8 Messages
Digest #4734
Messages
Mon May 15, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Pas Kini Sasar 100 Kerusi Parlimen
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
PAS hari ini membayangkan keyakinan mereka untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata daripada jumlah itu PAS menjangkakan 40 kerusi adalah yang "mudah menang" manakala selebihnya perlu diusahakan dengan lebih gigih.
"Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.
"Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Komuniti Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.
Nasrudin sebelum itu menghadiri Konvesyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan.
Katanya PAS berpotensi untuk menang walaupun berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Malah katanya pertandingan tiga penjuru itu tidak semestinya memberi kelebihan kepada BN.
Kenyataan itu senada dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Sokongan PAS kian meningkat
"Tak semestinya apabila berlaku tiga penjuru, maka itu akan memberi kemenangan besar kepada Umno dan BN, dia berbeza dengan perkembangan politik pada PRU lepas," katanya.
"PAS melihat peluang terhidang besar di hadapan untuk kita mencapai kemenangan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya nanti," katanya.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, PAS Wilayah Persekutuan menyenaraikan kerusi parlimen yang akan ditandinginya.
Berjumlah sembilan, antara kerusi yang akan menyaksikan PAS meletakkan calon ialah kerusi bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dulu.
Kerusi itu ialah Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak,Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut.
Dua daripada kerusi itu kini diwakili naib presiden PKR, iaitu Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Batu (Tian Chua). Bandar Tun Razak pula diwakili bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Segambut Lim Lip Eng (DAP).
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata keputusan untuk bertanding di sembilan kerusi parlimen itu dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR sudah terbatal.
Pada masa sama, katanya, PAS berpendapat sokongan yang diterimnya semakin meningkat.
"Kita lihat sokongan terhadap PAS semakin meningkat terutamanya di kalangan orang Melayu Islam, di samping kita masih lagi mendapat sokongan pengundi bukan Islam," katanya.
Ditanya mengenai peluang PAS untuk menang di Segambut kerana ia bukan kawasan majoriti Melayu, Mohamad berata, beliau memang yakin kemenangan akan memihak kepada PAS.
"Sasaran pertama sudah tentulah daripada pengundi Islam untuk undi PAS di Segambut di samping undi orang Cina dan India, kerana tidak semua mengundi DAP," katanya.
Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu PAS gagal memenangi sebarang kerusi pada PRU ke-13.
PAS TANDING DI 100 KERUSI PARLIMEN
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
PAS Perak - PJ Razman Zakaria - gambaar - Sokong Untuk Bertanding
Lebih 100 Kerusi
1.PAS Perak menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan yang menyatakan bahawa PAS akan bertanding lebih dari 100 kerusi dalam satu sidang media yang diadakan.
2.Bilangan sebanyak
222 kerusi bagi Parlimen Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
3.PAS menjadi peneraju Gagagasan Sejahtera(GS) dengan gabungan parti-parti politik, NGO serta individu tokoh masyarakat yang inginkan perubahan menyeluruh dengan menawarkan kepada masyarakat kerajaan Alternatif dengan bertanding melebihi 112 kerrusi.
4.Pendirian PAS kini telah membuktikan bawah PAS bebas dari tuduhan boneka atau hendak begabung dengan mana mana parti yang hendak menjadikan PAS sebagai batu loncatan memenuhi matlamat serta kepentingan mereka sahaja.
5.Rakyat wajar memberi peluang kepada Gagasan Sejahtera untuk menyelesaikan isu integriti yang menyumbang kepada permasalahan rakyat.
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
15 Mei 2017M bersamaan 18 Syaaban 1438H
Duduk Lama Dalam Harakah, Tapi Tak Faham Kenapa PAS Bertanding 80 Kerusi... Dengar Ni Lebai Nak "Sekolah"kan
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Bekas Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop sebaik sahaja menamatkan perkhidmatannya terus mempertikai pendirian dan hala tuju parti PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Katanya Pas yang bertanding 80 kerusi dan menjangkakan menang 40 sahaja tak boleh perintah Malaysia. Tentulah rakyat Malaysia mahu memilih parti yang tak berhajat nak perintah Malaysia.
Jadi, pilihannya sama ada Umno-BN atau PH (Pakatan Harapan). Parti yang masuk PRU14 tanpa ada niat nak ambil alih kuasa tentunya berada di tahap second-rated (Diamaksudkan PAS). Tawar hati orang nak mengundi. Katanya
"Nak buat apo undi dia (PAS), kalau dia monang pun tak mengubah apa-apa. Lebih baik undi parti yang apabila dio monang boleh membentuk kerajaan," katanya lagi.
Lebai gelak dengar hujah orang lama dalam Harakah yang menjadi tunjang media dan sebaran maklumat PAS.
Dengar betul-betul, lebai nak sekolahkan Dr Rosli.
Kerusi ada 222 (kita abaikan dulu 505 kerusi DUN)
PAS Bertanding 80 kerusi. Sasaran PAS menang 40 kerusi paling minimum.
Lebihnya 142 kerusi lagi.
Itu untuk PAKATAN HARAPAN.
DAP hanya nak 50 kerusi. Semua orang tahu, mana-mana ceramah PH penceramah daripada parti PAN akan sebut TAKKAN DAP boleh memerintah dengan bertanding 50 Kerusi. Skrip DAP hanya betanding 50 kerusi WAJIB disebut dalam ceramah-ceramah PAKATAN HARAPAN... Lim Kit Siang dan Guan Eng boleh tutup mulut, diam aje, dah ada pencacai akan membelanya..
Lagi tinggal 92 kerusi lagi.
Yang ini boleh bagikan antara PKR, PAN dan BERSATU.
Kan sifir mudah..
Dr Rosli,
Kalau Harakah boleh laku hanya sekitar 40-80 naskah setiap keluaran (contoh aje ni, jangan ada bengong pula puak pencacai PAN kata Harakah laku 40 naskah aje)
Bodohlah Harakah dicetak 222 naskah.
Cetaklah 80 naskah.
Sebab itu semasa Dr Rosli, engkaulah jadi Pengarah Urusan Harakah, Harakah mengalami kerugian. Kerana tak tahu sifir untuk berniaga.
Habis kenapa PAS nak menang 40 kerusi sahaja??
Lebai nak tanya, PAKATAN HARAPAN yang bertanding baki 142 kerusi ni boleh menang semua 142 kerusi ke??
PAS nak bertanding 80 kerusi tu PAS dah ada kajian. Ada beberapa simulasi telah dibuat. Jangan ingat parti PAS, parti Pak Lebai tak tahu nak buat kajian.
Jangan perbodohkan orang orang lain yang tak sependapat dengan kita,
Nanti orang akan perbodohkan kita!
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, May 10, 2017 10:50 PM
Subject: Fw: buat analisis tentang PAS sedangkan dia "buta" berkenaan PAS
UG: Ingat Sayuti aje bodoh, Rupanya Shahbudin Husin bodoh juga!
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Pertama sebelum lebai panjangkan artikel ini, lebai nak minta maaf tajuk agak kasar sikit. Tapi rasa sesuai dengan dua orang penulis ini yang selalu "memperbodohkan" orang lain seolah-olah dia ni sahaja cerdik.
Dalam Warkah Mimpi Yang Terganggu - buat Abdul Hadi Awang, tulisan MSO lebai dah ulas MSO tak boleh nak beza difinasi UG. Dia keliru bukan pada artikel yang berbeza tapi pada artikel warkah mimpi tersebut. Sekejap kata UG kerajaan tanpa pembangkang sekejab kata UG kerajaan gabungan PAS-UMNO. Itu akibat menulis atas dasar emosi tanpa fakta dah hujah. Anda boleh baca di sini.
Lebai terbaca juga artikel Sahbudin Husin bertajuk "Kata Politik Matang Dan Sejahtera...Kenapa Ditempelak Saranan Ku Nan Untuk Bersatu?"
Ini satu lagi bodoh dan tidak faham apa itu politik BPMS (Budaya Politik Matang Sejahtera). Shahbudin Husin ingat BPMS itu mesti bergabung dengan UMNO. Sangat catek pemikiran Shabudin Husin. Untuk jadi penulis sepatutnya Shahbudin tingkatkan pengetahuan dan banyak membaca agar otak tidak jumud dan penulisan tidak menjadi 'sampah' media massa.
BPMS mempunyai 7 elemen yang ada tercatat pada gambarajah di atas. 7 elemen tersebut tak ada pun menyebut nak bergabung dengan UMNO.
Kalau kita sakit hati kepada PAS pun kerana PAS amal politik lunak dengan UMNO janganlah kita menulis perkara-perkara yang bodoh.
Engkau dua orang penulis. Bila penulis menulislah dengan etika supaya orang boleh anggap engkau orang adalah manusia yang MATANG DAN SEJAHTERA. Penulis tidak semestinya menyokong mana-mana parti. Dia boleh mengkritik dan memberi pendapat. Itu normal
Tapi kalau penulis menulis dengan tulisan bodoh, maklumat tak betul, emosi dan membuat tuduhan semata-mata nak orang ikut pendapat engkau orang kerana engkau penulis yang lama zaman ceramah Bukit Apal lagi... itu bukan nama menulis tetapi "MEMBODOH" dan melembukan pembaca.
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Kesian Lutfi, buat analisis tentang PAS sedangkan dia kini "buta" berkenaan PAS
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
Banyak kali kawan-kawan minta lebai mengulas artikel Ahmad Lutfi, bekas pengarang Harakah yang kini menulis dalam akhbar AMANAH (PAN). Seperti lebai menulis sebelum ini, analisis Ahmad Lutfi sudah tidak relevan dengan politik semasa kerana Lutfi sudah tidak mempunyai maklumat dan sumber seperti dulu. Dia hampir putus dengan maklumat terkini.
Kita masih ingat bagaimana Syed Hussin seorang penulis politik yang akhirnya hilang begitu sahaja disebab dua faktor. Satu sumber maklumatnya 'melarikan diri' dan dulu bukunya selalu diedit oleh Dinsman tetapi apabila dia menerima wang kerana penulisan Dinsman sudah tidak lagi mengedit buku-buku politiknya sehingga bukunya menjadi "tawar".
Kita juga kenal Sayuti Omar, daripada penulis yang berkrisma kemudian menjadi penulis 'rubbish' apabila dia mengambil pendekatan untuk membuat analisis memuaskan nafsu sesetengah 'kawan' atas bayaran tertentu. Dia juga hilang sumber maklumat politik daripada PAS.
Orang Sakit Perlu Motivasi
Berbalik kepada Lutfi. Pertama dia sakit. Orang yang sakit perlu motivasi untuk menyakinkan diri bagi meneruskan apa yang telah mewarnai diri dan kehidupannya dalam dunia penulisan. Lebai akui jarang orang macam Lutfi yang boleh bergerak semula setelah 26 bulan Harakah memberikan 'keistimewaan' yang jarang diperolehi oleh pekerja Harakah lain.
Dulu Lutfi boleh menulis mengenai politik UMNO. Dia juga mampu menulis dengan baik analisis politik Pakatan Rakyat. Semua ini berlaku kerana ada orang UMNO mahu Lutfi mendedahkan sesesuatu bagi tujuan tertentu. Ini dipanggil sumber maklumat.
Tapi kini Lutfi hilang semuanya.
Apabila Harakah memberhentikannya atas banyak sebab dia makin hilang dan menjadi hampir putus asa. Sedikit cahaya apabila puak-puak Harakah yang berpaling tadah membina satu akhbar bagi menyiangi Harakah yang kini dikenali AMANAH (PAN). Mereka bukan menyaingi malah cuba menghancurkan Harakah dengan menyekat saluran pengedaran Harakah. Bilangan cetakkan AMANAH pun hampir sama banyak dengan Harakah bagi menutupi pengedaran Harakah terutamanya di bandar-bandar.
Akhbar PAN akan menjadi kuat jika Zul Solong, Taufik dan Lutfi bergabung sekali membina akhbar baru, Ini ditambah pula dengan penulis-penulis Harakah lama berpengalaman yang berfikrah PAN turut membantu.
Zul Solong menggunakan nama pena apa pun dalam akhbar AMANAH (PAN) dia tidak boleh menulis melainkan isu-isu berkaiatan dengan PAS. Itulah kemampuan dia. Dulu dia kekerja dengan MalaysianInsider analisis Zul Sulong tidak labih isu-isu berkaitan dengan PAS. Zul Sulong bukan penulis politik. Malah dia gagal dan kurang berfungsi di MalaysianInsider.
Kini dia menerajui akhbar AMANAH (PAN) dan jangan hairan kalau lebai kata akbar AMANAH (PAN) akan alami nasib yang sama dengan akhbar-akhbar baru lain. Kesian kepada Khalid Samad terpaksa memikul biawak dalam akhbar AMANAH (PAN) yang Harakah dah 'calar balar' kerana memelihara biawak ini dalam Harakah banyak tahun lalu disebabkan biawak ini sangat rapat dengan Cikgu Pa.
Kenapa Lutfi mengimbau kembali Pertemuan dengan LGE 2010?
Petikan analisis Lutfi "Saya teringat pertemuan pada bulan Ramadan 2010 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Waktu itu, saya masih uzur selepas beberapa bulan menjalani operasi pembedahan jantung. Setiausaha Agung DAP itu memberitahu saya, beliau yakin hubungan baik antara Pas-DAP mampu dipertahankan sekurang-kurangnya jika masih ada dua tokoh, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang.
Saya tak pasti Lutfi sedar atau dia lupa bahawa hubungan PAS-DAP tidak baik ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih hidup lagi dan Muktamar 2015 adalah kemuncak pertembungan 2 golongan dalam PAS.
Lutfi seolah-olah meninggal dan menepikan faktor bagaimana DAP dan sesetengah pimpinan PKR cuba mempengaruhi keputusan Muktamar PAS 2015.
Atas faktor Apa Lutfi Kata Wujud Nilai Tambah Kepada PAN?
Lutfi menulis "Secara umum, Amanah akan diberikan kepercayaan mewakili Pakatan Harapan, di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi Pas. Pada 2013, Pas menang 15 daripada 21 kerusi Dun. Dengan kehadiran satu lagi parti baru, Bersatu, dipercayai Amanah akan memberi laluan kepadanya, terutama di kerusi yang Pas kalah ataupun di kawasan majoriti pengundi Melayu, khususnya di sekitar Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Selangor."
Sekali lagi Lutfi tertinggal dengan maklumat yang sangat penting berkenaan keputusan Pilihan Raya kecil Sungai Besar. Lutfi sepatutnya membaca semula analisis Malaysiakini (tak payah rujuk analisis PAS) berkenaan keputusan PRK Sungai Besar.
Analisis Malaysiakini (sila rujuk di sini) menunjukkan apa yang ditulis dalam analisis Lutfi tidak menepati maklumat yang sebenar.
Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 undi.
Manakala bagi peti undi di kawasan Melayu, PAS masih boleh menyaingi BN. Beza undi kedua-duanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.
Contohnya, peti undi bagi saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).
Manakala peti undi bagi saluran Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).
Bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan kebanyakannyaberbeza tidak lebih 50 undi.
Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan AMANAH dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.
Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.
Contohnya, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan - AMANAH mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).
Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33).
Lutfi Tiada Sumber Sekadar Menjadikan kenyataan pimpinan PAN sebagai sandaran hujah analisisnya.
Seperti lebai kata sebelum ini, Lutfi tiada sumber. Dia bukan sahaja tiada sumber daripada PAS malah daripada sumber PAN pun Lutfi sudah terputus. Mat Sabu? Husam Musa? Khalid Samad?
Seperti Zul Sulonng, Lutfi sekarang ini hanya mampu menulis analisis berkenaan PAS sahaja. Untuk menulis berkenaan PAS, dia perlu sumber. Siapa sumber maklumat PAS untuk Lutfi? Ustaz Idris Ahmad? Rasanya tidak ada. Hanya ada teori-teori rakan PAN yang dulunya PAS membuat andaian itu dan ini bagi Lutfi menulis.
Bila Lutfi tiada sumber, dia menulis mengikut apa yang sekadar dia baca di media sosial. Jadi tidak hairan dia mengulas mengenai Iskandar Samad berdasar kepada kenyataan daripada Izham Hashim. itu bukan analisis. itu sekadar menyambung tohmahan sahaja.
Sepatutnya Lutfi mengambil analisis keputusan Muktamar PAS 2017 yang baru berlangsung bagaimana Iskandar Samad boleh kekal jawatan.
Pada Muktamar 2015 keputusan untuk Naib Presiden PAS adalah seperti berikut:-
Ustaz Idris Ahmad - 896
Mohd Amar Abdullah - 710
Iskandar Abdul Samad - 672
Salahudin Ayud - 435
Mahfuz Omar - 378
Husam Musa - 317
Manakala Keputusan Naib Presdien PAS pada Muktmar 2017,
Idris Ahmad - 1062
Mohd Amar Abdullah - 950
Iskandar Abdul Samad - 703
Nasruddin Hassan - 487
Lebai tak nampak penyingkiran kepada Iskandar Samad. Malang bagi Lutfi boleh membuat analisis dengan maklumat tohmahan jahat PAN kepada PAS. Lutfi mencemar dirinya cuba membuat fitnah (bahasa penulis persepsi buruk) kepada Iskadar Samad.
Lutfi cuba menghidupkan UG UMNO-PAS bagi menguatkan analisis yang kononnya akan ada ADUN PAS keluar PAS kerana ada gabungan UMNO-PAS. Lebai tak pasti Lutfi yakin dengan penulisannya sendiri atau sekadar memenuhi tuntutan kerana terpaksa menyedoalam artikel analisis setiap minggu?
Setakat ini lebai belum jumpa hujah kontrit Lutfi berkenaan ada atau wujudnya UG UMNO-PAS. Lebai rasa Lutfi kena ambil sedikit masa untuk membaca BPMS (budaya politik matang dan sejahtera) untuk memahami kenapa PAS memilih lunak dengan UMNO.
Lutfi Gagal Memahami Pengunduran Cikgu Pa
Pengunduran Cikgu Pa adalah lebih kepada permintaannya sendiri. Cikgu Pa mula tidak meminati politik semenjak berlaku krisis dalam PAS sebelum 2015 lagi. Perkara ini diluahkan kepada orang rapat dengan beliau. Hanya hubungan dia dengan TGHA membuatkan dia masih kekal dalam PAS dan muktakhir ini dia banyak bertembung pendapat dengan penasihat-penasihat Presiden.
Satu perkara Lutfi kena tahu, Cikgu Pa yang dikatakan bersikap terbuka sebenarnya SANGAT KERAS dengan PAN. Bagi dia PAN mesti dihapuskan dulu baru PAS boleh bergerak dengan jaya. Cikgu Pa tidak melihat PRU-14 tetapi lebih mendongak PRU-15 selepas PAN tidak wujud lagi.
Untuk akhirnya Lutfi juga kena tahu Cikgu Pa sekarang sudah pandai membalas SMS, berwhatsapp. Harap Lutfi tidak lagi "buta" berkenaan PAS.
Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon May 15, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Virus Ransomware WannaCry Sudah Muncul di Malaysia- Pakar Sekuriti
siakapkeli.my
Serangan ransomware WannaCry menyebabkan satu dunia kecoh sejak dua hari lepas. Virus ini telah menyerang lebih 100 buah negara, dan Malaysia destinasi seterusnya.
Ramsomware ini menyekat ekses kepada fail dan dokumen tertentu, kemudian mereka akan meminta pengguna membayar duit tebusan sebelum virus tersebut ditarik daripada peranti anda.
Setakat ini ianya hanya memfokuskan kepada platform Windows terutamanya versi lama yang tidak dilindungi oleh sekuriti terkini. Mengikut laporan lain, telefon pintar masih tidak terkena infeksi tersebut, tetapi sila ambil langkah berjaga-jaga.
Menurut pengasas LE Global Sdn Bhd (LGMS), C.F Fong berkata seorang pengarah di sebuah syarikat pelanggannya telah menjumpai ransomware didalam komputer riba peribadinya Sabtu yang lepas.
Malware yang telah dijangkiti tersebut merupakan versi awal WannaCry, kata Fong. Serangan ramsomware bermula pada hari Jumaat lepas. "Kami anggarkan akan ada kes berkenaan serangan virus ini dalam masa terdekat, tetapi kami harapkan ianya tidak berlaku" katanya awal pagi ini.
"Nasihat saya, jika anda diserang virus ini, sila matikan sambungan internet anda supaya ianya tidak merebak" tambahnya lagi. Fong juga berkata ianya adalah 'inevitable', sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya Malaysia.
Beliau juga berkata, pengguna perlu backup fail yang disimpan secara online menggunakan servis cloud. Pengguna juga perlu mengemaskini sistem sekuriti Windows secepat yang mungkin.
Sumber: Wiser.my3
Langkah Awal Yang Boleh Dilakukan Untuk Cegah Komputer Dari Diserang Virus 'Ransomware
siakapkeli.my
Foto: pcmag
Beberapa hari ini banyak diperkatakan mengenai satu 'malware' komputer yang mana akan membuatkan data-data dalam komputer anda tidak dapat digunakan.
Ia secara tidak langsung seperti anda tidak mempunyai akses langsung terhadap data yang berada di dalam komputer anda.
Namun, terdapat beberapa perkara sebenarnya, yang anda boleh lakukan dalam menghalang serangan 'ransomware' ini. Menerusi perkongsian dari juruteknik komputer, iaitu saudara Mohamad Taufik Jabir, langkah-langkah awal ini anda boleh lakukan sebelum ianya menyerang komputer anda.
Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk mengetahui lebih lanjut.
Foto: phys
TIPS LANGKAH PENCEGAHAN AWAL TERHADAP RANSOMWARE.
Beberapa hari yang lepas, aku ada up satu posting berkenaan dengan kawan aku yang terkena serangan Ransomware ini. Ada seorang kawan FB komen dekat posting itu bertanya satu soalan. Dia tanya, macam mana nak mencegah Ransomware ni daripada berlaku. Aku tak jawab disitu dan aku memberitahu padanya yang aku akan up satu posting baharu yang aku rasa wajar untuk semua pengguna komputer membacanya.
Apa itu Ransomware?
Sebelum aku terangkan beberapa tips untuk mencegah Ransomware ini, ada baiknya aku menjelaskan secara ringkas apa itu Ransomware untuk memulakan tulisan aku ini. Aku akan cuba untuk terangkan dengan cara yang paling mudah untuk kau orang faham tentang Ransomware ini.
Bagi yang tidak mengetahui apa itu Ransomware, Ransomware adalah sejenis Malware komputer yang menjalankan kerja-kerja jahat dibelakang tabir komputer (Computer Process) dengan mengunci (encryption) data/file pengguna tanpa mereka sedari.
Foto: westchestertechnolo
Ransomware ini bukan sahaja mengunci file anda, malah ianya turut meminta wang tebusan daripada anda dengan memaparkan nota tebusan sama ada dalam bentuk Wallpaper komputer ataupun nota di komputer anda jika anda mahukan semula file anda yang telah di kunci tadi.
Untuk pengetahuan kau orang, terdapat banyak jenis Ransomware yang sedang menular di alam siber ini. Antaranya ialah Zepto, Cerber, Mamba, Popcorn, Marlboro, Globelmposter, Globe3, Derialock, PHP Ransomware, WildFire, Chimera, Teslacrypt, Shade, CoinVault, Rakhni, Jigsaw, TM Ransomware, NMoreira dan banyak lagi nama Ransomware diluar alam siber sana. Aku sebutkan beberapa ini supaya kau tahu, bukan satu dua jenis sahaja Ransomware yang ada. Berpuluh tau, Berpuluh!
"Jika aku ikut kemahuan mereka dengan membayar wang tebusan, adakah file aku dapat diselamatkan seperti asal?"
Wallahu a'lam. Daripada pembacaan aku dan beberapa cerita yang aku dengar, kebanyakan mereka tidak dapat file asal mereka semula. Mereka ditipu hidup-hidup dengan memberi wang buta-buta sahaja kepada sang pemeras ugut. Ya Tuhan, kasihan sungguh. Sudahlah file tidak boleh dibuka, sudah juga diberikan wang tebusan, tetapi apa pun tak dapat. Macam tu je kena game.
Ada juga mereka yang dapat semula file mereka. Sang pemeras ugut memberikan kunci untuk membuka file tersebut (decrypt) dalam bentuk decryption software dan private key untuk membuka file yang telah dikunci, tetapi file yang mereka dapat tidak seperti yang asal.
Jahat kan Ransomware ini?
"Jadi, macam mana cara untuk mencegah Ransomware ini daripada terkena?"
Di sini aku tuliskan beberapa langkah pencegahan awal untuk menghalang serangan Ransomware.
1. 'Download
Jika sebelum ini kau tidak pernah kena Ransomware, aku sarankan kau download dan install perisian RansomFree oleh Cybereason ini. Perisian ini adalah perisian anti-ransomware yang mana jika ada serangan Ransomware yang dikenali didalam database nya dan Ransomware tersebut cuba untuk bertindak di komputer anda, maka Cybereason RansomFree akan menyekat misi jahatnya di komputer anda.
Foto: lifehackeraustralia
2. Anti-virus terkini
Pastikan komputer/laptop kau mempunyai Anti-virus percuma atau berbayar yang terkini dan databasenya sudahpun dikemaskini. Sekiranya komputer/laptop kau orang masih tiada Anti-Virus lagi, baik kau install segera.
"Kalau install Anti-Virus Crack boleh tak?"
Aku sarankan kau tidak berbuat begitu. Anti-Virus crack ini berisiko. Jika database Anti-Virus dapat mengesan kau menggunakan Illegal Serial Key, tak pasal-pasal dia block Anti-Virus kau. Bila sudah kena Block, kau pula terdedah dengan serangan virus lain.
Jika kau ada sedikit duit lebih, beli la Anti-Virus yang original. Bukan untuk orang lain, untuk perlindungan komputer kau juga. Jika tidak mampu, kau install yang percuma pun boleh. Janji ada perlindungan Anti-Virus.
3. Amalkan asas pelayaran Internet yang selamat
Antaranya:
- Tidak klik mana-mana pautan link yang mencurigakan.
- Tidak membuka email-email yang anda tidak kenal atau mencurigakan.
- Tidak klik pada Popup iklan-iklan yang mengarut atau tidak berfaedah.
- Tidak download file atau perisian sembarangan jika anda tidak mengetahui kesahihan sumber file atau perisian tersebut.
Buat masa ini, hanya tiga langkah pencegahan awal yang umum sahaja aku dapat tuliskan. Bagaimanapun ada juga cara yang agak teknikal untuk mencegah Ransomware ini tetapi aku tak dapat nak huraikan secara ringkas untuk pemahaman bersama.
"Adakah langkah pencegahan awal ini membendung sepenuhnya terhadap serangan Ransomware?"
Wallahu a'lam. Ransomware ini bukanlah ancaman yang boleh dibuat main kerana ianya sentiasa berevolusi dari hari ke hari (evolve). Boleh dikatakan, serangan Ransomware ini datang dengan pelbagai cara yang kita sendiri tidak sangka ianya boleh terjadi begitu. Jadi, aku tak boleh nak jamin seratus peratus komputer/laptop kau terselamat daripada serangan ini.
Foto: thehackernews
Sekiranya kau terkena serangan Ransomware selepas ini, aku tuliskan beberapa tindakan yang kau boleh ambil untuk mengurangkan risiko kehilangan file akibat serangan Ransomware ini.
i. Tutup sambungan komputer ke internet dengan segera.
ii.Terus buka Control Panel —> Recovery —> Start System Restore. Kau cepat-cepat buat System Restore ini pada komputer kau. Kau pilih tarikh restore sebelum kau terkena serangan Ransomware ini.
iii. Selepas proses System Restore berjaya, Cabut semua external device yang sedang bersambung di komputer kau. Terutamanya sekali external hard disk dan juga pendrive.
iv. Download perisian Malwarebyte di komputer lain dan install pada komputer kau. Selepas instal, kau scan keseluruhan komputer kau.
Adakah cara ini berkesan sepenuhnya? Wallahu a'lam. Tapi ada rakan aku yang berbuat begini dan Alhamdulillah, dapat mengurangkan risiko kehilangan filenya. Kau boleh simpan cara ini sebagai salah satu cara yang kau boleh cuba.
"Macam mana nak kenalpasti Ransomware jenis macam mana yang aku kena?"
Apabila kau terkena serangan Ransomware ini, kau akan jumpa "Ransome Note" ataupun file yang telah di encyrpt oleh Ransomware tadi di komputer kau. Kau pergi ke laman web ini, id-ransomware(
Aku berharap, dengan sedikit perkongsian aku berkenaan Ransomware ini dapatlah menambahkan sedikit sebanyak ilmu kau orang berkenaan dengan Ransomware ini. Aku juga sudah kongsikan langkah pencegahal awal yang kau orang boleh ambil dan buat. Mudah-mudahan kau orang tidak terkena dengan serangan Ransomware ini.
Semoga kita semua dilindungi daripada malapetaka ini. Amiin.
Mohamad Taufik Jabir,
Belum pernah terkena serangan Ransomware lagi. Tapi sudah handle kes Ransomware ini banyak kali.
Untuk mengetahui cara mencegah Ransomware yang lebih teknikal, boleh rujuk kepada komen pertama di 'posting
- Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon May 15, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Teka-Teki Akhirnya Terjawab, FAM Umum Nama Bekas Jurulatih Portugal Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaysia
siakapkeli.my
Akhirnya segala persoalan mengenai siapa ketua jurulatih pasukan Harimau Malaysai terjawab selepas pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengumumkan Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan yang baru.
Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada akan menggalas tugas pertamanya untuk membawa pasukan kebangsaan menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun.
Beliau yang digelar sebagai 'The Professor' oleh kerana kaedah pengurusan yang bijak, Vingada memulakan kerjaya kejurulatihan beliau sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal Bawah-20. Bersama Queiroz, kedua-dua mereka telah membawa Portugal ke arah kejayaan bermula dari bawah iaitu FIFA Bawah 20 Piala Dunia pada tahun 1989 dan 1991.
Selepas kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun 1996.
Vingada, yang telah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pengurus melebihi 35 tahun serta masih aktif merupakan seorang tokoh yang popular di rantau Asia. Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).
Selain itu, beliau mempunya pengalaman yang begitu luas di mana pernah membimbing kelab Zamalek FC dari Mesir dan Seoul FC dari Korea Selatan menjuarai liga dan piala tempatan semasa bersama kelab-kelab tersebut.
Kelayakan beliau yang mengagumkan juga termasuk seperti pernah menjadi jurulatih untuk pasukan gergasi Iran, Persepolis FC dan kelab dari Liga Super China, Dalian Shide FC. Kerjaya terakhir beliau adalah di India sewaktu mengendalikan kelab NorthEast United FC ke tangga kelima (sekadar di bawah kelayakan untuk kejuaraan 'playoff
Vingada, 64 tahun, dikenali sebagai seorang jurulatih yang mengamalkan corak kejurulatihan yang serius dan disertakan dengan cara beliau yang tegas dan dominan merupakan faktor utama beliau dipilih sebagai pilihan terbaik untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.
Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk memulakan tugasannya secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dan memulakan kerjasama dengan para pemain. - Siakapkeli.my
Sumber: FAM
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon May 15, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Doakan Semoga Urusan Rawatan Intensif Ayah Chik TGHH Dipermudahkan Allah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Makluman Media - Isnin 15 Mei 2017
Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 Mei 2017.
Sehubungan dengan itu saf kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, dikurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia.
Maklumat rasmi dari parti akan disampaikan dari masa ke masa mengikut keperluannya. Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
Tuan Ibrahim pangku tugas presiden PAS Sehingga Pembedahan Selesai dan Sihat
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga beliau selesai menjalani rawatan insentif berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
"Saya pangku tugas presiden buat sementara sampai sihat. Pentadbiran dan pengurusan parti berjalan macam biasa," katanya kepada Malaysiakini.
Ssetiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu kenyataan hari ini berkata pemimpin berusia 69 tahun itu dijadualkan akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.
Katanya, kepimpinan PAS mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi selamat menjalani rawatan berkenaan.
Tuan Ibrahim dalam pertemuannya dengan Abdul Hadi pagi tadi, berkata, ahli parlimen Marang itu kelihatan ceria dan sempat bergurau dengannya.
"Saya jumpa dia pagi tadi keadaan dia sangat baik, sihat dan ceria dan sempat bergurau," katanya.
PAS bagaimanapun enggan menamakan hospital mana rawatan akan dijalankan.
Tuan Ibrahim turut berkata parti itu akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa.
"Status kesihatan dia akan dimaklumkan setiap hari dan parti akan buat kenyataan rasmi pada 18 hari bulan ini," katanya.
Abdul Hadi dilaporkan semakin uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Oktober tahun lalu, akibat jadualnya yang ketat, beliau terpaksa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan biasa dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun, sebulan kemudian, iaitu pada November lalu, beliau dimasukkan pula ke sebuah hospital di Terengganu selepas mengadu keletihan.
Pada Mei 2015, Abdul Hadi dirawat di sebuah hospital di Istanbul selepas mengadu sesak nafas semasa lawatan beliau ke Turki.
Beliau juga dilaporkan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pada bulan April 2008 kerana diserang strok yang ringan.
Minggu lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali memberitahu media beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS itu berhubung tindakan parti Islam untuk memutuskan hubungannya dengan PKR kerana Abdul Hadi dijadual menjalani pembedahan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon May 15, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Anak Melayu Pertama Berjaya Hasilkan Jam Tangan Jenama Sendiri Kualiti Setaraf Dengan Jenama G-Shock
siakapkeli.my
Mungkin ada antara kira sudah pernah melihat jenama MORAS, ianya dilihat sering muncul di dalam rancangan lawak nombor satu negara iaitu Maharaja Lawak Mega yang baru sahaja melabuhkan tirainya dengan Bocey menjadi juara untuk musim 2017.
Jenama MORAS berlegar-legar di pentas Maharaja Lawak Mega dengan ramai peserta dilihat memakai baju dan jam tertera jenama berkenaan.
Sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah produk disebalik jenama MORAS ini?
MORAS adalah jenama yang dimiliki oleh seorang anak tempatan yang kini sedang bangun menempa nama dalam industri perniagaan, beliau adalah seorang bumiputera di mana syarikat yang dibangunkannya dengan membawa jenama MORAS ini telah mendapat khidmat nasihat strategi perniagaan dari seorang tokoh yang pernah mengangkat sebuah jenama sukan tempatan sehingga menerima anugerah syarikat perniagaan keempat paling berkembang pesat di dunia.
Jenama MORAS ini ditubuhkan untuk meralisasikan impian mereka diluar sana untuk memiliki jenama yang berkualiti tinggi tetapi dapat dimiliki dengan harga yang begitu murah.
Produk pertama.
Untuk pasaran pertama, MORAS telah mengambil langkah yang begitu besar dan mengeluarkan modal yang tinggi untuk berurusan dengan sebuah kilang pengeluar jam terkenal yang menghasilkan jam tangan jenama G-Shock.
Sebab utama kilang berkenaan menjadi pilihan adalah demi memastikan jam jenama MORAS kualitinya setaraf dengan jenama jam terkenal Jepun berkenaan.
Apa yang menarik jam tangan ini dijangka akan dijual dengan harga begitu rendah iaitu 2 hingga 3 kali ganda lebih murah daripada jam tangan G-Shock atas jenama MORAS tetapi kualiti meterialnya adalah sama.
Mereka juga menegaskan, rekabentuk jam yang dihasilkan tidak sama sekali meniru atau klon jam G-Shock, sebaliknya menghasilkan sendiri 'design
Berikut adalah design jam yang amat menarik yang dihasilkan sendiri oleh MORAS sendiri.
Adakah kita sebagai anak Malaysia akan menyokong perniagaan milik anak tempatan ini yang ternyata berani mencuba dan melabur begitu untuk memastikan jenama jam tempatan mampu bersaing dengan jam jenama terkenal dunia, jom beli, murah, jimat, berbaloi, dan yang paling penting, berkualiti. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon May 15, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bila Ayah Atau Emak Mula Adu Sakit Mata, Anak Kena Peka, Tahu Apa Puncanya & Dapatkan Rawatan Dengan Segera
siakapkeli.my/
Foto: choiceeyecare
Bila berkaitan dengan insan tersayang kita pasti akan memberikan sepenuh perhatian buat mereka, khususnya setelah mereka membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang.
Untuk itu, kita sebagai anak, jika ibu bapa mengadu sakit, seharusnya tidak ambil enteng akan hal itu.
Menerusi perkongsian dari seorang optometris, iaitu Cik Amira Nadia, terdapat beberapa tanda sakit mata yang mungkin ibu bapa adu kepada kita, dan seharusnya diberikan perhatian.
Mari kita ikuti perkongsian darinya
Foto: seniorsforseniors
Kita Tak Nak Mak Ayah Kita Buta...
Tapi kenapa kita abaikan dia...
Bila Dia Kata Mata Dah Tak X berapa nampak...
Apa yang kita patut tahu dan sedar
1) Rabun Tua ( Presbyopia)
Dari boleh baca, mengaji makin lama makin tak nampak dan mereka start elak dari buat pelbagai kerja yang selama ni jadi hobi mereka.. Bila kita nampak macam ni itu tanda ada masalah penglihatan dekat dan perlu di bawa jumpa optometris. Mereka perlukan cermin mata membaca.
2) Mata rasa kelabu dan berasap
Itu tanda dah mula ada selaput mata / katarak. Mula mula kecil lama-lama makin banyak dan akan tutup seluruh penglihatan. Dari nampak muka kita jelas sampai tak nampak langsung, dan kita fikir ala biasalaah penyakit orang orang tua. Mereka nak bergerak pun sampai kena papah. Dan kita mula anggap mereka beban.
Silap tu, katarak boleh di rawat dengan pembedahan. Kalau mereka enggan, beritahu pembedahan ni tak sakit pun sepuluh - dua puluh minit dah siap. Lagi awal lagi mudah kerja doktor. Risiko bila dah masak sangat pembedahan jadi sukar. Kalau tak buat langsung, boleh kena risiko Glaukoma sekunder iaitu penyakit yang boleh sebabkan saraf mata mati dan boleh jadi buta kekal.
Foto: allizhealth
3) Diabetik Retinopati
Kencing Manis Kronik memang akan menyebabkan pelbagai komplikasi bukan setakat buah pinggang rosak malah saraf mata pun rosak. Ini dipanggil Diabetik Retinopati. Jika terlalu kronik, ubat tak makan, makan manis semata pagi nescafe, siang nasi 2 3 pinggan, malam nasi lagi... Tup tup, pendarahan banyak dalam mata.
Apa kita takut, parut dalam mata tu boleh sebabkan retina tertanggal dan buta kekal. So, sebagai anak awasilah dan jaga pemakanan ibu bapa kita. Jangan terus cari suplemen online la, ubat titis a###n laa, jumpa kami Optometris @ mana-mana doktor untuk pengesahan tahap penglihatan ibu bapa kita.
Sayang Ibu Bapa kita? Kena Sayang Semuanya Dan Sedar Ibu Bapa Kita ada hak dan masih mahu melihat kita dan anak cucu hingga ke hujung nyawa mereka.
Amira Nadia Raup
Optometris
#PerangMelawanMitos
#MedTweetMy
Pentingnya untuk kita sebagai anak, bertanya khabar mereka, atau jangan cepat mengeluh sekiranya disurah bacakan sesuatu, kerana mungkin mereka tidak nampak. Kita yang seharusnya pastikan kesihatan mereka sentiasa baik. - Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon May 15, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Senarai khianat PKR kepada PAS
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.
LANCANG sekali Pakatan Harapan (PH) melemparkan fitnah dan menuding jari kepada PAS sebagai penyebab dalam pelbagai hiruk-pikuk politik dengan memangsakan serta meletakkan PAS di kandang pesalah. PKR yang merupakan rakan tahaluf PAS paling lama turut bersorak dan bertepuk tangan membuli PAS supaya akur dan mengikut telunjuk angkuh DAP dan PAN.
Malah, PKR tergamak bersekongkol dengan mereka itu yang cuba mencampuri urusan dasar, termasuk menyerang dan melemahkan PAS. Sedangkan, PAS atas kesabaran, kejujuran dan semangat setiakawan sanggup jatuh bangun bersama demi dakwah dan membimbing rakannya agar dapat membawa perubahan dalam politik dan pemerintahan negara.
Sedari awal tersingkirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, pimpinan PAS paling awal mengatur kebangkitan rakyat menerusi Gerak dan memberdayakan parti itu. Malah, dibela Anwar untuk diadili secara enar dari pelbagai pertuduhan berkait salah laku moral dan tuduhan agen asing termasuk penganiayaan atas dirinya.
Malangnya PKR begitu cepat lupa diri, angkuh dan pragmatik hingga memerlukan PAS menilai semula pertimbangan syariat berkaitan 'Tahaluf Siyasi' setelah berlaku pelanggaran syarat oleh PKR. Maka sebagai menjawab tuduhan dan gambaran buruk pernah diberikan, dinyatakan di sini hakikat sebenar tindak tanduk PKR terhadap PAS:
April 2013: Bersikap keras terhadap PAS dalam pembahagian beberapa kerusi hingga berlaku pertembungan dan sewenang-wenangnya meletakkan calon daripada parti lain yang bukan merupakan rakan dalam Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dan persetujuan bersama.
April 2013: Laksamana Pertama (B) TLDM, Mohamad Imran Abd Hamid yang menyertai PAS pada 7 Oktober 2011 diambil PKR sebagai calon PRU13 Parlimen Lumut. Tindakan 'mencuri' ahli PAS juga berlaku di negeri lain melibatkan pengambilan sebagai calon PRU.
Disember 2013: PKR kononnya telah menasihati, tetapi dilihat sekadar membiarkan bekas calonnya di Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin menyaman Presiden PAS. Malah, perkara itu digembar-gemburkan Shamsul ketika PAS mahu memberi tumpuan kepada PRK Kuala Besut yang dilihat cuba menjejas dan mensabotaj PAS.
Januari 2014: 'Langkah Kajang' adalah konspirasi menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan digerakkan tanpa pengetahuan PAS. PAS melihat tiada alasan syarak untuk TSKI digantikan dan ia berunsur manipulasi yang boleh menggoyah kestabilan kerajaan negeri. Mandat rakyat bagai dipermainkan dan tumpuan masa serta wang dihabiskan untuk 'politiking' pilihan raya yang disengajakan.
Mac 2014: Hasrat awal memicu Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi 'loncatan' ke Putrajaya bertukar 'tragedi' oleh kes mahkamah. Pencalonan diganti dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) dan beliau memenangi PRK itu. PAS walaupun tidak bersetuju dengan tindak tanduk PKR tapi tetap menurunkan jentera atas tuntutan tahaluf.
Julai 2014: Detik krisis politik Selangor memuncak dan pelbagai skandal dihadapkan terhadap TSKI oleh partinya sendiri dan Dun digambarkan menyokong WAWI. Namun, syarak mengikat PAS untuk tidak bersetuju WAWI dirintis ke jawatan MB.
Ogos 2014: Istana juga tidak memperkenan, menyebabkan berlaku 'penderhakaan' terhadap titah yang mengundang murka Sultan. Tetapi akhirnya TSKI menawarkan meletak jawatan. Tindakan PAS menamakan beberapa calon dikhianati 'agen' pro-PKR di dalam PAS.
September 2014: Berada di kedudukan baharu sebagai MB Selangor, Mohamed Azmin Ali bertindak mengurangkan kouta PAS dari seramai empat Exco yang diperuntukkan sebelum itu kepada hanya tiga Exco. Malah, penggiliran jawatan Senator kepada PAS untuk penggal itu juga tidak diberikan.
September 2014: PKR banyak dilihat beriringan dengan DAP yang menunjukkan sikap keras parti cauvinis itu kepada PAS khususnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang termasuk dilihat membayangi beberapa pimpinan PAS yang jelas menunjukkan sikap pro-Anwar/PKR dan DAP. Banyak kenyataan dan tindakan yang sengaja mencampuri atau mempengaruhi urusan dalaman PAS.
12 Oktober 2014: Pesta arak Octoberfest tetap dilangsungkan di Selangor dengan turut dihadiri oleh pimpinan dari DAP dan PKR yang seolah-olah mencabar sensitiviti agama dan bantahan dikemukakan oleh PAS.
17 Mac 2015: PKR menggunakan alasan 'Fiqh al-Awlawiyat' untuk tidak menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan mengarahkan Adun PKR Guchil, Roslan Puteh supaya tidak menyertai perbahasan dan mengundi. PKR memberi alasan rasmi bahawa memperbetul ketidakadilan dan membela kebajikan lebih utama dari melaksana undang-undang hudud.
11 September 2015: Kejadian 'curi' ahli berulang apabila WAWI mengumumkan penyertaan bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam PKR. Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat dilantik sebagai Pengarah Politik & Dasar PKR.
22 September 2015: PKR turut bersama DAP dan PAN membentuk koalisi baru iaitu PH dan mengabaikan PAS. Bahkan, banyak menyertai gabungan itu dalam memberikan reputasi negatif terhadap PAS dalam pelbagai tindakan dan rentak politik. Juga memanipulasi dan mensensasikan pendekatan-pendekat
Januari 2016: PKR dan PAN mengatur siri ceramah bersama di Kelantan yang kandungannya berkisar gugatan, ancaman dan serangan ke atas kedudukan PAS di negeri itu serta Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS antaranya melibatkan:
• 15 Januari > Dato' Kamaruddin Jaafar, Azan Ismail dan Siti Aishah Shaik Ismail (Tumpat);
• 16 Januari > Rafizi Ramli (Pasir Mas & Ketereh);
• 20 Januari > Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid dan Wan Ji Wan Husin (Tumpat).
Walhal pada 13 Januari, Setiausaha PAS Kelantan, Dato' Che Abdullah Md Nawi mengutus surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli supaya PKR tidak menerima jemputan ceramah bersama PAN di Kelantan kerana pendirian berterusan PAN untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.
April 2016: PRN Sarawak menyaksikan persekutuan PH melibatkan DAP, PKR dan PAN turut sinikal dan mensasarkan PAS seolah-olah musuh mereka sebagaimana BN. PKR sedikitpun tidak menunjukkan diri mereka sebagai rakan tahaluf PAS.
Mei 2016: Pemimpin PKR mempertikai Usul RUU Persendirian Pindaan Akta 355 dengan skeptikal bahawa ia bermotif politik apabila mengaitkannya dengan kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta Muktamar PAS. Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan pula meletuskan persepsi apabila mengaitkannya sebagai usaha PAS melepaskan BN dari belenggu isu 1MDB. Perlekehan dan sinikal itu sekali gus meremehkan usaha PAS untuk memartabatkan perundangan berkaitan.
Jun 2016: PKR bukan sahaja memberi sokongan dan bantuan penuh kepada PAN dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang merupakan kerusi tradisi ditandingi PAS, malah memburuk-burukkan PAS dalam kempen. MB Selangor juga melontarkan nada amaran dan mengambil tindakan berbentuk ugutan kepada Exco PAS. Suara Keadilan pula memainkan sentimen secara batu api bernada ancaman terhadap hubungan dengan PAS. Memperlekehkan usaha memperjuangkan hudud dan merendah-rendahkan Presiden PAS.
IZWAN ABDUL HALIM
– HARAKAHDAILY
PKR tak pernah khianati ?
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
"
Sangat tidak munasabah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu apakah itu tahaluf siyasi. Jika dia tahu macam mana dia boleh berkata PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik antara pas dan PKR dalam pakatan rakyat.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau musykil terhadap alasan yang diberikan berhubung isu pembatalan tahaluf siyasi antara PKR dan Pas.
Semacam dia tidak tahu apakah erti tahaluf siyasi, kalau dia tahu sudah brang tentu dia berkata PKR tidak khianat dan musykil.
Seseorang yang musykil pasti keliru dan tidak tahu apakah itu tahaluf siyasi dengan kata lain biar tahu jangan keliru.
Mungkin dia tahu tetapi masih keliru dan buat buat tak tahu dan terus jadi keliru dan haru biru.
Tahaluf siyasi iaitu kerjasama, bantu membantu dan tong menolong atu dengan kata limbal balik.
PKR tolong pas dan pas tolong PKR. PKR bantu pas dan pas bantu PKR. Jika PKR tidak tolong pas dan pas tidak tolong PKR, maka ia bukan tahaluf siyasi lagi.
Dan inilah yang dikata khianat kerana tidak amanah dan jujur dengan tahaluf siyasi yang dibuat selama ini.
Tak kan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak faham atau tidak boleh faham. Atau beliau sengaja buat buat tak faham.
Jika dia faham pasti tidak musykil dengan pembatalan tahaluf siyasi dengan PKR yang dibuat menerusi usul tanpa bahas pada muktamar agung tahunan ke 63 lalu.
macam mana bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden umno dan tokoh yang diangkat menjadi perdana menteri jika pakatan harapan menang pru 14 nanti boleh tidak tahu apakah erti tahaluf siyasi.
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PKR tak pernah khianati prinsip tahaluf siyasi kata Anwar Ibrahim
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
SHAH ALAM - PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik seperti yang didakwa sebelum ini.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau musykil terhadap alasan yang diberikan berhubung isu pembatakan tahaluf siyasi antara PKR dan Pas kerana tidak tepat.
"Terutama dalam kaitan dengan RUU355. Ternyata pimpinan Pas tidak meneliti kenyataan saya dan Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menghormati hak Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Majlis Syura yang bermesyuarat pada 11 Mei lalu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.
Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, PKR ternyata telah berusaha dan menzahirkan segala daya untuk mengekalkan muafakat politik tersebut.
"Permuafakatan politik tersebut digarap dan dibangunkan demi cita-cita membawa perubahan yang lebih baik buat rakyat Malaysia," katanya.
Ujarnya lagi, matlamat PKR adalah jelas iaitu untuk menewaskan Umno-BN yang mengkhianati rakyat dengan dibebankan dengan sara hidup kian meningkat.
"Perkembangan ini mengaitkan kedudukan Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin Menteri Besar Datuk 'Seri Azmin Ali terus menerajui Negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini," katanya lagi.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon May 15, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Buat Sendiri Sahaja, Wanita Ini Kongsi Cara Bagaimana Nak Buat Sardin Seperti Dalam Tin
siakapkeli.my
Kalau bercerita bab makan ini, memang banyak yang nak diceritakan, lebih-lebih lagi pasal masakan di rumah, yang mana masakan air tangan ibu, biar pun sebenarnya dari tin, seperti sardin.
Bila mak mula masak, keharuman masakan, mesti buatkan kita terus berlari ke dapur, terliur dibuatnya. Memanglah pada asalnya sardin tersebut dari tin, tapi kalau dah mak yang masak, sedapnya lain macam.
Tapi, menerusi perkongsian dari seorang wanita, iaitu saudari Tengku Khalidah Tengku Bidin ini, kita sebenarnya boleh buat sendiri sardin, yang mana dapat rasa seperti dalam tin.
Jom kita ikuti perkongsian darinya macam mana nak buat sardin sendiri.
Cara-Cara Buat Sardin Sendiri, Seperti Dalam Tin
SETIAP kali buka tin sardin, hati berdebar-debar kan. Sebab kita tahu benda tu tak sihat, banyak benar bahan pengawet (sebab tu tahan bertahun dalam tin), tapi nak makan jugak sebab sedap dia ya rabbi, tak boleh ampun.
Makanya buat sendiri sajalah. Tak perlu tunggu kau ada periuk Noxxa bagai. Akak tak perlukan periuk tu kat rumah. Pakai periuk biasa pun boleh. Mudah, semudah sebut ABC jer buat sardin ni. Pastu masuk dalam freezer, boleh tahan sampai sebulan kau. Nak puasa ni elok kita buat banyak sekaligus. Mudah yang amat masa sahur nanti.
Okay ikut step di bawah ya.
BAHAN-BAHAN
1- Ikan Kembong/Selayang@
2- Bawang besar diracik halus
3- Cili Boh 2 sudu
4- TOMATO biji dan Tomato puri
5- Sos Ikan@sos sotong
6- Garam
7- Kicap barang sesudu
Cara-cara dia sila ikuti gambar di bawah. Kalau ini tak boleh buat, sila ketuk ketampi 1000 kali. Pastu kurus. Kihkihkih
1. Okay? Bersedia. Beli ikan. Apa-apa ikan yang kalian suka. Saya beli ikan kembong ni. Buang kepala dan ekor dia siap-siap. Kalau nak letak jugak kepala dia terserah. Tapi nak nampak real, aku buang terus. Beli ikan kat mana? Pejabat pos laju lah, mana lagi. Herghhhh...ni pun nak tanya.
2. Haaa..molek kejadiannya. Gigih akak susun satu-satu nak tunjuk kat korang. Tomato Puri akak pakai Ayam Brands juga sebab nak kasi aroma tu 2x5 macam dalam tin. Kihkih.
Bawang dan tomato potong siap siap. Comel-comel potong tu, kasi comel macam saya. Dan sos ikan 3 sudu (ikut selera kemasinan anda)
3. Tumis bawang dan cili boh barang seketika sampai layu dihujung rindu. Buat-buatlah kacau sikit, jangan pemalas. Kang hangit, akak jugak korang salahkan. Reti ke idok nak menumis? Tak reti tanya laki kau.
4. Lepas tu masukkan tomato puri+tomato buah+sos ikan+garam sikit sesedap rasa korang. Kalau pekat sangat, sila masukkan secawan air. Jangan cair tau.
5. Nah, indah kejadiannya. Ikan yang dah dibasuh bersih dan diselawat tadi, susun beratur dalam periuk. Akak pakai periuk renih sup biasa jer, yang beli untuk buat bubur nasi anak anak tu jer. Pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok kalau periuk biasa ni. Tu jer beza dia.
6. Masukkan kuah yang dibikin tadi dalam periuk ikan yang sedang bersusun tu tadi. Set periuk kat ' high'. Biar dia merenih kat situ, korang pergi layan Facebook dulu. Kata ramai peminat. Ahaks! Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.
Taraaaaaaaa.
Sila share, insya Allah dapat pahala sorang sikit. Saya izinkan resipi Sardin D'Amore ni untuk dikongsikan ramai. Sila jangan segan.
Lepas ini, bolehlah hidangkan pula dekat mak, atau mak mertua ke, sebagai tanda ingatan, kasih sayang kita dekat mereka. Mana tahu, rasanya boleh sama seperti apa yang mereka masak dekat kita dahulu. Moh ler kita cuba. – Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment