Friday, May 19, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4739[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4739

Messages

Fri May 19, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Isu tampar: Afdlin Shauki salahkan Rosyam Noor

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PETALING JAYA: Pelawak, Afdlin Shauki hari ini menyalahkan Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri yang dipengerusikannya semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pengacara memburukkan keadaan dengan kenyataan "dia ni memang kurang ajar" yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

"Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat PM 'dia ni memang kurang ajar Datuk Seri'.

"Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri," tulisnya di Instagramnya hari ini.

Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.

Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.

Afdlin menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuan disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.

"Sudahlah memang orang kurang respect pada orang dalam industri ini…kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan," katanya.

Mat Over Ditahan Polis?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Mat Over Ditahan Polis? Polis sekali lagi dituntut mengambil tindakan ke atas pelakon Sulaiman Yassin yang menyerang penerbit filem Datuk David Teo di khalayak ramai pada sebuah majlis dihadiri perdana menteri Rabu lalu.

Peguam dan Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh berkata kegagalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak akan hanya memberikan mesej buruk mengenai kecekapan polis di samping "satu tamparan kepada prinsip kedaulatan undang-undang".

Mat Over Ditahan Polis? "Saya menyeru supaya Khalid mengambil langkah perlu dengan menangkap Sulaiman bagi menyiasatnya kerana menyerang Teo," kata Ramkarpal dalam kenyataan hari ini, sambil menambah Khalid sedia maklum polis perlu bertindak walaupun tanpa laporan polis, oleh kerana rakaman kejadian itu tersebar luas.

Beliau berkata kegagalan polis berbuat demikian akan ditafsirkan sebagai kelalaian Khalid dalam tugasnya di samping memberikan mesej "orang ramai boleh terlepas daripada tindakan walaupun jenayah dilakukan di hadapan perdana menteri".

Dalam insiden di Seri Perdana, Putrajaya Rabu lalu, sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak dan puluhan penggiat seni terganggu seketika apabila Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang.

Keadaan menjadi kecoh apabila Sulaiman, juga dikenali sebagai Mat Over, tiba-tiba meluru ke arah pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib.

Mat Over Ditahan Polis?
Teo dan Mat Over kembali ke pentas di akhir sesi itu untuk memohon maaf kepada Najib. Bagaimanapun, Mat Over dilaporkan berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib.

Insiden itu menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata kejadian itu memalukan, sambil mempersoalkan kelewatan meleraikan Mat Over dan Teo.

Namun, ada juga pihak seperti beberapa kumpulan pro-Umno, yang menyalahkan Teo kerana "biadap" terhadap Najib.

"Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?" kata Teo kepada FMT semalam.

Kawalan lembap

Sebelum ini, peguam PKR N Surendran mempersoalkan Najib kerana tidak menegur Mat Over.

Surendran berkata tindakan Mat Over jelas satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Ramkarpal hari ini mempertikaikan mengapa Mat Over yang jelas dilihat sedang meluru ke arah Teo tidak dihalang serta merta oleh pasukan keselamatan.

Mat Over Ditahan Polis?
"Pemerhatian rakaman insiden yang menjadi viral itu menunjukkan Sulaiman meluru ke arah Teo di hadapan 2 pegawai polis yang berada di sebelah Teo. Sepatutnya sudah jelas Sulaiman perlu dihalang atau diberkas sebelum dia sampai kepada Teo, tetapi kedua-dua pegawai polis tidak berbuat apa-apa mengelak insiden itu daripada berlaku walaupun ia mudah dilakukan mereka.

"Bagaimana sekiranya sasaran Sulaiman ialah perdana menteri sendiri? Apakah kawalan keselamatan pada masa itu pun masih longgar?" soal Ramkarpal. - fmt

David Teo: Saya yang kena tampar, saya yang minta maaf?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PETALING JAYA: Penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar seorang pelakon semalam mempersoalkan logik di sebalik tuntutan 2 NGO untuk beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia dalam tempoh 3 hari.

Bercakap kepada FMT, ketua pegawai eksekutif syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) berkata: "Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?"

Beliau merujuk kekecohan yang berlaku di Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak yang dipengerusikan pelakon, Datuk Rosyam Nor di Putrajaya, semalam.

Kejadian itu bermula daripada tindakan Teo mempersoalkan Rosyam tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang mengajukan soalan kepada Najib.

Selepas Rosyam membuka ruang kepada Teo untuk bertanya soalan, pelakon veteran – Sulaiman Yassin yang lebih dikenali sebagai Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo. Pasukan keselamatan segera meleraikan pergelutan itu dan mengiringi mereka berdua keluar dari dewan di Seri Perdana.

Insiden itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook semalam. Najib kemudiannya dilihat menenangkan keadaan dengan berkata "Relaks, relaks".

Teo yang menerbitkan lebih 100 filem tempatan dipetik Harian Metro sebagai berkata, beliau tidak mengenali Mat Over dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana sudah memaafkannya.

Mengulas lanjut, Teo berkata, Najib sudah menerima permohonan maafnya dan kes itu selesai malam tadi di tempat kejadian.

"Jadi, tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi, melainkan perdana menteri mahu saya berbuat demikian. Tetapi, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku."

Dalam pada itu, Teo menafikan dakwaan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kononnya beliau ialah tali barut DAP dan dibayar parti pembangkang untuk mengganggu Dialog TN50 semalam.

Katanya, beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ali Tinju, selepas berunding dengan peguam.

"Saya sudah menjadi seorang ahli perniagaan lebih 17 tahun. Wang saya datang daripada filem yang menjadi box office dan jualan tiket.

"Dan saya tidak mempunyai latar belakang politik atau hubungan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan," katanya.

Teo juga meminta mereka yang mendakwanya kurang ajar terhadap Najib supaya menonton rakaman video insiden itu dengan teliti sebelum menuduhnya.

Ini kerana, tegasnya, beliau sedang bercakap dnegan Rosyam apabila Mat Over tiba-tiba muncul dan menamparnya.

"Saya belum pun mula tanya perdana menteri ketika itu," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daedah Putrajaya, ACP Rosly Hassan dilaporkan berkata, setakat ini, 2 laporan polis berhubung kejadian tampar itu diterima, dengan 1 daripadanya dibuat orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan 1 lagi laporan dibuat pihak polis sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

"Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi, memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.

"Pada 1 tengah hari, barulah ada 1 laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu," katanya pada sidang media hari ini yang dilaporkan Bernama.

Rosly berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat, sebelum memanggil individu terbabit dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 19, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jenazah masih elok seperti baharu dikebumi semalam

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini.

Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

"Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.

"Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!" katanya.

Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

"Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

"Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa," Katanya.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor.

Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

Jenazah Thaqif: Hasil bedah siasat diketahui 2 minggu lagi
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Bernama
FMT

Walaupun pakar patologi mendapat beberapa penemuan hasil bedah siasat pertama namun mereka masih tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada

KUALA LUMPUR: Keputusan hasil bedah siasat ke-2 ke atas mayat khususnya sampel kaki Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 dijangka diketahui dalam tempoh 2 minggu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu sudah dijalankan namun punca kematiannya masih belum diketahui.
"Proses penggalian balik (mayat) dilakukan agar pakar patologi dapat menentukan punca kematian Thaqif.

"Walaupun kita mempunyai tentatif diagnosis tetapi saya tidak akan mengumumkan keputusan tersebut. Kita akan tunggu laporan akhir untuk mengetahui punca kematiannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Saintifik yang ke-47 dan Jubli Emas Persatuan Orthopedik Malaysia (MOA) hari ini.

Kubur Adik Thaqif Amin Digali Semula Untuk Dapatkan Sampel
siakapkeli.my

Johor Bharu: Kubur jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, yang meninggal dunia bulan lalu digali semula tengah hari tadi, lapor Astro Awani.

Menurut portal berkenaan, tindakan itu dilakukan pihak hospital bagi mengambil sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Perkara itu disaksikan oleh bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai kira-kira pukul dua petang tadi.

Menurut Astro Awani lagi, Mas Ariff ketika dihubungi berkata pihak polis ada membuat panggilan kepada bapa Allahyarham, Mohd Ghaddafi Mat Karim untuk berjumpa dengan waris.

Keluarga dimaklumkan bahawa kubur Allahyarham perlu digali semula untuk meneruskan siasatan mengenai punca kematian Mohamad Thaqif Amin.

"Ketika itu, saya hanya menjadi saksi ketika pihak hospital menggali kubur berkenaan sambil disaksikan pelbagai pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Jelasnya, pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.

Sementara itu, berita tentang penggalian semula kubur Mohamad Thaqif mual mendapat perhatian ramai apabila dimuat naik oleh portal Mingguan Wanita sebentar tadi.

Berita itu juga turut disahkan oleh beberapa waris terdekat Allahyarham di Facebook.

Sumber: Astro Awani

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 19, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bos Upin Ipin Nafi Pecat, Tak Tahu Ujang Penasihat?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PEMILIK siri animasi Upin & Ipin, Les' Copaque Production Sdn. Bhd. menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan arahan supaya kartunis Ibrahim Anom atau lebih dikenali sebagai Ujang dipecat daripada syarikat animasi itu.

Pengarahnya, Burhanuddin Md Radzi berkata punca sebenar mengapa kartunis itu dibuang adalah disebabkan pemilik Syarikat Nyla Sdn. Bhd., Tunku Maziah Tunku Mukhtar memintanya nasihat ekoran kemerosotan jualan komik Upin & Ipin di pasaran.

"Sejak dua bulan lalu isi kandungan (komik) Upin & Ipin banyak menyimpang, kami dapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak malahan terdapat cerita memasak pula di dalamnya.

"Sebagai pengeluar komik, dia patut bagi cadangan bagaimana hendak naikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu, penasihat kata jangan ubah apa-apa.

"Kami tidak suruh (arah pecat), tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam," katanya menerusi sebuah portal berita tempatan.

Nyla Sdn. Bhd. merupakan sebagai pihak ketiga yang diberikan lesen oleh syarikat Les' Copaque untuk menghasilkan komik menggunakan watak-watak dari siri animasi Upin & Ipin.

Burhanudin berkata, hingga kini peranan sebenar Ujang di syarikat berkenaan tidak diketahui sepenuhnya dan menurutnya juga, perlantikan kartunis itu sebagai penasihat juga tiada dalam pengetahuan Les' Copaque.

"Saya tidak tahu Nyla menggunakan Ujang sebagai penasihat kerana tidak terbabit dalam hal ehwal dalaman.

"Komik pula tidak memerlukan pelukis kerana hanya menggunakan tangkap layar dari Upin & Ipin dan kemudian ditambah kata-kata," katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Burhanudin ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan ekoran di laman sosial ketika ini tersebar gambar keakrab mereka berdua yang dirakam ketika berada di sebuah restoran.

Ditambah pula kartunis lagenda itu telah enam tahun berkhidmat sebagai penasihat dan editor di bawah syarikat naugan mereka.

"Pelik bila bos Les Copaque kata mereka tak tahu Ujang adalah penasihat komik Upin & Ipin. Dah 6 tahun kot. Gambar bersama pun ada," soal pemuat naik gambar, Asrul Muzaffar di laman Twitter.

Tidak setakat itu, Burhanudin turut mengatakan Les' Copaque memantau segala proses pengeluaran di mana setiap isi kandungan komik mesti disemak dan diluluskan oleh mereka sebelum diterbitkan.

"Kami (Les' Copaque) beri lesen kepada Nyla Sdn. Bhd. Tetapi kami memantau segala isi kandungan dan kebanyakannya kami bagi.

"Sebelum diterbitkan, mesti hantar pada kami untuk diluluskan, itu adalah prosesnya," katanya.

Kenyataanya itu juga turut mencetuskan persoalan ramai disebabkan setiap yang diterbitkan oleh Nyla perlu mendapat pemantauan daripada Les' Copaque, jadi pastinya beliau turut mengetahui 'tulang belakang' penggerak komik berkenaan.

Perkongsian gambar di bawah secara jelas memaparkan contoh terbaik menyangkal dakwaan 'tidak mengetahui status Ujang' lebih-lebih lagi kartunis itu sudah enam tahun berkhidmat sebagai penasihat kepada syarikat Nyla.

Terdahulu, perkongsian status daripada Ujang yang menyatakan dirinya dipecat oleh syarikat penerbitan majalah komik Upin & Ipin dalam tempoh 24 jam telah menimbulkan kemarahan netizen yang mengikuti perkembangan kartunis itu. – MYNEWSHUB.CC

Kartunis Ujang Diberi Notis 24 Jam Berhentikan Kerja, Berikut Adalah Luahan Beliau Selepas Diberhentikan Kerja Serta Merta
siakapkeli.my

Nama kartunis Ujang bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri seni komik negara, namanya pasti akan dikenang sebagai seorang tokoh selepas dahulu popular dengan majalah Ujang yang menjadi halwa mata anak-anak ketika itu.

Pernah meluahkan rasa sedihnya sebelum ini kerana dikhianati, kini terbaru beliau tampil sekali lagi membuat luahan melalui satu penulisan di laman facebooknya, selepas diberhentikan kerja dengan notis 24 jam.

Dalam luahan itu, beliau menceritakan tentang sebuah syarikat penerbitan Majalah yang baru hendak naik pada 6 tahun yang lepas. Pada mulanya beliau agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut disebabkan pernah ditipu sebelum ini tapi disebabkan syarikat tersebut merayu-rayu dengannya, akhirnya beliau bersetuju juga dengan tawaran tersebut.

Beliau pada mulanya telah meletakkan syarat gaji sebanyak RM15,000 untuk semua operasi menyeluruh namun syarikat tidak dapat memenuhi permintaanya kerana ianya sebuah syarikat baru, jadi beliau menerima dengan hanya gaji RM2000.

Jom kita baca luahan beliau.

Apapun diharapakan pihak terlibat dapat tampil menjawab dan menyelesaikan perkara ini dengan baik, bagi Abang Ujangm semoga rezeki abang sentiasa dipermurahkan. - Siakapkeli.my

Sumber: Ibrahim Ujang Anon

Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Ibarat 'habis madu sepah dibuang', lagenda dunia kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang mendakwa beliau sekali lagi menjadi mangsa syarikat penerbitan komik selepas dibuang kerja pada minggu lalu.

Ujang yang cukup popular di zaman kegemilangan komik Gila-Gila dan Ujang mendakwa kali ini beliau menjadi mangsa syarikat penerbitan majalah komik Upin dan Ipin selepas bertungkus lumus menjayakan majalah yang menjadi kegemaran kanak-kanak tersebut.

Ujang bersama team unit grafik.
Beliau dalam coretannya di Facebook mendakwa, enam tahun lalu sebuah syarikat penerbitan yang tidak dikenali, baru ditubuhkan dan tiada pengalaman menerbikan komik sanggup menghantar wakil ke rumahnya untuk meminta tolong mengajar menerbitkan komik.

Dakwa Ujang, beliau pada mula menolak tawaran tersebut kerana sudah serik dengan penipuan dunia penerbitan ke atas golongan artis tetapi syarikat penerbitan berkenaan tidak berhenti menghantar wakil untuk memujuknya.

Akhirnya, Ujang menerima tawaran sebagai penasihat komik tersebut dengan gaji RM2,000 sebulan tetapi selepas syarikat itu mengetahui cara untuk menjalankan operasi penerbitan komik, maka beliau diberhentikan.

Berikut kenyataan penuh Ujang berhubung isu tersebut dalam dialek Negeri Sembilan di laman Facebook beliau semalam:

Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis. Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu. Den mintak RM15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep, buek pagination, ajar cagho nak apply permit KDN, rekemenkan pengedar, ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Tompi sobab syarikat baru….mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar RM2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik. Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai….minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir. Giliran den pulak merayu ….tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den. Takpo lah……den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu. Amin – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 19, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lihat bagaimana Pak Cik ini solat atas air ! hebat orang Bota !
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Pernah dengar kisah orang hebat-hebat yang mampu buat berbagai perkara yang tak boleh diterangkan dek akal biasa. Kisah orang yang boleh terapung di udara, kisah orang yang tak basah lalu dalam hujan dan macam-macam lagi kisah seumpama itu.

Dalam FB pernah saya lihat orang ramai kongsikan bagaimana keajaiban seorang hamba Allah sedang bersolah atas pokok kelapa. Ada yang jadi histeria bila tengok video tersebut. Memang menakjubkan keupayaan hamba Allah yang bersolah atas pokok kelapa itu.

Hebat sebab kenapa dia susah payah nak solat atas pokok kelapa sedangkan atas lantai tanah kan lebih mudah. Tambah lagi kalau masjid dan surau ada kat merata tempat, kenapa nak solat atas pokok kelapa.

Biasanya orang ramai percaya bahawa mereka yang mampu melakukan keajaiban sebegitu adalah dari kalangan para wali yang dikurniakan karamah.

Pak Cik Solat atas air
Kat sini saya kongsikan kehebatan rakaman video seorang pakcik yang mampu bersolat atas air. Saya ingat selama ini tak akan ada peluang untuk saksikan depan mata, walaupun sekadar rakaman video, orang solat atas air.

Tapi nampaknya ada orang yang sudi rakamkan dan kongsikan untuk semua, tengok video ini kat bawah.

Ini juga satu hal. Kenapa susah-susah nak solat atas air sedangkan tanah lapang terbentang luas ?

Keupayaan ajaib semua kepercayaan
Kepercayaan kepada perkara ajaib seperti solat atas air, berjalan atas angin atau atas air dan lain-lain lagi seumpamanya bukan terhad kepada orang beragama Islam sahaja. Malah agama lain juga punya kepercayaan yang sama di seluruh dunia.

Orang Buddha, orang Hindu, orang Kristian dan lain-lain lagi percaya perkara ajaib juga berlaku pada orang-orang suci mereka. Lalu kesemua itu akan dijadikan bukti bahawa pekercayaan merekalah yang benar berdasarkan perkara ajaib tersebut.

Apakah itu cara yang betul untuk buktikan sesuatu agama atau kepercayaan itu berada di pihak yang benar ?

Satu lagi contoh untuk buktikan kebenaran dengan cara yang sama adalah seperti bersumpah atau buat perkara ajaib. Jika seorang pencuri itu berjaya celup tangannya dalam minyak mendidih dan tak jadi apa-apa, lalu dia berkata itulah bukti bahawa aku tidak bersalah... macam mana pulak ?

Begitu juga jika ada orang bersumpah bahawa demi Allah akau tidak melakukan perkara demikian dan demikian. Jika akau buat, maka petir akan memanah aku ketika aku sedang duduk kedai mamak minum teh tarik.

Lalu orang yang bersumpah itu pergi duduk pekena teh tarik kat kedai mamak dan dia selesai minum sampai habis, siap order secawan lagi dan panah tak datang tempak dia kat dalam kedai itu. Adakah bermakna dia terlepas dari tuduhan tersebut ?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Fri May 19, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia. Satu tinjauan dijalankan Universiti Oxford baru-baru ini menguatkan lagi kepercayaan popular yang ramai orang Cina dan India berhasrat berhijrah ke negara lain.

Tetapi, ada orang yang mungkin terkejut apabila mengetahui tinjauan itu turut mendapati 15% daripada responden Melayu juga mahu meninggalkan Malaysia.

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia. Tinjauan yang dijalankan di Semenanjung Malaysia pada September dan Oktober 2016 membabitkan 503 responden Melayu, 500 orang Cina dan 501 orang India.

Ia antara lain meninjau kaitan kecenderungan diskriminasi dengan tindakan seperti keinginan berhijrah serta kesediaan terbabit dalam tindakan kolektif.

Jurucakap kumpulan aktivis sekular yang dikenali sebagai Bebas, Azrul Mohd Khalib merupakan salah seorang daripada mereka yang terkejut dengan hasil tinjauan itu.

Katanya, rakyat Malaysia khasnya orang muda tanpa mengira kaum merasakan mereka tiada tempat dalam negara ini.

"Ramai dalam kalangan generasi muda yang tidak yakin dengan kesejahteraan sendiri, pesimistik mengenai masa depan Malaysia dan kedudukan mereka pada masa depan.

"Dan orang bukan Bumiputera tidak pasti pandangan dan layanan rakyat Malaysia lain terhadap mereka, walaupun memiliki kewarganegaraan sejak dahulu."

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia
Tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan 56,576 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka antara 2006 hingga April 2016. Seramai 49,864 daripada jumlah itu ialah orang Cina, 1,833 (India) dan 844 (Melayu). Baki 4,044 orang daripada kaum lain.

Azrul percaya ramai anak muda merasai "perubahan jangka pendek dan kecewa" disebabkan pemimpin politik yang kekal "tenang, patuh dan tidak bersedia mempertahankan" mereka daripada serangan umum terhadap kesetiaan, agama dan kewarganegaraan mereka.

Sejak kebelakangan ini, beberapa kumpulan memperjuangkan hak Melayu membuat tuntutan mengejutkan rakyat berbilang kaum di Malaysia, seperti menggesa kerajaan menghendaki kanak-kanak bertutur dalam bahasa Malaysia sebelum mengeluarkan MyKad kepada mereka.

Azrul memetik statistik Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkan lebih 5,000 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka setiap tahun.

"Kita tidak patut mempunyai sikap 'berambuslah' atau 'tidak hilang apa-apa pun'. Kita perlu tanya kenapa ini terus berlaku.
Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia
"Inilah kesannya terhadap pelaksanaan berterusan dasar berat sebelah berasaskan kaum, etnik dan agama yang sepatutnya dihentikan berdekad dahulu."

Beliau berkata, dasar sedemikian tiada tempat dalam Malaysia yang moden, liberal dan progresif yang diajar kepada generasi muda, tetapi mereka tidak dapat melaluinya sendiri.

Katanya, Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan perjanjian rangkuman, menyimpang daripada landasan itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu berani membuang dasar "perkauman dan diskriminasi" demi kemajuan negara.

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia "Hanya dengan itu, ia boleh meyakinkan rakyat kita yang mereka mempunyai tempat dalam masa depan Malaysia." - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 19, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kanak-Kanak 10 Tahun Hampir Maut Selepas Bahagian Dari Fidget Spinner Terlekat di Kerongkong
siakapkeli.my

Satu bearing yang terlekat di kerongkong Britton. Foto: CNN

Texas, Amerika Syarikat: Seorang ibu berdepan detik cemas selepas anak perempuannya yang berusia 10 tahun hampir maut akibat tercekik bahagian dari gajet 'fidget spinner' dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan objek terbabit.

Menurut CNN, Kelly Rose Jonies yang berkongsi kejadian itu di Facebook memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan gajet yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu.

Kelly berkata, ketika kejadian, dia dan anak perempuannya, Britton, dalam perjalanan ke rumah sebelum dia terdengar anaknya itu tercekik di tempat duduk belakang.

Dia mendapati anak perempuannya itu tertelan salah satu daripada gelung besi pada "fidget spinner" dan cuba mengeluarkan alatan itu dari mulut anaknya.

Kelly kemudian menggegaskan anaknya itu ke klinik berdekatan.

Sesampainya di hospital, doktor tidak berjaya mengenalpasti dimana objek itu terperangkap sehingga kanak-kanak itu terpaksa dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Texas bagi ujian imbasan Xray.

Hasil ujian imbasan mendapati logam bulat itu tersekat pada kerongkong kanak-kanak terbabit.

Fidget Spinner kepunyaan Britton.

"Britton dibawa untuk pembedahan endoscopi bagi mengesan dan mengeluarkan objek terbabit (bearing).

"Mujurlah, hasilnya positif tetapi saya berasa agak bimbang akan keadaanya bukan sahaja kebimbangan mengenai komposisi dan struktur objek serta risiko anestesia," katanya

Sementara itu, keluarga mangsa memberitahu CNN, tumpuan utama mereka kini adalah memberi perhatian dan tumpuan kepada kanak-kanak itu dan memastikan dia terus menjalani kehidupan yang sihat.

Tiada maklumat terkini mengenai keadaan Britton.

Sumber: Today.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 19, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



anggota polis ambil rasuah dari warga asing
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

RAKAMAN video seorang anggota polis peronda bermotorsikal bersama dengan seorang lagi rakan setugasnya dikatakan mengambil rasuah dari seorang warga asing tersebar di media sosial.

Video berdurasi 1 minit 27 saat itu dipercayai dirakam secara sembunyi oleh individu yang tidak mahu dirinya dikenali.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Dalam video tersebut, kelihatan dua orang anggota polis bermotosikal bertemu dengan seorang lelaki warga asing yang dikatakan dari Pakistan.

Salah seorang anggota polis dilihat mengambil dompet dalam sebuah bungkusan plastik berwarna putih daripada warga asing tersebut sebelum berpura-pura seperti menulis sesuatu selepas memasukkan duit ke dalam peti kecil di belakang motosikalnya.

Warga asing itu kemudian dilihat tersenyum selepas mendapatkan kembali dompetnya. Dia pun terus menunggang motosikalnya dan beredar dari situ sambil berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Semasa artikel ini ditulis, video yang tersebar itu sudah ditonton lebih 45,000 kali. Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik button 'play' untuk menonton.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/rakaman-video-anggota-polis-ambil.html#ixzz4hWU3TRQO

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Fri May 19, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Durian Belanda Boleh Rawat Kanser Beribu Kali Lebih Baik Dari Kemoterapi? Jika Terlalu Kerap Diambil Boleh Undang Parkinson
siakapkeli.my

Sebelum ini pasti kita sering mendengar yang buah durian Belanda merupakan buah yang terbaik untuk merawat kanser, ia telah digunakan dari buah hingga ke daun untuk merawat penyakit berkenaan.

Kerana kepercayaan itu, maka kini pasaran mula dipenuhi dengan produk buah buah berkenaan, dalam bentuk pil, air, kordial dan pelbagai lagi.

Jom kita baca penjelasan oleh pihak Root of Science ini,.

Graviola (Annona muricata), atau lebih dikenali sebagai durian belanda, sirsak, guanabana atau soursop adalah buah tempatan yang mula mendapat perhatian mutakhir ini. Graviola mendapat tempat dan permintaan setempat bukan hanya kerana rasanya yang enak dan menyegarkan untuk dimakan begitu saja dan dibuat jus, ianya juga dikatakan bermanfaat tinggi untuk kesihatan. Daunnya juga dijadikan teh untuk ubatan secara tradisi.

Graviola dan kanser

Banyak kajian in vitro (pada sel-sel dalam makmal) dan in vivo (pada binatang makmal seperti mencit dan tikus) menunjukkan ekstrak-ekstrak dari buah, daun dan bahagian pokok adalah poten untuk mematikan sel-sel dan tisu kanser tersebut. Kajian ini telah dilakukan sejak puluhan tahun yang lepas.

Beberapa kompaun poten ini telah dipencilkan dan dikaji ciri-cirinya dengan terperinci. Antara kompaun-kompaun tersebut adalah kompaun dari kelas acetogenins contohnya annonacin, annonin, bullatacin, uvericin dan isoquinoline seperti annonamine.

Namun, mengapakah tiada kompaun-kompaun aktif ini muncul sebagai salah satu dalam regimen rawatan kanser?

Ini mendorong pelbagai teori konspirasi bahawa kaedah rawatan dari tumbuhan ini dirahsiakan kerana boleh menutup nilai ringgit yang diperoleh dari rawatan sedia ada (rawatan baru lebih mahal dari rawatan sedia ada yang telah tamat tempoh paten).

Ada juga yang menyatakan kompaun tumbuhan tidak boleh dipaten dan tidak akan menyumbang tenggorok 'big pharma' yang lapar wang ringgit (banyak kompaun dari tumbuhan yang telah disintesis dan dipaten).

Sumber rawatan tradisional kita tiada nilai bagi barat (tumbuhan ini bukan native Asia, dibawa dari Afrika, Amerika Selatan dan Carribean). Andaian-andaian ini adalah tidak benar dan tidak berasas.

Graviola dan bahaya neurotoksisiti.

Acetogenins dari buah dan daun serta bahagian-bahagian graviola seperti annonacin mempunyai nilai sitotoksik yang bagus. Hanya beberapa nanomolar kepekatannya mampu mematikan sel. Ini disebabkan sebahagian besar acetogenins dan isoquinolins ini berkebolehan untuk merencat rantaian respiratori kompleks I pada mitokondria. Ini akan menghalang keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga dari respirasi sekaligus memaksa sel tersebut untuk mati. Kedengaran bagus bukan?

Namun, acetogenins dan isoquinolins ini juga mampu merentas otak (able to cross blood brain barrier) dan mengganggu (merosakkan) neuron-neuron kerana sifatnya yang lipofilik. Jadi, bukan sahaja sel kanser yang dibunuh, sel-sel neuron otak juga akan sama musnah!

Kompaun-kompaun ini juga mampu menambat pada reseptor serotonin dan telah dikaji untuk menghasilkan kesan antidepresi. Masalahnya, kesan kerosakan neuron dopaminergik (neuron penghasil neuropemancar dopamin) adalah nyata. Jadi, kita akan mempunyai masalah kekurangan neurotransmitter dopamin seperti yang berlaku pada pesakit PARKINSON.

Segala kesan ini dilihat dengan kepekatan kompaun tersebut pada aras nano- ke mikromolar (kepekatan yang sangat rendah). Malah masalah ini bukan saja dikesan melalui ujian tabung uji dan haiwan di makmal.

Ada banyak kajian tentang kaitan insiden atipikal penyakit Parkinson dan Alzheimer dikesan di kelompok komuniti yang tinggi pengambilan graviola dalam diet mereka. Gejala ini dapat dilihat pada komuniti di Carribean dan French West Indies yang mengalami banyak kes Parkinson dan Alzheimer tanpa sebab yang khusus.

Banyak kajian telah dilakukan dalam komuniti ini dan didapati pengambilan graviola yang tinggi dalam diet mereka adalah penyumbang gejala ini. Kajian lanjut menunjukkan pengurangan ketara neuron-neuron penghasil dopamin dalam otak mereka.

Menariknya, kaedah pengambilan graviola ini meliputi pengambilan buah secara mentah atau teh daun graviola dengan kaedah rendaman dalam air panas.

Adakah produk berasaskan graviola selamat?

Berhati-hatilah apabila anda disua dengan pelbagai produk jualan yang berasaskan graviola ini. Walaupun diberitakan ia mempunyai kelebihan-kelebihan yang menarik, malang sekali kelebihan itu sebenarnya akan mengakibatkan kesan sampingan yang teruk secara senyap (siapa yang perasan neuron otaknya berkurangan, kan?).

Sesekali meminum jus graviola atau memakannya sebagai kudapan tidak mengapa. Tetapi mengambilnya secara berkala setiap hari atau setiap minggu mengundang bahaya!

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri May 19, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Saturday, 20 May 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: