahawa tidak mustahil DAP dapat bantuan kewangan dan sokongan dari luar negara.
Soalannya: Siapakah yang mungkin mahu menyumbang dana dan apa pula niat tersirat si penderma tersebut?
Seperkara lagi, apakah lawatan mesra Ronnie Liu menjenguk diplomat AS membayangkan desas-desus bahawa pembiayaan perkakas pembangkang dalam pelbagai bentuk sudah pun berlaku sekian lama?
Dipercayai dana disalur kepada parti-parti politik pembangkang dan NGO-NGO liberal yang anti Islam bagi mendokong agenda kuasa besar untuk menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam pimpinan BN ala Arab Spring.
Betulkah apa yang disebut atau ia sekadar khabar angin sahaja?
Anwar bela diri menerusi proses undang-undang
Ronnie telah dipetik rencana 'Lobi bebaskan Anwar bukan undang campur tangan AS' sebagai berkata bahawa "beliau hairan bagaimana tindakan membincangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai menjemput campur tangan asing ke negara ini" (Malaysiakini, 16 April 2017).
Hakikatnya dari segi undang-undang, DSAI – yang terkini diangkat oleh PKR sebagai "bakal PM Malaysia ke-7" – sudah melalui the utmost due process of the law, daripada mulanya di Mahkamah Sesyen, kemudian Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Rayuan dan akhirnya, Mahkamah Persekutuan.
Di samping itu, DSAI mengemukakan beberapa permohonan semakan undang-undang sehingga masyarakat dah nak muntah dan meluat mendengar namanya kecuali pengikut setianya yang semakin mengurang sekarang.
Namun, terlalu aneh, pelik lagi ajaib jika pihak AS mahu masuk campur. Lainlah jika DSAI ditangkap secara gelap dan tidak dibenarkan untuk mendapat apa-apa pembelaan sewajarnya lalu terus dipenjarakan sebegitu rupa.
Inilah yang kita amat pelik. Kalau DSAI telah melalui "all legal avenues and options to defend himself" maka itulah keputusan muktamad.
Oleh kerana itu, umum menganggap pertemuan Ronnie Liu (gambar bawah) dengan pegawai AS hanyalah bersifat "mencari apa-apa jalan supaya AS boleh campuri urusan dalaman negara kita dengan maksud untuk membebaskan Anwar Ibrahim".
Dari segi tatacara dan tertib diplomasi
Kita juga difahamkan bahawa undang-undang antarabangsa menyatakan daripada segi hubungan dua hala antara dua negara (bilateral relations), seseorang pegawai diplomat asing yang dihantar oleh "the sending State" (seperti Amerika Syarikat) kepada "the receiving State" (iaitu Malaysia), sama sekali tidak boleh mencampuri urusan dalaman sesebuah negara yang berdaulat di mana dia bertugas.
Kekangan tersebut adalah sebagaimana termaktub di dalam bawah Perkara 3 (1) di bawah Konvensyen Vienna 1961, di mana disebutkan:
"1.The functions of a diplomatic mission consist, inter alia, in:" diikuti oleh Article 3 (1)(b): ….. "Protecting in the receiving State the interests of the sending State and of its nationals, within the limits permitted by international law".
Inilah yang berlaku antara pertikaian Malaysian dengan diplomat negara Korea Utara baru-baru ini apabila diplomat Korea Utara cuba mencampuri urusan siasatan pihak PDRM ke atas kematian warga negara tersebut di lapangan terbang KLIA.
Pegawai AS itu yang jumpa Ronnie pasti tahu akan kewujudan undang-undang sedemikian. Nampak seperti diplomat AS melayan karenah dan permintaan Ronnie dengan agenda mereka yang tersendiri, bukan?
Mana tahu "jalinan kerjasama intim dengan Ronnie Liu" menjadi titian awal ke arah itu? Oleh itu, tanggapan orang ramai berasa syak ke atas Ronnie dengan agenda sulit DAP dan sekutunya tidak dapat dinafikan begitu sahaja.
Isu pendakwah Kristian Hannah dan evangelisme
Sehubungan ini, ramai juga yang teringin nak tahu: Benarkah wujud ancaman agenda evangelisme Kristian di Malaysia dan apa kaitannya dengan parti DAP?
Untuk tujuan pencerahan, saya merujuk kepada penjelasan sebagaimana yang terkandung dalam buku Sang Nila Utama and The Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia (2015) dan Armies of God – A Study in Militant Christianity (2010) tulisan Iain Buchanan.
Adakah dakwaan kaitan Christian Dominionism ini bakal dinafikan oleh DAP? Pengarah pusat penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki masih menanti jawapan.
Sehingga kini DAP tak berani sanggah atau lawan balik apatah lagi nak saman Dr Kamarul oleh LGE atau Hannah Yeoh atau mana-mana ahli politik DAP (yang jawatan mereka belum disahkan oleh pihak ROS!)
Para peminat Melayu Hannah turut menyerang Dr Kamarul
Sejak dua menjak ini, puak penyokong tegar DAP asyik mengasak Dr Kamarul di alam maya. Ada apa di sebalik serangan bertubi-tubi mereka?
Betullah kata ramai orang – bukan Melayu sahaja tetapi Cina, India, Kadazan, Dusun, Bidayuh dsb – yang mula sedar: "Lim Kit Siang didik anak buahnya jadi pemaki tegar kerana payah buang tabiat."
Apa sahaja yang para pemimpin DAP buat mesti betul bagi si pengikutnya yang kuat mencarut itu.
Kalau nak jadi pembohong dan pembenci Melayu dan agama Islam pun diredhai juga oleh golongan penyokong pembangkang ini.
Malah ada di kalangan Melayu dan Islam yang sanggup menjadi balaci dan macai-macai mereka … sudah termakan dedak DAP.
Demikianlah antara rungutan ramai orang terhadap Dapster dan sekutu-sekutu Melayunya yang ibarat kembar seiras sedang gamat menghentam Dr Kamarul dengan pukulan bertalu-talu.
Hujah Dr Kamarul langsung tidak dipatahkan. Hanya cercaan, hinaan dan ugutan menjadi mainan; rendahnya mutu politik Machiavelli Dapster.
Tak hairanlah kalau tema mereka sudah: "Asal Umno, PAS dan BN, belasah je!" Hilang nilai jati diri. Ke mana pergi akhlaknya? Macam itukah pendokong maqasid syariah dan rahmatan li'l 'alamin?
Mohd Khairul Anwar Al-Idrus
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Remaja maut terkena renjatan power bank
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
BANDARAYA MELAKA - Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan powerbank di dalam bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia oleh ibunya Suriah Rahim, 48, di atas katil dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali sebelum dibuka dengan kunci pendua.
"Selepas berjaya dibuka, si mati ditemui dalam keadaan terbaring sambil mengenakan fon telinga (earphone) yang disambungkan pada telefon bimbitnya dan dalam keadaan bercas pada sebuah power bank.
"Ibu mangsa yang merupakan seorang jururawat juga mendapati terdapat kesan melecet di bahagian bahu kiri dan power bank berada berdekatan bahu kiri si mati.
"Dia kemudian cuba menggerakkan remaja itu, namun menyedari anaknya tidak lagi bernyawa," katanya hari ini.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Lelaki Afrika 21 Tahun Nyaris Maut Kereta Ferrari Yang Dipandu Terbalik di DUKE
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 21 Mei - Seorang lelaki warga Afrika Selatan nyaris maut apabila kereta jenis Ferrari F430 yang dipandungnya terbabas dan terbalik di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 1.26 petang sebelum anggota bomba Gombak Selatan dikerah ke lokasi.
"Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mangsa, Ahmed Amod, 21, sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan.
"Kereta Ferrari dipandu mangsa rosak teruk namun mangsa dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Sumber: Utusan Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Pengeluaran Hormon Akan Terganggu & Kita Akan Keletihan" - Doktor ini Kongsi Kesan Tidak Baik Tidur Selepas Subuh Pada Waktu Puasa
siakapkeli.my
Selesai bersahur, tunggu waktu Subuh kejap dan cepat-cepat berbungkus balik untuk sambung tidur.
Tetapi menurut seorang doktor tempatan, Dr Zubaidi Hj Ahmad, perbuatan itu sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan kita.
"Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja." kongsi Dr. Zubaidi di laman Facebooknya.
Jelas Dr. Zubaidi tindakan itu boleh mengganggu pusingan biologi di dalam badan serta menambahkan lagi keletihan seseorang!
"Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang."
"Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi."
"Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
"Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan masa yang sesuai antara tiga puluh minit sebelum zohor. Ambil masa 10-15 minit saja.
"Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.
Sumber: Dr. Zubaidi
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ulama' Disamakan Sami Bengong Teropong Anak Bulan
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Semenjak parti PAN telah menjadi pembela kepada bukan Islam. Bukan Islam menjadi makin kurang ajar dengan Islam. Bukan itu sahaja kumpulan LGBT, yang lawan agama kini makin berani untuk mepertikaikan agama sendiri secara terangan kerana ada PARTI PAN akan membela atas asas kebebasan bersuara.
Kuala Lumpur : Sebuah mesej tular yang dikatakan milik seorang individu bernama Wadan Kassim, mempertikaikan beberapa amalan umat Islam di Malaysia semasa menyambut bulan Ramadhan.
Dalam salah satu mesej tular yang berasal dari akaun facebook Wadan bin Kassim, beliau mempertikaikan amalan meneropong anak bulan bagi menetapkan tarikh awal puasa. Beliau merujuk dan menafsirkan ayat 185 surah al Baqarah.
"Syahru dalam ayat itu bermaksud bulan kalendar yang ditentukan dengan hisab, bukan anak bulan (hilal) yang di langit. Oleh kerana perkataan syahru berkali-kali digunakan dalam Quran, ia menunjukkan dizaman Nabi orang sudah tahu menentukan bulan (syahru) tanpa perlu melihat anak bulan (hilal).
Seteusnya tentulah mereka berpuasa tidak bergantung dengan melihat anak bulan." Beliau menyatakan rasa kesal kerana ratusan tahun selepas daripada kewafatan Nabi, golongan ulamak telah mencipta hadis yang membawa Islam mundur ke belakang.
"Kebengongan itu ditambah lagi oleh sami-sami moden yang menggunakan teropong. Tentu ada sesuatu keseronokan sampingan yang menjadikan mereka ketagih mengadakan pesta meneropong hilal yang memang pasti tidak wujud," Tarikh permulaan puasa di Malaysia, menurut sumber JAKIM, ditentukan melalui kaedah Rukyah dan Hisab sepertimana yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.
Tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan pada Hari Jumaat, 26 Mei 2017. Akaun yang dikatakan dimiliki oleh individu bernama Wadan Kassim ini, turut membuat pelbagai dakwaan yang kontroversi, termasuk menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Anti Hadis dan puasa umat Islam golongan sunni tidak sah kerana tidak mengikut nas al Quran yang betul.
Sumber: https://www.menara.my
Waraskah Dr Mujahid Dengan Cadangannya?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Sehingga sekarang, saya masih tertanya-tanya tahap kewarasan Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bila beliau mencadangkan pada forum awam Reformasi Pilihan Raya PRU14 anjuran Bersih 2.0 Wilayah Utara di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang, bahawa Pakatan Harapan perlu memastikan tiada lagi parti politik yang berasaskan kaum dan agama jika pakatan pembangkang memenangi Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Nak kata laporan portal berita The Malaysian Insight pada 24 Mei 2017 bertajuk "Hapuskan Parti Politik Berasaskan Kaum Dan Agama" ini melaporkan kenyataan Dr Mujahid secara tidak tepat, sehingga sekarang masih belum ada sebarang penafian mahupun penjelasan yang diberikan oleh Dr Mujahid ke atas laporan tersebut, apatah lagi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa portal berita The Malaysian Insight ini adalah sebuah portal berita yang sangat mesra dengan Pakatan Harapan.
Pada hemat saya, cadangan Dr Mujahid ini mungkin sahaja diasaskan kepada kebencian mendalam beliau kepada sebuah parti politik yang berasaskan kaum paling besar di Malaysia, iaitu UMNO, di samping kepada sebuah parti politik yang berasaskan agama paling besar di Malaysia, iaitu PAS, yang turut merupakan sebuah parti politik yang beliau sendiri pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusatnya dan yang ayahanda beliau sendiri pernah menjadi Presiden dan Mursyidul Amnya.
Bagaimanapun, apa yang sangat pelik dengan cadangan Dr Mujahid ini adalah kerana pada masa yang sama, AMANAH, parti politik yang beliau sekarang ini adalah Naib Presidennya, berulang-kali membuat penegasan betapa ia sendiri adalah sebuah parti politik yang berasaskan agama kerana tujuan rasmi pertama dari enam tujuan penubuhannya adalah "To honour and uphold Islam as the basis of the struggle" atau "Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan".
Seorang pemimpin AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin, di dalam tulisan bertajuk "Membetulkan Salah Faham Terhadap Parti AMANAH" pada 14 Disember 2016 pernah menulis begini:
"Ada juga pihak yang mendakwa kononnya AMANAH bukan parti yang berlandaskan Islam. Mungkin kerana AMANAH adalah parti yang mengambil alih Parti Pekerja maka golongan ini merasakan Islam tidak ada tempat di dalam AMANAH. Saya menjemput pihak yang mendakwa kononnya Islam tiada tempat dalam AMANAH untuk melihat Bahagian 111 khususnys Artikel 6 Perlembagaan AMANAH. Artikel 6 secara jelas menyatakan "AMANAH adalah parti politik yang mempunyai matlamat dan objektif yang menghormati dan mendokong (to honour and uphold) Islam sebagai asas perjuangannya."
Persoalan besar yang timbul ekoran penyiaran laporan oleh portal berita The Malaysian Insight ini ialah tidakkah cadangan Dr Mujahid supaya parti politik yang berasaskan kaum dan agama diharamkan, jika diterima dan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan, jika Pakatan Harapan memenangi Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, akan menyebabkan AMANAH, yang dikatakan sebagai sebuah parti politik yang berasaskan agama, sendiri akan turut diharamkan?
Apakah cadangan Dr Mujahid supaya parti politik yang berasaskan kaum dan agama diharamkan ini membawa makna bahawa tujuan rasmi pertama dari enam tujuan penubuhan AMANAH, iaitu "To honour and uphold Islam as the basis of the struggle" atau "Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan", adalah tujuan yang diada-adakan untuk menipu pengundi Islam supaya menyokong AMANAH sedangkan AMANAH sendiri sebenarnya tidak berpegang dengan tujuan ini?
Apakah cadangan Dr Mujahid ini membawa makna bahawa tujuan rasmi pertama dari enam tujuan penubuhan AMANAH, iaitu "To honour and uphold Islam as the basis of the struggle" atau "Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan", akan ditiadakan dari Perlembagaan AMANAH selepas Pakatan Harapan memenangi Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membolehkan AMANAH terus hidup manakala parti politik yang berasaskan kaum dan agama akan diharamkan?
Atau apakah cadangan Dr Mujahid ini membawa makna bahawa AMANAH, sebagai sebuah parti politik yang dikatakan berasaskan agama, memang dirancang untuk dibubarkan selepas Pakatan Harapan memenangi Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 serentak dengan pengharaman parti politik yang berasaskan kaum dan agama, manakala pemimpin dan ahli AMANAH pula memang dirancang untuk berpindah menyertai parti politik lain (DAP?) selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-14?
FB
Dr KAMARUL AZMAN YUSOFF
Kuatnya Pakatan Harapan Kerana Huruf 'T'
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"
Kuat ayam kerana 'T' ,taji. Kuat Hang Tuah kerana'T', tuah. Kuat Pakatan Harapan (PH) kerana 'T', temberang. Bermula dengan asbab tertubuhnya PH adalah temberang. Temberang konon PAS telah ditolak oleh rakyat. Peliknya, bila dah tertubuh baru nampak PAS perlu dirujuk, PAS perlu dipujuk. Temberang pertama tak menjadi.
Temberang kedua pun datang. Kalau tidak bersama PH, PAS dikatakan menjadi tongkat UMNO. Tidak pula diberi contoh tongkat itu. Tongkat Alikah? Tongkat semambukah? Sekadar membawa wawasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, PAS secara semberono dituduh memberi tongkat kepada UMNO. Langsung tidak konkrit. Sekadar membina persepsi buruk. Sekadar sakit hati pakaian sedondon.
Temberang ketiga, PAS diramalkan akan kalah besar dalam PRU14. Lim Kit Siang kata PAS akan jatuh di Kelantan. PAS tak akan menang walau satu kerusi DUN pun di Selangor dan Perak. Temberang yang sahaja dicipta oleh Pak Belalang untuk menakutkan PAS. Motifnya adalah supaya PAS 'U-turn' kembali ke dakapan PH.
Temberang berterusan. Pemimpin PAS difitnah terima duit RM90 juta duit 1MDB. Bermula dengan penyaluran maklumat temberang kepada Sarawak Report oleh 'hantu raya'. Disusuli oleh dakwaan Husam kuasa 10 yang dijaja dari kedai kopi ke ceramah perdana. Diakhiri oleh Rapiji melalui SD. Apabila PAS mula mengambil tindakan saman, habis senyap macam tikus sembunyi dalam beras basmathi.
Temberang Kit Siang dalam terang tak perlu bersuluh. Kit Siang ugut nak saman Tuan Guru Haji Hadi ( TGHH) kerana dakwa DAP anti-Islam. Sudah sebulan lebih. Tak saman-saman. Maka benarlah dakwaan TGHH. Cuma PAN tak sedar diri. Duk pertahan musuh agama sendiri. TGHH, ulama rujukan dunia diperli. Lim Kit Siang pula diangkat semacam wali.
Temberang DAP bertingkat-tingkat. DAP temberang dengan CAT-nya. Baru-baru dapat kuasa pada 2008, prinsipnya CAT ( Cekap, Telus, Amanah). Jaja sana jaja sini akulah 'khalifah Umar Abdul Aziz'. Bila dah dua penggal memerintah Pulau Pinang, projek mega pula yang diutamakan, rakyat marhaen majority Melayu/Islam dilupakan. Terpalit pula dua isu penyelewengan, banglo terlajak murah dan penjualan tanah Taman Manggis. Retorik kepalsuan berkecai habis.
Temberang DS Anwar, PKR tidak melanggar apa-apa prinsip tahaluf siyasi. PKR juga menyokong RUU355. Katanya, Majlis Syura Ulama PAS membuat pertimbangan yang salah. Habis kenapa tak kemukakan hujah secara tuntas? Jawablah secara jelas 3 sebab putus yang dikatakan PAS.
Temberang bersiri-siri. Kata mereka, Azmin Ali telah memecat ketiga-tiga exco PAS dalam kerajaan Selangor. Tut-tut, apabila Azmin menghadap Sultan Selangor, diputuskan bahawa exco PAS kekal demi kepentingan rakyat. Temberang yang membuatkan Mat Sabu dan pemuka PAN kempunan dan meroyan.
Bapak temberang, Mahathir, pun datang bersama keris telanjang. Tergesa-gesa PPBM ditubuhkan . Katanya mahu jatuhkan Najib yang degil. Najib yang guna duit 1MDB. Najib yang merudumkan ekonomi negara. Akhirnya, terbongkar. Mahathir nak angkat anaknya Mukriz jadi PM. Bagai burung terbang dipipiskan lada. Kaum kerabat PH berlumba-lumba mendraf kabinet bayangan mereka.
Sampai bilakah berakhirnya temberang bersiri ini? Mampukah PH bertahan sebelum PRU14? Nampak gayanya temberang dalam memilih calon PM amat sengit sekali. Akan tiba klimaks berebut kerusi. Sekarang ini pun PKR bertegas agar jangan sesiapa ganggu 30 kerusi Parlimennya.Ingatkan PAS yang jadi mangsa temberang. Rupa-rupanya temberang sama-sama kerabat PH sendiri.
Berbalik kepada tajuk di atas tentang kuat tadi. Sudah terbukti, kuatnya PH kerana 'T', temberang. Sedangkan kuatnya PAS kerana 'I', Islam. Manakala kuatnya UMNO/BN kerana S.P.R. Fikir-fikirkan.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PAN kuda tunggangan DAP?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"
Assalamualaikum
>Macam tak percaya tapi kena percaya sebab tindak tanduk pendokong PAN dari pemimpin nombor wahid sehingga kepada cainya, semua bersatu untuk membenarkan apa saja yang DAP lakukan waima kepada hal hal yang bersangkutan kegoyahan akidahpun mereka tetap sokong dan pertahankan.
Setiausaha Pemuda PAN Perak, Safarizal Saleh berkata, DAP mesti dimasukkan dalam agenda 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) oleh gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Mujahid Hj.Yusof Rawa pula mencadangkan parti yang berasas kaum dan ugama diharamkan sekiranya PH menang PRU 14,nada cadangan yang sama oleh Karpal Singh seperti dibuktikan oleh Dr.Kamarul.
DAP tidak mahu ditinggalkan oleh PAN dalam membentuk pakatan untuk menjatuhkan UMNO, Parti berasaskan kaum dan ugama mahu diharamkan sekiranya pakatan mereka menang.
Apa makna semuanya ini.Apa ini hujah percisan kalau dikatakan tindakan PAN yang ditubuhkan sebagai parti Islam progresif mula menampakkan kaler oren sebenarnya sebagai kuda tuggangan DAP?
Untuk apa PAN bersungguuh sungguh membela dan mempertahankan DAP? Untuk rakyat atau untuk secebis dedak? Info terkini mungkin ada jawaban lawak bodohnya.
Kalau bukan kuda tunggangan DAP, apa status terbaik boleh diberikan kepada PAN berdasarkan tindak tanduk mereka muktakhir ini?Khalid Samad menyifatkan Dr.Kamarul sebagai bodoh tahap maksima dalam kesungguhannya mempertahankan Hannah Yeoh, sambil Mujahid pula menyifatkan buku Hannah tidak akan menjejaskan akidah malah boleh bertambah keimanan kepada pembacanya.Demikianlah hebatnya Hannah Yeoh yang mahu dibuktikan oleh PAN.Salehuddin Ayub pula membidas Dr.Kamarul dengan hujah Hannah cuma mahu jadi kristian yang baik sekalipun tidak pernah membaca buku becoming Hannah yang dipersoalkan Dr. Kamarul.Satu tindakan over acting yang menjadi bukti jelas bahawa PAN ialah kuda tunggangan DAP.
Bukti ini bukan coletah mencacai seperti infoterkini tapi bukti dari perlakuan praktikal PAN yang boleh dilihat oleh semua.Kalau nak nafikanpun perlakuan itu sudah dilihat semua orang bak kata pepatah orang sudah nampak PAN berak di tengah jalan, kalau tak mahu mengakupun memang dah sah jelas PAN berak di tengah jalan....
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Dr Mujahid Antara Kuda Tunggangan Terbaik DAP
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Saya tidak terkejut membaca laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 24 Mei 2017 bertajuk "Iman Tak Goyah Pun Baca Buku Yeoh" yang memuatkan kenyataan Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, mengenai buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, bertajuk "Becoming Hannah".
Kata Dr Mujahid, buku Hannah mempunyai persamaan dengan buku tulisan beliau, "Aren't We All Malaysians". Beliau juga mendakwa tidak menemui sebarang unsur yang boleh membawa seseorang Muslim murtad seperti kononnya didakwa oleh saya, sambil menambah, "Sebaliknya selepas membaca buku itu saya menjadi Muslim yang lebih baik".
Sejak Dr Mujahid masih di dalam PAS lagi saya telah mengkritik beliau. Antaranya ialah melalui tulisan saya pada 21 Jun 2014 yang mengkritik kandungan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi yang dirangka oleh Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara, yang beliau pengerusikan.
Kritikan itu saya buat kerana kandungan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi ini, pada hemat saya, mengiktiraf ketidakpercayaan agama serta mengiktiraf orientasi dan identiti seks songsang di mana kedua-duanya bukan sahaja berlawanan dengan ajaran agama, malah berlawanan juga dengan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Kritikan ini timbul kerana, mengikut Seksyen 4(1) Rang Undang-Undang ini, "kepercayaan" bermakna apa-apa kepercayaan agama atau falsafah dan satu rujukan kepada kepercayaan merangkumi satu rujukan kepada ketidakpercayaan manakala "agama" pula bermakna apa-apa agama dan merangkumi apa-apa kepercayaan atau ketidakpercayaan agama.
Mengikut Seksyen 6(1) Rang Undang-Undang ini, Kerajaan dan semua orang tidak boleh mendiskriminasi secara tidak adil terhadap mana-mana orang atas asas agama... Mengikut Seksyen 7(1)(ii) pula, Kerajaan dan semua orang tidak boleh mendiskriminasi secara tidak adil terhadap mana-mana orang atas asas jantina, termasuk orientasi dan identiti seks.
Saya waktu itu cukup terkejut bagaimana peruntukan-peruntukan yang mengiktiraf ketidakpercayaan agama serta mengiktiraf orientasi dan identiti seks songsang ini boleh wujud di dalam Rang Undang-Undang yang dirangka oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr Mujahid, yang waktu itu merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Bagaimanapun, setelah ini berlaku, tambahan pula setelah Dr Mujahid sendiri bertindak keluar dari PAS bersama-sama rakan-rakan sefikrah beliau untuk menubuhkan parti baru bernama AMANAH yang menunjukkan keintiman luar biasa pula dengan parti sekular tegar, DAP, maka tidaklah pelik bila beliau memerli saya mengenai buku Hannah ini.
Apatah lagi bila pada hari yang sama, 24 Mei 2017, portal berita The Malaysian Insight melaporkan pula satu kenyataan Dr Mujahid pada forum awam Reformasi Pilihan Raya PRU14 anjuran Bersih 2.0 Wilayah Utara di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang di bawah tajuk berbunyi "Hapuskan Parti Politik Berasaskan Kaum Dan Agama".
Mengikut laporan ini, Dr Mujahid mencadangkan pada forum ini bahawa satu perkara yang Pakatan Harapan perlu lakukan jika pakatan pembangkang memenangi Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ialah untuk memastikan tiada lagi parti politik yang berasaskan kaum dan agama sebagai satu-satunya cara untuk bergerak ke depan.
Membaca laporan mengenai kenyataan Dr Mujahid ini, terus fikiran saya teringat kepada insiden di mana Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilaporkan menggesa kerajaan mengharamkan semua pertubuhan yang bergerak di atas garis perkauman dan di atas garis keagamaan di dalam sidang media beliau di Pulau Pinang pada 5 November 2013.
Tidak berpuas hati dengan laporan mengenai kenyataan Karpal Singh ini, apatah lagi kerana DAP waktu itu merupakan rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat, saya telah berusaha mendapatkan rakaman sidang media beliau dari seorang wartawan, dan setelah mendengar sendiri rakaman tersebut maka terbukti beliau memang menyebut perkara tersebut.
Masih tersimpan di dalam rekod saya ayat-ayat spesifik yang disebut oleh Karpal Singh waktu itu, iaitu "The government cannot allow associations which operate on racial lines, which operate on religious lines." (Kerajaan tidak boleh membenarkan pertubuhan-pertubuhan yang bergerak di atas garis perkauman, yang bergerak di atas garis keagamaan.)
Sambung Karpal Singh lagi: "Operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and a multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial (and religious) parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS." (Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman (dan keagamaan) untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi PAS juga.)
Bila cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang pernah diutarakan oleh Karpal Singh ini diutarakan semula oleh Dr Mujahid maka terbuktilah bahawa Dr Mujahid, dan seterusnya AMANAH, adalah antara kuda tunggangan terbaik DAP.
http://m.malaysiakini.com/news/383328
https://www.themalaysianinsight.com/s/3642/
FB
DR. KAMARUL AZMAN YUSOF
Dr. Mujahid ada persamaan dengan Hannah Yeoh?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
"
Assalamualaikum,
Dr. kamarul berhujah sebagai seorang muslim kepada seorang kristian yang secara halusnya mahu berdakwah untuk ugama mereka. tetapi kenapa seorang muslim yang lain mempertahankan kristian dan membodohkan saudara seagamanya?
Ini yang peliknya.Kalau LGE atau LKS yang berhujah mempertahankan Hannah, atau Hannah sendiri yang berhujah itu tidak pelik tapi kalau Dr. Mujahid memang terlalu pelik.Ini tidak,LGE dan LKS tdak berhujah hanya melemparkan tohmahan dan tuduhan extremis kepada Dr.Kamarul dan Hannah sendiri macam hilang idea dan hanya mengambil tindakan melapurkan kepada polis tanpa ada sebarang fakta yang jelas mengenai fitnah yang didakwanya.
Antara yang berhujah bagi pihak Hannah ialah Dr. Mujahid sambil menyamakan buku Hannah dengan buku tulisannya.Seperti yang saya sebut awalnya di mana persamaan itu tidak pula dihuraikan.Kalau Hannah bercita cita mahu melahirkan persekitaran Kristian dan bekerja dengan pekerja pekerja kristian, apa pula yang ada dalam buku Dr. Mujahid?
Hannah tidak tulis tentang saling hormat menghormati antara ugama tetapi menulis mahu melihat kristian menghiasi persekitran kerja dan perkhidmatan di Malaysia.Hannah tidak tulis mengenai keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk tetapi memokuskan pembacanyya kepada kebaikan kristian yang perlu dijadikan carahidup Malaysia.Pendek kata buku Hannah ialah tentang kristian dan keinginannya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kristian.
Buku Dr.Mujahid pula tulis pasal apa? sehingga boleh disamakan dengan buku Hannah?
Pagi tadi saya sempat berbual dengan seorang kawan tentang perkara ini dan dalam perbualan itu timbul kisah lama Dr. Mujahid yang dikesan bersama sama Husam Musa sebagai antara orang yang paling banyak memuji kepimpinan TGHH terutama selepas PRU 2004 di mana PAS ditipu dengan teruk oleh Umno dan pada PRU 2008 yang membawa terbentuknya PR.Dr. Mujahid adalah orang yang terkedepan memuji wawasan TGHH yang dikatanya mencetuskan PR dengan prinsip kita lupakan perbezaan dan fokus kepada persamaan yang ada antara parti parti PR.Sambil Husam pula yang paling memuji TGHH bersama sama TGNA sebagai pemimpin yang memulihkan PAS setelah kekalahan teruk akibat ditipu oleh UMNO pada tahun 2004.
Hasil perbualan saya bersama kawan, kami menyimpulkan bahawa seorang yang terlalu memuji itulah yang akhirnya menjadi pengkianat.Jadi lain kali hati hati dengan orang yang suka memuji lebih lebih....Jangan jadi macam Dr.Mujahid yang bela seorang gadis kristian dan lanyak seorang muslim yang mahu membongkar kelicikan gadis kristian tersebut yang bernaung di bawah parti politik bernama DAP yang telah beberapa kali dikesan dengan agenda kristianisasinya.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PAN Tolak Gabungan Pembangkang Jika DAP Diketepikan
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menegaskan sebarang bentuk gabungan pembangkang yang akan diwujudkan bagi menumbangkan parti Melayu UMNO tidak boleh mengenepikan parti DAP.
Setiausaha Pemuda PAN Perak, Safarizal Saleh berkata, DAP mesti dimasukkan dalam agenda 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) oleh gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Katanya, DAP telah memainkan banyak peranan dan tanggungjawab dalam memastikan rakyat menentang kerajaan dan memberi kemenangan kepada parti pembangkang selama ini.
"Pemuda PAN Perak tegaskan sebarangan bentuk gabungan mesti mengambil kira peranan dan keberadaan DAP walaupun ada peringatan dan amaran agar DAP tidak dibawa berbincang untuk duduk semeja," tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.
Safarizal dalam pada itu menuduh kononnya saranan supaya DAP diketepikan daripada gabungan pembangkang merupakan perancangan dan agenda UMNO.
Beliau mendakwa kononnya UMNO bimbang dengan sokongan dan keupayaan DAP dengan beberapa lonjakan sokongan pengundi-pengundi di seluruh negara ke atas pembangkang.
"Pemuda PAN Perak tidak sesekali mengenepikan peranan besar DAP dan akan sentiasa membuktikan bahawa tomahan dan desakan agar DAP diketepikan adalah langkah silap kerana tidak melihat keupayaan dan kemampuan sebenar DAP.
"Atas semangat itu DAP dan semua parti wajar duduk semeja dengan segera bagi menghadapi BN pada PRU14 pada bila-bila masa sahaja lagi," tegasnya. –Kedahnews.com
PAN Akui Disisihkan PKR Di Selangor
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PAN menganggap partinya disisihkan di Selangor. Menurut Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Mohd Tahir, ini kerana banyak pihak menganggap PAN sebuah parti yang kecil memandangkan hanya mempunyai dua kerusi sahaja di Selangor.
Berikutan itu, PKR sekaligus lebih mementingkan PAS daripada kewujudan PAN dalam pentadbiran di negeri itu.
"Mungkin orang politik di Selangor anggap kami cuma punya dua kerusi saja, barangkali tidak besar dua kerusi itu. Kami seperti 'backbencher' saja, kami akur dengan kedudukan kami yang cuma dua kerusi. Tentulah kami tidak dikatakan dapat berikan impak yang terlalu besar.
"Yang ditakuti ialah 13 kerusi yang dipegang PAS kini," katanya dilapor media.
Dua kerusi DUN yang dipegang PAN kini ialah Hulu Kelang dan Morib, yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU13 lalu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PKR yang mengekalkan tiga Exco PAS dalam pentadbiran Selangor.
Meskipun berat hati, Anuar berkata pihaknya faham yang keputusan itu diambil apabila parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu dalam keadaan 'tersepit'.
"Kita terpaksa menerima dan menelannya dengan pahit. Untuk saya berpura-pura mengatakan saya seronok dengan keadaan ini, tidak.. itu namanya munafik, hipokrasi.
"Jujurnya (kesalahan) patut diletakkan kepada PAS yang sepatutnya kalau ia ada maruah, kalau sudah kata putus maka putuslah. Ia boleh berada dalam kerajaan tapi jangan ada dalam pemerintahan. Kalau dah setuju putus siap dengan dalil, nas, sunnah untuk memutuskan hubungan itu.
"Bimbang orang kata agama itu seperti barang yang diperdagangkan saja. Sepatutnya mereka selesaikan dengan berundur, orang akan hormat mereka," katanya lagi.
PKR malam tadi membayangkan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor akan dikekalkan, meskipun tahaluf siyasi dua parti berkenaan telah terbatal dua minggu lalu.
Mesyuarat Biro Politik PKR dikatakan menerima penjelasan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa PAS masih komited dengan agenda kerajaan negeri.
Presiden PKR dalam satu kenyataan berkata pihak parti bersetuju dengan pendekatan Azmin berhubung kedudukan tiga Exco PAS itu.
Bagaimanapun kata Anuar, PAN tidak akan membantah keputusan PKR kerana tindakan tersebut hanya akan 'mengeruhkan' keadaan dalam PH.
"Tetapi melawan dan membawa perpecahan di kalangan kami (Pakatan Harapan) pun saya rasa sesuatu yang tidak diperlukan. Kita tunggu dan lihat. Politik itu dinamik.
"Hari ini dikatakan kekal begitu, tapi esok lusa kita tak tahu lagi. Untuk kita kondem, saya rasa tidak wajar, kita menerima ini keputusan teraju yang memerintah Selangor itu ialah PKR, kita terima keputusan dengan berat hati, kita tak berhasrat untuk menentangnya dan kita harap dinamika politik akan berlaku lagi," ujarnya lagi.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Subject: Sumbangan Berbuka Puasa
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Sun May 28, 2017 8:03 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Rakyat Malaysia bakal jadi ketua Daesh Filipina?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
KOTA KINABALU - Bekas pensyarah rakyat Malaysia yang kini menjadi anggota militan, Dr Mahmud Ahmad tidak lama lagi bakal menjadi ketua Daesh bagi cabang di selatan Filipina, bandar Marawi.
Memetik laporan Mstar, dia dipercayai bersembunyi di bandar itu di mana tentera mengadakan pertempuran dengan kumpulan Maute, menyaksikan 44 orang termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh.
Mahmud dikenali pasti sebagai individu berikutnya yang akan mewujudkan kubu Daesh di Asia Tenggara, yang kini di bawah perintah pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.
Isnilon diisytiharkan sebagai ketua angkatan Daesh di Filipina pada awal tahun lepas tetapi dia dilaporkan cedera parah dalam satu serangan udara di Basilan kira-kira dua bulan lalu.
Menurut sumber, Mahmud mengetuai anggota militan yang lain bagi menyelamatkan Isnilon dalam serangan Marawi.
Tambah sumber, mereka percaya Mahmud juga cuba untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan tersebut sekiranya Isnilon disahkan meninggal dunia.
Mereka menjelaskan bahawa pemimpin Abu Bakr al-Baghdadi begitu terdesak mencari ketua baharu bagi kumpulan di Asia Tenggara yang pernah diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Bagaimanapun, Muhammad Wanndy terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria.
Menurut sumber, Mahmud yang juga dikenali sebagai Abu Handzalah, kini merupakan satu-satunya leftenan yang dipercayai dikaitkan dengan Baghdadi selain Isnilon di selatan Filipina.
Muka depan Akhbar The Star milik MCA cetuskan kemarahan umat Islam
bloglist-malaysia.blogspot.milosuam.net
AKHBAR harian berbahasa Inggeris milik Persatuan Cina Malaysia (MCA), The Star menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila menyiarkan muka depan yang sangat biadap di hari pertama bulan Ramadan tahun 2017.
Tindakan akhbar itu dilihat sengaja menaikkan kemarahan umat Islam apabila meletakkan gambar jemaah dalam masjid sedang bersujud menunaikan solat di bawah tajuk besar "Malaysian terorist leader (Orang Malaysia ketua pengganas)".
Punyalah banyak gambar-gambar lain boleh diletakkan di muka depan Akhbar The Star dengan tajuk tersebut, namun The Star sengaja memilih gambar umat Islam sedang bersolat untuk dikaitkan dengan laporan berita berkaitan keganasan.
Jika tidak diperhatikan dengan teliti, tentu sekali anda akan menyangka bahawa gambar jemaah masjid sedang sujud melakukan solat itulah yang dirujuk sebagai Orang Malaysia ketua pengganas.
Perkara yang sangat sensitif seperti ini pun berani dimainkan oleh akhbar milik parti komponen Barisan Nasional MCA dalam negara berbilang kaum yang majoritinya adalah orang-orang Melayu Islam.
The Star wajib memohon maaf kepada umat Islam atas laporan berita sangat biadap dan disifatkan sebagai tidak sensitif itu.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/muka-depan-akhbar-star-milik-mca.html#ixzz4iMr8nlMC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:43 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
CAP Bimbang Banyak Tanah Awam Pulau Pinang Kena Jual
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang semakin banyak tanah awam di Pulau Pinang dipindahkan kepada pihak swasta oleh kerajaan Pulau Pinang secara tidak telus dan tanpa pengetahuan orang ramai.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, terbaru tanah kerajaan Pulau Pinang seluas 6.4 hektar milik Ketua Menteri Diperbadankan di Peel Avenue dijual dengan harga RM156 juta kepada pihak swasta.
"Ia dijual dengan pajakan selama 99 tahun untuk pembinaan projek 'Medical City' bernilai RM2 bilion oleh sebuah hospital swasta," dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed tidak berpuas hati dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya rundingan yang ditandatangani tahun lalu itu dirahsiakan kerajaan negeri kerana "menghormati untuk tidak mendedahkan perjanjian"
Katanya, CAP kesal kerana butiran projek itu tidak diumumkan lebih awal supaya orang ramai di Pulau Pinang boleh memberi maklum balas.
Menurut beliau, perkara itu tidak selaras dengan prinsip urus tadbir kerajaan yang baik dan telus yang sering dicanang kerajaan Pulau Pinang.
Beliau turut menyatakan kebimbangan 'Medical City' yang dicadangkan itu akan menjejaskan persekitaran dan lalu lintas di situ.
"Kami juga bimbang dengan barisan pokok di sepanjang jalan Peel Avenue dan bimbang mengenai sebarang kemungkinan ia akan dipindahkan atau mungkin ditebang," katanya. -MYNEWSHUB.CC
Pakar ekonomi risau banyak industri tempatan dibeli pelabur asing
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PETALING JAYA: Pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram risau melihat ekonomi negara terutamanya sektor perindustrian dan pembuatan makin mengecil akibat diambil alih pelabur asing.
Beliau berkata keadaan ini menyebabkan negara mengalami "deindustrialisasi" atau pengurangan kekuatan industri yang menurutnya tidak baik untuk pertumbuhan dan pembangunan negara.
Beliau mengulas pengumuman penjualan 49.9% saham Proton oleh DRB-HICOM kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Holding Group Co Ltd (Geely).
"Saya sangat risau dengan masa depan negara dengan melihat apa berlaku kepada sektor perindustrian. Apa yang terjadi kepada Proton adalah sebahagian daripadanya.
"Akhirnya apakah manfaat (penjualan pemilikan Malaysia) kepada rakyat? Pada kebanyakan masa, kita melayan (pelabur asing) lebih baik daripada pelabur tempatan sendiri," katanya ketika ditemui selepas program anjuran Bersih semalam.
Namun, beliau berkata terlalu awal untuk menyatakan apakah pengambilalihan Proton itu akan membawa kebaikan atau keburukan kepada syarikat automotif tersebut.
"Ia boleh jadi bagus tetapi ia bergantung kepada perancangan Geely. Jika ia mahu menggunakan Proton sebagai platform menembusi pasaran antarabangsa, Proton mungkin akan menjadi lebih berdaya saing – sesuatu yang gagal dicapai sebelum ini," katanya.
"Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tidak banyak maklumat tentangnya… Saya ingin tahu apa perancangan Geely terhadap Proton dan mengapa ia tidak dibuat secara usaha sama," katanya yang pernah berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal ehwal ekonomi.
Dalam perkembangan semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa apabila Proton kini "bukan lagi kereta nasional".
"Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?" soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.
Sebelum ini, Malaysia juga merancang untuk menjual sebahagian besar pegangan dalam projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) kepada konsortium milik China tetapi dibatalkan.
Mengulas lanjut, Jomo berkata ada kemungkinan setiap urusniaga dengan pihak luar dibuat dengan pendekatan "menyelesaikan urus niaga secepat mungkin".
"Ia juga dibuat bukan berdasarkan kajian kebolehlaksanaan tetapi berdasarkan apa yang dirasakan baik oleh ahli politik yang tidak tahu secara terperinci soal ini."
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:43 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Solat Tarawih Buat Kaum Wanita, Lakukannya Di Rumah Sahaja atau Boleh Di Masjid, Ini Penjelasan Akan Persoalan Tersebut
siakapkeli.my
Foto: deccanchronicle
Dalam menunaikan ibadah, sudah pasti kita semua ingin mengerjakannya dengan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadan. Pada bulan ini, kita digalakkan untuk terus menerus melakukan kebaikan, dan menjauhi kemungkaran.
Tidak kira lelaki, mahu pun wanita, amalan kebaikan tidak harus dibezakan mengikut jantina, kerana dalam membuat kebaikan, ia harus meliputi setiap insan.
Begitu juga dengan solat sunat tarawih yang mana dilakukan sesudah solat Isya' pada setiap hari bulan Ramadan.
Namun begitu, ada persoalan dalam kalangan wanita, amalan mana yang lebih baik, sama ada solat tarawih bersendirian di rumah, atau boleh ke masjid secara berjemaah.
Menerusi perkongsian dari dari laman Majlis Ulama Isma ini, terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi jika ingin mengerjakan solat secara berjemaah di masjid.
Mari kita baca akan perkongsian tersebut.
Foto: pinterest
Semakin hampirnya kita dengan ketibaan tetamu Ramadan yang mulia ini, pelbagai persoalan yang timbul dari kalangan wanita berkaitan hukum-hakam khususnya yang berkaitan ibadah.
Antaranya adalah persoalan berkaitan dengan amalan manakah yang lebih baik, sama ada seorang wanita itu solat tarawih berjemaah di masjid atau solat bersendirian di rumah?
Sememangnya solat seorang wanita Muslimah itu lebih afdal dan lebh baik di rumahnya. Rasulullah telah bersabda:
Maksudnya: "Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di biliknya, dan solat di tempat tidurnya lebih baik daripada solat di rumahnya".
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai'idi, isteri kepada Abu Humaid RA datang bertemu Nabi SAW dan berkata:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: "Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu,
dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku"
Kemudian Ummu Humaid meminta dibangunkan baginya masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sampai bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla.
Kedua-dua hadis ini menunjukkan bahawa semakin tertutup tempat solat wanita itu dan semakin jauh dari percampuran dengan lelaki, maka tempat tersebut adalah tempat yang afdal untuk wanita menunaikan solat.
Walaubagaimanapun, ini bukan bermakna suatu larangan untuk wanita pergi ke masjid. Bahkan terdapat hadis lain yang melarang para lelaki daripada menghalang isteri-isteri mereka keluar ke masjid. Rasulullah SAW bersabda daripada Ibnu Umar RA:
Maksudnya: "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita pergi ke masjid-Nya" (Muttafaq Alaih)
Dan hadis ini terdapat sambungannya yang diriwayatkan oleh Abu Daud:
"…dan rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka"
Tempat yang terbaik bagi wanita adalah di rumah namun dalam masa yang sama, Islam tidak menghalang wanita untuk ke masjid.
Foto: newtrendmag
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa terdapat garis panduan atau syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh wanita Muslimah untuk keluar menghadiri solat tarawih di masjid. Antaranya adalah:
1. Menjaga aurat, tidak berhias-hias (tabarruj) dan memelihara pandangan
Allah SWT berfirman: "Dan katakanlah kepada paraperempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…" (Surah An-Nur: 31)
2. Tidak memakai wangi-wangian
"Janganlah kamu menegah wanita-wanitamu pergi ke masjid Allah. Dan hendaklah mereka keluar ke masjid tidak memakai wangi-wangian." (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
3. Mendapat keizinan suami
4. Tiada percampuran lelaki dan perempuan serta segera pulang ke rumah setelah selesai solat
Ummu Salamah RA menceritakan:
Foto: zawaj
Sekiranya syarat-syarat ini dipatuhi dan kehadiran seseorang wanita tersebut tidak menimbulkan fitnah, maka dibolehkan untuk mereka ke masjid dan berlumba-lumba mengumpul pahala lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
Dalam situasi tertentu, adalah digalakkan untuk wanita itu ke masjid sekiranya solat di masjid itu lebih meningkatkan kekhusyukan dan menambahkan penghayatan melalui bacaan imam apabila solat berjemaah berbanding apabila seseorang itu solat bersendirian di rumah.
Selain itu, apabila wanita ke masjid, banyak manfaat yang diperoleh jika mereka mengikuti pengisian dan ceramah agama. Perlu dipastikan juga agar ketiadaannya di rumah kerana pergi ke masjid tidak memberi kesan terhadap tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Betapa indahnya Islam apabila agama ini tidak memberatkan wanita untuk ke masjid kerana solatnya di rumah sudah cukup untuk mendapatkan ganjaran. Bagi wanita yang mempunyai anak-anak kecil, pastinya solat di rumah lebih memberi keselesaan.
Wanita juga tetap mendapat pahala seperti ke masjid walaupun tidak berkesempatan ke sana sekiranya mereka mendorong dan mempersiapkan para suami untuk ke masjid.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakannya." (Riwayat Muslim)
Dalam masa yang sama, tiada larangan untuk wanita ke masjid namun syarat-syarat yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi. Hakikatnya, solat tarawih adalah amalan sunat yang boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak semestinya dilakukan di masjid terutamanya bagi wanita.
Selamat merebut ganjaran kebaikan di bulan pesta ibadah yang bakal tiba! Wallahua'lam.
Ustazah Nur Fatin Halil
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:43 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pemilik bersama Lotus berkait dengan hartawan Syed Mokhtar
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Ekoran pembelian 51 peratus pegangan oleh pengeluar kereta Geely Automotive dalam British marque Group Lotus Plc, yang sebelum ini dimiliki oleh Proton, dilaporkan bahawa baki 49 peratus telah diperoleh oleh firma Malaysia yang kurang dikenali, Etika Automotive Sdn Bhd.
Bernama melaporkan Etika adalah milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary manakala theSun melaporkan bahawa Syed Mokhtar merupakan pemegang saham dalam Etika dan DRB-Hicom. Syed Mokhtar dikenali sebagai seorang yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengilhamkan penubuhan pengeluar kereta nasional, Proton.
Syed Mokhtar juga memiliki 55.2 peratus dalam DRB-Hicom, syarikat induk Proton, yang menjual 49.9 peratus kepentingannya kepada Geely.
Carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa walaupun Syed Mohktar tidak mengawal Etika secara langsung, dua daripada pemiliknya mempunyai hubungan yang rapat dengan hartawan berkenaan.
Dokumen CCM menunjukkan bahawa Etika ditubuhkan pada 9 Jun tahun lepas dengan modal berbayar RM2.
Perniagaan terasnya adalah pembuatan alat ganti kenderaan, enjin dan turbin.
Syarikat itu, yang didaftarkan di Bangsar, Kuala Lumpur, dimiliki oleh Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Azman Hanafi Abdullah, kedua-duanya juga berkhidmat sebagai pengarah syarikat itu.
Pemeriksaan dalam talian menunjukkan bahawa Mohammad Zainal merupakan pengarah di sekurang-kurangnya tiga syarikat berkaitan Syed Mokhtar, manakala Azman merupakan pengarah sebuah syarikat hartawan itu.
Mempunyai pengalaman yang luas dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Mohammad Zainal juga pernah berkhidmat di Khazanah Nasional dan Tenaga Nasional. Beliau adalah bekas ketua pegawai operasi Khazanah.
Pada masa ini, beliau adalah pengarah urusan kumpulan Tradewinds (M) Sdn Bhd, yang merupakan salah sebuah syarikat Syed Mokhtar yang terlibat dalam sektor pertanian, seperti pengeluaran gula dan beras serta perladangan kepala sawit.
Anak syarikatnya ialahBernas dan Sugar Refinery Central.
Oleh itu, Mohammad Zainal juga adalah ahli lembaga pengarah Bernas atas kapasitinya sebagai pengarah urusan Tradewinds.
Beliau juga telah dilantik sebagai pengarah NCB Holdings, yang merupakan anak syarikat MMC Corp, satu lagi syarikat utama dalam empayar perniagaan Syed Mohktar. Syarikat ini memberi tumpuan kepada bidang infrastruktur, pengurusan pelabuhan, transit aliran massa dan loji kuasa dan loji air melalui MMC Port Holdings Sdn Bhd dan Malakoff.
MMC Port Holdings mengawal NCB Holdings, yang merupakan operator utama Northport Klang, melalui pegangan 97.04 peratus.
Orang ke-10 terkaya di M'sia
Sementara itu, Azman adalah pengarah di Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd. Syarikat maritim itu dimiliki oleh Indra Cita Sdn Bhd, yang seterusnya dikawal oleh Syed Mohktar dan isterinya Puan Sri Sharifah Zarah Syed Kechik.
Ditubuhkan pada tahun 1991, Seaport Terminal mengendalikan operasi Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tg Bruas Melaka. Dokumen CCM menunjukkan Etika, Seaport Terminal dan Indra Cita berkongsi alamat pendaftaran yang sama di Bangsar.
Menurut Forbes, Syed Mohktar memiliki aset bernilai AS$1.8 bilion (RM7.74 bilion), dan menjadikannya orang ke-10 terkaya di Malaysia tahun ini.
Empayar perniagaan Syed Mokhtar telah dipelbagaikan meliputi penjanaan kuasa, beras, gula, bank, pelabuhan, perladangan dan pembuatan kereta melalui tiga syarikat utama - MMC, Tradewinds dan DRB-Hicom.
Pada tahun 2012, Syed Mokhtar membeli saham Proton daripada Khazanah melalui DRB-Hicom, dan kemudiannya menswastakan pengeluar kereta nasional itu.
Apa Yang Mahathir Hendak Tangisi? Bukankah Dia Yang Mulai Jumpa Geely Tahun 2014?
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Hairan. Kenapa Mahathir tangisi apabila termetarainya perjanjian di antara DRB-HICOM dengan Geely Holding Group?
Yang memiliki DRB-HICOM ialah Syed Mokhtar. Syed Mokhtar dikenali sebagai di antara kroni Mahathir. DRB-HICOM diserahkan kepada Syed Mokhtar apabila Arwah Yahya Ahmad meninggal akibat jatuh helikopter. Semua itu zaman Mahathir.
Sekarang ini, apabila DRB-HICOM sebagai pemilik Proton, menjual sebahagian sahamnya kepada syarikat China itu Mahathir menangis.
Rundingan untuk kerjasama di antara syarikat China itu dimulai oleh Mahathir sendiri. Mahathir sendiri bersama Syed Mokhtar yang pergi ke China, pada April 2014, untuk berunding dengan Geely. Bukannya Geely yang datang ke Malaysia runding untuk beli. Mahathir sudah LUPA?
Portal Nikkei Asia Review melaporkan (13 June 2014) bahawa Mahathir sendiri yang hendak usahasama dengan China tanpa bantuan kerajaan. Saya ulang "tanpa bantuan kerajaan."
Mahathir appears determined to go without government help … flew to China with Syed Mokhtar Al-Bukhary … met with Chinese political and business leaders … started crafting a partnership deal between Proton and Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group.
Habis sekarang siapa yang Mahathir hendak salahkan?
......
https://akarimomar.wordpress.com/
Proton Bayar RM 7 Bilion Kepada Anak Saudara Tun Mahathir
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
1. Sebanyak 3.6 juta buah kereta telah berjaya dijual oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) sejak 1985.
2. Kenapa tahun 1985 ini penting kepada kita? Ini kerana pada tahun tersebutlah Proton telah melantik Jurumuda Sdn Bhd sebagai syarikat tunggal membekalkan "anti-rust&quo
3. Difahamkan Proton perlu membayar RM 2,000 - 5,000 untuk kepada Jurumuda Sdn Bhd untuk pemasangan "rust proofing" sebuah kereta. Jika diambil kiraan "cincai" RM 2,000 x 3.6 juta buah kereta terjual ia sudah mencecah RM 7.2 bilion. Ini belum termasuk berapa banyak kereta Proton yang tidak terjual sebelum ini.
Siapa Di Belakang Jurumuda Sdn Bhd?
4. Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Yasmeen Holding yang diketahui ramai milik anak saudara Tun Mahathir, Dato' Paduka Rahmat Abu Bakar.
5. Inilah sebab utama Tun Dr Mahathir Mohamad sering mempertahankan kepentingan Proton sebagai satu ikon kebangsaan dan sentiasa berusaha mengagalkan usaha Proton mendapatkan rakan strategik luar negara.
6. Tun Mahathir tahu sekiranya Proton mendapat rakan strategik luar negara kemungkinan besar vendor juga akan bertukar berdasarkan kemapuan menawarkan harga yang kompetitif, bukan lagi harga suka suki keluarga beliau.
- Socrates
Ramai Salah Faham? Apa Sebenarnya Terjadi Apabila Hampir Separuh Saham Proton Dijual Kepada Geely
siakapkeli.my
Sejek dua tiga hari ini memang menjadi isu kes pengeluar kereta nasional negara Proton yang telah menjual 49.9 % sahamnya kepada pihak Geely Automobile Holdings Ltd dari China.
Berita ini nampaknya telah memberi kesan kepada sesetengah rakyat Malaysia di mana mereka risau dengan keadaan ini kerana katanya China sudah memiliki Proton.
Sebenarnya perkara ini adalah biasa dalam industri berkenaan dan ia sudah pun terjadi sebelum ini dan terjadi kepada syarikat-syarikat kereta besar ternama dunia.
Jom baca penerangan dari Ayman Rashdan Wong ini.
PROTON DI TANGAN CHINA?
Sebilangan orang kita senang dipancing. Letak sahaja tajuk "China
Kecelaruan minda berlaku apabila media tidak profesional dalam mengguna istilah ekonomi dan perniagaan, dan pembaca tidak kritikal terhadap maklumat yang diterima.
Ada beza antara "merger"
"Merger" itu penggabungan dua syarikat untuk membentuk syarikat yang baru. Contoh "merger" adalah seperti DaimlerChrysler hasil penggabungan Daimler (Jerman) dan Chrysler (Amerika).
"Acquisition&q
"Strategic alliance" (rakan kongsi) merujuk kepada kerjasama antara dua syarikat, contohnya seperti kerjasama Nissan (Jepun) dan Renault (Perancis) di mana Renault mempunyai 44% pegangan saham dalam Nissan.
"Joint venture" (JV) pula merujuk kepada projek/entiti berasingan yang diusahasama oleh dua syarikat yang mempunyai hubungan rakan kongsi, misalnya Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. yang diwujudkan secara bersama oleh Daihatsu (Jepun) dan Perodua (Malaysia). Selalunya saham JV dibahagikan 50:50.
Geely hanya "acquire stake" dalam Proton, bukan "acquire" Proton. Dua istilah yang berbeza membawa konotasi yang cukup berbeza. Proton tidak dimiliki Geely. Menurut perjanjian, hubungan Proton dan Geely adalah rakan kongsi untuk mewujudkan JV. Proton masih pemegang saham majoriti (50.1%) yang berkuasa dalam pengurusan. Macam mana pula boleh kata Proton di tangan Geely?
Kalau nak meroyan pun, meroyanlah dekat orang yang betul. Kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) sudah lama "divest" dari Proton. Proton sekarang dimiliki oleh DRB-HICOM yang dimiliki oleh Etika Strategi Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pergilah mengadu.
Bukan tak boleh soal, tapi nak menyoal pun kena bijak, misalnya tanyalah apakah impak perjanjian ke atas industri rantaian tempatan seperti alat ganti. Bukan main sebut "jual" "jual" "jual" sahaja.
Sedangkan media memainkan isu jual beli, perjanjian tersebut menyasarkan pengeluaran 500,000 kenderaan menjelang tahun 2020, peluang bagi Proton untuk "rebadge" kereta Volvo dan peluang Proton untuk menembusi pasaran China. Itu semua bakal menaikkan semula jenama Proton.
Kalau nak kaitkan dengan keselamatan negara, Geely ini tiada kena mengena dengan kerajaan China. Geely adalah antara syarikat yang jarang ("rare"
Proton sendiri merupakan hasil hubungan rakan kongsi antara Proton dan Mitsubishi Motors (30% pegangan saham pada tahun 1983). Tak dengar pula orang kata jual negara ke Jepun. Sebab waktu itu media dikawal rapi, kita hanya cakap yang baik-baik sahaja tentang Jepun, bersama-sama pandang ke Timur, walaupun di Amerika pun orang sudah risau tentang kuasa ekonomi Jepun.
Bukan tak boleh jadi nasionalis atau proteksionis, boleh. Jangan risau, Proton masih jenama negara dan masih dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan bakal dihidupkan kembali sebagai jenama yang disegani.
- Siakapkeli.my
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, May 25, 2017 10:22 PM
Subject: Fw: Proton Lepaskan Lotus Dan Jual Kepada Geely
Proton Lepaskan Lotus Dan Jual 49.9% Saham Proton Kepada Geely China
siakapkeli.my
PUTRAJAYA: DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hari ini telah mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) untuk pembelian 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton), lapor The Star.
Kedua-dua syarikat berkenaan telah menandatangani perjanjian pembelian saham Proton sambil disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini..
Berdasarkan perjanji itu dilaporkan proton mendapat akses pelbagai platform dan enjin di bawah Geely dengan menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk liputan kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.
Dalam perjanjian itu juga, Proton akan melepaskan semua pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta ternama dari Britain, Lotus, kepada Geely, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam segmen kereta sport.
Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad dalam bulan Julai 2017.
Dengan penjualan saham itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Swedentelah menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.
Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.
"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:44 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
APM Tangkap Harimau Dahan Dipercayai Baham Anjing, Anak Berjaya Lepaskan Diri
siakapkeli.my
TANAH MERAH 24 Mei - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tanah Merah berjaya menangkap seekor harimau dahan betina seberat 50kg di Ladang Kerilla petang tadi, lapor Utusan Online.
Menurut Pegawai Operasi APM, Leftenan (PA) Mohd. Fadli Hassan, harimau yang ditangkap itu dipercayai telah membaham seekor anjing penduduk tempatan semalam.
Kata beliau lagi, tiga anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menjinakkan haiwan tersebut.
"Kami menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran harimau itu daripada pengurusan ladang kira-kira pukul 11.18 pagi dan sampai di tempat kejadian pada pukul 12 tengah hari.
"Apabila sampai di tempat kejadian, anggota kami telah mengenalpasti seekor harimau dahan yang disangkakan musang oleh penduduk sebelum ini," katanya di sini hari ini.
Difahamkan, ketika APM tiba di tempat kejadian, haiwan tersebut sedang bersembunyi di dalam saluran pembetung sepanjang kira-kira enam meter dan mendapati ada seekor lagi anak harimau di situ.
"Anggota kami terpaksa memecahkan satu daripada empat saluran pembetung itu sebelum berjaya memerangkap serta menangkap harimau ini dan pada masa yang sama anggota terbabit mendapati ada seekor lagi anak harimau di situ.
"Bagaimanapun anak harimau ini berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang kerana pasukan operasi tidak menyedari harimau berkenaan bersama anaknya," katanya.
Tambahnya, berdasarkan maklumat awam, haiwan itu dipercayai berkeliaran di kawasan estet berkenaan sejak seminggu lalu.
"Harimau ini juga dipercayai menyerang seekor anjing penduduk di ladang itu dalam kejadian malam tadi." katanya.
"Haiwan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," tambah beliau lagi.
Sumber: Utusan Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:44 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Buat Rakan Yang Bukan Islam, Ini Serba Sedikit Penjelasan Ringkas Akan Bulan Puasa Yang Kami (Muslim) Tunaikan
siakapkeli.my
Foto: thenewstribe
Sudah pasti apabila tiba bulan Ramadan ada di antara rakan-rakan bukan Islam kita yang turut sama berpuasa, bagi menghormati dan merasai bagaimana berpuasa sepanjang hari.
Dalam pada itu juga, mungkin ada yang bertanya serba sedikit rukun islam ke-3, iaitu puasa yang kita sedang tunaikan.
Kita mungkin sedikit keliru dalam menyempaikan jawapan bagi persoalan mereka tersebut, untuk memastikan mereka faham, dengan penjelasan yang mudah.
Menerusi perkongsian dari saudara Khairul Hakimin Muhamad ini, dengan beberapa cara memberi jawapan ini, ia mungkin sedikit sebanyak memberi kefahaman buat mereka akan puasa ini.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Foto: moroccoworldnews
Buat Kawan-Kawan Bukan Islam (Non-Muslim)
Pada setiap tahun, kami (muslim) akan berpuasa selama satu bulan penuh. Ia bermula apabila ada pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang biasanya dibuat serentak di stesen TV dan Radio.
Dijangkakan tahun ini kami semua akan berpuasa bermula dari 27hb Mei sehingga 24hb Jun 2017. Dan ia serentak berlaku di seluruh dunia.
Untuk bulan puasa, biasanya kami akan:
1. Tidak makan dan minum sepanjang waktu bekerja biasa (8.00 pagi hingga 5.30 petang). Kami sudah pun mengambil sahur (makan awal pagi sekitar jam 5.00 pagi) kemudian akan berbuka puasa (makan kembali) pada jam sekitar 7.00 petang / malam.
Jadi ada kemungkinan kami akan penat dan lapar. Bagi yang bekerja berat, ia sememangnya sebuah ujian. Harapnya kalian faham ya.
2. Sekiranya ada mesyuarat, tidak menjadi masalah untuk sediakan minuman dan makanan kepada rakan bukan Islam yang lain.
3. Kami juga biasanya akan banyak menghabiskan masa lapang dengan membaca Al-Quran yang mana itu merupakan kitab suci umat Islam di seluruh dunia.
4. Pada waktu petang, sekitar jam 3.00 petang ke atas, akan ada bazar atau pasar di kawasan-kawasan perumahan dan bandar. Ia dinamakan sebagai Bazar Ramadan.
Kalian juga boleh memeriahkannya dengan membeli lauk pauk, makanan dan minuman seperti kami untuk berbuka puasa.
Seperti biasa, parkinglah dalam keadaan yang baik supaya semua orang selesa.
Oh ya, biasanya pada bulan ini, banyak syarikat membenarkan kami pulang sedikit awal dari waktu biasa. Ia untuk kami mengambil sedikit rehat dan menyediakan juadah berbuka.
Foto: alarabiya
5. Pada waktu malam, kami akan banyak memenuhi masjid dan surau kerana pada setiap bulan puasa ini datang, maka akan ada sembahyang yang dinamakan sebagai solat sunat terawih. Oleh yang demikian, kenderaan parking akan memenuhi ruang tepi kiri dan kanan masjid atau surau.
6. Sekiranya kalian ingin makan atau minum pada waktu kerja, silakan. Tak perlu malu atau segan di hadapan kami semua.
7. Sekiranya kalian ingin cuba berpuasa, kalian boleh tanyakan kepada kawan rapat atau teman sekerja yang berhampiran dengan kalian ya. Cuba perlahan-lahan.
8. Selepas berpuasa selama 1 bulan, kami semua akan menyambut kejayaan tersebut dengan hari raya. Hari tersebut, kami semua tidak lagi berpuasa.
Terima kasih kerana menghormati dan menyantuni kami ya.
Khairul Hakimin Muhammad,
Malaysian.
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:45 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Identiti Pakcik Yang Tampar Mejar Zaidi Terdedah.
bloglist-malaysia.
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Tular satu penulisan yang menjelaskan kononnya Mejar Zaidi ditampar kerana melakukan provokasi dan ganguan fizikal. Tulisan itu juga mengkritik Hannah Yeoh dan DAP kerana mengaitkan kumpulan yang berdemo sebagai pro kepada PAS dan UMNO.
Babi, lembu yang ditujukan pada orang bukan kata-kata kesat rupanya.
Bagaimanapun, individu yang mengakui menampar Mejar Zaidi memberitahu perkara yang sebaliknya kepada pihak media.
Mejar Zaidi, menurut individu tersebut, bersikap kurang ajar dan membuat provokasi hingga menyebabkan beliau diserang.
Tiada ganguan fizikal dilaporkan berlaku namun Mejar Zaidi diserang kerana mengatakan sesuatu kepada Ustaz Hafiz Nordin.
Kenyataan individu tersebut dipetik dari portal berita Harian Metro.
"DIA (Zaidi) tidak perlu jadi kurang ajar dan membuat provokasi sebegitu... saya memang berang dan terus menampar mukanya," katanya.
Ramly Mad Ismail, 64, ketika ditemui turut berkata, kehadiran mereka untuk mengadakan perhimpunan secara aman selepas solat Jumaat bagi membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa.
Menurutnya lagi, beliau hadir bersama beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganggotai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) dan Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM).
Katanya ketika kejadian, Pengerusi JMPP, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin sedang memberi ucapan dan secara tiba-tiba datang lelaki yang tidak dikenalinya dari arah belakang dan mengeluarkan satu kenyataan terhadap Mohamed Hafiz.
"Kami datang bukannya nak gaduh dengan sesiapa tetapi sikap dia sudah cukup melampau dan biadap. Kami akan mengadakan perbincangan sama ada akan membuat laporan polis atau sebaliknya," katanya lagi dalam petikan temubual itu.
Kumpulan mahu Guan Eng dilarang berbuka puasa kecuali masuk Islam
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah apa yang didakwanya campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP dalam urusan fatwa, sambil berkata ketua menteri Lim Guan Eng perlu dilarang hadir majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.
Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin berkata sekiranya Lim mahu turut serta dalam acara berbuka puasa, beliau perlu masuk Islam.
"Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.
"Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita," katanya disambut pelbagai sorakan mencemuh Guan Eng oleh kira-kira 50 orang di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister di sini.
"Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam," katanya.
Mereka yang hadir turut mengangkat sepanduk mengutuk Lim dan ahli tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man.
"Kamu bakar mercun, ada kami kacau. Pasal apa kacau agama kami?" soalnya.
Mereka turut menyeru Salleh berpindah kedudukan kerusinya dalam DUN Pulau Pinang ke bahagian pembangkang bersama Adun BN, memandangkan parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.
Tuduhan kerajaan negeri campur tangan urusan fatwa pertama kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa negeri perlu disetujui exco kerajaan negeri diketuai Lim.
Tuduhan itu dinafikan kerajaan negeri.
Afnan berkata fatwa hanya perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan kerajaan negeri tidak berhak memberi pandangannya.
Perhimpunan hari ini juga kecoh seketika apabila pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, dikepung beberapa lelaki ketika beliau memerhatikan protes itu.
Saksi berkata beliau ditampar.
Beberapa orang turut mengherdik Zaidi sambil memanggilnya "lembu dan barua DAP".
Zaidi, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat mejar yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana mendakwa penipuan pilihan raya, menyifatkan tuduhan yang dibuat Hafiz sebagai pembohongan.
Hafiz ketika ditemui menuduh Zaidi cuba membuat provokasi terhadap penyokongnya.
"Zaidi kata saya bohong. Dia membuat provokasi," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun May 28, 2017 8:45 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bonus Raya Penjawat Awam RM1000?
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar kerajaan memberi bonus raya sekurang-kurangnya RM1,000.
Menurut laporan Malaymail yang memetik laporan Utusan Malasia, Ceupacs betkata jumlah itu boleh "memberi kelegaan" kepada 1.6 juta penjawat awam yang akan menyambut hari raya pada bulan hadapan.
"Saya akan berjumpa dengan pihak kerajaan untuk menyampaikan hasrat Cuepacs," kata presidennya Datuk Azih Muda.
Beliau juga menafikan kerajaan akan memberikan bonus RM500, seperti lazim, seperti teresebar kerana jumlah tahun ini masih belum ditetapkan.
"Namun kita masih belum memutuskan kadar bonus itu tetapi kita berharap jumlahnya […] sekurang-kurangnya RM1,000," kata Azih lagi.
CUEPACS Mohon Bonus Raya Penjawat Awam Ditingkat Kepada RM1,000
siakapkeli.my
23 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon agar kerajaan mempertimbangkan pembrian bonus sekurang-kurangnya RM1,000 kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri ini.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, peningkatan jumlah imbuhan itu diyakini dapat memberi kelegaan kepada golongan penjawat awam terutama dalam berhadapan kos hidup yang meningkat dan harga barang yang tak terkawal.
Katanya, perbincangan lanjut mengenai permohonan itu dijangka diadakan dengan pihak kerajaan dalam waktu terdekat sekali gus beliau menafikan laporan yang tular beberapa hari lalu mengenai pemberian bonus sebanyak RM500 pada tahun ini.
"Saya akan berjumpa dengan pihak kerajaan untuk menyampaikan hasrat CUEPACS, namun kita masih belum memutuskan kadar bonus itu tetapi kita berharap jumlahnya kelak akan lebih baik berbanding tahun-tahun lalu atau sekurang-kurangnya RM1,000," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.
Sumber: Utusan Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment