8 Messages
Digest #4730
Messages
Tue May 9, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Penjaja Melayu kena halau, kedai judi sebelah Pejabat MPK dibiarkan
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
SELEPAS aku tulis artikel tentang gerai kuih milik penjaja Melayu di kampung Sri Baharom Rengit, Batu Pahat kena angkut dan dirampas oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) semalam,
Aku dihubungi oleh salah seorang sahabat pembaca dari Kuantan Pahang tentang isu yang sama namun lebih panas lagi.
Sahabat kita ini mendedahkan bagaimana warung jual makanan milik penjaja Melayu dirampas oleh Majlis Perbandaran Kuantan, (MPK), namun kedai judi haram dibiarkan beroperasi meskipun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat MPK.
Rujuk bukti-bukti di bawah ini:
Seorang penjaja Melayu bernama Norhashimah Othman mengirimkan video yang dirakam olehnya menunjukkan bagaimana warung menjual Nasi Dalca miliknya dirampas oleh MPK.
"Di mana hak orang Melayu mencari rezeki yang halal pun ditindas, kedai Nasi Dalca di Bukit Beserah tidak ada mengganggu sesiapa pun untuk berniaga, Itu pun ada yang sakit hati dan mata, dah ada lesen pun dibatalkan perkhidmatan, di mana akan aku cari rezeki, mata pencarian serta periuk nasi ku ditutup," tulis Norhashimah mengirim video tersebut di group Komuniti Kuantan di Facebook.
Namun ironinya, kedai judi haram masih boleh terus beroperasi malah diketahui umum oleh penduduk Kuantan walaupun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Tanya sajalah kepada orang-orang yang tinggal di Kuantan, siapa yang tidak tahu lokasi kedai judi ini, yang terletak dalam bangunan di depan Kuantan Parade.
Kedai ini turut menjadi punca keretakan rumah tangga penduduk setempat akibat ramai para suami yang lalai menghabiskan duit berjudi di sini.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/penjaja-melayu-kena-halau-kedai-judi.html#ixzz4gaGANTWh
Penduduk berang MPBP rampas gerai kuih Melayu di kawasan kampung
milosuam.net
SEBELUM ini kita dikejutkan dengan berita lelaki larikan lori milik Majlis Bandaran Pulau Pinang, kerana tidak mahu barang-barang di gerainya dirampas oleh pihak berkuasa.
Kali ini gerai milik penjaja Melayu pula dikatakan telah diserbu dan diangkut oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Perkara itu mengundang kemarahan penduduk kampung yang mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut memandangkan ia berada di kawasan kampung.
Gerai yang terletak di Kampung Sri Baharom, Rengit Batu Pahat itu dikatakan dimiliki oleh penjaja Melayu yang hanya menjual air kelapa dan sedikit kuih muih bagi menampung berbelanjaan sekolah anak-anak.
Hussein Ismail yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian mengirim gambar bagaimana gerai tersebut diangkut masuk ke dalam lori milik MPBP melalui akaun facebooknya.
"Pihak MPBP tolong jawab kenapa buat peniaga Melayu begini sedangkan mereka berniaga di kawasan kampung," soal Hussien.
Kiriman itu turut menerima pelbagai respon daripada penduduk kampung yang turut meninggalkan komen dalam kiriman yang sama.
Ada yang turut mempersoalkan mengapa kedai judi haram tidak jauh daripada lokasi tersebut tidak diserbu.
Selain itu ada juga penduduk yang mendakwa terdapat bangsa asing yang berniaga sampai mengakibatkan kesesakan jalan namun tiada tindakan diambil.
Sebenarnya kisah penjaja Melayu yang dikenakan tindakan di kawasan Batu Pahat ini bukanlah perkara terpencil, malah ia sering berlaku.
Bezanya oleh kerana kejadian ini tidak berlaku di Pulau Pinang maka ia takkan dilaporkan di dalam TV3 sebab tak boleh nak salahkan cina DAP.
Negeri ditadbir oleh BN bila peniaga Melayu kena tindas pergi lantaklah dengan peniaga itu, sebab BN hanya sebuk dengan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan sahaja.
Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/penduduk-berang-mpbp-rampas-gerai-kuih.html#ixzz4gaGNbkb6
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 9, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail. Bintang sukan permotoran negara, Norizman Ismail, 32, sempat memberi pesanan akhir kepada isterinya supaya menghantar anak sulung mereka belajar di sekolah tahfiz.
Norizman, yang juga pelumba Yamaha ONEXOX TKKR Racing memberitahu perkara itu kepada isterinya, Nurul Aida Adha Radhuan, 27, sehari sebelum maut dalam kemalangan di litar perlumbaan Bandar Baru Kijal, petang kelmarin.
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail. Nurul Aida berkata, dia agak terkejut ketika suaminya menyuruhnya hantar anak mereka, Muhammmad Rizman Irfan Norizman, 7, ke sekolah tahfiz kerana sebelum ini Allahyarham hanya mahu anak mereka bersekolah aliran biasa.
"Walaupun terkejut sebab arwah ubah fikiran secara tiba-tiba, tapi saya sangat setuju dengan permintaannya demi masa depan anak kami juga.
"Arwah juga ada tunjuk sikit perubahan sikap dua minggu lalu," katanya yang tidak menyangka kelainan sikap itu petanda suaminya pergi buat selamanya.
Pada perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017, Nurul Aida bersama anak-anaknya turut datang menemani Allahyarham Nurizman.
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail
Nurul Aida berkata, ketika kemalangan menimpa suaminya, dia bersama tiga anak mereka berada di tempat penginapan mereka di sebuah hotel di bandar Chukai.
Katanya, dia mengetahui suaminya terlibat dalam kemalangan selepas menerima panggilan telefon daripada rakan Allahyarham, kira-kira jam 4 petang.
"Arwah suami juga dah janji nak bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran di bandar Chukai lepas jalani sesi ujian masa," katanya yang reda dengan ketentuan Tuhan.
Proses bedah siasat ke atas mayat mangsa dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Pesanan Akhir Arwah Norizman Ismail. Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan untuk dikebumikan. - sinar
Pelumba Cub Prix, Norizman Ismail, Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan Ketika Sesi Ujian Masa
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Penunggang Cub Prix, Norizman Ismail meninggal dunia selepas dia terlibat dalam kemalangan ketika sesi ujian masa CP150 dalam kejadian di Bandar Baru Kijal, Kemaman
Norizman, 32, disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 4.50 petang tadi.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Cub Prix berkata, Norizman terjatuh ketika berada di selekoh satu.
"Norizman terjatuh di selekoh 1. Marshal dan paramedik melakukan rawatan segera manakala bendera merah dikibarkan pada 3.52 petang untuk menamatkan sesi latihan.
"Jam 3.55 petang Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh. Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.
"Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang, hari Jumaat, 5 Mei 2017," kata kenyataan itu.
Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.
Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.
Sumber: FB Malaysian Cub Prix
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 9, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Hujan Lebat, Abang Bomba Selamatkan 6 Pemotong Rumput Yang Terkandas Bersama Seekor Kucing
siakapkeli.my
Abang bomba memang terkenal sebagai penjawat awam yang memang banyak membantu dalam masalah seharian orang awam.
Terbaru, abang bomba berjaya menyelamatkan beberapa orang pemotong rumput yang terkandas di terowong.
Kejadian itu berjaya dirakam oleh pengguna Facebook, Matdawi Kalew, yang memuat naik gambar yang diambilnya ke media sosial itu.
"Hala Bangi lalu SKVE tengok ada bomba buat kerja. Ingatkan ada kemalangan ke moto jatuh gaung ke. Sekali, diorang cakap pekerja SIERRA yangg kat SKVE tu (terkandas).
"Pada mulanya, diorang kerja potong rumput bersihkan longkang. Petang semalam hujan lebat selebat-lebatnya. Jadi diorang berteduh di bawah (jambatan) tu. Sekali kepala air dah datang, terus tak boleh naik," kata Matdawi
Tetapi, selain pekerja-pekerja terbabit, bomba turut menemui seekor kucing yang diselamatkan oleh pemotong-pemotong rumput berkenaan.
"Mereka selamat selepas bomba datang. Yang buat saya tersentuh hati, ada seorang (pekerja) tu dia selamatkan seekor kucing. Memang orang tengok kerja mereka kotor, tak macam orang lain. Tapi dalam hati mereka bersih dan ada perasaan penyayang." tulis Matdawi.
Tonton video kejadian di bawah.
Sumber: FB Matdawi Kalew
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Tue May 9, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
'Persetankan' pihak cemburu dengan S'gor, kata Azmin
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Malaysiakini
a.. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta rakyat di negeri itu agar 'persetankan' pihak yang mengadu domba mengenai kestabilan politik di Selangor.
Malah, Azmin yang juga timbalan presiden PKR memberi jaminan bahawa pentadbiran kerajaan negeri itu akan kekal stabil dan utuh demi kesejahteraan rakyat negeri itu.
"Kita 'persetankan' yang mabuk mencari publisti dan populariti murahan, mana-mana pihak temasuk individu atau kumpulan, yang cuba khianati amanah ini akan kita perangi habis-habisan dalam negeri Selangor.
"Kita akan terus fokus menggalas amanah ini, demi memberi perkhidmatan terbaik," kata Azmin ketika berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2017 di Shah Alam, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam catatan di blognya baru-baru ini berkata, konflik dalaman dan perpecahan dalam pakatan pembangkang tidak baik untuk pembangunan negara yang memerlukan kestabilan politik
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, May 03, 2017 10:07 PM
Subject: Fw: DAP bakal hilang kuasa di Selangor
INI BUKTI PAS TIDAK AKAN PERNAH SAMA DENGAN PARTI POLITIK DALAM PAKATAN HARAPAN.
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
DAP bakal hilang kuasa di Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Berita Daily Staff
Jika Lim Guan Eng menyifatkan PAS tersesat jalan, DAP akan turut kehilangan kuasa sebagai sebahagian dari pentadbir kerajaan negeri selangor seandainya berlaku perubahan mengejut terhadap kepimpinan kerajaan negeri
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmat Ishak berkata keputusan yang diambil oleh PAS untuk memutuskan kerjasama dengan PKR bakal mengakibatkan DAP kehilangan kuasanya di Selangor.
Katanya, DAP juga akan terkesan kerana berada di dalam pentadbiran negeri Selangor sekiranya berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Jika Majlis Syura PAS meluluskan keputusan Muktamar yang secara sebulat suara tanpa perbahasan untuk memutuskan perhubungan tahaluf siyasi dengan PKR ini bermakna parti DAP bakal berdepan dengan jalan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor seandainya berlaku pembubaran DUN mahupun perubahan kerajaan negeri.
"Justeru itu kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan Lim Guan Eng bahawa PAS telah "tersesat jalan" dalam tindakan parti berkenaan bakal memakan diri sehingga akibat tindakan sesat jalan berkenaanlah berkemungkinan DAP akan turut kehilangan kuasa sebagai sebahagian dari pentadbir kerajaan negeri selangor seandainya berlaku perubahan mengejut terhadap kepimpinan kerajaan negeri mahupun terpaksa mendapatkan mandat baharu dari rakyat selangor melalui pilihan raya negeri (PRN)," katanya menerusi kenyataan media.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa tindakan mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membuktikan parti itu 'sesat dalam berpolitik' selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Jelas Rahmat lagi, tidak dapat dinafikan bahawa Selangor yang kini dipimpin oleh PKR dan DAP bergantung dengan PAS yang menyumbangkan 13 kerusi DUN.
"Talian hayat" pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR pada ketika ini adalah bergantung kepada parti PAS yang pada prinsip rasionalnya sudah tidak mempunyai sebarang hubungan politik malah dari sudut teori kerajaan Pakatan Harapan Selongor secara tidak rasminya sedang dan bakal menghadapi defisit kehilangan 13 kerusi DUN," ujarnnya.
Rahmat dalam pada itu yakin PAS tidak akan mengubah keputusan yang telah di ambil pada muktamar baru-baru ini yang pada akhirnya akan turut menjejaskan DAP.
"Pihak kami percaya bahawa kepimpinan parti PAS akan berpegang kepada agenda islam serta maruah parti sebagai keutamaan dan bukannya mempertahankan soal kuasa politik yang dibina bersama "rakan kongsi lama" termasuk DAP apabila tahaluf siyasi tidak lagi berperanan serta berkesan," tambahnya.
4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru di Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang
SHAH ALAM, 30 April: Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu depan bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.
Menurut Azmin, hasil perbincangan akan diumumkan kelak memandangkan secara teknikal, jika Pas betul-betul keluar daripada Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat bakal hilang kuasa kerana kerajaan Selangor tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Untuk rekod Nizar Jamaluddin Bekas Menteri Besar Perak dan kerajaan pakatan Perak hanya bertahan hampir 13 bulan selepas itu tumbang.
Menurut sumber yang rapat dengan Menteri Besar itu, Azmin kini semakin resah berhadapan krisis kepimpinan Selangor sekarang bagi mengelakkannya sebagai ketua kerajaan negeri paling singkat memegang kuasa berbanding Nizar Jamaluddin di Perak. 'Perang' antara Pas, PAN, PKR, dan DAP kerana jika gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang
Azmin turut berhadapan dengan tekanan dalam PKR antara Kem Presiden dan Timbalan Presiden. Isu rasuah dikalangan Kem Timbalan Presiden PKR seperti Zuraida, Adam Rosly, Hilman Pegawai Azmin yang terus diganyang oleh Rafizi Ramli Naib Presiden PKR selain berkonflik dengan 'lebai' PAS.
Sumber juga mendedahkan terdapat 4 orang ADUN PKR telah mengadap Tuanku Sultan Selangor berhubung hasrat mereka beralih arah untuk menyokong kerajaan majoriti yang baru. Dijangka beberapa orang lagi akan berbuat demikian. Walaupun ada desas-desus berkata Azmin dan PKR cuba membeli beberapa orang pemimpin PAS Selangor untuk melompat ke Parti Amanah Negara (PAN).
Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor. Azmin goyang.
Azmin tiada pilihan selain perlu bertindak segera sebelum kehilangan jawatan Menteri Besar. Berunding atau membubarkan DUN Selangor lebih awal.
Idea pembubaran DUN Selangor lebih awal bukan baru malah sebelum PRU13 Kerajaan Selangor kerajaan dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pernah ada cadangan untuk pilihanraya awal negeri.
Menurut sumber jika kemelut berlarutan Azmin hampir pasti mengambil langkah bubar DUN dalam tempoh terdekat atau bakal hilang segalanya. Kebimbangan Azmin ialah jika Tuanku Sultan Selangor tidak mahu membubarkan sidang Dun Selangor sebagaimana yang berlaku di negeri Perak.
Menurut sumber 4 ADUN PKR yang lompat parti amat yakin kerajaan campuran baru akan terbentuk selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.
Krisis MB Selangor Berulang?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin
Krisis MB Selangor Berulang? Hasrat Pas untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dipercayai akan menyebabkan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor dua tahun lalu bakal berulang.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sekiranya berlaku krisis dalam Kerajaan Selangor, ia sememangnya dijangka kerana antara parti komponen dalam Pakatan Harapan masih membawa hala tuju masing-masing.
Krisis MB Selangor Berulang? "Pakatan Harapan mampu terajui kepimpinan Kerajaan Selangor tetapi tidak mampu berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 23 September 2014.
Abdul Khalid dikritik oleh pemimpin daripada Pakatan Rakyat sendiri, berhubung kerjasama dengan BN. Selaku Menteri Besar, beliau dikritik kerana masalah bekalan air mentah, masalah sampah, Kidex dan sebagainya.
Krisis MB Selangor Berulang?
Menurut Presiden MCA itu lagi, partinya tidak menghadapi masalah calon kerana dari dulu lagi calon-calon yang berpotensi sudah dikenal pasti dengan kerap turun padang bersama rakyat di kawasan masing-masing.
"MCA sudah ada senarai calon yang lengkap untuk hadapi pilihan raya di Selangor sebaik sahaja ia dibubarkan pada bila-bila masa," kata Tiong Lai seperti dilaporkan dalam Nanyang Siang Pau.
Krisis MB Selangor Berulang? Muktamar Pas ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan. - sinar
Istana Selangor menunggu ketibaan adun lompat, hingga semalam percubaan Azmin mengadap Sultan Selangor gagal
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Mohd Sulaiman
DYMM SULTAN SELANGOR
Sejumlah 4 campur 2 ADUN PKR dan DAP dijangka menuggu masa yang sesuai untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi menyatakan pendirian sebenar mereka.
MB Azmin Ali telah membatalkan Lawatannya ke negara-negara Eropah seperti Jerman, Perancis, Switzerland, Turki dan London dalam kerangka lawatan sambil bercuti.
Semasa 2 ADUN PKR di Perak melompat dahulu, mereka datang ke Istana Perak bertemu DYMM Sultan Perak untuk menandatangani ikrar menubuhkan Kerajaan baru. Perkara yang sama sedang berlaku di Selangor.
Seluruh rakyat Selangor menanti penuh debar episod ini. Dr. Tan Seng Giaw yang kini mesra BN sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan termasuk dipecat oleh Lim Kit Siang. Mantan MB TS Khalid Ibrahim yang mesra PAS dijangka menjadi MB semula atas tiket PAS.
Sehingga semalam percubaan Azmin Ali untuk mengadap DYMM Sultan Selangor masih tidak kesampaian. Episod MB Azmin Ali dimurkai Sultan Selangor semasa insiden merampas jawatan MB Selangor daripada TS Khalid masih segar. Begitu juga insiden belanja membazir di Yayasan Selangor. Kemurkaan Sultan Selangor masih tidak dapat diubati oleh MB Azmin. Mereka pernah berbulan tidak bertegur sapa.
Sehingga semalam Azmin Ali memujuk ADUN PKR dan DAP yang hendak melompat dengan menawarkan jawatan dan wang ringgit. Azmin Ali ada satu sahaja opsyen, membubarkan DUN Selangor atau Kerajaan Selangor bertukar tangan. Sehingga semalam Azmin masih gagal mengadap Sultan Selangor.
Bersambung berita selanjutnya dari Istana Selangor... Artikel sebelum:
http://mymassa.blogspot.my/2017/04/rakyat-selangor-minta-tangguh-pru14.html
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 9, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Merokok: Denda serta merta bermula 1 Jun
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
Kuala Lumpur: Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta selepas tamat tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, langkah itu susulan daripada pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.
"Sebelum 1 Jun ini, kita mengambil pendekatan memberi kesedaran dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran.
"Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250," katanya selepas menghadiri Program Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Taman Botanikal, di sini, hari ini.
Menurutnya, sepanjang bulan ini, sebanyak 47 notis amaran dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada individu yang melakukan kesalahan merokok di taman awam.-M/Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 9, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bank Tersilap Masuk Wang RM 100,000 Dalam Akaun Peribadi Peniaga Kedai Kopi di Kedah
siakapkeli.my
Apa yang akan anda rasa jika tiba-tiba wang RM100,000 masuk ke dalam akaun bank?
Seorang peniaga kedai kopi di Kedah terkejut apabila menerima panggilan dari sebuah bank yang memberitahu mereka tersilap memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke akaun peribadi miliknya pada Khamis.
Sinar Online melaporkan, peniaga kedai kopi terbabit yang dikenali sebagai Ah Seng, 28, (bukan nama sebenar) menjelaskan dia membuat urusan di bank terbabit pada 27 April lalu namun langsung tidak menyedari kesilapan yang berlaku.
"Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.
"Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun," katanya.
Menurutnya lagi, pada jam 4 petang Jumaat, pihak bank menghubunginya dan memaklumkan tersalah memasukkan wang dan meminta agar wang itu dikembalikan semula.
Ah Seng kemudian membuat pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati jumlah baki di bank adalah RM98,688.55.
Disebabkan berada di luar kawasan, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja pulang ke Sungai Petani.
Wang terbabit selamat dikembalikan semula pada Selasa selepas bank mula beroperasi. Menurut Ah Seng, pihak bank turut berterima kasih kepada beliau.
"Pagi semalam (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna.
"Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan,"
Kesilapan seumpama ini dirasakan sangat jarang berlaku di Malaysia. Tetapi di Australia, kejadian yang hampir sama pernah berlaku membabitkan seorang pelajar Malaysia.
Sumber: Sinar Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue May 9, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Samun Ketika Sedang Makan: Polis Giat Buru Enam Suspek, Pihak Restoran Rugi RM29,745
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 7 Mei - Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah restoran di sini.
Dalam video kejadian yang viral itu, suspek dilihat menghunuskan parang dan menyamun pelanggan-pelanggan yang sedang makan.
Kata Hamzah lagi, pihak polis menerima panggilan dari pihak restoran pada jam 9.30 malam memaklumkan premisnya disamun enam lelaki bersenjatakan parang.
"Mereka meluru masuk dan mengacukan parang ke arah pelanggan dan pekerja terdiri daripada tiga lelaki dan lima wanita, sebelum mengarahkan mereka menyerahkan barang berharga serta mengambil wang tunai dari peti tunai restoran berkenaan sebelum melarikan diri," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Sementara itu, difahamkan pihak restoran kerugian RM29,745 selepas barangan berharga serta wang hasil jualan dilarikan penjenayah.
Hamzah juga berkata, usaha memburu suspek giat dilakukan dan polis sudah mengambil rakaman CCTV daripada restoran itu untuk siasatan. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.
Video kejadian dibawah:
Sumber: BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Tue May 9, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Ahok Dijatuhkan Hukuman Penjara Selepas Didapati Bersalah Hina Islam
siakapkeli.my
JAKARTA: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih mesra dengan panggilan Ahok telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas tuduhan menghina agama Islam, lapor Detik News.
Mahkamah Indonesia dalam menjatuhkan hukuman selepas terbukit beliau telah menyalah gunakan ayat Al-Quran iaitu Surah Al-Maidah 51 ketika berkunjung ke Pulau Pramuka, Kepulauan Seribu.
"Purnama didapati melakukan penodaan terhadap surah Al Maidah iaitu jenayah menghina Islam dan kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun," kata ketua hakim, Dwiarso Budi Santiarto, ketika mengumumkan keputusan.
Perbicaraan itu dilihat sebagai ujian kepada toleransi agama di negara berkenaan yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment